Sejarah Sabah terserah kepada SBBU

2,060 views
1,976 views

Published on

Bagaimanakah negeri Sabah terserah kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) sebelum 1881 dan corak pentadbiran SBBU sehingga 1941.

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
2,060
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
11
Actions
Shares
0
Downloads
38
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Sejarah Sabah terserah kepada SBBU

  1. 1. 1 25-05-2014 Oleh Zikhri bin Jalius Kerjasama (Mhd. Zarin, Sylvister dan Evans) Student at UMS Kata-kata dari Zikhri bin Jalius Saya mengucapkan terima kasih kepada tiga rakan saya atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan tugasan @ assignment Sejarah Sabah dan Sarawak. Semua hasil kerja kami ini adalah berdasarkan beberapa rujukan sumber yang kami gunakan. Sekadar berkongsi maklumat. Harap dapat memberi manfaat. Jangan lupa kunjungi saya di zikhri.blogspot.com Bagaimanakah negeri Sabah terserah kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) sebelum 1881 dan corak pentadbiran SBBU sehingga 1941. ZIKHRI BIN JALIUS
  2. 2. 1 1.0 PENGENALAN Sabah atau lebih dikenali sebagai Borneo Utara sebelum mencapai kemerdekaan merupakan sebuah wilayah yang terletak di utara Pulau Borneo, iaitu pulau yang ketiga terbesar di dunia. ‘Sabah” merupakan nama yang diberikan oleh Kesultanan Brunei kepada wilayah yang menjadi sebahagian daripada jajahan kesultanan tersebut di utara Pulau Borneo pada akhir abad ke-16. Bagi Kerajaan Brunei, Sabah atau Borneo Utara meliputi seluruh bahagian utara pantai barat, dari Sungai Sulaman hingga ke Teluk Marudu dan Sungai Paitan serta seluruh bahagian utara timur sejauh Sungai Sibuku yang meliputi wilayah Paitan, Sugut, Banggaya, Labuk, Sandakan, Kinabatangan, dan Mumiang. Termasuk juga di dalam wilayah ini ialah kawasan Kimanis, Benoni, Teluk gaya, Teluk Sepanggar, dan Pulau Banggi. Pulau Borneo terletak di antara 7 7’ utara hingga 4 12’ selatan garisan lintan dan dari 108º 25’ timur garisan bujur; berukuran paling panjang sembilan ratus batu, paling lebar tujuh ratus batu dan tiga ribu lengkongan. Terletak di tengah-tengah laluan perdagangan yang luas dan menguntungkan, tersilang dari setiap penjuru oleh sungai-sungai dalam yang dapat dihiliri, teluk-teluk dengan pelabuhan yang selamat dan luas, mempunyai tanah yang subur untuk memenuhi segala keperluan manusia, dan megah dengan barangan dagangan yang sejak bertahun-tahun menarik hati “si tamak”. Puji-pujian tentang Borneo ini telah ditulis oleh John Hunt, seorang saudagar dan pengembara Inggeris dalam tahun 1812. Ia percaya bahawa dengan suatu sistem pentadbiran yang jelas, pulau ini akan menjadi suatu ruang yang membawa keuntungan kepada spekulasi dagangan Eropah dalam masa yang singkat. Pada abad ke-19, sebahagian besar wilayah pantai timur Sabah dari Teluk Marudu hingga ke Sungai Sibuku diserahkan oleh Sultan Brunei, iaitu Sultan Muhiuddin kepada sultan Sulu sebagai membalas jasa setelah Sultan Sulu membantu baginda mengalahkan Sultan Abdul Mubin dalam peperangan merebut taktha kesultanan Brunei. Ini menyebabkan wilayah Sabah dibahagikan kepada dua zon pentadbiran kesultanan, iaitu di kawasan pantai barat Sabah dimiliki oleh Kesultanan Brunei dan kawasan pantai timur Sabah pula dimiliki oleh Kesultanan Sulu. Setelah kedua-dua zon pentadbiran milik Sultan Brunei dan Sultan Sulu ini diserahkan oleh kedua-dua sultan tersebut kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU).
  3. 3. 2 1.1 Sistem pentadbiran politik sebelum SBBU Dari segi corak pentadbiran negeri Sabah sebelum Syarikat Berpiagam Borneo Utara bertapak di Borneo Utara, dapat dikelaskan kepada tiga aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial. Corak pentadbiran yang pertama ialah dari aspek politik. Sebelum Syarikat Berpiagam bertapak di Negeri Sabah, sistem politik pribumi Sabah dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu sistem kesukuan, sistem politik kesultanan dan ketua bebas. Sistem politik kesukuan terdapat di daerah-daerah pendalaman. Di daerah-daerah ini pribumi seperti orang-orang dusun, Murut, dan Sungei tinggal dalam institusipolitik kesukuan yang tidak melewati peringkat kempung. Mereka hidup dalam kelompok-kelompok kecil dan dipisahkan dari kumpulan-kumpulan lain oleh faktor-faktor alam seperti banjaran gunung, bukit-bukit, sungai dan jeram. Susunan politik daerah pandalaman ini adalah berdasarkan ikatan keluarga dan sanak saudara. Ketua-ketua kampung atau disebut juga Orang Tua bertanggungjawab terhadap anak buah untuk menjaga keamanaan dan memberi perlindungan. Ketua kampung biasanya dipilih dari kalangan orang-orang tua yang berkaliber, mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang adat dan disegani dalam masyarakatnya. Pemilihan bukanlah berdasarkan keturunan, tetapi ada kemungkinan anak seorang ketua kampung akan dipilih mengantikan tempat bapanya sekiranya ia mempunyai kelayakan-kelayakan yang disebut di atas tadi. Walau bagaimanapun pemilihan biasanya dilakukan melalui musyuarah. Selain daripada Ketua-Ketua Kampung, wujud juga Mjlis Kampung secara tidak resmi. Majlis ini terdiri daripada badan Orang Tua (OT) secara tidak resmi. Majlis ini terdiri daripada badan Orang Tua (OT) yang bukan sahaja bertanggungjawab memilih ketua-ketua kampung tetapi juga memberi nasihat kepada mereka dalam semua perkara penting berkaitan dengan hal ehwal kampung. Ketua-ketua kampung ini juga biasanya merupakan ahli dalam tradisi dan silasilah mengenai kumpulan etnik mereka. Sistem politik kesultanan pula wujud di bahagian persisiran pantai barat dan timur sabah. Datu-datu Sulu mentadbir daerah pesisiran pantai timur Sabah. Di daerah pantai barat penguasaan wilayah adalah terletak di tangan wakil-wakil Kesultanan Brunei. Sistem politik pribumi sabah yang ketiga ialah Ketua Bebas (Independent Chiefdom). Sistem politik ini wujud akibat dari keberanian, keperwiraan dan ketegasan seorang tokoh
  4. 4. 3 yang dapat mencabar kewibawaan sultan di daerah-daerah pesisiran pantai. Mereka ini berasal dari ketua-ketua yang mempunyai pertalian dengan sama ada keluarga diraja Brunei ataupun Sulu, ataupun Arab Sharif. Penduduk-penduduk di daerah ‘bebas’ ini kebanyakannya adalah terdiri daripada pengikut-pengikut ketua bebas. Daripada ketua-ketua inilah mereka mengharapkan dan memperoleh perlindungan. Contoh yang baik dalam hal ini ialah pemimpin yang dianggap berkelibar sebagai ketua ‘lanun’ iaitu Sharif Osman yang memerintah daerah Kota Merudu dalam tahun-tahun 1830an dan 1840. 1.2 Sistem ekonomi sebelum SBBU Ada kajian yang mengatakan etnik Murut dan Kadazandusun adalah suku kaum yang terbesar di Sabah1 . Etnik ini menjalankan kegiatan pertanian terutamanya penanaman padi sebagai sumber utama ekonomi mereka. Lazimnya, etnik Murut menanam padi huma atau bukit kerana sebahagian besar etnik ini mendiami kawasan berbukit ataupun di lereng-lereng bukit. Manakala Etnik Kadazandusun lebih kepada penanaman padi sawah. Hal ini kerana, etnik ini menetap di kawasan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti penanaman padi sawah, Sebagai contohnya kawasannya iaitu Ranau, Tambunan, Papar dan tempat-tempat lain di Sabah. Namun, terdapat juga sebahagian kecil yang mengusahakan padi bukit terutamanya mereka yeng mendiami lereng Banjaran Crocker. Di samping itu juga, etnik ini juga menanam pelbagai jenis tanaman lain seperti jagung, ubi manis dan pisang. Kepelbagaian jenis tanaman ini berlaku kerana kadang-kala hasil penanaman padi tidak menjadi kerana serangan serangga dan cuaca yang tidak menentu2 . Selain daripada itu, etnik ini juga melakukan aktiviti memburu binatang untuk dijadikan bahan makanan serta mencari hasil hutan. Masyarakat Bajau pula lebih tertumpu di kawasan pesisir pantai3 . Oleh itu, etnik ini lebih kepada kegiatan yang melibatkan air. Oleh itu telah menjadi kelaziman atau kebiasaan mereka untuk menangkap ikan dan menjadi nelayan serta mencari mutiara di laut dan telur penyu. Malah untuk itu, mereka cuba menyudahkan kehidupan mereka sebagai keluarga nelayan dengan terdapat kalangan mereka yang membina rumah di atas air sahaja. 1 Ranjit Singh. (2000). The Making of Sabah 1865-1941. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Hlm 46. 2 Ibid. 3 Saidatul Nornis Hj. Mahali, Mohd Salim dan Suraya Haji. (1987). Pluraliti Etnik dan Budaya Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 80.
