MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKAJIAN LAPANGAN LADANG TERNA...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISSISTEM YANG DIJALANKANKolam mer...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                     UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISmasuk dan saluran air kelua...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKolam rawatan merupakan kola...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                  UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKolam jenis „poly tank‟ pula m...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISPENYEDIAAN KOLAMDalam meranc...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                  UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISsemasa proses menuai hasil ter...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                   UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISPembajan kolam dilakukan bagi...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                      UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKemudahan asas.Jalan ladan...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                     UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISIkan keli mempunyai misai y...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISmembolehkannya bernafas meng...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                      UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISterutama bagi keli eksotik...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                  UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISdikehendaki itu. Caranya ialah...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                   UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISJenis-jenis makanan tambahan1...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISPenternakan semulajadi makan...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                   UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS5. Jumlah berat keseluruhan i...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                  UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS                       IKAN KE...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                     UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIScm. Induk yang ingin diseny...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                  UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS                        HAPA(M...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                     UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISproses mengeluarkan telur b...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                   UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISdibedah perut. Dalam aktiviti...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISTelur yang telah disenyawaka...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                        UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISUkuran benih ikan keliAl...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                     UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISmempunyai tunas rasa di sek...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                   UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS   8. Jangan beri makan pada ...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                   UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS                             ...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                        UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISParasit protozoa yang di...
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH                                    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISLain-lain punca penyakit yan...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Kajian lapangan ladang ternakan ikan

9,249

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
9,249
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
9
Actions
Shares
0
Downloads
166
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kajian lapangan ladang ternakan ikan

  1. 1. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKAJIAN LAPANGAN LADANG TERNAKAN IKAN (SEKSYEN LADANG PUCHONG)UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.LATAR BELAKANGSeksyen ladang Puchong di bawah Fakulti Pertanian di ketuai oleh En. Md Rozaidi Md. Yusofdan dibantu oleh Pn. Muriati Mokhtar. Ladang ini menjalankan aktiviti seperti menanam pokokbuah-buahan, menternak kerbau, burung unta dan ikan air tawar (keli, tilapia, patin, lampang,jelawat, baung, puyu). Terdapat 32 buah kolam di ladang Puchong yang terdiri daripada jeniskolam tanah, kolam simen dan kolam „poly tank‟. Bagi jenis kolam tanah, ikan yang diternakadalah ikan keli dan tilapia merah. Kolam simen untuk ikan keli dan kolam „poly tank‟ untuk ikantilapia merah, jelawat, baung, lampam, patin. Semua hasil produk akan dikomersilkan,manakala benih-benih ikan di beli dari pihak luar kerana menjimatkan masa untukmenghasilkan benih-benih ikan dan kekurangan pekerja. Selain itu, sumber air pula diperolehidaripada punca mata air, sungai dan air paip bekalan (JBA).
  2. 2. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISSISTEM YANG DIJALANKANKolam merupakan tempat menternak dan meletakkan ikan atau dengan kata lain ialah takunganair, terdapat tiga jenis kolam iaitu kolam tadahan, kolam ternakan dan kolam rawatan. Kolamtadahan ialah kolam yang mengumpul bekalan air sebelum disalurkan ke kolam ternakan.Sumber air diperolehi daripada sungai, mata air dan paip bekalan (JBA). Bagi sumber air darisungai, air yang ditadah akan disalurkan ke kolam tadahan untuk memastikan air yangdisalurkan ke kolam ternakan tidak tercemar dan memastikan anak-anak ikan dari sungaiseperti anak ikan haruan tidak disalurkan bersama-sama air ke kolam ternakan. Hal inibertujuan anak-anak ikan haruan atau ikan-ikan lain yang datang dari sungai membawapenyakit, memakan benih-benih ikan yang dilepaskan ke dalam kolam ternakan dan memberipersaingan kepada ikan-ikan yang diternak. Manakala bagi sumber air yang datang dari paipbekalan (JBA) air yang diperolehi adalah air yang bebas dari pencemaran dan anak-anak ikanluar tetapi air yang diperolehi juga perlu disalurkan ke kolam tadahan sebelum disalurkan kekolam ternakan sekurang-kurangnya tiga hari untuk membuang clorine yang hadir bersama airpaip bekalan. Selain itu, sumber air daripada mata air pula akan terhasil dengan sendirinyamelalui dasar tanah setelah kolam tanah dibina. Air dari kolam tadahan akan disalurkanmenggunakan pam penggalak yang berada di dalam rumah pam. Bagi kolam simen dan kolam„poly tank‟ air dari kolam tadahan akan dip am masuk ke tangki hitam sebelum di salurkan kekolam ternakan. TANGKI HITAM KOLAM TADAHAN RUMAH PAMKolam ternakan pula adalah kolam yang menempatkan benih-benih ikan sehingga besar danboleh dipasarkan. Sumber air adalah daripada kolam tadahan, kolam ini mempunyai saluran air
