Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar

55,612 views
55,153 views

Published on

7 Comments
25 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
55,612
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
108
Actions
Shares
0
Downloads
1,734
Comments
7
Likes
25
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar

  1. 1. 1.0 PENDAHULUAN. Perancangan dalam konteks perancangan bandar boleh diertikan sebagai persembahan fizikal tentang sesuatu seperti peta lukisan dan lain-lain. Selain daripada itu ianya juga boleh dimaksudkan kaedah untuk melakukan sesuatu ataupun penyusunan yang teratur untuk mencapai sesuatu objktif. Perancangan bandar adalah merupakan proses menyusun atur sesuatu kawasan berdasarkan kepada rancangan Pemajuan yang disediakan di sampig kawalan ke atas proses pembangunan. Di sektor awam pihak yang bertanggungjawab untuk menjalankan proses perancangan ini adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan desa Negeri dan Jabatan Perancangan Bandar Kerajaan Tempatan Berkenaan. Di Malaysia, sistem kerajaan yang di amalkan adalah merupakan sistem federalisme di mana ianya mengandungi tiga peringkat. Peringkat peringkat tersebut masing-masing memainkan peranan penting dalam pentadbiraan kerajaan di Malaysia. Peringkat- peringkat tersebut ialah peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah ditubuhkan melalui proses pilihanraya umum. Kerajaan Tempatan selepas Perang Dunia Kedua juga ditubuhkan secara demokratik tetapi oleh kerana kekecohan yang berlaku pada tahun 1960an, Kerajaan Persekutuan telah mansuhkan sistem pilihanraya untuk Kerajaan Tempatan. Kini Kerajaan Tempatan ditubuhkan melalui perlantikan Yang DiPertua dan Ahli-Ahli Majlis oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Setiap peringkat kerajaan mempunyai tanggungjawab dan bidangkuasa masing- masing. Kerajaan Persekutuan misalnya bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berkenaan dengan keselamatan negara, dasar luar negeri, cukai pendapatan, Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 1
  2. 2. pendidikan dan lain-lain lagi. Tiga tanggungjawab utama Kerajaan Negeri pula ialah perkara-perkara berkenaan dengan tanah, ugama dan kerajaan tempatan. Kesemua tanggungjawab ini adalah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Sebelum Akta Perancang Bandar dan Desa (PBD) 1976, kuasa dan perhubungan antara pihak berkuasa-pihak berkuasa berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah tidak dinyatakan dengan jelas dalam undang-undang semasa. Khususnya perhubungan di antara kerajaan-kerajaan negeri dengan pihak berkuasa-pihak berkuasa tempatan begitu rumit sekali pada awal tahun 1960an terutamanya di kawasan-kawasan pihak berkuasa tempatan yang diperintah oleh parti politik yang berlainan daripada parti politik yang menubuhkan kerajaan negeri. Bahagian II (Dasar dan Pentadbiran) Akta PBD 1976 membetulkan kekurangan ini dengan menetapkan tugas dan kuasa setiap pihak berkuasa yang ada urusan terhadap hal ehwal tanah. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 2
  3. 3. 2.0 SISTEM PENTADBIRAN PERANCANGAN BANDAR Majlis Negara Kerajaan Tempatan Peringkat Kerajaan Persekutuan Rancangan fizikal Negara - Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Peringkat Kerajaan Negeri Jawatankuasa Perancang Negeri Rancangan Struktur - Negeri. Rancangan Tempatan - Daerah Jabatan Perancangan Bandar dan Rancangan Kawasan - Desa Negeri Khas Pihak Berkuasa Tempatan Peringkat Kerajaan Tempatan Rajah 1.1 : Carta aliran Sistem Perancangan Bandar Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 3
  4. 4. 2.1 Peringkat Kerajaan Persekutuan. Dalam sistem perancangan pada peringkat Persekutuan ianya melibatkan aspek penggubalan dasar, perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian. Segala penerangan berkenaan sistem perancangan pada peringkat ini, ianya akan menjelaskan proses yang terlibat pada setiap peringkat. Proses ini juga akan menerangkan tentang perincian aktiviti-aktiviti pada setiap peringkat dan disamping mengenalpasti agensi- agensi yang berkaitan bagi setiap peringkat. 2.1.1 Penggubalan Dasar Sesuatu dasar awam akan digubal oleh kerajaan di mana ianya bertujuan untuk menyatakan tujuan dan matlamatnya mengenai sesuatu perkara. Dengan tergubalnya sesuatu dasar maka usaha-usaha perancangan untuk mencapai matlamatnya bolehlah diadakan. Pembentukan dasar-dasar awam negara adalah dilakukan oleh Kabinet. Lantaran daripada itu, salah satu daripada peranan yang penting dimainkan oleh pegawai-pegawai tinggi awam seperti Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua Setiausaha dan Ketua-ketua Jabatan iaitu untuk memberi nasihat dan membatu Kabinet menggubal dasar-dasar tersebut. Sesuatu dasar awam negara dapat dibentuk melalui salah satu daripada tiga proses. Pertamanya adalah melalui proses dan saluran politik sama ada berikutan daripada arahan Kabinet atau anggota parti berkenaan. Kedua melalui proses pentadbiran terutamanya diperingkat kementerian dan ketiga melalui proses yang melibatkan kedua-dua saluran iaitu politik dan pentadbiran dengan berdasarkan interaksi secara bersepadu melalui Majlis Kebangsaan dan Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan. Dasar tersebut akan dibincang dalam mesyuarat Ketua-ketua Setiausaha Kementerian. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 4
