Your SlideShare is downloading. ×
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Sampel program pemantauan pencapaian akademik murid

600

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
600
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 3.2.3 Fasa Ketiga : Reka bentuk Sistem.Dalam fasa ini, semua output, input, antara muka dan proses akan dikenal pasti. Di sampingitu, semua reka bentuk kawalan sama ada kawalan dalaman dan luaran termasuk kawalan melaluikomputer atau secara manual dibina. Ini adalah untuk memastikan sistem yang dibina bolehdipercayai, tepat, dan senang untuk diselenggarakan dan selamat digunakan. Tujuan fasa rekabentuk adalah untuk mengenal pasti keperluan organisasi dan membuat keputusan cara untukmemenuhi kehendak dan keperluan pengguna serta organisasi. Semasa peringkat awal fasarekabentuk, kumpulan projek atau pembangun sistem menukar rajah logikal yang menunjukkankeperluan fasa analisa kepada rajah fizikal yang menerangkan bagaimana sistem akan dibina.Terdapat beberapa strategi reka bentuk yang boleh digunakan untuk membangunkansesebuah sistem yang dikehendaki, iaitu membangun sistem aplikasi custom in-house, membeli pakejsistem dan customize, serta outsourcing (meminta pembekal luar, pembangun, atau penyediaperkhidmatan untuk membangun sistem). Justeru, dalam menyediakan projek ini saya memilihuntuk membangunkan sistem aplikasi custom in-house. Pembangunan sistem atau membangunsistem baharu dari awal membenarkan pembangunan menjadi lebih fleksibel dan kreatif dalammenyelesaikan masalah pengguna atau organisasi. Pendekatan ini akan membantu meningkatkankemahiran teknikal dan pengetahuan pembangun dalam organisasi yang bekerja dengan penggunalain, pemahaman tentang perkembangan sesuatu program yang akan menjadikan mereka lebih mahirdalam menyusun keperluan dan strategi sistem maklumat, dan projek-projek yang menggunakanteknologi yang sama akan menjadi lebih mudah dibangunkan pada masa hadapan. Sayamenggunakan sumber-sumber sedia ada untuk mendapatkan beberapa bahan yang akan digunakandalam aplikasi tertentu. Antara bahan yang diperoleh adalah sampel kaji selidik, sampel boranganalisis prestasi, dan sampel latihan pengukuhan tatabahasa. Pembangunan aplikasi custom inimemerlukan usaha yang tinggi seperti bekerja keras dan menggunakan masa yang banyak. Pelbagaikemahiran seperti kemahiran teknikal, interpersonal, fungsian projek, permodelan perlu diwujudkanbagi memastikan projek berjalan dengan lancar.Di samping strategi dalam mereka bentuk sistem, bab ini juga menghuraikan tentangbeberapa perkara lain yang perlu diberi perhatian. Antaranya adalah kaedah pemilihan seni bina,reka bentuk antara muka pengguna, reka bentuk navigasi, reka bentuk input, dan reka bentuk output.Pemilihan seni bina mengandungi enam ciri-ciri seni bina, iaitu kos infrastruktur, kos pembangunan,kemudahan, keupayaan antara muka, kawalan dan keselamatan, dan boleh ukur. Kos infrastrukturmerujuk kepada kos perkakasan, perisian, dan rangkaian yang akan menyokong aplikasi sistem. Kos1
  • 2. pembangunan merupakan faktor penting apabila memikirkan kebaikan kewangan seni bina.Kemudahan melibatkan sumber tenaga yang diperlukan untuk mencipta keselamatan dan kecekapanaplikasi sistem. Keupayaan antara muka boleh dibina berasaskan GUI (Graphical User Interface)dan objek seperti butang, ikon, dan sebagainya. Kawalan dan keselamatan merujuk kepada data danmaklumat yang perlu dikawal daripada sebarang kemusnahan dan kerosakan. Boleh ukur pulaadalah keupayaan untuk menambah dan mengurangkan kapasiti infrastruktur pengkomputeran bagimemenuhi perubahan kepada keperluan pengguna. Kesemua elemen ini perlu diberi perhatiansemasa memulakan proses pembangunan sistem. Ini akan dapat membantu menjayakan projeksistem yang akan dibangunkan. Perincian mengenai elemen-elemen tersebut akan dibincangkan dibawah ini.Reka bentuk antara muka pengguna.Reka bentuk antara muka adalah proses menakrif cara pengguna berinteraksi dengan sistemdan bentuk input dan output yang diterima dan dihasilkan oleh sistem. Objektif reka bentuk antaramuka adalah untuk menjadikan antara muka seronok dipandang, mudah digunakan, danmeminimumkan usaha pengguna untuk menyelesaikan tugas mereka.Rajah 10 : Reka bentuk Antara muka Log Masuk Sistem2
  • 3. Antara muka bagi sistem yang dibangunkan di atas bertujuan untuk menarik minat pengguna untukterus menggunakan sistem. Antara muka ini agak sinonim dengan bentuk antara muka bagisesetengah sistem lain agar pengguna mudah menggunakan sistem kerana mereka telah biasamenggunakan antara muka seperti itu.Bentuk-bentuk antara muka sistem lain adalah seperti berikut.Rajah 11 : Antara muka bagi Menu Utama SistemRajah 12 : Antara muka bagi Menu Utama Pengurus Sistem3
  • 4. Rajah 13 : Antara muka bagi Menu Utama GuruRajah 14 : Antara muka bagi Menu Utama Murid4
  • 5. Rajah 15 : Antara muka bagi Menu Utama PenjagaReka bentuk NavigasiKomponen navigasi antara muka disediakan untuk membolehkan pengguna memasukkanarahan-arahan ke dalam sistem dan melaksanakan tindakan bagi memaparkan maklumat yangdiperolehi. Komponen navigasi juga memaparkan mesej kepada pengguna tentang kejayan ataukegagalan tindakannya. Matlamat sistem navigasi adalah untuk membuat sistem yang mudahdigunakan, memastikan sistem menjadi murah, dengan menghalang pengguna daripada membuatkesilapan, permudahkan pemulihan daripada kesilapan, dan menggunakan susunan nahu yangkonsisten. Contoh sistem navigasi yang dibina dalam sistem yang dibangunkan adalah sepertiberikut.Rajah 16 : Sampel Mesej Ralat yang terdapat pada Sistem5
  • 6. Rajah 17 : Sampel Sistem Navigasi dalam Menu GuruReka bentuk InputInput menyediakan kemudah an kemasukan data ke dalam sistem komputer, sama ada databerstruktur atau maklumat tidak berstruktur. Reka bentuk input bermaksud mereka bentuk skrinyang digunakan untuk memasukkan maklumat, begitu juga sebagai borang yang membolehkanpengguna menulis atau menaip maklumat. Terdapat pelbagai kaedah terbaik untuk memasukkandata ke dalam sistem. Antaranya adalah menggunakan peranti input kad pintar, pen eletronik,pengimbas, pengecam suara, skrin sentuh, papan kekunci, tetikus, dan sebagainya. Dalam sistemyang dibangunkan, saya memilih untuk menggunakan peranti input papan kekunci dan tetikus.Peranti ini lebih mudah dan cepat digunakan kerana ia disediakan bersama dengan perkakasankomputer yang perlu disediakan untuk menjalankan sistem.Daripada aspek kemasukan data, terdapat dua kaedah kemasukan data ke dalam sistem yangboleh digunakan. Pertama, menggunakan borang skrin, iaitu borang kemasukan data yangdipaparkan di skrin komputer dan mempunyai blok-blok tertentu. Data dimasukkan secara terus kedalam sistem dengan menggunakan peranti input. Kedua, menggunakan borang bercetak, iaitukaedah konvensional di mana borang yang disediakan dalam format tertentu dicetak ke atas kertas.Semua maklumat yang terdapat dalam borang bercetak boleh dimasukkan ke dalam sistemmenggunakan borang skrin. Dalam sistem yang dibangunkan, saya memilih untuk menggunakan6
