Like this? Share it with your network

Share

Tugasan asyraf

on

  • 2,443 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,443
Views on SlideShare
2,440
Embed Views
3

Actions

Likes
3
Downloads
135
Comments
3

1 Embed 3

http://kapurputihpembariskuning.blogspot.com 3

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Tugasan asyraf Document Transcript

  • 1. 1.0 Pengenalan Pendidikan masa kini yang semakin meluas dan mencabar menjadikanbidang ini menjadi tumpuan ramai. Pelbagai isu dan cabaran yang berkait dengandunia pendidikan sama ada ianya baik atau buruk. Oleh yang demikian, isu dalamdunia pendidikan seringkali dibincang di dalam media massa seperti majalah, suratkhabar dan televisyen. Guru dan keguruan adalah elemen paling penting dalam menentukan halatuju dunia pendidikan. Guru yang berperanan menggerak dunia pendidikan denganmemberi tunjuk ajar kepada murid-murid di sekolah. Maka, sudah tentu guru perlumenjadi individu yang mantap dan berpekerti mulia. Jadi, isu-isu buruk yang berkaitdengan guru amat memalukan dan mengecewakan semua pihak sama ada di pihakibu bapa murid mahupun pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Mahathir (2001)mengemukakan pandangan bahawa guru-guru dituntut mempunyai sahsiah danakhlak yang boleh diteladani oleh murid dan masyarakat. Jika diperhatikan kebelakangan ini, isu yang berkaitan dengan guru danprofesion keguruan semakin menjadi-jadi. Pelbagai isu timbul dan dipaparkan didalam surat khabar tempatan. Sudah tentu ini memberi impak yang negatif kepadabidang dan profesion keguruan di kaca mata masyarakat. Hampir setiap hari,terdapat berita berkaitan dengan isu guru seperti guru pukul murid, guru cabul murid,guru mengurung murid, guru merogol murid dan guru mendenda murid. Selaindaripada itu, terdapat juga kes-kes lain seperti guru bergaduh dengan guru dihadapan murid dan guru bergaduh dengan ibu bapa murid. Isu-isu ini dilihat semakin meningkat, menyebabkan bidang dan profesionkeguruan sudah dipandang sebelah mata oleh masyarakat. Perasaan hormatkepada guru sudah semakin pudar disebabkan oleh isu-isu negatif guru. Guru perlumempunyai ciri-ciri berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan mempunyainilai-nilai murni. INTAN (1994) menyatakan ikhlas adalah etika yang perlu diamalkanoleh guru. Guru yang mengambil peluang terhadap murid semasa menjalankantugas adalah sesuatu perkara yang keji seperti memukul murid ketika menjalankantugas sebagai seorang guru. 1
  • 2. 2.0 ArtikelBUTTERWORTH - Seorang guru pusat asuhan mengaku tidak bersalah di MahkamahMajistret, di sini, semalam, atas tuduhan mendedahkan kepada kecederaan emosi danfizikal terhadap kanak-kanak berusia lapan tahun menggunakan rotan hingga menyebabkankecederaan.Beh Yong Kong, 28, yang merupakan guru lepasan ijazah membuat pengakuan itu dihadapan Majistret, Mohd Firdaus Abdul Wahab.Dia dituduh dengan sengaja mencederakan mangsa dengan memukulnya menggunakanrotan hingga lebam dan cedera di badan, lengan dan leher di sebuah pusat asuhan, di sini,jam 1.30 tengah hari kelmarin.Yong Kong didakwa mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang bolehmembawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda sehingga boleh sampai RM20,000atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Masnuraznim Abd Malik sementaraYong Kong yang hadir berbaju oren diwakili peguam yang enggan namanya dikenali.Lelaki itu bebas dengan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin oleh kenalannya dankes disebut semula 7 Mei depan.Sebelum ini, seorang kanak-kanak mendakwa dirotan oleh pengasuhnya hingga cedera.Sehari selepas itu, ibu kanak-kanak tersebut membuat laporan polis.Kejadian itu disedari ibu mangsa semasa menjemput anaknya pulang ke rumah tengah harisemalam sebelum bertindak membuat laporan polis sejurus selepas itu.Artikel yang dipetik daripada Berita Harian Online bertarikh 31 Ogos 2012 2
