Your SlideShare is downloading. ×
  • Like
Harta intelek 1
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Now you can save presentations on your phone or tablet

Available for both IPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Harta intelek 1

  • 554 views
Published

Tentang harta inteleks

Tentang harta inteleks

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
554
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4

Actions

Shares
Downloads
7
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Paten • Paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan oleh pihak kerajaan untuk suatu rekacipta baru sama ada ia adalah satu produk atau satu proses. Perlindungan Paten adalah selama 20 tahun dari tarikh pemfailan • Paten akan dianugerahkan apabila ia menepati ciri-ciri berikut: o Baru (Novelti) o Melibatkan langkah merekacipta o Boleh digunakan dalam mana-mana industri. Perbaharuan utiliti • Perbaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta kecil yang tidak memerlukan ujian langkah merekacipta sebagaimana yang diperlukan untuk mendapat paten. Perbaharuan utiliti dilindungi selama 10 tahun dari tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan ke 5+5 tahun lagi tertakluk kepada penggunaan. Pemohon • Semua pihak boleh mengemukakan permohonan paten ataupun perbaharuan utiliti sama ada secara individu atau secara pemunyaan bersama atau syarikat/organisasi. • Pemohon tempatan atau residen di Malaysia boleh memfailkan permohonan paten sendiri atau melantik ejen paten berdaftar yang boleh mewakilinya. Pemohon dari luar negara yang ingin memfailkan permohonan patennya perlulah melantik ejen paten berdaftar di Malaysia untuk mewakilinya Permohonan paten dan perbaharuan utiliti • Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan paten atau perbaharuan utiliti di dalam borang yang telah ditetapkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Pemohon juga boleh memfailkan permohonan paten secara elektronik melalui laman web MyIPO. • Pemeriksaan akan dijalankan oleh pihak MyIPO untuk menentukan sama ada permohonan layak dianugerahkan paten atau tidak berdasarkan syarat-syarat di bawah Akta Paten 1983 dan Peraturan- Peraturan Paten 1986. Kepentingan perlindungan rekacipta • Perlindungan paten atau perbaharuan utiliti memberi hak eksklusif kepada pemunya untuk membuat, mengguna atau menjual rekaciptanya di Malaysia. Pemunya paten boleh mengambil tindakan undang- undang ke atas pihak lain yang melanggar haknya tanpa kebenaran pemunya paten. Kriteria untuk mendapatkan paten • Bagi pemberian paten, suatu rekacipta mestilah : o Baru, iaitu rekacipta itu masih belum dizahirkan kepada orang awam di mana-mana di dunia; o Melibatkan langkah merekacipta yang mana rekacipta itu tidak ketara kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan o dan kemahiran dalam bidang teknologi tersebut; dan o Dapat digunakan dalam mana-mana industri. Rekacipta yang boleh diberikan Sijil Perakuan Perbaharuan Utiliti. • Untuk mendapat Sijil Perbaharuan Utiliti, sesuatu rekacipta hanya perlu baru dan dapat digunakan dalam mana-mana industri. Rekacipta yang tidak boleh dipatenkan • Penemuan, teori-teori saintifik dan kaedah-kaedah matematik; • Varieti tumbuhan atau binatang atau proses yang ada pada dasarnya adalah proses biologi bagi pengeluaran tumbuhan atau • binatang, selain daripada mikro organisma hidup buatan manusia, proses mikrobiologi dan keluaran- keluaran proses mikro-organisma itu; • Skim, aturan atau kaedah bagi menjalankan perniagaan, melakukan perbuatan-perbuatan mental semata-mata atau bermain apa-apa permainan; • Kaedah-kaedah merawat tubuh manusia atau binatang melalui pembedahan atau terapi, dan kaedah-