  • 7. kaedah pertama, iaitu menggunakan borang skrin kerana maklumat boleh dimasukkan terus tanpaperlu mencetaknya terlebih dahulu.Reka bentuk Output.Output adalah komponen yang dihasilkan oleh sistem, sama ada pada skrin, kertas atau medialain. Output amat penting kerana ia merupakan media untuk mempersembahkan maklumat kepadapengguna. Sekiranya reka bentuk output yang dibina adalah baik, pengguna mudah memahamimesej yang disampaikan. Selain itu, maklumat yang berkaitan dapat disalurkan dengan cara yangterbaik. Terdapat beberapa jenis output yang boleh dipraktikkan dalam sesebuah sistem yangdibangunkan, iaitu output skrin, output bercetak, dan output dalam format lain.Output skrin hanya boleh diperoleh dengan menggunakan peranti berasaskan komputer.Skrin komputer merupakan pengantaraan paparan maklumat atas talian yang sering digunakan.Paparan visual melalui terminal Tiub Sinar Kathod atau monitor komputer menyediakan kemudahanpaparan maklumat on demand amat praktikal untuk digunakan. Output skrin menyediakankemudahan kepada pengguna untuk mencapai maklumat dengan cara yang mudah dan cepatdaripada sistem. Maklumat dalam bentuk grafik lebih mudah difahami berbanding dengan maklumatyang berbentuk perkataan. Output skrin bergrafik yang dapat mewakilkan maklumat adalah carta,jadual, dan lembaran kerja.Output bercetak atau cetakan di atas kertas juga sering digunakan oleh pengguna komputer.Ini adalah kerana cetakan di atas kertas boleh disimpan dan mudah dirujuk pada bila-bila masa tanpamenggunakan apa-apa perkakasan komputer. Output tersebut hanya perlu disimpan dalam bentuksistem fail dan sebagainya. Output bercetak diperoleh menggunakan pencetak dalam dua format,iaitu output dalaman dan output luaran. Output dalaman adalah cetakan di atas kertas kosong yangdipanggil stock paper manakala output luaran dicetak di atas kertas khusus seperti kepala surat dansebagainya. Output dalam format lain yang turut boleh diaplikasi adalah seperti terminal tandajualan (point of sale).Dalam sistem yang dibangunkan, saya memilih untuk menggunakan dua jenis output di atas,iaitu output skrin dan output bercetak. Ini kerana, saya berharap pengguna yang menggunakansistem yang dibangunkan akan dapat mencapai output tersebut dengan mudah dan berkesan. Tujuanoutput yang disediakan adalah untuk membolehkan pengguna membuat tindakan susulan dalamproses memantau kemajuan akademik para pelajar. Output bercetak ini dapat dihasilkan keranadisediakan kemudahan aplikasi pencetak pada borang tersebut. Contoh-contoh output skrin danoutput bercetak yang terdapat pada sistem adalah seperti Rajah 18a dan rajah 18b.7
  • 8. Rajah 18a : Contoh Output Skrin ‘Borang Kaji selidik Murid’ dalam SistemRajah 18b : Contoh Output Skrin ‘Borang Kaji selidik Ibu bapa’ dalam Sistem8
  • 9. 3.2.4 Fasa Keempat : Pembangunan dan Implementasi Sistem.Fasa pembangunan sistem merupakan proses yang dilakukan untuk membangunkan,memasang, dan menguji komponen-komponen yang membentuk sesuatu sistem. Fasa pembangunanbertujuan untuk menghasilkan sistem baharu. Sistem baharu dibangunkan dengan pengaturcaraanyang akan merealisasikan rekabentuk daripada fasa sebelumnya. Setelah sistem siap dibangunkan, iaakan diimplementasikan ke dalam persekitaran baharu.Fasa implementasi sistem pula menguji keupayaan sistem untuk beroperasi dengan bebankerja yang pelbagai dalam persekitaran sebenar. Fasa-fasa ini bertujuan untuk merealisasikan segalaperancangan yang dibuat daripada awal. Semasa implementasi sistem berlangsung, sistem lama akanditukar kepada sistem baharu. Sistem baharu akan menunjukkan kemampuannya yang sebenar samaada ia boleh beroperasi di dalam persekitaran yang sebenar atau tidak.Fasa pembangunan dan implementasi boleh menjadi panjang dan berkos tinggi sekiranyaperancangan dibuat secara tidak teliti. Sebaliknya, ia juga boleh menjadi sesuatu yang menepatimasa dan tidak memerlukan kos yang tinggi sekiranya perancangan yang teliti dilakukan. Bagi fasapembangunan, sekiranya analisa dan reka bentuk yang teliti telah dijalankan sebelum ini, makapembangunan boleh disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Tetapi sekiranya terdapat kekuranganpada reka bentuk yang hanya diketahui semasa sistem mula dibangunkan, reka bentuk terpaksadiubah suai dan ini mungkin akan melambatkan proses pembangunan sistem. Terdapat beberapakomponen yang terlibat semasa fasa pembangunan sistem ini dijalankan, iaitu reka bentuk,pengekodan, pengujian, dan dokumentasi.Dalam fasa pembangunan dan implementasi ini, saya akan menerangkan satu persatumengenai proses pembangunan sistem yang telah dijalankan bermula daripada proses mereka bentuksistem sehinggalah ke peringkat akhir di mana sistem dapat digunakan sepenuhnya mengikutmatlamat asal sistem dibangunkan. Fasa pembangunan sesebuah sistem bermula dengan prosesmereka bentuk sistem tersebut. Untuk mereka bentuk sistem, pertama sekali yang perlu dilakukanadalah membina beberapa rajah seperti rajah aliran data, rajah entiti hubungan, dan sebagainyamengikut keperluan sistem yang ingin dibangunkan. Kesemua komponen ini penting untukmembantu pembangun sistem agar sentiasa fokus pada objektif dan keperluan sistem yang ingindibangunkan. Rajah aliran data merujuk kepada gambaran tentang bagaimana sistem tersebut akanberfungsi daripada mula sehinggalah ke peringkat terakhir. Rajah entiti hubungan pula merupakangambaran tentang elemen-elemen yang perlu ada dalam sistem dan bagaimana hubungan setiapelemen tersebut antara satu sama lain. Sepertimana yang telah dihuraikan pada peringkat sebelumini, saya turut menyediakan komponen-komponen asas dalam proses mereka bentuk sistem ini.9
