SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI
MURID TAHUN 2 PANDAI
MENGGUNAKAN TEKNIK WARNA
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran
penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Pandai. Seramai 44 orang
murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada penggunaan huruf
besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian
pengesanan menunjukkan murid kurang peka terhadap kepentingan penggunaan huruf besar.
Oleh itu, saya telah menggunakan teknik warna untuk mensifarkan kesalahan murid dalam
penggunaan huruf besar. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan didapati
penguasaan murid untuk menulis huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah
semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Murid tersebut juga menunjukkan sikap yang
lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
ISI KANDUNGAN
1.Kandungan ………………………………………………………………… 1
2.Penghargaan ……………………………………………………………….. 2
3.Abstrak …………………………………………………………………....... 3
4.Latar Belakang Kajian / Refleksi P & P yang lalu ……………………… 4
5.Fokus Kajian / Isu Keprihatinan …………………………………………. 4
6.Objektif Kajian ……………………………………………………………. 5
7.Kumpulan Sasaran ………………………………………………………... 5
8.Methodologi ……………………………………………………………….. 6
9.Pelaksanaan Kajian ………………………………………………………. 7
10.Dapatan Kajian …………………………………………………………… 9
11.Refleksi Kajian ……………………………………………………………. 9
12.Cadangan Tindakan Seterusnya ………………………………………... 10
13.Penutup …………………………………………………………………… 10
14.Bibliografi ………………………………………………………………… 11
15.Lampiran …………………………………………………………………. 12
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan atas sokongan dan
kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini
kepada :
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia
kerana telah membiayai Kajian Tindakan yang telah saya jalankan pada tahun
2005 dan 2006
Encik Zahidi bin Zukiffli
Guru Besar SK Seri Manjung
Puan Hajah Normah binti Mahamad
Penolong Kanan Pentadbiran SK Seri Manjung
Puan Hajah Eaishah binti Abu Talib
Penyelia Petang SK Seri Manjung
Encik Muhammad Saad bin Mohd Noor
Penolong PPD Kurikulum (Kemanusiaan)
Pejabat Pelajaran Daerah Manjung
1. LATAR BELAKANG KAJIAN
Berpengalaman 13 tahun mengajar murid Tahap 1 membuatkan saya rasa pengalaman
yang selama ini saya simpan begitu berharga. Bermula dengan sukatan pelajaran yang mudah
bagi murid tahun 1 sehinggalah ke zaman era perubahan sukatan yang begitu ketara. Namun
setiap kali latihan di dalam kelas, ujian atau peperiksaan, murid yang bijak pun kadangkala cuai
dengan penggunaan huruf besar.
Soalan kegemaran para guru setiap kali ujian bulanan adalah ‘Salin semula ayat-ayat di
bawah menggunakan tanda baca di tempat yang sesuai’. Di samping itu, kesalahan murid
dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan mengurangkan markah kerana markah
akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut, Saya mengambil satu daripadanya untuk
dipertingkatkan penguasaannya iaitu penggunaan huruf besar. Jika murid menulis ayat tanpa
penggunaan huruf besar sekurang-kurangnya di permulaan ayat, maka kehilangan markah amat
ketara.
Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan yang sama iaitu
permulaan ayat dan nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi kadangkala murid leka dan
menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah
tersebut.
2. ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, saya dapati masih ketara di kalangan murid Tahun 2
Pandai tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak menggunakan huruf besar di tempat
yang sepatutnya seperti menulis jawapan pemahaman, menyalin ayat dan sebagainya. Oleh
kerana saya mengajar murid yang sama semasa Tahun 1 Pandai (2005), maka agak mudah untuk
saya mengesan pencapaian mereka. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana
penggunaan huruf besar adalah penting setiap kali menulis. Kemungkinan besar jika masalah ini
tidak diatasi, peratus markah dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 nanti akan terjejas.
Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, setiap Rancangan Mingguan terdapat
kemahiran menulis menitik beratkan penggunaan tanda baca. Contoh :
Aras 1 : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
i. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan
yang cantik.
Aras 2 : 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
ii. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan dan tanda
baca dalam ayat.
Aras 3 : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.
i. Mengambil imlak teks yang diperdengarkan menggunakan ejaan dan tanda
baca yang betul.
Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran
penggunaan huruf besar melalui teknik yang dirancang.
3. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
i) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.
Objektif Khusus
i)Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada
permulaan ayat.
ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.
4. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 44 orang murid Tahun 2 Pandai yang terdiri daripada 25 lelaki dan
19 perempuan. Murid-murid ini seringkali tidak mengambil berat terhadap penggunaan huruf
huruf besar. Murid yang cemerlang juga kadangkala cuai dalam penggunaan huruf besar apatah
lagi murid lemah. Oleh itu saya menjalankan Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi
masalah tersebut.
5. METHODOLOGI KAJIAN
Methodologi yang digunakan ialah :
a)Pemerhatian
Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
b)Soal selidik .
Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan
jawapan yang tepat secara jujur.
c)Ujian Pengesanan
Diberi kepada murid untuk mengukur sejauhmana pencapaian dan pemahaman mereka
untuk menggunakan huruf besar dalam ayat.
d)Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan.
g) Semakan buku latihan
Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid
dalam menguasai kamahiran berkenaan.
6. PELAKSANAAN KAJIAN
6.1 Tinjauan masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya telah meninjau masalah-masalah yang
menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar
menggunakan methodologi yang dinyatakan.
6.2 Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan kepada instrument yang dijalankan untuk meninjau masalah yang
menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran penggunaan huruf besar, maka saya
membuat analisis seperti yang terkandung dalam jadual di bawah.
BIL MASALAH JUMLAH
1 Kurang tumpuan. 18%
2 Sikap malas. 7%
3 Tidak memahami arahan. 11%
4 Kurang keyakinan diri. 5%
5 Menyalin tanpa meneliti penggunaan huruf besar. 77%
6 Tiada bimbingan di rumah. 14%
6.3 Tindakan yang dijalankan
Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang saya
jalankan ialah memberi motivasi kepada murid terbabit bahawa mereka juga boleh berjaya
sekiranya ada kesungguhan. Murid lemah selalunya tidak pernah mendapat pujian. Maka, adalah
penting untuk guru memuji murid berkenaan walaupun hanya betul penggunaan huruf besar pada