  3. 3. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISmasuk dan saluran air keluar. Benih-benih ikan yang dimasukkan ke dalam 1 kolam yang besaradalah 6 ribu benih ikan dan 1 kolam yang kecil adalah 2 ribu benih ikan. Air dari kolamternakan ini akan disalurkan keluar ke kolam rawatan dari semasa ke semasa. Tujuan saluranair masuk dan sluran air keluar adalah mengurang akan bau hanyir ikan yang diternakdisamping menyalurkan air-air yang kotor ke kolam rawatan. KOLAM TERNAKAN JENIS TANAH KOLAM TERNAKAN JENIS SIMEN KOLAM TERNAKAN JENIS ‘POLY TANK’
  4. 4. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKolam rawatan merupakan kolam yang terakhir dalam sistem penternakan ikan air tawar.Kolam ini bertujuan menadah air yang dilepaskan dari kolam ternakan bagi merawat air yangtercemar daripada bau yang dihasilkan oleh ikan semasa berada di kolam ternakan sebelumdilepaskan semula ke sungai. Selain itu, kolam rawatan juga adalah bertujuan mengelakkandaripada ikan-ikan atau anak-anak ikan yang terlepas dari kolam ternakan melalui salurankeluar terus ke sungai. KOLAM RAWATANLongkang atau parit harus dibina di sekitar kolam ternakan bagi mengalirkan air yang lebih dariparas yang dikehendaki selain mengalirkan air yang kotor. PARIT/LONGKANG
  5. 5. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKolam jenis „poly tank‟ pula memerlukan oksigen tamabahan kepada benih-benih ikan dananak-anak ikan. Pam pemampat digunakan bagi menghasilkan buih-buih oksigen kepada anak-anak ikan yang berada di dalam kolam „poly tank‟. PAM PEMAMPATSaluran keluar dan saluran masuk akan dibina di semua jenis kolam bagi memasukan air danmembuang air lebihan. Saluran masuk dihubungkan dengan kolam tadahan manakala salurankeluar dihubungkan dengan parit/longkang atau terus ke kolam rawatan. Saluran ini akandilekatkan jaring yang berlubang halus bagi menapis air yang keluar masuk. SALURAN KELUAR SALURAN MASUK
  6. 6. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISPENYEDIAAN KOLAMDalam merancang pembinaan sebuah kolam tanah khususnya ikan air tawar ramai penternaktidak mendapat maklumat yang betul, keliru dan kadang kala bersifat tamak. Ini antara faktormenyebabkan fenomena kolam terbiar. Beberapa perkara asas berkenaan kolam haruslahdiketahui oleh penternak dalam merancang pembinaannya. Jenis tanah yang sesuai adalahfaktor utama dalam pembinaan kolam tanah antaranya:Kesesuaian tanah.Mempunyai daya takungan. Dalam bahasa mudah tanah tersebut dapat menakung air. Ini amatpenting bagi memastikan kolam sentiasa berisi dengan air. Kebiasaannya tanah liat menjadipilihan utama kerana daya takungan air yang tinggi. Tanah liat jenis berpasir antara jenis tanahterbaik dan sesuai bagi kolam tanah khusus ternakan ikan air tawar.Sumber air.Sumber air yang bersih dan cukup penting dalam pengurusan sebuah kolam ternakan. Airsungai dan sumber air bawah tanah antara bekalan air yang biasa digunakan. Sumber airbawah tanah sekurang-kurangnya perlu dirawat terlebih dahulu kerana kandungannya yangtidak berapa „mesra‟ dengan ternakan. Air sungai dengan sistem pengaliran yang sesuaimerupakan sumber air lebih ekonomi berbanding air bawah tanah. Kegunaan air berbezamengikut spesis ternakan diusahakan. Ada spesis ternakan yang memerlukan air yang banyakbagi menampung keperluan oksigen dan keseimbangan air. Namun terdapat sistem sokonganseperti blower dan paddle wheel bagi mengatasi masalah ini.Rekabentuk kolam.Sebuah kolam haruslah berkonsep seperti sebuah sungai, di mana terdapat aliran air masukdan air keluar. Ini penting bagi memastikan keseimbangan air kolam. Ini penting dalam sistempengurusan sebuah kolam ternakan,ramai penternak tidak mendapat maklumat betul mengenaiperkara ini. Ketiadaan saluran air keluar bagi sesebuah kolam ternakan antara kesilapan utamasemasa pembinaan kolam ternakan oleh perternak. Pertambahan kos bagi mengering sebuahkolam menjadikan ianya tidak ekonomi kepada penternak. Rekabentuk dasar sebuah kolammemainkan peranan penting dalam pengurusan sebuah kolam tanah. Dasar kolam yang ratadan mempunyai sudut kecondongan bagi pengaliran air keluar ada penting terutamanya
  7. 7. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISsemasa proses menuai hasil ternakan. Bagi kolam yang luas, ruang jalan ladang perludisediakan di atas tebing kolam bagi melancarkan kerja pemberian makanan dan penuaianahasil ternakan. Ketinnggian yang adalah 1-2 meter, lebar : 1.5-2 meter, kecerunan ialah 200:1dan kedalam ialah 1.0-1.50 meter.Lokasi.Seperti bidang perniagaan, pembinaan kolam ternakan ditentukan oleh faktor penting iaitulokasi. Elakkan kolam dibina di kawasan yang dilanda banjir , kebanyakan tanah yang sesuaibagi pembinaan kolam ternakan kebiasaannya terletak di kawasan yang ditengelami banjirseperti tanah rendah dan tepi sungai. Perubahan cuaca dunia yang tidak menentu sekarangmemburukkan lagi keadaan. Jenis tanah yang sesuai, sumber air dan rekabentuk kolam sertakeluasan kolam adalah gabungan faktor lokasi. Tidak semuanya tanah sesuai untuk dibinakolam tetapi jika tanah tidak sesuai untuk membina kolam boleh diganti dengan kolam yangtidak menggunakan tanah contohnya kolam batu/simen atau kolam „poly tank‟.Membilas kolam.Kolam seharusnya diuji sama ada mengalami kebocoran/ketirisan atau pun tidak. Selain itu,proses ini juga bertujuan membersihkan kolam daripada unsure yang tercemar dan memeriksakadar serapan bagi menentukan kemampuan kolam menakung air.Mengeringkan kolam dan pengapuran.Proses mengeringkan merupakan proses memindahkan air keluar dari kolam sehingga kering100%. Proses ini bertujuan membuang lumpur lembut di dasar kolam. Proses pengeringankolam boleh dilakukan dengan cara menjemur kolam di bawah sinaran cahaya mataharisehingga dasar kolam merekah selama 3 hingga 5 hari. Setelah kolam betul-betul kering taburkapur (quicklime/kapur abu panas) serata dasar kolam dan ban untuk mengeraskan danmengukuhkan dasar kolam. Selain itu, tujuan pengapuran adalah menghapuskan pesaing danmusuh ikan, mempercepatkan proses pereputan dan meningkatkan kesuburan kolam danmempercepatkan proses pemendapan kelodak dan bahan organan berlebihan. Indeks pHtanah kolam yang stabil adalah 6.5-7.0.Pembajaan air kolam.