  • 10. Butirannya akan cuba diperincikan pada bahagian yang seterusnya.Berdasarkan Rajah 2 (yang disediakan dalam Bab 3), saya telah membina satu bentuk rajahaliran data bagi keperluan sistem yang dibangunkan. Daripada rajah tersebut, saya meletakkanbeberapa aliran data yang bermula dengan fungsi log masuk ke dalam sistem. Fungsi log masuk inidibina bertujuan untuk menentukan bahawa hanya pengguna yang berdaftar dengan sistem sahajadapat menggunakan sistem yang dibangunkan. Bagi pengguna yang telah berdaftar pula, hanyanama pengguna dan kata laluan yang betul sahaja yang dapat memasuki sistem dan melakukanaplikasi-aplikasi seterusnya yang disediakan dalam sistem. Sekiranya pengguna memasukkan datayang tidak tepat, maka satu ralat akan dikeluarkan untuk memaklumkan kepada pengguna tersebut.Tugasan untuk mendaftar nama pengguna berserta menetapkan kata laluan yang bersesuaian hanyaakan dilakukan oleh pentadbir sistem. Rekabentuk fungsi log masuk ini dapat dilihat pada Rajah 10(dalam Bab 3) manakala rekabentuk fungsi ralat sekiranya pengguna memasukkan nama atau katalaluan yang salah dapat dilihat pada Rajah 16.Aliran data berikutnya adalah untuk menghuraikan jenis pengguna yang terlibat dalamsistem. Jika dilihat pada rajah 2 tersebut, terdapat empat jenis pengguna sistem, iaitu pengurussistem (admin), guru, murid, dan penjaga. Setiap fungsi pengguna adalah berlainan mengikut jenisaplikasi yang ditetapkan pada peringkat awal sistem ini dibina. Oleh itu, sistem yang dibina akanmemaparkan fungsi menu yang berbeza mengikut jenis pengguna. Berdasarkan aliran data yangdibina, menu-menu pengguna ini diletakkan pada baris kedua bagi aliran data tersebut. Ini adalahbertujuan untuk menunjukkan bahawa fungsi menu ini akan dipaparkan oleh sistem selepas menupertama, iaitu log masuk sistem. Cara bagaimana menu kedua ini dapat berfungsi dengan baikadalah berdasarkan tindakan yang dilakukan oleh pengurus sistem. Apabila pengurus sistem dapatmemasuki sistem menggunakan kata laluannya, maka menu utama bagi pengurus sistem akandipaparkan oleh sistem. Menu utama pengurus sistem ini dapat dilihat pada Rajah 11 dan Rajah 12(dalam Bab 3). Pengurus sistem perlu memilih butang ‘Menu Admin’ untuk melaksanakan tugasanmendaftarkan senarai pengguna sistem. Selepas itu, menu pada Rajah 12 akan dipaparkan.Pengurus sistem perlu memilih jenis pengguna yang ingin didaftarkan. Jika dilihat pada Rajah 12tersebut, terdapat lima butang utama, iaitu Admin, Guru, Murid, Penjaga, Tatabahasa, dan Keluar.Butang-butang tersebut bertujuan untuk membolehkan pengurus sistem memasukkan senaraipengguna mengikut kategori atau menyunting soalan bagi latihan tatabahasa. Selepas pengurussistem berjaya mendaftarkan senarai pengguna sistem tersebut, maka pengguna-pengguna tersebutakan dapat memasuki sistem menggunakan nama dan kata laluan yang dimasukkan ke dalam sistemlog masuk dengan cara yang betul.10
  • 11. Fungsi pengurus sistem adalah memasukkan data senarai pengguna sistem menggunakanaplikasi butiran pengguna seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 17 (bagi pengguna guru).Berdasarkan aplikasi tersebut, pengurus sistem boleh menambah, mengemas kini, menyimpan,menghapus, mencari, dan menyemak kesemua senarai pengguna sistem bagi setiap kategoripengguna tersebut. Tujuan fungsi ini dibina adalah untuk memudahkan pihak pengurus sistemmemantau dan mengawal data dan proses yang bakal dilakukan oleh para pengguna sistem.Kemasukan senarai pengguna oleh pengurus sistem ini adalah berdasarkan kepada permintaanpengguna. Pengurus sistem boleh memasukkan seberapa banyak senarai pengguna sistem dalamsatu-satu masa dan menyimpan data tersebut selagi mana ia diperlukan oleh organisasi berkenaan.Selain itu, apabila dalam borang aplikasi kemasukan data senarai pengguna akan dipaparkan jugaPassword khas yang bertujuan untuk mengawal dan mengetahui identit pengguna dan bilanganpengguna mengikut kategori tertentu yang telah memasukkan data mereka ke dalam sistem.Password (ID ) ini ditentukan berdasarkan tarikh data pengguna dimasukkan ke dalam sistem.Sebagai contohnya, ID GR032011001 merujuk kepada identiti guru tertentu yang telah dimasukkanpada bulan Mac 2011 dan pengguna tersebut merupakan senarai pengguna pertama bagi kategoriguru. Bilangan senarai pengguna ini akan bertambah dan dapat dilihat pada angka terakhir IDtersebut. Contoh reka bentuk bagi kemasukan data senarai pengguna lain adalah seperti di bawah.Rajah 19a : Reka bentuk Aplikasi Menambah Senarai Pengguna ‘Muid’11
  • 12. Rajah 19b : Reka bentuk Aplikasi Menambah Senarai Pengguna ‘Penjaga’Berbeza dengan pengguna sistem lain, pengurus sistem mempunyai fungsi yang lebih kerana beliauakan bertindak sebagai penyelaras, pengurus, dan penyelia bagi keseluruhan sistem yangdibangunkan. Pengurus sistem berupaya melihat butiran data pengguna lain untuk melihatperkembangan data yang perlu dimasukkan. Jika dilihat pada Menu Utama bagi Admin ataupengurus sistem, terdapat lima butang aplikasi yang disediakan, iaitu menu admin, menu guru, menumurid, menu penjaga, dan keluar. Menu Admin digunakan untuk menambah dan menyuntingsenarai pengguna (seperti yang diterangkan sebelum ini), manakala butang menu-menu lainmembolehkan pengurus sistem memasuki fungsi aplikasi pengguna lain bagi tujuan menjana laporanataupun membuat analisis data.Bagi pengguna ‘Guru’yang telah berjaya memasuki sistem, menu susulan akan dipaparkanseperti Rajah 20 di bawah. Pada menu tersebut, terdapat dua fungsi aplikasi yang boleh dijalankanoleh guru, iaitu butang Borang Analisa dan butang Keluar.Rajah 20 : Reka bentuk Aplikasi yang boleh dijalankan oleh Guru12
