• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

on

  • 2,548 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,548
Views on SlideShare
2,548
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
32
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Document Transcript

    • Psikologi personel merupakan satu bidang yang berkait rapat dengan situasi di alam pekerjaan.Di mana maksud Psikologi itu sendiri adalah hasil gabungan dua perkataan Latin iaitu Psychedan Logy. Psyche bermaksud jiwa atau roh manakala Logy bermaksud kajian tentang sesuatuperkara. Hasil daripada gabungan dua perkataan ini dapatlah dirumuskan bahawa Psikologiadalah kajian yang berkaitan dengan tingkah laku manusia yang meliputi mental, jiwa, rohani,ingatan dan pemikiran seseorang.Personel pula bermaksud kakitangan yang berasal dari perkataan Bahasa Inggeris; personnel.Psikologi Personel secara umumnya membincangkan tentang pengurusan serta proses/kaedahyang terlibat di alam pekerjaan. 1
    • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi keselamatan sosialyang telah dikuatkuasakan di bawah Undang-Undang Malaysia. Pada tahun 1991, AktaKumpulan Wang Simpanan Pekerja telah diwujudkan iaitu Akta 452 yang menyediakan faedahpersaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan bolehdipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan paramajikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untukmencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.Ahli yang menyertai KWSP ialah Pekerja Sektor Swasta dan Pekerja Tidak Berpencen SektorAwam. Statistik terbaru juga telah menyatakan bahawa sehingga Jun 2012, KWSP mempunyaiseramai 13.35 juta ahli. Bilangan ahli aktif dan masih mencarum adalah seramai 6.33 jutamanakala bilangan majikan aktif pula adalah seramai 496,939 orang. Setiap caruman adalahwang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut terdiri daripadacaruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadarcaruman semasa adalah mengikut upah/gaji bulanan yang diterima. Pekerja yang menerimaupah/gaji bulanan RM 5,000 dan ke bawah akan dikenakan caruman pekerja sebanyak 11%dipotong daripada gaji bulanan mereka manakala caruman untuk majikan pula sebanyak 13%.Bagi pekerja yang menerima upah/gaji melebihi RM 5,000 caruman perkeja akan dikenakankekal 11% dan hanya 12% dikenakan bagi caruman oleh majikan.Hasil daripada caruman bulanan ahli, KWSP telah mengambil inisiatif dengan melaburkan hasilcaruman melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkanpendapatan. Antara agensi yang dilabur ialah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen PasaranWang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah. 2
    • Sebagai langkah untuk membentuk satu agensi yang menjaga hak kebajikan kewangan pekerjamaka satu visi telah dicipta bagi menjamin KWSP tidak lari dari landasan yang sepatutnya. VisiKWSP ialah menjadi organisasi keselamatan sosial yang bertaraf dunia yang menyediakansimpanan persaraan yang terbaik bagi rakyat Malaysia. Bagi penggunaan untuk jangka masapanjang, KWSP telah mewujudkan suatu misi bagi menjadikan ia sebagai satu usaha yang akandicapai iaitu menyediakan Skim Simpanan Persaraan yang terbaik.Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menghasilkan Piagam Pelanggan bagi menghasilkanperkhidmatan yang baik kepada para pelanggan antaranya ialah masa menunggu bagimendapatkan perkhidmatan di kaunter. KWSP telah menjanjikan bahawa waktu bukan puncak,perkhidmatannya kepada ahli/majikan akan diberi dalam tempoh 8 minit selepas mengambilnombor giliran manakala bagi waktu puncak pula KWSP memberi perkhidmatan kepadaahli/majikan dalam tempoh 15 minit selepas mengambil nombor giliran.Bagi perkhidmatan untuk mendaftar yang dilakukan oleh ahli dan majikan, permohonan merekaakan diterima dalam tempoh satu hari bekerja sekiranya permohonan tersebut lengkap. KWSPjuga menjamin bahawa mereka akan menjawab panggilan telefon dalam tempoh 10 saat danakan menjawab surat atau pun E-mel pelanggan dalam tempoh yang pantas sekiranya tiadamasalah gangguan teknikal berlaku. KWSP juga akan memproses permohonan pengeluaranumur 50/55 tahun serta memproses permohonan pengeluaran perumahan yang lengkap danmembuat pembayaran tidak melebihi 15 hari bekerja dari tarikh terima. 3
