DEMENSIA GANGGUAN PSIKOTIK

1,500 views
1,326 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,500
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
18
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

DEMENSIA GANGGUAN PSIKOTIK

  1. 1. PSIKOLOGI DEWASA & ORANG TUA TAJUK : DEMENSIA GANGGUAN PSIKOTIK DISEDIAKAN UNTUK : PUAN NURUL HUDA BINTI ZAINAL ABIDIN DISEDIAKAN OLEH : ABDUL MUIZ BIN ABD RAZAK (100185) HAMMAD BIN MOHD SAIDI (100346) NURUL ‘AINA AL FAATIHAH BINTI HAMDANI (100234)
  2. 2. PENGENALAN • Kebanyakan orang melihat isu kesihatan mental, fizikal dan sosial adalah tiga aspek yang berasingan. • Semakin tinggi kefahaman berkaitan hubung kait antara ketiga-tiganya, semakin jelas bahawa kesihatan mental adalah penting kepada individu, masyarakat dan negara. • Kebanyakan penyakit mental atau jiwa seperti juga penyakit fizikal, dipengaruhi oleh kombinasi faktor sosial, biologi dan psikologi.
  3. 3. DEFINISI DEMENSIA • Demensia adalah istilah yang digunakan untuk menjelaskan gejala-gejala sekelompok besar penyakit yang menyebabkan penurunan fungsi seseorang secara cepat. • Demensia adalah sejumlah penyakit dan sejenis kecelaruan organik yang merujuk proses kehilangan fungis-fungsi minda seperti intelek, kognitif dan emosi. • Kecelaruan yang berkaitan dengan usia biasanya akan melibatkan kemerosotan daya ingatan. Dalam hal ini, seseorang itu dikatakan nyanyuk ataupun demensia.
  4. 4. KES DEMENSIA • Statistik juga menunjukkan 10 peratus daripada mereka yang berumur 65 tahun ke atas menghidap demensia berbanding 22 peratus yang melibatkan umur 80-an. • Ingatan bagi kejadian yang baru saja berlaku turut terjejas seperti seseorang itu lupa pada temu janji ataupun tempat meletakkan kunci rumah dan mencarinya di merata-merata tempat. • Bagaimanapun sekiranya ada antara kita yang kadangkala terlupa, ini bukan demensia kerana ia biasanya disertai oleh tanda-tanda lain.
  5. 5. • Pesakit juga akan mengalami kesukaran mempelajari sesuatu yang baru serta mengekalkan ingatan mereka. • Contohnya, apabila seseorang itu diberi satu alamat baru, beliau sukar mengulanginya apabila diminta untuk mengulanginya kemudian. • Peringkat awal : Ingatan jangka panjang (long term memory) masih kekal di mana mereka masih berupaya mengingati perkara-perkara yang baru berlaku pada masa silam. • Peringkat serius : ingatan jangka panjang ini akan turut terjejas dan pesakit akan mengalami kesukaran mengingati sesuatu perkara seperti mengenai diri sendiri ataupun keluarganya. • Apabila demensia berlarutan, gerak balas emosi menjadi terbantut dan emosi juga akan menjadi tidak stabil dan kerap berubah.
  6. 6. • Perubahan dari segi personaliti dan kelakuan pesakit, juga boleh terjadi namun ia bergantung pada jenis dan personaliti asal pesakit itu. • Contoh, seseorang yang begitu mementingkan kebersihan selepas menghidap demensia. • Pengidap demensia yang lebih serius, dia menjadi resah gelisah dan berkelakuan ganjil. • Terdapat juga yang mempunyai personaliti yang sebaliknya iaitu menjadi pendiam dan tidak berminat dengan segala apa yang berlaku di sekelilingnya.
  7. 7. CIRI-CIRI PESAKIT DEMENSIA • Proses pemikiran seseorang akibat penyakit ini akan menjadi lambat, kelam dan kadangkala keliru serta kandungan pemikiran menjadi kurang. • Percakapan mereka menjadi sukar untuk difahami. • Mengalami gangguan atau kecelaruan pada orientasi serta gangguan pertimbangan. • Tidak dapat mengenali ahli keluarga ataupun rakan-rakan, ataupun sesat di tempat yang sebelum ini amat biasa bagi mereka.
