Buku Panduan MMI
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Buku Panduan MMI

on

  • 11,598 views

 

Statistics

Views

Total Views
11,598
Views on SlideShare
10,693
Embed Views
905

Actions

Likes
8
Downloads
883
Comments
0

17 Embeds 905

http://panitiasainssmktds.blogspot.com 797
http://laieelamn.blogspot.com 76
http://panitiasainssmktds.blogspot.com.br 9
http://panitiasainssmktds.blogspot.de 6
http://panitiasainssmktds.blogspot.be 2
http://www.google.com.my 2
http://www.blogger.com 2
http://panitiasainssmktds.blogspot.ru 2
http://bea7602.1bestarinet.net 1
http://panitiasainssmktds.blogspot.kr 1
http://translate.googleusercontent.com 1
http://laieelamn.blogspot.it 1
http://laieelamn.blogspot.com.br 1
http://panitiasainssmktds.blogspot.com.au 1
http://panitiasainssmktds.blogspot.mx 1
http://panitiasainssmktds.blogspot.it 1
http://panitiasainssmktds.blogspot.fr 1
More...

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Buku Panduan MMI Buku Panduan MMI Document Transcript

  • Kementerian Pelajaran Malaysia2013
  • iMELINDUNGI MASA INSTRUKSIONALKEMBALI KEPADA YANG ASAS : PEMIMPIN INSTRUKSIONAL, GURUMENGAJAR DAN MURID BELAJARDiterbitkan olehKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • iiCETAKAN PERTAMA JANUARI 2013© KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAHak Cipta Terpelihara kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersil.Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaranatau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan apa alat jua pun, sama ada dengan caraelektronik, mekanik, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahuludaripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Perundingantertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.
  • iiiIsi KandunganGLOSARI ixKATA ALU-ALUANKETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAxiKATA ALU-ALUANTIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA(SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN)xiiKandungan Muka Surat1 PENDAHULUANPengenalan 22 MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONALMelindungi Masa Instruksional (Protecting Instructional Time)di Sekolah Untuk Meningkatkan Keberhasilan PembelajaranMuridHaji Sufa’at bin TuminTimbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia(Sektor Operasi Pendidikan)73 KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN3.1 Pemerhatian Guru Meninggalkan Bilik Darjah SemasaProses Pembelajaran dan PengajaranDr.Mohd Suhaimi bin Mohamed AliAbd Munir bin Mohd RashidNadimin bin Abdul AzizJemaah Nazir dan Jaminan Kualiti39
  • iv3.2 Kepimpinan InstruksionalDr. James Ang Jit EngHaji Abdul Razak bin AliasInstitut Aminuddin Baki553.3 Jadual WaktuBong Muk ShinBahagian Pendidikan Khas653.4 Melindungi Masa Instruksional dalam KegiatanKokurikulum di Sekolah: Isu dan CadanganPenyelesaianMahamad Amran bin KamsiBahagian Kokurikulum dan Kesenian743.5 Pengurusan Masa dalam Konteks PelaksanaanPentaksiran Berasaskan SekolahRohesan bin MuhamadLembaga Peperiksaan Malaysia953.6 Pengoperasian Latihan dalam Perkhidmatan (LDP)Berasaskan Sekolah (School Based)Ahmad Zaki bin SallehRazlee bin MohamadHabidah@Abidah binti IbrahimBahagian Pendidikan Guru1094 KERTAS AMALAN TERBAIK PENGURUSAN SEKOLAH4.1 Melindungi Masa Instruksional (ProtectingInstruksional Time) di Sekolah Untuk MeningkatkanKeberhasilan Pembelajaran MuridGhazali bin KassimSK Seri Indera, Kangar, Perlis1224.2 Guru Mengajar Murid BelajarHajah Siti Aminah binti Hj IbrahimSMK Bandar Bukit Kayu HitamBukit Kayu Hitam, Kedah Darulaman1334.3 DOS (Do Something)(JANGAN DUDUK SAHAJA)Zakaria bin OthmanSK Seri Impian, Bukit Mertajam, Pulau Pinang150
  • v4.4 Pengalaman Sekolah di Negeri Sembilan dalamMelindungi Masa InstruksionalHaji Hamidon Bin Haji KhalidSMK Senawang 3, Taman Marida, Seremban1664.5 Guru Bercuti dan Tidak Hadir ke Sekolah, CaraMenangani dan PenyelesaiannyaDr. Hajah Rosnanaini binti Haji SulaimanSMK Malim, Melaka1784.6 Amalan Terbaik Melindungi Masa Instruksional diSMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala KraiHaji Komaruddin bin Abdullah, A.S.K.SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, Kelantan1934.7 Pengurusan Sekolah dalam Melindungi MasaInstruksional di Sekolah untuk MeningkatkanKeberhasilan Pembelajaran MuridMukhtar bin Haji KasimSMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau, Perlis2104.8 Melindungi Masa Instruksional di SMK SultanahBahiyahHajah Rahinun binti Mohd Noor, B.C.K.SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah2224.9 Memaksimumkan Waktu Pembelajaran danPengajaranKhaliqul Zaman bin Mohamed Sheriff,SMK Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang2444.10 Melindungi Masa Instruksional Melalui PolisiPengurusan Sekolah dan Program KhasRusnani binti SharuddinSMK Raja Perempuan, Ipoh, Perak2614.11 Program Relief Berkesan Melindungi MasaInstruksional dan Meningkatkan Masa PembelajaranBerkesan di dalam Bilik DarjahRadhiah binti MuhammadRohani binti RoslanSMK Puteri Wilayah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur2704.12 Protecting Instructional Time : Mengatasi MasalahGuru Meninggalkan Kelas Kerana Tugasan LuarJabatan Pelajaran Negeri SembilanSM Teknik Tuanku Ja’afar, Seremban280
  • vi4.13 Amalan Melindungi Masa Instruksional di SekolahMenengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib,Kuantan, Pahang.Haji Bahtiar bin SanusiAhmad Zamri bin Md IsaSMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang2934.14 Inisiatif Memperkasa Masa Instruksional : GuruGanti Sistematik (GGS)Sektor Pengurusan AkademikJabatan Pelajaran Negeri Sabah3114.15 Program Inovatif Pengurusan Sekolah Dalam MmiDalam Kalangan Murid (Program Permata Bonus)Dan Guru (Program Training Of The Trainers) DiSMK Riam Miri (2000 – 2005)Hajah Serina binti SauniSM Sains Miri, Sarawak3255 KERTAS AMALAN TERBAIK GURU5.1 Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untukKeberhasilan Pembelajaran Murid Formula SejarahMohd Jamil Bin RosliSMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau, Perlis3635.2 Kit Pembelajaran Bijak Matematik Tambahan(Bidang Pembelajaran: Pilih atur dan Gabungan)Suhaimi bin Mohd TabieeSMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, PulauPinang3775.3 Memelihara Masa Instruksional Mata Pelajaran:Biologi, Strategi : ‘Guru Muda’Roziah AyubSMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak3825.4 Blog Modul Pembelajaran KendiriGempurbio.Blogspot: Alternatif kepada Pengajarandan Pembelajaran Tanpa Guru.Mahadiah binti MudaSM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur3885.5 Intergrasi Idea Kreatif, Inovatif Melindungi MasaInstruksional di SekolahMuhamad Shahlyme bin Abd WahidHaryani binti IsmailSK Yamtuan Lenggang, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan401
  • vii5.6 Pengurusan Melindungi Masa Instruksional(Protecting Instructional Time) Yang Berkesan diSekolahKatherine Tan Teck NeoSK Convent Infant Jesus 1 (M), Melaka4205.7 Guru Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus (2)Unik dan CemerlangHamimah binti HamidJamilah binti OsmanNorrehan binti MohamadNuur Hidayah binti Ab HamidSK Convent Infant Jesus 2, Melaka4285.8 Meningkatkan Kemahiran Murid Menjawab SoalanGeografi PMR Berdasarkan Peta denganMenggunakan Teknik, “Tak Kenal Maka Tak Cinta”Rohani binti HamzahSMK Durian Daun, Melaka4455.9 Kepimpinan Instruksional: Melindungi MasaPembelajaran Miracle Fingers(Matematik Sekolah Rendah Tahap 2)Shahril bin OthmanAzmi bin Abd RahimRahim bin HassanSK Maran, Maran, Pahang4615.10 Team Teaching Sebagai Langkah Melindungi MasaInstruksionalNoraini binti IbrahimSK Tengku MahmudNurul Syafinaz binti IshakSM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut4785.11 Pengajaran Berkesan Penggunaan Wazan Boarddalam Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa ArabAndi Kaswia binti Abdul KadirSMKA Kota Kinabalu, Sabah4965.12 HUBAGAM: Pendekatan Kontekstual Visual dalamPembelajaran dan Pengajaran (PdP) Iqra’Farida binti Abdul RahmanSK Pekan Satu, Wilayah Persekutuan Labuan5055.13 Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan DiSekolah Untuk Meningkatkan KeberhasilanPembelajaran MuridMohd Fauzi bin HashimSK Paya, Beseri, Perlis515
  • viii5.14 Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan Di BilikDarjah Dapat Menjana Modal Insan YangBerpengetahuan, Berkemahiran, Dan MenghayatiNilai-Nilai MurniAb. Aziz bin OmarSMK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas, Kelantan527PENYUMBANG 552
  • ixGLOSARIKPM - Kementerian Pelajaran MalaysiaJPN - Jabatan Pelajaran NegeriPPD - Pejabat Pelajaran DaerahJPA - Jabatan Perkhidmatan AwamBPG - Bahagian Pendidikan GuruIAB - Institut Aminuddin BakiJNJK - Jemaah Nazir dan Jaminan KualitiBKK - Bahagian Kokurikulum dan KesenianBPSH - Bahagian Pengurusan Sekolah HarianPPK - Pusat Perkembangan KurikulumLP - Lembaga PeperiksaanPdP - Pengajaran dan PembelajaranMMI - Melindungi Masa InstruksionalSOP - Standard Operating Procedure (Prosedur Standard Operasi)LDP - Latihan Dalam PerkhidmatanSIP - School Improvement Programme (Program Peningkatan Sekolah)PLC - Profesional Learning Community (Komuniti Pembelajaran Profesional)RPH - Rancangan Pengajaran HarianRPT - Rancangan Pengajaran TahunanNILAM - Nadi Ilmu Amalan MembacaHIV - Human Immunodeficiency ViirusAIDS - Acquired Immuno Deficiency SyndromeAJK - Ahli JawatankuasaJK - Jawatankuasa
  • xPK - Penolong KananHEM - Hal Ehwal MuridPIBG - Persatuan Ibubapa dan GuruBBM - Bahan Bantu MengajarVRC - Virtual Repository Centre (Pusat Repositori Maya)NKRA - National Key Result Area (Bidang Keberhasilan Utama Negara)SPPK - Sektor Pengurusan Pembangunan KemanusiaanTALIS - Teaching and Learning International Survey (Kajian AntarabangsaPengajaran dan Pembelajaran)ALT - Academic Learning Time (Masa Pembelajaran Akademik)SK - Sekolah KebangsaanSPI - Surat Pekeliling IkhtisasTOV - Take-Off ValueOTI - Operational Target IncreaseETR - Expected Target ResultOKU - Orang Kurang UpayaPBS - Pentaksiran Berasaskan SekolahPS - Pentaksiran SekolahPPsi - Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan danKokurikulum (PAJSK)PAJSK - Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan KokurikulumKSSR - Kurikulum Standard Sekolah RendahSistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)SPPBS - Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)SMK - Sekolah Menengah KebangsaanSK - Sekolah KebangsaanPPPLD - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
  • xiKata Alu-aluanKetua Pengarah Pelajaran MalaysiaYBhg. Tan Sri Abd Ghafar bin MahmudSyabas dan tahniah kepada Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian PelajaranMalaysia atas inisiatif menerbitkan Buku Melindungi Masa Instruksional. Inisiatif iniselaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 yangmelakarkan visi agar sistem pendidikan negara mampu menghadapi persainganekonomi global dalam memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.Inti pati buku ini bersesuaian dengan aspirasi yang terkandung dalamGelombang 1 (2013 – 2015) PPPM iaitu mengubah sistem dengan memberikansokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Pihak pengurusansekolah semestinya memastikan keberadaan guru di sekolah dan seterusnyameningkatkan kualiti kemahiran pengajaran guru melalui kepimpinan instruksional.Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpininstruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Pemimpinsekolah yang mengamalkan kepimpinan instruksional sewajarnya menyelaras danmenentukan program pembangunan profesionalisme guru.Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu pemimpin sekolah dan guruuntuk memberikan perhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolahsupaya kualiti pembelajaran murid dapat ditingkatkan. Semua warga sekolahseharusnya memanfaatkan buku ini sepenuhnya dengan menjadikannya sebagaipanduan dan rujukan utama bagi mencapai elemen kualiti dan memenuhi aspirasisistem pendidikan negara.Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud
  • xiiKata Alu-aluanTimbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia(Sektor Operasi Pendidikan)YBrs. Tuan Haji Sufa’at bin TuminSetinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan petugas Sektor Operasi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia atas penerbitan Buku Melindungi MasaInstruksional. Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu ke arah memantapkandan meningkatkan kualiti tahap profesionalisme kepimpinan pengurus sekolah sertawarga pendidik dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Sayaamat berkeyakinan bahawa buku ini dapat memberikan sumbangan yang amatsignifikan kepada usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mencapai sasaranPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.Pengetua dan Guru Besar yang berperanan sebagai pemimpin instruksional perlumemberikan tumpuan kepada tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuatkeputusan, memelihara, dan mempertahankan perkara-perkara asas dalammengoptimumkan masa PdP. Kepimpinan sekolah seharusnya merancang danmenyusun semula sumber-sumber untuk menyokong program perkembangan staf danaktiviti sekolah dalam mencipta satu iklim integriti dan penambahbaikan secaraberterusan. Di samping itu, kepimpinan sekolah perlu melibatkan pemimpinmasyarakat dan komuniti setempat bagi meningkatkan jaring profesionalisme interdan intra sekolah, daerah dan negeri dalam meningkatkan keberhasilan pembelajarandalam kalangan murid.Guru merupakan sasaran utama dalam usaha membangunkan peningkatan kualitiinstruksional berdasarkan latihan semula dan meningkatkan kemahiran pengajaranguru melalui kaedah pembangunan professional learning community (PLC) sertaprofesionalsime guru yang lebih kontekstual. Semua pihak yang terlibat perlumenggembleng tenaga dalam memainkan peranan masing-masing untuk memastikanamalan melindungi masa instruksional dipraktiskan di sekolah. Senario ini, diharapdapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada pencapaian matlamat PPPM2013 – 2025.Sesungguhnya buku ini telah berjaya mengupas secara meluas dan mendalamtentang tanggungjawab kepimpinan pendidikan dalam konteks melindungi masainstruksional yang menjadi tunjang utama kepimpinan instruksional. Semoga pihakpengurusan sekolah berupaya memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesanatau academic learning time dalam kalangan murid di semua sekolah.HAJI SUFA’AT BIN TUMIN
  • M u k a S u r a t | 1Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENDAHULUAN1
  • M u k a S u r a t | 2Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANKemajuan pendidikan di negara ini sentiasa diberi keutamaan dalam semuaagenda kerajaan termasuk Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yangmemberikan fokus kepada pembangunan modal insan bagi memajukanekonomi negara. Kepentingan pembangunan pendidikan turut menjadi fokusdalam setiap bajet yang dibentangkan oleh kerajaan. Bagi tahun 2013, sektorini menerima peruntukan berjumlah RM38.7 billion meliputi 21% daripadaperuntukan keseluruhan bajet negara. Perkembangan ini membuktikankesungguhan kerajaan memberikan pendidikan berkualiti kepada rakyat dinegara ini.Bagi memastikan hasrat kerajaan untuk memberikan pendidikan berkualitikepada rakyat tercapai maka semua peringkat pengurusan pendidikan perlumelaksanakan peranan masing-masing dengan berkesan. Peranan dantanggungjawab mereka bagi memajukan pendidikan di negara ini telahdiperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996. Malah, Pelan PembangunanPendidikan Malaysia 2013–2025 telah menjelaskan beberapa inisiatif bagimemastikan kemenjadian murid selaras dengan hasrat Falsafah PendidikanKebangsaan.Sejak belakangan ini, isu kemenjadian murid telah menjadi perhatian danperbahasan dalam kalangan ibu bapa, pemimpin, dan para pendidik. Oleh itu,beberapa pendekatan telah dilaksanakan melibatkan pemantapan pelaksanaankurikulum dan kokurikulum di sekolah. Antara pendekatan yang perludilaksanakan segera ialah meningkatkan kepimpinan instruksional di semuaperingkat pengurusan pendidikan. Pendekatan ini perlu diperkasakan sebagaiusaha menambah baik dan memantapkan kepimpinan pengajaran danpembelajran (PdP) di sekolah.
  • M u k a S u r a t | 3Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPendekatan ini juga berhasrat meningkatkan keberhasilan pembelajaranmurid seperti yang difokuskan dalam semua program dan rancangan yangdirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sejajar dengan itu,KPM perlu menyediakan pelan tindakan yang sesuai bagi memastikan PdPdapat dilaksanakan tanpa halangan di sekolah.Melindungi Masa Instruksional (MMI) merupakan salah satu komponenfungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secaraberkesan di sekolah. Komponen ini perlu diberi perhatian bagi membangunkanmodal insan yang kreatif, kritis, dan inovatif. Malah, kejayaan melaksanakanfungsi ini dapat menyediakan murid-murid untuk menghadapi semua peringkatpeperiksaan dengan lebih sempurna.Peningkatan masa instruksional perlu dipastikan untuk mengoptimumkankeberkesanan pembelajaran dalam kalangan murid. Sehubungan dengan itu,penerbitan buku ini berhasrat untuk mengumpulkan amalan-amalan terbaikuntuk dikongsi oleh semua pihak yang bertanggungjawab menguruskan masainstruksional di sekolah. Diharapkan idea-idea dan amalan-amalan yangdipaparkan serta amalan terbaik di institusi masing-masing boleh digarap bagimemantapkan pengurusan pendidikan dan pembelajaran. Buku ini turutmenyediakan pelan tindakan yang bersepadu dari peringkat JPN sehingga kesekolah sebagai panduan pelaksanaan program ini.Objektif pelaksanaan program MMI ialah:a) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahamikonsep melindungi masa instruksional,
  • M u k a S u r a t | 4Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarb) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapatmeningkatkan usaha MMI (protecting instructional time) disekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid,c) semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat PelajaranDaerah (PPD) dapat menyebarluaskan konsep MMI (protectinginstructional time) di semua sekolah di bawah pentadbiranmereka,d) memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan (academiclearning time) dalam kalangan murid di semua sekolah, dane) memastikan guru mesti berada di kelas dan melaksanakanpembelajaran dengan berkesan.Dalam Bab 2, penjelasan tentang konsep, matlamat dan strategimelindungi masa instruksional dihuraikan bagi menjelaskan kepentinganpendekatan ini. Malah, diperincikan peranan Pengetua dan Guru Besar sebagaipemimpin instruksional melaksanakan perkara-perkara asas bagimengoptimumkan masa pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan inimerupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalammenjayakan pembelajaran berkesan di sekolah.Manakala dalam Bab 3, dihimpunkan kertas cadangan pelaksanaan yangmenjelaskan tentang pengurusan sekolah yang efektif ke arahmenyempurnakan pembelajaran di dalam kelas dan di luar kelas. Pemeriksaandi sekolah mendapati terdapat sebilangan guru yang meninggalkan bilik darjahdan tidak melaksanakan PdP sama ada disebabkan tugas rasmi atau tidak rasmi.Justeru, dikemukakan beberapa cadangan berkaitan pengurusan kurikulum,
  • M u k a S u r a t | 5Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarkokurikulum, jadual waktu dan latihan bagi mengatasi masalah ketiadaan gurudi dalam kelas.Terdapat pengurus sekolah yang telah berjaya MMI dengan berkesan danmemberikan impak yang besar kepada institusi berkenaan. Kejayaan Pengetuadan Guru Besar ini dikongsikan dalam Bab 4. Impak daripada kejayaan-kejayaan ini turut mewujudkan iklim yang kondusif dan menyumbang kepadakecemerlangan sekolah. Manakala Pengarah JPN dan Ketua Sektor JPNberkongsi pengalaman tentang amalan pengurusan sekolah yang terbaik.Mereka menjelaskan tentang kepentingan perancangan yang sistematik bagimenguruskan PdP di sekolah. Antara aspek yang diberi fokus ialah polisipengurusan sekolah, guru ganti (relief), program khas, dan amalan MMI.Kertas kerja amalan-amalan terbaik oleh guru dihimpunkan dalam Bab 5.Sejumlah 14 kertas kerja berkenaan telah membincangkan teknik dan kaedahPdP yang berkesan mengikut mata pelajaran. Kepakaran guru-guru ini telahberjaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid yang terlibat.Keseluruhannya, bagi MMI dengan berkesan di sekolah maka semuapihak perlu memainkan peranan masing-masing secara konsisten dan mematuhiprosedur sedia ada. Keprihatinan untuk tidak mengganggu masa instruksionaldi sekolah memungkinkan semua murid mendapat pendidikan yang sempurna.Penyediaan pendidikan yang berkualiti akan melahirkan modal insan yangberpotensi untuk memajukan ekonomi, sosial, dan kesejahteraan negara padamasa akan datang.
  • M u k a S u r a t | 6Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMELINDUNGI MASAINSTRUKSIONAL (MMI)2
  • M u k a S u r a t | 7Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (PROTECTINGINSTRUCTIONAL TIME) DI SEKOLAH UNTUKMENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURIDolehHAJI SUFA’AT BIN TUMINTimbalan Ketua Pengarah Pelajaran MalaysiaSektor Operasi PendidikanKementerian Pelajaran MalaysiaAbstrakPenulisan ini akan membincangkan isu berkait dengan pengurangan masainstruksional di sekolah yang berlaku tanpa disedari dan mengganggu masainstruksional. Hal ini mengakibatkan murid tidak dapat belajar secara berkesandisebabkan oleh beberapa gangguan yang berlaku. Antara objektif penulisan iniadalah untuk melihat betapa pentingnya pemimpin sekolah dan guru memberikanperhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah untuk meningkatkankualiti pembelajaran murid. Tempoh masa instruksional yang dikhususkan untukpembelajaran berkesan secara realiti tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana berlakupelbagai gangguan instruksional. Senarai gangguan masa instruksional yang dikenalpasti boleh dikategorikan kepada dua faktor utama, iaitu, faktor pengurusan sekolahdan faktor instruksional guru. Peningkatan kualiti instruksional dalam kalangan gurumerupakan sasaran utama dengan meningkatkan keberadaan guru di sekolah danmeningkatkan kemahiran pengajaran guru melalui kepimpinan instruksional.Pembangunan profesionalisme guru akan lebih diperturun kuasa penentunya kepadapemimpin sekolah yang lebih memahami masalah pembelajaran murid selaras denganekosistem sekolah berkenaan. Melindungi masa instruksional merupakan salah satukomponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secaraberkesan di sekolah. Komponen ini perlu diberikan perhatian dalam memastikanpeningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insanyang kritis, kreatif, dan inovatif.
  • M u k a S u r a t | 8Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANPendidikan masa ini memberikan perhatian utama tentang peningkatan kualitipembelajaran murid. Beberapa inisiatif dirancang dan dilaksanakan bagimeningkatkan kualiti pembelajaran murid. Perancangan pendidikan yangdisediakan mensasarkan semua murid dapat mengakses pendidikan berkualitidan mampu berkembang sewajarnya mengikut keupayaan masing-masing.Penulisan ini akan membincangkan isu berkaitan dengan penguranganmasa instruksional di sekolah yang berlaku tanpa disedari dan mengganggumasa instruksional. Hal ini mengakibatkan murid tidak dapat belajar secaraberkesan disebabkan oleh beberapa gangguan yang berlaku. Penulisan ini jugaakan membahaskan keperluan pemimpin sekolah dan guru memberikanperhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah untukmeningkatkan kualiti pembelajaran murid. Perlindungan masa instruksionalboleh dilakukan melalui pemimpin sekolah sebagai pemimpin instruksionaldan guru yang melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.PEMBANGUNAN PENDIDIKANIlmu pengetahuan atau pendidikan ialah tonggak kepada pembangunantamadun serta menjadi asas ke arah kecemerlangan negara. Malaysiamensasarkan untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.Justeru, kerajaan memberikan keutamaan kepada pembangunan sistempendidikan dalam melahirkan tenaga kerja berbakat, berkemahiran tinggi,mempunyai daya kreativiti serta berinovatif.Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program transformasi yangmencakupi bidang pendidikan dalam melahirkan modal insan yang holistik.
  • M u k a S u r a t | 9Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarProgram Transformasi Kerajaan sesungguhnya berhasrat untuk memastikansetiap rakyat dapat mengecapi nikmat pembangunan berdasarkan semangatkeutuhan perpaduan bagi mendukung Konsep 1Malaysia.Susulan daripada itu, Transformasi Pendidikan Negara melalui BidangKeberhasilan Utama Negara Kementerian Pelajaran Malaysia (NKRA KPM)merupakan manifestasi kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikannegara. Menerusi hasrat dan matlamat ini, kerajaan berkeyakinan bahawa usahamerakyatkan peluang pendidikan dan kecemerlangan pendidikan ke seluruhpelosok negara dapat dilaksanakan.Pembangunan pendidikan tidak ketinggalan diberikan keutamaan dalamRancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) iaitu secara khususnya kerajaanmemberikan fokus kepada rancangan pembangunan modal insan dalam usahamembangun dan memperkembang ekonomi negara. Pembangunan modal insanjuga merupakan kerangka hala tuju pendidikan negara yang memberikankeutamaan untuk memastikan pendidikan berkualiti disediakan bagi semuamurid. Tambahan pula, keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokusutama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM. Sejajardengan itu, KPM perlu memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halanganbagi mencapai objektif yang disasarkan dalam usaha meningkatkankeberkesanan pembelajaran murid.Kepentingan pembangunan pendidikan turut menjadi fokus dalam Bajet2012 bertemakan, “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat,Mensejahtera Negara”. Untuk mengukuh dan memastikan kejayaan inisiatifatau program Transformasi Pendidikan Negara, pembangunan modal insanmenjadi perhatian khusus melalui salah satu fokus Bajet 2012. Fokus kedua :mengungguli modal insan, mencerna kreativiti, dan mencetus inovasi. Hal
  • M u k a S u r a t | 10Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarsedemikian ini memperlihatkan keperihatinan Kepimpinan Negara. untukmembela dan mensejahterakan rakyat masa ini dan akan datang.Guru termasuk pemimpin sekolah merupakan agen utama pelaksana dasarkerajaan pada peringkat akar umbi agar apa yang dirancang oleh kerajaandapat diuar-uarkan kepada rakyat. Sehubungan dengan itu, tema sambutan HariGuru peringkat kebangsaan “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”telah memperlihatkan peranan guru dalam pembangunan negara. Dalam hal ini,guru yang telah dilantik sebagai Guru Cemerlang mempunyai peranantersendiri dan menjadi barisan hadapan serta pakar rujuk kepada guru lainsejajar dengan pengiktirafan yang diberikan. Guru Cemerlang seharusnyabersedia menjadi pemangkin dalam melaksanakan segala program transformasipendidikan di peringkat akar umbi.Guru Cemerlang semestinya unggul dan berani melakukan transformasidalam mencorak budaya berfikir dan cara bekerja yang lebih relevan denganarus perubahan semasa. Selaras dengan tema iaitu “GURU CEMERLANGPEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN”.KEBERHASILAN PEMBELAJARAN FOKUS SISTEM PENDIDIKANDriscoll, 2000; Gagne, 1965 menyatakan bahawa pembelajaran merupakan satuproses yang pada akhirnya berlaku perubahan tingkah laku pada murid.Mengikut Piaget, (1971) pembelajaran ialah pembinaan skema (strukturkognitif) dalam usaha individu memahami persekitarannya. Hal sedemikian,kurikulum yang dibina memerlukan aspek pembangunan pembelajaran denganmerangka perkembangan perubahan tingkah laku murid secara berperingkat-peringkat daripada konkrit ke abstrak. Perubahan tingkah laku dilihat daripadaperspektif perubahan perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai, dan
  • M u k a S u r a t | 11Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarsikap. Perkembangan yang berlaku pada murid dirancang dan dijelmakandalam kurikulum sekolah yang akhirnya perlu diterjemah dan direalisasikandalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru di dalam bilik darjah.Dewasa ini para cendekiawan dan pendidik sering membincangkanpencapaian pembelajaran murid berfokus kepada apa yang diperoleh murid.Dengan kata lain, hasil pembelajaran atau learning outcomes merupakansasaran proses pembelajaran serta semua rancangan atau inisiatif pembangunanpendidikan negara peringkat global termasuk sistem pendidikan Malaysia.Secara umum, hasil pembelajaran merupakan pernyataan yang dibinamengenai apa yang diketahui oleh murid dan berupaya melakukannya sebagaihasil atau result setelah menjalani aktiviti pembelajaran. Pernyataan yangdibina menjelaskan perubahan tingkah laku murid selepas melalui sesuatuproses pembelajaran. Ciri-ciri hasil pembelajaran yang baik dapat dilihatmelalui tingkah laku yang boleh diukur serta dilakukan oleh murid. Hasilpembelajaran sering menjadi panduan untuk liputan kandungan pengajaran,proses pengajaran, dan pentaksiran. Hasil pembelajaran yang mudah danringkas seharusnya mempunyai tiga elemen penting iaitu, siapa dan apakahaktiviti yang perlu dilakukan serta apakah hasil yang hendak dicapai daripadaaktiviti yang dilakukan.Sebagai pendidik atau perancang sistem pendidikan negara, pencapaianhasil pembelajaran untuk semua murid wajib diberikan perhatian selarasdengan prinsip akses, ekuiti, dan kualiti. Dalam hal ini, pencapaian hasilpembelajaran mencerminkan kejayaan peranan Kementerian dalammenyediakan sistem pendidikan yang memberikan keutamaan kepada kualiti.Namun, perbahasan mengenai akses, ekuiti, dan kualiti masih berlanjutanapabila berlaku perbandingan secara terperinci antara sekolah, murid dan iklimsekolah yang masih terdapat jurang di antaranya.
  • M u k a S u r a t | 12Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarJelas pada kita, 4 sub-NKRA Pendidikan kini menjadi cabaran utama.Pelaksanaan inisiatif sub-NKRA Pendidikan dilaksanakan dengan berfokuskepada apa dan bagaimanakah sesuatu inisiatif atau program yang dirancangmenyumbang kepada peningkatan keberhasilan pembelajaran murid. Dengankata lain, sebarang perancangan pendidikan atau inisiatif Kementerian berfokuskepada, “apakah impak atau hasilnya kepada pembelajaran murid”. Penekananini selari dengan slogan “1Malaysia ; Rakyat Didahulukan, PencapaianDiutamakan”.Pada masa yang sama, beberapa inisiatif lain dalam ProgramTransformasi Kerajaan juga memberikan tumpuan kepada impak pembelajarankepada murid dengan hasrat untuk menghasilkan modal insan yang bersifatkreatif dan berinovatif sejajar dengan arus pembangunan negara masa depan.KEPENTINGAN PEMIMPIN DAN GURU DALAM SISTEMPENDIDIKANKebolehan dan kecekapan pemimpin sekolah dan guru merupakan satu faktorpenentu kepada kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan negara pada asasnyaterletak di tangan guru termasuk pemimpin sekolah. Mc Kinsey & Company(2007) dalam laporan kajian perbandingan sistem pendidikan beberapa negaraperingkat global merumuskan perkara berikut:a) The quality of an education system cannot exceed the qualityof its teachers,b) The only way to improve outcomes is to improve instruction,danc) High performance requires ever child to succeed.
  • M u k a S u r a t | 13Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarDapatan kajian berkenaan juga mencabar sistem pendidikan negara ini. Dimanakah sebenarnya kualiti pendidikan negara Malaysia? Adakah apa yangdiperkatakan signifikan dikaji dalam pelaksanaan sistem pendidikan negarakita? Merujuk dapatan berkenaan, para pemimpin sekolah dan guru ialah agenutama dalam menjayakan pelaksanaan dasar baharu kerajaan di peringkat akarumbi. Penubuhan Pintar Foundation dan Yayasan Khazanah pada Oktober2010, bertujuan membawa transformasi sistem pendidikan melalui perubahanparadigma pemikiran dan gaya bekerja para pemimpin sekolah, guru, danwarga sekolah. Justeru, kepentingan guru dan pemimpin menjadi fokus utamadalam membangunkan sistem pendidikan negara.Selari dengan itu, Sektor Operasi Pendidikan (SOP) berperanan mencapaimatlamat meningkatkan kualiti pembelajaran murid melalui kepemimpinansekolah dan guru. Lantaran itu, pemastian kualiti pengajaran dan pembelajarandi sekolah dipertanggungjawabkan kepada lapan Bahagian iaitu:a) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,b) Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan SekolahKecemerlangan,c) Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional,d) Bahagian Pendidikan Khas,e) Bahagian Pendidikan Islam,f) Bahagian Sukan,g) Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, danh) Bahagian Pendidikan Swasta.Tanggungjawab ini juga dipikul bersama oleh Sektor PengurusanPembangunan Kemanusiaan (SPPK) iaitu:
  • M u k a S u r a t | 14Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajara) Pembangunan profesionalisme guru oleh Bahagian Pendidikan Guru(BPG),b) Pembangunan kepimpinan sekolah oleh Institut Aminuddin Baki(IAB), danc) Pemeriksaan institusi pendidikan oleh Jemaah Nazir dan JaminanKualiti (JNJK).Peranan yang harus dilakukan oleh semua bahagian yang terlibat amatkritikal bagi memastikan apa yang dirancang diterjemah dan dilaksanakandengan sempurna di sekolah bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid.Guru Cemerlang yang disasarkan menjadi model kepada guru lain seharusnyaberperanan sewajarnya sebagai agen pelaksana dasar kerajaan. Persoalannya,“Apakah yang dapat kita sumbangkan untuk menyediakan peluang pendidikandan meningkatkan kualiti pembelajaran semua murid?”.KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL UNTUK KUALITIPEMBELAJARAN MURIDMelindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsipemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan disekolah. Komponen ini perlu diberikan perhatian dalam memastikanpeningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modalinsan yang kritis, kreatif, dan inovatif. Merujuk Lampiran 1 dan 2.Smith dan Andrew (1989) menyatakan kepimpinan instruksional sebagaiadunan daripada pelbagai tugas sebagai pencerapan di bilik darjah,pembangunan staf dan pembangunan kurikulum.
  • M u k a S u r a t | 15Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPeranan yang penting dan bermakna yang dilaksanakan oleh Pengetua danGuru Besar sebagai pemimpin instruksional perlu memberikan tumpuan kepadaarahan, tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan, memeliharadan mempertahankan perkara-perkara asas (basics), memanfaat danmengoptimumkan masa PdP, menyokong perkembangan staf yang berterusan,merancang dan menyusun semula sumber-sumber untuk menyokong programdan aktiviti sekolah dalam mencipta satu iklim integriti, dan penambahansecara berterusan.Kepimpinan pengajaran seperti yang diutarakan oleh Hallinger danMurphy (1987) merujuk peranan Pengetua dan Guru Besar dalam menentukanmatlamat sekolah untuk meningkatkan PdP di sekolah. Susulan daripada itu,terdapat 11 fungsi yang berperanan dalam keberhasilan pembelajaran murid.a) Penentuan matlamat sekolah,b) Penyelarasan matlamat sekolah,c) Pencerapan dan penilaian pengajaran,d) Penyelarasan kurikulum,e) Pengurusan kemajuan pelajar,f) Pengawalan waktu pengajaran dan pembelajaran,g) Sokongan dalam aktiviti pengajaran,h) Pengukuhan usaha guru,i) Penggalakan perkembangan profesional,j) Penguatkuasaan dasar akademik pelajar, dank) Pemberian insentif untuk pembelajaran.Keberhasilan pembelajaran murid (student learning outcomes) merupakantumpuan utama dalam rancangan pembangunan pendidikan negara di seluruhdunia termasuk Malaysia. Dalam kajian antarabangsa Teaching and LearningInternational Survey (TALIS) pemimpin sekolah melaporkan faktor guru
  • M u k a S u r a t | 16Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajardatang lewat, ketidakhadiran, dan kurang persediaan pedagogi merupakanfaktor mengganggu masa pembelajaran murid (OECD, 2010). Merujuk Jadual1, faktor yang dikaji dikaitkan dengan ciri kepimpinan instruksional yangmemastikan iklim sekolah yang positif untuk pembelajaran berkesan.Jadual 1: Faktor guru dalam mewujudkan iklim sekolahNegara Lewat sampai disekolahTidak hadir KurangpersediaanpedagogiAustralia 7.8% 22.9% 35.8%Malaysia 13.2% 19.5% 30.2%Korea 17.8% 23.3% 33.8%Iceland 14.1% 24.0% 12.7%TALIS (Purata) 15.3% 25.8% 24.1%Sumber : Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), 2009.Jadual 1 secara tidak langsung menjelaskan bagaimana faktor guru secaralangsung mengganggu masa instruksional di sekolah yang mengurangkankeberhasilan pembelajaran murid. Peratusan guru tidak bersedia dari segipedagogi melampaui data purata TALIS yang menyumbang kepada gangguanmasa instruksional sekolah.Selain itu, faktor kepimpinan sekolah juga dikaji bagaimana iamempengaruhi masa instruksional di sekolah. Hallinger & Murphy (1987) telahmengemukakan kerangka kepimpinan instuksional yang menegaskan bahawaterdapat tiga dimensi kepimpinan instruksional, iaitu mendefinisikan misisekolah, mengurus kurikulum dan pengajaran, dan mempromosikan iklimpembelajaran sekolah. Ketiga-tiga dimensi tersebut ditunjuk dalam Jadual 2.Setiap dimensi mengandungi beberapa pengkhususan fungsi tugasan yang
  • M u k a S u r a t | 17Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarseterusnya melibatkan kepelbagaian tingkah laku dan amalan Pengetua danGuru Besar.Jadual 2 : Kerangka Kepimpinan InstruksionalDimensi FungsiMendefinisi misi sekolah 1.Merangka Matlamat Sekolah2.Menyampaikan Matlamat SekolahMengurus kurikulum danpengajaran3.Penyeliaan dan Penilaian Instruksional4.Menyelaras kurikulum5.Memantau Kemajuan MuridMempromosi iklimpembelajaran sekolah6.Melindungi Waktu PdP7.Membudayakan PerkembanganProfesional8.Mengekalkan Ketampakan (Visibility)9.Menyediakan Ganjaran kepada Guru10.Penguatkuasaan Standard Akademik11.Menyediakan Insentif kepada MuridKemahiran pemimpin mewujudkan iklim pembelajaran positif danmengawal waktu PdP menghasilkan sekolah yang cemerlang dan murid yangberkualiti. Iklim sesebuah sekolah dapat dilihat dengan menilai kewujudanfaktor-faktor yang mempengaruhi proses pembentukannya. Sebarang programuntuk membaiki iklim sekolah yang ingin dilaksanakan perlulah ditumpukankepada aspek kemanusiaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segijasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS) selari dengan FalsafahPendidikan Kebangsaan. Berdasarkan hasil kajian meta analisis mengenaiperbandingan jenis kepimpinan pemimpin sekolah, ciri kepimpinaninstruksional pemimpin sekolah didapati mempunyai kesan purata tiga hingga
  • M u k a S u r a t | 18Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarempat kali ganda terhadap keberhasilan pembelajaran murid berbandingkepimpinan transformasional (Robinson, Llyod & Rowe, 2008). Kajian lokaljuga mendapati kepimpinan instruksional mempunyai perkaitan hubungan yangsignifikan dan positif dengan pencapaian akademik murid (Seminar NasionalPengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Kali ke-19). Pemimpin sekolah yangmempunyai ciri kepimpinan instruksional dalam komponen melindungi masainstruksional mempunyai hubungan positif dengan peningkatan pencapaianakademik murid.ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPelbagai isu pendidikan sering dibahaskan oleh umum dan antaranyamembincangkan kenapa ada murid yang masih tidak boleh membaca ataumengira selepas melalui sistem pendidikan negara. Isu yang dibahaskan berkaitdengan isu keberkesanan PdP di sekolah yang secara langsung mempengaruhikeberhasilan pembelajaran murid. Guru perlu melakukan penilaian yangberterusan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid sertamengambil tindakan segera mengatasi kelemahan yang dapat dikenal pasti bagimengelakkan kelemahan terkumpul. Dengan kata lain, isu yang diperkatakanberkait dengan kualiti pembelajaran yang dilalui oleh murid. Masa inipencapaian pendidikan bukan sahaja diukur dari segi kuantiti malahan dari segikualiti.KUANTITI ATAU KUALITI?Perbahasan tentang pencapaian pendidikan sering membandingbezakan antarapencapaian kuantiti dan pencapaian kualiti. Dalam sistem pendidikan Malaysia,Falsafah Pendidikan Kebangsaan, menjadi pegangan untuk menghasilkan
  • M u k a S u r a t | 19Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmodal insan yang holistik merangkumi berpengetahuan, kemahiran serta nilai,dan etika kehidupan dalam menyediakan individu untuk mengharungi masalahkehidupan seharian.Pendidikan yang dihasratkan sudah pasti mensasarkan pencapaian darisegi kuantiti di samping tidak mengabaikan pencapaian kualiti. Kedua-duapencapaian perlulah seimbang agar modal insan yang dilahirkan bukan sekadarberilmu tetapi berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran yang dikuasai untukmenghasilkan ilmu bahru tanpa mengabaikan nilai.KEBERKESANAN PEMBELAJARANIdealnya, pihak pemimpin sekolah telah merancang jadual waktu persekolahanseperti yang diarahkan oleh Kementerian. Namun, sejauh manakah waktu yangdiperuntukkan untuk pembelajaran benar-benar dimanfaatkan untukpembelajaran dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalamkurikulum. Pernahkah antara kita mengkaji adakah semua murid belajar?Adakah semua murid dapat menerima pembelajaran pada tahap yang sama?Adakah setiap pengajaran guru memberikan kesan yang sama kepada semuamurid yang sememangnya berbeza-beza? Jika tidak, mengapa? Ini antarabeberapa persoalan yang perlu dikaji ke arah meningkatkan keberhasilanpembelajaran murid. Persoalan yang dibangkitkan berkisar dalam aspekkeberkesanan pembelajaran yang berlaku dalam masa instruksional di sekolah.Sekiranya masa instruksional terganggu sudah pasti keberksanan pembelajaranjuga menurun.
  • M u k a S u r a t | 20Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMASA INSTRUKSIONAL SEKOLAHSecara umum, masa instruksional sering disamakan dengan masa persekolahan.Namun, realitinya ia adalah berbeza. Kajian lampau mendapati empat jenismasa pembelajaran yang berlaku di sekolah seperti dalam Jadual 3. Masainstruksional didefinisikan sebagai masa yang sebenarnya digunakan untukaktiviti pembelajaran tanpa gangguan. Walaupun sekolah merangka masainstruksional yang ideal namun masa berkenaan tidak sepenuhnya menjanjikanpembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan oleh gangguantertentu yang berlaku di sekolah dan di dalam bilik darjah.Jadual 3: Kategori Masa Instruksional SekolahKategori PenjelasanMasa persekolahan(Allocated schooling time)Jumlah masa murid hadir ke sekolah.Masa bilik darjah(Allocated class time)Jumlah masa murid berada di dalam kelas (tidaktermasuk waktu rehat, pertukaran kelas, waktumakan tengah hari dan lain-lain). Ia merupakansubkategori masa persekolahan.Masa instruksional(Instructional time)Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional(tidak termasuk gangguan, pengurusan rekod, danlain-lain).Masa pembelajaranakademik(Academic learning time)Jumlah masa instruksional iaitu muridmemberikan perhatian dan menerima pengajaranpada tahap penguasaan tertentu serta berlakunyapembelajaran berkesan dan bermakna.Sumber: Levin & Tsang,1987
  • M u k a S u r a t | 21Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMASA PEMBELAJARAN AKADEMIK ATAU ACADEMIC LEARNINGTIME (ALT)Masa pembelajaran akademik merupakan jumlah masa yang diambil olehmurid untuk menyelesaikan tugasan akademik dan melaksanakannya dengankadar kejayaan yang tinggi (Caldwell, Huitt, and Graeber, 1982; Berliner,1984; Levin & Tsang,1987). Dengan kata lain, masa pembelajaran akademikdikaji dari segi jumlah masa murid terlibat dalam aktiviti pembelajaran danberjaya menjalankan tugas dengan jayanya. Kejayaan pembelajaran dalamkalangan murid agak subjektif antara murid kerana pembelajaran bergantungkepada syarat pembelajaran dalaman dan syarat pembelajaran luaran murid(Gagne, 1965). Syarat pembelajaran dalaman murid bergantung kepada dirimurid itu sendiri iaitu pengetahuan sedia ada, gaya kognitif, kesediaaan murid,dan gaya belajar. Manakala syarat pembelajaran luaran pula merujuk bahanbantu mengajar, guru, pengajaran, persekitaran dan peralatan asas untuk belajaryang merupakan faktor luar daripada murid.Dalam konteks pembelajaran, persekitaran dan interaksi murid denganpersekitaran amat penting kerana ia menentukan kejayaan pembelajaran(Vygotsky, 1978). Menyedari syarat berkenaan, persekitaran pembelajaranyang kondusif merupakan salah satu elemen dalam kepimpinan instruksionalyang berupaya mengawal masa instruksional sekolah dan menggalakkanpembelajaran berkesan (Hallinger & Murphy, 1986).KEPENTINGAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONALHallinger dan Murphy (1986) mencadangkan kepentingan melindungi masainstruksional melalui kepimpinan instruksional yang bermatlamatmengurangkan gangguan masa instruksional bagi memastikan pembelajaran
  • M u k a S u r a t | 22Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarberlaku secara bermakna atau berkesan dalam kalangan murid. Merekamencadangkan:”Protecting instuctional time: Policies and enforcement practicesthat reduce tardiness, absenteeism, and truancy to increaselearning time for students. Principal can also increase studentopportunities to learn by protecting classroom instructional timefrom interruptions due to public address announcements, byworking with teachers to develop more effective classroommanagement and instructional practices, and by reducing thenumber of non-instructional school activities that enroach onclassroom time.”(Hallinger & Murphy, 1986)Melindungi masa instruksional bermaksud untuk mengurangkangangguan bagi mengelakkan kelas tidak berlangsung seperti yangdirancang dan memastikan kualiti masa instruksional yang menjaminpembelajaran bermakna/pembelajaran berkesan dalam kalangan muridyang dilaksanakan oleh guru. Hallinger dan Murphy (1986) mencadangkanpelbagai strategi melalui dasar dan pengurusan sekolah yang dapatmengurangkan gangguan pembelajaran sama ada dari aspek pengurusanmahupun pengurusan instruksional dalam kalangan guru.Pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikantempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat.Analisis masa instruksional seorang murid dalam pembelajaran dan faktorgangguan yang menyumbang kepada pengurusan masa instruksional diberikandalam Rajah 1.
  • M u k a S u r a t | 23Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMASA PERSEKOLAHAN(5 HARI SEMINGGU)MASA BILIK DARJAH (6 JAMSEHARI)MASA INSTRUKSIONAL(4 -5 JAM SEHARI)MASA PEMBELAJARANAKADEMIK(3 JAM SEHARI)ENGAGED LEARNINGTIME…?MASAPEMBELAJARANBERKESAN….?Faktor PengurusanSekolahFaktor InstruksionalGuruRajah 1: Analisis Masa Instruksional Seorang MuridWalaupun pada peringkat awal guru atau pemimpin sekolah telahmenjadualkan masa pembelajaran akademik namun disebaliknya adakah masayang ditetapkan digunakan sepenuhnya untuk pembelajaran. Jika ya, sejauhmanakah murid mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan? Realitinya,gangguan yang berlaku di sekolah menjadikan masa pembelajaran akademikamat terhad dan tidak berlaku kepada semua murid. Keseluruhannya, masapembelajaran berkesan murid amat sedikit dan ditentukan oleh dua faktorgangguan utama iaitu faktor pengurusan sekolah dan instruksional guru.KONSEP MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONALMasa instruksional bermaksud masa untuk pembelajaran murid belajar secaraberkesan yang dirancang dan dicapai oleh sekolah. Masa instruksionaldimanfaatkan secara optimum membawa erti sekolah memastikan kelasberlangsung sama ada dengan kehadiran guru atau tanpa kehadiran guru serta
  • M u k a S u r a t | 24Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmemastikan murid belajar secara berkesan. Hal sedemikian ini bermaknasekiranya 30 minit ditetapkan sebagai masa kelas, sekolah harus memastikanmurid belajar secara optimum dalam masa berkenaan sama ada dengankehadiran guru atau tanpa kehadiran guru.Pada masa yang sama, KPM juga berhasrat agar masa 30 minit berkenaantermasuk murid belajar dan memberikan perhatian serta terlibat dengan jayanyauntuk mencapai pembelajaran berkesan. Hal ini bermakna, masa instruksionalyang dilindungi cuba dicapai ke arah masa pembelajaran akademik atauringkasnya:Masa instruksional = Masa pembelajaran akademik.Menurut Gettinger dan Seibert (1995), ALT mempunyai empat variabelyang menentukan tahap pencapaian pembelajaran murid, iaitu:a) Masa yang diperuntukkan,b) Masa sebenar yang digunakan untuk pengajaran,c) Masa keterlibatan murid (student engagement) dalam pembelajaran,dand) Kejayaan pembelajaran atau pembelajaran berkesan.Empat varibel yang dinyatakan harus dikawal oleh pemimpin sekolahbersama guru bagi memastikan masa pengajaran terlindung dan digunakansecara optimum untuk pembelajaran berkesan bagi mencapai hasrat KPMdalam perkara ini.
  • M u k a S u r a t | 25Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPRAKTIS MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAHTempoh masa instruksional yang dikhususkan untuk pembelajaran berkesansecara realiti tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana berlaku pelbagai gangguaninstruksional. Jelas menunjukkan bahawa seseorang guru telah ditetapkanmenjalankan tugas utama mereka iaitu mengajar atau menjalankan instruksiuntuk tempoh tertentu. Di sebaliknya, guru tidak dapat melaksanakan tugasmereka sepenuhnya disebabkan oleh gangguan yang berlaku.Laporan Kajian Beban Tugas Guru mendapati guru terbeban dengan tigakategori tugas, iaitu;a) Tugas Utama,b) Tugas Sampingan, danc) Tugas Perkeranian.Laporan berkenaan secara tidak langsung menjelaskan faktor gangguanmasa instruksional sekolah daripada perspektif guru yang melaksanakanpengajaran di sekolah. Lanjutan itu, dapatan awal Kajian EksperimentalMenangani Beban Tugas Perkeranian Guru (BPG, 2011) mendapati jumlahmasa yang digunakan oleh guru untuk melaksanakan tugas utama iaitu tugaspengajaran amat rendah berbanding tugas lain seperti yang dinyatakan dalamJadual 3. Dapatan ini menunjukkan bahawa masa instruksional terganggudisebabkan guru tidak melaksanakan tugas utama mereka kerana gangguanyang berlaku.Merujuk Jadual 4, gangguan yang berlaku kepada guru secara tidaklangsung menyebabkan gangguan masa instruksional. Justeru, bagaimanakahgangguan yang berlaku kepada guru dapat dikurangkan memandangkan gurumerupakan arkitek dan jurutera proses pembelajaran murid.
  • M u k a S u r a t | 26Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarJadual 4: Dapatan Awal Kajian Eksperimental Menangani BebanTugas Perkeranian GuruKATEGORITUGAS GURUJENIS TUGAS GURU MIN JUMLAHJAM SEMINGGUTUGASUTAMA1. PdP2. Perancangan PdP3. Penilaian murid4. Perjumpaan kokurikulum5. Bimbingan akademik di luar masaPdP11.16TUGASSAMPINGANMenghadiri LDP, mesyuarat,mengiringi murid, melatih murid,kelas tambahan, relief, program khassekolah, majlis sekolah, danmesyuarat PIBG40.00TUGASPERKERANIAN1. Tugas perkeranian mingguan.2. Tugas perkeranian bulanan3. Tugas perkeranian tahunan16.88Sumber: Bahagian Pendidikan Guru, 2011GANGGUAN MASA INSTRUKSIONALPelbagai gangguan berlaku di sekolah yang secara langsung menjadi variabelyang mempengaruhi jumlah masa instruksional sekolah dan masa pembelajaranakademik. Gangguan yang berlaku disebabkan oleh beberapa perkara sepertidiberikan dalam Lampiran 3.Senarai gangguan masa instruksional yang dikenal pasti seperti dalamLampiran 3 dikategorikan kepada dua faktor utama gangguan masainstruksional sekolah, iaitu,a) Faktor pengurusan sekolah danb) Faktor instruksional guru.
  • M u k a S u r a t | 27Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarJadual 5 menjelaskan dua faktor utama yang boleh dikaji sebagai puncakejadian gangguan yang boleh dibendung oleh pemimpin sekolah dan guruyang mengurus, merancang, dan melaksanakan pengajaran di sekolah.Jadual 5: Kategori Gangguan Masa InstruksionalBIL.FAKTORGANGGUANKELOMPOK CONTOH GANGGUAN1. FAKTORPENGURUSANSEKOLAHGuru Tiada Guru tiada di sekolah, guru ada disekolah tetapi tidak berada di dalamkelas, tidak cukup guru, guru hadirkursus atau tugas luar, mendudukipeperiksaan, aktiviti kokurikulum /sukantaraGangguan Fizikal Pengumuman dari pembesar suara,susun atur kelas atau sekolah,prasarana sekolah, danpersekitaran.Gangguan Luar Jangka Guru cuti sakit, cuti kecemasan,hal-hal peribadi, kesediaan muridbelajar, kesediaan guru mengajar,dan melaksana tugas sampinganGangguan Adhoc Menghadiri mesyuarat, dipanggilke pejabat, menghadiri kursus,taklimat peperiksaan, menjalankantugas jurulatih utama, dansambutan lawatan pelawat2. FAKTORINSTRUKSIONALGURU Kualiti pembelajaranmurid Kualiti pengajaranguruKesediaan murid belajar, kualitiguru, proses PdP, sikap guru, gurubukan opsyen, kompetensi guru,dan kesediaan guru mengajar.STRATEGI MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONALMerujuk faktor gangguan yang dibincangkan, marilah kita membuat refleksidiri dan merancang strategi melindungi masa instruksional di sekolah untukmeningkatkan kualiti pembelajaran dalam kalangan murid. Peranan pemimpindan guru perlu dilihat lebih meluas dan penting dalam menjayakan usaha ini.
  • M u k a S u r a t | 28Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarBerlandaskan konsep pemimpin instruksional, pihak sekolah mampumerancang pelbagai program atau aktiviti yang dapat mengurangkan gangguanmasa instruksional.Menurut Deborah (2002), pemimpin instruksional harus kreatif bagimendapatkan sumber untuk menyokong penambahbaikan sekolah. Dengan ini,peruntukan kewangan tidak diperlukan ke arah menghasilkan budayapembelajaran kendiri dalam kalangan murid dan guru. Pemimpin yangberkualiti mampu melindungi masa instruksional dengan berkesan.Pemimpin sekolah berperanan mewujudkan iklim pembelajaran positifdengan memastikan guru berada di bilik darjah dalam keadaan yang sedia danmengawal waktu PdP. Pemimpin dan guru merupakan agen perubahan yangpenting untuk meningkatkan keberhasilan murid.KERANGKA DAN FALSAFAH STRATEGI PELAKSANAANCadangan ini berlandaskan kerangka Kepimpinan Instruksional yangmemberikan keutamaan kepada kawalan masa instruksional ke arahmemastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid. Rujuk Lampiran1 dan 2.Matlamat strategi pelaksanaan adalah untuk memastikan masainstruksional berlangsung seperti yang dirancang untuk mencapai objektifpembelajaran serta dimanfaat secara optimum untuk mencapai pembelajaranberkesan dalam kalangan murid.Kerangka pelaksanaan program untuk melindungi masa instruksional disekolah merujuk dua faktor utama iaitu faktor pengurusan sekolah dan faktor
  • M u k a S u r a t | 29Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarinstruksional guru. Faktor ini disasarkan melalui beberapa cadangan strategipelaksanaan yang akhirnya berupaya meningkatkan keberhasilan pembelajaranmurid. Kerangka cadangan ini diberikan dalam Rajah 2.PENGURUSAN SEKOLAH(PEMIMPIN SEKOLAH)INSTRUKSIONAL (GURU)KAWALAN MASAINSTRUKSIONALPENINGKATAN MASAPEMBELAJARANBERKESAN ATAU ALTFAKTOR GANGGUAN SASARAN STRATEGI MATLAMATRajah 2: Kerangka Melindungi Masa InstruksionalSTRATEGI PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONALKawalan masa instruksional boleh dicapai melalui dua peringkat iaitu;i. Strategi jangka pendek (2012-2013)Strategi yang dapat mengurangkan gangguan masa instruksionalmerujuk arahan atau pekeliling semasa yang tidak melibatkan perubahandasar makro serta memberikan penupayaan kepada pemimpin sekolah
  • M u k a S u r a t | 30Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarberdasarkan masalah pengurusan setempat dan tidak memerlukanperuntukan kewangan.ii. Strategi jangka panjang (2012-2015)Strategi yang memerlukan usaha untuk mengubah minda danpemikiran serta budaya organisasi pembelajaran dalam komuniti sekolahke arah menghasilkan budaya pembelajaran kendiri di sampingmengoptimumkan masa pengajaran untuk pembelajaran berkesan.Peningkatan kualiti instruksional dalam kalangan guru merupakan sasaranutama dengan membangun, melatih semula dan meningkatkan kemahiranpengajaran guru melalui kaedah pembangunan professional learningcommunity (PLC) dan pembangunan profesionalsime guru secaraberasaskan sekolah yang lebih kontekstual.Pembangunan profesionalisme guru akan lebih diperturun kuasapenentunya kepada pemimpin sekolah yang lebih memahami masalahpembelajaran murid selaras dengan ekosistem sekolah berkenaan. Di sampingitu, guru mendapat sokongan pemimpin dan komuniti setempat termasuk ibubapa dengan meningkatkan jaringan profesionalisme inter dan intra sekolah,daerah, dan negeri dalam meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.Contoh cadangan program atau aktiviti ke arah melindungi masainstruksional diberikan dalam Lampiran 4.KESIMPULANMMI amat kritikal perlu dirancang bagi memastikan pembelajaran berlangsungdi sekolah dan akhirnya murid belajar secara berkesan. Usaha melindungi masa
  • M u k a S u r a t | 31Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarinstruksional perlu dirancang dengan menggunakan agen pendidikan di sekolahiaitu pemimpin sekolah dan guru yang merancang, mengurus dan melaksanapengajaran di sekolah. Matlamat MMI lebih kritikal untuk memastikan muriddisediakan dengan peluang pembelajaran yang sewajarnya dan belajar secaraberkesan.Usaha MMI harus dirancang untuk dilaksanakan melalui strategi jangkapendek dan jangka panjang melalui pembudayaan kepimpinan instruksionaldalam kalangan pemimpin sekolah dan guru. Sebagai Guru Cemerlang yangmerupakan model kepada yang lain, apa dan bagaimanakah peranan sertasumbangan dapat diberikan dalam mengubah fenomena mengawal masainstruksional untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Dalamsemua usaha mesti ada titik permulaan ke arah sesuatu kejayaan, demikian jugausaha melindungi masa instruksional. Cadangan dalam kertas ini merupakancetusan idea di peringkat awal yang mengalu-alukan pandangan semua pihakdalam melindungi masa instruksional sekolah untuk meningkatkankeberhasilan pembelajaran murid.