permulaan ayat sahaja. Tindakan seterusnya ialah :
i) Memulakan setiap tulisan dengan warna.
ii) Pemeringkatan secara bergred.
ii) Latih tubi.
6.4Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian
6.4.1 Pelaksanaan Aktiviti:
Aktiviti dijalankan setiap kali mata pelajaran Bahasa Melayu. Setiap aktiviti atau latihan
yang memerlukan murid menulis, murid perlu memulakan dengan warna kerana warna dapat
meningkatkan daya ingatan. Saya telah mencantumkan warna biru dengan pensel murid agar
mereka tidak lupa bahawa setiap kali mula menulis, warna biru itu mesti didahulukan.
6.4.1 Aktiviti dijalankan seperti berikut:
Item 1
1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar.
2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.
3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat
yang sesuai menggunakan warna.
Item 2
1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat
yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat sahaja menggunakan warna)
Item 3
1. Membaca ayat-ayat yang diberi tanpa huruf besar.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat
yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat dan selepas noktah
menggunakan warna)
7. DAPATAN KAJIAN
Setelah semua aktiviti mengikut item yang ditetapkan dijalankan, saya dapati peningkatan dalam
menguasai kemahiran penggunaan huruf besar amat memuaskan terutamanya untuk item 1 dan
2. Murid mengambil berat penggunaan huruf besar. Kesilapan akibat kecuaian, sifar bagi murid
cemerlang dan berpotensi cemerlang. Di samping itu, saya telah menjalankan satu ujian
pencapaian yang lain untuk mengesan keberkesanan aktiviti yang dijalankan.
MARKAH PENCAPAIAN
UJIAN
PENGESANAN
*ITEM
1
*ITEM
2
*ITEM
3
UJIAN
PENCAPAIAN
20 – 16 22% 100% 100% 96% 95%
15 – 10 22% 0% 0% 4% 2.5%
9 – 6 26% 0% 0% 0% 2.5%
5-0 30% 0% 0% 0% 0%
*Pencapaian item dinilai melalui latihan terakhir.
8. REFLEKSI KAJIAN
8.1 Penilaian Pencapaian Pelajar
Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga
menunjukkan peningkatan yang positif. Latihan harian masih menggunakan warna biru untuk
huruf besar tanpa arahan daripada guru. Di dalam Ujian Penilaian Kendalian Sekolah Rendah
(PKSR 1 – 2006) yang lalu, hanya 3 orang murid sahaja yang tidak menggunakan huruf besar
pada permulaan ayat untuk soalan Bahagian C iaitu Salin semula ayat di bawah dengan
menggunakan tanda baca yang betul. Dua orang daripada murid tersebut adalah murid kelas
pemulihan. Soalan PKSR – 1 2006 bagi daerah Manjung telah disediakan oleh Majlis Guru
Besar. Meskipun dalam setiap ujian bulanan, markah yang diperolehi tidak cemerlang tetapi
sekurang-kurangnya membantu murid lemah untuk mendapat B atau C.
8.2 Rumusan Pemerhatian
Sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak menggunakan huruf besar di tempat
yang sepatutnya ketara berkurangan. Secara tidak langsung penggunaan tanda noktah juga
menunjukkan peningkatan di luar jangkaan saya. Ini telah melancarkan lagi proses pengajaran
dan pembelajaran serta memudahkan guru untuk menyemak hasil kerja murid.
Sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu, guru kelas dan guru mata pelajaran lain di
kelas yang sama, pencapaian murid dalam penggunaan huruf besar banyak membantu
meningkatkan peratus keseluruhan ujian di samping membantu meningkatkan prestasi mata
pelajaran lain.
9. CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN
Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang
saya jalankan ke atas murid-murid berkenaan. Saya bercadang untuk meneruskan program ini di
samping berkongsi idea bersama guru pemulihan khas. Seterusnya saya ingin meningkatkan
penguasaan murid berkenaan dalam penggunaan tanda baca (koma dan noktah).
10. PENUTUP
Murid adalah amanah yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, meskipun agak sukar dan
kadangkala kita mengeluh dengan pencapaian yang begitu minima dalam setiap mata pelajaran,
namun itu bukan alasan untuk kita tidak berbuat apa-apa. Kekangan masa dan bebanan tugas
yang semakin bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, kita buat
semampu mungkin supaya semua murid menerima pendidikan berkualiti dan selaras berasaskan
Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.
BIBLIOGRAFI
1. Manual Kajian Tindakan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
2. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2
Unit Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
3. Rancangan Tahunan Bahasa Melayu Tahun 2
Jabatan Pelajaran Negeri Perak
3. Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 Jilid 1
Dewan Bahasa dan Pustaka
4. Buku Latihan dan Aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2
Dewan Bahasa dan Pustaka
BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TINDAKAN
TAHUN 2 PANDAI
2006
BIL SILA JAWAB DENGAN JUJUR Ya (/)
Tidak ( x )
1. Pengajaran cikgu menyeronokkan
2. Cikgu beri tumpuan kepada saya
3. Saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu
4. Keluarga beri bimbingan di rumah
5. Bimbingan yang cikgu beri mencukupi
6. Belajar menyeronokkan
7. Kerja sekolah yang diberi mudah
8. Saya suka menulis
9. Saya suka membaca
10. Saya faham arahan cikgu
11. Percakapan cikgu terlalu laju
Contoh : BORANG SKOR ITEM 1
MENYALIN AYAT
BIL NAMA MURID L1 L2 L3 L4 L5 UJIAN
PENCAPAIAN
1 A A A A A A A
2 B C B C B A A
3 C A A A A A A
4 D A A A A A A
5 E A A A A A A
6 F A A A A A A
7 G A A A A A A
8 H A A A A A A
9 I A B A A A A
10 J B B A A A A
11 K A A A A A A
12 L A A A A A A
13 M A A A A A A
14 N B A A A A A
15 0 A A A A A A
16 P A A A A A A
17 Q A A A A A A
18 R A A A A A A
19 S B B A A A A
20 T A A A A A A
21 U A A A A A A
22 V B A A A A A
23 W B B A B A A
24 X B B A A A A
25 Y A A A A A A
26 Z A A A A A A
27 AB A A A A A A
28 CD A A A A A A
29 EF A A A A A A
30 GH A A A A A A
31 IJ A A A A A A
32 KL A A A A A A
33 MN A A A A A A
34 OP A A A A A A
35 QR A A A A A A
36 ST A A A A A A
37 UV A A A A A A
38 WX A A A A A A
39 YZ A A A A A A
40 ABC A A A A A A
41 DEF A A A A A A
42 GHI A A A A A A
43 JKL B A A A A A
44 MNO B A A A A A
*L – latihan
0 – Gagal (0 markah)
C – Pencapaian kurang daripada ½
B – Pencapaian lebih daripada ½
A – Memuaskan ( betul semua)
Ujian Pengesanan
Salin semula ayat di bawah ini menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai.
1. hari jumaat yang lalu saya pergi ke kelantan.
____________________________________________________ .
2. salim dan azmi selalu bermain di padang sekolah.
____________________________________________________ .
3. sekolah kebangsaan seri manjung menjadi johan perlawanan bola
sepak.
____________________________________________________
___________________ .
4.bapa david memandu kereta proton waja.
____________________________________________________ .
5. guru kelas tahun dua pandai bernama puan zaridah zuber.
____________________________________________________ .
UJIAN PENCAPAIAN
Nama : ______________________________
Kelas : Tahun 2 Pandai
Item 1
Salin semula ayat berikut.
Alif memelihara seekor arnab. Bulu arnabnya berwarna putih. Dia memberi arnabnya
