• Save
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidikan Islam
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share

Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidikan Islam

  • 9,746 views
Uploaded on

 

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
9,746
On Slideshare
9,746
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
0
Comments
0
Likes
14

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. 1 BAB 1 PENDAHULUAN1.1 PENGENALANPengajaran dan pembelajaran merupakan dua proses yang saling berkaitan sejak formalisasipendidikan, terutamanya apabila kita melihat pembelajaran sebagai hasil pengajaran yangdikendalikan oleh pengajar1. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di kelasmerupakan suatu proses yang penting dalam memperkembangkan ilmu dan pengalamanpelajar untuk menerokai dan memahami maklumat baru yang bakal disampaikan oleh gurumereka tidak kiralah dalam subjek apa pun. Sememangnya, sudah sekian lama para pendidik berada dalam keadaan selesamenggunakan kaedah lama ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kaedahlama ini bolehlah ditafsirkan sebagai kaedah yang mana guru dan pelajar saling bergantunganantara satu sama lain. Kaedah ini juga menyaksikan penggunaan bahan bantu mengajar yangagak terhad seperti penggunaan kapur tulis, papan hijau, buku teks dan sebagainya. Namun,dekad terakhir abad ke-20 telah menyaksikan perubahan yang pesat serta di luar jangkaanwalaupun perkembangan ICT dalam pendidikan telah bermula sejak akhir 1980an. Walaupunbegitu, jika diperhatikan, masih terlalu sedikit bilangan guru yang mahu menggunakan bahan-bahan teknologi dalam proses pengajaran mereka khususnya subjek Pendidikan Islam. Falsafah Pendidikan Islam di Malaysia dinyatakan dengan jelas iaitu :“ Pendidikan Islam ialah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran danpenghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, bagi membentuk sikap, kemahiran,keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawabuntuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan didunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.”2 Berdasarkan Falsafah di atas, kita akan dapati bahawa Pendidikan Islam merupakansatu usaha yang berterusan untuk membentuk pelajar Muslim yang seimbang dalam semua1Ng Wai Kong, 2002, hlm. 1.2Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988, hlm. 2.
  • 2. 2aspek iaitu aspek keilmuan, keimanan, kemahiran dan keperibadian3. Justeru, bertitik tolakdaripada falsafah ini menunjukkan bahawa tugas dan tanggungjawab guru begitu besar. Tanpadisedari, timbul persoalan dalam kalangan masyarakat yang mempertikaikan kredibilitiseorang guru Pendidikan Islam untuk merealisasikannya lantaran kaedah pengajaran yangdigunakan oleh guru-guru Pendidikan Islam itu tidak menyokong ke arah pencapaianmatlamat tersebut. Perspektif-perspektif seperti ini sedikit sebanyak mencalar nama baik guru-guruPendidikan Islam yang mana pada suatu ketika dahulu sering disanjung dan diangkat martabatmereka sebagai pewaris nabi. Sabda Rasulullah s.a.w. : Sememangnya, untuk melaksanakan sebarang perkara pasti akan terdapat halangandan kekangannya yang tersendiri. Begitu juga dengan pengaplikasian penggunaan ICT dalamkalangan guru-guru Pendidikan Islam.1.2 DEFINISI ICTICT merupakan ringkasan kepada information Communication Technology. Jikaditerjemahkan dalam bahasa melayu, ICT diertikan sebagai Teknologi Komunikasi danMaklumat.1.3 DEFINISI TEKNOLOGITeknologi berasal dari perkataan Latin „texere‟ yang bermaksud membentuk ataumenubuhkan. Sesuatu teknologi biasanya mempunyai aspek perkakasan (bahan atau objekfizikal) dan aspek perisian(asas informasi untuk perkakasan tersebut). Biasanya kitamenganggap teknologi merujuk kepada perkakasan. Kamus Dwi Bahasa mentakrifkan teknologi merujuk kepada ilmu pengetahuanmengenai segala ilmu yang berkaitan dengan perindustrian atau ilmu sains gunaan yangmempunyai nilai ekonomi.3 Shahrin Awaludin, Pendidikan Islam Berasaskan Realiti Semasa, hlm.151 :Juriah Long. 1998. Inovasi DalamPerkaedahan Pengajaran Bahasa, Sains Sosial Dan Teknologi Maklumat.Bangi : Penerbit UniversitiKebangsaan Malaysia.