  • 3. 3.0 Ulasan Artikel Pelbagai isu dikaitkan dengan kredibiliti guru dan profesion keguruan padamasakini. Guru yang bertindak sebagai pemimpin dan contoh kepada muridseharusnya menunjukkan teladan yang baik terhadap murid dan masyarakat. Tidaksepatutnya isu-isu negatif timbul daripada guru yang dianggap sebagai ketuamasyarakat. Jadi, perlu kita lihat dengan teliti isu negatif ini dan perlu tindakansegera untuk menghalang daripada ia terus berlaku. Pelbagai tanggapan turutdiberikan kepada isu-isu negatif yang ditimbulkan oleh para guru. Merujuk kepada artikel yang terdapat di atas, iaitu ‘Guru pukul murid sampaimati hadapi tuduhan membunuh’, pelbagai pandangan telah diberikan terhadap isutersebut. Dalam artikel berkenaan, seorang guru telah disabitkan kesalahan keranamemukul murid sehingga menyebabkan kematian kepada murid tersebut. Olehsebab itu, guru tersebut ditangkap dan dibicarakan di mahkamah atas kesalahanmembunuh murid. Dalam bidang keguruan, guru dituntut untuk mempunyai sifat-sifat yangdihormati dan dicontohi oleh murid dan masyarakat. Jadi, isu memukul muridsehingga menyebabkan kematian kepada murid tersebut sepatutnya tidak berlaku.Guru sepatutnya mempunyai sikap yang baik seperti bersopan santun sebagaimanayang diperkatakan oleh Leech (1983). Antara enam prinsip kesantunan yangdinyatakan oleh Leech ialah bersantun dan berhemah serta meminimumkan kos danmemaksimumkan faedah kepada orang lain. Selain daripada itu juga, sebagai seorang guru, perlu ada sifat sabar dalamsegala hal. Dalam artikel berkenaan, guru yang memukul murid adalah disebabkanhilang sabar terhadap kerenah murid berkenaan. Kejadian ini amat mengejutkanumum kerana guru perlu ada sifat sopan santun dan bertolak ansur terhadap murid-murid. Tetapi, isu yang timbul ini menimbulkan keraguan dalam masyarakat dan ibubapa murid terhadap sifat-sifat murni yang ada dalam diri guru. Adakah sudah tidakada sikap bertolak ansur dalam diri guru, dan adakah guru tidak dilatih untukmempunyai nilai-nilai baik dalam diri mereka? 3
  • 4. Tidak dinafikan lagi, profesion keguruan sehingga pada hari ini mempunyaiimej yang semakin tercalar dalam pandangan ibu bapa murid dan masyarakat. Olehyang demikian, perlu tindakan segera untuk meningkatkan imej sertamemartabatkan profesion keguruan dengan segera. Byogeswary Rajendran,menurut pandangan beliau daripada Berita Harian Online bertarikh 31 Ogos 2012,menyatakan bahawa perlunya profesion keguruan ditingkatkan atas pelbagai isunegatif yang ditimbulkan oleh guru sejak kebelakangan ini. Beliau turut menyatakankeadaan masa kini, di mana murid hilang rasa hormat kepada guru menyebabkanmereka bertindak ganas dan luar dugaan di sekolah. Jadi, guru bertanggungjawabuntuk mendenda dan mendidik mereka. Kenyataan di atas adalah benar sama sekali. Situasi yang dialami oleh gurupada masa kini amat berbeza dengan situasi pendidikan di sekolah pada suatuketika dahulu. Murid-murid mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap guru yangmerupakan pendidik mereka. Jadi, masalah murid yang kurang ajar tidak berlaku disekolah. Guru juga mampu untuk memberikan pelbagai denda dengan sesuka hatimereka kerana mendapat kebenaran daripada ibu bapa. Walaupun begitu, tiada kesyang dapat dikesan berkaitan dengan guru memukul murid sehingga mati padasuatu ketika dahulu. Ia berbeza dengan keadaan sekarang, dan hampir setiap hariisu-isu negatif guru