Kssr2011 110521112300-phpapp02
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Kssr2011 110521112300-phpapp02

on

  • 2,132 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,132
Views on SlideShare
2,132
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
118
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Kssr2011 110521112300-phpapp02 Kssr2011 110521112300-phpapp02 Document Transcript

  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 1. Tahukah anda apa itu KSSR? TRANSFORMASI kurikulum pra sekolah dan sekolah rendah akan diperkenalkan dan dilaksanakan secara berperingkat dalam sistem persekolahan di negara ini pada tahun hadapan bermula dengan murid tahun satu di semua sekolah rendah. Melalui trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan. 2. Mengapa Transformasi? Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 1
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 3. APA PERBEZAAN KBSR DENGAN KSSR KBSR KSSR Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga Reka bentuk kurikulum berasaskan enam bidang: tunjang:  Komunikasi  Komunikasi  Manusia dan alam sekeliling  Kerohanian, sikap dan nilai  Perkembangan diri individu Kemanusiaan Perkembangan fizikal dan estetika  Sains dan teknologi  Keterampilan diri Bahan kurikulum: Bahan kurikulum:  Sukatan Pelajaran  Dokumen Standard Kurikulum Reka bentuk kurikulum: Reka bentuk kurikulum:  Linear  Modular Organisasi kurikulum: Organisasi kuriikulum: Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)  Modul Teras Asas, Modul Teras Tema Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) dan Modul Elektif  Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)  Mata pelajaran Teras dan Elektif Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)  Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan Kreatif serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (lCT) secara eksplisit Fokus: Fokus: 3M (Membaca, menulis, mengira) 4M (Membaca, menulis, mengira dan menaakul) Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 2
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 4. Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Khas KURIKULUM Pendidikan Khas yang melibatkan tiga cabang utama iaitu Masalah Pembelajaran, Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran turut digubal ber- dasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Terdapat pengubahsuaian dan penambahan kepada beberapa mata pelajaran bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih teratur dan menepati keperluan murid-murid berkeperluan khas ini. B a gi P end i di ka n Kh as Ma s al ah Penglihatan, mata pelajaran yang ditambah ialah Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan manakala dua mata pelajaran yang diubahsuai adalah Pendidikan Jasmani Suaian dan Dunia Seni Visual Suaian. Masalah Pendengaran pula dilengkapkan dengan penambahan mata pelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi selain mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam yang diubahsuai. Sementara bagi Masalah Pembelajaran, kesemua mata pelajarannya dibuahsuai termasuklah: Pengurusan Kehidupan (Komponen Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku, Kemahiran Manipulatif)  Asas 3M (Membaca, Menulis, mengira) melibatkan komponen bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan matematik  Pendidikan Seni Kreatif (Komponen Seni Visual, Seni Muzik)  Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral  Pendidikan Jasmani. Pengubahsuaian dan penamhhan ini dilakukan bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran muril-murid kurang upaya supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus perubahan perdidikan dan transformasi yang dilakukan oleh kerajaan. Penambahan mata pelajaran baru diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai kemahiran asas yang amat diperlukan oleh murid-murid berkeperluan khas ini. Pengubahsuaiannya pula dilihat mampu memberi skop baru kepada mereka seterusnya dapat meningkatkan kapayaan serta pemahaman dalam proses pembelajaran. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 3
