Tugasan Afif

3,681 views
3,597 views

Published on

0 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,681
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
243
Comments
0
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan Afif

  1. 1. 1.0 Pengenalan Dunia hari ini kian diancam dengan pelbagai gejala tidak sihat yang seringdiwar-warkan media.Apa yang dapat dilihat, semakin negara kita menuju ke eraglobalisasi, semakin meningkat pula pelbagai gejala sosial seperti seks bebas,penagihan dadah dan sebagainya. Perkara sebegini bukanlah perkara yang asingbagi rakyat di Malaysia.Sektor pendidikan pula diberi tanggungjawab dalammemainkan peranan utama untuk mendidik masyarakat dan anak-anak mudasupaya menjauhi gejala-gejala tidak bermoral.Namun, dalam beberapa tahunkebelakangan ini, masyarakat dikejutkan pula dengan artikel Utusan Malaysiabertarikh 22 Julai 2010 yang bertajuk ‘Guru Cabul Murid Tahun Satu’. Guru adalah sebuah profesion yang merupakan harapan setiap lapisanmasyarakat untuk memperbaiki diri. Di mana-mana sahaja di pelusuk dunia, kerjayaguru merupakan sebuah kerjaya yang dianggap mulia dan dipandang tinggi di sisimasyarakat sejagat.Namun apabila perkara sebegini dikeluarkan dalam artikelmedia cetak, secara amnya, kemungkinan persepsi masyarakat terhadap kerjayamulia seorang guru terus bertukar menjadi negatif.Dalam artikel tersebut, guruberusia 50 tahun itu didakwa mencium pipi mangsa di belakang pintu bengkelkemahiran hidup. Mangsa mendakwa menerima arahan guru tersebut untuk pergi kebelakang bengkel kemahiran hidup dan tidak mengesyaki akan diperlakukansebegitu. Bapa mangsa telah membuat laporan di balai polis pada hari kejadian iaitu21 Julai 2010 pada jam 8 malam. Sememangnya kes cabul bukanlah satu perkara yang asing di negara kitaapatah lagi dengan pengaruh pelbagai perkara seperti media dan sebagainya.Namun sebagai insan guru, guru tersebut telah melanggar kod etika profesionperguruan yang pertama iaitu ‘Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupasehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkanhilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan’ dan kesepuluh iaitu‘Guru tidak harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang bolehmembawa jatuhnya darjat profesion perguruan’. Dalam kes seperti yang dilaporkandalam artikel tersebut, jelas sekali guru tersebut telah melakukan kesalahan bukansahaja kepada murid tersebut malah kepada profesion perguruan sendiri. 1
  2. 2. Perbuatan cabul boleh juga dilabel sebagai salah satu perbuatan gangguanseksual.Secara umumnya terdapat 2 kategori gangguan seksual iaitu gangguanseksual berbentuk ugutan dan juga gangguan seksual berbentuk ancaman terhadapketenteraman peribadi.Dalam artikel tersebut, ada dinyatakan bahawa guru tersebutmemberikan arahan kepada muridnya untuk pergi ke tempat yang agak sunyi iaitu dibelakang bengkel Kemahiran Hidup dan selepas melakukan perbuatan tidakbermoral tersebut, guru tersebut telah meminta mangsa merahsiakan kejadiantersebut.Mangsa yang berada dalam keadaan terkejut telah lari menyembunyikandiri dan terus memberitahu ibu-bapanya sebaik pulang ke rumah.Ini menunjukkanguru tersebut berada dalam kategori kedua iaitu gangguan seksual secara peribadiyang dianggap mangsa sebagai ancaman, ugutan, atau penghinaan. Menurut Kementerian Sumber Manusia (1999), terdapat 5 jenis gangguanseksual yang sering berlaku dalam kalangan anggota masyarakat pada hari ini iaitugangguan secara lisan, isyarat, visual, fizikal, dan psikologikal. Melalui kenyataanmangsa berkenaan perlakuan guru terbabit dalam artikel, jelas menunjukkanmangsa telah diganggu secara fizikal iaitu melalui sentuhan ciuman.Ini merupakankali pertama juga guru tersebut memperlakukan gangguan seksual ke atas muridtersebut sehinggakan murid tersebut langsung tidak