  8. 8. • Penghidap juga akan rasa keliru dengan pergerakan mereka walaupun berada di rumah sendiri. • Gejala demensia menjadi bertambah teruk di mana pesakit tidak dapat menjaga diri sendiri, terbiar dan kebersihan diri sendiri tidak terurus. • Kelakuan mereka menjadi tidak tentu arah ataupun ganjil serta tidak menepati peradaban sosial yang boleh diterima oleh masyarakat. • Contohnya pesakit membuang air kecil dan besar di merata-rata tempat dan percakapan mereka jadi tidak rasional.
  9. 9. TAHAP-TAHAP DEMENSIA • Peringkat awal : bersifat ringan iaitu hanya dengan kehilangan sedikit memori yang dianggap oleh pesakit dan orang terdekat (teman dan keluarga) akibat dari kesan penuaan. • Kehilangan memori tersebut akan menampakkan kesan negatif yang nyata pada pesakit dan orang yang terdekat dengan mereka. • Aspek yang paling teruk sehingga mendatangkan tekanan kepada anggota keluarga apabila pesakit demensia ini tidak mengenal dirinya sendiri dan memusuhi atau bersikap agresif terhadap orang-orang yang pernah dekat dengan mereka.
  10. 10. • Tahap pertengahan : kehilangan pengetahuan terhadap perkara-perkara yang dilarang dalam norma masyarakat seperti seksual. • Akan mengakibatkan satu situasi yang boleh memalukan orang-orang yang berada di sekitar penghidap. • Merayap merupakan gambaran demensia apabila penghidap tetap aktif yang akan mengakibatkan situasi merbahaya seperti tersesat. • Individu di tahap ini akan memindahkan malam menjadi siang dengan terjaga sepanjang malam dan merayap di sekitar rumah serta melakukan perbuatan ini secara berulang.
  11. 11. • Keadaan ini juga amat memenatkan dan mencetuskan kerisauan bagi orang yang sebumbung dengannya. • Dari aspek ekonomi dan sosial pula, penghidap demensia akan makan secara berlebihan dan mengalami inkontenisia (ketidakmampuan menahan air kencing). • Peringkat akhir : memerlukan tahap kebergantungan fizikal yang sangat tinggi. • Mungkin memerlukan individu dibawa kepada rawatan insitusional seperti aplikasi praktitik (Clifton assessment procedures for the elderly), konfusi dan delirium, memori (gangguan memori akibat usia.
  12. 12. PUNCA-PUNCA 1) 2) 3) 4) 5) Penyakit Alzheimer Demensia vaskular Demensia dengan ‘lewy bodies’ Demensia berkaitan Parkinsons Demensia frontotemporal yang sering berlaku kepada wanita 6) Penyakit Huntington dan 7) Punca lain seperti peminum arak tegar dan kecederaan otak yang kerap.
  13. 13. 1) PENYAKIT ALZHEIMER • Bentuk demensia yang paling umum dan terdapat pada 50% hingga 70% dari semua keadaan demensia. • Ini adalah penyakit menurunnya kemampuan fungsi otak secara beransur-ansur. • Dengan menghilangnya sel-sel otak, ini akan mengganggu proses pesanan dalam otak dan merosakkan hubungan antara sel otak. • Akhirnya sel otak akan mati dan informasi tidak dapat diterima. • Oleh kerana penyakit Alzheimer memberi kesan pada setiap bahagian otak, fungsi-fungsi atau kemampuan otak tertentu akan hilang.
  14. 14. 2) DEMENSIA VASKULAR • Demensia yang berkaitan dengan masalah peredaran darah ke otak dan merupakan bentuk paling umum kedua dari demensia. • Terdapat beberapa jenis demensia Vaskular: i. Demensia Multi-infarct : disebabkan oleh sejumlah serangan otak (strok) ringan, disebut juga sebagai mini-strok. ii. Penyakit Binswanger : dihubungkan dengan perubahan di otak yang disebabkan oleh serangan otak. Penyakit ini disebabkan oleh tekanan darah yang tidak cukup.