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 5. Kurikulum terbaik sekolah rendah. Kurikulum standard Sekolah Rendah(KSSR) menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh persekolahan yang ditetapkan. Standard kandungan meru pakan pernyataan lebih terperinci mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala standard pembelajaran pula ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular di mana kandungan pembelajaran disediakan dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained) yang dinamakan sebagai modul. Setiap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai murid. Bagi tahap satu, kandung kurikulum diorganisasikan dal modul teras asas, modul teras to dan modul elektif. Jadual 1: Organisasi KSSR Tahap 1 Modul Teras Asas  Bahasa Malaysia  Bahasa Inggeris  Bahasa Gina  Bahasa Tamil  Matematik  Pendidikan Jasmani  Pendidikan Kesihatan  Pendidikan Islam / Pendidikan Moral Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 4
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Modul. Teras Tema  Dunia Kesenian (Dunia Seni Visual, Dunia Muzik) Dunia Sains dan Teknologi Modul Elektif  Bahasa Arab  Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK)  Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK)  Bahasa Iban  Bahasa Kadazandusun Manakala bagi tahap dua, kurikulum diorganisasikan dalam bentuk mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif. Mata pelajaran ini dilaksanakan secara modular bermula pada 2014 untuk murid- murid tahun empat. Jadual 2: Organisasi KSSR Tahap 2 Mata Pelajaran Teras Modul Komunikasi  Bahasa Malaysia  Bahasa Inggeris  Bahasa Cina  Bahasa Tamil  Modul Sains dan Teknologi  Matematik  Sains  Reka Bentuk dan Teknologi / ICT Modul Fizikal dan Estetika - Pendidikan Jasmani  Pendidikan Kesihatan  Pendidikan Muzik - Pendidikan Seni Visual Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai  Pendidikan Islam / Pendidikan Moral Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 5
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Modul Kemanusiaan  Sejarah Mata Pelajaran Elektif Modul Komunikasi Elektif  Bahasa Arab  Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan  Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan Bahasa Iban Bahasa Semai  Bahasa Kadazandusun 6. Pentaksiran KSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. A k t i v i t i p e m u l i h a n, p e n gu k u h a n d a n p e n gg a ya a n d i l a k s a n a k a n m e n gi k u t k e p e r l u a n m u r i d b a gi m e m a st i k a n m u ri d m e n c a p a i s a n d a r d ya n g d i t e t a p k a n . 7. Tiga Kemahiran baru merentas subjek. Bertepatan dengan dasa kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta penghayatan nilai murni, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikannya sentiasa holistik dan sentiasa relevan agar generasi ini akan sentiasa dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Secara umumnya, pada tahun 1983 satu kurikulum sekolah rendah telah diperkenalkan dan dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). 10 tahun kemudian, kurikulum sekolah rendah telah ditukar kepada K u r i k u l u m Bersepadu Sekolah Rendah s e bel um K em ent e ri an Pelajaran menjalankan semakan KBSR pada tahun 2003. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 6
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Mulai 2011, kurikulum sekolah rendah akan mengg u n a k a n K u r i k u l u m Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, tiga elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICI) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain, adalah langkah pertama kementenan membentuk modal insan yang berpontensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan. Realitinya, kebanyakan negara maju terlebih dahulu telah menjadikan kreatif dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka kerana menyedari is adalah kunci untuk berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains. Sungguhpun sistem pendidikan negara telah mengaplikasikan elemen-elemen tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), namun masih terdapat banyak ruang untuk diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di peringkat global. Justeru, elemen kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk transfor- masi KSSR yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahan untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Langkah kementerian yang berusaha menerapkan daya pemikiran kreatif dan inovasi bermula dari bangku sekolah rendah bermula Januari 2011 adalah tepat kerana bukan semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah mustahil untuk membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil. Keupayaan negara menghasilkan modal ins an berkualiti sememangnya tidak boleh disangkal lagi dengan kelahiran siswazah yang sentiasa meningkat dari masa ke masa. Namur, peluang pekerjaan yang terhad mengikut kemahiran yang dimiliki menyebabkan berlakunva pembaziran dari pelbagai aspek terutamanya kepada aspek pembangunan negara. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 7
