Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

19,162
-1

Published on

Published in: Health & Medicine, Technology
8 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
19,162
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
696
Comments
8
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan

  1. 1. DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN Dari segi pendidikan = sekumpulan kanak- kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahanbantu mengajar perlu diadaptasikan denagn keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.
  2. 2. Definisi yang dikemukakan oleh The WorldCouncil for the Welfare of the Blind dalamHajah Hasnah (1988) tentang masalahpenglihatan adalah seperti berikut:1. Tidak dapat melihat langsung.2. Kebolehan melihat tidak lebih daripada6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian Snellen.3. Penglihatan yang terhad iaitu kurangdaripada 20 peratus.
  3. 3. Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yangmembezakan antara buta dengan penglihatan terhadataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity danjuga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatandapat dilihat dalam tahap berikut: Masalah penglihatan Sangat sederhana teruk teruk
  4. 4. SEDERHANAMasalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak- kanak melihat cahaya danmenjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan denganmenggunakan alat bantu khas seperti kanta.
  5. 5. TERUK Masalah pada tahap terukmenyebabkan kanak-kanak mungkinmemerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malam mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan khas.
  6. 6. SANGAT TERUK Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak- kanak menghadapi kesukaranmelakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti sertaperlu bergantung kepada deria- deria lain
  7. 7. ASTIGMATISME MYOPIA HYPEROPIA RABUN WARNASTRABISMUS DIPLOPIA GLAUCOMA AMBLIPIA ALBINISME KATARAK
  8. 8. ASTIGMATISMEAstigmatisme atau mata silindris merupakan kelainan pada mata yang disebabkan oleh kerana lengkung kornea mata yang tidak merata.
  9. 9. MYOPIAIni adalah penyakit rabun mata yang palinglazim di kalangan kanak-kanak dan remajadan boleh disebabkan oleh keturunan. Kanak-kanak yang rabun dekat memilikibentuk kornea yang terlalu melengkung ataubola mata yang terlalu panjang.Ini akan menyebabkan cahaya difokuskanke bahagian hadapan retina dan bukannyake atas retina seperti yang sepatutnya.
  10. 10. Rabun dekat biasanya dapat dikesanketika kanak-kanak memulakan alampersekolahan, seawal-awalnya ketikaberumur 6 tahun.Pada umur remaja (ketika tubuhbadan membesar dengan cepat), rabundekat mungkin akan menjadi lebih serius. Bagaimanapun kadar kerabunan iniakan menjadi lebih stabil pada umur 20-40 tahun.
  11. 11. HYPEROPIADikenali juga sebagai rabun jauhterjadi apabila bentuk kornea kurangmelengkung atau bola mata terlalu pendekdan menyebabkan cahaya bertumpu kebahagian belakang retina.Bayi dan kanakkanak kecil lebih cenderunguntuk rabun jauh.Keadaan ini akan menjadi lebih baikapabila mata semakin membesar danmenjadi lebih panjang
  12. 12. RABUN WARNARabun warna atau colour blindness seringdisalahertikan.Ramai yang menganggap orang yangmempunyai rabun warna mempunyaipenglihatan bagaikan televisyen hitam putih.Sebenarnya, orang yang rabun warna itutidak sebenarnya buta warna, cuma persepsiwarnanya sahaja yang berbeza dengan orangyang mempunyai penglihatan normal.
  13. 13. jika kita melihat warna merah menyala,seseorang yang mempunyai defeksi warnamerah akan melihat warna tersebut sepertiwarna merah gelap.Jenis rabun warna adalah pelbagai dan tahapketerukan rabun warna itu sendiri berbeza.ada segelintir orang yang mempunyai Defekwarna yang sangat teruk di mana ia bolehmenyebabkan mereka „buta‟ terhadap semuawarna.Jenis rabun warna yang biasa dijumpai adalahjenis defek warna hijau-merah atau biru-kuning.