  • M u k a S u r a t | 32Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 1KEPIMPINAN DALAM SEKOLAH BERKESANInstructional Leadership in effective school (Hallinger & Murphy, 1986)FUNGSI PENGETUA PROSES KEPEMIMPINAN MATLAMATMembina dan menyebar luas matlamat sekolahMenyelia dan menilai instruksionalMenjajar dan menyelaras kurikulumMembangun standard akademik dan sasaranMemantau kemajuan pembelajaran muridMenggalakkan pembangunan profesional guruMelindungi masa instruksionalMembangun insentif untuk murid dan guru KOMUNIKASI MEMBUAT KEPUTUSAN PENGURUSAN KONFLIK PROSES KUMPULAN PROSES PERUBAHAN INTERAKSI PERSEKITARANMENINGKATKANKEBERHASILANPEMBELAJARANMURID
  • M u k a S u r a t | 33Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 2KERANGKA PEMIMPIN INSTRUKSIONALDIMENSI FUNGSIMEMBINA MISI Merangka MatlamatMenyebarluas MatlamatMENGURUS KURIKULUMDAN INSTRUKSIONALMemahami kurikulum dan instruksionalMenjajar KurikulumMenyelia dan MenilaiMemantau Kemajuan MuridMENGGALAKKAN IKLIMSEKOLAHMerangka StandardMerangka Sasaran AkademikMelindungi Masa InstruksionalMenggalakkan PenambahbaikanSumber: Hallinger, P & Murphy, J. F. (1987). Assessing and developing principalinstructional leadership. Educational Leadership. hlm. 54 – 61.
  • M u k a S u r a t | 34Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 3PELBAGAI JENIS GANGGUAN MASA INSTRUKSIONAL1. Pengumuman dari pembesar suara.2. Aktiviti sukan sekolah/sukantara.3. Aktiviti kokurikulum atau koakademik.4. Waktu pengajaran kerap kali diganggu dengan kelewatan muridkerap kali masuk dalam kelas.5. Guru atau murid dipanggil ke pejabat.6. Susun atur kelas dan dalam kelas.7. Sikap guru.8. Kepentingan aktiviti bercanggah9. Prasarana dan kemudahan sekolah10. Faktor luar kawal (guru cuti sakit, cuti ganti, hal-hal peribadi, cutikecemasan)11. Guru menduduki peperiksaan bagi yang menjalani pengajianmelalui Pendidikan Jarak Jauh.12. Tugas-tugas tambahan yang bukan untuk pengajaran (gurubiasiswa, guru data dan lain-lain).13. Kehendak luar bilik darjah (aktiviti kokurikum, gurubermesyuarat, guru berkursus, mengawas peperiksaan)14. Keberkesanan pengajaran guru.15. Disiplin murid.16. Guru menghadiri kursus.17. Guru menjalankan tugas jurulatih utama.18. Kesediaan murid belajar.19. Persekitaran sekolah20. Kesediaan guru melaksanakan pengajaran.21. Kerosakan peralatan seperti komputer.22. Guru bukan opsyen mengajarkan mata pelajaran tertentu.
  • M u k a S u r a t | 35Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 4CADANGAN PROGRAM/AKTIVITI MELINDUNGI MASAINSTRUKSIONALBILKATEGORIFAKTORGANGGUANKELOMPOK STRATEGI JANGKAPENDEK (2012-2013)STRATEGIJANGKA PANJANG(2012-2015)1. FAKTORPENGURU-SANSEKOLAHGuru Tiada  Dasar PengurusanSekolah Program khasmelindungi masainstruksional,contoh:ProgramMenganggurBerdikari,pembelajaranrakan sebaya,Program GuruMuda, modul guruganti, kelastambahan, jualbeli waktupengajaran School-based CPD Penyelarasan aktivitiKPM Penguatkuasaandan pematuhandasar pengurusansekolah Peluasan programaktiviti khas disekolahGangguanFizikalGangguanLuar JangkaGangguanAdhoc2. FAKTORINSTRUK-SIONALGURU KualitiPembe-lajaranMurid KualitiPenga-jaran Guru CPD guru School-based CPD Pemantauan danpenilaian pengajaranguru berterusan Guru opsyen Kepimpinaninstruksionalbudaya kepimpinanpemimpin sekolah CPD guru School-based CPD Pemantauan danpenilaianpengajaran guruberterusan Pembudayaanbimbinganinstruksional dalamkalangan komunitisekolah Guru opsyen
  • M u k a S u r a t | 36Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarBILKATEGORIFAKTORGANGGUANKELOMPOK STRATEGI JANGKAPENDEK (2012-2013)STRATEGIJANGKA PANJANG(2012-2015) ProfessionalLearningCommunity untukCPD guruRujukanDriscoll, M. P. (2000). Psychologyy of learning for instruction. 2nd. Ed.Massachusetts. Allyn & bacon.Gagne, R. M. (1965). The conditions of learning. USA: Holt, Rinehart andWinstons.Gettinger, M. & Seibert, J. K. (1995). Best practices in increasing academiclearning time.Hallinger, P. & Murphy, J. (1987). Assessing and developing principalinstructional leadership. Educational Journal. EBSCO Publishing.Hallinger, P. & Murphy, J. F. (1986). Instructional ledarship in effectiveschools. ERIC (ED 309535).Horng, E. & Loeb, S. (2010). New thinking about instructional leadership.Kappa. Hlm. 66 – 69.Jamelaa Bibi Abdullah, Jainabee Md Kassim. Amalan KepimpinanInstruksional dalam Kalangan Pengetua Sekolah Menengah di NegeriPahang : Satu Kajian Kualitatif daripadahttp://www.iab.edu.my/sn19/KertasFinal/Jamelaa%20Bibi%20Abdullah_Kepimpinan_Pahang.pdfKualiti pendidikan bergantungkepada kecekapan pemimpin sekolah. The Stardaripada http://mstar.com.myMcEwan, E. (2003). 7 steps to effective instructional ledarship. 2nd Ed. CA:Corwin Press, Inc.McKinsey & Company. (2007). How the world’s best performing schoolsystems come out on top.
  • M u k a S u r a t | 37Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarOECD. (2010). Creating effective teaching and learning environments: Firstresults from TALIS.Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)Teori Pembelajaran dalam Perlaksanaan daripadahttp://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=7Urquhart, V. (2006). Increase time with an audit. Changing Schools. Vol. 53.Hlm. 3. daripada www.mcrel.org.Piaget. J. (1971). Biology and Knowledge (An Essay an the Relations betweenOrganic Regulations and Cognitive Processes). Scotland : EdinburghUniversity Press.
  • M u k a S u r a t | 38Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKERTAS CADANGANPELAKSANAAN3
  • M u k a S u r a t | 39Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPEMERHATIAN GURU MENINGGALKAN BILIK DARJAHSEMASA PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARANOlehDR. MOHD. SUHAIMI BIN MOHAMED ALIABD. MUNIR B. MOHD RASHIDNADIMIN BIN ABDUL AZIZJemaah Nazir dan Jaminan KualitiKementerian Pelajaran MalaysiaAbstrakMelindungi waktu PdP merupakan salah satu touch point KPPM bagi tahun 2012.JNJK telah melaksanakan Pemerhatian Guru Meninggalkan Bilik Darjah (GMBD)Semasa PdP sepanjang bulan Mac sehingga bulan Oktober 2012 bagi mengesan isuketiadaan guru semasa proses PdP. Matlamat GMBD ialah untuk memastikan kualitiPdP guru digunakan secara optimum. Tujuan pemerhatian ini ialah untukmengenalpasti / memperolehi bilangan guru yang meninggalkan bilik darjah iaitutidak melaksanakan proses PdP sama ada disebabkan tugas rasmi atau tidak rasmi.Pemeriksaan dilaksanakan oleh JNJK seluruh negara mulai Mac hingga Oktober2012. JNJK mensasarkan 1000 pemerhatian dalam tempoh lapan bulan. Setiapsekolah dilawati oleh dua nazir sekolah dengan membuat pemerhatian dan semakanjadual kehadiran guru. JNJK berjaya melaksanakan 954 pemerhatian di seluruhnegara. Adalah didapati bahawa seramai 4486 guru telah tidak hadir ke sekolahsementara seramai 634 guru tidak masuk kelas untuk PdP dalam tempoh lapan bulantahun 2012 iaitu pada hari pemeriksaan dijalankan.
  • M u k a S u r a t | 40Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANMoment of truth pembelajaran berlaku semasa pertemuan antara guru danmurid dalam proses PdP (contact hours) dan kebanyakan masa berlaku didalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, realitinya contact hours yangditetapkan tidak berlaku seperti yang diharapkan. Seringkali guru tidak dapatmemenuhi jadual yang telah ditetapkan kerana terdapat komitmen lain yangmenyebabkan guru tidak berada di bilik darjah.Ketiadaan guru di bilik darjah dilihat sebagai bertentangan dengan arahanKPM melalui Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil 2/1981: Ketetapan Masa diSekolah-Sekolah. SPI ini menjelaskan tentang keperluan guru menepati masadalam menjalankan tanggung jawabnya di sekolah. Ketetapan masa jugabermakna seorang guru hendaklah mengikut jadual pengajarannya dantidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum masauntuk berbuat demikian. Perkara ini juga selari dengan Perkara 11,Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yangmenegaskan tentang kewajipan guru mengajar mengikut jadual waktuyang ditetapkan.TINJAUAN BERKAITAN KETIDAKHADIRAN GURU KE SEKOLAHKetiadaan guru di bilik darjah semasa PdP bukanlah satu isu baru. Perubahandan perkembangan bidang pendidikan masa kini memerlukan guru pekaterhadap perubahan dan perkembangan semasa. Hal ini menyumbang kepadakekerapan guru meninggalkan bilik darjah kerana terpaksa menghadiri pelbagaiaktiviti bagi mempertingkatkan kemahiran guru dan membantumemperkembang potensi murid. Beberapa tinjauan di seluruh negaramenunjukkan ketidakhadiran guru sentiasa berlaku dari semasa ke semasa. Satu
  • M u k a S u r a t | 41Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajartinjauan telah dilaksanakan oleh Pejabat Pelajaran Langkawi di 11 buahsekolah menengah dan rendah untuk melihat keseriusan isu ini.Tinjauan ketidakhadiran guru di 11 buah sekolah menengah dan rendahdaerah Langkawi yang melibatkan 625 orang guru telah dilaksanakan mulaibulan Jun hingga Oktober 2011. Hasil tinjauan menunjukkan bilangan guruyang tidak berada di bilik darjah semasa PdP adalah tinggi. Dalam tinjauan initelah didapati jumlah hari ketidakhadiran guru bagi 11 buah sekolah tersebuttinggi tersebut adalah sebanyak 6531 hari. Secara purata dalam tempoh limabulan tersebut jumlah hari setiap guru tidak hadir ke sekolah adalah sebanyak10.45 hari.Tinjauan ketidakhadiran guru yang dibuat oleh Pejabat Pelajaran WilayahPersekutuan Putrajaya (PPWPP) terhadap 2292 guru di 21 buah sekolah di WPPutrajaya dari bulan Januari hingga bulan Ogos 2011 menunjukkan trend yangsama. Dalam satu hari terdapat sehingga 29 aktiviti luar bilik darjah yangdijalankan dan ini menyebabkan lebih 30 peratus guru terpaksa meninggalkanbilik darjah. Dalam tempoh lima bulan, peratus ketidakhadiran guru di sekolahadalah antara 13.20 (Ogos) peratus hingga 43.83 peratus (April) seperti dalamJadual 1.Jadual 1: Bilangan Guru Tiada di Sekolah Di Putrajaya dari Bulan Jan-Ogos2011BULAN JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOSSMK 148 133 198 284 200 185 233 75SK 54 97 185 243 176 182 219 85Jumlah 202 230 383 527 376 367 452 160Peratus 16.67 18.98 31.60 43.48 31.02 30.28 37.29 13.20
  • M u k a S u r a t | 42Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKetidakhadiran guru ke sekolah bukan sahaja berlaku di kawasan bandarseperti Putrajaya malahan berlaku di semua tempat termasuk kawasanpedalaman. Berdasarkan laporan JNJK, ketidakhadiran guru di 11 buahsekolah pedalaman daerah Semporna, Sabah pada 22 Februari 2010menunjukkan daripada jumlah keseluruhan 151 guru, 45 orang guru (29.80%)tidak berada di sekolah pada tarikh tersebut.Laporan tentang kehadiran guru di 14 sekolah pedalaman daerah KudatSabah pula menunjukkan dari bulan Januari hingga Mei 2010, purata kehadiranke sekolah adalah sebanyak 80.77 peratus dan terdapat sekolah yang mencatatkehadiran serendah 67.0 peratus.Isu guru tidak berada di bilik darjah turut berlaku di negara-negara majuseperti di Amerika Syarikat dan Britain. Di Amerika Syarikat lebih 2500Pentadbir Sekolah-Sekolah (school Board) melanggani khidmat“Automated Substitute Placement and Absence Management”(AESOP) yangmengendalikan ketidakhadiran guru serta mencari pengganti segera bagi guruberkenaan. Jumlah school board yang melanggani sistem ini terus bertambahkerana pihak sekolah merasa sukar untuk menangani isu guru tidak hadir.(www.aesopeducation.com).Di negara Britain masalah ketidakhadiran guru telah mengakibatkansekolah-sekolah terpaksa menanggung bebanan kewangan yang tinggi keranamembayar elaun atau gaji perkhidmatan guru pengganti. Terdapat sekolah-sekolah besar di Britain terpaksa menanggung kos melebihi £100,000 setahununtuk bayaran guru pengganti.(http://www.teachingexpertise.com/articles/dealing-with-teacher-absence-2263)
  • M u k a S u r a t | 43Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPUNCA KETIDAKHADIRAN GURUPunca ketidakhadiran guru boleh dikategorikan sebagai ketidakhadirandirancang (diketahui awal) dan ketidakhadiran tidak dirancang.1. Ketidakhadiran Yang Dirancanga) Menghadiri kursus, seminar, mesyuarat yang dianjurkan olehBahagian KPM, JPN, PPD dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Data tinjauan Putrajaya tentang ketidakhadiran guru keranamenghadiri aktiviti rasmi boleh dijadikan contoh. Menuruttinjauan tersebut, pada bulan September 2011 guru-gurusekolah di Putrajaya telah terlibat dalam 380 aktiviti rasmiyang dianjurkan oleh Bahagian-bahagian KPM, JPN, PPWPPdan badan-badan lain (NGO) seperti dalam Jadua. Daripada 380 aktiviti tersebut, hanya 63 (16.57%) sahaja yangdilaksanakan selepas waktu persekolahan. Ini bermaknasebanyak 317 aktiviti yang dijalankan telah menyebabkan gurumeninggalkan bilik darjah semasa PdP berjalan.Jadual 2: Aktiviti Rasmi Guru Anjuran Pelbagai Pihak Di Putrajaya padaBulan September 2011AktivitiRasmiKursus/Seminar/BengkelMesyuarat/TaklimatTugasKokurikulumAktivitilainJumlahJumlahAktiviti171 139 24 46 380Peratus 45.00% 36.58% 6.32% 12.10% 100%b) Terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan sukan di pelbagai peringkat(peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa).
  • M u k a S u r a t | 44Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Melalui tinjauan PPWPP seperti yang ditunjukkan dalamJadual 2, pada bulan September 2011 sekolah-sekolah diPutrajaya telah terlibat dalam 24 aktiviti kokurikulum. Tinjauan JNJK di Langkawi mulai bulan Jun sehingga Oktoberpada tahun 2011 terhadap 625 orang guru menunjukkan jumlahhari ketidakhadiran guru adalah sebanyak 448 hari bekerja.c) Cuti, seperti cuti haji, cuti bersalin, cuti sakit yang berpanjangan,cuti rehat khas, cuti tanpa rekod dan cuti tanpa gaji. Tinjauan di 11 buah sekolah di daerah Langkawi menunjukkankadar ketidakhadiran guru di sekolah disebabkan cuti adalahtinggi. Bagi tempoh Jun hingga Oktober 2011 jumlah hari gurubercuti adalah sebanyak 4563 hari. Daripada jumlah tersebut,2163 hari (47.40%) adalah jumlah hari tidak hadir bagi 43orang guru kerana cuti bersalin (Rujuk Jadual 3).Jadual 3: Jenis Cuti dan Jumlah Hari Guru Tiada di Sekolah DaerahLangkawiPada Bulan Jun hingga Oktober 2011JenisCutiCutiSakitCutiRehatKhasCutiTanpaRekodCutiBelajarCutiBersalinCutiTanpaGajiJumlahJumlahHari1158 590 978 93 2163 11 4563Bil guruterlibat321 417 50 9 43 1 Ketidakhadiran guru kerana cuti bersalin dilihat sebagai isukritikal yang perlu ditangani segera. Ini adalah kerana setiapguru yang bersalin akan bercuti selama 90 hari. Ia menjadilebih kritikal apabila terdapat beberapa guru dari sekolah yangsama bercuti serentak. Sebagai contoh, semasa tinjauan
  • M u k a S u r a t | 45Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajardijalankan didapati seramai 12 orang guru dari sekolah yangsama telah mengambil cuti bersalin. Jumlah hari cuti bagi 12orang guru tersebut adalah sebanyak 743 hari (Jadual 4).Jadual 4: Bilangan Guru Bersalin dan Jumlah Hari Cuti Guru DariBulan Jun Hingga Oktober 2011 di Sekolah Daerah LangkawiBil Nama SekolahJumlahGuruBil GuruBersalinJumlah HariCuti1 SJK(C) Min Nam 12 0 02 SK Bayas 32 0 03 SK Nyior Cabang 31 2 (6.45%) 214 SK Padang Mat Sirat 65 3 (4.61%) 1845 SK Sri Negeri 77 6 (7.79%) 3696 SK Temonyong 51 4 (7.84%) 2347 SMK Mahsuri 142 12 (8.45%) 7438 SMK Air Hangat 52 2 (3.84%) 919 SMK Langkawi 32 2 (6.25%) 4710 SMK Ulu Melaka 53 3 (5.66%) 4111 SMK Kelebang 78 9 (11.53%) 433JUMLAH 625 43 21632. Ketidakhadiran Tidak Dirancanga) Cuti sakit, cuti kecemasan seperti kematian waris atau kemalangan. Jadual 3 di atas menunjukkan sepanjang tempoh tinjauandijalankan di 11 buah sekolah daerah Langkawi, seramai 321guru tidak hadir kerana cuti sakit. Dengan jumlah hari
  • M u k a S u r a t | 46Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarsebanyak 1158, bermakna sepanjang tempoh tersebut, secarapurata setiap guru mengambil cuti sakit sebanyak 3.6 harisetiap seorang pada tahun tersebut.b) Lewat hadir ke sekolah kerana menguruskan hal-hal peribadi,masalah pengangkutan atau sebab-sebab lain. Laporan tentang kehadiran guru di 11 sekolah pedalamandaerah Semporna, Sabah menunjukkan daripada 106 guruyang hadir ke sekolah, 63 guru (59.43%) didapati lewat ataspelbagai sebab (Jadual 5)Jadual 5: Kehadiran Guru di 11 Sekolah Pedalaman DaerahSemporna pada 22 Februari 2010Perkara Jumlah PeratusBilangan Guru 151 100%Bilangan Hadir 106 70.20%Bilangan Hadir Lewat 63 59.43%Bilangan Tidak Hadir 45 29.80%Tidak Hadir Tanpa Sebab 35 77.78%c) Berada di sekolah tetapi terpaksa menjalankan tugas pentadbiransecara adhoc, menangani masalah murid seperti berjumpa waris danlain-lain.d) Tidak hadir tanpa sebab yang munasabah. Tinjauan di Langkawi di 11 buah sekolah di daerah Langkawijuga menunjukkan terdapat kes guru yang tidak hadir tanpasebab. Dalam tinjauan tersebut didapati tujuh guru didapatitidak hadir ke sekolah tanpa sebab. Jumlah ketidakhadiranguru-guru tersebut adalah sebanyak 100 hari.
  • M u k a S u r a t | 47Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Laporan tentang ketidakhadiran guru di 11 buah sekolahpedalaman daerah Semporna menunjukkan daripada jumlah 45guru yang tidak hadir, sebanyak 35 guru (77.78%) tidak hadirke sekolah tanpa sebab (Jadual 5).e) Ponteng kelas, iaitu berada di sekolah tetapi tidak masuk ke kelasuntuk melaksanakan PdP tanpa sebab yang munasabah.KESAN KETIADAAN GURU DI BILIK DARJAHKetiadaan guru di bilik darjah memberi kesan kepada pembangunan modalinsan yang kreatif, kritis, dan inovasi ketiadaan guru di sekolah tetap akanmemberi kesan seperti berikut:1. Menjejaskan pengurusan dan pentadbiran sekolah Ketiadaan guru di sekolah menyebabkan banyak gangguan terhadapprogram dan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.2. Kualiti tugas guru terjejas Guru yang berada di sekolah terpaksa menjalankan tugas tambahanbagi menggantikan guru yang tiada di sekolah. Beban tugas iniboleh menyebabkan kualiti tugas utama guru merosot.3. Kualiti pembelajaran murid terjejas Guru yang berada di sekolah terbeban dengan tugas menggantikelas. Tugasan tambahan ini menjejaskan prestasi guru tersebut. Halini sudah tentu mengakibatkan pembelajaran murid terjejas. Guru yang bercuti panjang seperti cuti sakit berpanjangan atau cutibersalin tanpa pengganti tetap akan mengganggu kelancaranpembelajaran. Sekiranya pengurusan sekolah tidak memainkan
  • M u k a S u r a t | 48Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarperanan sebagai pemimpin instruksional maka pencapaian/prestasimurid akan menurun.4. Disiplin dan keselamatan murid terjejas Ketiadaan guru di sekolah dalam jumlah besar secara serentak sukarditampung oleh guru lain. Ini menyebabkan kelas tidak dapat diurusdengan baik dan kesannya, masalah disiplin meningkat dankeselamatan murid tidak terjamin.TINDAKAN JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI BAGIMENANGANI GURU MENINGGALKAN BILIK DARJAHPada tahun 2012, salah satu touch point KPM ialah memastikan guru perluberada dalam bilik darjah dan proses PdP mesti berlaku. Sehubungan denganitu, JNJK telah mengorak langkah untuk memastikan touch point ini dilaksanadan difahami oleh sekolah. Matlamat pemerhatian ini adalah untuk mendapatmaklumat tepat tentang bilangan guru yang meninggalkan bilik darjah semasaPdP di seluruh negara. Analisis akan dibuat pada setiap minggu keempat setiapbulan. Berdasarkan pemerhatian ini, JNJK dapat mengesan bilangan guru yangmeninggalkan bilik darjah, keberkesanan guru ganti dan langkah yang diambiloleh pihak sekolah bagi menangani masalah ini.Umumnya, melalui pemerhatian ini, Strategi Menangani GuruMeninggalkan Bilik Darjah dapat dikenalpasti bilangan guru yang tidak beradadi bilik darjah semasa PdP dan tindakan sewajarnya dapat diambil. Skoppemerhatian adalah untuk mengesan bilangan guru yang tidak masuk ke bilikdarjah bagi melaksanakan proses PdP, mencerap guru ganti dan mendapatmaklumat dari pihak sekolah tentang strategi untuk mengatasi masalahtersebut.
  • M u k a S u r a t | 49Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPemerhatian dilaksanakan mulai bulan Mac sehingga Oktober 2012melalui pasukan nazir yang terdiri daripada dua orang pegawai. Pasukan iniakan memantau setiap sekolah sahaja dalam setiap bulan. JNJK mensasarkanpemerhatian di 1000 buah sekolah seluruh negara dalam tempoh lapan bulanini. Pemerhatian dijalankan secara mengejut tanpa dimaklumkan kepada pihaksekolah dan dijalankan selama tiga jam. Proses pemerhatian GMBD adalahseperti dalam Jadual 6.
  • M u k a S u r a t | 50Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarJadual 6: Proses Kerja Pemerhatian GMBDBil. Proses/Tugas Huraian Tindakan1. Persediaan prapemerhatiani. Pemilihan sekolah berdasarkan lokasiyang sesuai/berdekatan denganpejabat.ii. Instrumen seperti di Lampiran 1.iii. Pemerhatian dijalankan dalamminggu pertama sehingga mingguke tiga sahaja.Ibu PejabatKetua Pasukan2. Pemerhatian disekolaha. Melawat bilikdarjah bagimemastikankehadiran gurudalam bilikdarjahb. Semak jadualkedatangan gurudan jadual guruganti (pohonkebenaran GuruBesar/Pengetua)i. Pemerhati perlu berada di sekolahsebaik sahaja waktu persekolahanbermula atau selepas wakturehat.(Sesi pagi /petang)ii. Mengesan guru yang tiada di bilikdarjah.iii. Berjumpa pentadbir dan semak bukukedatangan dan jadual guru ganti.Semua NazirIsi Instrumenno.1 hingga 8Isi Instrumenno.12Isi Instrumenno.9, no.10 danno.11c.Pencerapan gurugantii. Semak buku rekod mengajar a.gurugantiii. guru yang tidak hadirSemua nazirIsi Instrumenno.13Isi Instrumenno.13d.Temu bual iii. Mendapatkan pandangan usahasekolah menangani gurumeninggalkan bilik darjah.Semua nazirIsi Instrumenno.144. Selepas pemerhatian. i. Memindahkan instrumen yang diisike dalam tapak.ii. Tapak yang telah diisi perlu diemelpada hari yang sama selepaspemerhatian.iii. Emel kepada gmbdjnjk@gmail.comdan nadimin.jnjk@gmail.comdengan menamakan fail dengan kodsekolah diikuti dengan GMBD.Contoh:- AEA0001.GMBDKetua Pasukan(Tapak GMBD)Semua nazirSemua nazir5. Pengumpulan databulanani. Minggu ke empat (4) adalah untukmerumus data.ii. Data dirumus berdasarkan tigaobjektif pemerhatian.UDTM/TaskForce6. Laporan Pemerhatian i. Laporan siap dalam minggu keempatdan diserahkan kepada Ketua Nazir.Task Force
  • M u k a S u r a t | 51Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarDAPATAN PEMERHATIAN JNJKPemerhatian GMBD telah dilaksanakan di 954 buah sekolah seluruh negaradalam tempoh lapan bulan bermula dari bulan Mac sehingga bulan Oktoberbagi tahun 2012. Sepanjang pemerhatian tersebut, isu guru tidak masuk kekelas bagi melaksanakan PdP memang berlaku telah dikesan berpunca daripadafactor rasmi dan tidak rasmi. Ketidakhadiran guru didapati banyak berpuncadaripada penglibatan mereka dengan program yang dianjurkan KPM, JPNmahupun PPD. Program rasmi yang menyebabkan ketidakhadiran guru adalahseperti mesyuarat, kursus dan lain-lain anjuran KPM, JPN ataupun PPD.JNJK juga telah mengesan bahawa ada sebahagian guru lewat atau tidakmasuk ke kelas walaupun mereka berada dalam kawasan sekolah. Alasan yangdiberikan oleh guru-guru ini ialah lewat keluar dari kelas sebelumnya atauberurusan dengan penjaga murid dan berjumpa pengetua/guru besar. Malahanada juga mengatakan mereka tidak mendapat maklumat tentang penggantiankelas ganti.Jadual 7 menunjukkan analisis guru yang tidak masuk ke kelas atas sebabtidak berada di sekolah atau kelewatan masuk ke kelas.Jadual 7: Analisis Pemerhatian JNJK Bulan Mac-Oktober 2012BIL BULAN BIL.PEMERHATIANBIL. GURUTIDAKHADIRBIL. GURU TIDAKMASUK KELAS1. MAC 118 645 992. APRIL 125 622 1373. MEI 147 602 744. JUN 88 357 515. JULAI 146 564 596. OGOS 89 293 457. SEPT. 180 1105 118OKT. 61 298 51JUMLAH 954 4486 634
  • M u k a S u r a t | 52Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarSARANAN BAGI MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DISEKOLAHBagi menyokong touch point KPM 2012 yang bertujuan untuk memastikanwaktu instruksional guru bersama-sama murid dilindungi, adalah disyorkansupaya beberapa pendekatan disambut seperti berikut:1. Penubuhan Jawatankuasa Melindungi Masa Instruksional (MMI)Peringkat Sekolah. Jawatankuasa ini dipengerusikan olehPengetua/Guru Besar dengan ahli yang terdiri daripada semua penolongkanan, ketua bidang, ketua panitia mata pelajaran dan guru bertugasharian/mingguan. Fungsi jawatankuasa tersebut pula adalah:a) membuat pertimbangan bagi menentukan guru yang perlumenghadiri kursus, seminar, mesyuarat dan sebagainya,b) menyediakan Jadual Guru Ganti bagi guru yang tidak hadir,c) menguruskan proses pelaksanaan “Jual Beli Kelas”,d) membuat pemantauan bagi memastikan jadual penggantian kelasdipatuhi,e) menyemak kehadiran Guru ke sekolah apabila waktu persekolahanbermula, danf) mengumpul dan menyediakan data berkaitan kehadiran guru sertamelaporkannya kepada PPD (PPD akan mengetengahkan hal ini keJPN).2. Pengupayaan perancangan program berdasarkan daerah dan sekolah. Padamasa sekarang, walaupun Takwim Tahunan KPM dan JPN diselaraskannamun dari segi pengoperasiannya ia agak sukar dipatuhi. Tambahanpula terdapat program dan aktiviti ad-hoc yang melibatkan pihak sekolah.Pengupayaan kepada pihak PPD dan sekolah dalam daerah tersebutuntuk
  • M u k a S u r a t | 53Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmerancang program berdasrkan kesesuaian daerah berkaitan dapatmeminimumkan keluar masuk guru dan pentadbir sekolah semasa prosesPdP.3. Penglibatan Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) hendaklahdiaktifkan di semua daerah supaya pihak sekolah mudah mendapatbekalan guru ganti. Peruntukan untuk bayaran KGSK hendaklahmencukupi bagi membolehkan sekolah mendapat guru bagi menggantikanguru yang bercuti dalam tempoh yang panjang seperti cuti bersalin ataucuti haji.4. Pengenalan jawatan Pembantu Guru (hampir sama dengan PembantuPengasuh Murid) di sekolah perlu diperluas bagi mengambil alih tugasperkeranian guru terutama yang berkaitan dengan pengisian data,menyemak kehadiran dan lain-lain tugas selain tugas PdP.5. Pengwujudan jawatan Jurulatih Bertauliah untuk mengendalikan aktivitisukan dan kokurikulum. Dengan adanya jawatan ini guru bilik darjahakan dapat menumpukan perhatian terhadap tugas mengajar dan tidakperlu lagi mengiringi murid untuk program sukan dan sebagainya. Selainitu, kegiatan sukan murid-murid dikendalikan oleh kumpulan pakar dalambidang berkaitan.6. Penglibatan menyeluruh PIBG dan ibu bapa dalam program koakademikdan kokurikulum. Kumpulan berkepentingan ini wajar digemblengperanan mereka untuk bersama-sama melibatkan diri secara aktif denganprogram sekolah. Kumpulan ini boleh membantu sekolah untukmengiringi murid-murid dalam aktiviti luar bilik darjah seperti menyertaipertandingan perbahasan, sukan dan perkemahan.7. Perancangan yang teliti bagi menangani isu ketiadaan guru untuk tempohpanjang perlu dilaksanakan. Unjuran jumlah guru yang akan mengambil
  • M u k a S u r a t | 54Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarcuti dalam tempoh yang lama seperti cuti haji, cuti bersalin dan guru yangakan bersara pada sesuatu tahun hendaklah disediakan.8. Penguatkuasaan berbentuk punitif bagi guru yang tidak hadir dan tidakmelaksanakan proses PdP secara sengaja wajar dikuatkuasakan. Langkahseperti mengenakan denda boleh digunakan sebagai langkah akhir jikaguru berkaitan gagal memberikan alasan yang sahih ketidakhadirannya.PENUTUPIsu ketidakhadiran guru adalah serius dan kerap diperkatakan oleh pihak ibubapa melalui pelbagai platform media massa. Kebimbangan ibu bapa berkaitanisu ini adalah berasas kerana ketiadaan guru di bilik darjah akan menjejaskanprestasi pencapaian murid. Semua pihak yang berkepentingan di semuaperingkat sama ada Bahagian di KPM, JPN mahupun PPD harus memainkanperanan yang mantap untuk merancang kaedah yang sesuai bagi melindungimasa intruksional. Pemantauan perlu terus dilaksanakan supaya apa juga yangdirancang difahami dan dilaksana dengan berkesan di peringkat sekolah.
  • M u k a S u r a t | 55Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKEPIMPINAN INSTRUKSIONALOlehDR. JAMES ANG JIT ENGHAJI ABDUL RAZAK ALIASInstitut Aminuddin BakiKementerian Pelajaran MalaysiaAbstrakMMI merupakan salah satu komponen penting dalam tugas kepimpinan instruksionalseorang pentadbir sekolah. Walaupun demikian, usaha ini tidak akan berjayasepenuhnya sekiranya hasrat ini tidak difahami dan disokong oleh para pegawai diperingkat PPD dan JPN. Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan peranankepimpinan instruksional yang boleh dimainkan oleh para pegawai di peringkat PPDkhususnya dalam aspek kemahiran coaching dan mentoring dan pemantauanpencapaian murid (headcount). Kedua-dua jenis kemahiran ini amat penting bagipara pengawai di peringkat PPD dan JPN kerana ia akan membolehkan merekamengenalpasti masalah akademik yang dihadapi oleh sekolah dan seterusnyamengambil tindakan yang sesuai untuk mendampingi para pentadbir dan membantumengatasi masalah akademik yang dihadapi.
  • M u k a S u r a t | 56Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALAN1. Kajian-kajian awal penggunaan masa pengajaranKajian literatur menunjukkan bahawa kajian-kajian awal yang cubamengaitkan masa yang diperuntukkan untuk pengajaran (allocated time)dengan pencapaian murid telah bermula sejak tahun 1970an lagi. Hasil-hasil kajian mendapati bahawa usaha meningkatkan peruntukan masapengajaran sahaja tidak banyak mempengaruhi pencapaian murid.Pada tahun 1980an, perbahasan mengenai hubungan peruntukan masadengan pembelajaran murid terus berlangsung (Contoh: Jacobson 1980;Baines 2007). Cotton (1990) telah menyimpulkan hasil-hasil kajianliteratur pada ketika itu dan menyimpulkan perkara-perkara berikut:(a) Tidak ada korelasi (hubungkait) antara peruntukan masa (allocatedtime) dengan pencapaian murid.(b) Terdapat sedikit korelasi antara masa penglibatan (engagement time)dengan pencapaian murid.(c) Terdapat korelasi yang besar antara masa pembelajaran (learningtime) dengan pencapaian murid(d) Tidak ada bukti konkrit yang menunjukkan terdapatnya korelasiantara panjangnya waktu pembelajaran dalam sehari atau setahundengan pencapaian murid (Millot dan Lane, 2002).Kajian-kajian turut menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang kukuhdan positif antara masa murid terlibat dalam pembelajaran (time-on-task)dengan pencapaian murid. Ini berbeza dengan dengan masa penglibatan(engagement time) dengan pencapaian yang agak rendah. Yair (2000)
  • M u k a S u r a t | 57Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmelaporkan bahawa secara purata, murid hanya terlibat 53.8 peratus masadalam pembelajaran.Kajian Stalling (1985) yang sering digunakan sebagai tanda araspenggunaan masa secara berkesan dalam bilik darjah menunjukkanbahawa guru-guru sekolah menengah yang ‘biasa’ menggunakan 38peratus daripada masa untuk menguruskankelas, 50 peratus untuk mengawas dan menyelia kerja murid dan baki 12peratus untuk pengajaran (rujuk Rajah 1).Rajah 1 : Penggunaan Masa oleh Guru ‘Biasa’Guru-guru yang berkesan pula menggunakan kurang daripada 15%daripada masa untuk menguruskan kelas, 35% untuk tugas mengawas danmenyelia kerja murid dan baki 50% untuk penyampaian pengajaran (rujukRajah 2). Murid yang berkesan pula menggunakan 97% daripada masauntuk pembelajaran aktif dan 3% masa luang (off-task).50%12%38%Mengawas & MenyeliaPenyampaian PengajaranMengurus Kelas
  • M u k a S u r a t | 58Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarRajah 2 : Penggunaan Masa oleh Guru Berkesan2. Kajian kehilangan masa pembelajaran di negara membangunKajian oleh Bank Dunia mendapati terdapat jurang antara masa yangdiperuntukkan dengan realiti dalam masa pengajaran khususnya di negarakurang membangun (Millot dan Lane 2002, Abadzi 2007). Secarakuantitatif dan kualitatif, masa yang digunakan untuk pengajaran sebenaradalah kurang daripada kehendak dasar pendidikan kebangsaan masing-masing.3. Langkah-langkah memaksimumkan masa pembelajaranDapat disimpulkan bahawa daripada hasil kajian literatur bahawakomponen penting untuk menjayakan dasar ‘melindungi masapembelajaran’ adalah dengan memaksimumkan masa pembelajaran danmeningkatkan masa murid terlibat dalam pembelajaran (time-on-task)untuk segala bentuk aktiviti yang berlaku di sekolah.Mengawas &Menyelia,35%, 35%PenyampaianPengajaran,50%, 50%MengurusKelas, 15%,15%Mengawas & MenyeliaPenyampaian PengajaranMengurus Kelas
  • M u k a S u r a t | 59Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarSeperti yang disebutkan di atas, satu daripada variabel yangmempengaruhi pembelajaran murid ialah ‘masa pembelajaran’(instructional time). Abadzi (2007) mentakrifkan masa pembelajaransebagai jumlah masa dalam kelas yang guru gunakan untukmenyampaikan ilmu. Masa pembelajaran menurut beliau tidak termasukmasa yang guru gunakan untuk mengurus bilik darjah yang dianggapsebagai masa luang (off-task). Untuk tujuan itu, kajian telahmenunjukkan bahawa terdapat korelasi statistikal yang positif antara masapembelajaran dan pencapaian murid dalam peperiksaan (Lieberman danDenham, 1980).Selain daripada meningkatkan masa pembelajaran, guru juga perlumeningkatkan masa murid terlibat dalam pembelajaran (time-on-task)murid. ‘Time-on-task’ merujuk kepada jumlah masa dalam satu waktuapabila guru dan murid terlibat secara aktif dalam pengajaran danpembelajaran. Ia juga sering difahamkan dengan masa murid benar-benarterlibat dalam pembelajaran (Abadzi, 2007). Kajian yang oleh Levin danNolan (2010) menunjukkan bahawa kunci kejayaan pembelajaran muridadalah kemampuan guru untuk memaksimakan masa ‘time-on-task’ muridterlibat dalam tugasan akademik dan mengurangkan masa luang untukmemulakan aktiviti, transisi antara aktiviti, tidak ada aktiviti atau terlibatdengan perbuatan salah laku.Untuk mencapai hasrat ini, Pengetua atau Guru Besar perlu mempunyaipengetahuan dan kemahiran kepimpinan instruksional khususnya ilmumemantau pencapaian akademik murid (headcount) yang membolehkanmereka mengenal pasti kelemahan (akademik) murid dan seterusnyamengambil langkah-langkah pembetulan/penambahbaikan yangsewajarnya. Kemahiran-kemahiran ini telah disampaikan kepada
  • M u k a S u r a t | 60Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajargolongan pentadbir sekolah melalui kursus-kursus yang telah dianjurkanoleh IAB seperti berikut:(a) Kursus Kepimpinan Instruksional,(b) Kursus Memantau Pencapaian Murid,(c) Kursus NPQEL (National Professional Qualification forEducational Leaders), dan(d) Kursus Coaching dan Mentoring Pemimpin.Walaupun demikian, tahap amalan kandungan kursus di peringkat sekolahmasih menjadi tanda tanya kerana tidak ada pihak yang memantaupelaksanaan dan keberkesanan kursus tersebut apabila para pesertakembali ke sekolah masing-masing. Satu pihak yang boleh membantumemastikan pelaksanaan tugas memantau pencapaian (akademik) muridadalah para pegawai di peringkat PPD kerana mereka berada lebih dekatdengan sekolah dan merupakan golongan ‘prime movers’ dalam usahamentransformasi PPD.Oleh yang demikian, untuk membolehkan masa pembelajaran muriddilindungi dan dipertingkatkan di sekolah, adalah dirasakan bahawa parapegawai PPD perlu dilibatkan. Sebagai langkah permulaan, mereka perludiberi pendedahan dalam kemahiran memantau pencapaian murid(headcount) dan kemahiran coaching dan mentoring pemimpin agarmereka dapat mendampingi dan menyelesaikan masalah akademik yangdihadapi oleh sekolah dengan lebih cekap lagi.
  • M u k a S u r a t | 61Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPERNYATAAN ISUBagaimanakah cara terbaik untuk memastikan para pegawai di peringkatJPN/PPD memahami konsep dan kepentingan kemahiran memantaupencapaian murid (headcount) dan kemahiran coaching dan mentoringpemimpin yang membolehkan mereka mendampingi pihak sekolah (parapentadbir dan guru) secara bermakna agar mesej yang ingin disampaikan danmatlamat yang dihasratkan tercapai?CADANGAN TINDAKAN (CADANGAN PENGISIAN SESITAKLIMAT)1. Berkongsi hasil kajian empirikal yang telah dibuat untuk menunjukkanperanan sekolah dan guru dalam meningkatkan pencapaian murid.2. Berkongsi cara mengenal pasti tahap pencapaian murid melalui teknikmemantau pencapaian murid (headcount).3. Membantu membina jaringan dan menggalakkan percambahan idea antarapegawai JPN/PPD untuk menangani masalah pencapaian akademikmurid.4. Mengupayakan pegawai JPN/PPD dengan kemahiran coaching danmentoring pemimpin.5. Menjadikan coaching dan mentoring sebagai satu bentuk pembangunanprofesionalisme pemimpin yang bercirikan pembelajaran pandu kendiri(self-directed learning).
  • M u k a S u r a t | 62Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKESIMPULANLangkah yang dicadangkan oleh IAB adalah sebahagian daripada usahabersepadu Kementerian Pelajaran yang diketuai oleh Timbalan Ketua PengarahPelajaran Malaysia, Sektor Operasi Pendidikan (TKPPM-OP) khususnyamelalui sesi mesyuarat/taklimat kepada JPN/PPD untuk melaksanakan dasar‘Melindungi Masa Pengajaran’ di sekolah-sekolah sebagai salah satu usahauntuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.SYOR1. Selain pendedahan kepada ilmu ‘memantau pencapaian murid’ dankemahiran ‘coaching dan mentoring pemimpin’, para pegawai JPN/PPDdiberi pendedahan kepada aspek-aspek lain yang turut menyumbangkepada usaha melindungi dan memaksimumkan masa instruksional danpembelajaran murid dalam sesi mesyuarat/taklimat yang diketuai olehTKPPM-OP.2. Para pegawai JPN/PPD dikehendaki menghadiri kursus KepimpinanInstruksional dan kursus Coaching dan Mentoring Pemimpin yangdianjurkan oleh IAB.RujukanAbadzi, H. (2007). Absenteeism and beyond: Instructional time loss andconsequences. Independent Evaluation Group, World Bank,Washington, DC.Baines L. (2007). Learning from the World: Achieving More by Doing Less.Phi Delta Kappa International 89, no 2 (October 2007): 98–100.
  • M u k a S u r a t | 63Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarCotton, K. (2003). The principals and student achievement: What theresearch says. Association for Supervision and CurriculumDevelopment. Alexandria : Virginia.Davis, G. & Thomas, M.A. (1989). Effective school and effective teacher.Allyn and Bacon.Hallinger, P. & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional managementbehaviors of principals. The Elementary School Journal, 86 (2), 217-247.Jacobson, K. 1980. “The Relationship of Individual Student Time Allocationto Reading and Mathematics Achievement.” Report from the Project onStudies of Administration and Organization for Instruction. Researchand Development Center for Individualized Schooling, University ofWisconsin, Madison.James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah (2011). KepimpinanInstruksional: Satu Panduan Praktikal. PTS Professional Publishing.Levin, J. & Nolan, J. F. (2010). Principles of classroom management: Aprofessional decision-making model. Pearson Education Inc. NJ.Lieberman, A., & Denham, C. (1980). Time to learn. Sacramento, CA:California Commission for Teacher Preparation and Licensing.Mielcarek, J.M.A. (2003). A model of school success: Instructionalleadership, academic press and student achievement. Unpublisheddissertation. Ohio State University.Millot, B., and J. Lane. 2002. “The Efficient Use of Time in Education.”Education Economics 10, no 2: 209–28.Murphy, J. (1990). Principal instructional leadership: Changingperspectives on the school. Advances in Educational Administration,1, 163-200.Barber, M., & Fullan, M. (2005). Tri-level development: It’s the system.Education Week, 24 (25), pp. 32 - 35.Stallings, J. A. (1980). Allocated academic learning time revisited, orbeyond time on task. Educational Researcher 9(11), December, 11-16.Stallings, J. A. (1985). Instructional Time and Staff Development: HowUseful is the Research on Time to Teachers? In Perspectives on
  • M u k a S u r a t | 64Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarInstructional Time, edited by C.W. Fisher and D.C. Berliner, 283–97.New York and London: Longman.Stallings, J. A. (2007). The Importance of Using Instructional TimeEffectively. Unpublished article. HDNED, World Bank, Washington,DC. Dimuat turun pada 20 Ogos 2012 dari http://www-wds.worldbank.org/external/default/WDSContentServer/WDSP/IB/2009/02/11/000333037_20090211004247/Rendered/PDF/473280WP0Box33101OFFICIAL0USE0ONLY1.pdfTengku Azuan Tg Mohamed (2006). Headcount: Satu perkongsianPengalaman. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar KebangsaanKepimpinan Instruksional Ke-2, November 2006. IAB CawanganUtara. KPM.Yair, G. 2000. “Not Just About Time: Instructional Practices and ProductiveTime in School.” Education Administration Quarterly 36, no. 4(October): 485–512.
  • M u k a S u r a t | 65Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarJADUAL WAKTUolehENCIK BONG MUK SHINBahagian Pendidikan KhasKementerian Pelajaran MalaysiaAbstrakKertas kerja ini membincangkan kepentingan jadual waktu dalam proses PdP yangberkesan. Penyediaan jadual waktu perlu diurus dengan baik agar pelaksanaan PdPberjalan lancar. Jadual Waktu yang strategik akan memudahkan guru melaksanakanPdP mengikut masa dan tempoh yang ditetapkan dan seterusnya melindungi masainstruksional. Beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam pembinaan jadual waktuadalah agihan waktu mengajar, susunan mata pelajaran dalam jadual waktu,persediaan guru, persediaan murid, lokasi dan pentadbiran.
  • M u k a S u r a t | 66Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANJadual waktu merupakan suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akandiajar kepada murid setiap hari persekolahan yang menyatakan tempoh danperuntukan masa suatu mata pelajaran yang diajar dan nama guru yangmengajar mata pelajaran itu.Setiap jadual waktu sekolah adalah jadual untuk menyelaras empatelemen iaitu: murid, guru, bilik darjah dan tempoh. Jadual ini perlu mematuhikurikulum yang ditetapkan, mengandungi mata pelajaran yang diajar dananalisis jumlah waktu, peruntukan waktu mengikut pekeliling terkini danmengandungi senarai nama guru dengan mata pelajaran yang diajar, memenuhikehendak jadual waktu anjal dan fleksibal.ISU JADUAL WAKTU1. Dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti(JNJK) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada Februari hinggaApril 2012 mendapati bahawa lebih daripada 40 peratus prosespengajaran dan pembelajaran tidak dilaksanakan di dalam bilik darjah.Antara faktor yang dikenal pasti adalah;a) guru menjalankan tugas di luar sekolah dan guru ganti tidakmenjalankan PdP,b) guru berada di sekolah tetapi tidak masuk ke kelas (menjalankanaktiviti lain, berada di kantin), danc) guru masuk ke kelas tetapi tidak menjalankan PdP.
  • M u k a S u r a t | 67Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar2. Jadual Waktu Guru GantiJadual waktu perlu diurus dengan baik agar PdP dapat dilaksanakandengan berkesan. Jadual waktu PdP disediakan untuk memudahkan gurumelaksanakan P&P mengikut masa dan tempoh yang dijadualkan denganlancar dan sistematik. Ahli Jawatankuasa Jadual Waktu terdiri daripadaguru-guru yang dilantik oleh Pengetua atau Guru Besar.Jadual Guru Ganti perlu merekod guru yang tidak dapat hadir ke kelasyang diajar dan nama guru yang menggantinya. Slip Guru Ganti perlumengandungi maklumat seperti Tahun atau Tingkatan, Waktu dan MataPelajaran yang akan digantikan. Slip ini perlu diserahkan kepada GuruGanti lebih awal agar guru tersebut dapat membuat persediaan awalsebelum kelas bermula.3. Pelaksanaan Jadual WaktuBagi melindungi waktu pembelajaran murid, beberapa aspek perludiberikan perhatian iaitu;a) Agihan Waktu Mengajari. Bilangan kelas dan mata pelajaran yang diajar perlu dihadkanbagi seseorang guru. Contohnya penentuan tahap kelas yangdiajar seperti Tahap 1 atau 2 di Sekolah Rendah, ataupunMenengah Rendah atau Menengah Atas perlu diambil kira.ii. Penentuan set/kumpulan mata pelajaran yang boleh diajar olehseseorang guru. Kombinasi mata pelajaran perludipertimbangkan dan seboleh-bolehnya lebih sesuai mengikut
  • M u k a S u r a t | 68Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarkepakaran/opsyen agar tidak menjejaskan keberkesananpengajaran guru.Contoh, dari segi : mata pelajaran - Bahasa Melayu dengan Seni, Sainsdengan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan BahasaInggeris dengan Muzik, waktu - Sebelah pagi bagi mata pelajaran matematik,selepas waktu rehat mata pelajaran Sains dan sebelumbalik mata pelajaran Pendidikan Seni, dan hari - Mata pelajaran teras perlu dimasukkan dalamjadual waktu secara seimbang pada setiap hari supayatidak berlaku bebanan kepada guru dan murid.Walau bagaimanapun penentuan set ini perlu mengambil kirapekeliling-pekeliling yang berkuatkuasa.iii. Dicadangkan agar guru diperuntukkan tidak melebihi 3 waktumengajar.Guru dihadkan mengajar dua mata pelajaran mengikut opsyenmajor/minor latihannya. Mata pelajaran yang diberi perludipasangkan dengan satu mata pelajaran teras dan satu lagielektif. Guru mengajar mengikut tahap tertentu sama ada tahapI dan tahap II sahaja bagi sekolah rendah, atau menengahrendah atau menengah atas. Guru diperuntukkan tidak melebihitiga waktu mengajar berterusan.Justifikasii. Guru boleh membuat persiapan lebih rapi dalammelaksanakan PdP mata pelajaran tersebut.
  • M u k a S u r a t | 69Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarii. Guru boleh memberi tumpuan dalam pelaksanaan PdPyang berkesan.iii. Guru akan memiliki kemahiran yang lebih baik dalammata pelajaran tertentu.iv. Guru akan lebih mengenali murid dan dapatmeningkatkan potensi mereka ke tahap yang maksimum.b) Susunan Mata Pelajaran Dalam Jaduali. Pengagihan waktu mata pelajaran perlu seimbang antaraguru mengikut keadaan/keperluan sekolah.ii. Waktu ganti tidak dibebankan kepada guru-guru tertentusahaja. Pengagihan waktu ganti perlu seimbang dandiagih sama rata kepada semua guru. Pembahagian matapelajaran perlu mengikut kecenderungan atau opsyenseseorang guru. Pihak sekolah harus menyimpan rekodbagi guru ganti untuk mengelakkan berlakunyaketidaksamarataan agihan waktu ganti kepada guru.iii. Waktu kembar (double period) dan satu waktu (singleperiod) perlu diambil kira mengikut mata pelajaran.Huraian :Pihak sekolah perlu memperuntukkan waktu senggang diantara waktu PdP bagi membolehkan guru bersediasepenuhnya untuk berada lebih awal di kelas seterusnya.Waktu senggang perlu diagih seimbang pada sebelah pagisebelum rehat dan selepas rehat kepada semua guru. Begitujuga bagi bilangan waktu mengajar hendaklah diagih
  • M u k a S u r a t | 70Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarseimbang antara semua guru dalam seminggu. Contoh, 25hingga 26 waktu sahaja seminggu.Jadual waktu perlu disusun mengikut keutamaan matapelajaran. Contoh, jadual waktu pagi sebelum rehat dikhaskankepada mata pelajaran teras dan seterusnya bagi mata pelajaranelektif mengikut keadaan dan keperluan sekolah. Begitu jugakepada jadual guru ganti, sekiranya berlaku ketidakhadiranguru, jadual guru ganti perlu diagih sama rata kepada guru agartidak terbeban kepada guru-guru tertentu sahaja.Ketetapan kelas bagi seseorang guru perlu mengikutkesesuaian lokasi. Sebagai contoh, pergerakan guru dari satublok ke blok yang lain atau dari satu kelas ke kelas yangseterusnya tidak melibatkan jarak yang jauh.c) Persediaan Gurui. Guru perlu pergi ke kelas lebih awal sebelum waktupengajarannya bermula jika guru tersebut tiada kelassebelumnya.ii. Guru terlibat perlu menyediakan RPH dan bahan yangakan digunakan dalam PdP. Guru ganti seboleh-bolehnya guru mata pelajaran yang sama dengan kelasyang diganti.iii. Pertukaran waktu mengajar suka sama suka boleh dibuatjika guru telah mengetahui lebih awal tentangpenglibatan atau tugasnya di luar sekolah.
  • M u k a S u r a t | 71Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarHuraian :Bagi menepati peruntukan masa PdP (30 minit untuk sekolahrendah dan 40 minit untuk sekolah menengah) guru perlubersedia seawal 5 minit sebelum ke kelas. Keadaan ini jugadapat mengelakkan pembaziran waktu pembelajaran disamping mengawal disiplin murid terutama keluar masuk kelasdan membuat bising. Kebenaran perlu diberi kepada guru yangingin bertukar waktu mengajar suka sama suka jika dia terlibatdengan tugas-tugas luar. Ini boleh mengelakkan daripadamembebankan guru lain untuk menjalankan PdP sebagai guruganti.d) Persediaan Muridi. Murid perlu sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mentalsebelum menjalankan aktiviti pembelajaran untukmengelakkan guru dari membuang masa PdP denganmelayan kerenah murid di dalam kelas.Huraian :Murid perlu dinasihatkan agar sentiasa bersedia dengankeperluan mata pelajaran seterusnya setiap kali sebelum gurumasuk mengajar. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunyapembaziran masa PdP. Guru terpaksa menunggu muridmengambil kelengkapan PdP padahal masa untuk PdPsepatutnya sudah bermula.
