• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Assigment etika wati
 

Assigment etika wati

on

  • 13,857 views

 

Statistics

Views

Total Views
13,857
Views on SlideShare
13,857
Embed Views
0

Actions

Likes
7
Downloads
614
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

11 of 1 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Assigment etika wati Assigment etika wati Document Transcript

    • SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim1.0 Pengenalan Tujuan etika dibentuk pada amnya adalah digunakan untuk diri sendiri danmasyarakat di sekelilingnya. Kod etika profesional adalah salah satu ‘alat kawalan’sosial yang digunakan sebagai satu panduan dalaam mendisiplinkan diri ke arah yanglebih beretika. Ianya berfungsi sebagai landasan dalam menjalankan pelbagai kerjadengan lebih baik dan lebih teratur. Dalam pendidikan seringkali diterapkan perlakuandan amalan yang baik kepada pelajar agar mereka dapat mengamalkannya sepanjanghayatnya. Namun terdapat faktor-faktor tertentu yang menyebabkan seseorang itumelanggar etika seperti faktor pengaruh keluarga (family influence), pengaruh rakan(Peer Influence), pengalaman hidup (life experience), nilai peribadi dan prinsip moral(personal value and morals) dan faktor keadaan (situation factors). Seringkali apabilasesebuah organisasi berdepan dengan masalah etika, maka jalan terakhir untukmenyelesaikannya ialah dengan merujuk kepada undang-undang untuk mengawalkeadaan tersebut.2.0 Definisi Etika Terlalu banyak definisi etika diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa kesemasa. Istilah etika berasal daripada perkataan Greek ‘ethos’ yang bermaksud khususkepada ‘character’, atau perwatakan dan keperibadian Gluck (1986:176) telah mendefinisikan etika sebagai,’kajian filosofikal terhadapmoraliti’. Shea (1988: 17) mendefinisikan etika sebagai “prinsip-prinsipbertingkahlaku yang mengawal individu atau profesion “ dan sebagai “ satu standardtingkah laku” Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita dalamapa juga tindak tanduk perlakuan. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itusendiri tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapatmencapai tahap etika yang dikehendaki. 1
    • SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim2.1 Definisi Etika dalam Islam Moral dan etika dalam Islam, meskipun berbeza dikenali sebagai akhlak. Akhlaqadalah perkataan Arab, kata jamak kepada perkataan Khuluq. Akhlak termasuklahtabiat, adab, maruah dan lain-lain perbuatan mulia atau positif yang dilakukan olehseseorang individu. Dari segi istilah, akhlak boleh diringkaskan sebagai keadaankejiwaan yang akan membentuk tingkah laku manusia. Menurut perspektif Islam, akhlak adalah suatu sains atau kajian terhadap sistem-sistem keimanan (I’tiqadat) iaitu kajian terhadap baik buruk sesuatu tingkah laku denganobjektif untuk memperaktikkan bukan untuk kepentingan ilmu tetapi mengkaji tentangtingkah laku manusia berhubung dengan Allah sesama manusia dan alam semesta.2.2 Definisi Etika menurut kamus Dewan Menurut kamus Dewan edisi ketiga, etika bermaksud prinsip moral (atau akhlak)atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatukumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain)2.3 Defisini nilai dan etika dari segi Bahasa Nilai adalah ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atausesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utamadalam masyarakat. Penerimaan dan penghayatan nilai-nilai utama oleh masyarakat akanmenjamin rakyat yang berpendidikan lengkap dalam hubungan masyarakat iaitu perilakuetika, sosial dan budaya ilmu. Etika pula bermaksud tanggungjawb dan akibat bagi tingkah laku seseorangterhadap masyarakat. Setiap anggota masyarakat atau organisasi berkewajipanmemahami tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku seseorang individu tersebut. 2
    • SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim3.0 Pembentukan teori etika Etika bermula di zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah hanyamemberikan tumpuan kepada kebaikan moral. Socrates menggunakan pendekatan yangmencabar dan menggalakkan rakan-rakannya untuk berfikir tentang kebaikan dankesihatan roh. Idea utama Soccrates tentang etika adalah berhubung dengan menyakinkanorang agar berakhlak mulia. Socrates menyatakan bahawa kebahagian adalah mustahildiperolehi tanpa memiliki kebaikan moral dan tindakan yang tidak beretika akanmengganggu orang lain malah beliau menganggap orang yang tidak beretika sebagaiorang yang lemah dan mempunyai psikologi yang tidak sihat. Plato mengkaji hubungan etika dengan personaliti manusia. Kebaikan moraladalah suatu imbangan dan harmoni dikalangan perbezaan yang wujud dalam roh.Kebaikan moral adalah suatu keperluan terhadap kesihatan roh tetapi kebaikan sejatiadalah sukar dicapai. Mengikut Ploto kebaikan moral adalah berada di bahagianintelektual. Aristotle pula, beliau melihat kebaikan moral agak berbeza daripada plotodan Soccrates di mana beliau menyatakan bahawa kebaikan moral mempunyai hubunganyang sedikit dengan intelektual tetapi lebih kepada sifat (character) atau personaliti.Ploto dan Socrates pula menyatakan beretika itu mempunyai hubungan yang rapat antarakebaikan moral dan personaliti ang sihat. Bagaimanapun ketiga-tiga ahli falsafah iniberpendapat bahawa kebajikan seseorang itu bergantung sepenuhnya dan berada dalamtangan seseorang itu. Sekiranya beretika dahulu menekankan kebaikan moral dan rasionalnya, etikamoden banyak memfokuskan kepada menentukan sifat-sifat beretika menerusi tindakan.Etika moden telah membentuk dua persaingan iaitu tindakan yang mempunyai sifat etikadalaman dan memerlukan status moral daripada akibat (consequences) yang dibuat.Atautindakan itu sama ada betul atau salah.3.1 Penyataan dalam teori etika 3
    • SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim Etika deskriptif merupakan suatu disiplin yang membicarakan tentang sejarahsistem moral. Etika deskriptif memberitahu bagaimana ahli masyarakat harusbertingkahlaku, apakah peraturan yang digunakan dan dianuti dalam sesebuahmasyarakat dan sebagainya. Etika deskriptif menyedarkan manusia bahawa terdapatberbagai system moral yang bersifat relatif di muka bumi ini iaitu etika Islam,Kristian,Buddha, Hindu dan sebagainya. Etika ini menyatukan bentuk atau karektor sesuatusistem moral yang ada tanpa membuat penilaian, pengadilan dan keputusan terhadapsystem tersebut. Etika nomatif merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan dengantingkahlaku yang baik dan jahat. Ianya menjurus kepada kenyataan yang memberitahuapa yang mesti dilakukan dan apa yang betul. Ia menilai, mengkritik dan membuatkeputusan terhadap sistem yang ada disamping menerangkan sesuatu undang-undangmoral yang dianggap terbaik, bukan undang-undang moral yang sedia ada dan sedia diterima. Etika normatif mengemukakan sistem moral yang piawai berpandukan sistemsedia ada. Etika Normatif menyedarkan kita bahawa tidak semua nilai moral berubahmengikut perubahan masa tetapi ada yang terus kekal dipelihara meskipun budayamengalami perubahan. Inilah yang dikatakan sebagai nilai mutlak dan biasanyaberkaitrapat dengan agama. Golden Rule merupakan contoh prinsip etika normatifklasik. Jika mahu orang melakukan perkara yang baik kepada kita, kita perlu melakukanperkara yang baik juga kepada orang lain.3.2 Teori dan aliran pemikiran Aliran pemikiran terhadap sesuatu teori itu adalah berbeza. Teleologi merupakanteori yang melihat kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan. Sesuatu perbuatan itudiketahui sama ada baik atau buruk sehinggalah melihat kepada kesannya. Deontologipula teori yang berasakan kepada prinsip asas iaittu kewajipan manusia. Teori ini berasaldaripada perkataan Greek, deon iaitu tugas (duty) yang merujuk kepada kewajipanindividu. 4
    • SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim Subjektif ialah penilaian terhadap sesuatu etika berdasarkan kepada penilaian dirisendiri. Individu berhak meletakkan nilai sama ada baik atau sebaliknya. Perasaanperibadi terlibat dalam menilai dan menentukan baik buruk sesuatu tindakan. Objektifpula kod moral adalah bebas dari kepentingan individu. Baik dan buruk tidakbersandarkan kepada sikap individu tetapi wujud dengan sendirinya. Naturalisme berpendapat sesuatu perbuatan itu baik atau buruk bergantungkepada pengalaman keseronokan. ‘Baik ‘ perlu dijelaskan dengan dalam bentuk kualitifakta alam seperti memenuhi keperluan manusia, mendatangkan kebahagian, kenikmatandan sebagainya kepada manusia. Manakala Non Naturalisme pula moral adalah sesuatuyang unik dan tidak boleh dikelaskan Sesuatu perlakuan itu baik kerana ianya memangbaik. Relativisme berpendapat seuatu yang baik oleh satu masyarakat tidak mungkindianggap sedemikian oleh masyarakat yang lain. Contoh masyarakat Barat danmasyarakat Timur memberikan nilai moral yang berbeza bagi tingkahlaku yang serupa.Manakala Absolutisme pula berpendapat prinsip moral berbeza dari satu budaya denganbudaya yang lain. Bagaimanapun prinsip asa sejagat adalah sama. Misalnya semuamasyarakat meletakkan nilai yang tinggi kepada kebaikan.4.0 Kepentingan pendidikan beretika Pendidikan beretika sewajarnya bermula dari rumah hinggalah ke peringkatpendidikan yang lebih tinggi ibarat kata pepatah ‘ melentur buluh biarlah darirebungnya’. Hal yang demikian, pihak berwajib seperti Kementerian Pelajaran Malaysiadan Pusat Perkembangan Kurikulum yang berkait rapat dengan pendidikan perlumemberi perhatian sewajarnya bagaimana pendidikan beretika ini boleh dilaksanakan.Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan “untuk melahirkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkanwarganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikansumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara”. 5
    • SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim Di peringkat rendah seperti mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan (PSK),pendidikan Moral, Pendidikan Islam perlu dikemaskini dengan menekankan kepentinganetika dan akhlak. Guru sebagai pemangkin ilmu yang menyalurkan ilmu dan didikanterhadap semua pelajar. Penerapan nilai-nilai murni dan moral dalam pengajaran danpembelajaran sudah pasti dapat membentuk etika yang diingini untuk masa akan datang. Begitu juga ketika berada di pusat pengajian tinggi, pendidikan beretika ini perluditerapkan lebih awal dan diwajibkan kepada setiap graduan. Dengan adanya pendidikanberetika ini dapat membimbing graduan untuk keluar berhadapan dengan realitikehidupan yang kompleks. Pendidikan beretika ini juga dapat mendidik seseorang ituberfikir dengan waras dan menentukan sesuaatu perbuatan yang dilakukan sama ada baikatau buruk. Sebagai sebuah negara yang merdeka, Malaysia menekankan prinsip rukun negarayang menitikberatkan etika kepada setiap warganegara selaras dengan prinsip RukunNegara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Dengan adanya pendidikanberetika ini sudah pasti dapat membentuk masyarakat Malaysia yang dikehendakimengikut fahaman agama masing-masing yang menekankan lebih kepada kebaikan.Sebagai contoh, orang Islam perlu menjalani kehidupan berlandaskan Al-Quran danSunnah Rasulullah agar tidak terpesong akidah dan akhlaknya. Justeru dapat membentuksebuah masyarakat Madani (moden berteraskan Al-Quran).4.1 Langkah-langkah ke arah pendidikan beretika Bagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), Moral dan PendidikanIslam, masa pengajaran perlu ditambah dan pengisian isi pelajaran lebih berfokus kepadapendidikan beretika. Ini boleh diterapkan dalam aktiviti berkumpulan, pembelajarankolaboratif dan sebagainya. Bukan itu sahaja, matapelajaran lain juga boleh diserapkanunsur etika dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pihak Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu memperluaskan kempendan poster bagi mempromosikan etika dalam organisasi seperti pemakaian lencana “sayaanti rasuah” yang dipakai oleh setiap anggota Polis Di Raja Malaysia. Ini bertujuan 6
    • SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahimuntuk menyedarkan kedua-dua pihak bahawa rasuah adalah amalan yang terkutuk danperlu dibenteras. Aktiviti kemasyarakatan mahupun organisasi seperti ceramah, forum, seminar,pameran dan sebagainya perlu sentiasa menyelitkan unsur-unsur positif dan beretikadalam program yang dilaksanakannya seperti ceramah agama. Selain itu media massadan media elektronik perlu beretika dalam menyalurkan maklumat kepada umum keranakedua-dua media ini mempunyai pengaruh yang besar dalam penyebaran maklumatkepada masyarakat. Selain itu badan kerajaan seperti Kementerian Penerangan Malaysia perlumemainkan peranan yang penting mempertingkatkan penyaluran bahan media danmaklumat kepada segenap lapisan masyarakat dan bukan hanya tertumpu kepadasesebuah organisasi sahaja. Contohnya penerangan kempen Bersih, Cekap dan Amanahperlulah diwar-warkan secara langsung dan berterusan agar sentiasa menjadi pedomankepada setiap anggota masyarakat. Badan Perundangan perlu mewartakan setiap Akta agar diketahui umum. Sebagaicontoh, penguatkuasaan undang-undang mampu membenteras kegiatan rasuah. Tindakanmemecat pesalah jenayah ini terutamanya jika mereka yang terbabit merupakan kakitangan kerajaan menjadi langkah yang bijak. Hukuman seperti sebat atau penjara yanglama turut memberi kesan jika hukuman dijatuhkan tanpa mengira status dan kedudukanseeorang pesalah. Aspirasi kerajaan untuk modal insan yang cemerlang pada masa hadapan denganmelibatkan remaja dalam program Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerana telahterbukti pengisiannya lebih kepada penerapan nilai-nilai moral dan membentuk individuyang lebih beretika menerusi prgramnya iaitu khidmat Masyarakat. Tambahan program-program seperti ini membentuk seseorang individu itu mempunyai jati diri yang kuat.5.0 Keperluan beretika dalam organisasi Bagi seseorang individu yang bakal menyertai alam pekerjaan, mereka perlubersedia dan menerapkan latihan etika yang mencukupi dalam dirinya. Sebagai contoh, 7
    • SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahimuntuk memaski bidang perguruan, setiap calon perlu menjalani ujian UKELP untukmenilai sejauh mana nilai dan sahsiah yang ada dalam diri seseorang individu tersebut. Selain itu sebagai orang Islam perlu mendalami ilmu agama yang mendalamsebagai benteng dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam era globalisasi masa kini.Ini adalah kerana pengaruh dan desakan hidup sering mempengaruhi pegangan dan etikayang ada dalam diri mereka. Contohnya jenayah kolar putih dan jenayah ekonomiberlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk rasuah, jenayah siber, penyelewengan aset,penipuan cek dan kad kredit, pengubahan wang haram dan sebagainya. Ini termasukdalam salah satu 5 faktor yang membentuk etika individu iaitu faktor keadaan ( situationfactors)6. Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan etika6.1 Definisi rasuah Rasuah boleh ditafsirkan sebagai “ganjaran atau imbuhan yang diperoleh hasildaripada melakukan sesuatu kerja yang tidak sepatutnya dilakukan”. Rasuah bukansahaja boleh diberi atau diterima dalam bentuk wang ringgit tetapi juga dalam bentukmaterial. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanyadisalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap “pilih kasih”dalam tindakannya Daripada Abu Hurairah RA. Ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutukorang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rauah dalam soalhukum menghukum”. Rasulullah SAW. yang bermaksud: “Pemberi dan penerim rasuahkedua-duanya akan masuk neraka”. Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorangdengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Biasanyarasuah dijadikan sebagai satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewahatau dengan erti kata lain untuk mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannyaorang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi,sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. 8
    • SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim6.2 Punca berlakunya rasuah secara umum Antara punca penyebab berlakunya salah laku rasuah, ialah faktor keadaan(situation factor). Bagi penjawat awam misalnya seperti bahagian penguatkuasaan,mereka sangat terdedah dengan rasuah bilamana kecerdikan perasuah denganmenawarkan sogokkan atau hadiah yang lumayan, ketiadaan saksi ketika itu dankeinginan mendapatkan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri, maka tanpa berfikirpanjang, lantas mereka pun menerima rasuah. Apabila sekali mereka terjebak danterselamat dari hukuman, berkemungkinan ianya akan menjadi sesuatu