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Menyedari hal tersebut, elemen keusahawanan telah diperkenalkan dalam KSSR bagi memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawan yang sememangnya mempunyai potensi yang besar untuk diterokai dan secara tidak langsung dapat mengurangkan. bilangan siswazah menganggur sebaik sahaja bergraduat di masa hadapan. Menjadi keperluan sejak di bangku sekolah rendah lagi dipupuk semangat berni- aga di kalangan murid bagi menggalakkan mereka menceburi bidang ini. Jika sebelum ini, terdapat sesetengah murid yang menunjukkan minat untuk menceburi bidang keusahawanan kerana datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang perniagaan. S udah sam pai m asa untuk negara mengubah perspektif tersebut, dan melahir- kan generasi yang bukan sahaja berkeupayaan dalam bidang sains dan teknologi tetapi juga berpotensi untuk menjadi usahawan dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara di masa hadapan. Kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi adalah cabaran yang perlu dihadapi generasi pada masa, kini. Sehubungan itu, setiap modal insan barns dipersiapkan dengan cabaran tersebut agar tidak ketinggalan dalam, persaingan global. Seperti elemen nilai tambah yang lain, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diberi pengukuhan dan perlaksanaan secara eksplisit dalam perlak- sanaan KSSR pada tahun hadapan. Murid akan didedahkan dengan kemal4an tersebut dalam proses P&P supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran murid untuk mendapatkan maklumat dengan berkesan. Memantapkan kemahiran murid berasakan elemen ini juga dilihat mampu membuka ruang kepada mereka untuk menerokai dunia tanpa sempadan dalam mendapatkan pelbagai maklumat bagi tujuan pembelajaran dengan hanya berada di dalam bilik darjah sahaja. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 8
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 8. Guru dipersiapkan untuk menghadapi KSSR TRANSFORMASI kurikulum persekolahan merupakan usaha yang dilakukan bagi memastikan kurikulum tersebut holistik, sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan mampu menangani cabaran semasa dan masa depan. Sebagai usaha bagi memastikan transformasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di perkukuh serta ditambah baik dan penggunaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai agen perubahan mampu mencapai objektif, para jurulatih utama terlebih dahulu diberikan kursus orientasi. Sebagai melengkapkan para guru berhadapan dengan cabaran melaksanakan KSSR, satu lagi kursus orientasi turut dianjurkan pada peringkat negeri oleh jurulatih utama masingmasing mengikut mata pelajaran. Standard kurikulum merupakan pernyataan yang merangkumi penge- tahuan, kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai murid sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) sepanjang berada di bangku sekolah rendah. Mengambil contoh sukatan bagi standard kurikulum bahasa Malaysia yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa pengantar rasmi. Standard kurikulum bahasa Malaysia ini merangkumi empat aspek untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu; 1. Standard kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. 2. Standard pembelajaran Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti p e m b e l a j a r a n d a n pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 9