dimomokkan di dalam media massa. antaranya isu gurumemukul murid. Apakah yang menyebabkan guru memukul murid sehingga menyebabkankematian? Persoalan ini harus dijawab oleh para guru. Apakah tujuan merekamemukul murid. Maka, sudah tentu jawapan yang diberikan oleh para guru adalahtujuan memukul murid adalah untuk mengajar dan mendidik mereka agar menjadiinsan yang baik. Tetapi, guru tidak sepatutnya memukul murid sehinggamenyebabkan kecederaan serius lantas menyebabkan kematian kepada mereka.Persoalan ini harus diberi perhatian kerana guru yang menyebabkan kematianterhadap murid boleh disabitkan dengan tuduhan kesalah membunuh. Tidak dinafikan bahawa guru merupakan pembentuk tingkah laku kepadamurid-murid. Dr. Ragbir Kaur (2005) menyatakan bahawa setiap guru mestimempunyai sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas, pembelajaran yangsihat dan produktif. 4
  • 5. Tidak salah untuk mendenda dan mengajar murid yang melakukankesalahan, tetapi ia mempunyai batasan yang perlu dipatuhi oleh guru. Syed Ismail(2010) menyatakan bahawa menghukum dengan sesuka hati bukanlah amalanpendidikan yang sesuai untuk pendidikan di peringkat sekolah rendah. Menyakitimurid seperti deraan adalah sesuatu yang keji dan tidak berperikemanusiaan.Amalan memukul murid tidak pernah dianjurkan oleh mana-mana agensi ataupersatuan, malah dari sudut agaman juga tidak menggalakkan mendidikmenggunakan kekerasan dan dendaan. Jadi, perlu ada kaedah lain untukmemberikan dendaan dan kesedaran kepada murid, seperti melakukanperbincangan dengan ibu bapa dan mengesyorkan murid untuk memasuki sekolahpemulihan, berbanding menyakiti dan memukul murid yang mungkin akanmenyebabkan kecederaan dan kematian kepada mereka. Tindakan memukul murid dilihat sebagai jalan terakhir yang mampu dilakukanoleh guru selepas tindakan lain yang dikenakan ke atas murid tidak berjaya dantidak mendatangkan hasil. Maka, saya berpendapat bahawa tindakan memukulmurid tidak wajar dilakukan, tetapi memadailah dengan tindakan merotan muridsahaja (Rujuk Lampiran 1). Tindakan memukul murid dilihat sebagai tindakan kejam yang bertujuanuntuk menyeksa murid. Di sekolah, tindakan merotan murid lebih praktikal untukdijalankan berbanding memukul murid. Merotan murid pula hanya dijalankan olehguru yang bertauliah di sekolah iaitu guru disiplin dan guru besar sekolah sahaja.Guru lain yang ingin menjalankan tindakan merotan murid perlu mendapatkebenaran daripada guru besar sekolah dahulu melalui surat penurunan kuasamelaksanakan hukuman rotan. (Rujuk Lampiran 2). Pada hemat saya, perlu dendaan dilakukan kepada murid, untuk memberipengajaran kepada mereka. Maka, saya bersetuju jika guru merotan murid mereka,tetapi hanya selepas tindakan lain tidak berhasil dan tindakan merotan murid adalahtindakan terakhir yang dilakukan oleh guru. Guru perlu menganalisis kesalahan yangdilakukan oleh murid memandangkan terdapat 3 jenis kesalahan yang bolehdikenakan tindakan dendaan oleh guru iaitu kesalahan ringan, sederhana dan berat.(Rujuk Lampiran 3). 5
  • 6. Tindakan merotan murid juga tidak mendatangkan kecederaan kepada murid,sebagaimana tindakah memukul murid yang melakukan kesalahan. Merotan muridjuga hanya dilakukan sekali, berbanding dengan memukul murid yang dijalankandengan berkali-kali dan guru yang memukul murid sehingga mati berkemungkinanbesar berada dalam keadaan luar sedar dan luar kawalan. Sememangnya perlu adadendaan dilakukan kepada murid, tetapi dengan tidak memukul mereka. Murid-muridyang semakin kurang rasa hormat pada guru pada hari ini menyebabkan perlu adadendaan dilakukan kepada mereka, iaitu dengan cara merotan dan bukan denganmemukul mereka. Isu