Disediakan oleh;Dayang Siti Hafsah bt Awang Ahet        D20102046746
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Matematik    Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di da...
(pedagogi), dan gaya pembelajaran murid (psikologi) mestilah dikuasai sepenuhnya oleh parapendidik matematik.    Sesungguh...
Pengayaan dan Pemulihan Dalam Matematik       Sesungguhnya aktiviti pengayaan dan pemulihan perlu dilaksanakan dalam prose...
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran1. Strategi Pemusatan Guru2. Strategi Pemusatan Murid3. Strategi Pemusatan Bahan Pelaj...
CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN :  Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk ...
   Strategi    penggabungjalinan     kemahiran     hendaklah    dirancangkan                   berdasarkan objektif pelaj...
o   Mentafsir dan membuat generalisasi – Haiwan hidup dalam air mempunyai insang               untuk bernafas.       Prins...
o   Gabungan pendekatan digunakano   Menggabungkan pendekatan indukti dan deduktifo   Banyak digunakan dalam pengajaran sa...
Infomartion Berguna Matematik
Infomartion Berguna Matematik
Infomartion Berguna Matematik
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Infomartion Berguna Matematik

1,845 views
1,737 views

Published on

1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
  • boleh edit tak ejaan informartion kepada information.....
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,845
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
83
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Infomartion Berguna Matematik