  8. 8. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISPembajan kolam dilakukan bagi memastikan air kolam bertukar warna ke warna hijau.Pembajaan kolam sesuai dilakukan bagi penternakan ikan keli. Baja yang digunakan adalahtahi ayam yang di masukkan ke dalam guni dan di gantung di tepi kolam hampir dengan puncaair masuk. Baja lain yang biasa digunakan adalah baja kimia, DSP, TSP. Tujuan utamapembajaan kolam adalah untuk menghasilkan dan menggalakkan pembiakan zooplankton danfitoplankton yang akan dijadikan makanan bagi anak-anak ikan kelak. Terdapat pelbagaikaedah pembajaan air untuk tujuan penternakan ikan keli. Yang paling utama adalah, pastikanair dibaja dahulu sebelum dimasukkan ikan keli. Pengenalan pertama bagi mengetahui air telahsiap sedia untuk dimasukkan anak benih ikan keli adalah air telah menghijau “AIR HIJAU”Antara kaedah lain bagi pembajaan adalah dengan meletakkan bunga teratai/bunga-bungayang membiak dalam tasik atau kekadang dalam longkang. Melalui cara ini, air memang akancepat mengHIJAU tetapi awas, sila keluarkan semua bunga-bunga tersebut setelah air menjadihijau. Ini bagi megelakkan kekurangan oksigen akibat bunga tersebut makin membiak dalamkolam tangki anda. Selain daripada itu, ada dikalangan penternak menggunapakai Daun UbiKayu yang telah di “Blender” kemudian dicampurkan dengan Garam Kasar, Daun KapalTerbang dan EM. Malah pembajaan air boleh juga dilakukan hanya meletakkan ikan dalambeberapa hari dan kemudian air akan menjadi hijau (lebih kurang 3 hari)Yang paling utama dalam pembajaan air adalah, air hendaklah didedahkan dibawah pancarancahaya matahari. Ini bagi mempercepatkan akitiviti penghijuan air. Simpan air yang anda telahbaja. Ini bagi tujuan penukaran air terutama jika anda tidak menggunakan sistem kitaran airuntuk tujuan penternakan.Kawalan mutu air.Kawalan mutu air adalah menguji parameter air seperti suhu, Oksigen, pH, Ammonia, Alkaliniti,Kekeruhan, Pencemaran (warna dan bau). Suhu yang optima adalah 28°c ataupun 25° hingga32°c disemak berdasarkan perbezaan suhu permukaan air kolam dengan suhu di dasar kolampada waktu pagi dan petang, pH (pontential Hydrogen) 6.5 hingga 8.3, Oksigen terlaruthendaklah tinggi daripada 5 ppm, Ammonia hendaklah kuarang daripada 0.5ppm, Alkaliniti 20hingga 120ppm, ferum kuarang daripada 1 ppm dan penukaran air kolam 30-50% setiapminggu. Kekurangan Oksigen dalam air kolam ikan akan mengakibatkan tekanan terhadap ikanakan meningkat dan proses penukaran air kolam pula boleh menggurangkan Ammonia dalamair kolam.
  9. 9. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKemudahan asas.Jalan ladang, elektrik dan bekalan air ialah kreatia yang perlu diambil kira dalam pembinaankolam terutamanya mempermudahkan pengurusan ternakan.PENGURUSAN TERNAKAN IKANIKAN KELIIkan keli termasuk didalam keluarga Clariidae. Ia berbeza dari jenis2 ikan berduri yang laindaripada Ictaluridae saperti Ictalurus spp.(Channel catfish), keluarga Schilbeidae(Pangasidae)saperti ikan patin(Pangasius sp) dan keluarga Bagridae saperti ikan baung(Mystus sp). Duaspacies keluarga Clariidae yang biasa dikenali dinegeri ini ialah keli bunga, Clariasmacrocephalus dan keli kayu, Clarias batrachus. Ikan ini berupaya untuk hidup didalamperbagai keadaan dan mutu air. Ia hanya memerlukan kawasan ternakan yang kecil untukditernak dan boleh distok lebih padat dari kebanyakan species lain. Ia boleh hidup diatas daratuntuk beberapa jam atau didalam air yang rendah kandungan oksigen terlarut kerana iamempunyai organ arboresen yang membolehkannya bernafas udara selagi alat pernafasan inimasih lembab. Ikan keli eksotika/Afrika, Clarias gariepinus/lazera dan kacukanC.macrocephalus dan Clarias gariepinus telah mula diperkenalkan dari negara jiran pada tahun1988 dan kini telah menjadi spesis utama ternakan di negara kita. IKAN KELI
  10. 10. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISIkan keli mempunyai misai yang terletak berdekatan dengan hidung. Ia berfungsi sebagai alatpengesan ketika bergerak dan mencari makanan. Ia juga mempunyai alat pernafasantambahan yang disebut „arborescent organ‟ yang tumbuh pada insang kedua dan keempat,sehingga ikan keli boleh bernafas menggunakan oksigen dari udara bebas. Warna tubuhnya dimana terdapat ikan keli yang berwarna perang gelap dan perang terang, malah terdapat jugayang berwarna hitam. Ketika larva baru menetas, ia berukuran sekitar 3.4mm dan lebarmulutnya lebih kurang 0.28m. Setelah ia berusia 7 hari, sirip dada akan tumbuh sepanjang 7mmdan sirip perutnya berukuran 14.9mm.Larva akan mencapai bentuk yang sempurna apabila pembesaran yang jelas di antara sirippunggung, ekor dan anus yang akan kelihatan pada hari ke-22 dan panjangnya adalah24.4mm. Ikan keli mempunyai sengat yang sangat berbisa. Jika terkena sengatan ikan keli inikesannya sedikit gatal dikawasan gigitan. Berdasarkan Weber de Beaufort(1965) ikan kelidiklasifikasikan sebagai berikut: Filum : Chordata, binatang bertulang belakang. Kelas : Pisces, mempunyai insang Ordo : Ostariophysi, ikan yang mempunyai tulang pada bahagian atas sebagai alat pelengkap keseimbangan. Subordo : Siluroidae, berbentuk panjang dan tidak bersisik. Keluarga : Clariidae, ikan yang memiliki ciri-ciri khas dengan bentuk kepala pipih bertulang keras, sirip dada dilengkapi dengan sengat sebagai senjata dan alat bantu untuk bergerak serta memiliki alat pernafasan tambahan dimana ia boleh menghirup oksigen dari udara bebas. Genus : Clarias Spesis : Clarius batrachus.Habitat ikan keli.Ikan keli hanya hidup di kawasan air tawar sahaja. Ikan keli boleh hidup di kawasan dataranrendah dan dataran tinggi hingga ketinggian 700m pada paras laut. Ikan keli dapat dipelihara diperairan rendah kandungan oksigennya seperti di dalam parit, kolam atau tempat takunganlebihan air. Ini disebabkan oleh alat pernafasan tambahan yang ada pada ikan keli
