Your SlideShare is downloading. ×
New sme definition
New sme definition
New sme definition
New sme definition
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

New sme definition

477

Published on

Press statement on new SME Definition announced by YB PM at National SME Development Council meeting.

Press statement on new SME Definition announced by YB PM at National SME Development Council meeting.

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
477
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
10
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 1 | P a g e o f 4 KENYATAAN MEDIA EMBARGO sehingga 12.00 tengah hari, 11hb Julai 2013 Definisi Baharu PKS bagi Memudahkan Peralihan kepada Ekonomi Berpendapatan Tinggi Putrajaya, 11 Julai – Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak hari ini telah mengumumkan definisi baharu PKS yang berkuat kuasa 1 Januari 2014. Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan yang dipengerusikan oleh beliau dengan ahli-ahli daripada 16 Kementerian dan agensi termasuk dari Sabah dan Sarawak telah meluluskan cadangan untuk menaikkan had kelayakan paras ambang bagi jualan tahunan dan bilangan pekerja bagi semua sektor ekonomi. Bagi sektor pembuatan, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta (pada masa ini: kurang daripada RM25 juta) atau bilangan pekerja tidak melebihi 200 pekerja (pada masa ini: kurang daripada 150 pekerja). Nilai ambang bagi sektor perkhidmatan dan lain juga dinaikkan, iaitu PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta (pada masa ini: kurang daripada RM5 juta) atau bilangan pekerja tidak melebihi 75 pekerja (pada masa ini: kurang daripada 50 pekerja). Kajian semula ini adalah tepat pada masanya memandangkan perubahan ekonomi yang berlaku sejak definisi sedia ada diterima pakai pada tahun 2005. Ini termasuk inflasi harga, perubahan struktur ekonomi dan perubahan trend perniagaan. Semasa kajian semula dijalankan, peluang juga diambil bagi mewujudkan satu definisi yang lebih menyeluruh bagi meliputi semua sektor ekonomi termasuk pembinaan, perlombongan dan kuari. Kajian semula definisi PKS ini adalah sebahagian daripada cadangan di bawah Pelan Induk PKS (2012-2020) bagi memastikan definisi kekal relevan apabila Pelan ini dilaksanakan. Nilai ambang bagi pelbagai saiz penubuhan iaitu mikro, kecil dan sederhana juga telah diselaraskan menaik dengan sewajarnya (rujuk butiran di Lampiran). Sebagai contoh, bagi PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA (SME CORP. MALAYSIA) Aras 6, SME 1, Blok B, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur, Malaysia Telefon: 603-2775 6000 Faks: 603-2775 6001 http:// www.smecorp.gov.my
  • 2. 2 | P a g e o f 4 kes perusahaan mikro yang merangkumi hampir 80% daripada jumlah PKS, definisi telah diseragamkan bagi semua sektor. Di bawah definisi baharu ini, Perusahaan Mikro merupakan firma yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM300,000 atau pekerja kurang daripada 5 orang. Definisi baharu ini dijangka menyebabkan lebih banyak firma diklasifikasikan sebagai PKS, terutamanya daripada sektor perkhidmatan bagi memudahkan transformasi negara ke arah negara berpendapatan tinggi melalui inisiatif di bawah Pelan Induk PKS. Hasil daripada perubahan definisi, peratusan bahagian PKS kepada jumlah pertubuhan dijangka meningkat daripada 97.3% pada masa ini kepada 98.5%. Definisi baharu ini adalah berdasarkan kepada kajian semula yang menyeluruh, mengambil kira kedua-dua pendekatan atas ke bawah serta bawah ke atas termasuk simulasi teknikal, penanda aras global dan penglibatan pihak berkepentingan. Beberapa siri perbincangan kumpulan fokus telah diadakan dengan hampir 60 pihak berkepentingan termasuk persatuan industri daripada semua sektor, Kementerian dan agensi, pengawal selia dan institusi kewangan. Inisiatif ini juga menghasilkan definisi baharu yang lebih jelas. PKS ditakrifkan sebagai entiti perniagaan yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau setaraf. Anak syarikat yang dimiliki oleh syarikat induk yang sama ada