  14. 14. STRABISMUSSuatu keadaan di mana kedua-dua matatidak searah dan memandang pada titik yangberbeza.Masalah ini adalah ketidakbolehan untukmemfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata kerana penyimpangan kedalam atau ke luar pada sebelah atau kedua-dua belah mata.Sekiranya tidak dirawat, strabismus bolehmengakibatkan kehilangan penglihatan kekal.
  15. 15. Sebab-sebab mata juling• Dalam kebanyakan kes, tiada sebab yangdiketahui• Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yangtidak berfungsi dengan baik pada matayang juling itu atau kelumpuhan otot-otot mataitu sendiri.• Rabun jauh juga boleh menyebabkan matabergerak ke dalam.• Mata juling adalah lebih lazim di kalangankanak-kanak yang mengalami masalahotak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome,hydrocephalus dan barah otak.
  16. 16. DIPLOPIADiplopia atau penglihatan ganda adalahsuatu gangguan penglihatan yang manaobjek terlihat double atau ganda.Diplopia berasal dari bahasa Yunani, diplo = ganda opia = penglihatan
  17. 17. GLAUKOMAGlaukoma adalah sejenis kerosakan matayang disebabkan oleh tekanan cecair yangterlalu tinggi di dalam bebola mata.Kesemua jenis Glaukoma adalahdisebabkan gangguan atau dihalang olehbendalir yang mengedarkan ke dalam mata.Pusat atau sempadan penglihatan akanrosak atau hilang keseluruhannya apabilatekanan meningkat dan merosakkan sarafoptik.
  18. 18. Tekanan yang tinggi ini akanmerosakkan sel retina dan serabutsaraf sehingga ruang penglihatansekitar seseorang itu menjadi semakinsempit dan akhirnya akan terusmenjadi buta.
  19. 19. AMBLIPIADikenali sebagai lazy eye / mata malasSuatu keadaan di mana salah satu matatidak berfungsi dan perlu bergantung padasebelah mata yang sihat.Mata malas merupakan gangguan yangterjadi pada masa perkembangan penglihatan.Oleh sebab ketajaman penglihatanberkurang, mata menjadi malas melakukanfungsinya.
  20. 20. Saraf mata yang seharusnyaberkembang menjadi terhenti.Masalah ini sukar dikenal pasti keranadengan hanya satu mata sahaja,individu mampu melakukan kegiatandengan normal.Sekiranya mata yang baik mengalamigangguan, barulah dapat dikesanbahawa salah satu mata sebenarnyamalas melakukan fungsinya.
  21. 21. ALBINISMEkurangnya ataupun tidak adanyapigmen melanin pada mataAlbinisme diakibatkan oleh pewarisan alel genresesif.Pada beberapa kes, seseorang yg mengalamialbinisme juga memiliki keterbatasan fizikal sebagaiberikut:Sensitif terhadap sumber cahaya yang kuat,seperti lampu yang terang, sinar matahari.Memiliki keterbatasan pada jarak penglihatan.
  22. 22. KATARAKsejenis kerosakan mata yang menyebabkankanta mata berselaput dan rabun.Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidakdapat menembusinya.Keadaan ini menjejaskan penglihatanseseorang dan akan menjadi buta sekiranyalewat, atau tidak dirawat. Masalah katarak berbeza dengan glaukomayang merupakan sejenis kerosakan mata yangdisebabkan oleh tekanan cecair yang terlalutinggi di dalam bebola mata.
  23. 23. Golongan yang berisiko mengidap katarak adalahseperti berikut :-Pesakit kencing manis yang gagal mengawalpenyakitnya.Kandungan gula dalam darah menjadikan kantakurang kenyal dan membentuk katarak.Orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas.Katarak merupakan suatu proses akibat usia yanglanjut.Kanak-kanak dan bayi yang baru lahir dengankomplikasiKatarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanaksekiranya si ibu mengidap jangkitan seperti penyakitRubella semasa mengandung.