mengesyaki apa-apa. Ini sekaligus menjadikan murid tersebut berasa malu dan terhina serta telah meminta keduaibu-bapanya menukarkannya ke sekolah yang lain. Selain itu gangguan lain seperti gangguan isyarat adalah perlakuanseseorang yang digambarkan secara menjeling, menggoda, dan merenung yangmenunjukkan keinginan seksual tanpa sebarang sentuhan. Gangguan visual pulaadalah perlakuan menghantar nota, gambar, pesanan ringkas melalui telefonkepada mangsa yang berbaur seksual sehingga menyebabkan mangsa berasatersinggung dan terugut.Gangguan secara lisan pula adalah gangguan yang dapatdilihat dalam penggunaan bahasa berunsur lucah dan berbentuk seksual ke ataspenampilan, pemakaian, dan tubuh mangsa. Gangguan seksual secara psikologikalpula adalah mangsa yang cuba dirapati melalui dorongan dan desakan berkali-kalimelalui pelbagai cara seperti telefon dan emel sehingga menyebabkan mangsatertekan secara emosi dan mental. 2
  3. 3. Melalui laporan artikel yang telah disiarkan di dalam akhbar tersebut, jelasmenunjukkan gejala tidak bermoral sudah pun mula menular danberleluasa.Contohnya di sekolah seperti yang terdapat di dalam artikel ini.Gangguanseksual yang melibatkan pendidik sememangnya sesuatu yang tidak boleh diterimagolongan masyarakat pada hari ini kerana masyarakat mengharapkan pendidiklahyang dapat memperbaiki sikap dan nilai yang ada dalam diri murid-murid. Sekiranyamurid tahun 1 pun sudah menjadi mangsa seksual, apa lagi perkara baik yang bolehdiharapkan masyarakat kepada warga pendidik di sekolah. Apa pula nasib yang bakal menimpa kepada murid tersebut jika perkara initersebar apabila berada di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi kelak. Iaakan mengakibatkan tekanan emosi yang berpanjangan. Kejadian ini juga telahmenggambarkan bahawa sekolah bukan lagi sebuah institusi yang selamat. Gurutersebut seharusnya diambil tindakan yang setimpal agar memberikan pengajarankepada warga pendidik yang lain dan memberitahu masyarakat bahawa perkaraseperti ini tidak dianggap remeh oleh warga atasan dalam bidang pendidikan. 3
  4. 4. 2.0 Faktor Penyebab Terdapat beberapa faktor berlakunya kejadian gangguan seksual khususnyadi sekolah yang melibatkan guru dan murid. Secara lazimnya, murid-murid yangtelah menjadi mangsa cabul atau gangguan seksual ini akan bertukar personalitinyamenjadi pasif, pendiam, dan mungkin juga pendendam. Ini kerana mereka yangtelah terlibat dalam gangguan ini akan berasa malu dan terhina di atas perlakuangangguan seksual seperti mencium dalam kes di atas. Ini selari dengan apa yangdiperkatakan Koss (1990). Apatah lagi, perbuatan itu dilakukan oleh orang yangdihormati dan diharapkan untuk mendidiknya menjadi insan berjaya.Apakah guruyang telah terlibat dalam kes salah laku seksual ini tidak merasakan perbuatanmereka itu salah dan melampau. Faktor pertama ialah kurang memahami etika profesional perguruan sepertiyang telah termaktub dan wajib diikuti oleh setiap lapisan guru di Malaysia. Sebagaiseorang guru, kita tidak tergamak untuk melakukan perbuatan seperti menciummurid atau gangguan seksual lain kerana ia jelas merupakan satu kesalahan danjuga menyalahi norma kehidupan seorang pendidik. Setiap kod etika profesionalguru mempunyai fungsi tersendiri untuk menjaga batasan-batasan tertentu keranasebagai seorang guru yang telah dilatih dengan penuh ilmu pedagogi, nilai, dankaedah mengajar, profesion perguruan telah dianggap sangat mulia dan tinggi di sisimasyarakat. Mengapa pula ia harus dirosakkan dengan godaan hawa nafsu yangsepatutnya tidak terjadi apatah lagi kepada murid-murid yang masih dibawah umurdan merupakan generasi pemimpin masa hadapan. Faktor kedua berlakunya kes gangguan seksual yang melibatkan guru adalahpengaruh media sama ada media cetak mahupun media elektronik. Pada hari ini,apa yang dapat dilihat adalah, pengaruh media terlalu bebas tanpa ada sebarangsekatan. Bahan-bahan berunsur lucah mudah didapati daripada internet yangmenyebabkan guru-guru terpesong daripada niat asal iaitu melayari internet untukmendapat bahan mengajar. Filem-filem romantik yang keterlaluan juga kadangkalaterlepas daripada sekatan siaran televisyen berbayar.Selain itu, iklan-iklan yangmenampilkan gadis-gadis muda yang seksi dan menggoda juga membuatkan insanbergelar guru ini kadangkala tidak dapat menahan godaan hawa nafsu sehinggakanmurid menjadi mangsa. 4
