PERISTIWA 13 MEI 1969
Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara.
Pertelingkahan kaum yang...
seragam telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda
masing-masing sahaja. Ini telah menyebabkan ...
1.1.6 Pendudukan Jepun
Salah satu punca permusuhana orang Melayu dengan Orang Cina ialah
akibat Pendudukan Jepun di Tanah ...
Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin
mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada pi...
kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu
tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('...
berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu
arahan daripada Dato' Harun Idris untuk menga...
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain
mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara o...
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke
Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan ...
Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.
Angka rasmi menunjukkan 196 ma...
Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan
ini, Perlembagaan Persekutuan telah diga...
begitu apa yang ingin difokuskan di sini ialah usaha kerajaan membentuk perpaduan
selepas peristiwa 13 Mei 1969.
2.1 Usaha...
j) Persatuan Guru-guru.
k) Kumpulan Minoriti.
Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ini ialah untuk meneliti isu-isu perp...
Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) serta enam lagi parti politik.
Tujuan pembentukan Barisan Nasional ialah ...
bekalan air dan elektrik, rumah kos rendah dan peluang pekerjaan sebagai peniaga
kecil bagi kumpulan berpendapatan rendah....
sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum, peperiksaan
dan kegiatan kokurikulum yang sama. Antara l...
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu ...
3.4 Dasar Pembangunan Nasional (DPB)
Dasar Pembangunan Nasional (DPB) diumumkan oleh Datuk Seri
Doktor Mahathir Mohammad p...
bertujuan untuk membina sebuah negara Malaysia yang lebih makmur dan sentosa.
Masalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu a...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

1 peristiwa 13-mei-19691

4,342

Published on

0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
4,342
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
114
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

1 peristiwa 13-mei-19691

  1. 1. PERISTIWA 13 MEI 1969 Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara. Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan gagal memperolehi majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan Dan DAP yang berjaya memperolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada orang Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah menyebabkan negara kita telah menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya Masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan sedemikian rupa. 1.1 Faktor Yang Mempengaruhi Peristiwa 13 Mei 1969 1.1.1 Dasar Pecah Dan Perintah British Pada Zaman pemerintahan British, British telah mewujudkan kelompok- kelompok etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini dilakukan untuk menjaga kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu mengeksploitasi semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia. Justeru mereka telah menetapkan status dan perana yang berbeza bagi setiap kaum seperti orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina digalakkan tinggal di bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain. Prasangka yang wujud inilah yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969. 1.1.2 Sistem Pendidikan Yang Berasingan Sebelum Laporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu asas atau sistem pendidikan nasional. Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang berlaianan iaitu Aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Bagi kaum India mereka telah menguna pakai silibus yang diambil dari negara india untuk diajar kepada anak- anak mereka. Begitu juga dengan kaum Cina dan Melayu. Ini telah menyebabkan tiada keseragaman dari segi identiti dan fahaman kerana Negara China contohnya mengamalkan fahaman komunisme dan silibus yang diambil dari Negara China mempunyai unsur-unsur komunisme tetapi lain pula dengan kaum lain yang berteraskan fahaman yang lain. Selain itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang
  2. 2. seragam telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing sahaja. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang telah menggugat perpaduan kaum. Ini telah memberikan satu imapak buruk dalam pembentukan perpaduan kaum di Malaysia. 1.1.3 Perbezaan Agama Dan Kebudayaan Perbezaan budaya dan agama merupakan salah satu lagi punca berlakunya masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu sebahagan besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama Hindu. Disamping itu terdapat ramai juga yang beragama Kristian. Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan yang berlainan dan ini menambahparahkan lagi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama yang dianuti oleh kaum- kaum yang terdapat di Malaysia menggalakkan penganutnya memusuhi agama lain tetapi ia berpunca dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku. 1.1.4 Aktiviti Ekonomi Yang Berlainan Masyarakat Melayu kebanyakan terdiri daripada petani yang tinggal di kampung manakala masyarakat cina telah mewarisi pekerjaan turun temurun keluarga mereka iaitu beniaga dan kebanyakannya tinggal di bandar dan Masyarakat India pula bekerja sebagai penoreh di estet-estet dan tinggal di estet-estet. Kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza anatara satu kaum dengan kaum yang lain. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonimi secara tidak sihat dan pada kemuncaknya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969. 1.1.5 Persatuan-persatuan Etnik Struktur masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai-bagai kaum telah melahirkan banyak persatuan-persatuan politik sosial dan ekonomi yang berasakan kaum masing-masing. Perkara ini telah memeperkuatkan lagi rasa syak wasangka di antara satu sama lain kerana persatuan-persatuan ini hanya memperjuangkan kepentingan kumpulan kaum yang diwakilinya sahaja tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti-parti politik yang berbentuk perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara antara satu kaum dengan kaum yang lain.