tentang pukul murid bukan sesuatu yang baru dalam bidang keguruan.Sudah ada kes-kes terdahulu yang berkaitan dengan pukul murid di negara kita.Pada Ogos 2005, sudah ada kes guru pukul murid sebanyak 10 kali sehingga patahtulang tangan. Kes tersebut berlaku di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau Dalam,Yan, Kedah. Murid yang terbabit ialah Aiman Kamila Mohamad Hajar. Dalam kes itu, guru telah bertindak memukul murid, dan menyebabkan muridtahun satu tersebut mengalami patah tangan. Oleh yang demikian, guru tersebutdikenakan tindakan dan mendapat perhatian oleh pihak Kementerian PelajaranMalaysia pada ketika itu iaitu Datuk Hishamuddin Hussein. Beliau memberi amaranbahawa guru tidak kebal daripada undang-undang dan mereka akan dikenakanhukuman setimpal jika bersalah melanggar undang-undang atau peraturan. Beliau turut berkata, guru juga tidak sepatutnya menggunakan kedudukanmereka dengan mengambil kesempatan terhadap pelajar yang menjadi anak didikmasing-masing. "Saya sudah meminta Jabatan Pelajaran Kedah menyediakanlaporan lengkap mengenai kejadian yang menimpa murid di Yan dan kita akanmengambil tindakan sewajarnya. Jika bersalah, guru ini akan dikenakan hukumanberat, iaitu digantung kerja. Pengumuman lanjut akan dibuat Ketua PengarahPelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon," katanya. Merujuk kepada kes tersebut, mangsaiaitu Kamila dipukul guru bahasa Inggeris bersama 17 lagi rakannya keranamembuat bising di dalam kelas. 6
  • 7. Walaupun begitu, kejadian yang menimpa murid itu tidak menggambarkankeseluruhan sistem pendidikan kerana kebanyakan guru sangat komited danberkebolehan melaksanakan tugas mereka. Terdapat 320,000 guru di bawahnaungan Kementerian Pelajaran dan kelakuan negatif segelintir tidak menjejaskankerjaya perguruan. Kejadian seperti ini seharusnya dielakkan daripada ditimbulkanoleh guru dan menyebabkan guru dicemuh kerana bersikap kejam terhadap murid. Pelbagai tindakan lain yang boleh dilakukan guru selain daripada memukulmurid. Cukup sekadar merotan murid sekali untuk memberi pengajaran kepadamereka agar tidak mengulangi kesalahan pada masa akan datang. Jika kesalahanyang dilakukan oleh murid berulang, insiatif lain boleh dilakukan guru sepertimengenakan tindakan tatatertib seperti memasukkan murid ke kelas pemulihan ataumemindahkan murid ke sekolah lain. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Ambrin Buang, berkatakakitangan kementerian itu dan semua agensi di bawahnya perlu mengamalkan budibahasa yang tinggi terutama ketika memberi perkhidmatan kepada orang ramai.Budi bahasa mereka memberi gambaran mengenai organisasi KementerianPelajaran secara keseluruhannya kerana kerana tingkah laku kakitangan awammencerminkan budaya perkhidmatan awam. Untuk mengatasi masalah ini, Kempen Budi Bahasa Budaya kita merupakansalah satu cara mendidik seluruh masyarakat Malaysia untuk berhemah dan hormatkepada orang lain. Dalam kempen tersebut, masyarakat Malaysia dituntut untukmenanam, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni untuk melahirkanMasyarakat Malaysia yang berbudi bahasa. Dalam kempen tersebut, ia melibatkanseluruh warga Malaysia, sama ada guru, murid, pekerja-pekerja profesional, surirumah dan sebagainya. Di sekolah, pelbagai aktiviti boleh dijalankan untuk meningkatkan tahap budibahasa murid. Aktiviti yang dijalankan ini dapat menjadikan murid lebih baik danmempunyai nilai-nilai murni. Perkara ini penting kerana murid sekolah pada masakini tidak menghormati guru dan tidak mengendahkan guru semasa guru mengajardi dalam kelas. Bidang pendidikan yang semakin meluas pada masa kini,menyebabkan murid mendapat pelbagai ilmu pengetahuan luar selain daripadabelajar dengan guru di sekolah. 7