  5. 5. Sesuatu dasar yang melibatkan Kerajaan Persekutuan dan negeri akan dibincangkan oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Khas atau Jawatankuasa Perhubungan Persekutuan dan Negeri atau mesyuarat yang melibatkan menteri- menteri besar atau ketua-ketua menteri atau mesyuarat di kalangan Setiausaha Kerajaan Negeri. Biasanya dasar-dasar penting dikemukan sehingga ke peringkat Majlis Raja-raja untuk mendapatkan pertimbangannya. Selain itu, dasar-dasar kebangsaan mengenai tanah, kewangan, kerajaan tempatan dan agama akan dibincangkan oleh majlis-majlis berkenaan yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Majlis-majlis tersebut akan dianggotai oleh wakil-wakil dari kerajaan persekutuan dan negeri. Majlis tersebut termasuklah Majlis Negara Kerajaan Tempatan. a) Majlis Negara Kerajaan Tempatan Menurut Phang Siew Nooi (1989) Majlis Negara Kerajaan Tempatan memainkan peranan sebagai penasihat dan akan membolehkan pertukaran fikiran antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Dasar yang dikeluarkan oleh Majlis Negara ini dianggap perlu kepada wakil-wakilnya. Dasar yang telah dipersetujui dan dikeluarkan mestilah diikuti dan digunapakai. Hanya Sabah dan Sarawak, mengikut Artikel 95E Perlembagaan Persekutuan tidak perlu mematuhi dasar Majlis Negara Kerajaan Tempatan itu sekiranya tidak mahu. Pada tahun 1960, telahpun berlaku dua perkara iaitu, Pertama ialah kelulusan Parlimen terhadap Akta pilihanraya Kerajaan Tempatan 1960 yang memindahkan penyeliaan pilihanraya kerajaan tempatan dari kerajaan negeri, (kecuali di Majlis-majlis Tempatan), kepada suruhanjaya Pilihanaraya. Perkara kedua ialah kelulusan Akta Ibu Kota Persekutaan 1960 yang menjadikan Kuala Lumpur sebagai ibu kota persekutuan. Sehingga tahun 1963, kegiatan kerajaan tempatan telah didapati bukan hanya di bandar sahaja tetapi juga ianya juga terdapat di luar bandar. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 5
  6. 6. Berbagai-bagai penguasa tempatan telah wujud di negara ini untuk memenuhi kehendak rakyat di merata-rata tempat. Sehigga kini pentadbiran kerajaan tempatan telah menjadi satu tugas yang kompleks kerana telah wujud struktur penguasa-penguasa tempatan yang berbeza-beza di antara sesebuah kawasan. Pada 25 November 1971, kerajaan persekutuan melalui Majlis Negara telah menetapkan supaya kerajaan tempatan menyusun semula penguasa- penguasa tempatan di negara ini supaya mereka boleh memberi perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih baik dan mentadbir dengan cekap. Dengan keputusan ini, Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan-peruntukan Sementara) 1973 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1973, digubal serta diluluskan oleh Parlimen pada 29 Ogos 1973. Akta-akta ini merupakan banyak erti dan kepentingan kepada perkembangan kerajaan tempatan pada masa hadapan. b) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kementerian ini memainkan peranan utama dalam beberapa perkara iaitu: Merancang dan melaksanakan dasar dan program Kementerian • Perumahan dan Kerajaan Tempatan sesuai dengan matlamat dasar pembangunan negara. Menyelaras penyediaan perumahan yang mencukupi kepada semua • rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah Mewujudkan pihak berkuasa tempatan yang kukuh dan mampu • menyumbang ke arah mewujudkan masyarakat yang maju dan persekitaran yang selesa dan indah Memberi perkhidmatan pencegahan dan pengawalan kebakaran yang • cekap dan berkesan bagi keselamatan nyawa dan harta benda Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 6
  7. 7. Memperkukuhkan dan melaksanakan sistem perancangan fizikal, sosial, • ekonomi dan alam sekitar bandar dan desa berdasarkan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 Merancang, menyelaras, melaksana dan mengawalselia pembangunan • landskap seluruh negara Merancang, mengawalselia dan menguatkuasakan semua peraturan • yang berkaitan dengan sektor pembetungan di negara ini mengikut Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508) 2.1.2 Perancangan Perancangan sosioekonomi merupakan suatu usaha untuk mengadakan cara bagi mencapai sesuatu matlamat yang terkandung di dalam dasar-dasar awam dalam suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. Setiap agensi kerajaan bertanggungjawab untuk menyediakan perancangan pembangunan masing- masing bagi kedua-dua rancangan tahunan dan Rancangan Lima Tahun. Perancangan yang dibuat oleh agensi-agensi yang terletak di abwah sesyatu kementerian pula akan disatukan untuk menjadi satu perancangan bagi seluruhkementerian. Di peringkat pentadbiran negeri, setiap agensi kerajaan negeri juga bertanggungjawab menyediakan rancangan masing-masing. Rancangan-rancangan itu akan diteliti dan diperiksa oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang bertanggungjawab menyediakan perancangan negeri untuk diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan Dewan Undangan Negeri. Rancangan-rancangan tahunan dan lima tahun yang disediakan oleh pihak kementerian dan negeri akan diteliti dan diperiksa oleh Bahagian Perancang Ekonomi (BPE), Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi yang lain untuk dijadikan satu rancangan pembangunan negara. Draf rancangan itu, akan dibincang di peringkat peagawai dalam Majlis Perancangan dan Pembangunan Negara (MPPN) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 7
