Your SlideShare is downloading. ×

Tafsir ayat kursi bahagian 7

555

Published on

Published in: Sports, Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
555
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
16
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Tafsir Ayat Kursi Bahagian 7 Disusun oleh Abu Haniff      Dan Dia adalah Yang Maha Tinggi, Yang Maha Besar.Dan Dia adalah Yang Maha Tinggi (di atas segala-segalanya. Zat yang memilikikelebihan ketinggian yang mutlak dalam segala aspek, sama ada dalam aspek Zat,kekuasaan, sifat, dan keperkasaan. Dialah Zat yang bersemayam di atas ArasyNya,melampaui dan berbeza dari semua makhlukNya. Sedangkan makhlukNya, ketinggiandan kelebihan yang mereka miliki hanyalah ketinggian dan kelebihan yang terbatas,sebagaimana ketinggian yang Allah firmankan di dalam ayat Ali Imran 3:139,          yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menjadi lemah, dan janganlah kamuberdukacita, padahal kamulah orang-orang yang lebih tinggi, jika kamu orang-orangyang beriman”, sesungguhnya ketinggian itu adalah terhad bagi orang-orang yangberiman, iaitu lebih tinggi darjatnya dari orang-orang kafir, dan itu bukanlah ketinggiandan kelebihan yang mutlak. Ketinggian dan kelebihan mutlak hanyalah kepunyaanAllah, kerana Dia Maha Tinggi dan Maha Mulia dari segala kekurangan dan kelemahan.Adapun Maha Tinggi Allah dalam aspek Zat bermaksud bahawa Allah mengatasisegala sesuatu, sedang segala sesuatu itu lebih rendah daripadaNya, dan Dia MahaPerkasa lagi Maha Agung. Dan adapun Maha Tinggi Allah dalam aspek sifatbermaksud bahawa Allah layak dengan segala sifat-sifat yang sangat tinggi darjatnya,sebagaimana yang Dia firmankan di dalam ayat An-Nahl 16:60,    yang bermaksud, “Dan bagi Allah ialah perbandingan yang tertinggi”, iaitu Allahmempunyai sifat Yang Maha Tinggi. Setiap sifat yang layak bagi Allah itu adalah sifatyang sempurna, jauh dari sebarang kekurangan dan kelemahan dari segala segi.Tidaklah Dia dapat dibanding dan ditanding dengan sesiapa, apatah lagi dengan orang-orang yang tidak beriman dengan hari akhirat. Tiada Tuhan melainkan Dia, yangmempunyai kesempurnaan yang mutlak dari segala segi. Tetapi terdapat golonganorang-orang yang membatasi ketinggian Allah hanya dalam aspek sifat sahaja,menolak ketinggianNya dalam aspek Zat. Dan mereka ini, mereka terbahagi pulakepada 2 golongan. Adapun golongan yang pertama, mereka mengatakan bahawaAllah, dengan ZatNya, berada di mana-mana. Dan jika sedemikian halnya, makamereka itu menganggap bahawa Allah bertempat atau tidak bertempat pada hayyiz,iaitu suatu benda luaran yang wujud yang mengelilingi dan mengandungi sesuatu.Tetapi jika Allah bertempat pada hayyiz, maka tentulah Dia memerlukan tempat-tempat
  • 2. untuk bertempat, dan tidak akan ada satu tempat yang tinggal. Dan jika Dia tidakbertempat pada hayyiz, maka Dia menjadi tidak wujud. Dan golongan yang pertama initidak pula mengatakan bahawa yang tidak bertempat pada hayyiz adalah seperti udaraatau yang sepertinya, yang tidak bertempat pada sesuatu hayyiz tetapi wujud. Yangdemikian itu kerana tidaklah selari dengan kefahaman mereka. Adapun golongan yangkedua, mereka mengatakan, “Tidaklah Allah berada di atas dan tidaklah pula di bawah.Tidaklah juga di dalam dan tidak pula