  • 13. Sepertimana yang dirancangkan pada peringkat awal objektif pembangunan sistem, fungsipengguna ‘guru’ adalah memasukkan data ke dalam borang analisis prestasi akademik bahasaMelayu, maka menu di atas telah disediakan. Apabila butang borang analisa dipilih, maka satuaplikasi borang prestasi akademik akan dipaparkan oleh sistem. Guru perlu mengisi borang tersebutmengikut jenis data yang terdapat pada borang tersebut. Tetapi sebelum itu, guru perlu memasukkanbeberapa maklumat khusus untuk membolehkan aplikasi tersebut dijalankan dengan betul danseterusnya dapat disimpan ke dalam sistem atau untuk dicetak pada bila-bila masa yang diperlukan.Sekiranya, terdapat kesalahan atau data yang dimasukkan tidak lengkap, maka fungsi aplikasi initidak dapat dijalankan. Aplikasi borang yang akan dipaparkan oleh sistem yang perlu diisi oleh guruini adalah seperti dalam Rajah 21 yang disertakan.Rajah 21 : Reka bentuk Aplikasi Borang Analisis Prestasi yang perlu dijalankan oleh GuruBerdasarkan aplikasi borang yang ditunjukkan di atas, guru perlu mengisi data khusus yangdikehendaki oleh sistem. Antaranya termasuklah butiran guru tersebut seperti nama, kelas, tahun,jenis analisa (jenis penilaian yang biasa dijalankan di sekolah), dan panitia mata pelajaran. ButiranID Analisa dimasukkan bertujuan untuk mengenal pasti butiran jenis analisa yang telah disiapkan.Tujuannya adalah untuk menentukan bilangan analisa borang prestasi yang terdapat dalam sistem13
  • 14. tersebut. Guru boleh memasukkan seberapa banyak analisa ke dalam sistem dan setiap satunya akanditentukan mengikut tarikh aplikasi borang tersebut dijalankan. Selain itu, terdapat beberapa butangaplikasi yang turut disediakan pada aplikasi borang tersebut, iaitu butang tambah rekod yangbertujuan menyimpan rekod baru yang dimasukkan, butang kemas kini untuk membuat suntinganatau perubahan sekiranya ada pada bila-bila masa, butang hapus rekod untuk membuang rekod lama,tidak lengkap atau rekod yang tidak diperlukan lagi, butang cetak untuk menjana laporan borangdalam bentuk perisian Words. Butang navigasi ke belakang atau ke hadapan bertujuan untukmenyemak semua butiran borang yang telah disimpan ke dalam sistem.Seterusnya, bagi pengguna ‘Murid’ yang berjaya memasuki sistem, dua menu susulan akandipaparkan oleh sistem. Tumpuan sistem ini dibuat adalah untuk memantau kemajuan akademik danmengesan kelemahan pelajar. Maka, pengguna ‘Murid’ ini akan melakukan tugasan yang lebih agarproses pemantauan yang ingin dijalankan dapat memberikan gambaran sebenar mengenai status ataukeadaan murid yang terlibat. Butiran bagi menu-menu aplikasi yang akan dipaparkan untukpengguna ‘Murid’ ini akan diterangkan di bawah. Sepertimana yang telah diterangkan sebelum inibahawa menu utama bagi Murid boleh dilihat pada Rajah 14 (dalam Bab 3). Apabila butang menutersebut dipilih, maka menu aplikasi tugasan susulan yang akan dipaparkan oleh sistem adalahseperti Rajah 22 di bawah.Rajah 22 : Reka bentuk Aplikasi yang boleh dijalankan oleh Murid14
  • 15. Berdasarkan menu di atas, kita dapat lihat bahawa terdapat lima butang aplikasi yang bolehdipilih oleh murid untuk melakukan tugasan yang seterusnya. Butang-butang tersebut adalah butangborang kaji selidik yang disediakan untuk menilai tahap kemahiran dan tingkah laku murid terhadapproses pembelajaran di sekolah dan di rumah. Kaji selidik ini penting untuk membolehkan gurumenjalankan kajian tindakan dan aktiviti susulan agar dapat membantu meningkatkan prestasi pelajardalam bidang yang dinilai. Selain itu, terdapat latihan tatabahasa yang dimasukkan ke dalam sistemuntuk mengetahui tahap penguasaan pelajar sasaran terhadap kemahiran-kemahiran yang perludikuasai dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Antara kemahiran yang ingin diuji adalah meliputiaspek-aspek penting dalam subjek bahasa Melayu sekolah rendah sebagai persiapan untukmenghadapi peperiksaan. Misalnya, jenis kata, jenis ayat, dan sebagainya. Dengan mengetahuikelemahan pelajar bagi tajuk atau kemahiran tersebut akan dapat membantu guru-guru membuatkajian tindakan dan aktiviti susulan dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contohnya,guru boleh memberi tumpuan lebih bagi tajuk atau kemahiran yang masih belum dikuasaisepenuhnya oleh para pelajar tersebut. Jenis pengujian ini amat sesuai bagi semua kumpulan pelajar,sama ada kumpulan baik, sederhana mahupun lemah. Apabila butang kaji selidik dipilih olehpelajar, maka menu aplikasi susulan yang akan dipaparkan adalah seperti yang ditunjukkan padaRajah 23.Rajah 23 : Reka bentuk Aplikasi Borang Kaji selidik untuk Murid15
  • 16. Berdasarkan rajah di atas, kita dapat perhatikan bahawa murid perlu memasukkan data yanglengkap ke dalam aplikasi borang yang disediakan. Tetapi sebelum itu, murid memilih untukmemilih butang rekod baru yang terdapat pada bahagian menu yang disediakan. Kemudian, muridbolehlah mengisi butiran seperti yang diperlukan pada ruangan yang disediakan sebelum memulakantugasan menjawab kesemua soalan dalam sistem tersebut. Sekiranya, ada kesilapan atau maklumatyang dimasukkan tidak lengkap, maka fungsi borang ini tidak akan dapat dijalankan pada peringkatyang seterusnya.Begitu juga dengan fungsi menu aplikasi latihan tatabahasa yang dimuatkan ke dalam sistem,murid perlu memilih butang latihan tatabahasa yang terdapat pada Menu Murid. Setelah butangtersebut dipilih, maka aplikasi susulan akan ditunjukkan seperti pada Rajah 24. Pada menu aplikasiini, murid juga perlu mengisi data khusus seperti nama murid, nama guru, tarikh, dan sebagainya.Kemudian, murid menekan butang rekod baru untuk menjalankan fungsi aplikasi yang seterusnya.Sama seperti aplikasi yang lain, sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan, sistem tidak dapatberfungsi dengan baik. Setelah kesemua maklumat dimasukkan ke dalam sistem, murid akan dapatmenjawab soalan-soalan yang dipaparkan pada ruangan yang disediakan. Fungsi butang ‘betul’ ( / )dan ‘salah’ ( X ) disediakan adalah untuk memaklumkan kepada murid untuk memilih salah satubutang tersebut semasa menjawab soalan. Oleh itu, murid boleh terus menjalankan fungsi aplikasilatihan tatabahasa ini dengan betul.Rajah 24 : Reka bentuk Aplikasi Latihan Tatabahasa16
  • 17. Akhir sekali, bagi pengguna ‘Penjaga’ yang berjaya memasuki sistem, menu aplikasi susulanyang akan dipaparkan adalah seperti Rajah 15 (dalam Bab 3). Menu susulan yang akan ditunjukkanoleh sistem apabila penjaga meneruskan aplikasi sistem adalah seperti pada Rajah 25 di bawah.Rajah 25 : Reka bentuk Aplikasi yang boleh dijalankan oleh PenjagaBerdasarkan menu tersebut, terdapat tiga butang aplikasi yang boleh dijalankan oleh penjaga, iaitumengisi borang kaji selidik pemantauan, mencetak borang tersebut, dan juga butang keluar. Butangborang pemantauan apabila dipilih akan memaparkan satu aplikasi susulan iaitu borang kaji selidikkosong yang perlu dimasukkan data ke dalamnya. Borang tersebut dapat dilihat pada Rajah 26 dibawah.Rajah 26 : Reka bentuk Aplikasi Borang Kaji selidik untuk Penjaga17