  • 3. 31.4 Definisi Komunikasi Komunikasi boleh didefinisikan sebagai alat yang „menggerakkan‟ manusia. Oleh itu,komunikasi berkait rapat dengan komuniti. Tanpa komunikasi, mungkin tidak wujud komunitiseperti mana tanpa komuniti, tidak akan wujud komunikasi. Ahli sosiologi, Charles Cooleymenyebut komunikasi sebagai „mekanisme yang melaluinya perhubungan manusia wujud danberkembang –semua simbol minda, berserta cara penyampaiannya menerusi ruang dan lambatlaun mengekalkannya. (Schramm & Porter, 1992).41.5 Definisi MaklumatMaklumat telah membezakan komunikasi daripada aktiviti lain seperti berenang dan melontarbatu. Semua fungsi komunikasi telah dinyatakan yang bertujuan untuk menghantar,berkongsi, atau memproses maklumat. Maklumat bukan sekadar fakta atau kebenaran, beritaatau arahan, tetapi ia merupakan satu idea yang mampu mempengaruhi pemikiran manusia. Maklumat atau informasi juga boleh didefinisikan sebagai corak tenaga utama yangmempengaruhi kemungkinan-kemungkinan yang ada untuk membolehkan individu membuatkeputusan mereka sendiri, ia boleh dinyatakan dalam bentuk bahan (seperti dakwat padakertas) atau dalam satu bentuk tenaga (seperti nadi elektrik). Maklumat juga boleh digantikandengan sumber-sumber lain seperti wang atau tenaga. Oleh itu, maklumat merupakan satuyang abstrak, sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Maklumat yang dicari oleh individudaripada kebanyakan aktiviti komunikasi ialah apa-apa sahaja kandungan yang dapatmembantu mereka membentuk atau mengatur sebahagian daripada aspek-aspek persekitaranyang bersesuaian. Mereka akan mencari maklumat sebanyak mungkin dengan tujuan untukmemudahkan mereka membuat sebarang keputusan dalam hidup. Secara konseptual, ICT dapat diistilahkan sebagai pengintegrasian teknologi komputerdan teknologi komunikasi yang digunakan untuk menyebarkan maklumat. Perkara yangtermasuk dalam kategori ICT ialah komputer, telefon, satelit, modem dan perkakasan sertaperisian.4http://kakba.blogspot.com/2010/09/wanita-dan-teknologi-maklumat-dan.html
  • 4. 4 BAB 2 LATAR BELAKANG KAJIAN2.1 TUJUAN KAJIANKajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang menghalang guru-guru PendidikanIslam dalam mengaplikasikan penggunaan ICT ketika proses pengajaran dan pembelajaran(P&P). Borang soal selidik telah diedarkan kepada 16 orang responden yang terdiri daripadaguru-guru Pendidikan Islam yang telah mempunyai pengalaman mengajar.2.2 OBJEKTIF KAJIANKajian yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui secara terperinci faktor-faktor sebenaryang menghalang guru-guru Pendidikan Islam mengaplikasikan penggunaan ICT dalampengajaran mereka ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Untuk mengkajihal ini secara berfokus, kami membahagikan objekjtif mengikut aspek utama yang ingindikaji. Objektif-objektif tersebut adalah : i. Mengetahui perspektif guru Pendidikan Islam mengenai penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ii. Mengetahui kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah mencukupi dan membantu pengajaran guru-guru Pendidikan Islam. iii. Mengetahui tahap kemahiran guru-guru Pendidikan Islam dalam mengaplikasikan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran.2.3 PERSOALAN KAJIANBagi menjalankan kajian ini, kaedah kuantitatif telah digunakan dengan mengedarkan borangkaji selidik kepada 16 orang responden. Borang kaji selidik ini diedarkan denganmenggunakan 2 cara iaitu secara hard copy dan soft copy yang mana soft copy ini diberikanmelalui email. Kaedah kuantitatif ini digunakan bagi mendapatkan pandangan pihakresponden berdasarkan pengalaman mereka selama berkecimpung dalam bidangpendidikan.Pengkaji menggunakan skala 1 hingga 5 yang mewakili sangat setuju, setuju,tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Antara soalan-soalan yang kami ajukan dalamsoal selidik ini ialah :