makan kangkung. Arnabnya sangat pantas berlari. Alif sangat sayang akan arnabnya.
____________________________________________________
(5 markah)
Item 2
Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul.
1. kita mesti makan makanan yang bersih.
______________________________________________________ .
2. kita bersenam supaya badan kita sihat.
______________________________________________________ .
3. jangan makan kuih yang manis itu.
______________________________________________________ .
4. sikat rambut kamu supaya kelihatan kemas.
_______________________________________________________.
5. bajunya yang tidak berbasuh itu berbau busuk.
______________________________________________________ .
(5 markah)
Item 3
Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul.
1. itu rumah nenek. rumah nenek rumah papan.
_____________________________________________________ .
2. emak pergi ke pasar. emak membeli ikan tenggiri dan sayur sawi.
____________________________________________________ .
3. salmi pergi ke pusat sumber. dia hendak meminjam buku cerita.
____________________________________________________ .
4. ganesh sakit perut. dia perlu mendapatkan rawatan.
____________________________________________________ .
5. datuk menunggang motosikal ke kebun. di kebun datuk ada pokok durian.
____________________________________________________
____________________________________________________ .
(10 markah)
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI
MURID TAHUN 2 PANDAI MENGGUNAKAN TEKNIK WARNA
Oleh
Zaridah binti Zuber,
SK Seri Manjung, 32040 Seri Manjung,
Perak Darul Ridzuan.
1. LATAR BELAKANG KAJIAN
Setiap kali latihan di dalam kelas, ujian atau peperiksaan, murid yang bijak pun
kadangkala cuai dengan penggunaan huruf besar. Soalan kegemaran para guru setiap kali ujian
bulanan adalah ‘Salin semula ayat-ayat di bawah menggunakan tanda baca di tempat yang
sesuai’. Kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan
mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut. Walaupun
setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan yang sama iaitu permulaan ayat
dan kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi kadangkala murid leka dan
menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah
tersebut.
2. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
i) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.
Objektif Khusus
i)Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada
permulaan ayat.
ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.
3. METHODOLOGI KAJIAN
Methodologi yang digunakan ialah :
a)Pemerhatian
Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
b)Soal selidik .
Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan
jawapan yang tepat secara jujur.
c)Ujian Pengesanan
Diberi kepada murid untuk mengukur sejauhmana pencapaian dan pemahaman mereka
untuk menggunakan huruf besar dalam ayat.
d)Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan.
g) Semakan buku latihan
Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid
dalam menguasai kamahiran berkenaan.
4. PELAKSANAAN KAJIAN
4.1 Tinjauan masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya telah meninjau masalah-masalah
yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf
besar menggunakan methodologi yang dinyatakan.
4.2 Analisis Tinjauan Masalah
Saya membuat analisis berdasarkan instrument yang dijalankan untuk meninjau masalah
yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran penggunaan huruf besar.
4.3 Tindakan yang dijalankan
Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang
saya jalankan ialah memberi motivasi kepada murid terbabit. Tindakan seterusnya ialah:
i) Memulakan setiap tulisan dengan warna.
ii) Pemeringkatan secara bergred.
ii) Latih tubi.
4.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian
4.4.1 Pelaksanaan Aktiviti:
Aktiviti dijalankan setiap kali mata pelajaran Bahasa Melayu. Setiap aktiviti atau latihan
yang memerlukan murid menulis, murid perlu memulakan dengan warna kerana warna
dapat meningkatkan daya ingatan.
4.4.2 Aktiviti dijalankan seperti berikut:
Item 1
1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar.
2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.
3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di
tempat yang sesuai menggunakan warna.
Item 2
1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di
tempat yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat sahaja
menggunakan warna)
Item 3
1. Membaca ayat-ayat yang diberi tanpa huruf besar.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di
tempat yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat dan selepas
noktah menggunakan warna)
5. DAPATAN KAJIAN
Setelah semua aktiviti mengikut item yang ditetapkan dijalankan, saya dapati peningkatan dalam
menguasai kemahiran penggunaan huruf besar amat memuaskan terutamanya untuk item 1 dan
2. Murid mengambil berat penggunaan huruf besar. Kesilapan akibat kecuaian, sifar bagi murid
cemerlang dan berpotensi cemerlang. Di samping itu, saya telah menjalankan satu ujian
pencapaian yang lain untuk mengesan keberkesanan aktiviti yang dijalankan.
MARKAH PENCAPAIAN
UJIAN
PENGESANAN
*ITEM
1
*ITEM
2
*ITEM
3
UJIAN
PENCAPAIAN
20 – 16 22% 100% 100% 96% 95%
15 – 10 22% 0% 0% 4% 2.5%
9 – 6 26% 0% 0% 0% 2.5%
5-0 30% 0% 0% 0% 0%
*Pencapaian item dinilai melalui latihan terakhir.
8. REFLEKSI KAJIAN
8.1 Penilaian Pencapaian Pelajar
Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga
menunjukkan peningkatan yang positif. Latihan harian masih menggunakan warna biru untuk
huruf besar tanpa arahan daripada guru. Di dalam Ujian Penilaian Kendalian Sekolah Rendah
(PKSR 1 – 2006) yang lalu, hanya 3 orang murid sahaja yang tidak menggunakan huruf besar
pada permulaan ayat untuk soalan Bahagian C iaitu Salin semula ayat di bawah dengan
menggunakan tanda baca yang betul. Dua orang daripada murid tersebut adalah murid kelas
pemulihan. Soalan PKSR – 1 2006 bagi daerah Manjung telah disediakan oleh Majlis Guru
Besar. Meskipun dalam setiap ujian bulanan, markah yang diperolehi tidak cemerlang tetapi
sekurang-kurangnya membantu murid lemah untuk mendapat B atau C.
8.2 Rumusan Pemerhatian
Sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak menggunakan huruf besar di tempat
yang sepatutnya ketara berkurangan. Secara tidak langsung penggunaan tanda noktah juga
menunjukkan peningkatan di luar jangkaan saya. Ini telah melancarkan lagi proses pengajaran
dan pembelajaran serta memudahkan guru untuk menyemak hasil kerja murid. Penggunaan huruf
besar banyak membantu meningkatkan peratus keseluruhan ujian di samping membantu
meningkatkan prestasi mata pelajaran lain.
9. CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN
Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang
saya jalankan ke atas murid-murid berkenaan. Saya bercadang untuk meneruskan program ini di
samping berkongsi idea bersama guru pemulihan khas. Seterusnya saya ingin meningkatkan
penguasaan murid berkenaan dalam penggunaan tanda baca (koma dan noktah).