  8. 8. sebelum dibawa ke Majlis Ekonomi Negara (MEN), Kabinet dan seterusnya ke Parlimen. Di bawah aktiviti perancangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek perancangan yang berkesan. Bagi memastikan perancangan kegunaan, pembangunan dan pemeliharaan tanah yang sempurna, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa memainkan peranan melalui fungsi-fungsinya di tiga peringkat iaitu peringkat persekutuan, negeri dan tempatan seperti berikut : a) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Peringkat Persekutuan. • Memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal perancangan yang berkaitan dengan penggunaan dan pembangunan tanah, • Bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara yang dibentuk di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172); • Menggalakkan sistem perancangan yang komprehensif, efektif dan efisyen melalui undang-undang perancangan, metodologi perancangan, kajian perancangan, piawaian dan prosedur perancangan, • Menterjemahkan dasar sosioekonomi nasional kepada bentuk fizikal dan spatial mengikut formula guna tanah dan dasar serta program penempatan, • Membantu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan dalam penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah, • Menyelia, mengemaskini dan menerbitkan perangkaan, buletin dan kaedah yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 8
  9. 9. 2.1.3 Pelaksanaan Pada peringkat perlaksanaan ini setiap agensi kerajaan yang bertanggungjawab menyediakan rancangan pembangunan secara automatik ditugaskan untuk melaksanakan rancangan tersebut. Pelaksaan rancangan merupakan kegiatan untuk menjalankan kerja-kerja bagi menyiapkan program atau projek tertentu. Banyak usaha perancangan tertumpu pada peingkat ibu pejabat kementerian, jabatan dan perbadanan awam. Tumpuan kegiatan pelaksanaan pula adalah di peringkat cawangan agensi di negeri, daerah, mukim dan kampung. Sungguhpun demikian ibu pejabat jabatan dan perbadanan awam bertanggungjawab bagi mengawasi segala kegiatan pelaksanaan yang dijalankan oleh cawangan masing-masing. Sekiranya cawangan menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikannya masalah-masalah tersebut akan dikemukakan kepada pihak ibu pejabat. Pada peringkat perlaksanaan ini, antara rancangan pembangunan yang disediakan adalah Rancangan Fizikal Negara. a) Rancangan Fizikal Negara Rancangan Fizikal Negara (RFN) adalah merupakan suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan arah tuju pemajuan fizikal dan pemuliharaan bagi seluruh Semenanjung Malaysia. Rancangan Fizikal Negara telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara pada 26 April 2005. Kelulusan ini bermakna, Rancangan Fizikal Negara kini perlu dijadikan panduan perancangan fizikal dan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri di seluruh Semenanjung Malaysia, dan seterusnya: Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 9
  10. 10. Dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara perlu diselaraskan dengan dasar- • dasar sektoral lain yang berkaitan. Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu diperincikan di • peringkat Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan bagi menjadi asas pembangunan semua negeri, dan Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu dijadikan panduan • oleh agensi persekutuan dan negeri dalam pembentukan program dan projek Rancangan Malaysia Lima Tahun. Rancangan Fizikal Negara berfungsi dalam mengukuhkan perancangan negara melalui dimensi reruang dalam polisi ekonomi negara, menyelaras agensi sektoral melalui penyediaan peruntukan reruang dalam polisi sektoral, membentuk rangka kerja untuk perancangan di peringkat negeri dan tempatan dan membentuk polisi perancangan fizikal. Selain daripada itu antara tema Rancangan Fizikal Negara ialah : Pembentukan kerangka spatial negara. • Peningkatan daya saing ekonomi negara. Pemodenan sektor pertanian. • Pengukuhan pembangunan pelancongan. Pengurusan petempatan manusia. Pemuliharaan sumber semulajadi dan alam sekitar. Penyepaduan rangkaian pengangkutan negara. Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian • Rancangan Fizikal Negara hendaklah dikaji semula setiap lima tahun seiring dengan kajian semula Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara, atau jika dan apabila diarahkan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 10