  • M u k a S u r a t | 72Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajare) Lokasi Tempat PdPi. Jadual waktu penggunaan bilik-bilik khas perlu dibuatdengan teliti agar dapat mengelakkan pembaziran masabagi guru dan murid untuk bergerak dari satu lokasi kesatu lokasi yang lain. Jika keadaan sekolah tidak dapatmemenuhi keperluan ini maka pihak sekolah perlumenyediakan sebuah bilik transit.Huraian:Penyusunan jadual waktu perlu mengambil kira jarakpergerakan guru dan murid dari kelas ke kelas, dari kelas kebilik khas atau dari blok ke blok yang lain di antara waktu PdPbagi penjimatan masa. Bilik darjah yang fleksibel perludiadakan bagi memudahkan guru dan murid yang mengalamimasalah kesihatan atau masalah fizikal untuk menjalani PdPdengan selesa. Murid orang kurang upaya (OKU) yangberkerusi roda perlu ditempatkan di bilik darjah di tingkatbawah. Sebuah bilik transit diperlukan untuk guru berehatsebelum ke kelas seterusnya. Contoh, jarak kelas yang diajarbagi mata pelajaran seterusnya agak jauh dari kelas pengajaransebelumnya.f) Pentadbirani. Pemilihan pakej mata pelajaran perlu dihadkan.ii. Guru ganti boleh menggabung kelas berdasarkan matapelajaran atau tahun/tingkatan yang sama semasaketiadaan guru mata pelajaran/kelas tersebut. Bagikeberkesanan PdP guru perlu mengambil kira bilangan
  • M u k a S u r a t | 73Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmurid dalam kelas yang digabung dan tempat PdPdijalankan. Jika bilangan murid terlalu ramai PdP bolehdijalankan di dewan sekolah dan sebagainya.HuraianPakej mata pelajaran dalam satu-satu aliran perlu dihadkanmengikut kesesuaian sekolah. Contohnya, satu pakej dalamaliran sains dan satu dalam aliran sastera sahaja. Guru gantiboleh menggabungkan kelas mengikut mata pelajaran atautahap supaya proses PdP dapat berlangsung dan kawalandisiplin dapat dilaksanakan dengan berkesan.SYORPihak sekolah disyorkan mengambil kira semua aspek termasuk prasaranasekolah, tahap kemampuan murid dan kepakaran guru dalam merancangpenyusunan jadual waktu sekolah.
  • M u k a S u r a t | 74Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DALAM KEGIATANKOKURIKULUM DI SEKOLAH : ISU DAN CADANGANPENYELESAIANOlehENCIK MAHAMAD AMRAN BIN KAMSIBahagian Kokurikulum dan KesenianKementerian Pelajaran MalaysiaAbstrakHasil kajian Bahagian Naziran (2010) dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian(2011) tentang keberkesanan kokurikulum di kalangan murid sekolah menengah adamenunjukkan perkaitan dengan kegagalan pihak sekolah melindungi masainstruktional kegiatan kokurikulum. Kelemahan guru yang kurang mahir dalammenjalankan aktiviti kelab/persatuan sekolah sebagai faktor penyebab utama. Faktor-faktor lain seperti wibawa pentadbir sekolah; kurikulum kelab/persatuan yang tidaklengkap dan kekurangan kemudahan dan peralatan juga sebagai penyumbang isu yangberlaku. Dalam usaha mengatasi masalah ini dua langkah penyelesaian dikenalpasti.Pertama, penyelesaian di peringkat sekolah yang berfokus kepada pengetua/gurubesar dalam melaksanakan 11 strategi pelaksanaan kokurikulum. Kedua, penyelesaianperingkat Kementerian yang meliputi pelaksanaan kegiatan kelab/persatuan sekolahsecara projek inovasi; pemantapan Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum KPM;pemantapan sistem pemantauan di semua peringkat pelaksanaan; melengkapkan danmelatih pegawai/ personal kokurikulum di semua peringkat dan; melengkapkankemudahan infrastruktur dan kejurulatihan di Pusat Kokurikulun Negeri dan Daerah.Strategi penyelesian secara serampang dua mata dijangka bukan sahaja diyakini bolehmenyelesaikan masalah melindungi masa instruktional kokurikulum malahan jugamampu meningkatkan imej kokurikulum di peringkat sekolah. Cadangan penyelesaianini memberi impak kewangan berjumlah RM159,683,410 dan impak perjawatanbaru berjumlah 4,133 orang.
  • M u k a S u r a t | 75Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANKandungan pendidikan di sekolah-sekolah Malaysia terdiri daripada duaaspek penting iaitu kurikulum dan kokurikulum. Perkara pertama berkait rapatdengan apa jua kegiatan pengajaran-pembelajaran di dalam bilik darjahmanakala yang terkemudian pula mengenai proses yang sama tetapi berlaku diluar bilik darjah. Pada dasarnya KPM sentiasa berusaha dan berhasrat agarkedua-dua aspek ini memberi impak yang maksimum kepada perkembanganpendidikan yang menyeluruh kepada setiap murid sejajar dengan hasratfalsafah pendidikan negara, namun dari segi keberhasilannya menampakkanbahawa aspek kokurikulum masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan. Iabermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada prosespengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberi peluang untukmenambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilaiyang dipelajari di dalam bilik darjah (dalam Peraturan-Peraturan KebangsaanPendidikan 1997 berkaitan kurikulum). Pelaksanaan kokurikulum adalah wajib.Kegagalan melaksanakan kegiatan ini adalah suatu kesalahan yang bolehdidenda tidak melebihi RM5,000 atau 3 bulan penjara atau kedua-duanya (Akta Pendidikan ,1996: Seksyen 18 - Akta 550). Penyertaan murid dalamaktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran murid dalamaktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. Arahan ini termaktub sebagaimanadalam SPI Bil. 1/1986, KP(BS)8591/Jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986.Peraturan-peraturan dan arahan ini jelas menunjukkan kegiatan kokurikulumadalah sebahagian masa instruktional yang wajib dilaksanakan.Berdasarkan Warta Kerajaan No. 5652 Jil. 11/Bil.27 bertarikh Disember1967, masa yang diperuntukkan untuk kegiatan kokurikulum di sekolah adalahseperti berikut:
  • M u k a S u r a t | 76Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarSekolah Tahap Darjah/TingkatanPeruntukan Masa(minit/minggu)Rendah 1 3 dan 4 602 5 dan 6 120Menengah Peralihan, 1,2 dan 3 1804 dan 5 (aliran perdagangan dansastera)1804 dan 5 (aliran sains danpertanian)140Purata kekerapan perjumpaan mingguan yang minimum dalam setahunialah 18 kali bagi pasukan pakaian seragam dan 12 kali bagi kelab/persatuandan kelab/persatuan sukan/permainan. Ketiga-tiga jenis kegiatan ini perludijalankan sepanjang tahun mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sungguhpunbegitu isu yang sering dipersoalkan ialah sejauhmana masa yang diperuntukkanbenar-benar telah digunakan oleh pihak sekolah bagi tujuan memenuhi masainstruktional kegiatan kokurikulum.PERNYATAAN ISUBahagian Naziran KPM (2010) yang mengkaji tentang pelaksanaan kegiatankokurikulum di sekolah-sekolah mendapati bahawa kegiatan kokurikulum yangberunsurkan kelab dan persatuan kurang digemari oleh murid. Di antara faktorpenyebabnya ialah ketiadaan kurikulum yang lengkap, guru kurang berinisiatifdan aktiviti yang tidak menarik dan mencabar. Dapatan ini disokong oleh hasiltinjauan yang dibuat oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM (2011)ke sekolah-sekolah di seluruh negara yang melihat kegiatan kelab danpersatuan tidak popular sebagaimana kegiatan badan beruniform dansukan/permainan.
  • M u k a S u r a t | 77Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarDapatan kedua-dua kajian ini boleh dirumuskan seperti berikut:(a) kegiatan kokurikulum (terutama jenis kelab dan persatuan) tidakdilaksanakan dengan sewajarnya sehingga memberi suatu persepsiyang negatif di kalangan murid, dan(b) masa instruktional bagi menjalankan kegiatan kokurikulum tidakdilindungi kerana terbukti pengisian pengajaran tidak memberiimpak positif kepada murid.MMI dalam kokurikulum dipengaruhi oleh wibawa Pentadbir sekolah(termasuk Guru Besar/Pengetua/Guru Penolong Kanan Kokurikulum).Pentadbir bertanggungjawab memastikan kelangsungan kegiatan kokurikulumselaras dengan dasar dan prinsip yang telah ditetapkan. Sebaliknya pentadbirsekolah yang bersikap negatif terhadap kokurikulum bercirikan seperti berikut:(a) kurang menghayati kepentingan kokurikulum dan berkeinginanuntuk mengetahui peraturan, garis panduan atau arahan KPM, JPNdan PPD sebagai satu perkara yang perlu ditangani dengan segera,(b) bersikap sambil lewa kepada isu-isu penguatkuasaan peraturan dansistem pemantauan, seperti dalam menetapkan masa danpenjadualan aktiviti kokurikulum sekolah, dan(c) gagal mewujudkan budaya berkokurikulum di sekolah.Kejayaan melindungi waktu instruktional dalam kokurikulum banyakdipengaruhi oleh kemampuan guru berperanan sebagai guru kokurikulumseperti sebagai penasihat/pembimbing/jurulatih (SPI Bil.1/1985KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985). Namun ramai guru yanggagal menjalankan tanggugjawab sebagai guru kokurikulum kerana tidakcukup kompeten. Masalah kurang mahir dalam sesuatu jenis kegiatankokurikulum yang dipertanggungjawabkan adalah faktor utama. Tidakdinafikan semua guru ada menerima pendedahan kegiatan kokurikulum semasa
  • M u k a S u r a t | 78Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarbelajar di institusi perguruan atau universiti tetapi apa yang diperolehi hanyalahsetakat tahap asas yang tidak membolehkan mereka menguasai sesuatu bidangilmu kokurikulum yang diperlukan oleh murid. Guru-guru yang sedemikianakan setakat menghadirkan diri dalam kegiatan kokurikulum tanpa suatuperancangan yang rapi dan hanya mampu mencatat kehadiran murid.Kelemahan ini sudah tentu memberi kesan pengajaran dan bimbingan kepadamurid-murid. Ketiadaan guru yang mahir dan pakar ini juga yang menjadialasan untuk tidak mengadakan sesuatu kegiatan kokurikulum di peringkatsekolah.Kegagalan guru melindungi masa instruktional kegiatan kokurikulumsering dikaitkan dengan kurikulum/kandungan pembelajaran yang tidaklengkap. Kelemahan ini berlaku kerana atas dua faktor. Pertama, bidangkokurikulum terlalu luas, apa sahaja yang berkaitan kegiatan di luar bilik darjahadalah kegiatan kokurikulum. Kedua, terdapat sesetengah kegiatan yangdiluluskan oleh KPM dipayungi oleh agensi luar sebagai badan induk yangtelah melaksanakan kegiatan tanpa kurikulum yang standard. Sungguhpunbegitu ketiadaan kurikulum yang lengkap bukan suatu alasan untuk tidakmenjalankan kegiatan ini. Tidak sebagaimana bidang akademik bidangkokurikulum tidak terlalu terikat kepada suatu set atau sekuen kandunganpelajaran. Yang mustahak ialah sama ada pengetahuan atau kemahiran yangdipelajari oleh murid itu berkaitan atau tidak dengan sifat semulajadikelab/persatuan yang dianggotai. Umpamanya, bagi kelab bahasa sudah tentuilmu dan kemahiran yang disampaikan itu mengenai apa sahaja yang berkaitanbahasa. Sejajar dengan peranan kokurikulum sebagai penyumbang danpelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, tidakmenjadi suatu kesalahan untuk menjadikan kurikulum bilik darjah sebagaipanduan asalkan boleh mengukuhkan apa yang sudah dipelajari dalam bilikdarjah.
  • M u k a S u r a t | 79Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKegiatan kokurikulum lazimnya berlaku di luar bilik darjah. Pendekatankokurikulum yang jelas ialah secara menjadikan alam semulajadi dan alamsekitar sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran. Namun ada jugasesetengah aktiviti kokurikulum yang sememangnya memerlukan kemudahandan peralatan khusus seperti kegiatan robotik dan perkhemahan. Ketiadaanperalatan dan kemudahan ini di sekolah atau yang berhampiran sering dijadikanalasan untuk tidak menjalankan kegiatan. Tidak menafikan KPM adamenyediakan infrastruktur dan kemudahan kokurikulum di sekolah namunmasih banyak lagi kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. Dalammasa yang sama diperakui ada sesetengah kemudahan dan peralatan yang tidakboleh dibina di setiap sekolah atas sebab kos pembinaan dan penyelenggaranyang tinggi; dan memerlukan kepakaran jurulatih dan juruteknik. Kemudahansebegini sewajarnya diadakan secara berpusat di setiap daerah. Ketiadaan ataukekurangan kemudahan infrastruktur ini seringkali dijadikan alasan kepadaguru-guru untuk tidak menjalankan kegiatan kokurikulum yang berkaitan.Berdasarkan perbincangan diatas dapatlah dirumuskan bahawa faktorpenyebab masa instruksional kokurikulum tidak dilindungi adalah sepertiberikut:(a) sikap pentadbir sekolah yang tidak sensitif kepada keperluanmelaksanakan kegiatan kokurikulum dengan sebaik mungkin,(b) guru-guru yang kurang kompeten dalam melaksanakan kegiatankokurikulum,(c) kandungan kurikulum sesetengah kegiatan kokurikulum yang tiada,tidak lengkap atau tidak standard, dan(d) kekurangan kemudahan, fasiliti dan peralatan khusus untuk sesuatukegiatan kokurikulum di sekolah atau yang berhampiran.
  • M u k a S u r a t | 80Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarCADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIAN:Secara jelas isu melindungi masa instruktional dalam kokurikulum adalahmasalah peringkat sekolah namun jika diteliti secara mendalam masalah yangtimbul ada yang berpunca dari kelemahan dasar/polisi pihak lain seperti daripihak KPM. Dalam hal ini penulis mencadangkan dua kaedah penyelesaianyang melibatkan peringkat sekolah dan peringkat KPM.Peringkat Sekolah:1. Pengetua/Guru Besar sebagai agen transformasi kokurikulum:Jatuh bangun kokurikulum di sekolah ditentukan oleh wibawaPengetua/Guru Besar. Kefahaman sebenar tentang kokurikulum sertakepentingannya dan dasar-dasar perlaksanaannya sebagaimana yang telahditetapkan oleh Kementerian seharusnya dikuasai oleh setiapPengetua/Guru Besar. Seterusnya, kebolehan menaakul kokurikulum dankemudian menterjemahkan dalam bentuk pengurusan sekolah merupakankemahiran yang dituntut dan wajib ada pada setiap pengetua/guru besar.Tidak dinafikan dalam mengurus kokurikulum di peringkat sekolah, KPMberpendekatan fleksibel dengan memberi kepercayaan kepada daya usahadan inisiatif Pengetua/Guru Besar. Sungguhpun begitu dalam isu MMIkokurikulum Pengetua/Guru Besar boleh menjadikan strategi-strategiyang berikut sebagai panduan:(a) Mengubah persepsi negatif warga sekolah terhadap bidangkokurikulum - Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab untukmemberi kesedaran dan meyakinkan semua warga sekolah (murid,guru, ibubapa dan masyarakat setempat) tentang dasar sebenarkerajaan terhadap kokurikulum. Silap faham tentang peranan
  • M u k a S u r a t | 81Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarkokurkulum sebagai kegiatan sampingan yang boleh dilaksanakansetakat seadanya perlu dihapuskan. Pengetua/Guru Besar seharusnyamampu mengubah persepi dan minda warga sekolah bahawakegiatan ini adalah suatu kegiatan yang penting, terancang danbersistematik yang mampu membawa kemenjadian manusia secaramenyeluruh termasuk pembangunan ‘kepelbagaian intelek’ dan‘intelek emosi’. Dalam masa yang sama kegiatan ini menjadilandasan kepada kerjaya murid semasa dewasa dan, yang lebihpenting menjadi aset negara dalam menjana sumber manusia yangberkualiti.(b) Mempelbagaikan kelab/persatuan dan aktiviti-aktivitikokurikulum - Kepelbagaian kelab/persatuan amat perlu demimemenuhi tuntutan kepelbagaian kebolehan dan minat murid.Sungguhpun begitu Pengetua/Guru Besar bertanggungjawabmemastikan bilangan kelab/persatuan yang ditubuhkan telahmengambilkira bilangan keseluruhan murid, kemahiran guru dankemudahan/peralatan yang ada. Kepelbagaian aktiviti juga perlumengambilkira program berbentuk penyertaan ramai dan programyang bermatlamatkan kecemerlangan. Dalam memenuhi tuntutandan keperluan murid untuk menubuhkan sesuatu kelab/persatuan,Pengetua/Guru Besar perlu menimbangkan secara rasional danpraktikalnya pelaksanaan kelab/persatuan itu.(c) Mewujudkan suasana aktiviti kokurikulum yang meriah -Suasana yang meriah bermaksud wujudnya penglibatan semuawarga sekolah dalam sesuatu aktiviti/program kokurikulum yangdijalankan oleh pihak sekolah. Segala kegiatan kokurikulum yangdijalankan sepanjang tahun sentiasa diwar-warkan dan menjadiperhatian warga sekolah. Dari segi fizikalnya, murid-murid sentiasabersaing mempromosikan atau memperagakan imej kelab/persatuan
  • M u k a S u r a t | 82Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajardi persekitaran sekolah. Penyertaan pasukan sekolah di semuaperingkat aktiviti (daerah, zon, negeri, kebangsaan) nyata amatkerap dan menjadi sebutan masyarakat setempat. Suasana meriah inilebih terbukti apabila pihak sekolah mengadakan aktiviti/programkokurikulum seperti Hari Kokurikulum, Sukan Tahunan yangmendapat sokongan dan sambutan penuh dari ibu bapa danmasyarakat setempat. Murid-murid dan guru-guru pula sentiasabersungguh-sungguh menjalankan peranan masing-masing.Manakala pihak sekolah sentiasa sensitif dan berusaha memberipengiktirafan dan penghargaan kepada sebarang usaha sertapenglibatan murid dan guru melalui pelbagai cara.(d) Menjalankan aktiviti atau kegiatan kokurikulum sepanjangtahun - Dalam memastikan aktiviti kokurikulum dijalankansepanjang tahun, Pengetua/Guru Besar perlu peka kepada 3 perkara.Pertama, keseimbangan tiga bidang aktiviti kokurikulum, iaitupasukan pakaian seragam, kelab/persatuan dan sukan permainan.Kedua, membezakan di antara aktiviti mingguan kelab/persatuandan aktiviti kokurikulum peringkat sekolah. Ketiga, aktivitiperingkat lanjutan seperti peringkat daerah, negeri, kebangsaan danantarabangsa. Pembinaan takwim yang awal boleh membantu muriddan guru untuk melaksanakan aktiviti sepanjang tahun secara ansurmaju atau peringkat demi peringkat. Aktiviti yang berterusan jugaboleh menghindarkan kebosanan murid kerana kekosongan masadipenuhi dengan aktiviti yang dijalankan. Penggunaan kemudahandan peralatan kokurikulum dapat digunakan semaksimum mungkinjika aktiviti dijalankan sepanjang tahun. Umpamanya penggunaanpadang sekolah sepanjang tahun boleh menggambarkan keadaankokurikulum di sekolah tersebut meriah dan boleh membawa kearahpencapaian sekolah berwatak dan etos sekolah yang dikehendaki.
  • M u k a S u r a t | 83Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar(e) Mewujudkan sistem dokumentasi yang kemaskini, informatifdan lengkap - Sebagai sebuah organisasi yang berdaftar, perjalanansesebuah kelab/perrsatuan sekolah perlu didokumentasikan dengansempurna. Maklumat yang berinformatif dan lengkap sepertisenarai ahli dan jawatankuasa, laporan perjumpaan, aktiviti tahunandan pencapaian, laporan perbelanjaan boleh menggambarkanprestasi sesebuah kelab/persatuan. Malahan ia boleh dijadikan suatuaspek untuk menilai prestasi kelab/persatuan. Pihak sekolah jugaboleh menjadikan hasil pendokumentasian ini sebagai pangkalandata kokurikulum yang boleh diedarkan di kalangan warga sekolahatau ke peringkat pengurusan lebih tinggi apabila dipohon ataudiperlukan.(f) Mewujudkan sistem penilaian dan pengiktirafan yangdiperakukan, adil dan memberangsangkan - Proses penilaiankokukurikulum memerlukan komitmen yang tinggi dari guru dansekolah. Kesedaran di kalangan murid tentang syarat-syarat untukmemperolehi skor yang tinggi perlu ada, dan kriteria penilaian yangsebenar perlu diperjelaskan dari masa ke semasa. Pihak sekolah pulaperlu sentiasa memotivasikan murid dengan memastikan segalarekod dan bukti pencapaian murid dikemaskini sepanjang masa dantidak hanya sewaktu hendak menentukan markah murid. Cara iniboleh membantu murid yang kurang berprestasi untuk memperbaikiprestasinya. Sebaik-baiknya hasil penilaian itu mudah diakses olehsemua warga sekolah seperti melalui talian telefon atau internet.Berbanding penilaian bidang akademik, penilaian dalamkokurikulum lebih kepada membantu murid-murid untuk mencapaihasil penilaian yang lebih bagus.(g) Menjalankan pemantauan yang berkesan dan berterusan -Pengetua/Guru Besar sewajarnya membina dan memperkukuh
  • M u k a S u r a t | 84Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarsistem pemantauan yang bukan sahaja berkesan malahan jugaberterusan. Amalan ini bertujuan untuk memastikan semua kegiatanyang dijalankan menepati dasar dan peraturan yang telah ditetapkan.Hasil dari pemantauan ini boleh menjadi sumber rujukan untukmenambah baik pelaksanaan di masa akan datang. Pemantauan jugasebagai gambaran keprihatinan pihak sekolah dengan usaha danpenyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum.(h) Mewujudkan sumber manusia yang berkemahiran dan komited- Membina pasukan penggerak kokurikulum di sekolah seringdiabaikan oleh Pengetua/Guru Besar. Seharusnya rekod dan dataguru yang berkemahiran dan tidak berkemahiran dalam sesuatubidang kokurikulum perlu sentiasa dikemaskini bagi mewujudkanpasukan penggerak ini. Guru-guru yang tidak berkemahiran perludiberi peluang menghadiri kursus atau sekurang-kurangnyapendedahan secara latihan dalaman (in-house training) dibuat.Latihan dalam ini termasuklah dari Pengetua/Guru Besar/GuruPenolong Kanan Kokurikulum tentang peranan dan tanggungjawabguru dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum yang wajibdiadakan setiap tahun.(i) Membangunkan infrastruktur dan prasarana, perkakasan /peralatan yang mencukupi dan berkualiti - Dalam kokurikulumperkara ini bermaksud tempat dan peralatan yang digunakan untukaktviti kokurikulum. Ia merangkumi kemudahan yang ada di dalamkawasan sekolah dan di luar kawasan sekolah. Sekolah-sekolah yangkurang kemudahan dan kawasan lazimnya digalakkan menggunakansumber yang ada di luar sekolah atas dasar konsep guna sama. Caraini hanya boleh berlaku jika ada suatu penjadualan aktiviti yangsistematik. Kekurangan kemudahan menjalankan aktiviti juga bolehdiatasi dengan pengubahsuaian aktiviti. Contohnya, permainan
  • M u k a S u r a t | 85Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarbolasepak futsal menggantikan permainan bolasepak padang, ataumengadakan perkhemahan dalam kawasan sekolah berbanding diluar. Dalam menyediakan kelengkapan kemudahan dan peralatanpihak sekolah wajar mengambilkira peruntukan yang ada danmemilih peralatan yang berkategori perlu dan boleh diguna sama,seperti peralatan perkhemahan yang boleh diguna oleh semuaaktiviti. Penyenggaraan dan penstoran peralatan juga berperanandalam menentukan kualiti dan ketahanan kemudahan dan peralatan.Tindakan ini akan membolehkan murid melakukan aktivitikokurikulum dengan selamat dan sempurna. Dalam hal ini,mempunyai tenaga pakar yang menilai kemudahan dan peralatanserta kemudahan kokurikulum adalah satu nilai tambah yang pentingkepada kemajuan kokurikulum di sesebuah sekolah.(j) Menyediakan sumber maklumat, data dan informasi yangkomprenhensif dan kemas kini - Strategi ini berkaitan usaha pihaksekolah untuk mempromosi kegiatan kokurikulum sebagai suatukegiatan penting di mata semua warga sekolah. Konsep "happening"dan "lively" kegiatan kokurikulum sekolah boleh diwujudkandengan sumber maklumat yang mudah diakses di sekitar kawasansekolah seperti melalui papan-papan kenyataan, sudut-sudut khasdan bilik sumber. Penyampaian maklumat yang lebih luas juga bolehdibuat ke luar kawasan sekolah malahan boleh menjangkauperingkat kebangsaan dan antarabangsa melalui laman web sekolahatau program khas seperti "school linkage programme".Membudayaakan penggunaan maklumat dan informasi kokurikulummemerlukan suatu usaha yang berterusan dan memerlukankomitmen serta kerjasama semua pihak terutama dari kalanganmurid dan guru
  • M u k a S u r a t | 86Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar(k) Menjalankan program penyelidikan dan pembangunan yangberterusan - Sejajar dengan sifat pendidikan yang dinamik, kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan yang boleh menambah baikkepada keberkesanan kegiatan kokurikulum perlu sentiasadilakukan. Kerja-kerja ini melibatkan kreativiti dan inovasi guru,juga sokongan dan galakkan pengurusan sekolah bagimembolehkan kokurikulum sentiasa releven dengan keperluansemasa, mantap dan bertepatan dengan matlamat pendidikan danpembangunan negara. Hasil penyelidikan ini perlu disebar luas dandikongsi bersama dengan pengiat kokurikulum yang lain atas dasarkebaikan bersama.Berdasarkan strategi-strategi di atas boleh dirumuskan bahawa dalammemastikan masa instruksional kokurikulum dilaksanakan Pengetua/GuruBesar perlu melihat dalam skop yang luas yang melibatkan "granddesign" untuk menyelesaikannya. Secara ringkas Pengetua/Guru Besarperlu mempunyai pelan induk pembangunan kokurikulum yangmerangkumi pembangunan fizikal dan infrastruktur/kemudahan sertaperalatan; pembangunan guru pembimbing/jurulatih/fasilitator/penasihatdan; pembangunan aktiviti. Dalam merealisasikan pelan induk ini,Pengetua/Guru Besar boleh mendapatkan bantuan dan kerjasama melaluijawatankuasa yang terlibat dengan kegiatan kokurikulum sepertiJawatankuasa Pembangunan Kokurikulum Sekolah, JawatankuasaBimbingan Sekolah, Jawatankuasa Pemantauan dan Penilaian Sekolahdan jawatankuasa-jawatankuasa yang lain.
  • M u k a S u r a t | 87Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar2. Peringkat Kementerian:(a) Kegiatan Kelab/Persatuan Sekolah berasaskan Projek Inovasi :Telah jelas daripada kajian mendapati kegiatan kelab/persatuankurang memberi impak akibat faktor-faktor kebanyakan gurunyakurang berkemahiran, kurikulum yang tidak lengkap dan masainstruktionalnya gagal dilindungi. Sehubung itu, kegiatan inimemerlukan proses perekayasaan dengan pendekatan semuakelab/persatuan sekolah melaksanakan aktiviti mingguan yangberfokus kepada pembuatan projek inovasi.Justifikasi kepada pendekatan ini ialah untuk membudayakanamalan kreatif dan inovatif di kalangan murid yang mana kemahiranyang sedemikian diperlukan oleh negara di masa akan datang.Kokurikulum dilihat cocok kepada arah tuju pembudayaan inikerana secara semulajadi memberi ruang dan peluang kepada muriduntuk meneroka, mencuba atau mencuba jaya sesuatu tugasan/projekyang dipertanggungjawabkan, apatah lagi jika kerja yang dilakukanitu memenuhi minat dan kebolehan diri yang ada pada mereka.Skop kegiatan kelab/persatuan secara projek berinovasi tertumpukepada projek berasaskan sekolah dan khusus berkait rapat denganjenis sesuatu kelab dan persatuan. Konsep pelaksanaan projek ialahberpusatkan kepada murid di mana guru berperanan untukmembimbing dan murid-murid melaksanakannya. Sebagaitambahan, ada suatu bentuk penilaian secara berpusat dibuat.Kementerian berfungsi untuk membina dasar pelaksanaan manakalaJPN dan PPD bertanggungjawab menyelia dan memantaupelaksanaannya.
  • M u k a S u r a t | 88Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPendekatan cara pembuatan projek juga boleh memberi impak dariaspek:i. Murid berfokus untuk melakukan kegiatankelab/persatuan - Dalam setiap masa perjumpaankelab/persatuan sekolah, pengisiannya ialah kepada merancangdan menyiapkan projek atau projek-projek berbentuk inovasiyang berkaitan kelab/persatuan yang dianggotai. Projek iniboleh dijalankan secara kumpulan besar atau beberapakumpulan. Pembuatan projek yang dipilih oleh murid ini padaawal tahun mesti disiapkan di hujung tahun untuk dibuatpenilaian. Langkah ini mengatasi masalah masa instruktionalkelab/persatuan yang tidak berkualiti.ii. Pendekatan ‘berpusat kepada murid’ - Dalammelaksanakan projek berinovasi guru berperanan sebagaipembimbing dan penasihat manakala kumpulan murid akanmerancang dan melaksanakan aktiviti. Setiap projek akandiketuai oleh seorang ketua dan diurus oleh jawatankuasa yangdilantik oleh ahli-ahli kumpulan. Guru penasihatkelab/persatuan hanya bertanggungjawab untuk menyelia danmemastikan proses pembuatan projek berlangsung denganbetul dan mengikut jadual. Langkah ini boleh mengatasimasalah guru yang tiada kemahiran khusus dalamkelab/persatuan kerana kemahiran utama adalah memadaisetakat mengurus projek.iii. Projek Inovasi sebagai ‘showcase’ sekolah - Pihak sekolahbertanggungjawab untuk memberi penghargaan dan sokongankepada aktiviti ini dengan menubuhkan jawatankuasa penilaiyang berfungsi menentukan tahap pencapaian projek yangdihasilkan. Hasilan projek ini boleh dipamerkan sewaktu Hari
  • M u k a S u r a t | 89Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKokurikulum atau Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiahsekolah yang boleh diadakan saban tahun dengan penglibatanibu-bapa dan ahli masyarakat setempat untuk hadir. Sekolahjuga digalakkan untuk mengangkat hasilan projek yangbermutu ke peringkat lebih tinggi jika ada sesuatupertandingan/pameran yang berkaitan. Melalui tindakan inipihak ibu-bapa/penjaga dan masyarakat luar boleh melihatbukti atau hasil penglibatan murid-murid dalam kegiatankokurikulum.(b) Memantapkan fungsi Jawatankuasa PembangunanKokurikulum Kebangsaan:Sebagaimana sedia maklum Jawatankuasa PembangunanKokurikulum di peringkat KPM dianggotai oleh bahagian-bahagiandi KPM yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum dan bertujuanmenyelaras dasar dan arah tuju kokurikulum di semua peringkat. Iajuga berfungsi sebagai focal person terhadap kewujudan sesuatudasar yang baru. Jawatankuasa ini yang juga berperanan untukmenyelesaikan masalah pertindanan aktiviti, menyelaras peruntukankokurikulum bagi semua bahagian yang terlibat, merangka programkejurulatihan dan menilai perjawatan pengurusan di semuaperingkat. Jawatankuasa ini juga menjadi think tank kepadasebarang dasar baru yang diperkenal oleh KPM. Menyedari isuperlindungan masa instruktional kokurikulum merupakan isukebangsaan maka amatlah wajar jawatankuasa ini berperanansebagai forum untuk mencadang penyelesaian masalah di peringkatpengurusan tertinggi KPM.
  • M u k a S u r a t | 90Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar(c) Pemantapan Sistem Penyeliaan Kokurikulum oleh KPM, JPNdan PPD :KPM bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem pemantauanyang mantap dan konsisten kepada pelaksanaan kokurikulum diperingkat sekolah. Ini bertujuan untuk memastikan segala dasar danperaturan kokurikulum yang ditetapkan telah dipatuhi dandilaksanakan oleh semua peringkat, terutama pihak sekolah. Satubentuk pelaporan tahunan yang komprehensif perlu dibuat kepadaJawatankuasa Pembangunan Kokurikulum selepas siri pemantauantahunan tersebut selesai.Menguatkuasakan segala bentuk peraturan yang berkait dengankokurikulum untuk memberi kesedaran kepada semua pihak bahawakegiatan ini terikat dengan undang-undang yang telah diwartakandan boleh membawa kepada hukuman/penalti kepada pesalah yangmelakukannya.(d) Pegawai dan Jurulatih/Personel :Masalah guru yang kurang mahir dalam bidang kokurikulummemerlukan suatu tindakan yang mantap terutama sekali secaramelihat semula sejauh mana pengisian kurikulum yang berkaitkokurikulum di peringkat institusi perguruan dan universiti benar-benar releven dan memenuhi keperluan sekolah dan, guru-guru yangmemasuki pasaran sekolah benar-benar kompeten untukmengendalikan kegiatan kokurikulum. Di samping itu, suatuprogram pembangunan dan pengembangan kejurulatihan/personel disemua peringkat pelaksanaan yang melibatkan jangka pendek dan
  • M u k a S u r a t | 91Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarpanjang terhadap guru-guru kokurikulum dalam perkhidmatan perludi wujudkan.Dalam masa sama tindakan yang segera perlu dibuat denganmemenuhkan kekurangan pegawai yang mengurus kokurikulum disemua peringkat mengikut keperluan yang telah ditimbang tara.Begitu juga perlunya suatu mekanisma yang jelas untuk memastikanpegawai yang terlibat dengan pengurusan kokurikulum mempunyaipengalaman dan telah lulus kursus khas (berkaitan kokurikulum)sebelum menyandang jawatan perlu diwujudkan.(e) Melengkapkan Pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah :Dasar penubuhan Pusat-pusat Kokurikulum Negeri dan Daerahuntuk membantu pihak sekolah yang tiada kemudahan, peralatandan kepakaran aktiviti menjalankan aktiviti kokurikulum denganlebih bersistematik dan selamat. Kewujudan pusat-pusat ini terutamadi peringkat daerah menjadi nilai tambah kepada kegiatankokurikulum sebagai pusat rujukan dan rujukan sekolah, di sampingsebagi pusat latihan kepada guru-guru kokurikulum yang kurangmahir. Dalam hal ini melengkap kemudahan infrastruktur pusat-pusat kokurikulum negeri dan daerah sebagaimana yang dirancangakan memberi impak besar terutama dari segi penjimatan kosoperasi kegiatan kokurikulum secara menyeluruh, dan jugamengatasi masalah guru-guru yang kurang mahir.Melengkap keperluan bilangan jurulatih sepenuh masa di pusat-pusat kokurikulum negeri dan daerah boleh membantu masalahmelindungi masa instruksional kokurikulum, juga masa instruktionalakademik. Jika bilangan jurulatih yang mencukupi wujud masalah
  • M u k a S u r a t | 92Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarguru-guru meninggalkan kelas kerana terlibat dalam kegiatandiperingkat daerah, negeri dan kebangsaan boleh dikurangkanapabila tanggungjawab itu boleh diserahkan kepad jurulatih yangdilantik secara spenuh masa.KESIMPULANIsu melindungi masa instruktional kokurikulum memerlukan penyelesaian yangmantap dan konsisten. Komitmen yang tinggi tidak sahaja dari sekolah malahanjuga PPD, JPN dan KPM. Tidak seperti bidang akademik yang prestasinyadiukur melalui peperiksaan awam, prestasi kokurikulum dinilai berasaskankepada kehadiran, jawatan yang disandang, tahap penglibatan dan pencapaianmurid dalam sesuatu kelab/persatuan yang dianggotai. Sehubungan itupendekatan yang fleksibel dan praktikal dalam melaksanakan kegiatan ini perludiberi pertimbangan dengan mengambil kira kekangan-kekangan yang dihadapioleh pihak sekolah. Sungguhpun begitu dalam masa yang sama, masainstruktional yang telah ditetapkan untuk kegiatan kokurikulum perludilaksanakan sebaik yang mungkin. Dalam hal ini pelaksanaan aktivitikelab/persatuan secara pembuatan projek berinovasi dilihat sebagai suatu yangmenepati kriteria yang diperlukan.Secara jelas kegagalan melindungi waktu instruktional kokurikulumberpunca kegagalan pihak sekolah meletakkan kokurikulum di tempat yangsewajarnya dalam sistem sekolah. Sungguhpun begitu faktor-faktor penyebabsampingan kepada kelemahan tersebut perlu juga diambil kira sebagai perkarayang mustahak juga. Dalam masa KPM mengesa pihak Pengetua/Guru Besarmemperbaiki strategi pelaksanaan kokurikulum di peringkat sekolah amatlahmolek KPM juga mengambil langkah-langkah penyelesaian isu ini.
  • M u k a S u r a t | 93Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarSYORJawatankuasa Pembangunan Kokurikulum KPM mengesyorkan agar cadangan-cadangan yang berkaitan mengatasi masalah melindungi masa instruktionalkokurikulum dipertimbangkan untuk kelulusan. Cadangan-cadangan tersebutadalah meliputi seperti berikut:1. Program Transformasi Kokurikulum Peringkat Sekolah2. Program kelab/persatuan sekolah secara projek berinovasi3. Sistem pemantauan dan penguatkuasaan peraturan pelaksanaankokurikulum sekolah4. Melengkapkan pembangunan fizikal dan infrastruktur 137 PusatKokurikulum Daerah.5. Melengkapkan bilangan jurulatih secara sepenuh masa PusatKokurikulum Negeri seramai 708 orang dan Pusat Kokurikulum Daerahseramai 3,425 orang.RujukanBahagian Naziran, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kajian MengenaiKeberkesanan Kokurikulum di sekolah, 2010Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia,Laporan Tinjuan Minat Murid dalam kegiatan Kokurikulum, 2011Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Himpunan KertasSeminar Kokurikulum, 1970 hingga 1990,
  • M u k a S u r a t | 94Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarBahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan PengurusanKokurikulum, 2007Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Iktisas KPM (1971 -2010),2011.Ramlan Abdul Wahab, Panduan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah, 2004,Banter Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Iktisas KPM (1971 -2010),2011.
  • M u k a S u r a t | 95Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAANPENTAKSIRAN SEKOLAHOlehENCIK ROHESAN BIN MUHAMMADLembaga Peperiksaan MalaysiaKementerian Pelajaran MalaysiaPENGENALANPentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yangbersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi danrohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah PendidikanKebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksirbidang akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripadaPentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukanakademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan PentaksiranAktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang inimemberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakanpentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS)Pentaksiran Sekolah (PS) adalah pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir,diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan. PS bolehdilaksanakan dalam bentuk formatif dan sumatif. Pentaksiran formatifdijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Contohinstrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz,
  • M u k a S u r a t | 96Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarsenarai semak, laporan tugasan, ujian penggal. PS berfungsi sebagaipentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksirantentang pembelajaran (assessment of learning).PS adalah komponen utama dalam proses PdP kerana berperananmengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru dan mampumemberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapaidalam satu-satu proses PdP.PS adalah proses pentaksiran yang berterusan yang dilaksanakan olehguru dan sekolah sepenuhnya meliputi aspek perancangan, pembinaan item daninstrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodandan pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dalam usahamenghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. Pentaksiran ini merupakanaktiviti yang berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi serta hala tujuyang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensisetiap murid ke tahap maksimum.Ciri- ciri Pentaksiran Sekolah:a) Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentangpencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilaimurni.b) Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdPc) Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikutkesesuaian dan kesediaan murid.d) Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standardkurikulum. PS boleh dilaksanakan secara:i. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan prosesPdP
  • M u k a S u r a t | 97Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarii. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unitpembelajaran, semester atau tahunDalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada,Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan StandardPrestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran sertapencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkanmaklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telahmenguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yangditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalamdokumen kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkanpencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi muriddalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan(growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalammasyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensidiri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkanmaklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yangmerangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkanpihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami,menghargai, mengiktirafdan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting danmempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara danbangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.Dokumen Standard Prestasi dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan(LP), KPM. Dokumen ini mengandungi panduan untuk mentaksir pencapaianmurid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalamdokumen kurikulum.
  • M u k a S u r a t | 98Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANSTANDARDKURIKULUMSTANDARD PRESTASI• Matlamat• Objektif MP• Standard Kandungan• StandardPembelajaran• Pernyataan Standard• Deskriptor• Evidens• InstrumenApa yang patut dipelajariApa yang dilaporkantentang perkembangandan pencapaian muridPENTAKSIRANStandard PrestasiStandard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentangpencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yangtelah dilalui. Standard ini memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiranboleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepadastandard yang ditetapkan. Standard ini, juga menjadi sumber rujukan olehsemua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidaklangsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untukmenunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistempendidikan. Dengan menggunakan Standard Prestasi ;a) Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apayang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.b) Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid disekolah, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiapmurid.
  • M u k a S u r a t | 99Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarc) Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anakmereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempohtertentu.d) Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dansistem pendidikan negara serta kualiti pada murid yang dihasilkandaripada sistem pendidikan tersebut.Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standardpendidikan negara dan sebagai alat untuk membandingkan dengan standardpendidikan negara lain. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategorimengikut Band (Band 1, Band 2, Band 3,Band 4, Band 5 dan Band 6) yangdisusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakantingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukanprestasi individu.Kerangka Standard PrestasiJadual 1: Kerangka Standard PrestasiBAND STANDARD6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab3 Tahu, Faham dan Boleh Buat2 Tahu dan Faham1 TahuDeskriptor pula merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu danboleh buat berdasarkan standard pembelajaran yang diterangkan dalam
  • M u k a S u r a t | 100Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarStandard Kurikulum bagi matapelajaran berkenaan. Deskriptor setiappernyataan standard adalah berbeza bagi setiap tahun pembelajaran.Pernyataan evidens (murid) adalah pernyataan yang menerangkanbagaimana murid menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat. Kualiti inijuga merujuk kepada aspek aspek boleh dilaksana dan ditadbir. Evidens(bahan) merujuk kepada bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapatditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens bolehdalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak danlaporan. Evidens juga boleh dalam bentuk verbal dan perubahan tingkah lakumurid. Guru harus kreatif dalam memilih tugasan dan boleh menggunakanpelbagai jenis instrumen pentaksiran untuk menguji penguasaan ataupencapaian murid bagi sesuatu domain. Antara contoh instrumen yang sesuaidigunakan ialah ujian bertulis, demonstrasi atau kuiz.Dalam aspek pengurusan masa dalam PS, kita tidak boleh larimembincangkan perancangan pentaksiran dalam PdP. Sejak kebelakangan initerdapat segelintir masyarakat yang mempersoalkan pelaksanaan PBS denganmenyatakan bahawa pentaksiran ini menambahkan beban guru, menggangguPdP, dan pelaksanaan PBS akan menyebabkan tidak cukup masa untukmenghabiskan sukatan mata pelajaran.
  • M u k a S u r a t | 101Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarBelum mencapaitahap penguasaanTelah mencapaiTahap penguasaanPemulihanMULAPeranan Standard Prestasi dalam PS50©2012 LEMBAGA PEPERIKSAAN,KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIARajah 1: Proses Pengajaran, Pembelajaran dan Pentaksiran (3 P)PS bukan suatu perkara yang baru dalam sistem pendidikan. Pentaksiranini dalam bentuk formatif berjalan sering dengan proses PdP. Kini, dalam PBSpenekanan juga diberikan kepada perekodan pencapaian murid secara online.LP tidak pernah mencadangkan perubahan kepada proses PdP, cuma LPmenekankan kepada kaedah pentaksiran baru yang sebenarnya telah pundilaksanakan oleh guru di sekolah.Permulaan proses PdP ialah perancangan guru menyediakan perkara yangperlu diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalamDokumen Standard Kurikulum. Guru akan merancang kaedah pengajaran,menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya menyampaikankandungan tersebut kepada murid dengan menggunakan pelbagai strategi,mengikut kreativiti guru.Guru kemudian akan mentaksir pemahaman muridtentang perkara yang diajar. Pentaksiran juga boleh dilakukan denganmenggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaiandengan perkara yang ditaksir. Guru juga boleh melakukan pentaksiran secara
  • M u k a S u r a t | 102Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajartidak formal, sebagai contoh menggunakan kaedah pemerhatian, iaitu gurumenilai setiap murid secara berterusan tentang apa yang mereka tahu, fahamdan boleh buat. Guru juga boleh menilai pencapaian dengan cara penyoalansecara lisan, atau menggunakan pelbagai instrumen yang sesuai dengankehendak standard prestasi. Setelah menilai pencapaian murid, guru akanmerujuk dokumen standard prestasi untuk melaporkan pencapaian muridberdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama ada dalam bentukproses, produk atau diri murid itu. Bagi murid yang telah mencapai standardyang ditetapkan, guru akan meneruskan pengajaran-pembelajaran kandunganyang berikutnya dalam dokumen Standard Kurikulum. Sekiranya murid tidakmencapai standard yang ditetapkan, guru akan membuat sesi pemulihan untukmembimbing murid tersebut. Guru menentukan strategi pengajaranberdasarkan pengalaman pembelajaran untuk membantu murid.Bagi murid yang telah menguasai standard yang ditetapkan, guru akanmerekod dan melaporkan tahap penguasaan murid dalam aplikasi SistemPengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Bagi memudahkan danmenjimatkan masa, guru perlu merekodkan pencapaian tersebut di dalamborang prestasi transit terlebih dahulu. Kerja merekod ke dalam SPPBSmungkin boleh dilakukan bila-bila masa yang sesuai. Pelaporan tahappenguasaan murid yang dijana oleh aplikasi SPPBS perlu dikeluarkan olehpihak sekolah pada bila-bila masa mengikut keperluan
  • M u k a S u r a t | 103Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarJadual 2 : Jadual Pengoperasian PBSBil. Perkara Tempoh Tindakan1. Surat Arahan Pelaksanaan PBS keJPN.Disember LP2. Mengedarkan Surat Pekeliling danSurat Arahan Pelaksanaan PBS kePPD dan Sekolah.Disember JPN3. Mesyuarat Jawatankuasa PBSSekolah.Januari - Mac, April- Jun, Julai -September Oktober -DisemberJPN / PPD /Sekolah4. Pendaftaran SPPBS. Januari – Februari Sekolah5. Tempoh pelaksanaan PBS. Sepanjang sesipersekolahanSekolah6. Aktiviti Penjaminan Kualiti:Pementoran, Pemantauan,Penyelarasan dan Pengesanan.Sepanjang tahun danmengikut keperluanSekolah / PPD /JPN / LP /Bahagian KPM7. Pengumpulan skor murid dalamSPPBS.Sepanjang tahun Sekolah8. Pelaporan skor murid. Mengikut keperluan SekolahPeranan Dalam Pelaksanaan PSPS memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid, ibubapa dan pihak berkepentingan.1 Pentadbir Sekolaha) Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yangmerangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PS.b) Menyediakan peralatan, bahan dan jadual.c) Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PS.d) Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod.
  • M u k a S u r a t | 104Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajare) Menjalankan pementoran, pemantauan dan penyelarasan.2 Gurua) Menjadi pentaksir / pemudah cara dalam proses pengajaran,pembelajaran dan pentaksiran.b) Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untukmendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid dalampembelajaran.c) Menyediakan instrumen pentaksiran.d) Memberi maklum balas tentang pencapaian murid.e) Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumatyang diperoleh.f) Mengumpul rekod dan data penguasaan murid.g) Melaporkan penguasaan murid.3 Murida) Mengetahui dan memahami standard prestasi.b) Mengetahui perkara yang perlu dikuasai.c) Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai.d) Memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan.4 Ibu Bapaa) Mengetahui dan memahami standard prestasi dalamsistempentaksiran.b) Memahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anak.c) Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu(individual differences).d) Membantu anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan.
  • M u k a S u r a t | 105Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar5 Pihak Berkepentingana) Mengetahui dan memahami transformasi pendidikan dalam aspek pentaksiran.b) Memahami dan menyedari peranan yang boleh dimainkan dalam menjayakanpentaksiran di sekolah.Evidens PS1. Memberi pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran.2. Evidens PS adalah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapatditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentukproduk atau proses.a) Penulisani. Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untukmembentukntuk perkataan dan gagasan lain yang mewakilibahasa atau maklumat.ii. Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan.b) Bahan cetakani. Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai mediumcetakan.c) Persembahani. Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkanbakat melalui pelbagai aktiviti.d) Fotoi. Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.
  • M u k a S u r a t | 106Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajare) Grafiki. Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan padapermukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas,papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atauhiburan. Contoh grafik ialah gambar, foto, lukisan, seni tanpaton, graf, topografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri,peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunyamenggabungkan teks, ilustrasi dan warna.ii. Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni.Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambakanperkara yang wujud dalam dunia sebenar.f) Artifaki. Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satutinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama.ii. Bahan yang dihasilkan seperti arca.g) Laporani. Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.h) Modeli. Bentuk fizikal objek yang tidak berdasarkan skala sebenar.i) Produki. Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.j) Rakamani. Perekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual.
  • M u k a S u r a t | 107Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajark) Bahan Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT)i. Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakanICT.l) Proses Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasanm) Lisan / verbal.n) PerlakuanPenyediaan Fail Murid1. Sediakan dua fail untuk menyimpan evidens murid. Fail tersebut adalahseperti berikut:a) Fail Perkembangan Murid (FPM)i. Setiap murid 1 FPM, menyimpan setiap evidensterkini untuksetiap mata pelajaran,ii. Evidence diserah kepada murid setelah direkodkan dalamSPPBS dan pelaksanaan Penjaminan Kualitib) Fail Showcase (FS)FS adalah untuk menyimpan evidens murid yang terbaik dan terpilihdalam band. Fail ini boleh dijadikan bahan showcase. Fail ini bolehdibentukmengikut :i. aliran (contoh: semua tingkatan 1) ; atauii. kelas; atauiii. mata pelajaran.
  • M u k a S u r a t | 108Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarNota :Pihak sekolah dikehendaki menyediakan FPM dan FS seperti perkara (a) dan(b) di atas di peringkat sekolah. Walau bagaimanapun kaedahpelaksanaannya tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah.1. Pengurusan Evidens Oleh Gurua) Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkoddalam aplikasi SPPBS.b) Guru hendaklah memberi maklum balas kepada murid agar muridboleh membuat penambahbaikan, pentaksiran semula dan pengayaanpembelajaran.c) Evidens yang terbaik dan terpilih pada tahun semasa dalam bandboleh dijadikan bahan showcase.
  • M u k a S u r a t | 109Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGOPERASIAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)BERASASKAN SEKOLAH (SCHOOL BASED)OlehAHMAD ZAKI BIN SELLEH,RAZLEE BIN MOHAMADHABIDAH @ ABIDAH BINTI IBRAHIMBahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran MalaysiaAbstrakLatihan Dalam Perkhidmatan (LDP) perlu diberi kepada guru bagi meningkatkanprofesionalisme keguruan. Latihan berasaskan sekolah (School Based) adalah satukaedah pelaksanaan latihan tanpa menjejaskan waktu pembelajaran dan pengajaran(PdP) dan dapat melindungi masa instruksional di sekolah. Pelaksanaan kaedahlatihan seperti ini tidak mungkin dapat direalisasikan sepenuhnya tanpa kefahaman,sokongan dan kerjasama semua pihak khususnya pegawai di peringkat JPN dan PPD.Kertas makluman ini bertujuan untuk menjelaskan tentang pelaksanaan latihanberasaskan sekolah. Kertas ini juga memberikan syor dan cadangan latihan dalamperkhidmatan berasaskan sekolah yang dapat melindungi masa instruksional disekolah.
  • M u k a S u r a t | 110Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANMesyuarat Profesional KPM Bil.7/2007 bertarikh 21 November 2007 telahmeluluskan Konsep Pengoperasian Latihan Peningkatan ProfesionalismeBidang Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan,KPM dengan memberi penekanan pengoperasiannya secara “school-based”selaras dengan konsep “let managers manage” dan amalan Latihan DalamPerkhidmatan (LDP) guru-guru luar negara yang menunjukkan fokus latihanguru masa kini adalah kepada latihan berasaskan sekolah.Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama Garis PanduanPengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan bagi Pegawai PerkhidmatanPendidikan (PPP), KPM Tahun 2009 dan juga Garis Panduan PengoperasianLatihan Dalam Perkhidmatan SecaraSchool-BasedTahun 2010.DEFINISI LATIHAN GURU SECARA SCHOOL-BASED1. Program latihan dianjurkan oleh pihak sekolah.2. Aktiviti yang diambil kira :i. Kursusii. Bengkeliii. Taklimat Professionaliv. Seminarv. Sesi Input “In-house”vi. Hari Profesional3. Latihan dijalankan di premis sekolah sendiri kecuali kes di mana beberapabuah sekolah menggabungkan usaha disebabkan bilangan guru yangsedikit. (Sekolah SKM atau guru-guru panitia).
  • M u k a S u r a t | 111Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar4. Kursus jangka pendek di mana 6 jam dianggap sebagai 1 hari berkursus.CADANGAN/ASAS PERTIMBANGANPengetua/Guru Besar memainkan peranan penting sebagai pemimpininstruksional yang efektif bagi merealisasikan pelaksanaan latihan secaraschool-based, seperti saranan oleh Hanny pada Tahun 1987 iaitu:“In today’s world, effective principals are expected to beeffective instructional leaders … the principal must beknowledgeable about curriculum development, teacherand instructional effectiveness, clinical supervision, staffdevelopment and teacher evaluation”Pengetua/Guru Besar haruslah melaksanakan perkara-perkara berikutsebelum latihan school-based dapat dilaksanakan(a) menubuhkan jawatankuasa latihan school-based peringkat sekolah(b) mengadakan kajian keperluan latihan bagi guru-guru(c) memuat turun modul latihan(d) membuat rujukan dari pelbagai sumber(e) mengadakan sesi pemantapan kandungan modul bersama ahlijawatankuasa school-based(f) melaksanakan school-based kepada guru-guru(g) mengkaji keberkesanan latihan yang dijalankan(h) melaksanakan kajian impak keberkesanan latihan
  • M u k a S u r a t | 112Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLatihan Dalam Perkhidmatan secara school-based adalah sebahagiandaripada proses Pembangunan Profesionalisme Secara Berterusan (CPD) bagimemastikan anggota KPM sentiasa berpengetahuan dan bermaklumat terkini.Ini selaras dengan perubahan sistem pendidikan masa kini yang memerlukansetiap anggota KPM sentiasa menambah ilmu pengetahuan khasnya yangberkaitan dengan pendidikan.Semua permohonan kursus/latihan dan kehadiran peserta bagi latihansecara school-based hendaklah melalui aplikasi Sistem Pengurusan LatihanGuru (e-SPLG).CADANGAN TINDAKAN1. KAEDAH PELAKSANAANLatihan Dalam Perkhidmatan secara School-based dapat dilaksanakandiperingkat sekolah melalui kaedah berikut :(a) Kaedah Latihani. Kursus perluasan dasar-dasar KPMKursus dasar-dasar KPM hendaklah dilaksanakan secaraschool-based dalam tempoh satu bulan selepas wakil sekolahmenerima pendedahan bagi mengelakkan kecairan ilmu dandirekodkan. Contohnya kursus-kursus seperti KSSR, LINUS,Pentaksiran Berasaskan Sekolah, MBMMBI, Prasekolah danSatu Murid Satu Sukan.
  • M u k a S u r a t | 113Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarBagi kursus-kursus yang berbentuk fungsional, Pengetua/GuruBesar adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawasemua kakitangan di bawah seliaannya mendapat latihan danmaklumat yang cukup dan lengkap.ii. Kursus-kursus yang dirancang oleh pihak sekolah.Kursus-kursus yang dirancang oleh pihak sekolah berdasarkanAnalisa Keperluan Latihan (Training Need Analysis-TNA) danpihak sekolah perlu merancang, melaksana, memantau,menilai, merekodkan pelaksanaannya secara berkala dandilaporkan.(b) Sesi PembelajaranPelaksanaan Sesi Pembelajaran secara school-based seperti taklimatdan ceramah profesionalisme hendaklah dirancang, dilaksana,dipantau, dilapor dan direkodkan pelaksanaannya.(c) Pembelajaran Kendirii. Pembacaan BukuKaedah Pembacaan buku adalah salah satu alternatif sekiranyakewajipan menghadiri kursus bagi semua kakitangan awamtidak dapat dipenuhi. Pembacaan buku dan bahan ilmiah perludibentangkan dalam bentuk perkongsian ilmu di mana satupembentangan bersamaan satu hari berkursus. Ianya perludirancang, dilaksana, diulas, dikongsi ilmu, direkod dandilaporkan.[Rujuk: KP(PP)0022/252(23) bertarikh 20 Disember 2010]
  • M u k a S u r a t | 114Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarii. Secara e-PembelajaranPembelajaran melalui kaedah e-Pembelajaran bertujuanmeningkatkan kompetensi individu secara school-based.Sehubungan itu ianya perlu dirancang, dilaksana, diberimaklum balas kepada latihan, dilaporkan dan direkodkan.(d) Bagi kursus LDP school-based yang dirancang melebihi daripadaempat jam hendaklah menggunakan hari Sabtu sebagai hariberkursus [Rujuk:SPI Bil.8/2005]. Dalam usaha tersebut adalahdicadangkan agar JPN/PPD menyelaraskan tarikh-tarikh pelaksanaanbagi memudahkan pihak pengurusan sekolah menjadualkan aktivitiyang hendak dilaksanakan dari semasa ke semasa dan pemantauanpelaksanaan dapat dijalankan dengan teratur oleh pihak KPM, JPNdan PPD.(e) Pelaksanaan juga boleh diadakan secara bersiri sama ada selama satujam atau dua jam pada hari-hari bekerja biasa dan dijadualkanmengikut keperluan.(f) Perkongsian Pembelajaran Kendiri dalam sesuatu perjumpaan jugaboleh diambil kira sebagai 1 hari berkursus sekiranya mencukupi 6jam pembentangan.