  5. 5. 4 Bagi etnik-etnik yang lain seperti Melayu-Brunei, sebahagian daripada mereka ada yang menjalankan aktiviti perdagangan walaupun tidak dinafikan dan ada juga yang terlibat dengan aktiviti pertanian. Begitu juga dengan etnik Bisaya, walaupun bilangan etnik ini jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan etnik yang lain tetapi sumbangannya dalam mewarnai adat dan kebudayaan Sabah juga dapat dikesan. Kegiatan ekonomi suku ini lebih kurang sama sahaja dengan etnik yang lain. Orang Sungai merupakan sub-etnik bagi Kadazandusun tetapi mereka ini mendiami beberapa kawasan seperti Sugut, Paitan dan Kinabatangan. Segelintir daripada mereka ini telah memeluk Agama Islam pada abad ke-18 dan ke-19. Sub-etnik ini juga menjalankan aktiviti pertanian dan pada abad ke-19 dan mereka mula berurusan dengan kerajaan Sulu. 1.3 Sistem sosial sebelum SBBU Pada abad ke19, meskipun masyarakat Sabah dan mula beranjak secara perlahan-lahan ke arah paradigma ekonomi, politik yang dari abad sebelumnya, namun sistem sosial negeri tersebut masih lagi dilihat begitu tradisional apatah lagi lokasi geografi yang jauh dari Tanah Melayu. Walaupun telah kelihatan bayang-bayang pihak Barat yang mula mencari ruang di celah-celah tanah Sabah atas dasar perluasan kuasa, pasaran barang, dan sumber ekonomi yang cukup berharga di negeri ini. Namun, kehidupan sosial masyarakat ini masih kekal diseragamkan dengan kepercayaan dan budaya mereka yang telah diwarisi dari nenek moyang mereka lagi. Di Sabah, terdiri daripada 39 buah kelompok etnik semuanya, yang dikategorikan sebagai peribumi. Terdapat beberapa buah kaum yang menjadi majoriti iaitu kaum Dusun, Kadazan, Iranun dan lain-lain lagi. Kaum-kaum ini berada di daerah yang berbeza dan selalunya berkelompok mengikut suku kaum mereka. Misalnya orang Dusun kebanyakannya berada di Ranau, Keningau, Kundasang dan Kota Belud. Terdapat juga banyak sub-kaum lain yang menjadi minoriti seperti kaum Sungai yang kebanyakannya berada di sekitar Sungai Kinabatangan, Telupid, Iranun dan tembenuo di Beluran, Kaum Tidung di Tawau dan sebagainya. Rumpun dan suku bangsa di Sabah sememangnya amat banyak antaranya ialah Tatana, Rungus, Cocos, Baukan dan sebagainya. Pada ketika itu, setiap masyarakat peribumi di negeri tersebut mempunyai organisasi sosial yang tersendiri. Pembentukan organisasi sosial masyarakat ini banyak dipengaruhi
  6. 6. 5 oleh keadaan persekitaran, interaksi dengan dunia luar dan peredaran masa. Cara hidup dan budaya masyarakat Sabah begitu kompleks dan ditunjangi oleh kepercayaan mereka terhadap alam sekitar. Pada ketika itu, masyarakat Sabah sebahagian besarnya masih lagi mengamalkan kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada benda-benda hidup di sekeliling yang kelihatan unik dan asing bagi mereka seperti pokok-pokok besar, batu, gua, tangkal, sungai dan sebagainya. Mereka percaya bahawa objek-objek itu mempunyai semangat, roh spiritual yang mana boleh membawa nasib malang juga nasib baik. Misalnya masyarakat Sabah akan mengadakan perayaan upacara memuja semangat padi. Pada ketika itu, sebenarnya telah ada sebahagian masyarakat Sabah yang menganut agama lain. Bahasa pertuturan di Sabah pada ketika itu ialah bahasa kaum mereka seperti bahasa Sungai, bahasa Kadazan, Dusun dan sebagainya mengikut bangsa mereka. Walaupun begitu, mereka tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan juga kerana pada ketika itu telah ada sekolah-sekolah di sebahagian kawasan. Namun bagi masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman mereka sememangnya menggunakan bahasa ibunda mereka. Masyarakat Sabah kebanyakanya tidak mempunyai pedidikan yang tinggi kerana anak-anak mereka diajar untuk bertani. Misalnya, anak-anak di ajar bekerja di bendang, ladang, bercucuk tanam, menjala dan sebagainya. Anak perempuan pula selalunya membantu melakukan kerja rumah. Malah pada ketika itu anak perempuan di kahwinkan pada usia yang masih muda. 2.0 PENYERAHAN BORNEO UTARA KEPADA SYARIKAT BERPIAGAM BORNEO UTARA 1881.
  7. 7. 6 Pada abad ke-19, Kerajaan British dan Belanda masing-masing mempunyai hasrat yang ternyata berbeza terhadap Borneo meskipun kedua-dua pihak menganggap Pulau Borneo merupakan jalan keluar yang khusus dalam perdagangan dan dijangka akan menjadi lebih penting pada masa hadapan. Bagi Belanda, mereka berminat terhadap Pulau Borneo kerana didorong oleh tujuan politik dan perdagangan yang sering dikaitkan dengan Pulau Jawa dan berharap dapat menjadikan Borneo sebagai sebahagian daripada wilayah Hindia Belanda. Bagi pihak British pula, Borneo dianggap penting dari segi perdagangan kerana kedudukannya yang strategik lantaran terletak di pertengahan jalan laut yang penting ke negara China manakala bahagian utara pulau itu merupakan tempat pertemuan jalan-jalan perdagangan dan British khuatir jika ia akan jatuh ke tangan kuasa-kuasa asing. Dalam abad itu, satu kepercayaan mereka bahawa bahagian utara pulau itu merupakan tempat pertemuan jalan-jalan perdagangan, dan dalam apa jua keadaan pun akan pasti jatuh ke tangan kuasa-kuasa asing. Hal ini disebabkan, semasa musim angin monsun barat daya (April- Oktober) jalan biasa ke negeri China dari England atau India adalah melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan iaitu ke arah barat Borneo. Selat ini dipanggil ‘Laluan Barat’. Bila angin Monsun timur laut bertiup, jalan ini tidak dapat dilalui dan kapal-kapal yang hendak melintasi Selat Sunda atau Selat Makasar dan Laut Sulu (dan terus ke timur Borneo) atau ‘Laluan Pitt’- selatan Sulawesi dan utara di antara Halmahera dan barat New Guinea.4 Dalam tahun-tahun kemudiannya, walaupun selepas kuasa wap mengambil ahli pelayaran dan ancaman monsun tidak lagi menjadi suatu rintangan, utara Borneo masih menjadi kawasan strategik kepada orang Inggeris. Sebabnya ialah di samping kedudukannya terletak di tengah-tengah jalan besar perkapalan antara Singapura dan Hong Kong, ia merupakan jalan perdagangan yang baru dan semakin penting di antara negeri China dan Australia Timur melalui Laluan Palawan dan Laut Sulu. Namun demikian, British lebih berminat untuk memikirkan “soal perdagangan dan bukannya wilayah” di Borneo. Perkara ini menyebabkan British tidak berminat untuk mengembangkan kawasan jajahannya di Borneo Utara. Bagi Kerajaan British, selagi para 4 Graham Irwin. (1986). Borneo Abad kesembilan Belas, Kajian Mengenai Persaingan Diplomatik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 14.
  8. 8. 7 pedagang mereka diberi jaminan untuk menjalankan perniagaan dengan bebas di wilayah Borneo, selagi itulah Pejabat Tanah Jajahan dan Pejabat Luar Negeri British mengambil keputusan untuk tidak perlu bersaing dengan kuasa-kuasa asing yang lain untuk mendapatkan pulau tersebut. Namun begitu, Kerajaan British merasa tergugat apabila kegiatan perdagangan dan perniagaan mereka terancam oleh kegiatan pelanunan di perairan Borneo. Idea untuk menubuhkan pangkalan perdagangan di kawasan utara Borneo telah dicetuskan oleh Alexander Darlymple, iaitu seorang pegawai muda Syarikat Hindia Timur Inggeris.5 Menurut Beliau dengan adanya pangkalan perdagangan yang dibina di kawasan utara Borneo, aktiviti perdagangan British dengan China dapat dimajukan terutamanya dalam memperdagangkan kain kapas dengan saudagar di utara China. Alexander Dalrymple, seorang pegawai Syarikat di Madras dan juga seorang pengembara yang berpengalaman di kawasan Laut Timur, telah berpendapat Borneo Utara boleh dijadikan sebagai satu pusat perdagangan yang baik. Petempatan Inggeris di kawasan ini mengikut Dalrymple, mempunyai dua tujuan; ia bukan sahaja berguna sebagai tempat yang sesuai bagi penyebaran barang dagangan Inggeris dan India di kepulauan Melayu, tetapi juga dapat menarik jong-jong dagangan Cina yang belayar ke selatan. Mereka dapat membawa pulang barangan dagangan Inggeris terlebih dahulu dari pedagang utara Cina iaitu yang sebilangan kecilnya sahaja yang berjaya masuk berdagang di Canton. Mereka ini membeli barang-barang keluaran Inggeris walaupun Hong Kong mengenakan dasar ekonomi yang ketat. Menurut Dalrymple lagi, dengan adanya sebuah pusat perdagangan di Borneo. Orang Inggeris akan dapat “mengembangkan penggunaan lalu lintas perdagangan hingga ke tempat-tempat yang jarang dilalui di segenap pelosok penjuru Asia. Dalam bulan Jun 1760, rancangan Dalrymple telah diluluskan oleh Gabenor dan Majlis di Madras. Ia terus belayar ke Kepulauan Borneo untuk melaksanakannya. Pada Awal tahun 1761 , Dalrymple telah memujuk Sultan Sulu agar menyertai ‘Artikel Persahabatan dan Perdagangan’ Sementara dengan Inggeris.6 Selain daripada itu, Darlymple telah 5 Siti Aidah Hj. Lokin. (2007). Perubahan Sosioekonomi dan Perubahan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963). Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. Hlm 41. 6 Graham Irwin. (1986). Borneo Abad kesembilan Belas, Kajian Mengenai Persaingan Diplomatik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 12.
  9. 9. 8 berusaha untuk mendapat kebenaran mendirikan sebuah petempatan perdagangan di Borneo. Setelah membuat penelitian terhadap kawasan itu, Darlymple mengambil keputusan untuk menjadikan Pulau Balambangan yang berhampiran dengan Borneo sebagai tempat yang sesuai bagi mendirikan petempatan perdagangan. Pada 23 Januari 1783, Dalrymple telah mengibarkan bendera British di Pulau Balambangan (Kudat) dan berjaya mematahkan percubaan Belanda untuk mempengaruhi Sultan Sulu agar menandatangani satu perjanjian perdagangan yang khusus. Sebaliknya Darlymple berjaya memujuk Sultan Sulu supaya menyerahkan seluruh kawasan timur laut Borneo dan sebahagian dari Pulau Palawan. Permintaan itu kemudiannya diluluskan secara rasmi oleh Sultan iaitu dengan termeterainya perjanjian antara Sulu dan Syarikat pada 8 Jun 1764. Selepas sembilan tahun kemudiannya sahaja kejayaan diplomatik Dalrymple di Borneo di manfaatkan dengan berkesan. Inggeris merasa bimbang sekiranya rancangan mereka akan mencetuskan perkelahian dengan Sepanyol iaitu yang mempunyai kuasa ke atas wilayah-wilayah di kepulauan Borneo. Kesibukan Syarikat Inggeris di India, yang sedang berdepan masalah proses kehancuran empayar Moghul merupakan sebab utama kelewatan tersebut. Sebuah petempatan perdagangan kecil akhirnya telah didirikan di Balambangan dalam tahun 1773. Walau bagaimanapun dengan adanya pengurusan yang tidak cekap dan buruk, mereka gagal memenuhi tujuan-tujuan asalnya. Petempatan itu terpaksa ditinggalkan secara tergesa-gesa apabila ada serangan dari orang-orang Sulu pada bulan Februari 1775. Dalam tahun 1803, satu lagi percubaan untuk mendirikan petempatan perdagangan di Balambangan telah mengalami kegagalan ekoran daripada angkatan tersebut mengalami kebuluran dalam tahun 1805. Syarikat Hindia Timur sejak itu tidak memiliki satu tempat persinggahan pun dalam laluan dagang ke timur sehinggalah terbukanya Singapura oleh Sir Stamford Raffles empat belas tahun kemudiannya. Pada tahun 1865, Amerika Syarikat pula membuat perjanjian dengan Sultan Brunei, Sultan Abdul Mumin untuk menempatkan seorang konsulnya di Brunei, dan Charles Le Moses dilantik memegang jawatan tersebut. Pada bulan Julai 1865, Charles Lee Moses, yang baru dilantik menjadi Konsul Amerika Syarikat ke Brunei, telah tiba di ibu negeri Brunei untuk memulakan tugasnya. Tugas-tugas itu dijangkakan termasuklah hal memberi nasihat kepada kapal-kapal saudagar Amerika yang datang melawat ke sana.
  10. 10. 9 Akan tetapi Moses bukanlah orang yang tidak menghiraukan peluang-peluang mendapatkan keuntungan diri sendiri dengan berkedudukan demikian. Dengan menekankan bahawa ia adalah seorang wakil rasmi Kerajaan Amerika Syarikat , Moses berjaya memujuk Sultan dan Pangeran Temenggung Brunei supaya memperkenankan pajakan persendirian selama sepuluh tahun kepadanya atas sebahagian besar kawasan di bahagian Borneo, iaitu termasuk Kepulauan Banggi, Balabak dan Palawan dengan bayaran sewa tahunan sebanyak $9,500.7 Setelah berjaya dalam permohonannya itu, Moses pergi ke Hong Kong dan memindahkan haknya kepada ‘American Trading Company of Borneo. Presiden Syarikat itu ialah Joseph Torrey. Joseph Torrey telah ke Brunei pada bulan November berikutnya untuk ditabalkan sebagai Raja Ambong dan Marudu dan pemerintah Tertinggi bagi keseluruhan Bahagian utara Borneo. Di bawah tunjuk ajar Torrey, sebuah ladang kecil dan petempatan perdagangan telah ditubuhkan di pantai Teluk Kimanis, dengan kakitangan yang terdiri daripada 10 orang bangsa Amerika dan 60 orang buruh Cina. Perusahaan itu dijalankan dengan modal pinjaman sementara dari komuniti Saudagar Cina di Labuan. Torrey kemudiannya berbalah dengan Moses dan kembali ke Hong Kong, dengan diburui oleh salah seorang si piutangnya dari Labuan. Petempatan di Kimanis itu kemudiannya menjadi merosot, bankrap dan akhirnya terkubur pada akhir tahun 1866. Semenjak itu, Syarikat Amerika hanya menjalankan usaha-usaha perdagangan sekali skala sahaja di pantai Borneo. Walau bagaimanapun Torrey dan sekutunya masih mengekalkan hak mereka ke atas sebahagian besar bahagian utara pulau tersebut sama ada mereka itu boleh mendapat keuntungan darinya. Salah seorang kapten kapal dagang yang berjaya melepaskan diri dari sekatan Sulu dalam tahun 1870-an itu ialah W.C. Cowie iaitu bangsa Scotland yang bekerja dalam Syarikat Schomburgk di Singapura. Cowie mendapat sokongan kuat dari Sultan Sulu, termasuklah kebenaran membina depot perantaraan kapal untuk barang-barang dagangannya di Sandakan – sebuah pelabuhan semula jadi yang baik di pantai timur laut Borneo. Cowie kemudiannya berkongsi dengan Schomburgk dan Kapten Ross, seorang lagi pedagang yang berpengalaman luas di Laut-laut Timur. Ketiga-tiga mereka 7 Ibid., hlm. 244.
  11. 11. 10 menubuhkan ‘Labuan Trading Company’, dengan tujuan utamanya menyeludup senapang, peluru. candu, tembakau dan barang-barang lain masuk ke Borneo. Untuk menjualkan barang-barang yang telah dibelinya secara sistem tukar barang di bahagian utara Borneo dan pulau-pulau berhampiran, Cowie membuat lawatan sekali skala ke Hong Kong. Semasa dalam satu daripada lawatan ini iaitu semasa sedang menguruskan penjualan barang-barang mutiara dan rotan, dengan tidak disangka-sangka Cowie menerima tuntutan sebanyak sepuluh peratus sebagai ‘cukai eksport’ dari Joseph Torrey, iaitu satu-satunya ahli Syarikat ‘American Trading Company’ yang masih hidup dan kini menjadi pengurus kilang penapis gula Hong Kong. Sebelum ini Cowie tidak mengetahui tentang kewujudan konsesi Torrey di Borneo. Ia melihat keuntungan yang ada padanya lalu mencadangkan kepada kedua-dua orang rakan perkongsiannya supaya menyertainya untuk menipu orang Amerika itu akan tetapi Ross dan Schomburgk tidak bersetuju. Walaupun Cowie tidak mengetahuinya, namun konsesi Borneo itu sudah pun menarik minat seorang penduduk Hong Kong yang mempunyai kedudukan yang lebih baik daripada penjual senapang Scotland yang miskin itu. Orang itu ialah Baron Von Overbeck, konsul Empayar Austria-Hungary di Hong Kong iaitu pada suatu waktu menjadi pengurus firma candu Cina dan Dent Company. Pada tahun 1874 Overbeck melawat London, dan mengemukakan satu skim untuk mendapatkan hak konsesi Torrey kepada duta Austria, Count Montgelas, yang kemudiannya berusaha mendapatkan sokongan beberapa orang kapitalis tertentu di Vienna.8 Hasilnya, sebuah kapal perang Austria dihantar ke Labuan pada bulan Mei 1875 untuk meninjau kemungkinan perdagangan di Borneo. Akan tetapi satu kuasa Eropah yang lain telah pun mendapat keuntungan di bahagian utara Borneo itu. Sekembalinya Overbeck dari Eropah ke Hong Kong pada bulan Januari 1875, ia telah membeli hak Torrey dalam ‘American Trading Company’, dan pada bulan Jun yang berikutnya ia sendiri pergi ke Brunei untuk mempastikan bahawa konsesi Torrey itu adalah sah ( Pajakan yang diperoleh oleh Moses dalam tahun 1865, harus diingat hanya sah selama sepuluh tahun sahaja). Setelah puas hati dengan apa yang dicapainya, Baron berkongsi pula dengan Alfred Dent, seorang anak bekas majikannya. Alfred Dent 8 Ibid., hlm. 250.
  12. 12. 11 bersetuju untuk membekalkan bahagian terbesar kewangan yang diperlukan. Dua tahun kemudian Overbeck pergi semula ke Brunei untuk merundingkan suatu penyelesaian yang berpanjangan dengan Sultan Brunei. Pada 29 Disember 1877 dengan menggunakan empat surat cara berasingan, Sultan Abdul Mumin dan Pengiran Temenggung Brunei menyerahkan semua wilayah, sungai, daratan dan daerah yang terletak di dalam kawasan antara Teluk Kimanis di pantai barat laut Borneo dengan Sungai Sibuku di timur kepada Overbeck dan Alfred Dent.9 Baron Von Overbeck dijadikan ‘Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan, iaitu yang berkuasa untuk menentukan hidup atau mati penduduk peribumi di daerah-daerah yang diserahkan itu. Selain itu ia juga mempunyai kuasa pemilikan mutlak ke atas semua hasil pertanian, ternakan dan galian, hak membuat undang-undang duit syiling, membentuk tentera darat dan laut, dan mengenakan duti dan cukai kastam dengan “semua kuasa dan hak yang lain iaitu yang biasanya diamalkan dan dipunyai oleh pemerintah berdaulat”. Sebagai balasan Sultan menerima $ 12,000 setahun, sementara Temenggung pula mendapat $3,000. Pengiran Temenggung terlibat sama dalam urus niaga ini disebabkan oleh masalah pemegangan tanah yang rumit iaitu yang wujud di Brunei ketika itu. Semua hasil, sama ada dari tanah atau dari cukai termasuk dalam tiga kategori; kerajaan (pemerintah empayar), dalam hal ini, bermakna hasil negeri yang diperoleh secara automatik oleh Sultan baru dari waris yang terdahulu; karipan , nama yang diberikan kepada hasil yang diuntukkan kepada seorang pegawai negeri oleh sebab jawatannya; dan tulen atau pusaka (sesuatu yang diperoleh turun-temurun) hasil yang dipunyai sesiapa, sama ada Sultan, orang Bangsawan, ketua kampung atau rakyat biasa yakni dalam kedudukan peribadinya sendiri. Temenggung Brunei mempunyai hak tulen ke atas sebahagian daripada daerah yang bersempadan dengan Teluk Kimanis, dan hasilnya baginda dapat menikmati wang ufti yang ditawarkan oleh ( atau diambil dari ) Baron Von Overbeck. Dapat dikatakan bahawa mereka(Baron Von Overbeck dan Alfred Dent) memperoleh kuasa yang lebih besar daripada apa yang pernah diterima oleh Belanda dan Raja-raja di bahagian mereka di Borneo itu. Di bawah Sistem Belanda seperti di Pantai Barat dan Pantai Timur, Walaupun tidak di Selatan, seseorang sultan atau raja yang telah 9 Ibid., hlm. 250-251.
