• Save
Utm slide cfo & ccc [compatibility mode]
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Utm slide cfo & ccc [compatibility mode]

on

  • 2,510 views

DDF sem 4

DDF sem 4
Thanks to En. Aizul

Statistics

Views

Total Views
2,510
Views on SlideShare
2,510
Embed Views
0

Actions

Likes
4
Downloads
0
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Utm slide cfo & ccc [compatibility mode] Utm slide cfo & ccc [compatibility mode] Document Transcript

  • 4/20/2011Undang-undang Pembangunan Harta Tanah Disediakan oleh: Aizul Nahar Harun UTM International Campus INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS Sijil Layak Menduduki (Certificate of Fitness for Occupation – CFO) INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS 1
  • 4/20/2011 SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CFO)• Sijil Kelayakan Menduduki atau CFO merupakan satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengesahkan sesuatu bangunan telah siap dibina selamat dan selesa untuk didiami. Mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1994 (UKBS), tiada seorang pun boleh menduduki atau membenarkan menduduki mana-mana bahagian bangunan melainkan CFO atau Sijil Kelayakan Menduduki Sementara (TCFO) telah dikeluarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133). Sekiranya tidak mematuhi kepada Akta ini boleh menyebabkan orang berkenaan didakwa.• Permohonan kelulusan CFO hanya boleh dikemukakan oleh orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek (pemaju) yang mengesahkan dalam Borang E bahawa ia telah mengawasi pembinaan penyiapan bangunan berkenaan.• PBT hanya akan meluluskan pengeluaran CFO apabila segala syarat-syarat yang ditetapkan dipatuhi. Ini adalah untuk memastikan bangunan tersebut selamat didiami oleh pembeli. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CFO)• CFO boleh dikeluarkan setelah syarat-syarat yang ditetapkan dalam Undang- Undang Kecil 25 UKBS 1984 dipatuhi. CFO akan dikeluarkan setelah :• Orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek telah memperakui dalam borang permohonan iaitu Borang E secara bertulis mereka telah mengawasi pembinaan bangunan itu dan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan mereka bangunan tersebut dibina mematuhi UKBS dan bersetuju menerima tanggungjawab sepenuhnya mengenai bahagian-bahagian yang berkaitan dengan mereka.• Pegawai PBT telah memeriksa bangunan berkenaan• Syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT semasa kelulusan pelan bangunan bagi keperluan asas seperti jalan akses, landskap, tempat letak kereta, parit, air dan elektrik, lif, pili bomba, pembetungan dan pembuangan sampah dan lain-lain disediakan. Lazimnya, keperluan asas ini diakui oleh agensi teknikal berkenaan seperti Jabatan Bekalan Air (JBA), Tenaga Nasional (PNB), Jabatan Pembetungan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain. Syarat lain seperti pembayaran sumbangan bagi infrastruktur, hal tanah seperti kelulusan pelan bangunan juga perlu dipatuhi. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS 2
  • 4/20/2011 SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CFO)Pindaan kepada UKBS 1984 telah buat pada tahun 1999 bagi membolehkan;• Banglo yang dibina berasingan tidak perlu memohon CFO tetapi arkitek atau pelukis pelan berdaftar perlu mengeluarkan Sijil Pengakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance).• Bagi bangunan lain, CFO dianggap telah dikeluarkan walaupun PBT berkaitan masih belum mengeluarkannya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan CFO (borang E) yang lengkap diterima.• Pembeli-pembeli rumah yang ingin membuat pengubahsuaian atau menambah bangunan kediaman hanya dibolehkan setelah CFO dikeluarkan oleh PBT. Walau bagaimanapun, tuan rumah perlu memohon kebenaran daripada PBT terlebih dahulu. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CFO) 3
  • 4/20/2011SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CFO)SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CFO) 4
  • 4/20/2011 Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance– CCC) INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)LATAR BELAKANG• Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 9 Mac 2005 telah bersetuju supaya CCC dikeluarkan oleh para Profesional bagi menggantikan CFO yang dikeluarkan oleh PBT.• Seterusnya, Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 21 Jun 2006 telah bersetuju dengan kaedah-kaedah yang digariskan dalam melaksanakan sistem CCC.• Pengenalan sistem perakuan baru ini dibuat setelah mengambilkira kelebihan dan kebaikannya berasaskan kajian menyeluruh yang dijalankan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama-sama dengan pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau yang mempunyai kepentingan dalam industri pembinaan. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS 5
