• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Kgbk
 

Kgbk

on

  • 1,908 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,908
Views on SlideShare
1,908
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
77
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

11 of 1 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Kgbk Kgbk Document Transcript

    • Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK)(copyright) Profesor Isahak Haron 2006Modul 1: Pengenalan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK): Latar belakang dan PrinsipObjektif: • supaya guru mengetahui latar belakang dan prinsip Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) sebagai alternatif kepada kaedah abjad/fonik dan kaedah Seluruh Perkataan. • Guru dapat menggunanya dalam modul-modul 6 – 8.Seperti yang dihuraikan dalam Modul 2, 3 dan 4, terdapat dua mazhab dan pendekatanbesar dalam pengajaran awal membaca bahasa Inggeris, iaitu pendekatan fonik danpendekatan seluruh perkataan. Pendekatan fonik bermula dengan mengajar kanak-kanakhuruf abjad dan bunyinya, kemudian baru membaca perkataan. Pendekatan seluruhperkataan pula terbalik: ia bermula dari mengajar ‘perkataan’ kemudian ‘analisis perkataan’supaya murid tahu suku kata, huruf dan bunyinya. Salah satu sebab pengajaran awalmembaca dan menulis tidak mudah ialah kerana sistem ejaannya celaru dan tidak fonemik.Jadi sebenarnya terdapat sekumpulan perkataan yang mudah diajar dalam kaedah fonik,dan sekumpulan lagi lebih berkesan diajar secara seluruh perkataan melalui ‘pandang dansebut’.Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) bagi pengajaran awal Bahasa Melayu berbezadengan ‘pendekatan fonik/abjad’ atau ‘seluruh perkataan’ dalam bahasa Inggeris. KGBKberasaskan kepada ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam Bahasa Melayu, yang tidakterdapat dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau Bahasa Cina.a) Ia mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang sistematik danfonemik: maksudnya, setiap huruf mewakili satu bunyi, kecuali huruf e, dimana terdapat dua bunyi.
    • Misalnya, huruf a bunyinya ‘aa’, huruf b bunyinya ‘bh’, c bunyinya ‘ch’, dbunyinya ‘dh’, m bunyi ‘mm’ dan sebagainya. Hanya e mempunyai duabunyi, iaitu e taling seperti dalam perkataan ‘emak’, ‘enam’ dan e pepetseperti dalam ‘ekor’ dan ‘elok’.Untuk mengetahui lebih lanjut sistem ejaan Bahasa Melayu (Rumi) rujuk,Dewan Bahasa dan Pustaka (1991), Pedoman umum ejaan rumi BahasaMelayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.b) Suku kata Bahasa Melayu jelas, misalnya ‘ba tu’,‘ka ki’, ‘ma kan’, ‘ka kak’, ‘i tu’, ‘i tik’, ‘seko lah’, ‘jam ba tan’, ‘bu nga’, ‘ta nya’ ‘pe nyu’ ‘su ngai’ ‘pan tai’, kam pung’, ‘per ja la nan’dan sebagainya.c) Tatabahasa Bahasa Melayu lebih mudah berbanding dengan tatabahasa Bahasa Inggerisdan Bahasa Arab. Misalnya dalam Bahasa Melayu tidak ada perbezaan bentuk bagi gender(laki- laki atau perempuan) untuk menyatakan ‘banyak’ (plural),untuk menyatakan perbezaanwaktu (past tense, present tense) seperti dalam bahasa Inggeris.Dengan itu pengajaran membaca Bahasa Melayu peringkat awal untuk