  3. 3. 1.1.6 Pendudukan Jepun Salah satu punca permusuhana orang Melayu dengan Orang Cina ialah akibat Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ini kerana Jepun memberi layanan yang lebih istimewa kepada orang Melayu berbanding orang Cina kerana Jepun masih lagi dipengaruhi sentimen peperangan dengan negara China pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Ini menyebabkan tentera Jepun bersikap pilih kasih dalam hal yang melibatkan kaum Melayu dan Cina. Jepun juga telah melantik orang Melayu sebagai askar dan polis berbeza dengan orang Cina yang tidak diberi peluang untuk menjawat sebarang jawatan. Ketika itu kebanyakan orang Cina menyertai MPAJA (Malaysian People Anti Japanese Army). Keadaan bertambah buruk apabila kebanyakan tentera Jepun yang menyerang MPAJA ialah terdiri daripada orang Melayu dan ini telah menimbulkan persengketaan antara orang Melayu dengan Orang Cina dan kemuncaknya ialah pada 13 Mei 1969. 1.17 Membangkitkan Soal Sensitif Pada Pilihanraya Umum 1969. Semasa kempen pilihanraya tahun 1969 parti-parti politik yang bertanding telah memainkan isu-isu yang sensitif seperti kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi daripada orang ramai. Ini telah menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati antara kaum dan akhirnya setelah memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga parti Perikatan, parti DAP dan Gerakan telah berarak untuk menghina orang melayu. Tambah memburukkan lagi keadaan ialah orang Melayu melalui UMNO telah mengadakan perhimpunan balas untuk menangkis penghinaan parti DAP dan Gerakan. Keadaan menjadi tidak terkawal dan akhirnya meletuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969. 1.2 Gambaran Detik-Detik 13 Mei 1969 Secara Ringkas Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Isu perkauman dalam pilihan raya 1969 Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan
  4. 4. Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya. Pada pilihanraya umum 1969Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO- MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.[1] . Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.[2] Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagi simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo.[3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 May di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969. Pembangkang meraikan kemenangan Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris. Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih
  5. 5. kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan. Perarakan kematian Cina Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku. Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu. Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat. Rumah Menteri Besar Selangor UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang. Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang
  6. 6. berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu rujukan] Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita- cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya. 4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina. Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur. Rejimen Renjer Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku. Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.
  7. 7. Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor. Askar Melayu Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar melayu tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman. Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini. Panggung Odeon Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung. Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem The Came To Rob Las Vegas arahan antonio Isasi Isasmendi. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar.
  8. 8. Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan. Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras. Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina. Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina. Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai. Persepsi Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China. Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.
  9. 9. Angka korban Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. Statistik tidak rasmi jumlah kematian: • Melayu : 86 orang • Cina : 342 orang • Lain-lain : 3 orang Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu. Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana. 6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung dan ada khabar menyatakan Tunku sedang menikmati hidangan arak. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut. Pada malam peristiwa itu di televisyen, Tunku berkata "Marilah kita tentukan sekarang bahawa sama ada kita hidup atau mati".