  • 2. kaedah diagnosis yang dilakukan kepada tubuh manusia atau binatang. Pemfailan pertama di MyIPO demi keselamatan negara Demi kepentingan dan keselamatan negara, sesiapa yang tinggal atau bermastautin di Malaysia yang ingin memohon paten atau perbaharuan utiliti di luar negara, hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pendaftar. Walaubagaimanapun, kebenaran bertulis ini tidak perlu jika permohonan telah dibuat di Malaysia sekurang- kurangnya 2 bulan. Seksyen 62A: Perlanggaran Seksyen 23A merupakan satu kesalahan dan jika bersabit boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit (RM 15,000.00) atau penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua- duanya. Tempoh perlindungan • Paten dilindungi selama 20 tahun daripada tarikh pemfailan tertakluk kepada pembayaran fi tahunan. Manakala perbaharuan utiliti dilindungi selama 10 tahun dari tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan selama 5 + 5 tahun tertakluk kepada penggunaannya. Seksyen 3 – Akta Cap Dagangan 1976. "………Bermaksud cap yang digunakan / dicadang untuk digunakan bagi tujuan menunjukkan hubungan antara barangan / perkhidmatan dengan pemilik / pengguna berdaftar cap dagangan tersebut di dalam urusan perniagaan…….." Cap Dagangan Cap Dagangan boleh terdiri daripada perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi daripada unsur- unsur tersebut. Cap Dagangan merupakan alat pemasaran yang membolehkan pengguna mengenali dan mengaitkan suatu keluaran dengan peniaga tertentu. Cap Dagangan atau lebih dikenali sebagai tanda, jenama, logo atau tanda niaga ialah tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakannya daripada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain. Fungsi-fungsi Cap Dagangan Fungsi asal - Cap Dagangan ialah ia dapat menunjukkan sumber yang bertanggungjawab mengeluar atau menjual sesuatu barangan atau perkhidmatan. Fungsi Pemilihan - Cap Dagangan memudah dan mempercepatkan pengguna membuat pilihan semasa membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan. Fungsi Kualiti - Pengguna memilih cap-cap tertentu kerana berkeyakinan barang barang atau perkhidmatan berkenaan terjamin kualitinya. Fungsi Pemasaran - Peranan cap dagangan selaku alat pengiklanan sangat berkesan. Menjadi kebiasaan pengguna membeli sesuatu keluaran kerana terpengaruh dengan iklan yang berterusan.
  • 3. Fungsi Ekonomi - Cap-cap yang telah ‘established' di pasaran menjadi aset yang sangat bernilai. Cap tersebut boleh dilesenkan atau di ‘franchise'kan. Pemohon Mana-mana pemilik cap dagangan samada warganegara atau bukan warganegara yang sedang menggunakan cap tersebut di malaysia atau bercadang untuk menggunakannya boleh membuat pendaftaran di negara ini. Pemilik- pemilik tersebut boleh terdiri daripada orang perseorangan, perkongsian, syarikat atau pertubuhan. Permohonan Cap Dagangan Sebelum Mengemukakan Permohonan – pemohon-pemohon adalah dinasihatkan supaya membuat carian terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan. Bayaran sebanyak RM20 sejam akan dikenakan bagi membuat carian awam di MyIPO. Borang CD 5 – Semua permohonan cap dagangan hendaklah dikemukakan melalui 5 salinan borang CD5 beserta fee yang mencukupi. Permohonan bagi cap dagangan yang berlainan hendaklah dikemukakan secara berasingan. Kepentingan pendaftaran cap dagangan 1. Hak Eksklusif • Pemilik cap dagangan berdaftar mendapat hak ekslusif untuk menggunakan cap dagangan berkenaan dalam urusan/perjalanan perdagangan. Pemilik cap dagangan juga berhak mengambil tindakan undang- undang ke atas sesiapa yang mungkin menggunakannya tanpa kebenaran. • Tindakan tersebut sama ada dalam bentuk sivil melalui peruntukan ‘infringment' di bawah Akta Cap Dagangan ataupun mengemukakan aduan kepada Bahagian Penguatkuasa, KPDN & HEP untuk tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972. 