kanak-kanak (ataukepada sesiapa saja yang mula belajar Bahasa Melayu) boleh dibuat denganmenggabungkana) pengajaran ‘bunyi’ asas (fonem) beberapa huruf vokal ‘a i u’ dan bunyi satu atau duahuruf konsonan, misalnya bunyi ‘b’, untuk membentuk bunyi suku kata ‘ba bi bu’, danb) terus membaca perkataan mudah ‘baba, bibi, bubu, ubi, ibu abu’, dan frasa seperti ‘bububaba’, ‘ibu abu’ yang bermakna, dalam satu atau dua pelajaran saja.Bila kita gabungkan bahagian (a) dan (b) di atas, iaitu mengabung ‘bunyi’dengan terus membentuk perkataan dan membacanya, kita sudah
    • mengguna apa yang dipanggil kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK),Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK), kerana dalamsatu set pengajaran-pembelajaran, ‘bunyi huruf dan suku kata terusdigabung menjadi ‘perkataan’ dan dibaca.Dalam kaedah ini murid diberi asas kemahiran untuka) mengesan (attack) sesuatu perkataan, dengan melihat bunyi hurufnya dan suku katanya,jika ia tidak tahu membacanya. Ini penting untuk memberi kemahiran atau kecekapanmereka membaca sendiri perkataan baru. Misalnya setelah murid boleh membaca suku kata‘ba bi bu‘ dan ‘ca ci cu’ dan boleh membaca perkataan ‘cucu, baca, cuci’ mereka sendiriakan boleh membaca ‘cuba’ dan ‘bucu’.b) membaca perkataan yang bermakna serentak dalam suatu pelajaran. Dengan ini merekamendapati proses belajar membaca itu memberi makna dan berguna. Kajian kamimenunjukkan kebanyakan murid bermotivasi untuk mencuba lagi membaca setelah merekamula tahu membaca beberapa patah perkataan begini.Dalam KGBK 1. murid tidak perlu diajar mengenal dan menghafal semua huruf abjad secara berturutan dari a, b, c sampai x, y, z seperti dalam kaedah abjad/fonik. Ini mengambil masa panjang (2, 3 bulan di setengah sekolah). Murid juga tidak perlu diajar semua suku kata terbua seperti ba bi bu be be bo, ca ci cu ce ce co, dsb’ yang mengambil masa sebulan lagi, sebelum murid boleh diajar membaca perkataan dan ayat. 2. murid tidak perlu diajar ‘mengecam seluruh perkataan’ (pandang dan sebut perkataan) dan menghafal bentuknya, kemudian ‘cerakin’ perkataan untuk mengenal huruf dan bunyi huruf, seperti dalam kaedah seluruh perkataan. Dalam KGBK kanak- kanak terus ‘membina’ dan ‘membaca perkataan’ berdasarkan suku kata yang mereka belajar dalam satu pelajaran itu.3. Perkembangan unit-unit pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat secara
    • sistematik berturutan (sequential) berkembang, di mana pelajaran yanglalu terus diguna untuk belajar membaca pelajaran yang baru.Setiap unit baru berkembang berasaskan unit sebelumnya. Misalnya,setelah murid belajar membaca ‘b dan ba bi bu’ dan perkataan-perkataandaripada suku kata ini seperti ‘ibu baba, ubi abu’, murid boleh disambungberikutnya untuk belajar bunyi konsonan ‘k’ pula; membentuk danmembunyikan suku kata ‘ka ki ku’ dan terus membaca perkataan ataufrasa ‘kuku kaki aki’. Jika dicantum pula dengan suku kata ‘ba bi bu’yang dipelajari sebelumnya, murid boleh membina dan membacaperkataan dan ayat seperti ‘buku abu; abu buka buku’.Fasa pertama kanak-kanak menguasai membina dan membaca perktaansuku kata terbuka; fasa