  11. 11. 2.1.4 Penyelarasan Peringkat ini adalah merupakan peringkat yang penting yang dapat menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu program yang dilaksanakan oleh kerajaan. Penyelerasan adalah kegiatan yang bertujuan untuk mengadakan perhubungan dan pertalian yang licin antara pelbagai agensi yang terlibat di dalam pelaksanaan sesuatu program dan projek pembangunan. Diperingkat negeri Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri dan pegawai utama negeri yang lain akan menjalankan penyelarasan ke atas cawangan agensi-agensi persekutuan dengan mengadakan perhubungan dan kerjasama yang rapat. 2.1.5 Penilaian Aspek ini adalah perlu untuk mengetahui kesan pelaksaan sesuatu program atau projek pembangunan terhadap golongan masyarakat yang menjadi sasaran. Semua kesan ini perlu diketahui untuk membolehkan pegawai perancang mengadakan perancangan yang lebih baik untuk menjamin kejayaan yang lebih besar bagi projek-projek kerajaan yang akan datang. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 11
  12. 12. 2.2 Peringkat Kerajaan Negeri Dalam sistem perancangan di peringkat negeri ianya adalah serupa dengan sistem yang terdapat di peringkat persekutuan di mana ianya melibatkan aspek penggubalan dasar, perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian. Adalah menjadi kebiasaan bahawa pihak kerajaan negeri mengambilkira dasar-dasar yang wujud di peringkat persekutuan sebelum sesuatu dasar negeri dibentuk. Dalam konteks ini, Dasar Ekonomi Baru merupakan asas yang penting yang menjadi panduan utama pembentukan dasar peringkat negeri. Pembentukan dasar-dasar awam negeri dilakukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang para anggotanya terdiri daripada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta dibantu oleh beberapa orang pegawai kanan kerajaan, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri. Namun begitu sebelum sesuatu dasar itu dibentuk, Kerajaan Negeri juga menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu untuk mengkaji sesuatu dasar sebelum dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Untuk rancangan lima tahun, Unit Perancang Ekonomi, di Jabatan Perdana Menteri merupakan penggerak utama yang mengambil inisiatif mengumpulkan maklumat- maklumat yang dikehendaki dari semua negeri. Unit ini akan menghubungi semua Kerajaan Negeri melalui Setiausaha Kerajaan Negeri dan memberitahu bahawa tiap-tiap negeri supaya menyediakan kertas-kertas tertentu bagi menyatakan projek-projek pembangunan dan keperluan-keperluan lain yang perlu dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun itu. Di peringkat Negeri pula, setiausaha Kerajaan Negeri akan memberi arahan kepada semua Pegawai Daerah bagi negeri itu supaya membuat rundingan dan mengemukakan projek-projek pembangunan yang dikehendaki dalam sesebuah daerah atau jajahan. Di peringkat Daerah pula, pegawai daerah selaku Pegerusi Jawatankuasa Pembangunan dan tindakan Daerah dan Jawatankuasa Kerja Perancangan Daerah akan meminta setiap ketua jabatan yang ada diperingkat daerah supaya supaya mengemukakan projek-projek pembangunan sebagai projek jabatan itu. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 12
  13. 13. Pada lazimnya, sesebuah jabatan itu akan mengemukakan kertas kerja untuk menyebutkan projek-projek yang dikehendaki, anggaran harganya dan tempat pembinaannya. Kertas kerja yang disiapkan itu akan dibincangkan oleh ketua-ketua jabatan dan pegawai daerah yang semuanya menjadi ahli kepada kedua-dua jawatankuasa tersebut. Segala keputusan dan kertas kerja yang berkaitan akan diserahkan dan kertas kerja yang berkaitan akan diserahkan kepada Pegawai Kemajuan Negeri. Pegawai Kemajuan Negeri seterusnya akan meneliti semula perakuan-perakuan yang diperolehi daripada semua daerah dan akan membawanya ke dalam perbincangan yang akan diadakan di peringkat negeri. Badan peringkat negeri yang akan membincangkan permohonan projek-projek itu ialah, Jawatankuasa Pembangunan Negeri yang mempengerusikan oleh Menteri Besar Besar atau Ketua Menteri. Setiausaha Kerajaan Negeri berfungsi selaku Timbalan Pengerusi dan Pegawai Kemajuan Negeri pula menjadi setaiusaha jawatankuasa tersebut. Ketua-ketua Jabatan di peringkat negeri serta beberapa orang wakil rakyat menjadi anggota jawatankuasa ini. Segala perakuan mengenai pembangunan di peringkat negeri itu akan diserahkan kepada Perbendaharaan dan Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Pendekatan perancangan yang kerap diamalkan ialah perancangan dari bawah iaitu bahawa rakyat melalui wakil rakyat, ketua kampung dan pegawai di peringkat daerah, diberi peluang mengemukakan kehendak pembangunan yang sesuai dengan keperluan daerah. Perakuan menyeluruh yang menyatupadukan kehendak-kehendak itu akan dikemukakan pula ke peringkat persekutuan iaitu kepada Bahagian Perancang Ekonomi. Walaubagaimanapun, mengikut amalannya, kedua-dua pendekatan perancangan dari bawah dan perancangan dari atas di amalkan di negara ini. Ini bermakna kedua-dua peringkat kerajaan persekutuan dan negeri memainkan peranan penting dalam perancangan dan pembangunan sesebuah negeri itu. Di peringkat negeri, kerajaan negeri dapat menentukan daerah atau wilayah manakah di dalam sesuatu negeri itu yang patut diberi keutamaan berdasarkan kepada kedudukan mundur majunya sesebuah daerah itu. Di peringkat negeri, Kerajaan Negeri dapat menentukan Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 13