2. Bukti sah di sisi Undang-undang • Sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar menjadi bukti sebagai pemilik yang sah ke atas sesuatu cap dagangan. Bukti ini diterima di mahkamah dan juga pihak penguatkuasaan. Ia juga merupakan dokumen penting untuk membuktikan ‘kesahan' hak milik cap dagangan dalam urusan pengeksportan barangan ke luar negeri. Cap Dagangan yang boleh didaftarkan [Seksyen 10 Akta Cap Dagangan 1976] Seksyen 10(1)(a): "Nama seorang perseorangan, nama syarikat atau firma yang dinyatakan dengan suatu cara khas atau tertentu Seksyen 10(1)(b): Tandatangan pemohon pendaftaran atau tanda-tanda seseorang peniaga sebelumnya dalam perniagaannya: Suatu atau beberapa perkataan yang dicipta Seksyen 10(1)(d): Suatu perkataan yang tiada mempunyai apa-apa hubungan yang langsung dengan sifat atau kualiti barang-barang itu, iaitu perkataan yang mengikut ertinya yang biasa bukan suatu nama berasalkan tempat atau suatu nama keluarga: Perkataan yang dicipta: • KODAK - FILM • COLGATE - TOOTHPASTE • HORLICKS - DRINKS • MAGGI - FOOD
  • 4. • ADIDAS - FOOTWEAR Seksyen 10(1)(e): Apa-apa tanda yang distinktif Logo Cap Dagangan yang tidak boleh didaftarkan Cap-cap dagangan juga tidak boleh didaftarkan jika mengandungi apa-apa perkataan atau representasi yang dilarang dibawah Seksyen 15 Akta Cap Dagangan 1976 dan Peraturan 13, 14 dan 15 Peraturan Cap Dagangan 1997. Antara lain: • Paten, Telah Dipatenkan, Surat Paten Diraja, Berdaftar, Rekabentuk Berdaftar Dan Hakcipta. • DYMM Yang Dipertuan Agong, DYMM Permaisuri Agong, DYMM Sultan-Sultan Dan Tuan Yg Terutama Yang Dipertuan Negeri • Mahkota atau Lambang Diraja atau Imperial, Lencana, Lambang Kebangsawanan atau Lambang Kebesaran • Angkatan Tentera Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia • Bulan Sabit Merah Dan Palang Geneva Yang Berwarna Merah Dan Palang Persekutuan Swiss Yang Berwarna • Putih Atau Perak Yang Berlatarkan Warna Merah • Perkataan atau representasi Asean dan Bunga Raya Larangan-larangan mengenai pendaftaran [Seksyen 14 Akta Cap Dagangan 1976] Perlindungan terhad dalam Malaysia Sekiranya pemilik cap dagangan ingin mendapat perlindungan di luar negara, mereka perlu membuat permohonan secara berasingan di setiap negeri yang dikehendaki. Bagaimanapun permohonan pendaftaran di Malaysia boleh digunakan untuk menuntut ‘Hak Keutamaan' bagi pendaftaran di negara-negara ahli Konvesyen Paris dan WTO. Tempoh sah pendaftaran Setiap pendaftaran adalah sah untuk tempoh sepuluh (10) tahun daripada tarikh permohonan. Pembaharuan pendaftaran perlu dibuat setiap sepuluh tahun selagi masih berminat. Yuran yang berpatutan Yuran yang dikenakan adalah berpatutan. MyIPO telah membuat kajian perbandingan dengan negara lain, ternyata yuran yang dikenakan adalah berpatutan berbanding dengan negara lain terutamanya di kalangan negara-negara ASEAN. Apa-apa yuran yang diterima oleh MyIPO adalah untuk menampung perbelanjaan mengurus proses suatu permohonan pendaftaran cap dagangan. Prosedur pendaftaran yang cepat Tempoh masa selama 12 hingga 18 bulan adalah sebenarnya prosedur biasa dalam suatu pendaftaran cap dagangan. Pada tarikh pemfailan, pengeluaran resit dan nombor permohonan diberikan. Sesuatu permohonan cap dagangan yang difailkan, perlu menanti untuk tempoh 6 bulan mengikut prosedur "Paris Convention" bagi membolehkan pihak ketiga yang mempunyai "priority date claim" dari negara-negara Konvensyen, untuk mendapat "priority" ke atas cap- cap yang sama atau yang seakan menyerupai. Selepas bulan ketujuh dari tarikh pemfailan, surat setuju terima atau bantahan akan dikeluarkan. Bagi permohonan yang tidak menepati peruntukkan Akta Cap Dagangan 1976 (Akta) seperti cap dagangan tidak boleh didaftar atau