kedua membina perkataan suku kata tertutup(kv +kvk seperti ‘ka sut’, ‘bu kit’ atau kvk+kv) seperti ‘lam pu’ ‘lembu’ dansebagainya. Fasa berikutnya murid belajar jenis-jenis perkataan sukukatanya diftong (seperti sungai, pulau) dan imbuhan seperti ber me, memseperti ‘berjalan’, ‘memberi’, melawan’ dan sebagainya.4. Murid juga terus membaca ayat mudah dalam sesuatu pelajaran itu.Langkah-langkah asas dalam pengajaran membaca dan menulis KGBK.1. Perkenalkan bunyi vokal mudah a i u, dan cara menulisnya
    • 2. Perkenalkan bunyi konsonan mudah seperti b dan cara menulisnya3. Bentuk suku kata terbuka (kv) darinya, supaya menjadi ba bi bu dan cara menulisnya.4. Bina perkataan dari suku kata (kv + kv), seperti ‘baba bibi bubu babu, ibu’5. Bina rangkai kata atau ayat, seperti ‘ibu abu, babu baba’6. Murid menulis menyalin apa yang mereka baca: huruf, suku kata dan perkataan.Pelajaran berikutnya 1. Ulang pelajaran unit yang lalu 2. Perkenalkan huruf konsonan baru, misalnya ‘c’ 3. Bina suku kata ca ci cu 4. Bina perkataan kvkv seperti ‘caca cucu cuci aci acu’ 5. Guna suku kata pelajaran yang lalu ba bi bu, untuk membina lagi perkataan seperti baca bucu cuba 6. Bina frasa atau ayat seperti cucu aci, ibu cuci ubi, dsb 7. Murid salin apa yang dibaca.Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata, kerana dalam satu set pengajaran-pembelajaran, ‘bunyi huruf dan suku kata terus digabung menjadi ‘perkataan’ dan dibaca.Contoh langkah-langkah pengajaran KGBK secara terperinci seterusnya, diberi dalam Modul4, 5, 6 dan 7.Semua langkah di atas dibuat dalam satu atau dua pelajaran saja. Ini bererti unsur‘membunyikan’ huruf dengan membina dan ‘membaca perkataan’bolehdigabungkan dalam sesuatu pengajaran-pembelajaran membaca. Pada akhir setiappelajaran kanak-kanak ‘boleh’ membaca ‘perkataan’, frasa atau ayat bermakna. Ini didapatilebih mudah dan cepat untuk murid belajar membaca dan menulis, iaitu murid menulis apayang dibaca. Murid tidak perlu mengenal dan menghafal semua huruf sebelum belajarmembaca.
    • Pendekatan ini membolehkan pembinaan dan susunan bahan pengajaran-pembelajaran danpeningkatan kemahiran membaca dibuat secara berturutan (sequential) dan berkembang(developmental). Contohnya adalah seperti dalam buku saya Mari Membaca, UtusanPublications, 1982, dan Mudah Membaca Bahasa Melayu, Fajar Bakti, 1990; danbuku Bahasa Malaysia, siri Genius, beserta Panduan Guru, Fajar Bakti, 2003, untuk prasekolah, dan buku Ceria 2M terbitan Ilmu Bakti.Dari kajian kami, susunan bahan pengajaran-pembelajaran secara berturutan (sequential)dan ‘developmental’, kumulatif dan sistematik ini memudahkan guru mengajar 2M danmemudah murid belajar 2M bahasa Melayu. Dari pemerhatian dan laporan guru, murid bolehmembaca dengan lancar ‘cerita mudah’ dalam tempoh kurang dari tiga bulan, jika diajarsejam sehari, lima hari seminggu mengikut susunan KGBK dalam buku itu.Pendekatan ‘gabungan’ dan susunan bahan secara kumulatif seperti dalam KGBK ini tidakmungkin berlaku dalam ‘pendekatan abjad/fonik’, ‘pendekatan seluruh perkataan’, atau‘pendekatan eklektik’ yang diguna sekarang untuk mengajar Bahasa Inggeris.Pendekatan