  10. 10. Mageran Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Mageran telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung. Sesetangah orang melayu mempersalahkan Tunku Abdul Rahman kerana gagal membendung ancaman rusuhan perkauman tersebut. Di antara tokoh yang lantang menghentam Tunku ialah Tun Dr Mahathir menerusi buku "Dilema Melayu" ("Malay Dilemma"). Buku tersebut pernah diharamkan oleh Tunku. Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar trajedi tersebut tidak berulang. Diantara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat pada perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP. 2.0 Usaha Membentuk Perpaduan Kaum Usaha membentuk perpaduan kaum merupakan satu perlkara yang amat penting untuk membentuk satu negara yang utuh. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telah berusaha membentuk perpaduan kaum di negara Malaysia agar Malaysia mampu maju seiring dengan negara lain di dunia. Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyaralat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanahair. Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara utama iaitu : 1)Integrasi Satu merupakan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan- kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesuatu unit politik. 2)Asimilasi Asimilasi merupakan satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Namun dalam jika diteliti kedua-dua aspek di atas kerajaan lebih banyak mengusahakan pembentukan perpaduan kaum melalui proses integrasi kerana melalui proses integrasi setiap etnik akan dapat berkongsi satu identiti nasional dan apabila ini berlaku maka secara logiknya akan wujudlah proses asimilasi. Namun
  11. 11. begitu apa yang ingin difokuskan di sini ialah usaha kerajaan membentuk perpaduan selepas peristiwa 13 Mei 1969. 2.1 Usaha Segera Untuk Membentuk Perpaduan Selepas Peristiwa 13 Mei 1969 2.1.1Mengisytiharkan Darurat Ketika peristiwa 13 Mei 1969 berlaku keadaan amat tidak terkawal dan pertempuran antara kaum berlaku akibat suasana tegang. Untuk meredakan ketegangan keadaan ini kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara. Tujuan diisytiharkan darurat ialah pertama untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal. Kedua ialah untuk memberi masa kepada pihak yang terlibat bertenang dan berfikir secara rasional tindakan mereka. Ketiga untuk cuba menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa yang singkat. 2.1.2 Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN ) Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16 Mei 1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa. Fungsi utama MAGERAN ini ialah: 1. Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara. 2. Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna. 3. Mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia. Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971. 2.1.3 Menubuhkan Majlis Perundingan Negara Majlis perundingan Negara telah ditubuhkan pada bulan Januari 1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Majlis Perundingan Negara telah dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakil-wakil: a) Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN. b) Kerajaan-kerajaan Negeri. c) Parti-parti Politik. d) Sabah dan Sarawak. e) Kumpulan-kumpulan Agama. f) Badan-badan Profesional. g) Perkhidmatan Awam. h) Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan. i) Wartawan.
