Pengenalan

2,091 views
1,979 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
2,091
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
43
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pengenalan

  1. 1. 1 1.0 PENDAHULUAN Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada pengisian kurikulum, sistem bahasa dan kemahiran bernilai tambah. Semua elemen ini diajar supaya dapat memberi keyakinan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian murid – murid. Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah renddah juga digubal dengan memberikan penekanan kepada hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran ini menggabungkan peraturan yang terdapat dalam sistem bahasa dan disokong oleh pengisian kurikulum. Selaras dengan ini, Rancangan Pengajaran Harian juga pentiing agar Hasil Pembelajaran dapat tercapai. Diharap matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi, melengkapkan keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian dapat dicapai dan seterusnya melengkapkan diri murid – murid dengan ilmu Bahasa Melayu yang lengkap.
  2. 2. 2 ANALISIS UNSUR-UNSUR 2.1 Hasil Pembelajaran HASIL PEMBELAJARAN Ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Kurikulum. Petunjuk tentang kemahiran yang perlu dikuasai murid. Membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran. Dapat dicapai dengan menggjalinkan Kemahiran Bahasa, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Membantu guru membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.
  3. 3. 3 Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, Hasil Pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, Hasil Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai Hasil Pembelajaran. Selain itu, Hasil Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid. Definisi hasil pembelajaran ialah jangkaan apa yang pelajar tahu dan boleh dibuat setelah mereka habis mengikuti sesuatu masa pengajaran yang dilakukan oleh seseorang guru. Semua guru perlu benar-benar tahu apakah hasil pembelajaran yang ingin disampaikan kepada setiap murid mereka. Sebagai seorang guru Bahasa Melayu hasil pembelajaran ini sangat penting kerana subjek Bahasa Melayu adalah subjek yang merentasi kurikulum.(Rahimah Sabran, Rahim Syam, 1985 ) Hal ini disebabkan melalui subjek Bahasa Melayu murid akan dapat memperolehi kemahiran asas seperti kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah. Selain daripada itu, antara sebab lain pentingnya untuk menentukan hasil pembelajaran adalah kerana penentuannya dapat menyatakan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar dan membantu seorang guru memberi tumpuan dalam penguasaan hasil. Tujuan utama apabila menentukan hasil pembelajaran akan membolehkan seorang guru merancang dan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran dan alat bantu mengajar yang berkesan untuk pelajar menguasai hasil pembelajaran itu dan yang terakhir juga dapat menolong seorang guru dalam membina ujian formatif dan sumatif. Ditambah pula dengan trend pendidikan di Negara maju sekarang yang mementingkan ke arah penguasaan hasil pembelajaran sehingga membawa kepada pendidikan yang lebih berorentasikan peperiksaan semata-mata. Sebagai contoh Hasil Pembelajaran yang ingin disampaikan oleh seorang guru ialah memastikan muridnya dapat MENGENAL PASTI kata nama dan kata kerja. Apabila pelajar
  4. 4. 4 dapat mengenal pasti kata nama dan kata kerja dalam satu ayat yang diberikan itu bermakna hasil pembelajaran itu telah dicapai. Dalam Hasil Pembelajaran merangkumi fokus utama dan fokus sampingan.
  5. 5. 5 Kemahiran Bahasa Kemahiran Mendengar Kemahiran Betutur Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis
  6. 6. 6 2.2 KEMAHIRAN BAHASA Kemahiran Bahasa adalah aspek terpenting yang perlu dikuasai oleh seseorang murid untuk menguasai subjek Bahasa Melayu. Kemahiran Bahasa terbahagi kepada empat bahagian iaitu meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku. Dalam kamus Dewan Edisi Ketiga kemahiran berasal daripada kata akar mahir yang memberi maksud kecekapan dan kepandaian. Bahasa pula bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Bahasa juga bermaksud percakapan yang baik atau tingkah laku yang bersopan santun. Oleh itu, daripada sudut istilahnya, Kemahiran Bahasa boleh dikatakan sebagai kebolehan seseorang manusia dalam menyampaikan sesuatu kepada manusia yang lain. Selain daripada itu, pelbagai taksiran telah dibuat untuk cuba mentakrifkan bahasa. Contoh takrifan yang telah dibuat adalah dengan mengatakan bahasa ialah satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan ataupun satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep realiti mereka kepada fikiran orang lain, satu sistem maksud yang dikongsikan antara mereka, satu kod yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antara bentuk dan maksud, satu penuturan yang akan dapat difahami oleh masyarakat linguistik dan pendapat akhir sekali adalah mengatakan bahasa itu adalah satu pemikiran Walaupun begitu Kemahiran Bahasa yang ingin dijelaskan di sini ialah kebolehan seorang pelajar untuk menggabungkan empat bahagian kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam subjek bahasa Melayu khasnya dan subjek-subjek yang lain amnya seterusnya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 2.2.1 KEMAHIRAN MENDENGAR Kamus Dewan Edisi Ketiga mengtakrifkan mendengar sebagai menangkap bunyi atau suara dengan telinga. Selain itu mendengar boleh juga dikatakan memberikan perhatian kepada kata-kata manusia. Oleh itu, Kemahiran Mendengar adalah merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan maklum balas. Jenis kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu mendengar secara intensif dan mendengar secara ekstensif
  7. 7. 7 Mendengar secara intensif dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang biasanya dilaksanakan di bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar secara intensif boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama ia menekankan kepada latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci. Kedua, ia menekankan kepada latihan mendengar bahasa yang dituturkan. Latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci boleh dijalankan dalam berbagai - bagai cara. Antaranya ialah mendengar arahan, menjawab soalan kefahaman, mendengar untuk mendapatkan maklumat, membuat ringkasan, menyelesaikan masalah dan latihan mendengar bahasa yang dipertuturkan. Latihan mendengar arahan ialah dengan cara murid - murid mendengar arahan yang diberi dan bertindak balas terhadapnya. Arahan itu boleh diberi oleh guru, ketua murid, guru besar, ketua darjah atau rakan - rakan mereka sendiri. Biasanya, murid - murid yang dapat mendengar dengan baik akan dapat memahami maksud yang didengarnya itu dan cepat dan dapat pula segera bertindak terhadapnya. Murid - murid seperti ini dapat menghasilkan sesuatu tindak balas secara tepat dan berkesan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah melengkapkan peta, membuat corak, mencari jalan pada peta sesebuah bandar dan sebagainya. Seterusnya ialah dengan menjawab soalan kefahaman. Murid - murid mendengar soalan yang dikemukakan dan kemudian diminta mengenal pasti jawapan yang diperlukan. Jawapan-jawapan tersebut kemungkinan berbentuk fakta dan biasanya boleh diperoleh daripada petikan yang diberi. Berbagai - bagai aktiviti boleh dilakukan oleh murid-murid. Antaranya ialah memberi penerangan, memberi makna, membuat huraian, menyatakan sebab, menjelaskan sesuatu, membuat taksiran, membuat andaian interential, memberi komen dan sebagainya. Ketiga ialah mendengar untuk mendapatkan maklumat. Dalam latihan ini perhatian murid - murid ditumpukan kepada bahagian - bahagian tertentu daripada apa yang mereka dengar. Latihan ini amat baik untuk melatih murid-murid mendengar dengan teliti maklumat- maklumat yang berkenaan sahaja dan mengenepikan yang lainnya. Banyak aktiviti yang boleh dijalankan oleh murid-murid. Antaranya ialah mendengar tentang cara untuk membuat kuih, mendengar dari seorang jurujual mengenai sebuah kereta yang akan dibeli, mendengar dan mendapatkan maklumat tentang rumah yang akan dibeli, mendengar dan mendapatkan maklumat maklumat tentang aktiviti - aktiviti yang dilakukan oleh orang tertentu dalam seminggu dan sebagainya.
  8. 8. 8 Cara yang seterusnya ialah membuat ringkasan iaitu dengan cara murid - murid mendengar sesuatu petikan dan kemudian membuat ringkasan tentang apa yang telah didengarnya. Petikan itu mungkin boleh dibaca atau dirakam terlebih dahulu. Murid - murid diminta membuat catatan isi - isi penting ketika mendengar sesuatu petikan itu. Ringkasan itu kemudiannya boleh disiapkan dalam bentuk laporan bertulis. Kemudian menyelesaikan masalah. Murid - murid mendengar sesuatu masalah dan kemudian diminta berbincang bersama - sama rakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Murid-murid pada mulanya diminta mendengar masalah itu dengan teliti. Setelah dapat memahami maksudnya, mereka diminta mencari punca masalah tersebut dan selepas itu mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Kadangkala murid-murid diminta memberi penerangan atau mentafsirkan tajuk - tajuk rangsangan secara bernas dan logik. Misalnya, 'Semua orang Melayu boleh bertutur Bahasa Melayu, tetapi bukan semua orang Melayu'. Tajuk seperti ini boleh menggalakkan kemahiran mendengar secara intensif. Akhir sekali ialah latihan mendengar bahasa yang dituturkan. Setelah murid murid memahami dan boleh menanggapi apa yang didengarnya, guru boleh meneruskan kerja mereka selanjutnya secara terperinci. Pada peringkat awal, murid - murid akan didedahkan kepada bahasa - bahasa yang asli iaitu bahasa yang belum dipermudahkan. Tujuan mendedahkan mereka kepada bentuk bahasa seperti ini adalah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa mereka boleh menterjemah sebahagian besar ciri-ciri bahasa walaupun mereka tidak memahami apa yang diperkatakan. Murid-murid dapat juga menyuburkan keyakinan diri mereka terhadap pembelajaran bahasa di samping memberi mereka peluang mendengar berbagai- bagai bentuk bahasa. Selain daripada belajar mengenal pasti laras dan tujuan bahasa itu digunakan, guru boleh juga membimbing murid-murid mereka untuk mengesan kesalahan - kesalahan yang terdapat sewaktu bahasa itu dituturkan. Guru boleh membawa perhatian murid - murid kepada aspek - aspek bahasa yang lazim diperkatakan seperti sebutan, intonasi, jeda, nada, tekanan, gaya, bentuk dan struktur serta keslahan-kesalahan seperti ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan kemahiran bahasa lisan murid-murid. Mendengar Secara Ekstensif bertujuan untuk meluaskan penguasaan bahasa secara keseluruhan dan tidak lagi tertumpu kepada pengukuhan struktur tatabahasa atau yang seumpamanya. Latihan mendengar secara ekstensif biasanya dilakukan melalui aktiviti lanjutan daripada kemahiran mendengar yang telah sedia diperolehi. Mendengar secara ekstensif menekankan aktiviti mendengar secara kritis dan logis.
