Dokumen tersebut memberikan ringkasan tentang Standard Prestasi Sains untuk Tingkatan Dua yang mencakupi enam band pencapaian, deskriptor, dan contoh bukti untuk menilai penguasaan murid terhadap konsep dan prinsip sains dasar serta aplikasinya dalam kehidupan seharian.
2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara."
DRAFT 2
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012
3. PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Sains Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk
guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau
telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial.
DRAFT 3
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012
4. TAFSIRAN
o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.
o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran
holistik tentang individu.
o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan
kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu
perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu
atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil
pembelajaran.
o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat
ditaksir dan dicapai.
o Evidens :
Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai
berdasarkan deskriptor.
Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam
bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.
o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .
DRAFT 4
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012
5. KERANGKA STANDARD PRESTASI
BAND STANDARD
1 Tahu
2 Tahu dan Faham
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
DRAFT 5
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012
6. TAFSIRAN BAND
BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau
1 TAHU
memberikan respons kepada perkara yang asas.
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
2 TAHU DAN FAHAM
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran
3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
dalam satu-satu situasi.
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut
4
DENGAN BERADAB prosedur atau secara sistematik.
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut
5
DENGAN BERADAB TERPUJI prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai
keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
6 cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan
DENGAN BERADAB MITHALI
dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara
bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
DRAFT 6
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012
7. MATLAMAT KURIKULUM SAINS
Matlamat Kurikulum Sains untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid
dengan pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan sikap
saintifik dan nilai murni. Murid yang telah mengikuti kurikulum sains sekolah menengah akan
memperolehi asas sains yang membolehkan mereka memperolehi pendidikan lanjutan dalam
sains dan teknologi secara rasmi dan tidak rasmi. Kurikulum ini juga bertujuan untuk
membangunkan masyarakat yang bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan
membudayakan sains dan teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
OBJEKTIF KURIKULUM SAINS
Kurikulum Sains untuk sekolah menengah membolehkan murid:
1. Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena
alam semulajadi dan pengalaman harian.
2. Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harian.
3. Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
4. Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni
dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
5. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan
teknologi.
DRAFT 7
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012
8. 6. Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan.
7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
8. Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semulajadi serta sumbernya dengan
bijaksana demi kesinambungan hidup manusia sejagat.