  • 8. Ilmu pengetahuan boleh diperolehi apabila mereka melayari internet,membaca buku rujukan dan menghadiri kelas tuisyen. Jadi tidak hairanlah merekasudah tidak mengendahkan pengajaran oleh guru semasa di dalam kelas. Oleh yang demikian, perlunya aktiviti yang menaikkan kembali tahap budibahasa murid terutamanya terhadap guru semasa mereka berada di sekolah.Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan seperti pertandingan pidato, pentun, drama,sketsa, boria, dikir barat, kuiz, nasyid, Kembara Budi Bahasa, melukis, Kem Jatidiridan bahasa bermadah. Aktiviti ini dirangka oleh Kementerian PeneranganKomunikasi dan Kebudayaan dan diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysiauntuk dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara. Jadi, masalah guru memukul murid dapat dihindar jika murid sendiri yangmenghormati dan bersikap baik terhadap guru. Bukan semua guru ingin mendendamurid, tetapi apabila murid bersikap kurang ajar dan tidak menghormati guru, tiadapilihan lain yang boleh dilakukan oleh guru untuk mengajar murid sekolah masa kinimalainkan dengan mendenda mereka. Namun, mendenda murid juga ada batasnya.Tidak perlu mendenda murid dengan memukul mereka dengan sekuat hati keranaguru berasa geram terhadap mereka. Tidak perlu mencederakan murid apabilamendenda mereka kerana ia hanya mengundang rasa marah daripada ibu bapakerana guru bersikap kejam terhadap murid. Guru yang dilatih mempunyai tatasusila dan sabar terhadap kerenah murid,perlu mengaplikasikan secara berterusan sikap ini. Guru perlu menilai kembali tahaptatasusila dan kelakuan mereka. Proses menilai kembali ini juga merupakan salahsatu cara guru dapat mengatasi masalah memukul murid dengan mengajar gurubersabar dengan kerenah murid. Tindakan yang tergesa-gesa dan tanpapertimbangan yang dilakukan oleh guru mengakibatkan kerugian diri sendiri, apabiladigantung tugas dan dikenakan tindakan daripada pihak atasan. Para guru perlu merujuk kembali kepada kempen Budi Bahasa Budaya Kitadan Kod Etika Keguruan Malaysia. Abdul Shukor (1999) mengatakan asuhan guruyang berkesan meninggalkan ingatan dan menjadi amalan yang berpanjangankepada setiap murid. Sepanjang hayatnya mereka akan ingat bagaimana guru-gurumenerap ilmu pengetahuan, budaya dan semangat ketahanan, nilai-nilai murni danjati diri sehingga sebati dalam jiwa. 8
  • 9. Tindakan guru memukul murid hanya akan meninggalkan kesan dendammurid terhadap guru. Murid yang dipukul oleh guru akan mendapat kecederaan,malah kematian yang akan menjadi dendam yang mahu ditebus oleh ahli keluargamangsa. Jadi, guru tidak boleh bertindak dengan sesuka hati untuk memukul muridsetelah murid melakukan kesalahan. Amaran lisan sudah cukup untuk mengenakantindakan terhadap murid. Jalan terakhir yang yang boleh dilakukan oleh guru dalammengenakan tindakan disiplin terhadap murid ialah merotan murid. Merotan muridjuga memerlukan kebenaran daripada ibu bapa murid tersebut. Jika ibu bapa muridmembenarkan anak mereka dikenakan tindakan merotan, guru tersebut dibenarkanmengambil tindakan terhadap anak mereka. Manakala ibu bapa yang tidakmembenarkan anak mereka disentuh, perlu menjauhkan tindakan disiplin terhadapanak mereka, dan hanya menjalankan tindakan terhadap murid melalui amaranlisan. Etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia menekankan enam prinsip utamaantaranya ialah prinsip kelima iaitu berdisiplin dan beradab. Gur perlu menjadadisiplin dan menjaga adab tatasusila mereka semasa berada di sekolah, sama adaketika mengajar, menjalankan tindakan, berkomunikasi dengan warga