  11. 11. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISmembolehkannya bernafas menggunakan oksigen dari udara bebas. Malah ikan ini juga tahankepada bahan-bahan organik.Cara hidup ikan keli. 1. Ikan keli bersifat karnivor iaitu pemakan daging. Ia boleh memakan sisa-sisa dari sisa domestik dan sisa industrial. Selain itu ikan keli juga boleh memakan kotoran dan bahagian lebihan ayam seperti perut dan usus. 2. Secara semulajadi makanan ikan keli terdiri daripada mikro organisma seperti kutu air iaitu Daphnia, Cladocera dan Copepoda. Ikan keli juga memakan pelbagai jenis cacing, jentik-jentik atau siput-siput kecil. Bagi ikan keli yang dipelihara memakan makanan seperti palet. 3. Ikan keli suka bersembunyi di dalam lubang-lubang yang terdapat di dalam perairan. Lubang tersebut bukan sahaja menjadi tempat persembunyian malah sebagai tempat untuk bertelur. Ikan keli lebih gemar akan perairan bersih dan baru di mana ikan-ikan tersebut akan berkumpul di pintu kemasukan air semasa proses penukaran air kolam pemeliharaan. 4. Benteng kolam yang tinggi tidak menjadi halangan bagi ikan keli untuk keluar dari kolam kerana dengan menggunakan sengatnya, ia boleh memanjat benteng tersebut dengan mudah. Oleh itu kolam benteng yang didirikan perlulah memenuhi ciri dan syarat yang telah ditetapkan supaya ikan keli yang dipelihara tidak mudah untuk melarikan diri.Penternakan ikan keliPada masa ini ternakan ikan keli dijalankan didalam sawah padi, kolam tanah, kolam kanvasdan tangki konkrit. Pada asasnya sistem pengeluaran ikan di dalam sawah padi adalahberbentuk perangkap dimana ikan liar dari parit dan tali air atau telaga memasuki petak sawahyang ditenggelami air pada awal musim. Pengurusan petak sawah bagi menggalakanpertumbuhan plankton saperti pembajaan dan baja organik tidak dibuat. Ikan juga tidak diberimakanan tambahan. Ikan-ikan yang biasa dituai ialah ikan keli kayu, Clarias batrachus, kelibunga, C.macrocephalus, ikan haruan Channa striatus dan ikan sepat, Trichogaster pectoralis.Antara halangan bagi ternakan ikan dalam sawah ialah tanaman padi dua musim yangmenyebabkan tempoh tanaman yang singkat, kaedah mekanissasi intensif dan penggunaanracun perosak yang meluas. Ternakan didalam kolam dijalankan secara semi-intensif, dimanakadar kemasukan adalah diantara 10 - 30 ekor/m2. Tempoh ternakan adalah 3-4 bulan,
  12. 12. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISterutama bagi keli eksotika. Ternakan ikan keli dalam tangki konkrit dan tangkifibreglass/kanvas semakin mendapat perhatian orang ramai, terutama bagi mereka yang tidakmempunyai kawasan yang besar. Saiz tangki konkrit digunakan berbeza-beza, biasanya tangkibersaiz 3m x 5m dengan kadar kemasukan lebih kurang 100/m2 digunakan.Kualiti dan kuantiti airAir merupakan faktor yang paling penting di dalam penternakan ikan. Kuantiti air adalah jumlahyang sedia ada dari sumbernya seperti sungai atau saluran untuk mengairi kolam. Air yangdiperlukan bagi penternakan ikan keli tidak sebesar yang diperlukan bagi penternakan ikan-ikanlain seperti ikan emas. Ini disebabkan oleh alat pernafasan tambahan yang dimiliki ikan keli dimana ia boleh bernafas melalui udara bebas. Jumlah air yang diperlukan bagi penternakan ikankeli adalah 10 liter/minit. Bagi pembenihan ikan keli, air yang paling sesuai digunakan adalah airdari telaga, sama ada telaga semulajadi mahupun telaga galian biasa. Kualiti air adalahberbeza-beza dan mampu mempengaruhi kehidupan ikan keli. Kepelbagaian tersebut terdiridaripada sifat fizikal, kimia dan biologi air. Sifat fizikal air meliputi suhu, kekeruhan dan warnaair. Sifat kimia air adalah kandungan oksigen(O2), karbon dioksida(CO2), pH (nilai keasidan),ammonia (NH3) dan alkali. Sifat biologi air pula merangkumi jenis dan jumlah haiwan akuatik(mikroorganisma) seperti plankton, sebagai contohnya yang hidup di sesuatu kawasan perairan.Suhu air mempengaruhi kelarutan oksigen dan nitrogen di dalam air pada tekanan 1atm(atmosfera). Kadar larutan oksigen dan nitrogen dengan air pada tekanan 1 atm.Struktur tanahTanah merupakan faktor utama dalam pembuatan kolam penternakan. Tanah yang baik akanmenghasilkan kolam yang kukuh terutamanya pada bahagian permatang dan sempadannya.Permatang yang kukuh dapat menahan tekanan air dan tidak mudah pecah. Kolam yang baiktidak cepat kering dan mempunyai daya penyerapan yang rendah. Tanah yang sesuai dan baikuntuk pembinaan kolam adalah tanah liat dan tanah berpasir dengan nisbah 3:2. Tanah denganstruktur seperti ini mudah dibentuk dan tidak mudah pecah.Jenis-jenis makanan ikan keli1) Perut Ayam : makanan ini tidak begitu digalakkan kerana ia boleh menyebabkan ikan yangditernak mengandungi banyak lemak, bau yang tidak menyenangkan dan pencemaran kolam.Jika tidak ada pilihan lain, ia boleh digunakan dengan mengurangkan kesa2 yang tidak
  13. 13. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISdikehendaki itu. Caranya ialah perut hendaklah direbus dan dicincang dengan mesin pengisarsebelum diberi makan kepada ikan.2) Campuran Ikan Baja/Dedak Padi : makanan campuran ikan baja (10%) dengan dedak padi(90%) boleh diberikan dari peringkat permulaan ternakan kesaiz pasaran. Cara lain ialahdengan menggunakan ikan baja dan 10% dedak padi sehingga jualan. Campuran makanan iniboleh diberi untuk selama dua bulan pertama, selepas itu, kadar dedak padi dinaikkan sehingga20% dan satu bahagian beras hancur masak.Pada bulan keempat, kadar beras hancur masak ditingkatkan kepada dua bahagian. Makanandiatas hendaklah dijadikan bentuk"paste"(belacan) dengan menggunakan mesin pengisar.Makanan diberikan sedikit demi sedikit sebanyak dua kali sehari sehingga ikan tidak lagimemakannya. Ini bagi mengelakkan pembaziran dan kemerosotan mutu air. Campuran vitamindan garam galian adalah bagi menghasilkan campuran makanan yang bermutu.3) Makanan Rumusan : Makanan rumusan yang mengandungi 25 - 30% protein mentah dandihasilkan dari baha-bahan tumbuhan dan haiwan serta vitamin dan garam galian adalahdisyorkan. Kelebihan penggunaan jenis makanan ini ialah ia lebih seimbang, bersih, mudahdidapati dan disimpan dan kadar penukaran makanan yang cekap.Makanan yang dicadangkan hendaklah mempunyai kandungan protein mentah minimum 25-30%, minimum lemak 3%, maximum gentian 8%, maksimum abu 16%, maksimum kelembapan12% dan minimum fosforus 1%. Makanan diberi pada pukul 7.30pagi dan 5.00petang. Makanandiberi dengan tangan secara sedikit demi sedikit hingga ikan berhenti memakan. Kadarpemberian makanan ialah 3-12% berat badan ikan/sehari bergantung kepada tahappenerimaannya dan peringkat tumbesaran. Kadar diatas adalah sebagai panduan. Kadar yangsebenar bergantung kepada suhu, kandungan oksigen dan kandungan ammonia didalam airserta kesihatan ikan. Dalam keadaan biasa, adalah sukar untuk menilai keberkesananpemakanan keli kerana kebanyakan makanan akan tenggelam kedasar. Oleh itu adalahdicadangkan makanan rumusan jenis terapung diberi kepada ikan ternakan. Ini akanmemudahkan kerja mengangar jumlah makanan yang telah dimakan. Walaupun begitu,harganya adalah tinggi. Dasar kolam dikawasan pemberian makanan perlu diperiksa untukmenilai baki-baki makanan yang tinggal selepas setengah jam makanan diberi. Jika ada sisamakanan, kuantiti makanan perlu dikurangkan supaya pencemaran air dapat dikurangkandisamping menjimatkan kos.