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 3. Pendekatan modular Merujuk kepada keduadua standard kandungan dan standard pembelajaran yang diorganisasikan dalam bentuk bahagianbahagian yang diasingkan dalam bentuk modul iaitu: i. Modul Dengar Tutur ii. Modul Membaca iii. Modul Menulis iv. Modul Seni Bahasa v. Modul Tatabahasa 4. Pengajaran dan pembelajaran secara didik hibur Berbentuk serampang dua mata: i. Pembelajaran kemahiran bahasa diutamakan ii. Pembelajaran yang menyeronokkan melalui pelbagai teknik dan kaedah pengajaran. Objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah r e n d a h yang telah ditetapkan supaya murid dapat menguasai asas berbahasa khususnya murid tahap satu (literasi), memperkaya kosa kata, meningkatkan pemahaman berbahasa dan berkemampuan berkomunikasi secara berkesan dalam perhubungan kehidupan sosial. B a g i m e m a s t i k a n objektif tersebut tercapai, Kementerian Pelajaran telah merangka beberapa strategi pengajaran dan p e m b e l a j a r a n u n t u k dijadikan panduan kepada para pendidik. Antaranya ialah; i. Berpusatkan murid i. Kepelbagaian teknik pengajaran ii. Kepelbagaian sumber bahan iii. Penggunaan tatabahasa, yangtepat iv. Memperkayakan bahan bacaan Asp e k K em ahi r an bernilai tambah (KBT) masih digunapakai dalam pengajran dan pembelajaran, namun dua penekanan telah ditambah daripada sukatan lama. Berikut adalah aspek KBT yang akan diaplikasikan; i. Kemahiran berfikir ii. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 10
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 iii. Kemahiran belajar cara belajar iv. Kajian masa depan v. Kecerdasan pelbagai vi. Pembelajaran konstruktivisma vii. Pembelajaran kontekstual viii. Kreativiti dan inovasi ix. Keusahawanan Sementara itu, konsep 5P iaitu pengabung jalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian akan turut digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar agar objektif pembel ajaran bahasa Malaysia sekolah rendah tercapai. Penggabung jalinan kemahiran bertujuan untuk membolehkan murid mengaplikasi dua atau lebih kemahiran bahasa dalam satu masa. Dengan ini murid dapat menguasai beberapa kemahiran serentak. Contohnya; i. Kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran membaca, ii. Kemahiran membaca dengan kemahiran menulis, iii. Kem ahi ran m en dengar dan bertutur dengan kemahiran menulis. Selain aspek kurikulum yang dinyatakan, beberapa perkara boleh dilakukan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran Antaranya; 1. Cara menterjemahkan pernyataan standard kurikulum  Baca perkataan demi p e r k a t a a n d a l a m setiap pernyataan untuk memahami maksud dan hasrat kurikulum yang terkandung pada pernyataan tersebut secara tersurat dan tersirat.  Rancang aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan murid.  Setiap kemahiran utama dipilih mesti digabung jalinkan dengan kemahiran sampingan dalam setiap aktiviti;  Pastikan aktiviti yang dirancang tidak tersasar daripada kemahiran yang dipilih dan kehendak kurikulum. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 11
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 2. Peringkat perancangan pengajaran  Langkah pertama: Fikirkan kemahiran yang akan diajar, seterusnya pilihlah kemahiran fokus dan kemahiran sampingan;  Langkah kedua: Bina objektif pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan k e m a h i r a n ya n g dipilih;  Langkah ketiga: Rancang aktiviti yang berkaitan dengan objektif dan kemahiran ya n g d i p i l i h b e r sesuaian dengan masa pengajaran;  Langkah keempat: Fikirkan KBT yang sesuai dalam pengaja r a n dan p e m belajaran tersebut;  Langkah kelima: Fikirkan pendekatan, kaedah, strategi serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid. 3. Peringkat penyampaian pengajaran  Kaedah penyampaian ilmu menggunakan kaedah didik hibur dan menarik minat murid  Bahan bantu mengajar yang sesuai;  Aspek kawalan kelas;  Aspek komunikasi;  Proses penilaian atau pentaksiran secara langsung dan tidak langsung berkaitan ilmu yang disampaikan;  Berlakunya pemulihan dan penggayaan. 4. Aktiviti pengajaran yang sesuai  Menggunakan cara penyampaian yang mudah untuk murid menguasai kemahiran;  Menggalakkan murid berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif ke a r a h m e l a h i r k a n murid kreatif dan inovatif;  Membentuk murid yang celik ICT dan keusahawanan;  Penyampaian yang berkesan dan membolehkan majoriti murid menguasai kemahiran yang diperlukan. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 12