  • 5. 5 i. Apakah perspektif guru Pendidikan Islam mengenai penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran? ii. Adakah kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah mencukupi dan membantu pengajaran guru-guru Pendidikan Islam? iii. Bagaimanakah tahap kemahiran guru-guru Pendidikan Islam dalam mengaplikasikan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran?2.4 METODOLOGI KAJIANSebanyak 16 borang kaji selidik telah diedarkan kepada responden samada melalui caramanual iaitu mengedarkan sendiri kepada responden atau melalui alam maya iaituemail.Golongan responden yang dipilih adalah terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam disekolah-sekolah menengah agama yang kebanyakan daripada mereka telah berkhidmat dalamtempoh bawah 10 tahun. Hasil menjalankan kaji selidik ini, pengkaji telah memperoleh data-data yang dikehendaki dan membolehkan proses menganalisis berjalan. Proses menganalisisdata-data tersebut dilakukan dengan menggunakan perisian SPSS (StatisticalPackage For TheSocial Science).Beberapa kaedah lain telah digunakan seperti statistic deskriptif,statisticfrequencies telah digunakan untuk melihat hubungan dan perbezaan antara pembolehubah-pembolehubah.
  • 6. 6 BAB 3 DAPATAN KAJIAN 3.1 Analisis Data Jadual 1 Pernyataan masalah/soalan: Pada masa kini, anda dipengaruhi oleh guru yang berpengalaman.Skala Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak SetujuBilanganResponden 2 5 5 4 0Peratusan % 12.5 31.3 31.3 25.0 0 Jadual 1 menunjukkan hasil analisis data iaitu soalan yang berkaitan dengan objektif pertama iaitu persepsi guru-guru Pendidikan Islam yang mana pernyataan masalah yang diajukan adalah berkaitan dengan pengaruh guru yang berpengalaman. Hasil analisis tersebut, didapati bilangan yang setuju adalah sebanyak 5 orang ( 31.3% ) yang mana sama bilangannya dengan bilangan yang tidak pasti. Bilangan responden yang sangat setuju adalah seramai 2 orang ( 12.5% ) dan peratusan yang tidak setuju adalah 25% iaitu mewakili4 orang. Jadual 2 Pernyataan masalah/ soalan: Kurangnya penglibatan dalam bengkel atau kursus teknologi yang diadakan.Skala Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak SetujuBilanganResponden 3 6 3 1 3Peratusan % 18.8 37.5 18.8 6.3 18.8 Jadual 2 pula menerangkan mengenai hasil dapatan kajian mengenai kurangnya penglibatan dalam bengkel atau kursus teknologi yang diadakan. Rata-rata guru memberikan jawapan setuju iaitu sebanyak 37% yang mewakili 6 daripada 16 orang. Bilangan yang sangat setuju
  • 7. 7 adalah 3 orang ( 18.8% ) dan bilangan yang tidak setuju serta sangat tidak setuju adalah 1 dan 3 orang. Masing-masing mewakili 6.3% dan 18.8%. Bilangan yang tidak pasti pula adalah 3 orang ( 18.8% ). Jadual 3 Pernyataan masalah/ soalan : Sekolah tidak mempunyai kemudahan komputer yang mencukupi.Skala Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak SetujuBilanganResponden 3 8 2 1 2Peratusan % 18.8 50.0 12.5 6.3 12.5 Hasil analisis data dalam Jadual 3 adalah berkenaan dengan sekolah yang tidak mempunyai kemudahan komputer yang mencukupi. Seramai 8 orang responden bersetuju dengan menunjukkan peratusan 50%. 