Your SlideShare is downloading. ×
Sistem feudalisme
Sistem feudalisme
Sistem feudalisme
Sistem feudalisme
Sistem feudalisme
Sistem feudalisme
Sistem feudalisme
Sistem feudalisme
Sistem feudalisme
Sistem feudalisme
Sistem feudalisme
Sistem feudalisme
Sistem feudalisme
Sistem feudalisme
Sistem feudalisme
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Sistem feudalisme

2,054

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
2,054
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
45
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. FEUDALISME DI EROPAHPENGENALANBanyak cadangan telah dikemukakan bagi mengehadkan tempoh masa zaman pertengahan.Namun hasilnya, tiada satu pun tarikh yang ditetapkan untuk menandakan bermula danberakhirnya zaman pertengahan. Walau bagaimanapun, kebanyakan ahlisejarawan telahmeletakkan tarikh permulaan Zaman Pertengahan iaitu pada tahun 500M.dan berakhir padatahun 1500M. Selepas berakhirnya tahun 1500M, maka Eropahdikenali pula sebagai zamanmoden. Feudalisme secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan,iaitu kuasa politikdikuatkuasakan secara tempatan oleh individu persendirian dan bukankerajaan pusat. Padaasasnya, sistem ini seperti yang wujud di Eropah sejak abad ke-9memperlihatkan hubunganperibadi yang erat antara tuan tanah (lord) dan petani (vassal )yang disyaratkan untuk memberitaat setia kepada lord. Satu pihak akan memberi perlindungan sementara satu pihak lagi memberiperkhidmatan ketenteraan dan keselamatan kepada raja. Selain aspek ketenteraan dankeselamatan, feudotari juga dikehendaki menyediakan keperluan tertentu termasuklah buruhuntuk sistem kerah.Hubungan ini menentukan kedua-dua pihak memperoleh faedah dankeuntungan bersama. Sistem feudal menyediakan satu unsure, tetapi secara keseluruhannyaberkesan, pertahanan dalam masa peperangan dan rangka yang perlu untuk mengekalkanundang-undang dan peraturan.Selain itu, feudalisme juga sering dikenali sebagai satu sistem anarki yangdirancang. Dalammentafsirkan feudalisme, perlu diingat bahawa anarki yang dirancangadalah lebih baik daripadaanarki yang tidak mempunyai organisasi dan tanpanyamasyarakat Eropah akan mengalamikeadaan yang tidak teratur dan kacau-bilau. Disamping itu juga, feudalisme turut didefinisikan sebagai satu istilah atau konsepyangterbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan Empayar Charlemagne danberlanjutansehingga abad ke-14. Abad tersebut memperlihatkan era yang digelar masyarakatfeudal.Dalam buku Feudal Society karya Marc Bloch,beliau mentakrifkan istilah feudaldigunakan bagimenerangkan seluruh kelakuan dan adab yang sekian lama diterima dan wujud pada ketika itu
  • 2. serta organisasi kelas atasan masyarakat itu yang meliputi perjanjian secara bertulis yangdidominasi kekuasaan golongan atasan.Jika dilihat dari segi strukturnya, sistem feudal memaparkan satu bentuk piramid.Di bahagianbawah sekali ialah golongan rakyat atau petani manakala di bahagian atassekali ialah raja.Bahagian tengah pula ialah golongan pembesar yang bertanggungjawabmenjadi „talipenghubung‟ antara raja dengan rakyat dan secara praktikalnya turut bertindak sebagai tuantanah. Dalam pemerintahan bercorak feudal ini, wujud satuhierarki yang jelas antara feudatoriesdan subfeudatories di bawah pemerintahan seorangraja. Kehidupan sosial masyarakat Eropahpada Zaman Gelap yang berasaskan kepadasistem feudal ini diwakili oleh golongan pemerintahdan golongan yang diperintah sepertirajah yang telah disediakan di bawah ini:Dalam masyarakatfeudal, golongan pemerintah terdiri daripada raja dan di bawah rajaterdapat golongan bangsawanyang menjadi pengikut setia raja. Jika dilihat daripada pelbagai aspek, bangsawan lapisanpertama lebih rapat dengan golongan raja manakala bangsawan lapisan kedua lebih rapat denganbangsawan lapisan pertama.Raja Raja menduduki hierarki tertinggi dalam sistem feudal danberkuasa mutlak terhadaprakyat dan Negara.Dalam sistem yang kompleks daripada pengagihan kuasa pusat ini,idea tentang kerajaan yangterdiri daripada rakyat yang terdiri daripada rakyat yangdiperintah secara langsung oleh kerajaanpusat tidak wujud lagi. Namun, di sepanjangzaman feudal, negara dapat mengekalkankewujudannya dan raja masih terus