Keperluan manusia kepada agama

  • 1,451 views
Uploaded on

salah satu daripada topik utama daripada kursus aqidah islam yang bertemakan perbincangan umummengenai peranan dan kepentingan agama kepada manusia.. …

salah satu daripada topik utama daripada kursus aqidah islam yang bertemakan perbincangan umummengenai peranan dan kepentingan agama kepada manusia..
<fpi>

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
1,451
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
37
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. 1.0 DEFINISI AGAMA Dari segi bahasa, perkataan agama atau ugama dikatakan berasal daripada terjemahan perkataaan arab iaitu al-Din, al-Syarii’at, al-Thariiqah dan al-Millah (kerana malaikat menyalinnya kepada Nabi kemudian Nabi menyampaikan pula kepada manusia) . Secara umumnya, semua perkataan ini dapat diertikan sebagai suatu peraturan daripada Allah. Oleh yang demikian, setiap peraturan yang bukan berasal daripada Allah tidak boleh digelarkan sebagai agama. Dari sudut istilah pula, para ulamak telah membahagikan takrif agama kepada beberapa pendapat iaitu: I. Prof. K.H.R. Adnan menjelaskan di dalam bukunya, “Tuntutan Iman dan Islam” bahawa agama merupakan suatu peraturan daripada Allah s.w.t. untuk manusia yang berakal bagi mencari keyakinan dalam mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat dengan bersandarkan kepada wahyu Illahi yang terkumpul dalam kitab suci al-Qur’an. II. Syeikh Muhammad Abduh pula mendefinisikan agama sebagai suatu ketetapan Allah yang menjadikan manusia itu berakal beserta ikhtiarnya untuk mencapai kebaikan di dunia dan kemenangan di akhirat. (Akhmal Hj. Mohd Zain, 2004: xxii) Justeru itu, agama dapat dijelaskan sebagai satu peraturan daripada Allah yang mendorong manusia yang waras supaya memilih segala perkara baik untuk mendapatkan kebaikan yang abadi. 1
  • 2. 2.0 JENIS-JENIS AGAMA Di dalam dunia ini terdapat berbagai agama yang telah wujud semenjak zaman lampau lagi. Agama-agama tersebut ada yang yang benar dan ada yang salah. Hal ini dapat difahami melalui firman Allah s.w.t. : Maksudnya: Dialah yang telah mengutuskan rasul-Nya (Muhammad) dengan petunjuk dan agama yang benar (Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikan atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (al-Qur’an, 9:33) Berdasarkan penjelasan ayat di atas, agama dapat dibahagikan kepada dua jenis yang utama iaitu: I. Agama Sawawi atau Langit: iaitu segala agama yang bersumberkan daripada wahyu Allah melaui perantaraan atau perutusan para rasul yang dikurniakan kitab. Contohnya ialah Agama islam, yahudi dan nasrani. II. Agama Ciptaan atau Budaya: iaitu segala agama yang dicipta oleh manusia itu sendiri dan tidak mempunyai sebarang kitab khusus. Agama ciptaan ini wujud dalam bilangan yang banyak tetapi semuanya tidak diterima oleh Allah. Sesiapa yang mengikuti agama ini adalah kufur dan akan ditempatkan di neraka. ( Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali, 1998:29-31) Walaupun semua agama samawi adalah bersumberkan wahyu Illahi, namun disebabkan penyelewengan kitab Taurat dan Injil oleh penganut yahudi dan nasrani, 2
  • 3. maka hanya agama Islam sahaja yang diterima di sisi Allah s.w.t. Kenyataan ini jelas temaktub dalam al-Qur’an: Maksudnya: sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah adalah islam (al-Qur’an,3: 19) 3.0 KEPERLUAN MANUSIA KEPADA AGAMA. Agama merupakan suatu asas dan pegangan yang harus ada pada diri setiap manusia. Mengenai persoalan mengapa manusia itu memerlukan kepada agama dapat dijelaskan sebagaimana berikut: i. Untuk membantu manusia mengetahui tentang hakikat alam. Hal ini kerana akal dan pancaindera manusia tidak mampu untuk mencapai perkara-perkara yang berkaitan hakikat alam ini terutamanya alam roh. Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Isra’ ayat 85. ii. Untuk membantu manusia mengenali hakikat penciptaan dan tujuan kehidupannya. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah dalam alQur’an yang menyebutkan bahawa tidak diciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Nya. iii. Untuk menjelaskan kepada manusia tentang peraturan dan cara hidup yang mulia. Oleh kerana agama itu sendiri merupakan suatu peraturan yang terbaik bagi manusia, maka secara tidak langsung ia dapat memandu akal manusia untuk memilih kebaikan di dunia bagi mencapai kebahagiaan di akhirat nanti. 3