9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat.
10. Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh
penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan kemampuan akal.
11. Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam pemuliharaan
dan pemeliharaannya.
DRAFT 8
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012
9. BAND PERNYATAAN STANDARD
1 Mengetahui konsep dan prinsip asas sains
2 Mengetahui dan memahami tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam sains dan teknologi
3 Menggunakan pengetahuan untuk mengembangkan pemahaman tentang konsep dan prinsip sains dalam
kehidupan seharian
4 Mengaplikasi pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik dalam membentuk konsep dan prinsip sains dalam
penyelesaian masalah
5 Mengamal dan menilai maklumat tentang konsep dan prinsip sains yang berkaitan dengan sains dan teknologi
6 Menangani cabaran dan menyumbang idea dalam melestarikan perkara-perkara yang berkaitan dengan sains
dan teknologi
DRAFT 9
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012
10. DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS KBSM TINGKATAN DUA
BAND PERNYATAAN DESKRIPTOR EVIDENS
STANDARD
1 B1 B1D1 B1D1E1
Tahu Mengetahui konsep dan Mengenal pasti kecacatan Menamakan pelbagai jenis kecacatan penglihatan
prinsip asas sains penglihatan
B1D2 B1D2E1
Mengenal pasti sumber dan Menamakan sumber air semulajadi dan bahan
bahan cemar air cemar air
B1D3 B1D3E1
Mengenal pasti unit daya Menamakan unit daya
B1D4 B1D4E1
Mengenal pasti objek yang Menamakan objek yang menggunakan prinsip tuas
menggunakan prinsip tuas
DRAFT 10
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012
11. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
2 B2 B2D1 B2D1E1
Tahu dan Mengetahui dan memahami Menyatakan maksud gizi Memberi maksud gizi seimbang
Faham tentang aplikasi konsep dan seimbang
prinsip sains dalam sains dan
teknologi B2D2 B2D2E1
Menyatakan maksud Memberi maksud pencernaan
pencernaan
B2D3 B2D3E1
Menyatakan maksud spesies, Memberi maksud spesies, populasi, komuniti, habitat dan
populasi, komuniti, habitat dan ekosistem
ekosistem
B2D4 B2D4E1
Menyatakan maksud Memberi maksud pengeluar, pengguna dan pengurai
pengeluar, pengguna dan dalam siratan makanan
pengurai dalam siratan
makanan
B2D5 B2D5E1
Menyatakan maksud Memberi maksud penyejatan
penyejatan
B2D6 B2D6E1
Menyatakan maksud zat Memberi maksud zat terlarut, pelarut, larutan dan
terlarut, pelarut, larutan dan bahan terampai
bahan terampai
DRAFT 11
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012
12. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3 B3 B3D1 B3D1E1
Tahu, Faham Menggunakan pengetahuan Memerihal kulit Melabel struktur kulit , menerangkan fungsi reseptor,
dan Boleh untuk mengembangkan menyusun laluan daripada rangsangan kepada gerak
Buat pemahaman tentang konsep balas serta menjelaskan kepekaan kulit ketika menerima
dan prinsip sains dalam suntikan dan menggunakan Braille
kehidupan seharian
B3D2 B3D2E1
Memerihal telinga dan Melabel struktur telinga manusia, menerangkan fungsi
mekanisme pendengaran struktur dan menjelaskan mekanisme pendengaran
manusia
B3D3 B3D3E1
Memerihal mata dan Melabel struktur mata manusia, menerangkan fungsi
penglihatan manusia struktur dan menjelaskan bagaimana manusia boleh
melihat
B3D4 B3D4E1
Memerihal penglihatan Menjelaskan penglihatan stereoskopik dan monokular
stereoskopik dan monokular serta mengaitkan dengan kemandirian haiwan
DRAFT 12
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012
13. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3 B3 B3D5 B3D5E1
Tahu, Faham Menggunakan pengetahuan Memerihal kecacatan Menjelaskan kecacatan pendengaran dan cara
dan Boleh untuk mengembangkan pendengaran pembetulannya
Buat pemahaman tentang konsep
dan prinsip sains dalam B3D6 B3D6E1
kehidupan seharian Memerihal gerak balas Menghubungkait gerak balas tumbuhan dengan
tumbuhan terhadap kemandiriannya
ransangannya
B3D7 B3D7E1
Memerihal kelas makanan dan Menjelaskan fungsi 7 kelas makanan