memerintahwalaupun kuasa mereka semakin berkurangan.Pada masa itu, tidak terdapat sistem percukaian, undang-undang atau mahkamah serta tenterakebangsaan.Golongan raja merupakan golongan penaung utama dalam sesebuah negaradenganmemiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak. Dalam erti kata lain,golongan rajamempunyai kuasa yang penuh ke atas tanah-tanah di dalam negara dan berhak memutuskankepada sesiapa untuk memajakkan tanah yang menjadi miliknya.Oleh itu, seseorang yangdipercayai sahaja yang diberikan hak untuk memajak tanahtersebut iaitu daripada golongan puakVassal. Akan tetapi, Vassal terlebih dahuludikehendaki untuk mengangkat sumpah sebagai tandataat setia kepada raja dan harusmenjalankan tugas mengikut arahan raja. Kebiasaannya, golonganVassal ini adalahterdiri daripada golongan lelaki. Di samping itu juga, raja turut memberikantanah kepadagolongan bangsawan yang terdiri daripada Barons, Bishops dan Knight sebagaibalasan atau pun ganjaran terhadap perkhidmatan yang telah mereka berikan. Namun,sebagai balasannya, golongan bangsawan haruslah membekalkan askar-askar untuktujuan peperangan. Dalam masyarakat feudal, kesetiaan yang tidak berbelah bahagi adalahamat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua golongan pada masa tersebut. Tanah-tanah telah dapat dikumpulkan melalui pemberian oleh generasi, raja yang didorong olehhasrat untuk menyatukan dirinya dengan Tuhan dan membuat kerja kebajikan supaya dosanyayang lalu dapat diampunkan. Sebagai contoh, Henry II(contoh raja yang paling baik pada zamanpertengahan) telah menggunakan hakim Pengadilan di England, mengadakan mahkamah
  • 3. penyiasatan kes atas tindak tanduk pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab untukmengekalkan undang-undang dan peraturan. Baginda tidak memasuki perang salib, seperti yangtelah dilakukan oleh datuknya dan satu daripada kejayaan terpentingnya ialah mengehadkankuasa Kepausanke atas Gereja Perancis dengan mengadakan perjanjian atau persetiaan denganPaus.Baginda kurang menghiraukan Kesatuan Dunia Kristian daripada kemakmuran Perancistetapi Henry II merupakan salah satu contoh terbaik di antara raja-raja yang ada padazamanpertengahan.Walaupun raja berkuasa dalam sesebuah wilayah namun golongan itu perlu mencari kaedahuntuk mengekalkan kedudukannya. Mereka perlu memberikan ganjaran kepada golonganbangsawan untuk mengawal golongan bangsawan tersebut. Secara tidak langsung, golonganbangsawan akan dikurniakan tanah dan sekali gus golongan ini akan terikat dengan pemerintahpada zaman itu. Taat setia akan ditumpahkan kepada raja dan mereka akan melindungi rajadaripada sebarang ancaman baik secara luaran mahu pun dalaman. Selain itu, mereka juga akanmemaklumkan dan memberi sokongan bersenjata kepada pemerintah. Golongan raja juga turutmemperolehi hasil pendapatan daripada cukai-cukai yang dikenakan kepada golonganbangsawan hasil daripada tanah yang telah mereka berikan. Dalam bidang ketenteraan, raja turutbertanggungjawab untuk mengepalai tentera dalam peperangan dan seterusnya mencetuskankemenangan bagi pihaknya.Di bawah sistem feudal, raja diiktiraf sebagai penguasa ke atas semuaLord dan pemilik kesemua tanah dalam kerajaannya. Raja memerintah bukan sekadar rajamutlak atau pun sebagai raja berpelembagaan, tetapi sebagai feudal overlord iaitu golongan bangsawan yang berkuasa penuh ke atas tanah, anak-anak buahdan hamba-hambanya.Hasil perbelanjaan negara juga diperolehi oleh raja menerusi pendapatandaripada tanahnya sendiri, estet-estet di raja dan bantuan daripada pihak vassal.Selain itu juga, beliau tidak dapat membentuk pasukan tentera kebangsaan tetapi bolehmemanggil hambanya untuk melaksanakan perkhidmatan tentera yang disertai oleh hambamerekayang lain. Di samping itu juga, beliau tidak boleh mengisytiharkan perundangan yangmegikut semua ahli dalam negeri tetapi beliau boleh mengarahkan hambanya dan mengeluarkanperaturan pihak berkuasa dengan harapan bahawa hambanya akanmenyampaikan kepada orangyang berada di bawah pemerintahan mereka. Golongan raja juga tidak mempunyai bidang kuasaterhadap sebahagian besar rakyat tetapi beliau boleh mengadakan mahkamah feudal untukmembicarakan hambanya yang terdekat dan tanggungannya.