  9. 9. 9 Murid-murid boleh menggunakan buah fikiran mereka untuk memperdebatkan apa yang didengarnya itu. Kemungkinan murid - murid boleh memberi komen daripada apa yang didengarnya, atau melengkapkan cerita, atau mencari isi penting daripada sebuah tafsiran dan sebagainya. Latihan mendengar seperti ini membantu menyediakan murid - murid untuk boleh memberi pandangan dan pendapat serta hujah dengan baik. Aktiviti Kemahiran Mendengar Aktiviti adalah salah satu perkara yang penting untuk memastikan murid-murid telah dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa dengan baik. Dalam kemahiran mendengar juga terdapat beberapa aktiviti untuk menguji atau meningkatkan tahap kemahiran mendengar setiap pelajar. Antara contoh aktiviti yang dilakukan ialah mendengar dan menyebut perkataan. Pelajar mendengar guru menyebut perkataan. Seterusnya pelajar dikehendaki mengulangi perkataan yang disebut oleh guru berulang kali. Misalnya jika guru menyebut perkataan ladang, padang, lantai, pantai, lali, lori, galah atau kalah, pelajar juga perlu mengulang dan menyebut perkataan yang sama dengan guru. Hanya pelajar yang menguasai kemahiran mendengar dengan baik dapat mengulangi perkataan yang disebut oleh guru. Aktiviti latih tubi pemintal lidah juga boleh dilakukan kepada para pelajar. Pelajar diuji untuk menyebut perkataan yang hampir sama sebutannya berulang-ulang kali. Ayat yang dibentuk berasaskan perkataan tersebut mestilah bermakna untuk memaksimumkan kesannya. Contoh-contoh ayat pemintal lidah ialah pandang tandan depan padang, dari darah dan nanah yang hanyir tumpah ke tanah, berat beras dua belas kilo dan tulang temulang di atas belulang. Aktiviti yang lain ialah memadankan perkataan dengan gambar. Murid diberi kertas edaran yang mengandungi beberapa set perkataan yang mempunyai sedikit perbezaan bunyi dalam suatu set perkataan. Guru menyebut perkataan itu dan murid diminta memadankannya dengan gambar berkenaan. Contoh aktiviti tersebut adalah seperti berikut : Arahan kepada murid : Bagi tiap-tiap soalan kamu akan mendengar tiga perkataan. Tuliskan huruf-huruf A, B atau C dalam ruangan di bawah gambar yang sesuai. Soalan 1 : A = buku B = kuku
  10. 10. 10 C = duku Disamping itu, aktiviti mendengar untuk memahami dan melakukan tindak balas juga boleh dilaksanakan. Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemahaman murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan dengan , antaranya ialah : I. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas. II. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lebih lama. III. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan perbincangan. Kaedah Pengajaran Kemahiran Mendengar Terdapat pelbagai kaedah pengajaran kemahiran mendengar. Tujuan kaedah pengajaran kemahiran mendengar adalah untuk menarik Minat murid, mengekalkan perhatian dan membangkitkan rasa ingin tahu. Antara kaedah pengajaran yang boleh dilaksanakan dalam kemahiran mendengar ialah kaedah permainan bahasa, kaedah bercerita, kaedah kuiz dan kaedah soal jawab. Permainan bahasa adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran kemahiran mendengar.Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kaedah ini juga banyak menggunakan kemahiran mendengar para pelajar. Hal ini kerana kaedah ini melibatkan interaksi antara pelajar dan guru yang memerlukan kepekaan pelajar untuk mendengar maklumat yang disampaikan oleh guru. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa selain daripada kemahiran mendengar iaitu kemahiran bertutur, membaca dan menulis.
  11. 11. 11 Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu merangsang interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan dan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan. Selain itu, kaedah bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan dalam pengajaran kemahiran mendengar kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Kaedah ini juga memerlukan pelajar mendengar dengan teliti cerita yang sedang atau yang akan disampaikan oleh guru. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa juga dapat disampaikan. Kaedah ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan sekaligus menghilangkan minat pelajar untuk mendengar. Langkah-langkah yang boleh digunakan dalam persediaan teknik bercerita ialah memiilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, disesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Frasa atau ayat-ayat penting dihafaz. Guru perlu berlatih bercerita seolah-olah berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru hendaklah bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru juga boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau alat bantuan mengajar yang lain. Kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan juga perlu disediakan. Kaedah kuiz telah diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah- sekolah Melayu. Tujuannya ialah supaya guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. Pelajar juga dapat mengulangkaji sambil bergembira, dapat melupakan permasalahan mereka dengan
  12. 12. 12 mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki dan dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. Selain itu, ia juga membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat dua bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Kuiz juga dijadikan sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar. Pelajar perlu mendengar dengan teliti soalan yang dikemukakan oleh guru yang bertindak sebagai pengacara supaya mereka dapat menjawab soalan dengan baik sekaligus memerlukan mereka menguasai kemahiran mendengar. Disamping itu, kaedah soal jawab juga boleh digunakan dalam kaedah pengajaran kemahiran mendengar. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan kaedah ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan sekaligus dapat meningkatkan kemahiran mendengar pelajar. Kaedah ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar serta memerlukan ketajaman mendengar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid, untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis, untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar serta meningkatkan kemahiran mendengar para pelajar. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan. 2.2.2 KEMAHIRAN BERTUTUR Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinasikan bertutur sebagai sesuatu yang diucapkan. Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat
  13. 13. 13 sebutan (artikulator) manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa. Kemahiran bertutur berlaku di peringkat produksi. Ia bukan dicipta oleh pelajar tetapi ditiru dan diajuk. Oleh kerana itu, model-model yang diperdengarkan haruslah model- model yang baik yang membolehkan pelajar-pelajar bertutur secara berkesan. Kemahiran bertutur ini amat penting kerana apabila kita bertutur sudah semestinya terdapat maklumat atau informasi yang cuba disampaikan. Maklumat atau informasi merupakan sesuatu hasil daripada pemprosesan, pengumpulan dan penganalisaan data yang dapat menambahkan pengetahuan kepada penerima maklumat. Secara ringkas, maklumat merupakan konteks apabila data digunakan. Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan. Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan murid boleh bertutur dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat. Ada beberapa aspek penting yang harus diberi perhatian dalam kemahiran bertutur. Antaranya ialah sebutan, tekanan, mora, jeda, intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran dan laras bahasa. Dari segi sebutan, murid-murid diajar mengenal huruf dan bunyi-bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Ini bertujuan melatih mereka menyebut sesuatu dengan tepat dan jelas. Mereka juga harus menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan dan makna. Tekanan pula adalah cara menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan. Mora bermaksud panjang-pendek. Ianya adalah kadar sesuatu bunyi itu dilafazkan. Konsepnya sama dengan 'harakat' dalam bahasa Arab. Unsur ini biasanya tidak jelas dalam Bahasa Melayu dan kalau ada pun ia tidak membezakan makna. Penggunaan unsur ini agak lebih ketara dalam Bahasa Inggeris dan Arab. Jeda yang juga disebut sebagai persendian. la digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata, atau ayat-ayat. Dalam sesebuah ayat yang diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Unsur ini boleh membawa makna yang berbeza jika ia digunakan. Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau
  14. 14. 14 menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. la kadangkala disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. la boleh menaik, menurun, boleh mendatar dan sebagainya. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik di akhir ayat manakala ayat penyata pula mempunyai intonasi yang menurun. Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata itu diucapkan. Dalam bidang muzik, kita dapati ada lapan nada iaitu Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, dan Do. Setiap nada ini mewakili satu suku kata. Dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik. Kewujudannya lebih ketara dalam Bahasa Cina. Tatabahasa pula adalah satu sistem, peraturan atau undang-undang menggabungkan kata untuk membentuk ayat. Peraturan-peraturan ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. la terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa pertuturan, walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak begitu dipentingkan tetapi untuk memperolehi kebiasaan bertutur atau bercakap dengan baik dan berkesan aspek ini haruslah ditekankan. Kelancaran bermaksud murid-murid boleh bertutur atau bercakap dengan baik, kemas dan teratur. Waktu bercakap mereka tidak menghadapi sebarang masalah dan tiada gangguan semasa percakapan itu berlangsung. Kefasihan bererti murid-murid boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur dan lancar tetapi mereka juga boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dan ayat-ayat yang dituturkan itu secara jelas dan tepat. Mereka boleh bercakap seperti seorang penutur jati yang terpelajar. Akhir sekali ialah laras bahasa. Laras bahasa dalam konteks ini ialah murid-murid boleh menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks, suasana dan situasi yang sesuai. Tujuannya ialah supaya murid-murid boleh menggunakan bahasa itu untuk tujuan- tujuan berkomunikasi secara berkesan. Peringkat-Peringkat Kemahiran Bertutur PERINGKAT AWAL a) Melafazkan pengucapan bertatasusila. b) Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar. c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat . d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi. e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu. f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah. g) Memberi arahan. h) Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya.