  • M u k a S u r a t | 115Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar2. KAEDAH PENGIRAAN 7 HARI SETAHUNKAEDAH PELAKSANAANBILANGAN HARI YANGBOLEH DIAMBILKIRAKaedah Latihan Minima 2 hariSesi Pembelajaran Maksima 5 hariPembelajaran Kendiri Maksima 3 hari3. PANGKALAN DATA LATIHAN SCHOOL BASED DANPEROLEHANPengetua/Guru Besar bertanggungjawab menyedia dan menyelenggarakanrekod latihan pegawai dan kakitangan yang meliputiperancangan/pelaksanaan, pemantauan program latihan termasukperuntukan dan perbelanjaan. Pengetua/Guru Besar hendaklah bersediauntuk mengemukakan maklumat di atas apabila diperlukan.Sistem Pengurusan Latihan Guru (e-SPLG) yang telah dibangunkanmembantu JPN/PPD dan sekolah mendapatkan maklumat berkaitandengan kursus/latihan yang telah dihadiri oleh guru-guru. Sistem e-SPLGyang sentiasa dikemaskini dapat membantu JPN/PPD dan sekolahmembuat perancangan LDP secara school based.[Rujuk: KP(PP)0089/144/8(46) bertarikh 19 April 2007]
  • M u k a S u r a t | 116Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar4. PENGOPERASIAN PELAKSANAAN PROGRAM KURSUSCarta Aliran123456789101. Pelantikan JawatankuasaLDP peringkat sekolah2. Melaksanakan KajianKeperluan3. Perancangan Tahunan4. Taklimat daripadaJPN/PPD5. Mesyuarat LDP6. Dokumentasi7. Kertas Kerja danPermohonan8. Kelulusan PPD /Pengetua / GuruBesar9. Menjalankan Kursus /Pemantauan /Penilaian10.Laporan KursusRujuk Lampiran 11. Soal selidik untuk semua guru.2. Analisis keperluan bidangkursus.1.Membuat Perancangan Tahun.2. Takwim LDP sekolah lengkap.1. Pengedaran Kad PelaporanLatihan.2. Pengedaran garis panduanpelaksanaan.1. Agihan bidang tugas.2. Diadakan 2 kali setahun setiappenggal.1. Fail pengurusan LDP.2. Fail dokumen LDP.3. Fail pelaksanaan LDP.Borang permohonan Kursus LDP,kertas kerja, senarai semak.Menjalankan kursus selepasmendapat kelulusan PPD (untuksekolah bukan PTJ)1. Menjalankan kursus sepertidirancang.2. Memantau dan Menilai1. Penghantaran laporan kursus 2kali setahun (30 Jun dan 31 Dis)ke Unit LDP (PPD)/JPN.2. Laporan kewangan setiap bulan.3. Penghantaran Kad PelaporanLatihan ke Unit LDP-PPD/JPN
  • M u k a S u r a t | 117Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKESIMPULANPelaksanaan LDP yang terancang dan berstruktur akan dapat melindungi masainstruksional di sekolah. Dalam hal ini, bilangan guru yang mendapat latihansecara on-site dan meninggalkan sekolah adalah kecil. Kumpulan kecil inikelak, akan merancang dan seterusnya melaksanakan LDP kepada semua gurutanpa mengganggu masa instruksional. Bagi memastikan LDP berjayamencapai objektif, pemimpin instruksional seharusnya meneliti kaedahpelaksanaan dan tempoh masa yang secukupnya untuk memberi peluangkepada semua guru meningkatkan profesionalisme dan masa instruksional disekolah.SYORPemimpin Instruksional seharusnya memantau dan menilai setiap aktiviti LDPschool-based yang dilaksanakan bagi memastikan;a. Pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan hendaklah dirancang bagimelindungi masa instruksional di sekolah,b. Pelaksnaan Latihan Dalam Perkhidmatan secara bersiri hendaklahdijalankan pada hari Sabtu atau selepas waktu instruksional,c. Latihan Dalam Perkhidmatan dapat membantu meningkatkanprofesionalisme guru di luar waktu instruksional,d. Melalui LDP school-based ini bilangan guru yang meninggalkansekolah dapat diminimakan dan kadar gangguan masa instruksionaldapat dikurangkan.
  • M u k a S u r a t | 118Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarRujukan:Garis Panduan Pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan Secara SchoolBased, Kementerian Pelajaran Malaysia, Januari 2010.Garis panduan Pengoperasian dalam Perkhidmatan Kementerian PelajaranMalaysia bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan , Kementerian PelajaranMalaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009.Surat Siaran KP(PP)0022/252(23) bertarikh 20 Disember 2010Surat Siaran SPI Bil.8/2005Surat Siaran KP(PP)0089/144/8(46) bertarikh 19 April 2007
  • M u k a S u r a t | 119Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 1JAWATANKUASA LATIHAN SCHOOL-BASED PERINGKATSEKOLAH1. SEKOLAH MENENGAHPengerusi : PengetuaTimbalan Pengerusi : Guru Penolong Kanan AkademikSetiausaha LDP : Guru Kanan Mata PelajaranPenolong Setiausaha : Guru DataAhli Jawatankuasa : Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPenolong Kanan KokurikulumPenolong Kanan PetangPenolong Kanan Tingkatan EnamGuru Kanan Mata PelajaranGuru KaunselorGuru CemerlangGuru MediaPengerusi Kelab GuruKetua Pembantu Tadbir/PT Kewangan2. SEKOLAH RENDAHPengerusi : Guru BesarTimbalan Pengerusi : Guru Penolong Kanan AkademikSetiausaha LDP : Ketua PanitiaPen. Setiausaha : Guru DataAhli Jawatankuasa : Penolong Kanan HEMPenolong Kanan Kokurikulum
  • M u k a S u r a t | 120Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPenolong Kanan PetangKetua-ketua PanitiaGuru BimbinganGuru CemerlangGuru MediaPengerusi Kelab GuruKetua Pembantu Tadbir/PT Kewangan**Bagi Sekolah Kurang Murid (SKM), pelantikan AJK adalah mengikutkesesuaian sekolah
  • M u k a S u r a t | 121Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKERTAS AMALAN TERBAIKPENGURUSAN SEKOLAH4
  • M u k a S u r a t | 122Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (PROTECTINGINSTRUKSIONAL TIME) DI SEKOLAH UNTUKMENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURIDolehGHAZALI KASSIMSK Seri Indera, Kangar, PerlisAbstrakSekiranya masa instruksional PdP tidak diurus dengan berkesan maka akan berlakupembaziran masa yang mengakibatkan bukan sahaja objektif pembelajaran semasatidak tercapai malah visi dan misi sekolah itu sendiri akan terjejas. Justeru, perhatiandan tumpuan ke arah melindungi masa instruksional ini memerlukan komitmen yangtinggi dalam kalangan pentadbir dan guru di sekolah. Menurut Cotton, (2003)pimpinan instruksional yang berkesan melibatkan diri secara gigih dalam isu-isukurikulum dan pengajaran. Selain itu, pelebaran peranan instruksional jugamelibatkan Penolong Kanan, Guru Cemerlang, Guru Kanan dan Guru Mata Pelajaran.Hal ini disahkan melalui dapatan kajian yang dijalankan oleh Elmore (2000), King(2002), dan Spillane, Halverson dan Diamond (2001) yang mengiktiraf perananpenting yang boleh dimainkan oleh pihak-pihak lain di sekolah dalam memastikanpelaksanaan aktiviti-aktiviti instruksional pengajaran. Perancangan jadual waktu yangtersusun serta mengambil kira mata pelajaran dan masa yang bersesuaian jugamempengaruhi keberkesanan PdP yang dilaksanakan di dalam kelas. Kertas kerja inimengetengahkan antara isu yang menyebabkan berlaku pembaziran masainstruksional di sekolah serta beberapa cadangan untuk mengatasi permasalahan yangada demi memastikan keberkesanan melindungi masa instruksional (protectinginstruksional time) yang diperuntukkan dalam PdP di sekolah-sekolah.
  • M u k a S u r a t | 123Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANMelindungi masa instruksional amat kritikal dan perlu dirancang bagimemastikan proses pembelajaran berlangsung di sekolah dan akhirnya muridbelajar secara berkesan. Penggunaan masa instruksional yang berkesan akanmenghasilkan sebaran ilmu dan kemahiran yang ditetapkan dalam sukatanpelajaran kepada semua murid. Di samping itu, pihak sekolah juga perlumengambil kira penyusunan jadual waktu yang sesuai mengikut mata pelajaranberdasarkan penerimaan murid. Jadual waktu yang mengambil kira susunanmasa dan mata pelajaran yang berganding, pada awal dan akhir masapembelajaran misalnya turut memberikan kesan kepada PdP yangdilaksanakan.Pengurangan masa instruksional akibat daripada pelbagai gangguanperlu dibendung bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesandalam kalangan murid dapat ditingkatkan.PERNYATAAN ISU1. Guru tiada di sekolahSetiap guru perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan. Mereka bukansahaja perlu melaksanakan PdP dalam kelas tetapi juga perlu hadir bagipelbagai aktiviti dan program di luar sekolah. Hal ini termasuklahmenghadiri kursus, mesyuarat, taklimat, seminar, dan lain-lain. Demimemenuhi arahan, jadual dan masa pembelajaran yang ditetapkan tidakdapat dilaksanakan sepenuhnya sebagaimana yang dirancang.
  • M u k a S u r a t | 124Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar2. Guru berada di sekolah tetapi tidak berada dalam kelasTerdapat sebilangan kecil guru walaupun hadir ke sekolah tetapi kurangpeka dan prihatin atas tanggungjawab melaksanakan PdP di kelas.Mereka mungkin menghabiskan masa berbual-bual di kantin, di bilikguru atau di bilik-bilik khas sedangkan mengikut jadual, mereka perlumasuk ke kelas pada waktu berkenaan. Terdapat juga guru yang hadirtetapi perlu melaksanakan tugas-tugas yang lain seperti mengisi borangdan dokumen menyebabkan mereka tidak dapat masuk ke kelas.3. Guru masuk kelas tetapi tidak mengajarDalam sesetengah keadaan, masa instruksional tidak digunakan olehguru sebaik mungkin walaupun ia berada di dalam kelas. Guru hanyaduduk, membaca akhbar, melayari internet atau menyiapkan kerja-kerjaluar yang bukan tugas rasmi. Murid-murid dibiarkan bermain danberkeliaran di dalam kelas atau hanya diberikan kerja-kerja mudahseperti melukis, mewarna, dan sebagainya. Kebanyakan kes dalam isuini melibatkan guru ganti.4. Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah yang lemah menyebabkan masa instruksionalterbuang begitu sahaja. Hal sedemikian ini termasuklah murid perlumengambil sedikit masa untuk membetulkan susunan kerusi dan meja,membersihkan kelas, mengumpul buku latihan kerana perancangan danpelaksanaan tugas-tugas berkenaan tidak dirancang oleh guru.
  • M u k a S u r a t | 125Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar5. Kesediaan guru melaksanakan pengajaranAkibat tidak dirancang, guru mengambil masa instruksional untukmendapatkan bahan bantu mengajar atau memasang peralatankemudahan ICT. Peralatan yang rosak tidak terlebih dahulu dikenal pastitentunya lebih membazir masa untuk PdP.6. Kesediaan muridMurid kurang bersedia untuk mengikuti seterusnya mengambil bahagiansecara aktif dalam pembelajaran kerana kurang ditekankan pengalamansedia ada dalam set induksi atau pengenalan. Akibatnya sesipembelajaran banyak berlangsung secara sehala.7. Gangguan dalamanTumpuan murid semasa pelaksanaan instruksional di dalam kelas jugaterganggu dengan adanya beberapa pengumuman menerusi pembesarsuara. Begitu juga kehadiran ibu bapa yang terus ke kelas untukmenemui anak-anak mereka atas pelbagai urusan.8. Disiplin muridTidak kurang juga murid yang datang lewat ke sekolah dan masuk kekelas. Tumpuan rakan-rakan terganggu apabila beberapa orang rakanmereka masuk ke kelas sedangkan pembelajaran sedang berjalan. Muridyang melanggar disiplin seperti membuat bising dan mengganggu rakanjuga mengakibatkan masa instruksional terganggu dengan leteran guru.
  • M u k a S u r a t | 126Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar9. Acara rasmi sekolahBeberapa acara rasmi sekolah tentunya telah ditetapkan dalam takwimbagi tahun semasa. Antara acara rasmi ini ialah sambutan Hari Guru,Isra’ dan Mikraj, Maulidur Rasul, Kejohanan Balapan dan Padang, HariAnugerah Kecemerlangan, dan lain-lain. Pelaksanaan acara rasmi inisekiranya tidak dirancang dan dipantau, masa instruksional yangsepatutnya berlaku berlalu begitu sahaja. Hal sedemikian ini, akibatdaripada murid yang tidak memberikan perhatian dan membuat bisingketika acara dilangsungkan dan nilai-nilai murni yang patut disemaitidak berlaku.CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN1. Guru tiada di sekolahPihak pentadbiran sekolah perlu merancang dan melaksanakan kaedahguru ganti dengan baik dan berkesan. Proses ini boleh dilaksanakanmenerusi :a) Aliran yang samaGuru ganti yang ditugaskan di sesebuah kelas akan dapatmengajar mengikut tahap sukatan yang sama walaupun subjeknyaberbeza dengan guru yang tidak dapat hadir. Murid-murid jugalebih bersedia menerima pelajaran yang disampaikan oleh guruyang berkenaan.
  • M u k a S u r a t | 127Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarb) Tahap yang samaSekiranya guru yang diganti itu bukan daripada aliran yang sama,sekurang-kurangnya biarlah guru tersebut dari tahap yang samadengan guru yang tidak dapat hadir sama ada tahap satu atautahap dua kerana perbezaan sukatan tidaklah terlalu jauh berbeza.c) Konsep jual beliMenerusi konsep ini guru yang sedia maklum akanketidakhadirannya bagi sesuatu kelas boleh bertukar masa PdPbagi subjeknya dengan guru aliran yang sama supaya apabila iakembali bertugas, ia akan mengambil alih masa PdP guruberkenaan. Guru berkenaan juga boleh menyediakan bahan yangterancang dan lengkap membolehkan masa tersebut dapatdipenuhi dengan PdP yang berkesan.2. Guru berada di sekolah tetapi tiada di kelasPihak pentadbir sekolah perlu memberikan penekanan dan membuatpemantauan agar semua guru dapat memenuhi masa instruksionaldipatuhi berdasarkan jadual yang ditetapkan. Tindakan secara berhemahseperti nasihat, amaran seterusnya ke tahap tindakan tatatertib perludiambil terhadap guru terlibat. Sesi motivasi dan kesedaran seperticeramah, “Kerja Sebagai Ibadah” boleh diadakan ke arah memupukkesedaran dan semangat bekerja dalam kalangan guru dan staf.
  • M u k a S u r a t | 128Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar3. Guru masuk kelas tetapi tidak mengajarKebanyakan kes ini melibatkan guru ganti. Cara-cara mengatasi kes initermasuklah menanamkan kesedaran dalam kalangan guru-guru ke arahmencapai visi sekolah menerusi pelaksanaan masa instruksional yangberkesan. Bagi guru yang memang sedia ada, pelaksanaan penyeliaandan pencerapan yang teratur akan dapat membantu mengatasi kes sepertiini.4. Pengurusan bilik darjahGuru kelas perlu memastikan bahawa ketua kelas, penolong ketua kelasserta murid bertugas dapat melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkandengan lancar dan berkesan. Ini penting supaya setiap masa kelas beradadalam keadaan kemas serta tersusun dan tidak perlu guru mengambilmasa mengarahkan murid mengemas dan menyusun kerusi meja semasaPdP akan berlangsung. Bagi murid sekolah ini mereka dilatih agar setiapkali meninggalkan kelas, mereka perlu menolak kerusi ke bawah mejadan ini tentunya dapat memastikan susunan kerusi meja sentiasatersusun kemas.5. Kesediaan guru melaksanakan pengajaranGuru-guru perlu memeriksa peralatan yang akan digunakan terlebihawal. Sekiranya didapati peralatan berkenaan rosak atau tidakmencukupi, ia boleh dimaklumkan kepada pegawai atau kakitanganterlibat seperti juruteknik makmal komputer untuk pembaikan ataupenggantian. Dengan ini masa instruksional tidak terbuang begitusahaja.
  • M u k a S u r a t | 129Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar6. Kesediaan muridPembelajaran di dalam kelas perlu dikaitkan dengan pengalaman murid.Hal sedemikian penting bagi menyediakan murid mengambil bahagiansecara aktif dan pembelajaran berlaku secara dua hala. Murid juga perludilatih supaya siap sedia dengan buku-buku bagi subjek berikutnya diatas meja sebelum guru berkenaan masuk ke dalam kelas. Jika iniberlaku tentunya masa instruksional dapat dimanfaatkan sepenuhnya.7. Gangguan dalaman dan luaranPihak pentadbiran sekolah perlu mengelakkan daripada membuatpengumuman semasa pembelajaran sedang berlangsung. Pengumumanhanya dibuat pada awal pagi atau semasa rehat. Begitu juga setiappenjaga murid dilarang daripada masuk ke kelas untuk menemui anakjagaan mereka semasa PdP dijalankan sebaliknya mereka perluberurusan di pejabat sekolah atau menemui anak mereka semasa rehat.8. Disiplin muridPihak sekolah menerusi unit hal ehwal murid (HEM) perlu mengambilinisiatif bagi memastikan kes disiplin terutama melibatkan murid semasaPdP di dalam kelas diminimakan. Hal ini penting untuk mengelakkanguru terpaksa mengambil masa instruksional hanya untuk membuatteguran dan leteran kerana murid bising, tidak menyiapkan kerja rumahatau mengganggu rakan.
  • M u k a S u r a t | 130Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar9. Acara rasmi sekolahUntuk memenuhi masa instruksional semasa acara rasmi sekolahdijalankan, guru-guru terutamanya guru bertugas perlu memastikansemua murid memberikan tumpuan kepada acara yang sedangberlangsung. Hal sedemikian ini kerana banyak nilai murni yangberkaitan dapat diterapkan dalam kalangan murid sekiranya merekamemberikan tumpuan.KESIMPULANUsaha-usaha untuk melindungi masa instruksional (protecting instruksionaltime) perlulah diambil oleh pihak sekolah terutama guru-guru bagi memastikanpembaziran masa untuk PdP dapat diminimakan. Jadual waktu yang dapatdirancang dan disusun rapi turut mempengaruhi pengisian masa PdP yangdilaksanakan di dalam kelas. Tidak terkecuali pihak-pihak luar termasukpelbagai agensi dan individu agar mereka memahami bahawa mereka tidakboleh mengganggu proses PdP di sekolah. Sekiranya kesedaran tentangpentingnya masa instruksional ini difahami serta dijadikan budaya di sekolah,maka masa instruksional ini dapat dipenuhi dengan lebih berkesan berdasarkansukatan dan objektif yang ditetapkan.CADANGANSelain tindakan yang bakal diambil oleh pihak sekolah berdasarkan cadanganyang dikemukakan, disyorkan beberapa tindakan melibatkan pelbagai pihakdemi melindungi masa instruksional ini.
  • M u k a S u r a t | 131Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar1. Meningkatkan nisbah guru mengikut kelasNisbah guru 1:5 yang sedia ada perlu ditingkatkan kepada 1:7 demimemastikan bilangan guru yang mencukupi di sekolah.2. Pengisian jawatan pegawai dataDemi mengurangkan tugas-tugas perkeranian termasuk mengemas kinidata serta penyimpanan rekod, sekurang-kurangnya seorang pegawaipengurusan data perlu ditempatkan di sekolah bagi menjalankan tugas-tugas berkenaan yang dipertanggungjawabkan kepada guru.3. Penjadualan semula kursus, taklimat dan mesyuaratRamai guru yang perlu meninggalkan sekolah untuk mengikuti kursus,taklimat, mesyuarat, dan sebagainya yang dianjurkan oleh KPM, JPNatau PPD. Disyorkan supaya penjadualan serta penyelarasan dapatdiambil agar masa dan hari yang digunakan tidak banyak melibatkanmasa PdP guru-guru di sekolah.4. Kemudahan fizikal bilik darjahBilik darjah yang menempatkan murid yang agak ramai (melebihi 35orang) kurang selesa untuk pelaksanaan PdP yang berkesan. Justeru,disyorkan supaya saiz bilik darjah dibesarkan atau pun bilangan muridsetiap kelas dikurangkan.
  • M u k a S u r a t | 132Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar5. Penglibatan agensi luarPenglibatan guru ataupun murid dalam pelbagai aktiviti dan programoleh agensi luar perlulah dikurangkan demi memenuhi masainstruksional di sekolah. Sekiranya berkeperluan, aktiviti tersebutbolehlah dijalankan semasa cuti persekolahan.RujukanAlimuddin Hj Mohd Dom. (2006). Kepimpinan Instruksional, Jemaah NazirSekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia.Hussein Mahmood. (1989). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kartini Zakaria. (2010). Kepimpinan Instruksional Dalam MelestarikanKecemerlangan Sekolah: Satu perkongsian pengalaman SMK SultanahAsma- Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional 2010.Lisa A. Banicky & Heidi L. Janicky.(2006). Maximizing Instructional Time:Identifying Impediments and Strategies (Survey Result andRecommendations).Cotton, K. (2003). Principal and Student Achievement: What the research says.Alexadria. VA: Association for Supervision and CurriculumDevelopment.King, D. (2002). The Changing Shape of Leadearship. EducatinalLeadership.59(8).61.63.Elmore, R. (2000). Building a New Structure for School Leadership.Washington D.C. Albert Shanker Institute.Spillane, J.P., Halverson, R., & Diamond, J.B. (2001). Investi Gating SchoolLeadership Practice: A Distributed perspective. EducationlResearcher,30(3),23-28.
  • M u k a S u r a t | 133Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarGURU MENGAJAR MURID BELAJARolehHJH SITI AMINAH BINTI HJ IBRAHIMSMK Bandar Bukit Kayu Hitam,Kedah Darulaman.AbstrakPengetua sebagai pemimpin kurikulum di sekolah perlu memastikan Tiga SasaranUtama Pendidikan terlaksana secara berkesan iaitu fokus kepada pembelajaran murid,kolaborasi antara guru (kerja sepasukan) dan fokus kepada kemenjadian murid ataukeberhasilan pembelajaran murid. Guru yang meninggalkan bilik darjah selalunyamempunyai urusan atau alasan yang munasabah. Beliau seharusnya berusahamelindungi masa instruksionalnya kerana itu ialah amanah seorang guru. Pasukanpengurusan sekolah pula harus bijaksana dalam memainkan peranan memastikanacademic learning time atau masa pembelajaran berkesan berjalan lancar dan gurumesti ada didalam bilik darjah untuk berfungsi dengan sewajarnya. Beberapacadangan yang diutarakan dalam penulisan ini akan memberikan impak positifkepada usaha memaksimumkan masa instruksional. Usaha melindungi masainstruksional di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid inimemerlukan kerjasama dan sokongan padu daripada semua peringkat lapisan sekolahkerana kejayaan melindungi masa instruksional tidak mampu dicapai tanpa kerjaberpasukan yang mantap.
  • M u k a S u r a t | 134Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANSemua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM adalah berfokuskepada keberhasilan pembelajaran murid dan seharusnya dilaksanakan tanpahalangan bagi mencapai hasrat yang telah disasarkan. MMI merupakan salahsatu komponen fungsi pemimpin instruksional bagi memastikan tempoh masauntuk pembelajaran secara berkesan berlaku tanpa halangan. Tuan Haji Sufa’atbin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah mencadangkanagar pengetua sebagai pemimpin kurikulum di sekolah bertanggungjawabmemastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan ini atau, “academiclearning time” berlaku dalam kalangan murid. Dengan kata lain, masainstruksional ialah memastikan guru mengajar dan murid belajar.PERNYATAAN ISUSeorang guru telah ditetapkan menjalankan tugas utama iaitu mengajar ataumelaksanakan instruksional untuk tempoh tertentu. Sekolah pula selalunyamerangka masa instruksional yang ideal, namun masa berkenaan tidaksepenuhnya menjanjikan pembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesandisebabkan faktor gangguan tertentu yang berlaku di sekolah dan di dalam bilikdarjah.Guru-guru meninggalkan bilik darjah atas urusan atau alasan seperti:(a) menghadiri mesyuarat atau menghadiri taklimat,(b) berkursus,(c) menghadiri majlis rasmi,(d) jemputan ceramah (Guru Cemerlang),(e) mengiringi murid dalam pertandingan koakademik, sukan, danpermainan,
  • M u k a S u r a t | 135Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar(f) sikap guru yang kurang “sense of urgency” untuk hadir ke kelastepat pada masanya,(g) sikap murid yang tidak minat belajar,(h) guru cuti sakit atau kecemasan, dan(i) guru cuti bersalin atau cuti mengerjakan fardu haji.Alasan bagi murid untuk tidak berada di ddalam bilik darjah keranamewakili sekolah dalam pertandingan koakademik, sukan atau muridtercedera semasa mewakili sekolah dan mendapat cuti sakit.CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIANPengetua perlu bertanggungjawab melindungi masa instruksional dalammemastikan guru berada di dalam bilik darjah dan berfungsi sebagai seorangpendidik.Penulisan ini menyediakan cadangan tindakan atau penyelesaian kepadaisu guru meninggalkan bilik darjah mengikut situasi berikut:1. Meninggalkan bilik darjah selama satu hari seperti menghadirimesyuarat, kursus, taklimat, menghadiri majlis rasmi, memohonCuti Rehat Khas (CRK), mengiringi murid, dan jemputan ceramah.a) Bagi situasi guru meninggalkan bilik darjah selama satu hari.Dicadangkan guru membuat tukar ganti atau jual beli masapengajaran dengan guru-guru lain yang mengajar kelas yang samasebelum menghadiri urusan tersebut. Papan kenyataan disediakanuntuk urusan tukar ganti atau jual beli kelas. Penolong Kanan
  • M u k a S u r a t | 136Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPentadbiran akan dimaklumkan apabila urusan tukar ganti atau jualbeli selesai.b) Jemputan ceramah.Bagi sekolah-sekolah yang muridnya tidak cemerlang dan ibu bapakurang prihatin tentang prestasi akademik anaknya; pihak sekolahakan menghadapi masalah kehadiran murid-murid jika bengkelteknik menjawab peperiksaan dibuat pada sebelah petang. Oleh itu,guru perlu menyusun jadual ceramah supaya dilaksanakan padasebelah pagi bagi mengatasi masalah ketidakhadiran murid.Pergerakan guru pada masa instruksional patut dielakkan agargangguan masa instruksional dapat diminimumkan. Justeru, satucarta alir yang menetapkan Standard Operating Prosedur (SOP)dicadangkan untuk diaplikasikan bersama antara pengetua (rujukLampiran 4) dalam usaha memastikan kepakaran guru danpeningkatan keberhasilan pembelajaran murid dikongsi bersama.2. Meninggalkan bilik darjah melebihi satu hari (seperti menghadirikursus)Dalam kes ini, guru mempunyai tiga pilihan sama ada :a) melaksanakan kelas ganti di luar masa persekolahan, ataub) membuat urusan tukar ganti atau jual beli kelas sebelum menghadirikursus, atauc) meninggalkan latihan atau kerja murid dengan menulis tarikh danmasa latihan yang perlu diedarkan kepada Penolong KananPentadbiran. Guru ganti akan memastikan murid membuat latihanpada masa atau waktu mata pelajaran sepatutnya berlaku. Denganini, masa instruksional untuk mata pelajaran tersebut dapatdilindungi.
  • M u k a S u r a t | 137Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar3. Learning WalkKepimpinan instruksional merupakan pemimpin sekolah yang mengambilpeduli atau cakna kepada pengajaran guru dan pembelajaran murid.Pengetua perlu sentiasa kelihatan bagi mengekalkan visibiliti yang tinggidalam usaha untuk menambah baik prestasi murid dan juga memastikanguru menepati masa. Dalam situasi ini, pengetua mengamalkanpemantauan Learning Walk yang melibatkan:a) lawatan singkat pengetua bersama 1 atau 2 orang pengurusansekolah (tanpa menetapkan masa lawatan) ke bilik darjah semasaproses PdP dijalankan.b) memantau dan menilai keadaan bilik darjah dengan memfokuskankurikulum operasi selama 5 – 10 minit.c) maklumat atau data proses PdP perlu dicatat dalam borangpemantauan (rujuk Lampiran 2).d) guru dan pengurusan sekolah perlu membuat muhasabah ataurefleksi proses pengajaran.e) dalam perjumpaan guru, pengetua berkongsi amalan pengajaranyang baik dan sebaliknya daripada dapatan pemantauan.4. Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)Sebagai pemimpin sekolah, pengetua perlu menganjurkan LDP.Dicadangkan salah satu pengisian LDP ialah menekankan sifat amanahyang merupakan akhlak mulia yang diberi penekanan dalam semuaagama. Oleh itu, tugas atau pekerjaan yang dipertanggungjawabkan atassetiap orang merupakan amanah yang wajib dilaksanakan. Saranan iniselari dengan ayat al-Quran yang membawa maksud;
  • M u k a S u r a t | 138Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar“Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamumengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, danjanganlah kamu mengkhianati amanah kamu, sedangkamu mengetahui salahnya”.Guru-guru perlu memastikan peruntukan masa untuk mengajarmencukupi bagi setiap mata pelajaran yang diamanahkan bagi setiapminggu.Penghayatan dasar Sekolah Penyayang yang dilaksanakan di sekolahharuslah bertemakan, “Mengajar Murid Umpama Mengajar AnakSendiri”. Sekiranya guru mengandaikan mengajar murid seperti mengajaranaknya sendiri, sudah pasti guru akan berusaha mengajar secarabersungguh-sungguh untuk memastikan murid belajar secara berkesan.5. Lesson StudyKaedah yang diguna pakai ini diperkenalkan kepada sekolah yang beradadi Band 6 dalam School Improvement Programme (SIP). Ia strategi yangdicadangkan dalam Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) iaitukomponen kedua De-Privatisation Of Practice. Amalan pengajaranLesson Study (rujuk lampiran 3) ialah secara kolaborasi yang melibatkansekumpulan guru merancang dan menyediakan rancangan pengajaranbersama-sama dan serta menjalankan proses PdP seperti yang dirancang.Guru lain membuat pemerhatian, refleksi, dan seterusnya membuatpenambahbaikan kepada rancangan pengajaran tersebut.Pengajaran guru yang telah dipersetujui berserta bahan bantu mengajaryang disediakan dicatat dalam Buku Daftar Kaedah PdP. Kaedah tersebutdiguna pakai dan dikongsi bersama oleh guru-guru lain.
  • M u k a S u r a t | 139Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarProgram ini memerlukan guru membuat anjakan paradigma dalam amalanpengajarannya. Hal sedemikian ini akan berupaya mengubah seorang gurumenjadi kreatif dan efisien dalam tugasnya dan merasakan “teaching is awork of heart”. Tambahan lagi, kaedah Lesson Study amat membantuguru-guru yang mengajarkan mata pelajaran bukan opsyen.6. Teach To TeachSatu daripada gangguan melindungi masa instruksional yang dikenal pastidi sekolah ini ialah guru meninggalkan bilik darjah. Hal ini disebabkanrasa putus asa apabila murid tiada minat untuk belajar. Guru membuatpersediaan untuk mengajar mengikut Rancangan Pengajaran Harian(RPH). Antara faktor murid ‘hilang’ atau tidak berada di dalam kelasialah ponteng mata pelajaran tertentu dan selalu tidur semasa gurumengajar. Bagi seorang guru yang merasakan ”teaching is a work ofheart”, situasi begini akan dapat ditangani dengan mudah dan efektif.Tetapi bagi guru yang kurang bermotivasi, jalan mudah diambil adalahdengan tidak berada dalam bilik darjah. Jika ini berlaku, punca masalahmurid tidak berminat belajar tidak akan dapat diselesaikan.Cadangan penyelesaian bagi keadaan begini ialah program, “Teach ToTeach” yang memerlukan pengetua sebagai pemimpin instruksionalmenjadi role model dalam pengajaran. Strategi pelaksanaannya adalahseperti carta alir di bawah :
  • M u k a S u r a t | 140Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarDengan ini, guru tiada alasan menyatakan murid tidak minat belajarkerana kreativiti dalam pendekatan pengajaran berupaya melindungi masainstruksional.7. Cuti Sakit atau KecemasanBagi kes ini, guru yang bercuti tidak sempat membuat tukar ganti kelasatau meninggalkan latihan kepada murid. Maka, masa instruksionaldilindungi apabila guru ganti masuk ke kelas dengan membawa BakulIlmu (disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah, unit NILAM untuk Program“1 School Reads”) untuk dibaca oleh murid-murid dan mengisi RekodBuku NILAM jika telah menyelesaikan bacaan.8. Peranan KaunselorKaunselor juga mempunyai masa instruksional yang perlu dilaksanakanmengikut perancangan tahunannya. Dalam hal ini, kaunselor boleh diberiGuru yang menghadapi masalah pengajaran atau masalah murid tidak memberikantumpuan semasa PdP berjumpa pengetua untuk berbincang.Guru mengisi borang yang disediakan.(rujuk Lampiran 1, Program “Teach To Teach” )Menetapkan tarikh, hari, masa, topik yang hendak diajar dan memberikan bahanpengajaran yang perlu (jika ada) kepada pengetua.Pengetua melaksanakan pengajaran seperti dirancang oleh guru dalam RPH.Pengetua memberikan maklum balas kepada guru berkaitan pengajaran guru yangperlu dibaiki dan petua menarik minat pembelajaran murid.Pengetua berkongsi amalan pengajaran yang baik dan menegur amalan yangsebaliknya semasa pengajarannya dalam kelas yang bermasalah tadi.
  • M u k a S u r a t | 141Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarkelas ganti untuk kelas-kelas yang berbeza setiap hari supaya bidangperkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang merangkumi akademik,kerjaya, keibubapaan, pembangunan diri murid, psikososial, pendidikanpencegahan dadah, kaunseling HIV/AIDS, dan pemulihan akhlak danmoral dapat dilaksanakan mengikut perancangan.9. Guru Cuti Bersalin / Cuti Menunaikan Fardu HajiPengetua seharusnya mempunyai data bagi guru yang akan bersalin danyang akan menunaikan fardu haji untuk tempoh 6 bulan akan datang.Guru ini perlu merancang dan membuat kelas-kelas bagi menyelesaikantajuk-tajuk mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yangditetapkan. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk tajuk-tajuk yangperlu diselesaikan ini juga perlu dibuat pada muka surat khas supayamudah dipantau oleh Pengetua, Penolong Kanan atau Guru Kanan.Kelas tambahan yang diadakan hendaklah dibuat selepas masapersekolahan, masa cuti persekolahan atau masa-masa lain yang sesuaitetapi tidak menganggu masa PdP rasmi. Cadangan ini adalah untukmemastikan masa instruksional dilindungi jika sekolah tidak mendapatguru ganti pada masa guru cuti bersalin atau cuti menunaikan ibadah hajinanti.10. Peranan PanitiaSekolah perlu mengubah persepsi murid supaya melihat sambutan hari-hari keutamaan sekolah seperti Hari Kemerdekaan, Hari Guru, atau HariSukan sebagai hari PdP. Antara peranan yang akan dimainkan oleh panitiaialah memastikan pengisian hari-hari sambutan tersebut selari denganmatlamat sekolah.
  • M u k a S u r a t | 142Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarContoh:i. Atur Cara Sambutan Hari Merdeka : Ceramah Kemerdekaan- Sebelum dan Selepas Kemerdekaan. Kuiz Kemerdekaan – adakan Pusingan 1 dan Pusingan 2 untuksoalan PMR dan SPM. Menyemai dan memupuk sifat patriotik, berdisiplin, dan jatidiri murid melalui muzik dan lagu-lagu seperti Jalur Gemilang,Kerana Mu Malaysia dan Janji Ditepati.ii. Program Sambutan Hari Guru : Murid menulis karangan bertajuk: Aktiviti Hari Guru. Pertandingan mencipta pantun, sajak atau syair yangbertemakan Hari Guru.11. Semakan RPT dan RPHSetiap guru membuat RPT tanpa mengambil kira faktor-faktor gangguan(kecuali yang tertera dalam takwim seperti masa peperiksaan, hari ataumajlis-majlis sambutan sekolah dan sebagainya) untuk diselesaikan dalammasa persekolahan. Gangguan fizikal, gangguan adhoc dan gangguan luarjangka tidak diambil kira semasa penyediaan RPT. Keadaan inimemberikan kesan kepada RPH. Untuk memastikan RPT dan RPH selarimengikut perancangan, semakan hendaklah dibuat oleh Pengetua,Penolong Kanan dan Guru Kanan dalam bulan Julai dan Oktober. Guru-guru perlu memberikan justifikasi sekiranya ketidakselarian berlaku.12. MMI untuk MuridMMI perlu juga diambil kira dari sudut murid yang:
  • M u k a S u r a t | 143Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajara) meninggalkan bilik darjah kerana mewakili sekolah untukpertandingan koakademik, sukan atau hadir aktiviti anjuran JPN /PPD (yang tidak melibatkan semua murid) danb) mengalami kecederaan kerana mewakili sekolah dan mendapat cutisakit yang lama.CADANGAN PENYELESAIANBeberapa cadangan penyelesaikan yang boleh dilaksanakan adalah seperti:1. Mengatur jadual peperiksaan atau ujian pada hari tertentu.2. Guru melaksanakan personal coaching kepada murid berkenaan.3. PdP dilaksanakan di hospital atau rumah murid yang bercuti sakit.KESIMPULANMMI perlu dirancang dengan penuh kebijaksanaan oleh pemimpin sekolahserta guru-guru bagi memastikan pembelajaran berlangsung di sekolah danakhirnya murid dapat belajar secara berkesan. SMK Bandar Bukit Kayu Hitamtelah merangka dan melaksanakan program di atas untuk memastikan masainstruksional dapat dilindungi dengan baik. Program yang dicadang ini sentiasadiberikan nilai tambah dari semasa ke semasa untuk menjadikannya lebihberkesan dan selaras dengan hala tuju KPM. Keberkesanan program ini dapatdilihat dengan berlakunya lonjakan pencapaian murid dalam keputusanpeperiksaan awam. Kecemerlangan sekolah juga terserlah dengan penglibatanaktif murid dalam kokurikulum dan sahsiah murid turut terpelihara.Sesungguhnya usaha ini memerlukan kerjasama dan sokongan padu daripada
  • M u k a S u r a t | 144Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarsemua peringkat lapisan sekolah. Kejayaan melindungi masa instruksionaltidak mampu dicapai tanpa kerja berpasukan yang mantap.CADANGANPihak sekolah telah berjaya melindungi masa instruksional melalui pendekatanyang diutarakan. Hasil kejayaan yang dicapai ialah suatu realiti dan bukansuatu fantasi. Waima, sekolah yang bermula dengan Band 6 telah berubah keBand 5 apabila komposit skor NKRA meningkat. Justeru, dicadangkan agarprogram ini dapat dihayati dan dilaksanakan secara kelompok di semuasekolah. Pelaksanaannya diharap dapat memastikan Tiga Sasaran UtamaPendidikan (Three Big Ideas In Education) terlaksana iaitu fokus kepadapembelajaran murid, kolaborasi antara guru (kerja sepasukan) dan fokuskepada kemenjadian murid atau keberhasilan pembelajaran murid.RujukanBahan Kursus Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) untuk Guru Kanan,PK Pentadbiran, Pengetua dan Guru Besar, pada 22 -24 Mei 2012 diIAB(Utara).Melindungi Masa Instruksional (Protecting Instruktional Time) di Sekolahuntuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid. Nota SektorOperasi Pendidikan, KPM 2012.
  • M u k a S u r a t | 145Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 1PROGRAM “TEACH TO TEACH”NAMA GURU :_______________________OPSYEN:_____________________MATA PELAJARAN :______________________TINGKATAN:_____________________PENYATAAN MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :PENETAPAN TARIKH PENGAJARAN PENGETUA :TARIKH: ________________ HARI:__________________MASA:________________TOPIK: ________________________________ TEMPAT:__________________________BAHAN PENGAJARAN YANG DISEDIA KAN:________________________________________MAKLUM BALAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :A. SEBELUM PdP PENGETUA:ULASAN MURID:ULASAN PENGETUA :Tandatangan guru:________________ Tarikh:____________________
  • M u k a S u r a t | 146Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarB. SELEPAS PdP PENGETUA:ULASAN GURU :ULASAN MURID:CADANGAN PENGETUA :
  • M u k a S u r a t | 147Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 2PEMANTAUAN “LEARNING WALK”TARIKH: ………....................................... HARI: ………................MASA KE-: ………………........................ JAM: …………...……...KELAS: ……............................................... BIL. MURID :…… …...MATA PELAJARAN :……….................... GURU: …………...…..REAKSI GURU REAKSI MURID KEADAAN KELASPemantau: ………………….. Cop Jawatan :PEMANTAUAN “LEARNING WALK”TARIKH: ………....................................... HARI: ………................MASA KE-: ………………........................ JAM: …………...……...KELAS: ……............................................... BIL. MURID :…… …...MATA PELAJARAN :……….................... GURU: …………...…..REAKSI GURU REAKSI MURID KEADAAN KELASPemantau: ………………….. Cop Jawatan :
  • M u k a S u r a t | 148Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 3PENCERAPAN “LESSON STUDY”PANITIA : ____________________________________________NAMA GURU : ____________________________________________TINGKATAN : ____________________________________________MATA PELAJARAN: ___________________________________________TOPIK : ____________________________________________A. PERBINCANGAN PERTAMATARIKH : ___________MASA : __________TEMPAT __________________KEHADIRAN: 1. ___________________________2.___________________________3.___________________________LAPORAN PERBINCANGAN :B. PERBINCANGAN KEDUATARIKH : ____________MASA : ________TEMPAT ___________________KEHADIRAN: 1. ___________________________2.___________________________3.___________________________LAPORAN PERBINCANGAN :C. PENCERAPAN1. TARIKH :__________________________2. MASA :__________________________3. TEMPAT : __________________________4. TINGKATAN : __________________________
  • M u k a S u r a t | 149Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 4CARTA ALIRJEMPUTAN GURU SEBAGAI PENCERAMAH MASA PdPKetua Panitia (sekolah lain)mengenal pasti penceramah(bertugas di SMKBBKH) )Maklum kepada penceramahtarikh, hari, masa dan tempatceramah secara lisan.Penceramah berusaha membuattukar ganti masa PdP sesamaguru bagi kelas yang akanditinggalkan.Penceramahmemaklumkan kepadapengetua tarikhjemputan berceramahdan masa tukar gantiyang telah dibuat.Pengetuatidaksetuju.Pengetuasetuju.Hubungi Ketua Panitia(sekolah lain) untukperubahan masa.Penceramahmenerimajemputanceramah.
  • M u k a S u r a t | 150Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarDOS(Do Something)(JANGAN DUDUK SAHAJA)olehZAKARIA BIN OTHMANSK Seri ImpianKubang Semang, Seberang PeraiAbstrakIsu guru ganti di sekolah-sekolah merupakan satu keadaan biasa yang sering berlakuhampir setiap hari. Penglibatan guru menjalankan tugas-tugas rasmi di luar sekolahpada waktu persekolahan atas arahan PPD, JPN, dan KPM serta ada juga yangmengambil cuti sakit, cuti sambilan, dan lain-lain menyebabkan perjalanan PdP didalam kelas tergendala. Satu kaedah atau usaha yang berkesan dan tidakmembebankan guru yang berada di sekolah perlu dirancang supaya proses PdPtetap berlaku walaupun guru mata pelajaran tidak hadir pada waktu tersebut. Kertasini dirancang bertujuan untuk memenuhi pengisian waktu guru ganti yang lebihberkesan, membantu mengurangkan bebanan kerja guru yang bertugas, memudahkanpemantauan pihak pentadbir dan seterusnya PdP di dalam kelas tersebut dapatdilaksanakan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Projek ini jugadapat menyedarkan guru supaya bertugas dengan sepenuh hati bersesuaian dengantuntutan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981 bertajuk Penggunaan Waktu TidakMengajar / Waktu Luang (free period) oleh guru bagi menggantikan guru yang tidakhadir.
  • M u k a S u r a t | 151Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANPenglibatan guru menjalankan tugas-tugas rasmi di luar sekolah pada waktupersekolahan atas arahan PPD, JPN, dan KPM seperti berkursus sertamesyuarat ditambah lagi ada yang mengambil cuti sakit, cuti sambilan dan cuti-cuti lain akan menjejaskan tugas utama (core business) sebagai guru iaitumengajar di dalam bilik darjah. Akibatnya, secara purata 1 hingga 3 orangguru tiada di sekolah pada setiap hari. Rekod sepanjang tahun 2010-2011menunjukkan pada musim puncak, purata sehingga 10 orang guru tiada disekolah. Isu ini telah sekian lama disedari oleh warga Sekolah Kebangsaan(SK) Seri Impian dan sering diperkatakan oleh masyarakat terutama waris danpihak berwajib.Satu kaedah perlu difikirkan dan dilaksanakan untuk menangani isu ini.Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang boleh dikawal perlu dimanipulasisemaksimum mungkin agar hak murid tidak dinafikan. Projek yang diutarakanini dirancang supaya walaupun guru mata pelajaran tertentu tidak hadir kesekolah, proses PdP bagi mata pelajaran tersebut tetap dijalankan. Bagimenjayakan projek ini perlu ada dalam kalangan pentadbir, guru-guru, danmurid kesedaran yang tinggi tentang situasi yang berlaku bagi melaksanakanprojek ini. Usaha ini sememangnya memerlukan sedikit pengorbanan guru-guruterutama di peringkat penyediaan bahan / modul tetapi sebenarnya memangmenjadi tanggungjawab semua guru bahawa prinsip setiap kelas yangditinggalkan oleh guru yang tidak hadir perlu diganti serta PdP berjalan sepertiyang dirancang dalam Rancangan Pelajaran Harian (RPH) guru yangberkenaan.
  • M u k a S u r a t | 152Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENYATAAN ISU / CADANGANWalaupun mekanisme dan proses menyediakan guru ganti mantap dan prosesberjalan dengan lancar pada setiap hari persekolahan, namun masalah utamadalam pengurusan pengisian waktu ganti ialah:1. Guru ganti mempunyai kecenderungan untuk masuk lewat, keluar awaldan hanya sekadar menjenguk atau tidak masuk kelas yang telahditetapkan.2. Berlaku pembaziran waktu ketika ketiadaan guru mata pelajaransekiranya guru ganti tidak mempunyai inisiatif sendiri membuatpengisian waktu dengan aktiviti yang berfaedah terutama bagi kumpulanmurid yang motivasi dalamannya rendah.3. Guru ganti yang bertugas, berasa terbeban untuk memikirkan ataumenyediakan bahan atau perancangan bagi pengisian waktu tersebut.4. Guru ganti hanya masuk dan memastikan murid membuat kerja sendiritanpa perancangan PdP yang berkesan.5. Bahan PdP atau bahan kerja murid tidak ada.6. Proses PdP mata pelajaran berkenaan terputus selama mana guru tersebuttidak hadir.7. Sukar memantau sama ada guru masuk ke kelas ganti atau tidak.Untuk mencapai status sekolah berkesan dalam pengurusan waktu gantisemua masalah yang tersenarai di atas perlu diatasi segera. Hasil daripadapemantauan, komen ibu bapa, maklum balas daripada guru dan murid telahdimasukkan dalam mesyuarat Jawatankuasa (JK) Kurikulum sekolah kali ke
  • M u k a S u r a t | 153Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarempat pada 20 Oktober 2010. Ahli Jawatankuasa (AJK) telah bersetuju untukmenjalankan satu projek yang dinamakan DOS (Do Something) atau JanganDuduk Sahaja (JDS) bagi mengatasi masalah pengisian waktu ganti supayalebih efisien dan berkesan.Jadual 1: Analisis Jurang Projek DOSStatus Semasa Status Yang Hendak DicapaiGuru ganti mempunyai kecenderungan untukmasuk lewat, keluar awal, hanya sekadarmenjenguk atau tidak masuk kelas yang telahditetapkan.Adakan satu sistempemantauan.Berlaku pembaziran waktu selama masaketiadaan guru mata pelajaran. Sekiranyaguru ganti tidak mempunyai inisiatif sendirimembuat pengisian waktu dengan aktivitiyang berfaedah terutama bagi kumpulanmurid yang motivasi dalamannya rendah.Adakan bahan untuk kegunaanguru ganti.Guru ganti yang bertugas berasa terbebanuntuk memikirkan atau menyediakan bahanatau perancangan bagi pengisian waktutersebut.Adakan prosedur perancanganterancang daripada guru yangtidak hadir.Guru ganti hanya masuk dan memastikanpelajar membuat kerja sendiri tanpaperancangan PdP.Adakan prosedur perancanganterancang daripada guru tidakhadir.Bahan PdP atau bahan kerja murid tidak ada. Adakan bahan kerja.Proses PdP mata pelajaran berkenaanterputus selama mana guru tersebut tidakhadir.Adakan Prosedur PdPterancang.Sukar memantau semasa guru masuk kelasganti atau tidak.Adakan kaedah pemantauanyang berkesan.CADANGAN TINDAKAN/ PENYELESAIANPelaksanaan Do Something (DOS) atau Jangan Duduk Sahaja (JDS) bolehdilaksanakan berdasarkan maklumat berikut:
  • M u k a S u r a t | 154Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar1. Matlamat ProjekMatlamat projek DOS adalah untuk meningkatkan kecekapan dankeberkesanan proses PdP di SK Seri Impian dengan memastikan aktivitiPdP berjalan secara berterusan walaupun semasa guru mata pelajaranberkursus, cuti, dan sebagainya. Hasilnya, semua murid sekolah SK SeriImpian akan mendapat manfaat secara maksimum sewaktu mereka beradadi sekolah.2. Objektif ProjekSetelah projek ini dilaksanakan, diharapkan perkara-perkara yang berikutakan tercapai:a) Memantapkan pelaksanaan sistem guru ganti yang sememangnyaberjalan lancar di peringkat penyediaan dan pengedaran jadual tetapikurang berkesan di peringkat pelaksanaan oleh guru-guru yangmenerima tugas penggantian tersebut.b) Memastikan masa dimanfaatkan dengan aktiviti pembelajaran yangberfaedah serta mampu menyumbang ke arah memperkembangminda dan menggilap potensi murid walaupun tanpa kehadiran gurumata pelajaran.c) Membolehkan guru ganti berasa terpanggil untuk masuk ke kelaskerana projek ini telah memberikan tumpuan khusus dan dipantauoleh semua pihak termasuk murid-murid kelas berkenaan.d) Memastikan guru yang tidak hadir ke sekolah kerana sesuatu tugasrasmi atau sebab-sebab lain tetap bertanggungjawab merancangdan menyediakan bahan bagi mata pelajaran dan kelas berkenaan.e) Membolehkan guru ganti terdorong untuk melaksanakan PdPsetelah masuk ke kelas kerana bahan telah tersedia.f) Membantu murid mendapat sesuatu input atau faedah semasaketiadaan guru mata pelajaran tersebut.
  • M u k a S u r a t | 155Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarg) Membantu mengurangkan kes-kes pelanggaran disiplin walaupunguru mata pelajaran tidak hadir.3. Indikator PrestasiUntuk memastikan projek berjalan dengan lancar, indikator prestasidibina bagi tujuan pengawalan, penilaian, dan pencapaian standard projekini.Jadual 2: Indikator PrestasiBil Aktiviti Indikator Prestasi1 Mesyuarat sumbang saran Semua AJK memberikan pandangan atauidea yang relevan.2 Penubuhan AJK projek Sumua AJK dapat spesifikasi tugas masing-masing3 Penyediaan kertas projek Lengkap dan ikut format4 Taklimat kepada PIBG PIBG menyokong dan bersetuju membantudari segi kewangan.5 Mesyuarat AJK projek Tiga kali setahun / semua AJK hadir6 Pembelian 40 set buku kerja dan alatbantu mengajarEmpat mata pelajaran teras Tahun 1-6, matapelajaran wajib dan bimbingan &kaunseling.7 Penilaian / pemantauan Guru memahami tanggungjawab danmelaksanakan tugas.8 Dokumentasi Lengkap bergambar4. Jawankuasa Kerja ProjekPengerusi : Guru BesarNaib Pengerusi I : Penolong Kanan 1Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNaib Pengerusi III : Penolong Kanan KokurikulumSetiausaha : Guru Penyelaras Jadual Waktu
  • M u k a S u r a t | 156Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarAJK : Ketua Panitia: Guru Pusat Sumber: Guru Pusat Akses: Guru Penyelaras Makmal Komputer: Guru NILAM5. Tanggungjawab dan Spesifikasi TugasBagi melicinkan pelaksanaan projek setiap aktviti diperjelastanggungjawab dan spesifikasi tugas seperti dalam Jadual 3.Jadual 3 : Tanggungjawab dan Spesifikasi TugasBil Aktiviti Tanggungjawab Deskripsi Tugas1 PenubuhanJawatankuasaGuru Besar Menyediakan senaraiAJK2 MesyuaratJawatankuasaSetiausaha  Mengeluarkan suratpanggilan mesyuarat Menyediakan agihantugas3 Menyediakan KertasProjekSetiausaha Menyediakan kertas Projek4 Taklimat kepadaPIBGGuru Besar Menjelaskan kepada JK PIBGuntuk mendapat sokongan dana5 Menyediakan SudutLetak BahanPenolong Kanan 1 Menyediakan sudut sesuai6 Pelaksanaan AktivitiProjekSetiausaha Memastikan aktivitiprogram berjalan lancar7 Pemantauan danPenilaianGuru Besar  Melaksanakan pemantauan Mencadangkanpenambahbaikan6. Pelaksanaan Program DOS 1 (Guru menghadiri kursus, mesyuarat, danaktiviti kokurikulum di luar waktu persekolahan)a) Guru mata pelajaran mendapat surat untuk bertugas di luar.b) Guru mata pelajaran perlu mengisi borang DOS 1.c) Guru mata pelajaran perlu smenyediakan bahan dan modul.
  • M u k a S u r a t | 157Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajard) Guru mata pelajaran menyerahkan borang DOS 1 serta bahan ataumodul kepada PK 1.e) PK 1 menyerahkan borang DOS 1 dan arahan kepada guru gantiuntuk tindakan apabila tiba waktu.f) Guru ganti menerima borang DOS 1 dan arahan masuk ke kelas danmenjalankan PdP.g) Guru ganti telah selesai menggantikan kelas serta menyerahkanborang DOS1 kepada PK1 untuk direkod dan menyerahkan bahanatau modul kepada guru mata pelajaran yang berkenaan.h) Guru mata pelajaran perlu menyemak kerja yang diberikan olehguru ganti.7. Pelaksanaan Program DOS 2 ( Guru cuti sakit, cuti kecemasan)a) PK 1 menyemak kedatangan guru pada jam 7.30 pagi.b) PK 1 menyediakan jadual ganti.c) PK 1 menyerahkan borang DOS 2 kepada guru ganti bertugas.d) Guru ganti menerima borang DOS 2 dan arahan masuk ke kelasserta mengambil bahan dari sudut DOS untuk menjalankan PdP.e) Guru ganti setelah selesai pengajaran akan menyerahkan borangDOS 2 kepada PK 1 untuk direkod dan menyerahkan bahan ataumodul kepada guru mata pelajaran berkenaan.f) Guru ganti menyimpan semula bahan di sudut yang disediakan.g) Guru mata pelajaran perlu menyemak kerja yang diberikan olehguru ganti.KESIMPULANProjek DOS telah dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Tempohpelaksanaan projek dilaksanakan mulai tahun 2011. Pihak PIBG telahmembantu projek ini dengan menyumbang dana. Program ini telah membantu
  • M u k a S u r a t | 158Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmelaksanakan pengisian waktu ganti, memudahkan guru yang bertugas di luardan meningkatkan motivasi murid ke arah kecemerlangan akademik.Penilaian projek dinilai dengan cara membanding status pencapaiansebelum dengan selepas projek dijalankan seperti indikator prestasi yangditetapkan merujuk Jadual 4. Penilaian atas pandangan guru dan komen pihakJemaah Nazir dan Jaminan Kualiti yang positif telah membantu meningkatkankeberkesanan projek ini.Jawatankuasa Projek akan berusaha mengadakan penambahbaikan darisemasa ke semasa bagi memanfaatkan program ini kepada semua wargasekolah. Pelaksanaan projek ini diharapkan akan dapat membantu tercapainyavisi sekolah iaitu, “SK Seri Impian Terbilang di Pulau Pinang Tahun2012”.Jadual 4: Penilaian ProgramStatus Semasa Status Yang Hendak DicapaiGuru ganti mempunyai kecenderungan untukmasuk lewat, keluar awal, hanya sekadarmenjenguk atau tidak masuk kelas yang telahditetapkan.Satu sistem pematauan telahdiwujudkanBerlaku pembaziran waktu selama masaketiadaan guru mata pelajaran sekiranya guruganti tidak mempunyai inisiatif sendirimembuat pengisian waktu dengan aktiviti yangberfaedah terutama bagi kumpulan murid yangmotivasinya rendah.Bahan untuk kegunaan guru gantisudah tersediaGuru ganti yang bertugas berasa terbeban untukmemikirkan atau menyediakan bahan atauperancangan bagi pengisian waktu tersebut.Guru ganti tidak terbeban untukmerancang/ menyediakan bahanpengisian gantiGuru ganti hanya masuk dan memastikan pelajarmembuat kerja sendiri tanpa perancangan PdP.Perancangan terancang disediakanBahan PdP atau bahan kerja murid tidak ada. Bahan kerja sudah tersediaProses PdP subjek berkenaan terputus selamaguru tersebut tidak hadir.PdP terancang sudah tersediaSukar memantau semasa guru masuk ke kelasganti atau tidak.Pemantauan lebih mudah danberkesan.