  • 5. menyerupai atau menyamai cap dagangan orang lain, ianya akan memakan masa yang lebih lama dan tidak termasuk di dalam standard prosedur kerja. Bagi cap dagangan yang telah menepati peruntukkan Akta, surat setuju terima akan dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang akan dikenakan sebelum pewartaan dibuat. Sekiranya pemohon bersetuju dengan syarat-syarat tersebut, pemohon akan mengembalikan surat setuju terima tersebut dalam tempoh dua bulan. Selepas dikembalikan, proses pewartaan dalam Warta Kerajaan akan dibuat, dan tempoh masa selama dua bulan yang telah ditetapkan oleh undang-undang bagi membolehkan pihak ketiga yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pendaftar untuk membuat bangkangan terhadap pendaftaran cap dagangan tersebut. Sekiranya tiada bangkangan diterima dalam tempoh itu, proses pengeluaran sijil pendaftaran akan dibuat. Pemohon pada kebiasaannya dinasihatkan untuk membuat carian awal terlebih dahulu bagi memastikan cap dagangan yang hendak difailkan tidak menyerupai atau menyamai cap dagangan pihak lain. MyIPO juga menyediakan khidmat nasihat awal bagi memastikan cap dagangan yang hendak difailkan adalah asli dan boleh didaftarkan seperti diperuntukkan di bawah Akta. Perlu diingatkan kepada pemohon, sijil pendaftaran cap dagangan yang dikeluarkan memberikan hak eksklusif kepada pemilik untuk memonopoli dan menghalang orang lain dari menggunakannya. Dengan ini sebelum hak eksklusif diberikan, Pendaftar perlu memastikan kriteria permohonan cap dagangan dipatuhi menurut undang-undang bagi menjaga kepentingan pemilik serta orang awam dari segi pendaftarannya. Bagi cap dagangan yang tidak asli atau tidak boleh didaftarkan, mereka boleh membuat penjenamaan semula agar permohonan mereka boleh didaftarkan. Keperluan untuk mendaftar bagi peniaga kecil-kecilan Peniaga kecil seperti pembuat makanan ringan yang terdiri daripada kerepek, dodol, wajik, kuah rojak dan lain-lain, merasakan tidak perlu mendaftar kerana berniaga secara kecil-kecilan. Golongan ini tidak sedar bahawa cap dagangan mempunyai fungsi pemasaran yang terbaik bagi meningkatkan pengeluaran produk mereka. Bagi produk yang tidak mempunyai cap dagangan, orang ramai sukar untuk mendapatkan semula produk yang sama. Cap dagangan juga merupakan tanda kenal bagi peniaga tersebut di mana melalui cap dagangan, peniaga mudah dikenali untuk dihubungi sekiranya ada pihak ketiga yang ingin memasarkan produk mereka dan dengan ini cap dagangan mereka boleh dilesenkan. Begitu juga bagi mereka yang menjalankan perkhidmatan seperti khidmat konsultansi, klinik, bank dan sebagainya. Kepentingan pendaftaran membolehkan cap perkhidmatan mereka dapat dilindungi dari digunakan oleh orang lain seperti cap dagangan Klinik KITA, Hotel Seri Malaysia, Hospital PUSRAWI dan lain-lain. Apabila pihak ketiga hendak menggunakannya, mereka perlu mendapat kebenaran dan ini boleh dilakukan dengan konsep francais atau memberi lesen bagi penggunaannya. Kurang kesedaran di kalangan pengusaha Kesedaran mengenai harta intelek ini telah mula dibuat melalui program yang dianjurkan oleh SMIDEC di mana pihak MyIPO diberikan satu sesi selama dua jam bagi memberikan maklumat ringkas mengenai harta intelek. Pelbagai seminar termasuk seminar pengkhususan kepada usahawan untuk meningkatkan kesedaran mengenai harta intelek telah banyak dianjurkan oleh MyIPO. MyIPO juga telah bekerjasama dengan pelbagai agensi yang berkaitan untuk mengadakan program bersama bagi menyebarkan maklumat harta intelek ini. Semasa menjalankan aktiviti penyebaran maklumat harta intelek, MyIPO menyediakan khidmat carian dan nasihat awal secara percuma kepada para pengusaha bagi memastikan cap dagangan mereka boleh didaftarkan. Adalah didapati bahawa terdapat banyak produk tempatan yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa tetapi tidak mempunyai pendaftaran cap dagangan di Malaysia. Ini akan mengakibatkan kerugian di pihak pengusaha kerana