KGBK menyatakan bahawa tidak perlu dipisahkan ‘sequence’ antara mengenal‘bunyi-huruf’ dengan membina-dan-membaca ‘perkataan’. Pendekatan KGBK ini juga tidakmemulakan pengajaran membaca dengan memperkenalkan ‘perkataan’ (whole word)dahulu dan kemudian ‘mencerakinkannya’ menjadi suku kata dan ‘bunyi’ setiap huruf. Inimenyusahkan dan melambatkan kebolehan kanak-kanak membaca . Dalam kaedah abajd /fonik, murid perlu belajar dahulu nama huruf dan bunyi semua huruf a b c…sampai …x y zsebelum mereka diajar membaca perkataan, frasa atau ayat. Ini juga melambatkan danmenyusahkan setengah murid dan mereka akan tercicir.Ramai guru masih percaya kuat bahawa kalau murid ‘tidak kenal huruf abjad, murid itu tidakboleh diajar membaca Bahasa Melayu. Begitu juga guru yang mengajar Bahasa Inggeris.Kepercayaan ini didasarkan kepada pengalaman mereka diajar dan belajar membaca dizaman kanak-kanak dahulu, iaitu mengenal huruf abjad a, b, c ..x, y, z dahulu sebelummembaca.Ibu bapa juga percaya anak-anak hendaklah diajar a b c dahulu sebelum boleh diajarmembaca. Maka kadang-kadang timbul konflik di antara guru tadika yang mengajar kanak-kanak membaca mengguna KGBK (dan kanak-kanak itu boleh membaca ), tetapi ibu bapa
    • masih tidak puas hati dan mahu anak mereka diajar a b c. sampai.....x y z mengikut susunandalam abjad.NotaDalam pengajaran 2M kita perlu juga mengajar kemahiran berbahasa lain, iaitu mendengardan bertutur. Guru hendaklah membina keempat-empat kemahiran berbahasa ini.Walau pun terdapat pendekatan gabung jalin sebagai ‘pendekatan am’ untuk mengajarbahasa, ada kaedah dan teknik tertentu khusus untuk mengajar kanak-kanak ’membaca danmenulis’ pada peringkat permulaan. Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) digubal secarasistematik untuk mengajar kanak-kanak 2M, supaya mereka mudah membaca. Kemahiranmurid mendengar dan bertutur terselit secara informal semasa guru dan murid, murid danmurid berbual, mendengar dan bercakap. Guru tentu sekali harus mengajar murid menyebutsesuatu perkataan itu dengan sebutan standard. Guru hendaklah juga selang selikan aktivitipengajaran membaca dengan membaca kuat (read aloud) buku kepada murid, ataumenyanyi semasa mengajar 2M, supaya murid seronok belajar.Nota: Ada guru mengguna kaedah dan buku Awal Membaca Siri Genius Fajar Bakti 2006atau buku yang umpama dalam pengajaran mereka, dan menokok tambah aktiviti untukmemperkayakan pembelajaran. Ini amat digalakkan. Sejak kebelakangan ini, ada pengarangyang mengarang dan menerbitkan buku berdasarkan pendekatan ini, dengan memberiberbagai nama untuknya.RingkasnyaPendekatan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) menyatakan bahawa kitabolehmenggabungkan proses mengajar ‘mengenal bunyi-huruf’ dengan ‘membina-dan-membaca perkataan’ dalam satu atau dua pelajaran, dan kanak-kanak terus membacaperkataan, frasa atau ayat. Ia digubal atas keistimewaan yang terdapat dalam sistem ejaanBahasa Melayu, di mana sistem ejaannya fonemik dan sistematik, suku katanya jelas, dantatabahasanya yang mudah berbanding dengan sistem ejaan yang celaru dan tatabahasayang lebih kompleks dalam Bahasa Inggeris.