  14. 14. daerah atau wilayah yang patut dan sesuai menerima sesuatu projek pembangunan tertentu dengan mengambilkira kepentingan negara sebagai asas untuk perancangan. 2.2.1 Jawatankuasa Perancang Negeri Apabila Akta PBD 1976 diterimapakai di sesebuah negeri, suatu Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) hendaklah ditubuhkan (s. 4(1)). JPN mengandungi anggota-anggota berikut: i. Pengerusi (Mentri Besar atau Ketua Menteri negeri tertentu); ii. Timbalan Pengerusi (seorang Ahli Majlis Mesyuarat Negeri, EXCO yang dilantik oleh PBN); iii. Setiausaha Kerajaan Negeri; iv. Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri (yang menjadi Setiausaha JPN); v. Pengarah Tanah dan Galian Negeri; vi. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri atau pegawai yang bertanggungjawab jika tiada jawatan pengarah negeri; vii. Pengarah Kerja Raya Negeri; viii. Penasihat Undang-Undang Negeri; ix. Pegawai Kewangan Negeri; x. Pegawai Kemajuan Negeri; xi. Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri; xii. tidak lebih dari 4 ahli lain yang dilantik oleh PBN. Ahli-ahli (ix) hingga (xi) telah ditambahkan melalui Akta Perancang Bandar dan Desa (Pindaan) 1995. Sekurang-kurangnya 2 Ahli JPN adalah Ahli EXCO, iaitu ahli politik yang telah bertanding dan menang dalam pilihanraya umum. Sembilan Ahli JPN adalah pegawai kerajaan. Empat ahli lain boleh dilantik atas budibicara Pihakberkuasa Negeri. Jelaslah bahawa keanggotaan JPN berat sebelah kepada pegawai-pegawai perkhidmatan awam peringkat negeri. Akta PBD 1976 tidak menyatakan bagaimana JPN patut bertindak atau membuat keputusan. Andaiannya ialah setiap ahli mempunyai kuasa yang sama dan Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 14
  15. 15. mengikut amalan biasa JPN akan membuat keputusan melalui konsensus atau secara mengundi. Sebagai perbandingan, Pengerusi Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah Akta PBD 1976 mempunyai kuasa luarbiasa dan boleh membuat keputusan yang bertentangan dengan pendapat ahli-ahli lain. Bidang kuasa setiap JPN terhad kepada kawasan negeri masing-masing. Jelaslah wujudnya suatu kuasa berasingan untuk perancangan diperingkat negeri. Perhatikan bahawa cadangan asal dalam draf Akta Perancangan Bandar dan Desa 1972 ialah penubuhan suatu Pihak Berkuasa Perancangan Negeri dengan Pengerusi yang tidak semestinya Menteri Besar atau Ketua Menteri.. Secara bandingan, kuasa perancangan di peringkat tempatan telah dikekalkan dengan pihak berkuasa tempatan. a) Tugas Jawatankuasa Perancang Negeri Berdasarkan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (s.4(3)) tugas-tuga JPN ini ialah : menggalakkan pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah; • menasihatkan Kerajaan Negeri mengenai perkara dalam (i) di atas; dan • mengusaha, membantu dan menggalakkan maklumat dan metodologi • berhubung dengan perancangan bandar. b) Kuasa Jawatankuasa Perancang Negeri memberi arahan kepada pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) • dan arahan itu mesti dipatuhi (s. 4(5)); mengarahkan supaya diadakan suatu penyiasatan atau pendengaran • tempatan (s. 4(7)); tugas-tugas lain untuk melaksanakan Akta PBD 1976 (s. 4(6)). • Peruntukan ini amat luas. Misalnya, JPN nampaknya boleh peruntukan ini untuk menjalankan suatu kajian dan seterusnya sediakan sesuatu Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 15
  16. 16. Rancangan Pembangunan untuk peringkat Negeri dan rancangan ini dijadikan dokumen yang mengandungi dasar negeri untuk pemajuan tanah. Kekurangannya ialah proses quot;perancanganquot; itu mungkin tertutup dan tidak terbuka untuk menelitian dan penyertaan awam. Rancangan Pembangunan Negeri ini juga mungkin diklasifikasikan sebagai SULIT ataupun tidak dibuka untuk pemeriksaan orang ramai. c) Rancangan Pemajuan Untuk memastikan bahawa PBPT mematuhi dasar kerajaan negeri bagi penggunaan tanah, JPN boleh : menetapkan tempoh masa untuk PBPT menyediakan draf rancangan • struktur (s. 8(1)), mengarahkan pemeriksaan baru dijalankan (s. 7(2)), iaitu sebagai asas • untuk mengkaji semula rancangan struktur yang telah diluluskan, meluluskan, menolak, atau mengubahsuaikan draf rancangan struktur (s. • 10(1)) yang dikemukakan kepada JPN untuk kelulusan, mengarahkan perubahan kepada rancangan struktur yang telah • diluluskan dan berkuatkuasa (s. 11(1)). mengarahkan PBPT menyediakan rancangan tempatan (s. 12(6) & (8)) • walaupun penyediaan rancangan tempatan tidak diwajibkan dan boleh disediakan atas budibicara PBPT. Dalam hal ini, JPN perlu bincang arahan ini dengan PBPT berkenaan terlebih dahulu. mengarahkan PBPT mengubah, memansuh, menggantikan rancangan • tempatan (s. 16(2)). Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 16