  • 4/20/2011 PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC) Apa yang dimaksudkan `Perakuan Siap Dan Pematuhan’? • Sesuatu bangunan yang didirikan perlu mempunyai perakuan yang mengesahkan ia selamat dan layak diduduki. Perakuan ini hanya dikeluarkan setelah pembinaannya mematuhi peruntukan undang-undang, pelan bangunan yang diluluskan dan juga syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di peringkat kelulusan pelan. Adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang itu menduduki sesuatu bangunan, samada bangunan komersial atau bangunan kediaman, yang tidak memiliki perakuan. • Konsep sistem CCC ini bukanlah satu konsep baru. Ianya telah dilaksanakan di mana CCC dikeluarkan oleh Arkitek Profesional atau Pelukis Pelan Bangunan selaku Orang Yang Mengemukakan (OMP) bagi banglo yang dibina berasingan. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)Apa yang dimaksudkan `Perakuan Siap Dan Pematuhan’?• Pindaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 2007 (UKBS) pada tahun 1999 telah membolehkan rumah berasingan seperti banglo dikecualikan daripada memohon CFO dan bagi Arkitek Profesional atau Pelukis Pelan Berdaftar mengeluarkan CCC selaku Orang Yang Mengemukakan (OMP). Sistem berkenaan telah dilaksanakan tanpa masalah sejak diperkenalkan dan kini dalam sistem CCC pemakaiannya diperluaskan kepada bangunan-bangunan kategori lain yang lebih kompleks dan tidak terhad kepada banglo yang dibina berasingan.• Perakuan ini dikeluarkan oleh para profesional yang terdiri daripada Arkitek Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia, Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia atau Pelukis Pelan Bangunan yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia. Para profesional dan Pelukis Pelan Bangunan ini dilantik oleh pihak pemaju sebagai perunding projek untuk mengawasi bangunan yang didirikan dari peringkat penyediaan pelan sehingga bangunan berkenaan siap dibina. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS 6
  • 4/20/2011 PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)Kenapa CCC diperkenalkan?• Keadah pengeluaran CCC oleh para professional adalah satu usaha kearah pendekatan self-regulation dan self-certification, iaitu, konsisten dengan hasrat Kerajaan seperti yang terkandung dalam langkah 70 (d) Strategi Baru Merangsang Pertumbuhan Ekonomi Negara.• Ia bertujuan mempertingkatkan lagi kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan pemajuan projek menerusi usaha-usaha mengurangkan karenah birokrasi. Secara keseluruhannya, menerusi pelaksanaan sistem CCC, norma masa yang diambil dalam projek pemajuan bangunan akan dapat dikurangkan.• Penjimatan masa ini akan membantu mengurangkan kos menjalankan perniagaan oleh pihak pelabur dan pemaju. Ini pula akan seterusnya menyumbang kepada meningkatkan lagi daya saing negara. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)Kategori Orang Yang Mengemukakan Pelan• Berbanding dalam sistem CFO di mana OMP mengemukakan pelan bangunan untuk kelulusan PBT dan juga mengemukakan permohonan untuk PBT keluarkan CFO, sistem baru ini menetapkan pelan bangunan masih perlu dikemukakan kepada PBT untuk kelulusan tetapi CCC dikeluarkan oleh Orang Utama Yang Mengemukakan iaitu Principal Submitting Person (PSP) iaitu sama ada terdiri daripada Arkitek Profesional atau Jurutera Profesional atau Pelukis Pelan Bangunan.• Di dalam sistem CFO dan sistem CCC Akta Arkitek membenarkan Pelukis Pelan Bangunan hanya mengeluarkan CCC bagi banglo yang tidak melebihi ketinggian 2 tingkat dan keluasan yang tidak melebihi 300 meter persegi. Berpandukan kepada senarai bersama yang dikeluarkan oleh Lembaga- lembaga Profesional, Arkitek Profesional akan berperanan sebagai PSP bagi projek-projek yang berkehendakkan input senibina yang tinggi sementara Jurutera Profesional pula bagi projek-projek berbentuk kejuruteraan. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS 7