  • 4. iv. Agama juga dapat memelihara fitrah manusia daripada menyeleweng dan mentakwilkan sesuatu dengan mengikut nafsu semata-mata. Hal ini kerana fungsi setiap deria dan pancaindera manusia adalah terbatas dalam mencapai kebenaran yang tepat. Jika tidak dikawal dengan agama, maka ia cenderung untuk menyeleweng dan melampaui batas. v. Agama juga dapat menjadikan seorang manusia itu optimis, mengenal hakikat Allah dan Rasul serta menjadikannya tidak takut kepada sesuatu yang lain selain daripada Allah s.w.t vi. Beragama juga merupakan fitrah semulajadi seorang manusia di mana secara fitrahnya manusia sangat suka memuji sesuatu yang tinggi dan agung. Dalam masyarakat primitif, mereka akan memuja sesuatu yang dianggap penting dan mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Contohnya, mereka memuja pantai , matahari dan sebagainya. Dalam keadaan lain, manusia akan mula mencari dan mengingati tuhan apabila terdesak. Berdasarkan penerangan di atas, maka jelaslah bahawa agama itu merupakan suatu pegangan yang menjadi keperluan utama dalam diri setiap manusia. Tanpa pegangan yang sebenar, manusia akan pincang dalam kealpaan dunia. Oleh itu, manusia perlulah berpegang kepada pegangan yang benar iaitu islam demi mencapai kebaikan dan kebahagiaan yang abadi di akhirat kelak. (Muhammad Rabi’ 1998 ; Akhmal 2004; Ab. Latif 2009) 4.0 BOLEHKAH AKAL MENGGANTIKAN AGAMA. Secara umumnya, akal merupakan suatu asas dan konsep yang menyebabkan seorang manusia dipertanggungjawabkan dengan taklif serta menjadi syarat seseorang itu sempurna. Tidak dapat dinafikan bahawa fitrah dan tabiat akal manusia adalah 4
  • 5. bersifat positif. Namun, akal tetap tidak dapat menggantikan agama dengan alasanalasan tertentu. Antaranya ialah : i. Kemampuan akal adalah terbatas dan terhad ruang lingkupnya. ii. Akal hanya mampu untuk meneliti, mengkaji dan memahami perkara yang zahir dan berkaitan alam nyata sahaja. iii. Perkara yang berkaitan alam ghaib dan akhlak tidak mampu ditangani oleh akal manusia melainkan dengan memahaminya melalui wahyu atau perantaraan rasul. Hal ini jelas terbukti dalam firman Allah s.w.t : Maksudnya: Dan mereka bertanya kamu (wahai Muhammad) tentang ruh. Katakanlah: “Ruh itu dari urusan tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja” (al-Qur’an, 17:85) iv. Menurut pemikir islam, akal manusia hanya mampu menaakul apa yang dapat ditanggapi dan dilihat oleh pancaindera sahaja. Hal ini disandarkan kepada firman Allah mengenai zat-Nya: Maksudnya: Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh pengelihatan mata, sedang ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata). Dan Dialah Yang Amat Halus (melayan 5
  • 6. hamba-hamba-Nya dengan belas kasihan), lagi amat mendalam pengetahuan-Nya. (al-Qur’an, 6:103) Berdasarkan penjelasan yang terperinci di atas, maka terbuktilah bahawa akal manusia tidak boleh dan tidak akan pernah dapat menggantikan agama dalam kehidupan seharian. Sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Ghazali di dalam kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din, akal manusia memerlukan dalil naqli ( wahyu al-Qur’an dan Sunnah). Manakala dalil naqli memerlukan akal. Bertaklid tanpa menggunakan akal adalah satu kebodohan, menggunakan akal sahaja tanpa wahyu Illahi dan Sunnah Nabi adalah satu penipuan. (Ibid,2009: 23-26) 5.0 KESIMPULAN Agama merupakan suatu unsur yang sangat penting dalam kehidupan manusia di mana ia sebenarnya dapat membentuk pandangan dan perilaku sesebuah masyarakat serta berupaya untuk membangunkan ketamadunannya. Agama juga dapat mewujudkan suasana yang aman dalam kalangan penduduk dunia hingga ia dijadikan sebagai suatu sumber kekuatan dan mekanisme yang berpengaruh dalam persoalan keselamatan serantau. Agama yang sempurna adalah agama yang mampu memberi bimbingan kepada akal manusia yang lemah daripada terjerumus ke arah lembah kehinaan dan kancah penyelewengan. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa manusia sangat memerlukan kepada agama bagi memenuhi fitrah semulajadi mereka seterusnya untuk menampung serta menyempurnakan kelemahan yang terdapat pada akal sihat mereka. 6
  • 7. 6.0 RUJUKAN Ab. Latif Bin Muda & Rosmawati Ali, 1998, Pengantar Ilmu Tauhid, Pustaka Salam Sdn. Bhd, Cheras, Kuala Lumpur. Ab. Latif Bin Muda & Rosmawati Ali, 2009, Pengantar Ilmu Mantik, Pustaka Salam Sdn. Bhd, Mukim Batu, Kuala Lumpur. Akhmal Haji Mohd. Zain, 2004, Asas Pengetahuan Agama Islam, al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur. K.H Mawardi Labay el-Sulthani, 2002, Islam Agama Kedamaian, al-Mawardi Prima, Jakarta. Muhammad Rabi’ Muhammad Juhari, 1998, ‘Aqidatuna, Tanpa Penerbit. 7