More Related Content

What's hot

38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaanNorbaizura Md Isa
 
Rph unit 11 kata pemeri
Rph unit 11 kata pemeriRph unit 11 kata pemeri
Rph unit 11 kata pemericheqdijah
 
Teka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuTeka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuPAKLONG CIKGU
 
Refleksi mini olahraga
Refleksi mini olahragaRefleksi mini olahraga
Refleksi mini olahragaEno Hanis
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmFadhilah Atikah
 
Lembaran kerja huruf kecil
Lembaran kerja huruf kecilLembaran kerja huruf kecil
Lembaran kerja huruf kecilaxzell
 
Latihan menyusun ayat
Latihan menyusun ayatLatihan menyusun ayat
Latihan menyusun ayatNor Ain Wahab
 
Bahasa arkaik
Bahasa arkaikBahasa arkaik
Bahasa arkaikazwawawa
 
Panduan penulisan kajian tindakan
Panduan penulisan kajian tindakanPanduan penulisan kajian tindakan
Panduan penulisan kajian tindakanfiro HAR
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaAhmad NazRi
 
BM THN 2 KATA DASAR.pptx
BM THN 2 KATA DASAR.pptxBM THN 2 KATA DASAR.pptx
BM THN 2 KATA DASAR.pptxCheJamil
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cik BaCo
 

What's hot (20)

38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
 
Rph unit 11 kata pemeri
Rph unit 11 kata pemeriRph unit 11 kata pemeri
Rph unit 11 kata pemeri
 
Bina ayat tahun 2 1
Bina ayat tahun 2 1Bina ayat tahun 2 1
Bina ayat tahun 2 1
 
Kaedah bahasa komuniti
Kaedah bahasa komunitiKaedah bahasa komuniti
Kaedah bahasa komuniti
 
Tulisan berangkai edit
Tulisan berangkai editTulisan berangkai edit
Tulisan berangkai edit
 
RPH BM THN 2 (2019)
RPH BM THN 2  (2019)RPH BM THN 2  (2019)
RPH BM THN 2 (2019)
 
Teka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuTeka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayu
 
Rph kata nama
Rph kata namaRph kata nama
Rph kata nama
 
Refleksi mini olahraga
Refleksi mini olahragaRefleksi mini olahraga
Refleksi mini olahraga
 
Perkamusan
PerkamusanPerkamusan
Perkamusan
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
 