  17. 17. 2.2.2 Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri adalah berbeza mengikut negeri tertentu, jabatan ini juga bertanggungjawab dalam menyediakan Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas. Antara fungsi jabatan ini adalah; Bertindak sebagai penasihat utama kepada kerajaan negeri dalam semua • hal perancangan, termasuk penggunaan dan pembangunan tanah; Berfungsi sebagai Setiausaha bagi Jawatankuasa Perancang Negeri • yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), Menasihati Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan dasar dan • kawalan perancangan tanah dan bangunan, Bertindak sebagai penasihat kepada pihak berkuasa tempatan mengenai • perancangan bandar dan desa, serta pemajuan dan penggunaan tanah Mengawal pembangunan dalam negeri termasuklah kelulusan dan kawal • selia ke atas pelaksanaan rancangan pemajuan; Membantu dalam penyediaan tataatur bagi projek khas yang dikendalikan • kerajaan negeri; dan Mengendalikan kajian dan penyelidikan berkenaan penggunaan dan • pembangunan tanah. Melaksana dan menyelaras penyeragaman pelaksanaan sepenuhnya • Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ) di semua pihak berkuasa perancang tempatan. Melaksana dan menyelaras penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu • Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas serta kajian/projek khas sama ada yang diarahkan atau atas inisiatif jabatan, Menjalankan fungsi Urusetia Lembaga Rayuan, • Memberi khidmat nasihat kepada jabatan / agensi lain mengenai • perancangan bandar dan desa. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 17
  18. 18. i) Rancangan Struktur Rancangan struktur merupakan sistem perancangan diperingkat negeri yang mana ianya mengandungi suatu pernyataan bertulis yang menerangkan dasar dan cadangan-cadangan strategik negeri berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan desa, termasuklah langkah- langkah untuk.; Memperelokkan lagi alam sekitar dari segi fizikal; • Memperelokkan lagi perhubungan dan untuk menguruskan lalulintas; • Pembaikan tahap sosio-ekonomi, penggalakkan pertumbuhan ekonomi; • Mempertingkatkan perancangan luar bandar dan rancangan desa; dan • Memudahkan pembangunan secara mampan. • Kaedah penyediaannya juga adalah berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 8, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976(Akta 172) dan Akta Pindaan 2001 (Akta A 1129), RS juga hendaklah mengandungi gambar rajah, gambaran-gambaran dan lakaran-lakaran yang sesuai untuk menjelaskan dasar-dasar atau cadangan- cadangan yang dikemukakan. Antara fungsi Rancangan Struktur ialah; Mentafsirkan dasar negara dan wilayah • Menentukan matlamat, polisi dan cadangan umum • Menyediakan rangka kerja untuk penyediaan RT • Menyediakan garis panduan untuk kawalan pembangunan • Menyediakan asas untuk penyelarasan segala keputusan • Menyediakan asas panduan dan menggalakkan pembangunan • Membentang isu-isu dan keputusan-keputusan. • Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 18
  19. 19. Seranta Dan Draf Asas Rujukan Bantahan Awam Rancangan Struktur Negeri Laporan awal Laporan Bantahan Pewartaan Awam Rancangan Struktur Negeri Laporan Perwakilan Laporan Teknikel Awam Rundingan Dengan Majlis Perancangan Fizikal negara Kelulusan Draf Laporan Seranta dan Rancangan Pemeriksaan Perwakilan Awam Struktur Negeri Rajah 1.2 : Kaedah Penyediaan Rancangan Struktur Negeri b) Rancangan Tempatan Daerah. Rancangan Tempatan(RT) adalah merupakan satu dokumen penerangan yang mana ianya mengandungi Peta cadangan dan pernyataan bertulis beserta Garis Panduan Perlaksanaan ianya juga merupakan satu dokumen rasmi yang mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di dalam RS kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal. Rancangan Tempatan di sediakan bagi kawasan-kawasan yang dikenalpasti di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Ia merupakan pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadangan-cadangan am yang terkandung dalam Rancangan Struktur. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 19
  20. 20. Rancangan Tempatan ini disediakan mengikut peruntukan Seksyen 12 hingga 16, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) Antara fungsi Rancangan Tempatan ini adalah; Melaksanakan serta menterjemah strategi yang telah digariskan oleh • Rancangan Struktur Negeri dengan lebih terperinci. Memperincikan dasar kawalan perancangan bandar sebagai panduan • pembangunan. Menyediakan garis panduan bagi kawalan pembangunan. Pelan-pelan • tempatan akan menjadi garis panduan bagi urusan mengatur dan mengawal pembangunan di kawasan yang diliputi oleh pelan-pelan tersebut. Dasar-dasar dan cadangan dalam RT akan digunakan sebagai asas • untuk menyelaraskan keputusan-keputusan, aturcara pembangunan, perbelanjaan awam dan persendirian terhadap kawasan yang diliputi oleh RT. Mengemukakan isu-isu dan cadangan yang terperinci kepada orang • awam. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 20
  21. 21. RANCANGAN STRUKTUR PENGUBAHAN DAN PENGGANTIAN Pernyataan dasar dan cadangan am Setiap lima tahun/ bila-bila masa pemajuan dan penggunaan tanah. sekiranya perlu. SERANTA AWAL RANCANGAN TEMPATAN MEWARTAKAN RT Mendapatkan maklumbalas dari orang Pihak Berkuasa Perancang Tempatan ramai mengenai objektif, tujuan dan diberitahu dan Pihak Berkuasa Negri perkara lain yang akan dicadangkan akan menyiarkannya di dalam warta dalam RT negeri. RANCANGAN TEMPATAN Mengandungi suatu Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis yang menepati dasar/ KELULUSAN DRAF RANCANGAN cadangan Rancangan Struktur Negeri. TEMPATAN Oleh Jawatankuasa Perancang Negeri dengan mengambilkira bantahan dan rayuan hasil siasatan Jawatankuasa Penyiasatan dan Perbicaraan Awam. SERANTA DRAF RANCANGAN TEMPATAN Pameran diadakan selama sebulan bagi membolehkan orang ramai PENYIASATAN DAN PERBICARAAN membuat bantahan mengenai Penyiasatan tempatan atau kandungan Rancangan Tempatan perbicaraan awam Rajah 1.3 : Kaedah Penyediaan Rancangan Tempatan Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 21
