Bab 3 -_retorik

939 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
939
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
37
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bab 3 -_retorik

  1. 1. RETORIK
  2. 2. Retorik berasal daripada perkataan Yunani, ‘rhetor’ yang bermaksud pidato. Kata dasar perkataan ini daripada perkataan Latin, ‘topoi’ yang bermaksud mencari kebenaran. Perkataan retorik digunakan untuk menjelaskan maksud mencari kebenaran terutama ketika berbahas dan berhujah untuk menegakkan kebenaran hakiki.
  3. 3. Kajian retorik bermula seawal 1000 tahun sebelum Masihi lagi. Kajian terhadap bidang ini dipelopori oleh ahli-ahli falsafah dari Greek dan Roman seperti Plato, Aristotle dan Cicero. Kajian terpenting Aristotle dalam buku agungnya, The Rhetoric mengenai unsur penting dalam pengucapan, telah diterima pakai hingga ke hari ini.
  4. 4.  Ahli falsafah mencari saluran paling ideal untuk menyampaikan idea, mengungkap perasaan dan buah fikiran hanya melalui ujaran secara lisan  Orang yang berkebolehan menyampaikan idea secara lisan ini diaanggap penting sebagai satu cabang seni memujuk dan mempengaruhi keadaan manusia.  Aspek dlm bidang retorik yang ditekankan ialah mutu aspek pengucapan umum yang merangkumi kebaikan idea, hujah-hujah dan gaya bahasa perucap.
  5. 5. Abad ke 20, retorik berkembang luas Mementingkan kajian mengenai perutusan dan penyampaian mesej yang berkesan Bidang ini mula mendapat tempat di kalangan ahli akademik dengan wujudnya kursus dan pengajian di IPT.
  6. 6.  Bidang ini mula dianggap sebagai suatu bidang kerjaya yang mampu memberi pulangan yang lumayan kepada sesiapa yang mempunyai kepakaran dalam seni pengucapan. Contohnya, wujud kerjaya seperti pengacara majlis, juruhebah, jurubahasa, wartawan penyiaran dan penulis profesional dalam bidang retorik.
  7. 7. Seni Berpidato Forensik Seni Berpidato Deliberatif Seni Berpidato Pengucapan Istiadat
  8. 8.  Dikenali juga sebagai judicial speaking atau retorik perundangan.  Berdasarkan seni berpidato di mahkamah  Forensik – penggunaan bahan-bahan bukti yang kecil dan rumit dalam membuktikan seseorang yang didakwa disabitkan kesalahan atau dilepaskan dari tuduhan  Perbincangan melibatkan aspek keadilan yg hakiki
  9. 9.  Perucap bermain dengan bahasa dan gaya untuk mempengaruhi pendengar meyakini hujah-hujah yang disampaikan.  Herrick(2001) – “forensic speaker must be skilled in convincing a jury that available evidence supports a particular hypothesis”  (Kemahiran perucap bermain kata-kata dan gaya ucapan membantu mempengaruhi keputusan juri)
  10. 10.  Berasal dari perhimpunan politik  Mendesak atau merayu pendengar mengenai sesuatu hukuman, tindakan atau keputusan sstu dasar  Adakala mendesak pendengar menerima maklumat yang disampaikan  Retorik ini disebut juga symboluleutikon oleh Aristotle
  11. 11.  Fokus – soalan berkenaan apa yang terbaik dalam setiap arahan tindakan yg patut diambil oleh sesebuah negara.  Pertimbangan bukti bagi pertentangan dasar atau arah kpd sesuatu tindakan  Perucap deliberatif yang terlatih memahami perkara bukan sahaja berkaitan undang- undang, politik, ekonomi, perdagangan dan perjuangan tetapi mesti dapat menggarap dan mengupas faktor-faktor dalam kehidupan sivik yang menyumbang kebaikan untuk keseluruhan masyarakat.
  12. 12.  Dikenali juga sebagai retorik demonstratif  Berpunca daripada upacara pengebumian bagi penganut Kristian  Diucapkan bagi menghargai sumbangan seseorang ketika hayatnya  Kemudian dikembangkan menjadi ucapan-ucapan berkaitan ungkapan tahniah dan pujian.
  13. 13. Rekacipta Susunan Gaya Ingatan penyampaian
  14. 14.  Merujuk proses penggabungan semua bahan dalam pengucapan – idea, perdebatan dan bukti – menyokong atau menentang sesuatu kes  Dilihat dari dua sudut – teori – penciptaan ialah satu kajian apabila perdebatan dan bukti boleh dicari dan diperolehi - praktikal – reka cipta sebagai satu elemen atau kanun retorik yang mampu mengeluarkan idea dan bahan yang baik untuk bebahas.
  15. 15.  Suatu proses yang melibatkan susunan dalam teks pengucapan mengikut prosedur-prosedur  Covino dan Joliffe (1995) – seni mengatur bahan dalam teks dengan sempurna dan berkesan  Cara penyediaan, antaranya; - latar belakang tajuk dengan maklumat terperinci, kajian atau idea dengan fakta dan bukti,mengambil kira dan mengetahui keseluruhan kajian dan buat kesimpulan
  16. 16.  Pemilihan dan cara penyusunan ayat yang efektif  Pengucapan menjadi lebih jelas  Antaranya;- tatabahasa, pemilihan ayat, kepelbagaian intonasi, dan cara mengolah sesuatu ayat