    • Haruslah diingat bahawa KGBK adalah fasa pertama untuk memudahkanmuridmula belajar membaca. Setelah asas awal membaca dikuasai oleh murid, danmurid boleh membaca sendiri ayat dan cerita mudah, maka fasa seterusnyaialahmurid diberi dorongan dan peluang membaca berbagai bahan bacaan: cerita, puisi,dan buku pilihan, supaya mereka terus membaca sendiri, dan tertanam tabiat danminat membaca. Jika ini berlaku, ia akan menjadi bekalan dan asas untuk ‘pendidikansepanjang hayat’.Sedikit tentang latar belakang dan sejarah KGBK: Bila dan bagaimanakah KGBK digubal?Untuk mengelak daripada kekeliruan tentang sejarah dan asal usul Kaedah Gabungan BunyiKata ini, dan dakwaan orang lain yang mereka mencipta atau menggubah kaedah KGBK ini,saya perturunkan sedikit sejarah pembinaan kaedah ini dan penerbitan buku-buku sayatentang kaedah ini.Setelah membaca laporan dalam akhbar, dalam tahun 1979, bahawa 30 - 40% murid disekolah rendah, terutama di Sekolah Kebangsaan yang tidak boleh membaca, saya punberfikir bagaimanakah ini boleh terjadi, kerana pada pendapat saya bahasa Melayu sangatmudah untuk diajar membaca dan menulisnya, terutama huruf tulisan rumi. Dari tijauan sayasaya dapati kebanyakan guru mengguna ‘kaedah abjad’. Sebahagian kecil menggunakaedah ‘pandang dan sebut’ (look and say), iaitu kaedah seluruh perkataan yang popular dikalangan guru yang mengajar bahasa Inggeris di peringkat awal.Saya berpendapat mungkin salah satu sebeb kenapa ramai murid tidak boleh membacaialah kerana kaedah pengajaran 2M yang kurang berkesan, dan kurang latihan. Makadengan mengguna pengetahuan teori dan amalan pengajaran Bahasa Melayu yang sayaada untuk menggubal satu kaedah yang boleh menggabung pendekatan ‘fonik’ (berasaskanbunyi) dan pendekatan ‘seluruh perkataan’.Pada 8 – 10 Disember 1979 saya membentang satu kertas kerja di KONPEN IV anjuranPersatuan Suluh Budiman di Kuantan, Kertas bertajuk “Beberapa Kaedah Mengajar Murid-Murid Membaca Bahasa Malaysia di Peringkat Awal,” . Dalam kertas ini saya meninjaubeberapa kaedah mengajar membaca BM di peringkat awal, dan memperkenalkan KaedahGabungan Bunyi-Kata (KGBK) sebagai cadangan untuk mengatasi ramai murid di sekolahrendah, terutama di Sekolah Kebangsaan, yang tidak boleh membaca.
    • • Kertas kerja ini diterbit dalam Jurnal Dewan Bahasa Jilid 24 Bil. 7, Julai 1980.( lihat Lampiran 1).• Pada Februari 1980 satu bengkel diadakan bersama guru-guru sekolah kebangsaan diKuala Terengganu, untuk membina bahan pengajaran/pembelajaran mengguna kaedah ini,untuk dicuba di sekolah kebangsaan. Pemerhatian rambang guru mendapati kaedah iniberkesan. Guru mendapati ia mudah diguna, dan murid mudah belajar 2M.• Bulan April 1980 Kaedah ini dibentang di Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), di JalanDuta. Kaedah ini dianggap berguna dan dijadikan salah satu kaedah pilihan (ke-4)dalam Buku Panduan Am, Kurikulum Baru Sekolah Rendah, (KBSR) terbitan KementerianPelajaran Malaysia, 1981, ms. 63 – 69.* Kaedah Gabungan Bunyi-Kata dijadikan asas untuk Panduan Guru Bahasa MalaysiaKBSR Tahun I (Jun 1981) untuk SRJK Cina dan SRJK Tamil.• Tetapi Panduan Guru Bahasa Malaysia (KBSR) Tahun 1 (1981) bagi SekolahKebangsaan tidak mengguna KGBK untuk mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1. Kaedahyang menjadi pegangan ialah ‘ Kaedah Cerakin’ (yang dianggap sebagai kaedah PPK) danKaedah Abjad, sebagai panduan guru mengajar.• 1982 Utusan Publications menerbitkan buku saya ‘Mari Membaca’ yang mengguna kaedahKGBK ini (lihat contoh Lampiran 2). Buku ini digunakan di setengah Sekolah SRJK Cina danTamil.* 1986 Fajar Bakti menerbitkan buku saya Kegiatan Tadika 2: Mari Membaca untuk tadika.Buku ini banyak diguna di tadika swasta di bandar-bandar.• 1990 buku Mudah Membaca Bahasa Malaysia diterbitkan oleh Fajar Bakti, sebagailanjutan kepada buku Kegiatan Tadika 2 Bahasa Malaysia di atas, untuk murid Tahun 1.(Lihat contoh Lampiran 3).* 2001 buku di atas telah diedit semula dan diterbit oleh Fajar Bakti dalam siri Tadika FajarBakti, dengan jodol Mudah Membaca dan Menulis 1 & 2.