  15. 15. 15 i) Membuat ayat-ayat daripada gambar-gambar. PERINGKAT PERTENGAHAN a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar. b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri. c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa. d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu. e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran, di rumah dan sebagainya. f) Membaca iklan dan peraturan-peraturan. g) Memberi ucapan pendek dan mudah. h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah. i) Memberi komen secara mudah. j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah. PERINGKAT MAJU a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya. b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya. c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog. d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat. e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan. f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat. g) Memberi ceramah dan syarahan (yang disediakan). h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain. i) Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan. j) Mendeklamasi puisi. k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan. l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya. Pemilihan Bahan Kemahiran Bertutur Guru boleh memilih alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kriteria yang berikut;
  16. 16. 16 a) Bahan yang sedia ada b) Kesesuaian dengan objektif pengajaran c) Keberkesanannya. Alat atau bahan bantuan mengajar boleh dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu; a) Guru, Murid dan Bilik darjah Gerak laku guru dan murid boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu Proses pengajaran dan pembelajaran, misalnya; i. Guru menaikkan dan menurunkan tangan kanan atau menggerakan kepala bagi menunjukkan perbezaan intonasi dalam pertuturan. ii. Guru menunjukkan cara membunyikan sesuatu sebutan iii. Guru menggunakan papan tulisuntuk mencatat perkataan atau frasa yang perlu digunakan oleh murid apabila bertutur. b) Objek Sebenar Objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat dan bahan pengajaran yang berkesan, untuk membolehkan murid; i. Mengaitkan konsep dengan bunyi, contohnya, bunyi pelbagai kenderaan, mergastua dan air dengan menggunakan alat audio seperti radio dan pita rakaman. ii. Mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku. Contohnya, pertuturan sekumpulan manusia di stesen bas berbeza dengan pertuturan di pasar. Contoh ini boleh ditunjukkan atau didengar melalui alat audio dan visual seperti television, video, filem dan transperansi. iii. Bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang baju pelbagai warna dan saiz, buku, majalah, kalendar dan borang adalah bahan yang boleh digunakan secara kreatif sebagai bahan bertutur. c) Gambar Guru digalakkan mempunyai fail untuk menyimpan gambar yang boleh digunakan dalam pengjaran dan pembelajaran bertutur. Sama ada gambar tunggal atau gambar bersiri boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk murid-murid bercerita, berlakon, berpuisi dan berdialog. Gambar-gambar yang digunakan hendaklah sesuai dari segisaiz, terang dan jelas.
  17. 17. 17 Aktiviti-Aktiviti Bertutur Aktiviti lisan seperti perbualan, dialog, lakonan, wawancara, temuramah atau temubual dan lain-lain seumpamanya adalah bentuk-bentuk aktiviti yang membolehkan murid-murid mengamalkan atau menggunakan bahasa dalam bidang komunikasi yang paling dekat dengan situasi kehidupan sehari-hari. Latihan sebutan, penggunaan tatabahasa dan ciri-ciri prosodi dapat dipraktikkan. Aktiviti-aktiviti di atas bolehlah dijadikan rangsangan atau model aktiviti lisan sebagai aktiviti lanjutan di dalam kelas. 1. Aktiviti Perbualan Guru menjalankan aktiviti perbualan sebaik-baiknya berdasarkan sesuatu tajuk. Kemungkinan tidak semua murid akan dapat peluang berbual dengan guru tersebut, oleh kerana itu bolehlah guru menyusun atau meminta murid-murid sendiri memilih kawannya. Dalam masa perbincangan dengan guru, tidak semestinya murid itu sendiri yang menceritakan hal dirinya atau keluarganya atau lain-lain mengikut tajuk yang telah ditetapkan tetapi murid yang dilawan berbual itu akan menceritakan semula apa yang telah diceritakan oleh rakan bualannya itu. Ketika murid bercerita atau selesai bercerita, guru menyusun strategi: - 1. Guru menyenaraikan isi-isi yang telah disebutkan oleh murid-murid dalam perbualan itu. 2. Pilih satu daripada isi penting yang terdapat dalam senarai itu untuk dibincangkan dengan secara lebih mendalam. Sebaiknya guru merancang tajuk dan jika tajuk itu tidak disebut oleh murid, guru bolehlah kemukakan soalan yang boleh menerbitkan tajuk yang dirancangkan itu. Contoh: Tajuk: Pekerjaan bapa saya sebagai Ketua Pejabat Pos i. Kemukakan beberapa soalan yang boleh menerbitkan hal-hal yang berkaitan dengannya. Misalnya, gelaran atau panggilan kepada pekerja di bahagian-bahagian
  18. 18. 18 tertentu seperti posman, kerani, penjual setem, juruwang, penerima bungkusan dan lain-lain lagi. ii. Guru siapkan juga benda-benda yang diperlukan ada di pejabat pos seperti setem, bungkusan-bungkusan, surat, gam, buku simpanan wang, borang telegram dan sebagainya. iii. Guru boleh membina sebuah pejabat pos olok-olok di dalam kelas: Letakkan semua label di kaunter-kaunter yang berkenaan, seperti setem, telegram, bungkusan dan lain-lain. Letakkan murid sebagai pekerja di tiap-tiap kaunter. Tetapkan murid-murid yang akan memegang peranan sebagai pembeli, penghantar surat, penghantar bungkusan dan sebagainya. Tetapkan perbualan-perbualan yang dikehendaki misalnya: -  Minta beli setem.  Bertanyakan harga setem.  Minta borang telegram.  Hendak menyimpan wang.  Hendak mengeluarkan wang dan sebagainya. iv. Perkenalkan barang-barang yang hendak digunakan itu seperti setem dengan harga- harganya (misalnya 5 sen, 10 sen, 20 sen, 75 sen, $1.00) dan seterusnya setakat yang sesuai dengan pengetahuan membilang dan mengenal angka yang telah sedia ada pada murid-murid. v. Bincangkan bentuk dan ragam ayat yang hendak digunakan. vi. Daftarkan di papan hitam atau kad imbasan perkataan-perkataan yang diperlukan dalam aktiviti yang akan dijalankan. vii. Mengadakan latihan menggunakan ayat-ayat yang hendak digunakan di dalam aktiviti itu.
  19. 19. 19 viii. Menggunakan ayat-ayat di atas dalam situasi sebenar di pejabat pos tadi. ix. Minta tiap-tiap orang murid yang telah mengambil bahagian tadi menceritakan semula apa yang telah dibuatnya di pejabat pas sebentar tadi. x. Guru boleh bersaal jawab dengan murid-murid lain yang mengambil bahagian tentang apa yang telah dilakukan oleh rakan-rakan mereka sebentar tadi. xi. Guru boleh menyediakan dialog pendek sebagai rangsangan pelajaran lisan untuk aktiviti selanjutnya. Aktiviti lisan seperti ini boleh juga dijalankan dengan menggunakan tajuk-tajuk seperti pasar, kedai makan, kedai buah-buahan, kedai buku dan kedai runcit. 2. Aktiviti Bercerita Dalam pengajaran lisan, bercerita memainkan peranan yang penting, bukan sahaja di kalangan kanak-kanak malah juga di kalangan orang-orang dewasa. o OBJEKTIF BERCERITA a) Menyuburkan daya imaginasi kanak-kanak:  Kanak-kanak boleh secara imaginasi memasuki alam cerita tersebut dan menggambarkan seolah-olah mereka yang terlibat. Misalnya, menjadi angkasawan, gergasi dan haiwan. b) Membina rasa hati:  Dalam cerita sering didapati watak-wataknya menemui kejayaan atau mengalami bahaya-bahaya yang menyebabkan penderitaan. Keadaan ini dapat membantu dalam perkembangan emosi kanak-kanak. Sikap mereka terhadap manusia, pendapat-pendapat, perkara-perkara dan lain-lain dalam kehidupan secara am boleh diubah dengan cara guru membawa mereka kepada tema cerita itu. c) Menyuburkan akal dan kecerdasan murid-murid:  Semasa cerita disampaikan, minat dan rasa hairan murid-murid dibangkitkan. Mereka digalakkan menyoal, mengemukakan pandangan dan memberi komen
  20. 20. 20 terhadap peristiwa dan watak-watak dalam cerita tersebut. Aktiviti ini boleh diikuti dengan perbincangan selanjutnya. d) Menggalakkan perkembangan bahasa murid-murid:  Dengan cara memperkenalkan perkataan-perkataan baru, ayat, peribahasa, teka-teki dan sebagainya perbendaharaan kata murid-murid boleh diperluaskan. e) Asas untuk pendidikan agama:  Ada sesetengah cerita mempunyai pengajaran atau contoh yang baik. Melalui cerita-cerita seperti ini, terutama cerita-cerita yang mengandungi pendidikan moral dan akhlak, tingkah laku dan sikap yang baik akan dapat disemai di kalangan murid-murid. o PRINSIP-PRINSIP BERCERITA Cerita harus mempunyai tema yang sesuai dan bermakna cerita dari segi tema atau jalan cerita, bahasa dan lain-lain hendaklah bersesuaian dengan umur, latar belakang dan pengalaman murid-murid. a) Cerita harus menggunakan bahasa yang sesuai. lni bermaksud bahasa perlulah mudah, tepat dan jelas serta tidak mengandungi perkataan atau rangkai kata yang boleh mengelirukan. Perkataan atau rangkai kata yang mengandungi beberapa pengertian harus juga dielakkan. b) Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Episod tersusun dan ada kesudahan. Semasa menyampaikannya, guru perlu menggunakan aneka gaya, menggunakan gerak isyarat, pergerakan, pernyataan, menggunakan cakap ajuk, lakonan dan sebagainya. c) Penglibatan murid-murid sepenuhnya adalah juga penting. Libatkan intelek, emosi dan kadang-kadang fizikal murid semasa sesi bercerita. lni diikuti dengan aktiviti- aktiviti sebagai gerakerja lanjutan. o KEMAHIRAN BERCERITA Berbagai-bagai kemahiran digunakan dalam kemahiran bercerita. Kemahiran-kemahiran ini boleh dikumpulkan kepada dua komponen iaitu :- a) Komponen struktur. b) Komponen penyampaian.
