Tan Sri Azman Hashim

2,206
-1

Published on

A lil bit sharing of presentation of Malaysian entrepreneurship (Tan Sri Azman Hashim) made for Entrepreneurship BPME 1013 course that I'm taking in UUM Sintok..please enjoy yourself..have a cup of tea.. :)

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
2,206
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
51
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tan Sri Azman Hashim

  1. 1. Asas Keusahawanan BPME 1013 (Tan Sri Azman Hashim) AmBank Berhad
  2. 2. Pengenalan  Apakah yang dikatakan tentang usahawan??
  3. 3. Pengenalan  Usahawan dan Keusahawanan adalah diantara istilah yang seringkali disebut-sebut oleh masyarakat sejak zaman dahulu lagi.  Perkataan usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Ianya bukanlah satu perkara yang baru kepada kita.  Perkataan usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris ‘entrepreneur’. Perkataan ‘entrepreneur’ berasal dari perkataan Perancis, ‘entreprendre’ yang bererti memikul tugas atau tanggungjawab.  Istilah ini membawa kepada pelbagai maksud atau takrifan mengikut bidang atau kefahaman individu masing-masing.  Terdapat banyak sudut perspektif dalam definisi keusahawanan.
  4. 4.  YBhg. Tan Sri Dato’ Azman bin Hashim dilahirkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada bulan Julai 1939.  Beliau mempunyai 13 adik-beradik dan merupakan anak ketiga di dalam keluarganya.  Bapanya bekerja sebagai juruteknik di Lembaga Letrik Negara ( LLN ) manakala ibunya pula seorang guru.  Beliau bersekolah di Malay Boy’s School, Setapak dan kemudiannya ke Methodist Boy’s School di Sentul dan menamatkan sijil persekolahan pada
  5. 5.  Pada tahun 1955, beliau telah pergi ke Perth, Australia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan. Di Perth, beliau telah berpeluang bekerja di Messrs O L Haines & Co. (Chartered Accountants) sehingga tahun 1960.  Apabila pulang ke tanah air, beliau berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia sehingga Mei 1964. Setelah empat tahun di Bank Negara, beliau memulakan syarikatnya sendiri dengan nama Azman & Co pada Mei 1964.  Kemudiannya dikenali dengan nama Azman Wong Salleh & Co. (Chartered Accountants). Beliau meninggalkan syarikat itu pada Mei
  6. 6.  Beliau kemudian meninggalkan Malayan Banking untuk menyertai Kwong Yik Bank Berhad dari Disember 1980 hingga Mac 1982.  Tahun 1982 merupakan tahun yang membawa tuah kepada beliau apabila berjaya membeli 40 peratus dari Taiping Textiles sebuah syarikat tersenarai (kemudiannya dinamakan Arab-Malaysian Development Berhad atau AMDB).  Pada tahun1982, beliau membeli Arab - Malaysian Merchant Bank yang kini dikenali sebagai AmBank dari usahawan Arab, iaitu Hussain Najadi. Hussain mengasaskan bank itu pada tahun 1975 bagi membawa masuk pelaburan dari negara - negara Arab ke Malaysia.  Selepas pembelian itu, TanSri Azman dilantik sebagai pengerusinya.  Beliau juga merupakan individu melayu kedua terkaya di Malaysia selepas Tan Sri Syed Al Bukhary.
  7. 7. Latar Belakang Perniagaan yang Dijalankan  Ditubuhkan pada Ogos 1975, Kumpulan AmBank adalah kumpulan perbankan kelima terbesar di Malaysia dari segi aset.  Terdiri daripada AMMB Holdings Berhad dan anak-anak syarikatnya Am Investment Bank Berhad, Am Investment Group Berhad, AmBank (M)Berhad, AmLife Insurance Berhad dan AmG Insurance Berhad  Falsafah Kumpulan AmBank menggabungkan komitmen yang berakar umbi kepada pelbagai pelanggan yang berpuas hati, dengan inisiatif yang dipacu oleh pelanggan dalam semua bentuk komunikasi dan interaksi dengan semua kumpulan pelanggan.
  8. 8. Latar Belakang Produk atau Perkhidmatan yang Dikeluarkan  Menyediakan pelbagai produk dan perbankan pelaburan, perbankan komersil, pembiayaan runcit dan perkhidmatan kewangan yang berkaitan, juga termasuk perbankan Islam,pengunderaitan am dan insurans hayat, saham,saham dan broker niaga hadapan, nasihat pelaburan dan aset, harta dan unit pengurusan amanah  Tan Sri Azman pernah dan sedang memegang banyak jawatan lain. Antaranya adalah Ahli Lembaga Pengarah Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS), Pengerusi Persatuan Bank Saudagar di Malaysia, Pengerusi Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia Berhad (MIMOS) dan Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional.  Selain itu beliau juga ada kepentingan didalam South Peninsular Industries Berhad, Redifussion Berhad, Hotel Equatorial dengan 30% kepentingan, dan anak syarikat Johnson & Johnson di Malaysia dengan 30% kepentingan.  Disamping Arab-Malaysia, Tan Sri Azman juga terbabit dengan banyak lagi syarikat dan pertubuhan, antaranya Malaysian South-South Corporation Bhd, MCM Technologies Bhd, Perbadanan Pembangunan Multimedia Sdn Bhd, Persatuan Bank- Bank Saudagar Malaysia, Perbadanan Pengeluaran Negara, Pasific Basin Economic Council Malaysia, Yayasan