  • 4. Dari segi amalan, sememangnya ketua hamba mematuhi raja dan melaksanakantugas merekahanya jika difikirkan perlu dan mereka jarang membawa sebahagian hambamereka bersamaapabila dipanggil untuk memberi perkhidmatan ketenteraan. Pada awalzaman feudalisme,kebiasaannya mereka telah mengenepikan perintah raja. Walau bagaimanapun, raja mempunyaifaedah yang dapat mengatasi tuan besar feudal yang lain berasaskan teori keagungan keutuhanyang biasa diiktiraf sebagai sah apabila diketepikansecara praktis. Dengan peredaran masa, raja-raja di England dan kemudiannya diPerancis telah berupaya untuk menjadikan teori itu sebagaisatu realiti. Manakala, diJerman dan Itali, kebangkitan pemerintahan beraja telah dirumitkandengan masalah yangluar biasa yang telah menyekat proses itu daripada menjadi sempurna.Walau bagaimanapun, bahaya yang paling besar dan jelas kepada pemerintahan beraja feudaladalah pergantungannya kepada watak raja. Organisasi seluruhnya adalah diasaskan kepadakecekapan pertuanan. Jika baginda gagal menguatkuasakan tanggunganyang harus dijelaskanoleh ketua penyewa, maka keadaan akan menjadi tidak terkawal. Contohnya, pemerintahanStephen di England telahpun menunjukkan bagaimana dengan cepat sekali seluruh sistemkerajaan berkecai dalam suasana kacau-bilau apabila terdapat orang yang lemah mendudukitakhta dan ini adalah merupakan penyebab utama wujudnya keadaan huru hara di Jerman dan dibahagian tenggara Eropah melainkan empayar Byzantine, dari kurun ketiga belas dan seterusnya.Di barat, iaitu di Perancis dan England, pemerintahan beraja feudal tidak lagi memegang tampukkuasa namun akhirnya kedua-duanya menjadi mangsa kepada sengketa warisan dan raja yanglemah.Bangsawan/ BaronKelas-kelas tradisional Eropah Barat sangat terjejas dengan kepesatan perkembangan ekonomi.Golongan bangsawan kekal mendominasi kumpulan sosial, yang mana kuasadan pengaruhnyatetap kukuh dalam sistem feudal dan struktur-struktur manor itu. Walau bagaimanapun,perubahan keadaan ekonomi telah membawa perubahan baru yangmenjejaskan status dan gayahidup mereka.Golongan bangsawan menduduki hierarki kedua selepas golongan raja. Golonganini turutmemainkan peranan yang penting dalam system pemerintahan pada zamantersebut. Terdapatbanyak gelaran bagi golongan bangsawan antaranya Duke, Baron(Lord), Count dan Vassal.Dalam Empayar Carolingian, kedudukan dan pangkat Count dan Duke telah menjadi sesuatuyang diwarisi secara turun temurun. Keadaan tersebut menjadi mudah kepada golongan
  • 5. Count dan Duke untuk mendapatkan lebih pengaruh kerana dikatakan mereka mempunyaikekuasaan dan hak yang lebih hebat daripadagolongan raja. Golongan bangsawan juga diberisebahagian tanah yang dimiliki oleh raja dan tanah tersebut dikenakan cukai sebagai taat setiakepada raja. Selain itu, tanah yang diberi oleh golongan raja ini boleh diwarisi secara turuntemurun oleh keluarga bangsawan.Golongan bangsawan akan memainkan peranan penting dalam sesuatu urusan pentadbiransekiranya ketiadaan raja dalam wilayah. Peranan golongan bangsawan ialah bertanggungjawabterhadap golongan raja iaitu menyediakan makanan, tempat tinggaldan hiburan. Di samping itujuga, golongan bangsawan perlu menghadirkan diriseandainya terdapat sebarang lawatan atasarahan pemerintah. Golongan ini berkhidmat dengan pemerintah melalui pelbagai kaedah sepertiterlibat dalam peperangan, sebagai penegak keadilan serta melibatkan diri dalam Dewan Majlis.Selain itu, golongan bangsawan juga berperanan dalam memberi nasihat kepada golonganpemerintah dalammembuat sesuatu keputusan. Manakala, dalam hal-hal yang berkaitan denganilmu agama pula, golongan bangsawan turut memainkan peranan dalam mentabir hal-halyang berkaitan dengan gereja di samping mengendalikan urusan pentadbiran danpolitik kerajaan.Di samping itu, dari segi penempatan golongan bangsawan ini, mereka tinggal disuatu kawasanyang luas berserta dengan rumah yang besar. Secara tidak langsung,rumah yang besar itumelambangkan tahap kekayaan dan taraf hidup golongan bangsawan tersebut. Mereka mencarikawasan yang luas dan selamat kerana bimbangakan serangan daripada pihak musuh. Dalam halini, golongan pahlawan atau knight bertanggungjawab untuk melindungi golongan bangsawan.Kebiasannya, rumahgolongan bangsawan ini mempunyai dua bilik yang besar, dewan dan biliktidur yangcantik serta dilengkapi dengan almari pakaian. Dewan yang besar pula terdiridaripadaruang tamu, dewan makan, bilik tetamu dan turut disediakan bilik untuk hamba-hambamereka. Dalam dewan tersebut, golongan ini turut menjalankan urusan denganpembantumereka, vassal dan para petani.Kebiasaannya, petani yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai menyerahkan tanahmereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksamenjadi hamba. Selain itu, semua penghuniistana tersebut akan makan di meja yangdiperbuat daripada kayu panjang manakala paratetamunya akan duduk di tempat yangagak tinggi di hujung dewan tersebut. Pada malam haripula, semua ahli keluargagolongan bangsawan akan tidur di bilik persendirian, manakalagolongan hamba merekaakan tidur di atas lantai. Bilik tidur pula merupakan ruangan untukberehat bagi seisikeluarga. Di samping itu, kelengkapan almari pula digunakan oleh golonganbangsawanuntuk menyimpan kesemua pakaian mereka. Di dalam rumah itu juga, turutdisediakansebuah gereja kecil yang digunakan untuk memudahkan mereka mengadakanupacarakeagamaan yang kecil atau pun sebagai tempat sembahyang secara persendirian.
