• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Power point pkb 3104 ppg
 

Power point pkb 3104 ppg

on

  • 4,374 views

 

Statistics

Views

Total Views
4,374
Views on SlideShare
4,373
Embed Views
1

Actions

Likes
5
Downloads
190
Comments
0

1 Embed 1

http://mystudysource.blogspot.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Power point pkb 3104 ppg Power point pkb 3104 ppg Presentation Transcript

    • PKB 3104KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU Oleh : CIK SITI FATIMAH SALLEH Jabatan Pendidikan Khas
    • PKB 3104 : KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYUPengenalan kepada Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu1. Teori : Bahasa dan Komunikasi2. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa3. Kemahiran Lisan4. Kemahiran Membaca5. Kemahiran Menulis .6 Kajian Sukatan dalam Huraian Sukatan Pelajaran7. Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1 : Teori:Bahasa & KomunikasiPengenalan Kepada BahasaBahasa merupakan alat berkomunikasi yang sangat penting dalamkonteks perhubungan sesama manusia. Melalui bahasa manusiadapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara satusama lain. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secaraformal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baikmembolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih berkesanlagi.Kanak-kanak keperluan khas bermasalah pembelajaran memangdiakui mengalami masalah dalam bahasa kemahiran berbahasa.Justeru mereka mengalami masalah untuk mengikuti pelajaran danjuga berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Guru perlumemahami masalah yang dihadapi pelajarnya supaya ia dapatmerancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori:Bahasa & KomunikasiDefinisi dan Konsep BahasaBahasa merupakan alat untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasaakan menjejaskan keberkesanan komunikasi seseorang. Tedapat berbagai-bagai definisi bahasayang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa dan juga linguistik. Di antaranya adalah sepertiberikut:”Bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus untukmewakili sesuatu.” (Reed, C.A., 1994) ”Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun secarasewenang-wenangnya (arbitrary) untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung.”(Simanjuntak, 1978)”Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang dan dipersetujuidan digunakan untuk berkomunikasi.” (Bloom, 1988)Daripada definisi bahasa di atas, jelas bahawa bahasa terdiri daripada lambang-lambangpertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang (arbitrari). Menurut Hayakawa (1964),arbitrari bermaksud sebagai “ no necessary connection between the symbol and that which issymbolized…”
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYUKomponen BahasaBahasa terdiri daripada 3 komponen iaitu bentuk, kandungan dan penggunaan.Komponen bentuk terdiri daripada fonologi, morfologi dan sintaksis. Komponenkandungan terdiri daripada semantik, manakala pragmatik termasuk dalamkomponen penggunaan. Gabungan ketiga-tiga komponen ini mewujudkan bahasainteraksi.1.2.1 Bentuk bahasaFonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukankombinasi bunyi.Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan danpembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem).Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabunganperkataan-perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalamlingkungan ayat tersebut.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYUKomponen Bahasa1.2.2 Kandungan BahasaSemantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandunganpertuturan, kehendak, dan makna perkataan dan ayat.1.2.3 Fungsi BahasaPragmatik adalah sistem sosiolinguistik yang mencorak penggunaan bahasadalam komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan ataupercakapan.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYUPenguasaan TatabahasaPerkataan nahu atau tatabahasa adalah terjemahan daripada perkataan„grammar‟. Perkataan „grammar‟ ini sebenarnya berasal daripadaperkataan Greek yang memberi gambaran makna “suatu seni bacaan danpenulisan”. Perkataan ini kemudiannya digunakan sebagai istilah umumuntuk kajian dan pemerian (penghuraian) bahasa.Sebenarnya pengertian nahu atau tatabahasa ini sangat luas. Namunsecara mudahnya dapatlah ditakrifkan nahu atau tatabahasa ini sebagaisatu bidang linguistik yang mengkaji dan memerikan bahasa secarasaintifik dan kajiannya adalah ditumpukan kepada perkataan, prosespembentukannya dan proses penyusunannya dalam bentuk ayat(Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham, 1987).