  21. 21. 21  Komponen Struktur - Komponen struktur ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu :-  Permulaan  Pembentukan  Penutup i. PERMULAAN a) Guru harus menarik perhatian murid dan keadaan ini sebaik-baiknya dapat dikekalkan sehingga ke akhir sesuatu pembelajaran. Keadaan ini selalunya boleh didapati melalui penggunaan gerak isyarat yang sesuai, pernyataan muka, gambar, perhubungan penglihatan, media dan sebagainya. b) Guru harus menunjukkan minat dan kecenderungannya untuk membentuk satu perhubungan yang baik dengan kelas. ii. PEMBENTUKAN a) Bahasa yang sesuai:  Bahasa yang digunakan mestilah mudah, sesuai supaya maksud cerita dapat disampaikan dan difahami. Penggunaan cakap ajuk di tempat-tempat yang boleh menambahkan kesan dan menjadikan pendengar-pendengar memberi lebih banyak perhatian kepada cerita hendaklah selalu diadakan. Perkataan-perkataan dan rangkai kata yang kabur patut dielakkan dan jika ada perkara-perkara baru, ia patut digambarkan sarna ada melalui lisan atau dengan cara menggunakan gambar. b) Kelancaran pertuturan:  Ini penting untuk perkembangan cerita yang licin. Kefahaman murid-murid akan lebih baik dan berkesan. c) Suara guru:  Cerita akan menjadi lebih menarik dan boleh berbentuk hiburan jika ada perubahan-perubahan dalam suara guru. Ini ditegaskan dari segi nada, intonasi, ketinggian, kekuatan dan sebagainya. Ini biasanya berlaku pada tempat-tempat yang sesuai, secocok dengan peristiwa-peristiwa dalam cerita itu. d) Gerak-geri dan pernyataan yang sesuai:
  22. 22. 22  Gerak isyarat dan pernyataan yang sesuai dan bermakna membantu menerangkan atau menyampaikan maksud atau kandungan sesebuah cerita. la juga membangkitkan minat dan memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid. e) Rangsangan yang tepat:  Semasa bercerita rangsangan yang berbeza boleh digunakan untuk mengarahkan minat dan perhatian murid kepada cerita keseluruhannya; misalnya, media yang sesuai digunakan, soalan-soalan boleh dikemukakan, atau cadangan-cadangan dan pendapat muridmurid di mana-mana yang sesuai boleh diterima dan disesuaikan dengan cerita. f) Aturan perkembangan cerita:  Peringkat-peringkat atau bahagian-bahagian cerita yang membentuk keseluruhan cerita mesti dalam susunan 'dahulu-kemudian'. g) Penjelasan tema cerita:  Ini harus dibentuk dengan baik supaya pendengar-pendengar boleh membincangkan plot cerita, watak-watak utama dan dapat membuat gambaran mengenai moral cerita tersebut. h) Penglibatan murid-murid:  Semasa membentuk cerita, murid-murid boleh terlibat sama secara efektif, kognitif dan kadang-kadang fizikal. Mereka boleh terlibat secara lisan, atau dengan melakukan sesuatu, atau memberi pandangan dan pendapat atau sebagainya. iii. PENUTUP a) Cerita mempunyai kesudahan: Ini perlu untuk memenuhi objektif guru. b) Penyediaan gerak kerja atau aktiviti lanjutan. Pelbagai bentuk aktiviti boleh mengikut sesi bercerita. Murid-murid boleh dilibatkan dalam perbincangan, lakonan, ekspresi, bersoal jawab dan sebagainya.  Komponen Penyampaian Komponen penyampaian ini bertujuan untuk menyampaikan cerita dengan lebih berkesan lagi, pelbagai kemahiran boleh digunakan oleh guru. Di antaranya ialah: i. Penggunaan bahasa:
  23. 23. 23 a) Bahasa mestilah jelas. Perkataan yang sesuai adalah mustahak. Bahasa juga harus mudah, elakkan perkataan dan rangkai kata yang kabur. Kata- kata penghubung digunakan untuk membantu dalam perkembangan cerita. b) Suara: Jelas dan terdapat perubahan dalam nada dan intonasi. Ini mustahak kerana ia boleh menjadikan cerita lebih hidup, menarik, bermakna dan dramatis. ii. Keceriaan guru: a) Penggunaan gerak isyarat/pernyataan: Pergerakan yang bermakna dapat membentuk minat dan kefahaman yang lebih. la dapat menyampaikan maksud yang sebenar. b) Penggunaan pergerakan: Perhatian dapat dibuat dengan pencerita bergerak tetapi dia harus pasti yang pergerakannya mempunyai tujuan dan bersesuaian pula untuk membentuk kesan yang diper1ukan. iii. Penglibatan murid-murid: a) Pergerakan murid: Semasa sesi bercerita, murid-murid boleh dipanggil untuk melakonkan sesuatu babak, situasi atau peristiwa dalam cerita. Pergerakan yang bertujuan itu membantu dalam pembentukan cerita dan dapat mengurangkan rasa bosan. Secara tidak langsung ia menambah penglibatan murid-murid. b) Jawapan murid-murid: Ini menjadi maklumat balik terhadap cerita si pencerita. Dengan maklumat ini, guru dapat menyediakan gerak laju yang sesuai dan mengubah ceritanya di tempat tertentu. iv. Penggunaan alat bantuan: a) Media alat pandang-dengar: Media pandang-dengar yang dipilih mestilah berkaitan dengan situasi cerita dan digunakan untuk membangkitkan minat serta memberi kefahaman yang lebih baik kepada murid-murid. b) Contoh-contoh: Contoh-contoh yang sesuai boleh menolong murid-murid meluaskan lagi kefahaman mereka serta berpeluang menikmati cerita itu sepenuhnya. v. Peneguhan: a) Lisan: Pencerita boleh menggunakan ulangan di mana-mana yang perlu. Idea murid-murid, kata-kata galakan serta komen mereka perlu diberi perhatian dan ini penting dari segi peneguhan kognitif dan efektif.
  24. 24. 24 b) Pernyataan gerak isyarat: Gerak-geri, pernyataan muka dan badan, jika digunakan dengan betul, akan membantu menjadikan cerita lebih jelas, hidup dan bermakna. vi. Perkembangan cerita: a) Langkah: Harus ada gerak laju yang sesuai semasa bercerita. lni bergantung kepada bagaimana ia disampaikan; dengan perkataan lain, ia mengikuti satu corak atau aturan yang sesuai untuk mengembangkan cerita. b) Perkaitan: Peringkat-peringkat tertentu dalam cerita dikaitkan dalam cara yang lain. Kata penghubung yang betul penggunaannya, akan memastikan tidak ada sekatan dalam aliran cerita. c) Hentian: Ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mendengar secara imaginatif memikirkan masalah dan isu-isu yang disampaikan. o DASAR PEMILIHAN CERITA a) Cerita-cerita yang dipilih hendaklah sesuai dengan pengalaman, latar belakang, peringkat umur, kebolehan otak, kecenderungan dan minat kanak-kanak. b) Cerita-cerita itu harus menggunakan bahasa yang baik, mudah dan tidak berbelit- belit serta betul pula tatabahasanya. c) Isi atau tema cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pendidikan, terutama dari segi pendidikan akhlak dan budi pekerti. d) Cerita yang dipilih itu sebaik-baiknya biarlah daripada cerita-cerita yang boleh dijadikan bahan lakonan atau kerja bertulis. e) Plot cerita seharusnya menarik dan mudah difaham. f) Cerita-cerita yang dipilih itu juga semestinya tidak menyinggung mana-mana agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan. g) Cerita-cerita juga tidak seharusnya rnenyentuh dasar kerajaan atau bertentangan dengan dasar tersebut. h) Cerita harus ada unsur-unsur perpaduan kebangsaan.