sekolah,menjalankan aktiviti dan berhubung dengan pihak pentadbiran sekolah. Perlunyamenjaga adab semasa melakukan perkara-perkara berkenaan. Dalam hal memukulmurid, tindakan ini dilabel sebagai tindakan guru yang tidak beradab dan tidakprofesional semasa menjalankan tugas sebagai seorang guru. Ia menjejaskankredibiliti guru dan merendahkan imej keguruan di mata masyarakat. Guru akandilabel sebagai samseng sekolah jika isu memukul murid berterusan berlaku. Guru perlu menjaga adab dan etika keguruan. Fikiran yang waras semasabertugas adalah kunci kepada kejayaan guru. Adakah perlu untuk memukul murid?;Atau hanya perlu memberi amaran kepada mereka dan mengadakan programpemulihan akhlak kepada mereka. Semua ini ada dalam fikiran guru. Guru yangprofesional mempunyai sifat rajin dan peka terhadap murid-murid. Ee Ah Meng(2003) mengatakan guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada paramurid dan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif dalam kalanganmurid. 9
  • 10. Sifat rajin membawa maksud rajin untuk memberi tunjuk ajar kepada muridserta peka terhadap keperluan mereka. Andai kata guru memukul murid keranamurid bersikap kurang ajar dan mengajuk percakapan guru di dalam kelas, keranaguru mengajar murid secara sambil lewa dan hanya berbantukan papan hitamsemata-mata. Adakah ini kesalahan yang dilakukan oleh murid? Guru-guru pelatih diberikan latihan selama lima tahun setengah di InstitutPendidikan Guru di seluruh Malaysia, untuk mereka mendalami dan menguasaikaedah pengajaran, psikologi pendidikan serta cara mengawal kelas. Kebanyakanguru yang terlibat dengan isu memukul murid adalah guru yang bukan berasaldaripada produk institut perguruan. Mereka kurang kesedaran terhadap tindakanyang dilakukan kepada murid dan kurang memahami Kod Etika dan AkauntabilitiKeguruan. Pernyataan yang dilemparkan tadi bukan bertujuan untuk merendahkanguru yang berasal bukan daripada produk institut perguruan, tetapi guru yang dilatihdi institut pendidikan guru merupakan guru yang mantap dari segi sahsiah, ilmu danpemikiran. Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia melatih guru di institutpendidikan guru adalah suatu tindakan yang terpuji dan memberi manfaat kepadabidang pendidikan negara. Selain daripada itu, para guru perlu melengkapkan diri dengan ilmukeagamaan. Sebagaimana yang dituntut dalam setiap agama, bahawa sifat sabaradalah perkara yang paling penting dalam kehidupan. Isu guru memukul muridkerana kurang rasa sabar terhadap kerenah murid dapat dihindar dan guru dapatmenasihati murid agar tidak mengulangi kesalahan di masa akan datang. Bukansemua guru mempunyai sifat sabar yang tinggi terhadap anak didik mereka, namunguru yang sentiasa bersabar akan kerenah murid mereka akan dikenang dandisanjung apabila murid tersebut dewasa kelak. Guru yang bertindak memukul muridhanya akan mengundang perasaan dendam mereka terhadap guru danmenimbulkan kemarahan ibu bapa mereka. Guru yang memukul murid kerana murid membuat bising semasa gurumengajar dan tidak menghantar kerja sekolah dapat diatasi apabila guru bersikapbaik dan mengambil berat akan mereka. Terdapat guru yang tidak mengendahkanmurid mereka, dan hanya melakukan pengajaran semata-mata di dalam kelas, sertatidak melakukan komunikasi dua hala bersama murid. 10