di luar. Tidak di kiri dan tidak di kanan. Tidakbergabung dan tidak berpisah”. Sesungguhnya kefahaman sebegini adalah satupenidakan yang mutlak, kerana ianya adalah satu pentakrifan yang sempurnamengenai ketidakwujudan, sehingga sebahagian ulama mengatakan, “Jika kita dimintauntuk menerangkan ketidakwujudan, maka tiadalah satu pentakrifan yang lebihkomprehensif daripada pentakrifan ini”. Demikianlah penidakan mereka terhadap apayang telah ditetapkan oleh naql dan aql, yakni dalil dan rasional, telah mendorongmereka mengatakan apa yang tidak dapat diterima oleh deria persepsi, dan tidak jugaoleh naql dan aql. Sesungguhnya terdapat banyak hujah di dalam Al-Quran yangmenerangkan tentang ketinggian Allah, sebagaimana contohnya di dalam ayat Al-Baqarah 2:255 ini, Allah berfirman,    yang bermaksud, “Dan Dia ialah Yang Maha Tinggi, Yang Maha Besar”. Dan di dalamayat Al-Ala 87:1, Allah berfirman,     yang bermaksud, “Muliakanlah nama Tuhanmu Yang Paling Tinggi”. Dan terdapat ayatyang menyatakan keadaan Allah yang di atas makhlukNya, sebagaimana yang Diafirmankan di dalam ayat Al-Anam 6:18,     yang bermaksud, “Dan Dia adalah Yang Maha Menakluk, di atas hamba-hambaNya”.Dan terdapat ayat yang menerangkan bagaimana sesuatu itu naik kepadaNya,sebagaimana yang Dia firmankan di dalam ayat Fatir 35:10,        yang bermaksud, “KepadaNyalah kalimat yang baik naik, dan amalan soleh naikmengangkatnya”. Dan sebagaimana yang Dia firmankan di dalam ayat Al-Maarij 70:4,     yang bermaksud, “Para malaikat dan Ruh itu naik kepadaNya”. Dan terdapat pula ayatyang menerangkan bagaimana sesuatu itu turun daripadaNya, sebagaimana yang Diafirmankan di dalam ayat As-Sajadah 32:5,      
  • 3. yang bermaksud, “Dia mengatur urusan dari langit ke bumi”. Dan sebagaimana yangDia firmankan di dalam ayat Al-Hijr 15:5,    yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami, Kamilah yang telah menurunkan Peringatanitu”. Dan terdapat pula ayat yang menegaskan bahawasanya Allah di langit,sebagaimana yang Dia firmankan di dalam ayat Al-Mulk 67:16,        yang bermaksud, “Apakah kamu merasa aman dari Dia yang di langit, bahawa tidaklahDia menyebabkan bumi menelan kamu”. Dan di samping ayat-ayat Al-Quran yangmenyatakan tentang ketinggian Allah, terdapat pula hadis-hadis yang menegaskansedemikian itu. Di dalam sebuah hadis, 1 diriwayatkan ketika Mu’awiyah bin Hakam 0Fdatang membawa kepada Rasulullah seorang hamba perempuan berkulit hitam, makaRasulullah bersabda kepada hamba perempuan itu, “Di manakah Allah”. Ia menjawab,“Di langit”. Rasulullah bertanya lagi, “Siapakah aku”. Ia menjawab, “Rasulullah”. MakaRasulullah bersabda, “Bebaskanlah ia, maka sesungguhnya ia adalah seorangmukminah”. Dan di dalam sebuah hadis lagi, 2 ketika di hadapan perhimpunan kaum 1Fmuslim semasa menunaikan haji wada’, Rasulullah menunjukkan jarinya ke langit lalubersabda sebanyak tiga kali, “Ya Allah, saksikanlah”. Dan sesungguhnya manusia inisecara fitrahnya mengakui hakikat bahawa Allah berada di langit. Kerana itulah apabilaseseorang itu memohon dan berdoa kepada Tuhannya, maka hatinya akan tergerakuntuk mengangkat tangannya ke langit, ke arah Penciptanya Yang Maha Tinggi), YangMaha Besar (melebihi segala-segalanya, yang memiliki kesempurnaan kebesaran yangmutlak, menghimpun