  • 18. Berdasarkan menu aplikasi di atas, kita dapat perhatikan bahawa pengguna perlu mengisimaklumat yang diperlukan sebelum memulakan tindakan lanjutan. Penjaga hendaklah memilihrekod baru pada menu yang disediakan. Kemudian, pengguna memasukkan data-data yangdiperlukan ke dalam borang rekod tersebut. Setelah siap, pengguna perlu mengisi butiran borangmengikut kategori atau bahagian borang kaji selidik tersebut. Apabila selesai satu-satu bahagian,butang seterusnya hendaklah dijalankan untuk membolehkan aplikasi pada bahagian seterusnyadilakukan. Apabila selesai kesemua butiran dimasukkan, sistem akan menyimpan kesemua data kedalam pangkalan data untuk dicetak atau dirujuk semula apabila diperlukan.Apabila selesai semua aplikasi dijalankan oleh setiap pengguna, maka pengurus sistembolehlah membuat tindakan susulan terhadap sistem tersebut. Antara aktiviti yang boleh dijalankanoleh pengurus sistem adalah mendokumentasikan hasil-hasil atau data yang boleh dijana daripadasistem ini. Dokumentasi pengguna sistem ini disediakan dalam bentuk Manual Pengguna (bolehdirujuk pada bahagian lampiran).3.2.5 Fasa Kelima : Sokongan dan Operasi.Sokongan dan operasi merupakan fasa terakhir yang terdapat dalam kitar hayat pembangunansistem. Fasa ini penting untuk membolehkan sistem yang dibangunkan dapat terus berfungsi denganbaik dan tidak menghadapi sebarang masalah untuk digunakan oleh pihak yang memasang sistem inidi dalam organisasi masing-masing. Keupayaan pembangunan sistem untuk menyediakan sokongankepada sistem ini akan menjadi faktor atau penentu kepada pihak pengguna untuk menggunakansistem. Dalam bahagian ini, saya akan memperincikan aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan untukmenyokong sistem ini. Ini termasuklah daripada aspek menyediakan latihan dan bantuan dalammenyelenggarakan sistem dalam apa jua keadaan sekalipun. Jika aspek ini tidak disediakan, makapengguna akan menghadapi masalah setelah menggunakan sistem. Jika keadaan ini berterusan,maka sudah tentu kepercayaan pengguna untuk terus menggunakan sistem akan hilang dan akanmenyebabkan mereka bertukar kepada sistem lain yang mungkin lebih baik.Fasa sokongan dan operasi ini banyak melibatkan aktiviti penyelenggaraan. Penyelenggaraanyang dilakukan terbahagi kepada beberapa jenis seperti penyelenggaraan pembetulan,penyelenggaraan penyesuaian, dan lain-lain. Penyelenggaraan pembetulan paling kerap dilakukanpada sistem yang dibangunkan ini terutama sekali dalam proses memastikan sistem dapat beroperasimengikut matlmat yang diingini. Sistem perlu diselenggara dan ditingkatkan dari semasa ke semasauntuk memenuhi sebarang perubahan keperluan organisasi. Dalam bahagian ini, saya akan18
  • 19. menerangkan aktiviti sokongan dan operasi yang perlu dilakukan untuk menjamin keberhasilansistem yang dibangunkan.Bagi mewujudkan aktiviti sokongan pengguna, operasi dan sokongan sistem bermula sebaiksahaja sistem mula beroperasi dan akan berterusan sehingga sistem tidak digunakan lagi. Hal inipenting kerana semasa pembangunan sistem, objektif utama adalah untuk membangunkan sistemmaklumat yang berkesan dan mesra pengguna mengikut kos yang telah ditetapkan. Setelah sistemdisiapkan, objektif seterusnya adalah menyediakan sokongan pengguna dan melakukanpenyelenggaraan agar sistem terus beroperasi dengan baik. Antara aktiviti yang dilakukan dalammewujudkan sokongan pengguna adalah mengadakan latihan pengguna dan meja bantuan.Latihan pengguna bagi sistem yang telah disiapkan ini, saya juga telah menyediakanbeberapa pendekatan yang boleh dijalankan. Tujuan latihan pengguna diadakan adalah untukmenunjukkan bagaimana sistem dapat membantu pengguna semasa menjalankan tugas. Latihan inidijalankan melalui dua pendekatan iaitu mengadakan sesi latihan secara langsung kepada penggunadan juga menyediakan satu manual pengguna yang boleh diteliti oleh pengguna tersebut. Hal inidilakukan untuk membantu pengguna mengatasi masalah semasa menggunakan sistem ataupununtuk menangani perubahan yang mungkin dihadapi dalam sistem tersebut. Semasa fasaimplementasi sistem dijalankan, khususnya daripada aspek pengujian sistem, sesi latihan penggunaini telah diaplikasikan. Pengguna telah dibimbing secara berperingkat iaitu dari mula memasukisistem sehinggalah pengguna dapat menjana laporan daripada sistem tersebut. Semasa pelaksanaanfasa ini, manual pengguna sentiasa dirujuk dan dikemas kini untuk membolehkan penggunamengaplikasikannya dengan cara yang betul dan berkesan.Selain itu, aktiviti penyelenggaraan sistem perlu disediakan untuk memastikan sistem yangdibangunkan dapat beroperasi dengan baik. Objektif penyelenggaraan sistem ini adalah untukmemperbetulkan kesilapan, meningkatkan keupayaan atau atribut lain, dan menyesuaikan produkdengan perubahan dalam persekitaran. Ini penting kerana sebarang perubahan ke atas sistem yangdibangunkan akan memberi kesan kepada pengguna sistem. Penyelenggaraan adalah merangkumisebarang perubahan kepada sistem setelah sistem selesai dibangunkan. Penyelenggaraan juga perludilakukan untuk mengelakkan kegagalan sistem semasa beroperasi. Pada sistem yang telahdibangunkan, memang beberapa aktiviti penyelenggaraan sistem telahpun dilakukan. Pada asalnya,sistem yang dapat dibangunkan adalah tidak lengkap, di mana ada fungsi yang perlu ditambah.Misalnya, menambah fungsi kebolehcapaian sesuatu aplikasi sistem. Pada asalnya, laporan atauoutput sistem yang dibangunkan hanya boleh dijana atau dibaca melalui skrin komputer, tetapi telahditambah dengan fungsi mencetak terus ke atas kertas menggunakan perkakasan peranti pencetak.19