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYUDalam konteks penguasaan tatabahasa murid-murid bermasalahpembelajaran, ternyata ianya merupakan suatu masalah yang sangatrumit dan membelenggu kehidupan mereka. Ciri-ciri kemahiran bahasadalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran meliputiketidakupayaan memperolehi bahasa reseptif yang tepat, ketidakupayaanmemproses bahasa dengan tepat dan ketidakupayaan menguasai sertamelahirkan bahasa ekspresif.Secara khusus masalah bahasa yang dihadapi oleh pelajar yangbermasalah pembelajaran termasuklah ;i. Mengingat kembali perkataanii. Memahami perkataan yang mempunyai pelbagai maknaiii. Menyatakan perkara atau bentuk yang abstrakiv. Menggunakan ayat yang betul dan lengkap (struktur tatabahasa)v. Meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahamivi. Mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan pendengar yang berbezavii. Menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksisviii.Memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYUJenis BahasaBahasa dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu bahasa penerimaan / reseptif dan bahasapenglahiran / ekspresif. Kedua-dua jenis bahasa ini penting dalam melengkapkan proses berbahasaseseorang. Bagi individu normal, mereka mungkin tidak mempunyai masalah dari segi penguasaankedua-dua jenis bahasa ini, akan tetapi bagi individu bermasalah pembelajaran ianya merupakansuatu masalah yang amat merumitkan.1. Penerimaan / ReseptifProses memahami lambang-lambang bahasa pertuturan dinamakan „Bahasa Penerimaan‟(Reseptive Language). Gangguan dalam proses ini disebut sebagai „Reseptive Aphasia‟. Gangguanini berlaku kerana masalah diskriminasi pendengaran, lemah daya ingatan pendengaran dan sukarmengaitkan makna perkataan. Kerencatan otak yang biasa dialami oleh kanak-kanak bermasalahpembelajaran juga menyebabkan mereka mempunyai masalah dalam bahasa reseptif ini.Permasalahan yang timbul dalam konteks bahasa reseptif ini ialah kesukaran menurut arahan,bergerak balas terhadap sesuatu rangsangan, memaham perkataan, membentuk konsep,memahami jenaka atau „gestures‟ dan mengikuti pelajaran lisan dan bacaan.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU2. Penglahiran / EkspresifProses menghasilkan pertuturan (sebutan) dan penulisan (tulisan) dinamakan „BahasaPenglahiran‟ (Expressive Language). Gangguan di dalam proses ini disebut sebagai„Expressive Aphasia‟. Lain-lain istilah yang berkaitan ialah „Dysnomia‟ atau „Anomia‟ iaitukesukaran mengingat dan menyebut perkataan atau nama-nama objek; dan „Apraxia‟iaitu kesukaran menghasilkan (membunyikan) perkataan kerana gangguan saraf untukmotor alat artikulasi.Kanak-kanak yang mengalami bahasa penglahiran ini boleh mengumpul perbendaharaankata, memaham makna perkataan dan mengikut arahan, tetapi tidak boleh mencariperkataan untuk digunakan dalam pertuturan, melahirkan (menyebut) perkataan danmenyusun perkataan-perkataan menjadikan ayat dalam sama ada dalam pertuturan danpenulisan.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYUMasalah Bahasa Dan Komunikasi Dalam Kalangan Murid-murid Bermasalah PembelajaranSeperti mana kanak-kanak normal yang lain, murid-muridbermasalah pembelajaran memerlukan bahasa untuk merekadapat berkomunikasi dalam ruang lingkup hidup bermasyarakat.Malangnya mereka mengalami ketidakupayaan dalam aspekberbahasa menjadikan kehidupan mereka agak janggal padapandangan masyarat sekeliling. Masalah mereka tidak harusdibiarkan begitu sahaja. Mereka perlu diberikan intervensi bahasaagar mereka dapat hidup secara lebih bermakna dalam kehidupanbermasyarakat.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU1. Masalah Bahasa dan LinguistikDalam membicarakan masalah bahasa dan linguistik kanak-kanakbermasalah pembelajaran, masalah utama yang timbul ialah kesukarandalam memahami arahan, masalah dalam komunikasi yang melibatkankemahiran penguasaan bahasa reseptif dan bahasa penglahiran, masalahdalam amalan bersosial dan juga melibatkan masalah dalam bacaan,ejaan dan tulisan. Masalah bahasa dan linguistik bagi kanak-kanakbermasalah pembelajaran juga dapat diperjelaskan dalam kelompok ataukomponen berikut;i. Fonologi Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti “nama” untuk “mama”, “blink” untuk ”drink”.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori: Bahasa & Komunikasiii. Morfologi Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan “tenses” yang salah (bahasa Inggeris).iii. Sintaksis Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori : Bahasa & Komunikasiiv. Semantik Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tida berupaya memahami makna perkataan.v. Pragmatik Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori : Bahasa & Komunikasi2. Masalah ArtikulasiMasalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaranbunyi-bunyi pertuturan yang abnormal, sehingga menyebabkanpercakapan menjadi tidak tepat, tidak jelas, sukar difahami ataupercakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripadaperkara-perkara berikut:i. penggantianii. pengguguraniii. pengubahan, daniv. penambahanPenggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatuperkataan digantikan dengan bunyi yang lain, misalnya “malan”untuk “makan”, dan ” wabbit” untuk “rabbit”. Kesilapan ini seringberlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU.Tajuk 1: Teori: Bahasa & KomunikasiPengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran ataumenghilangkan sesuatu bunyi konsonan. Pengguguran bolehberlaku di permulaan, tengah, atau akhir perkataan, misalnya“idung” untuk “hidung”, “besa” untuk “besar”, dan lain-lain.Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehinggaboleh menghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalampenyebutan bahasa Inggeris misalnya perkataan “sip” disebut“shlip”. Sekiranya untuk perkataan “susah”, konsonan “s” disebutdengan hembusan angin yang kuat atau keterlaluan bolehmengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya “sssyusyah”Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalamperkataan seperti “bawa” disebut “bawah atau bawuah”, “animal”disebut “ ammanimal” atau “ammaminal”.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk1 :Teori : Bahasa & Komunikasi3. Masalah Kefasihan dan RentakGangguan kelancaran (masalah kefasihan dan rentak) melibatkanaliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinanpertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguankelancaran pertuturan yang paling biasa. Seseorang dikatakangagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang,tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak. Keadaan initerjadi akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripadapenyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagapberlaku secara berselang-seli di antara pertuturan normal dangagap mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa BAHASA Jenis-jenis Prinsip-prinsip Tahap Teori-Teori Pendekatan IntervensiPerkembangan Pemerolehan Bahasa BahasaBahasa jenijenis pendekatan - Induktif - Sedikit kepada banyak Fonologi Teori Kognitif - Deduktif - Mudah kepada sukar Morfologi Teori Behavioris - Cerakinan - Konkrit kepada abstrak Sintaksis Teori Mentalis - Eklektik / - Pelbagai situasi Semantik Teori Interaksionis Gabungan - Pelbagai media Pragmatik
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa Tahap Perkembangan Bahasa Mengikut Umur Rajah 1. Tahap Perkembangan/Penguasaan Bahasa Kanak- kanak NormalUmur Ciri-ciri Penguasaan Bahasa3 bulan Bermula dengan pelbagai bunyi bahasa dan semakin lama melupuskan penggunaan bunyi-bunyi tersebut yang tidak digunakan dalam persekitarannya.12 bulan ( 1 tahun ) Menggunakan kata tunggal seperti mama dan baba.,Perkataan ini melambangkan keseluruhan ayat yang hendak dikatakan.18 bulan Menggunakan dua atau tiga patah perkataan seperti tengok ayam. Kanak-( 11/2 tahun ) kanak mewujudkan peraturan-peraturan berbahasa yang tersendiri. Kosa kata yang kuasai lebih kurang 300 patah perkataan.24 bulan - 36 bulan Kanak-kanak menggunakan perkataan dari pelbagai jenis kata. Kanak-( 2 tahun - 3 tahun ) kanak boleh menggunakan ayat mudah dan ayat majmuk. Mula memasukkan konsep banyak dan sedikit dalam ayat.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa36 bulan - 48 bulan Penggunaan kata-kata yang berunsur negatif mula( 3 tahun - 4 tahun ) digunakan. Konsep nombor seperti satu, dua dan tiga dapat difahami. Pertuturan semakin kompleks dengan penggunaan lebih banyak kata adjektif, kata kerja, kata ganti diri dan kata hubung. Anggaran penguasaan kosa kata ialah 1500 perkataan.48 bulan - 60 bulan Bahasa semakin abstrak dan dapat menguasai( 4 tahun - 5 tahun ) peraturan-peraturan asas berbahasa. Kanak-kanak menggunakan ayat-ayat yang betul dari segi struktur tatabahasa. Perbendaharaan kata lebih kurang 2500 perkataan.5 tahun - 6 tahun Kebanyakan kanak-kanak menggunakan ayat-ayat kompleks. Betul penggunaan kata ganti diri dan struktur tatabahasa. Purata jumlah perkataan ialah 6.8. kanak - kanak menguasai lebih kurang 6000 perkataan.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa6 tahun – 7 Kanak – kanak bertutur menggunakan ayat komplekstahun dan perkataan seperti kalau, jika dsb. Bahasa semakin simbolik. Kanak-kanak mula membaca dan menulis serta memahami konsep masa dan musim. Purata panjang ayat ialah 7.5 perkataan.8 tahun – 10 Kanak-kanak mula menghubungkan konsep kepadatahun idea-idea umum dengan menggunakan kata hubung seperti walaupun, sementara dan manakala. Purata perkataan dalam ayat ialah 9 perkataan.10 tahun – 12 Kanak- kanak menggunakan ayat-ayat majmuk dalamtahun kehidupan. Perkataan seperti mungkin dan pasti semakin kerap digunakan. Purata perkataan dalam ayat ialah 9.5 perkataan. ( Ubah suai daripada D.C Norton ( 1985 ). The Effective Teaching of Language Arts )