  13. 13. 12 menyerahkan wilayahnya kepada Kerajaan Belanda terus mentadbir wilayah-wilayahnya tersebut sebagai raja yang berdaulat (dengan nasihat seorang pegawai Belanda) dengan bidang kuasanya diperluaskan kepada semua orang dalam dominan-dominannya kecuali kepada orang Eropah, Cina, dan ‘orang-orang Timur asing’ yang lain, dan kepada rakyatnya yang berkhidmat dengan mana-mana pertubuhan Kerajaan. Sebaliknya, kuasa-kuasa yang mutlak telah diberikan kepada Overbeck bagi menubuhkan sebuah negara yang bebas, bukan di dalam dominan Sultan Brunei, tetapi sama sekali berasingan daripadanya. Pengurniaan kuasa itu tertakluk kepada satu syarat sahaja, iaitu, sekiranya wang ufti tidak dibayar selama tiga tahun berturut-turut, pajakan itu akan dianggap luput. Akan tetapi tidak boleh diandaikan bahawa Sultan Brunei, yang berkeadaan lemah dan serba kekurangan itu akan dapat mengambil balik wilayahnya setelah diserahkan kepada pihak-pihak lain. Malahan Overbeck tahu benar bahawa Sultan Brunei itu tidak dapat memerintah dengan berkesan di kebanyakan wilayah yang diserahkannya. Keseluruhan pantai timur laut Borneo telah dituntut oleh Sultan Sulu, dan sejauh yang dirasai oleh ketua-ketua tempatan, mereka lebih mengaku kelebihan Sultan dan menganggap Sultan itu sebagai pemerintah lebih kepada Sultan Brunei.10 Oleh hal yang demikian, Overbeck melawat Sultan Sulu untuk mendapatkan penyerahan kedua kalinya iaitu bagi memperkukuhkan lagi pemberian itu tanpa menimbulkan sebarang keraguan. Pada 22 Januari 1878, Sultan Sulu memindahkan kedaulatan bagi semua wilayah yang terletak di antara Sibuku dengan Sungai Pandasan itu kepadanya dengan balasan wang ufti sebanyak $5,000 setahun. Sebagai tambahan Sultan Sulu melantik Overbeck menjadi pemerintah “tertinggi bebas” di wilayah-wilayah yang diserahkan itu dan “ sebagai Datu Bendahara dan Raja Sandakan” iaitu dengan kuasa yang sama luasnya dengan kuasa yang telah pun dikurniakan oleh Sultan Brunei. Alfred Dent dan Rakan-rakan sejawatnya di London berusaha kuat untuk mendapatkan pengiktirafan rasmi dari Kerajaan British bagi rancangan mereka itu. Sejak dari mula lagi projek di Borneo Utara itu telah mendapat sokongan dari mereka yang berkedudukan tinggi dan berpengaruh dalam masyarakat di England. Malah pandangan Pejabat Luar Negeri terhadap Dent juga sentiasa baik. Dalam hal ini ia lebih beruntung 10 Ibid., hlm. 252.
  14. 14. 13 daripada Raja Sarawak. Rakan-rakan sekutunya termasuklah Richard Biddulph Martin, Ahli Parlimen, seorang jurubank yang terkemuka, Laksamana Sir Henry Keppel, penakluk lanun di Borneo, dan Sir Rutherford Alcock, seorang diplomat bersara yang mempunyai pengalaman kerjaya yang luas dan terbilang di Timur Jauh. Alcock berjaya mendapatkan kerjasama Sir Julian Pauncefote, Penasihat undang-undang dan kemudian menjadi Setiausaha Rendah Tetap kepada Pejabat Luar Negeri bagi memenuhi hasrat Dent. Pauncefote menjadi pelapor dan pejuang yang tidak mengenal penat lelah bagi tujuan tersebut. Dengan jawatan-jawatan yang dipegangnya, ia memastikan pandangannya dilaksanakan. Berdasarkan perakuan Pauncefote terutamanya pada pertengahan tahun 1880 Kerajaan British telah bersedia mengurniakan Piagam Diraja kepada rancangan Dent itu. Semasa menerangkan keputusan ini kepada Count Van Bylandt, setiausaha Luar Negeri, Earl Granville telah memberi jaminan bahawa ‘pertimbangan politik’ tidak terlibat dalam persetujuan tersebut. Dengan itu ia bermakna bahawa Great Britain tidak berhasrat untuk menakluk ataupun mendapatkan negeri naungan di bahagian Utara Borneo itu. Walau bagaimanapun, bagi Belanda pengurniaan Piagam Diraja itu merupakan suatu dikri yang menunjukkan bahawa Kerajaan British telah memberi sokongan secara rasmi kepada perusahaan tersebut iaitu yang melibatkan ‘pertimbangan Politik’. Mereka menerangkan bahawa dokumen seumpama itu “akan mewujudkan suatu hubungan antara Syarikat yang menerima dengan Kerajaan yang menganugerahkannya”. Tambahan pula, perusahaan itu sudah tentu tidak akan mengekalkan sifat persendiriannya jika, seperti yang dicadangkan, Kerajaan British mempunyai kuasa pembatal (veto) terhadap pemindahan wilayahnya kepada pihak yang ketiga. Akan tetapi Belanda akan dibenarkan melihat salinan Piagam Diraja itu sebelum ia diisytiharkan. Pada awal tahun yang berikutnya, sebuah syarikat ‘British North Borneo Provisional Association Limited” telah dibentuk bagi tujuan mendapatkan kepentingan-kepentingan Dent.11 Syarikat ini yang ahli-ahlinya yang terkemuka terdiri daripada Dent sendiri, Alcock, Martin, Laksamana Madya R.C Mayne, dan W.H.M. Read, telah membuat surat rayuan kepada Ratu bagi mendapatkan Piagam Diraja, iaitu dengan anggapan bahawa 11 Ibid., hlm. 257.
  15. 15. 14 keistimewaan ini telah dikurniakan, Syarikat akan merombak penubuhannya dan memindahkan hartanya kepada suatu badan baru yang dikenali sebagai “ Syarikat Borneo Utara British” . Oleh kerana sebab-sebab kelambatan. Akhirnya Syarikat Borneo Utara itu menerima Piagamnya di bawah Mohor Besar pada 1 November 1881. Benarlah seperti yang dijanjikan, Pejabat Luar negeri telah menghantar suatu draf Piagam itu kepada Kerajaan Belanda untuk meminta sebarang teguran dan cadangan dalam bulan Julai sebelumnya. Belanda terus mengemukakan bantahannya terhadap beberapa perkara, dan mendakwa bahawa pengesahan dokumen itu sebagaimana yang terdapat akan mengakibatkan berlakunya “gangguan yang hebat dalam perhubungan politik semasa di utara Pulau Borneo”. Walau bagaimanapun, British tetap enggan mengubahsuaikan mana-mana bahagian teks itu. Apabila Piagam itu diwartakan pada bulan November, Belanda menerima fait accompli itu. Akan tetapi Belanda masih mempertahankan pendirian asal mereka , iaitu berdasarkan Perjanjian 1824 yang melarang “penaklukan secara mutlak oleh British” ke atas wilayah-wilayah yang berkenaan. PIAGAM DIRAJA, 1881. Alfred Dent dan rakan-rakannya di London berusaha untuk mendapat pengiktirafan rasmi daripada kerajaan British. Rakan-rakan kongsi Dent ramai yang berpengaruh dalam kerajaan British dan ini merupakan peluang yang baik. Pada tahun 1880 Setiausaha Rendah Pejabat Luar Negeri, Sir Julian Pauncefote membuat perakuan yang kerajaan British boleh memberikan piagam diraja. Pada awal tahun 1881 telah ditubuhkan “British North Borneo Provisional Association Ltd”, bagi tujuan memperoleh kepentingan-kepentingan Dent di Sabah.12 Rakan-rakan kongsi Syarikat ini termasuklah Alfred Dent, Alcock, Martin, R.C. Mayne dan W.H.M Read. Mereka telah membuat rayuan kepada Ratu untuk mendapatkan piagam diraja. Syarikat ini kemudiannya ditukar nama menjadi Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. 12 Mohd. Isa Othman. (2003). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.Hlm 252.
  16. 16. 15 Apabila teks Piagam Diraja diumumkan pada bulan November 1881, ia didapati hampir seluruhnya terdiri daripadanya sekatan ke atas dasar dan perlakuan masa depan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU). sebahagian besar daripada kandungannya memperlihatkan perjalanan yang condong kepada kehendak Kerajaan Liberal. Yang lain-lainnya pula menunjukkan kebimbangan kerajaan tentang kemungkinan berlakunya campur tangan kuasa-kuasa asing. Antara isi atau perkara yang terkandung dalam Piagam Diraja; i. Syarikat itu haruslah kekal “bersifat dan berdomisil British” (Perkara 3). ii. Adalah dilarang untuk memindahkan milik Kerajaan British, dan hubungannya dengan negara-negara lain juga adalah tertakluk kepada kawalan Kerajaan British (Perkara 4-6). iii. Ia mestilah mengambil segala langkah yang praktik menghapuskan perhambaan yang terdapat di dominan-dominannya, melindungi agama dan adat resam penduduk peribumi, dan melaksanakan keadilan dengan memberi perhatian yang sewajarnya kepada undang-undang tempatan (Perkara 8-10). iv. Ia hendaklah memberi kemudahan percuma kepada kapal-kapal Tentera Laut Diraja di pelabuhannya (Perkara 12). Perlantikan wakil utamanya di Borneo hendaklah mendapat persetujuan Kerajaan British terlebih dahulu (Perkara 13).13 Sebagai balasannya, syarikat itu tidak menerima apa-apa pun. Piagam itu tidak menunjukkan apa-apa pun peruntukan bantuan tentera British semasa berlakunya perang ataupun sokongan moral dari Kerajaan British. Namun demikian, Dent dan rakan-rakannya merasa amat puas hati. Kemuliaan Piagam Diraja itu bukan sahaja menaikkan martabat usaha mereka di kaca mata penduduk Borneo, tetapi juga memperbaiki lagi kedudukannya, dan boleh dikatakan meningkatkan saham-sahamnya di bandar raya London. 13 Graham Irwin. op. Cit., hlm 265.
  17. 17. 16 3.0 PENTADBIRAN SYARIKAT BERPIAGAM BORNEO UTARA DI BORNEO UTARA 1881-1941 Terdapat banyak perubahan dan pembaharuan yang dilakukan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Pembaharuan yang dibuat itu akan dilihat dari tiga aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial. 3.1 Aspek politik Sabah telah muncul sebagai satu unit politik yang tersendiri pada bulan November tahun 1881 apabila ia dengan rasminya diperintah oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBU) atau British North Borneo Chartered Company (BNBCC). Sebelum wujud sebagai satu unit sistem politik, Sabah terletak di bawah kedaulatan dua kesultanan iaitu kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu. Setelah mendapat piagam diraja daripada kerajaan British pada 1hb November 1881, Syarikat Berpiagam telah menubuhkan sebuah pentadbiran yang telah ditetapkan oleh Kerajaan British menurut lunas-lunas yang termaktub dalam piagam diraja tersebut. Walaupun pada unggulnya Syarikat Berpiagam mengambil Sabah kerana kecenderungan untuk mendapatkan keuntungan sebanyak mungkin, namun tidak dapat dinafikan bahawa piagam diraja yang dikurniakan itu telah memberi sedikit sebanyak perlindungan untuk menjaga kepentingan dan hak-hak penduduk pribumi. Dengan demikian, kerajaan Syarikat Berpiagam telah membentuk satu rupa sistem pentadbiran yang mendukung beberapa kepentingan. Sistem pentadbiran itu, bukan sahaja merupakan asas pemerintahan moden, malah juga sesuai bagi menjamin kepentingan dan kedudukan kewangan. Disamping itu, sistem pentadbiran Syarikat juga bertujuan untuk menjaga keistabilan penduduk pribumi agar proses mengeksploitasi negeri Sabah dapat berjalan dengan lancar.14 Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah membawa banyak banyak corak pentadbiran semasa pendudukannya di Borneo Utara. Kerajaan Syarikat Berpiagam telah membentuk satu rupa sistem pentadbiran yang mendukung beberapa kepentingan. Sistem pentadbiran itu, bukan sahaja merupakan asas pentadbiran morden, malah juga sesuai untuk menjamin kepentingan dan kedudukan kewangan Syarikat Berpiagam. Di samping 14 Sabihah Osman. (1985). Pentadbiran Pribumi Sabah 1881-1941. Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia - Yayasan Sabah. hlm 15-16.
  18. 18. 17 itu, sistem pentadbiran Syarikat juga bertujuan untuk menjaga keistabilan penduduk pribumi agar proses mengeksploitasi negeri Sabah dapat berjalan dengan lancar. Walaubagaimanapun, Syarikat Berpiagam mengalami beberapa masalah pentadbiran akibat kedudukan kewangan mereka yang kurang kukuh. Oleh itu, bagi mengurangkan perbelanjaan kos pentadbiran, Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah menjalankan sistem pentadbiran secara ‘tidak langsung’ terhadap penduduk pribumi. Sistem pentadbiran yang demikian dijalankan dengan cara membentuk semula institusi politik yang berkaitan dengan hal ehwal pribumi di peringkat daerah dan kampung. Institusi pribuni seperti Ketua Anak Negeri dan Orang Tua telah diserap sebagai jawatan pentadbiran paling rendah ke dalam perkhidamatan kerajaan Syarikat Berpiagam. Ketua Anak Negeri ini telah diberi kedudukan khusus dan perhatian istimewa oleh pemerintah Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Institusi-institusi pribumi utama yang dimasukan ke dalam pentadbiran Syarikat Berpiagam ialah institusi Ketua Anak Negeri, Orang Tua dan Mahkamah Anak Negeri. Kedudukan kewangan yang lemah dan kekurangan pegawai dari Eropah menyebabkan Syarikat Berpiagam terpaksa bergantung kepada ketiga-tiga institusi pribumi bagi menjamin keistabilan pentadbiran Syarikat Berpiagam khususnya di kawasan padalaman. Institusi-institusi pribumi  Ketua Anak Negeri  Orang Tua (Ketua Kampung)  Mahkamah Anak Negeri Syarikat Berpiagam telah membahagikan ketua-ketua seperti Orang Tua dan Ketua Anak Negeri kepada dua Kategori iaitu ketua-ketua yang diakui oleh pemerintah dan yang tidak diakui oleh pemerintah untuk menjamin kecekapan kakitangan pribumi. Pembahagian pula bergantung kepada kelayakan ketua-ketua tradisional tersebut terutama sekali dari segi pengaruh dan kekuatan serta ketaatsetiaan mereka kepada pemerintah Syarikat Berpiagam. Selain itu pembahagian juga bergantung kepada besar kecilnya kawasan di bawah pengaruh seseorang ketua, jumlah penduduk dan kemungkinan hasil daerah masing-masing. Ketua-ketua tempatan yang diakui oleh Sayrikat menerima gelaran Ketua Anak Negeri (Native Chiefs) dan diserap ke dalam
  19. 19. 18 pentadbiran kerajaan. Ketua-ketua ini dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan yang mendapat elaun atau upahan atau golongan ketua yang tidak mendapat upahan. Ketua upahan diberi tugas untuk menjaga keamanaan, memungut cukai dan menguruskan hal ehwal keadilan di daerah mereka masing-masing. Pungutan cukai tersebut akan diserahkan kepada pegawai daerah atau melalui ketua upahan. Kebanyakan ketua upahan akan menerima elaun bulanan di antara $5.00 - $40.00. Manakala ketua-ketua yang tidak mendapatkan upahan hanya ditugaskan memungut cukai dan biasanya hanya menerima 1 /3 daripada kutipan cukai sekiranya mereka menyerahkan terus kepada pegawai daerah dan 1 /10 sekiranya diserahkan melalui ketua upahan.15 Seterusnya, Syarikat Berpiagam juga telah memperkenalkan pentadbira secara tidak formal kerana kedudukan kewangan yang tidak mencukupi bagi menampung jumlah kakitangan awam. Mengikut sistem ini, sesetengah ketua diperuntukan pengawalan kawasan yang luas. Kedudukan Ketua-Ketua Anak Negeri telah diiktiraf pada tahun 1891 menerusi pengistiharaan Undang-undang Pentadbiran Kampung 1891 (The Village Administration Proclamation). Undang-undang ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Ketua-Ketua Anak Negeri. Undang-Undang tersebut mendefenisikan tanggungjawab-tanggunjawab dan kuasa-kuasa Ketua Kampung pemerintah. Antara lain, ketua-ketua tersebut turut diberi kuasa sebagai pembantu megistrat (minor magistrate). Pada masa E.B.W. Birch menjadi Gabenor Sabah (1901-1904), usaha-usah telah dibuat bagi menyusun semula sistem Ketua Anak Negeri upahan (North Borneo Government Gazette, Sept. 1, 1903: ProcXIV). E.B.W Birch percaya bahawa untuk membaiki pentadbiran Syarikat Berpiagam dan menjamin agar pribumi dapat diawas dengan teratur, maka sangat penting perlunya kerajaan menambah bilangan pegawai-pegawai putih (pegawai terdidik dan profesional) di daerah-daerah luar bandar. E.B.W Birch berpandangan bahawa walaupun pribumi diberi peluang mengambil bahagian dalam pentadbiran Syarikat Berpiagam, namun kusa penjajah hendaklah mempastikan pengawasan pentadbiran yang menyeluruh. E.W.B Birch telah menambahkan jumlah kakitangan Eropah dari 28 orang kepada 60 orang. 16 Dengan berkembangnya 15 Ibid., hlm. 17. 16 Ibid., hlm. 18.
  20. 20. 19 pentadbiran dan bertambahnya bilangan pegawai-pegawai Eropah maka kegiatan Ketua Anak Negeri semakin diawasi bagi menghindari daripada berlakunya penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 1903, Gabenor E.W.B Birch telah menyusun semula Undang-undang Pentadbiran Kampung 1891 dengan tujuan untuk membezakan diantara Ketua Anak Negeri dan Orang Tua. Orang Tua (Ketua Kampung) tidak diberikan gaji tetapi diberi 10% komisyen dari hasil kutipan cukai kepala. Walaubagaimanapun masih terdapat ramai lagi ketua-ketua yang menerima gaji $5.00 sebulan. Dalam proses pemilihan ketua-ketua, pagawai daerah memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada seseorang itu layak menerima gaji sebanyak $5.00 itu. Ketua-ketua yang baik biasanya memainkan peranan penting sebagai pengadil Anak Negeri menjalankan penyeliaan di daerah-daerah, mengawasi pungutan cukai dan berfungsi sebagai pegawai daerah di kawasan-kawasan yang terpencil. Ketua-ketua ini lebih mengetahui tentang penduduk di daerah terpencil daripada pegawai-pegawai Eropah yang bertugas di situ contohnya, Pengiran Hj. Pati lebih mengetahui tentang penduduk di daerah Labuk dan Sugut. Walaupun E.W.B Birch melaksanakan berbagai rancangan bagi memajukan pentadbiran negeri namun tindakan beliau itu tidak selalunya direstui oleh Lembaga Pengarah di London terutamanya W.C. Cowie yang menjadi pengarah dan pengerusi Lembaga. E.W.B Birch dipanggil balik oleh Pejabat Tanah Jajahan British pada tahun1904 kemudian kedudukan beliau sebagai Gabenor Sabah telah diambil ahli oleh E.P Gueritz. Pada era kepimpinan E.P Gueritz, pelaksanaan beliau hanya terhada kepada kedudukan ekonomi Syarikat dan ini menyebabkan sedikit sekali rancangan pembangunan yang dapat dijalankan. W.C Cowie telah meninggal dunia pada tahun 1910 dan beliau digantikan oleh Sir West Ridgeway sebagai Lembaga Pengarah di London. Pada tahun 1912 Ridgeway telah menyusun semula pentadbiran negeri Sabah, mengatur balik institusi Ketua Anak Negeri dan Majlis penasihat. Beliau juga telah mengubal undang-undang berkaitan dengan Ketua Anak Negeri pada tahun1912 yang bertujuan untuk mendapatkan perkhidmatan yang khusus dan cekap. Dalam undang-undang ini, Ketua Anak Negeri dibahagikan kepada dua katogeri berasaskan pengaruh, lama masanya berkhidmat dan rekod perkhidmatannya yang lalu. Pada peringkat ini kepentingan mengenal huruf merupakan satu ciri-ciri penting yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan Ketua Anak Negeri. Pada masa W. Ridgeway
  21. 21. 20 menjadi Pengerusi Syarikat Berpiagam, beliau telah membahagikan Ketua Anak Negeri kepada dua gred iaitu Ketua Anak Negeri Gred I ditauliahkan menjadi Ketua Daerah manakala Ketua Anak Negeri Gred II datauliahkan menjadi Ketua Daerah Kecil. Namun pada tahun 1916 Sir West Ridgeway mewujudkan satu lagi gred Ketua Anak Negeri iaitu Gred III.17 Disamping itu, beliau juga telah menggantikan Majlis Penasihat dengan Majlis Perundangan. Majlis Perundangan ini mengandungi tujuh orang ahli resmi, empat orang ahli tidak resmi yang mewakili kaum Cina dan Asia, peladang-pelandang di pantai barat dan timur dan kaum peniaga. Majlis yang diperkenalkan ini tidak terdapatnya seorang pun ahli pribumi. Penduduk pribumi hanya diwakili dalam Majlis Penasihat Hal Ehwal Pribumi yang ditubuhkan pada tahun 1887 namun hanya wujud pada nama sahaja kerana secara amalinya ia tidak benar-benar berfungsi. Majlis Penasihat Hal Ehwal Pribumi dihidupkan semula dengan nama barunya Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri (The Native Chiefs’ Advisory Council- (NCAC) apabila C.W.C Parr menjadi Gabenor negeri Sabah pada tahun 1915. Majlis ini diwujudkan untuk meninggikan mutu kecekapan Ketua-ketua Anak Negeri. Majlis ini mengandungi kesemua Ketua Anak Negeri Gred I yang dilantik oleh Gabenor dan diberi gelaran Orang Kaya-kaya (OKK) berdasarkan perlantikan mereka di dalam Majlis Penasihat tersebut. Dari jumlah sembilan orang ketua yang dilantik itu, lapan orang daripadnya adalah terdiri daripada orang-orang Melayu - Muslim yang mewakili masyarakat Melayu - Muslim dan seorang Dusun yang mewakili kepentingannya masyarakatnya. Dalam tahun 1916, wakil orang Dusun telah ditambah seorang lagi. Ketua Anak Negeri gred II dan III tidak berhak menjadi ahli majlis NCAC. Ahli-ahli yang terkenal dalam Majlis Penasihat di antara tahun 1915-1917 ialah OKK Pengiran Mohd. Abas dan OKK Pengiran Hj. Omar. OKK Pengiran Mhd. Abas merupakan seorang yang mahir dalam undang-undang pribumi (Muslim dan bukan Muslim). Keangotaan pribumi dalam Majlis Penasihat adalah tetap melainkan dalam kes-kes perlatakan jawatan atau pembatalan keangotaan oleh Gabenor. Di samping Ketua-ketua Anak Negeri, Majlis Penasihat juga terdiri daripada Gabenor sebagao presiden, setiausaha kerajaan dan residen-residen pantai barat dan pantai timur. Walaubagaimanapun, Majlis Penasihat hanya berfungsi sebagai penasihat dan tidak mempunyai kuasa perundangan. Namun begitu Ketua-ketua Anak Negeri itu berhak mengundi dan biasanya ketepatan-ketepatan diluluskan dengan 17 Sabihah Osman. Op. Cit., hlm 19.
  22. 22. 21 suara terbanyak atau sebulat suara. Manakala ahli-ahli Eropah tidak berhak mengundi dan hanya mengambil bahagian dalam sidang-sidang sahaja. Majlis penasihat diwujudkan untuk meningkatkan mertabat Ketua-ketua Anak Negeri dan menambahkan kecekapan mereka sebagai agen kerajaan. Selain itu penyertaan Ketua-ketua Anak Negeri itu dapat menjamin kestabilan daerah, memberi sedikit rasa tanggungjawab dan keterlibatan dalam pentadbiran daerah. Namun demikian penyertaan mereka dalam pentadbiran adalah terbatas. Bagi pihak kerajaan pula, Majlis dibentuk sebagai badan yang berkesan untuk menerangkan dasar dan mesej kerajaan kepada rakyat menerusi Ketua-ketua Anak Negeri.18 Dalam menyoroti dan menonjolkan fungsi Majlis Penasihat, Gabenor Pearson menegaskan, Apart from the fact that useful suggestion are often forthcoming during the discussions, the public recognition of the chiefs gives them increased prestige with their followers, and inspires the chiefs themselves with confidence.19 Selain daripada Majlis Penasihat bagi Ketua-ketua Anak Negeri, Kerajaan juga telah menubuhkan Majlis Daerah dengan tujuan untuk meninggikan taraf dan darjat Ketua-ketua Anak Negeri. Dengan demikian, kerajaan berharap akan dapat melantik ketua-ketua yang cekap bagi mengangotai Majlis Daerah. Namun begitu harapan hanya tinggal harapan sahaja kerana Majlis Daerah yang sepatutnya dipengerusikan oleh Pegawai Daerah itu gagal dikembangkan. Kegagalan ini disebabkan oleh sikap tidak acuh orang-orang yang berkaitan dan pegawai-pegawai kerajaan serta kerajaan sendiri tidak menginginkan untuk menjayakan rancangan tersebut. Dalam pentadbiran pribumi ini, ketua-ketua pribumi mengambil bahagian dalam pentadbiran berdasarkan konsep kerajaan penjajah dan berkhidmat kepada tuan-tuan penjajah. Sesetengah pegawai penjajah seperti W.Pretyman dan W.Pryer menggunakan dengan bijak konsep politik dan unsur-unsur tradisional demi menegakkan pentadbiran mereka tanpa perbelanjaan yang banyak. Misalnya dalam kes perubahan sosial iaitu menghapuskan perhambaan. W.Pryer Residen Sandakan yang berpengalaman memberi pendapat bahawa untuk mengelakkan daripada berlakunya tentangan secara besar-besaran, pembasmian hendaklah dilakukan secara beransur-ansur. 18 Ibid., hlm. 24. 19 Ibid.
  23. 23. 22 Semanjak dari permulaan pentadbiran Syarikat, ketua-ketua pribumi terpaksa melaksanakan tugas-tugas berdasarkan arahan-arahan pegawai Syarikat sepertimana yang tercatat dalam Undang-undang 1891 dan selapas itu Undang-undang Pentadbiran kampunng tahun 1913. Undang-undang 1913 ini mengariskan tugas-tugas Ketua-ketua Anak Negeri iaitu membantu semua pegawai-pegawai kerajaan dalam mengandalikan pentadbiran mereka, menolong memungut cukai untuk kerajaan. Ketua-ketua Anak Negeri juga ditugaskan sebagai agen tanah kerajaan dengan kuasa untuk memperkukuhkan tanah yang belum diduduki bagi pembinaan rumah atau pertanian, tetapi tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh Pegawai Daerah dan kelulusan daripada Residen.20 Satu lagi jawatan yang diperkenalakan oleh Syarikat Berpiagam iaitu memperkenalkan Pembantu Penolong Pagawai Daerah atau Deputy Assistant District Officer (DADO). Setakat ini penyertaan anak negeri dalam pentadbiran pribumi Sabah dapat dilihat dalam jawatan Ketua Anak Negeri dan Orang Tua (Ketua Kampung). Tetapi mulai tahun 1915 Kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah memperkenalkan satu jawatan yang lebih tinggi darjatnya iaitu jawatan DADO untuk dipegang oleh anak negeri. Jawatan ini pada asalnya dikenali sebagai pembantu-pembantu pegawai bukan keturunan Eropah. Ketua-ketua Anak Negeri yang dilantik sebagai DADO ialah Pengiran Haji Omar yang bertanggungjawab kepada daerah Putatan. Ini diikuti oleh Orang Kaya-Kaya (OKK) Arshad yang bertanggungjawab kepada daerah Tempasuk. Kemudian pada tahun 1925 Pengiran Osman, anak Pengiran Omar, dilantik menjadi DADO Labuk dan Sugut.21 DADO diberi kuasa sebagai megistret kelas III dan dikehendaki mengendalikan tugas-tugas yang sama yang dilakukan oleh DADO Eropah. Jawatan DADO sebenarnya diwujudkan selepas Perang Dunia I bagi mengatasi masalah-masalah kekurangan pegawai-pegawai Eropah dan kemudiannya diteruskan untuk menjamin kestabilan ekonomi sepertimana dicadangkan oleh Pengarah Urusan Syarikat Berpiagam Elphinstone pada tahun 1925. Dalam perdebatan mengenai pengurangan kakitangan Eropah dan penggantian kepada DADO peribumi beberapa bantahan telah disuarakan oleh pegawai-pegawai Syarikat di Sabah seperti D.R Maxwell pemangku Residen Sandakan dan 20 Sabihah Osman. Op. Cit., hlm 27. 21 Ibid., hlm. 24.
  24. 24. 23 J. Maxwell Hall Residen Pantai Timur. Namun begitu, ada juga pegawai-pegawai yang menyokong kewujudan lebih banyak DADO-DADO peribumi dengan syarat pegawai-pegawai DADO tersebut diawasi oleh pegawai Eropah yang berpengalaman, penempatan DADO tidak digalakkan. Pada kebiasannya DADO peribumi ditugaskan di daerah-daerah peribumi saja seperti di Labuk dan Sugut. Pada tahun 1923 dua lagi kawasan pribumi ditadbirkan oleh DADO peribumi iaitu di Kinabatangan dan Pensiangan. Selain daripada sebab kekurangan pegawai Eropah, pengambilan tenaga pribumi sebagai DADO adalah juga kerana kekuatan pengaruh-pengaruh ketua-ketua peribumi yang dilantik menjadi DADO di kawasan-kawasan mereka. Pada pandangan Francis pegawai-pegawai peribumi walaubagaimanapun cekap dan setia pun tidak akan sama taraf kecekapan mereka dengan pegawai-pegawai Eropah. Namun begitu beliau akui tentang adanya pegawai-pegawai yang dapat membuktikan kebolehan dan keberkesananpentadbiran mereka di daerah-daerah mereka sendiri. Dengan adanya prasangka yang buruk terhadap kebolehan mereka maka peranan yang diberikan kepada mereka adalah terbetas. Tugas-tugas mereka adalah terhad kepada menjadi Pembantu Pegawai Daerah di daerah-daerah tertentu tanpa jaminan kenaikan pangkat. DADO diberi tugas mengawal daerah pendalaman yang tidak dijejaki oleh pegawai-pegawai Eropah dan dikehendaki menyerahkan laporan bulanan kepada Penolong Pegawai Daerah atau terus kepada Residen.22 Semasa D.J Jardine menjadi gabenor Sabah pada tahun 1934-1937, beliau telah membuat beberapa perubahan pentadbiran dari segi politik. Pada masa pentadbiran Syarikat Berpiagam, Mahkamah-mahkamah Anak Negeri telah dibentuk sebagai komponen asas hirarki kehakiman. Pegawai-pegawai peribumi dilantik oleh Syarikat Berpiagam bagi menjalankan tugas penghakiman yang lebih luas sungguhpun mahkamah ala Barat ditubuhkan berdasarkan model India, namun Mahkamah Anak Negeri tetap dikekalkan membicarakan kes-kes pribumi. Rayuan-rayuan dari Mahkamah Anak Negeri boleh dibawa ke peringkat lebih tinggi iaitu dari mahkamah megistret hinggalah ke mahkamah seksyen dan mahkamah tinggi.23 22 Sabihah Osman. Op. Cit., hlm 29-30. 23 Ibid., hlm 31.
  25. 25. 24 Pada awal pemerintahan Syarikat Berpiagam tiga orang perintis pentadbir mereka terutamanya W.Pryer menggunakan Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung bagi mentadbir negeri secara berkesan. Dasar ini telah diteruskan apabila Syarikat Berpiagam menyerap kebanyakan Ketua-ketua Anak Negeri dalam perkhidmatan kerajaan. Krtua-ketua Anak Negeri ini berkhidmat di peringkat negeri menerusi Majlis Penasihat Ketua Anak Negeri (NCAC). Namun begitu tugas mereka yang utama ialah berkhidmat di peringkat tempatan menerusi institusi tradisional peribumi seperti Mahkamah Anak Negeri, Ketua Anak Negeri, dan Ketua Kampung. Dengan menggiatkan NCAC, kerajaan Syarikat Berpiagam telah menyediakan asas latihan kepada Ketua-ketua Anak Negeri untuk membaiki pendidikan politik mereka. Penambahan pengetahuan politik moden diperolehi mereka menerusi penyertaan dalam menyuarakan pendapat-pendapat mereka, serta bertukar-tukar fikiran dalam perbincangan mengenai isu-isu penting yang berkaitan dengan masyarakat pribumi dalam mesyuarat-mesyuarat NCAC. 3.2 Aspek ekonomi Pengeksploitasian sumber-sumber perdagangan yang berasaskan perdagangan tradisional membantu pembiayaan kos pentadbiran di Sabah sebelum sektor ekonomi moden seperti perladangan dan lain-lain lagi dapat dijalankan dan mendatangkan hasil yang diharapkan 24 . SBBU juga memperoleh bayaran tahunan melalui kutipan cukai ke atas para pengusaha sarang burung dan cukai eksport semua hasil hutan tersebut. Pihak pentadbir SBBU juga menyedari adanya kegiatan tamu sekali-sekala periodic market yang biasa dijalankan oleh penduduk peribumi. Pentadbir SBBU telah memanipulasi kegiatan ini untuk mengembangkan perdagangan dalam negeri. Kesannya, lebih banyak tamu wujud di Sabah khususnya di kawasan pantai timur Sabah dan di pedalaman. Di kawasan pantai barat, tamu lebih banyak diadakan di kawasan persisiran pantai. Perkara ini merupakan satu perubahan yang dibuat oleh SBBU terhadap kegiatan tamu yang sebelumnya merupakan “tamu darat”, iaitu aktiviti perdagangan yang dijalankan di kawasan tanah datar di pantai barat. Selain memajukan sektor perdagangan secara tradisional 24 Siti Aidah Hj. Lokin. (2007). Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963). Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. hlm 74.
  26. 26. 25 melalui eksport hasil-hasil hutan, SBBU juga berusaha untuk memajukan penanaman tembakau di Sabah. Penanaman tembakau sebenarnya sudah lama diusahakan oleh penduduk peribumi secara kecil-kecilan khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan perbukitan untuk keperluan rokok tempatan. SBBU telah memperkenalkan tanaman tembakau sebagai tanaman eksperimen kerajaan. Ia dijalankan di Silam, Lahad Datu dan tiga tahun selepas itu hasilnya yang pertama telah dihantar ke United Kingdom. Penanaman tembakau seterusnya diusahakan di Sandakan pada tahun 1884 dan hasilnya telah dikirim ke Holland. Oleh kerana tembakau yang dihasilkan mempunyai kualiti yang baik maka pada tahun 1886 perladangan tembakau diusahakan secara besar-besaran khususnya di kawasan pantai timur. Pada tahun 1890, terdapat sebanyak 61 buah estet milik pengusaha Eropah yang meliputi di beberapa kawasan dari Pulau Banggi hingga ke Tawau. Keluasan tanah yang dibuka untuk penanaman tembakau ini meliputi kira-kira 350,000 ekar. Kebanyakan estet tersebut diurus dan diusahakan oleh peladang dari Belanda kerana mereka lebih mahir dalam perusahaan tembakau25 . Walaupun tembakau menjadi industri yang penting di Sabah namun begitu SBBU menghadapi pelbagai masalah dalam perusahaan ini apabila wujud persaingan dengan industri tembakau di Amerika. Selain itu, SBBU turut mengalami masalah kekurangan buruh. Selain tanaman tembakau, SBBU menggalakkan penduduk peribumi Sabah menanam tanaman seperti kopi, abaka, padi dan menternak binatang seperti kerbau, lembu, ayam dan sebagainya. Namun begitu, usaha ini tidak berjaya kerana penduduk peribumi tidak mempunyai banyak pengalaman dalam mengusahakan pertanian di kawasan tanah yang berkeluasan besar dan juga tidak mengetahui cara-cara atau kaedah untuk mengadakan sistem pengairan di sawah padi. Kebanyakan penduduk peribumi lebih tertumpu kepada aktiviti mengumpul hasil hutan. Bagi mengatasi masalah dalam pertanian moden ini, SBBU telah membawa masuk petani atau buruh-buruh dari negara China yang berpengalaman bagi tujuan memajukan kegiatan pertanian ladang di Sabah. Sir Walter Medhurst, iaitu seorang bekas konsul British di Shanghai, China telah ditugaskan untuk menguruskan skim penghijrahan pekerja bangsa Cina dari Hong Kong. Walau bagaimanapun, skim penghijrahan ini tidak berjaya kerana kebanyakan buruh berkenaan kembali ke Hong Kong lantaran tidak berminat untuk bekerja di Sabah. Hanya satu skim penghijrahan yang berjaya, iaitu skim yang dilaksanakan pada tahun 1883 yang membawa masuk sekumpulan orang Hakka beragama Kristian datang ke Kudat dan 25 Ibid.,hlm. 74.
  27. 27. 26 menyebarkan agama Kristian di sana. Di Kudat, kelompok Hakka ini menjalankan aktiviti pertanian seperti menanam jagung, padi, sayur-sayuran, buah-buahan dan kopi. Selain itu, mereka juga menjadi buruh-buruh di estet dan kem balak26 . Kerajaan SBBU terus berusaha menarik minat orang-orang Cina untk berhijrah ke Sabah bagi mengisi kekosongan tenaga buruh di sektor perladangan. Oleh itu, SBBU membiayai perjalanan mereka ke Sabah dan mengadakan syarat-syarat imigresen yang mudah untuk membawa mereka masuk ke negeri ini. Orang-orang Cina tersebut kebanyakannya datang dari Labuan dan Singapura. Oleh kerana kaum Cina terlibat dengan sektor perladangan, pembalakan, perniagaan serta tinggal di kawasan bandar dan pinggir bandar, maka mereka lebih mudah terdedah kepada arus pemodenan berbanding majoriti suku kaum peribumi yg bergiat ekonomi sara diri. Pada tahun 1882, kerajaan mula kenalkan tanaman getah dan buat permulaan getah di tanam di Sandakan tetapi hanya sebagai percubaan untuk tujuan komersial. Namun demikian, disebabkan permintaan yang semakin meningkat utk keperluan industri pembuatan tayar kereta dan industri pembuatan barangan getah di Britain menyebabkan semakin banyak kawasan dibuka untuk penanaman getah. Selain itu, para peladang asing seperti peladang Eropah dan Cina juga diberikan konsesi tanah yang terletak berdekatan dengan jalan kereta api untuk 1 tempoh yang panjang iaitu selama 999 tahun. Semasa Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) mula mentadbir Sabah, keadaan ekonomi negeri ini berada pada tahap yang masih mundur sama seperti keadaan politik dan pentadbirannya yang turut mundur. Akibatnya, hasil komoditinya amat sedikit yang dapat dihasilkan untuk tujuan eksport. Tambahan pula, majoriti penduduk khasnya kaum peribumi Sabah pada masa itu hanya mengamalkan kegiatan ekonomi pertanian sara diri, iaitu sebagai petani dan nelayan. Sememangnya penduduk kaum peribumi Sabah sebelum SBBU mula mentadbir, mereka menjalankan kegiatan pertanian mencari hasil hutan dan hasil laut. Kegiatan mereka ini hanya sekadar untuk menampung sumber makanan harian mereka bukan untuk tujuan perdagangan. Pada peringkat awal penguasaan SBBU di Sabah, para pentadbirnya berusaha untuk memajukan sektor perdagangan yang pada awalnya dijalankan secara tradisional berasaskan perdagangan hasil-hasil hutan yang telah diamalkan oleh penduduk negeri ini sebelum kedatangan SBBU. 26 Whelan F.G. (1970). A History of Sabah, London: Macmillan. hlm. 154
  28. 28. 27 Residen Sandakan iaitu William Pryer telah menggalakkan penduduk tempatan di Sandakan untuk membawa dan mencari hasil-hasil hutan seperti sarang burung, rotan, damar, getah perca, kapur barus dan sebagainya untuk dijual kepada peraih-peraih Cina yang akan membawa barangan tersebut ke Singapura dan seterusnya akan dipasarkan sebagai eksport kepasaran dunia27. Kegiatan ini menyebabkan hasil-hasil hutan menjadi salah satu sumber pendapatan utama pada zaman awal pemerintahan SBBU di Sabah. Pada tahun 1885, eksport rotan, getah perca dan sarang burung sahaja yang berjumlah $129,800.00, menduduki tempat ketiga dalam keseluruhan eksport yang berjumlah $401,600.00. 3.3 Aspek sosial Kerajaan SBUB telah memulakan usaha untuk memajukan bidang prasarana komunikasi di sabah. Hal ini adalah untuk meningkatkan kualiti penduduk di Sabah di samping untuk kepentingan mereka sendiri. Jalan kereta api dari Jesselton ke Beaufort, dari Beaufort ke Tenom dan dari Tenom ke Melalap telah mula dibina sejak tahun 1896. Selain daripada bertujuan untuk menyediakan pengangkutan kepada penduduk dan pengangkutan hasil-hasil pertanian, jalan-jalan kereta api ini juga telah memudahkan perhubungan dari kota Kinabalu ke kawasan pendalaman. Pembinaan jalan raya juga telah dilaksanakan pada tahun 1897. Selain itu juga, perkhidmatan pos dan telegraf juga telah diadakan untuk memudahkan perhubungan di setiap daerah. Antara pejabat pos yang telah dibina oleh SBUB adalah seperti di Jesselton, tenom dan sebagainya. Kesemua bentuk kemudahan yang telah dibina ini telah membawa pelbagai faedah kepada penduduk pribumi. Hal ini kerana penduduk pribumi dapat melicinkan dan memudahkan urusan serta perhubungan mereka dari sebuah daerah ke daerah yang lain28 . Kerajaan SBUB turut memulakan sistem persekolahan secara formal di Sabah selaras dengan peruntukan pendidikan bagi penduduk peribumi Sabah yang terkandung dalam piagam syarikat berkenaan. SBUB sebenarnya ingin mencapai dua objektif iaitu bagi meningkatkan tahap pengetahuan di kalangan pelajar tentang kemahiran asas membaca,meulis dan mengira, disamping untuk memberikan latihan teknikal kepada 27 Tregonning K.G. (1965). A History of Modern Sabah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 81. 28 Siti Aidah Hj. Op. Cit., hlm 79.
  29. 29. 28 pelajar bagi menghadapi alam pekerjaan kelak. Objektif kedua pula adalah untuk menyediakan pelajaran kepada anak-anak ketua kampung bagi mendedahkan mereka kepada asas pentadbiran kelak. Sistem persekolahan agama islam telah telah lama ditubuhkan oleh orang-orang islam melalui pelajaran membaca al-Quran. Oleh itu Gabenor Treacher telah menubuhkan sekolah agama islam di Sandakan. Namun begitu, usaha Treacher ini tidak Berjaya dan sekolah tersebut gagal menarik perhatian penduduk tempatan kerana mereka curiga dengan niat gabenor yang beragama kristian. William Pryer pula telah meninjau pendapat Cina dan Islam di Sandakan dalam tahun 1886. Oleh itu sebuah bilik di pejabat gabenor telah dijadikan sekolah. Pada tahun 1886, sebuah sekolah telah ditubuhkan dengan bilangan pelajar seramai sembilan orang tetapi terpaksa ditutup kerana sambutan yang begitu dingin daripada masyarakat berkenaan. Oleh itu usaha awal untuk mengadakan sistem persekolahan secara formal menemui jalan kegagalan sehinggalah kedatangan para mubaligh kristian. Pada tahun 1887, father Bryon daripada mazhab Roman Khatolik telah membuka sekolah di Sandakan yang dikenali sebagai St.Mary. usaha beliau diikuti pada tahun berikutnya oleh father Elton daripada mazhab Anglikan yang membuka Sekolah St.Micheal di daerah Sandakan. Sistem persekolahan ini telah memberi peluang kepada anak-anak peribumi bagi mendapatkan pendidikan secara formal dan mengatasi maslah buta huruf. Meskipun begitu, hanya penduduk peribumi yang tinggal di Bandar berpeluang mendapat pendidikan disekolah rendah kerajaan manakala bagi anak-anak peribumi yang tinggal di pedalaman, mereka masih jauh ketinggalan dalam pelajaran.29 Dalam bidang kesihatan, sebelum tahun 1881 tidak terdapat satu sistem pengurusan kesihatan yang teratur dan bercorak moden di Sabah. Penyakit-penyakit seperti malaria,beri-beri,puru, radang paru-paru dan sebagainya merupakan penyakit yang biasa dihadapi oleh masyarakat peribumi Sabah dan mudah merebak di kalangan mereka sehinggalah membawa kepada kematian. Bagi mengelak penyakit itu merebak maka SBUB telah mengadakan kemudahan kesihatan. Hospital didirikan di bandar-bandar seperti Sandakan, Jesselton dan sebagainya. Namun, perkhidmatan hospital yang didirikan kurang berkesan kerana kedudukannya di kawasan bandar menyebabkan 29 Ibid., hlm. 85.
  30. 30. 29 kemudahan ini tidak dapat dinikmati oleh penduduk luar bandar. Tambahan pula, kebanyakan penduduk khususnya di kawasan pedalaman tidak menyakini sistem perubatan moden kerana masih berpegang teguh kepada keperecayaan tehadap para dukun dan bomoh. Kerajaan SBUB mengadakan dipensari dikawasan luar bandar untuk mendedahkan sistem perubatan moden kepada masyarakat berkenaan. Usaha SBUB meningkatkan taraf kesihatan di Sabah juga telah membuka ruang kepada penduduk Sabah, khususnya masyarakat peribumi untuk mengetahui asas-asas penjagaan kebersihan dan langkah-langkah bagi mengelakkan penyakit berjangkit seperti malaria, taun dan sebagainya.
  31. 31. 30 4.0 KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, dapat dikatakan bahawa pada asalnya Pulau Borneo telah lama menjadi tumpuan kepada kuasa-kuasa asing yang berminat akan potensi Borneo kepada kepentingan masing-masing. Antara kuasa yang pernah dan berminat ke atas Pulau Borneo adalah seperti Protugis, Amerika Syarikat, Itali, dan Belanda. Selain daripada kuasa-kuasa ini, terdapat kuasa barat yang lain seperti British yang pada asalnya tidak menaruh minat terhadap meluaskan pengaruh di kawasan Kepulauan Borneo akhirnya terpaksa mengakui bahawa Kepulauan Borneo mempunyai potensi yang besar dalam bidang ekonomi. Berbeza dengan Kerajaan British, Belanda mempunyai kepentingan politik dalam menguasai Kepulauan Borneo dengan usaha menjadikan Borneo sebahagian daripada Hindia Belanda. Namun begitu, pada akhirnya Kerajaan British telah menyedari bahawa Kepulauan Borneo mempunyai kelebihan yang perlu dikuasai kerana kedudukannya Kepulauan Borneo di pertengahan jalan laut yang penting ke negeri China serta satu kepercayaan mereka bahawa bahagian utara pulau itu merupakan tempat pertemuan jalan-jalan perdagangan yang boleh membawa kepada keuntungan serta dapat menjaga keselamatan perniagaan dan perdagangan mereka di Kepulauan Borneo. Penyerahan Borneo Utara kepada SBBU bukan sahaja di sebabkan oleh sistem pentadbiran Kesultanan Brunei da kesultanan sulu yang lemah, tetapi juga disebabkan oleh usaha yang dilakukan oleh orang persendirian iaitu pengembara dan wakil-wakil syarikat seperti Darlymple, Charles Lee Moses, Joseph Torrey dan sebagainya. Di mana mereka melihat Kepulauan Borneo dapat memberikan manfaat yang baik kepada mereka. Proses penyerahan atau bagaimana terserahnya Borneo Utara kepada SBBU adalah bermula dengan sambutan baik yang dilakukan oleh Sultan Brunei yang pada alasannya dapat mengelak dari dasar perluasan kuasa yang ingin dilakukan oleh Brooke dan Belanda. Selepas terserahnya Borneo Utara kepada SBBU, corak pentadbiran juga turut berubah daripada corak pentadbiran yang sedia ada, diubahsuai atau diperbaharuhi oleh sistem pemerintahan SBBU sama ada dari aspek politik, ekonomi, dan dari aspek sosial. Pembaharuan yang dilakukan bukan semata-mata untuk menjaga kebajikan penduduk peribumi, tetapi lebih kepada menjaga kepentingan SBBU di Borneo Utara iaitu untuk mengaut keuntungan hasil bumi Borneo dan juga ingin menguasai kegiatan perdagangan di kawasan perairan Pulau Borneo.
  32. 32. 31 5.0 SUMBER RUJUKAN Graham Irwin. (1986). Borneo Abad kesembilan Belas, Kajian Mengenai Persaingan Diplomatik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ranjit Singh. (2000). The Making of Sabah 1865-1941. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Mohd. Isa Othman. (2003). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Siti Aidah Hj. Lokin. (2007). Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963). Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Sabihah Osman. (1985). Pentadbiran Pribumi Sabah 1881-1941. Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia - Yayasan Sabah. Saidatul Nornis Hj. Mahali, Mohd Salim dan…etc. (1987). Pluraliti Etnik dan Budaya Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tregonning K.G. (1965). A History of Modern Sabah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Whelan F.G. (1970). A History of Sabah, London: Macmillan.

×