  • 20. Antara lain, aktiviti penyelenggaraan sistem yang perlu diberi perhatian adalah menjejak permintaanperubahan dan laporan ralat, melaksanakan perubahan, memantau keupayaan sistem danmeningkatkan keupayaan atau kapasiti, menaikkan taraf perkakasan dan perisian, dan mengemas kinidokumentasi untuk memasukkan perubahan penyelenggaraan. Oleh itu, manual pengguna yang telahdisediakan hendaklah dikemas kini dan memasukkan perubahan yang telah dilakukan agar tidakmengelirukan pengguna sistem.Terdapat juga beberapa jenis penyelenggaraan sistem yang perlu diteliti oleh pembangunsistem, iaitu penyelenggaran pembetulan, penyelenggaraan penyesuaian, penyelenggaraanpenyempurnaan, dan penyelenggaraan pencegahan. Penyelenggaraan pembetulan adalahmembetulkan sebarang masalah dalam sistem yang disebabkan oleh kesalahan atau pepijat. Ini telahdilakukan pada sistem yang dibangunkan di mana saya telah menambah beberapa fungsi ralat untukmemaklumkan sekiranya pengguna terlupa memasukkan sesuatu data pada sesuatu aplikasi yangterdapat pada sistem. Penyelenggaraan penyesuaian pula adalah proses memberi tambahan baruyang mungkin berbentuk fitur dan kebolehan baru kepada sistem yang beroperasi bagi memudahkanpenggunaan sistem. Ini dilakukan dengan menambah fungsi boleh cetak melalui peranti pencetakuntuk mencetak sesuatu laporan atau hasil ke dalam bentuk cetakan kertas. Penyelenggaraanpenyempurnaan adalah melibatkan perubahan kepada sistem untuk menjadikan sistem lebihberkesan, boleh diharap atau mudah diselenggara manakala penyelenggaraan pencegahan pulamerujuk kepada sebarang perubahan kepada sistem yang dilakukan untuk mencegah sebarangmasalah pada masa hadapan. Kesemua aktiviti penyelenggaran ini telahpun dilaksanakan padaperingkat akhir pengujian sistem. Keberhasilan aktiviti ini telah dapat menyumbang kepadakeupayaan sistem seperti yang telah dapat disiapkan dan dilaksanakan itu.Dalam menguruskan operasi dan sokongan sistem ini, satu kumpulan penyelenggaraanhendaklah diwujudkan oleh sesebuah organisasi untuk menguruskan penyelenggaraan danmenetapkan keutamaan kepada sebarang permintaan yang diterima. Antara kemahiran yang perludimiliki oleh kumpulan ini adalah kemahiran analitikal, pemahaman tentang operasi dan fungsiorganisasi, latar belakang dalam Teknologi Maklumat, kemahiran komunikasi serta kreatif dan sukaakan cabaran baru. Selain itu, kumpulan ini perlu sentiasa peka semasa menguruskan permintaanpenyelenggaraan oleh pengguna sistem. Antara langkah yang perlu diambil adalah melayanipermintaan pengguna yang mahukan sesuatu perubahan dilakukan pada sistem. Kedua, pentadbirsistem hendaklah membuat keputusan awal sebelum mengambil sebarang tindakan lanjutan.Pentadbir sistem perlu membuat tindakan susulan dan meneliti sistem yang ingin diubah. Ketiganyaadalah mengarahkan jawatankuasa ulasan sistem untuk membuat keputusan akhir sama ada20
  • 21. permintaan tersebut diterima atau ditolak. Perkara ini perlu diteliti dengan baik kerana ia akanmelibatkan banyak kos penyelenggaraan.3.3 Rumusan.Berdasarkan perbincangan tentang fasa-fasa yang terlibat dalam pembangunan sistem di atas,saya dapat membuat membuat beberapa rumusan. Pertama, sememangnya fasa-fasa tersebut amatpenting untuk difahami oleh setiap pembangun sistem untuk memastikan mereka dapat membinasistem yang berkesan dan berkualiti. Ini kerana setiap fasa akan menerangkan proses yang perludilalui secara terperinci. Kegagalan pembangun sistem mematuhi setiap fasa tersebut akanmenyebabkan sistem yang dibangunkan menghadapi masalah. Kedua, pembangun sistem juga perlupeka dengan setiap proses pembangunan sistem yang bermula dengan keperluan menyediakan data-data mentah seperti dalam bentuk rajah tertentu atau dokumen keperluan sistem sehinggalahmenyediakan dokumentasi seperti manual pengguna untuk membolehkan pembangun sistem danpengguna sistem sentiasa merujuk dan menelitinya sebelum dan semasa mengaplikasikan sistemtersebut. Ketiga, pengetahuan dan pemahaman tentang metodologi pembangunan sistem juga perludihayati dan dikuasai oleh setiap individu atau organisasi yang ingin membangunkan sesebuahsistem maklumat agar sistem yang dicadangkan dapat dilaksanakan dengan baik, mudah, danmencapai objektifnya. Saya juga telah mempelajari banyak pengetahuan dan kemahiran semasamelaksanakan fasa-fasa pembangunan sistem yang saya cadangkan ini. Semoga segala ilmu dankemahiran ini dapat membantu saya dalam usaha membangunkan sistem lain yang lebih mencabardan berguna.21
  • 22. BAB 4PENGATURCARAAN DAN PENGUJIAN SISTEM4.1 Pengenalan.Pengaturcaraan dan pengujian sistem merupakan bahagian pembangunan dan pelaksanaansistem yang paling penting. Kedua-dua aktiviti ini akan menentukan ketepatan dan keupayaansistem yang dibangunkan mencapai objektif yang ditetapkan oleh pengguna. Pengaturcaraan inidilakukan semasa proses pengekodan. Pengekodan akan menukar logik atur cara ke dalam atur carayang boleh dilaksanakan oleh komputer. Dengan menggunakan pengekodan, pengatur cara akanmenjadikan segala perancangan dan reka bentuk yang dibina sebagai satu kenyataan.Pengaturcaraan merupakan satu proses membuat atur cara menggunakan bahasa pengaturcaraan.Ada bebeberapa jenis bahasa pengaturcaraan yang boleh digunakan semasa pembangunan sistemseperti C, C++, Visual Basic, Java, dan sebagainya. Dalam rangka kerja menyediakan projek sistemini, saya memilih untuk menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic 6.0 dan SQL. Satupangkalan data menggunakan format SQL dibina, kemudian digabungkan dengan atur cara VisualBasic tersebut. Dalam proses memilih bahasa pengaturcaraan ini, terdapat kriteria yang perludiketahui agar proses pembangunan sistem akan lebih mudah dilaksanakan. Pengatur cara hendaklahmemastikan bahawa bahasa yang digunakan adalah bersesuaian dengan persekitaran perkakasanyang akan turut digunakan. Misalnya, bahasa pengaturcaraan yang sesuai dengan bahasa untukpersekitaran dua rangkaian ( 2-tier ) untuk Pelanggan-Pelayan adalah seperti menggunakan bahasapengaturcaraan berdasarkan pelanggan dengan sambungan binaan – dalam SQL kepada satu ataulebih enjin pangkalan data pelayan. Contohnya, dalam sistem yang dibangunkan, saya menggunakanVisual Basic.Daripada aspek pengujian sistem pula, proses ini akan dilakukan setelah pengekodan selesaidibuat. Pengatur cara hendaklah menguji atur cara yang dihasilkan untuk memeriksa bahawa fungsisistem yang dibangunkan tersebut dapat dijalankan dengan lancar. Proses pengujian ini bolehdijalankan secara individu, berkumpulan atau secara keseluruhan dalam sesebuah sistem. Dalam babini, saya akan menerangkan proses pengujian ke atas sistem yang dibangunkan secara lebih terperinciberserta dengan rajah-rajah yang diperoleh daripada sistem tersebut. Sepertimana yang kita sediamaklum bahawa pengujian sistem ini merujuk kepada pengujian aplikasi bagi setiap modul atau fitur22