  17. 17.  Digunakan utk mengingati ilmu terdahulu sejak turun temurun – secara lisan  Kemampuan seseorang untuk mengingat
  18. 18.  Elemen terakhir yang menjadi nadi kepada setiap perucapan awam  Menentukan aplikasi retorik berkesan atau tidak  Schubert(1948); penyampaian yang berkesan - riak muka, pergerakan badan, penglihatan  Latihan dan pengalaman membantupenyampaian ucapan yang baik
  19. 19. Proses memerhatikan, mengendahkan, menaruh minat, menerima sesuatu dalam hati dengan pancaindera, dan menanggap (Noresah Baharom, 1996)
  20. 20.  Terdapat dua kewajaran: perolehan maklumat dan maklumbalas
  21. 21.  Menentukan bahawa perucap mempunyai sokongan dan dokumen yang cukup mengenai sebarang kenyataan yang hendak dinyatakan,  menjangka bahawa apa yang dicakapkan oleh perucap mewakili bidang kepakarannya,
  22. 22.  menjangkakan bahawa perucap dapat memperlihatkan kredibilitinya mengenai sesuatu tajuk yang dibincangkan, dan  meminta si perucap menunjukkan dan memaparkan fakta secara khusus pada setiap kali kenyataan dibuatnya. Sekiranya kenyataan tersebut tidak berasas, maka sebagai pencerap yang kritis, kita berhak meraguinya.
  23. 23.  Membentuk keinginan mencerap  Memberi perhatian sepanjang proses komunikasi berlangsung  Jangan gopoh buat penilaian  Menyaring maklumat Sambung hari Rabu
  24. 24.  Khalayak – kumpulan manusia yang menonton sesebuah filem, pementasan, persembahan, penulisan dan sebagainya.  Khalayak aktif – menghargai dan memberi perhatian terhadap ucapan atau penyampaian  5 aspek penting dalam analisis khalayak:
  25. 25. i. Saiz khalayak ii. Jenis khalayak iii. Sikap khalayak iv. Isu silang budaya v. Ideologi dan kepercayaan
  26. 26. Terdapat empat kumpulan utama iaitu:  Diadik  Kumpulan kecil  Ramai pendengar  Jelata
  27. 27. i. Khalayak empiris ii. Khalayak fokus iii. Khalayak berkeupayaan iv. Khalayak rekaan
  28. 28.  Kecenderungan emosi khalayak sama ada memberi perhatian atau tidak semasa penyampaian  Tiga sikap utama : i. Sikap khalayak terhadap perucap ii. Sikap khalayak terhadap subjek iii. Sikap khalayak terhadap keadaan
  29. 29.  Berkait rapat dengan kepercayaan seseorang individu  Kepercayaan khalayak mempengaruhi penerimaan tajuk, pendapat dan hujah seseorang perucap  Mengambil kira faktor umur, jantina, taraf pendidikan, status pekerjaan, agama  Kaedah demografi dapat membantu
  30. 30.  Perucap perlu mengambil kira ideologi khalayak
  31. 31.  Pemilihan topik  Pengumpulan bahan  Penyusunan bahan  Latihan melalui pengalaman
  32. 32.  Penyelidikan  Pengalaman  Pengetahuan  Temu bual
  33. 33. Bahan-bahan yang diperoleh, tidak akan membantu kelancaran penyampaian sekiranya tidak disusun dengan kemas dan menarik. Isi dan idea yang tersusun dapat mewujudkan kesinambungan mesej.
  34. 34. Tidak semua orang dilahirkan dengan kelebihan mampu berucap di khalayak ramai. Walau bagaimanapun, kekurangan tersebut janganlah dijadikan sebagai alasan. Melalui latihan, keupayaan seseorang perucap dapat ditingkatkan bagi memahir dan membiasakan perucap dengan sesuatu situasi, keadaan dan idea yang hendak disampaikan.
  35. 35. I - Persediaan awal - dari segi fizikal, mental dan emosi - elak kegugupan - keyakinan - lakukan senaman kecil - menarik nafas lega - memandang audiens yang mesra
  36. 36. ii – Panduan penyampaian - keyakinan diri - konsep menghormati pendengar - menghayati prinsip komunikasi Iii – Kelebihan sedia ada - kenali potensi diri - mampu mengawal suara dengan baik - alat bantu (APD)
  37. 37. Pengetahuan tentang bahasa sangat penting dalam bidang retorik. Hunt (1987) mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem mengenali bunyi yang diluahkan atau dijadikan simbol buah fikiran dan perasaan. Apabila bunyi-bunyi atau perkataan- perkataan ini disimpulkan bersama-sama dalam ayat untuk memberi maksud atau idea, setiap bunyi itu menjadi bahasa.
  38. 38. Kebolehan untuk memahami dan memproses maklumat yang didengar serta kebolehan untuk bertutur dengan lancar dapat mempengaruhi perkembangan pemikiran seseorang perucap. Perkembangan pemikiran seseorang perucap akan membolehkannya bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan.
  39. 39. Seseorang yang memiliki kemahiran retorik dianggap bertuah kerana mempunyai kelebihan yang tersendiri, terutama dari segi peluang kerjaya. Semua kerjaya memerlukan sekurang-kurangnya sedikit kemahiran pengucapan. Contohnya, bagi memudahkan diterima bekerja dan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat, seseorang itu mestilah boleh berfikir secara kritis, mencerap dengan baik dan berucap dengan berkesan.
  40. 40.  Sekian.

×