3 orang ( 18.8% ) responden memberikan jawapan setuju. Bilangan responden yang tidak pasti dan sangat tidak setuju pula menunjukkan peratusan yang sama iaitu 12.5% bersamaan 2 orang. Bilangan yang tidak bersetuju dengan pernyataan yang diajukan ini hanyalah seorang ( 6.3% ). Jadual 4 Pernyataan masalah/ soalan : Kurang sokongan dan galakan daripada pihak pentadbir sekolahSkala Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak SetujuBilanganResponden 0 8 3 23Peratusan % 0 50.0 18.8 12.518.8 Berdasarkan Jadual 4 yang dipaparkan majoriti guru-guru iaitu 8 orang ( 50% ) bersetuju bahawa kurangnya sokongan daripada pihak pentadbiran sekolah dalam menggalakkan mereka menggunakan ICT ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 2 orang (
  • 8. 8 12.5% ) yang tidak setuju dan sekaligus menunjukkan sekolah mereka menunjukkan iklim yang saling menyokong antara pentadbiran dan guru-guru sekolah tersebut. Begitu juga dengan 3 orang ( 18.8% ) yang menyatakan bahawa mereka sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. Selebihnya memberi jawapan tidak pasti. Jadual 5 Pernyataan masalah/ soalan : Masa untuk pengajaran Pendidikan Islam tidak mencukupiSkala Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak SetujuBilanganResponden 2 8 2 3 1Peratusan % 12.5 50.0 12.5 18.8 6.3 Berdasarkan Jadual 5, pengkaji telah mendapati bahawa 50% iaitu seramai 8 orang setuju bahawa masa untuk pengajaran Pendidikan Islam tidak mencukupi. Seramai 3 orang ( 18.8% ) tidak bersetuju. Bagi jawapan sangat setuju dan tidak pasti pula menunjukkan persamaan iaitu masing-masing seramai 2 orang ( 12.5% ). Hanya seorang yang menyatakan sangat tidak setuju dengan pernyataan ini.
  • 9. 9 BAB 4 PERBINCANGAN4.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM.Sistem pendidikan negara pada masa kini berada dalam arus perdana kepesatan ekoranperkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ICT.Namun begitu, guru-guruPendidikan Islam selalu sahaja dilabelkan sebagai ketinggalan dalam penggunaan ICT. Padadasarnya perkara ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor iaitu: 4.1.1 Faktor Kekurangan MasaKekangan terhadap masa menjadi salah satu faktor yang menghalang penggunaan ICT dalamproses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini kerana, kadang-kadang seseorang gurumemerlukan masa yang khusus di luar waktu sekolah bagi membuat persediaan terhadap alatyang melibatkan pengunaan ICT yang kadang kala sedikit rumit. 4.1.2 Faktor Kekurangan Bahan SumberApa yang maksudkan dengan bahan sumber ialah kekurangan alat atau kelengkapan terhadapalatan ICT. Justeru itu, ianya akan menimbulkan masalah kepada guru ketika menggunakanperalatan ICT kerana alatan tidak cukup atau tidak lengkap. Ini sekali gus menyebabkan guruakan hilang minat terhadap pengaplikasian ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran. 4.1.3 Faktor Kekurangan PanduanKekurangan panduan terhadap alatan canggih atau berteknologi tinggi ini juga menjadibebanan dan masalah kepada guru-guru yang kurang berkemahiran dalam penggunaan ICT. 4.1.4 Faktor Kurikulum Yang SamarKurikulum pada masa kini tidak mengaplikasikan secara keseluruhan subjek atau matapelajaran di ajar menggunakan kaedah ICT. Jadi ini bakal menimbulkan halangan kepadaguru-guru yang ingin menggunakan pendekatan ICT dalam proses pengajaran danpembelajaran kerana bimbang dan khuatir ianya lari atau bercanggah dengan kurikulum.