  25. 25. 25 o CARA MENJALANKAN PELAJARAN CERITA i. Guru rnenerangkan terlebih dahulu perkataan atau rangkai kata yang susah yang hendak digunakan dan rnenerangkan juga perkara-perkara yang menjadi latar belakang cerita itu ii. Setelah rnengumpulkan murid-murid di hadapan darjah, guru terus becerita sambil rnenunjukkan gambar-gambar atau alat bantu mengajar yang lain untuk menguatkan lagi perhatian dan kefahaman mereka. iii. Setelah selesai bercerita, guru bolehlah rnengemukakan soalan-soalan. Guru bolehlah rnenyoal isi cerita dan murid-murid juga boleh menyoal. iv. Pelajaran akan lebih rnenarik jika kanak-kanak diminta rnelakonkannya jika sesuai dengan masa dan keadaan. 3. Aktiviti Lakonan Lakonan bukan sahaja dapat melatih kanak-kanak bertutur dengan baik malah dapat juga rnendorongkan rnereka beraksi dengan gerak-geri yang bersahaja. Jenis lakonan yang boleh digunakan ialah:-  Lakonan Bisu.  Lakonan Berkait.  Lakonan Berseni Kata dan Menggunakan Pergerakan.  Lakonan Menggunakan Patung. 1. LAKONAN BISU Lakonan ini hanya menggunakan pergerakan anggota tanpa berkata apa-apa. Dengan berpandukan gerak-geri pelakonnya, murid-murid lain diminta meneka apakah yang dibuat oleh pelakon itu. Dalam hal ini, murid-murid akan sentiasa berfikir dan memerhatikan dengan teliti perhubungan pergerakan itu. Murid-murid yang berlakon itu pula berpeluang memikirkan sesuatu yang hendak dilakonkannya dan menghubungkannya pula dengan sesuatu kejadian itu. Lakonan jenis ini adalah satu cara untuk melepaskan tenaga yang berlebihan atau melepaskan emosi yang meluap-Iuap di kalangan mereka.
  26. 26. 26 Guru bolehlah terlebih dahulu berunding dengan murid-murid yang akan mengambil bahagian dan meminta mereka melakonkannya. Murid-murid lain diminta memerhatikan setiap pergerakan yang dilakonkan oleh rakan-rakan mereka. Perkara-perkara yang boleh dilakonkan ialah :- I. Pekerjaan rumahtangga:  Membelah kayu, menyapu, membasuh kereta, mengangkat air, menyiram bunga, membasuh baju, membuai adik dan lain-lain. II. Permainan:  Main gasing, guli, layang-layang, bermain bola, mandi sungai dan lain-lain. III. Binatang:  Kambing makan rumput, itik berjalan, burung terbang, kambing dikejar oleh anjing dan sebagainya. IV. Situasi:  Membeli barang-barang, membeli setem, mengambil air sembahyang dan sebagainya. 2. LAKONAN BERKAIT Lakonan ini amat sesuai dijalankan pada peringkat rendah. Guru menyebut sesuatu perkataan sambil melakonkannya sekali, misalnya duduk, tidur, saya buka buku, say a menulis di papan hitam, saya bersikat dan sebagainya. Kanak-kanak akan dapat menangkap perkaitan antara percakapan dengan lakonan dan akan membuatnya berulang- ulang kali. 3. LAKONAN BERSENI KATA DAN MENGGUNAKAN PERGERAKAN Lakonan jenis ini biasanya dijalankan dengan dua cara iaitu :- i. Lakonan yang tidak bersengaja.  Kanak-kanak melakonkannya selepas mendengar sesuatu cerita atau kejadian dengan tidak memerlukan persediaan yang panjang lebar. Guru memberi nasihat dan cadangan sahaja. Kanak-kanak berlakon bebas dan menggunakan perkataan-- perkataan mereka sendiri.
  27. 27. 27 ii. Lakonan yang bersengaja.  Lakonan jenis ini biasanya disediakan khas daripada buku-buku cerita. Murid-murid dilatih dan diberi tugas untuk menjayakannya. Biasanya guru akan menyediakan senikata untuk mereka. Lakonan berseni kata ini boleh dijalankan seperti berikut :- a. Terangkan dahulu apa yang patut dibuat oleh murid-murid sama ada dengan menceritakan peristiwa yang hendak dilakonkan atau memberi senikatanya. b. Selepas itu guru bolehlah memilih pelakon-pelakonnya. Semasa pemilihan dibuat, pastikan peluang berlakon itu diberi kepada semua. Guru tidak seharusnya bergantung kepada murid-murid yang pandai sahaja. c. Guru kemudian memberi arahan atau petunjuk bagaimana saharusnya diperbuat oleh setiap orang pelakon. d. Kanak-kanak melakonkannya dengan bebas sebagaimana yang dikehendaki oleh jalan ceritanya. Jangan ganggu kanak-kanak semasa berlakon walaupun didapati tidak memuaskan. e. Setelah itu baharulah guru membetulkan kesilapan mereka dan jika perlu mereka diminta melakonkannya sekali lagi sebelum memberi peluang kepada kanak-kanak lain berlakon. f. Guru hendaklah memberi perangsang iaitu jangan mengkritik atau menyalahkan kanak-kanak sehingga boleh membunuh semangat dan minat mereka untuk berlakon. g. Perlu juga guru menyediakan alat-alat seperti topeng dan pakaian yang sesuai supaya lakonan itu menjadi lebih realistik dan berkesan. 4. LAKONAN MENGGUNAKAN PATUNG Lakonan patung ialah lakonan antarabangsa yang tertua. Ia boleh juga digunakan untuk menyampaikan pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah. Jenis-jenis patung yang boleh digunakan ialah:- i. Patung kayu:  Gambar binatang atau manusia diwarnakan dan kemudian dilekatkan kepada kayu.
  28. 28. 28 ii. Patung sarung tangan:  Kepala berjenis hidup-hidupan yang diperbuat daripada pelbagai alat dan diberi pakaian. iii. Patung tali  Anak-anak patung itu digerakkan dengan menggunakan kuasa tali yang diikatkan kepadanya. Guru akan menunjukkan lakonan patung itu kepada murid-murid dan melaluinya kanak-kanak dapat membetulkan kesalahan bahasanya. 4. Aktiviti Perbincangan Perbincangan adalah satu aktiviti lisan yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Sewaktu berbincang, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan segala pandangan dan pendapat mereka mengenai sesuatu topik. Sambil itu guru memandu serta mengarahkan pandangan- pandangan mereka itu ke satu prinsip idea yang menyeluruh. Melalui aktiviti mengajar begini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutarakan idea-idea bernas dan lojik serta bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Aktiviti perbincangan biasanya dapat menggalakkan penglibatan mereka secara aktif dan dinamik. 5. Aktiviti Syarahan atau Pidato Aktiviti ini boleh dijalankan apabila murid-murid sudah dapat menguasai bahasa dengan baik, boleh bertutur dengan gaya, nada dan intonasi yang betul. Tajuk yang dipilih haruslah bersesuaian dengan minat dan umur murid-murid. Tajuk boleh diberikan beberapa hari sebelum aktiviti dijalankan tetapi pastikan yang murid-murid tidak membaca teks yang telah disediakannya. 6. Aktiviti Berpuisi Aktiviti ini bertujuan untuk membiasakan murid-murid membaca puisi dengan gaya, gerak- geri, nada suara dan intonasi yang betul di samping memperkenalkan bentuk-bentuk puisi itu atau menyuruh murid-murid menciptanya atau boleh juga memetiknya daripada petikan- petikan luar. Di antara bentuk-bentuk puisi ialah pantun, syair, gurindam dan seloka, teka- teki dan sajak.
  29. 29. 29 7. Aktiviti Temuramah Sesi-sesi temubual atau temuramah juga boleh diadakan untuk menambahkan kemahiran lisan. Pilih dua atau tiga orang murid bagi satu-satu sesi yang mengambil masa lebih kurang lima hingga enam minit. Tentukan siapa yang berperanan sebagai orang yang menemuduga dan ditemuduga. Soalan-soalan boleh dikemukakan secara spontan atau disediakan sebelumnya. Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur Mackey (1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, mencadangkan beberapa kaedah pengajaran kemahiran bertutur bagi memastikan ketepatan penggunaan aspek- aspek bahasa dalam kemahiran lisan. Mickey mencadangkan aktiviti-aktiviti latihan seperti meniru dan menghafal dialog, latih tubi pola ayat, latihan pandang dan sebut dan karangan lisan. Latih Tubi Latihan dimulakan dengan penyebutan guru dan kemudian murid-murid meniru dan mengulangi sebutan tersebut secara beramai-ramai, dalam kumpulan besar,kumpulan kecil dan selanjutnya secara individu. Sekiranya murid menghadapi masalah guru akan menyebut semula dan meminta murid-murid mengulangi sebutan itu lagi. Latih tubi sebutan meliputi latih tubi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata, dan dan bunyi-bunyi fonem yang diambil daripada bahagian dialog yang akanditiru dan dihafal oleh murid-murid. Latih tubi penyebutan bunyi meliputi lati tubi menyebut bunyi fonem dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan di kalangan murid-murid. Latih tubi pasangan minimal juga digunakan. Dalam latih tubi ini, pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan. Contohnya perkataan daki dengan laki, tari dengan lari, malu dengan balu dan lain-lain. Dialog Dan Nyanyian Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan. Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid meniru dan menghafal dialog. Teknik latih tubi dialog adalah sama dengan teknik latih tubi pola ayat. Kadang-kadang seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafal oleh murid-murid. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu.