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 5. Penyampaian berkesan  Mestilah mudah difahami oleh murid;  Aktiviti mudah dilaksanakan;  Aktiviti yang menarik dan disukai oleh murid;  Dapat menarik tumpuan murid. 6. Peringkat Selepas Pengajaran  A d a n y a p r o s e s refleksi. Mengapa perlu refleksi?  Untuk melihat sama ada objektif tercapai atau tidak. Jika tidak tercapai mengapa?  Adakah kaedah penyampaian terdapat kelemahan?  Adakah objektif terlalu tinggi ditetapkan?  Adakah aktiviti dan k e m a h i r a n ya n g dipihh tidak sesuai?  Akhirnya memberi peluang kepada guru membaiki kelemahan yang ada bagi pengajaran berikutnya. 9. Kemahiran mendengar dan bertutur. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011 bermula dengan tahun satu di semua sekolah rendah seluruh negara telah memperkenalkan kemahiran mendengar dan bertutur sebagai elemen baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( & ) P P. Kementerian Pelajaran (KPM) telah menetapkan objektif standard pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur yang perlu bagi memasti keberkesanan KSSR ini. Antara objektif tersebut adalah; i. Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul; ii. Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul; iii. Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat; iv. Mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat; Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 13
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 v. Mendengar, memahami dan memberikan respon secara lisan atau gerak lake berdasarkan arahan, pesanan, dan pertanyaan dengan betul; vi. Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi diksi, kata panggilan, kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila; vii. Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; dan viii. Berbicara untuk menyampaikan maklurnat tentang sesuatu perkara dengan tepat menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila. 10. Terdapat 10 prinsip kemahiran mendengar i. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiran berbahasa; ii. Bertutur dengan bahasa yang mudah, tepat dan. jelas; iii. Bahan rangsangan penting untuk meningkatkan minat dalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur; iv. Memberi peluang murid terlibat secara aktif agar dapat mempercepatkan penguasaan kemahiran; v. Memberi tumpuan kepada aspek sebutan, intonasi, jeda dan tatabahasa; vi. Laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian dengan konsep; vii. Kemahiran mendengar hendaklah dijalankanbersama-samakemahiran lain; viii. Latihan yang dijalankan hendaklah berteraskan tugasan yang boleh membawa kepada sesuatu aktiviti; ix. Setiap aktiviti dan kemahiran, membolehkan murid menunjukkan kefahaman mereka melalui bahasa, aksi atau cara-cara lain yang berkesan; x. Guru harus memberi peluang kepada murid berlatih mendengar sebanyak yang mungkin dan berserta dengan motivasi. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 14
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 11. Kemahiran mendengar Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan respons. Perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar, selepas itu mengajuk dan seterusnya bercakap. Proses penguasaan bahasa ini perlu diutamakan dalam pengajaran bahasa. Kanak-kanak menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialaminya, dan dia cuba meniru dan menuturnya berulang kah apa yang didengar daripada orang yang berada disekelilingnya. Perkembangan kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu 1. Peringkat Awal i. Mengecam, mengajuk memilih bunyi; ii. Mendengar dan mengecam, makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat; iii. Melakukan sesuatu yang disuruh; iv. Menjalankan perintah dan permintaan; v. Bertindak terhadap soalansoalan mudah; vi. Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat. 2. Peringkat Pertengahan i. Mengecam, dan mengingat fakta; ii. Mengenal maklumat khusus; iii. Mengesan urutan maklumat; iv. Mengenal sebab dan akibat; v. Mengenal perhubungan orang yang berinteraksi; vi. Mengenal sikap dan perasan orang yang bercakap. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 15
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 3. Peringkat Maju i. Mengenal isi-isi penting; ii. Mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap; iii. Mentafsir maksud orang yang bercakap; iv. Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi; v. Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar; vi. Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan; vii. Mentafsir tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai struktur nahu. 12. Kemahiran bertutur Kemahiran lisan adalah aspek kemahiran bahasa yang penting dan utama serta merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh kanak- kanak sebelum mempelajari kemahiran lain seperti kemahiran membaca,dan menulis. Lisan adalah percakapan atau pertuturan yang merupakan kegiatan melahirkan bahasa melalui suara atau sebutan. Apabila mempunyai keinginan mempelajari sesuatu bahasa, keupayaan bercakap akan berlaku. Begitu juga apabila mahu membuat perhubungan atau interaksi dengan orang lain, keupayaan bertutur akan terjadi. Oleh itu, jelaslah bahasa tujuan mempelajari lisan bukan hanya setakat mempelajari bahasa itu tetapi untuk mencapai tahap kompetensi dalam komunikasi. Kemahiran bertutur merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan yang betul secara sopan dan ertatasusila. Penekanan juga diberi epada penggunaan tatabahasa yang betul. Perkembangan kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada tiga pe- ringkat, iaitu 1. Peringkat Awal i. Melafazkan, mengajuk, perkataan dan ayat yang yang didengar; Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 16
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 ii. Menyoal untuk mendapatkan maklumat; iii. Bertindak terhadap soalan mullah; iv. Membuat ayat mengenai diri sendiri dan membuat ayat daripada gambar. 2. Peringkat Pertengahan. i. Membuat diskripsi tentang objek atau gambar; ii. Bercerita berdasarkan gambar dan pengalaman; iii. Menyoal dan menjawab soalan; iv. Memberi ucapan pendek; v. Perbualan mudah; vi. Memberi komen mudah; vii. Memberi ulasan, pendapat atau pandangan mudah. 3. Peringkat Maju i. Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman,objek dan lain-lain; ii. Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya; iii. Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog; iv. Mengambil bahagian alam drama atau lakonan; v. Mendeklamasi puisi; vi. Menyampaikan komen, laporan atau ulasan. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 17
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 13. Pengajaran dan Pembelajaran menarik, pentaksiran holistik KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan. pembelajaran (P&P) yang memberi lebih penekanan serta kesan terhadap murid-murid. Penekanan, kepada hands-on Teaming seperti inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran masteri dan pembelajaran luar bilik darjah amat diperlukan bagi murid-murid ini untuk menjalani proses P&P yang lebih menarik. Guru-guru pula perlu memberi penumpuan kepada pembelajaran yang berpusatkan kepada murid itu sendiri dan menyediakan ruang serta peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada mereka. Pendekatan yang digunakan mesti memberi peluang pembelajaran yang menyeronokkan serta mengambil kira kepelbagaian, kecerdasan murid-murid tersebut. Selain itu, KSSR turut memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan. Kejayaan KSSR sangat memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa dan pihak berkepentingan. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 18
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 14. Bekalan buku teks selesai Disember 2010. PEMBEKALAN buku teks Kurikulum S t andard S ekol ah R endah (KSSR ) 2011 ke sekolah-sekolah telah melebihi 80 peratus selesai di Semenanjung Malaysia. Manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 30 peratus proses pembekalan telah berjaya diselesaikan. Proses pembekalan untuk kesemua negeri dijangka selesai pada minggu kedua Disember ini. Buku teks ini mula dibekalkan pada 23 Ogos lalu. la melibatkan Japan penerbit swasta dan Dewan Bahasa dan Pustaka yang merangkumi 22 judul buku tahun satu. Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia akan memastikan pembekalan buku teks berkenaan sampai dan diterima oleh semua sekolah di seluruh negara supaya is dapat digunakan pada hari pertama sesi persekolahan tahun 2011. Senarai buku teks KSSR kegunaan tahun satu mulai 2011 Ciri-ciri buku teks KSSR  Terdapat dalam dua komponen iaitu buku teks dan buku aktiviti Mengandungi nota guru untuk membantu cikgu menjalankan pengajaran dan  pembelajaran (P&P) dengan berkesan Mengandungi rujukan halaman buku aktiviti ke buku teks dan buku teks ke  buku aktiviti Mengandungi pelbagai aktiviti pengukuhan, pengayaan dan cadangan  aktiviti pemulihan Buku aktiviti menggalakkan murid untuk menggunakan kemahiran  psikomotor seperti menggunting, menampal, menyurih dan mewarna  Maklumat asal dimuatkan bersebelahan dengan kandungan teks bagi memudahkan guru membuat rujukan  Setiap kemahiran barn yang diperkenalkan akan diikuti den gan penilaian mudah untuk menaakul atau membuka kepada perbincangan Penulisan berbentuk modular di mans persembahan kandungan  berdasarkan pencapaian standard pembelajaran bagi subjek yang berkaitan Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 19