yang tidakditakuti, bak kata pepatah ‘alah bisa tegal biasa’. Besar kemungkinan perbuatan sebegituakan berulang lagi di lain masa. Jika diteliti laporan akhbar sejak akhir-akhir ini, ramai pegawai tinggi kerajaanyang berpangkat telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan kes merekamasih dalam siasatan dan perbicaraan. Hal ini telah mencemarkan imej organisasikerajaan yang pada dasarnya pendokong amanah dalam pelbagai bidang. Ibarat katapepatah ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Mereka yang didapati bersalah bakalberdepan dengan masa depan yang gelap kerana hukuman yang dikenakan bukan sahajamenghancurkan kerjaya mereka, malah mereka terpaksa menjelaskan lebih daripadasekali ganda dengan nilai suapan yang mereka terima. Berbaloikah kita menjadipenerima rasuah? Tepuk dada tanya selera. Faktor yang kedua punca berlakunya rasuah ialah nilai peribadi dan prinsip moral(personal values and morals). Kelemahan ini juga disebabkan kurang iman dan taqwaseseorang. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang, tetapidilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Sikap sesorang yang terlalumementingkan kejayaan, pangkat dan kewangan seringkali bertindak berdasarknkeuntungan peribadi tanpa mengira kesannya terhadap orang lain. Faktor seterusnya adalah disebabkan kelemahan dan pengurusan organisasi.Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan , lembapmenjalankan tugas, lebih cenderung ke arah berlakunya penyelewengan khususnyarasuah. 9
    • SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim7.0 Masalah yang berkaitan rasuah di sekolah. Tanpa disedari banyak masalah rasuah telah berlaku di sekolah walaupun tidakdinyatakan. Kesalahan rasuah boleh berlaku didalam organisasi, pentadbiran, dandikalangan guru. Misalnya seorang guru Matematik yang mengajar di kelas 5A, anakperempuannya juga belajar di kelas berkenaan. Semasa peperiksaan pertengahan tahun,anaknya tidak mengapat Gred A dalam mata pelajaran berkenaan. Sebagai seorang ibubeliau merasa kasihan terhadap anaknya. Beliau telah mengambil tindakan untukmenaikkan markah anaknya kerana berasa malu dengan rakan guru yang lain. Adakahtindakan guru ini beretika? Menurut pandangan etika Utilitarianism, tindakan yang dilakukan oleh gurudalam masalah ini adalah gagal dan tidak beretika dan tidak bermoral kerana tindakannyatidak memberi menafaat kepada orang lain malah merugikan murid lain yang telahberusaha keras untuk peperiksaan tersebut. Dalam pandangan etika Universalism, tindakan guru tersebut adalah baik keranamempunyai niat yang baik untuk meningkatkan markah anaknya sendiri selainmeningkatkan bilangan A Matematik di dalam kelas berkenaan. Niat yang baikseringkali membawa kepada kebaikan kerana mendahului kepentingan orang laindaripada kepentingan diri sendiri. Sebagai seorang guru saya berpendapat tindakan guru berkenaan tidak beretikadan tidak bermoral. Guru tersebut secara jelas lebih mementingkan diri sendiri tanpamemikirkan akibat terhadap orang lain atas tindakan yang dilakukannya. Kesan yangpasti timbul adalah pandangan negatif daripada murid dan guru lain seandainya rahsiaguru ini diketahui umum. Dari segi pandangan agama pula, guru ini tidak amanah dantidak beriman kerana melakukan tindakan tersebut tanpa memikirkan dosa dan pahala. Masalah rasuah lain yang berlaku di sekolah seperti pihak pentadbir yangmempunyai sikap ‘pilih kasih’ terhadap kakitangan bawahannya. Situasi yang jelasdilihat, pemilihan guru penerima pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yangtidak bertepatan. Kadang kala disebabkan pihak pentadbir yang mempunyai pertalianyang akrab dengan guru seringkali ‘dipandang’ berbanding guru yang memberi 10
    • SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahimperkhidmatan sepenuh hati tetapi tidak dinilai setanding dengan perkhidmatannya atasalasan guru berkenaan tidak popular dikalangan pentadbir. Menurut pandangan Golden Rules, berdasarkan agama Kristian, menyatakan ‘doto others as you would have them do to you’. Dalam hal ini, tindakan yang diambil olehpentadbir adalah baik kerana sesuatu kebaikan yang diterima perlu di balas dengankebaikan. Berbeza dengan pandangan Utilitariansm ianya tidak memberi manafaatkepada organisasi kerana kepentingan tugas tidak menjadi keutamaan sebaliknyaperhubungan menjadi kayu ukur untuk penerimaan anugerah berkenaan. Kesan kepadamajoriti, atau anggota organisasi sekolah berkenaan, menyebabkan suasana bekerja tidakmenjadi kondusif . Secara tidak langsung, misi dan visi sekolah sukar untuk dicapai. Secara peribadi tindakan yang dilakukan oleh pihak pentadbir ini jelas amatmendukacitakan semua pihak. Secara terang-terangan pihak pentadbir mempunyai sikap‘pilih kasih’ atau ‘pilih bulu’. Tindakan yang baik perlu diambil terhadap pihakpentadbir atau individu yang terlibat dengan memindahkannya ke sekolah lain ataudikaunseling oleh pihak atasan. Kesedaran tentang etika dan moral serta nilai dalampendidikan perlu diberikan semula agar masalah ini dapat dibenteras dari akar umbi. Dalam hal ini peranan ‘Ombusman’ iaitu seseorang yang biasanya agak beumurdan biasanya diberi tanggungjawab oleh pentadbir sebagai kaunselor. Orang seperti inisangat berguna apabila mereka memberi maklumat kepada pentadbir. Sekurang-kurangnya pentadbir boleh mendapat pelbagai maklumat dan bukannya menilaiseseorang itu daripada mata kasar sahaja. Tidak dapat dinafikan juga kewujudan Internal Whistel Blowing (kaki adudalaman) yang berperanan menyebarkan maklumat kepada pentadbir. Berkemungkinanapa yang diadu tidak semestinya benar dan berkemungkinan untuk menjatuhkanseseorang demi kepentingan dirinya sendiri, ibarat menikam musuh dari belakang.8.0 Kesimpulan Pendidikan etika perlu dipupuk di peringkat sekolah,di institut pengajian tinggidan seterusnya di tempat kerja. Pendidikan etika akan memberi garis panduan kod etikakerja professional. Etika ini diwujudkan untuk mengawal tingkahlaku para professional 11
    • SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahimsupaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yangada untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini etika kerja professionalmemainkan peranan penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya.Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu melangkauietika professional. Ini kerana terdapat banyak fakor yang mempengaruhi dan menentukantingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang dibuatnya. Oleh itu, faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup,penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama, budaya kerja dan lain-lain perlu diambil kira supaya mewujukan satu persekitaran kehidupan yang sentiasa mendorongseseorang individu melakukan sesuatu yang hanya mendatang faedah dan kebaikansemua pihak. Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan harian dan dalam apajua tindak tanduk kita. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri.Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat mencapaietika yang dikehendaki. Apabila masalah etika ini tidak dapat ditangani, maka jalanterakhir ialah penguatkuasaan undang-undang. Apabila ini berlaku sudah tentu keadaansudah terlambat untuk diperbetulkan kerana sudah tentu ada hukuman yang menantimereka yang bersalah. Secara kesimpulannya dapatlah kita simpulkan bahawa etika ituwujud dalam diri seseorang itu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri individu itusendiri. 12
    • SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim9. Rujukan 1. Charles Bernheimer (1994), Comperative Literature in the Age of Multiculturalism, The Johns Hopkins University Press. 2. Joseph W.Weiss (2006), Business Ethics, Thomson, United States. 3. Steven Luper (2002), A Guide to Ethics, Mc Graw Hill, Yew York. 4. Malaysia Kita, Institut Tadbir Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991. 5. Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Institut Tadbir Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991. 6. Kecemerlangan Pentadbiran (Dasar Dan Amalan Dalam Islam), Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991. 7. Laporan Seminar Kebangsaan Etika professional, 20-21 Oktober 1992, Hotel Hilton, Kuala Lumpur. 8. Nota kuliah 9. Capaian-capaian Internet. 13
    • SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim14