• Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • tq bnyk mmbntu asgmt
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
4,662
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
238
Comments
1
Likes
3

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. - Pencapaian akademik membawa maksud pencapaian pada tahap tertentu yang diperoleholeh individu dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan serta kemahiran. Tahap tersebut telahditetapkan berdasarkan umur , proses pembelajaran yang telah dilalui serta kemampuan individuberkenaan dalam aspek pendidikan, kelayakan dan sosialisasi. Berdasarkan pernyataan tersebut , saya telah menjalankan kajian ke atas dua orang muridsekolah rendah di SK Long Tuma dalam daerah Lawas yang telah dipilih. Seorang berpencapaianakademik yang baik (Ketty a/k Feddy) dan seorang lagi yang berpencapaian akademik yang lemah(Denny law wee Ann). Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi aspek pencapaian akademik kedua-dua orangmurid tersebut. Antaranya ialah faktor yang mempengaruhi murid yang mendapat pencapaianakademik baik ialah dorongan, motivasi dan sokongan daripada keluarga. Menurut teoripelaziman operan Skinner (1953) gerak balas boleh diperkuat (diulangi) atau dihapuskan (tidakdiulangi) jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan . Dalam kes ini,ibubapa dan keluarga sangat memainkan peranan penting dengan memberikan peneguhan kepadaanak mereka. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itudiulangi. Skinner telah membahagikan peneguhan kepada 2 jenis iaitu peneguhan positif danpeneguhan negatif. Contoh peneguhan positif : Tingkah laku Kesan/akibat Tingkah laku masa hadapanSeorang anak berjaya Ibubapa memberikan hadiah dan Anak tersebut akan mencipta lebihdalam peperiksaan penghargaan banyak kejayaan pada masa hadapan.Manakala contoh peneguhan negatif pula ialah :Tingkah laku Kesan / akibat Tingkah laku masa hadapanAnak tidak menyiapkan Ibubapa akan menegur anaknya Anaknya akan menyiapkan kerjakerja sekolah sekolah tepat pada masanya Manakala bagi pelajar yang lemah pula, kebanyakkannya mereka terdiri daripada keluargatidak begitu mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka. Mereka hanya melepaskansepenuhnya tanggungjawab mengajar anak-anak kepada guru semata-mata.Peneguhan pula samada
  • 2. positif atau negatif tidak diendahkan. Mereka sekadar memenuhkan keperluan anaknya sahajaseperti memberi makan, pakaian dan tempat tinggal. Anak-anak seperti ini akan membesar tanpaperhatian yang secukupnya daripada ibubapa. Faktor seterusnya bagi murid yang mendapat pencapaian baik ialah sikap murid itu sendiriyang ingin berjaya dalam pelajaran hasil daripada motivasi yang diperolehi dari keluarganya.Murid tersebut membina matlamat hidup sendiri dan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.Mereka memberikan sepenuh perhatian semasa guru mengajar dan banyak membuat ulangkajitentang pelajaran yang tidak difahami. Murid yang bersikap begini , menurut ahli psikologikognitif , cara mereka berfikir tentang situasi termasuk kepercayaannya , jangkaannya danperasaannya, mempengaruhi fakta yang murid pelajari dan cara dia belajar. Ahli psikologi kognitifjuga berpendapat bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah hasil pembelajaran dan kuasailmu yang mendorong seseorang belajar (woolfolk,1998). Anderson et al (dalam woolfolk , 1998)menyatakan bahawa manusia secara aktif memilih, mengamal, memberi perhatian , menghindar ,merenung kembali dan membuat banyak keputusan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalampersekitan bagi mencapai matlamat mereka. Manakala bagi pelajar yang lemah pula, sikap merekasahaja boleh dilihat bagi melambangkan kemalasan mereka dan tidak mempunyai semangatuntuk belajar. Tidak mendengar dan banyak bermain sewaktu guru mengajar menyebabkan merekatidak memahami apa yang diajarkan oleh guru semasa di dalam kelas.Menghadiri kelas juga dalamkeadaan tidak bersedia dan mereka juga tiada matlamat untuk dicapai samada jangka masa pendekmahupun panjang. Murid tidak boleh berdiri sendiri tanpa mendapat sokongan yang padu darikeluarga terutama sekali murid sekolah rendah yang memang memerlukan banyak kesabaran untukmendidik mereka. Pada peringkat umur sebegini, jangkaan mereka untuk masa hadapan masih agakjauh. Oleh yang demikian, kita sebagai ibubapa yang seharusnya menunjukkan jalan kepadamereka. Selain itu, faktor persekitaran juga amat memainkanperanan penting kepada murid tersebut. Sebagai contoh, murid tersebut hidup dalam suasana /keluarga yang amat mementingkan pelajaran. Oleh yang demikian , murid itu secaraautomatiknya juga mementingkan pelajaran bagi mencapai matlamat mereka. Menurut Kohler,salah seorang pengasas psikologi Gestalt , melalui kajiannya ke atas seekor cipanzi (Sultan) telahmengemukakan konsep celik akal yang bermaksud penyelesaian masalah berlaku secara mendadakatau tiba-tiba dan lengkap. Bagaimanapun individu memerlukan masa untuk berfikir kerana diaperlu melihat unsur-unsur berkaitan yang ada dalam persekitarannya dan mengaitkannya denganpengalaman lepas. Dalam kes murid ini pula, kita dapat mengaitkannya bahawa persekitaran yangmembina boleh mendorong seseorang itu untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat
  • 3. pencapaian yang baik dalam pelajaran. Ibubapa yang bermotivasi akan berusaha sedaya upayamenghasilkan yang terbaik utuk anak mereka serta memantau pembelajaran anak-anak dari semasake semasa. Setiap masalah yang dihadapi akan cuba diatasi bersama-sama. Persekitaran yang beginisangat penting kepada anak-anak bagi menunjukkan kasih sayang ibu bapa dan keluarga kepadamereka. Manakala bagi murid yang lemah pula, persekitaran mereka tidak banyakmembantunya malah melemahkan mereka untuk terus belajar seperti menghadapi keluarga yangbermasalah, ibu bapa tidak sefahaman antara satu sama lain. Adik -beradik juga tidak membantudalam memberikan semangat untuk mencapai cita-cita mereka. Masing-masing dengan hal sendiri.Murid yang sebegini biasanya banyak terlibat dalam masalah disiplin sekolah. Di samping itu, pengaruh rakan sebaya juga amat penting dalam mendapat pencapaianyang baik. Pada kebiasaanya murid yang cerdik akan berkawan dan memilih rakannya yang cerdikjuga. Ini membolehkan mereka dapat bersaing sesama mereka. Murid ini juga mempunyai semangatuntuk belajar bersama kerana belajar secara berkumpulan adalah yang paling berkesan. Rakansebaya mempengaruhi individu itu sejak dia mula bersosial di luar rumah selain dari adik-beradiknya. Menurut Berk (1989) rakan sebaya adalah mereka yang sama umur kronologi atauhampir sama umur dengan murid tersebut. Melalui rakan sebaya , individu itu memperolehkemahiran untuk menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Individu belajar menghormati hakindividu lain,bekerjasama, mempelajari peranannya, bertanggungjawab ke atas tugas yangdiberikannya, mematuhi peraturan kumpulan di dalam usaha mewujudkan keharmonian di dalamkumpulan. Menurut teori pembelajaran sosial yang diasaskan oleh Albert bandura(1986,1977,1998,2000) ia menyatakan bahawa faktor-faktor sosial , kognitif dan tingkah lakumemainkan peranan penting dalam pembelajaran. Secara khusus, teori ini mengatakan bahawakebanyakkan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan. Melaluiproses memerhati orang lain , seseorang individu membentuk satu idea bagaimana kelakuandilaksanakan dan apakah kesannya. Manakala bagi murid yang lemah pula, rakan sebaya yangbiasa dipilih oleh mereka adalah yang setaraf dengan mereka juga. Tidak bermotivasi dantidak mempunyai matlamat hidup. Akibat tidak mendapat kasih sayang yang sepenuhnya darikeluarga, murid-murid menganggap kawan mereka adalah yang terbaik. Kebanyakkan orangterjerumus kepada perkara-perkara yang tidak baik adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya.Pemantauan ibubapa sangat penting bagi memastikan anak mereka tidak terlibat dalam masalahdisiplin di sekolah terutamanya seperti ponteng sekolah, merokok dan membuli rakan yang lain. Setiap murid adalah berbeza daripada murid yang lain. Seorang bapa pun akan mendapatianaknya yang pertama tidak sama dengan anaknya yang kedua, begitu juga seterusnya. Ini adalah
  • 4. disebabkan setiap orang adalah unik dan tidak ada orang lain yang seratus peratus sama dengannya,walaupun orang itu adalah kembarnya. Oleh itu, sebagai guru kita haruslah belajar memahamiperbezaan ini di kalangan murid kita dan memberi perhatian tentang hal ini di dalam prosespengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Antara langkah-langkah yang boleh diambiloleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid-muriddengan pencapaian yang berbeza ialah melalui kaedah kumpulan. Oleh kerana murid dalamsesebuah kelas adalah berbeza tahap pencapaiannya, maka guru bolehlah membentuk kumpulandengan menjalankan aktiviti berdasarkan keupayaan mereka. Guru perlu mencatat rekod kemajuansetiap muridnya bagi mengetahui perkembangan mereka dari masa ke masa. Selain itu, pembelajaran secara koperatif juga boleh dilaksanakan. Koperatif membawamaksud bekerja bersama untuk mencapai matlamat bersama.Pembelajaran koperatif ialahpenggunaan kumpulan-kumpulan kecil dalam pengajaran supaya murid bekerja bersama-sama bagimemaksimumkan pembelajaran sendiri dan juga rakan-rakan yang lain, di mana setiap kumpulanterdapat murid yang cerdas dan yang lemah. Di dalam aktiviti pembelajaran, murid yang cerdasakan membantu murid yang lemah dengan bersungguh-sungguh kerana markah yang diperolehsetiap individu akan menjadi markah kumpulan.Saling berbincang dan saling membantu antara satusama lain untuk memahami dan menggalak supaya bekerja bersungguh-sungguh. Semangatbekerjasama akan menjadi lebih tinggi apabila kumpulan ini dikehendaki bertanding dengankumpulan lain. Kaedah ini adalah menggunakan idea “perancah” dalam Teori PerkembanganKognitif Vygotsky di mana murid cerdas membimbing murid yang lambat di dalam zonperkembangan proksimal. Ada kalanya pengajaran rakan sebaya adalah lebih berkesan berbandingguru. Antara unsur-unsur kumpulan pembelajaran koperatif adalah seperti berikut:1)Interaksi bersemuka (face to face interaction)2)Saling pergantungan positif3)Bertanggungjawab kepada pembelajaran sendiri4)Kemahiran koloboratif perlu supaya ahli-ahli kumpulan dapat berfungsi dengan baik5)Memastikan setiap ahli memahami proses kumpulan dan mempelajari dinamika kumpulan. Langkah seterusnya yang boleh diambil oleh guru ialah membuat peneguhan positif danpeneguhan negatif . Untuk menjayakan proses pembelajaran , guru perlu terlebih dahulu menarikperhatian pelajar dan mengekalkan perhatian mereka sepanjang pengajaran. Hal ini boleh terhasilapabila guru menggunakan peneguhan positif dan peneguhan negatif. Semasa proses pengajarandan pembelajaran berlaku , guru haruslah memberi peneguhan positif kepada tingkah laku yangdisukai atau diterima oleh semua guru dan ibubapa. Guru juga perlu memberikan peneguhan negatif
  • 5. untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak disukai. Contohnya, guru yang hendak mengelakkanpelajar bising semasa di dalam kelas akan mengatakan “ murid yang diam akan keluar rehat lebihawal” . Murid akan faham dan diam untuk mengelakkan diri mereka daripada keluar rehat lambat.Begitu juga dengan peneguhan positif , contohnya “ murid yang dapat membuat 10 latihanmatematik dengan betul akan dibenarkan membaca buku cerita kegemarannya”. Ini bermaknamurid akan cuba sedaya upaya membuat kerja sekolah mereka dengan cermat bagi mendapatkansesuatu yang disukainya. Di samping itu, langkah-langkah lain yang boleh digunakan ialah mempelbagaikan bahanbantu mengajar. Menurut teori pembelajaran Gagne , pembelajaran berlaku secara berperingkathierarki iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks . Guruperlu menyusun pengajaran dan penerangan