  22. 22. c) Rancangan Kawasan Khas. Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah merupakan satu pelan cadangan terperinci yang mana terdahulunya ianya dikenali sebagai Pelan Tindakan RKK mengandungi cadangan bagi memaju, memajukan semula, memperelok, memulihara dan menguruskan keseluruhan atau sebahagian kawasan tersebut. Penyediaan RKK adalah bertujuan untuk penyelesaian kepada masalah setempat secara sistematik serta panduan bagi membangunkan kawasan dengan lebih cekap Selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), penyediaan RKK adalah salah satu Rancangan Pemajuan yang memperincikan tindakan pembangunan setiap lot. Rancangan Pemajuan pada peringkat yang lebih tinggi telah menformulasi dasar dan garis panduan pembangunan bagi sesuatu kawasan. RKK pula berfungsi menterjemahkan pembangunan secara terperinci dan tepat di dalam bentuk spatial ke atas lot-lot tanah yang berkenaan. Berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 16B, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), kaedah penyediaan Rancangan Tempatan. RKK adalah disediakan diperingkat Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan bagi kawasan pentadbirannya. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 22
  23. 23. Mengenalpasti Kawasan Rancangan Kawasan Khas Asas Rujukan Perlantikan Menentukan Jawatankuasa Penyerahan Rancangan Seranta Awal Pembicaraan Awam Tempatan Draf Laporan Rancangan Kawasan Khas Penyiasatan Tempatan Seranta Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas Pindaan Laporan Rancangan Kawasan Khas Kelulusan jawatankuasa Perancangan Negeri Pewartaan Rancangan Kawasan Khas (Oleh Kerajaan Negeri) Rajah 1.4 : Kaedah Penyediaan Rancangan Kawasan Khas Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 23
  24. 24. 2.3 Peringkat Kerajaan Tempatan Menurut Phang Siew Nooi dalam bukunya yang bertajuk, Sistem Kerajaan Tempatan Di Malaysia, hanya Malcolm W. Norris (1980) yang dapat memberi definisi yang lebih tepat iaitu: “kerajaan tempatan dalam konteks Semenanjung Malaysia bermaksud kerajaan di kawasan-kawasan Bandar, luar Bandar atau gabungan kedua-dua kawasan ini dan di bawah kuasa kerajaan negeri masing-masing. Kerajaan tempatan mempunyai kedudukan yang sah dan berdaulat daripada kerajaan tertinggi itu. Kerajaan tempatan ialah peringkat ketiga dalam struktur Persekutuan Malaysia.” Akta PBD 1976 memperuntukkan bahawa taip-taip pihak berkuasa tempatan (kerajaan tempatan) hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) bagi kawasan pihak berkuasa tempatan itu (s. 5(1)). Walaupun ini bermakna pihak berkuasa tempatan secara automatik menjadi PBPT, ada dua tindakan yang perlu diambil sebelum peruntukan ini berkuatkuasa. Pertama, Yang Di Pertua dan Ahli-Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan hendaklah dilantik terlebih dahulu oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mengikut s. 10(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Kedua, PBN hendaklah menetapkan kawasan-kawasan PBPT yang akan menerima-pakai Akta PBD 1976. Dengan tindakan-tindakan ini, Yang Di Pertua (atau Datuk Bandar) bersama Ahli-Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan juga akan menjadi anggota pihak berkuasa perancang tempatan. PBN boleh mengistiharkan mana-mana kawasan yang tidak menjadi sebahagian daripada kawasan mana-mana PBPT sebagai suatu kawasan pihak berkuasa perancang tempatan (s. 5(2)). Di kawasan-kawasan ini, PBN boleh melantik seorang atau beberapa orang sebagai PBPT (s. 5(3)). Kuasa ini telah digunakan di Johor Barat dengan perlantikan Pegawai-Pegawai Daerah berkenaan sebagai PBPT untuk kawasan di luar kawasan Majlis-Majlis Bandaran. Kuasa ini juga telah digunakan untuk melantik Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 24
  25. 25. Datuk Zainuddin Mohamed merangkap Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia sebagai PBPT untuk Putrajaya (1995/96) yang masih belum dibangunkan (pada masa itu) dan belum mempunyai pihak berkuasa tempatan. Dari segi undang-undang pihak berkuasa tempatan dan PBPT adalah dua badan atau pertubuhan yang berasingan walaupun ia biasa berfungsi dalam suatu jentera pentadbiran yang sama. Misalnya, pihak berkuasa tempatan apabila mengambil tindakan perancangan (seperti mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang) ia bertindak sebagai suatu PBPT bukan sebagai pihak berkuasa tempatan. Di sebaliknya PBPT tidak boleh bertindak sebagai pihak berkuasa tempatan (seperti mengutip cukai, memungut sampah, mengawal kesihatan bandar, dll). Biasanya, PBPT tidak mengambil gelaran yang berasingan tetapi mengguna nama pihak berkuasa tempatan. Contohnya, apabila seseorang memohon kebenaran merancang daripada PBPT Pulau Pinang ia sebenarnya berurus dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), iaitu nama pihak berkuasa tempatan untuk Pulau Pinang. Surat kelulusan kebenaran merancang juga disediakan di atas surat resmi MPPP (MPPP letterhead). 