  • 10. 10 4.1.5 Faktor Kurang Sokongan Daripada Pihak AtasanSikap sesetengah pihak atasan yang mengambil sikap lepas tangan dan kurang memberisokongan kepada para guru dalam penggunaan ICT juga mematikan semangat guru. Hal inikerana, guru-guru dibawah jagaan amat memerlukan sokongan sekiranya berlaku sebarangpermasalahan yang berkaitan. Seharusnya sokongan yang kuat harus diberikan untukmenaikkan semangat guru namun apa yang berlaku guru dipandang lekeh dan tidak memberisebarang kerjasama kepada guru dalam meningkatkan pengaplikasian ICT dalam prosespembelajaran dan pengajaran. 4.1.6 Faktor Kekurangan Latihan Dan Bantuan Teknikal.Di dalam penggunaan ICT, bukan semua di dalam penggunaan ICT berjalan dengan senangdan lancar tanpa ada masalah yang berkaitan dengan aplikasi ICT, disebabkan itu, latihan danbantuan teknikal tidak mendapat kedudukan yang tinggi bagi mengurangkan segala masalahdalam ICT. Ini menyebabkan guru-guru melepaskan sahaja masalah yang dihadapi jikaberlaku kerosakan kepada sistem komputer. Masalah yang berlaku dalam sistem komputertersebut menyebabkan guru merasa tidak mengambil endah akan masalah yang dihadapi. Guru pendidikan Islam di sekolah terpinggir dalam menerima latihan ICT sama adalatihan ICT anjuran Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri mahupun anjuran diperingkat Kementerian Pelajaran. Guru dari jabatan Matematik dan Sains, Jabatan Bahasa,Jabatan Teknik Vokasional dilihat mempunyai peluang yang lebih untuk dihantar berkursusICT. Tanggapan guru Pendidikan Islam susah menerima perubahan, lambat memahamipengajaran ICT perlu diperbetulkan. Agihan latihan yang tidak menyeluruh menyebabkanguru Pendidikan Islam tidak dapat mengaplikasikan pengajaran mereka dengan pengajaranyang berasaskan ICT. 4.1.7 Faktor Guru Kurang Pengetahuan Dan Kemahiran Bersabit KomputerGuru-guru yang menggunakan pengaplikasian ICT ini bukanlah semuanya mempunyaikemahiran berkaitan dengan komputer, malah mereka bukannya mengambil subjek yangkhusus mengenai kemahiran komputer sebagai subjek sampingan, mereka hanyamenumpukan terhadap subjek khusus sahaja.Ini menyebabkan guru-guru Pendidikan Islamhanya berpengetahuan kemahiran komputer mengenai kemahiran komputer yang asas sahaja.Pengetahuan yang berkaitan dengan komputer para guru ini amat tipis sekali dan
  • 11. 11berkemungkinan mereka berasa tidak yakin di dalam mengaplikasikan penggunaan ICT didalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4.1.8 Faktor Kegagalan Menempatkan Bilangan Komputer Yang MencukupiWalaupun bilangan komputer mencukupi disediakan kepada setiap sekolah, akan tetapimasalah penempatan komputer menghadapi masalah kepada sekolah yang mempunyaikeluasan yang agak terhad, biasanya sekolah yang memang tidak menyediakan ruang ataubilik komputer yang khusus untuk kegunaan para pelajar. Biasanya fenomena ini berlakukepada sekolah agama kerajaan yang tidak mempunyai dana yang cukup untuk menyediakankemudahan komputer, lebih-lebih lagi menyediakan ruang yang khusus untuk kemudahankomputer. Jadi, perkara ini merumitkan kepada guru yang ingin menggunakan kemudahankomputer sebagai proses pengajaran yang lebih menarik dan percubaan di dalampengaplikasian ICT di dalam pembelajaran. 4.1.9 Faktor Kurang Inisiatif Untuk Memantapkan Pengetahuan Dan Kemahiran Guru Dalam Mengintegrasikan ICT Dalam Bilik DarjahKebiasaan guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran ini menggunakansumber primer seperti bahan bercetak,buku teks dan lain-lain untuk meneruskan prosespengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar. Disebabkan oleh penggunaan ICT inimengambil masa yang lama semasa proses memasukkan maklumat serta semasa inginmemulakan sesi pengajaran. Kadangkala berlaku permasalahan terhadap perisian komputer,jadi para guru mengambil inisiatif untuk melakukan proses pengajaran bersumberkan sumberprimer sahaja yang mana proses pengajaran hanya berlaku di dalam kelas sahaja. 