MENGENALPASTI 7 KEBAIKAN MEMANASKAN BADAN SEBELUM BERSUKAN
1. KEBAIKAN MEMANASKAN BADAN
1.Mengelakkan Kecederaan
ZL yakin rata-rata dari kita tahu bahawa tujuan memanaskan badan adalah untuk
mengelakkan kecederaan. Bayangkan tubuh badan kita seperti sebuah kenderaan.
Sesebuah kenderaan itu perlu dipanaskan enjinnya terlebih dahulu sebelum ia dapat
bergerak dengan lancar tanpa merosakkan enjin. Begitu juga dengan tubuh kita. Jika
kita mengabaikan aktiviti memanaskan badan mungkin boleh mendatangkan
kecederaan yang teruk.
2. Meningkatkan Prestasi
Mengikut kajian yang dilakukan, seorang yang melakukan aktiviti memanaskan badan
didapati lebih aktif dan berprestasi tinggi di dalam sukan berbanding mereka yang
tidak memanaskan badan. Ini kerana apabila seseorang melakukan aktiviti
memanaskan badan, darah akan mengalir lebih banyak kedalam otot menyebabkan
pembahagian nutrient ke otot yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga berlaku
dengan lebih pantas.
3. Mengelakkan Kekejangan Otot
Seperti yang saya terangkan diatas aktiviti memanaskan badan membuatkan darah
mengalir ke otot dengan lebih baik. Darah itu bukan sahaja membawa nutrien malah
oksigen dan elektrolit yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kekurangan oksigen
dan elektrolit ini dapat menyebabkan kekejangan otot dan cara untuk mengelakkannya
adalah dengan memanaskan badan sebelum bersukan dan mendapatkan bekalan air
yang mencukupi.
4. Menyesuaikan Kadar Denyutan Jantung Anda
Memanaskan badan adalah satu cara untuk memberitahu jantung bahawa anda akan
melakukan aktiviti yang akan memerlukan kapisiti yang tinggi sebentar lagi. Ia dapat
menyesuaikan jantung kita secara berperingkat agar ia tidak “terkejut” dengan
tekanan yang datang secara tiba-tiba.
5. Mengurangkan Kesakitan Selepas Bersukan
Kadangkala apabila kita melakukan sesuatu aktiviti yang memerlukan penggunaan
kapisiti otot yang tinggi seperti bersukan dan bersenam, kita akan merasai kesannya
apabila kita bangun dari tidur keesokkan harinya. Ia merupakan kesan daripada
aktiviti berat yang kita lakukan. Dengan memanaskan badan terlebih dahulu anda
dapat mengurangkan kesakitan selepas bersukan.
6. Membantu Anda Tahan lebih Lama
Apabila kita bersukan atau bersenam badan kita akan mengeluarkan asid laktik.
Pengeluaran asid laktik yang terlalu banyak dalam badan kita akan membuatkan kita
berasa letih dan dan tidak bermaya. Memanaskan badan dapat mengelakkan
2. pengeluaran asid laktik yang berlebihan dan menyebabkan kita dapat bertahan lebih
lama ketika bersukan atau bersenam.
7. Membantu Anda Relaks Dan Fokus
Secara psikologi perbuatan memanaskan badan dapat membantu anda bersedia. Kita
dapat lihat pada peninju yang melakukan gaya memanaskan badan seperti
menumbuk-numbuk angin dan sebagainya untuk membuatkan dirinya lebih fokus
sebelum perlawanan bermula. Dengan memanaskan badan anda akan menjadi lebih
relaks dan berada di dalam “zon” anda sendiri. Ini dapat membantu anda memberi
tumpuan terhadap aktiviti yang akan anda lakukan.
Kebaikan menyejukkan badan
1. Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur.
2. Menjajarsemulaotot-otot.
3. Mengurangkankesakitandankerengsaanselepassenaman.
4. Menggalakkan pengaliran darah ke jantung.
5. Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan.
6. Mententeram atau merelakskan anda.