  30. 30. 30 Latihan Pandang Dan Sebut Gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang digunakan dalam teks latihan. Di samping itu kad-kad imbasan bergambar, carta bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan. Semua alat bantu ini digunakan dalam latih tubi supaya murid-murid dapat menghsailkan pertuturan yang diperlukan oleh guru. Karangan Lisan Karangan ini merupakan karangan dalam bentuk lisan yang dihasilkan oleh murid-murid berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut adalah dalam bentuk bersoal jawab, latihan penghasilan dan karangan bebas. Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan yang bedasarkan petikan yang dibaca ataupun senarai gambar yang diberi. Dalam latihan ini, murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan. Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberikan petikan untuk dikaji. Kemudian murid-murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan perkataan mereka sendiri. Karangan bebas hanya diberikan pada peringkat tertentu sahaja. Murid-murid dikehendaki mencari bersama, butiran tentang tajuk tersebut dan mereka dikehendaki berbual tentang tajuk tersebut. 2.2.3 KEMAHIRAN MEMBACA Kamus Dewan Edisi Ketiga mengtakrifkan membaca ialah memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda secara lisan iaitu dengan kuat. Boleh juga dikatakan mengucapkan baris -baris sajak dengan penuh perasaan di hadapan penonton. Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.
  31. 31. 31 Membaca terbahagi kepada empat jenis peringkat membaca iaitu pertama bacaan secara mekanis (bersuara), kedua bacaan secara mentalis atau akaliah (kefahaman), ketiga bacaan secara intensif (mendalam) dan yang keempat bacaan secara ekstensif (meluas). Bacaan secara mekanis atau bersuara kadang-kadang menggunakan nama yang lain seperti membaca oral, membaca ulat dan membaca nyaring. Walau apa-apa nama yang digunakan, membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata - kata dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para pendengar. Tujuan bacaan mekanis adalah banyak seperti membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas, membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul, mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa kata dan juga apabila menggunakan kamus, membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat - tempat berhenti yang betul, dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata pelajaran yang lain, untuk membolehkan murid - murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara, dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai, menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan dan akhir sekali dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan. Bacaan secara mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkakn isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan mentalis lebih pantas daripada bacaan mekanis kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan mekanis seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebgainya tidak dilakukan dalam bacaan mentalis. Bacaan mentalis ini dijalankan sesudah murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan mekanis. Tujuan utama bacaan jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Membaca mentalis ialah kunci bagi segala ilmu pengetahuan. Bacaan mentalis merupakan
  32. 32. 32 aktiviti membaca yang dapat menguasai sebahagian besar kehidupan kita. Dibandingkan dengan bacaan nyaring, dapat dilakukan di mana-mana sahaja. Ketika kegiatan membaca dilakukan orang lain tidak akan terganggu. Berdasarkan konsep bahawa setiap kanak - kanak harus mencari, memilih, melangkah dan maju dengan sendiri kaedah membaca perseorangan adalah satu strategi yang amat menarik. Hal ini dipercayai dapat memenuhi keperluan individu tersebut secara berkesan. Bacaan secara intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu ia memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciri- ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Bacaan intensif melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Biasanya, ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek untuk mengkaji pola kalimat, latihan kosa kata, telaah kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan, iaitu yang dipilih secara berhati - hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi ini, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan. Sementara dalam membaca telaah bahasa, aspek - aspek yang bersangkut- paut dengan bahasa ditegaskan. Setelah murid-murid memperolehi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, mereka hendaklah dilatih untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas. Mereka bukan hanya setakat boleh membaca kuat, menyebut perkataan - perkataan dengan jelas dan tepat, menggunakan intonasi, gaya dan tekanan yang betul, tetapi mereka juga harus boleh memaham dengan baik apa sahaja yang dibaca. Untuk mencapai maksud ini latihan bacaan intensif boleh dilaksanakan. Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, ia memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan
  33. 33. 33 situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Bacaan secara ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti - aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya memberi tumpuan kepada beberapa aspek terutamanya menitik beratkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi - isi penting. Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan. 1.0 Pemilihan Bahan Bacaan Menentukan tahap kesukaran adalah dengan memastikan bahan itu boleh dibaca dengan penggunaan kamus yang minimum. Sekiranya murid terpaksa merujuk terlalu banyak perkataan sukar di dalam kamus, dia cepat letih dan keliru apabila cuba mencantumkan semua perkataan-perkataan baru yang diperoleh maknanya dalam kamus. Sekiranya murid baru mula membaca, cari bahan-bahan yang disediakan khas untuk pembaca yang baru dengan membaca iklan-iklan akhbar, keterangan dibawah gambar dan notis terutamanya apabila bahan-bahan itu dibantu dengan bahan bergambar. Memilih tajuk bacaan adalah dengan memilih tajuk bacaan yang biasa dengan diri murid. Kebiasaan dengan suatu tajuk membantu murid lebih mudah meneka makna perkataan yang jarang ditemui. Keadaan ini dapat mengurangkan jurang pengetahuan bahasa. Pilih keratan akhbar yang pendek dan petikan majalah berkaitan topik yang murid mempunyai sedikit pengetahuan mengenainya. Bahan yang menarik minat adalah dengan memilih bahan-bahan yang difikirkan mendatangkan minat supaya terus membaca. Sekiranya didapati bahan yang dibaca itu menarik, murid mungkin meneruskan bacaannya dan situasi ini menunjukkan sebahagian daripada kejayaan murid. AKTIVITI KEMAHIRAN MEMBACA Aktiviti Peringkat Prabacaan Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama
  34. 34. 34 Memilih bentuk yang sama dan berbeza dari segi warna, bentuk dan saiz. Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf. Mengelaskan benda atau bentuk gambar mengikut kumpulan. Menyusun benda atau gambar mengikut urutan. Aktiviti Peringkat Bacaan Mekanis Membunyikan huruf-huruf dalam perkataan. Membaca perkataan bergambar. Menyusun semula huruf yang diberi untuk membina perkataan bepandukan gambar. Membunyikan suku kata yang ditunjukkan. Mengeja perkataan dan membaca ayat Membatangkan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dalam perkataan. Aktiviti Peringkat Membaca Dan Memahami Menyusun dan memadankan gambar-gambar dengan perkataan-perkataan yang diberi. Menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi. Membaca senyap sesuatu cerita untuk dibincangkan. Menggambarkan isi bacaan yang dibaca dalam bentuk gambar rajah. Menggambarkan bahan yang dibaca dengan memberi penerangan. Menggambarkan cerita yang dibaca dalam bentuk lisan. KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA Kaedah Mengeja a. Mengeja dan membatang suku kata seperti b, a,= ba; t, u= tu. kemudian suku kata ini digabungkan menjadi perkataan. b. Mengeja terus sesuatu perkataan seperti b, a, t, u = batu. Kaedah Bunyi a) Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain, misalnya ba, tang,= batang b) Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya perkataan. Misalnya, b (beh), a (ah) = ba.
  35. 35. 35 Kaedah Huruf a) Mengenal nama-nama huruf – a, b, c, d,- , z, vocal dan konsonan. b) Di dalam Bahasa Malaysia yang dibunyikan ialah: Vocal - a, e, i, o, u Vocal dan konsonan – ba, be, bi, bu, bo Diftong - ai, au, oi c) Kemudian bunyi-bunyi itu disambung supaya menjadi suku kata, misalnya ba + tu = batu. d) Kemudian mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca. Kaedah Pandang Sebut Kaedah ini mementingkan dua perkara iaitu: a) Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar. Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita. 2.2.4 KEMAHIRAN MENULIS Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas.
  36. 36. 36 Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada suatu perkara,hal dengan menggunakan perantaraan bahasa. Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada suatu perkara,hal dengan menggunakan perantaraan bahasa. Kemahiran menulis terbahagi kepada dua iaitu kemahiran menulis secara mekanis dan kemahiran menulis secara pelahiran mental. Pertama, kemahiran menulis secara mekanis melibatkan latihan pergerakan tangan, otot, jari dan sebagainya. Ianya penting untuk dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menulis dengan kemas. Kedua, kemahiran menulis secara pelahiran mental. Biasanya dikuasai selepas pelajar menguasai kemahiran mekanis. Contohnya seperti membuat karangan melibatkan pernyataan pendapat atau lain-lain. Jenis kemahiran menulis Kemahiran menulis secara mekanis • Melibatkan latihan pergerakan tangan, otot, jari dan sebagainya • Penting dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menulis dengan kemas. • Pelajar diperkenalkan huruf tanda bacaan dan lain-lain. Langkah Kemahiran Menulis Secara Mekanis • Latihan pergerakan tangan, otot dan jari • Tunjukkan pergerakan tangan menulis di awangan, di pasir, di papan tulis dan sebagainya. • Melatih menulis unsur-unsur huruf perkataan dan gambar. • Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong dan lain-lain. • Melatih murid menulis cepat, senang dan kemas. Kemahiran Menulis Secara Pelahiran Mental • Biasanya dikuasai selepas pelajar menguasai kemahiran mekanis • Contohnya membuat karangan melibatkan pernyataan pendapat atau lain-lain.