  12. 12. j) Persatuan Guru-guru. k) Kumpulan Minoriti. Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ini ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia. 2.1.4 Memperkenalkan Rukun Negara. Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. Konsep rukun negara yang dibentk oleh MAGERAN ini pada asasnya ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang telahpun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia. Antaranya ialah: 1) Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat. 2) Memelihara cara hidup demokratik. 3) Mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. 4) Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak. 5) Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi. Konsep rukun negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu: 1. Kepercayaan Kepada Tuhan. 2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara.. 3. Kedaulatan Undang-undang 4. Keluhuran Perlembagaan. 5. Kesopanan Dan Kesusilaan 2.1.5 Pembentukan Majlis Muhibah Majlis Muhibah ini telah ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN. Majlis ini telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ia diadakan di setiap peringkat iaitu peringkat pusat, daerah negeri dan kawasan. Ini bertujuan untuk memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan masyarakat Malaysia. Majlis ini berperanan untuk menggalakkan perkembangan muhibah di kalangan pelbagai kaum dan berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969. 2.1.6 Penyusunan Semula Politik (Barisan Nasional) Apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula menyedari peri pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. Justeru wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas kesedaran untuk mengatasi maslah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969. Ia dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Kongres India
  13. 13. Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) serta enam lagi parti politik. Tujuan pembentukan Barisan Nasional ialah untuk mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971. Rombakan politik ini telah berjaya menampakkan hasil yang cukup memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami kepentingan perpaduan kaum. 3.0 Dasar-Dasar Kerajaan Untuk Membentuk Perpaduan Yang Lebih Baik Selepas Peristiwa 13 Mei 1969 Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberikan impak negatif terhadap perpaduan rakyat Malaysia. Kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Dato’ Hussein menyedari akan hal ini kerana jika ia tidak dibendung atau disekat ia akan mencetuskan satu situasi yang tidak diingini sekali lagi. Justeru pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi maslah ini melalui dasar-dasar yang dibentuk untuk membina perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa. 3.1 Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu: 3.1.1 Pembasmian Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidakseimbangan kekayaan terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak harmorni akibat rasa tidak puas hati anatara satu sama lain. Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil, penghuni estet, petani nelayan dan pesawah. Antara program dan perancangan yang telah dilaksanakan ialah seperti berikut: a) Penyediaan infrastruktur parit dan taliair termasuk pemberian subsidi dan kredit bagi membolehkan pesawah melaksanakan penanaman padi dua kali setahun. b) Menyediakan skim penanaman semula yang menggalakkan penggunaan benih kacukan berhasil tinggi, termasuk pemberian kredit dan subsidi sara hidup serta bantuan untuk pembiakan ikan dan kegiatan ternakan yang ditujukan kepada pekebun kecil. c) Menyediakan skim pemilikan bot dan pemberian subsidi kepada nelayan untuk membantu mereka memberi kelengkapan menangkap ikan yang perlu dan lebih berguna. d) Memlaksanakan rancangan pembukaan tanah baru yang membolehkan penghuni desa menyertai kegiatan pertanian moden, misalnya skim anjuran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA). e) Melaksanakan penyediaan kemudahan sosial seperti klinik, hospital, sekolah
  14. 14. bekalan air dan elektrik, rumah kos rendah dan peluang pekerjaan sebagai peniaga kecil bagi kumpulan berpendapatan rendah. 3.1.2 Penyusunan Semula Masyarakat Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan pengagihan kekayaan negara. Dalam dasar ini kerajaan menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera pada tahun 1990. Selaras dengan usaha untuk menjayakan DEB kerajaan telah mengambil langkah- langkah berikut untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan DEB: i) Meningkatkan pendapatan da taraf hidup golongan kurang berupaya. ii) Menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi tertentu iii) Menyusun semula pemilikan ekuiti. iv) Melatih dan membentuk para usahawan dan pedagang baru di kalangan masyarakat bumiputera. v) Menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negeri khas untuk pelajar Bumiputera. vi) Menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakan ikhtisas dan teknikal dalam sektor awam dan swasta. Untuk memastikan DEB akan berjaya mencapai matlamatnya kerajaan turut menggembleng tenaga jabatan kerajaan yang terlibat untuk menggerakkan instrumen DEB. Antara perbadanan yang mengambil bahagian untuk membantu kerajaan meningkatkan taraf ekonomi kaum Bumiputera ialah: 1. Permodalan Nasional Berhad (PNB). 2. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS). 3. Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). 4. Bank Negara. 5. Bank Pembangunan Malaysia Berhad. 6. Skim Amnah Saham Bumiputera. 7. Majlis Amanah Rakyat (MARA). 8. Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN). 3.1.2 Pencapaian DEB Setelah Tahun 1990. Setelah tahun 1990 tahun yang dijangkakan untuk mencapai matlamat DEB tiba, DEB masih lagi belum berjaya mencapai matlamat sepenuhnya seperti pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam aktiviti ekonomi. Namun begitu banyak juga kejayaan yang telah dicapai seperti purata pendapatn isi rumah yang bertambah, pengurangan kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan dan pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomi telah berkurangan. 3.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil daripada Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia telah dimaktubkan dalam Ordinan Pendidikan 1957. Pada amnya dasar ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu
  15. 15. sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. Antara langkah yang telah diambil ialah: 1. Bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah rendah. 2. Bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan di semua sekolah menengah. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di semua sekolah diperkenalkan secara berperingkat-peringkat. Bahasa Melayu mula diperkenalkan di sekolah rendah pad athaun 1970 tetapi mulai tahun 1983 semua kursus tahun pertama di peringkat universiti diajar dalam Bahasa Melayu. Objektif utama sistem pelajaran kebangsaan ialah untuk memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya. Antara matlamat lain dasar ini ialah: i) Untuk menghasilkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. ii) Menggalakkan perkembangan ekonomi, umpamanya menyediakan tenaga kerja khasnya dalam bidang sains dan teknologi. iii) Menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan politik negara. iv) Membentuk satu masyarakat majmuk yang bersatu padu dan saling memahami antara satu sama lain. v) Mengurangkan pembaziran tenaga kerja akibat terlalu ramai murid yang keciciran dari alam persekolahan pada usia yang muda hingga mengurangkan potensi kerja negara. vi) Mendemonstrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yag kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar. Antara strategi yang telah dilaksanakan pula ialah: a) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. b) Mengadakan kurikulum dan peperiksaan yang sama di semua sekolah. c) Memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada 1982 berdasarkan kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira serta memperkenalkan. Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada 1988. d) Mempertingkatkan pendidikan rohani, disiplin dan keagamaan. e) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang dapat memupuk disiplin dan perpaduan. f) Memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional dan mempelbagaikan kemudahan pelajaran. Langkah-langkah di atas amat penting untuk memupuk perpaduan terutamanya langkah yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. Ini akan memberikan kefahaman dan rasa saling memahami sambil dapat menghindarkan rasa curiga antara satu sama lain kerana mereka dapat berinteraksi dengan menggunakan satu bahasa tunggal iaitu Bahasa Melayu. Melalui aktiviti ko-kurikulum pula akan dapat melahirkan insan generasi yang dapat menghargai perpaduan dan bermoral tinggi agar tidak berlaku lagi ulangan kepada peristiwa 13 Mei 1969. Ia juga boleh dihayati menerusi falsafah pendidikan negara yang telah ditetapkan seperti berikut: “ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
  16. 16. jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. Jika diteliti falsafah pendidikan negara di atas nyata bahawa dasar pendidikan negara adalah satu dasar yang diwujudkan untuk menyemai rasa cinta kepada negara yang secara simboliknya menuntut usaha ke arah mempereratkan perpaduan antara satu sama lain agar kisah 13 Mei 1969 tidak akan berulang. 3.3 Dasar Kebudayaan Kebangsaan Sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa, kaum dan agama Malaysia tidak lari daripada aspek kepelbagaian budaya anatara satu sama lain. Melalui dasar ini unsur-unsur kebudayaan dapat dignakan untuk membentuk warganegara yang lebih baik dan membina negara bagi mencerminkan satu keperibadian Malaysia. Dasar Kebudayyan Kebangsaan telah dirangka berteraskan tiga prinsip utama yang telah ditetapkan oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu: I) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini; II) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan. III) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Dasar ini juga penting kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai kebudayaan yang berbeza kerana ia dapat saling memberi kefahaman tentang budaya masing-masing agar perasaan prasangka anatara satu sama lain dapat dihindari. Antara lain dasar ini juga menolak unsur-unsur barat yang tidak sesuai daripada meresap masuk dan mempengaruhi kebudayaan rakyat Malaysia. Matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah: i) Membantu mencapai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. ii) Memupuk dan menjamin keutuhan identiti kebangsaan. iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan mutu kehidupan manusia dan menanam sikap kerohanian yang seimbang dengan pembangunan kebendaan di Malaysia. 3.3.1 Pelaksananan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dalam membentuk apa jua dasar perkara yang paling penting ialah soal pelaksanaan keran jika ia hanya sempurna di atas kertas tetapi tidak dapat diterjemahkan ke dunia nyata maka tiada gunanya ia dibentuk. Begitu jua dalam soal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah dilaksanakan seperti di bawah agar matlamatnya tercapai: 1. Memperbanyakkan dan mengembangkan pertunjukan kebudayaan di peringkat negeri dan nasional. 2. Memberi latihan dan menyokong pergerakan-pergerakan kebudayaan. 3. Meningkatkan taraf dan mutu berbagai-bagai bidang seni di negara kita. 4. Memupuk kesedaran kebangsaan. 5. Memenuhi keperluan sosiobudaya negara.