  24. 24. CIRI-CIRI MASALAH PENGLIHATAN TINGKAHRUPA LAKU ADUAN
  25. 25. RUPA Bebola mata selalu berputar-putarTidak bertindak balas dengan cahayaMata yang selalu bergerak-gerak
  26. 26. ADUAN Selalu mengadu sakit kepalaPenglihatan yang kaburNampak 2 imej pada sesuatu objek
  27. 27. TINGKAH LAKUSelalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja, misalnya untuk melihat papan tulis ataupun objek. Selalu mengerutkan ataupun mengecilkan mata. Kerap bercakap. Kerap menggosok mata. Selalu menutup sebelah mata. Selalu terlanggar objek. Keliru dengan huruf.
  28. 28. Menonton televisyen ataupunmembaca buku dengan jarak yang terlalu dekat.Memegang kepala dengan cara luar biasa. Kerap menangisMemegang buku ataupun bahanbacaan terlalu dekat dengan muka ataupun paa sudut berlainan.
  29. 29. Sering mencari-cari ayat yang dibaca. Meniru kerja kawan. Tidak menyiapkan tugasan yang diberi. Selalu mengelak membuat sebarang tugasan yang diberi.
  30. 30. 1. baka dan keturunan2. komplikasi semasa hamil dan semasa lahir3. Rubella -Rubella adalah penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yg boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yg mengandung antara satu hingga tiga bulan.4. sifilis5. kecederaan6. penyakit
  31. 31. Sistem penglihatan adalah antara yang paling cepatberkembang dalam tumbesaran bayi. Bayi selalunyamula melihat objek- objek yang terang ketikaberumur satu bulan, mula mengamati objek yangbergerak ketika berumur dua bulan dan mulamencapai sesuatu objek besar ketika berumur empatbulan. Perkembangan penglihatan ini berkembangberterusan dan akan mencapai tahap ketajamanpenglihatan 6/6 pada umur empat tahun.Beberapa ujian penglihatan boleh dilakukan dirumah oleh ibu bapa bagi menilai tahap penglihatananak-anak dan untuk mengesan sebarang masalahpenglihatan.
  32. 32. * Ujian penglihatan cahaya - Ini boleh dilakukandengan menggunakan lampu suluh kecil yangdigerakkan beberapa kali dari mata bayi ketikaberumur dua atau tiga bulan. Selalunya bayi akanmengikut dengan gerakan kepala ke mana arah lampudigerakkan.* Menggunakan mainan yang sederhana besar - Ujianini boleh dilakukan ketika bayi berumur tiga hinggaempat bulan. Letakkan alat mainan (seelok-eloknyayang mengeluarkan bunyi) tersebut di hadapan bayi,Bayi akan cuba mencapai alat mainan tersebut.
  33. 33. * Mengunakan gula-gula manik - Ujian ini bolehdilakukan semasa bayi berumur enam hingga tujuhbulan. Letakkan gula-gula manik yang berwarna-warni pada tapak tangan anda di hadapan bayi.Sekiranya penglihatan bayi normal, ia akan cubamengutipnya dan dimasukkan ke dalam mulut. Cubadengan beberapa saiz gula-gula yang berbeza.* Memadankan gambar-gambar yang serupa – Ujianini boleh dilakukan dengan menggunakan dua setgambar yang serupa. Selalunya boleh diuji padakanak-kanak berumur dua hingga tiga tahun padajarak yang agak jauh di hadapannya. Jika anak sudahmula bercakap, suruh dia sebutkan objek yangditunjukkan atau padankan gambar yang tunjukkan.
  34. 34. Sekiranya bayi tidak menunjukkan tindak balas yangdiharapkan terhadap ujian di atas, bawalah iaberjumpa pakar mata (optometris atau oftalmologis)untuk pemeriksaan lanjut. Jangan takut untukmembuat pemeriksaan mata terhadap anak-anakanda kerana pengesanan masalah pada peringkatawal adalah penting untuk mengelak kes-kes yanglebih teruk seperti amblyopia dan juling. Amblyopiadan juling juga kini boleh dirawat melalui kaedahortoptik yang boleh didapati di pusat rawatan pakarmata dan juga pusat perkhidmatan optometris. Ibubapa perlu lebih prihatin terhadap kesihatan mataanak agar tidak menjejaskan kehidupan danpendidikan mereka kelak.