  14. 14. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISJenis-jenis makanan tambahan1. Terdapat dua jenis makanan yang digemari oleh ikan keli iaitu makanan semulajadi danmakanan buatan. Makanan semulajadi terdiri daripada mikro organisma hidup di dalam airseperti plankton dan makanan buatan pula adalah makanan palet buatan. PELLET BUATAN2. Alternatif lain untuk makanan ikan keli ialah anak-anak ikan dari hasil tangkapan yang tidakboleh dipasarkan, sisa buangan penternakan ayam dan ikan serta daging siput.3. Makanan buatan seperti palet biasanya mengandungi daging dari serbuk ikan dengankandungan protein melebihi 30%.4. Makanan buatan dalam bentuk palet akan diberikan pada ikan keli yang sudah agak besariaitu mencapai berat melebihi 30 gram. Palet yang besar akan dihancurkan dan diberikankepada ikan keli yang masih kecil.Makanan tambahan boleh diberikan kepada benih-benih ikan semasa peringkat asuhan. Jenis-jenis makanan tambahan yang boleh diberi ialah; Makanan rumusan dan Hampas ikan(fishmeal). Jenis makanan yang diberikan bergantung kepada faktor sama ada ia mudah didapati,mudah disediakan serta kos yang berpatutan. Walaupun begitu, makanan rumusan yangmengandungi 60% protein mentah dicadang diberikan kepada anak ikan diperingkat ini.Makanan ini diberi sehingga ikan berhenti makan. Makanan tambahan yang diperbuat daripadatelur, kadar 2 biji kuning bagi 1000 ekor anak ikan pada hari pertama dan kedua adalahdicadangkan. Ia dihancurkan dan ditabur disekililing permukaan kolam. Kadar bagi makananikan baja yang telah dihancurkan ialah 3kg/100,000 anak ikan. Kadar ini ditinggatkan sebanyak0.5kg bagi setiap 2-3 hari pemiliharaan. Makanan diberi sebanyak dua kali sehari iaitu padaawal pagi dan petang.
  15. 15. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISPenternakan semulajadi makanan ikan keliKutu air atau Daphnia sp. Merupakan salah satu makanan bagi ikan keli. Ia boleh diperolehisecara semulajadi malahan ia juga boleh dikulturkan atau diternak. Tidak sukar untukmendapatkan kutu air kerana ia berada dimana sahaja walaupun di dalam parit atau longkang.Penternakan kutu air dilakukan di dalam kolam atau fiberglass yang berukuran 1m x 1m x0.25m. Kolam untuk penternakan kutu air, berukuran 1m x 1m x 0.25m. Bagi tujuan untukmempercepatkan pertumbuhan kutu air dan harus dibaja dengan najis ayam. Atau disesuaikandengan keluasan tanah. 1. Mula-mula kolam dikeringkan dan dibersihkan kemudian disikan dengan air bersih. 2. Bagi mempercepatkan proses pertumbuhan kutu air, pembajaan harus dilakukan dengan menggunakan najis ayam yang telah kering sebanyak 2-5 gram/liter air.Cara penternakannya adalah dengan :1. Menggunakan alat penapis supaya bahan-bahan yang kasar dapat diasingkan dan tidakmasuk ke dalam kolam.2. Perubahan pada warna air kolam kepada warna perang seperti air teh menandakanpenternakan adalah baik.3. Air tersebut dibiarkan selama 3-4 hari.4. Pada hari kelima, bibit-bibit Daphinia akan terhasil. Ia akan tumbuh dengan cepat danmencapai puncaknya pada hari ketujuh. Ketika itulah kutu air diambil untuk diberikan kepadabenih ikan keli menggunakan jaring halus yang berukuran 1.5- 2 mm.5. Penternakan kutu air di dalam kolam diulangi dengan dos ½ dari jumlah penternakanpertama bagi memastikan pertumbuhan kutu air yang berterusan. Proses ini dilakukan 7-8 harisekali.Penggangaran makananDilakukan pada setiap 2 minggu dengan cara seperti berikut :1. Tangkap 10 ekor ikan secara rawak.2. Timbang.3. Ambil purata berat seekor.4. Darab bilangan ikan dalam kolam.