  • 6. pihak ketiga boleh menggunakan cap dagangan yang sama bagi barangan yang sama tanpa memohon kebenaran pengusaha tersebut. Pada kebiasaannya, apabila sesuatu produk yang hendak dipasarkan di luar negara, adalah menjadi keperluan pengusaha untuk memfailkan permohonan pendaftaran cap dagangan di negara tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan masalah seperti pelanggaran cap dagangan atau isu berkaitan kelirupaan (passing off) atau parallel import. Berdasarkan kepada isu-isu yang dibangkitkan di atas, MyIPO menyarankan agar pengusaha-pengusaha tempatan memberikan keutamaan kepada pendaftaran cap dagangan kerana pendaftaran cap dagangan dapat memberikan perlindungan kepada kepentingan perniagaan para pengusaha. Seksyen 3, Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 "...... Reka bentuk perindustrian ialah ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu ciri yang ada pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata ………" . Tafsiran Reka bentuk perindustrian ialah rupa bentuk luaran secara keseluruhan sesuatu barang atau produk. Bentuk atau tatarajah merupakan aspek tiga dimensi manakala corak atau hiasan merangkumi dua dimensi. Ciri-ciri tiga atau dua dimensi atau kedua-duanya sekali yang terdapat pada suatu barang siap hendaklah melalui kaedah perindustrian. Ciri-ciri tersebut akan memberi suatu penampilan yang unik pada suatu barang atau produk berkenaan. Barang dan Set Barang Barang ialah apa-apa barang atau produk perkilangan atau kraftangan dan termasuklah mana-mana bahagian barang atau kraftangan itu jika bahagian itu dibuat dan dijual secara berasingan. Set barang ialah sebilangan barang yang mempunyai sifat umumnya yang sama dan biasanya dijual bersama-sama atau digunakan bersama-sama. Contoh seperti set teko yang terdiri daripada teko, cawan dan piring. Reka Bentuk Perindustrian yang boleh didaftarkan Reka Bentuk Perindustrian yang hendak didaftarkan mestilah baru serta tidak pernah dizahirkan di Malaysia. 1. Bentuk dan tatarajah (Ciri 3D) Kebaharuan suatu reka bentuk yang dilindungi adalah terletak kepada bentuk dan tatarajah yang terdapat pada barang berkenaan. 2. Corak dan hiasan (Ciri 2D) Kebaharuan suatu reka bentuk yang dilindungi adalah terletak kepada corak dan hiasan yang terdapat pada barang berkenaan. 3. Gabungan kedua-dua ciri (3D dan 2D) Kebaharuan suatu reka bentuk yang dilindungi adalah terletak kepada bentuk dan tatarajah serta corak dan hiasan yang terdapat pada barang berkenaan.
  • 7. Nota: Kebaharuan yang dituntut bagi kedua-dua ciri bentuk dan tatarajah atau corak dan hiasan adalah bertujuan untuk menghadkan tuntutan yang dibuat dalam permohonan. Reka Bentuk Perindustrian yang tidak boleh didaftarkan (i) Tidak mempunyai nilai estetik yang jelas. (Seksyen 3). (ii) Kaedah atau prinsip pembinaan. [Seksyen 3(1)(a)] (iii) Ciri yang ditentukan semata-mata oleh fungsi (Dictated solely by the function) [Section 3(1)(b)(i)]. (iv) Ciri yang bergantung kepada rupa suatu barangan lain (integral parts) [Section 3(1)(b)(ii)]. v) Perbezaan daripada segi butir-butir tidak material (tidak penting) atau ciri-ciri biasa yang digunakan dalam suatu perdagangan [Section 12(2)] Contoh: Pensil bersaiz biasa (Pensil A) yang direka bentuk menjadi lebih pendek (Pensil B) atau berbeza dari segi ketirusan seperti dalam bulatan putus-putus. Pensil A (telah sedia ada dalam pasaran) Pensil B (permohonan baru) – tidak diterima (vi) Bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral. [Seksyen 13]. Pemohon Pihak berikut adalah layak untuk memohon pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian 1. Pencipta asal reka bentuk perindustrian. 2. Permohonan boleh dibuat samada orang perseorangan ataupun oleh sebuah syarikat. 