Lembaran kerja huruf kecil
Lembaran kerja huruf kecilLembaran kerja huruf kecil
Lembaran kerja huruf kecil
 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
 
Latihan menyusun ayat
Latihan menyusun ayatLatihan menyusun ayat
Latihan menyusun ayat
 
Bahasa arkaik
Bahasa arkaikBahasa arkaik
Bahasa arkaik
 
Panduan penulisan kajian tindakan
Panduan penulisan kajian tindakanPanduan penulisan kajian tindakan
Panduan penulisan kajian tindakan
 
Perkataan diftong
Perkataan diftongPerkataan diftong
Perkataan diftong
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
 
BM THN 2 KATA DASAR.pptx
BM THN 2 KATA DASAR.pptxBM THN 2 KATA DASAR.pptx
BM THN 2 KATA DASAR.pptx
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 

Viewers also liked

20140825050721 06. hbml4203 topic 2
20140825050721 06. hbml4203 topic 220140825050721 06. hbml4203 topic 2
20140825050721 06. hbml4203 topic 2mahidi shahzinan
 
08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm
08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm
08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bmfaizzainol
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuMazliza Suleiman
 
Pengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalPengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalWardah Munirah
 

Viewers also liked (6)

20140825050721 06. hbml4203 topic 2
20140825050721 06. hbml4203 topic 220140825050721 06. hbml4203 topic 2
20140825050721 06. hbml4203 topic 2
 
08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm
08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm
08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm
 
NOTA GRAFIK GENRE KESUSATERAAN MELAYU
NOTA GRAFIK GENRE KESUSATERAAN MELAYUNOTA GRAFIK GENRE KESUSATERAAN MELAYU
NOTA GRAFIK GENRE KESUSATERAAN MELAYU
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Pengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalPengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa Tradisional
 

Similar to Kajian huruf besar

Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayudharmaharun
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayudharmaharun
 
Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiikananasirin
 
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanJunaidah Jusoh
 
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1jun jun
 
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanFariz Salim
 
Kajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaibKajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaibdalilavuzarzad
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-muridKalaiselviVelu1
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-muridKalaiselviVelu1
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Amir Aiman Akashah
 
Pertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptx
Pertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptxPertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptx
Pertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptxVarKumar2
 
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaKertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaAmir Aiman Akashah
 
Contoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihanContoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihanShangari Ram
 
PTK Power point ku
PTK Power point kuPTK Power point ku
PTK Power point kusdn6korleko
 
Kajian tindakan.pptx skconventmuar(kak min min)
Kajian tindakan.pptx  skconventmuar(kak min min)Kajian tindakan.pptx  skconventmuar(kak min min)
Kajian tindakan.pptx skconventmuar(kak min min)Kak Min Min
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiNoraida Ali
 

Similar to Kajian huruf besar (20)

Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iii
 
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
 
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1
 
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Kajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaibKajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaib
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
 
Pertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptx
Pertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptxPertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptx
Pertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptx
 
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaKertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
 
kajian tindakan
kajian tindakankajian tindakan
kajian tindakan
 
ulasan jurnal kajian tindakan
ulasan jurnal kajian tindakanulasan jurnal kajian tindakan
ulasan jurnal kajian tindakan
 
Contoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihanContoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihan
 
PTK Power point ku
PTK Power point kuPTK Power point ku
PTK Power point ku
 
Kajian tindakan.pptx skconventmuar(kak min min)
Kajian tindakan.pptx  skconventmuar(kak min min)Kajian tindakan.pptx  skconventmuar(kak min min)
Kajian tindakan.pptx skconventmuar(kak min min)
 
Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
 

Kajian huruf besar

  • 1. MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI MURID TAHUN 2 PANDAI MENGGUNAKAN TEKNIK WARNA ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Pandai. Seramai 44 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan menunjukkan murid kurang peka terhadap kepentingan penggunaan huruf besar. Oleh itu, saya telah menggunakan teknik warna untuk mensifarkan kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan didapati penguasaan murid untuk menulis huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Murid tersebut juga menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. ISI KANDUNGAN 1.Kandungan ………………………………………………………………… 1 2.Penghargaan ……………………………………………………………….. 2 3.Abstrak …………………………………………………………………....... 3 4.Latar Belakang Kajian / Refleksi P & P yang lalu ……………………… 4 5.Fokus Kajian / Isu Keprihatinan …………………………………………. 4 6.Objektif Kajian ……………………………………………………………. 5
  • 2. 7.Kumpulan Sasaran ………………………………………………………... 5 8.Methodologi ……………………………………………………………….. 6 9.Pelaksanaan Kajian ………………………………………………………. 7 10.Dapatan Kajian …………………………………………………………… 9 11.Refleksi Kajian ……………………………………………………………. 9 12.Cadangan Tindakan Seterusnya ………………………………………... 10 13.Penutup …………………………………………………………………… 10 14.Bibliografi ………………………………………………………………… 11 15.Lampiran …………………………………………………………………. 12 PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini kepada : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia kerana telah membiayai Kajian Tindakan yang telah saya jalankan pada tahun 2005 dan 2006 Encik Zahidi bin Zukiffli
  • 3. Guru Besar SK Seri Manjung Puan Hajah Normah binti Mahamad Penolong Kanan Pentadbiran SK Seri Manjung Puan Hajah Eaishah binti Abu Talib Penyelia Petang SK Seri Manjung Encik Muhammad Saad bin Mohd Noor Penolong PPD Kurikulum (Kemanusiaan) Pejabat Pelajaran Daerah Manjung 1. LATAR BELAKANG KAJIAN Berpengalaman 13 tahun mengajar murid Tahap 1 membuatkan saya rasa pengalaman yang selama ini saya simpan begitu berharga. Bermula dengan sukatan pelajaran yang mudah bagi murid tahun 1 sehinggalah ke zaman era perubahan sukatan yang begitu ketara. Namun setiap kali latihan di dalam kelas, ujian atau peperiksaan, murid yang bijak pun kadangkala cuai dengan penggunaan huruf besar. Soalan kegemaran para guru setiap kali ujian bulanan adalah ‘Salin semula ayat-ayat di bawah menggunakan tanda baca di tempat yang sesuai’. Di samping itu, kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut, Saya mengambil satu daripadanya untuk dipertingkatkan penguasaannya iaitu penggunaan huruf besar. Jika murid menulis ayat tanpa
  • 4. penggunaan huruf besar sekurang-kurangnya di permulaan ayat, maka kehilangan markah amat ketara. Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan yang sama iaitu permulaan ayat dan nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi kadangkala murid leka dan menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah tersebut. 2. ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN Sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, saya dapati masih ketara di kalangan murid Tahun 2 Pandai tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya seperti menulis jawapan pemahaman, menyalin ayat dan sebagainya. Oleh kerana saya mengajar murid yang sama semasa Tahun 1 Pandai (2005), maka agak mudah untuk saya mengesan pencapaian mereka. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar adalah penting setiap kali menulis. Kemungkinan besar jika masalah ini tidak diatasi, peratus markah dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 nanti akan terjejas. Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, setiap Rancangan Mingguan terdapat kemahiran menulis menitik beratkan penggunaan tanda baca. Contoh : Aras 1 : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk. i. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan yang cantik. Aras 2 : 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan. ii. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan dan tanda baca dalam ayat. Aras 3 : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan. i. Mengambil imlak teks yang diperdengarkan menggunakan ejaan dan tanda
  • 5. baca yang betul. Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar melalui teknik yang dirancang. 3. OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum i) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar. Objektif Khusus i)Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada permulaan ayat. ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar. 4. KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 44 orang murid Tahun 2 Pandai yang terdiri daripada 25 lelaki dan 19 perempuan. Murid-murid ini seringkali tidak mengambil berat terhadap penggunaan huruf huruf besar. Murid yang cemerlang juga kadangkala cuai dalam penggunaan huruf besar apatah lagi murid lemah. Oleh itu saya menjalankan Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi masalah tersebut. 5. METHODOLOGI KAJIAN Methodologi yang digunakan ialah : a)Pemerhatian
  • 6. Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. b)Soal selidik . Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan jawapan yang tepat secara jujur. c)Ujian Pengesanan Diberi kepada murid untuk mengukur sejauhmana pencapaian dan pemahaman mereka untuk menggunakan huruf besar dalam ayat. d)Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan. g) Semakan buku latihan Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kamahiran berkenaan. 6. PELAKSANAAN KAJIAN 6.1 Tinjauan masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya telah meninjau masalah-masalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar menggunakan methodologi yang dinyatakan. 6.2 Analisis Tinjauan Masalah Berdasarkan kepada instrument yang dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran penggunaan huruf besar, maka saya membuat analisis seperti yang terkandung dalam jadual di bawah.
  • 7. BIL MASALAH JUMLAH 1 Kurang tumpuan. 18% 2 Sikap malas. 7% 3 Tidak memahami arahan. 11% 4 Kurang keyakinan diri. 5% 5 Menyalin tanpa meneliti penggunaan huruf besar. 77% 6 Tiada bimbingan di rumah. 14% 6.3 Tindakan yang dijalankan Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang saya jalankan ialah memberi motivasi kepada murid terbabit bahawa mereka juga boleh berjaya sekiranya ada kesungguhan. Murid lemah selalunya tidak pernah mendapat pujian. Maka, adalah penting untuk guru memuji murid berkenaan walaupun hanya betul penggunaan huruf besar pada permulaan ayat sahaja. Tindakan seterusnya ialah : i) Memulakan setiap tulisan dengan warna. ii) Pemeringkatan secara bergred. ii) Latih tubi. 6.4Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian 6.4.1 Pelaksanaan Aktiviti: Aktiviti dijalankan setiap kali mata pelajaran Bahasa Melayu. Setiap aktiviti atau latihan yang memerlukan murid menulis, murid perlu memulakan dengan warna kerana warna dapat meningkatkan daya ingatan. Saya telah mencantumkan warna biru dengan pensel murid agar mereka tidak lupa bahawa setiap kali mula menulis, warna biru itu mesti didahulukan. 6.4.1 Aktiviti dijalankan seperti berikut: Item 1