  37. 37. 37 Peringkat Mengajar Menulis secara Pelahiran Mental :- • Menyalin dan meniru • Menghasilkan semula • Menggabungkan • Penulisan berpandu • Penulisan bebas Peringkat kemahiran menulis 1. PRAMENULIS Melatih otot-otot tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata kepada murid-murid. Aktiviti boleh dilakukan dengan pelbagai cara 2. PERINGKAT MENDIRIKAN ASAS (MEKANIS) Dijalankan serentak dengan pengajaran bacaan. Semasa menulis, murid digalakkan menyebut sambil menulis. 3. PERINGKAT UNTUK PELAHIRAN • Mengajar murid menulis dengan bersih dan kemas dengan kepantasan yang sesuai. • Membolehkan murid-murid menulis dengan jarak yang sesuai antara perkataan dalam ayat. Contoh aktiviti pramenulis Aktiviti membuat corak :
  38. 38. 38 Aktiviti mewarnakan corak : Aktiviti melukis secara menyerong atau menegak : Latihan melukis bentuk geometri dan mewarnakannya Contoh aktiviti peringkat mendirikan asas (mekanis) :- 1. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal. 2. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu atau dua 3. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul 4. Menulis huruf mengikut urutan yang tetap
  39. 39. 39 5. Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. 6. Menyalin perkataan dan ayat-ayat yang mudah. Contoh Aktiviti Kemahiran Menulis Secara Pelahiran Mental. • Mengisi silang kata. • Mengisi tempat kosong dalam ayat • Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai • Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi • Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai • Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita • Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan dan lain-lain. Pemilihan bahan untuk kemahiran menulis 1. Buku latihan Carta Rajah 2. model Transparensi dan overhead projector. Kapur dan kertas bergaris dan tidak bergaris Dan sebagainya. Kesalahan biasa dalam tulisan :- • Bentuk huruf tidak sama saiz. • Jarak antara huruf tidak sama. • Tulisan menjadi kotor.
  40. 40. 40 • Kecondongan tulisan tidak sama. Jenis-jenis penulisan :- • Karangan terkawal • Separuh terkawal • Karangan bebas • Karangan berpandu Kaedah pengajaran kemahiran menulis :- • Motivasi • Persediaan • Persembahan • Perlaksanaan • Penilaian Proses kemahiran menulis 1. Pembelajaran tiga peringkat menulis 2. Mengajar tentang kedudukan badan,kertas dan pensel semasa menulis. 3. Mengajar teknik dan prinsip asas menulis huruf 4. Kenalpasti kesalahan murid. 5. Menyediakan pelbagai alat pembelajaran.
  41. 41. 41 SISTEM BAHASA SISTEM EJAAN •pola keselarasan huruf vokal •ejaan kata pinjaman •ejaan kata dasar dan kata terbitan TATABAHASA •morfologi •sintaksis KOSA KATAPERIBAHASA SEBUTAN DAN INTONASI •sebutan •intonasi
  42. 42. 42 3.0 Sistem Bahasa Sistem bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan juga peribahasa. Tatabahasa merupakan dasar kecekapan berbahasa yang diajarkan secara terancang untuk ketetapan berbahsa dalam setiap murid – murid. Dalam tatabahasa terdapat dua aspek iaitu morfologi dan sintaksis. Menurut tatabahasa dewan edisi baharu, morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dalam Bahasa Melayu, morfologi merupakan bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam Bahasa Melayu. Unit – unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Sesuatu perkataan dibentuk daripada satu atau beberapa morfem. Morfem adalah berbeza dengan perkataan kerana perkataan berbentuk bebas dan bermakna manakala morfem boleh bersifat bebas atau terikat. Oleh itu, proses pembentukan kata dalam Bahasa Melayu ialah proses penyususnan morfem menurut sistem morfologi Bahasa Melayu. Kebanyakan proses bahasa melibatkan pengimbuhan, pemajmukan dan juga penggadaan. Terdapat pelbagai jenis peingimbuhan seperti imbuhan awalan, akhiran sisipan dan juga apitan. Penggandaan pula merupakan proses mengulangi kata dasar untuk menjadi satu perkataan yang bermakna. Pemajmukan ialah bentuk yang merangkaikan dua atau lebih kiata dasar yang membawa makna tertentu. Struktur kata Bahasa Melayu pula terdiri daripada pola suku kata dalam kata asli dan juga kata pinjaman Bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang mudah menerima kata pinjaman bahasa lain suapaya dapat disesuaikan dengan keadaan semasa. Oelh itu struktur kata bahasa menjadi semakin bertambah dan banyak. Untuk pembantukan kata pula, terdapat banyak aspek yang dikaji dalam pembantukan kata Bahasa Melayu seperti kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Kata tunggal merupakan bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar dan tidak menerima bentuk imbuhan dan dasar yang lain. Kata tunggal juga mengandungi satu suku kata atau lebih suku kata. Akronim juga boleh dikategorikan di bawah pembentukan kata tunggal. Kata terbitan pula merupakan bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mengandungi imbuhan, sisipan dan apitan. Kebanyakan kata yang menerima imbuhan merupakan morfem bebas semnetara imbuhan pula merupakan morfem terikat. Proses pengimbuhan ini juga boleh berlaku pada kata dasar daripada jenis kata terbitan dan juga kata majmuk. Kata ganda pula merupakan bentuk kata yang dihasilkan daripada pengulangan kata dasar sama ada diulang secara keseluruhan atau pada bahagian – bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Terdapat penggandaan penuh seperti guru – guru dan juga penggandaan separa seperti lelaki.
  43. 43. 43 Perkataan dalam sesuatu bahasa boleh digolongkan kepada beberapa golongan mengikut kriteria masing – masing. Golongan kata dalam Bahasa Melayu terdiri daripada empat iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh dijadikan inti pada binaan frasa nama. Golongan kata nama ini boleh dipecahkan kepada kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. Kata nama khas merupakan kata nama yang merujuk kepada sesuautu nama atau benda yang khusus dan berpangkalkan hrurf besar. Kata nama am pula merupakan perkataan yang merujuk kepada benda – benda yang umum sifatnya. Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua bahagian kecil iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjdi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif merupakan kata kerja yang tidak memerluka penyambut atau objek sesudahnya. Manakala, kata kerja tak transitif pula merupakan kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya atau dikenali sebagai objek. Golongan kata adjektif merupakan sejumlah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan kumpulan bardasarkan makna – makna perkataannya, iaitu kata adjektif sifat, kata adjektif warna, kata adjektif unkuran, kata adjektif bentuk, kata adjektif pancaindera, kata adjektif waktu, kata adjektif cara, kata adjektif perasaan dan kata adjektif jarak. Golongan kata yang terakhir ialah golongan kata tugas. Kata tugas merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis tetapi tidak boleh menjadi inti bagi frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang mengkaji mengenai bentuk, struktur dan binaan serta kontruktusi ayat. Sintaksis juga merupakan kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan untuk membetuk ayat dalam sesuatu bahasa. Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan ialah unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan aspek pembinaanya serta pembahagian subjek dan predikat. Pemenggalan ayat biasa dilakukan oleh para penutur bahasa. Ini dikenali sebagai pemenggalan frasa subjek dan frasa predikat. Aspek kedua yang diberi perhatian pula ialah jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat perintah, ayat seruan dan ayat tanya. Selain itu, ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif juga diberi perhatian dalam bidang sintaksis ini. Susunan ayat sama ada songsang atau susnan biasa juga dilihat dalam bodang ini. Aspek terakhir yang dikaji ialah binaan dan proses penerbitan ayat sama ada ayat dasar, ayat tunggal dan ayat terbitan atau majmuk.
  44. 44. 44 Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain. Dalam Bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Perbezaan ayat tunggal dengan ayat dasar ialah semua ayat dasar terdiri daripada ayat penyata, manakal ayat tunggal boleh terdiri daripada jenis – jenis lain. Sistem ejaan merupakan aspek yang terdapat dalam sistem bahasa. Sistem ejaan mengkaji mengenai pola keselarasan huruf vokal, ejaan kata pinjaman dan ejaan kata dasar dan kata terbitan. Sebagai satu bahasa semula jadi yang tergolong dalam salah satu bahasa yang berkembang pesat di dunia, Bahasa Melayu tidak terkecuali menerima arus perubahan, pembinaan dan pengembangan. Akibat pertembungan dengan bahasa – bahasa lain. Bahasa Melayu telah mengalami proses peminjaman bunyi – bunyi bahasa daripada bahasa tersebut. Terdapat lapan konsonan pinjaman yang terdiri daripada konsonan geseran iaitu f,v,th,dh,z,sy,kh, dan gh. Sistem bahasa yang ketiga dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu ialah sebutan dan intonasi. Sebutan dan intonasi diajar supaya murid dapat menyebut perkataan dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kemahiran mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan sesuatu makna dengan tepat. Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan hendaklah menggunakan sebutan baku. Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola iaitu jenis ayat, susunan ayat dan ragam ayat. Dalam jenis ayat, terdapat ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah. Ayat penyata merupakan ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Ayat ini bertujuan memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat tanya pula ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya boleh dikategorikan kepada dua jenis berdasarkan sebutan dan intonasi iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya. Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk melahirkan suatu keadaan perasaan. Ayat perintah pula ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Intonasi ialah naik turun nada suara yang wujud apabila kita bercakap. Intonasi amat penting bagi tatabahasa Bahasa Melayu oleh sebab peranannya dalam membezakan bahagian subjek dan predikat dalam ayat.