  16. 16. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS5. Jumlah berat keseluruhan ikan.6. Kira keperluan makanan berdasarkan jadual dibawah.Hari Peratus dari berat badan :1. 1-30 - 5 %2. 31 - 60 - 3 %3. 31 - 90 - 3 %Pemberian makanan 1. Jangan beri makan ikan pada waktu mendung dan hujan. 2. Jangan beri makan 12jam selepas pelepasan benih. 3. Beri makan 2 kali sehari dari : • 9 pagi – 11 pagi . • 5 petang – 7 petang.Perbezaan jantina ikan keliIkan keli dapat dibezakan jantinya dengan melihat faktor luaran seperti saiz dan perbezaanrupa. Lazimnya ikan keli betina lebih besar berbanding ikan keli jantan dan manakala saizpanjangnya pula adalah lebih panjang berbanding ikan keli jantan. Ikan keli jantan mempunyaisirip kecil di belakang dubur manakala ikan keli betina tidak mempunyai sirip kecil di belakangdubur. IKAN KELI JANTAN IKAN KELI BETINA
  17. 17. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS IKAN KELI BETINA DAN IKAN KELI JANTANPembenihan ikan keliTeknik pembenihan ikan keli tempatan tidak sama dengan ikan keli eksotika. Ikan keli tempatandi perairan umum membiak secara semulajadi dengan meletakkan telurnya di dalam sarang.Lubang-lubang permatang adalah sarang yang dibuat oleh ikan keli. Selain itu, ikan keli jugabersarang di bawah benda-benda yang tenggelam di dalam air seperti batu atau kayu.Melalui konsep diatas para penternak mencuba mengusahakan penternakan ikan keli denganmenyediakan potongan-potongan buluh dan disimpan di dalam kolam. Kaedah ini tidakberkesan. Ikan keli tidak bertelur pada potongan-potongan buluh yang disimpan di dasar kolamtetapi hanya pada bahagian berbentuk sarang atau kotak-kotak yang dipasang di tepi ataudipinggir permatang. Teknik Pembenihan yang biasa dipraktik oleh para penternak adalahdengan 2 sistem iaitu sistem pembenihan secara berpasangan dan sistem pembenihan secararawak.Sistem pembenihan secara berpasanganInduk yang dipilih adalah yang sudah cukup matang. Sepasang induk matang yangdisenyawakan akan ditempatkan di dalam sebuah kolam yang kecil untuk prosespersenyawaan. Kolam yang digunakan adalah kolam tembok berukuran kira-kira 2m x 1m x0.5m. Salah satu sudut kolam tersebut diletakkan sarang yang merupakan batu bata untuk ikankeli bertelur. Ukuran sarang adalah 30cm x 40cm x 20cm. Sebuah lubang atau pintu selebar10cm disediakan pada bahagian hadapan sarang sebagai tempat keluar masuk ikan keli. Didalam sarang tersebut diletakkan sabut di seluruh permukaan dasar sarang. Sebelum prosespersenyawaan dilakukan, kolam akan dikeringkan dan dibersihkan unutk membunuh kuman-kuman penyakit. Seterusnya kolam diisikan dengan air bersih dan jernih pada kedalaman 15-20
  18. 18. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIScm. Induk yang ingin disenyawakan dipilih daripada sepasang ikan keli matang (jantan danbetina) di mana berat masing-masing adalah sama atau hampir sama.Induk dimasukkan pada waktu pagi di mana persenyawaan biasa berlaku pada waktu malam.Ini telah terbukti di mana pada pagi keesokan harinya terdapat telur-telur yang terhasil danterlekat pada sabut sarang. Telur-telur tersebut akan dijaga oleh kedua-dua induknya secarabergilir-gilir. Telur yang terhasil akan menetas selepas tiga hari. Pada hari keempat, benih yangbaru menetas akan diberi makanan tambahan yang merupakan kutu air atau cacing sutera.Induk jantan dan betina akan ditangkap dan dipindahkan kekolam pemeliharaan induk, setelahbenih berusia 7 hari. Benih akan dipelihara selama 3 minggu di kolam persenyawaan kemudianakan dipindahkan ke tempat pemeliharaan.Sistem pembenihan secara rawakBagi sistem ini, kolam pemeliharaan induk berfungsi sebagai kolam persenyawaan. Dipinggirkolam diletakkan kotak-kotak sebagai tempat persenyawaan. Kotak tersebut dibuat daripadatembok atau bancuhan simen dengan ukuran 50cm x 50cm x 60cm. Sebuah lubang sebesar15cm disediakan pada bahagian dalam kotak tersebut sebagai tempat perlindungan keluarmasuk ikan keli. Pada dinding bahagian belakang dibuat lubang untuk mengeringkan ataumenangkap benih yang terhasil. Di dalam kotak tersebut dilapisi dengan sabut supaya benihakan terlekat padanya. Pada bahagian atas kotak mestilah ditutup agar keadaan gelap keranaikan keli lebih gemar bertelur dalam keadaan gelap. Jarak antara kotak persenyawaan adalah100cm.Sepasang ikan keli akan diletakkan di dalam kolam seluas kira-kira 4m2. Penebaran indukdilakukan pada waktu pagi dan petang. Induk yang ingin disenyawakan haruslah dibekalkandengan makanan berkhasiat seperti pellet atau makanana tambahan yang lain. Induk ikan keliyang sudah matang akan mencari sendiri pasanganya. Jika ikan keli telah menemuipasangannya, induk akan mencari kotak atau sarang yang dikehendaki. Kemuadian induk akanmenjalani proses persenyawaan di dalam kotak di mana induk betina akan melepaskan telurmanakala induk jantan akan mengeluarkan spermanya. Telur-telur yang hasil persenyawaanakan melekat pada sabut yang diletakkan di dalam sarang. Telur akan menetas setelah tiga haridisenyawakan dan pada hari keempat ia akan diberi makanan yang terdiri daripada kutu airatau cacing sutera. Setelah seminggu, benih ikan keli bolehlah dipindahkan menggunakanjaring halus untuk dipelihara di tempat lain atau dimasukkan ke dalam hapa.
  19. 19. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS HAPA(MENEMPATKAN BENIH IKAN KELI)Sistem pembenihan secara aruhanProses pembenihan secara aruhan lebih menguntungkan kerana boleh menghasilkan benihikan keli dengan cepat dan banyak. Selain itu, benih-benih ikan lebih tahan. Berikut kaedahpembenihan secara aruhan:proses suntikan hormon pada induk ikan keliProses Suntikan hormon ini dijalankan untuk induk betina dan induk jantan yang telah matangbagi meransangkan proses kematangan telur betina dan sperma jantan. Hormon yangdigunakan samada Ovaprim atau Ovatide mengikut bekalan yang ada.
  20. 20. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISproses mengeluarkan telur bagi induk betinaProses mengeluarkan telur induk betina dilakukan selepas 10 jam suntikan hormon dijalankan.Proses ini mesti dilakukan oleh 2 orang atau 3 orang bergantung kepada saiz induk tersebut.Jadi induk yang berkualiti adalah yang berat badannya antara 1kg hingga 2 kg dan umur antara8 bulan hingga 1.5 tahun. Kalau tua sangat nanti jadi keli pencen dan telurnya kurang kualitinya.Jadi pemilihan induk juga perlu diambil berat supaya usaha pembenihan tidak sia-sia dan tidakmerugikan hormon.proses dapatkan testis dari induk jantanUntuk mendapatkan testis yang mengandungi sperma jantan, induk jantan tersebut perludibedah bagi mengeluarkan testis, jadi induk jantan perlu dimatikan terlebih dahulu sebelum
  21. 21. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISdibedah perut. Dalam aktiviti pembenihan ikan keli ini induk betina boleh digunakan beberapakali bergantung kepada umur induk tersebut dan kualiti telurnya, manakala induk jantan hanyasekali sahaja kerana ia perlu dikorbankan. Selalu induk yang sudah tua telurnya atauspermanya kurang aktif , jadi mesti pandai memilih induk yang muda dan masih bergetah lagiserta matang bagi menghasilkan benih-benih yang berkualiti.proses campuran telur dan sperma jantanTestis induk jantan tadi akan dipotong dan sperma diperah ke atas telur betina dan campuranini akan dikacau perlahan-lahan untuk persenyawaan sehingga sebati. Aktiviti perlu dilakukandengan berhati-hati bagi memastikan telur betina tidak rosak dan semua telur bolehdisenyawakan.proses menabur telur di atas tray.