  5. 5. Faktor ketiga adalah stress guru bekerja. Stress guru merupakan pengalamanguru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan,kemarahan, dan kemarahan akibat daripada tugasnya sebagai guru (Kyriacou,2000). Akibatnya, guru-guru akan mencari alternatif untuk membuat perkara yangmenyeronokkan kerana bagi mereka ia mampu menghilangkan stress. Sedangkanmereka tidak sedar perlakuan mereka akan mengakibatkan pelbagai implikasi burukbukan sahaja kepada mangsa tetapi juga kepada kerjaya guru itu sendiri. Guru-guruyang stress atau menghadapi tekanan tinggi ini juga selalunya tidak berfkir panjangdi atas tindakan yang mereka lakukan kerana mereka hanya ingin melepaskantekanan yang dihadapi. Apatah lagi sekiranya dipengaruhi faktor lain contohnyadaripada media elektronik, guru-guru ini akan cuba mencari alasan untukmengaplikasikan apa yang mereka lihat terhadap murid-murid. Faktor seterusnya iaitu faktor keempat adalah faktor masalahkeluarga.Terdapat guru yang melakukan salah laku seksual ini berpunca daripadatekanan yang dihadapi contohnya masih belum berkahwin, bercerai, atau punmasalah seksual bersama pasangan masing-masing di rumah.Dalam masalah ini,khususnya guru lelaki, mereka tidak mempunyai tempat untuk mengadu dan egomereka juga menghalang mereka daripada mengadu kepada tempat yangsepatutnya iaitu bersama kaunselor atau melakukan perbincangan bersamapasangan.Berpunca daripada tekanan masalah inilah, guru-guru yang terlibat dalamsalah laku seksual terhadap murid ini mengambil jalan mudah melepaskan hawanafsu mereka.Bagi pasangan yang bercerai dan belum berkahwin juga, keperluanseksual mereka yang tidak dipenuhi menyebabkan nafsu dilepaskan terhadap anakdidik mereka. Faktor kelima yang juga tidak kurang pentingnya adalah faktor tiadakesedaran agama. Apabila tiada kesedaran agama, manusia tidak akan dapatmembezakan yang halal dengan yang haram dan bertindak mengikut kehendaksemata-mata. Abd Rahim (2003) menyatakan bahawa perkembangan hidup dantingkah laku manusia didorong oleh kemahuan, kehendak, dan kuasaseksualiti.Sedangkan ilmu agama telah diajar sejak daripada sekolah rendah namunakibat tidak diaplikasikan dalam diri dengan sebaiknya, guru-guru yang terlibatdalam kes tidak bermoral ini hanyut begitu sahaja.Jika ada kesedaran agama yangtinggi, mereka tidak akan melakukan perbuatan terkutuk sebegitu dan menganggap 5
  6. 6. anak didik anugerah daripada tuhan untuk dididik supaya menjadi manusia bergunakelak. Selain daripada lima faktor di atas terdapat juga faktor lain yangmenyebabkan insan guru melakukan salah laku seksual ke atas murid. Antaranyaadalah penggunaan pil perangsang, sifat kasih sayang yang keterlaluan melaluisentuhan, dan juga respon daripada murid.Murid-murid hari ini juga telah banyakdidedahkan dengan perkara negative melalui media menyebabkan mereka berfikiranterlalu terbuka dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Guru yang terlibatdalam hal ini juga kadangkala tidak berniat untuk melakukan seperti mencium dansebagainya, tetapi apabila mendapat peluang, mereka akan terus melakukannyatanpa berfikir panjang mengenai apa yang merekal lakukan dan ke atas siapamereka lakukan. Justeru, punca-punca yang telah dikenalpasti ini harus difahamidengan baik oleh masyarakat khususnya guru supaya dapat mengelakkan daripadamelakukan salah laku seksual sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. 6