  • M u k a S u r a t | 159Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarSYORProjek DOS ini merupakan projek penambahbaikan kepada kaedah yang lebihberkesan dalam menyelesaikan isu-isu waktu ganti. Pengurusan waktu gantimerupakan satu cabaran kepada semua pentadbir sekolah. Guru Besar sebagaipemimpin instruksional seharusnya melihat projek ini secara positif bukansuatu idea baharu yang membebankan atau menambah beban tugas pentadbir.Semua guru seharusnya membantu dan menerima idea ini secara positif jikamereka memahami hasrat murni yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah.Harapan saya agar semua sekolah dapat menggunakan projek seumpamaini di sekolah masing-masing. Projek ini telah membantu melaksanakanpengisian waktu ganti, memudahkan guru yang bertugas di luar sertameningkatkan motivasi murid ke arah kecemerlangan akademik.Projek ini bukanlah satu projek yang terbaik tetapi mungkin dapatmembantu pihak sekolah mendapatkan idea atau kaedah lain untuk menjadikanwaktu ganti lebih berkesan dan dapat dipantau pelaksanaannya dengan mudah.Projek ini berkemungkinan mempunyai beberapa kelemahan tetapi semuakelemahan itu boleh dibaiki dari semasa ke semasa.RujukanAkta Pendidikan 1958. Kementerian Pelajaran Malaysia.Surat Pekeliling Iktisas Bil 3 /1991, Kementerian Pelajaran Malaysia.Kertas Cadangan Kelas Terancang “Kelas Tanpa Guru Subjek”. Oleh: EnTurin bin Ahmad,Penolong Kanan 1, Kolej Sultan Abdul Hamid:Tarikh :30 Mei 2002.Koleksi Projek Berasaskan Sekolah Jilid 1. Terbitan : Institut AminuddinBaki, Cawangan Utara.
  • M u k a S u r a t | 160Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 1BORANG PROGRAM DOS 1SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMPIAN14400 BUKIT MERTAJAM, SEBERANG PERAITarikh:Masa :Kelas :Nama Guru Tidak Hadir:Mata Pelajaran :Nama Guru GantiAktiviti Yang Perlu Dijalankan:......................................................(Tandatangan guru mata pelajaran)Komen / UlasanGuru ganti:...........................Tandatanganguru gantiDisemak : ....................................................Panduan Pelaksanaan Program DOS:1.Guru ganti mesti masuk ke kelas yang diganti pada waktu yang ditetapkan.2.Guru ganti bertanggungjawab sepenuhnya atas kelas tersebut.3.Guru ganti boleh mengajar & memberikan latihan / modul / bahan yangdisediakan kepada murid.4.Guru mata pelajaran perlu menyemak kerja yang diberikan oleh guru ganti.Borang DOS 1
  • M u k a S u r a t | 161Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 2BORANG PROGRAM DOS 2SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMPIAN14400 BUKIT MERTAJAM,S.PERAITarikh:Masa :Kelas :Nama Guru Tidak Hadir:Mata Pelajaran :Nama Guru GantiAktiviti yang dijalankan:........................................(Tandatangan guru ganti)Disemak : ....................................................Panduan Pelaksanaan Program DOS:1.Guru ganti mesti masuk ke kelas yang diganti pada waktu yang ditetapkan.2.Guru ganti bertanggungjawab sepenuhnya atas kelas tersebut.3.Guru ganti boleh mengajar dan memberikan latihan / modul / bahan yangdisediakan kepada murid.4.Guru mata pelajaran perlu menyemak kerja yang diberikan oleh guru ganti.Borang DOS 2
  • M u k a S u r a t | 162Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 3Borang Soal Selidik Projek DOSPenilaian GuruGuru Mata Pelajaran :_________________________Tahun :_________________________Bil ItemSangattidaksetujuTidaksetujuKurangsetujuAgaksetujuBersetujuAmatbersetuju1 Program ini membantusaya supaya lebihbertanggung-jawabsemasa penggantianmerujuk SuratPekeliling Ikhtisas Bil.3/1981.2 Perancangan PdP awalsaya sebelum bercuti/kursus membantumurid saya.3 Saya rasa bersalah jikatidak dapatmenyediakan rancanganPdP sebelum sayabercuti dan berkursus.4 Pengisian borangmembantu sayamenjalankan PdPsewaktu penggantian.5 Bahan & ABM yangdisediakanmemudahkan sayamerancang PdP waktuganti.6 Sudut tempat meletakbahan mudah untuksaya akses.7 Borang-borang yangdisediakan mesrapelanggan.Syor saya untuk penambahbaikan program ini:Borang DOS 3
  • M u k a S u r a t | 163Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 4Borang Soal Selidik Projek DOSPenilaian Penolong KananGuru Penolong Kanan:_________________________Bil ItemSangattidaksetujuTidaksetujuKurangsetujuAgaksetujuBersetujuAmatbersetuju1 Program ini membantusaya supaya lebihbertanggung- jawabsemasa penggantianmerujuk SuratPekeliling Ikhtisas Bil.3/1981.2 Perancangan PdP awalGuru sebelum bercuti/kursus membantuguru ganti.3 Pengisian borangmembantu sayamenyediakan jadualganti yang lebih mudah.4 Bahan & ABM yangdisediakanmemudahkan gurumerancang PdP waktuganti.5 Sudut tempat meletakbahan mudah bagi guruuntuk mengakses.6 Borang-borang yangdisediakan mesrapelanggan.Syor saya untuk penambahbaikan program ini:Borang DOS 4
  • M u k a S u r a t | 164Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 5Carta Aliran KerjaProgram DOS 2(Guru mata pelajaran tidak hadir disebabkan cuti sakit & kecemasan)MulaPK 1 menyemak senarai kehadiran guru pada jam 7.30 pagi.PK 1 menyediakan jadual ganti dan mengisi borang DOS 2.PK 1 menyerahkan borang DOS 2 danmemberikan arahan kepada guru ganti yang terlibat.Guru ganti mengambil bahan di tempat yang disediakan dan terus ke kelas untukmenjalankan PdP.Guru ganti mengisi aktiviti yang dijalankan dalam borang DOS 2 sertamenandatangani borang tersebut.Guru ganti menyerahkan borang DOS 2 semula kepada PK1 untuk direkod danmenyimpan semula bahan di tempat yang disediakan.Guru mata pelajaran memeriksa jawapan atau membincangkan semula bersamamurid kelas terbabit (sekiranya perlu).TamatBorang DOS 5
  • M u k a S u r a t | 165Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 6Carta Aliran KerjaProgram DOS 1(Guru mata pelajaran tidak hadir disebabkan sesuatu urusan tetapi tarikhnyadiketahui awal dan persediaan sempat dibuat)Guru mata pelajaran mengetahui tarikh yang berkenaan.Guru mata pelajaran merancang dan menyediakan bahan/modul PdP untuk setiap matapelajaran dan kelas bagi setiap hari yang bakal ditinggalkan dan mengisi borang DOS. 1Bahan/modul PdP hendaklah mencukupi bagi kegunaan semua murid di dalam kelasberkenaan.Borang DOS 1 dan bahan/Modul PdP yang telah siap diproses dan berlabel diserahkepada PK 1.PK 1 menyerah borang DOS 1 & bahan/modul dan arahan kepada guru ganti yangberkenaan.Guru ganti mengambil bahan dan borang DOS 1 terus ke kelas dan menjalankan PdP.Guru ganti menyerahkan semula bahan/modul serta borang DOS 1 untuk direkod danmenyerahkan bahan/modul kepada guru mata pelajaran untuk disemak/periksa.Guru mata pelajaran memeriksa jawapan atau membincangkan jawapan semula bersamamurid kelas terbabit(sekiranya perlu).TamatMulaBorang DOS 6
  • M u k a S u r a t | 166Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGALAMAN SEKOLAH DI NEGERI SEMBILAN DALAMMELINDUNGI MASA INSTRUKSIONALolehHAJI HAMIDON BIN HAJI KHALIDSMK Senawang 3, Taman Marida, SerembanAbstrakKertas ini membincangkan pengalaman Pengetua dalam Melindungi MasaInstruksional di sekolah. Dari sudut pandangan pengetua, Melindungi MasaInstruksional merupakan satu perkara yang menjadi keutamaan kepada tugas utamaguru di sekolah. Ia menjadi satu faktor kejayaan kritikal pencapaian murid dalampelbagai bidang sama ada akademik, kokurikulum, pembentukan sahsiah dansebagainya yang bermatlamat menghasilkan kemenjadian murid. Pengawalan masainstruksional dapat meningkatkan masa pembelajaran berkesan. Impaknya dapatmenjana keberhasilan pembelajaran murid. Di SMK Pasoh 2 dan SMK Senawang 3,beberapa strategi Melindungi Masa Instruksional yang digunakan ialah (1)mengurangkan masa gangguan, (2) menyediakan maklumat awal, (3) menggunakanBorang Pembelajaran Kendiri, (4) mengadakan mesyuarat di luar waktu pengajarandan pembelajaran, (5) menjadikan headcount sebagai satu budaya atau amalanpenting, (6) menjelaskan peranan guru, ibu bapa atau penjaga serta murid dan, (7)mewujudkan satu rangkaian perkongsian maklumat setempat.
  • M u k a S u r a t | 167Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANMMI ialah salah satu langkah ke arah meningkatkan mutu PdP di sekolah bagimembolehkan murid mendapat pendidikan yang maksimum, bermutu, danberkualiti.MMI merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksionaldalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Komponen iniperlu diberi perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilanpembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif,dan inovatif.Dalam melaksanakan proses PdP di sekolah, para guru menghadapipelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembaziran waktu yang bolehmengurangkan proses instruksional di kelas. Antara aktiviti yang membazirwaktu yang mungkin berlaku di sesebuah sekolah adalah seperti yang berikut: gangguan daripada pembesar suara di sekolah semasa PdP, aktiviti sukan dan sukantara semasa waktu PdP, aktiviti kokurikulum dan koakademik semasa PdP, waktu PdP kerap terganggu dengan kehadiran murid lewat ke dalamkelas atau keluar masuk kelas semasa PdP, ada ketika guru atau pelajar dipanggil ke pejabat semasa PdP, susun atur dalam kelas sendiri boleh mendatangkan gangguan. Apabilaguru masuk mengajar, guru mengambil masa untuk mewujudkansuasana pembelajaran yang kondusif untuk pembelajaran denganmemastikan kelas bersih, teratur dan murid bersedia menerimapengajaran serta bersedia untuk belajar, sikap guru dalam kelas sendiri boleh mengganggu tumpuan murid untukbelajar,
  • M u k a S u r a t | 168Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar prasarana dan kemudahan sekolah yang boleh mengganggu sepertiterputusnya bekalan elektrik di dalam kelas ketika guru menggunakanperalatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dan faktor luar kawalan seperti guru bercuti rehat, guru mengalamikecemasan dan gangguan masalah peribadi.Pengetua yang berkesan memahami bahawa kunci untuk menambahbaik keberkesanan sekolah bukan terletak kepada kemahiran guru dalamprosedur, pekeliling dan peraturan-peraturan tetapi keberkesanannyamenguruskan masa yang diperuntukkan untuk PdP murid (Blasé dan Kirby,2000). Dengan kata lain, melindungi masa instruksional menjadi salah satufaktor yang dapat meningkatkan keberkesanan sekolah.Sementara itu, Hallinger dan Murphy, (1985) mencadangkan perkaraberikut:“Protecting instuctional time: Policies and enforcementpractices that reduce tardiness, absenteeism, and truancy toincrease learning time for students. Principal can also increasestudent opportunities to learn by protecting classroominstructional time from interruptions due to public addressannoucements, by working with teachers to develop moreeffective classroom management and instructional practices, andby reducing the number of non-instructional school activities thatenroach on classroom time.”(Hallinger & Murphy, 1985)
  • M u k a S u r a t | 169Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPERNYATAAN MASALAH.Keberadaan guru di sekolah kini menjadi satu isu yang sering dibincangkanoleh pihak di KPM dan dalam kalangan masyarakat yang prihatin tentangperkembangan pendidikan di negara kita. Kajian rambang dan data yangdipungut oleh pentadbir sekolah sama ada data input, data proses, data outcomedan data satisfaction menunjukkan guru-guru sering menghabiskan waktudengan kerja-kerja yang tidak penting seperti kerja perkeranian. Sebagaicontoh, guru diminta memberikan maklumat yang kurang relevan kepada pihakatasan seperti Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri(JPN). Maklumat seperti biodata guru setiap mata pelajaran sering diminta olehPPD dan JPN setiap tahun boleh menambahkan tugas-tugas perkeranianseseorang guru. Sektor ICT di JPN atau PPD perlu mewujudkan satu pangkalandata bagi memantau perpindahan guru melalui e-GTukar atau mendapatkanmaklumat dari EMIS online.Walaupun berbagai-bagai maklumat diminta oleh kedua-dua pihaktersebut, guru-guru dan pentadbir di sekolah tidak mengetahui atau dijelaskanapakah kewajarannya. Hal ini disebabkan tiada maklum balas daripada kedua-dua pihak dibincangkan sama ada dalam mesyuarat-mesyuarat, taklimat-taklimat mahupun ketika sesi refleksi bersama pengetua-pengetua. Oleh sebabitu, guru dan pentadbir sekolah melahirkan persepsi bahawa tugas memberikanmaklumat ini boleh mengganggu persediaan guru untuk melaksanakan programkecemerlangan akademik murid.Dalam MMI, terdapat pelbagai strategi yang boleh digunakan. Dalamkonteks Sekolah Menengah di Negeri Sembilan, SMK Pasoh 2 dan SMKSenawang 3 dikenal pasti berupaya MMI melalui beberapa strategi sepertiyang dapat dilihat melalui Rajah 1.
  • M u k a S u r a t | 170Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarRajah 1: Dimensi pengurusan instruksional pengetua (Hallinger danMurphy, 1985)Menurut Hallinger dan Murphy (1985), terdapat tiga dimensipengurusan instruksional pengetua iaitu mendefinisikan misi sekolah,menguruskan program instruksional, dan membangunkan program iklimpembelajaran sekolah. Dalam Rajah 1, dapat diperhatikan bahawapembangunan program iklim pembelajaran sekolah mempunyai lima fungsiiaitu Melindungi Masa Instruksional, menyediakan insentif kepada guru-guru,menyediakan insentif pembelajaran, menggalakkan perkembangan profesional,dan mengekalkan keberadaan. Antara strategi yang boleh dilaksanakan:1. Strategi pertama ialah mengurangkan gangguan-gangguan kepada masapengajaran guru seperti keperluan menyediakan data-data yang diperlukanoleh PPD dan JPN. Guru-guru juga perlu menyediakan kertas kerja untukmendapatkan kelulusan menggunakan peruntukan per kapita matapelajaran dan sebagainya. Di SMK Pasoh 2 dan SMK Senawang 3, guru-guru dibantu oleh pengetua untuk meningkatkan kemahiran ICT merekadengan memberikan pengetahuan dan kemahiran seperti menulis kertas
  • M u k a S u r a t | 171Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarkerja, dan membuat belanjawan, dan kemahiran memuat turun kertas-kertas kerja.Guru-guru yang berasa tertekan atas pengarahan tugas yang dianggapmembebankan menjadi sangat responsif kepada usaha pengetua untukmembantu mengurangkan beban tugas tersebut. Dengan itu merekamudah menerima pembaharuan yang dapat meringankan tugas-tugasmenyediakan kertas kerja dan pengumpulan serta penyaluran maklumat.Walaupun pengetua tidak berupaya mengurangkan tugas menyediakankertas kerja, dan sebagainya, namun perhatian dan keprihatinan pengetuaamatlah dihargai oleh guru-guru.2. Strategi kedua yang digunakan ialah menyediakan maklumat awal yangdimasukkan ke dalam fail-fail berkaitan. Misalnya, maklumat guruopsyen Geografi disediakan pada hujung tahun selepas mesyuarat gurupertama sesi tahun depan yang dibuat pada tahun semasa. Maklumat-maklumat lain yang menjadi rutin dan yang dijangka akan diminta olehpihak atasan disediakan lebih awal supaya dapat MMI di kelas. Kaedahini didapati mampu mengurangkan tugas perkeranian guru danmenyumbang kepada MMI. Dalam konteks SMK Pasoh 2, setiap guruakan dibekalkan dengan pelbagai maklumat seperti kertas kerja, laporanaktiviti, modul-modul pembelajaran, surat-surat pekeliling, danpenggunaan geran per kapita mata pelajaran yang dimuatkan dalam satuCD sebagai rujukan ketika mesyuarat guru pertama.3. Strategi ketiga yang digunakan adalah dengan menyediakan BorangPembelajaran Kendiri (merujuk Lampiran 1). Borang ini akan diisi olehguru-guru yang akan meninggalkan sekolah kerana bertugas di luarsekolah. Program ini berteraskan bahawa guru mesti berada di dalam bilikdarjah dan berfungsi dengan sewajarnya bagi memastikan pendidikanberkualiti disediakan untuk murid.
  • M u k a S u r a t | 172Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarDalam borang tersebut, guru akan memaklumkan apakah tugasan yangdiberi kepada muridnya ketika beliau berada di luar kawasan. Guru gantiyang masuk ke kelas akan memantau murid melakukan aktiviti sepertiyang dirancang oleh guru mereka sebelum bertugas di luar. Oleh sebab ituwaktu ganti dapat digunakan dengan aktiviti yang berfaedah menjuruskepada keberhasilan murid dalam pelajaran.4. Strategi keempat yang digunakan ialah mengadakan mesyuarat danlatihan dalam perkhidmatan (LDP) di luar waktu PdP. Bilanganmesyuarat yang ditetapkan di sekolah berdasarkan surat PekelilingIkhtisas dan Surat Pekeliling Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh KPMdan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk Surat PekelilingKewangan. Mesyuarat-mesyuarat lain perlu dibuat dalam waktu rehatmurid supaya tujuan utama mesyuarat iaitu membuat keputusan dapatdicapai. Permasalahan-permasalahan kecil yang timbul dalam pengurusankurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, dan pengurusan dibincangkanterus dalam masa senggang guru.5. Strategi kelima yang digunakan ialah menjadikan headcount sebagai satuamalan penting ke arah kecemerlangan murid. Setiap guru mata pelajarandikehendaki menyediakan nilai-nilai yang berkaitan dengan headcountiaitu Take-Off Value (TOV), Operational Target Increase (OTI), danExpected Target Result (ETR). Pemantauan dibuat dengan memeriksahalaman Headcount Prestasi Akademik Murid di dalam Buku RekodPengajaran dan Pembelajaran Guru. Headcount juga dijadikan satuagenda yang mesti dibincangkan dalam mesyuarat panitia mata pelajaran.Bagi memastikan murid sentiasa ada di sekolah untuk menerimapengajaran guru dan memaksimumkan pembelajarannya, biasanya setiap
  • M u k a S u r a t | 173Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarsekolah mempunyai buku rekod kehadiran murid di dalam kelas sepertiditunjukkan dalam Lampiran 2.6. Strategi keenam yang digunakan ialah menjelaskan peranan masing-masing iaitu peranan guru, peranan murid, dan peranan ibu bapa ataupenjaga. Guru-guru dijelaskan peranan masing-masing melaluimesyuarat-mesyuarat dan taklimat di sekolah, murid-murid dijelaskanperanan masing-masing melalui perjumpaan-perjumpaan dalam kelompokkecil misalnya dalam aktiviti kokurikulum dan semasa perhimpunanrasmi sekolah. Manakala peranan ibu bapa atau penjaga dijelaskan olehpengetua dan pihak pengurusan sekolah melalui mesyuarat Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG), mesyuarat agung PIBG, dan pertemuan-pertemuan tiga penjuru yang diaturkan oleh pihak sekolah.Peranan murid di sekolah adalah untuk menimba sebanyak mungkin ilmuyang dicurahkan oleh guru, bertanya guru sebarang kemusykilan dalampembelajaran sehingga menjadi faham dan menghayati setiap topik yangdiajar guru. Bagi meningkatkan pencapaian murid di dalam bidangakademik, murid dinasihatkan dan digalakkan agar sentiasa:a) hadir ke sekolah dengan kelengkapan yang mencukupi sepertipensel, pen, buku latihan, buku teks serta buku,b) hadir ke kelas tepat pada masanya,c) bersedia untuk belajar dan menerima pengajaran guru sebaik sahajaloceng dibunyikan,d) hadir ke kelas dengan kerja rumah yang telah disiapkan,e) berpindah ke aktiviti lain dalam kelas dengan cepat dan senyap, danf) mematuhi peraturan-peraturan bilik darjah.Peranan ibu bapa atau penjaga ialah memberikan sokongan kepadapembelajaran murid di samping mengetahui jangkaan dan harapan guru
  • M u k a S u r a t | 174Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarserta sekolah terhadap anak mereka. Ibu bapa atau penjaga bolehmembantu dari segi:a) memastikan anak atau anak jagaan mereka menyiapkan tugasankerja rumah yang diberikan oleh guru,b) menghantar anak ke sekolah,c) memastikan anak berada di dalam kawasan sekolah, dand) menghubungi guru-guru mata pelajaran dari semasa ke semasa.7. Strategi ketujuh yang digunakan ialah mewujudkan satu rangkaiansetempat perkongsian maklumat. Di SMK Senawang 3, perkongsianmaklumat dibuat dengan menubuhkan Pusat Repositori Maya atau VirtualRepository Centre (VRC). Pusat ini merupakan satu peti mel yang dibukadengan akaun gmail iaitu senawang3@gmail.com. Penggunaan aplikasiGoogle Apps dirancang akan digunakan sepenuhnya pada tahun 2013.Rajah 2: Pusat Repositori Maya SMK Senawang 3
  • M u k a S u r a t | 175Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarAntara maklumat yang dikongsikan ialah kertas-kertas kerja, bahan-bahanyang diperoleh daripada penyertaan guru dan pentadbir serta stafsokongan dalam pelbagai kursus, seminar, taklimat dan mesyuarat.Modul-modul pembelajaran yang disediakan oleh guru-guru juga turutdikongsikan secara maya dalam kalangan warga sekolah. Pusat RepositoriMaya didapati sesuai dengan keadaan fizikal sekolah kerana sekolah tidakmempunyai bilik tetap disebabkan masih menumpang di SMK Senawang.Perkongsian maklumat secara maya juga dapat menjimatkan tugas guruuntuk mendapatkan maklumat dan secara tidak langsung dapat MMI.CADANGANKajian menunjukkan terdapat perkaitan yang jelas antara kualiti masainstruksional dan prestasi akademik murid (Baker et al. 2004). Sepanjang tahunpersekolahan masa instuksional yang signifikan didapati hilang akibat aktiviti-aktiviti bukan instruksional dan gangguan-gangguan dalam pengajaran.Terdapat beberapa gangguan dalam pengajaran yang di luar kawalanguru tetapi boleh dikurangkan oleh PPD dan JPN. Aktiviti-aktiviti kokurikulumdan koakademik jika dirancang secara bersepadu dan teliti dapat mengurangkangangguan-gangguan luar kawalan guru ini.Sebagai kesimpulan, guru hendaklah menggunakan sepenuhnya masayang diperuntukkan dalam pengajaran di kelas kerana terdapat korelasi yangtinggi antara masa yang digunakan di sekolah dengan pembelajaran murid.Oleh sebab itu, seseorang guru perlu bertanggungjawab menguruskan masainstruksional. Sebagai pemimpin, guru perlula sentiasa sentiasa memantau danmengetahui perjalanan proses PdP secara maksimum dan semua pihak pekaatas tugasan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
  • M u k a S u r a t | 176Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarRujukanBaker, D. P., Fabrega, R., Galindo, C., & Mishook, J. (2004). Instructional timeand national achievement: Cross-national evidence. Prospects 34(3),311–334.Hallinger, P., & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional leadershipbehavior of principals. Elementary School Journal, 86(2), 217-248.Joseph Blase, Peggy C. Kirby. (2000). Bringing out the best in teachers. Whateffective principals do. California: Irwin Press Inc.
  • M u k a S u r a t | 177Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 1Borang Kehadiran MuridBuku Rekod Pemantauan Guru danMuridTarikh: ....................... Hari : ................. Bil. Murid Hadir : ........../.........Bil.WaktuPdPMataPelajaranNamaGuruBil.MuridMasaGuruMasukMasaGuruKeluarT.T.GuruCatatanMasalahMurid1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.Senarai Murid Tidak HadirBil. Nama Murid Catatan Bil. Nama Murid Catatan1. 5.2. 6.3. 7.4. 8.Tindakan oleh Pengetua/GPK Pentadbiran/GPK HEM/Guru Disiplin.............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................Disemak oleh :........................................... ............................................Pengetua, SMK Senawang 3
  • M u k a S u r a t | 178Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL ( MMI ) : GURUBERCUTI DAN TIDAK HADIR KE SEKOLAH, CARAMENANGANI DAN PENYELESAIANNYAolehDR. HAJAH ROSNANAINI BINTI HAJI SULAIMANSMK Malim, Melaka.AbstrakKecemerlangan sesebuah sekolah sering dikaitkan dengan kualiti peneraju utamanya,iaitu Pengetua dan pencapaian murid dalam pembelajarannya. Walau bagaimanapun,pelbagai halangan perlu ditempuhi oleh pentadbir sekolah dan guru dalam mencapaikualiti yang diharapkan khususnya dalam memaksimumkan penggunaan masapembelajaran murid di dalam bilik darjah. Kertas kerja ini bertujuan untukmembincangkan faktor-faktor yang menyebabkan MMI tidak dapat dilaksanakandengan berkesan di SMK Malim dan strategi penyelesaiannya. Faktor yangdimaksudkan ialah ketiadaan guru, iaitu guru perempuan di sekolah kerana cutibersalin, guru mengambil cuti rehat khas, cuti sakit berpanjangan, dan menjalankantugas di luar sekolah sama ada di Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan PelajaranMelaka, Bahagian Teknologi Pendidikan dan Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Pelbagai cara penyelesaian telah diamalkan, tetapi secara khusus pihaksekolah telah melaksanakan ganti secara tetap, jual-beli guru ganti, pembinaan danpenyediaan modul dan bahan relief, pengisian program oleh guru bimbingan dankaunseling, pengwujudan jawatankuasa MMI, dan pelaksanaan program bicarahikmah berbentuk motivasi dan kesedaran kendiri yang dilaksanakan secara berkalakepada semua guru, murid, PIBG dan pentadbir sekolah. Paling penting, KPM perlumembekalkan guru ganti secara tekal dan berterusan kepada sekolah yangmemerlukannya. Usaha melindungi masa instruksional atau pembelajaran murid iniakan berjaya sepenuhnya jika kesemua program yang dirangka telah dilaksanakandengan ikhlas, bersungguh-sungguh, berkolaborasi dan berterusan. Jelasnya, Pengetuaperlu memahami dan mengaplikasikan kepimpinan instruksional di samping GuruPenolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran memantau program sokongan MMI.Guru pula perlulah memahami tugas mereka secara mendalam dengan menganggapkerja sebagai ibadah dan murid sentiasa bermotivasi tinggi serta jelas tentang arah danhala tuju masa depan masing-masing. PIBG sentiasa memberikan sokongan danbantuan kepada pihak sekolah seperti bantuan kewangan, sokongan moral, khidmatnasihat dan sebagainya.
  • M u k a S u r a t | 179Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANSetiap hari manusia dikurniakan jumlah masa yang sama, iaitu 24 jam, tidaklebih dan tidak kurang. Masa ialah sumber yang unik kurniaan Ilahi yang tidakdapat dikumpul malah tidak dapat ditukar ganti dengan sebarang bentuk hartayang lain . Menurut Albert E.N. Gray dalam eseinya "The CommonDenominator of Success" kejayaan yang dicapai oleh manusia tidak hanyadisebabkan mereka bekerja kuat, bernasib baik atau hebat dalam mengaturhubungan sesama manusia meskipun semua faktor berkenaan adalah penting.Beliau menegaskan lagi bahawa, "Orang yang berjaya mempunyai amalanmembuat perkara yang mana orang gagal tidak suka melakukan." (TaidinSuhaimin, 2012).Faktor utama yang mendorong kejayaan manusia dalam kehidupanseharian ialah sentiasa mengutamakan amalan keberkesanan. Mereka sentiasamenggunakan fikiran dan tenaga untuk perkara-perkara paling utama, palingberfaedah serta fokus kerja yang memberikan pulangan maksimum.Bersesuaian prinsip 20/80 yang diperkenalkan oleh Vilfredo Pareto didapatimenyokong teori pengurusan masa berkesan. Menurut prinsip Pareto, untukmencapai keberkesanan pada kadar (optimum) sekitar 80% setiap hari,minggu, bulan, tahun atau dalam seumur hayat manusia, kita hendaklahmenumpukan perhatian umum perkara atau tugasan yang paling pentingdahulu. Misalnya, jika kita mempunyai 10 senarai tugasan atau kerja pada hariini dan dapat menyelesaikan dua tugasan yang paling penting atau paling tinggipulangannya, pencapaian atau keberkesanan kita pada hari tersebut adalah padatahap 80%.Oleh itu, untuk merealisasikan matlamat pendidikan negara kita secaraholistik seperti yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013 – 2025, maka pengurusan masa PdP yang berkesan di sekolah
  • M u k a S u r a t | 180Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarperlu dititikberatkan secara serius agar kita dapat berdiri sama tinggi danduduk sama rendah dengan sistem pendidikan yang bertaraf dunia.PERNYATAAN MASALAHPerhatian serius terhadap masa instruksional murid dapat meningkatkankuantiti dan kualiti keberhasilan pembelajaran murid. Isu ketiadaan guru disekolah merupakan antara masalah utama yang dialami oleh kebanyakansekolah kerana pelbagai komitmen perlu dihadapi oleh guru-guru berkenaan.Walaupun setiap sekolah disalurkan bilangan guru terhak yang mencukupinamun secara realitinya permasalahan ketiadaan guru di sekolah seringdihadapi oleh Pengetua. Sebagai contoh penulisan ini akan memberikan fokuskepada kes-kes yang berlaku di SMK Malim, Melaka.Dari segi latar belakang, sekolah ini terletak dalam daerah MelakaTengah, iaitu dalam kawalan Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah. Padatahun 2012, bilangan guru sekolah ini seramai 108 orang, iaitu 20 orang gurulelaki dan 88 orang wanita. Manakala bilangan murid pula seramai 1700 orang.Jadual 1 di bawah menunjukkan maklumat guru SMK Malim mengikut umurpada tahun 2012.Jadual 1 : Maklumat Bilangan Guru SMK Malim Pada Tahun 2012BIL PENERANGANJANTINAL P1. Guru berumur 31 tahun ke 25 tahun 2 232. Guru berumur 32 tahun – 40 tahun 6 413. Guru berumur 41 tahun ke atas 12 24Jumlah 20 88Jumlah Besar 108
  • M u k a S u r a t | 181Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarBerdasarkan data di atas, jelas menunjukkan bahawa bilangan guruwanita lebih ramai berbanding guru lelaki dan dalam kalangan guru wanita pulasebanyak 64 orang (59%) adalah guru yang berumur dalam lingkungan 25tahun ke 40 tahun. Oleh sebab guru wanita ini dalam kategori guru yangproduktif melahirkan anak, maka mereka akan mengambil cuti bersalinberdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 4/2010 dan PekelilingPerkhidmatan Awam Bilangan 15/2007 seperti berikut:“Seseorang pegawai wanita yang bersalin layakmendapat cuti bergaji penuh sebanyak 300 hari sepanjangtempoh perkhidmatannya. Pegawai diberi fleksibiliti untukmenentukan sendiri tempoh cuti bersalin antara 60 harisehingga 90 hari bagi setiap kelahiran. Walau bagaimanapunpegawai boleh memilih untuk menggunakan cuti bersalin lebihawal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalamtempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin” ( PPA bilangan14/2010 ).“Kemudahan cuti menjaga anak adalah bertujuanmembolehkan pegawai wanita menjaga dan menyusukanbayinya. Pegawai wanita yang melahirkan anak bolehdipertimbangkan kemudahan cuti menjaga anak oleh ketuajabatannya sehingga 1,825 hari ( 5 tahun) sepanjang tempohperkhimatan berdasarkan syarat seperti berikut : i. Kemudahancuti menjaga anak adalah cuti tanpa gaji, ii. Tempohkeseluruhan kemudahan cuti menjaga anak tidak melebihi1825 hari (5 tahun)., iii. Kemudahan ini boleh diambilsekaligus atau sebahagian daripadanya( PPA bilangan 1/ 2007.)
  • M u k a S u r a t | 182Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarBerikut dipaparkan data guru wanita SMK Malim yang mengambil cutibersalin pada tahun 2012 seperti jadual 2 di bawah :Jadual 2 : Senarai nama guru bersalin tahun 2012 dan tempoh merekabersalin dan bilangan hari yang diambil.BIL NAMA GURUTEMPOH CUTIBERSALINHARI1. Guru A12.06.2012 –09.09.2012902. Guru B02.04.2012 –30.06.2012903. Guru C28.09.2012 –26.12.2012904. Guru D11.09.2012 –09.11.2012605. Guru E12.09.2012 –10.11.2012606. Guru F04.04.2012 –02.07.2012907. Guru G12.04.2012 –10.07.2012908. Guru H23.07.2012 –20.10.2012909. Guru I21.06.2012 –18.09.20129010. Guru J12.10.2012 –09.01.201390Berdasarkan Jadual 2 di atas, menunjukkan terdapat seramai 10 orangguru wanita SMK Malim telah mengambil cuti bersalin sepanjang tahun 2012.Sebanyak 8 orang guru (80%) dalam kalangan mereka yang bersalinmengambil cuti maksimum sebanyak 90 hari dan 2 orang guru sahaja (20%)
  • M u k a S u r a t | 183Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmengambil cuti sebanyak 60 hari. Dua orang guru dalam kalangan merekatelah menyambung cuti iaitu dengan mengambil cuti tanpa gaji menjaga anakselama 90 hari. Kesemua guru telah mengambil cuti bersalin lebih awal iaitu 14hari daripada tarikh dijangka bersalin. Hal ini sudah tentu menjejaskan masainstruksional murid kerana tiada guru ganti yang mengambil masa instruksionalyang ditinggalkan oleh guru.Di sebalik guru mengambil cuti bersalin yang sememangnya telahdimaklumi oleh Pengetua, kes-kes cuti seperti cuti rehat khas, guru menghadirikursus dan bertugas di luar sekolah juga merupakan cabaran untuk menanganimasa instruksional murid. Ketiadaan guru ini walaupun bukan dalam tempohjangka yang panjang telah memberikan impak negatif tentang pelaksanaan PdPmurid di dalam kelas. Apatah lagi jika ada dalam kalangan guru yangmengambil cuti sakit atau cuti rehat khas secara tergempar kerana hal-hal yangtidak dapat dielakkan. Berdasarkan semakan fail cuti sakit guru SMK Malim,didapati seramai 10 orang guru yang dikategorikan kerap mengambil cuti sakitsehingga 40 hari setahun sama ada secara berkala atau secara berpanjangan.Hal ini tentu menjejaskan masa instruksional murid.CADANGAN TINDAKAN/ PENYELESAIAN MASALAHBagi menangani isu yang dibincangkan di atas pihak sekolah telah berusahamelaksanakan beberapa program bagi MMI seperti berikut:1. Pertama : Pelaksanaan guru ganti tetap dan amalan konsep jual belikelas ganti.Ketiadaan guru di dalam kelas kerana cuti bersalin dan sakit yangberpanjangan, telah diatasi oleh pihak sekolah dengan melaksanakan
  • M u k a S u r a t | 184Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarguru ganti tetap. Guru Ganti tetap bermaksud seseorang guru yang beradadi sekolah akan diberi tugas tambahan bagi menggantikan kelas guruyang bersalin. Guru yang mengambil kelas gantian tetap ini perlumengenal pasti kesesuaiannya bagi melaksanakan PdP dalam kelas guruyang bercuti. Sekurang-kurangnya mereka dalam panitia yang sama atauopsyen yang hampir sama. Strategi pelaksanaan gantian tetap ini perludirancang lebih awal, teliti dan berhemah. Pihak pentadbir perlumengumpulkan data guru yang akan bercuti lebih awal khususnya guruwanita yang akan bersalin atau bercuti tanpa gaji. Misalnya, senarai namaguru yang bersalin dan tempoh cuti yang akan diambil oleh mereka padatahun 2013 akan direkod pada bulan November tahun 2012. Dengan itu,pihak sekolah dapat merancang program bagi mengisi masainstruksional dengan baik dan bersistematik.Jadual 3 di bawah ialah rekod guru yang akan bersalin pada tahun2013, tempoh bersalin dan mata pelajaran yang diajar di SMK Malim.Jadual 3: Senarai nama guru yang akan bersalin tahun 2013, matapelajaran yang diajar dan tarikh jangkaan bersalin.Bil Nama Guru Mata PelajaranTarikh JangkaanBersalin1. Guru L Pendidikan Seni Visual April2. Guru M Bahasa Inggeris Januari3. Guru N Pendidikan Islam Mei4. Guru O Sejarah / Kimia Februari5. Guru P Sains / Biologi Mei6. Guru Q Biologi / Sains Januari7. Guru R Sains Jun8. Guru S Sains Jun9. Guru T Kemahiran hidup Mei10. Guru U Pendidikan Khas Jun
  • M u k a S u r a t | 185Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarSelain itu, satu alternatif lain yang turut dilaksanakan ialah pelaksanaankonsep gantian melalui kaedah jual beli. Melalui kaedah ini guru yangingin bercuti atas sebab-sebab tertentu perlu mencari guru penggantisendiri. Guru berkenaan perlu mencari guru yang sanggup menggantikanwaktunya menerusi persefahaman yang dicapai antara kedua belah pihak.Kaedah ini pada asalnya rumit untuk dilaksanakan namun lama-kelamaania semakin diterima kerana cara ini meletakkan persefahaman sebagaiasas pemberian dan penerimaan gantian antara pihak yang terlibat.Sekiranya guru yang ingin bercuti tadi mendapat guru pengganti maka iaperlu dimaklumkan kepada pentadbir bagi tujuan rekod semasa.2. Kedua : Penyediaan bahan atau modul guru gantiPenyediaan modul guru ganti yang dibangunkan oleh ketua panitiabersama barisan guru cemerlang juga merupakan suatu alternatif yangtelah dilaksanakan. Bahan-bahan modul berkenaan diletakkan dalam bilikBahan Bantu Mengajar (BBM) berdekatan dengan bilik guru untukmemudahkan semua guru mengambil dan membawanya ke dalam kelasganti. Guru-guru diberi kebebasan sama ada ingin membawa bahan yangsesuai dengan bidangnya atau membawa bahan mengikut guru matapelajaran yang diganti. Setiap bahan yang telah siap dilakukan oleh paramurid hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran sebenar untukdibuat semakan.Pelaksanaan kaedah ini didapati telah membantu guru-guru melaksanakanproses PdP termasuklah pelaksanaan PBS bagi murid-murid tingkatanSatu. Panitia Pendidikan Islam sebagai contohnya telah menyediakanbahan-bahan PdP berfokus kepada bidang ibadah, tilawah, dan akidahuntuk diuji bagi kelas-kelas yang diganti. Setiap guru agama yangmenerima kelas ganti akan membawa bersama fail dan modul untukdilaksanakan di kelas-kelas berkenaan. Kaedah yang dilaksanakan ini
  • M u k a S u r a t | 186Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarterbukti telah membantu guru-guru melaksanakan proses PdP denganlebih baik dan berkesan.3. Ketiga : Program Bicara HikmahPenerapan elemen motivasi dan kesedaran kendiri telah dijalankanmelalui program Bicara Hikmah. Antara pengisiannya ialah mengenaipengurusan masa yang berkesan dan konsep kerja sebagai ibadah. Merekajuga akan diberi motivasi dan kesedaran kendiri oleh pasukan pentadbirkhususnya mengenai pengurusan masa yang berkesan. Sesungguhnyadalam kalangan ahli profesional termasuk guru telah berusahamenguruskan masa mereka dengan baik, malangnya hanya segelintirdaripada mereka sahaja yang berjaya mencapai matlamat yang dirangka.Pengurusan masa yang berkesan memerlukan lebih daripada apa yangterdapat dalam senarai tindakan dan azam yang kuat bukan sekadarbangun daripada tidur dan berjanji kepada diri sendiri, "hari ini saya akanmenguruskan masa dengan baik.".Dalam menguruskan masa instruksional, guru yang akan cuti bersalin inidiingatkan tentang kepentingan menguruskan masa instruksional,pertama, memahami nilai masa dan bagaimana masa dihabiskan. Kedua,memahami kemahiran penggunaan masa dan ketiga, mengamalkanpenggunaan alat dan kemahiran pengurusan. Dalam hal ini MMImerupakan salah satu pendekatan yang wajar dijadikan amalan bagimeningkatkan kualiti penggunaan masa secara optimum dalampengurusan dan pentadbiran sekolah. Program Bicara Hikmah bukansahaja dilaksanakan kepada guru, tetapi juga kepada murid pada setiappagi Jumaat secara berjadual. Selain bacaan Surah Yasin, guru murid danwarga sekolah yang berkesempatan akan membaca zikir munajat, asmaulhusna dan pengertiannya. Guru-guru dan staf sokongan pula akanmengikuti tazkirah sebulan sekali pada waktu yang telah dijadualkan.
  • M u k a S u r a t | 187Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarTrademark sekolah turut diperkenalkan dalam setiap acara mahupunmajlis yang dianjurkan di sekolah sebagai langkah menanam sikap yangpositif dalam kalangan murid SMK Malim. Trademark sekolah juga akandilaungkan oleh guru sebelum PdP dimulakan bagi mengawal disiplin danmotivasi murid di dalam bilik darjah. Selain itu, tanpa mengira sebarangprogram, setiap pengisian majlis di sekolah akan diselitkan denganlaungan Trademark seperti berikut:WARGA MALIM ... BerwawasanKETERAMPILANNYA ... HebatBERDIRINYA/DUDUKNYA ... SediaANAK YANG BAIK ... Mendengar kataFOKUS ... BolehBUDAYA ... SenyapPenerapan elemen motivasi dan kesedaran intrinsik dilakukan secaraberterusan termasuklah menerusi slot suntikan motivasi bersamakaunselor selain ceramah-ceramah agama dalam program sambutan harikebesaran Islam. Pola pemikiran dan tindakan negatif yang wujud dalamdiri warga sekolah perlu diubah menerusi pendekatan humanistik. Kes-kesseperti guru datang lewat dengan sengaja, cuti diambil sewenang-wenangnya serta tidak masuk ke kelas, selain masalah yang berterusanditimbulkan oleh para murid perlu ditangani secara bijaksana. Justeru,usaha yang dilakukan ini merupakan satu pelan jangka panjang yangdiharapkan dapat mengubah persepsi dan sikap negatif dalam kalanganguru dan murid mengenai cara berfikir, cara bertindak termasuklahdaripada aspek pengurusan masa kerja dan belajar yang efisien.
  • M u k a S u r a t | 188Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar4. Keempat : Mewujudkan jawatankuasa MMI SekolahSatu jawatankuasa MMI diwujudkan sebagai strategi untuk menjelaskankepentingan mengisi masa instruksional kepada semua warga SMKMalim. Organisasi yang diketuai Pengetua, diikuti Guru Penolong Kanandan Guru Kanan Mata Pelajaran, ketua-ketua panitia dan termasuk empatorang Guru Cemerlang yang bertindak selaku penyusun modul dan bahanPdP. Tanggungjawab utama organisasi MMI ini ialah menyusun programMMI selari dengan matlamat pihak sekolah untuk memanfaatkan masaPdP sepenuhnya di dalam bilik darjah khususnya semasa guru menerimatanggungjawab sebagai guru ganti.Selain merangka dan menyusun atur modul PdP, kumpulan jawatankuasakerja ini perlu mengatur selia bahan-bahan lain yang diserahkan olehguru-guru untuk direkod dan dikemas kini penggunaannya di dalam bilikdarjah. Semua bahan dan modul yang diterima akan dikumpul di dalambilik khas bagi memudahkan guru-guru mengambil dan membawa masukke dalam kelas ganti masing-masing. Setiap penggunaan bahan akandirekod untuk menilai tahap penggunaan serta keberkesanan programyang dirancang. Ahli jawatankuasa ini juga dijadikan rujukan oleh setiapguru yang ingin menggunakan modul dan bahan yang disediakan.Penilaian dan maklum balas yang diterima daripada kalangan rakansejawat akan dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan sekolahterutamanya dari segi keberkesanan pelaksanaannya. Kesediaan gurumenjayakan program dengan penggunaan modul di dalam kelas gantibukan hanya telah mengoptimumkan penggunaan masa dengan slot PdP,bahkan mengubah persepsi murid yang selama ini beranggapan bahawawaktu kelas ganti ialah waktu untuk bersembang kosong atau santai.
  • M u k a S u r a t | 189Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarCADANGANAntara cadangan untuk MMI di peringkat sekolah adalah seperti yang berikut:1. Kementerian Pelajaran Malaysia perlu peka dengan keperluanGuru Ganti di sekolah. Bagi mengisi masa instruksional yang terjejaskerana guru bercuti, bekalan guru ganti tidak boleh terputus malah perluberterusan berdasarkan permohonan Pengetua. Walaupun kehadiranguru ganti tidak mungkin dapat mencapai matlamat atau objektif PdPsecara seratus peratus, tetapi sedikit sebanyak masa instruksional muridakan terisi di samping masalah disiplin murid dapat dikawal. Penyediaanbahan atau modul untuk kegunaan guru ganti membolehkannya mengisimasa instruksional murid dengan berkesan.2. Penyediaan Modul dan Bahan Berkualiti untuk guru ganti yangdirancang oleh pihak sekolah perlu berkualiti dan sesuai digunakandi kelas ganti. Sikap acuh tidak acuh dan sambil lewa dalammenyediakan modul atau bahan guru ganti ini tidak akan memberikanimpak yang positif kepada pembelajaran murid.3. Menyediakan Jawatankuasa Melindungi Masa Instruksional (MMI)di sekolah. Jawatankuasa ini sangat relevan dengan hasrat untukmemperkasakan tanggungjawab guru dan meningkatkan penghasilanpembelajaran murid. Keberkesanan fungsi jawatankuasa ini perludinilai secara berterusan dan diperkemas lagi setiap tahun. Ahlijawatankuasa ini yang terdiri daripada pentadbir sekolah, Guru KananMata Pelajaran, Guru Cemerlang, dan Ketua Panitia perlu memahamidengan mendalam hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untukmencapai kualiti pendidikan murid secara holistik dan bersepadu darisegi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
  • M u k a S u r a t | 190Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar4. Pengisian program khas oleh Guru Bimbingan dan KaunselingSekolahPeranan Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu diperkasa dandipertingkatkan lagi. Mereka boleh mengisi masa instruksional denganmengadakan program-program bimbingan dan kaunseling sepertikemahiran belajar, prospek kerjaya pada masa depan dan lain-lain. Padamasa tertentu dan sesuai mereka boleh diberi relief tetap untuk mengisimasa instruksional guru cuti bersalin.5. Pelaksanaan Program Bicara Hikmah yang memberikan fokuskepada pembangunan kesedaran kendiri dan meningkatkanmotivasi.Program ini perlu dijalankan dengan konsisten dan bermaklumat.Program ini boleh diberi dengan pelbagai jenama yang sesuai mengikutkeperluan sekolah. Matlamat program ini adalah untuk mengubahparadigma dan cara berfikir guru ke arah lebih kreatif dan inovatif.Antara modul yang boleh digunakan ialah modul perubahan paradigmaguru dan modul tanggungjawab manusia empat dimensi iaitu siapakahdiri kita dari kaca mata Islam.Selain itu guru-guru juga perlu diberi pemahaman yang jelas mengenai konseppenggunaan masa yang berkesan mengikut pandangan Islam. SesungguhnyaIslam amat menggalakkan umatnya mementingkan soal penggunaan danpengurusan masa. Semua perkara yang dilakukan oleh umat Islam berdasarkanmasa dan waktunya. Oleh itu, sebagai organisasi yang bertanggungjawabmenentukan kejayaan visi dan misi negara, pihak sekolah perlu mengisi masainstruksional murid dengan program yang sesuai demi memanfaatkan masaseoptimum yang mungkin. Diharap Program MMI ini berupaya untukmengorak langkah bagi mengelakkan pembaziran masa di dalam kelas. Hal ini
  • M u k a S u r a t | 191Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajardisebabkan PdP di dalam kelas merupakan entiti penting, nukleus utama dancore bussiness yang perlu dilaksana dan dimanfaatkan secara berkesan.RUMUSANSebagai rumusannya dapat disimpulkan bahawa usaha melindungi masainstruksional di sekolah perlu diberi perhatian yang sewajarnya terutamasemasa guru tidak dapat hadir ke sekolah kerana bercuti, berkursus danbertugas di luar sekolah. Usaha ini diharap dapat meningkatkan keberhasilanpembelajaran murid seterusnya merealisasikan visi dan misi sekolah danKementerian Pelajaran Malaysia. Kejayaan yang diharapkan ini memerlukankomitmen dan kolaborasi semua pihak di sekolah. Hal ini bermula denganperanan Pengetua selaku peneraju utama sekolah, perlu memahami danmendalami tugasnya sebagai pemimpin instruksional dan mempraktikkannya.Pentadbir yang lain, guru-guru dan semua warga sekolah sewajarnyamenyokong dan memantau keberkesanan program MMI dengan rapi danberkesan. Guru pula perlu diberi motivasi secara berterusan bagi memahamitugas dan tanggungjawab mereka sebagai pendidik. Manakala murid pula perludiberi suntikan semangat yang tinggi untuk menyedarkan mereka tentangkepentingan masa depan.RujukanAlbert. EN Gray ( 1940 ) The Common Dominator Of Sucsess. National AssociationOf Life Under WritersJames Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah ( 2012 ) Kepimpinan Instruksional; SatuPanduan Praktikal. PTS Profesional PublishingMurphy, J. ( 1990 ) Principal Instruktional Leadership : Changing Perspective OnThe School. Advances in Educational Administration, 1, 163 -200.Martin Manser ( 2010 ) The Management Secret Harper Collins Publisher Ltd
  • M u k a S u r a t | 192Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. ( 2012 ) Laporan Awal,Ringkasan Eksekutif.
  • M u k a S u r a t | 193Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarAMALAN TERBAIK MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONALOlehHAJI KOMARUDIN BIN ABDULLAHSMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, Kelantan Darul NaimAbstrakPerkara utama dalam mengukuhkan kualiti pendidikan dan memastikan pengendalianpengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat berjalan lancar ialah gurumesti masuk kelas dan pengajaran-pembelajaran berkesan. Justeru, guru perlumemainkan peranan utama mewujudkan situasi pembelajaran yang menarik perhatianmurid melalui kepelbagaian pedagogi. Dalam hal ini komitmen dan kerjasama semuaguru amat diperlukan bagi memastikan kecemerlangan akademik murid. Hasil yangpaling bernilai ialah apabila berjaya menghasilkan yang murid mempunyaipencapaian yang cemerlang dalam akademik,bersahsiah mulia dan aktif dalam aktivitikokurikulum. Sumber tenaga guru yang komited, rajin dan berpengalaman yangdimiliki oleh sekolah harus diambil peluang oleh pengurus untuk diguna pakai dalammerancang dan melaksanakan pelbagai program bagi memastikan pencapaian KPI.Sebagai pemimpin sekolah, teras utama ialah memastikan pencapaian akademik terusmeningkat sama ada dari segi peratus kelulusan keseluruhan mahupun gred puratasekolah (GPS).Namun pihak sekolah, tidak dapat mengelak dari isu ‘guru tiada di sekolah’ dan‘guru tidak masuk kelas’ atas sebab-sebab urusan rasmi atau sengaja. Menyedarihakikat inilah maka pelbagai usaha dilakukan bagi melindungi masa instruksional ini.Antaranya ialah program-program yang lebih berfokus ataupun usaha-usaha personelyang diambil oleh pengurus sekolah bagi mengatasi isu yang timbul. Di samping itu,sekolah perlu mengamalkan budaya kerja cemerlang di peringkat pemimpin sekolahbersama-sama dengan guru-guru termasuk kakitangan.
  • M u k a S u r a t | 194Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANMelindungi masa instruksional bermaksud mengurangkan gangguan bagimengelakkan kelas tidak berlangsung seperti yang dirancang. Ia bertujuanuntuk memastikan kualiti masa instruksional yang boleh menjaminpembelajaran bermakna/ berkesan dalam kalangan murid. Kepimpinan puladidefinisikan sebagai proses mempengaruhi orang lain termasuk kakitanganbawahan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti untuk mencapaimatlamat organisasi. Menurut Blasé (1998) kepimpinan instruksional adalahgabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum.Kepimpinan instruksional ialah segala usaha yang dilakukan oleh pemimpinsekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan memperkembangkan prosespengajaran dan pembelajaran dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah(Hussein,1989). Kepimpinan instruksional juga boleh didefinisikan sebagaipemimpin sekolah yang mengambil peduli dan cakna terhadap pengajaran gurudan pembelajaran murid serta perkembangannya dan sentiasa membina iklimpembelajaran yang kondusif di sekolahnya.Sebenarnya melindungi masa instruksional amat penting denganbermatlamat untuk mengurangkan gangguan masa dan memastikan pengajarandan pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan dalam kalanganmurid. Masa instruksional merupakan masa dimana murid mendapatkanpembelajaran yang berkualiti yang telah dirancang oleh guru yang mengajaratau pihak sekolah. Guru sekolah perlu memanfaatkannya secara optimumdengan memastikan kelas berlangsung sama ada dengan kehadiran guru atautanpa kehadiran guru serta memastikan murid belajar secara berkesan.Pengurangan masa instruksional perlu dibendung oleh pihak sekolah bagimemastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan muridmeningkat.
  • M u k a S u r a t | 195Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPERNYATAAN ISU MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL1. Isu Gangguan Masa Instruksional Murid.Ada 3 Penyebab Berlakunya Gangguan Masa Instrulsional:a) Guru Tidak Hadir Ke Sekolah :i. Cuti Sakit (MC)ii. Cuti Rehat Khas (CRK – 7 hari setahun)iii. Cuti Bersaliniv. Keluarga terdekat meninggalv. Isteri bersalinvi. Menghadiri kursus/mesyuarat/seminar/bengkel atausebagainyavii. Menghadiri pelbagai aktiviti kokurikulum(jurulatih,pengiring,pengadil dsb)viii. Jurulatih Utama,penceramahix. Pengawas peperiksaanb) Guru Hadir Tapi Tak Masuk Kelas :i. Terlupa (berbual dikantin,berniaga,bertukar jadual atausebagainya)ii. Melayan tetamu luariii. Mesyuarat dalamaniv. Dipanggil oleh pengetuav. Tak minat mengajar (mengajar bukan subjek opsyen,mengajarkelas akhir,gagalvi. Kawalan kelas semasa mengajar,tak minat jadi guru (bukanpilihan),
  • M u k a S u r a t | 196Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarvii. Tak bersedia,berulang jauh ke sekolah(penat).c) Gangguan Semasa Pengajaran dan Pembelajarani. Pengumuman dari pembesar suaraii. Kelewatan murid masuk kelas (tandas,jumpa kawan/guru/kantin dsb)iii. Keadaan kelas yang tak ceriaiv. Murid dipanggil oleh pentadbir/guruv. Murid terlibat dalam latihan dalam pelbagai pertandingankokurikulum/koakademikvi. Kerusakan peralatan seperti komputervii. Murid kurang bersedia untuk belajar(tak minat subjekberkenaan.viii. PdP guru tidak menarik dan berkesanCADANGAN TINDAKAN PENYELESAIANBerdasarkan isu yang telah dinyatakan, Sekolah Menengah Kebangsaan SultanYahya Petra I telah melaksanakan dua cadangan penyelesian iaitu:1. Program berfokus melindungi masa instruksionalProgram ini bertujuan bagi memastikan setiap isu yang dihadapi dapatdiselesaikan dengan cara terbaik.
  • M u k a S u r a t | 197Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarJadual 1: Program BerfokusBILKATEGORIFAKTORGANGGUANKELOMPOKSTRATEGI :Program berfokusSTRATEGI :Budaya kerjacemerlang1. FAKTORPENGURUSANSEKOLAHGuru Tiada  Dasar PengurusanSekolah Program khasmelindungi masainstruksional,contoh:ojadual guruganti, open booktest, rekodpengesananmurid, guru oncall, boranglaporan kelas,jual beli waktupengajaran School-based CPD Penyelarasanaktiviti KPM Penguatkuasaandan pematuhandasar pengurusansekolah Perluasanprogram / aktivitikhas di sekolah School-basedCPDGangguanFizikalGangguan LuarJangkaGangguanAdhoc2. FAKTORINSTRUKSIONALGURUKualitiPembelajaranMuridKualitiPengajaranGuru Program e-cakna Rondaanpentadbir(Leadership andManagement byWalking Around-L&MBWA) CPD guru School-based CPD Pemantauan danpenilaianpengajaran guruberterusan Guru opsyen Kepimpinaninstruksionalbudayakepimpinanpemimpinsekolah CPD guru School-basedCPD Pemantauan danpenilaianpengajaran guruberterusan Pembudayaanbimbinganinstruksionaldalam kalangankomuniti sekolah Guru opsyen ProfessionalLearningCommunityuntuk CPD guru
  • M u k a S u r a t | 198Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarProgram-program di atas dirancang dan dilaksanakan secara berfokus dankhusus untuk menyelesaikan isu dan permasalahan dalam amalanmenjaga masa instruksional di sekolah ini. Matlamatnya ialah memastikansetiap orang murid sekolah ini mendapat hak mereka untuk menikmatiperuntukan masa persekolahan yang betul dan bermanfaat seperti manayang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam suratpekeliling ikhtisas dan siaran rasmi.Di samping itu, program berfokus seperti e-cakna (pencerapan) danrondaan pentadbir (Leadership and Management by Walking Around)juga membantu pemimpin sekolah memastikan guru mesti berada dalambilik darjah,dan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan denganberkesan. Ini bermakna apabila guru berada dalam kelas, guru mestilahberfungsi sebagai seorang pendidik. Apabila situasi ini berlaku, muridakan dapat menikmati masa 40 hingga 80 minit tersebut dengan penuhkepuasan dari aspek keperluan dan kehendak mereka untuk mendapatkanilmu pengetahuan.2. Budaya kerja cemerlang : Amalan Melindungi Masa InstruksionalPersoalan dan isu yang sering dibangkitkan ialah sejauhmanakahpemimpin sekolah atau Pengetua memberi penekanan dan peruntukanmasa yang banyak kepada kepimpinan instruksional. Dapatan dari pihakJemaah Nazir dan Jaminan Kualiti , JNJK,KPM dan kajian-kajian yangdijalankan di peringkat negeri mendapati bahawa ada kalangan Pengetuakurang memberi perhatian terhadap PdP. Berdasarkan pengalaman,amalan budaya kerja cemerlang pengetua bukan sahaja memerlukanperhatian atau tanggungjawab secara langsung terhadap kepimpinaninstruksional ini, tetapi juga dalam aspek-aspek lain yang berkaitanmisalnya perlu di selitkan atau digabungjalinkan dalam ucapan harian,
  • M u k a S u r a t | 199Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajardoa, aktiviti kokurikulum, program pembangunan disiplin dansebagainya.Proses penggabungjalinan dan penerapan ini penting bagimembolehkan perkara yang dianggapkan sukar seperti mencapaikecemerlangan akademik itu akan menjadi fokus, tanggungjawab danamalan penting oleh semua pihak. Dengan cara ini, pembangunan sekolahmenjadi lebih holistik dan wujudnya budaya kerjasama serta belajardalam suasana yang kondusif sama ada di dalam bilik darjah, luar bilikdarjah atau di rumah.Sebagai pemimpin sekolah, pengetua mesti memberi fokus kepada PdP.Penyelidikan sekolah telah menunjukkan bahawa pengetua sekolah bolehmembawa perubahan yang mendadak terhadap produktivi sekolah.Pengetua melakukannya melalui peranannya sebagai pemimpininstruksional di sekolah. Penekanan terhadap aspek perpaduan kaumterutama semasa proses pengajaran dan pembelajaran amat dititikberatkanoleh pentadbiran sekolah. Pihak kami memastikan penglibatansepenuhnya murid daripada tiga kaum utama di sekolah ini iaitu muridMelayu, Cina dan India.Usaha perlu dibuat bagi memastikan keperluan pengajaran danpembelajaran guru mencukupi dan terkini. Guru-guru digalakkanmelanjutkan pelajaran dan mengikuti pelbagai kursus yang bersesuaiandengan opsyen mereka dalam usaha meningkatkan pencapaian akademikmurid. Bakat yang ada pada guru digunakan sepenuhnya untukmenjalankan tugas dalam membina semangat kerja berpasukan denganmenyediakan peluang-peluang untuk guru berkongsi kepakaran,mengadakan perbincangan dan perjumpaan mengenai urusan kerja dalamsuasana kondusif dan bersahaja. Pengurus sekolah perlu peka terhadap
  • M u k a S u r a t | 200Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarfaktor-faktor yang boleh membantutkan semangat guru seperti bilikdarjah tidak kondusif, kurang kebajikan dan tahap disiplin murid lemah.Pihak sekolah juga perlu menawarkan maklumat kejayaan guru/stafkepada komuniti dan memperbanyakkan surat penghargaan dan ucapanterima kasih kepada guru dan staf. Pendekatan berkomunikasi dengancara terbaik, mesra dan saling menghormati misalnya memberipenghargaan kepada guru/staf semasa mesyuarat atau majlisperhimpunan rasmi sekolah. Kesannya akan melahirkan rasa banggaguru/staf terhadap sekolah, pentadbir, rakan sekerja dan murid.Usaha yang berterusan dalam mengadakan sesi penataran maklumatuntuk semua program sekolah. Menerangkan dengan jelas kepadaguru/staf visi dan misi sekolah dan menjiwainya secara bersama,mengenali setiap guru/staf secara tidak formal dan berkongsi pengalamanpositif secara tidak langsung, bersedia menerima teguran dan penilaianguru/staf walaupun pahit, bekerja secara bersama untuk mencapai budayacemerlang dan gemilang dalam pelbagai bidang.Sekolah juga perlu menetapkan misi dan sasaran pencapaianmurid/sekolah (Headcount) dengan memindahkan visi sekolah kepadatindakan secara bersama misalnya dalam penghayatan dasar kurikulum,membuat agihan dan persefahaman tugas semua pentadbir, ketua panitiadan guru serta penggabungan tugas secara sinergi, memantau keupayaanguru dan murid secara adil dan berterusan, membimbing danmenyediakan pelbagai kemudahan kepada guru dan murid untukpeningkatan keupayaan diri, membina budaya ilmu yang kondusif,memberi insentif kepada guru dan murid secara jujur dan berusahamenjadi pemimpin sentiasa kelihatan dan bermaklumat.
  • M u k a S u r a t | 201Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKESIMPULANMelindungi masa instruksional di SMK Sultan Yahya Petra 1 merupakankomponen utama dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan. Justeru, iaamat diberi perhatian oleh pihak sekolah dalam memastikan peningkatankeberhasilan pembelajaran murid dalam usaha membangunkan modal insanyang kritis, kreatif dan inovatif. Pengurus sekolah merupakan tulang belakangutama di dalam proses merancang dan membuat matlamat dengan memberikankomitmen yang tinggi terhadap pencapaian matlamat sekolah .Percayalahbahawa setiap komitmen guru dan murid akan bertambah tinggi apabila adaganjaran dan pengiktirafan. Dalam masa yang sama ia akan meningkatkankecemerlangan dalam pencapaian akademik murid. Yakinlah bahawa kejayaansebuah sekolah amat memerlukan pengorbanan daripada semua warga sekolahberkenaan. Setiap guru yang ada disekolah ada kekuatan masing-masing yangyang perlu diserlahkan dan dikongsi bersama agar matlamat akhirnya ialahmelahirkan anak didik yang cemerlang khususnya dalam akademik dan hakmereka untuk mendapat ilmu direalisasikan.RujukanAhmad Tajuddin Abd. Hamid. (1989). Peranan pengetua dalam kepimpinanpengajaran. Disertasi Sarjana Pendidikan. Tidak diterbitkan:FakultiPendidikan, Universiti Malaya.Ariffin Ba’ada. (2003). Pembangunan Sumber Manusia: Melalui PerspektifPembangunan Pendidikan 2001-2010. Kementerian PendidikanMalaysia. Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. IAB, KPM.Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KementerianPelajaran Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia ke-9: Pelan IndukPembangunan Pendidikan, 2006–2010. Putrajaya: KementerianPelajaran Malaysia.
  • M u k a S u r a t | 202Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMd. Kasim Hussin. (1999). Jangkaan peranan, harapan dan amalan pengetuasebagai pemimpin sekolah pada abad ke-21. Jurnal Pendidikan. 4: 2-7.Shafari Mohamed Nor. (2001). Kajian Amalan KepemimpinanPengajaran Pengetua Dari Persepsi Pengetua dan Guru SekolahMenengah Di Kuala Pilah. Tesis Sarjana Sains: Universiti PutraMalaysia.Shahril @ Charil Marzuki. (1997). Kajian Sekolah Berkesan DiMalaysia: Model Lima Faktor. Tesis Ph.D. Tidak diterbitkan:Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.Sufa’at Tumin. (2005). Mengapa program ini diadakan? KursusKepimpinan Instruksional Pengetua Sekolah-sekolah Negeri JohorTahun 2005.Sufa’at Tumin, Mohammad Mahadi, & Azman Adnan. (2001). Pengurusansekolah oleh pengetua yang sentiasa sibuk. Jurnal PKPSM. 1-9.Zulkafli Arifin, (2000).Pengaruh kepimpinan prestasi pengetua terhadapprestasi akademik murid: Satu tinjauan di sekolah-sekolah menengah.Tesis Sarjana: Universiti Teknologi Malaysia.
  • M u k a S u r a t | 203Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 1ALIRAN PENGURUSAN PROGRAM E-CAKNA (PENCERAPAN)Lantik seorang GK sebagai penyelarasPencerap / penyelia :Pengetua,Penolong kanan,gurukanan,guru cemerlang danketua panitiapenyelarasJadual pelaksanaan pencerapan(setiap guru dicerap dua kalisetahun)pencerapanKlinik Pencerap - GuruKemasukanke sisteme-caknaCetak dantandatanganpencerapEdar kepadaguru berkenaan
  • M u k a S u r a t | 204Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 2ALIRAN PENGURUSAN JADUAL GURU GANTIPemantau : :Pengetua,Penolong kanan/gurukananJadual pelaksanaan guru ganti(1 salinan guru – 1 salinanpentadbir)EdarjadualGurubertugasmingguanpemantauanGuru ganti masuk kelas
  • M u k a S u r a t | 205Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 3ALIRAN PENGURUSAN PROGRAM OPEN BOOK TEST (OBT)Lantik seorang GK sebagai penyelarasRekod penggunaan modul OBTDitandatangani oleh guru gantisemasa ambil dan hantar dibilik GKpenyelarasAJK OBT dan Panel PenggubalModul OBTModul OBTdibukukanSimpanan Modul OBT di BilikGuru KananGuru ganti ambilmodul OBT danmasuk kelasKutip semulamodul dan skripjawapan pelajarSimpan Modul OBT di BilikGuru Kanan dan serah skripkepada guru subjekTamat PdP
  • M u k a S u r a t | 206Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 4ALIRAN PENGURUSAN REKOD PENGESANAN MURIDLantik PK HEM sebagaipenyelaraspenyelarasAJK OBT sediakan set rekodpengesanan murid untuk setiap kelasKetua Kelasambil di bilikGK setiap pagiDikemaskini dan ditandatanganioleh guru subjek gantiIsi nama muridponteng masaPdP atau tidakhadirSebelum pulang ketua kelaskembalikan rekod ke bilik GKSemakan oleh PK HEM Tandakan murid ponteng Hantar nama guru tiada kepada PengetuaJika tiadaguru/guru ganti,ketua kelas tulistiada
  • M u k a S u r a t | 207Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 5ALIRAN PENGURUSAN GURU ON CALL DAN KAWALAN P&P HARIANLantik Ketua Kelas sebagaiPELAPORPelaporSelepas 5 minit guru subjek/gantitidak masuk kelasKetua Kelas aisiborang LaporanKelas (Kawalan PdPharian)Ketua kelas hantar borang kepejabat sekolahPengetua/PK/Staf telefon kepadaguru berkenaan (Sila masuk kelasanda dengan segera)Guru berkenaan kena jumpaPengetua (Apa masalah cikgu?)Tindakan Pengetua Khidmat nasihat AmaranAlternatif(panggilan melaluipengumuman)
  • M u k a S u r a t | 208Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 6ALIRAN PENGURUSAN JUAL BELI MASA PENGAJARANGuru Subjek(terpaksa hadir mesyuarat di PPD)Guru ASehari sebelum , proses rundingandengan guru BPersetujuanbersama, A masukmasa B, B akanmasuk masa AIsi borang makluman setuju sama(serah kepada Pengetua/PKP)Makluman kepada kelas berkenaansehari sebelumPelaksanaan kelasjual beli masapengajaran
  • M u k a S u r a t | 209Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 7ALIRAN PENGURUSAN RODAAN PENTADBIR (LEADERSHIP ANDMANAGEMENT BY WALKING AROUND)Pengetua/PK PengetuaRondaan kawasan sekolah dan blokbilik darjahJika didapati guru tiada dalam kelas,Pengetua/PK terus hubungi melaluitelefon guru berkenaanPengetua masuk kelas berkenaansehingga subjek guru hadir
  • M u k a S u r a t | 210Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGURUSAN SEKOLAH DALAM MELINDUNGI MASAINSTRUKSIONAL DI SEKOLAH UNTUK MENINGKATKANKEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURIDolehMUKHTAR BIN HAJI KASIMSMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau Perlis.AbstrakKertas kerja ini menyingkap permasalahan, halangan dan isu-isu yang berlaku dalammelindungi masa instruksionaldi sekolah yang melibatkan isu sikap murid, sikap gurudalam pengurusan pengajaran dan pembelajaan, tugasan guru di luar bilik darjah isupengurusan aktiviti lain disekolah yang mengganggu masa instraksional. Kertas inijuga mencadangkan beberapa pandangan dan syor yang boleh dijadikan panduankepada pemimpin sekolah dalam menghasilkan pembelajaran berkesan kepada setiapmurid seperti memastikan murid sentiasa bersedia untuk memulakan pembelajaran,memastikan guru dapat menguruskan masa dengan baik dalam melaksanakan aktivitidan perancangan mereka serta memastikan setiap guru mempunyai kesedaran danmotivasi yang tinggi dalam melaksanakan amanah dan memahami konsep kerjasebagai amal ibadat. Memastikan setiap program dan perancangan kurikulummengikut takwim atau jadual yang selaras dengan mengambil kira aktiviti-aktiviti luardiperingkat sekolah, negeri mahupun kebangsaan, dan mewujudkan pembantu guruuntuk melaksanakan tugas-tugas bukan instruksional atau mengagihkan sama ratatugasan tersebut kepada semua guru.
  • M u k a S u r a t | 211Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANKeberhasilan pembelajaran merupakan fokus utama dalam semua programdanrancangan yang dirangka oleh KPM. Lantaran itu kerajaan Malaysia melaluiKementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah menggariskan bahawapendidikan menjadi satu teras utama dalam setiap pelan pembangunan Negaraseperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yangdibentangkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd.Razak Perdana MenteriMalaysia yang telah meletakan sebelas anjakan utama terutama anjakan keLima iaitu ‘Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan disetiapsekolah. Ini juga dapat dilihat melalui rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) bab ke lima iaitu Membangun Dan Mengekalkan Modal Insan BertarafDunia, kerajaan menggariskan empat strategi iaitu (i) memastikan setiap kanak-kanak boleh berjaya, (ii) menjadikan sekolah bertanggung jawab terhadapprestasi murid, (iii) membuat pelaburan bagi membangunkan kepimpinanunggul di setiap sekolah dan, (iv) meningkatkan daya tarikan profesionkeguruan dan menghasilkan guru terbaik.Pembangunan sistem pendidikan juga diberi perhatian oleh kerajaanmelalui satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaituMempertingkat kualiti murid. NKRA pendidikan bertujuan meningkatkanprestasi murid dan berteraskan kepada empat bidang: (i) kadar enrolmenprasekolah, (ii) sekolah berprestasi tinggi, (iii) program Penyaringan Literasidan Numerasi (LINUS) dan, (iv) Bai’ah kepada Guru Besar dan Pengetua.Lantas keberkesanan pelaksanaan strategi ini dilihat dan dinilai melaluikejayaan pemimpin sekolah mentadbir dan melindungi masa intraksional sertakerjasama dan komitmen guru di sekolah dan peningkatan prestasi murid.Kualiti guruberlandaskan falsafah untuk guru” ADA, BERFUNGSI, BERSIH’
  • M u k a S u r a t | 212Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajardan ketegasan kepimpinan sekolah mempunyai kesan yang amat signifikanterhadap kejayaan dan keberhasilan pembelajaran murid.PENYATAAN ISUAmalan kepimpinan instruksional mula mendapat tempat dalam kalanganpemimpin sekolah kerana ia amat signifikan dalam melahirkan sekolahberkesan (Sazali, Rusmini, Abang Hut & Zamri, 2007). Dalam mengkaji aspekkepimpinan instruksional, model Halinger dan Murphy (1987) telah banyakdigunakan.Model ini telah menggariskan tiga dimensi kepimpinan instruksionaliaitu mendefinisikan misi sekolah, mengurus kurikulum dan pengajaran, danmenggalakkan iklim sekolah. Ketiga-tiga dimensi tersebut ditunjuk dalamjadual 1. Di dalam dimensi ketiga, terdapat fungsi melindungi masainstruksional iaitu pendekatan yang dilakukan bagi mengurang gangguansemasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan di dalam kelas.Jadual 1: Kerangka Kepimpinan InstruksionalDimensi FungsiMendefinisi misisekolah1. Merangka Matlamat Sekolah2. Menyampaikan Matlamat SekolahMenguruskankurikulum danpengajaran3. Penyeliaan Dan Penilaian Instruksi4. Menyelaras Kurikulum5. Memantau Kemajuan MuridMempromosikan iklimpembelajaran sekolah6. Melindungi Waktu PdP7. Membudayakan PerkembanganProfessional8. Mengekalkan Ketampakan (Visibility)9. Menyediakan Ganjaran Kepada Guru10.Menguatkuasakan Standard Akademik11.Menyediakan Insentif Kepada Murid
  • M u k a S u r a t | 213Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarAntara isu-isu yang kerap timbul dan dikenalpasti menganggu prosespengajarandapat dibahagi kepada empat isu utama:1. Sikap guru(a) Sebahagian guru kurang persediaan dengan perancangan danbahan semasa hendak memulakan pengajaran.(b) Guru Mengikuti Pengajaran Jarak Jauh dan mengikuti kursusselain menjalankan tugas-tugastambahan yang bukan pengajaran.(c) Guru bercuti sakit, cuti rehat khas,atau dating kesekolah tetapitidak masuk ke kelas kerana masalah kesihatan,peribadi dan lain-lain.(d) Guru ganti tidak memasuki kelas ganti atau memasuki kelasdengan tidak menjalankan aktiviti pengajaran.2. Faktor Murida) Kesediaan murid belajar. Sebahagian guru mengajar dengantidak mengambil kira kesediaan murid dari segi mental, fizikaldan suasan kelas.b) Pergerakan Murid. Kedudukan kelas dengan bilik khas yangberjauhan menyebabkan pergerakan murid menagambil untuksampai ke bilik khas seperti makmal Sains.3. Faktor Pengurusan(a) Gangguan pengumuman melalui pembesar suara semasa prosespengajaran berlangsung. Dengan berlakunya pengumuman inipengajaran guru dan kesediaan murid belajar terganggu keranamasing-masing memberi perhatian kepada pengumuman tersebut.
  • M u k a S u r a t | 214Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar(b) Mesyuarat semasa PdP dan mesyuarat tergempar semasapengajaran. Keadaan ini mengganggu perancangan dan kesediaanguru untuk mengajar.(c) Tempoh atau masa peperiksaan yang terlalu lama. Tempohpeperiksaan bagi sekolah menengah mengambil masa lebih daridua minggu. Keadaan ini menyebabkan perancangan tahunandan sukan pelajaran guru tidak dapat dihabiskan mengikut jadual.4. Faktor Prasarana(a) Kemudahan dan peralatan sokongan tidak lengkap dan rosak.Kemudahan prasarana seperti bekalan eletrik, perkaasan makmalSains atau Kemahiran Hidup atau lain-lain kemudahan yangrosak dan tidak lengkap akan mengganggu kelicinan dankeberkesanan proses pengajaran.(b) Sistem pengudaraan dan pencahayaan yang tidak cukupmenyebabkan ruang atau kelas menjadi kurang kundusif.Keberkesanan pengajaran guru tidak terhasil disebabkankeselesaan guru mengajar dan murid belajar terhalang dengankeadaan kelas yang tidak kundusif.(c) Lantas, kepimpinan sekolah terutama pengetua dan guru besarbertanggung jawab bagi mencari jalan penyelesaian supaya segalaisi yang timbul dapat diatasi serta mencari jalan bagimengurangkan aktivti bukan pengajaran yang menjadipenghalang kepada proses PdP agar dapat meningkatkankeberhasilan murid..
  • M u k a S u r a t | 215Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarCADANGAN TINDAKAN/ PENYELESAIANDalam usaha memaksimumkan waktu pengajaran (maximizing instructionaltime) beberapa pendekatan boleh diambil. Hawthorne Elementary SchoolIllinois Amerika Syarikat, telah menetapkan polisi bagi mengawal gangguansemasa proses PdP dijalankan. Prosedur yang telah ditetapkan ialah seperti:1. Penyiaran pesanan melalui alat pembesar suara hanya boleh dilakukansekiranya berlaku kecemasan dan tidak dijangka sahaja,2. Murid akan mengikuti proses pembelajaran sebaik sahaja mereka tiba dikelas,3. Hanya panggilan kecemasan akan dihantar ke kelas semasa proses PdPberjalan,4. Hanya tetamu yang dijangka sahaja dibenarkan melawat kawasanpembelajaran,5. Jadual kelas yng dibentuk akan mengurangkan masa peralihan antarasatu kelas dengan kelas yang lain,6. Aktiviti yang dijadualkan untuk memberi ganjaran kepada tingkah lakumurid akan diselaraskan dengan kurikulum dan garis panduanpengajaran, dan7. Penyiaran video dan televisyen hanya akan digunakan untuk tujuanpengajaran yang menyokong kandungan utama pengajaran.
  • M u k a S u r a t | 216Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLembaga pentadbir bagi Barrington School District juga telahmembentuk polisi yang serupa seawal tahun 1994 lagi dalam memaksimumkanwaktu PdP. Antara garis panduan yang dibentuk ialah:1. Kelewatan murid ke kelas perlu diklasifikasikan sama seperti tidakhadir; kelewatan yang melampau akan dikenakan tindakan sepertiponteng,2. Gangguan murid di dalam kelas akan dikenakan tindakan disiplin sepertiyang telah ditetapkan dalam peraturan sekolah,3. Gangguan kepada masa pengajaran perlu dielakkan seboleh mungkin.Pihak lembaga sekolah memastikan pihak pentadbiran untukmeminimumkan pengumuman melalui pembesar suara, lawatan ke kelasdan gangguan-gangguan lain kecuali situasi kecemasan, guru tidak akandiganggu dengan panggilan telefon, dan4. Rundingan atau mesyuarat yang melibatkan guru akan dijalankan di luarmasa PdP. Mesyuarat sebegini boleh diadakan sama ada sebelum atauselepas waktu persekolahan. Sekiranya berlaku semasa waktu persediaanmengajar, ahli mesyuarat seharusnya tahu keperluan guru untukmeneruskan tugas mereka walaupun diakhir masa pengajaran.Dalam menangani halangan-halangan yang timbul untuk MMI, makaterdapat syor yang boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan. Antaranyamengenai sikap guru yang kurang bersedia. Guru perlu membuat persediaanberpandukan RPT dan Sukatan Pelajaran dan berfokus. Pihak pentadbir perlumembuat pencerapan dan pemantauan berekod disamping sentiasa memberibimbingan dan nasihat melalui mesyuarat, perhimpunan dan dalam setiapperjumpaan dengan guru.
  • M u k a S u r a t | 217Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarBagi guru berkursus, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), sakit atau bercutidisyorkan setiap guru mengadakan headcount masa peribadi masing-masing.Jika jumlah jam tidak mencukupi, mereka perlu membayar masa tersebutmelalui kelas tambahan. Juga dicadangkan supaya adakan amalan berjual belijadual waktu selain menyediakan bahan untuk guru ganti .Bagi menangani isu sikap murid, biasanya murid datang ke kelas dalamkeadaan tidak bersedia dan bising di dalam kelas. Oleh itu, menjaditanggungjawab ibu bapa dan murid dalam membuat persediaan di rumahsebelum ke sekolah dengan mengingatkan murid secara berterusan mengenaikepentingan pembelajaran dengan menekankan kawal selia kendiri(bertanggungjawab).Seterusnya, berkaitan isu pengurusan masa dalam proses PdP,pengurusan masa amat penting terutama peralihan dari satu kelas ke kelas yanglain melibatkan masa yang lama. Oleh itu, susun atur kedudukan kelas danbilik-bilik khas perlu berdekatan. Bagi guru pula, masa yang panjang terpaksadiambil untuk menyediakan peralatan untuk digunakan dalam pengajaranseperti peralatan ICT dan bahan cetakan, masa tidak mencukupi dan ‘hilang’dalam masa perancangan akibat daripada terlibat dalam mesyuarat, kursus dankerja komuniti. Oleh itu, disyorkan agar guru bersedia awal dengan peralatandan bahan cetakan sebelum memasuki kelas.Guru juga tidak perlu terlalu‘ambitious’ dalam pengajaran.Apa yang boleh dilakukan adalah menggunakankelengkapan mengikut kapasiti dan kebolehan supaya tidak berlaku pembaziranmasa hanya untuk membuat persediaan. Dengan ini dapat dipastikan masainstruksional dilindungi.Halangan mengenai saiz dan komposisi kelas juga memberi kesanterhadap proses instruksional. Antara isu utama ialah murid yang pelbagai
  • M u k a S u r a t | 218Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarkebolehan berada dalam kelas yang sama, bilangan murid yang ramai untuksebuah kelas dan murid yang kurang upaya tanpa sumber dan sokongansempurna. Bagi menangani masalah ini pentadbir perlu membuat kajianmendalam mengenai saiz kelas melalui pelbagai kaedah seperti, nisbah muriddan guru dan pengagihan saiz kelas sebenar untuk memastikan bilangan gurudan murid diagih secara adil. Selain itu, tahap keupayaan murid juga perludiambil kira bagi menentukan pembahagian kelas agar keupayaan muriddiselaras bagi memudahkan guru mengenal pasti kaedah pengajaran yangsesuai dijalankan ketika masa instruksional.Seterusnya ialah halangan ujian dan penilaian. Ini diterjemahkan denganhalangan seperti kekerapan ujian dan penilaian, (peringkat sekolah, negeri dankebangsaaan), tempoh masa yang diperlukan untuk ujian dan jadual ujianseperti tarikh ujian yang awal dan berlaku pertindihan masa ujian.dan masaatau tempoh ujian terlalu lama. Antara langkah yang boleh diambil ialahdengan melanjutkan masa ujian sehingga kewaktu petang dan memperaktikkanPBS dengan sepenohnya serta mengurangkan kekerapan ujian terutama ujianperingkat sekolah dan membuat perubahan terhadap jadual dengan membuatjadual yang lebih fleksibel. Setiap jadual ujan perlu mengambil kira jadualakademik dan jadual ujian peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan.Akhir sekali, masalah penyimpanan rekod dan kertas kerja. Masalah initelah dikenalpasti sebagai antara masalah utama menghalang prosesinstruksional. Ini dikenal pasti melalui kajian yang telah dibuat oleh Banickydan Janicki (2006). Antara masalah yang telah dikenal pasti adalahmendokumenkan kehadiran murid dan juga dokumentasi mengenai mesyuaratdan juga laporan tertentu.Kaedah utama yang disyorkan adalah mengupahpembantu guru dalam melakukan tugasan bukan pengajaran ini. Kaedah lainadalah mengagihkan sama rata tugas bukan instruksional ini kepada semuaguru.
  • M u k a S u r a t | 219Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKeseluruhannya dapat dirumuskan kebijaksanaan pentadbir, komitmen gurudan kesediaan murid dilihat dapat melindungi masa instruksional denganmaksimum.KESIMPULANBerdasarkan kepada masalah yang dibincangkan, dapat disimpulkan bahawahalangan utama kepada memaksimumkan proses PdP termasuklah sikap guru,sikap murid, faktor pengurusan dan prasarana. Isu perancangan masa, saiz dankomposisi kelas, ujian dan penilaian dan pengurusan rekod dan kertas kerja.Sekiranya semua pihak di JPN, pentadbiran sekolah, guru, murid, stafsokongan, waris ibu bapa dan masyarakat memahami tentang perlu MMI ialahdiyakini keberhasilan pengajaran murid. Keberkesanan pelaksanaan strategiMMI dilihat dan dinilai melalui kejayaan pemimpin sekolah mentadbir dankerjasama pasukan warga sekolah ke arah peningkatan prestasi murid.SYOR1. Saiz Bilik darjahSaiz bilik darjah yang kecil menempatkan murid yang agak ramaimenyebabkan PdP tidak berkesan. Adalah disyorkan supaya saiz bilikdarjah dibesarkan atau pun bilangan murid setiap kelas dikurangkan.
  • M u k a S u r a t | 220Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar2. Penyelarasan AktivitiKPM, JPN atau PPD. Perlu membuat penyelarasan aktiviti semuabahagian atau sektor bagi mengelakkan ramai guru yang meninggalkansekolah untuk mengikuti kursus, taklimat, mesyuarat dan sebagainya.Disyorkan supaya penjadualan serta penyelarasan dapat diambil agarmasa dan hari yang digunakan tidak banyak melibatkan masa PdP guru-guru di sekolah.3. Peranan PIBGPenrananPIBG dalam membantu sekolah untuk membimbing anak-anaksupaya mengutamakan pembelajaran dalam kelas hendaklah diterapkansepanjang masa.4. Nisbah GuruNisbah guru 1:5 yang sedia ada hendaklah dikaji semula agar dapatditingkatkan kepada 1:7 supaya bilangan guru yang mencukupi disekolah melaksanakan PdP yang berkesan.RujukanBanicky, A.L & Janicki, H.L . (2006). Maximizing Instructional Time:identifying impediments and strategies, survey, result andrecommendations.Virginia Beach City Public Schools.Barrington School District Policy.(1994). Instructional Time.BarringtonSchool.Edmond, R. (1979). Effective schools for urban poor.Educational Leadership.37: 15-24.
  • M u k a S u r a t | 221Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarHallinger, P. & Murphy, J. (1987). Assessing and developing principalinstructional leadership. Journal of Educational leadership.45(1).Sazali Yusoff, Rusmini Ku Ahmad, Abang Hut Abang Engkeh & Zamri AbuBakar.(2007). Perkaitan antara kepimpinan instruksional terhadapsekolah berkesan.Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.Institut Aminuddin Baki. 17 (2): 105-117.School-Based Decision Making Policy.(2009). Protection of instructional time.Hawthorne Elementary School.Sufa’at Tumin. (2012). Melindungi masa instruksional (protecting instructionaltime) di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.Persidangan Kebangsaan Pengetua Malaysia 2012.
  • M u k a S u r a t | 222Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL MELALUI PROGRAMPENDIDIKANolehHAJAH RAHINUN BT MOHD NOOR, B.C.K.SMK Sultanah BahiyahAlor Setar,Kedah Darul AmanABSTRAKPerkembangan mutakhir sistem pendidikan di Malaysia kini menuntut kebijaksanaanpendukungnya untuk merealisasikan wawasan pendidikan negara dan citra Wawasan2020. Visi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah menzahirkan sistempendidikan berkualiti bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusatkecemerlangan ilmu. Selaras dengan visi tersebut, usaha Kementerian Pelajaranmemperkenalkan konsep masa instruksional menuntut warga pendidik mengurangkanpelbagai halangan bagi memastikan pembelajaran berlaku secara bermakna dalamkalangan murid. Sekolah perlu memastikan kelas berlangsung sama ada dengankehadiran atau tanpa kehadiran guru. Pengisian kertas kerja ini membincangkankonsep masa instruksional, jenis gangguan masa instruksional dan langkah-langkahsekolah ini menangani gangguan masa instruksional. Langkah menangani gangguanmasa instruksional ini sememangnya berupaya diaplikasikan oleh semua sekolah dinegara ini jika budaya kerja cemerlang benar-benar dihayati oleh warga pendidikan.
  • M u k a S u r a t | 223Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANPelbagai pelan transformasi telah dijalankan oleh kerajaan untuk memastikansetiap warganegara menikmati pendidikan berkualiti seterusnya melahirkanmodal insan berketerampilan. Peningkatan kualiti insan ini diharapkan dapatmeningkatkan daya saing negara dalam semua bidang sama ada pada peringkatnasional mahupun antarabangsa. Sehubungan dengan itu, KementerianPelajaran Malaysia (KPM) mengambil inisiatif dengan mengadakan berbagaiprogram transformasi dan berusaha untuk meneroka kaedah yang lebih efektifuntuk memastikan golongan sasaran, iaitu murid-murid sama ada di sekolahrendah atau menengah dapat menerima pendidikan yang lebih berkualiti danberkesan sepanjang masa. Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokusutama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM. Sejajardengan itu, KPM perlu memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halanganuntuk mencapai objektif yang disasarkan. Satu daripada transformasi yangperlu dilaksanakan adalah untuk MMI di sekolah sebagai satu cara yang palingberkesan untuk memastikan murid-murid mendapat input pembelajaran yangmaksimum.MMI merupakan salah satu komponen fungsi kepimpinan instruksionaldalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Komponen iniperlu diberikan perhatian dalam memastikan keberhasilan pembelajaran muridke arah membangunkan modal insan yang kreatif, kritis, dan inovatif. Oleh itu,pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikan tempohmasa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat.Sehubungan dengan itu, sesebuah sekolah memerlukan corak kepimpinan yangmantap supaya dapat menntransformasikan organisasinya dengan lebihberkesan. Dalam hal ini, perkara yang lebih penting adalah denganmewujudkan budaya pembelajaran, penumpuan terhadap PdP yang bervisi sertamempunyai misi yang jelas. Penambahbaikan kaedah MMI ini penting untuk
  • M u k a S u r a t | 224Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmemastikan tadbir urus proses pendidikan di sekolah lebih berkualiti danberkesan.Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah (SMKSB) telahmerangka dan melaksanakan pelbagai program untuk memastikan masainstruksional dapat dilindungi dengan baik. Program ini sentiasa diberikantambah nilai dari semasa ke semasa untuk menjadikannya lebih berkesan danselaras dengan hala tuju KPM. Keberkesanan program ini dapat dilihatberdasarkan lonjakan pencapaian murid dalam semua bidang sama adakurikulum, kokurikulum ataupun sahsiah murid.PERNYATAAN ISUMasa instruksional bermaksud waktu satu proses PdP oleh guru kepada muridberbentuk arahan, tunjuk cara, penerangan lisan, dan bukan lisan, atau bentuk-bentuk lain yang bertujuan membolehkan murid belajar secara lebih berkesanmanakala MMI (protecting instructional time) di sekolah untuk meningkatkankeberhasilan pembelajaran murid bermaksud PdP dapat dilaksanakan tanpahalangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkankeberhasilan pembelajaran murid.
  • M u k a S u r a t | 225Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar1. Kategori masa instruktional sekolahKategori PenjelasanMasa persekolahan(Allocated schooling time)Jumlah masa murid hadir ke sekolahMasa bilik darjah(Allocated class time)Jumlah masa murid berada di dalam kelas(tidak termasuk waktu rehat, pertukaran kelas,waktu makan tengah hari dan lain-lain). Iamerupakan subkategori masa persekolahanMasa instruksional(Instructional time)Jumlah masa yang digunakan untukinstruksional (tidak termasuk gangguan,pengurusan rekod, dan lain-lain)Masa pembelajaranakademik(Academic learning time)Jumlah masa instruksional iaitu muridmemberikan perhatian dan menerimapengajaran pada tahap penguasaan tertentuserta berlakunya pembelajaran berkesan danbermakna.Seseorang guru telah ditetapkan menjalankan tugas utama mereka iaitumengajar atau menjalankan instruksional untuk tempoh tertentu. Tugasmengajar guru akademik dalam skim perkhidmatan pendidikan menyatakanbahawa seseorang guru seharusnya mengajar antara 22 hingga 30 waktuseminggu.Sebenarnya sekolah telah merangka masa instruksional yang ideal namunmasa berkenaan tidak sepenuhnya menjanjikan pembelajaran berkualiti ataupembelajaran berkesan disebabkan faktor gangguan tertentu yang berlaku disekolah dan didalam bilik darjah.
  • M u k a S u r a t | 226Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar2. Kategori Gangguan masa instruksionalBil. Kategori FaktorGangguanKelompok Contoh Gangguan1. FaktorPengurusanSekolahGuru Tiada Guru tiada di sekolah, guru ada disekolah tetapi tidak berada di dalamkelas, tidak cukup guru, guru hadirkursus atau tugas luar, guru mendudukipeperiksaan, dan aktivitikokurikulum/sukantara.GangguanFizikalPengumuman dari pembesar suara,susun atur kelas atau sekolah,prasarana sekolah dan persekitaran.GangguanLuar JangkaGuru cuti sakit, cuti kecemasan, hal-hal peribadi, kesediaan murid belajar,kesediaan guru mengajar, danmelaksanakan tugas sampingan.GangguanAdhocMenghadiri mesyuarat, dipanggil kepejabat, menghadiri kursus, taklimatpeperiksaan, menjalankan tugasjurulatih utama, dan sambutan lawatanpelawat2. FaktorInstruksionalGuruKualitipembelajaranmuridKesediaan murid belajar, kualiti guru,proses PdP, sikap guru, guru bukanopsyen, kompetensi guru, dankesediaan guru mengajarLANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH :1. Penghayatan Budaya Kerja Cemerlang Warga SekolahKebanyakan isu yang berkaitan dengan masa instruksional di sekolahdapat di atas dengan adanya penerapan budaya cemerlang dalamkalangan warga SMK Sultanah Bahiyah wajar dicontohi oleh sekolahlain.
  • M u k a S u r a t | 227Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarSelain mengurus dan mentadbir sekolah, Pengetua sebagai pemimpininstruksional telah memastikan kualiti PdP di sekolah terjamin dandipertingkatkan secara berterusan.Pemantauan kurikulum berkualiti digunakan sebagai instrumen untukmemantapkan pengurusan dan keberkesanan program yang melibatkandi sekolah yang meliputi(a) Pemantauan rekod PdP(b) Pencerapan P&P(c) Semakan buku latihan(d) Pemantauan bilik darjah(e) Pemantauan prestasi muridPihak Pengurusan memberikan maklumat dan pendedahan berkaitansurat pekeliling dan arahan daripada pihak kementerian dan jabatansupaya guru-guru memahami peranan dan amanah yang dipikul sebagaiseorang guru.2. Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)Profesion keguruan terdedah kepada perubahan semasa menyebabkanpengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dan dikuasai suatu ketikadulu tidak lagi relevan pada masa ini. Oleh sebab itu, LADAP dalamperkhidmatan sangat diperlukan bagi menangani perubahan ini. LADAPdi sekolah ini telah berjaya memperbaiki prestasi kemahiran bekerjasecara kumpulan dan individu, mengukuhkan pengalaman sertaperkembangan kerjaya guru selain membentuk pengetahuan profesionalyang berjaya menyediakan guru menghadapi perubahan.
  • M u k a S u r a t | 228Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar(a) Pengetahuan dan profesionalisme(b) Kemahiran profesionalisme(c) Nilai dan amalan profesionalismeJadual 1 : Latihan Dalam Perkhidmatan Yang Dijalani oleh Guru-Guru SMKSBBil. Tahun Tajuk Tarikh1. 2009 Teach To Teach 23/03/20092. Pembinaan Item 28/03/20093. Kajian Tindakan 20/06/20094. Penguasaan Web TV dalam PdP 25/07/20095. Pembinaan Modul PdP 08/08/20096. Excell in Excel 15/08/20097. Perancangan Strategik 03/10/20098. 2010 Penggunaan Adobe Photoshop dalam PdP 27/03/20109. Penambahbaikan PdP Menerusi AmalanReflektif24/04/201010. Pembinaan Modul PdP 08/05/201011. Perlaksanaan Kaedah Latihan SecaraPembacaan Buku-12. Guru Jutawan Akhirat 24/07/201013. 2011 Etika Kerja 28/12/201014. Nilai dan Etika Kerja 09/01/201115. Pengurusan Item 18/01/201116. Bidasan A 22/01/201117. Bidasan A 23/01/2011
  • M u k a S u r a t | 229Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarBil. Tahun Tajuk Tarikh18. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 13/02/201119. Perhimpunan Intelek (Pengurusan BilikDarjah)04/03/201120. Perhimpunan Intelek (Pengurusan Kelas danKesejahteraan Murid)03/04/201121. Membina Diri, Membimbing Rakan diSekolah Cemerlang08/04/2011-09/04/201122. ICT dalam PdP (Introduction To VideoEditing)16/06/201123. Pengenalan Website 26/06/201124. 2012 Guru Sayang Murid 010/3/201225. Kemahiran Menangani Stres dalamKalangan Guru01/04/201226. Mencipta Kepuasan Bekerja dalamKalangan Guru23/04/201227. Guru Inovatif Melonjakkan TransformasiPendidikan Negara15/05/201228. Pembinaan Modul PdP 18/06/201229. Tatasusila Profesion Keguruan Guru-GuruIslam25/07/201230. Membangunkan Kapasiti ProfesionKeguruan Berdasarkan Perspektif Islam’05/08/201231. Perlaksanaan Kaedah Latihan SecaraPembacaan Buku-
  • M u k a S u r a t | 230Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar3. Penerapan Budaya Kerja Cemerlang Dalam Kalangan Guru.(a) Orientasi Guru Baharui. Garis Panduan Budaya Sekolah Kehadiran guru ke sekolah :Semua guru datang ke sekolah sebelum pukul 7.30pagi. Kedatangan pada waktu pagi dan waktu pulangtiap-tiap hari dilaksanakan melalui kaedah thumbprint. Tugas guru mata pelajaran waktu pertama:Guru-guru berada bersama-sama murid kelas masing-masing semasa perhimpunan ini untuk memantaudisiplin mereka dan membaca surah Yasin bersama-sama. Perhimpunan mingguan :Semua guru perlu mematuhi tata cara perhimpunanmingguan Ketepatan masa bekerja :Semua guru dikehendaki menepati masa:o Masuk dan keluar kelas.o Mesyuarato Aktiviti-aktiviti sekolaho Menghantar laporan / tugasano ‘Key-in’ markahii. PdP yang cemerlang Guru-guru merancang PdP berdasarkan rancanganpelajaran tahunan dan harian. Guru-guru dikehendaki memantau murid semasamelaksanakan latihan. Perhatian khusus perlu diberikan
  • M u k a S u r a t | 231Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarkepada murid yang lemah pencapaiannya dan murid-murid lain secara individu. Buku pemantauankehadiran ditandatangi semasa waktu PdP danmenggantikan kelas ganti. Rujuk kepada mentor jikaada masalah berkaitan PdPiii. Semua guru ialah guru disiplin, Menegur murid yang berada di luar kelas sewaktu PdP. Memastikan semua murid yang keluar kelas membawakad kebenaran. Memastikan murid berbaris semasa bergerak ke bilik-bilik khas, dewan atau padang. Pergerakan tersebutmestilah pantas dan berhemah. Memastikan murid-murid mematuhi laluan khassemasa datang dan pulang sekolah.iv. Kebersihan kelas :Sebelum memulakan PdP, semua guru perlu memastikankebersihan kelas berada di tahap cemerlang danmengarahkan murid untuk membersihkan kelas selepasPdP. Guru tingkatan perlu pantas untuk memastikankebersihan, keceriaan dan kekemasan bilik darjahsepanjang masa.v. Guru berkursus :Guru melengkapkan dan menyerahkan minit curai ataulaporan kepada Pengetua 3 hari selepas menghadiri kursus.Guru Kanan memastikan guru yang berkursusmelaksanakan kursus dalaman kepada guru-guru lain.
  • M u k a S u r a t | 232Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarvi. Tindakan sebelum dan selepas menghadiri kursus :Guru-guru berkursus dikehendaki mengisi butir-butirkursus yang bakal dihadiri dalam Buku Daftar Kursus Guru-guru menyediakan modul siap siaga sebelumberkursus Ganti menggantikan waktu PdP yang tertinggalmelalui kelas tambahan waktu petang.vii. Tarikh akhir/due date :Guru-guru perlu memberikan perhatian terhadap tarikhakhir serahan tugasan.viii. Tugas-tugas luar :Guru-guru perlu memberikan pertimbangan terhadapkepentingan dan kekerapan melaksanakan tugas-tugasluar.ix. Tempat larangan murid :Murid dilarang masuk ke dalam Bilik Guru dan muridtidak dibenarkan sama sekali masuk ke dalam BilikPeperiksaan untuk sebarang urusan.x. Kes KhasGuru-guru perlu segera menghubungi Pengetua untukmemaklumkan sebarang kes yang melibatkan murid samaada dalam kelas atau di luar kelas.xi. Guru Ganti:Guru menjalankan aktiviti PdP seperti biasa denganmenggunakan modul Siap Siaga atau Guru Muda
  • M u k a S u r a t | 233Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarxii. Aktiviti luar sekolah :Guru-guru perlu memastikan murid-murid menyerahkansurat kebenaran waris yang telah ditandatangani. Murid-murid dikehendaki berpakaian seragam atau baju sukanyang lengkap. Semua guru peka tentang perjalanan hariansekolah kerana banyak aktiviti pendidikan diadakan disekolah.(b) Guru-guru selesa bertugas di SMKSB kerana masalah yangdihadapi boleh dibincangkan dengan pihak pengurusan untukmendapatkan alternatif bagi menyelesaikan sesuatu masalahyang merangkumi aspek:Akademik , pembangunan sahsiah, pencapaian kokurikulum dankes-kes khasi. Perjumpaan guru akademik bersama Pengetuaii. Perjumpaan guru tingkatan bersama Pengetuaiii. Perjumpaan Kes-kes khas(c) Penghargaan khas sebagai insentif kepada gurui. Kehadiran penuhii. Buku Rekod Cemerlangiii. Cenderamata sempena pelbagai sambutan/perayaaniv. Sijil penghargaan dan pengukuhan lisan
  • M u k a S u r a t | 234Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar4. KEISTIMEWAAN GURU SMKSB(a) Guru Cemerlang telah mencetus jiwa baharu dalam kalanganguru sekolah ini.Bil. Subjek Bilangan Guru1. Bahasa Melayu 32. Sejarah 13. Kimia 14. Geografi 25. Pendidikan Seni 16. Kaunselor 1(b) Pengalaman 3 orang Jurulatih Utama juga memacukecemerlangan rakan-rakan guru di sekolah ini.(c) Budaya PERASA sentiasa diamalkan dalam kalangan wargaSMKSB, melalui program :i. Bidasan A (Platform perbincangan untuk memantapkanprestasi cemerlang murid)ii. Membimbing Rakan di Sekolah Cemerlang (Semangat kerjasepasukan terjalin hingga kini)(d) Semua guru sekolah ini berpengalaman dan berkemampuanmenjayakan pelbagai program yang dianjurkan bukan sahaja olehsekolah tetapi oleh pihak PPD, JPN dan KPM mengikut masayang ditetapkan.
  • M u k a S u r a t | 235Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar(e) Guru sentiasa terpilih untuk menjadi anggota jawatan kuasapelbagai program di luar sekolah berdasarkan kepakaran masing-masing.(f) Semua guru sekolah ini peka akan pentingnya ketepatan waktuberdasarkan petunjuk kehadiran melalui “thumbprint.”(g) Semua guru mempunyai komitmen yang cemerlang dalam prosesPdP melalui hasil petunjuk (SKPM) iaitu 95.00%5. Keistimewaan Murid SMKSBa) Situasi pembelajaran dalam kelas sentiasa berada dalam keadaanterkawal dengan wujudnya Majlis Ketua Tingkatan. SemuaKetua Tingkatan berperanan untuk memantau:1. buku log pemantauan kehadiran guru dan murid di dalamkelas.2. kelas kondusif melalui Program Kelasku Kebanggaanku3. Memastikan guru mata pelajaran dan guru ganti masuk kedalam kelas untuk PdP.b) Persiapan awal menjana minda murid supaya menjadi muridcemerlang yang menghargai setiap masa pembelajaran danpengajaran melalui:i. Orientasi merentasi tingkatanPengisian - Inventori- Pendedahan kemahiran belajar- Pendedahan Sukatan Mata Pelajaran- Hala Tuju selepas PMR,SPM danSTPM
  • M u k a S u r a t | 236Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar- Suai kenal guru dan budaya sekolahii. Qiamullail merentasi tingkatanPengisian - Bacaan Yasin- Ceramah- Sembahyang berjemaah dan qiamullail- Ceramah Kebesaran Islam- Solat Zohor Perdana pada hari Selasadan solat Zohor mengikut tingkatan- Mutiara Hati- Kem Bina Jati Diri (Bimbingan Khas)- Perkongsian pintar murid bersamamurid Insitusi Pengajian TinggiAwam (IPTA)- Kem Pembangunan Jati Diri Remaja- Kelompok Perbincangan AntaraIndividu- Kem Puteri Solehah (Solat yangSempurna)iii. Motivasi Berfasa - Dilaksanakan 4 kali setahun bagi setiaptingkatanPengisian - Memantapkan Teknik dan Kemahiranbelajar- Pengurusan masa- Hala tuju selepas PMR, SPM danSTPM- Program Jalinan bersama IPT, NonGovement Organization (NGO) danagensi kerajaan
  • M u k a S u r a t | 237Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar- Program Jaringan bersama sekolahBerprestasi Tinggi, Sekolah Klusterdan Sekolah Berasrama Penuh.iv. Program Sekolah Penyayangv. Sekolah dalam Tamanvi. Program bina insan kepada murid yang bermasalah.vii. Bacaan Yasin setiap pagi sebelum kelas bermula tepatpada jam 7.20 pagiPENYELESAIAN ISU1. Jumlah masa murid hadir ke sekolah berjaya ditangani(a) Kepung pontengKaedah pelaksanaan: Pentadbir menganalisis kehadiran murid mengikut bulan Murid yang tidak hadir melebihi 10 hari akan dirujuk kepadakaunselor Murid dipanggil mengikut tingkatan dan diberi taklimat kesanponteng Murid menjalani sesi kaunseling berkelompok Kehadiran murid berkenaan dicatat setiap hari di bilikkaunselor Jika tidak hadir murid diminta memberikan dokumen tunjuksebab
  • M u k a S u r a t | 238Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Sekiranya tidak hadir 3 hari berturut-turut akan diberi sesikaunseling individu Pemantauan berterusan akan terus dilakukan Sesi perbincangan dengan waris mengikut keperluan(b) Menyelesaikan masalah ‘guru tiada”.i. Modul Jadual Ganti BerfokusSekolah melaksanakan Modul yang dilaksanakan di sekolah inibermatlamatkan isu ‘guru tiada’ di sekolah atau didalam bilik darjah, masa instruksional murid di dalambilik darjah tidak terganggu. Pelaksanaan modul guruganti bagi guru yang menghadiri urusan luar sekolahyang tarikhnya diketahui terlebih awal. Catatan : Buku log keluar masuk guru danbahan/modul yang disediakan dan dicatat dalam bukulog bagi tujuan pemantauan oleh pihak pengurusanTarikh urusan rasmi dimaklumi lebih awal bagi guru yang terlibat.Guru rancang, sediakan bahan/modul P d P untuk kelas yang ditinggalkanBahan mencukupi, dilabel ikut mata pelajaran dan kelas, diserah padaguru kananGuru ganti mengambil bahan dari bilik Guru KananModul dilaksanakan dalam waktu ganti, dikumpul dan diserahkan kepadaguru mata pelajaran untuk tindakan selanjutnya.
  • M u k a S u r a t | 239Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Di sekolah ini juga, pelaksanaan ‘jual beli’ waktupengajaran di dalam kelas berlaku dengan baik apabilaguru-guru bertugas di luar sekolah. Guru-guru sendirimempunyai rasa tanggungjawab dalam memastikanPdP tetap berlaku walaupun mereka tiada di sekolah.Pihak pengurusan akan dimaklumkan tentangpelaksanaan ‘jual beli’ waktu pengajaran tersebut.ii. Modul Siap SiagaModul ini diguna pakai apabila ‘guru tiada’ atau ‘muridtiada’Kaedah pelaksanaan Modul Siap Siaga Modul disediakan oleh panitia mata pelajaran masing-masing. Modul disimpan dalam rak yang disediakan oleh pihakpengurusan. Guru ganti atau murid ketua mata pelajaran dalamkelas berkenaan akan mendapatkan modul daripadapihak pengurusan. Tugasan dilaksanakan oleh murid berdasarkan modulyang dilaksanakan. Pencapaian prestasi murid direkodkan. Guru mata pelajaran menganalisis pencapaian muriddan melakukan penambahbaikaniii. Program Guru MudaProgram dilaksanakan apabila guru ditugaskan secaraadhoc oleh pihak atasanKaedah pelaksanaan Program Guru Muda
  • M u k a S u r a t | 240Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Kelayakan guru muda dalam kalangan murid dikenalpasti berdasarkan keputusan peperiksaan Akhir Tahun. Pemilihan guru muda dilakukan bersama-sama olehguru dan murid. Kaunselor membimbing murid tentang prosedur/tugasGuru Muda. Kenal pasti kepakaran masing-masing Persediaan bahan dengan bimbingan guru matapelajaran Pencapaian prestasi rakan direkodkan setelah tamatmasa PdP Borang penilaian Guru Muda diedarkan kepada muriddan diserahkan kepada guru mata pelajaran Guru mata pelajaran melaksanakan analisis danpenambahbaikan.iv. Program ‘Teach To Teach’Program ini khusus untuk guru bukan opsyen yangbertujuan untuk memastikan guru guru tersebut mendapat bimbingan daripada guru-guruberpengalaman bagi melonjakkan potensi danpembangunan profesional masing-masing.Mentor dipilih untuk membimbing guru berkenaan darisegi: sukatan pelajaran dan huraian sukatan buku panduan guru perancangan tahunan dan persediaan mengajar harian sumber PdP
  • M u k a S u r a t | 241Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar pengurusan bilik darjah refleksi pengelolaan kurikulumPeranan panitia mata pelajaran: Pengajaran mikro. Guru-guru didedahkan denganteknik pengajaran mata pelajaran bukan opsyen Pencerapan rakan sebaya. Kemahiran PdP guru-gurubukan opsyen akan ditingkatkan apabila dicerap ataumencerap Bengkel Penataran Kertas Jawapan muriddilaksanakan. Bimbingan membina Bahan Bantu Mengajar (BBM) Membina modul bersama-sama mentor.(c) Situasi-Situasi Laini. Kesediaan dan keberkesanan guru melaksanakan PdP sertakesediaan murid belajar. Tiada masalah kerana budaya cemerlang guru danmurid sudah sebati.ii. Guru dan murid dipanggil ke pejabat Janji temu ditetapkan selepas waktu persekolahaniii. Pengumuman melalui pembesar suara dan siaran pengetua Pengumuman ditetapkan hanya waktu rehat sahaja,siaran maklumat dicetak dan diedarkan.iv. Aktiviti sukan sekolah atau sukantara. Dilaksanakan pada waktu petang.
  • M u k a S u r a t | 242Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarSYORBersandarkan ciri-ciri kepimpinan instruksional yang dimiliki pengetua iaitumempunyai pengetahuan yang tinggi tentang PdP untuk membangunkanprofesional guru, interpersonal yang mantap, dan memotivasikan guru-gurubagi menerapkan semangat kerja sepasukan. Perlaksanaan program-programpembangunan murid pula berjaya menjana kecemerlangan murid-muridsekolah ini. Keprofesionalisme guru-guru dapat direalisasikan melaluipenghayatan visi dan matlamat yang jelas bagi menjamin keunggulan peribadi,keberhasilan kerja, komunikasi berkesan dan berpotensi meningkatkankecemerlangan sekolah.Hasilnya sekolah ini telah berjaya MMImelalui pendekatan-pendekatanrealistik seperti yang diutarakan. Keputusan Peperiksaan Awam sentiasamendahului sekolah-sekolah harian biasa di Daerah Kota Setar malah beberapabuah sekolah kluster daerah-daerah lain di negeri Kedah. Kecemerlangansekolah juga terserlah melalui penglibatan aktif murid-murid dalam bidangkokurikulum hingga ke peringkat tertinggi dan pembangunan sahsiah muridsentiasa terpelihara.Masa instruksional dapat dilaksanakan apabila semua pihakbertanggungjawab melaksanakan serta merealisasikan tugas masing-masingdan menyokong semua program melindungi masa instruksional. UsahaKementerian Pelajaran untuk memastikan murid disediakan peluangpembelajaran yang optimum dan berkesan dapat direalisasikan.RujukanRobiah Sidin, (1994), Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan,Kuala Lumpur :Penerbit Fajar Bakti.
  • M u k a S u r a t | 243Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMcBeath.J. and Mortimore.P. (2001). Improving School Effectiveness. OpenUniversity Press.Dr Haji Ishak bin Sin, Jilid 14.Bil.02.Disember 2004Pengurusan danPendidikan,Mok Soon Sang, (2000), Ilmu Pendididkan KPLI Semester 1 dan 2Bahan dari internet : deriakacamata blog spot.com/2008/11/guru-guru tiada disekolah pada masa persekolahanBahan persembahan Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah2012Surat Pekeliling Ikhtisas
  • M u k a S u r a t | 244Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMEMAKSIMUMKAN WAKTU PDPolehKHALIQUL ZAMAN BIN MOHAMED SHERIFF,SMK. Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.AbstrakMemaksimumkan waktu pembelajaran telah dikenal pasti sebagai satu elemen pentingyang telah berjaya meningkatkan pencapaian murid dan seterusnya meningkatkanprestasi SMK Guar Perahu. SMK Guar Perahu telah berjaya meningkatkanpencapaian prestasi sekolah khususnya dalam Peperiksaan Penilaian MenengahRendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kejayaan merealisasikan sekolahsatu sesi telah banyak membantu sekolah dalam memaksimumkan waktupembelajaran. Antaranya ialah menambah waktu PdP dari 35 minit kepada 40 minit,penambahan waktu PdP bagi mata pelajaran teras, pelaksanaan bilik darjah tambahandan bilik darjah bimbingan selepas sekolah dan melaksanakan program MemperkukuhBahasa Inggeris (MBI) dalam jadual waktu persekolahan. Selain itu, sekolah jugatelah berjaya mengawal masa perhimpunan harian tanpa mengganggu waktu PdPdengan menyediakan tatacara perhimpunan pagi sebagai garis panduan, menyediakanjadual guru ganti bagi guru-guru yang tidak hadir termasuk yang berkursus dan jugaGuru Cemerlang serta Jurulatih Utama yang keluar atas keperluan tugas danmemastikan terdapat guru ganti bagi guru-guru yang cuti bersalin. Akhir sekali,pemantauan secara sistematik yang dilakukan oleh pentadbir dan ketua-ketua bidangserta peranan Guru Cemerlang juga telah memberikan impak yang besar terhadappencapaian sekolah. Hasilnya, pencapaian peratus kelulusan PMR telah meningkatdaripada 95.0% dalam tahun 2010 kepada 97.4% pada tahun 2011. Selain itu, GredPurata Sekolah (GPS) untuk SPM juga telah berjaya dikurangkan daripada 5.51 padatahun 2010 kepada 5.30 pada tahun 2011. Pencapaian ini telah melayakkan sekolahdicalon untuk mendapat Bai’ah pada tahun 2012 apabila ranking sekolah menurunsebanyak 323 dari tangga 1283 pada tahun 2010 kepada 960 pada tahun 2011. Denganini, diharapkan pencapaian SMK. Guar Perahu akan terus meningkat dengan program-program yang sedia ada dan ditambah dengan program-program baharu yang lebihberkesan pada masa akan datang.
