Ihsan

846 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
846
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
29
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Ihsan

  1. 1. Ihsan Disusun oleh Abu HaniffDan adapun ihsan, penjelasan tentangnya ialah sebagaimana yang Rasulullahsabdakan di dalam sebuah hadis 1 ketika dia menjawab soalan yang dimajukan oleh 0FJibril a.s. kepadanya, “Beritahukanlah kepadaku tentang ihsan”. Lalu Rasulullahbersabda, “Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkaumelihatNya. Tetapi jika tidaklah engkau melihatNya, maka sesungguhnya Diamelihatmu”. Dan berbuat ihsan itu, maka sesungguhnya Allah memerintahkan supayaberbuat ihsan di dalam setiap sesuatu dan terhadap setiap sesuatu, sebagaimana yangDia perintahkan dengan firmanNya di dalam ayat An-Nahl 16:90,      yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh yang adil dan juga ihsan”. Danadapun berbuat adil, ia dijelaskan dengan indahnya oleh Muhammad bin Ka’b kepadaUmar bin Abdul Aziz, sebagaimana yang diceritakan oleh Muhammad bin Ka’b di dalamsebuah athar, di mana dia berkata, 2 “Umar bin Abdul Aziz pernah memanggil aku lalu 1Fberkata, ‘Terangkan kepadaku tentang keadilan’. Aku berkata, ‘Bagus, engkau bertanyatentang perkara yang besar. Jadilah engkau ayah untuk anak kecil, anak untuk orangtua, saudara untuk yang sebaya, dan untuk kaum perempuan demikian pula. Kemudianjatuhkanlah hukuman kepada manusia sesuai dengan dosa dan ukuran tubuhnya. Danjanganlah engkau memukul kerana marahmu dengan sekali sebatan sehingga engkautermasuk di dalam golongan orang yang melampaui batas’ ”. Sedemikianlah Allahmenyuruh berbuat adil dengan wajar, sederhana dan seimbang. Tidak cenderungkerana hawa nafsu, tidak terpengaruh dengan emosi kasih dan benci, tidak berubahkerana memelihara hubungan kekeluargaan, tidak terpesong kerana kaya dan miskin,atau kerana kuat dan lemah. Keadilan itu tetap berjalan lurus memberi sukatan danpertimbangan yang sama kepada semua orang. Allah berfirman di dalam ayat Al-Maidah 5:8,                         yang bermaksud, “Dan janganlah kebencian kepada suatu kaum mendorong kamu kedalam dosa, dengan bahawa kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah, ia adalah lebihdekat kepada takwa. Dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah MahaMemaklumi dengan apa yang kamu lakukan”. Demikianlah penjelasan tentang keadilan,tetapi ihsan, ia sesungguhnya menjangkau melebihi yang demikian itu. Ia mempunyaipengertian yang amat luas. Ia merangkumi dua kaedah, iaitu kaedah mengerjakansesuatu amalan itu sebaik-baiknya, dan juga kaedah berlaku sebaik-baiknya terhadap1 Muslim2 Ibnu Abu Hatim 1
  2. 2. orang lain. Setiap perbuatan yang baik adalah semuanya ihsan. Ia adalah memberirespons terhadap sesuatu perbuatan yang baik dengan perbuatan yang lebih baik, ataumemberi respons kepada kejahatan dengan pemaafan. Mengerjakan amalan-amalanyang difardukan adalah berbuat adil, sedangkan menjangkaui melebihi yang demikianitu untuk mengerjakan yang sunatnya dengan sebaik mungkin adalah ihsan. Di dalambanyak ayat-ayat yang lain, Allah menggabungkan perintah untuk berbuat adil danihsan, sebagaimana firmanNya di dalam ayat An-Nahl 16:126,                yang bermaksud, “Dan jika kamu menghukum, maka hukumlah dengan seumpama apayang kamu telah disakiti dengannya. Dan sesungguhnya jika kamu bersabar, pastinyaia adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar”. Adapun firmanNya,      yang bermaksud, “Maka hukumlah dengan seumpama apa yang kamu telah disakiti”,ianya adalah perintah untuk berbuat adil, dan firmanNya,  yang bermaksud, “Dan sesungguhnya jika kamu bersabar”, ianya adalah perintah untukberbuat ihsan. Di dalam ayat Asy-Syura 42:40, Allah berfirman,               yang bermaksud, “Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan seumpamanya. Makabarang siapa memaafkan dan mengadakan perdamaian, maka pahalanya ke atasAllah”. Maka firmanNya,      yang bermaksud, “Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan seumpamanya”,ianya adalah perintah untuk berbuat adil, dan firmanNya,   yang bermaksud, “Maka barang siapa memaafkan dan mengadakan perdamaian”,ianya adalah perintah untuk berbuat ihsan. Dan di dalam ayat Al-Maidah 5:45, Allahberfirman,           yang bermaksud, “Dan luka-luka ada hukuman qisas. Maka barang siapa yangmenyedekahkan dengannya, sedemikian ianya ialah penebus dosa baginya”. MakafirmanNya,    2