  7. 7. 3.0 Implikasi Yang Berlaku Masalah gangguan atau salah laku seksual guru terhadap murid kini bukanlagi kes terpencil.Terdapat 2 hingga 3 kes lagi yang serupa berlaku beberapa tahunkebelakangan ini. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dan dipandang ringan,pelbagai implikasi dibimbangi akan berlaku dalam masyarakat. Ini kerana, kesansalah laku seksual ini bukan sahaja terhadap guru yang melakukan perbuatantersebut, tetapi juga kepada mangsa, ibu bapa, masyarakat, dan juga rakan-rakanguru yang lain. Dari segi implikasi terhadap guru, terdapat beberapa kesan yang akandihadapi sekiranya berlaku salah laku seksual terhadap murid ini berlaku.Implikasinya terhadap guru yang pertama adalah hubungan antara guru dan muridterganggu.Ini bermaksud, benih kebencian mungkin boleh wujud daripada murid-murid terhadap guru. Selain itu, tiada lagi rasa hormat terhadap guru sebaliknyamurid akan berdendam dan sentiasa rasa tidak selamat apabila berada bersamaguru sama ada berada di dalam kelas mahupun ketika program-program lawatandan sebagainya. Hubungan guru dengan rakan sejawat juga akan musnah. Rakansejawat lain terutamanya guru perempuan pasti berasa geram, tidak berpuas hati,dan bersangka buruk terhadap guru yang melakukan salah laku seksual terhadapmurid-murid. Secara tidak langsung juga, guru-guru perempuan akan berasa tidakselamat apabila berdekatan atau berselisih dengan guru yang melakukan perbuatantidak bermoral ini. Apabila keadaan ini berlaku, secara tidak langsung ia juga akan memberikesan kepada guru yang terlibat. Kesan pertama adalah tekanan emosi yang tinggikerana dipulaukan rakan sekerja dan tidak mendapat rasa hormat daripada murid-murid.Terri Mauro (2004) menyatakan bahawa terdapat banyak faktor gangguanemosi contohnya masalah ketidakfungsian otak, pemakanan, dan masalahkeluarga.Kata-kata kejian yang dilemparkan atas kesalahan lalu pasti akanmewujudkan rasa kesakitan dalam diri guru terbabit walaupun guru tersebut sudahinsaf. Kemungkinan juga guru tersebut akan mengulangi kesilapannya yang lalukerana tidak tahan dengan cemuhan dan rasa dendam kepada orang sekeliling.Keluarga guru terbabit termasuk isteri, anak-anak, malah ibu bapa juga tidakterlepas daripada tanggapan negatif masyarakat sekeliling. 7
  8. 8. Dari segi implikasi masa panjang pula, persepsi masyarakat bahawa tugasguru untuk mendidik akan berubah sama sekali. Pandangan serong bahawa gurukini tidak boleh dipercayai lagi mungkin wujud sekiranya masalah ini berlarutan dantidak diambil pendekatan wajar. Ini akan menyebabkan guru-guru lain yang tidakbersalah juga akan terkena tempias tuduhan masyarakat. Rasa malu terhadapprofesion perguruan juga akan timbul dalam diri guru-guru lain sedangkan merekaberhempas pulas mendidik anak bangsa, tetapi dek kerana kesalahan rakansejawat, tuduhan liar telah dilemparkan kepada mereka semua. Selain itu, sudah pasti antara implikasi terbesar adalah kepada mangsagangguan seksual itu sendiri. Mangsa gangguan seksual selalunya akan berubahbersifat pasif. Apatah lagi apabila orang yang melakukannya adalah guru sendiriyang perlu berdepan dengannya setiap hari. Pasti rasa benci, dendam, dan murungakan wujud dalam diri mangsa. Ini sekaligus akan menyebabkan mangsa takut dantidak mahu ke sekolah. Apabila tiba ke tahap ini, prestasi akademik mangsa secaratidak langsung akan menurun dengan mendadak kerana tiada lagi rasa minat untukbelajar kerana bagi mereka maruah yang mereka pelihara selama ini telah tercabul.Dari segi implikasi jangka masa panjang, mangsa akan menjadi fobia dengan mana-mana lelaki yang memandangnya. Selain itu, tekanan emosi dan mental semestinyaakan mendorong mangsa melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akalcontohnya seperti mencederakan diri sendiri dan bertukar personaliti kepada‘tomboy’. Seterunsya adalah implikasi terhadap ibu bapa dan masyarakat. Hubunganantara ibu-bapa dan masyarakat dengan guru akan menjadi renggang. Persepsimasyarakat menjadi negatif dan guru. Ibu bapa juga akan menjadi fobia apabila gurulelaki mengajar anak mereka dan mereka akan berasa syak wasangka yangketerlaluan. Masyarakat juga akan memandang serong bukan sahaja kepada guruyang terlibat melakukan salah laku seksual tetapi juga kepada pentadbir sekolahserta menyifatkan mereka tidak pandai menjaga anak buah iaitu guru-guru yangmengajar. Bagi kesan jangka masa panjang pula, apabila berlaku lagi kes-kes salahlaku seumpamanya, ibu-bapa akan segera menyalahkan guru dan pihak sekolahserta melibatkan pelbagai pihak seperti peguam, wartawan, dan pihak poliswalaupun kes yang dilakukan adalah kecil dan belum terbukti guru bersalah. 8
  9. 9. Kesan seterusnya adalah kepada profesion perguruan, kesan jangka masapendek adalah darjat profesion keguruan tidak lagi dipandang mulia seperti sebelumini, malah akan dikiritik oleh pelbagai pihak yang mempersoalkan kredibiliti profesionguru. Dari segi kesan masa panjang adalah, profesion perguruan akan mengalamimasalah kekurangan guru terlatih dan berwibawa kerana anak-anak muda yangberbakat tidak berminat menjadi guru apabila dikiritik keterlaluan. Apabila profesionperguruan ini mengalami masalah kekurangan guru, secara tidak langsung akanwujud juga masalah kekurangan guru pakar yang diharapkan untuk membuatinovasi baru dalam bidang pendidikan. Sebenarnya terdapat pelbagai lagi kesan negatif yang boleh menimpapelbagai pihak akibat daripada perbuatan tidak bermoral guru terhadap murid-muridini.Justeru, guru-guru diseur agar berfikiran secara waras dalam melakukan apa-patindakan agar tidak melanggar kod etika perguruan yang mampu mendatangkanpelbagai kesan negatif. 9
  10. 10. 4.0 Cadangan &Langkah Mengatasi Masalah Pelbagai langkah telah dikenalpasti dalam usaha pelbagai pihak untukmembendung masalah salah laku seksual guru ini. Jika tidak dibendung segera,masalah ini tidak mustahil boleh menjadi lebih serius dan lebih memburukkan namajawatan guru pada masa akan datang. Namun, kerjasama pelbagai pihak diseruagar masalah salah laku seksual guru ini dapat diselesaikan. Langkah pertama yang perlu diambil adalah melalui perananpendidikan.Pendidikan merupakan pengaruh besar dalam kehidupan manusia. Jikaelok didikan yang diberikan, maka akan eloklah sikap dan jati diri dalam diri individu.Dalam isu ini, pendidikan seks merupakan alternatif yang sepatutnya digunakan.Iabertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakatkhususnya kepada murid-murid mengenai hak asasi manusia, batas pergaulan lelakidan perempuan, pencabulan, diskriminasi serta penderaan seksual. Melaluikesedaran inilah, murid-murid boleh mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasaberwaspada dengan keadaan sekeliling agar tidak diperlakukan sesuka hati olehorang lain walaupun oleh insan bergelar guru. Apabila pendidikan seks mula diterapkan ke sekolah-sekolah, secara tidaklangsung, ia juga akan memberi pengetahuan kepada guru-guru sekolah.Kadangkala guru bukan tidak mengetahui mengenai kesan pencabulan danpenderaan seksual tetapi mereka tidak sedar dan hanya mementingkan kepuasannagsu semata-mata. Apabila guru sudah mempunyai pengetahuan mantap dalambidang seks ini, secara tidak langsung ia akan mengawal diri mereka untukmelakukan perkara-perkara tidak bermoral tersebut apatah lagi kepada murid-muriddidikannya. Dalam menerapkan pendidikan seks di sekolah ini, kerahaan memainkanperanan penting dalam menjalankan kajian semula mengenai cadangan ini.Iasebenarnya banyak memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakatkhususnya golongan guru supaya sedar bahawa isu ini bukanlah isu kecil. Jika iadilakukan golongan lain mungkin masih dapat diterima masyarakat apatah lagidengan pengaruh kebebasan media pada masa kini, tetapi jika ia dilakukan olehguru, tanggapan positif masyarakat terhadap profesion yang mulia ini akan luntursama sekali. 10