4.1.10 Faktor Kekurangan Peralatan Komputer Dan Peranti Perisian KomputerKekurangan peralatan komputer menyebabkan sukar untuk menyelesaikan masalah jikaberlaku permasalahan terhadap komputer, begitu juga dengan perisian dan bahan-bahanpengajaran yang disediakan oleh pihak kementerian khususnya Jabatan Pendidikan Islam danMoral (JAPIM) dan Bahagian Teknologi Pendidikan ( BTP). Guru-guru Pendidikan Islamtidak menyedari bahawa wujudnya CD perisian dan sekolah juga tidak menerima bahan-bahan tersebut, dan jika perisian tersebut diterima oleh pihak sekolah, adakah ia memenuhipiawaian serta keperluan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 12. 124.2 CADANGANSejajar dengan perkembangan dunia terkini, penggunaan ICT dalam kalangan guru dalamproses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting. Akan tetapi, dalammemperihalkan penggunaan ICT, guru Pendidikan Islam seringkali dikaitkan denganmasalah penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka kononnyamengatakan bahawa guru Pendidikan Islam ketinggalan dan kurang pandai dalammenggunakan ICT.Oleh itu, terdapat beberapa cadangan untuk mengatasi masalah ini.Antaranya ialah: 4.2.1 Guru Yang Berpengalaman Memberi Sokongan.Di setiap sekolah, pasti ada sahaja guru-guru yang berpengalaman memperlekehkan gurupendidikan islam dalam penggunaan ICT. Oleh itu, dalam mengatasi masalah ini sayamenyarankan bahawa setiap guru Pendidikan Islam seharusnya mempunyai motivasidalaman yang tinggi untuk berikhtiar agar tidak ketinggalan dalam bidang ICT. Selain itu,guru Pendidikan Islam juga seharusnya memperlengkapkan diri dengan pengetahuan ICT darisemasa ke semasa agar dapat menguasai maklumat dan pendedahan tentang maklumat terkini. 4.2.2 Penglibatan Aktif Guru Dalam Bengkel Atau Kursus Teknologi Yang Diadakan.Guru-guru pendidikan islan dikatakan kurang melibatkan diri dalam bengkel atau kursusTeknologi. Oleh itu, dalam mengatasi masalah ini, Pihak kerajaan perlu memainkan perananyang penting iaitu dengan cara meningkatkan pelaksanaan kampen melalui teknologi sepertikaedah pemasaran melalui internet, penyampaian berita, urusan pentadbiran dan sebagainyadapat menggalakkan guru cenderung dalam menggunakan teknologi. Dengan ini, guru-gurusedikit sebanyak mempunyai semangat untuk melibatkan diri dalam bengkel tersebut. Selain itu, Kementerian pendidikan juga perlu menggalakkan guru supaya terlebihdahulu memperlengkapkan dan menyesuaikan diri dengan kemahiran-kemahiran asasteknologi seperti penggunaan komputer riba dan juga kemahiran menggunakan kemahiranasas komputer seperti Microsoft Word, Powerpoint dan juga Excel agar dapat memantapkanlagi penggunaan dalam ICT.
  • 13. 13 4.2.3 Sekolah Mempunyai Kemudahan Komputer Yang MencukupiJika kita lihat, kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia kurang mempunyai kemudahankomputer. Hal ini menyebabkan ramai pelajar kurang pendedahan mengenai pengetahuanserta maklumat terkini. Oleh itu, dalam mengatasi masalah ini, pihak sekolah perlulahmemainkan peranan yang penting iaitu dengan cara menambahkan peruntukan untukpembelian teknologi baru memastikan setiap pelajar dapat menggunakan kemudahankomputer dalam pembelajaran. Selain itu, pihak sekolah perlu mencari sumber kewangan yang lain selainmengharapkan daripada pihak kerajaan untuk memperbanyakkan dan menaik tarafkemudahan teknologi di sekolah. 4.2.4 Sokongan Dan Galakan Yang Sepenuhnya Daripada Pihak Pentadbir SekolahSokongan dan galakan dari pihak pentadbir sangat penting dalam melibatkan penglibatan gurudalam bidang ICT. Justeru, pihak pentadbir sekolah perlu sentiasa berfikiran terbuka iaitudengan mengubah persepsi negatif guru pendidikan islam yang melihat pembelajaranberasaskan teknologi adalah sukar dengan memperkenalkan kaedah-kaedah terbarupembelajaran dengan menggunakan bidang teknologi. Selain itu, pihak pentadbir sekolah juga mestilah memberi sokongan yang padu kepadaguru iaitu dengan memperkasakan kemahiran guru dengan memberikan kursus kemahiranpenggunaan teknologi yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap danefektif. 4.2.5 Masa Pengajaran Pendidikan Islam Harus Mencukupi.Pihak sekolah perlu memperuntukkan masa yangmencukupi bagi memenuhi keperluanpengajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Apabila adanya masa yang mencukupi,guru-guru dapat mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam subjek tersebut. Hal ini dapatmembantu meningkatkan pencapaian pelajar kerana pengaruh ICT dalam pembelajaran lebihmenarik minat pelajar.