  • 6. Di sebalik teori keutuhan pemerintahan beraja feudal, dapat dilihat yangfeudalisme adalahberbentuk tagonistik kepada kerajaan pusat. Semua kerajaan pusatadalah berada di dalam tangangolongan bangsawan. Kuasa langsung raja hanyalahsetakat kepada hambanya sendiri sahaja.Dalam lingkungan feudalnya sendiri, setiap bangsawan mempunyai bidang kuasa penuh danmenjalankan semua kuasa-kuasakerajaan. Seperti kata seorang ahli undang-undang pada abadke-13, “ Setiap baronmerupakan raja berdaulat dalam kawannya sendiri.” Beliau bolehmengadakanmahkamah bagi tanggungnya, mengenakan cukai, tol di jalan raya dan jambatanserta boleh membentuk tentera yang terdiri daripada hambanya untuk menjalankan tugasyangdiarahkan oleh baron-baron tersebut.Sebagai contoh, Wencesles II, yangmeninggal pada tahun 1305 telah Berjaya menguasai kedua-dua Hungary dan Poland. Namun, tidak ada seorang pun yang telah berjaya menguasai ketiga-tiga kerajaan dalammasa yang lama dan kematian setiap raja bermakna perang baru akan meletusdalam percubaan untuk membahagi-bahagikan warisannya. Akhirnya, ketiga-tiga kerajaanyangtelah dipelopori oleh golongan bangsawan iaitu daripada golongan Magnates telahmenjadibegitu kuat dan cukup merdeka untuk mengelakkan mana-mana keluarga danmenaiki takhtamelalui hak pewarisan. Sebaliknya mereka mewujudkan pemerintahan beraja yang dipilihdengan mereka sendiri mempunyai keistimewaan dan hak untuk memilih raja mereka supayamereka dapat melemahkan lagi kerajaan pusat serta berusahauntuk memanjangkan anarki kurunketiga belas selama tiga ratus tahun.Kedudukan kaum wanitaKedudukan wanita pada zaman pertengahan adalah dipandang rendah dalammasyarakat. Perananmereka adalah terhad kepada aktiviti memasak, menenun danmenjahit sahaja. Wanita padazaman pertengahan mempunyai pelbagai status seperti seorang isteri, seorang anak, seorangbangsawan, seorang petani, seorang janda, seoranghamba mahupun seorang rahib. Rahib wanitadikenali sebagai golongan yang zuhudkerana mempunyai hubungan yang rapat dengan gereja.Rahib wanita pada zaman pertengahan ini tidak dibenarkan menjalankan tugas-tugas gerejaseperti melakukanupacara keagamaan dan menyampaikansermon. Hanya bishop berkuasa penuh dalamgereja dan dibantu oleh rahib lelaki. Walaupunwanita berada pada kedudukan statusyang berbeza namun tidak dapat dinafikan bahawa merekamempunyai satu persamaaniaitu hak-hak mereka sering dihadkan di bawah kekuasaan lelaki.Mereka juga turutdinafikan hak dan sering dikecualikan daripada menyertai aktiviti-aktiviti luar
  • 7. iaituaktiviti-aktiviti yang sangat penting bagi masyarakat ketika itu seperti kebajikan,kerajaan,falsafah, sains, perundangan dan keagamaan. Selain itu juga, pada awal zaman pertengahan isteri-isteri orang kebanyakkanadalah dianggapsebagai barang, iaitu suri rumahtangga yang membuat kerja-kerja berattanpa upah. Petani-petanisering memaksa kaum wanita membuat kerja berat di ladangdan ia menjadi satu amalan yangmasih wujud sehingga hari ini. Sedangkan dalamkalangan kelas pemerintah, kaum wanita diberikebebasan yang sedikit dalam tindakandan pemikiranya. Mereka juga tidak dibenarkanmemegang jawatan dalam pemerintahandan juga dalam sistem sosial itu sendiri. Mereka tidakmempunyai hak untuk bersuaradalam politik atau berkhidmat sebagai komander tentera, hakimdan peguamsebagaimana kaum lelaki melakukannya dalam sistem pemerintahan.Namun demikian, bagi seorang wanita yang belum berkahwin mereka masih berguna sebagaialat perundingan, jika seseorang wanita itu mempunyai emas kahwin yang tinggi diaadalahdianggap bahan bernilai untuk dimiliki oleh tuan-tuan tanah. Apabila berkahwin,tugasmereka ini ialah menjadi isteri yang patuh kepada perintah dan melahirkan waris.Manakalasekiranya seseorang wanita itu tidak berkahwin mereka akan menghilangkandiri ke biara.Golongan wanita juga turut membantu dalam kerja-kerja perladangan dan