2.3.1 Tugas dan Kuasa PBPT Akta PBD 1976 menetapkan dua tugas utama PBPT iaitu, perancangan dan penyebaran maklumat berkenaan dengan perancangan. Disamping itu, PBPT juga wajib menjalankan sebarang tugas yang diarahkan oleh PBN atau JPN. Secara terperinci s. 6(1) Akta PBD 1976 menyatakan bahawa PBPT hendaklah : mengatur, mengawal, dan merancang pemajuan dan penggunaan semua • tanah dan bangunan dalam kawasannya; mengusaha, membantu dan menggalakkan pemungutan, • penyenggaraan, dan penyiaran perangkaan, buletin, dan monograf, dan lain-lain siaran yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa dan metodologinya; dan Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 25
  26. 26. melaksanakan apa-apa tugas lain yang ditanggungkan ke atasnya dari • masa kesemasa oleh Pihak Berkuasa Negeri atau oleh Jawatankuasa Perancang Negeri. PBPT juga perlu sentiasa memberi perhatian kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam surat hakmilik tanah terutamanya apabila mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang. Contohnya, jika kategori hakmilik tanah ialah pertanian, PBPT tidak akan membenarkan pembangunan walaupun rancangan struktur menetapkan bahawa tanah berkenaan boleh dibangunan untuk perumahan atau kegunaan lain yang bertentangan dengan kategori tanah. Pemaju atau pemohon perlu melalui proses tukar syarat (ia itu, ubah kategori kegunaan tanah) dahulu sebelum kebenaran merancang boleh diberi. Di sebaliknya pula, jika PBN telah tukar syarat sesuatu tanah dari pertanian kepada bangunan, PBPT terpaksa anggap ini sebagai penukaran dasar kerajaan negeri yang perlu dipatuhi walaupun tanah tersebut ditunjukkan sebagai kawasan pertanian dalam rancangan struktur yang telah diluluskan oleh JPN. a) Rancangan Pemajuan Akta PBD 1976 juga menyatakan beberapa tindakan yang perlu diambil oleh PBPT berkenaan dengan rancangan pemajuan, khususnya : Memulakan pemeriksaan terhadap perkara-perkara yang mungkin • menyentuh pemajuan atau perancangan pemajuan (s. 7(1)). Walaupun PBPT hanya dikehendaki menjalankan pemeriksaan di kawasannya ia juga dibenarkan memeriksa kawasan yang berhampiran jika perlu. Pemeriksaan ini menjadi asas untuk perancangan kawasan PBPT. Menyampaikan Laporan Pemeriksaan dan draf rancangan struktur • untuk kelulusan JPN (s. 8(1)). Memberi perhatian kepada dasar sosial dan ekonomi negara dan • negeri semasa membentukkan dasar penggunaan tanah dalam rancangan struktur (s. 8(4)). Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 26
  27. 27. Mewartakan penerimaan draf rancangan tempatan dalam WARTA • Negeri dan 2 akhbar (s. 15(4)). Walaupun PBPT tidak perlu mendapat kelulusan JPN bagi rancangan tempatan tetapi ia mesti gazetkan penerimaan sesuatu rancangan tempatan. b) Kawalan Perancangan Kuasa PBPT berkenaan dengan kawalan perancangan diberi melalui s. 19(1) Akta PBD 1976 yang menyatakan bahawa semua orang kecuali PBPT mesti mendapat kebenaran merancang. Permohonan untuk kebenaran merancang hendaklah dibuat kepada PBPT (s. 21(1)). Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 27
  28. 28. 3.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya sistem pentadbiran perancangan bandar adalah dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat kerajaan persekutuan, peringkat kerajaan negeri dan peringkat kerajaan tempatan. Dalam peringkat kerajaan persekutuan ianya mempunyai pelbagai peringkat dan ianya termasuklah peggubalan dasar, perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian. Antara peringkat jabatan kerajaan yang terletak diperingkat ini ialah Majlis Negara Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan Jabatan Perancangan bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Rancangan pemajuan yang terlibat di peringkat ini adalah Rancangan Fizikal Negara. Pada peringkat kerajaan negeri ianya berperanan dalam membuat rancangan pemajuan seperti Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas. Jabatan-jabatan yang terlibat dalam peringkat ini ialah Jawatankuasa Perancang Negeri dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri. Manakala pada peringkat kerajaan tempatan ianya menerangkan kuasa pihak berkuasa perancang tempatan. Di mana pihak berkuasa ini memainkan peranan utama dalam rancangan pemajuan dan kawalan perancangan. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 28
  29. 29. SUMBER RUJUKAN 1. Ahmad Atory Hussain, Kerajaan Tempatan Teori dan Peranan Di Malaysia. 2. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976(Akta 172), International Law Book Services. 3. Halmi b. Zainol, Pendahuluan Kepada Perancangan Fizikal, Biroteks Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. 4. Phang Siew Nooi, Sistem Kerajaan Tempatan Di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Malaysia Kita. 6. http://www.townplan.gov.my Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 29

×