syarikat tersenarai awam atau syarikat besar tidak lagi dianggap sebagai PKS memandangkan mereka mendapat sokongan daripada syarikat induk mereka dari segi akses kepada pembiayaan, teknologi, pasaran dan lain-lain. Definisi baharu ini yang akan berkuat kuasa tahun hadapan akan memberi masa yang mencukupi kepada kementerian dan agensi, bank dan entiti lain untuk membuat perubahan kepada sistem mereka. Hub Perniagaan Perusahaan Mikro: Transformasi Pusat Penjaja Tidak Berdaya Maju kepada Hub Perusahaan Mikro oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Majlis telah meluluskan agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membangunkan projek perintis yang akan mentransformasikan pusat penjaja sedia ada kepada premis perniagaan lebih baik yang akan menarik lebih ramai pelanggan. Strategi yang bakal dilaksanakan termasuk penswastaan pengurusan pusat penjaja, pelantikan penyewa utama, dan memperlengkapkan pusat penjaja dengan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Informasi. Enam (6) pusat penjaja telah dikenal pasti untuk menyertai projek perintis bagi mentransformasikan pusat tersebut, iaitu:  Pusat Komersil Komuniti Bandar Tun Razak;  Pusat Penjaja Jalan Usahawan;  Medan Selera Taman Maluri;  Medan Selera Taman Setiawangsa;  Medan Selera Damai; dan
  • 3. 3 | P a g e o f 4  Medan Selera Mega. Penubuhan Panel Penasihat Perniagaan PKS Majlis telah bersetuju dengan penubuhan Panel Penasihat Perniagaan PKS (SBAP) untuk memberi input berkaitan pembangunan PKS dan strategi keusahawanan dalam mewujudkan syarikat bertaraf dunia. Penubuhan Panel ini adalah sejajar dengan aspirasi negara untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada ekonomi dan kesejahteraan sosial negara. Panel ini terdiri daripada ahli-ahli MPPK, pemimpin-pemimpin perniagaan dan juga pakar-pakar dalam bidang berkaitan dan dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Sebanyak 155 program telah dirancang untuk dilaksanakan dengan komitmen kewangan berjumlah RM18.4 bilion. Program-program ini bakal memberi manfaat kepada 467,838 PKS. Akses kepada Pembiayaan Sektor perkhidmatan mewakili peratusan terbesar (60%) daripada jumlah keseluruhan pembiayaan belum jelas PKS dengan kadar kelulusan keseluruhan kekal tinggi pada 88%. Lebih daripada 56,000 permohonan berjumlah RM23.2 bilion telah diluluskan di bawah dana PKS Bank Negara Malaysia. Sehingga akhir bulan Mei 2013, sejumlah RM2.2 bilion masih boleh digunapakai oleh PKS. Usaha untuk menyokong PKS dalam bidang pertumbuhan baru dan industri inovatif telah dipertingkatkan termasuk produk pembiayaan inovatif, penilaian kredit dipertingkatkan, pemudahan perniagaan dan pembangunan kapasiti untuk institusi kewangan, yang telah menjana kelulusan pembiayaan berjumlah lebih daripada RM1.2 bilion untuk 103 buah perniagaan dalam bidang pertumbuhan baru. Jumlah pembiayaan belum jelas perusahaan mikro yang diberi melalui rangka kerja “Pembiayaan Mikro” adalah sebanyak RM859 juta yang merangkumi lebih daripada 68,000 akaun. BNM telah mempergiatkan usaha promosi untuk mempertingkatkan kesedaran mengenai “Pembiayaan Mikro” menerusi iklan pada bas yang menonjolkan karikatur Dato’ Lat. Sekretariat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan 11 Julai 2013 - Tamat -
  • 4. 4 | P a g e o f 4 Untuk pertanyaan media, sila hubungi: En. Faiz Ramzi Sutarji di 03-2775 6014 atau emel faizramzi@smecorp.gov.my Lampiran 1 KATEGORI MIKRO KECIL SEDERHANA Pembuatan Jualan tahunan kurang daripada RM300,000 ATAU kurang daripada 5 pekerja Jualan tahunan dari RM300,000 hingga kurang daripada RM15 juta ATAU dari 5 hingga kurang daripada 75 pekerja Jualan tahunan dari RM15 juta hingga tidak melebihi RM50 juta ATAU dari 75 hingga tidak melebihi 200 pekerja Perkhidmatan dan sektor lain Jualan tahunan kurang daripada RM300,000 ATAU kurang daripada 5 pekerja Jualan tahunan dari RM300,000 hingga kurang daripada RM3 juta ATAU dari 5 hingga kurang daripada 30 pekerja Jualan tahunan dari RM3 juta hingga tidak melebihi RM20 juta ATAU dari 30 hingga tidak melebihi 75 pekerja

×