    • * 2001 buku Ujian Membaca dan Menulis 1 & 2 yang diedit dari buku asal pada 1990, jugaditerbitkan oleh Fajar Bakti* 2003 buku Bahasa Malaysia 1 – 6 Siri Genius (beserta Panduan Guru) diterbitkan olehFajar Bakti, untuk prasekolah (Lihat Lampiran 4)* 1996 Dewan Bahasa dan Pustaka terbitkan buku saya ‘Bahasa Malaysia’ Tahun1,menggunakan kaedah ini.KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATADEFINISIKaedah Gabungan Bunyi Kata ( KGBK ) ialah kaedah yang menggabungkan prosesmengajar mengenal bunyi huruf dengan membina dan membaca perkataan serta dapatmembaca frasaatau ayat. Selain itu, kaedah ini merupakan satu alternatif kepada kaedahabjad atau fonik dankaedah seluruh perkataan. Kaedah ini merupakan kaedah yangmudah dan berkesan untuk memulih murid yang tidak boleh atau lemah membaca.TUJUANKaedah ini dibuat untuk mengajar kanak-kanak 2M iaitu membaca dan menulisberkenaanaktiviti mengenal bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan. Selain itu, kaedahini bertujuanuntuk membolehkan kanak-kanak mengenal suku kata dan seterusnyamembina dan membaca perkataan, frasa atau ayat.PRINSIPKGBK berasaskan kepada ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat dalam Bahasa Inggeris,Bahasa Arab atau Bahasa Cina. Kaedah ini mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayuyangsistematik dan fonemik. Contohnya, setiap huruf mewakili satu bunyi kecuali hurufe, yangmempunyai dua bunyi. Misalnya, huruf a bunyinya ‘aa’, huruf b bunyinya ‘bh’,c bunyinya‘ch’, d bunyinya ‘dh’ dan sebagainya. Hanya huruf e yang ‘mempunyai duabunyi iaitu etaling seperti dalam perkataan ‘emak’, ‘enam’ dan e pepet seperti dalamperkataan ‘ekor’ dan‘elok’. Selain itu, dalam prinsip KGBK digunakan kerana suku kataBahasa Melayujelas,misalnya ‘batu’, ‘kaki, kaki, ‘makan’ dan sebagainya. Tatabahasa melayu lebih mudah berbanding dengan tatabahasa inggeris dan Bahasa Arab. Misalnya, dalam Bahasa
    • Melayutidak ada perbezaan bentuk bagi gender seperti lelaki atau perempuan bagi menyatakan banyak serta menyatakan perbezaan waktu seperti yang terdapat dalam BahasaInggeris.Oleh itu, pengajaran membaca Bahasa Melayu peringkat awal untuk kanak-kanak boleh dibuat dengan menggabungkan pengajaran bunyi asas iaitu fonem beberapahuruf vokal‘a i u’ dan bunyi satu atau dua huruf konsonan, misalnya bunyi ‘b’ untukmembentuk bunyi