  • 4/20/2011 PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)Tatacara Perlaksanaan CCC• Bagi memperkemaskan pelaksanaan sistem CCC, satu elemen penting diperkenalkan iaitu pendekatan perakuan secara berperingkat (stage certification).• Pendekatan ini yang berasaskan kepada prinsip tanggungjawab secara matriks (matrix of responsibility) mewajibkan pihak kontraktor atau kontraktor tred dan para profesional yang bertanggungjawab kepada sesuatu komponen pembinaan itu memperakukan penyiapan dan pematuhan komponen berkenaan.• Tanggungjawab secara matriks ini diterjemahkan melalui pengenalan Borang G1 hingga G21, di dalam UKBS 2007 yang mana melalui borang-borang ini komponen pembinaan disahkan penyiapan dan pematuhannya dengan ditandatangani oleh setiap profesional dan kontraktor atau kontraktor tred yang terlibat. Sebagai contoh bagi kerja-kerja pepaipan dalaman seperti dalam Borang G5, kontraktor tred (licensed plumber) dan Arkitek Profesional atau Jurutera Profesional (bergantung kepada pihak mana yang menyedia dan mengemukakan lukisan pepaipan dalaman) perlu sama-sama mengesahkan penyiapan dan pematuhan kerja-kerja pemasangan pepaipan dalaman. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)Tatacara Perlaksanaan CCC• Bagi membantu PBT mengawal pembinaan dari aspek memastikan perkara- perkara ketidakpatuhan diperbetulkan serta merta tanpa menunggu sehingga pembinaan tamat, Kementerian mencadangkan agar PSP memaklumkan kepada PBT tentang penyiapan setiap peringkat pembinaan yang utama. Penyiapan setiap peringkat pembinaan adalah yang bersamaan dengan borang-borang G berikut disahkan oleh pihak-pihak yang berkaitan, iaitu : – peringkat penyiapan substruktur yang diterjemahkan melalui pengesahan Borang G1 – G3; – peringkat penyiapan superstruktur yang diterjemahkan melalui pengesahan Borang G4 – G12; dan – peringkat penyiapan perkhidmatan luaran dan dalaman melalui pengesahan Borang G13 – G21. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS 8
  • 4/20/2011INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDSINSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS 9
  • 4/20/2011 PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)Tatacara Perlaksanaan CCC• Setelah menerima pemakluman daripada PSP tentang penyiapan sesuatu peringkat pembinaan, PBT adalah digalakkan melakukan pemeriksaan tapak agar sebarang ketidakpatuhan kepada pelan yang diluluskan dan Akta atau mana-mana undang-undang kecil dibawahnya dapat dikenalpasti dan diperbetulkan dengan sewajarnya sebelum peringkat pembinaan seterusnya dilaksanakan.• Berpandukan kepada laporan pegawai yang memeriksa tapak, Mesyuarat Jawatankuasa OSC akan menetapkan tahap ketidakpatuhan yang dilaporkan serta mencadangkan kaedah pembetulan. Seterusnya PBT akan mengeluarkan notis bertulis yang berkehendakkan pematuhan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis tanpa menjejaskan pelaksanaan projek di tapak. Sekiranya ketidakpatuhan masih tidak diperbetulkan dalam tempoh yang ditetapkan, Mesyuarat Jawatankuasa OSC akan mengarahkan PBT untuk mengeluarkan arahan berhenti kerja atau arahan bertulis menahan pengeluaran CCC sehingga ketidakpatuhan itu diperbetulkan. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)Tatacara Perlaksanaan CCC• Berbanding dengan sistem CFO di mana PBT akan hanya melakukan pemeriksaan tapak selepas bangunan siap dan Borang E diterima, sistem CCC menetapkan pengesahan penyiapan komponen pembinaan dilakukan secara berperingkat dalam keseluruhan tempoh pembinaan. Seperkara lagi, pengesahan borang-borang G tidak akan melewatkan proses pengeluaran CCC memandangkan ianya terletak di bawah kawalan PSP sepenuhnya. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS 10
  • 4/20/2011 PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)Sistem CCC memperkenalkan beberapa pembaharuan dan penambahbaikandalam persijilan keselamatan dan keselesaan bangunan, iaitu: – hanya pihak yang arif dan pakar tentang sesuatu projek diberi kepercayaan untuk memperakukan keselamatan dan keselesaan bangunan yang dikeluarkan CCC olehnya. Dalam hal ini PSP lebih memahami dan mendalami sesuatupemajuan projek kerana terlibat dalam keseluruhan fasa pembangunannya iaitu dari peringkat kerja- kerja persiapan memulakannya hingga ke peringkat-peringkat pembinaan dan penyiapan projek; – melalui proses matrix of responsibility, kredibiliti, akauntabiliti dan serta tanggungjawab pihak yang mengesahkan kerja adalah jelas di mana pihak yang bertanggungjawab kepada setiap komponen pembinaan akan sama-sama mengesahkan penyiapan dan pematuhan komponen berkenaan di dalam borang-borang G. Sekiranya berlaku kegagalan pihak yang bertanggungjawab mudah dikesan dan diambil tindakan dan perkara ini dilihat dapat meghasilkan kualiti kerja yang terjamin; dan – pengeluaran CCC, setelah mematuhi semua aspek perundangan dan syarat-syarat PBT, dapat di keluarkan serentak atau bersekali dengan pengeluaran Notis Milikan Kosong (Notice of Vacant Possession) yang juga terletak di bawah kawalan para profesional. Ini akan memberi manafaat secara langsung kepada pihak pembeli atau pemilik dari segi menyingkatkan masa menunggu untuk memasuki bangunan. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS 11