  15. 15. 3) DEMENSIA ‘LEWY BODIES’ • Disebabkan oleh kemunduran dan matinya sel-sel saraf di otak. • Nama itu berasal dari terdapatnya struktur-struktur abnormal berbentuk bola, disebut kumpulan Lawy yang tumbuh di dalam sel-sel saraf. • Orang yang mempunyai demensia dengan kumpulan Lewy cenderung melihat sesuatu yang tidak ada (mengalami halusinansi visual), mengalami kekakuan atau gementar (parkinsonisme) dan keadaan mereka cenderung berubah-ubah secara cepat, sama ada dari jam ke jam atau dari hari ke hari.
  16. 16. 4) PENYAKIT PARKINSON • Penyakit sistem saraf yang terjadi beransuransur, disertai dengan gementar, kaku pada anggota-anggota badan dan sendi, kesulitan berbicara dan kesulitan memulai gerakan badan.
  17. 17. 5) DEMENSIA FRONTOTEMPORAL • Demensia frontotemporal adalah nama yang diberikan kepada sebuah kelompok demensia jika terjadi proses kemunduran dalam satu atau keduanya dari lobus frontal atau lobus temporal otak. • Afasia Progresif non-Fluent iaitu penderita secara beransur-ansur kehilangan kemampuan bercakap. • Demensia Semantik iaitu penderita tidak memahami apa yang disampaikan
  18. 18. 6) PENYAKIT HUNTINGTON • Penyakit keturunan disebabkan oleh kemunduran otak yang terjadi secara beransur-ansur dan menghasilkan kesan pada fikiran dan tubuh. • Penyakit ini biasanya muncul antara umur 30 dan 50 tahun dan dengan menurunya kemampuan berfikir dan gerakan-gerakan anggota badan atau otot wajah yang tidak teratur dan tidak terurus. • Gejala-gejala lain termasuk perubahan peribadi, gangguan ingatan, percakapan yang tidak jelas, pertimbangannya terganggu dan ada masalah kejiwaan.
  19. 19. KOMPLIKASI DEMENSIA 1) Ingatan makin lemah. 2) Perubahan personaliti. 3) Gangguan pertuturan atau percakapan pesakit menjadi sukar difahami. 4) Kemurungan. 5) Kebimbangan. 6) Gangguan psikosis. 7) Sawan. 8) Gangguan saraf seperti lamah sebelah badan, otototot keras (muscles rigidity) dan terketar (tremor) 9) Hilang kawalan buang air kecil dan besar. 10) Hilang upaya menjaga diri sendiri.
  20. 20. RAWATAN • Berjumpa doktor bagi melakukan pemeriksaan. Ia bertujuan bagi mengenal pasti punca penyakit sebenar supaya rawatan awal dapat diberikan. • Perubahan daripada segi emosi seperti kemurungan, kebimbangan dapat dikawal dengan ubat-ubatan. Pesakit yang mengalami gejala sawan, ubat antikonvulsan boleh mengawal gejala ini. • Bagi pesakit yang mengalami gejala-gejala psikosis ubatan anti psikotik boleh digunakan bagi merawat gejala itu.
  21. 21. • Bagi mengenal pasti masalah ingatan yang merosot, pesakit ataupun alhi keluarga boleh menyediakan nota ataupun menulis dalam diari, apakah yang hendak dilakukan pada hari-hari tersebut. • Pesakit juga dinasihatkan supaya menyimpan butiran mengenai diri mereka seperti di mana mereka tinggal dan nombor telefon sekiranya mereka keluar dari rumah. • Ini dapat membantu pesakit sekiranya mereka lupa dan sesat. • sokongan ahli keluarga amat penting bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh pesakit.
  22. 22. • Bagi pesakit demensia yang teruk, mereka memerlukan penjagaan yang sepenuhnya daripada keluarga. • Kaunseling perlu diberikan kepada pihak keluarga seperti nasihat dan bimbingan bagaimana cara menghadapi ahli keluarga yang menghidapi demensia. • Pengetahuan mengenai penyakit ini perlu dijelaskan oleh doktor yang merawat supaya pihak keluarga dapat memahami masalah yang dihadapi oleh pesakit demensia. Cara ini dapat menyediakan ahli keluarga bagi menghadapi keadaan pesakit yang semakin teruk dari hari ke hari.

×