seluruh sifat keagungan, kebesaran, keterpujian, dan keelokan.Tiadalah sesuatu yang lebih besar dariNya. Dan keagungan segala sesuatu, walaubagaimana besar sifatnya, sesungguhnya ia adalah rendah, tidak ada ertinya di sisikeagungan yang Maha Tinggi dan Yang Maha Besar. Dengan itu apabila seseorangmerasa bangga dengan dirinya sendiri, maka hendaklah ia ingat ketinggian Allah yangmengatasi segala sesuatu, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Agung. Dan apabilaseseorang menyangka dirinya besar, maka ingatlah akan kebesaran Allah. Laluingatlah supaya tidak dilanggar akan hak orang lain, sebagaimana firmanNya di dalamayat An-Nisa 4:34 tentang para isteri yang taat,             yang bermaksud, “Kemudian jika mereka telah mentaatimu, maka janganlah kamumencari terhadap mereka sebab. Sesungguhnya Allah, adalah Dia Maha Tinggi, lagiMaha Besar”. Sesungguhnya Allah, Dia adalah Zat yang secara mutlak tidak adasesuatu pun yang boleh mencegah kehendakNya, dan tidak ada sesuatu yang sanggupmelemahkanNya. Inilah ayat Kursi. Satu ayat yang disebutkan sebagai ayat yang palingagung di dalam Kitabullah. Di dalam sebuah hadis, 3 Rasulullah pernah bertanya 2Fkepada Ubay bin Ka’b, “Apakah ayat yang paling agung di dalam Kitabullah”. Ubay1 Ahmad, Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Malik, Syafii2 Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah3 Ahmad
  • 4. menjawab, “Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui”. Rasulullah mengulangipertanyaannya beberapa kali, dan Ubay menjawab, “Ayat Kursi”. Lalu Rasulullahbersabda, “Tahniah kepadamu kerana memiliki ilmu itu, wahai Abu Munzir. Demi yangjiwaku di tanganNya, sesungguhnya ayat ini mempunyai lidah dan sepasang bibir yangmenyucikan Allah di sisi tiang Arasy”. Dan di dalam ayat Kursi ini terdapat nama Allahyang paling agung. Di dalam sebuah hadis, 4 Rasulullah pernah bersabda tentang ayatKursi dan ayat Ali Imran 3:1-2 dengan sabdanya, “Sesungguhnya di dalam kedua ayattersebut terdapat nama Allah yang paling agung”. Dan ayat Kursi ini seharusnya dibacaselepas setiap solat fardu kerana Rasulullah pernah bersabda di dalam sebuah hadis 5dengan sabdanya, “Barang siapa yang membaca ayat Kursi selepas satu solat fardu, iaakan berada di bawah pemeliharaan Allah sehingga solat fardu seterusnya”. Di dalamsebuah hadis yang lain, 6 Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang membaca ayatKursi selepas setiap solat fardu, maka tiada yang mencegahnya dari dimasukkan kesyurga melainkan mati”. Dan keutamaan ayat Kursi di dalam memelihara seseorangdari gangguan syaitan telah diceritakan oleh Abu Hurairah di dalam sebuah hadis, 7“Rasulullah telah melantik diriku untuk menjaga zakat Ramadan. Kemudian datangkepadaku seorang pendatang baru, lalu dia dengan tergesa-gesa mengambilsebahagian dari makanan itu. Maka aku menangkapnya dan aku berkata, ‘Pastinya akuakan bawa engkau kepada Rasulullah’. Orang itu berkata, ‘Lepaskanlah aku,sesungguhnya aku adalah orang miskin, dan ke atasku tanggungan yang ramai, danbagiku keperluan yang mendesak’. Aku membebaskannya. Pada pagi harinyaRasulullah bertanya kepadaku, ‘Wahai Abu Hurairah, apa tawananmu telah lakukansemalam’. Aku menjawab, ‘Wahai Rasulullah, dia mengadu tentang keperluan yangmendesak, dan tanggungan