  9. 9. Cabaran yang Dihadapi Dalam Perniagaan  Pada mac 1988, ketika beberapa buah bank mengasak bertubi dan memaksa Datuk Syed Kechik Syed Mohamed menjual Temerloh Rubber Estates Bhd sebagai jalan melunaskan hutangnya, Azman menyelamatkan keadaan dan mengambilalih firma itu dan menjadi syarikat induknya  Dengan membuat tawaran kukuh dan munasabah, disamping yakin apa yang dibuatnya, beliau memohon tempoh seminggu kepada Jawatankuasa Pelaburan Asing sebelum memenangi bida ke atas firma tersebut.  Beliau merupakan seorang yang tidak boleh duduk diam, Tan Sri Azman sering mencari sesuatu yang mencabar dalam kerjayanya setiap kali beliau merasa bosan atau menganggapnya sebagai terlalu rutin.  Selepas empat tahun bekerja di Bank Negara Malaysia (BNM) dan kemudian meletak jawatan untuk membentuk firma perakaunan Azman and Co. Pada 1964. Pada waktu itu, perakaunan adalah bidang yang amat baru dan tidak ramai yang mengamalnya.  Tanggapan umum waktu itu ialah, sijil perakaunan dari Australia adalah kelas ke dua  Beliau menganggapnya sebagai satu cabaran dan mahu membuktikan tanggapan itu salah kata beliau.  Selepas krisis ekonomi asia 1997 / 98, Tan Sri Azman bukan sahaja berjaya mengekalkan kedudukannya dalam Kumpulan Perbankan AmBank, malah berjaya menambahkan lagi penguasaannya dalam industri perbankan dengan penggabungan MBF Finance dengan anak syarikat Kumpulan Perbankan AmBank, iaitu Arab - Malaysian Finance Berhad.
  10. 10. Kejayaan Perniagaan atau Konsep Perniagaan yang diceburi  Pada Februari 2003, beliau disenaraikan oleh Malaysian Business sebagai usahawan ke 19 daripada 40 orang paling kaya di negara ini dengan anggaran asset bernilai RM543.6 juta. Di satu segi, beliau bolehlah dianggap sebagai seorang yang Berjaya.  Tan Sri Azman pernah menerima banyak anugerah. Antaranya ialah anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Utara Malaysia pada tahun 1990  Pada tahun1985, Tan Sri Azman dinamakan sebagai
  11. 11.  Pada tahun 1993, beliau dinamakan sebagai Usahawan ASEAN Tahun 1993 oleh Forum Perniagaan ASEAN  Pada tahun 1995 pula, beliau dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Tahun1995 oleh Kelab Alumni Harvard Business School  Dibawah kepimpinan beliau, Perbadanan Produktiviti Nasional berjaya membangunkan metodologi pengukuran produktiviti di peringkat kebangsaan dan subsektor.  Sejak tahun 1994, Perbadanan Produktiviti Nasional menerbitkan laporan tahunan produktiviti yang menganalisis prestasi produktiviti di peringkat kebangsaan, dan subsektor. Laporan tahunan itu dapat diakses melalui Pangkalan data Rangkaian Tanda Aras Dalam Talian (BOND), iaitu pangkalan data amalan terbaik dan petunjuk prestasi cemerlang.  Melalui Perbadanan Produktiviti Nasional juga, Tan Sri Azman banyak menyumbang kepada pergerakan produktiviti di rantau Asia dan Pasifik.  Disamping itu, beliau pernah menjadi ahli Umno sejak 35 tahun lalu, beliau pernah menjadi Pengerusi Pemuda Kampung Baru pada tahun 60an dan bendahari Umno Selangor pada 1970an.
  12. 12. Kesimpulan  Kesimpulannya, usahawan merupakan suatu bidang yang sangat luas. Ada individu yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan kerana melihat faktor sekeliling. Mereka ingin mengubah tahap kewangan dan kehidupan keluarga mereka apabila melihat rakan mereka berjaya sebagai usahawan. Ada juga individu ingin menjadi usahawan kerana inginkan kebebasan masa dan lari daripada terkongkong dengan kehidupan kerja makan gaji.  Tan Sri Dato’ Azman Hashim. Beliau merupakan seorang yang inginkan pekerjaan yang mencabar sehinggalah beliau meletak jawatan dalam BNM dan membentuk firma perakaunannya sendiri iaitu Azman and Co.
  13. 13. !
  1. A particular slide catching your eye?

    Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later.

×