  3. 3. yang bermaksud, “Dan luka-luka ada hukuman qisas”, ianya adalah perintah untukberbuat adil, dan firmanNya,    yang bermaksud, “Maka barang siapa yang menyedekahkan dengannya”, ianya adalahperintah untuk berbuat ihsan. Dan banyak lagi perintah Allah menyuruh berbuat adildan ihsan di dalam ayat-ayat yang lain. Demikianlah maka ihsan itu dapat membukapintu kepada orang-orang yang ingin bertoleransi di dalam sesetengah hak merekakerana mengutamakan semangat kasih sayang, dan menghapuskan perasaan dendamkesumat dari hati mereka. Ia membuka pintu kepada orang-orang yang inginmenunjukkan sikap yang lebih dari dasar keadilan yang ketat dan tegas untukmengubat hati yang luka atau untuk mendapat kelebihan. Dan demikianlah jugasesungguhnya Allah memerintahkan supaya berbuat ihsan di dalam setiap sesuatu danterhadap setiap sesuatu, sebagaimana yang Rasulullah sabdakan di dalam sebuahhadis, 3 “Sesungguhnya Allah, Dia telah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu. Lalu 2Fapabila engkau membunuh, maka berbuat ihsanlah terhadap pembunuhan itu. Danapabila kamu menyembelih, maka berbuat ihsanlah terhadap penyembelihan itu. Danhendaklah setiap dari kamu menajamkan pisaunya, lalu hendaklah menyenangkanbinatang sembelihannya”. Contoh perbuatan menyembelih yang diberikan di dalamhadis ini, ianya merangkumi dua kaedah ihsan yang telah disebutkan, iaitu kaedahmengerjakan sesuatu amalan itu sebaik-baiknya, dan juga kaedah berlaku sebaik-baiknya terhadap orang lain. Lalu di dalam amalan penyembelihan itu hendaklah adaihsan, dan terhadap binatang sembelihan itu hendaklah berlaku ihsan. Dan adapunperintah berlaku ihsan ini, adakalanya ia adalah wajib dan adakalanya sunat.Contohnya, perintah berbuat ihsan kepada kedua ibu bapa adalah satu perintah wajib,tetapi bersedekah, walaupun perintah untuk bersedekah adalah juga satu perintahberbuat ihsan, ianya adalah satu amalan sunat. Walau bagaimanapun perlulah dihayatibahawa ihsan ialah sesuatu yang sangat-sangat dicari. Allah memerintahkannya danDia mencintai orang yang berbuat ihsan. Dengan itu seorang yang benar-benarberiman, hendaklah ia sentiasalah berbuat ihsan di dalam sesuatu dan terhadap setiapsesuatu tanpa mengira sama ada ianya wajib atau sunat. Lalu sekiranya ia merasakanbahawa di dalam amalannya kekurangan ihsan, atau ia belum lagi menjangkau tahapyang minimum, maka seharusnyalah ia tidak merasa puas. Ia seharusnya mengetahuibahawa terdapat satu tahap yang lebih tinggi yang ia harus berusaha untukmencapainya, iaitu tahap ihsan. Dan daripada penjelasan Rasulullah tentang ihsanbahawa, “Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkaumelihatNya. Tetapi jika tidaklah engkau melihatNya, maka sesungguhnya Diamelihatmu”, maka sebahagian ulama, seperti Ibnu Rajab, Ibnu Hajar dan selainnya,mereka berpendapat bahawa hadis ini menerangkan dua tahap ihsan berlainan. Tahapihsan yang pertama, di mana seseorang itu menyembah Allah seolah-olah iamelihatNya, adalah lebih tinggi tahapnya dari tahap ihsan yang kedua, di mana orangyang menyembah itu tidak mampu mencapai tahap menyembah Allah seolah-olah iamelihatNya, lalu ia menyembah Allah dengan kesedaran bahawa Allah melihatnya.Seorang muhsin yang mencapai tahap menyembah Allah seolah-olah ia melihatNya,3 Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa’i, Ibnu Majah, Ad-Darami, Ibnu Hibban, At-Tabrani, Al-Baihaqi 3