  45. 45. 45 Susunan ayat pula terdiri daripada ayat biasa dan ayat songsang. Dalam susunan biasa ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya berada di hadapan konstituen predikat, manakala susunan ayat songsang terjadi apabila proses pendepanan atau penjudulan berlaku. Konstituen predikat biasanya berada di hadapan konstituen subjek. Unsur penegasan perlu iaitu dengan melakukan proses pendepanan. Ragam ayat pula terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagau judul atau unsur yang diterangkan. Terdapat dua jenis ayat aktif iaitu ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal. Sistem bahasa seterusnya yang ditekankan ialah dari aspek kosa kata. Kosa kata juga boleh dikaitkan dengan perbendaharaan kata. Seperti mana yang diketahui, Bahasa Melayu banyak mengalami pinjaman bahasa untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. Oleh itu, kosa kata dalam Bahasa Melayu semakin bertambah dan menyebabkan murid – murid perlu menguasai kosa kata ini dengan baik. Aspek terakhir yuang terdapat dalam sistem bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu ialah peribahasa. Menurut Zaa’ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa merupakan sebahagian daripada kiasan dalam Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa perlulah mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai dalam masyarakat di Malaysia. Hal ini penting supaya adat resam Melayu tidak akan dilupakan sehingga bila – bila.
  46. 46. 46 PENGISIAN KURIKULUM NILAI • untuk melahirkan insan yang baik dan memiliki akhlak yang mulia • membentuk generasi yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. KEWARGANEGARAAN • mengutamakan semngat cinta dan taat akan tanah air. • meningkatkan komitmen individu terhadap negara. ILMU •merangkumi pelbagai ilmu dan disiplin. •pengetahuan semasa yang boleh diterapkan semasa proses pembelajran dijalankan. PERATURAN SOSIOBUDAYA • meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa.
  47. 47. 47 4.0 Pengisian Kurikulum Pengisian kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan dan peraturan sosiobudaya. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan dan di dalam kehidupan harian mereka. Di samping itu pendidikan ini diberi penekanan selaras dengan matlamat negara untuk membangunkan masyarakat madani serta dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penyerapan ilmu amat penting dalam sistem pembelajaran. Apabila ilmu itu diperoleh barulah proses pembelajaran mencapai matlamat dan berkesan. Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan displin. Dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu ini bukan aspek bahasa sahaja ditekankan tetapi semasa proses pengajaran guru boleh menerapkan beberapa ilmu mata pelajaran yang lain seperti geografi, sejarah dan sebagainya. Pelajaran Bahasa Melayu lebih kepada pembacaan jadi guru sedikit sebanyak boleh mendedahkan mereka dengan ilmu-ilmu yang baru kepada mereka. Pendedahan kepada pelbagai ilmu pengetahuan ini dapat melahirkan pelajar yang berpengetahuan luas serta berkemahiran tinggi. Selain daripada mendedahkan pelajar dengan bahan bacaan yang pelbagai, penyerapan ilmu juga boleh diterapkan melalui aktiviti pengajaran yang pelbagai sebagai contoh guru boleh menerapkan pembelajaran Pendidikan Jasmani di dalam matapelajaran Bahasa Melayu iaitu dengan melakukan aktiviti permainan bahasa yang melibatkan pergerakan mereka. Hal ini juga dapat melahirkan murid yang cergas serta pembelajaran yang aktif. Sukatan pelajaran mencatatkan bahawa penerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan bepekerti mulia. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni masyarakat Malaysia perlu dipupuk sama ada secara langsung atau tidak langsung, selaras dengan nilai sejagat. Usaha guru menerapkan nilai murni di sekolah merupakan amalan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jadi, sudah sewajarnya aspek ini dilaksanakan dengan segala kesungguhan. Sebenarnya, penerapan nilai murni berlaku secara berterusan dalam hidup kita sama ada dalam masyarakat, di rumah, mahupun di sekolah. Di sekolah pula penyerapan nilai murni dapat berlaku di luar dan di dalam bilik darjah. Penerapan nilai murni di dalam bilik darjah dilakukan secara lebih terancang, siap dengan objektif afektifnya, dan dilaksanakan
  48. 48. 48 dengan teknik-teknik tertentu. Satu cara yang lebih lazim untuk menerapkan nilai-nilai murni adalah dengan menggunakan bahan-bahan bacaan yang sarat dengan nilai murni. Antara bahan yang sesuai ialah peribahasa dan cerita teladan. Satu daripada aktiviti susulan selepas aktiviti bacaan ialah murid menyatakan atau mengulas nilai murni itu. Paling tidak, guru menyatakan pengajaran sesuatu cerita. Sebagai contoh, selepas menceritakan kisah “Gagak dengan Takar”, dinyatakan subnilai kerajinan, iaitu kecekalan dan daya usaha gagak membuahkan kejayaan atau dengan peribahasa “usaha tangga kejayaan.” Sesungguhnya guru mempunyai peluang yang sangat banyak untuk menerapkan nilai murni semasa berinteraksi dengan murid di dalam bilik darjah. Sebenarnya, sistem bahasa itu sendiri mengutamakan nilai murni seperti kesantunan berbahasa. Ketika mengajarkan bahan yang mengandungi maklumat pula, kemahiran murid untuk menyampaikan maklumat itu perlu dititikberatkan. Pendeknya hampir kesemua aktiviti di dalam bilik darjah dapat dimanipulasi untuk menerapkan nilai murni sama ada dengan cara meminta murid menjadikan perkara baik sebagai teladan atau meminta mereka menjadikan perkara buruk sebagai sempadan. Yang penting guru mesti menyedari akan kewujudan nilai itu, menyerlahkannya kepada kelas dan memberikan peneguhan kepada murid untuk mengamalkan nilai itu. Pendek kata, penerapan nilai murni mudah dan memang sentiasa dapat dilaksanakan. Aspek yang seterusnya yang terkandung di dalam pengisian kurikulum adalah kewarganegaraan. Aspek ini juga penting bagi seseorang individu terutama pelajar sekolah yang pada peringkat ini sedang melalui proses pengenalan mengenai negara dan bangsa. Penting bagi seseorang individu itu untuk mengetahui akan negara dan cinta akan negaranya. Untuk menerapkan aspek ini di dalam matapelajaran Bahasa Melayu, guru boleh menyediakan bahan bacaan atau latihan dalam pembelajaran mengenai negara contohnya berkaitan dengan kemerdekaan. Di sini guru boleh menceritakan mengenai keperitan yang dihadapi oleh nenek moyang mereka demi membebaskan negara daripada penjajah dan mencapai keamanan sehingga hari ini. Sikap cinta akan negara sememangnya amat penting untuk diterapkan dalam diri individu kerana apabila seseorang itu cinta akan negara mereka, mereka tidak akan membiarkan anasir-anasir luar daripada menceroboh hak kenegaraan serta sentiasa berusaha untuk mengekalkan keamanan yang dicapai kini. Dalam mengekalkan keamanan yang dicapai guru perlu menerapkan sikap saling kerjasama dan memupuk perpaduan antara semua kaum. Perpaduan ini yang memainkan peranan yang amat besar dalam mengekalkan keamanan negara. Guru harus menegaskankan kepada pelajarnya bahawa walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa tetapi mereka duduk
  49. 49. 49 di bawah satu bumbung yang sama jadi mereka perlu adda sikap tolong- menolong dan saling menghormati antara satu sama lain. Aspek yang terakhir adalah peraturan sosiobudaya. Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan berbahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Aspek ini adalah penting dalam mencerminkan ciri ketimuran yang dimiliki oleh masayarakat di Malaysia. Sememangnya masyarakat di Malaysia kaya dengan budi bahasa dan amat menitiberatkan budi bahasa yang tinggi. Ini dapat dilihat dengan kempen-kempen yang dijalankan tidak kira melalui media massa atau media elektronik. Dalam konteks ini sekolah perlu memainkan peranan dalam membantu memupuk keperibadian bahasa yang tinggi dikalangan pelajar. Peraturan sosiobudaya ini banyak boleh dilihat di dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Guru seharusnya mengajar setiap daripada peraturan sosiobudaya ini di dalam pengajaran agar pelajar mendapat sepenuh pendedahan mengenainya. Murid harus mengetahui laras-laras bahasa yang sesuai digunakan untuk situasi-siatuasi tertentu. Kita tidak boleh menggunakan laras bahasa yang sama untuk setiap perkara kerana ada laras bahasa yang tidak sesuai digunakan untuk sesuatu situasi dan kadangkala tidak mudah untuk difahami. Apabila murid tahu akan kepelbagaian laras bahasa mereka akan mudah untuk sesuaikan diri apabila berada di pelbagai tempat dan akan faham akan bahasa yang digunakan. Seterusnya mengenai kesantunan berbahasa. Kesantunan berbahasa dapat dilihat melalui nama panggilan yang digunakan untuk seseorang. Guru Bahasa Melayu perlu menerangkan kepada pelajar mengenai nama panggilan yang sesuai digunakan untuk individu-individu tertentu. Nama panggilan yang digunakan kadang kala mementingkan aspek umur, pangkat serta darjat seseorang. Kita tidak boleh memanggil seseorang dengan sewenang-wenagnya kerana ia akan boleh membangkitkan rasa tidak puas hati dikalangan individu. Oleh yang demikian apabila di sekolah mereka sudah tahu akan perkara ini mereka boleh mempraktikkannya apabila mereka berhadapan dengan masyarakat luar. Di sini proses pembelajaran sedikit sebanyak telah membantu memberikan pengajaran yang bermakna kepada individu. Secara kesimpulan pengisian kurikulum ini amat menepati hasrat yang diutarakan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sememangnya ia menjadikan FPK sebagai garis panduan dalam menghasilkan satu sukatan pelajaran yang bermakna. Di harap guru-guru di sekolah dapat memenuhi segala pengisian kurikulum ini agar proses pengajaran dan pembelajaran mencapai matlamatnya.

×