gizi seimbang
B3D7E2
Menyatakan kuantiti tenaga dalam setiap gram
karbohidrat, protein dan lemak pada pembungkus
makanan dan membuat anggaran jumlah kalori bagi
setiap hidangan
B3D7E3
Menjelaskan faktor-faktor yang menentukan gizi
seimbang dan bagaimana faktor ini memberi kesan
kepada gizi seimbang
DRAFT 13
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012
14. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3 B3 B3D8 B3D8E1
Tahu, Faham Menggunakan pengetahuan Memerihal sistem pencernaan Melabel dan menerangkan fungsi organ dalam sistem
dan Boleh untuk mengembangkan pencernaan
Buat pemahaman tentang konsep
dan prinsip sains dalam B3D8E2
kehidupan seharian Menerangkan proses penguraian molekul makanan,
alirannya dalam sistem pencernaan dan menyenaraikan
hasil pencernaan bagi karbohidrat, protein dan lemak
B3D8E3
Menjelaskan proses penyerapan hasil pencernaan,
proses penyerapan semula air dan penyahtinjaan serta
mengaitkan amalan pemakanan dengan masalah
penyahtinjaan
B3D9 B3D9E1
Memerihal kepelbagaian Mengelaskan kepelbagaian haiwan dan tumbuhan serta
organisma menjelaskan kepentingan kepelbagaian organisma
kepada persekitaran
B3D10 B3D10E1
Memerihal aliran tenaga dalam Menjelaskan pelbagai interaksi di antara organisma hidup
siratan makanan , membina siratan makanan dan aliran tenaga dalam
siratan makanan
B3D10E2
Mengaitkan piramid nombor yang dibina dengan aliran
tenaga serta meramalkan apa yang akan berlaku jika
ketiadaan satu komponen
DRAFT 14
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012
15. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3 B3 B3D11 B3D11E1
Tahu, Faham Menggunakan pengetahuan Memerihal kepentingan Menjelaskan peranan fotosintesis, kitar karbon dan kitar
dan Boleh untuk mengembangkan fotosintesis dalam oksigen dalam mengekalkan ekosistem yang seimbang
Buat pemahaman tentang konsep mengekalkan ekosistem yang
dan prinsip sains dalam seimbang
kehidupan seharian
B3D12 B3D12E1
Memerihal pemuliharaan dan Menjelaskan maksud pemuliharaan dan pemeliharaan
pemeliharaan serta menyatakan langkah-langkah untuk memulihara
dan memelihara organisma hidup
B3D13 B3D13E1
Memerihal penyejatan Membanding beza antara penyejatan dengan pendidihan
serta memberi contoh aplikasi penyejatan air dalam
kehidupan harian
B3D14 B3D14E1
Memerihal pelarut Menerangkan kepentingan air sebagai pelarut
universal dan kegunaan pelarut organik dalam
kehidupan seharian
B3D15 B3D15E1
Memerihal peneutralan Menerangkan maksud peneutralan melalui persamaan
perkataan serta contoh aplikasi peneutralan dalam
kehidupan seharian
DRAFT 15
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012
16. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3 B3 B3D16 B3D16E1
Tahu, Faham Menggunakan pengetahuan Memerihal kualiti air dan Menerangkan kepentingan pembersihan air dan kaedah
dan Boleh untuk mengembangkan sistem bekalannya pembersihannya serta kebaikan dan keburukan sesuatu
Buat pemahaman tentang konsep kaedah
dan prinsip sains dalam
kehidupan seharian B3D16E2
Menjelaskan bagaimana sistem bekalan air berfungsi
dan cara penjimatan air
B3D16E3
Menjelaskan kesan pencemaran,cara mengawal
pencemaran serta cara memelihara kualiti air
B3D17 B3D17E1
Memerihal prinsip tekanan Menyatakan prinsip aplikasi tekanan udara
udara dalam picagari, sifon, pam penyembur dan
penyedut minuman serta menerangkan
langkah-langkah keselamatan yang perlu
diambil apabila menggunakan gas di bawah
tekanan tinggi
DRAFT 16
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012
17. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3 B3 B3D18 B3D18E1
Tahu, Faham Menggunakan pengetahuan Memerihal daya geseran dan Menjelaskan kebaikan dan keburukan serta
dan Boleh untuk mengembangkan aplikasi geseran aplikasi meningkatkan dan mengurangkan
Buat pemahaman tentang konsep daya geseran dalam kehidupan harian
dan prinsip sains dalam
kehidupan seharian B3D19 B3D19E1
Memerihal kerja Menerangkan bagaimana kerja dilakukan melalui contoh
B3D20 B3D20E1