  • 8. 1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar. 2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut. 3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai menggunakan warna. Item 2 1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat. 2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat sahaja menggunakan warna) Item 3 1. Membaca ayat-ayat yang diberi tanpa huruf besar. 2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat dan selepas noktah menggunakan warna) 7. DAPATAN KAJIAN Setelah semua aktiviti mengikut item yang ditetapkan dijalankan, saya dapati peningkatan dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar amat memuaskan terutamanya untuk item 1 dan 2. Murid mengambil berat penggunaan huruf besar. Kesilapan akibat kecuaian, sifar bagi murid cemerlang dan berpotensi cemerlang. Di samping itu, saya telah menjalankan satu ujian pencapaian yang lain untuk mengesan keberkesanan aktiviti yang dijalankan. MARKAH PENCAPAIAN
  • 9. UJIAN PENGESANAN *ITEM 1 *ITEM 2 *ITEM 3 UJIAN PENCAPAIAN 20 – 16 22% 100% 100% 96% 95% 15 – 10 22% 0% 0% 4% 2.5% 9 – 6 26% 0% 0% 0% 2.5% 5-0 30% 0% 0% 0% 0% *Pencapaian item dinilai melalui latihan terakhir. 8. REFLEKSI KAJIAN 8.1 Penilaian Pencapaian Pelajar Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga menunjukkan peningkatan yang positif. Latihan harian masih menggunakan warna biru untuk huruf besar tanpa arahan daripada guru. Di dalam Ujian Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR 1 – 2006) yang lalu, hanya 3 orang murid sahaja yang tidak menggunakan huruf besar pada permulaan ayat untuk soalan Bahagian C iaitu Salin semula ayat di bawah dengan menggunakan tanda baca yang betul. Dua orang daripada murid tersebut adalah murid kelas pemulihan. Soalan PKSR – 1 2006 bagi daerah Manjung telah disediakan oleh Majlis Guru Besar. Meskipun dalam setiap ujian bulanan, markah yang diperolehi tidak cemerlang tetapi sekurang-kurangnya membantu murid lemah untuk mendapat B atau C. 8.2 Rumusan Pemerhatian Sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya ketara berkurangan. Secara tidak langsung penggunaan tanda noktah juga menunjukkan peningkatan di luar jangkaan saya. Ini telah melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan guru untuk menyemak hasil kerja murid. Sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu, guru kelas dan guru mata pelajaran lain di kelas yang sama, pencapaian murid dalam penggunaan huruf besar banyak membantu meningkatkan peratus keseluruhan ujian di samping membantu meningkatkan prestasi mata pelajaran lain.
  • 10. 9. CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan ke atas murid-murid berkenaan. Saya bercadang untuk meneruskan program ini di samping berkongsi idea bersama guru pemulihan khas. Seterusnya saya ingin meningkatkan penguasaan murid berkenaan dalam penggunaan tanda baca (koma dan noktah). 10. PENUTUP Murid adalah amanah yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, meskipun agak sukar dan kadangkala kita mengeluh dengan pencapaian yang begitu minima dalam setiap mata pelajaran, namun itu bukan alasan untuk kita tidak berbuat apa-apa. Kekangan masa dan bebanan tugas yang semakin bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, kita buat semampu mungkin supaya semua murid menerima pendidikan berkualiti dan selaras berasaskan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan. BIBLIOGRAFI 1. Manual Kajian Tindakan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 2. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Unit Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 3. Rancangan Tahunan Bahasa Melayu Tahun 2
  • 11. Jabatan Pelajaran Negeri Perak 3. Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 Jilid 1 Dewan Bahasa dan Pustaka 4. Buku Latihan dan Aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2 Dewan Bahasa dan Pustaka BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2 PANDAI 2006 BIL SILA JAWAB DENGAN JUJUR Ya (/) Tidak ( x ) 1. Pengajaran cikgu menyeronokkan 2. Cikgu beri tumpuan kepada saya 3. Saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu 4. Keluarga beri bimbingan di rumah 5. Bimbingan yang cikgu beri mencukupi
  • 12. 6. Belajar menyeronokkan 7. Kerja sekolah yang diberi mudah 8. Saya suka menulis 9. Saya suka membaca 10. Saya faham arahan cikgu 11. Percakapan cikgu terlalu laju Contoh : BORANG SKOR ITEM 1 MENYALIN AYAT BIL NAMA MURID L1 L2 L3 L4 L5 UJIAN PENCAPAIAN 1 A A A A A A A 2 B C B C B A A 3 C A A A A A A 4 D A A A A A A 5 E A A A A A A 6 F A A A A A A 7 G A A A A A A 8 H A A A A A A 9 I A B A A A A 10 J B B A A A A 11 K A A A A A A 12 L A A A A A A 13 M A A A A A A 14 N B A A A A A 15 0 A A A A A A 16 P A A A A A A 17 Q A A A A A A
  • 13. 18 R A A A A A A 19 S B B A A A A 20 T A A A A A A 21 U A A A A A A 22 V B A A A A A 23 W B B A B A A 24 X B B A A A A 25 Y A A A A A A 26 Z A A A A A A 27 AB A A A A A A 28 CD A A A A A A 29 EF A A A A A A 30 GH A A A A A A 31 IJ A A A A A A 32 KL A A A A A A 33 MN A A A A A A 34 OP A A A A A A 35 QR A A A A A A 36 ST A A A A A A 37 UV A A A A A A 38 WX A A A A A A 39 YZ A A A A A A 40 ABC A A A A A A 41 DEF A A A A A A 42 GHI A A A A A A 43 JKL B A A A A A 44 MNO B A A A A A *L – latihan 0 – Gagal (0 markah) C – Pencapaian kurang daripada ½ B – Pencapaian lebih daripada ½ A – Memuaskan ( betul semua) Ujian Pengesanan Salin semula ayat di bawah ini menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai. 1. hari jumaat yang lalu saya pergi ke kelantan. ____________________________________________________ . 2. salim dan azmi selalu bermain di padang sekolah. ____________________________________________________ . 3. sekolah kebangsaan seri manjung menjadi johan perlawanan bola
  • 14. sepak. ____________________________________________________ ___________________ . 4.bapa david memandu kereta proton waja. ____________________________________________________ . 5. guru kelas tahun dua pandai bernama puan zaridah zuber. ____________________________________________________ . UJIAN PENCAPAIAN Nama : ______________________________ Kelas : Tahun 2 Pandai Item 1 Salin semula ayat berikut. Alif memelihara seekor arnab. Bulu arnabnya berwarna putih. Dia memberi arnabnya makan kangkung. Arnabnya sangat pantas berlari. Alif sangat sayang akan arnabnya. ____________________________________________________
