Kurikulum sk teluk ru

  • 2,985 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • terima kasih perkongsian ilmu.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
2,985
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1

Actions

Shares
Downloads
122
Comments
1
Likes
2

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. PENGURUSAN
    KURIKULUM
    SK TELUK RU
    2010
  • 2. ANGGOTA JAWATANKUASA KURIKULUM 2010
     
    Pengerusi
    Pn.Hjh.Normah Thanal Azian bt.Mohd.Noor
    ( Guru Besar )
     
    Timbalan Pengerusi
    Pn.Hjh.Khairunnisah bt.Abdul Aziz
    ( Penolong Kanan Pentadbiran )
     
    Naib Pengerusi 1
    Pn.Noor Hayati bt.Hashim
    ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )
     
    Naib Pengerusi 2
    Pn.Hjh.Mariam bt.Md Rejab
    ( Penolong Kanan Ko-Kurikulum )
     
    Setiausaha
    Hjh.Siti Hajar bt.Ahmad Ismail
     
    Anggota jawatankuasa
    Semua Guru Sk Teluk Ru
  • 3. PENGURUSAN UNIT
    KURIKULUM
    2010
  • 4.
  • 5. SENARAI STAF 2010
  • 6.
  • 7. PANDUAN AM
    1. ASAS PENGURUSAN SEKOLAH
     
    Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Objektif Kementerian Pelajaran Malaysia.
    Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah.
    Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah.
    Bertekad dan beriltizam melaksanakan Piagam Pelanggan Sekolah.
    Dalam menjalankan tugas, meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah melebihi kepentingan
    peribadi.
    Semua guru adalah guru disiplin.
    Semua guru adalah guru kaunseling.
  • 8. 2.KEDATANGAN
     
    2.1 Jadual waktu persekolahan/waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.
    2.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu persekolahan dan merakam waktu semasa sampai dan sebelum balik sekolah di pejabat.
    2.3 Guru hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin, sekiranya tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah.
    2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan.
    2.5 Waktu bekerja semua staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.
  • 9. 3. KELUAR WAKTU BERTUGAS
     
    3.1 Pada waktu persekolahan/kerja guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada Kementerian Pelajaran/Jabatan Pelajaran Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran Guru Besar / Penolong Kanan.
    3.2 Guru dikehendaki mengisi Buku Catatan Keluar.
    3.3 Kerja bertulis hendaklah disediakan untuk murid sebelum meninggalkan sekolah.
    3.4 Staf sokongan dikehendaki mendapatkan kebenaran keluar daripada Guru Besar/Penolong Kanan dan mengisi Buku Kebenaran Keluar.
    3.5 Guru dan staf sokongan hendaklah merakam waktu semasa keluar dan masuk semula.
     
  • 10. 4. MELAKUKAN KERJA LUAR
     
    4.1 Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am
    Bab D seperti berikut. - Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
    - Dibenarkan dengan syarat …
    Tidak dilakukan semasa waktu bekerj
    Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam
    Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan
    kepentingan jabatan.
    Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa tindakan tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996(Akta 550) Subseksyen 132 (g) di mana boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali
  • 11. 5. CUTI
     
    5.1 Cuti Rehat/Cuti Penggal
     
    Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP ) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat.
    Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa.
     
     
  • 12. 5.2 Cuti Rehat Khas (CRK)
     
    Cuti Sambilan tidak lebih daripada Tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977 diganti dengan CUTI REHAT KHAS sebanyak (7) hari dalam satu tahun kalendar.
    Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Gantian Rehat bagi pegawai yang layak.
    Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak.
    Kelulusan diberikan oleh Guru Besar dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan P&P di sekolah.
    Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan (rujuk Perintah Am 1(ix)Bab C)
  • 13. 5.3 Cuti Sakit
     
    1.Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doKtor swasta melebihi 2 hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
    Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.
    Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
     
    5.4 Cuti Keluar Negara
     
    Semua guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.
     
  • 14. 5.5 Cuti Khas – Isteri Bersalin
     
    Diberikan selama 7 hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada 5 kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
     
  • 15. 5.6 Cuti Tanpa Rekod
     
    Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa , cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan.
     
    5. 7 Cuti Urusan Kematian keluarga terdekat
     
    Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama 3 hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah : suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
     
  • 16. 6. PAKAIAN
     
    Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan masyarakat timur.
    Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
    Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.
    Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu, guru perempuan juga dikehendaki memakai sepatu ( kasut sarung/bukan sandal) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi.
    Semua guru hendaklah memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis.
    Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
     
  • 17. Guru perempuan : Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
    Guru lelaki : Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
     
  • 18. 7. BILIK GURU
    Guru hendaklahberadadibilik guru semasatidakmengajardikelas.
    Masatersebuthendakdianggap non teaching period danbukannya free period. Masatersebutsepatutnyadigunakanuntukperkara-
    perkaraberkaitandengan P&P atauberkaitandengantugasandisekolah
    sahaja. Sebarangaktivitiberunsurperniagaanperibaditidakdibenarkan
    dijalankandibilik guru.
    2. Guru yang beradadibilik guru hendaklahsama-samabertanggungjawab
    memastikansuasana yang sesuaidantidakmenggangguketenteraman
    orang lain.
    3. Guru tidakdigalakkanmembenarkanpelajarberadadibilik guru.
    Kebersihandankeselamatanbilik guru adalahmenjaditanggungjawabsemua guru, termasuk
    keselamatanhartabenda yang terdapatdalambilik guru.
    Sesiapa yang terakhirmeninggalkanbilik guru hendaklahmemastikan
    semuakomputer, lampu, air-conddipadamkandansemuapintudikunci.
  • 19. 8. TUGAS GURU
    1.Guru diberikan tugas dalam bidang kurikulum, HEM, Kokurikulum dan juga pentadbiran. Tugas
    tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab.
    2. Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat di Jabatan Pelajaran atau Pejabat Pelajaran
    Daerah atau sekolah lain hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru
    lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Guru Besar.
    3. Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai
    hendaklah dikemukakan kepada Guru Besar dengan menggunakan borang khas.
    4. Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke sekolah
    hendaklah menjalankan In House Training kepada guru dan dimaklumkan kepada Guru Penolong
    Kanan/Guru Besar tarikh dan masa pelaksanaannya.
    5. Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan bertulis untuk
    murid dan maklumkan kepada Guru Penolong Kanan.
  • 20.  
     
    9. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
    1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan hari yang
    ditetapkan.
    2. Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher.
    3. Guru akan bersama-sama menasyidkan Asmaul Husna,menyanyikan Lagu Negaraku,Lagu Negeri dan
    Lagu Sekolah.
    10. MESYUARAT GURU
    1. Guru Besar akan memanggil guru bermesyuarat dari semasa ke semasa. Kedatangan guru ke
    mesyuarat adalah diwajibkan.
    2. Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh semua GPK/Ketua Panitia.
    3. Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja T, seluar trek, selipar tidak dibenarkan.
  • 21. 11. BUKU REKOD MENGAJAR
    1. Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan buku rekod mengajar. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan/Guru Besar setiap hujung minggu untuk disemak dan ditandatangani.
    2. Guru yang bercuti,buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan untuk urusan guru pengganti.
    3. Setiap akhir tahun persekolahan Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah.
    12. JADUAL WAKTU MENGAJAR
    1. Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.
    2. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.
    3. Guru kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.