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 15. Terdapat 1,380 minit seminggu KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di sekolah rendah seluruh negara mulai 2011 ini. Surat pekeliling ikhtisas bilangan 11 2010 telah dikeluarkan bagi memaklumkan kepada guru besar dan guru-guru mengenai perlaksanaan KSSR itu. Menurut kementerian, KSSR telah melalui proses transformasi dan surat pekeliling mengenainya telah diedarkan. Setiap kandungan kurikulum telah diperkukuh dan ditambah baik. Mulai 2011, KSSR akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan pelajar sekolah tahun satu. Semua sekolah diwajibkan untuk mengikuti dokumen standard bagi setiap kurikulum KSSR. Sehubungan itu, jumlah masa yang diperuntukkan pula ialah selama 1,380 minit seminggu iaitu mengikut satu waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) 30 minit. Semua sekolah perlu menyediakan jadual waktu mengikut masa ditetapkan KSSR. la juga meliputi perlaksanaan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam modul efektif mengikut kesediaan sekolah terutama dalam penyediaan guru, permintaan daripada murid dan prasarana sekolah. Dalam KSSR, beberapa disiplin ilmu digabungkan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna. Pada tahap satu, kurikulum disusun dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Modul Teras Asas merangkumi sembilan mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Matematik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral. Manakala Modul Teras Tema melibatkan Dunia Kesenian, Dunia Seni Visual, Dunia Muzik, Dunia Sains dan Teknologi. Modul Elektif pula ialah Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK), Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK), Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 20
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 16. Peruntukan masa KSSR MASA DALAM SEMINGGU (MINIT) BIL MODUL SK SJKC SJKT MODUL TERUS ASAS 1 Bahasa Malaysia 360 300 300 2 Bahasa Inggeris 300 150 150 3 Bahasa Cina - 360 - Bahasa Tamil 360 4 Pendidikan Islam 180 120 120 5 Pendidikan Moral 180 120 120 6 Pendidikan Jasmani 60 60 60 7 Pendidikan Kesihatan 30 30 30 8 Matematik 180 180 180 MODUL TERUS TEMA 9 Dunia Seni Visual 60 60 60 Dunia Muzik 30 30 30 Dunia Sains dan Teknologi 60 60 60 10 B.Arab/BCSK/BTSK/B. 90 - - lban/B. Kadazandusun Perhimpunan 30 30 30 Jumlah 1380 1380 1380 Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 21
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 17. Soal jawab mengenai KSSR Mengapa KSSR perlu diperkenalkan ? Adakah kurikulum yang sedia ada tidak cukup baik? Transformasi kurikulum kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sedia ada. Transformasi kurikulum adalah untuk memastikan round. dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Kurikulum transformasi ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mengekalkan prinsip-prinsip KBSR. KSSR merupakan penambahbaikan dalam aspek reka bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kunkulum di sekolah. KSSR juga diperkenalkan untuk menangani isu-isu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu, bilangan mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanan kepada kecemerlangan akademik. KSSR member penekanan kepada pembelajaran menyeronokkan, pengurangan bilangan mata pelajaran, serta memberi perhatian kepada pentaksiran berasaskan sekolah. Murid juga digalakkan meningkatkan penglibatan dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Penghayatan serta pengukuhan nilai seperti perpaduan, alam sekitar dan patriotisme juga diberi tumpuan. Fokus juga diberikan kepada penguasaan kernahiran membaca, menulis dan mengira. (3M) dan kemahiran yang keempat iaitu kemahiran menaakul. KSSR juga memastikan murid berupaya menguasai kemahiran nilai tambah seperti kreativiti dan inovasi, keusahawanan, dan kemahiran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Selain itu murid juga boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, beretika, mempunyai keyakinan dm, bersikap patriotik, menghayati dan mengamalkan semangat perpaduan dan cintakan negara. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan kurikulum yang dinamik dan digubal bagi memastikan anak didik di sekolah dibekalkan dengan ilmu yang relevan dengan keperluan dan cabaran abad ke- 21. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 22