  • 15. (5 markah) Item 2 Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul. 1. kita mesti makan makanan yang bersih. ______________________________________________________ . 2. kita bersenam supaya badan kita sihat. ______________________________________________________ . 3. jangan makan kuih yang manis itu. ______________________________________________________ . 4. sikat rambut kamu supaya kelihatan kemas. _______________________________________________________. 5. bajunya yang tidak berbasuh itu berbau busuk. ______________________________________________________ . (5 markah) Item 3 Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul. 1. itu rumah nenek. rumah nenek rumah papan. _____________________________________________________ . 2. emak pergi ke pasar. emak membeli ikan tenggiri dan sayur sawi. ____________________________________________________ . 3. salmi pergi ke pusat sumber. dia hendak meminjam buku cerita.
  • 16. ____________________________________________________ . 4. ganesh sakit perut. dia perlu mendapatkan rawatan. ____________________________________________________ . 5. datuk menunggang motosikal ke kebun. di kebun datuk ada pokok durian. ____________________________________________________ ____________________________________________________ . (10 markah) MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI MURID TAHUN 2 PANDAI MENGGUNAKAN TEKNIK WARNA Oleh Zaridah binti Zuber, SK Seri Manjung, 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan. 1. LATAR BELAKANG KAJIAN
  • 17. Setiap kali latihan di dalam kelas, ujian atau peperiksaan, murid yang bijak pun kadangkala cuai dengan penggunaan huruf besar. Soalan kegemaran para guru setiap kali ujian bulanan adalah ‘Salin semula ayat-ayat di bawah menggunakan tanda baca di tempat yang sesuai’. Kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut. Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan yang sama iaitu permulaan ayat dan kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi kadangkala murid leka dan menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah tersebut. 2. OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum i) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar. Objektif Khusus i)Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada permulaan ayat. ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar. 3. METHODOLOGI KAJIAN Methodologi yang digunakan ialah : a)Pemerhatian Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. b)Soal selidik . Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan jawapan yang tepat secara jujur. c)Ujian Pengesanan Diberi kepada murid untuk mengukur sejauhmana pencapaian dan pemahaman mereka untuk menggunakan huruf besar dalam ayat. d)Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan.
  • 18. g) Semakan buku latihan Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kamahiran berkenaan. 4. PELAKSANAAN KAJIAN 4.1 Tinjauan masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya telah meninjau masalah-masalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar menggunakan methodologi yang dinyatakan. 4.2 Analisis Tinjauan Masalah Saya membuat analisis berdasarkan instrument yang dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran penggunaan huruf besar. 4.3 Tindakan yang dijalankan Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang saya jalankan ialah memberi motivasi kepada murid terbabit. Tindakan seterusnya ialah: i) Memulakan setiap tulisan dengan warna. ii) Pemeringkatan secara bergred. ii) Latih tubi. 4.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian 4.4.1 Pelaksanaan Aktiviti: Aktiviti dijalankan setiap kali mata pelajaran Bahasa Melayu. Setiap aktiviti atau latihan yang memerlukan murid menulis, murid perlu memulakan dengan warna kerana warna dapat meningkatkan daya ingatan. 4.4.2 Aktiviti dijalankan seperti berikut: Item 1 1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar. 2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut. 3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di
  • 19. tempat yang sesuai menggunakan warna. Item 2 1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat. 2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat sahaja menggunakan warna) Item 3 1. Membaca ayat-ayat yang diberi tanpa huruf besar. 2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat dan selepas noktah menggunakan warna) 5. DAPATAN KAJIAN Setelah semua aktiviti mengikut item yang ditetapkan dijalankan, saya dapati peningkatan dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar amat memuaskan terutamanya untuk item 1 dan 2. Murid mengambil berat penggunaan huruf besar. Kesilapan akibat kecuaian, sifar bagi murid cemerlang dan berpotensi cemerlang. Di samping itu, saya telah menjalankan satu ujian pencapaian yang lain untuk mengesan keberkesanan aktiviti yang dijalankan. MARKAH PENCAPAIAN UJIAN PENGESANAN *ITEM 1 *ITEM 2 *ITEM 3 UJIAN PENCAPAIAN 20 – 16 22% 100% 100% 96% 95% 15 – 10 22% 0% 0% 4% 2.5% 9 – 6 26% 0% 0% 0% 2.5% 5-0 30% 0% 0% 0% 0% *Pencapaian item dinilai melalui latihan terakhir. 8. REFLEKSI KAJIAN
  • 20. 8.1 Penilaian Pencapaian Pelajar Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga menunjukkan peningkatan yang positif. Latihan harian masih menggunakan warna biru untuk huruf besar tanpa arahan daripada guru. Di dalam Ujian Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR 1 – 2006) yang lalu, hanya 3 orang murid sahaja yang tidak menggunakan huruf besar pada permulaan ayat untuk soalan Bahagian C iaitu Salin semula ayat di bawah dengan menggunakan tanda baca yang betul. Dua orang daripada murid tersebut adalah murid kelas pemulihan. Soalan PKSR – 1 2006 bagi daerah Manjung telah disediakan oleh Majlis Guru Besar. Meskipun dalam setiap ujian bulanan, markah yang diperolehi tidak cemerlang tetapi sekurang-kurangnya membantu murid lemah untuk mendapat B atau C. 8.2 Rumusan Pemerhatian Sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya ketara berkurangan. Secara tidak langsung penggunaan tanda noktah juga menunjukkan peningkatan di luar jangkaan saya. Ini telah melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan guru untuk menyemak hasil kerja murid. Penggunaan huruf besar banyak membantu meningkatkan peratus keseluruhan ujian di samping membantu meningkatkan prestasi mata pelajaran lain. 9. CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan ke atas murid-murid berkenaan. Saya bercadang untuk meneruskan program ini di samping berkongsi idea bersama guru pemulihan khas. Seterusnya saya ingin meningkatkan penguasaan murid berkenaan dalam penggunaan tanda baca (koma dan noktah).