  35. 35. CIRI-CIRI DAN CABARAN YANG DIHADAPI DARIASPEK ADAPTASI KHAS MURID MASALAHPENGLIHATAN, MURID-MURID RABUN,PENGUBAHSUAIAN BILIK DARJAH,PERKEMBANGAN BAHASA, KEUPAYAANINTELEK, ORIENTASI DAN MOBILITI DANPERKEMBANGAN SOSIALKementerian kesihatan Malaysia menghasilkan buku„Manual On The Management of Children With VisualImpairement‟ yang antara lain memberi cadangankaedah yang dapat digunakan semasa menjalankanaktiviti rangsangan terhadap kanak-kanak bermasalahpenglihatan berkaitan penggunaan deria di atas iaitu:
  36. 36. Sentuh Pandu tangan kanak-kanak untukmenyentuh benda-benda. Beri kanak-kanak pelbagai benda ataupun objekpelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beripeluang kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti seharian seperti bermain, mengurus diri, menyertaikeluarga di dapur ataupun di taman.
  37. 37. Pendengaran Bercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan. Namakan benda-benda yangdisentuhnya dan beritahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Terangkan juga benda-benda yangsedang dilakukan dan jelaskan kepada kanak-kanak itu tentang perasaan. •Galakkan kana-kanak bercakap, misalnya dengan bertanya soalan kepadanya dan galakkan ia bertanya kembali.•Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (babytalk) dengan kanak-kanak. Pastikan orang bercakap terus kepada kanak-kanak. Misalnya jika ada orangyang bertanya , “ Adakah anak anda mahu aiskrim?”, cadangkan kepada orang itu supaya bertanya terus kepada kanak-kanak.
  38. 38. BauPastikan kanak-kanak diberikanpeluang untuk menghidu benda, misalnya makanan yang dimakannya, minumannya, sabun yang digunakan untuk mandi, bau pasar, bau kioskpetrol, minyak wangi, bedak dan lain-lain.
  39. 39. Rasa Galakkan kanak-kanak memasukkan benda kedalam mulut kerana ini menggalakkan sensasi rasa. Iniselamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar serta tidak boleh ditelan. Aktiviti ini perlu dihentikanapabila kanak-kanak tumbuh gigi. Berikan makanandan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa dan tekstur dan beritahu mereka apakah makanan yangdiberikan itu. Tahap kehilangan penglihatan dan latar belakang murid serta latihan yang diterima memberi kesan terhadap pelbagai strategi dan cadangan. Kanak-kanak dengan masalah penglihatan memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek pendidikan seperti orientasi dan mobiliti di kawasan yang belum biasa baginya.
  40. 40. Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut tahapmasalah yang dihadapinya. Antaranya adalahtongkat putih, mesin braille, buku Braille, alat sentuh seperti peta, gambar rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yangdilengkapi dengan kemudahan mesin braille, alat rakaman audio, duplicator braille, bilikpenyelenggaraan braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand magnifier, spectacle magnifier, dan teleskop.
  41. 41. Bagi setiap kanak-kanak low vision,mereka mesti dinilai dari segi fungsi visual bagi menentukan tahap penglihatanmereka yang masih ada dengan bantuan alat khas ataupun tidak. Ini perlu bagi membolehkan mereka menggunakan baki penglihatan dengan optimum. Penilaian ini mungkin melibatkanpreskripsi dan latihan penggunaan alat- alat untuk kanak-kanak kategori ini.
  42. 42. Keadaan murid low vision yang tidakdibantu dengan peralatankhas menyekat perkembangan murid itubukan sahaja dalam bidang akademiktetapi juga bidang perkembangan yanglain seperti emosi dan sosial. Memangdiakui ramai murid low vision yang maluhendak menggunakan peralatan khasatas alasan tersendiri. Namun denganmemberi kesedaran kepada merekatentang faedah yang diperoleh, sudahpasti mereka bersedia melangkah ke

×