  • 23. dalam sistem yang dibangunkan. Proses pengujian ini sebenarnya telahpun bermula semasa fasapembangunan lagi. Apabila aplikasi sistem diuji, pengkompil akan memeriksa sintaks atur carauntuk mengesan ralat sintaks. Sekiranya terdapat kesilapan dalam atur cara sistem yang dibina,maka sistem akan memaklumkan kepada pembangun sistem dalam bentuk aplikasi ‘Ralat’ atau‘Error System’.4.2 Pengujian Aplikasi Sistem.Pengujian aplikasi sistem dijalankan untuk mengesan ralat sintaks yang mungkin berlakusemasa atur cara dikompilkan oleh sistem komputer. Apabila ralat tersebut dikesan, maka adalahmenjadi tanggung jawab pengatur cara untuk memperbaiki atur cara yang dibina sehingga atur caratersebut dapat dilaksanakan semula tanpa sebarang mesej ralat sintaks yang akan muncul lagi. Bagimenjelaskan proses pengujian aplikasi ini, kita sedia maklum bahawa terdapat tiga jenis ujian yangboleh dijalankan oleh pengatur cara, iaitu ujian unit, ujian integrasi, dan ujian sistem. Dalambahagian ini, saya akan menerangkan dan memberikan contoh-contoh reka bentuk sistem yang telahberjaya diuji dan dapat dijalankan dengan betul. Bagi mendapatkan gambaran atau contoh-contohsistem yang tidak berjaya atau mengandungi mesej ralat sintaks, bolehlah dirujuk pada bahan ataudokumen pembentangan projek sistem ( di bawah tajuk Mesej Ralat dalam Proses PengujianAplikasi Sistem ). Ketiga-tiga ujian ini hendaklah dilakukan secara berperingkat mengikut jenisujian bermula daripada fasa pembangunan sehinggalah ke fasa terakhir di mana sistem dapatdibangunkan tanpa sebarang mesej ralat dan seterusnya dapat diaplikasikan oleh pengguna denganberkesan, betul, dan lancar.Ujian Unit merupakan ujian pertama yang perlu dilakukan iaitu ke atas atur cara atau modulindividu. Ujian ini akan memeriksa kefungsian modul secara individu untuk mengesan sebarangpepijat. Sepertimana yang diterangkan sebelum ini, bahawa projek sistem ini dibina menggunakanbeberapa modul yang digabungkan sehingga menjadi sebuah sistem yang mempunyai fungsi yangpelbagai. Ujian ini telahpun dijalankan pada fasa awal pembangunan sistem di mana salah satu ujianyang dilakukan adalah ke atas fungsi log masuk sistem. Dalam modul log masuk tersebut, penggunahendaklah memasukkan data pengguna dan kata laluan dengan betul agar sistem dapat mengesahkandan seterusnya membenarkan proses aplikasi susulan dilakukan. Dalam bab 3 telah dimuatkansampel reka bentuk sistem yang akan dipaparkan oleh sistem apabila fungsi log masuk telah dapatdisempurnakan. Setelah proses log masuk berjaya dibuat oleh pengguna, maka menu susulan yangmemaparkan menu utama bagi setiap pengguna akan dipaparkan. Sampel reka bentuk menu utamatersebut bolehlah dilihat pada Rajah 11, Rajah 12, Rajah 13, Rajah 14, dan Rajah 15 dalam bab 3.23
  • 24. Ujian Integrasi merupakan ujian yang dilakukan kepada sekumpulan modul yang membentukatur cara atau dilakukan kepada beberapa atur cara yang saling bergantung antara satu sama lain.Ujian ini dijalankan secara beransur-ansur. Pada mulanya, mungkin dua modul yang berhubungandiuji bersama. Kemudian, modul-modul yang lain akan digabungkan untuk proses pengujianseterusnya. Pengujian ini diteruskan sehingga semua modul yang membentuk sesuatu atur cara diujisekali. Butiran mengenai keberhasilan proses ujian integrasi ini dapat dilihat pada sampel rekabentuk yang ditunjukkan di bawah. Sepertimana yang dijelaskan, selepas aplikasi atur cara bagiUjian Modul berjaya dijalankan, maka pengguna akan dapat terus melakukan aplikasi-aplikasisusulan sehingga dapat melakukan satu tugasan yang ditetapkan bagi setiap pengguna sistem ini.Sebagai contohnya, apabila pengguna ‘Pentadbir Sistem’ berjaya memasuki sistem, maka beliaumelakukan tugasan seterusnya sepertimana yang direncanakan dalam atur cara.Rajah 27a : Aplikasi susulan (kedua) yang boleh dijalankan oleh Pengurus SistemRajah 27a di atas menunjukkan keberhasilan atur cara yang dijalankan untuk pengguna‘Pengurus Sistem’ bagi membolehkan beliau meneruskan tindakan susulan ke atas fungsi sistemyang dibina untuknya. Dalam aplikasi ini, telah disediakan atur cara yang membolehkan pengurussistem menjalankan enam lagi tugasan, iaitu menjalankan tugasannya sebagai pengurus sistem yang24
  • 25. mengawal data dan rekod dalam sistem dan menyelia rekod yang dimasukkan oleh pengguna sistemyang lain. Jadi, pengurus sistem boleh melakukan kesemua tugasan yang ditetapkan dalam atur carayang dibina. Tugasan yang boleh dijalankan adalah seperti tugasan khas pengurus sistem iaitumemasukkan, membuang, dan menyunting senarai pengguna yang akan menggunakan sistemtersebut. Kedua, pengurus sistem berupaya memasuki fungsi sistem pengguna lain seperti guru,murid, dan penjaga bagi tujuan untuk menyemak dan memantau data yang telah dimasukkan.Sekiranya pengurus sistem memilih untuk melakukan tugasan memasukkan senarai penggunaberserta menetapkan kata laluan untuk pengguna tersebut, maka reka bentuk menu aplikasiseterusnya akan dipaparkan seperti Rajah 27b di bawah.Rajah 27b : Aplikasi susulan (ketiga) yang boleh dijalankan oleh Pengurus SistemRajah 27b di atas menunjukkan aplikasi tugasan yang boleh dijalankan oleh pengurus sistem.Berdasarkan menu aplikasi tersebut, pengurus sistem adalah bertanggung jawab memasukkan senaraipengguna mengikut kategori yang ditetapkan. Bagi menu tatabahasa, pengurus sistem bolehmenyunting soalan dan jawapan bagi latihan tatabahasa yang disediakan. Sekiranya pengurus sistemmemilih untuk memasukkan senarai pengguna bagi kumpulan penjaga, maka menu aplikasiseterusnya yang dipaparkan oleh sistem adalah seperti pada Rajah 28.Rajah 27c menunjukkan aplikasi borang kemasukan data-data yang diperlukan sebagaibutiran rekod sistem yang akan digunakan oleh pengguna tersebut apabila ingin memasuki sistem25
