1. Abstrak
Penyelidik di dalam kajian ini menekankan kepentingan tajuk permuafakatan sosial dan
sumber kewangan bagi instituisi-instituisi kemasyarakatan di dunia Islam secara
umumnya dan Kesultanan Omam secara khususnya. Justeru, kajian ini membahaskan
tajuk (Wakaf di Kesultanan Oman: Kajian pelaksanaan tentang peranan wakaf di dalam
mengembangkan instituisi-instituisi kemasyarakatan). Penyelidik menerangkan konsep
wakaf di dalam Islam, kepentingannya dan kaedah terbaik untuk mengembangkannya.
Penyelidik juga memberi sedikit penjelasan tentang konsep masyarakat awam dan jenis-
jenis instituisi yang terdapat di dalamnya. Penyelidik juga memberi pengenalan tentang
Kesultanan Oman (tempat kajian) dan sistem-sistem atau peraturan-peraturan yang
digunakan di dalam pentadbiran dan pelaburan harta wakaf di Kesultanan Oman.
Penyelidik juga menjelaskan peranan masyarakat di dalam memlihara harta-harta wakaf
di Kesultanan Oman.
Penyelidik telah mengumpulkan data-data kajiannya dengan menganalisis kajian-kajian
dan penyelidikan-penyelidikan yang mempunyai hubungan dengan kajian ini dan juga
melalui temubual-temubual dengan individu yang bertanggungjawab dengan urusan
wakaf di Kesultanan Oman. Penyelidik telah menganalisis data-data ini dan
menghubungkan dengan perbahasan kajian ini. Hasilnya, penyelidik telah
menyimpulkan kajian ini kepada beberapa dapatan dan saranan. Antara dapatan dan
saranan yang terpenting ialah konsep masyarakat awam yang bertepatan dengan
pandangan Islam masih lagi mempunyai banyak kesamaran. Oleh itu, penyelidik
menyarankan supaya lebih banyak kajian berkenaan konsep ini dan membuat penelitian
tentang kandungannya dari sudut persepektif Islam.
Seterusnya penyelidik menemui banyak pihak yang menguruskan urusan pelaburan
harta-harta wakaf yang terdapat di instituisi-instituisi kemasyarakatan di Kesultanan
أ
2. Oman. Ini memberi kesan yang besar di dalam mengecilkan modal-modal harta wakaf
ini dan melemahkan peluang pelaburannya. Justeru, penyelidik berpendapat terdapat
keperluan yang mendesak untuk mewujudkan satu tabung pelaburan bagi mengumpul
semua harta-harta wakaf ini dan memberi peluang pelaburan yang lebih besar dan
banyak daripada situasi keadaan sekarang. Kajian ini juga medapati segala keputusan
yang dibuat oleh pentadbiran pusat menjadi ikutan kepada semua pentabiran harta-harta
wakaf di instituisi-intituisi kemasyarakatan di Kesultanan Oman sama ada ketika
hendak membuat sebarang polisi ataupun ketika hendak mengembangkan atau
melaburkan harta-harta wakaf ini. Oleh itu, penyelidik berpendapat tentang pentingnya
segala keputusan berkenaan harta-harta wakaf tidak hanya dikeluarkan oleh pejabat
pentadbiran pusat dan menyarankan supaya pejabat-pejabat pentabiran instituisi
kemasyarakatan di daerah-daerah juga diberi beberapa kuasa untuk membuat keputusan
di dalam mentadbir dan melaburkan harta-harta wakaf.
Seterusnya, penyelidik mendapati pihak-pihak yang bertanggungjawab tentang
pengurusan harta wakaf di instituisi-intituisi kemasyarakatan di Kesultanan Oman tidak
mengambil peluang sepenuhnya dengan perkembangan dan kemajuan media massa
ketika ini dalam mempromosikan penghasilan harta-harta wakaf dan memaparkannya
kepada individu dan masyarakat di dalam cara yang dikehendaki. Justeru, penyelidk
menyarankan supaya diwujudkan program khusus dan padat yang boleh menyiarkan
perkara-perkara yang mempunyai kaitan dengan harta-harta wakaf, agar ahli-ahli
masyarakat mempunyai maklumat yang lengkap berkenaan harta-harta wakaf yang
terdapat di intituisi mereka dan bagaimana dana-dana dan harta-harta yang mereka
sumbangkan itu boleh disalurkan untuk kepentingan umat Islam. Kajian ini juga
mendapati wujudnya kebergantungan pihak-pihak yang bertanggungjawab tentang
pengurusan harta-harta wakaf di instituisi-instituisi kemasyarakatan terhadap
sebahagian kaedah pelaburan sahaja. Ini telah meluputkan peluang-peluang pelaburan
ب
3. yang dapat diberikan oleh kaedah-kaedah pelaburan yang lain. Oleh itu, penyelidik
menyarankan supaya mempelbagaikan kaedah-kaedah pelaburan dan menggunakan
kaedah-kaedah pelaburan terbaru yang telah terbukti kemampuannya dari sudut
ekonomi hasil pengamalan pengurusan harta-harta wakaf di negara-negara Islam yang
lain.
ج
4. ABSTRACT
The researcher -in this study -addressed the important topic of social solidarity and a
resource for financing of the institutions of civil society in the Islamic world in general
and the Sultanate of Oman in particular. The study was started with a discussion of the
title(Waqf in the Sultanate of Oman: A Practical Study on its Role in Developing
Civil Society Institutions ). The researcher explained the concept of the Islamic Awqaf
and emphasized its importance in the Islamic society and the best ways of developing
the Awqaf as well. He also gave short explanation to the concept of civil society and the
types of its institutions. In addition, he viewed the Sultanate of Oman (Place of study) as
well as organizational foundations for the management and investment of the Awqaf.
He clarified the role of the community care of Awqaf in the Sultanate of Oman.
For data collection, the researcher used two techniques; analysis of relevant research
and studies plus besides interviews with Awqaf officials in the Sultanate of Oman.
According to the data analysis, this project concluded to several findings and
recommendations. (1)Although there were some studies and researches concerning the
role of the Awqaf and the concept as well, these researches have not given sufficient
interest and have not introduced the differences and similarities between the Islamic
Awqaf and the Western explanation to this issue. Therefore, the researcher
recommended that there is a necessity to develop scientific researches regarding the
crucial role of Awqaf. (2) The study revealed that there is more than one authority (e.g.
Ministry of Awqaf and religious affairs, Royal Court and Ministry of social
development) command the investment of the civil society institutions properties. As a
consequent it was weakened and the funds was separated. For this reason, the researcher
suggested to establish one investment box gathering all civil society institutions' funds,
د
5. so it will strengthen the invested funds and enhance it with large and additional
opportunities of investments. (3)Additionally, the researcher found that the Awqaf and
the civil society institutions are administrated centrally which might hinder the others
administrations of taking any decision for developing and upgrading in this side. Thus,
the researcher recommended following decentralization and empowerment system in
administering the Awqaf and the civil society institutions. (4)Furthermore, the
researcher found that the concerned authorities of civil society institutions have not
sufficiently utilized the development of express to advertise the production of the
Awqaf and the civil society institutions. In this side the project suggested to specify and
broadcast intensive programs in TV, Radio and Newspapers concerning the Awqaf and
the civil society institutions. As a result, citizen will have understandable view toward
their fund of their institutions as well as their charity, beside the services and benefits
that are given by Awqaf to their society. (5)The researcher also suggested versifying the
tools of investment to cope with the rapid economical and financial development around
the globe. He thought that it is necessary to benefit from the new, various and successful
endeavors and experience of different Islamic countries regarding this field.
ه