3. Sekiranya pemohon bukan pencipta, pernyataaan yang mewajarkan hak pemohon keatas pendaftaran (statement justifying applicant's right) perlu dikemukakan semasa pemfailan permohonan. Pemfailan Pemfailan permohonan reka bentuk perindustrian perlu dibuat secepat mungkin atau sebelum sesuatu barang atau article dipasarkan kepada awam. Kepentingan Pendaftaran a. Hak eksklusif Sijil Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian boleh digunakan sebagai bukti yang sah dalam tuntutan hak milik berkenaan di mahkamah. Pemilik reka bentuk perindustrian berdaftar mempunyai hak eksklusif untuk membuat, mengimport, menjual, menyewa atau menggunakan bagi tujuan perdagangan atau perniagaan. Pemohon yang ingin mengeksplotasikan reka bentuk perindustriannya di pasaran antarabangsa hendaklah memperolehi perlindungan di negara yang berkaitan. b. Tindakan Pelanggaran Kebenaran daripada pemilik reka bentuk perindustrian berdaftar hendaklah diperolehi sebelum menggunakan suatu reka bentuk perindustrian berkenaan. Pemilik berdaftar boleh mengambil tindakan melalui undang-undang sivil di bawah peruntukan Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 dan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972. Sempadan perlindungan
  • 8. Sesuatu reka bentuk perindustrian yang berdaftar di Malaysia adalah diberi perlindungan hanya di Malaysia. Untuk mendapatkan perlindungan di negara-negara lain, pemohon hendaklah membuat permohonan secara berasingan di setiap negara yang berkaitan. Walau bagaimanapun, sekiranya pemohon ingin mendapatkan Tuntutan Tarikh Prioriti di negara yang menjadi ahli Konvensyen Paris, pemohon hendaklah memfailkan permohonan berkenaan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pemfailan di Malaysia. Tempoh perlindungan Suatu reka bentuk perindustrian berdaftar adalah diberi perlindungan selama 5 tahun dari tarikh pemfailan. Perlindungan boleh dilanjutkan selama 2 tempoh di mana setiap tempoh perlindungan selama 5 tahun. Ini bermakna tempoh maksimum perlindungan ialah selama 15 tahun. Yuran yang berpatutan Berdasar kepada kajian yang dibuat, yuran yang ditetapkan oleh Pejabat Pendaftar Reka Bentuk Perindustrian adalah antara yang terendah di kalangan negara-negara ASEAN. Kesemua yuran yang diterima adalah untuk menampung perbelanjaan mengurus dan operasi pentadbiran perbadanan. Prosedur pendaftaran yang cepat Purata Sijil Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian dikeluarkan adalah dalam tempoh 8 bulan dari tarikh penerimaan borang, dokumen dan yuran pemfailan yang lengkap. Tempoh tangguhan selama 6 bulan adalah bertujuan menghormati peruntukan Artikel 4(c)(1), Konvensyen Paris (pindaan 28 September 1979). Oleh yang demikian, pejabat ini hanya akan membuat carian dan pemeriksaan kebaharuan yang telah didaftarkan 6 bulan selepas dari tarikh prioriti atau tarikh pemfailan. Apakah Petunjuk Geografi? Petunjuk geografi adalah satu petunjuk yang mengenal pasti apa-apa barang kerana berasal dari sebuah negara atau wilayah, atau satu kawasan atau tempat dalam atau negara wilayah, di mana mutu yang ditentukan, atau reputasi ciri lain barang-barang itu pada asasnya adalah berpunca dari asal geografi mereka. Tanda-tanda geografi boleh digunakan ke atas atau semula jadi atau hasil pertanian sebarang keluaran atau kraftangan industri. Perlindungan Petunjuk Geografi? Perlindungan Petunjuk Geografi diberi ke atas:- Tanpa menghiraukan sama ada petunjuk geografi didaftarkan atau tidak; dan kerana pertentangan petunjuk geografi yang lain, walaupun benar secara amnya untuk negara itu, wilayah, atau rantau di mana tempat barang-barang itu bermula, secara palsunya menerangkan kepada orang ramai yang barang-barang itu berasal dari negara lain, wilayah, atau rantau lain. Pengecualian dari Petunjuk Geografi. Perkara di bawah tidak termasuk di dalam Petunjuk Geografi:- • Petunjuk geografi yang adalah bertentangan dengan atau ketenteraman awam atau moraliti wilayah asal; atau • Petunjuk geografi yang tidak atau telah berhenti untuk dilindungi dalam negara mereka. • Petunjuk geografi yang telah terbahagi tidak lagi digunakan didalam atau di negara wilayah asal.
