Pengenalan

1,041 views
994 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,041
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
26
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pengenalan

  1. 1. PENGENALAN1.0 Definisi kurikulumBerdasarkan penulisan Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yangdidapati di dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajar di sekolah dan bilik darjah.Kurikulum ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu: a) Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah b) Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal dalam kelas c) Kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu atau kumpulan.Dengan kata lain, kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmuyang ingin disampaikan. Maklumat ini akan disampaikan mengikut peringkat tertentu. Isikandungan sesuatu kurikulum disampaikan oleh seorang guru di mana guru haruslahmenyampaikan apa yang terkandung dalam kurikulum dengan baik dan holistik. Kurikulumjuga perlu relevan dengan keperluan dan kehendak semasa. Pusat Perkembangan Kurikulumsentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa mengikut aliranyang tinggi kerana ia diubah suai mengikut keperluan supaya pelajar bergerak seiring dengantrend pengetahuan semasa. Hal ini bertujuan untuk: a) Melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani, dan emosi serta berketerampilan dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis. b) Menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. c) Menguatkan hubungan sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia.Kurikulum yang menitikberatkan aspek kepimpinan pelajar melalui ko-kurikulum akanmenghasilkan pelajar atau manusia berfikiran kelas pertama di mana mereka dapat berfikiransecara global. Bukan itu sahaja, melalui ko-kurikulum juga mereka dapat melatih diri merekabersifat disiplin dan bersifat sebagai pemimpin dalam menganjurkan sesebuah program.Selain itu juga, kurikulum yang sama digubal di semua sekolah dapat membentuk masyarakatyang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.2.0 Definisi Kurikulum Kebangsaan
  2. 2. Apa itu Kurikulum Kebangsaan? Menurut Akta Pendidikan (1996), Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Dengan kata lain, ia dapat dirumuskan sebagai suatu pengalaman yang terancang ke arah mencapai hasrat penghasilan (intended outcomes) yang ditentukan. Sehingga kini, pendidikan tetap menjadi tunggak utama dalam kehidupan seharian. Ia menjadi kewajiban bagi setiap lapisan masyarakat untuk merasai peluang belajar tersebut. Jika dilihat kandungan kurikulum kebangsaan ini, ia memenuhi semua aspek. Pelajar kini bukan sahaja perlu belajar semata-mata tetapi mereka juga perlu bergerak aktif dalam bidang sukan. Sepertimana pelaksanaan dasar 90% markah akademik akademik, 10% markah kokurikulum yang telah dikuatkuasakan mulai sesi 2006/2007 lagi. Menteri Pengajian Tinggi, YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin menyatakan bahawa dasar ini dilaksanakan bertujuan bagi meningkatkan peluang yang adil dan daya saing yang sihat kepada para pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah diri. Selain itu juga, kurikulum ini memfokuskan kepada perkembangan sahsiah, nilai dan sikap pelajar. Tugas sebagai seorang guru bukan setakat memberi ilmu tetapi mereka juga perlu mendidik anak bangsa menjadi seorang yang berguna dan berpendidikan. Perkembangan sahsiah pelajar dapat ditingkatkan dengan penerapan kem jati diri atau kem motivasi supaya mereka boleh menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar.3.0 Ciri-ciri kurikulum Kurikulum yang baik dapat melahirkan pelajar yang pelbagai dengan kebolehan, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai yang bagus serta dapat mengembangkan kemahiran berfikir serta ilmu yang telah dipelajari. Antara ciri kurikulum yang bestari ialah: 1. Membantu pelajar mencapai perkembangan yang seimbang dan menyeluruh
  3. 3. 2. Mengintegrasikan nilai, pengetahuan , kemahiran dan bahasa merentasi kurikulum. 3. Menyediakan pelajar menghadapi masa depan – futuristik. 4. Menyatakan dengan jelas hasil pembelajaran yang berbeza. 5. Pelbagai dimensi ilmu, kemahiran dan bersifat global. 6. Pelbagai dimensi ilmu, bertema & kesinambungan merentasi bidang serta merangsang pemikiran.4.0 Fokus proses persekolahan Mengikut proses persekolahan selama sebelas tahun bermula dari tahun 1 hingga ke tingkatan 5 merupakan proses wajib bagi masyarakat di Malaysia. Selama proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru memainkan peranan utama dan penting dalam mencorakkan pemikiran serta minat pelajar untuk belajar. Kurikulum yang dilaksanakan akan disampaikan mengikut peringkat tertentu. Jika dilihat pada peringkat pertama, kanak-kanak akan mendahului prasekolah sebelum menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Di tahap prasekolah, kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun, awal-awal lagi mereka telah didedahkan dengan perkembangan sahsiah dan persediaan ke sekolah rendah. Pendedahan ini amat penting bertujuan melatih pemikiran serta perangai mereka apabila masuk ke sekolah rendah kelak. Seterusnya, setelah mereka mencapai umur 7 tahun, mereka akan melangkah masuk ke sekolah rendah di mana ia terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap pertama (tahun1 hingga tahun 3) dan tahap kedua (tahun4- tahun6). Bermula tahun 2011, semua sekolah rendah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standar Sekolah Rendah (KSSR). Melalui KSSR, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul menggantikan buku teks di mana guru-guru sedang dilatih dan disediakan menuju kepada KSSR. Pelaksanaan ini diharap dapat meningkatkan penguasaan murid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan interaktif kerana ia melibatkna dua bahasa iaitu Bahsa Melayu dan bahasa Inggeris sekaligus dapat meningkatkan penguasaan guru dalam mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains. Pada tahap satu sekolah rendah, lebih tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) berbanding 3M pada sebelum ini. Selain itu juga,
  4. 4. mereka didedahkan dengan kemahiran asas teknolgi komunikasi dan maklumat (ICT),perkembangan sosioemosi, kerohaniaan, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Pada tahapkedua sekolah rendah yang melibatkan murid darjah 4 hingga darjah 6, mereka akandiberi pengukuhan dan kemahiran dalam mengaplikasikan 4M, kemahiran asas ICT, danperkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Kemahiran yanglebih kompleks dan serta pemerolehan pengetahuan juga mencapai tahap yang lebihtinggi. KSSR ini juga terbahagi kepada tiga modul iaitu, Modul Asas Teras, Modul AsasTema, dan Modul Asas Elektif. Bagi menengah rendah iaitu tingkatan 1 hingga tingkatan 3, mereka tertumpu kepadapendidikan umum, peningkatan kemahiran yang diperoleh pada sekolah rendah,peningkatan bakat dan minat, asas pra vokasional, dan perkembangan sahsiah, nilai dansikap. Untuk tahap kedua, tingkatan 4 dan tingkatan 5, perkembangan minat dan bakat,perkembangan sahsiah, niali dan sikap, pengkhususan kerjaya dan pendidikan tinggi.Dalam menengah atas, mereka lebih tertumpu kepada pendidkan tinggi supaya merekadapat mengasah dan merangsang pemikiran serta memperluaskan lagi peluang yang adapada peringkat IPTA kelak.

×