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P BahasaTeori-teori Pemerolehan Bahasa1. Teori BehaviorisTeori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yangberlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). MenurutSkinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yanglain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiapkali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yangdiberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjayadilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”,senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanakbercakap.B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengankeupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusiayang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behaviorisiaitu; Rangsangan --------------- tindak balasDalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadapkanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasaakan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhanyang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa2. Teori MentalisTeori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasaberlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yangbersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajaribahasa apa sahajaChomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The InnatenessHypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik)untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenalisebagai LAD ( Language Acquisition Device).Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama;ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama );iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak ; daniv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya,Chomsky memberikan tiga hujah berikut;i. wjujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa;ii. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan sejadi; daniii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa3. Teori KognitifTeori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologiberbangsa Swiss. Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkaitrapat dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawabahasa kanak-kanak itu adalah manifestasi penting daripada perkembanganmentalnya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanakperlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya.Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanakberumur dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yangaktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuksimbolik. Dari umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahappemikiran praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa kanak-kanak semakin berkembang. Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanaksudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahamipercakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7 – 12 tahun)iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan,konsep hubungan, pengkategorian, dan persirian. Umur selepas 12 tahundikatakan sebagai peringkat operasi formal.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P BahasaJenis-jenis PendekatanPendekatan mencerminkan satu falsafah, pandangan, pegangan, atau pendirian bagimelihat, memahami, dan mendekati sesuatu perkara. Dalam bidang pedagogi bahasa,pendekatan bersifat abstrak, dan falsafah yang berkaitan dengan pendekatan itubersifat teoritis. Kekuatan sesuatu pendekatan itu hanya dapat dinilai setelahdilaksanakan, misalnya di dalam bilik darjah (Abd. Aziz Talib, 2000).Berkaitan dengan pengajaran bahasa, Kamarudin Hj.Husin (1988) memberikan empatjenis pendekatgan iaitu:i. pendekatan induktifii. pendekatan deduktifiii. pendekatan eklektik, daniv. pendekatan komunikatifGuru perlu jelas apakah pendekatan yang hendak diambilnya, apakah kaedah yangsesuai digunakan untuk tajuk dan pada situasi tertentu, dan akhirnya apakah teknikpengajaran yang sesuai dengan pendekatan dan kaedah yang telah dipilih. Dari situlahdipilih aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehanmuridnya.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa1.Pendekatan InduktifBerdasarkan pendekatan induktif, pengajaran dimulakansecara melihat contoh-contoh unsur bahasa yang diajar.Melalui contoh-contoh yang diberi itu akan membantupelajar membuat kesimpulan atau keputusan tentang aspekbahasa yang diajar. Guru hanya membantu murid melaluisoalan-soalan, berbincang, memerhati, memberi contoh-contoh dan sebagainya, dan akhir sekali memberi peluangkepada murid membuat kesimpulan sendiri berdasarkanpemahamannya.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa2.Pendekatan DeduktifPendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan induktif,iaitu dalam pendekatan ini pengajaran dibuat dengan memberikesimpulan atau generalisasi terlebih dahulu di awal pengajaran dankemudian barulah dikemukakan contoh-contoh yang sesuai selepasnya.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa Ternyata kedua-dua pendekatan deduktif dan induktif mempunyai perbezaan dari beberapa segi. Koh Boh Boon (1990) menjelaskan perbezaan tersebut seperti berikut: Aspek Pendekatan Deduktif Pendekatan Induktif1. Andaian Satu penyusunan awal (advanced Pelajar memperolehi manfaat jika organiser) amat berguna kepada pelajar menemui jawapan sendiri2. Cara Generalisasi Contoh Contoh Generalisasi3. Peranan Guru Sebagai pembentang dan penghurai Sebagai pendorong dan pengarah jawapan dalam pencarian jawapan4. Peranan Sebagai pencari jawapan yang aktif pelajar Sebagai penerima jawapan yang agak pasif