yang ramai, hingga aku kasihan kepadanya, maka akubebaskan dia’. Nabi bersabda, ‘Ingatlah, sesungguhnya dia telah berdusta kepadamudan dia pasti akan kembali lagi’. Aku mengetahui bahwa dia akan kembali karenasabda Rasulullah yang mengatakan bahwa dia akan kembali. Oleh itu akumenghendapnya. Ternyata dia datang lagi, lalu tergesa-gesa mengambil sebahagiandari makanan itu. Maka aku tangkap dia, dan aku berkata, ‘Pastinya aku akan bawaengkau kepada Rasulullah’. Orang itu berkata, ‘Lepaskanlah aku, sesungguhnya akuadalah orang miskin, dan ke atasku tanggungan yang ramai, aku tidak akan kembalilagi’. Aku merasa kasihan kepadanya dan aku bebaskan dia. Pada pagi harinyaRasulullah bertanya kepadaku, ‘Wahai Abu Hurairah, apa tawananmu telah lakukansemalam’. Aku menjawab, ‘Wahai Rasulullah, dia mengadu tentang keperluan dantanggungan yang ramai, hingga aku kasihan kepadanya, maka aku bebaskan dia’.Nabi bersabda, ‘Ingatlah, sesungguhnya dia telah berdusta kepadamu dan dia pastiakan kembali lagi’. Oleh itu aku menghendapnya untuk ketiga kalinya. Ternyata diadatang lagi, lalu tergesa-gesa mengambil sebahagian dari makanan itu. Maka akutangkap dia, dan aku berkata, ‘Pastinya aku akan bawa engkau kepada Rasulullah,dan ini adalah kali ketiga bahawasanya engkau tegaskan bahawa engkau tidak akankembali lagi, kemudian engkau kembali juga’. Orang itu berkata, ‘Lepaskanlah aku,akan aku ajar engkau beberapa kalimat yang Allah akan memberi manfaat kepadamu4 Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi5 At-Tabrani6 Ibnu Murdawaih, An-Nasa’i, At-Tabrani, Ibnu Sunni, Ibn Hibban7 Bukhari, An-Nasa’i
  • 5. kerananya’. Aku bertanya, ‘Dan apakah ia’. Dia menjawab, ‘Apabila engkau membawadirimu untuk berehat ke hamparan tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi,        yang bermaksud: Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup, Yang BerdiriSendiriNya”, hingga engkau selesaikan ayat ini. Maka sesungguhnya Allah akanmenentukan kepada engkau seorang pengawal yang akan terus-menerus bersamamu,dan tiada syaitan yang berani mendekatimu hingga pagi harinya’. Maka aku bebaskandia. Pada pagi harinya Rasulullah bertanya kepadaku, ‘Wahai Abu Hurairah, apatawananmu telah lakukan semalam’. Aku menjawab, ‘Wahai Rasulullah, dia mendakwabahawa dia mengajarkan aku beberapa kalimat yang Allah akan memberi manfaatkepadaku kerananya, maka aku bebaskan dia’. Rasulullah bertanya, ‘Apakah kalimat-kalimat itu’. Aku menjawab, ‘Dia mengatakan kepadaku: Apabila engkau membawadirimu untuk berehat ke hamparan tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi dariawalnya hingga engkau selesaikan ayat itu, yaitu,        yang bermaksud: Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup, Yang berdirisendiriNya. Dan dia berkata kepadaku: Allah akan menentukan kepada engkau seorangpengawal yang akan terus-menerus bersamamu, dan tiada syaitan yang beranimendekatimu hingga pagi harinya’. Sedangkan mereka para sahabat adalahorang-orang yang paling suka kepada kebaikan. Maka Nabi bersabda, ‘Adapunsesungguhnya dia telah bercakap benar kepadamu, sedangkan dia adalah seorangpendusta. Tahukah engkau siapakah orang yang engkau bercakap selama tiga malamitu, wahai Abu Hurairah’. Aku menjawab, ‘Tidak’. Nabi bersabda, ‘Itulah syaitan’ ”).

×