  11. 11. Selain daripada aspek pendidikan, aktiviti ceramah, forum, dan kursus yangmelibatkan guru-guru bagi meningkatkan nilai dan tingkah laku positif harusdiperbanyakkan dalam kalangan penjawat awam khususnya guru.Lebih baik lagisekiranya, kursus tersebut dijalankan dengan kerjasama daripada pelbagai pihakbukan kerajaan supaya semua pihak boleh mengambil peranan masing-masingdalam membendung masalah ini. Melalui kempen-kempen kesedaran seperticeramah dan sebagainya, ia dapat memberikan kesedaran kepada guru-guru akantanggungjawab utama mereka dan mendedahkan kepada mereka mengenai nilai-nilai murni seperti kasih sayang dan hormat-menghormati. Kursus-kursus yangmembincangkan mengenai kod etika profesion perguruan perlu diperbanyakkan dandimantapkan supaya guru benar-benar memahami apakah maksud setiap kod etikatersebut. Langkah lain yang boleh diambil adalah penyediaan kemudahan kaunselingbagi guru-guru yang terlibat dan juga kepada murid-murid yang menjadi mangsagangguan seksual di sekolah. Perkhidmatan kepada guru boleh melibatkanpengurusan stress, masalah keluarga, dan pengurusan diri yang lebihbaik.Manakala kepada murid-murid pula, khidmat kaunseling lebih berbentukmemulihkan semula keyakinan dan kepercayaan murid-murid untuk mempercayaiguru dan terus bersemangat untuk belajar.Ini selari dengan pendapat Shertzer &Stone (1981) bahawa bimbingan merupakan perkhidmatan membimbing individuyang memerlukannya untuk mencapai kefahaman, pengetahuan, dan kemahirantertentu Apa yang paling penting, individu yang menjalankan khidmat kaunseling iniadalah pakar dalam bidang bimbingan kaunseling dan bersikap profesional sertatidak mengambil kesempatan di atas masalah yang dialami murid dan guru yangterlibat. Selain itu, khidmat bimbingan dan kaunseling ini juga memberi peluangkepada guru untuk mendapatkan bantuan dan nasihat sekiranya mereka hampirterjebak dengan perkara ini.Seperti kata peribahasa ‘mencegah lebih baik daripadamengubati’.Menurut Fullan (1993) menyatakan guru melibatkan diri secara produktifdalam proses perubahanm guru mempunyai tujuan moral yang dikaitkan dengantugas dan tanggungjawab mereka. 11
  12. 12. Selain itu kempen kesedaran mengenai kefahaman gangguan seksual perludidedahkan kepada murid-murid supaya mereka faham mengenai jenis-jenisgangguan seksual. Ini akan membolehkan mereka cepat menyedari danmengenalpasti mengenai gangguan seksual yang dialami. Jika kempen kesedaranini boleh dijalankan di sekolah-sekolah, murid-murid akan lebih memahamimengenai gangguan seksual dan kes salah laku seksual ini mungkin dapatdikurangkan dan diatasi segera. Antara langkah lain yang boleh diaplikasikan adalah penguatkuasaanundang-undang. Selama ini, terdapat banyak undang-undang yang termaktubberkenaan kes salah laku seksual ini, namun kurang penguatkuasaan daripadapihka yang sepatutnya menjadikan kes ini menular sehinggakan insan bergelar gurujuga terjebak sama. Bagi mengatasi kes salah laku seksual ini, penguatkuasaanundang-undang yang berat sememangnya perlu dilakukan.Antara hukuman yangdikenakan adalah penjara, denda, dan sebatan.Dalam konteks guru pula, hukumanlebih berbentuk kepada kod etika penjawat awam di mana jawatan dilucutkan sertamerta. Ini bagi memberi pengajaran kepada orang lain agar mereka menyedaribahawa kes salah laku seksual ini adalah kes yang serius apatah lagi dilakukan olehinsan pendidik terhadap anak bangsa. Terdapat pelbagai lagi langkah dan cadangan yang boleh dikenalpasti bagimembendung isu salah laku seksual dalam kalangan guru ini.Apa yang pentingadalah setiap anggota masyarakat perlu memahami konsep gangguan seksual itusendiri agar kes salah laku ini tidak dipandang ringan. 12