  • M u k a S u r a t | 245Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANSMK Guar Perahu merupakan sebuah sekolah harian luar bandar yang telahditubuhkan pada tahun 1989. Sepanjang 22 tahun ditubuhkan, SMK GuarPerahu telah mencapai pelbagai kejayaan dalam akademik, sukan dan jugakokurikulum. Sesuai dengan arus perdana, SMK Guar Perahu telahmelaksanakan perubahan-perubahan yang dapat melonjakkan nama sekolahbukan sahaja di peringkat negeri, malah di peringkat kebangsaan. Namunbegitu, sebagai sebuah institusi sosial yang utama, SMK Guar Perahu tidakterlepas daripada menghadapi pelbagai masalah.Antara masalah utama yang dikenal pasti ialah sekolah dua sesi yangmenyukarkan aktiviti diselaraskan dan juga pergerakan guru yang ramai ataskeperluan tugas pada satu-satu masa. Selain itu, atas tuntutan kerajaan,kementerian dan stake holders, maka mutu pembelajaran dan pengajaran (PdP)juga perlu dipertingkatkan terutamanya melalui pemantauan yang sistematik.Satu lagi isu yang perlu diambil kira ialah cuti bersalin guru memandangkan79% daripada guru di sekolah ini ialah guru wanita. Bersandarkan empat isuutama inilah maka SMK Guar Perahu perlu menukar status daripada sekolahdua sesi kepada sekolah satu sesi mulai tahun 2011 dengan harapan akan dapatmemberikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada pelanggan iaitu murid-murid di daerah Seberang Perai Tengah. Selain itu, langkah-langkah tertentujuga telah diambil untuk menangani tiga isu yang lain.Kajian tentang keberkesanan sesebuah sekolah mendapati bahawa PdPberkesan serta kompetensi guru amat berkait rapat dalam menentukanpenggunaan waktu PdP yang efektif dan optimum. Dapatan pertamamenekankan bahawa interaksi yang berlaku di antara guru dengan murid akandapat membantu murid dalam proses pembelajaran (Cotton, 1995). Hanya
  • M u k a S u r a t | 246Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmelalui interaksi yang cukup, murid akan berasa yakin dan mampu untukmencerakinkan apa-apa yang dipelajari (Doyle, 1985).Sepanjang proses interaksi guru-murid ini berlaku, guru-guru bukansahaja akan dapat memotivasikan murid malahan juga akan dapat memantaukerja rumah atau latihan-latihan yang diberikan kepada murid. Selain itu,interaksi ini juga akan dapat mengurangkan masalah disiplin dan mewujudkansuasana pembelajaran yang kondusif di dalam bilik darjah. (Anderson, 2004).Stallings dan Mohlman, (1981) menyatakan bahawa guru berkesanmeluangkan 15% daripada masanya di sekolah untuk urusan perkeranian danpentadbiran, 50% masa untuk berinteraksi dengan murid termasuk di dalambilik darjah dan 35% lagi masa digunakan untuk memantau kerja sekolah ataulatihan murid.Dapatan kedua menekankan kepada penggunaan waktu PdP yang efektifsebagai penentu kejayaan seseorang murid dan juga sesebuah sekolah. Parapengkaji menggunakan istilah opportunity to learn, time on task dan jugaeffective learning time in school and at classroom level (Stallings, 1995;Scheerens, 1992; Scheerens & Bosker, 1997) untuk menekankan perkaitanantara jumlah masa yang diluangkan di sekolah dengan kejayaan murid danjuga kejayaan sekolah. Dapatan juga menunjukkan bahawa lebih banyak masadiluangkan untuk sesi PdP, lebih tinggi kebarangkalian untuk seseorang muriditu mencapai kejayaan dalam pelajaran.
  • M u k a S u r a t | 247Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarISI KANDUNGAN1. Sekolah Satu SesiPersekolahan dua sesi mengurangkan waktu PdP sebanyak 12.5%.Persekolahan dua sesi menyukarkan pihak sekolah untuk melaksanakanprogram bilik darjah bimbingan kerana kekurangan tempat. Selain itu,sekolah dua sesi juga menyukarkan pelaksanaan aktiviti kokurikulumyang akhirnya menyebabkan waktu PdP kadang-kadang digunakanuntuk urusan kokurikulum.Dalam memastikan waktu (PdP) dilaksanakan secara maksimum danlebih berkesan, pelbagai usaha telah diadakan. Antaranya ialahmewujudkan sekolah satu sesi. Sebelum ini, sekolah ini dijalankandalam dua sesi kerana bilangan murid yang ramai melebihi 1400 orang.Namun, apabila sebuah sekolah baharu dibuka iaitu SMK Guar PerahuIndah, sebahagian murid sekolah ini dapat dipindahkan ke sekolahbaharu. Pihak sekolah memanafaatkan peluang ini denganmengemukakan permohonan kepada pihak JPN untuk memohonkebenaran menukar sesi pembelajaran dari dua sesi kepada satu sesi.Dengan wujudnya persekolahan satu sesi, waktu PdP telah ditambahkepada 40 minit untuk satu masa berbanding 35 minit dalam satu masasebelum ini. Hal sedemikian bermakna, waktu PdP telah bertambahsebanyak 12.5 % (5/40 x 100 = 12.5%) atau 240 minit seminggu. Setiapmurid menikmati waktu pembelajaran yang lebih panjang dan gurumempunyai lebih banyak masa untuk menguruskan PdP. Tugasan yangdiberikan dapat disiapkan dengan lebih sempurna terutamanya apabilamelibatkan waktu berganda (double period ) dan aktiviti amali .
  • M u k a S u r a t | 248Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPersekolahan satu sesi juga membolehkan murid berada lebih lama disekolah bersama guru-guru untuk memastikan urusan PdP dapat berjalandengan lebih berkesan. Persekolahan satu sesi menyelesaikan banyakmasalah seperti aktiviti kokurikulum. Apabila aktiviti kokurikulumberjalan secara lebih terancang, maka waktu PdP tidak terganggu. Olehitu, guru dan murid dapat menumpukan perhatian serius semasa didalam bilik darjah. Dengan adanya persekolahan satu sesi menyebabkanaktiviti bilik darjah bimbingan / tambahan / program motivasi dapatdijalankan dengan lebih kerap sekali gus dapat menambahkan waktuPdP guru dan murid secara optimum.Kesimpulannya, persekolahan satu sesi mampu menyelesaikan banyakmasalah berkaitan PdP dan memberikan banyak kesan positif kepadamurid dan para guru. Waktu PdP dapat ditambah dan memberikanpengaruh yang besar kepada keputusan peperiksaan para murid.2. Perhimpunan Setiap PagiSemua murid dan guru mesti mengikuti perhimpunan setiap pagi samaada perhimpunan rasmi sekolah setiap Isnin dan Rabu yang mengambilmasa selama 40 minit mulai jam 7.40 hingga 8.20 minit pagi. Muridjuga akan mengikuti perhimpunan harian mulai jam 7.30 hingga 7.40setiap Selasa, Khamis, dan Jumaat. Perhimpunan pagi yang diadakanakan mengganggu PdP jika tidak dirancang dengan baik atau masa yangdigunakan melebihi waktu yang ditetapkan. Bagi memastikan masaperhimpunan tidak menjejaskan waktu PdP, maka satu tatacaraperhimpunan pagi telah dikeluarkan sebagai garis panduan.Perhimpunan dirancang dengan mengehadkan maklumat berkaitanperkara-perkara penting dan ringkas sahaja, mempunyai susunan atur
  • M u k a S u r a t | 249Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarcara dan guru yang terlibat perlu memaklumkan maklumat yanghendak disampaikan terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran.Selain itu, perhimpunan akan dihentikan pada jam 7.40 pagi.Kesimpulannya, dengan mengadakan perhimpunan pagi, gurutidak perlu membuang masa untuk mengambil kehadiran muridsetiap hari di dalam bilik darjah. Guru lebih bersedia untuk terusmemulakan PdP kerana murid akan segera berada di dalam bilikdarjah serentak. Pergerakan murid untuk ke bilik-bilik khas /makmal / bengkel / bilik media akan lebih cepat. Tindakan atasmurid yang menjejaskan waktu pengajaran guru akan diambiltindakan segera semasa perhimpunan pagi.3. Memaksimumkan Pengajaran Waktu BergandaDalam usaha untuk meningkatkan pencapaian prestasi akademik murid,sewajarnya guru dapat memaksimumkan PdP di dalam bilik darjah.Pembaziran masa berlaku apabila guru bergerak dari satu bilik darjah kebilik darjah yang lain. Biasanya guru mengambil masa 2 hingga 3 minituntuk sampai ke bilik darjah bergantung kepada lokasi guru berada dankedudukan bilik darjah yang perlu dimasuki. Jika pengajaran waktuberganda digunakan, guru dapat menjimatkan masa pergerakansebanyak 50 peratus. Contohnya, jika pengajaran ‘satu waktu’pergerakan guru ulang-alik ialah 4 minit, hal ini dapat dijimatkan kepada2 minit apabila menggunakan pengajaran ‘waktu berganda’ .Pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk memperbanyakpengajaran ‘waktu berganda’ bagi kebanyakan mata pelajaran. Sebagaicontohnya, mata pelajaran Sains yang diperuntukkan lima waktu, bolehdibahagikan kepada 2-2-1 waktu. Bagi mata pelajaran Geografi, 3
  • M u k a S u r a t | 250Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarwaktu, dibahagikan kepada 2-1 waktu. Dengan cara ini, bilik-bilik khasseperti bilik media dan makmal dapat dimaksimumkan penggunaannya.Kesimpulannya, daripada pemantauan yang dibuat, didapati guru dapatmengelakkan pembaziran masa iaitu mengurangkan pergerakan gurudaripada satu bilik darjah ke bilik darjah yang lain. Murid juga dapatmenyiapkan semua latihan yang diberi oleh guru di dalam bilik darjah.Sukatan Pelajaran juga dapat diselesaikan mengikut RancanganPelajaran Tahunan (RPT).4. Guru Ganti Bagi Guru Yang Tidak HadirGuru-guru juga manusia biasa yang tidak terkecuali daripada mengalamimasalah kesihatan, dan masalah-masalah peribadi atau keluarga yangtidak dapat dielakkan. Guru-guru terpaksa mengambil cuti sakit ataucuti kecemasan semasa hari persekolahan.Bagi mengatasi masalah di atas, jadual guru ganti disediakan oleh pihakpentadbir. Semua Ketua Panitia telah dimaklumkan pada awal tahunsupaya menyediakan 2 set bahan kelas gantian untuk setiap tingkatan.Guru yang masuk ke bilik darjah untuk menggantikan guru-guru yangcuti sakit atau cuti kecemasan akan mengambil bahan pengajarandaripada Panitia yang berkenaan. Selain itu, untuk mengatasi masalahini, guru-guru juga boleh membuat bilik darjah tambahan / gantian bagibilik darjah yang ditinggalkan. Dengan ini, sukatan pelajaran dapatdihabiskan mengikut perancangan yang sedia ada.Kesimpulannya, walaupun guru mengambil cuti sakit atau cutikecemasan, PdP tidak terjejas kerana jadual guru ganti dan bahan-bahan
  • M u k a S u r a t | 251Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPdP disediakan untuk guru ganti mengambil alih tugas guru tersebutsebaik mungkin.5. Guru BerkursusSelain mengajar di sekolah, guru-guru diberi peluang untuk berkursus ditempat-tempat yang dikhususkan. Biasanya kursus-kursus yangmelibatkan guru-guru dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri danKementerian Pelajaran Malaysia. Guru-guru terpaksa meninggalkantugasan mengajar untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan yangbersesuaian dengan opsyen. Kursus yang dihadiri mengambil masabeberapa hari dan minggu. Situasi ini menyebabkan PdP tertangguh,murid ketinggalan pelajaran dan sukatan pelajaran tidak dapatdihabiskan mengikut perancangan.Bagi mengatasi masalah di atas, guru-guru yang berkursus perlumerancang dan menyediakan bahan kerja untuk murid melaksanakannyasepanjang tempoh guru berkenaan menghadiri kursus. Sekembalidaripada kursus, guru berkenaan hendaklah memantau kerja (homework)yang ditinggalkan dan memastikan murid melaksanakannya danmembuat perbincangan dengan murid.Sekiranya guru-guru mendapat tawaran kursus dalam jangka masa yangsingkat bolehlah berhubung dengan rakan sejawat untuk menukar waktuPdP secara persetujuan bersama. Selain itu, untuk mengatasi masalahini, guru-guru yang berkursus boleh membuat kelas gantian bagi kelasyang ditinggalkan. Dengan ini, sukatan pelajaran dapat dihabiskanmengikut perancangan yang sedia ada.
  • M u k a S u r a t | 252Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKesimpulannya, waktu PdP dapat digunakan secara maksimum jikaguru-guru memainkan peranan yang sewajarnya dalam memartabatkanprofesion perguruan. Sikap amanah, ikhlas dan bertanggungjawab guru-guru akan dapat melahirkan anak didik yang cemerlang di dunia dan diakhirat.6. Guru Cemerlang / Jurulatih UtamaTerdapat sebilangan Guru Cemerlang (GC) dan Jurulatih Utama (JU)yang terpaksa keluar semasa waktu persekolahan untuk menjalankantugas sebagai penceramah/fasilitator bagi membantu sekolah lain, PPDdan JPN ataupun KPM dalam menjalankan pelbagai programpeningkatan akademik.Apabila guru-guru terlibat meninggalkan sekolah, mereka akanmeninggalkan tugasan untuk murid dan membincangkan tugasan denganmurid pada waktu PdP berikutnya. Selain itu, guru terlibat juga akanmenukar waktu PdP dengan guru lain secara suka sama suka. Guruterlibat juga kadang-kadang akan mengganti waktu PdP pada waktu cutipersekolahan.Kesimpulannya Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama sentiasaberusaha untuk memaksimumkan waktu PdP walaupun terpaksamelakukan tugas luar demi kecemerlangan anak murid.7. Bilik darjah Bimbingan PMR / SPMBilik darjah tambahan perlu dibuat memandangkan terdapat guru terlibatdengan aktiviti luar, mesyuarat dalaman dan mesyuarat di luar danpenyelesaian bagi kes-kes yang berlaku di sekolah atau guru terpaksa
  • M u k a S u r a t | 253Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmenyelesaikan kes disiplin. Selain itu, terdapat ramai murid miskin yangtidak mampu menghadiri bilik darjah tambahan di luar dan murid lemahyang perlu diulang dan dibimbing pada setiap tajuk. Terdapat tiga jenisbilik darjah bimbingan diadakan iaitu bilik darjah bimbingan berfokus,bilik darjah bimbingan waktu cuti persekolahan dan bilik darjahbimbingan pada hari Sabtu.Bilik darjah bimbingan berfokus diadakan pada setiap Isnin, Selasa, danKhamis mulai jam 3.15 petang hingga 4.15 petang. Bilik darjah inimerupakan bilik darjah pelengkap bagi guru yang terlibat dengan aktivitiluar atau sebagai bilik darjah latih tubi bagi tajuk-tajuk yang tertentu.(Jadual bilik darjah dilampirkan)Bilik darjah bimbingan waktu cuti persekolahan diadakan pada minggupertama cuti pertengahan penggal. Bilik darjah bermula pada jam 8.00pagi hingga 12.30 tengah hari. (Lihat Lampiran). Bilik darjah inidirancang oleh jawatankuasa peningkatan prestasi sekolah dengankerjasama Majlis Guru Cemerlang SMKGP yang bertujuan untukmemastikan murid tidak membuang masa walaupun semasa cutipersekolahan. Bahan-bahan PdP disediakan oleh guru yang terlibatbersama-sama dengan ketua panitia.Bilik darjah bimbingan hari Sabtu diadakan pada hari Sabtu minggukedua dan minggu keempat yang bukan cuti umum. Guru yang terlibatakan memaklum sendiri kepada bilik darjah-bilik darjah yang diajar.Bilik darjah bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bagi slotpertama, manakala slot kedua mulai jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahhari.
  • M u k a S u r a t | 254Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKeseluruhannya, program yang dirancang telah banyak membantu pihaksekolah mencapai objektif dan memberikan faedah kepada semua muridyang terlibat. Semua guru terlibat telah merancang dan berusahamenjayakan program demi kecemerlangan murid dan peningkatanprestasi sekolah pada tahun ini.8. Memperkukuh Bahasa Inggeris / Solat ZohorPenguasaan bahasa yang lemah dalam kalangan murid SMK GuarPerahu disebabkan kurang minat untuk membaca. Contact Hours yangsangat terhad menyebabkan murid hanya mendapat pendedahanterhadap Bahasa Inggeris di dalam bilik darjah semasa PdP sahaja.Selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran untuk MemperkukuhBahasa Inggeris (MBI), pihak sekolah telah melancarkan program MBIHappy Hour. Hari Isnin dan Rabu untuk menengah atas dan Selasa danKhamis untuk menengah rendah. Program 30 minit ini memberikanpeluang kepada murid untuk mendapat pendedahan berkaitan BahasaInggeris yang lebih agar mereka dapat meningkatkan penguasaaanmereka. Panitia Bahasa Inggeris dipertanggungjawabkan untukmenyediakan bahan yang menarik dan sesuai untuk murid.Masa MBI ialah dari 1.20 tengah hari hingga 1.50 tengah hari. GuruMBI akan memantau dan membantu murid jika diperlukan. GuruBahasa Inggeris akan membuat tindakan susulan semasa bilik darjahmereka. Program ini selain daripada menambahkan contact hour, muriddapat juga menampung waktu jika guru terpaksa meninggalkan sekolahatas urusan rasmi atau bercuti.
  • M u k a S u r a t | 255Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKesimpulannya, dengan adanya waktu tambahan 1.20 – 1.50 tengahhari, contact hour dapat ditambah dan diharapkan murid dapatmenguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik.9. Program Guru Ganti (Cuti Bersalin / Guru Melanjutkan Pelajaran)Bilangan guru perempuan di SMKGP lebih ramai berbanding guru lelakidengan nisbah 4:1. Hal ini menyebabkan kemungkinan guru cutibersalin adalah tinggi kerana ramai guru perempuan berumur antara 25hingga 40 tahun yang berkahwin dan diandaikan boleh melahirkan anak.Selain itu, terdapat ramai guru muda yang berminat untuk melanjutkanpelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan terpaksa memohon cutiyang panjang.Dalam memastikan waktu PdP digunakan semaksimum mungkin dantidak berlaku pembaziran masa ketika ketiadaan guru-guru atas urusantertentu, pihak sekolah akan memastikan “guru ganti” dapat diadakantepat pada waktunya. Dengan kerjasama pihak Pejabat Pelajaran Daerahdan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang setakat ini pihak sekolah sentiasamendapat guru ganti tepat pada masanya terutama guru ganti untuk gurubersalin yang biasanya mengambil tempoh masa bercuti yang lama.Pada penghujung tahun, pihak sekolah biasanya akan membuat banciantentang guru-guru yang dijangka bersalin pada tahun berikutnya. Nama–nama guru tersebut berserta pengkhususan/opsyen akan dihantar ke PPDuntuk tujuan persediaan guru. Ada juga ketika guru–guru ganti yangdatang tidak mengikut pengkhususan atau lewat dihantar, pihak sekolahakan membuat perubahan pada jadual waktu menggunakan kepakaranguru-guru yang sedia ada di samping membuat pengubahsuaian waktumata-mata pelajaran lain. Namun, perkara yang dipastikan ialah tiada
  • M u k a S u r a t | 256Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarbilik darjah tanpa guru dan PdP yang berkesan mesti dijalankansepanjang masa. Pemantauan daripada pentadbir akan dijalankan darisemasa ke semasa bagi memastikan proses PdP berjalan denganberkesan.Kesimpulannya, pihak sekolah sentiasa membuat perancangan yang rapisupaya PdP tidak terjejas walaupun guru bercuti panjang kerana bersalinatau melanjutkan pelajaran.10. Pemantauan BerkesanSeperti sekolah-sekolah lain, SMK Guar Perahu juga perlu memastikanproses PdP perlu dirancang dan dimantapkan. Selain itu, keadaanpersekitaran yang kondusif juga perlu diwujudkan. Murid akan keluarbilik darjah atau di kaki lima sekiranya guru tidak masuk ke bilik darjahatau terlewat masuk ke bilik darjah. Murid juga akan bising, tidakmenumpukan perhatian dan tiada peralatan seperti buku dan alat tulissemasa proses PdP dilaksanakan jika kawalan bilik darjah oleh gurulemah.Bagi memastikan waktu PdP dimaksimumkan sepenuhnya pihakpentadbiran sekolah memastikan Jadual Pemeriksaan Buku Latihandibuat. Semua guru diminta menyerahkan buku latihan murid yang telahdisemak kepada pentadbir mengikut jadual. Dengan adanya pemantauanini, pihak guru mesti merancang dan memastikan proses PdP yangdijalankan di bilik darjah adalah berkesan dan mempunyai aktivitipengukuhan yang juga berkesanPihak pentadbir juga dari semasa ke semasa membuat pencerapan bagimemastikan aktiviti PdP yang berlaku di bilik darjah mengikut sukatan
  • M u k a S u r a t | 257Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajaryang ditetapkan oleh kementerian. Jadual pencerapan diadakan. (rujuklampiran) Setiap guru akan dicerap sebanyak dua kali. Setelah selesaiproses pencerapan, perbincangan akan diadakan antara guru danpentadbir untuk meningkatkan mutu PdP. Aktiviti ini menyumbangkepada peningkatan mutu PdP.Pentadbir juga akan melakukan rondaan ke setiap blok serta kawasansekolah untuk memastikan PdP berjalan dengan lancar, murid bersediauntuk belajar dan tiada gangguan semasa PdP dilaksanakan. Rondaanjuga dilakukan untuk memastikan bilik darjah berada dalam keadaanbersih dan ceria supaya pembelajaran dilakukan dalam keadaan yangselesa. Rondaan dilakukan oleh Pengetua, Penolong-penolong Kananserta Ketua-ketua Bidang. Jadual rondaan disediakan dalam JadualWaktu Sekolah. Ketua Bidang akan meronda 3 kali seminggu, PenolongKanan 4 kali seminggu sementara Pengetua tidak disediakan jadualuntuk melakukan rondaan. Guru Bertugas Mingguan juga melakukanrondaan mengikut jadual yang disediakan oleh Ketua Guru BertugasMingguan .Laporan perlu disediakan dalam borang rondaan yang disediakan selepassetiap kali rondaan untuk disahkan oleh pengetua atau Penolong KananPentadbiran. Antara perkara yang perlu dilaporkan ialah bilik darjahyang tiada guru, bilik darjah yang muridnya tidur atau bising dan bilikdarjah yang kotor serta kawasan sekolah yang kotor yang perludibersihkan dengan segera. Guru bertugas akan membuat laporan dalamBuku Bertugas Mingguan.Kesimpulannya, rondaan yang dilakukan oleh pihak sekolah dapatmengurangkan masalah murid berkeliaran di luar bilik darjah semasaPdP dilakukan. Di samping itu PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan,
  • M u k a S u r a t | 258Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmasalah guru tiada di dalam bilik darjah dapat di atasi dengan segeradan guru-guru dapat memaksimumkan waktu tersebut dengansepenuhnya.11. Menambah Waktu Pengajaran dan PembelajaranBilik darjah Kemanusiaan 4K1, 4K2, 4K3, 5K1, 5K2, 5K3 mengambil 8mata pelajaran untuk SPM. Walaupun boleh balik awal, tetapi waktupersekolahan untuk semua murid bermula jam 7.30 pagi hingga 3.00petang. Terdapat waktu yang berlebihan. Maka, mata pelajaran Teras:Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Bahasa Melayu bagi bilik darjahKemanusiaan ditambah waktu PdP menjadi di antara 6 hingga 8 waktu.Analisis Jadual Waktu bilik darjah berkenaan seperti yang berikut:Mata Pelajaran/BilikdarjahMatematik English SainsBahasaMalaysia4K1 5 7 6 74K2 5 7 7 64K3 6 5 6 85K1 7 7 5 65K2 6 6 5 85K3 5 5 5 8Dengan menambah waktu PdP, dapat menambah ‘contact hours’ gurudengan murid dan murid dengan murid. Oleh itu, penambahan waktumampu meningkatkan pencapaian akademik murid.
  • M u k a S u r a t | 259Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarSYORBagi memastikan SMK Guar Perahu terus cemerlang, program-program sediaada akan diteruskan dan dibuat penambahbaikan mengikut keperluan. Selainitu, beberapa program juga sedang ditingkatkan keberkesanannya agarmemberikan impak yang lebih atas pencapaian murid dan juga sekolah. Antaraprogram yang akan dipertingkatkan ialah Program Motivasi untukmeningkatkan kesedaran murid termasuk dari aspek kerohanian, akademik danjuga kerjaya.Selain itu, pihak sekolah juga sedang meningkatkan kerjasama dengankomuniti setempat dan agensi luar untuk membantu sekolah bagi membantumurid. Pihak sekolah juga sedang meningkatkan pelaksanaan program-programsahsiah supaya disiplin dapat dipertingkat. Seandainya masalah disiplin muridseperti ponteng bilik darjah dan ponteng sekolah dapat di atasi, guru-guru akandapat memberikan tumpuan yang lebih berkaitan proses PdP dalam bilikdarjah.Hal ini akhirnya akan dapat meningkatkan lagi pencapaian murid dan jugasekolah. Diharapkan agar SMK Guar Perahu akan dapat meneruskankecemerlangan dalam semua aspek selaras dengan visi sekolah iaitu menjadiSekolah Hebat menjelang Tahun 2015.RujukanAnderson, L.W., (2004) Increasing Teacher Effectiveness. (Second Edition)Paris: UNESCO, IIEP dalam Scheerens, J. (2004). Review of schooland instructional effectiveness research. UNESCO Research Paper2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www.unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdf
  • M u k a S u r a t | 260Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarCotton, K. (1995). Effective schooling practices: A research synthesis. 1995Update. School Improvement Research Series. Northwest RegionalEducational Laboratory dalam Scheerens, J. (2004). Review of schooland instructional effectiveness research.UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www.unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdfDoyle, W. (1985). Effective secondary classroom practices. In: M.J. Kyle(Ed.), Reaching for excellence. An effective schools sourcebook.Washington: U.S. Government Printing Office dalam Scheerens, J.(2004). Review of school and instructional effectiveness research.UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman webwww. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdfSammons, P., Hillman, J., & Mortimore, P. (1995). Key characteristics ofeffective schools: A review of school effectiveness research. London:OFSTED dalam Scheerens, J. (2004). Review of school andinstructional effectiveness research. UNESCO Research Paper2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www.unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdfScheerens, J. (1992). Effective Schooling, Research, Theory and Practice.London: Cassell dalam Scheerens, J. (2004). Review of school andinstructional effectiveness research. UNESCO Research Paper2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www.unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdfScheerens, J. (2004). Review of school and instructional effectiveness research.UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman webwww. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdfScheerens, J., & Bosker, R.J. (1997). The Foundations of EducationalEffectiveness. Oxford: Elsevier Science Ltd dalam Scheerens, J. (2004).Review of school and instructional effectiveness research. UNESCOResearch Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www.unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdfStallings, J. (1985). Effective elementary classroom practices. In: M.J. Kyle(Ed.), Reaching for excellence. An effective schools sourcebook.Washington, DC: US Government Printing Office.Stallings, J., & Mohlman, G. (1981). School policy, leadership style, teacherchange and student behavior in eight schools. Final report to theNational Institute of Education, Washington D.C.
  • M u k a S u r a t | 261Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL MELALUI POLISIPENGURUSAN SEKOLAH DAN PROGRAM KHASolehCIK RUSNANI BINTI SHARUDDINSMK Raja Perempuan, Ipoh, PerakABSTRAKDalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025), keberhasilanpembelajaran murid merupakan tumpuan utama bagi memastikan pembangunanmodal insan untuk menentukan hala tuju pendidikan negara yang memberikankeutamaan kepada pemastian pendidikan berkualiti disediakan untuk semua murid.Oleh yang demikian Melindungi Masa Instuksional merupakan behavioural yangsepatutnya dipamerkan oleh seorang pemimpin sekolah yang mempunyai kepimpinaninstruksional yang mantap. Pihak pengurusan sekolah boleh mewujudkan polisi danmenguatkuasakan amalan bagi melindungi masa instruksional untuk pembelajaranmurid yang berkesan. Di SMK Raja Perempuan, Ipoh pihak pengurusan sekolah telahpun melaksanakan beberapa polisi bagi melindungi masa instruksional ini supayakeberhasilan pembelajaran murid dicapai. Antaranya termasuk mewujudkan WaktuPengurusan Kelas yang digandingkan dengan penggunaan planner murid serta jadualwaktu kerja rumah, memaksimumkan waktu kokurikulum selepas waktupersekolahan untuk aktiviti-aktiviti akademik dan bidang HEM selain waktukokurikulum dan sukan yang telah ditetapkan. Pihak sekolah juga telah menetapkantempoh masa untuk raptai bagi majlis utama sekolah dengan mewujudkan standard ofprocedure tertentu pada peringkat sekolah untuk mengawal kualiti majlis atau eventdan pada masa yang sama masa instruksional guru yang terganggu dapatdiminimumkan dan dalam keadaan tertentu boleh digantikan semula.ProgramKepimpinan murid yang khusus melibatkan mereka untuk bersuara tentang hakmereka untuk memperoleh masa instruksional yang berkualiti serta aspek-aspek laindalam persekitaran dan pengurusan sekolah juga diperkenalkan dengan mewujudkanStudents Voice Committee.
  • M u k a S u r a t | 262Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANMenurut sumber dari Bahagian Pendidikan Guru, (2011), tugas utama gurumerangkumi PdP (PdP), perancangan PdP, penilaian murid, perjumpaankokurikulum, bimbingan akademik di luar PdP hanya berjumlah 11.16 jamseminggu. Manakala tugas sampingan yang dipikul oleh guru sepertimenghadiri latihan dalam perkhidmatan (LDP), mesyuarat, mengiringi murid,melatih murid, kelas tambahan, relief, program khas sekolah, majlis sekolahdan mesyuarat PIBG menjangkau kepada 40 jam seminggu. Selain itu, masainstruksional guru juga terganggu oleh tugas-tugas perkeranian mingguan, dantahunan. Justeru sekolah perlu menetapkan polisi tertentu atau mewujudkaninovasi dan penguatkuasaan bagi mengelakkan guru menggunakan waktu PdPuntuk menyelesaikan tugas-tugas perkeranian ini. Bagi tugas perkeranian inijuga, guru menggunakan sejumlah 16.88 jam seminggu. Daripada analisis diatas jelas menunjukkan jumlah jam yang digunakan oleh guru untukmelaksanakan tugas utama paling minima berbanding tugas sampingan dantugas perkeranian. Sehubungan dengan itu, nisbah tugas utama: tugassampingan : tugas pekeranian = 11.16 : 40.00 : 16.88 perlu diperbetulkan demimenjaga atau melindungi keberkesanan PdP di dalam bilik darjah.PERNYATAAN ISUPerkara yang menjadi satu permasalahan di sekolah ialah sekolah tidak dapatmenghasilkan prestasi akademik yang berkualiti ataupun keberhasilanpembelajaran murid tidak dicapai. Perkara ini adalah oleh disebabkan fokusdan passion dalam menterjemahkan kurikulum tersurat kepada kurikulumoperasional pada tahap paling minimum. Jika pemimpin instruksional tidakmelihat dan mengambil tindakan secara profesional, maka warga sekolahkhususnya guru-guru akan tersasar daripada skop tugas utama mereka
  • M u k a S u r a t | 263Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmerancang, melaksana, menilai PdP, dan mengawal proses untuk kualiti.Pemimpin Instruksional yang mantap sepatutnya dapat menggunakan peluangdan ruang yang ada dalam bidang kokurikulum, sukan, dan hal ehwal muriduntuk memantapkan pencapaian akademik dan sekali gus membudayakankecemerlangan akademik serta selari dengan kecemerlangan domain-domainlain. Oleh yang demikian, pemimpin sekolah mestilah meletakkan keutamaankepada isu-isu kurikulum dan instruksional disamping mempamerkanpengetahuan yang tinggi tentang pelaksanaan kurikulum serta pentaksiran disekolah bagi membolehkan guru-guru mengikut rentak yang sama. Pemantauankemajuan murid yang berterusan akan menyumbang kepada pencapaiansekolah dan keberkesanan pengajaran guru serta keberkesanan pembelajaranmurid yang juga memastikan matlamat sekolah akan tercapai.CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN1. Waktu Pengurusan Kelas (WPK), Planner Murid dan JadualWaktu Kerja RumahPihak pengurusan sekolah telah melaksanakan waktu pengurusan kelas(WPK) yang digandingkan bersama dengan planner murid dan jadualwaktu kerja rumah. Waktu Pengurusan Kelas adalah pada 7.30 hingga8.00 pagi dari hari Selasa hingga Jumaat selama 2 jam seminggu.Waktu Pengurusan Kelas diambil lima minit setiap waktu dandihimpunkan. Secara logiknya, apabila guru masuk ke dalam kelas, guruperlu mengambil masa untuk menguruskan kelas. Kadangkala gurumungkin mengambil masa lebih daripada lima minit untukmenguruskan bilik darjah. Oleh yang demikian, WPK dapatmengawal guru menggunakan waktu PdP untuk kerja-kerjaperkeranian sama ada perkeranian mingguan, bulanan ataupun
  • M u k a S u r a t | 264Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajartahunan kerana tugas tersebut telah distruktur secara berterusansepanjang tahun. Apabila guru masuk ke dalam kelas, proses PdPdilaksanakan serta merta. WPK ini akan dikendalikan oleh guru kelasatau guru tingkatan untuk menguruskan perkara-perkara berikut :(a) menguruskan data berkaitan akademik, kokurikulum danhal ehwal murid (HEM),(b) menyemak planner murid,(c) menyelesaikan hal-hal berkaitan prestasi akademik,(d) memastikan murid-murid telah melengkapkan kerjarumah,(e) memastikan murid membuat pembacaan untukPROGRAM NILAM (selected classes),(f) membimbing murid untuk PROGRAM ORGANICFARMING (selected classes ikut giliran) (OrganicFarming adalah untuk memupuk soft skills berkaitandengan alam sekitar),Semasa WPK ini, aktiviti murid akan menjurus kepada(a) mengumpul semua kerja rumah yang patut dihantar setiaphari berdasarkan jadual kerja rumah setiap kelas,(b) murid melengkapkan kerja rumah (jika masih tidaklengkap),(c) membuat pembacaan untuk PROGRAM NILAM, dan(d) berinteraksi dengan guru untuk menyelesaikan masaalahberkaitan akademik.WPK ini diwujudkan untuk disesuaikan dengan planner murid. Plannermurid ini diambil dan diadaptasikan dari sebuah sekolah di Londonsemasa menjalani Kursus di King’s College, London. Apabila muridmenggunakan planner murid secara tidak langsung, diajar untuk
  • M u k a S u r a t | 265Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmenganalisis dan sintesis semasa membuat perancangan akademik.Sehubungan dengan itu, terdapat unsur-unsur penerapan kemahiranberfikir dan pengurusan masa yang berkesan. Aspek-aspek inimerupakan added value kepada kualiti pembelajaran murid. SMK RajaPerempuan telah melaksanakan program ini bermula tahun 2010, 2011,dan 2012. Pemantauan program ini diletakkan dibawah barisanPenolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran.2. Students Voice CommitteePihak pengurusan sekolah juga telah menwujudkan Badan Kepimpinanmurid, iaitu Students Voice Committee dengan tujuan mendidik muriduntuk bersuara bagi mendapatkan hak mereka dalam proses PdP yangberkualiti. Setiap kelas akan diwakili oleh seorang murid yang akanmenyatakan ketidakpuashatian tentang hak yang patut diperolehi olehmereka. Pihak pengurusan sekolah akan bermesyuarat dengan badankepimpinan ini bertujuan untuk mendengar dan mengambil tindakanyang sewajar serta merasionalkan terhadap perkara-perkara yang telahdibangkitkan. Students Voice Committee ini juga telah diadaptasidaripada amalan yang telah dilaksanakan oleh Wellington High SchoolFor Girls, di Surrey, United Kingdom (UK). Program ini melatih muriduntuk menjadi lebih kritis, berfikiran terbuka, berkomunikasi secaraberkesan dan menggalakkan perbincangan secara berhemah untukmenyelesaikan sebarang isu.Jika terdapat sebarang isu berkaitan dengan kualiti pengajaran guru,maka penilaian terhadap pengajaran guru menggunakan instrumen yangspesifik oleh murid yang terlibat akan dilaksanakan setelah gurutersebut dimaklumkan. Hasil dapatan akan dianalisis dan akandibentangkan dalam mesyuarat Jawatan Kuasa Students Voice. Melalui
  • M u k a S u r a t | 266Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarprogram seperti ini tindak tanduk proses pengajaran guru dapat dikawaloleh sistem dan guru akan sentiasa alert dan bersedia untuk menghadapisebarang kemungkinan. Oleh yang demikian, MMI dapat berlaku danbegitu juga kualiti PdP dapat dibudayakan .3. Waktu KokurikulumSMK Raja Perempuan telah meletakkan perjumpaan kokurikulum dansukan sebanyak 29 minggu (7 bulan). Daripada 29 minggu, perjumpaanyang wajib bagi aktiviti kokurikulum dan sukan ialah sebanyak 10minggu untuk setiap persatuan dan kelab, unit beruniform, dan kelabpermainan bagi membolehkan mereka mencapai 50% wajaran markahjika mereka hadir penuh. Perjumpaan kokurikulum yang selebihnyadigunakan untuk Bengkel Mata Pelajaran dan Klinik Mata Pelajaran.Hal ini merupakan strategi untuk top up masa instruksional yang formaldi dalam bilik darjah. Secara tidak langsung walupun sekolah aktifdengan pelbagai aktiviti kokurikulum dan aktiviti kluster, pihakpengurusan masih mengambil peluang untuk memberikan fokus kepadainstruction .Bengkel Mata Pelajaran akan diadakan setiap kali selepas ujian danpeperiksaan. Semua murid dilatih semula cara mengunakan scoringrubric bagi instrumen ujian dan peperiksaan untuk meningkatkanprestasi mata pelajaran mereka melalui penilaian kendiri denganbimbingan guru mata pelajaran. Klinik Mata Pelajaran lebih berfokuskepada murid-murid kritikal yang mempunyai masalah yang samamelibatkan konstruk-konstruk tertentu yang perlu diberikan perhatianuntuk lulus dalam peperiksaan awam. Tiada Guru di SMK RajaPerempuan dibenarkan mengadakan kelas tambahan, merekahanya dibenarkan mengadakan bengkel ataupun klinik. Sukatan
  • M u k a S u r a t | 267Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarpelajaran perlulah dirancang dengan telilti dan di laksanakan waktu PdPyang formal menggunakan pelbagai pendekatan.Waktu kokurikulum ini juga digunakan untuk mengadakan seminar ataubengkel seperti teknik menjawab soalan awam, motivasi, kerjaya sertaseminar. Semua aspek ini adalah penting di dalam membangunkankeberhasilan pembelajaran murid.4. Waktu Raptai Majlis SekolahPengurusan Majlis Sekolah perlu dirancang dengan teliti dan setiap AhliJawatankuasa (AJK) Kecil di dalam Jawatankuasa Majlis Sekolah perluada satu (SOP) untuk melaksanakan tugasan yang telah ditetapkan bagimengawal kualiti majlis dan MMI. Dengan cara begini waktu raptaidapat dipendekkan. Selalunya raptai yang pertama hanya menggunakanseparuh hari sahaja. Jika raptai yang pertama diadakan sebelum rehatmaka selepas rehat waktu PdP mestilah berlangsung seperti dalamjadual. Manakala raptai yang kedua selalunya raptai penuh diadakanpada hari PdP pendek iaitu sama ada hari Khamis ataupun Jumaat.Dengan cara ini guru-guru akan memikirkan cara terbaik dalam masayang singkat untuk menghasilkan kualiti dan focus mereka terhadapinstructional time, instruksional process tidak diganggu oleh majlis-majlis ini.5. KesimpulanKepimpinan sekolah perlulah sensitif tentang isu MMI di sekolah. WPKpenting sebagai satu cara untuk mengenal pasti masalah-masalah yangberkaitan dengan murid yang kadang kala boleh mengganggu PdP gurudidalam kelas. Malahan WPK juga dapat memberikan manfaat kepada
  • M u k a S u r a t | 268Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarkeperluan peribadi murid dalam merancang kerja-kerja harian yangperlu diselesaikan sepanjang masa persekolahan dan juga waktu-waktutertentu apabila murid itu berada di rumah. Dalam kesibukanpengurusan kokurikulum, penglibatan murid dalam aktiviti berbentukakademik juga perlu diselit oleh kepimpinan sekolah dalam MMI. Halini menyediakan peluang murid mendapat pembelajaran yang bermaknadan boleh meningkatkan pencapian prestasinya. Pengurusan sekolahperlu sedar bahawa dalam mengendalikan majlis-majlis keraian sekolahbanyak mengganggu masa instruksional. Oleh itu, pengurusan yangterancang dan bersistematik dapat melindung masa instruksional.Manakala Student Voice Committee boleh membantu murid dan gurudalam menilai kebolehan menyampai dan menerima sesuatu bidangdengan lebih berkesan semasa PdP. Diiharapkan masalah-masalah yangdihadapi boleh disampaikan melalui komuniti tersebut, supaya PdPdapat yang dilaksanakan dan diubahsuai mengikut keperluan murid.SYORWaktu Pengurusan Kelas perlu dijadikan satu rutin dalam menyelesaikan kerja-kerja perkeranian bagi menguruskan kurikulum, kokurikulum, dan sahsiahmurid. Tugasan ini mengambil tempoh yang agak lama dan jika tidak ditadbirurus dengan baik boleh mengganggu masa instrusional. Selian itu, kebolehanmentadbir hal-hal berkaitan dengan majlis-majlis keraian sekolah, kokurikulumdan Students Voice Committee boleh dijadikan satu agenda dalam mesyuaratjawatankuasa pengurusan sekolah. Perkara tersebut juga menggalak PdP yangbermakna demi MMI.
  • M u k a S u r a t | 269Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarRujukanBahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia , (2011)Sapone, C.O ( Winter 1985 ), “Curriculum: The Baisi for InstructionalLeadership, The Principal’s Role”.
  • M u k a S u r a t | 270Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPROGRAM RELIEF BERKESAN MELINDUNGI MASAINSTRUKSIONAL DAN MENINGKATKAN MASAPEMBELAJARAN BERKESAN DI DALAM BILIK DARJAHolehRADHIAH BINTI MUHAMMADROHANI BINTI ROSLANSMK Puteri Wilayah, Wilayah Persekutuan Kuala LumpurAbstrakGuru sebagai pemimpin instruksional berfungsi untuk memastikan masa PdP dapatdigunakan secara berkesan di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, isu ketiadaanguru di dalam kelas yang menyebabkan murid tidak memperolehi masa pembelajaransecara berkesan sering ditimbulkan. Keberkesanan pelaksanaan program guru gantijuga sering dipersoalkan. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini menjelaskanbagaimana Program Relief Berkesan yang dijalankan di SMK Puteri Wilayah, KualaLumpur dapat melindungi masa instruksional dan meningkatkan masa pembelajaranberkesan di dalam bilik darjah. Kertas kerja ini menerangkan secara jelas pelaksanaanProgram Relief Berkesan dari peringkat perancangan, pelaksanaan, pemantauan danpenilaian.Impak daripada pelaksanaan Program Relief Berkesan dan syor-syorpenambahbaikan mengenai pelaksanaan Program Relief Berkesan juga diterangkanberdasarkan pengalaman sekolah. Sesungguhnya Program Relief Berkesan yang telahdijalankan di SMK Puteri Wilayah, Kuala Lumpur merupakan salah satu alternatifyang dapat melindungi masa instruksional dan dapat meningkatkan masapembelajaran di dalam bilik darjah semasa ketiadaan guru.
  • M u k a S u r a t | 271Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANKeberhasilan pembelajaran murid di dalam bilik darjah merupakan fokus utamadalam semua program dan rancangan yang dirangka di sekolah. Sejajar denganitu, guru sebagai pemimpin instruksional di sekolah perlu memastikan PdPdapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkanuntuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Salah satu fungsipemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan disekolah ialah Melindungi Masa Instruksional (MMI). MMI dalam PdP perludibendung bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalamkalangan murid meningkat. Bagi memastikan peningkatan masa pembelajaranberkesan, guru mesti berada di dalam bilik darjah dan berfungsi memastikanpendidikan berkualiti disediakan untuk murid. Sehubungan dengan itu,Pengetua sebagai pemimpin instruksional di sekolah perlu merancang tindakanyang strategik dan holistik bagi mengatasi masalah ketiadaan guru di dalambilik darjah atas sebab rasmi atau peribadi bagi MMI. Hal yang demikian dapatmeningkatkan penggunaan masa berkesan semasa PdP. Sehubungan denganitu, penambahbaikan dalam pengurusan guru ganti dilihat sebagai salah satumodus operandi sekolah bagi mengatasi MMI instruksional dengan berkesan.PERNYATAAN ISU/CADANGANMMI dalam PdP di dalam bilik darjah merupakan salah satu elemen terpentingbagi memastikan pembelajaran berkesan dan berkualiti di dalam bilik darjahdapat diteruskan sepanjang waktu persekolahan. Guru mesti berada di dalambilik darjah bagi memastikan kelangsungan proses PdP berlaku danmenggunakan masa secara optimum bagi meningkatkan pembelajaranberkesan. Walau bagaimanapun, guru-guru di sekolah seringkali tidak dapatberada di dalam bilik darjah atas tuntutan rasmi seperti menghadiri mesyuarat,
  • M u k a S u r a t | 272Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarkursus, atau seminar, bertugas sebagai guru pengiring dalam kegiatankokurikulum, dan dijemput sebagai penceramah. Guru-guru juga tidak dapatberada di dalam bilik darjah atas sebab-sebab peribadi seperti cuti sakit, cutirehat khas, cuti bersalin dan cuti tanpa gaji, dan sebagainya. Ada kalanya, guru-guru terpaksa meninggalkan bilik darjah bagi menguruskan hal-hal yangmemerlukan tindakan segera seperti menguruskan hal disiplin murid danperjumpaan dengan ibu bapa kerana masalah disiplin.Pelbagai halangan dan gangguan ini menyebabkan masa pengajaranberkesan di dalam bilik darjah telah diabaikan dan murid-murid tidak dapatbelajar dengan berkesan sekiranya langkah penambahbaikan dan pembetulantidak diambil dengan segera dan bijak. Bagi mengatasi masalah ketiadaan gurudi dalam bilik darjah, pihak pentadbir sekolah lazimnya akan menyediakanjadual kelas guru ganti. Sejauh manakah fungsi guru ganti di dalam kelas dapatmelindungi masa instruksional,inilah yang selalunya menjadi persoalan.Sehubungan dengan itu, pelaksanaan guru ganti semasa ketiadaan guru perludirancang, diurus dan dipantau secara cekap dan berkesan supaya murid dapatmenikmati peningkatan masa pembelajaran berkesan dan berkualiti di dalambilik darjah, seterusnya meningkatkan prestasi pencapaian murid.CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIANSMK Puteri Wilayah telah merancang satu pelan tindakan bagi MMI secaraberkesan dengan memfokuskan pelbagai pelan operasi dalam pelaksanaan guruganti di sekolah. Program ini dinamakan Program Ganti Berkesan dengankonsep “Ada Murid, Ada Guru, Ada Pengajaran, Ada Pembelajaran”. Programini dibahagikan kepada beberapa peringkat yang terdiri daripada berikut:
  • M u k a S u r a t | 273Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar1. Perancangan Program Ganti Berkesan(a) Pihak pentadbir memastikan guru ganti yang menggantikan kelasterdiri daripada guru mata pelajaran yang mengajarkan kelasberkenaan supaya pengajaran dapat diteruskan seperti biasa.Kebiasaannya guru ganti yang tidak mengajarkan kelas gantiagak keberatan untuk masuk dan mengajarkan kelas ganti.(b) Guru–guru yang akan menghadiri mesyuarat, kursus dansebagainya telah menerima surat lebih awal akan melakukanswapping dengan guru-guru lain terlebih dahulu danmemaklumkan kepada pihak pentadbir. Hal ini dapatmengurangkan beban guru lain yang tidak mengajarkan kelasganti untuk menggantikan kelas.(c) Guru-guru yang akan menghadiri mesyuarat, kursus dansebagainya perlu menyediakan bahan pembelajaran tersebutuntuk dilengkapkan oleh murid dengan bimbingan guru ganti.Hal ini dapat memastikan kelangsungan PdP denganmenggunakan murid sebagai mentor dan konsep belajar kendirisemasa ketiadaan guru.(d) Guru-guru yang dikenal pasti untuk bertukar atau bersalin telahdisediakan jadual shadow lebih awal. Guru-guru yang akanmenggantikan guru bersalin/bertukar diberikan jadual waktushadow lebih awal bagi memudahkan mereka membuatpersiapan dan dapat melaksanakan PdP sebaik sahaja guruberkenaan mengambil cuti bersalin/bertukar.(e) Jadual waktu sistem blok kelas yang menggabungkan dua kelasdengan mata pelajaran yang sama dan pada waktu yang samadiambil alih oleh guru mata pelajaran jika salah seorang gurumata pelajaran kelas tersebut tidak hadir.
  • M u k a S u r a t | 274Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar(f) Penggunaan buku latihan yang disediakan dalam Bilik ReliefBerkesan untuk digunakan oleh guru ganti sebagai bahan latihansekiranya guru yang tidak hadir tidak menyediakan bahan keranaurusan kecemasan.(g) Program Cakna Pentadbir yang dilaksanakan oleh Pengetuadengan memanggil kelas-kelas relief untuk perjumpaan khasdengan Pengetua selepas ujian/peperiksaan. Antara pengisianProgram Cakna Pentadbir ialah membincangkan prestasi muridsecara individu, menentukan hala tuju dalam pembelajaran,menetapkan sasaran pencapaian, membuat analisis dan postmortem pencapaian, memberikan panduan mengenai cara belajarberkesan, memberikan motivasi meningkatkan keyakinan muriddalam meningkatkan prestasi pembelajaran, dan pengambilanpemakanan seimbang.(h) Penggunaan Perpustakaan Terbuka yang terletak di Anjung Puteritelah memudahkan murid untuk mengakses pelbagai bahanberfaedah bagi mengisi masa instruksional secara berkesansecara kendiri serta dengan bimbingan guru ganti.2. Pelaksanaan Program Relief Berkesan(a) Jadual guru ganti disediakan oleh pihak pentadbir setelahmengambil kira semua aspek yang berkaitan.(b) Jadual guru ganti direkodkan dalam Buku Guru Ganti yangdiletakkan di pejabat sekolah untuk rujukan dan tindakan guruganti. Guru ganti akan merekodkan maklumat kelas ganti padabuku persediaan rekod mengajar masing-masing.(c) Jadual guru ganti ditampal pada papan kenyataan di luar pejabatsekolah untuk disebar luas kepada murid-murid terutamanyaKetua Tingkatan bagi memastikan kelangsungan pembelajaran
  • M u k a S u r a t | 275Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajardengan bimbingan guru ganti. Ketua Tingkatan berperananmemastikan guru ganti masuk ke dalam kelas dan memaklumkankepada pihak pentadbir sekiranya tiada guru ganti di dalam kelas.3. Pemantauan Program Relief Berkesan(a) Pihak pentadbir akan menjalankan pemantauan PdP di bilikdarjah pada bila-bila masa setiap hari berdasarkan jadual yangditetapkan. Laporan pemantauan akan direkodkan dalam bukulaporan pemantauan bagi memastikan setiap kelas berlaku PdPdan pemantau akan mengambil tindakan segera sekiranya tiadaguru dalam kelas. Pemantauan mengambil kira aktiviti yangdijalankan guru mata pelajaran atau guru ganti di dalam kelasiaitu sama ada guru mengajar, guru membimbing, guru dudukbuat kerja atau guru duduk rehat dan aspek kebersihan kelas.Laporan pemantauan akan diserahkan kepada Pengetua untukmakluman dan tindakan.(b) Sekiranya ada kes-kes yang melibatkan masa instruksionaldiabaikan atau penggunaan masa berkesan dalam PdP tidakdilaksanakan semasa pemantauan dijalankan, laporan secarabertulis dan lisan akan dikemukakan kepada Pengetua untukmakluman dan tindakan selanjutnya. Hasil dapatan pemantauanakan dimaklumkan kepada guru dengan segera semasaperhimpunan pagi dan dibincangkan dalam mesyuaratpengurusan, mesyuarat kurikulum, mesyuarat panitia danmesyuarat guru untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan.
  • M u k a S u r a t | 276Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar4. Penilaian Program Relief BerkesanPenilaian Program Relief Berkesan dijalankan berdasarkan laporanpemantauan dan dari semasa ke semasa mengikut keperluan supayatindakan pembetulan dan penambahbaikan dapat dilaksanakan.Pandangan daripada guru dan murid juga diambil kira dalam penilaiansupaya Program Relief Berkesan benar-benar dapat melindungi masainstruksional dan meningkatkan penggunaan masa dalam bilik darjahsecara berkesan.5. Impak Program Relief Berkesan(a) Sekolah akan terus berfungsi dan memainkan peranannya sebagaisatu entiti PdP berterusan dan berkesan dengan program reliefyang bersepadu, kreatif, dan inovatif.(b) Guru lebih fleksibel dan mudah anjal PdP. Transformasi mindabekerja cara baharu dapat diterapkan dan setiap guru perlubersedia dan bertanggungjawab keatas murid dan kelas masing-masing tanpa mengira masa. Guru-guru perlu merancang PdPdengan sistematik dan sentiasa bersedia sepanjang masa untukmengajar tanpa mengira jadual waktu persendirian yang telahditetapkan.(c) Sekolah dapat mewujudkan pasukan guru yang mempunyai sifatsukarela, kesediaan, bekerjasama, amanah, bertanggungjawabdan sentiasa tolong-menolong untuk menjaga kepentingan murid.Kejayaan murid bukan terletak kepada seorang guru tetapi semuaguru. Guru akan lebih berintegriti dan berakauntabiliti dalammelaksanakan PdP, seterusnya dapat mewujudkan kesan sinergidalam pasukan.
  • M u k a S u r a t | 277Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar(d) Murid sentiasa bersedia untuk belajar tanpa mengira masa,tempat dan siapa guru yang mengajar pada setiap waktu. Istilahtiada guru, tiada pembelajaran, dapat dilenyapkan dalam mindamurid. Konsep pembelajaran sepanjang masa dan pencarian ilmuditerapkan sebaik sahaja murid melangkah kaki ke sekolah.Apabila murid-murid sesi pagi sampai di sekolah, murid akanberada di Anjung Puteri dan terus membaca atau membuat latihankendiri sebelum perhimpunan bermula. Bagi murid-murid sesipetang pula, program Prep dimulakan seawal jam 12.00 tengahhari di Anjung Puteri sebelum perhimpunan. Pada masa tersebutsemua murid sesi petang akan membuat latihan denganbimbingan guru-guru mengikut jadual yang telah ditetapkan. Halsedemikian ini membantu murid menggunakan masa secaraoptimum dan mengukuhkan penguasaan dalam satu-satu matapelajaran. Ini selaras dengan pembudayaan Buku di Tangan danmemastikan murid sentiasa bersedia untuk mengikutipembelajaran selepas perhimpunan. Hal ini juga dapatmeningkatkan penggunaan masa belajar, akauntabiliti danprestasi murid dengan pelbagai kaedah pembelajaran sepertimentoring dan belajar kendiri bagi meningkatkan masainstruksional dan memaksimumkan penggunaan masa berkesan.Sekolah juga dapat mengurangkan masalah disiplin seperti muridponteng kelas atau murid berkeliaran di luar bilik darjah.6. KesimpulanRumusannya, Program Relief Berkesan yang dirancang dandilaksanakan secara berkesan dapat melindungi MMI dan meningkatkanpenggunaan masa secara berkesan PdP di bilik darjah. Program ini perludifahami, dipersetujui dan disebar luas kepada semua peringkat dalam
  • M u k a S u r a t | 278Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarsekolah yang terdiri daripada pentadbir, guru, murid, dan ibu bapa.Transformasi cara bekerja dan berfikir yang baharu perlu diterapkandalam kalangan pemimpin instruksional supaya keberhasilanpembelajaran murid dapat ditingkatkan, dan modal insan yang kritis,kreatif, dan inovatif dapat dihasilkan.SYORPelbagai pelan operasi yang berkaitan dengan program relief berkesan perludikaji dan dibincangkan pada pelbagai peringkat bagi memastikan perkongsianpelaksanaan program relief berkesan dapat disebar luas dan diaplikasikanmengikut keperluan sekolah masing-masing. Hal ini bagi memastikan fungsisekolah sebagai entiti PdP dapat dilaksanakan secara berkesan. Sekolahberkualiti memerlukan barisan pentadbir dan guru-guru yang komited dandapat bekerjasama sebagai satu pasukan untuk memastikan setiap bilik darjahmempunyai seorang guru untuk menjalankan PdP secara berkesan.Program relief berkesan bukan setakat meletakkan guru ganti bagimengawasi kelas dan membiarkan murid membuat kerja sendiri, tetapi guruganti perlu memainkan peranannya sebagai pemimpin instruksional untukmemastikan PdP berlangsung secara berkesan. Guru perlu mengubah mindamengenai konsep kelas ganti yang dianggap sebagai beban kepada kewajipan.Sekiranya program relief berkesan tidak dirancang dengan bijak, usahamelindungi MMI dan memaksimumkan penggunaan masa di dalam bilik darjahtidak akan tercapai.Program Relief Berkesan yang dijalankan di SMK Puteri Wilayah bolehdiangkat sebagai salah satu program terancang bagi melindungi MMI ke arahkeberhasilan murid yang kreatif, kritis, dan inovatif dengan penambahbaikan
  • M u k a S u r a t | 279Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajardari semasa ke semasa seperti melibatkan ibu bapa atau mantan murid untukmengajar di dalam kelas ganti dan menggunakan masa persatuan koakademiksecara berkesan untuk kesinambungan PdP di luar bilik darjah.RujukanBuku Rekod Persediaan MengajarSPI Bil 4/1986SPI Bil 1/1981
  • M u k a S u r a t | 280Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPROTECTING INSTRUCTIONAL TIME :MENGATASI MASALAH GURU MENINGGALKAN KELASKERANA TUGASAN LUARolehPengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan ( JPNS )Pengetua, SM Teknik Tuanku Ja’afar, SerembanAbstrak“Protecting Instructional Time“ atau Melindungi masa instruksional merupakansalah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaransecara berkesan. Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalamsemua program dan perancangan yang dirangka oleh KPM perlu memastikan PdPdapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untukmeningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Oleh yang demikian SM TeknikTuanku Ja’afar telah menggunakan beberapa kaedah bagi memastikan konsep guru “ADA, BERFUNGSI dan BERSIH “ berlaku. Kaedah Jual Beli jadual waktu, “ MassLecture “ dan Modul Pembelajaran Kendiri seperti Bacaan Nilam dan Modul – modullatihan digunakan.