  • 26. kelak. Data-data yang ditetapkan oleh pengurus sistem pada menu ini hendaklah tepat, mudah, danselamat agar tidak berlaku pertindihan data antara pengguna sistem. Perubahan dari satu menuaplikasi ke satu menu yang lain menunjukkan keberhasilan atur cara yang dibina sehinggamembolehkan sistem yang dibangunkan berfungsi dengan baik dan lancar.Rajah 27c : Aplikasi susulan (keempat) yang boleh dijalankan oleh Pengurus SistemBegitu jugalah dengan fungsi atur cara sistem yang dibina bagi pengguna atau modul-modullain. Setiap satunya akan dapat menjalankan fungsi masing-masing dengan betul tanpa mengalamimesej ralat.Seterusnya, bagi Ujian Sistem pula merujuk kepada keseluruhan atur cara-atur cara yangakan diuji sebagai sebuah sistem yang lengkap. Dalam ujian ini, atur cara-atur cara yang berbezadigabungkan ke dalam satu sistem dan diuji. Ujian ini juga dilakukan secara beransur-ansur. Ujiansistem ini biasanya dilakukan dengan data-data sebenar di dalam persekitaran kerja yang sebenar,bersama sistem-sistem lain yang sedia ada dalam kerja. Menerusi ujian sistem, sistem akan diujisama ada ia telah bersedia untuk mengendalikan beban kerja yang sebenar dengan berkesan. Bagisistem yang telah dibangunkan, beberapa sesi ujian sistem juga telah dijalankan dan didapati bolehberfungsi dengan betul dan lancar. Untuk menerangkan butiran tentang ujian sistem yang telahdijalankan pada sistem yang telah dibangunkan saya akan memberikan tumpuan kepada beberapamenu aplikasi yang telah berjaya dihasilkan oleh sistem tersebut. Ujian sistem yang saya jalan untuksistem tersebut adalah semasa fasa implementasi di mana keseluruhan sistem telah berjaya disiapkandan diaplikasikan sepenuhnya. Namun, disebabkan kesuntukan masa untuk melaksanakan ujiansistem secara meluas, maka ujian tersebut akan diterangkan berdasarkan beberapa kumpulanpengguna sahaja dan setiap paparan sampel menu aplikasi yang disertakan adalah menunjukkankeberhasilan sistem tersebut dijalankan mengikut setiap kategori pengguna.26
  • 27. Paparan reka bentuk menu aplikasi atau output akhir bagi setiap kategori pengguna akandimuatkan ke dalam laporan hasil pengujian sistem ini. Saya memilih beberapa sampel menuaplikasi sahaja yang dapat menunjukkan bahawa sistem yang telah dibangunkan ini telah dapatberfungsi dengan betul dan berjaya mencapai objektif asal sistem ini dibangunkan.Rajah 28a : Reka bentuk Aplikasi Borang Analisa Prestasi yang diisi oleh GuruRajah 28b : Reka bentuk Borang Analisa Prestasi yang boleh dicetak daripada sistemRajah 28a di atas menunjukkan menu fungsi aplikasi borang analisa prestasi yang berjayadimasukkan data oleh guru. Untuk mengisi data tersebut, guru haruslah mempunyai rujukan asal27
  • 28. terlebih dahulu (dalam bentuk kertas catatan) sebelum mengisi borang tersebut supaya tidak berlakumasalah tersalah masuk data ke dalam borang tersebut. Rajah 28b pula menunjukkan output ataulaporan yang boleh dicetak daripada sistem yang dibangunkan ini.Seterusnya, bagi pengguna ‘Murid’, butiran aplikasi sistem yang berjaya dibangunkanberdasarkan atur cara yang dijalankan adalah seperti Rajah 29 di bawah. Tugasan yang disediakanuntuk murid terbahagi kepada dua, iaitu latihan tatabahasa dan kaji selidik. Setiap proses yangberjaya dihasilkan oleh sistem akan diperincikan dalam bahagian iniRajah 29a : Reka bentuk Aplikasi Borang Kemasukan Data untuk MuridRajah 29b : Rekabentuk Aplikasi Borang Latihan Tatabahasa untuk Murid28
  • 29. Rajah 29c : Reka bentuk Borang Latihan Tatabahasa bagi soalan berikutnyaRajah 29a di atas menunjukkan menu aplikasi untuk murid yang akan dipaparkan apabilamurid memilih untuk membuat latihan tatabahasa yang disediakan. Pada borang tersebut terdapatbutiran bagi rekod baru yang perlu diisi oleh murid sebelum memulakan tugasan seterusnya. Inibertujuan untuk membolehkan sistem mengesahkan butiran pengguna tersebut dan menyimpan datayang telah lengkap ke dalam pangkalan data. Rajah 29b dan rajah 29c pula menunjukkan peralihandaripada soalan pertama ke soalan seterusnya setelah butiran yang disediakan siap diisi oleh murid.Keberhasilan setiap proses yang dilakukan menunjukkan bahawa atur cara yang telah dibina dapatdijalankan oleh sistem dengan betul. Seterusnya, apabila semua soalan telah siap, maka laporan atauoutput yang lengkap akan dipaparkan oleh sistem.Rajah 29d : Menu Butiran atau Rekod Pengguna bagi Latihan Tatabahasa29
  • 30. Rajah 29e : Reka bentuk Output Latihan Tatabahasa yang boleh dicetakRajah 29d memaparkan maklumat mengenai rekod pengguna ‘Murid’ yang telah berjayamenggunakan sistem dan melakukan tugasa latihan tatabahasa tersebut. Apabila butang cetak latihanyang disediakan dipilih maka output keseluruhan bagi latihan tatabahasa yang telah dijalankan olehsetiap pengguna akan dipaparkan seperti Rajah 29e. Rajah tersebut memaparkan keseluruhan soalanlatihan yang telah diisi oleh pengguna. Berdasarkan matlamat yang ditetapkan pada peringkat awal,terdapat 44 jenis soalan yang dikemukakan dan murid mesti menjawab kesemuanya untukmembolehkan sistem memproses dan menyimpan data-data tersebut.30
  • 31. Rajah 30a : Reka bentuk Menu Rekod Baru yang perlu diisi oleh MuridRajah 30b : Reka bentuk Menu Borang Kaji selidik untuk MuridRajah 30a di atas menunjukkan fungsi atur cara bagi borang kaji selidik yang disediakanuntuk murid. Daripada paparan menu aplikasi tersebut, kita dapat lihat bahawa atur cara yangdigunakan berjaya dilaksanakan oleh sistem sehingga dapat memaparkan fungsi seterusnya bagiborang aplikasi tersebut. Murid perlu mengisi kesemua soalan yang dikemukakan untukmembolehkan sistem memproses keseluruhan data yang dimasukkan dan seterusnya menyimpannya31
  • 32. ke dalam pangkalan data. Setelah selesai diisi, satu laporan atau output akan terhasil daripada sistemtersebut. Ini dapat dilihat pada rajah 30b, 30c dan rajah 30d. Soal selidik ini mengandungi 12 jenissoalan yang perlu dijawab oleh murid.Rajah 30c : Menu Butiran atau Rekod Pengguna yang berjaya menggunakan sistemRajah 30d : Reka bentuk Output Borang Kaji selidik yang boleh dicetak32
  • 33. Akhir sekali, proses pengujian aplikasi sistem untuk fungsi penjaga pula adalah seperti yang akandipaparkan di bawah ini.Rajah 31a : Reka bentuk Menu Aplikasi Rekod Baru yang perlu diisi oleh PenjagaRajah 31b : Reka bentuk Menu Aplikasi Borang Kaji Selidik untuk Penjaga33
  • 34. Rajah 31c : Menu Aplikasi Borang Kaji selidik untuk Penjaga (bahagian B)Rajah 31d : Menu Aplikasi Borang Kaji selidik untuk Penjaga (bahagian C)Rajah 31a menunjukkan butiran rekod baru yang perlu diisi oleh penjaga sebelummemulakan tugasan menjawab borang kaji selidik. Rajah 31b, rajah 31c, rajah 31d pula34
  • 35. memaparkan aplikasi borang kaji selidik yang disediakan mengikut bahagian. Penjaga perlu mengisikesemua butiran tersebut.Rajah 31e : Menu Aplikasi Borang Kaji selidik untu Penjaga (bahagian D)Rajah 31f : Reka bentuk Aplikasi Borang yang telah siapdan disimpanRajah 31e menunjukkan aplikasi butang ‘Disimpan’ yang disediakan pada bahagian terakhirborang kaji selidik dan bertujuan untuk membolehkan pengguna menyimpan data ke dalampangkalan data. Apabila butang tersebut dipilih, maka mesej pemberitahuan bahawa ‘Rekod telah35

×