Analisis Tugasan ~ Kata Nama

2,434
-1

Published on

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
2,434
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Analisis Tugasan ~ Kata Nama

  1. 1. 1 ANALISIS TUGASAN ISI PELAJARAN: FRASA NAMA : Kata Nama Am, Kata Nama Khas Dan Kata Nama Terbitan OBJEKTIF PELAJARAN : - Menuliskan (menaipkan) kata nama mengikut slaid gambar yang terdapat di dalam blog. - Mengenal pasti dan membezakan kata nama am, kata nama khas dan kata nama terbitan. - Menjawab latihan (aktiviti) yang diberikan secara berkumpulan. - Membina dan menuliskan (menaipkan) ayat berdasarkan kata nama yang diberikan ke dalam blog dengan betul.
  2. 2. 2 Analisis Tugasan bagi objektif pelajaran 1. Bagi mencapai objektif ini pelajar haruslah membaca dan mengikut arahan yang terdapat di dalam blog. MULA Guru mengarahkan pelajar untuk membuka blog iaitu aminatol-lamiding.blogspot.com. Seterusnya guru membimbing pelajar menggunakan blog. Kemudian,guru mengarahkan pelajar untuk menekan punat 'play' pada blog tersebut. Pelajar hendaklah memberikan perhatian dan meneliti gambar yang ada pada slaid. Di dalam blog terdapat arahan yang khusus untuk pelajar dan diminta mereka untuk mengikutinya. Pelajar diarahkan untuk menuliskan (menaip) kata nama yang mereka lihat di dalam slaid gambar tadi. Guru mengarahkan semula pelajar TIDAK untuk melihat slaid gambar BETUL tersebut. Dan menerangkan pelajar dengan memberikan contoh kata nama. YA Pelajar memahami perbezaan setiap jenis kata bilangan, kata penjodoh bilangan dan kata keterangan melalui contoh yang diberikan SELESAI
  3. 3. 3 Analisis Tugasan bagi objektif pelajaran 2. Bagi mencapai objektif ini pelajar hendaklah melayari blog yang dinyatakan tadi. MULA Melalui blog, guru mengarahkan pelajar untuk menekan punat ‘play’ pada blogspot bagi penerangan mengenai golongan kata,definisi setiap jenis Kata Nama beserta contohnya. Guru mengarahkan pelajar untuk melihat nota yang telah disediakan dalam blog sebagai rujukan. Kemudian, guru mengutarakan beberapa soalan kepada pelajar yang bertujuan untuk menguji kefahaman mereka. Guru menerangkan semula setiap TIDAK jenis kata nama dengan BETUL memberikan contoh-contoh yang YA bersesuaian. Pelajar dapat mengenal pasti dan membezakan kata nama khas, kata nama am, dan kata nama terbitan dengan memberikan beberapa contoh. SELESAI
  4. 4. 4 Analisis Tugasan bagi objektif pelajaran 3. Bagi mencapai objektif ini pelajar diminta mencari dan mencatat 20 perkataan sama ada kata nama khas, kata nama am dan kata nama terbitan yang terdapat dalam petikan teks (disediakan dalam blog). MULA Guru membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan untuk mengadakan aktiviti. Melalui blog,guru memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan dan setiap kumpulan pelajar mendengar penerangan guru. Melalui blog, guru memberi arahan kepada pelajar untuk menyenaraikan 20 perkataan sama ada kata nama khas, kata nama am, dan kata nama terbitan yang terdapat dalam petikan (disediakan dalam blog). Sekiranya pelajar mengalami TIDAK masalah dalam menyenaraikan BETUL aktiviti yang diberikan, guru akan L YA mengadakan perbincangan dengan pelajar bagi membimbing mereka. Setiap kumpulan pelajar dapat membuat dan menjawab aktiviti latihan yang diarahkan oleh guru SELESAI
  5. 5. 5 Analisis Tugasan bagi objektif pelajaran 4. Bagi mencapai objektif ini pelajar diminta membina dan menuliskan (menaipkan) ayat berdasarkan kata nama yang diberikan ke dalam blog dengan betul. MULA Melalui blog, guru memberi arahan kepada pelajar untuk membuat kerja rumah yang diberikan. Melalui blog, guru mengarahkan pelajar untuk memilih 10 perkataan sama ada kata nama khas, kata nama am ataupun kata nama terbitan. Melalui blog, guru mengarahkan pelajar untuk membina dan menuliskan (menaipkan)10 ayat yang dipilih berdasarkan kata nama yang diberikan ke dalam blog dengan betul. Sekiranya pelajar mengalami masalah, guru akan menerangkan BETUL semula dan memberi penerangan dengan memberi contoh yang relevan. Pelajar dapat membina dan membuat ayat yang diarahkan di oleh guru di dalam blog.

×