  22. 22. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISTelur yang telah disenyawakan ditabur keatas tray penetasan didalam tangki penetasan.Pastikan telur ditabur dengan rata dan elakkan telur bertindih dan berlonggok. Pengaliran danpengudaraan hendaklah dibuat secara berterusan. Telur akan menetas dalam masa 20-25 jamselepas disenyawakan.Apabila semua telur telah menetas tray ini perlu dikeluarkan dandibersihkan.asuhan rega keliRega yang berumur 3-4 hari akan dipindahkan ke tangki asuhan dengan cermat. Selepas 4 harirega akan diberi makan artemia dan kemudian setelah berumur 10 hari diberi makan makananserbuk. Benih akan berada dalam kolam asuhan selama 2 minggu sebelum dilepaskan kekolam ternakan. KOLAM ASUHAN
  23. 23. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISUkuran benih ikan keliAlat-alat yang diperlukan adalah tabung oksigen, getah sebagai pengikat dan baldi untukmengisi air. Air yang digunakan perlu diendapkan selama satu hari untuk membebaskan gas-gas beracun. Jika pemindahan secara terbuka, alat yang perlu disediakan adalah air bersih dantong plastik dengan kapasiti 20-200 liter di mana ia bergantung kepada jumlah benih yang akandipindahkan. Semasa diangkut, benih tidak akan diberi makan atau dipuasakan selamabeberapa jam supaya tidak mengeluarkan kotoran semasa pemindahan. Ini bertujuan untukmengelakkan keracunan atau kekurangan oksigen sewaktu pemindahan akibat dari kekotoran.Ikan keli yang dipindahkan mestilah sihat, tidak cacat atau tiada sebarang luka.IndukPenyediaan induk yang baik bergantung kepada pengetahuan tentang ciri-ciri yang terdapatpada setiap induk jantan dan betina, kebiasaanya ikan keli yang berusia 10 bulan keatas bolehdijadikan induk. Induk yang baik memiliki ciri-ciri seperti berikut:1. Induk betina- Kepala lebih kecil, mulut membulat, perut lebar, berbentuk tubuh yang mantapdan tidak cacat .- Beratnya mencapai 150-250 gram apabila berumur melebihi satu tahun.- Induk bukan dari jenis yang sama.- Induk memiliki tindak balas terhadap makanan, tahan kepada penyakit dan cepat sembuh.2. Induk jantan- Bentuk tubuh yang mantap, mulut membulat, berwarna cerah dan tidakcacat.- Pada umur minima satu tahun boleh mencapai berat diantara 150-250gram.- Induk bukan dari jenis yang sama.- Induk memiliki tidak balas terhadap makanan, tahan kepada penyakit dan cepat sembuh.Penggerdan ikan keliIkan keli yang diternak samaada menggunakan kolam simen atau tanah perlulah dipantausepanjang masa. Pemantauan dibuat bagi memastikan pembesaran keli yang sama dan sekatabagi mengelakkan pemangsaan sesama sendiri. Perlulah diingatkan bahawa keli merupakanhaiwan karnivor (pemakan daging). Ia mudah tertarik dengan pergerakan haiwan lain dan
  24. 24. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISmempunyai tunas rasa di sekitar badannya. Ini menjadikan spesis ini mampu menghidu padawaktu malam ( gelap ). Kerja–kerja pengasingan keli yang besar dan agresif perlulah dilakukanbagi mengelakkan peratusan kematian yang tinggi. Sebanyak 10 % keli yang bersaiz besarkebiasaannya ada sepanjang tempoh penternakan keli ( dari 2minggu ke atas ).Oleh yang demikian pada setiap 2 atau 3 minggu kerja – kerja penggredan haruslah dilakukanmenggunakan jaring yang bersesuaian. Penggredan boleh dilakukan pada sebelah petanguntuk mengelakkan tekanan / stress kepada ternakan keli. Masa penggredan ialah pada jam 5petang hingga 7 petang.Pemerhatian ternakan ikan keliMasalah yang perlu diberi perhatian di dalam penternakan ikan keli dalam kolam simen adalahseperti berikut : 1. Kedalaman air yang sesuai : jangan benarkan ikan keli anda berkumpul sehingga menjadi bola / bulatan / berhimpun berlapis - lapis. Jika ini terjadi bermakna air kolam terlalu banyak /dalam dan perlu dibuang sehingga ikan tersebut bersurai ( 2-3 lapis sahaja ). 2. Ikan keli yang kelihatan menegak dengan misai terjurai dipermukaan air menandakan terdapat masalah. Cuba periksa pH air kolam dan suhu air ternakan. 3. Petua orang dahulu dengan meletakkan batang betik di dalam kolam ternakan boleh diamalkan ( tanpa paksaan ) untuk mengelakkan penyakit. 4. Ikan keli terutamanya peringkat 1 – 30 hari merupakan tempoh malas kerana sanggup mati daripada berulang alik dari dasar ke permukaan air untuk bernafas ( mendapatkan oksigen / udara segar ) oleh itu pastikan paras air di kolam anda adalah sesuai. 5. Jika cuaca panas terik, lindung ternakan anda menggunakan pelepah kelapa, potongan pvc paip, kotak- kotak plastik di dasar kolam ataupun menggunakan jaring hitam / black netting di permukaan ban kolam. 6. Ambil perhatian sekiranya anda menggunakan jaring hitam / black netting, pastikan udara / angin masih boleh melalui permukaan kolam bertujuan untuk penyingkiran gas ammonia yang terhasil daripada sisa pellet, makanan, dan bahan buangan ternakan ( tinja ikan keli ). 7. Kutip sisa makanan, pellet yang tidak habis untuk menggelakkan penguraian ammonia kerana ammonia amat larut di dalam air. Ini akan menjejaskan ternakan anda dan meningkatkan kadar % kematian ikan keli.