  1. 1. Disediakan oleh;Dayang Siti Hafsah bt Awang Ahet D20102046746
  2. 2. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Matematik Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang,termasuklah sains semulajadi , kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik gunaan satucabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain, memberiinspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala menjadi pencetuskepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik dan teoripermainan. Ahli matematik juga terlibat dalam matematik tulen, satu cabang matematik yangkhusus untuk bidangnya sahaja, tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasiyang praktikal untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui Matematik sememangnya satu yang sukar dan memerlukan penelitian dan pemahamansehalus-halusnya terutamanya kepada segolongan pelajar yang lemah. Ia menjadii satukesulitan dalam proses penguasaannya apabila pelajar lemah dalam konsep dan fakta asasnya.Fakta asas ini menjadi satu ketetapan yang harus dikuasai sebaik-baiknya sebelum pelajardidedahkan kepada soalan-soalan yang mememerlukan dan melibatkan kaedah serta langkahpenyelesaian yang lebih rumit lagi secara keseluruhannya. Dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, tidak dapat dinafikan bahawa penguasaanasas kemahiran adalah yang paling utama sekali. Pemahaman dan penguasaan asas yangkukuh dan mantap sesungguhnya akan membantu pelajar untuk mengikuti dan seterusnyamemahami isi pelajaran atau kemahiran yang seterusnya yang nyata akan lebih sukarberbanding pada yang asasnya. Justeru fakta asas yang mudah dalam empat operasi perludikuasai sepenuhnya oleh para pelajar. Matematik menjadi satu matapelajaran yang boleh dianggap sukar bagi segolongan pelajar.Ketelitian dan kefahaman yang sebaiknya diperlukan dalam usaha untuk menguasaipembelajaran Matematik. Bermula dari penguasaan satu kemahiran asas yang paling ringkassehingga kepada kemahiran yang semakin sukar. Asas yang kukuh dan mantap membantumelancarkan proses pembelajaran pelajar yang seterusnya. Kemahiran yang telah dikuasaimemudahkan pelajar menerokai dan mendalami kemahiran yang lain. Peranan dan tugas guru Matematik sememangnya sukar dan mencabar. Memerlukantahap kecekapan yang tinggi untuk menyampaikan yang terbaik kepada para pelajar. Perlusentiasa berusaha untuk menjadikan Matematik sesuatu yang seronok untuk dipelajari.Menjadikan Matematik sebagai kesukaan dan kegemaran pelajar secara keseluruhannya.Menggalakkan pelajar untuk berasa seronok dan teruja dalam mempelajari Matematik.Pengajaran matematik yang berkesan akan menghasilkan pembelajaran matematik yang mudahdan menyeronokan. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang isi kandungan, kaedah mengajar
  3. 3. (pedagogi), dan gaya pembelajaran murid (psikologi) mestilah dikuasai sepenuhnya oleh parapendidik matematik. Sesungguhnya pendidik Matematik yang berjaya mestilah mampu untuk : mengurus bilik darjah dengan berkesan tanpa gangguan yang boleh mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran menggalakkan penglibatan aktif di kalangan pelajar sama ada semasa pengembangan konsep atau dalam aktiviti penyelesaian masalah. mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar ( masalah pembelajaran, emosi, fizikal, disiplin dan sebagainya ) menggunakan konsep matematik dengan tepat, sesuai dengan tahap pencapaian pelajar mengubahsuai gaya serta teknik pengajaran kepada kumpulan pelajar yang berbeza dari segi tahap pencapaian dan minat terhadap matematik menjadikan kesalahan dan kesilapan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran agar pelajar merasa bebas, tidak tertekan serta berani menjawab dan mengemukakan sebarang pandangan dan kemusykilan memberi motivasi kepada pelajar agar mereka mempunyai minat dan semangat untuk mempelajari matematik mengembang sikap positif pelajar terhadap matematik serta menghayatinya dalam kehidupan seharian mengenalpasti teknik pengajaran terbaik yang mampu mencapai objektif yang digariskan. menjadikan pembelajaran matematik lebih mudah dan menyeronokkan.
  4. 4. Pengayaan dan Pemulihan Dalam Matematik Sesungguhnya aktiviti pengayaan dan pemulihan perlu dilaksanakan dalam prosespengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah. Aktiviti yang perlu dijalankan secaraberterusan dan berkesinambungan dalam meningkatkan tahap penguasaan dan pencapaianpelajar dalam Matematik. Aktiviti pengayaan dan pemulihan yang dijalankan adalah sebagaiusaha yang berterusan untuk melihat tahap kebolehan pelajar dalam menguasai kemahiran-kemahiran dalam Matematik. Guru perlu melaksanakan aktiviti pengayaan dan pemulihan kepada para pelajar.Dengan ini guru dapat menilai secara lebih jelas lagi keupayaan dari segir kekuatan dankelemahan pelajar dalam mempelajari Matematik ini. Guruboleh melakukan penegasan danpenekanan secara lepbih terperinci apabila telah berjaya mengenalpasti dan mengesankekuatan ataupun kelemahan para pelajarnya.Aktiviti pengayaan mestilah dapat: Melatih pelajar meningkatkan kebolehan dalam penyelesaian masalah Menggalakkan pelajar memahami sifat dan skop matematik yang luas lagi menyeluruh Mengembangkan daya kreativiti pelajar Menggalakkan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.Aktiviti pemulihan pula adalah perlu dilakukan apabila pelajar : Tidak menghadiri kelas beberapa waktu / hari Tidak dapat memberi tumpuan kepada isi pelajaran yang sedang diajar atau yang sebelumnya Sering melakukan kesilapan ( khususnya dalam proses mengira ) Kurang menguasai konsep dan kemahiran asas yang diperlukan bagi sesuatu topik / konsep Mempunyai masalah tidak tahu membaca atau kemahiran bahasa yang lain. Menghadapi masalah lain yang agak serius seperti masalah peribadi, masalah mental (IQ yang rendah), masalah fizikal dan masalah gangguan emosi (psikologi).