  • 9. Institusi prosiding untuk injunksi dan kerosakan-kerosakan di bawah • Sesiapa berminat boleh membuat prosiding di Mahkamah untuk mencegah, dalam apa-apa hubungan berkaitan petunjuk geografi: • Penggunaan dalam perdagangan dalam apa cara sekalipun dimana ianya menipu orang awam tentang petunjuk geografi barang tersebut sehingga asal usul barang menjadi persoalan; atau • Sebarang kegunaan dalam perdagangan petunjuk geografi, walaupun benar secara amnya berasal dari negara itu, wilayah, atau rantau tempat di mana barang-barang itu bermula, secara palsunya menerangkan kepada orang ramai yang barang-barang itu bermuladalam negara yang lain, wilayah, atau rantau tempat; atau • Sebarang kegunaan dalam perdagangan petunjuk geografi, walaupun benar secara amnya berasal dari negara itu, wilayah, atau rantau tempat di mana barang-barang itu bermula dalam negara yang lain, wilayah, atau rantau lain; atau • Sebarang kegunaan dalam perdagangan petunjuk geografi bagi mengenal pasti wain untuk wain yang bukan berpunca dari tempat itu. Di dalam soalan petunjuk geografi mengenal pasti asal kerana tidak berpunca dari tempat itu ditunjukkan oleh petunjuk geografi , malah di mana asal sebenar wain atau kandungannya adalah ditunjukkan oleh petunjuk geografi. Ianya digunakan atau diterjemahkan oleh ungkapan-ungkapan seperti "jenis-jenis", "gaya" atau "tiruan". Mahkamah boleh membenarkan satu injunksi bagi mencegah sebarang penggunaan petunjuk geografi secara tidak sah dan apa-apa kerugian akibat darinya. Mahkamah boleh membenarkan satu injunksi bagi mencegah sebarang penggunaan petunjuk geografi secara tidak sah dan mana-mana peruntukkan yang sesuai. Pendaftaran Petunjuk Geografi. Apabila permohonan untuk pendaftaran petunjuk geografi mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan bukan bertentangan dengan ketenteraman awam moraliti dan tiada bangkangan difailkan dari mahkamah tinggi terhadap keputusan. Pendaftar, akan mendaftar petunjuk geografi dan mengeluarkan sekeping sijil pendaftaran kepada pemohon. Sekeping sijil pendaftaran akan dikeluarkan sebagai bukti prima facie fakta-fakta itu dengan menyatakan di dalam sijil dan kesahihan pendaftaran. Hak Pengunaan Dalam kes petunjuk geografi berdaftar, hanya pengeluar yang berdaftar dengan pendaftar boleh menggunakan hak petunjuk geografi di dalam perdagagan mereka. Hak pengunaan di dalam produk adalah mengikut spesifikasi kualiti, reputasi dan kandungan bahan-bahan yang telah didaftarkan oleh pendaftar. Pembatalan dan pembetulan pendaftaran. • Pendaftar boleh membatal atau melakukan pembetulan mengikut kehendak pihak yang meminta berdasarkan bayaran yang tertentu: • Membatalkan pendaftaran petunjuk geografi berdasarkan petunjuk geografi tidak melayakkan untuk perlindungan.
  • 10. • Membetulkan pendaftaran petunjuk geografi berasaskan petunjuk geografi tidak menunjukkan asas petunjuk geografi bagi produk berdasarkan kualiti, reputasi dan bahan-bahan akibat dari ciri yang tidak memuaskan. • Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati di atas keputusan Pendaftar boleh merayu untuk mahkamah. Berapa lamakah tempoh perlindungan? Petunjuk geografi yang berdaftar di beri 10 tahun perlindungan dan boleh diperbaharui bagi setiap 10 tahun Siapa yang boleh mendaftar? Berikut adalah individu yang berhak mendaftar? • Individu yang menjalankan activiti sebagai pengeluar seperti yang termaktub di dalam borang permohonan. • Badan-badan berdaftar • Persatuan atau pedagang. Bagaimana untuk memfail permohonan untuk pendaftaran satu petunjuk geografi? Satu permohonan untuk pendaftaran petunjuk geografi t pada Borang G1 disertakan dengam satu salinan akuan berkanun dan bayaran yang ditetapkan. Permohonan di dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris? • Nama pemohon hendaklah di eja sepenuhnya dan nama-nama bagi entiti-entiti sah akan ditunjukkan dengan gelaran rasmi penuh mereka. • Alamat hendaklah dinyatakan bagi memudahkan surat menyurat. • Kewarganegaraan pemohon hendaklah dinyatakan berdasarkan surat pendaftaran. • Pendaftar petunjuk geografi yang bukan warganegara Malaysia tetapi menjalankan perniagaan di Malaysia hendaklah melantk agen dan meyertakan satu set Borang G1 yang beralamat di Malaysia. Untuk tujuan pendaftaran tanda-tanda geografi, barangan hendaklah diklasifikasikan dalam cara ditetapkan dalam Geographical Indications Regulations 2001. Bayaran Pendaftaran Apabila permohonan petunjuk geografi dilakukan, bayaran RM 250.00 adalah disertakan bersama RM 450.00 untuk iklan dan pengeluaran sijil. Satu senarai bayaran petunjuk geografi boleh didapati di Geographical Indications Regulations 2001 Definisi harta intelek Harta Intelek adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987. Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut : • usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli; • karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan; • penciptanya adalah orang yang berkelayakan; dan