bertanggungjawabmenjaga ladang ternakan sewaktu suami mereka keluar rumah untuk berdagang, ke bandar ataumemburu di hutan. Mereka turut membawa bayi semasa mereka bekerja ataupun membiarkananak-anak mereka berlatih berjalan sementara anak mereka yang agak dewasa memerhatikankambing biri-biri atau memberi makanankepada binatang ternakan. Wanita atasan bagi keluargayang kaya dan mempunyairamai hamba ditugaskan untuk membantu kerja-kerja di ladangternakan. Dalam situasiseperti ini seorang isteri bertanggungjawab terhadap hamba dan jugaladang ketikaketiadaan suami mereka. Zaman keperwiraan telah banyak mengubah statuswanita,wanita menjadi objek pemujaan yang romantis dan sering dipuja dengan hebatdalam pantun.Di samping itu juga, pada zaman pertengahan, hamba wanita merupakan lambangatau pengaruhdan kekayaan kepada tuannya. Semakin ramai hamba maka makin besar pengaruhnya.Biasanya, wanita yang menjadi hamba tidak mempunyai sebarang hak kerana dirinya bolehdibeli dan dijual kepada pemilik hamba yang lain. Seorang wanitayang menjadi hamba tidakmendapat keadilan yang sepatutnya kerana jika merekadibunuh oleh pemiliknya maka pemilikitu tidak akan dianggap sebagai pembunuh.Pemilik hamba berkuasa penuh terhadap hamba yangdimiliknya dan harga seoranghamba boleh disamakan dengan harga sebidang ladang ternakan.Sekiranya hambawanita itu mempunyai anak, secara automatik anak itu adalah milik tuannya.
  • 8. Pada zaman pertengahan ini terdapat juga wanita yang terlibat dalam pertempuran. Antaranyaialah kemunculan Joan Of Arc. Joan Of Arc dilahirkan padatanggal 16 Januari 1412 M diDomremy, Perancis. Ayahnya bernama Jacques d‟Arc danibunya Isabelle Romee. Seperti kanak-kanak perempuan yang lain pada masa itu, Jeannetidak bersekolah dan tidak dapat membaca danmenulis. Dia lebih dikenali dengan namaJoan Of Arc. Di Perancis dia digelar Jeanne la Pucelleyang bererti Joan “si dara” atau “si perawan”. Sekitar tahun 1424M, Jeanne mula mendapat visimengenai Malaikat Mikailserta Santa Catherine dan Santa Margaret yang menyuruhnyamengusir tentera Inggeris.Dia percaya yang dia telah mendengar bunyi loceng gereja, berdering memecah suasana padangdi mana dia mengembala lembu ternakan bapanya, suara wali mendesaknyamenyelamatkanPerancis. Sungguhpun dia hanya berumur lapan belas tahun dan butahuruf, dia telah pergi keistana Perancis untuk menaikkan semangat pemimpin tenteradengan wahyu yang diterimanyadari St.Michael.Institusi GerejaPada zaman pertengahan, kehidupan para paderi di rahib-rahib dan masyarakat umumhanyalahuntuk mengabdikan diri kepada agama dan sentiasa memikirkan untuk menyucikan dosa danmembuat amal ibadat. Tetapi ramai orang tidak sanggup untuk menjalani kehidupan sebagaipaderi dan hidup di rahib-rahib untuk membuat amal ibadatdan menyucikan diri dari dosa.Padazaman masa zaman pertengahan ini gerejamengawal seluruh aspek kehidupan penduduk Eropah.Gereja secara realitinya dikawaloleh pemerintah negara iaitu raja. Raja menggunakan gerejasebagai alat untuk memanipulasikan golongan rakyat bagi mengaut keuntungan. Gereja ialahsebuah badan bebas dan mempunyai kuasa yang luas.Hilang ketaatan kepada gerejaataumempersoalkan arahan atau ajaran dianggap sebagai pengkhianatan terhadapa gerejadan boleh dihukum mati.Penekanan ke atas peranan bebas gereja membolehkan kemunculan dua struktur kuasa antaragereja dan negara yang salah satunya membentuk elemen terpenting padazaman Pertengahan.Gereja pada zaman Pertengahan tidak bergantung pada sumbanganahli-ahlinya. Gerejamemperoleh pendapatan melalui hasil daripada tanah ladang yang luas, pelbagai bayaran yangbesar dan hasil daripada pungutan cukai tetap iaitu tithe