  • 11. Murid yang tidak faham akan pengajaran guru terpaksa mendengar isipelajaran yang disampaikan oleh guru, menyebabkan lama-kelamaan merekaberasa bosan dan mula mengganggu rakan-rakan mereka. Situasi tersebutberterusan dan seterusnya menimbulkan kebisingan di dalam kelas sewaktu gurusedang mengajar. Guru yang sedang mengajar di hadapan kelas hilang sabar danterus memukul murid kerana bermain sewaktu guru sedang mengajar di hadapan. Oleh yang demikian, perlu dinilai kembali pengajaran yang dilakukan olehguru terhadap murid. Kaedah pengajaran yang pelbagai dan menimbulkan rasaseronok dalam kalangan murid amat dituntut dalam proses pengajaran danpembelajaran di dalam kelas. Di samping murid mendapat ilmu pengetahuan yangdisampaikan oleh guru, mereka juga seronok dan berminat untuk belajar bersamadengan guru. Murid juga dapat berkomunikasi dengan memberi pendapat merekakepada guru. Elakkan daripada hanya menggunakan papan hitam sahaja sebagaimedium pengajaran kerana murid akan berasa bosan apabila melihat perkara yangsama berulang-ulang kali. Guna kaedah dan teknik pengajaran yang berlainansetiap kali melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Elakkanmurid berasa bosan dengan menggunakan pengajaran yang sama. Pemilihan kaedah atau teknik pengajaran yang tepat juga dapatmeningkatkan prestasi dan kefahaman murid dalam pembelajaran berbandingdengan hanya berbantukan papan hitam. Guru perlu mempunyai kemahiran untukmengajar murid. Sufean (1996) menyatakan profesionalisme keguruan merujukkepada sifat yang ada dalam diri seseorang guru untuk mencapai keberkesanan,produktiviti, akautabiliti, kecekapan dan kemahiran untuk mengajar. Bukan semuaaktiviti dalam pembelajaran perlu menggunakan papan hitam dan papan hitam pulatidak boleh digunakan setiap masa sepanjang proses pengajaran guru. Lakukanaktiviti lakonan, simulasi, main peranan, perbincangan kumpulan, nyanyian,tayangan video dan model 3-Dimensi untuk menarik perhatian murid untukmenumpukan terhadap pengajaran guru. Dengan itu, tiada lagi murid akan bermaindan mengganggun rakan mereka sewaktu mengikuti pengajaran guru lantas tiadakebisingan yang berlaku dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Kawalan kelasjuga lebih mudah apabila murid berada dalam keadaan terkawal dan tidak bising. 11
  • 12. Refleksi Setelah melakukan tugasan asas kepimpinan dan perkembangan profesionalguru, banyak maklumat yang dapat saya perolehi hasil pembacaan serta penulisantugasan ini. Perlunya guru mempunyai kepimpinan yang baik agar ia menjadi contohdan ikutan kepada murid memandangkan guru merupakan ‘role model’ kepadamereka. Pelbagai isu yang timbul dalam kalangan guru dan profesion keguruan masakini yang menjejaskan imej dan kredibiliti para guru. Tindakan-tindakan negatif yangdilakukan oleh sebilangan guru seperti memukul murid, mengurung murid sertamencederakan murid menyebabkan seluruh institusi keguruan dipalit dengankontroversi. Kredibiliti dan akauntabiliti guru dipersoal apabila mereka bertindakdengn sesuka hati terhadap murid hingga mendatangkan kecederaan malahkematian terhadap murid. Peraturan mengenakan tindakan telah diwartakan dalampekeliling oleh para guru, tetapi kejadian memukul murid yang terjadi inimenandakan bahawa guru tidak mematuhi pekeliling yang dirangka olehKementerian Pelajaran Malaysia. Setelah menamatkan tugasan ini, saya menyedari bahawa tugas menjadiseorang guru amat mencabar. Guru perlu mempunyai sifat sabar yang tinggi dalammelayani kerenah murid dan tidak mudah naik angin terhadap tindakan yangdilakukan oleh murid. Pelbagai cara lain yang boleh dikenakan terhadap murid yangberbuat salah selain daripada memukul murid. Hanya dengan membuat bising muriddipukul oleh guru. Ini menunjukkan guru telah kehilangan sifat profesional merekadalam menjalankan tugas. Memukul murid dengan sesuka hati boleh mendatangkankecederaan kepada mereka. Untuk merotan murid, perlunya guru untuk mendapat kelulusan dankebenaran daripada guru besar sekolah terlebih dahulu. Kebanyakan daripada gurutidak mengendahkan perkara ini dan mereka mendenda murid mengikut sesuka hatimereka tanpa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh KementerianPelajaran Malaysia. Oleh yang demikian, guru yang melakukan tindakan yang tidakmendapat kebenaran daripada guru besar sekolah adalah salah dan bolehdikenakan tindakan tatatertib. 12