    • Pemohon yang telah membuat bayaran caruman yang lengkap akan mendapat resit bayaranselewat-lewatnya dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh bayaran diterima. Resit berkenaanakan dijadikan bukti sebagai pemohon telah membuat pembayaran caruman yang lengkap.Selepas pembayaran caruman telah dibuat dan resit telah dikeluarkan, pihak KWSP akanmengkreditkan bayaran caruman yang lengkap ke dalam akaun ahli dalam tempoh 21 haribekerja dari tarikh yang diterima. Setelah akaun ahli sudah dikemaskini, maka mereka akanmenghantar penyata tahunan ahli kepada ahli yang aktif dalam tempoh 30 hari dari tarikh dividendiisytiharkan dan sebagai maklumat tambahan, penyata tahunan ahli boleh diperoleh darisaluran-saluran yang telah disediakan iaitu perkhidmatan i-Akaun, Kios serta kaunter cawanganKWSP yang berdekatan. 4
    • 5
    • Seksyen 1: Tajuk ringkas dan mula berkuat kuasaSeksyen 2: TafsiranSeksyen 3: Penubuhan LembagaSeksyen 4: Keahlian LembagaSeksyen 5: Ahli-ahli silih gantiSeksyen 6: Tempoh jawatanSeksyen 7: Perletakan jawatan & pembatalanSeksyen 8: Pengosongan jawatanSeksyen 9: Pengerusi & 6 orang ahli lain membentuk kuorum LembagaSeksyen 10: Pengerusi mempunyai undi pemutusSeksyen 11: Kuasa Menteri untuk memberi arahanSeksyen 12: Tugas untuk mengemukakan maklumat kepada MenteriSeksyen 13: Pengesahan meteraiSeksyen 14: Kuasa-kuasa & tugas-tugas LembagaSeksyen 15: Rizab am & lain-lain akaun rizabSeksyen 16: Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasaSeksyen 17: Kuasa untuk memberi pinjaman & membuat pendahuluan kepada pegawai &perkhidmatannyaSeksyen 18: Penubuhan & keahlian Panel 6
    • Seksyen 19: Pengosongan jawatanSeksyen 20: Kuprum & Perjalanan ProsidingSeksyen 21: Pengerusi Panel Pelaburan mempunyai undi pemutusSeksyen 22: Ketidaklayakan daripada keahlian Lembaga & Panel PelaburanSeksyen 23: Pendedahan kepentinganSeksyen 24: Penubuhan Kumpulan Wang Simpanan PekerjaSeksyen 25: Lembaga hendaklah menjadi pemegang amanah Kumpulan WangSeksyen 26: Kuasa Lembaga untuk melaburSeksyen 26A: Kuasa Lembaga untuk melabur dalam syarikat yang diluluskanSeksyen 26B: Lembaga melabur dalam sekuriti kerajaanSeksyen 26C: Kuasa Lembaga untuk menubuhkan perbadanan @ syarikatSeksyen 27: Pengisytiharan dividenSeksyen 28: Peruntukan bagi pendahuluan daripada Kumpulan Wang Disatukan PersekutuanSeksyen 29: Pengauditan akaun-akaun tahunan Kumpulan WangSeksyen 29A: Pelaburan oleh ahli Kumpulan WangSeksyen 30: Pelantikan ketua pegawai eksekutif, pegawai & pekhidmat LembagaSeksyen 31: Penubuhan Jawatankuasa Rayuan TatatertibSeksyen 32: Pengenaan surcajSeksyen 33: Penubuhan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat berkenaan dengan pegawai-pegawaidan pekhidmat LembagaSeksyen 33A: Penubuhan Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat berkenaan dengan pegawaidan pekhidmat Lembaga 7
    • Seksyen 34: Pelantikan Pemeriksa-Pemeriksa, kuasa-kuasa, fungsi-fungsi & tugas-tugas merekaSeksyen 35: Kuasa-kuasa untuk memasuki, memeriksa & menggeledahSeksyen 36: Menghalang perjalanan kuasa-kuasa PemeriksaSeksyen 37: Kuasa untuk menyoal periksa orang-orang 8