  13. 13. 5.0 Rumusan Isu gangguan seksual merupakan satu isu yang serius dalam masyarakat dinegara kita pada hari ini.Saban hari, ada sahaja berita mengenai salah laku seksualterpampang di dada-dada akhbar meliputi kes rogol, cabul, khalwat, dansebagainya.Isu berkenaan beberapa orang guru terlibat dalam kes gangguanseksual merupakan kes yang wujud sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Dalamkonteks perguruan, ia merupakan satu kesalahan salah laku serius yang juga bolehdigelarkan sebagai salah laku seksual. Apa yang membimbangkan guru yangseharusnya menjadi pendidik dan pembimbing telah mengajar mengenai perkarayang salah dan melanggar norma kehidupan apatah lagi terhadap murid-murid.Perkara ini seharusnya dipandang serius semua pihak supaya ia tidakmencemarkan profesion perguruan.Kesimpulannya isu ini terbahagi kepada tigaperkara utama yang perlu diambil serius iaitu punca berlaku, implikasi, dan langkah-langkah untuk mengatasi kes salah laku seksual dalam kalangan guru ini. Pelbagai punca antaranya adalah melalui pengaruh media, dorongan hawanafsu, masalah keluarga, dan tekanan kerja dikenalpasti menjadi penyebab utamakes salah laku dalam kalangan guru ini.Akibat daripada punca-punca tersebut, muridpula menjadi mangsa keadaan.Tempat yang diharapkan mampu memberibimbingan dan mendidiknya bertukar menjadi tempat yang paling ditakuti keranasikap segelintir guru yang tidak bermoral ini.Setiap manusia dijadikan oleh tuhandengan peranan masing-masing dan mempunyai fungsi masing-masing, perbuatantidak bermoral guru ini boleh disifatkan telah menyalahi norma kehidupan manusiasecara tidak langsung. Ia juga boleh menjatuhkan maruah pelbagai pihak yang tidakbersalah. Selain daripada punca-punca yang telah dikenalpasti, pelbagai implikasi jugaboleh melanda kepada pelbagai pihak iaitu guru, mangsa, rakan sejawat, keluargamangsa, dan juga profesion perguruan itu sendiri.Bak kata pepatah ‘kerana nilasetitik, rosak susu sebelanga’ sememangnya relevan dengan implikasi yang berlakuakibat isu salah laku seksual guru ini. Gangguan yang dilakukan kepada muridbukan sahaja akan mendatangkan perasaan fobia dan tidak selesa kepad murid-murid malah juga kepada keluarga murid serta rakan sejawat khususnyaperempuan. 13
  14. 14. Implikasi ini yang perlu diambil kira kerana ia bukan melibatkan satu jangkamasa yang pendek sahaja, malah mendatangkan kesan besar pada jangka masapanjang. Sekiranya masalah gangguan atau salah laku seksual ini tidak dipandangserius sewajarnya, tidak mustahil ia mungkin akan mengakibatkan kes lebih seriusseperti rogol dan sebagainya. Inilah yang paling ditakuti apatah lagi apabiladilakukan oleh seorang guru yang disifatkan sebagai pengganti ibu-bapa.Justerupelbagai langkah perlu diambil bagi membasmi isu salah laku seksual dalamkalangan guru habis-habisan.Sinclair & Anor (1994) menyatakan bahawa gangguanseksual boleh dirujuk sebagai salah satu bentuk diskriminasi yang melibatkanpenghinaan, penganiayaan, dan kelakuan yang mengancam pihak yangterlibat.Sebegitu besar pengaruh gangguan seksual terhadap mereka yang terlibat. Pelbagai pihak seperti kerajaan, pihak sekolah, ibu-bapa, murid, danmasyarakat perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam menangani masalah ini.Pihak lain tidak boleh lepas tangan begitu sahaja dan menyerahkan bulat-bulatkepada kerajaan untuk menanganinya. Sikap prihatin dan berwaspada terhadapsituasi yang mencurigakan perlu ada dalam diri setiap lapisan masyarakat agar isutidak bermoral ini boleh dielakkan dan seterusnya ditangani dengan berkesan.Justeru, semua pihak khususnya guru harus sedar akan isu ini dan memahamidengan sebaiknya agar tidak berlaku kes-kes yang lebih teruk pada masa akandatang yang melibatkan pelanggaran kod etika profesional perguruan dan penjawatawam serta melanggar norma kehidupan masyarakat. 14