  5. 5. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran1. Strategi Pemusatan Guru2. Strategi Pemusatan Murid3. Strategi Pemusatan Bahan PelajaranCIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU: Guru memainkan peranan penting Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap. Kepimpinan guru secara autokratik Pencapaian objektif guru diutamakan Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi. Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal. Interaksi di antara murid adalah pasif. Kaedah keseluruhan kelas. Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif. Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID : Murid memainkan peranan penting Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing. Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat, objektif pencapaian murid diutamakan perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.) Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid. Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan, Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong- menolong) Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk, Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif. Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.
  6. 6. CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN : Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran. Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari. Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan. Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dsb. Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb.PENDEKATAN DAN STRATEGI KESEPADUAN Penggabungjalinan o Proses penyampaian beberapa kemahiran o Kecekapan melaksanakan aktiviti – membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dsb. o Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu o Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa o Ciri-ciri gabugjalin:  Integrasi beberapa kemahiran  Prosesnya bersepadu dan menyeluruh  Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik  Kemahiran utama menjadi fokus  Organisasi kemahiran fleksibel  Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain. o Cara mengguna gabungjalin  Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran sampingan  Kemahiran utama diberi fokus  Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama  Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran
  7. 7.  Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan & pencapaian murid.  Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara lojikal. Penyerapan o Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran o Isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa. o Pendidikan moral, Pendidikan seni, Pendidikan jasmani & Muzik juga diserapkan dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan. o Geografi, Sejarah, Kesihatan dan pendidikan moral diserapkan secara bersepadu dalam Sains /Kajian Tempatan. o Penerapan Nilai murni , kurikulum akademik disepadukan dengan kokurikulum, kurikulum formal disepadukan dengan kurikulum tak formal. o Ciri-ciri penyerapan :  Mengandungi beberap unsur ilmu pengetahuan  Berbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaran  Bilangan mata pelajaran dalam penyerapan fleksibel  Organisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur sampingan  Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses penggabungjalinan.PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF Mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi/kesimpulan Bermula dengan memberi beberapa contoh yang khusus Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif Kaedah inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains o Contoh kusus ikan emas, udang, sotong, berudu o Memerhati & mengkaji – bernafas melalui insang
  8. 8. o Mentafsir dan membuat generalisasi – Haiwan hidup dalam air mempunyai insang untuk bernafas. Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif o Sediakan contoh-contoh yang sesuai o Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan o Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan o Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama o Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi. o Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama o Guru tidak harus memberi contoh sekaligus o Sediakan alat bantu mangajar o Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti – lihat, dengar, hidu & sentuh. o Pengajaran mengikut urutan yang tepat – contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan umum.PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus. Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum, peraturan Proses pengajaran: o Prinsip/rumus o Kaedah deduktif o Aplikasi rumus/prinsip o Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb. o Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal, o Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan bagi mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN ELEKTIFo Elektif bererti pemilihan, eklektik bermakna bercampur
  9. 9. o Gabungan pendekatan digunakano Menggabungkan pendekatan indukti dan deduktifo Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematiko Boleh gunakan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahano Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaanPENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN TEMATIK Pokok perbicaraan/topic utama contoh tema alam semula jadi, tema perpaduan kaum Tema dipecahkan kepada sub-topik untuk perbincangan o kumpulan pelbagai kebolehan o sama kebolehan Tema yang sama dibincangkan oleh o kumpulan pelbagai kebolehan o sama kebolehan Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi o kumpulan pelbagai kebolehan o sama kebolehan Selepas perbincangan, dapatan-dapatan dibentangkan oleh wakil kumpulan Membuat rumusanPENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN MASTERI Penguasaan, Kemahiran , Cekap, Lengkap Maklumbalas pembelajaran, pengubahsuaian, meningkat keberkesanan Faktor pencapaian murid: o Kebolehan asas o Kuantiti & kualiti pengajaran/pembelajaran o Kebolehan memahami pengajaran o Daya usaha pembelajaran berterusan o Masa pembelajaran Strategi pengajaran – adakan objektif yang jelas dan boleh diukur. Pilih kaedah & teknik yng berkesan Nilai hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostik) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran bagi melihat tahap penguasaan pelajaran. Aktiviti pemulihan kepada yang belum menguasai sesuatu pelajaran Yang lemah diberi pemulihan dan yang mencapaia objektif diberi aktiviti pengayaan.

×