  • 9. .Raja, putera raja dan tuan tanah yang kaya memberi sumbangan derma kepada gereja dan biara.Fungsi gereja bukan hanya sebagai badan keagamaan tetapi mempunyai sistem perundanganyang teliti. Gereja juga mempunyai organisasi tersendiri.Pope sebagai ketua agung semua anggota gereja dan persatuan keagamaan pada zamanPertengahanEropah.Gereja di Eropah semasa zaman Pertengahan ialah gereja Katholik .Gereja Katholik di Eropahsemasa zaman Pertengahan terdiri daripada beberapatingkat hierarki. Pope berada padakedudukan yang tertinggi diikuti oleh cardinal,archbishop, bishop, priest, deacons, monk, abbot,vicar dan paling bawah ialah nuns. Pope dianggap sebagai wakil Tuhan di muka bumi.Jawatan Pope wujud dalam institusiagama Roman Khatolik dengan penyenaraian Saint Petersebagai Popepertama dalam Annurio Pontificio( buku tahunan rasmi Vatican).Pengaruh dan kekuasaan Pope adalah luas. Antara perkara yang tertakluk di bawah kuasa Popeialah hal-hal yang berkaitan dengan perlantikan archbishop, bishops dan abbot di mana Popeberkuasa dalam melantik archbishop, bishops dan abbot. Cardinal ialah jawatan keduatertinggidalam institusi gereja Katholik selepas Pope. Cardinal merupakan pegawai tinggi gerejaRoman Khatolik yang kanan di bawah Pope dan mewakili Golongan paderi Roman.Tugascardina ialah membantu Pope dalam menguruskan gereja. Selain itu,cardinal juga turutmembantu Pope dalam mahkamah yang dikenali sebagai curia.Tugas cardinal yang paling besarialah dalam memilih Pope. Selepas cardinal ialah archbishop.Archbishop merupakan orang yang berada atau orang kayaserta berpengaruh dalam gereja terutamanya dalam aspek perniagaan.Antara tugas lainarchbishop ialah menjalankan fungsi membaca doa umum dan upacara pertabalanraja. Archbishop mempunyai kawalan ke atas semua bishop dalam wilayahnya dan juga berkuasake atas semua wilayahbishop.
  • 10. Seterusnya adalah jawatan bishop iaitu orang yang memegang jawatan bishopadalah dilarang untuk berkahwin. Sama seperti archbishop bishop juga merupakan orang yangberada ataupun kaya serta berpengaruhdalam gereja terutamanya dalam aspekperniagaan. Bishop dianggap sebagai pengganti kepada pemimpin dan kuasa yang dipegangdipindahkan kepada mereka dengankekuasaan tuhan. Bishop mewakili gereja Sedunia dalamdaerah masing-masing. Adalahmenjadi tanggungjawab bishopuntuk mengawasi tanah dan pemilikan dalam wilayahnya. Bishop mempunyai kuasa yang besarke atas harta, priest dan juga kakitangan gereja yanglain dalam daerah mereka. Kuasa Bishop merangkumi pelbagai aspek. Pertama dan paling penting ialah kerohanian. Bishopsecara rasmi diiktiraf untuk menjalankantanggungjawab dalam gerejanya iaitu penyelamatanjiwa. Bishop merupakan pusaka kepada saint tempatan dan bertanggungjawab untuk semuaperayaan dan upacara yang diperlukan oleh saint. Kedua ialah bishop biasanya datang daripadakeluarga yang berkuasa. Penulis dan ahli sejarah yang terkenal iaitu Gregory, Bishop Tours (573-594)datang daripada keluarga Gallo-Roman yang lama dan kaya dan selamabeberapagenerasi memegang kuasa ke atas Tours and Langers dan hampir sebagai hakmilik kekeluargaan.Seterusnya di bawah hierarki bishop ialah pries. Priest merupakan paderi atau pendeta. Tugasyang dilakukan oleh priest ialah mentadbir jemaah gereja dan ahli-ahlinyaserta mengurus gerejadi bawah pengendalianya.Latar belakang antara priest bandar dengan priest luar bandar adalahberbeza. Priest di bandar kemungkinan berasal daripadakeluarga yang penting dan menikmatipendidikan yang baik. Priest luar bandar berasal daripada keluarga miskin seperti jemaahgerejanya dan tidak mampu membaca kitab danmengendalikan upacara sembahyang di gerejadengan baik. Deacons merupakan jawatan di bawah priest dan terletak pada kedudukan yang paling rendahdalam hierarkiatasan gereja. Deacon merupakan pegawai gereja yang menyelenggara hal-halduniawi dan juga hal-hal yang berkenaan dengan gereja. Deacon juga menjalankankewajipan penting yang bukan berkaitan dengan gereja seperti memberi sumbangan dermakepada golongan miskin. Jawatan deacon ini boleh menjadi pekerjaan seumur hidup ataulangkah permulaan ke arah kepaderian.