    • Setiap ahli KWSP mengikut peruntukan Akta KWSP ialah seseorang yang mempunyai akaundan simpanan dengan kumpulan wang. Ahli KWSP ialah pekerja di sektor swasta, pekerja tidakberpencen di sektor awam dan mereka yang telah memilih untuk mencarum. Ahli jugamerupakan seorang pekerja yang telah diambil bekerja oleh majikan di bawah satu kontrakperkhidmatan atau perantisan.Bagi ahli yang ingin menyertai untuk mencarum perlu mempunyai kontrak perkhidmatan yangmerupakan syarat-syarat perkhidmatan yang menerangkan perhubungan di antara majikan danpekerja. Perkhidmatan yang telah dibuat tidak boleh diganti oleh orang lain dan kontrakperkhidmatan yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak merangkumi kontrak secarabertulis, lisan dan yang dinyatakan scara jelas atau tersirat. 9
    • Majikan merupakan seorang yang mengambil seseorang untuk bekerja dengan membuat kontrakperkhidmatan atau perantisan. Majikan boleh dianggap sebagai pengurus, ejen atau orang yangbertanggungjawab bagi pembayaran gaji atau upah kepada seseorang pekerja dan merupakanmana-mana kumpulan orang sama ada tidak berkanun mahupun badan berkanun.Setiap upah yang telah diberi oleh majikan kepada pekerjanya akan diambil 11% oleh KWSPsebagai caruman dan ia boleh dibayar secara bulanan, mingguan, harian atau selainnya. Antarabayaran yang dikenakan caruman KWSP ialah : Gaji Bayaran bagi cuti rehat tahunan dan cuti sakit yang tidak digunakan Bonus Elaun Komisen Insentif Tunggakan upah Upah bagi cuti bersalin Upah bagi cuti belajar Upah bagi cuti separuh gaji Bayaran-bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan atau sebaliknya 10
    • Manakala caruman yang dikecualikan oleh KWSP daripada ahlinya membuat pembayaran ialah : Caj perkhidmatan Bayaran kerja lebih masa Ganjaran Faedah persaraan Faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara atau penamatan Mana-mana elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsesi perjalanan Bayaran sebagai ganti notis penamatan perkhidmatan Yuran PengarahWalau bagaimanapun, sekiranya berlaku pemindahan faedah persaraan, majikan bolehmengubahnya dengan persetujuan pekerjanya dan membuat pemindahan ke dalam akaun KWSPpekerja apa-apa wang dari skim atau rancangan persaraan yang berhubung dengan pekerjatersebut. Permindahan tersebut boleh dibuat melalui borang KWSP 16F. 11
    • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja banyak memberi faedah demi jangka masa panjang untukahlinya, Perkhidmatannya yang efisien itu, bukan hanya sekadar untuk menjaga wang ahlinyasebaliknya ia melabur kepada beberapa agensi dan hasil pulangannya itu dikira secara telus laludiberi dividen kepada para ahlinya sebagai kelebihan ahli menyertai KWSP ini. Berikut adalahrekod tahun bersama peratusan dividen yang telah diperolehi semenjak KWSP ini ditubuhkan.Tahun Peratus Tahun Peratus1952 - 1959 2.50 1996 7.701960 - 1962 4.00 1997 - 1998 6.701963 5.00 1999 6.841964 5.25 2000 6.001965 - 1967 5.50 2001 5.001968 - 1970 5.75 2002 4.251971 5.80 2003 4.501972 - 1973 5.85 2004 4.751974 - 1975 6.60 2005 5.001976 - 1978 7.00 2006 5.151979 7.25 2007 5.801980 - 1982 8.00 2008 4.501983 - 1987 8.50 2009 5.651988 - 1994 8.00 2010 5.801995 7.50 2011 6.00 12
    • Kesimpulan yang boleh dibuat ialah kewujudan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ini banyakmemberi manfaat kepada para ahlinya demi masa jangka yang panjang. Ini kerana setiap pekerjapasti akan berakhirnya kontrak perkhidmatan bersama majikan dan bagi menjamin kehidupanmanusia yang memerlukan wang sebagai sumber untuk menunaikan atau memuaskan sesuatukehendak maka perkhidmatan KWSP ini telah memberi peluang kepada ahlinya untuk menerimawang pencen yang berterusan bagi menampung keperluan hidup apabila sudah tidak bekerja lagi.Perkhidmatan KWSP ini juga memberi pelbagai faedah dengan adanya dividen yang diumumkansetiap tahun dan telah terbukti semakin majunya serta kukuhnya ekonomi negara maka dividenyang bakal diperolehi oleh ahlinya adalah tinggi. 13
    • 1) Kamus Dewan, 2005, Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka3) Pamplet Kumpulan Wang Simpanan Pekerja2) Internet: Google Yahoo http://www.kwsp.gov.my http://mykamusdewan.com/englishmelayu 14