  • 13. Selain daripada itu, setelah menamatkan tugasan ini saya dapatmengenalpasti cara-cara untuk menjadi guru yang baik dan mengikut kod etikakeguruan. Guru perlu patuh terhadap kod etika berkenaan dan menyediakanperkhidmatan sebagai guru dengan cara yang paling baik kepada klien iaitu murid.Tiada kekasaran yang boleh dilakukan guru terhadap murid. Guru juga perlumenghormati murid dan mengetahui punca murid bermasalah, dan bukan hanyasewenang-wenangnya menghukum murid. Hormat-menghormati adalah perlu antaraguru dan murid. Murid sentiasa memberi ucapan salam kepada guru dan gurusentiasa mengambil berat terhadap murid dengan selalu bertanyakan diri mereka. Isu guru memukul murid perlu dihapuskan segera oleh pihak atasan danKPM. Ini penting untuk memartabatkan kembali profesion keguruan di matamasyarakat. Guru terkenal dengan sifat baik hati dan pemurah, dan jika keadaannegatif tadi berterusan, guru akan diberi pula gelaran pemarah dan pembengis.Apabila gelaran tersebut diberikan oleh masyarakat kepada guru, ia menandakanmasyarakat sudah tidak memandang tinggi akan profesion keguruan dan tidak akanmenghormati guru. Saya menyedari bahawa bidang keguruan perlu dijulang kembalidengan guru mematuhi kod etika keguruan. Guru perlu peka dan prihatin terhadapperkembangan murid. Oleh sebab itu, perlunya tindakan dikenakan terhadap guru yang bersikapkejam dan memukul murid tanpa usul periksa dengan teliti. Mahu atau tidak, guruperlu mempunyai sifat sabar yang tinggi sebelum menghukum murid. Memberihukuman kepada murid juga mempunyai batasnya iaitu merotan murid setelahmereka melakukan kelasalahan serius sahaja. Manakala kesalahan yang ringan,murid hanya diberikan amaran oleh guru. 13
  • 14. BibliografiBuku rujukanAhmad Subki bin Miskon & Syed Ismail bin Syed Mustafa (2010) Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional. Puchong, Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2007) Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Ee Ah Meng (2003). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn. Bhd.Institut Tadbiran Awam Negara (1994).Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. INTAN. Kuala LumpurMahathir Mohamad (2001). Ucapan Perasmian Kongres Pendidikan Melayu Pertama, Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.Leech, Geoffrey. (1983). Prinsip-prinsip pragmatik. Jakarta: Universitas IndonesiaSufean Hussin (1996). Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka 14
  • 15. Laman WebDipetik daripada http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/guru-pukul-murid-didakwa-1.36431Dipetik daripada http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view =article &id=383&Itemid=124&lang=bmDipetik daripada http://www.moe.gov.my/Dipetik daripada file:///C:/Users/Lenovo/Desktop/Berita%20Harian%20% 20%20Profesion %20perguruan%20patut%20dimartabat.htmDIpetik daripada http://www.hmetro.com.my/articles/Cikguambilnyawa/ArticleDipetik daripada http://www.sabahforum.com/forum/current-issues/topic896.htmlDipetik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/ info.asp?y=2011&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htmDipetik daripada http://skkolapisbeluran.tripod.com/id71.html 15
  • 16. Lampiran Lampiran 1 16
  • 17. 17
  • 18. Lampiran 218
  • 19. Lampiran 319
  • 20. 20