  17. 17. 3.4 Dasar Pembangunan Nasional (DPB) Dasar Pembangunan Nasional (DPB) diumumkan oleh Datuk Seri Doktor Mahathir Mohammad pada 17 Jun 1991 di parlimen. DPN dilaksanakan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) bagi tempoh tahun 1991-2000. Melalui dasar ini ia masih lagi mengekalkan tujuan asas DEB dan bermatlamatkan untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil . Matlamat akhir dasar ini ialah untuk membentuk perpaduan kaum. DPN merangkumi beberapa aspek penting seperti berikut: a) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. b) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan. c) Mengurang dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada pembangunan ekonomi untuk semua rakyat Malaysia. d) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi di kalangan negeri- negeri dan di antara kawasan luar bandar dan bandar. e) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara. f) Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat. g) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden. h) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan. Melalui DPN terdapat empat perkara yang telah digariskan kepada pendekatan strategi ekonomi DEB iaitu: a) Mengalih tumpuan membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin di samping mengurangkan kemiskinan relatif. b) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera. c) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat d) Memberikan lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. DPN merupakan kesinambungan usaha yang telah dilaksanakan menerusi DEB dan
  18. 18. bertujuan untuk membina sebuah negara Malaysia yang lebih makmur dan sentosa. Masalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek sememangnya banyak memberikan kesan negatif terhadap negara kita tetapi jika dilihat pula dari satu sudut yang lain ia sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia. Melalui peristiwa berdarah itulah kita kini dapat hidup dan membentk sebuah negara Malaysia yang aman damai, harmoni hinggakan menjadi sebutan dunia kerana sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum dapat hidup bersama dalam keadaan dan suasana yang aman damai. Jika dilihat faktor berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 kebanyakan disebabkan oleh peranan penjajah yang telah membentuk satu masyarakat yang mempunyai kelas dan tahap tertentu demi untuk memelihara kepentingan mereka di Tanah Melayu. Justeru setelah berlaku peristiwa 13 Mei kerajaan telah mengambil langkah untuk membentuk semula masyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar dan tindakan segera yang telah diambil untuk memastikan bahawa kemakmuran negara akan terus terpelihara dan terjamin. Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku amak semua pihak mulai sedar dan saling bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan kini. Apa yag perlu dilakukan kini oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apa pun fahaman politik dan salig membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang sewajarnya agar ia berjaya mencapai matlamatnya. Selepas 13 Mei 1969 juga jelas menampakkan satu peningkatan yang amat membanggakan bagi negara kita dari segi pemupukan perpaduan kaum dan ia adalah hasl daripada usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan melalui dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pembangunan Nasional serta wawasan Rujukan • Ramlah Adam, 'Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra'. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004. • Tunku Abdul Rahman Putra, '13 Mei - Sebelum dan Selepas'. [1] • Leon Comber, "13 May 1969, A Survey of Sino-Malay Relations",Heinemann Asia Ltd., Kuala Lumpur, 1981, Kamarudin, Raja Petra (June 13, 2005). "Silver lining in a dark cloud: May 13 was not all bad news". Malaysia Today.

×