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa3. Pendekatan CerakinanPendekatan ini berdasarkan prinsip ‟analisis; yang mendahulukan unsur-unsurbesar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil.Pengajaran bahasa (contohnya bacaan) mengikut pendekatan ini mungkindimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid-murid . Ayat itukemudiannya dicerakinkan kepada perkataan-perkataan. Daripada perkataan itudicerakinkan pula menjadi suku kata dan huruf-huruf. Misalnya :Langkah 1 : Mengenalkan ayat : ‟Ali ada baju baru‟Langkah 2 : Mengenalkan rangkai kata : Ali ada baju baruLangkah 3 : Mengenalkan perkataan : [Ali] [ada] [baju] [baru]Langkah 4 : Mengenalkan suku kata : [a] [li] [da] [ba] [ju] [ru]Langkah 5 : Mengenalkan huruf : [a] [b] [d] [i] [j] ]l] [r] [u]
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa4. Pendekatan EklektikPendekatan eklektik adalah gabugan kedua-dua pendekatan induktif danpendekatan deduktif bagi membentuk satu strategi pengajaran. Modelpendekatan eklektik bergantung kepada pendekatan mana yang diberipenekanan . Model-model di bawah akan membantu anda memahamipenggunaan pendekatan eklektik.a) Penekanan kepada pendekatan induktif: Contoh/fakta Kesimpulan Contoha) Penekanan kepada pendekatan deduktif: Kesimpulan Contoh Generalisasi
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P BahasaIntervensi Pengajaran BahasaKanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlahdiberi perhatian untuk dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untukmembantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dikenali sebagai intervensi. Apabila mengajar bahasa kepada kanak-kanak masalah pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknikpengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanaktersebut. Di antara intervensi pengajaran bahasa untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut:i. Ajar bahasa di dalam situasi Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak- kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contoh: membantu ayah di kebun.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasaii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak- kanak mengikut peringkat umur mereka.iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT, kaedah fonik dan sebagainya.iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu cara mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasav. Terangkan apa yang orang lain lakukan Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan perkara yang dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran.vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat meniru kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita.vii. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam lingkungan konteksnya Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan untuk menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari. Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan atau tema pengajaran bahasa.Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanakmasalah pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran LisanPengenalan Kepada Kemahiran Lisan• Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur,ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi jugamelibatkan kemahiran mendengar.• Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran pentingiaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan denganbaik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini.• Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaranakan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalahpendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapatbertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran LisanDefinisi dan konsep lisan• Dalam definisi bahasa jelas dinyatakan bahawa bahasa sebagailambang-lambang pertuturan atau dalam bentuk lisan. Manusiamencipta lambang-lambang pertuturan terlebih dahulu sebelummencipta simbol-simbol tulisan.• Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermuladaripada proses mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniruatau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya bercakap.Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan apabila kanak-kanaksudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik.• Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek pentingiaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasaikemahiran lisan, kanak-kanak perlulah menguasai kedua-dua aspek inidengan baik terlebih dahulu.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran LisanJenis kemahiran lisanBerdasarkan definisi mendengar di atas, dapatlah dikatakan bahawakemahiran lisan melibatkan tiga jenis atau perkara yang penting iaitu;i. Pendengaran (Hearing) – iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan,ii. Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk- petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran,iii. ”Auding” - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna daripada apa yang diudengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan menghargai apa yang didengar.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran LisanPenilaian Bahasa Lisan• Kemahiran mendengar dan bertutur atau lisan adalah kemahiran asasbahasa. Oleh itu penilaian kemahiran lisan sangat penting dalam pengajaranbahasa untuk mengetahui tahap pencapaian sebenar pelajar supaya gurudapat merancang strategi pengajarannya dengan lebih berkesan. Ujian lisanadalah kompleks dan agak rumit untuk dilaksanakan berbanding dengan ujian-ujian bahasa yang lain.• Dalam pengajaran dan pembelajaran lisan, kemahiran yang terdapat didalamnya boleh dinilai secara formal atau tidak formal. Pada peringkat rendah,penilaian lisan biasanya menekankan kapada penguasaan sesuatu aspekkemahiran tertentu sama ada kemahiran mendengar atau bertutur. Manakalapada peringkat yang lebih tinggi, penilaian lisan sama ada mendengar ataubertutur boleh dijalankan serentak dan dilakukan dalam bentuk formal.• Dalam konteks pendidikan khas, ujian lisan boleh dijalankan dalam kedua-duabentuk ini. Kaedahnya mungkin lebih spesifik dengan mengambil kira jenisketidakupayaan murid khas itu sendiri.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan• Pelbagai jenis ujian lisan boleh dilaksanakan oleh guru pendidikan khas atauterapis pertuturan seperti ujian lisan (pendengaran), ujian lisan (pertuturan) danujian lisan (pemahaman). Kebiasaannya ujian-ujian kemahiran lisan ini bolehterbina dalam jenis atau dikenali sebagai Ujian Diagnostik Lisan.• Antara bentuk ujian mendengar yang boleh dilaksanakan terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran ialah seperti: a. mendengar dan mengecam bunyi b. mendengar untuk mendiskriminasi butiran c. mendengar dan memadan d. melaksanakan arahan e. mendengar untuk mendapatkan maklumat f. Mendengar dan mengenal objek dengan perkataan g. memaham maksud ayat h. mendengar dan menulis, dan sebagainya.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan• Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru, ujian kemahiran mendengarboleh dilaksanakan dalam bentuk soal jawab. Walaupun ujian bentuk ini sukarbagi guru memberi penilaian tetapi sekurang-kurangnya guru dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelajarnya.• Contoh ujian mendengar (Kamarudin Hj. Husin, 1990).Kemahiran : Mendengar dan mengenal objek dengan perkataanIsi : Nama benda-benda dalam kelasBahan : Sehelai kertas dipenuhi dengan gambar-gambar benda di dalam kelasProsedur : 1. Murid diberi sehelai kertas yang dipenuhi dengan gambar-gambar benda yang terdapat dalam kelas (misalnya pen, pensel, pembaris, bakul sampah, dan sebagainya) 2. Guru menyebut nama benda-benda itu dan murid-murid diminta menunjuk atau menandakan benda-benda tersebut di kertas bergambar tersebut.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan• Matlamat menguji kemahiran bertutur juga adalah untuk membantuguru merancang strategi pembelajaran yang akan digunakannya.Antara cara yang boleh digunakan oleh guru untuk menguji kemahiranbertutur pelajarnya adalah seperti berikut: a. bertutur berdasarkan gambar b. bercerita berdasarkan gambar bersiri c. mendengar dan bercakap d. melaporkan peristiwa yang dialami e. menerangkan cara membuat sesuatu, dan sebagainya.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 4: Kemahiran MembacaPengenalan Kepada MembacaSelain berkomunikasi secara lisan manusia juga berkomunikasi melalui tulisan. Oleh itu,kemahiran membaca penting bagi membolehkan seseorang memahami mesej yanghendak disampaikan kepadanya melalui hasil penulisan orang lain.Definisi bacaan“Membaca adalah satu aktiviti pentafsiran menterjemahkan lambang-lambang bercorakkepada bunyi-bunyi yang dimaksudkan.(Charles Frie 1963)“Membaca adalah satu psikolinguistik. Ia merupakan satu langkah lanjutan dalamperkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yangditerima. (Frank Smith 1971)“Membaca adalah proses kebalikan daripada proses menulis ................. mentafsirkankembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna-makna tersebut denganpengalaman yang sedia ada.” (Prof. Atan Long 1976)Daripada definisi-definisi di atas dapat disimpulkan bahawa membaca merupakanbeberapa proses yang kompleks iaitu gabungan beberapa proses seperti proses sensori,proses pengamatan, proses linguistik dan proses mental.
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 4: Kemahiran Membaca
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 4: Kemahiran Membaca
    • KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 4: Kemahiran Membaca