  • 11. • karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah di Malaysia. Karya Yang Layak Mendapat Perlindungan Harta Intelek Karya-karya yang layak mendapat perlindungan Harta Intelek ialah : • karya sastera ; • karya muzik ; • karya seni ; • filem ; • rakaman bunyi ; • siaran; dan • karya terbitan Karya-karya di atas adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya itu dihasilkan. Walaupun begitu peruntukan berkenaan keaslian mestilah ditepati. Karya Sastera Karya sastera terdiri daripada:- • novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, karya syair dan penulisan lainnya; • lakonan, drama, arahan pentas, senario filem, skrip siaran, karya koreografi dan pantomin; • treatis, sejarah, biografi, karangan dan artikel; • ensiklopedia, kamus dan karya rujukan lain; • surat, laporan dan memorandum; • syarahan, ucapan, khutbah dan karya-karya lain yang sama sifatnya; • jadual atau penyusunan yang dinyatakan dalam perkataan-perkataan, angka-angka dan simbol-simbol sama ada dalam bentuk yang boleh dilihat atau tidak; dan • program-program komputer atau penyusunan program-program komputer tetapi tidak termasuk teks rasmi kerajaan atau badan-badan berkanun yang bersifat perundangan atau peraturan, ataupun keputusan- keputusan kehakiman. Karya Muzik Apa-apa karya muzik dan termasuklah karya yang digubah untuk iringan muzik. Karya Seni • Lukisan cat, lukisan, ecing, litograf, ukir-kayu, ukir-pahat dan cetakan dan apa- apa karya tiga dimensinya; • Peta, pelan, carta, rajah, ilustrasi, lakaran dan karya-karya tiga dimensi berhubung dengan geografi, topografi, senireka atau sains; • Karya seniukir; • Karya senibina dalam bentuk bangunan atau model bangunan; • Fotograf yang tidak terkandung dalam filem; • Karya pertukangan seni, termasuklah tenunan halus bergambar, kain bertekad dan barang-barang petukangan tangan dan seni perusahaan.
  • 12. Rekabentuk susun atur litar bersepadu adalah susunan tiga dimensi unsur-unsur sesuatu litar bersepadu dan sebahagian atau semua hubungan litar bersepadu itu atau susunan tiga dimensi sedemikian yang disediakan bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan untuk dikilang. Undang-undang yang melindung reka bentuk susun atur litar bersepadu adalah Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000. Bagaimana untuk melindungi susun atur litar bersepadu? Sesuatu reka bentuk susun atur layak mendapat perlindungan secara automatik sebaik sahaja memenuhi syarat-syarat berikut : • Asli iaitu ia adalah hasil usaha intelek penciptanya sendiri dan bukan perkara biasa antara pencipta reka bentuk susun atur dan pengilang litar bersepadu; • telah ditetapkan dalam bentuk material atau digabungkan dalam suatu litar bersepadu; dan • pemegang hak reka bentuk susun atur itu adalah orang yang layak. Siapakah pemegang hak reka bentuk susun atur dan apakah hak pemegang hak? • Pencipta; • Orang yang menugaskan jika reka bentuk susun atur itu dicipta menurut sesuatu penugasan; • Majikan jika reka bentuk susun atur itu dicipta oleh pekerja dalam menjalankan pekerjaannya. Pemegang hak sesuatu reka bentuk susun atur terlindung mempunyai hak yang berikut: • Menghasilkan semula dan memberi kuasa penghasilan semula reka bentuk susun atur terlindungnya; dan • Mengeksploitasikan secara perdagangan dan memberi kuasa pengeksploitasian secara perdagangan; o Reka bentuk susun atur terlindungnya; o Litar bersepadu yang dalamnya digabungkan reka bentuk susun atur terlindung itu; atau o Barang yang mengandungi litar bersepadu yang dalamnya digabungkan reka bentuk susun atur terlindung itu. Tempoh perlindungan Sesuatu reka bentuk susun atur dilindungi bagi tempoh 10 tahun dari tarikh ia mula-mula dieksploitasi secara perdagangan. Walau apa pun, perlindungan yang diberikan tamat selepas 15 tahun selepas tarikh ia dicipt