  • 14. 145.1 KESIMPULANSecara keseluruhannya, daripada kajian yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawaterdapat 5 perkara utama yang menghalang guru-guru Pendidikan Islam untuk menggunakanICT dalam proses pngajaran dan pembelajaran. Perkara yang pertama ialah, mereka lebih terpengaruh dengan metod pengajaran guru-guru yang lebih berpengalaman.Adakalanya, mereka telah mempunyai motivasi danperancangan untuk menerapkan kaedah pengajaran berasaskan ICT.Namun, disebabkankritikan dan sindiran daripada guru-guru lama yang memperlekehkan usaha mereka, merekaberasa putus asa dan malu untuk meneruskan niat tersebut.Justeru, niat tersebut terkuburbegitu sahaja. Perkara yang kedua yang menjadi penghalang kepada penggunaan ICT oleh guru-guruPendidikan Islam ini ialah kurangnya penglibatan dalam kursus-kursus teknologi atau bengkelteknologi yang diadakan.Perkara tersebut menyebabkan guru-guru tidak dapatmemperluaskan kemahiran yang ada dan tidak berpeluang mendapatkan ilmu teknologi yangbaru.Kadangkala mereka tidak berpeluang menghadiri bengkel dan kursus ini disebabkanmereka tidak mempunyai masa.Mereka perlu menghabiskan silibus dan menyiapkan bebanankerja pengkeranian.Oleh itu, peluang untuk menghadiri kursus tersebut terlepas begitu sahaja. Selain itu, perkara yang menjadi penghalang dalam isu ini adalah kurangnyakemudahan komputer dan alatan ICT yang disediakan di sekolah.Hal ini kerana, pihaksekolah tidak mendapat peruntukan yang mencukupi.Pihak sekolah juga tidak mempunyaikewangan yang banyak untuk menambah bilangan komputer. Kekurangan komputer dan alatICT yang lain menyebabkan usaha ke arah pengaplikasian ICT dalam pengajaran danpembelajaran tergendala. Faktor seterusnya yang menghalang guru-guru Pendidikan Islam ini untukmengaplikasikan ICT dalam pengajaran ialah kurangnya sokongan dan galakan daripadapihak pentadbiran sekolah.Hal ini tidak boleh dipandang ringan oleh pihak sekolah.Sungguhpun perkara ini dilihat sebagai inisiatif guru sendiri, tetapi sebagai pihak atasan sekolah haruspeka terhadap perkembangan prestasi guru-gurunya demi meningkatkan kualiti pencapaianpara pelajar.Hal ini kerana, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mampumembantu pelajar menguasai pembelajaran mereka.
  • 15. 15 Faktor terakhir yang terlibat ialah faktor masa.Mereka menyatakan bahawa masapengajaran subjek Pendidikan Islam tidak mencukupi.Oleh hal yang demikian, sukar bagimereka untuk melakukan aktiviti seperti membawa pelajar ke makmal komputer. Hal inikerana, biasanya para pelajar akan mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai kemakmal lantaran mereka baru selesai menghabiskan sesi pembelajaran subjek sebelumnyayang mana adakalanya guru subjek tersebut lewat menghabiskan pengajarannya. Tuntasnya, guru-guru Pendidikan Islam sewajarnya memandang penting terhadappenggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji berpendapat bahawaguru-guru Pendidikan Islam tidak seharusnya mewarisi metod pengajaran guru-guru lamakerana tuntutan hidup di zaman kini tidak sama dengan situasi zaman dahulu. Kepesatan sainsdan teknologi memaksa para guru khususnya gur-guru Pendidikan Islam untukmengaplikasikannya dalam pengajaran di kelas. Hal ini tidak seharusnya dipandang sebagaibeban malah hal ini merupakan peluang kepada para guru untuk menambah ilmu danmemperluaskan kemahiran yang ada di samping membantu mereka menjalankan prosespengajaran.