  • 11. Di bawah hierarki deacon ialah monk . Menurut peraturan Saint Benedict, monk mementingkanaktiviti pemujaan. Selain itu tugas yang dilakukan oleh monk juga termasuklah melakukanmeditasi peribadi dan membaca.Seterusnya ialah jawatan Abbot yang juga dikenali sebagai „ father of the monastery‟ . Jawatanabbot adalah bersifat tradisional, kekuasaan yang tidak boleh dipersoal tetapi sejak kekuasaan inibersifat kebapaan, ianya perlu diimbangkan dengan kasih bapa. Jawatan vicar wujud dalamhierarki institusi agama Kristian Katholik dan berada di bawahabbot. Tugas utama vicar adalah pembantu kepada abbot . Dengan kata lain vicar bertindaksebagai pembantu atau pengganti kepada abbot dalam menguruskan jemaah gereja jikaabbot tidak ada.Dalam hierarki institusi agama, jawatan nuns merupakan jawatan yang paling rendah. Sepertimonk nuns juga berkait dengan institusi kebiaraan. Namun semasa kemerosotan moral gerejaberlaku, telah wujud rasa tidak puashati yang menyeluruh terhadap kekayaan dan keistimewaanyang dipunyai oleh rahib dangolongan paderi atasan. Dan kecenderungan ini jelas disuarakandalam syair seperti Piers Plowman oleh Langland danCanterbury Tales oleh Chaucer.Langland melahirkan penyataan penderitaan kelas yang tertindas dan kelihatan putus asamengharapkan belaskasihan biskop kaya dan paderi yang menerima rasuah.Beliau bukanlahseorangrevolusioner dan dia mencintai gereja, tetapi dia mendapati semua kelas dalamkalangangolongan paderi bersedia menipu orang ramai untuk kepentingan diri merekasendiri.Biskop membenarkan cap mohar mereka digunakan dalam “Pengampunan”yangdijualkan kepada orang yang jahil yang menganggap mereka boleh membeli pengampunandosa yang mereka lakukan. Manakala Chaucer menulis dalam masa yang sama , memberi gambaran yang serupa walaupundari kacamata berlainan. Chaucer lebihmerupakan seorang ahli satire, seorang penyair istanayang bijak dan tidak sibuk dengan pemulihan, tetapi berpuas hati melukiskan kepada parapembacanya mengenai jenisgolongan gereja lelaki dan perempuan yang sedang mengalamikemerosotan akhlak iaiturahib yang ghairah pergi memburu, pengampun yang menjual tulangbabi sebagai bahansuci, paderi perempuan yang bodoh dengan sifat duniawinya mengapit anjingkecil danakhirnya yang boleh disanjung hanyalah seorang paderi.
  • 12. Manakala John Huss memperlihatkan dirinya lebih revolusioner dan bersifatsederhana dan beliaumerupakan salah seorang yang pertama menjadi pemimpinkebangsaan yang agung selaindaripada menjadi seorang pemulih agama.Dia mengecam gereja sama seperti golongan Lollard,menyebut tentang keburukan upacarayang berlebih-lebihan dan menunjukkan bahawa tiadakuasa boleh didapati dalam kitabInjil Baru mengenai kekayaan, keistimewaan dan kebebasanyang dinikmati oleh golongan paderi.Huss mengecam golongan paderi lebih hebat dari yang pernahdilakukan oleh Wycliffe danmengumumkan doktrin iaitu orang ramai tidak perlumematuhi kewibawaan agama orang yangmembiarkan diri mereka hidup dalam dosa besar iaitu ajaran paderi yang melakukan dosa danmaksiat tidak patut dipatuhi bilamereka sendiri sudah pasti dilaknati.Dan ini akhirnya membawa dia lebih jauhmerumuskan dari segi logik menolak kuatkuasapemerintah sekular, raja dan menterimengabaikan Hukum Isa. Doktrin seperti itu jelasmelemahkan semua undang-undangdan peraturan sama ada golongan awam atau gereja danmenentang setiap institusi yangteratur sama ada di pihak gereja atau kerajaan. Inimembangkitkan tentangan serta mertadari pihak gereja dan maharaja serta golongan Huss inimerebak dengan cepat ke seluruhBohemia menjadikanya satu lagi skandal yang mengancamuntuk melemahkan kesatuandan prestij gereja.Gerakan untuk menamatkan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan gereja melalui usahabersama telah mendapat sokongan sama kuatnya dari pihak rakyat biasa, peguam dan saudagarjuga pegawai-pegawai gereja. Dalam tahun 1381 Universiti Parismula mengemukakan ideaMajlis Am Gereja yang membuat keputusan antara Paus yang berseteru dan mengembalikanperpaduan dan peraturan.Pada zaman akhir Empayar Rom, Majlis Am ini merupakan kuasa tertinggi dalam GerejaKristian. Biskop-biskopyang berhimpun di Nicaea dalam zaman pemerintahan Constatine telahmerumuskanAkidah-Kristian. Dalam masa lima abad berikutnya,terdapat banyakperhimpunanseperti itu yang bertujuan memberi pengertian baru kepada doktrin Kristiandanmembasmi fahaman sesat. Masyarakat percaya Majlis ini mendapat inspirasi dariMakhlukSuci luar biasa dan telah mengiktiraf keputusannya yang meliputi juga Pausdan Kuasabaka.Sejak pemisahan gereja Timur dan Barat terdapat majlis lain di Barattetapi ini dijalankan olehPaus atau wakil yang menjadi sebagai pengerusi dan dianggapolehnya sebagai majlis