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Bagaimana pihak sekolah akan menilai inovasi dan kreativiti pelajar di luar konteks Buku Teks? Adakah guru diberi kebebasan untuk mentafsir KSSR menurut fahaman masing-masing? KSSR memastikan proses kreatif dan inovatif diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik darjah supaya menjadi amalan dan budaya dalam kalangan murid. Antara ciri murid yang boleh dinilai sebagai seorang yang kreatif dan inovatif adalah seperti berikut:  kebolehan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif  kebolehan untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif  kebolehan untuk menghasilkan idea yang tulen, ash atau baru  kebolehan meneroka bidang & teknologi baru  kebolehan mencari jawapan yang bukan konvensional  kebolehan mencerna idea bagi menyelesaikan tugasan  kebolehan mencari penyelesaian berdasarkan penaakulan imaginasi & visualisasi Guru perlu memahami hasrat KSSR dan berupaya mentafsir dan menterjemahkan kandungan kurikulum sewaktu proses P&P. Dalam konteks ini, guru perlu mengambil kira keperluan murid yang mempunyai Tatar belakang berbeza, kecerdasan yang pelbagai dan lokasi sekolah untuk disesuaikan dengan kandungan kurikulum. Guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan bagi memastikan murid mencapai standard yang telah ditetapkan bagi setiap mata pelajaran. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 23
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Dalam KSSR, bagaimana guru dapat menonjolkan unsur kreatif dan kritis pelajar melalui P&P? Guru perlu menggunakan pendekatan seperti berikut:  Inkuiri penemuan  Penyelesaian. masalah  Konstruktivisme  Kontekstual  Pengajaran Berasaskan Masa Depan  Pembelajaran Berasaskan Projek Pendekatan pengajaran. bersifat hands-on" dan "experiencial learning" yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas dapat menonjolkan kemahiran menaakul untuk meningkatkan keberkesanan murid membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan kesimpulan serta, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Apakah kriteria yang digunakan untuk mengukur kreativiti pelajar? Antara, kriteria murid yang boleh dinilai sebagai seorang yang kreatif dan Inovatif adalah seperti;  kebolehan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif  kebolehan untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif  kebolehan untuk menghasilkan idea, yang tulen, ash atau baru  kebolehan meneroka bidang & teknologi baru  kebolehan mencari kebolehan mencema idea bagi menyelesaikan tugasan  kebolehan mencari penyelesaian berdasarkan penaakuIan imaginasi & visualisasi Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 24
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Bagaimana KSSR dapat memupuk kepimpinan dan sahsiah diri pelajar sama ada melalui kurikulum mahupun kokurikulum? Tunjang Keterampilan Diri dalam KSSR (rujuk gambarajah Reka Bentuk KSSR) memastikan murid dididik dan dibimbing agar memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum. 6 Tunjang Gambarajah Reka Bentuk KSSR Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 25
  • KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Apakah persiapan yang telah dilakukan untuk melaksanakan KSSR? Sudahkah guru-guru yang terbabit dilatih? KPM menjalankan pelbagai strategi dan persiapan bagi memastikan KSSR dapat dilaksanakan sebagaimana dihasratkan. Antara strategi yang dijalankan adalah seperti berikut:- A. Kursus Orientasi KSSR kepada:  Jurulatih Utama - semua mata pelajaran  Guru mata pelajaran B. Kursus Pendedahan KSSR  Guru Besar dan pentadbir sekolah  Jabatan Pelajaran Negeri, PPD  Bahagian KPM — IPGM, BPG, BPSH, JNJK, IAB, LPM, BBT C. Penyebaran Umum kepada; ibu bapa, masyarakat, NGO & Warga Pendidik. Strategi yang akan dijalankan untuk pendedahan masyarakat umum, ialah:  Interaksi bersemuka: Perayaan Hari Guru, Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia, Hari temu Pelanggan, Program Jom Heboh TV3, pameran, taklimat  Teknologi Maklumat dan Komunikasi: laman web KSSR, laman web BPK  Media Cetak: akhbar, majalah, iklan  Media Elektronik: ASTRO, RTM, TV3  Penerbitan bahan: brosur, buku penerangan, cd Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 26