  • 16. 16RUJUKANAbd. Latif Gapor. 2006. Domain Penilaian dalam Teknologi Pendidikan. Tanjong Malim : Penerbit Universiti Sultan Idris.Ng Wai Kong. 2002. ICT dan Pengajaran. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia.Juriah Long. 1998. Inovasi dalam Perkaedahan Pengajaran Bahasa, Sains Sosial Dan Teknologi Maklumat. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Goh Boon Cheng.2009. Pengurusan Teknologi Maklumat dalam Pendidikan.Puchong : Penerbit Multimedia SDN BHD.Norazah Mohd Nordin & Mohamed Amin Embi.2008. Pengintegrasian ICT dalam Pendidikan.Shah Alam : Penerbit Karisma SDN BHD.Md Yusoff Daud & Maimun Aqasha Lubis, ICT dalam Pendidikan: Aplikasi, Isu dan Cabaran dalam Aktiviti Pengajarn dan PembelajaranPendidikan Islam. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.http://kakba.blogspot.com/2010/09/wanita-dan-teknologi-maklumat-dan.html
  • 17. 17LAMRIRANA - PERIBADI RESPONDEN (GURU PIPAQ ATAU PIBA)Jantina L PUmur 20-30 30-40 40 ke atasLepasan Diploma Degree Master PHDTempoh Mengajar 1-5 Tahun 5-10 tahun 10 tahun ke atasJenis Sekolah Kebangsaan AgamaTandakan (/) pada SEMUA jawapan.1: Sangat Setuju2: Setuju3: Tidak pasti4: Tidak Setuju5: Sangat Tidak SetujuSila jawap mengikut skala yang diberikan. Rujuk pada pengertian di atas.B - SOALAN KAJISELIDIK TERHADAP RESPONDEN (KEMAHIRAN)SOALAN 1 2 3 4 51) Anda tidak mahir menggunakan komputer.2) Anda merasa malas untuk menggunakan teknologi3)Anda masih menggunakan metod pengajaran tradisional ataulama4)Pada masa kini, anda dipengaruhi oleh guru yangberpengalaman5) Penggunaan teknologi menjadi beban pada diri anda6)Anda malu dan tidak berkeyakinan untuk menggunakanteknologi pada masa sekarang7) Kurangnya penglibatan dalam bengkel atau kursus teknologiyang diadakan
  • 18. 18C - SOALAN KAJISELIDIK TERHADAP RESPONDEN (KEMUDAHAN)SOALAN 1 2 3 4 58)Anda terpaksa mengeluarkan kewangan yang banyak dalammenggusahakan bahan berteknologi9)Sekolah tidak mempunyai kemudahan komputer yangmencukupi10)Kurang sokongan dan galakan daripada pihak pentadbirsekolah11)Kemudahan LCD disediakan di kelas bagi membantu guru12)Peralatan ICT di sekolah tidak menjamin keselamatanpelajar13)Pihak sekolah menyediakan juruteknik yang berkebolehanatau berkemahiran dalam membantu peralatan ICTD - SOALAN KAJISELIDIK TERHADAP RESPONDEN (PERSEPSI)SOALAN 1 2 3 4 514) Anda menggunakan komputer dalam sesi pengajaran15) Anda tidak menggunakan model teknologi sebagai setinduksi16) Membawa pelajar anda ke makmal komputer adalahmerupakan bebanan kepada guru17) Penggunaan blog,facebook,emel merupakan alatberinteraksi dengan pelajar18) Masa untuk pengajaran Pendidikan Islam tidak mencukupi
  • 19. 1919) Subjek Pendidikan Islam susah untuk diaplikasikan dalamteknologi20) Pelajar tidak mahir menggunakan komputer21) Kesahihan bahan Pendidikan Islam dalam internet diragui22) Kurangnya perhatian daripada pelajar23) ICT tidak memberi kesan positif terhadap pembelajaranpara pelajar24) Pengguanaan ICT lebih memudahkan pemahaman pelajar