  25. 25. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 8. Jangan beri makan pada waktu mendung dan hujan. 9. Ikan keli yang agresif dan mempunyai saiz yang besar perlulah dikeluarkan daripada kolam ternakan. 10. Tips untuk melihat jumlah ikan keli anda, lihatlah pada waktu malam menggunakan lampu suluh kerana ikan keli tidur dipermukaan kolam. ( matanya akan bersilau warna merah sekiranya disuluh lampu ). 11. Pemangsa ikan keli anda adalah biawak, burung hantu, raja udang, ular, memerang, kucing, dan yang paling bahaya sekali adalah penyamun.Pengutipan hasilIkan keli yang diternak menggunakan kaedah dan pemakanan yang betul akan mencapai saizpasaran pada hari yang ke 90 ataupun 3 hingga 5 bulan. Ikan yang awal mencapai saizpasaran ( 4 – 5 ekor / kg ) perlulah dikeluarkan daripada kolam dan boleh dijual. Berhentikanpemberian makanan 24 jam sebelum ditangkap / tuai. Masa yang sesuai bagi pengutipan hasiladalah dari jam : 9 pagi – 11 pagi dan 5 petang – 7 petang. HASIL TERNAKAN DI PROSESBagi memudahkan proses mematikan ikan sebelum dipotong kepala dan dibuang isi perutbolehlah menggunakan garam iaitu dengan cara merendam ikan keli yang hendak diproses kedalam air garam. Selain itu, air garam juga boleh menghilangkan lendir-lendir yang hanyir padabadan ikan keli.
  26. 26. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS GARAMPenyakit ikan keli dan ikan air tawarPacat halus yang menyedut darah, HIRUDINEA sejenis parasit (pacat) yang boleh dilihatdengan mata kasar. Ia berbentuk bujur dan mempunyai alat penyedut yang mampu menyedutdarah mangsa. Hirudinea lebih minat menyerang pada ikan tidak bersisik, terutama keli (Clariassp.), baung (Mystus sp.) dan juga patin (Pangasius sp). Banyak spesis Hirudinea yangmenyerang ikan, antaranya Genus Placobdella dari keluarga Glossiphonidae. Lazimnya iahanya menyerang ikan air tawar. Tanda serangan pacat ini boleh dilihat dengan mudahterutama pada bahagian badan ikan. Biasanya, ikan sering menggeselkan badannya padabahagian dinding kolam akibat kegatalan. Bahkan, ia sentiasa bergerak liar tidak tentu arah.Pada bahagian badan terdapat tanda tompokan merah yang jelas. Bintik merah ini semakinjelas jika serangan pacat yang begitu serius. Beberapa kaedah rawatan atau pencegahan bolehdilakukan. Antaranya ialah air kolam hendaklah sentiasa berkeadaan bersih. Sebaik-baiknya,air kolam yang digunakan hendaklah dirawat terlebih dulu dalam kolam takungan sebelumdimasukkan ke kolam ternakan. Kaedah rawatan air ini penting bagi mengelak berbagaijangkitan parasit merbahaya yang akan menyerang ikan ternakan. Tunggul kayu yang terdapatdalam kolam juga hendaklah dibuang. Ini kerana bahagian tunggul atau kayu reput adalahsarang parasit serta tempat pembiakan berbagai virus penyakit. Selain itu, semua alat yangdigunakan di kolam yang terkena serangan penyakit hendaklah diasingkan dan jangandigunakan di kolam lain. Ini berikutan wabak penyakit boleh berjangkit melalui penggunaan alatyang kurang bersih. Rawatan menggunakan Diptrex juga boleh digunakan. Sebanyak 0.25ppmDiptrex boleh digunakan dalam kolam tangki atau 0.5ppm untuk kolam tanah.
  27. 27. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISParasit protozoa yang didapati di dalam ternakan keli ialah :a) Trichodina spp, protozoa halus yang berbentuk piring yang terdapat disekeliling insang danpermukaan luar badan dan sirip. Biasanya ia merbahaya kepada rega dan anak-anak ikan.b) Oodinium sp, Ichthyobodo(Costia)sp, Henneguya sp, Myxosoma/Myxobolus yang bolehdidapati didalam organ biak ikan dan Myxidium sp di dalam pundi halus dan usus. Kaedahkawalan ialah dengan formalin dengan kadar 25 - 50ppm atau Dipterex dengan kadar 0.25ppmpada kolam.Bakteria Aeromonas hydrophila, bakteria saprofitik yang terdapat di dalam air, terjadi apabilajangkitan sekunder oleh tekanan kerana kadar kepadatan yang tinggi dan makanan „ikan baja‟yang digunakan yang menyebabkan kualiti air yang buruk. Ia boleh menyebabkan 90%kematian di kolam asuhan dan 50% di dalam kolam tumbesaran(kolam ternakan). Ikan yangberpenyakit menunjukkan tanda-tanda kurang selera makan, lesu, berenang perlahan-lahandan kelihatan mencungap di permukaan air bagi mendapat udara dan berada dalam keadaantegak pada permukaan air. Kematian berlaku dalam tempoh yang singkat. Kulit ikan yangberpenyakit berwarna pudar dengan tompok merah halus di sekeliling perut. Bahagianabdomen kelihatan membesar dengan sirip kaudal dan reput. Rongga badan berisi denganbendalir, buah pinggang membengkak dan hati berwarna pucat. Keadaan ini dinamakanhaemorrhagic septicaemia iaitu terdapat racun dan bakteria dalam darah. Kaedah pengawalanpaling baik ialah dengan mengurangkan kepadatan ikan.Bakteria Myxobacteria sp berpunca daripada jangkitan sekunder, menyerang ulser yangdisebabkan oleh lain-lain patogen di atas permukaan air. Biasanya ia menyerang bahagiandorsal badan, kelihatan bintik putih yang meliputi ulser dan merebak kebahagian badan yanglain. Ikan yang dijangkiti akan berkeadaan tegak dengan permukaan air atau tingkah lakuberenang secara mengiring. Kawalan dengan antibiotik seperti Kloramfenikol, Terramaisin atauOksitetrasiklina sebanyak 5 - 7.5mg bahan aktif/kg makanan ikan sehari selama 5 - 15 hari.Kulat Saprolegnia sp, kulit ikan yang diserang oleh kulat ini kelihatan seperti diselaputi olehbentuk-bentuk kapas. Serangan penyakit terjadi akibat dari kecederaan pada kulit yangdisebabkan oleh pengendalian, pemukatan dan serangan ektoparasit. Jangkitan yang terukboleh menyebabkan kematian. Penyakit ini juga menjangkiti telur dan rega. Kawalan anak ikandan ikan besar dengan malakit hijau sebanyak 0.05 - 1.0ppm selama 24jam.
  28. 28. MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISLain-lain punca penyakit yang bukan berpunca daripada mikrob iaitu penyakit kekurangan zatmakanan atau mutu air yang teruk boleh menyebabkan kesihatan ikan tergugat, tulang kepalaretak, badan bengkok/cacat, otak bahagian belakang musnah dan bengkak perut. Ikan keli kayudan bunga adalah sangat mudah dijangkiti epizootic ulcerative syndrome(EUS). Ikan yangdijangkiti akan menunjukkan luka pada kulit dan otot serta mata yang terbonjol.

×