mereka mengenai sesuatu tajuk pengajaran dengan cara:1)Daripada yang diketahui kepada yang tidak diketahui2)Daripada senang kepada susah3)Daripada dekat kepada jauh4)Daripada konkrit kepada abstrakPembelajaran melalui akhbar di dalam bilik darjah juga adalah satu perkara yang menarik danboleh merangsang minda murid untuk berfikir, kerana banyak ilmu pengetahuan yang akandiperolehi di dalam surat khabar. Oleh itu, guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajardan kemudahan yang sedia ada di sekolah seperti penyampaian maklumat melalui pencarianinternet atau melalui laman web, carta , gambar dan sebagainya selain daripada suasana bilik darjahyang teratur dan kondusif. Ini adalah sesuai dengan pencapaian murid yang berbeza tahappenerimaan mereka. Langkah-langkah seterusnya ialah melalui pengajaran dan pembelajaran individu. Guruperlu mengenalpasti sahsiah murid terlebih dahulu bagi merancang kaedah dan bahan pengajarandan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan . Sahsiah seseorang muridjuga mempengaruhi gaya pembelajarannya.Guru perlu mengadakan bimbingan individu ataumenyediakan latihan individu untuk murid yang lambat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaranharus sesuai dengan keupayaan dan minat murid untuk menggalakkan mereka berfikir danberkembang seterusnya kerana kebolehan dan keupayaan murid-murid adalah berbeza-beza.Contohnya untuk murid-murid tahun 4 dan 5 , mereka suka membuat latihan yang menyeronokkanseperti menjawab teka silang kata.Sekiranya mereka di dalam matapelajaran bahasa , guru bolehmenyediakan latihan berbentuk silang kata bahasa. Adakalanya guru meminta murid membuat
  • 6. model bersama -sama akan menambahkan minat mereka dan perasaan ingin tahu apa sebenarnyayang ingin diajarkan oleh guru itu tentang sesuatu mata pelajaran pada hari tersebut. Contohnyabelajar bahasa Inggeris membosankan, guru boleh membina model rumah bersama-sama murid danseterusnya melabelkan tempat-tempat yang terdapat di dalam rumah tersebut . Ini akan menjadikanpembelajaran tersebut menjadi lebih seronok dan ingatan mereka terhadap perkara tersebut menjadilebih kuat berbanding dengan pembelajaran seperti biasa. Pendekatan seperti ini lebih berpusatkanmurid. Menurut teori perkembangan Bruner Selain itu kaedah berpusatkan murid seperti bercerita ,bacaan , latih tubi , pembelajaran akses kendiri , inkuiri penemuan , soal jawab , main peranan ,demonstrasi penyelesaian masalah , sumbang saran , kerja amali dan membuat projek juga bolehdigunakan dalam membantu mempelbagaikan strategi dan kaedah pembelajaran di sampingpendekatan berpusatkan guru seperti penerangan , penjelasan , huraian , memberi nota , syarahandan demonstrasi. Sebenarnya kedua-dua pendekatan ini boleh digabungjalinkan bagi membentukpembelajaran yang lebih berkesan. Sebagai kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam menghadapiperbezaan tahap pemikiran murid ketika berada di dalam bilik darjah. Pelbagai kaedah dan strategiyang sesuai dan berkesan boleh digunakan dalam menangani masalah ini supaya murid lebih mudahmemahami dan menghayati kandungan pelajaran , pembelajaran menjadi lebih menarik , bermaknadan menyeronokkan . Guru juga perlu memberi pemupukan disiplin murid-murid ketika berada disekolah. Manakala ibu bapa dan masyarakat perlu memupuk disiplin semasa murid berada di luarsekolah. Ibubapa perlu bekerjasama bagi mengawal tingkah laku mereka ketika berada dirumah.Hasil kerjasama ini boleh dilihat pada sikap murid itu sendiri samada berjaya atau tidak.Adalah menjadi satu cabaran kepada Fungsi Sekolah sebagai sebuah institusi yang membentuk danmendidik anak bangsa mengikut kehendak dan acuan wawasan negara merupakan satu tugas yangamat mencabar. Semua pihak yang terlibat dalam institusi sekolah seperti pihak kerajaan, pentadbir,guru, ibubapa dan murid mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menentukan kejayaangenerasi anak bangsa di masa hadapan.