Memerihal sistem sokongan Menjelaskan pelbagai sistem sokongan haiwan ,
haiwan membanding beza sistem sokongan haiwan vertebrata
darat dan akuatik serta sistem sokongan haiwan
invertebrata darat dan akuatik
B3D21 B3D21E1
Memerihal pusat graviti Menyatakan hubungan antara pusat graviti dengan
dengan kestabilan objek kestabilan objek
B3D22 B3D22E1
Memerihal tuas Menjelaskan peranan tuas, menentukan kedudukan
beban, daya dan fulkrum, membuat pengelasan tuas dan
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tuas
DRAFT 17
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012
18. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4 B4 B4D1 B4D1E1
Tahu, Faham Mengaplikasi pengetahuan Mengkaji deria,organ deria Menghubungkait lima deria, organ deria dan
dan Boleh saintifik dan kemahiran dan rangsangan rangsanganya melalui aktiviti
Buat dengan saintifik dalam membentuk
Beradab konsep dan prinsip sains B4D2 B4D2E1
dalam penyelesaian masalah Mengkaji kepekaan kulit Menghubungkait kepekaan kulit terhadap rangsangan
melalui aktiviti
B4D3 B4D3E1
Mengkaji deria rasa dan bau Melabel struktur hidung, menentukan kedudukan sel deria
bau,menentukan kawasan berbeza pada lidah yang
bergerak balas terhadap rasa yang berbeza dan
menghubungkait deria rasa dengan deria bau melalui
aktiviti
B4D4 B4D4E1
Mengkaji pantulan dan Menentukan pantulan dan pembiasan cahaya di antara
pembiasan cahaya dua medium yang berbeza ketumpatan melalui aktiviti
B4D5 B4D5E1
Mengkaji kecacatan dan had Menunjukkan rabun jauh, rabun dekat ,cara
deria penglihatan membetulkannya dan mengenalpasti ilusi optik dan titik
buta melalui aktiviti
DRAFT 18
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012
19. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4 B4 B4D6 B4D6E1
Tahu, Faham Mengaplikasi pengetahuan Mengkaji bunyi Menghubungkait penghasilan , keperluan medium untuk
dan Boleh saintifik dan kemahiran pemindahan, pantulan dan penyerapan bunyi melalui
Buat dengan saintifik dalam membentuk aktiviti
Beradab konsep dan prinsip sains
dalam penyelesaian masalah B4D6E2
Menghubungkait pendengaran stereofonik yang
diperlukan dengan arah bunyi melalui aktiviti
B4D7 B4D7E1
Mengkaji kehadiran kelas Menentukan kehadiran kanji, glukosa, protein dan lemak
makanan melalui aktiviti
B4D8 B4D8E1
Mengkaji saling bersandaran Menghubungkait spesis, habitat, populasi, komuniti
organisma hidup dan dengan saling bersandaran antara organisma hidup dan
persekitaran dalam ekosistem persekitaran dalam mewujudkan ekosistem yang
seimbang melalui kajian lapangan
B4D9 B4D9E1
Mengkaji ciri-ciri fizikal air Menentukan takat beku dan takat didih air
berdasarkan Teori Kinetik serta menentukan kesan
bendasing melalui aktiviti
B4D10 B4D10E1
Mengkaji komposisi air Menentukan komposisi air melalui elektrolisis serta
menguji kehadiran hidrogen dan oksigen melalui aktiviti
DRAFT 19
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012
20. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4 B4 B4D11 B4D11E1
Tahu, Faham Mengaplikasi pengetahuan Mengkaji perbezaan antara Menunjukkan perbezaan antara jenis larutan dan
dan Boleh saintifik dan kemahiran larutan dengan bahan bahan terampai melalui aktiviti
Buat dengan saintifik dalam membentuk terampai
Beradab konsep dan prinsip sains
dalam penyelesaian masalah B4D12 B4D12E1
Mengkaji bahan berasid dan Menentukan bahan yang bersifat asid dan alkali melalui
beralkali aktiviti
B4D13 B4D13E1
Mengkaji kaedah pembersihan Menerangkan pelbagai jenis kaedah pembersihan
air air melalui aktiviti
B4D14 B4D14E1
Mengkaji tekanan udara Menghubungkait pergerakan zarah udara dengan Teori
Kinetik gas, menunjukkan udara mengenakan tekanan
dan menerangkan faktor yang mempengaruhi tekanan
udara seperti isipadu atau suhu melalui aktiviti
B4D15 B4D15E1
Mengkaji daya Menunjukkan tolakan dan tarikan adalah daya, kesan
daya dan pelbagai jenis daya melalui aktiviti
B4D16 B4D16E1
Mengkaji kerja dan kuasa Menentukan kerja dilakukan dan kuasa dengan
menggunakan rumus melalui aktiviti
B4D17 B4D17E1