  • 13. perundingan di mana perintah yang dikeluarkan tiada sahmelainkan diakui dan dikeluarkanolehnya sendiri.Dakwaan Paus sebagai hakimtertinggi di dunia dan mempunyai kuatkuasa yang lebih tinggi yangboleh mewakilikehendak dan semangat yang tidak berbelah bahagi. Wycliffe dan Huss telahpunmenolak untuk menerima dakwaan Kepausan kerana mereka mendapati kebenarandalamKitab Suci menjelang awal kurun ke lima belas ramai orang alim gereja yang taat dan jujurmahu kembali kepada amal-amal sejarah gereja terdahulu.Kesatuan Petukang dan PedagangPerubahan sosial yang penting telah berlaku di bandar dan juga di kampung. Dan ini bukanlahkhusus kepada tempat tertentu di Eropah. Perdagangan dan industri pada awalzaman pertengahanbergantung seluruhnya atas kesatuan tukang tiap-tiap pekerja di bandar terpaksa menjadi aprantiskepada seorang yang mahir dan belajar segala kemahiran.Setelah tamat, dia boleh bekerja sebagai tukang yang boleh disewa dan jikadia cermat dan rajindia ada harapan menjadi seorang yang mahir pada masa hadapandengan pertukanganya sendiridan tukang-tukang yang bekerja denganya.Keseluruhan sistem kesatuan adalah satu peraturan yang teliti dengan batas-batastertentu. Iniadalah percubaan zaman pertengahan untuk menyusun kehidupan bandar danindustri atau prinsipyang sama menjadi asas organisasi feudal atas tanah. Perubahansosial yang paling utama ialahpertumbuhan kelas pertengahan di bandar-bandar. Kelas ini dikenali sebagai burghers. Mereka digelar burghers kerana mereka tinggal di bandar yang bertembok atau dinamakan burgsdan mereka ini merupakan kelas baru dalammasyarakat feudalisme. Pada asalnya mereka terdiridaripada orang bebas dan bukanorang bangsawan atau golongan knights. Mereka telah berjayadalam kehidupanyasebagai pedagang dan peniaga serta dalam sektor perindustrian dan menjadikaya hasildaripada usahanya sendiri. Dengan pengaruh dan kuasa kewangan yang ada ditanganya, pada akhirnya mereka ini telah dapat memusnahkan struktur sosial feudal lamayangmasih wujud pada zaman pertengahan lanjutan ini.
  • 14. Kesatuan pedagang adalah satu pertubuhan yang dianggotai oleh kesatuankesemua kelasburghers dalam bandar yang bergantung hidup pada penjualan dan perniagaan barang. Merekaini termasuklah juga para artisan yang membuat dan menjual barang-barang pembuatan kepadapembeli. Satu ikatan yang kuat dan tanggungjawabkorporat wujud dalam kalangan ahlipersatuan. Ini amat penting kerana untuk menjaminkebebasan hak dan mengelakkan persainganyang tidak sihat dalam kalangan pedagang.Begitu juga kesatuan petukang dan pedagang inijualah yang menentukan dan mengawalharga barang, gaji dan masa bekerja.Kesatuan petukang adalah mereka yang melibatkan diri dalam pembuatan danindustri dan padamasa sama mereka juga adalah pedagang. Mereka ini termasuklah paraartisan yang membuatbarangan dan menjualkan kepada pembeli secara terus , contohnya para petukang kasut. Merekayang hendak menjadi anggota kesatuan petukang mestilahmempunyai kemahiran dan kepandaianmembuat sesuatu barang dan mesti terlebihdahulu menjalani latihan tertentu yang dikenalisebagai apprentice. Jangka masa apprentice ini memakan masa lebih kurang selama sepuluhhingga dua belas tahun.Selepas mereka menjalani masa apprentice ini dengan jayanya merekadinaikkan ke taraf journeyman atau buruh harian. Golongan ini adalah pekerja bebas yangdibayar upahsecara harian dan boleh bekerja dengan mana-mana tuan yang inginkanperkhidmatanmereka.Pada masa itu juga journeyman dimestikan memperoleh lebih banyak pengalaman dankecekapan dan dapat mengeumpul wang untuk mereka mendirikan dan memilikisebuah kedaisendiri. Dengan cara itu barulah mereka dapat memohon menjadi ahli penuh dalam kesatuanpetukang. Selain itu, mereka juga mesti menjalani ujian dan peperiksaan di hadapan ketuapetukang dengan menghantar sebuah hasil rekaan aslinyadan juga mesti mempunyai kelakuanyang baik.Setelah journeymen ini berjaya melalui halangan dan ujian barulah mereka diiktiraf menjadiketua petukang. Tujuan diadakan kesatuan petukang ialah untuk mengawal ahli-ahli daripadamembuat sesuatu yang akan menjejaskan perniagaan ahli yang lain. Di samping itu kesatuan inijuga menjaga keselamatan dan kebajikan para ahlinya jika ia ditimpa kesusahan ataukemalangan.“ Each guild enacted specific rules governing prices to be charged, trading practices to beobserved and the conditions under which trade could be conducted. Thecraft guilds similarlyimposed regulations on their members concerning prices, quality of goods, conditions of laborand quantity of production. They also controlled theconditions for entering a trade. Boys beganas apprentice to a master, working from twoto seven years under his guidance and living in hishousehold. The apprentice thenbecame a journeymen who worked for hire until he savedsufficient money and developed adequate skill to open his own shop and become a master.”

×