  4. 4. maka ia adalah pada kedudukan al-musyahadah, iaitu melihat atau menyaksikan. Yangdemikian itu bukanlah ia melihat atau menyaksikan Allah dengan mata kepalanya,tetapi suatu perasaan yang kuat di dalam hati, di mana kesedaran akan kewujudanAllah, dengan ilmuNya dan belas kasihanNya, begitu kuat sekali sehingga ia seolah-olah melihatNya di hadapannya. Lalu pemikiran dan ingatannya menjadi begitu harmonidengan ibadat yang ia sedang kerjakan. Dan kalaulah ia sebenarnya dapat melihatAllah, maka tidak dapat dibayangkan kesannya itu terhadap ibadat dan ketaatannyakepada Allah, sebagaimana sabda Rasulullah di dalam sebuah hadis, 4“Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat yang pergi berkeliling siang dan malammencari ahli zikir. Lalu apabila mereka menjumpai satu kaum yang berzikir kepadaAllah, mereka memanggil di antara satu sama lain, ‘Datanglah kepada hajat kamu’ ”.Rasulullah menyambung sabdanya, “Maka para malaikat itu mengelilingi ahli-ahli zikiritu dengan sayap mereka sehingga ke langit dunia. Lalu Tuhan mereka menyoal paramalaikat itu, sedang Dia lebih mengetahui dari mereka, ‘Apakah yang hamba-hambaKuitu katakan’. Para malaikat menjawab, ‘Mereka memuliaMu, dan mereka bertakbirkepadaMu, dan mereka memujiMu, dan mereka mengagungkan Engkau’. Lalu Allahbertanya, ‘Apakah mereka melihat Aku’. Maka para malaikat menjawab, ‘Tidak, demiAllah, tidaklah mereka melihatMu’. Lalu Allah menyoal, ‘Dan bagaimanakah agakyakalau mereka melihatKu’. Para malaikat menjawab, ‘Kalau mereka melihatMu, adalahmereka itu lebih bersungguh-sungguh beribadat kepadaMu, dan lebih hebatmengagungkan Engkau, dan lebih banyak memuliakan engkau’ ”. Demikianlah kesandari perasaan seolah-olah melihat Allah di hadapannya akan membuat seseorang itumengerjakan ibadatnya dengan paling sempurna yang mungkin, kerana ia amat sedarbahawa Allah mengawasi setiap apa yang ia kerjakan. Lalu ia menjadi amat malu dansegan untuk mengerjakan sesuatu dengan tidak sempurna. Dan juga ia akan merasatakut terhadap Allah, di samping ia merasa kagum terhadapNya. Lalu ia akanmelakukan setiap apa yang mungkin, tanpa ada cacat celanya supaya Allah redaterhadap apa yang ia kerjakan. Dengan itu orang yang mencapai tahap ihsan yangpertama, iaitu di mana ia menyembah Allah seolah-olah ia melihatNya, sesungguhnyaia telah mencapai tahap di mana hatinya seolah-olah menyaksikan Tuhannya, lalu iadipenuhi dengan kegembiraan apabila ia bersendirian dengan Tuhannya, dan apabila iabermunajat kepadaNya, dan memohon kepadaNya. Semuanya ini menjadi amalan-amalan yang tersangat indah dan menyeronokkan pada matanya. Di dalam sebuahhadis, 5 Rasulullah pernah bersabda, “Dan dijadikan penyejuk mataku di dalam solat”.Walau bagaimanapun, jika seseorang itu tidak dapat mencapai tahap ihsan yangpertama, atau susah baginya untuk memperolehinya, maka ia beralih kepada tahapyang kedua, di mana ia menyembah Allah dengan penuh kesedaran bahawa Allahmelihatnya dan mengawasinya, mengetahui setiap sesuatu yang tersembunyi di dalamhati dan jiwanya. Seseorang yang berada pada tahap ini, maka ia adalah padakedudukan al-muraqabah, iaitu diperhatikan atau diawasi. Di kedudukan ini ia adalahjuga seorang muhsin yang akan merasai kenikmatan menyembah Tuhannya. Namunbegitu tahap al-muraqabah tidaklah sama dengan tahap al-musyahadah. Perasaandiperhatikan dan diawasi mungkin pada ketika-ketikanya akan akan menjadi kendur. Iatidak dapat mengalami perasaan malu, takut, kagum, dan rendah diri sebagaimana4 Bukhari5 An-Nasa’i, Ahmad 4
  5. 5. yang dialami oleh orang yang seolah-olah melihat Tuhannya di hadapannya.Sesungguhnya seorang muhsin yang telah mencapai tahap ihsan, sama ada tahapyang pertama atau yang kedua, ia adalah jauh ke hadapan dari orang yang hanyamengetahui dan percaya bahawa Allah mengetahui dan menyaksikan segala sesuatu.Sememangnya setiap orang Islam wajib mengetahui dan percaya bahawa Allahmengetahui dan menyaksikan segala sesuatu, tetapi selagi yang demikian itu tidakmeninggalkan kesan terhadap ibadatnya kepada Allah, bukanlah ia seorang muhsin,walaupun ia sesungguhnya telah melaksanakan tanggungjawabnya di dalam ibadatnyakepada Allah. Sebahagian ulama yang lain seperti Imam Nawawi, Al-Sindi, danUthmani, mereka berpendapat bahawa kedua-dua sabda Rasulullah, “Ihsan itu ialahbahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya”, dan sabdanya,“Tetapi jika tidaklah engkau melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu”, makakedua-duanya itu menunjukkan kepada satu konsep. 5

×