Mengkaji sistem sokongan Menerangkan pelbagai sistem sokongan tumbuhan dan
tumbuhan membuat pengelasan melalui kerja lapangan
DRAFT 20
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012
21. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4 B4 B4D18 B4D18E1
Tahu, Faham Mengaplikasi pengetahuan Mengkaji kestabilan sesuatu Menentukan titik keseimbangan bagi bentuk sekata dan
dan Boleh saintifik dan kemahiran objek tidak sekata serta menunjukkan bagaimana pusat graviti
Buat dengan saintifik dalam membentuk mempengaruhi kestabilan objek melalui aktiviti
Beradab konsep dan prinsip sains
dalam penyelesaian masalah B4D19 B4D19E1
Mengkaji momen daya Menghubungkait momen daya dengan daya dan
jarak melalui aktiviti
DRAFT 21
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012
22. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
5 B5 B5D1 B5D1E1
Tahu, Faham Mengamal dan menilai Menyiasat rangsangan Menjelaskan rangsangan dengan gerak balas tumbuhan
dan Boleh maklumat tentang konsep dan tumbuhan melalui eksperimen
Buat dengan prinsip sains yang berkaitan
Beradab dengan sains dan teknologi B5D2 B5D2E1
Terpuji Menyiasat penyerapan glukosa Menunjukkan penyerapan glukosa melalui tiub visking
melalui eksperimen
B5D3 B5D3E1
Menyiasat faktor-faktor yang Menerangkan maksud fotosintesis dan menentukan
diperlukan untuk fotosintesis faktor-faktor yang diperlukan untuk fotosintesis melalui
eksperimen
B5D4 B5D4E1
Menyiasat faktor-faktor yang Membuktikan kelembapan, suhu persekitaran, luas
mempengaruhi penyejatan permukaan dan pergerakan udara mempengaruhi
penyejatan melalui eksperimen
B5D5 B5D5E1
Menyiasat faktor-faktor yang Menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi
mempengaruhi ketelarutan zat keterlarutan zat terlarut melalui eksperimen
B5D6 B5D6E1
Menyiasat faktor-faktor yang Membuktikan permukaan yang berbeza
mempengaruhi magnitud daya mempengaruhi magnitud daya geseran melalui
geseran eksperimen
DRAFT 22
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012
23. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
6 B6 B6D1 B6D1E1
Tahu, Faham Menangani cabaran dan Mengumpul maklumat Pembentangan hasil buku skrap mengenai alat teknologi
dan Boleh menyumbang idea dalam mengenai alat teknologi bagi yang sesuai untuk mengatasi masalah had deria
Buat dengan melestarikan perkara-perkara mengatasi had deria penglihatan dan pendengaran
Beradab yang berkaitan dengan sains penglihatan dan pendengaran
Mithali dan teknologi.
B6D2
Mengumpul maklumat B6D2E1
mengenai makanan dan Pembentangan hasil penulisan ”makanan dan amalan
amalan pemakanan pemakanan” dalam pelbagai bentuk persembahan
berkaitan:
• kepentingan makan makanan berkhasiat
• mempraktikkan amalan pemakanan yang betul
• merancang satu gizi seimbang
• mewajarkan pengagihan makanan kepada yang
kurang bernasib baik/ memerlukan
• mengaitkan adab makan yang menepati sensitiviti
dan kepercayaan agama
B6D3 B6D3E1
Mengumpul maklumat Menjalankan satu forum dari bahan penulisan berkaitan:
mengenai kepentingan • Kepentingan interaksi antara organisma hidup dan
interaksi dalam ekosistem persekitaran
• Menjelaskan kebaikan dan keburukan kawalan
biologi dalam pertanian
• Menghuraikan kepentingan fotosintesis dalam
mengekalkan ekosistem seimbang
DRAFT 23
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012
24. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
6 B6 B6D4 B6D4E1
Tahu, Faham, Menangani cabaran dan Mengumpul maklumat Membuat pembentangan dalam pelbagai
Boleh Buat menyumbang idea dalam mengenai pencemaran air bentuk persembahan berkaitan:
dengan melestarikan perkara-perkara • pencemaran air
Beradab yang berkaitan dengan sains • pengawalan
Mithali dan teknologi • pembersihan
• cara penjimatan penggunaannya
B6D5 B6D5E1
Mengumpul maklumat Membuat projek atau permainan yang mengaplikasikan
mengenai konsep kestabilan konsep kestabilan
B6D6 B6D6E1
Mereka bentuk alat dengan Membina model yang menggunakan prinsip tuas
prinsip tuas
DRAFT 24
DSP Sains Tingkatan 2
28 Sepember 2012