  15. 15. 6.0 Refleksi Syukur ke hadrat Ilahi kerana kerja kursus dan projek membina blog laman ilmutelah dapat saya dan rakan-rakan siapkan pada masa yang ditetapkan.Semasamendapat tugasan bersama dua orang rakan lagi, saya berasa sangat seronokkerana kaedah pengajaran sebegini memberikan pengetahuan yang lebih mendalamkepada saya mengenai teknologi maklumat.Tajuk yang telah saya pilih untukmengulas artikel adalah berkenaan salah laku seksual guru terhadap murid disekolah. Dalam menyiapkan tugasan kerja kursus dan projek ini, kami bertiga banyakmelakukan perbincangan khusus berkenaan isu yang kami pilih. Pelbagai pendapatdan isu yang kami cuba ketengahkan semasa perbincangan berlangsung antarakami bertiga. Akhirnya, setelah tamat perbincangan bersama rakan-rakan, sayasendiri telah memilih tajuk berkenaan salah laku seksual guru di sekolah danseterusnya untuk tugasan projek, kami membahagikan kerja secara sama rata. Semasa menyiapkan kerja kursus ini, saya telah melakukan beberapa langkahdalam usaha menyempurnakannya.Antaranya ialah mencari maklumat di bukuilmiah dan internet berkenaan gejala sosial yang sering berlaku di sekolah padaketika ini.Kebanyakan maklumat yang saya perolehi adalah dari sumber laman-laman web. Pelbagai sumber diperolehi sama ada dalam bentuk penulisan. Selain itu jugasaya telah membuat beberapa perbincangan bersama rakan-rakan untukmembincangkan masalah yang di hadapi. Melalui kerja kursus yang diberi olehpensyarah ini, banyak pengetahuan diperolehi seperti statistik guru-guru yangterlibat dalam salah laku dan pelanggaran kod etika profesional serta cabaran yangbakal dihadapi oleh guru pada masa akan datang. Walaupun begitu, masih lagi terdapat halangan yang perlu dihadapi.Kelemahanyang dapat saya perhatikan ialah bahan rujukan untuk menghasilkan tugasan initidak mencukupi dan fakta yang saya perolehi seperti statistik-statistik berkenaanbukanlah data yang terkini.Kekurangan sumber rujukan adalah menjadi masalahyang ketara kerana sebahagian markah diambil dari rujukan daripada bahan bacaanilmiah. 15
  16. 16. Selain itu, tugasan yang bertindih menyebabkan pelajar menjadi kelam kabutuntuk menghantar kerja kursus serentak.Bagi saya, untuk menyelesaikan kedua-duamasalah tersebut adalah dengan memperbanyakkan lagi bahan atau sumberrujukan di perpustakaan dan saya perlu bijak menguruskan masa supaya setiapkerja kursus dapat dihantar dalam masa yang ditetapkan. Melalui tugasan projek membina laman ilmu berdasarkan rumusan yang telahdibuat melalui artikel yang dipilih, saya mendapati ianya sangat mempengaruhi sayadan rakan-rakan lain. Kami kini lebih peka dengan hal ehwal semasa yangmelibatkan perguruan serta secara tidak langsung kami telah dapat meningkatkankemahiran menggunakan teknologi maklumat pada masa kini. Ini adalah pentingbagi kami kerana ianya boleh diaplikasikan di sekolah apabila mula mengajar padamasa akan datang. Pada pendapat saya, terdapat kaitan secara tidak langsungantara tugasan dan artikel yang dirumus iaitu kes salah laku seksual sebenarnyaberpunca daripada pelbagai aspek yang perlu diteliti sebelum langkah mengatasinyadiaplikasikan.Pengaruh media sememangnya besar terhadap diri individu.Inilah yangperlu dipandang serius supaya kemudahan teknologi tidak digunakan untuk perkara-perkara negatif. Saya berharap tugasan seperti ini dapat diperbanyakkan lagi pada masa akandatang. Hal ini kerana segala pengetahuan yang saya perolehi semasamenghasilkan tugasan ini dapat digunakan semasa di sekolah nanti. Akhirsekali,saya berharap agar pensyarah pembimbing berpuas hati dengan kerja kursusini. Sekian terima kasih. 16

×