  • M u k a S u r a t | 281Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANKeberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semuaprogram dan perancangan yang dirangka oleh KPM perlu memastikanpengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapaiobjektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaranmurid.Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsipemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan.Halinger dan Murphy’s (1985) dalam kajian mereka berkenaan membinamodul Pengurusan Instruksional adalah dengan menilai kepimpinanInstruksional ke atas Guru Besar Sekolah Rendah seterusnya menyemak danmengkaji mengenai keberkesanan sekolah. Mereka mendapati, persekitaranpembelajaran yang positif dibina melalui beberapa prinsip termasuklah“Melindungi Masa Pengajaran”. Komponen ini perlu diberikan perhatiandalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arahmembangunkan modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif. Penguranganmasa instruksional perlu dibendung bagi memastikan tempoh masa untukpembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat. McKinsey and Co.(2007) Berdasarkan sistem sekolah terbaik di dunia, menambahbaik keadahpengajaran dalam bilik darjah adalah cara terbaik meningkatkan pencapaianmurid.“Policies and enforcement practices that reduce tardiness,absenteeism, and truancy to increase learning time for students.Principal can also increase student opportunities to learn byprotecting classroom instructional time from interruptions due topublic address annoucements, by working with teachers todevelop more effective classroom management and instructionalpractices, and by reducing the number of non-instructionalschool activities that enroach on classroom time.”(Hallinger & Murphy, 1986)
  • M u k a S u r a t | 282Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarBagi memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan atauacademic learning time dalam kalangan murid, maka falsafah untuk guru“ADA, BERFUNGSI, BERSIH” digunakan. Falsafah ini mengharapkan gurumesti ada dalam bilik darjah dan berfungsi sewajarnya bagi memastikanpendidikan berkualiti disediakan untuk murid.PERNYATAAN ISU / CADANGANDalam beberapa kajian yang dijalankan mengenai “Protecting InstruksionalTime” mendapati terdapat pelbagai bentuk gangguan untuk guru mengekalkankualiti “Academic Learning Time” terhadap murid. Antaranya sepertiPengumuman dari pembesar suara, Aktiviti sukan sekolah atau sukantara,Aktiviti kokurikulum atau ko-akademik, Waktu pengajaran kerap kali diganggudengan kelewatan murid masuk dalam kelas, Guru atau murid dipanggil kepejabat, Susun atur kelas, Sikap guru, Kepentingan aktiviti bercanggah,Prasarana dan kemudahan sekolah, Faktor luar kawal (guru cuti sakit, cutiganti, hal-hal peribadi, cuti kecemasan), Guru menduduki peperiksaan bagiyang menjalani pengajian melalui Pendidikan Jarak Jauh, Tugas-tugastambahan yang bukan untuk pengajaran (guru biasiswa, guru data dan lain-lain), Kehendak luar bilik darjah (aktiviti kokorikum, guru bermesyuarat, guruberkursus, mengawas peperiksaan) Keberkesanan pengajaran guru dan,Disiplin murid.Untuk kertas kerja ini isu ketiadaan guru di sekolah kerana menghadirikursus dibawah kendalian KPM, JPN dan PPD merupakan isu yang akan dikaji.Analisis mendapati kekerapan guru meninggalkan sekolah keranamenghadiri kursus atau mesyuarat bermula Januari hingga kini adalah sebanyak
  • M u k a S u r a t | 283Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar7 ke 10 kali dalam setahun, namun demikian ada juga di antara mereka yangkeluar meninggalkan sekolah sehingga 4 minggu dalam setahun.Antara sebab–sebab meninggalkan sekolah adalah seperti menghadiriKursus Keselamatan di Tempat Kerja, Kursus–kursus dalam Bidang Teknikdan Vokasional, Mesyuarat Pentaksiran, Mesyuarat Penggubalan Soalan olehLembaga Peperiksaan Malaysia, Mesyuarat Pembinaan Modul Mata pelajaranberkaitan, Mesyuarat berkaitan Pengurusan kurikulum dan sebagainya.Jika dilihat kepada buku pergerakan guru SM Teknik Tuanku Ja’afar,akan berlaku guru meninggalkan kelas pengajaran kerana menghadirimesyuarat atau kursus berlaku hampir setiap minggu. Kadang kala ia berlakuketika waktu kemuncak seperti ketika murid hampir menduduki peperiksaandan guru terpaksa menghadiri mesyuarat menanda kertas soalan yang akanberlaku setiap tahun.Jika seorang guru meninggalkan sekolah selama 5 kali dalam setahun dimana, setiap kali mesyuarat akan mengambil masa sehingga 2 ke 3 hari. Inibermaksud seorang guru akan meninggalkan kelas pengajaran merekasekurang–kurangnya 4 ke 6 kelas pengajarannya dalam seminggu. Jikaditukarkan kepada minit, ini bermaksud seorang guru akan meninggalkan kelaspengajarannya selama lebih kurang 160 minit hingga 240 minit dalamseminggu.Masa pengajaran yang ditinggalkan itu mungkin guru bolehmenghabiskan masa pengajaran sekurang–kurangnya 1 bab pengajaran. Olehyang demikian, guru keluar meninggalkan kelas kerana menghadiri mesyuaratatau berkursus merupakan gangguan dan isu dalam “Protecting InstructionalTime” dan sekiranya tiada kaedah yang digunakan oleh guru mengatasi
  • M u k a S u r a t | 284Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmasalah ketiadaaan guru ini maka keberkesanan pengajaran untuk keberhasilanpengajaran mungkin tidak tercapai.CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN1. Sistem Jual Beli JadualSistem jual beli jadual waktu dengan guru lain. Kaedah ini adalahpertukaran masa mengajar dengan guru yang mengajar kelas yang sama.Ini bermaksud guru yang membeli waktu pengajaran guru yangmeninggalkan sekolah tersebut akan bertambah dalam minggu tersebutdan akan berkurangan pada minggu hadapan dan masa pengajaran guruyang meninggalkan sekolah tadi akan bertambah pada minggu hadapan.Misalnya, Puan Hajah Azizah Binti Mohamad yang mengajar matapelajaran Matematik Tambahan bagi kelas 5PKM2 akan meninggalkankelas untuk menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme GuruCemerlang telah menjual jadual kelasnya pada minggu tersebut kepadaPuan Lee Soh Hion sebanyak 2 waktu pengajaran pada minggu tersebut.Maka Puan Hajah Azizah akan mengantikan 2 waktu pengajaran PuanLee Soh Hion pada minggu berikutnya setelah kembali dari menghadirimesyuarat. (Sila Rujuk Lampiran)2. Bahan Pembelajaran Kendiri(a) Bacaan NilamGuru yang meninggalkan kelas akan memaklumkan kepada guruganti untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang sepanjang
  • M u k a S u r a t | 285Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarketiadaan guru. Maklumat tersebut disampaikan oleh Guru KananBidang. Pelbagai bahan pembelajaran kendiri telah disediakanoleh guru.Misalnya, Guru Bahasa Inggeris Puan Hajah Harison Binti Mohd.Hassan akan menggunakan bahan bacaan bahasa Inggeris yangtelah disediakan sebagai bahan bacaan NILAM semasaketiadaannya. Guru yang mengantikannya hanya perlumengambil kotak–kotak yang terdapat buku bahasa Inggerispelbagai genre untuk dibawa ke kelas yang digantikannya.Aktiviti murid semasa pengajaran tersebut adalah bacaan bukubahasa Inggeris untuk tujuan Program Nilam.(b) Modul–modul latihanSetiap Panitia mempunyai set–set modul bersesuaian sebagaibahan ganti pengajaran. Modul–modul biasanya telah tersediadalam bilik Guru Kanan Bidang. Modul–modul tersebut akandiambil oleh guru yang mengantikan guru yang tiada keranamenghadiri mesyuarat atau kursus. Kandungan modul biasanyaberkaitan dengan set–set soalan SPM atau set soalan yang dibinasendiri oleh guru. Guru yang melaksanakan kelas ganti tersebutakan menggunakan modul tersebut berdasarkan manualpenggunaan yang diberikan oleh Guru Kanan Bidang.Misalnya Encik Radin Khalid bin Radin Husin, Guru matapelajaran Pengajian Kejuruteraan bagi tingkatan 5PKA1.Sebelum meninggalkan sekolah kerana menghadiri kursus ataumesyuarat, guru akan meninggalkan modul Pembelajaran Kendiriiaitu Latihan Menjawab Kertas 2 Pengajian Kejuruteraan Awam.
  • M u k a S u r a t | 286Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMurid akan berada di dalam kelas di bawah pengurusan guruyang mengantikannya. Murid akan menjawab soalan denganmenggunakan arahan dan panduan daripada guru. Tugasantersebut hendaklah disiapkan sepanjang masa pengajaran yangdiselia oleh guru ganti dan hendaklah disiapkan sepanjang kelastersebut. Laporan akan diberikan oleh guru ganti sebagai rujukankepada En. Radin Khalid Bin Radin Husin.(c) “Mass Lecture”Kaedah ini digunakan bagi menyelesaikan masalah ketiadaanguru dalam jumlah yang ramai kerana aktiviti tertentu. Bagimengatasi isu “Protecting Istructional Time” kaedah “MassLecture” digunakan. Misalnya Program Lonjakan Saujana untukmurid Tingkatan 4 bersama Guru Cemerlang dijalankan bagimenggantikan aktiviti Sukantara yang tertunda akibat cuaca.Melalui kaedah ini guru cemerlang dibahagikan mengikut bidangdan kepakaran dan program dijalankan diruang yang lebih luasdan audien yang lebih ramai. Jadual program sila rujuk lampiran.3. Kesimpulan(a) Sistem Jual Beli JadualSistem Jual Beli Jadual waktu ini Berjaya menyelesaikan masalahberkaitan dengan “Protecting Instructional Time”. Gurumengurus sendiri urusan jual beli tersebut. Sistem inimenyelesaikan masalah “Ada, Bersih dan Berfungsi”. Sebelumini guru yang menggantikan kelas yang tiada kaitan atau tiadabantuan bahan pembelajaran, tidak dapat memanfaatkan masa
  • M u k a S u r a t | 287Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarpengajaran dan keberhasilan pengajaran tidak berlaku. Dengansistem ini dilihat seolah jadual guru hanya disusun semula dandisesuaikan antara guru yang terlibat. Pengurusan sistem jual beliantara guru mengurangkan kekangan sistem pungurusan. Inibermaksud bahawa melalui sistem ini falsafah guru “ADA,BERSIH dan BERFUNGSI” telah berlaku.(b) Bahan Pembelajaran Kendirii. Bacaan NilamPengisian bahan pengajaran oleh guru ganti menggunakankaedah bacaan nilam bahasa Inggeris telah membantumeningkatkan jumlah bacaan murid. Menyedari inisiatifmurid untuk membaca sendiri amat kurang, maka denganpenggunaan bahan bacaan nilam dalam kelas ganti olehguru yang mengantikan guru sebenar untuk menghadirikursus atau mesyuarat telah berjaya meningkatkan jumlahbahan bacaan oleh murid. Guru ganti hanya perlumenyelia dan memastikan murid membaca bahan bacaantersebut. Laporan akan disediakan oleh guru ganti kepadaguru yang terpaksa meninggalkan kelas tersebut.ii. Modul LatihanPenggunaan Modul Latihan oleh guru yang meninggalkankelas kerana menghadiri mesyuarat dan berkursus telahberjaya mengekalkan konsep guru “ADA, BERSIH danBERFUNGSI”. Penggunaan Modul Latihan tersebutmembantu mengurangkan halangan dalam mengekalkan
  • M u k a S u r a t | 288Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarwaktu pengajaran “Protecting Instructional Time”. Prosespengajaran yang dijalankan ini membantu mengekalkankeberkesanan pengajaran walaupun tanpa guru yangmengajar.iii. “Mass Lecture”Program ini telah berjaya mengatasi masalah kehilanganwaktu pengajaran dan konsep “Protecting InstructionalTime” dapat dijalankan. Walaupun ketiadaan guru,pengajaran dan pembelajaran berlaku mengikut kesesuaiandan pengisian.SYOR1. Polisi “Protecting Instructional Time”. Disyorkan setiap sekolahmempunyai polisi pengurusan ini seperti yang dibuat oleh beberapabuah sekolah di luar negara. Merujuk kepada yang digunakan olehHawthorne Elementary School. Sekolah tersebut menggunakan beberapapolisi bagi mengatasi masalah pengurangan masa pengajaran dan untukmemastikan keberkesanan pengajaran oleh guru.Polisi tersebut diguna pakai oleh semua murid dan guru sepanjangproses pengajaran.
  • M u k a S u r a t | 289Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarSelain daripada itu terdapat juga satu lagi polisi yang lebih bersifatmenyeluruh yang boleh dijadikan panduan seperti yang dilakukan olehAthens-Chilesburg Elementary.SCHOOL-BASED DECISION MAKING POLICYSCHOOL: Hawthorne Elementary SchoolSUBJECT OF THE POLICY: Protection of Instructional TimePOLICY STATEMENT:Hawthorne Elementary ensures that every student will be activelyengaged in instructional activities throughout the school day. It isimportant that interruptions to the instructional process be kept to aminimum. Implementing the following procedures willprotectinstructional time: Broadcast messages will occur only in the case of an emergencyor unanticipated event. Students will begin instructional activities immediately uponarrival in classrooms. Only emergency or expected calls will be sent to classroomsduring instructional time. Only expected visitors will be allowed to visit instructional areas. School and classroom schedules will reduce the number oftransitions for students from one school location to another. Scheduled activities to reward student behavior will be alignedwith curriculum and instructional guidelines. Videos and television broadcasts will be used for instructionalpurposes only and support the core content. Hawk News will continue to be modified to meet theinstructional needs of the school.
  • M u k a S u r a t | 290Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarAthens-Chilesburg ElementaryProtection of Instructional Time PolicyCommitmentTo facilitate an optimal learning environment at Athens-Chilesburg, that is free from unplanned disruptions;instructional time shall be protected in the following ways:Teacher ResponsibilityAll teachers will ensure that: Instruction begins at the start of the instructional day. When a scheduled activity is unexpectedly delayed orcancelled, students will be given alternative, substantivelearning activities to undertake. Videotapes, CDs, and television broadcasts will be used onlywhen they efficiently convey knowledge and skills called forin the curriculum and are combined with other activities thatrequire the students to process and apply the informationthese types of resources provide. The use of substitute teachers is kept to a minimum and thatwhen substitute teachers are necessary they are supplied withsubstantive learning activities to conduct, other necessaryitems to conduct class as normally as possible, and the nameof at least one other nearby teacher for questions and support.Principal responsibilityThe principal (or principal designee) will: Make sure that intercom interruptions from the office occuronly at designated times and in emergencies.
  • M u k a S u r a t | 291Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Limit phone calls to classrooms to situations that requireimmediate attention. All other calls will be sent to voicemail. Ensure that announcements or morning telecasts beginpromptly at the start of the instructional day. Ensure that new staff members and substitute teachers areaware of the school’s commitment to and the teachers’responsibility for minimizing disruptions to instructionaltime. Ensure that volunteers adhere to a schedule that minimizesclassroom interruptions.Staff Responsibility (Including office staff) Special programs that It is recommended that staff be notified of special programs(assemblies etc) at least 3 days prior to the event. Fewer than3 days notification will require administrative approval. Office will notify classroom teacher when a visitor arrivesand wait until advisement from teacher.2. Manual Pengguna ke atas Modul LatihanSetiap panitia yang menggunakan modul sebagai bahan pengajaranapabila ketiadaan guru sebenar hendaklah menyediakan manualpengguna bagi guru ganti menjalankan pengajaran tersebut. ManualPengguna membolehkan guru ganti menjalankan pengajaran secaraberpandu dan membantu guru yang tiada kerana menghadiri kursus danmesyuarat. Oleh yang demikian keberkesanan pengajaran dapatdikekalkan.
  • M u k a S u r a t | 292Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarRujukanSchool-Based Decision Making Policy (Protecting Instructional Time). (2009): Hawthorne Elementary School, Amerika Syarikat.Melindungi Masa Instruksional (Protecting Instructional Time) Di SekolahUntuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid (2012).Persidangan Kebangsaan Pengetua Malaysia, Kuala Lumpur.Melindungi Masa Instruksional (Protecting Instructional Time) Di SekolahUntuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid (2012). SektorOperasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.“PROTECTION OF INSTRUCTIONAL TIME POLICY” (2009), Athens-Chilesburg Elementary, Amerika Syarikat.
  • M u k a S u r a t | 293Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarAMALAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONALDI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMANTALIB, KUANTAN, PAHANG.olehHAJI BAHTIAR BIN SANUSIAHMAD ZAMRI BIN MD ISASMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, PahangAbstrakMelindungi Masa Instruksional (MMI) menjadi cabaran yang hebat kepadapengurusan dan warga sekolah, berikutan dinamisnya sifat pendidikan pada hari iniyang mempunyai kerangka merentasi semua aspek perkembangan diri murid.Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang sistem pendidikan hari inimeletakkan keseimbangan pembangunan diri murid dari segi intelek, rohani, emosi,dan jasmani telah menyediakan panduan yang jelas tentang hala tuju pendidikannegara. Bagi pemimpin dan warga sekolah cabaran ini bukan sahaja yang bersifatmendatang tetapi terdapat juga aspek-aspek status quo dan amalan sedia ada yangmenghakis keutuhan masa instruksional. Kajian ini akan menghuraikan beberapacabaran masa instruksional dan langkah-langkah untuk melindungi masa tersebutdengan fokus kepada faktor pengurusan sekolah, faktor instruksional guru dankawalan para murid. Pengurusan masa instruksional ini bertujuan mewujudkan iklimpembelajaran yang positif untuk memastikan masa pembelajaran yang dilaksanakanberkesan. Masa pengajaran dan pembelajaran (PdP) 1 jam, Keluwesan PengurusanJadual Waktu, Program Perkembangan Profesional Guru dan Penilaian Impak (PostMortem) berfokus empat variabel pengurusan yang penting dan menjadi pengawalkepada pelaksanaan masa instruksional yang berkesan. Pelaksanaan PdP berkesan,bahan pembelajaran yang mencukupi dan efektif, Q-SMART (Senarai SemakPembelajaran), dan Integrasi ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dalam PdPpula merupakan faktor guru yang menyumbang kepada peningkatan pengurusan masaintsruksional. Bagi murid pula, elemen yang diberi perhatian ialah pengurusan keluarmasuk kelas yang boleh membantu meningkat masa pembelajaran yang berkualiti.Pengemblengan semua warga sekolah, pengurusan masa yang berkesan, proses PdPyang berkesan dan penggunaan bahan PdP yang mencukupi serta berkesanmembolehkan masa instruksional sentiasa dilindungi dan pendidikan di sekolahmencapai matlamat seperti yang dihasratkan.
  • M u k a S u r a t | 294Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANMMI menjadi agenda penting kepada pengurusan sekolah. Keupayaankepimpinan sekolah mengesan gangguan masa instruksional murid seterusnyamengambil tindakan yang cekap dan berkesan untuk mengatasi masalah inimerupakan satu keputusan yang kritikal dan strategik. Faktor-faktor gangguanyang pelbagai dimensi menuntut keberanian dan kebijaksanaan pemimpinsekolah mempertahankan masa instruksional. Rujuk kepada Lampiran 1PERNYATAAN /CADANGANDi SMK Abdul Rahman Talib, tumpuan diberikan kepada 3 strategi utamaiaitu masa PdP yang mencukupi dan berkesan, proses PdP yang berkesan danbahan PdP yang mencukupi dan berkesan. Pelaksanaan strategi ini bertujuanuntuk mengurangkan pelbagai jenis gangguan masa instruksional yang beradadalam kawalan pengurusan sekolah dan pengurusan masa instruksional guru.CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN1. Tindakan dalam Kawalan Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah(a) Pengurusan Kehadiran Guru dan Pengerakan GuruPdP yang berkesan hanya boleh dicapai jika guru dan murid hadirke sekolah tepat pada waktu. Membudayakan disiplin hadir kesekolah dan berada di sekolah ialah kunci utama MMI. Sistemperakam waktu biometrik dengan perisian khusus memberikanbanyak kelebihan kepada pengurusan sekolah untuk memantau
  • M u k a S u r a t | 295Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarkehadiran guru. Analisis kehadiran secara harian dan bulananmembolehkan pengurusan sekolah mengesan pola (trend)kehadiran guru dan seterusnya memberikan ingatan supaya gurudapat hadir ke sekolah lebih awal agar waktu pertama pengajaranberjalan dengan lancar.Isu pergerakan keluar masuk guru semasa bertugas juga ialahperkara yang perlu diberikan perhatian yang serius. Sebahagianguru memohon keluar semasa waktu bertugas untuk ke klinik,temu janji di hospital, urusan persekolahan anak dan urusan-urusan lain yang perlu dilaksanakan kerana waktu lapang selepaswaktu persekolahan adalah pendek untuk mereka melakukanurusan harian mereka. Oleh sebab guru tidak mempunyai wakturehat yang ditetapkan, perkara ini perlu diberi perhatian.Sebahagian guru melihat bahawa pihak pengurusan sekolah yangmembenarkan mereka berurusan pada waktu lapang ialahsebagai satu elemen kebajikan yang terletak di bawah budi bicarapengurusan sekolah. Instrumen yang digunakan untuk mengesandan mengawal pergerakan keluar masuk guru ialah slip keluarguru. Slip ini perlu diisi oleh setiap guru dengan mendapatkebenaran daripada Pengetua atau ahli pengurusan sekolah yanglain. Slip ini mestilah ditinggalkan di pondok pengawal semasaguru hendak meninggalkan sekolah dan akan diserahkan kepejabat oleh pengawal keselamatan untuk direkodkan. Proses inidilaksanakan agar pengurusan keluar masuk guru lebih teraturdan masa instruksional di dalam bilik darjah dapat dikawaldengan baik agar tiada guru yang meninggalkan kelas semasawaktu PdP berjalan.
  • M u k a S u r a t | 296Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar(b) Pengurusan Jadual Waktu dan Jadual Waktu Ganti.Pengurusan jadual waktu yang cekap dan berkesan ialah kunciutama kepada pengurusan pembelajaran. SMK Abdul RahmanTalib telah menggunakan sistem jadual waktu ASC (aSc timetable) sejak tahun 2007. Banyak manfaat yang diperolehdaripada sistem ini. Sistem yang mudah dikendali dan luwes ini.membolehkan Jawatankuasa Jadual Waktu merombak semulajadual waktu dan membuat tugasan baharu kepada guru-guruapabila ada keperluan. Cabaran utama yang dihadapi oleh pihaksekolah ialah ramai guru yang bersalin. Biasanya setiap tahunterdapat 3 hingga 4 orang guru yang bersalin. Cuti yang diambilkebiasaannya selama tiga bulan. Akibatnya sekolah sukar untukmendapatkan guru ganti.Oleh itu, pihak pengurusan jadual waktu sekolah akanmenyelaraskan jadual guru semula. Kaedahnya denganmenggabungkan tiga kelas untuk diajar oleh dua orang guru. Disamping itu juga, rombakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)juga dibuat supaya topik-topik yang mudah dan ringkas dapatdiajar ketika itu, supaya dapat melindungi waktu instruksional.Secara puratanya pihak sekolah telah mengubah 7 hingga 8 kalijadual untuk memastikan semua kelas mempunyai guru dan PdPdapat dilaksanakan dengan berkesan.Bagi melaksanakan kelas gabungan, SMART telahmemaksimumkan kemudahan fizikal dan infrastuktur yang ada.Kemudahan dewan besar, bilik kuliah atau dewan makan asramatelah digunakan untuk tujuan penggabungan kelas yang bolehmenyelesaikan masalah ketidakhadiran guru. Kemudahan-
  • M u k a S u r a t | 297Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarkemudahan ini boleh menampung antara 120 hingga 160 muriddalam satu sesi pembelajaran.Kesediaan guru untuk mengambil tanggungjawab mengajarmurid dalam kuantiti yang besar ini berasaskan konsep PKKP(Program Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan)yang menggariskan prinsip CPO (Collaborative, Participativedan Ownership) iaitu semua murid di SMART ini ialah anakmurid kepada semua guru dan semua guru harus berpakat danbekerja bersama-sama untuk memastikan pembelajaran berlakudan masa instruksional murid dilindungi.Pengurusan jadual guru ganti perlu lebih kreatif. Prosespenyediaan guru ganti ini berasaskan prinsip cepat dan tepat.Jadual guru ganti perlu diedarkan segera untuk memaklumkanguru yang mengambil tugas pada hari itu. Pengedaran jadual inijuga boleh membantu murid dalam merangka pembelajaran padahari itu. Kriteria pemilihan guru ganti mengikut keutamaanseperti berikut :i. Guru yang mengajarkan mata pelajaran yang sama bagitingkatan yang sama,ii. Guru yang mengajarkan mata pelajaran yang samawalaupun tingkatan yang berlainan tetapi pada tahap yangsama (MR/MA),iii. Guru yang mengajarkan mata pelajaran yang berlainantetapi mengajar kelas tersebut, daniv. Guru Kaunselor.
  • M u k a S u r a t | 298Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKriteria di atas dapat memberikan manfaat yang besar kepadaguru dan murid di dalam kelas.Sistem Pengurusan Jadual Relif (aSc time table) memudahkanguru membuat tempahan bilik-bilik khas untuk melaksanakanproses pembelajaran pada hari itu.(c) Masa Pembelajaran dan Pengajaran 1 jam.Memperuntukkan masa pembelajaran selama satu jam ialah satucabaran yang agak hebat tetapi menguntungkan kepada sekolahkhususnya aliran Sains. SMK Abdul Rahman Talib melaksanakanaliran Sains sepenuhnya di Tingkatan 4 dan 5 serta empat kelasSains daripada 10 kelas di Tingkatan 6. Bagi sekolah yangmengoptimumkan penggunaan makmal, PdP selama satu jamamat bermanfaat dan meningkatkan masa tugasan (Task Time )kepada guru dan murid. Pembelajaran selama satu jam atau 50minit masa tugasan dengan mengambil kira waktu pergerakanmurid selama 10 minit.Masa PdP selama 60 minit contohnya 4 kali seminggu iaitu 240minit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dapat memberikanpembelajaran yang optimum berbanding kombinasi masaberkembar 80 minit sama ada tiga kali seminggu atau 5 kaliperjumpaan dengan murid. Penggunaan peruntukan waktutunggal 40 minit yang akan hilang 5 hingga 10 minit waktumenunggu (waiting time) yang akhirnya berbaki hanya 30 minitwaktu tugasan (task time). Merujuk jadual di bawah.
  • M u k a S u r a t | 299Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarJadual 1: Menunjukkan perbezaan dan manfaat pembelajaran menggunakanwaktu satu jam berbanding 40 minit.MasaPembelajaranPembahagianWaktuKekerapanMasaMenunggu(10 minit)MasaTugasanUlasan40 minit x 6waktu = 240minit2+2+1+1 4 40 (4 x10) 200 minit Masa tugasan samadengan waktu 1 jam(200 minit ). Jikaguru tidak hadir padawaktu berkembar (80minit) hanya 130minit masa tugasanyang tinggal dan jikapada waktu tunggalpula waktu tugasanialah 170 minit.2 + 2 + 2 3 30 (3 x 10) 210 minit Risiko tinggi jikaguru tidak hadir 1hari . Hanya tinggal140 minit waktutugasan dapatdilaksanakan.60 minit x 4 kali= 240 minit1 + 1+ 1+ 1 4 40 (4x10) 200 minit Risiko PdP tidakberlangsungdilebarkan. Jika 1hari guru tiada PdPtidak dapatdilaksanakan masihada 150 minit waktuPdP dapatdiselamatkan.Kesimpulannya jadual waktu dengan 1 jam adalah lebih luwes,selamat dan kurang berisiko kerana kita sedia maklum pada hariini kekerapan guru tidak berada dalam bilik darjah adalah tinggi.(d) Post Mortem (Penilaian Impak) berfokus.Aktiviti Post Mortem peperiksaan atau lebih dikenali sebagaiPenilaian Impak (IMPAK) yang berfokus ialah alat pengurusan
  • M u k a S u r a t | 300Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajaryang penting untuk mengesan, mengawal, dan memantau prosespembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah. Seterusnya,menjadi sebahagian daripada penanda aras bahawa masainstruksional terutamanya masa pembelajaran antara gurudengan murid dilaksanakan dengan berkesan.Melalui aktiviti post mortem berfokus, guru-guru akan membuatanalisis item bagi setiap mata pelajaran untuk setiap kelas dansetiap murid. Pihak pengurusan dapat mengesan defisitpembelajaran sama ada disebabkan oleh murid, guru, bahanpembelajaran atau masa pembelajaran yang tidak mencukupi.Kerap kali juga dikenal pasti bahawa defisit pembelajaran wujudkerana masa bersemuka secara berkesan antara guru denganmurid tidak mencukupi atau sesetengah topik tidak dikuasaidengan baik kerana waktu yang diperuntukan tidak mencukupiuntuk memastikan murid benar-benar menguasai topik tesebut.Tindakan pemulihan perlu dilaksanakan dengan segera bagimengatasi masalah ini. Guru-guru yang terlibat seringmengambil peluang mengadakan kelas dan bengkel tambahanbagi tujuan itu. Apa yang penting di sini, guru dan muriddiingatkan supaya aktiviti PdP mesti dilaksanakan dengan baikdan proses ini hendaklah dibuat secara berterusan. Penegasan iniperlu dibuat kepada semua pihak agar masa instruksionaldimanfaatkan sebaik mungkin.Kesimpulannya, aktiviti IMPAK yang dilaksanakan sebanyak 3 kalisetahun ini menjadi satu fasa penting kepada semua pihak membuatrefleksi terhadap aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan. Nasihatdan bimbingan pengurusan kepada semua guru akan menjadi panduan
  • M u k a S u r a t | 301Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajaruntuk mengurus masa instruksional masing-masing dengan lebihberkesan.2. Tindakan dan Kawalan Pengurusan Masa Instruksional Guru(a) Pelaksanaan PdP berkesan.Pelaksanaan PdP yang berkesan ialah agenda utama setiap guruSMART yang masuk ke dalam bilik darjah. Berkesan bermaksud,guru mengajar dan murid belajar. Keberkesanan prosespembelajaran diukur melalui penguasaan murid terhadap ilmupengetahuan dan kemahiran yang menjadi matlamatpembelajaran pada hari tersebut.Dalam proses PdP yang berkesan, lima aspek penting yang perludiberi fokus iaitu :i. penguasaan isi kandungan mata pelajaran (Content),ii. penguasaan kemahiran mengurus pembelajaran(Instruction),iii. penguasaan pedagogi yang tepat dan berkesan (Pedagogy),daniv. pengawalan tumpuan / fokus murid terhadap pembelajaran(Attention).Melalui keempat-empat elemen ini, task time dan engage timedapat dimanfaatkan sepenuhnya dan pembelajaran menjadi lebihbermakna serta mencapai objektif yang diharapkan. Elemenkemahiran mengurus pembelajaran ini agak unik kerana setiapguru mempunyai kaedah yang berbeza. Walaupun secara umumsemua guru mempunyai teknik dan kaedah pembelajaran yang
  • M u k a S u r a t | 302Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarberbeza, sebenarnya akan memberikan impak yang besarkepada proses PdP. Melalui pemerhatian dan pencerapan didalam bilik darjah akan membantu meningkatkan keupayaan gurumengajar.Semua aspek ini akan memberikan sumbangan yang besar kepadausaha-usaha untuk memastikan masa instruksional dapatdilindungi sepenuhnya seperti yang dihasratkan.(b) Bahan PdP yang mencukupi dan berkesan.Menyediakan bahan PdP yang mencukupi dan berkesan sentiasamenjadi matlamat pengurusan sekolah. Bahan yang cukup akanmelengkapkan keperluan guru dan murid melaksanakan prosesPdP yang berkesan di dalam bilik darjah. Sebagaimana yang kitasedia maklum, melalui PdP yang berkesan dan Task Time sertaEngage Time yang berkualiti, masa instruksional dapat dilindungidengan baik. Pihak pengurusan sekolah tidak akan menerimasebarang alasan jika tiada bahan PdP, bahan tidak cukup, dantidak sesuai bagi memastikan pembelajaran dapat dilaksanakandengan lancar dan sempurna.Pihak pengurusan sekolah telah mendapat sokongan yang padudaripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di SMART. PIBGtelah menyediakan dana yang cukup bagi mencetak bahanpembelajaran, justeru memberikan peluang sepenuhnya kepadaguru menggunakan helaian bercetak sebagai bahan PdP dalamkelas sepanjang tahun. Kesannya, masa yang dibazirkan (wastetime) seperti menulis di papan putih dan menyalin soalan dapat
  • M u k a S u r a t | 303Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajardiminimumkan yang tentunya akan dapat meningkatkan kualitipembelajaran di dalam kelas.Dalam aspek yang lain, guru-guru juga boleh melakukananjakan minda bagi menyediakan modul yang lebih sesuai danberkualiti dengan mengambil kira tahap keupayaan murid.Kesimpulannya waste time dapat dikurangkan, engage timedapat ditingkatkan. Bahan ini amat berguna sekiranya guru tidakhadir ke sekolah dan guru ganti akan menggunakan bahan-bahanini untuk proses PdP.(c) Q-SMART (Senarai Semak Pelaksanaan Pembelajaran)Q-SMART ialah ringkasan kepada RPT guru bagi setiap matapelajaran yang diajar. Senarai semak ini disediakan secarakolaboratif dalam mesyuarat panitia. Setiap panitia matapelajaran akan menetapkan susunan bab dan topik yang perludiajar, menentukan bilangan latihan, menetapkan ujian,menentukan jenis-jenis kemahiran yang dikuasai oleh murid danbahan pembelajaran yang harus disediakan bagi jangka masasatu tahun persekolahan.Pada peringkat awal tujuan Q-SMART adalah untuk menyelarasproses PdP supaya lebih seragam dan memenuhi keperluanmenentukan takat atau had sesuatu topik yang perlu diuji dalamujian dan peperiksaan. Namun begitu, instrumen ini telahberfungsi dengan baik untuk memberikan satu piawai kepadaguru untuk membuat refleksi kendiri atas keupayaan diri dalammelaksanakan PdP mengikut jadual yang sepatutnya. Q-SMART
  • M u k a S u r a t | 304Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarialah instrumen pemantauan yang paling mudah melaluipengubahsuai RPT untuk Ketua Panitia, Ketua Bidang danPengetua bagi mengesan tahap pelaksanaan PdP guru.Penggunaan Q-SMART sebagai alat ukur dan senarai semakpenyampaian PdP di dalam bilik darjah telah menjadi alatpengesanan dan kawalan utama mengawal masa instruksionalbagi setiap guru. Q-SMART yang disimpan dalam buku RekodPersediaan Mengajar guru boleh disemak pada bila-bila masa.Formatnya yang ringkas dan padat memudahkan pemantau untukmengesan prestasi pelaksanaan PdP guru.Sejak belakangan ini telah diperkenalkan Q-SMART versi muridatau dikenali sebagai SQ-SMART yang mempunyai ciri yangsama dengan Q-SMART guru tetapi mempunyai kolum tambahanyang membenarkan murid menanda di ruangan tersebut samaada mereka telah menguasai atau belum setiap topik dankemahiran yang diajar. SQ-SMART ini bukan sahaja menjadipanduan kepada murid tentang topik-topik yang akan diajarsepanjang tahun tetapi menjadi alat refleksi kendiri murid danguru. Bagi pengurusan pula, SQ-SMART ialah satu instrumensemak silang bagi pelaksanaan PdP yang berkesan daninformatif.3. Tindakan mengawal pembelajaran peringkat murid melalui AlatPengurusan Bilik Darjah
  • M u k a S u r a t | 305Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar(a) Buku Rekod Pengesanan MuridBuku Rekod Pengesanan Murid (BRPM) merupakan borangyang boleh merekod kehadiran murid dan guru semasa sesi PdPberlangsung di dalam kelas. Dalam BRPM dicatatkan namamurid yang tidak hadir, murid yang tiada dalam kelas semasa PdPberlangsung dan akhirnya guru menurunkan tanda tangan diruangan yang betul mengikut waktu pembelajaran berlaku. Gurukelas, guru disiplin, guru penyelaras tingkatan akan menyemakbuku ini untuk mengesan murid yang tidak hadir ke sekolah dantiada semasa proses PdP berlangsung.Gambar1:Contoh Buku Rekod Pengesanan MuridInstrumen ini bertujuan mencegah dan mengelak murid daripadaponteng kelas atau meninggalkan kelas dengan sewenang-wenangnya semasa PdP berlaku. Buku ini juga menjadi penandaaras yang penting baki mengesan kehadiran guru ke bilik darjah.
  • M u k a S u r a t | 306Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar(b) Borang Pengesanan Kendiri Murid (BPKM)Borang Pengesanan Kendiri Murid (BPKM) merupakan borangkawalan disiplin murid supaya tidak ponteng kelas, lewat masukmakmal atau tidak memberikan tumpuan semasa PdP berjalan.Murid tersebut perlu diberi perhatian oleh guru yang mengajardi dalam bilik darjah.Setiap pagi murid yang terlibat perlu mengambil borang dikaunter pejabat sekolah. Murid perlu mendapatkan tanda tangandaripada setiap guru selepas sesi pembelajaran selesai. Guru akanmemberikan komen dan membuat catatan yang berkaitan dengandisiplin murid. Seterusnya, borang ini akan disemak olehPenolong Kanan pada setiap hari bagi memastikan terdapatpeningkatan prestasi disiplin mereka. Dapatannya, murid yangterlibat akan sentiasa berada di dalam kelas tepat pada masanyadan lebih fokus semasa PdP kerana adanya perhatian daripadaguru kepada mereka.Gambar 2: Contoh Borang Pengesanan Kendiri Murid
  • M u k a S u r a t | 307Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarSehubungan dengan itu, masa tugasan bagi murid tersebut dapatdimanfaatkan dengan baik dan masa pembelajaran dapat dikawaldengan lebih sempurna.(c) Pas KeluarPas keluar ialah instrumen sokongan kepada Buku BRPP. Hanyadua orang murid sahaja yang dibenarkan keluar pada satu-satumasa kecuali pada waktu pergerakan kelas. Pas ini hanya bolehdigunakan dengan keizinan guru dan pergerakan murid tadidirekod. Penggunaan Pas ini memudahkan guru mengesan muridyang berada di luar bilik darjah semasa proses pembelajaranberlaku.Gambar 3: Contoh Pas Keluar Murid
  • M u k a S u r a t | 308Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKESIMPULANAmalan melindungi masa instruksional mestilah menjadi pegangan utamapemimpin sekolah, guru-guru dan murid. Semua pihak haruslahbertanggungjawab dan jujur dengan peranan masing-masing. Masainstruksional yang diurus dengan baik akan menatijahkan proses pembelajaranyang berkesan dan prestasi yang cemerlang kepada murid.Pelbagai amalan dan alat pengurusan boleh digunakan untuk melindungimasa instruksional daripada peringkat ALT (Academic Learning Time)hinggalah ke peringkat Task time dan Engage Time. Namun apa yang palingpenting ialah semua pihak haruslah bersikap jujur dan bergerak ke arahmemperkasakan unsur kepercayaan terhadap satu sama lain dalam urusan masainstruksional ini. Kepercayaan (trust) ialah nilai dan norma yang perlu diberiperhatian khusus jika kita hendak terus memperjuangkan masa instruksionalini.SYORBerikut ialah beberapa syor yang dicadangkan supaya pengurusan masainstruksional dapat diurus dengan berkesan.1. Membentuk kefahaman yang jelas terhadap warga sekolah tentang masainstruksional dan kepentingannya.2. Membina kerangka strategi yang jelas dan holistik dalam pengurusanmasa instruksional daripada aspek :(a) pengurusan / pemimpin sekolah,(b) guru-guru,
  • M u k a S u r a t | 309Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar(c) ibu bapa dan penjaga, dan(d) murid-murid.3. Kerangka ini harus tampil dengan instrumen atau alat pengurusan yangmudah dan boleh diaplikasi serta berupaya meningkatkan kualitipengurusan masa.4. Pengurusan sekolah perlu membuat refleksi terhadap pengurusan masainstruksional dengan membandingkan aspek kualiti dan kuantitipengurusan masa dan impak tehadap pencapaian matlamat sekolah.5. Memberi penekanan kepada konsep kepercayaan dan kejujurantarhadap masa itu sendiri kerana kepercayaan (trust) ialah elemen yangboleh mengatasi atau melebihi semua instrumen dan alat pengurusanyang sedia ada.RujukanTuan Haji Sufaat Bin Tumin(2012). Melindungi Masa Instruksional (ProtectingInstructional Time) Di Sekolah untuk Meningkatkan KeberhasilanPembelajaran Murid. Persembahan Power Point.mgbjohor.my/downloads.php?.James Ang Jit Eng, Ed.D & Balasandran Ramiah, DBA (2009).KepimpinanInstruksional Satu Panduan Praktikal.PTS Profesional, Kuala Lumpur.Edward De Bono (1998). Simplicity; Be a sharper, faster, clearer thinker.Penguins Book. London.Stephen M.R. Covey & Rebecca R. Merill (2008). The SPEED of TRUST, theone thing that changes everything. Pocket Books. UK.Robert L. DeBruyn and Jack L. Larson (1984). You Can Handle Them All. ADiscipline model for handling over one hundred different misbehaviorsat school and at home.The MASTER Teacher.Inc Publisher. Manhattan,Kansas U.S.AJames W. Stigler & James Hiebert.(1999).The Teaching Gap,Best Idea fromthe World’s Teacher for Improving Education in the Classroom
  • M u k a S u r a t | 310Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 1Jadual di bawah menunjukkan elemen-elemen gangguan terhadap masainstrusksional di sekolahKPM / PPD Pengurusan Guru Murid Fizikal Peralatan Lain-lainAktivitikokurikulumKebangsaan,Daerah,NegeriAktivitiSukantaraTidak masukkelas / lewatmasuk kelasKeluarkelas ketandasSusunatur kelasTiadaperalatanyangsesuaiPeng-umumanPembesarSuaraGuru Ber-mesyuarat diKPM, JPNdan PPD.Perhimpunanpagi panjangCRK & CutiSakitKesedia-anmuridbelajarBilikDarjah,Bengkel,makmaljauh.PeralatanPDPTidakmen-cukupiGurudisiplinmengen-dalikan`spotcheck’GuruBerkursus diKPM, JPNdan PPD.AktivitiKokurikulumPeperiksaanatau kelas PJJSakit ber-panjang-an/ mohonbercuti ikutkeluargaPeralatanuntukPDPRosakGuru / Muriddi panggil kepejabatGurubertugassebagaijurulatihutamaPengerak-an kemakmaldanbengkellambat.Tiada guruganti apabilaguru bersalinKesediaangurumelaksana-kanpengajaranGuru bukanopsyenmengajarGuru disiplinterlibatmengendali-kan kesdisiplinKeberkesan-an Pengajaranguru
  • M u k a S u r a t | 311Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarINISIATIF MEMPERKASAKAN MASA INSTRUKSIONAL :GURU GANTI SISTEMATIK (GGS)olehSektor Pengurusan AkademikJabatan Pelajaran Negeri SabahAbstrakKertas kerja ini menerangkan bagaimana perlunya masa instruksional diurus denganbaik bertujuan untuk mewujudkan serta meningkatkan keberhasilan pembelajaranmurid melalui pengajaran yang berkesan. Cabaran terhadap guru dalam MelindungiMasa Instruksional perlu ditangani dengan cara penambahbaikan amalan sedia adadaripada aspek pengurusan dan pengendalian yang lebih sistematik. Inisiatif inidifikirkan perlu dilaksanakan dengan harapan mensasarkan sekurang-kurangnyaproses pembelajaran dapat berlaku dengan berkesan melalui programpenambahbaikan sistem guru ganti.
  • M u k a S u r a t | 312Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANPenglibatan guru-guru di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), JabatanPelajaran Negeri (JPN), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),dan agensikerajaan yang lain dalam menjalankan tugas rasmi di luar sekolah dalam waktupersekolahan sangat ketara sama ada dalam bidang kurikulum ataukokurikulum. Keadaan ini ditambah dengan fenomena biasa seperti guruberkursus, cuti sakit dan cuti rehat khas (CRK) sehingga mengakibatkan tugasutama (core business) sebagai guru mengajar di dalam bilik darjah terjejas.Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberikan beberapa panduanuntuk mengurus keadaan ini yang terdapat dalam Surat Pekeliling Ikhtisas(SPI) Bil. 10 Tahun 1995 tentang (Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal bagiSekolah Rendah dan Menengah) khususnya perkara VII dan StandardPengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) berkaitan pengurusan guru ganti dan usahapihak sekolah dalam melaksanakan pelbagai cara penyelesaian. Oleh yangdemikian, penambahbaikan perlu dilaksanakan,dan satu kaedah penyelesaianyang lebih komprehensif perlu dicari bagi memastikan anak didik di dalambilik darjah memperoleh hak yang sepatutnya.Jabatan Pelajaran Sabah telah merangka satu program penambahbaikansistem guru ganti yang telah sedia ada di sekolah untuk menangani isu di atas.Program ini selaras dengan usaha KPM melindungi waktu pembelajaran muridmengikut SPI Bil.2 Tahun 2012 dan SPI Bil.10 Tahun 1995.Pengurusan masa instruksional perlu dimantapkan bagi memastikantempoh masa pembelajaran berkesan dalam kalangan murid. Sehubungandengan itu, bagi menjayakan program ini, semua guru termasuk pihakpentadbir terlibat secara langsung serta perlu ada komitmen yang tinggi.Kesedaran semua pihak perlu bagi memahami situasi yang berlaku. Usaha ini
  • M u k a S u r a t | 313Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmemerlukan pengorbanan guru-guru terutama di peringkat penyediaanbahan/modul.PERNYATAAN ISU / CADANGANGuru Ganti Sistematik (GGS) ini amat perlu dilaksanakan walaupun prosesmenyediakan guru ganti yang ada di sekolah agak kemas dan berjalan lancar.Namun terdapat beberapa perkara perlu dilihat terutama berkaitan dengankesediaan guru ganti dan kualiti masa penggantian.GGS ini perlu dilaksanakan atas alasan-alasan berikut :1. Guru ganti mempunyai kecenderungan lewat masuk ke kelas dan keluarawal, sekadar menjenguk atau tidak masuk langsung ke kelas yang telahditetapkan serta tidak ada inisiatif membuat pengisian Pengajaran danPembelajaran (PdP) secara sistematik.2. Menambah beban kerja guru ganti untuk memikirkan dan menyediakanbahan atau perancangan bagi kelas yang hendak diganti.3. Proses PdP mata pelajaran tidak dapat dilaksanakan selama ketiadaanguru di sekolah.Matlamat inisiatif ini untuk memastikan PdP berjalan secara berterusanwalaupun ketiadaan guru mata pelajaran. Selain itu, masalah pengurusanpentadbiran dan disiplin murid semasa ketiadaan guru juga dapat dikawal.Seterusnya inisiatif ini dapat meningkatkan usaha MMI di sekolah untukmeningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.
  • M u k a S u r a t | 314Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarAntara tujuan inisiatif ini dirangka adalah bertujuan untuk :1. Memastikan JPN, PPD dan sekolah dapat meningkatkan usaha bagi MMI.2. Memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan atau academiclearning time dalam kalangan murid di semua sekolah.3. Memastikan guru mesti ada di dalam bilik darjah dan berfungsisewajarnya bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untukmurid.CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN.Terdapat 3 fasa pelaksanaan program dicadangkan untuk melancarkan programiaitu pra, semasa dan pasca/selepas.1. Fasa I : PraPerlaksanaan.Peringkat Praperlaksanaan melibatkan pihak pentadbir, guru media, ketuapanitia dan semua guru.(a) Pihak pentadbir perlu :i. Mewujudkan bidang tugas (GGS). Bidang tugas ini melibatkanGuru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong KananPetang, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong KananKoKurikulum, Ketua Bidang, Ketua Panitia dan semua gurumata pelajaran.ii. Peka tentang ketidakhadiran guru sama ada yang menghadiritugas rasmi atau kes-kes kecemasan,
  • M u k a S u r a t | 315Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajariii. Menyediakan jadual waktu guru ganti sehari sebelum, bagiguru yang diketahui akan meninggalkan sekolah.iv. Penyediaan jadual guru ganti serta agihannya perlu adil dansaksama serta mengambil kira permintaan guru sama adasecara jual beli atau sebaliknya mengikut kesesuaian.(b) Guru perlu :i. Menulis maklumat tugas rasmi yang bakal dihadiri dalam bukumaklumat pergerakan guru untuk tujuan penyediaan guruganti.ii. Memaklumkan ketidakhadiran pada pagi hari seawal mungkinbagi kes-kes kecemasan.iii. Memaklumkan dan memohon kebenaran daripada pihakpentadbir sekolah bagi cuti tanpa rekod, cuti sambilan, dancuti bersalin.(c) Guru Tidak Hadir perlu :Menyediakan bahan/modul dan menyerahkannya kepada pihakpengurusan (GGS) sebelum memulakan tugas rasmi di luar sekolah.Bahan yang disediakan hendaklah selari dengan RancanganPelajaran Harian (RPH) dan khusus untuk kelas-kelas yangditinggalkan.(d) Ketua Panitia perlu :i. Mengadakan bengkel penyediaan dan mewujudkan koleksiBahan Bantu Mengajar (BBM) untuk guru ganti pada awaltahun mengikut sukatan pelajaran setiap mata pelajaran.
  • M u k a S u r a t | 316Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarii. Menyenaraikan guru-guru yang boleh menggantikan guru yangakan bertugas di luar/ cuti kecemasan dan diberikan kepadapengurusan GGS.(e) Guru Media perlui. Menyediakan bahan bacaan, bahan multimedia seperti CDPdP.ii. Menyediakan guru-guru dengan Portal Pendidikan dan bahan-bahan dalam talian.iii. Sentiasa bersedia dengan aktiviti Pusat Sumber Sekolah dansekiranya tidak ada guru ganti maka murid boleh dibawa kePusat Sumber Sekolah dan kelas dikendalikan oleh guru mediadengan aktiviti-aktiviti yang terancang.2. Fasa 2 : Semasa.Melibatkan pentadbir atau pengurusan GGS, guru ganti dan ketua kelas.(a) Pentadbir/ Pengurusan GGS.i. Menyemak rekod kehadiran dan rekod guru menjalankantugas-tugas luar, seterusnya menyediakan, mengedarkan jadualkepada guru terlibat, dan menampal jadual di papan kenyataan.ii. Jadual kelas dan guru ganti diedarkan dan ditampal di papankenyataan.
  • M u k a S u r a t | 317Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar(b) Guru Ganti.i. Selepas guru ganti mendapat surat arahan menggantikan kelas,mereka perlu mengenal pasti guru yang diganti dan matapelajaran yang diajar seterusnya mendapatkan bahan/moduldaripada pengurusan GGS.ii. Masuk ke dalam kelas dan jalankan PdP berdasarkan modulyang disediakan. Aktiviti semasa PdP adalah bergantungkepada kesesuaian bahan yang disediakan, kreativiti, dankepakaran guru.iii. Selepas masa tamat, guru ganti menandatangani buku log guruganti dan bahan hendaklah dikumpul untuk diserahkan kepadaguru mata pelajaran.(c) Ketua Kelas.i. Sekiranya guru ganti tidak masuk ke kelas selepas 10 minitmasa berlalu, Ketua Kelas perlu melihat senarai guru ganti dipapan kenyataan, seterusnya mencari guru berkenaan. Selepasusaha mencari dijalankan dan guru masih tidak masuk ke kelas,Ketua Kelas hendaklah melaporkan kepada Penolong Kanan/Pengetua.ii. Memastikan guru menandatangani buku log guru gantisebelum meninggalkan bilik darjah.3. Fasa 3 : PascaBahan/modul yang digunakan dalam PdP hendaklah diserahkan olehmurid kepada guru mata pelajaran setelah mereka kembali ke sekolah(sekiranya perlu). Guru mata pelajaran hendaklah melihat, meneliti,atau
  • M u k a S u r a t | 318Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmemeriksa bahan atau skrip jawapan murid yang diterimanya danmembincangkannya semula di dalam kelas mengikut keperluan.KESIMPULANSekolah perlu menyediakan satu inisiatif yang membantu kepada penyelesaianmasa instruksional agar masa pembelajaran murid terus terpelihara. Denganadanya inisiatif terhadap guru ganti, pengurusan masa instruksional akan lebihsistematik.SYORPelaksanaan kelas ganti ini boleh berlaku dalam pelbagai situasi danpendekatan. Terdapat situasi, guru mata pelajaran tidak hadir tetapi telahdiketahui dan persediaan sempat dilakukan. Situasi lain terjadi apabila kes-keskecemasan berlaku dan guru tidak sempat untuk menyediakan bahan (rujukcarta aliran kerja). Oleh itu, Pengurusan GGS hendaklah menyediakanbeberapa pendekatan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru ganti.Antara pendekatan yang boleh dilaksanakan ialah:1. Sarana Guru Ganti.Bahan-bahan yang ada dalam saranadisediakan oleh panitia pada awaltahun atau sepanjang tahun. Guru ganti hanya perlu memilih bahan-bahanyang sesuai dengan keperluan kelas dan murid yang akan diganti. Bahan-bahan yang boleh dikumpul dalam sarana ini ialah seperti berikut :
  • M u k a S u r a t | 319Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar(a) (Set nota mata pelajaran mengikut topic). Penyediaan nota ini bolehdisediakan dalam lembaran kerja atau secara power point .(b) (Set latihan mengikut topik sesuatu mata pelajaran)(c) (Set soalan peperiksaan) – koleksi soalan peperikaan sama ada ujianbulanan, pertengahan tahun, akhir tahun atau soalan peperiksaanumum, dan sebagainya yang boleh diambil daripada bank soalan.(d) (Set latihan umum) – Guru-guru menyediakan set latihan atau bahanilmiah berbentuk menguji ingatan, kebijaksanaan dan kecerdasanseseorang murid. Contohnya kuiz teka silang kata, soalan-soalan IQ,teka-teki, soduku dan sebagainya.(e) (Set soalan pencarian di internet) – Panitia menyediakan bahan,topik dan portal yang sesuai untuk sesuatu topik untuk dilayari olehguru ganti dan murid.2. Aktiviti Pusat SumberGuru Media juga boleh memainkan peranan penting dalam kelas gantiganti ini. Guru Media bersama guru ganti atau tanpa guru ganti bolehmerangka pelbagai aktiviti PdP dalam pusat sumber. Antaranya ialah :(a) Projek Pukal - Kotak Buku Bacaan yang dibekalkan oleh PusatSumber untuk bacaan kelas.(b) Merentas Dunia – membaca tentang sebuah negara dan mencatatmaklumat seperti ibu negeri, cuaca, kehidupan rakyat dansejarahnya. sesuai untuk mata pelajaran Bahasa, Sejarah, Geografibagi sekolah menengah, dan Bahasa dan Kajian Tempatan bagisekolah rendah.(c) Biodata Tokoh terkenal – murid-murid membuat profil tokoh-tokohterkenal dan mencarinya di buku atau internet .
  • M u k a S u r a t | 320Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar(d) Mengumpul perkataan – sesuai untuk sekolah rendah dan menengahrendah dan mata pelajaran bahasa.3. Penggunaan Bahan Multimedia – Bilik TayanganMenggunakan bahan-bahan pembelajaran yang menarik dan tidakmembosankan daripada pelbagai sumber seperti VCD, Program ASTROPendidikan, CD Interaktif dan sebagainya.4. Penggunaan Pusat AksesPencarian Ilmu secara dalam talian dengan menggunakan bahan dalamtoolkit.5. Tukar Ganti Guru(a) Konsep ‘tukar ganti waktu’ secara ‘jual beli waktu’ dibenarkanuntuk mengatasi guru tidak hadir. Perkara ini bersesuaian denganSPI Bil. 10 Tahun 1995 (merujuk perkara VII). Walaubagaimanapun perkara ini perlu dimaklumkan kepada PengurusanGGB.(b) Guru ganti dalam kalangan guru yang mengajar dalam kelas yangsama diutamakan (ikut kesesuaian).(c) Guru boleh membuat gantian masa lebih awal sekiranya mengetahuijadual pergerakan (secara terancang).6. Kelas BercantumSekiranya terlalu ramai guru tidak hadir dan guru ganti tidak mencukupi,murid boleh dikumpul di dewan atau tempat-tempat yang sesuai untuk
  • M u k a S u r a t | 321Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajardilaksanakan aktiviti pembelajaran secara bengkel atau tayangan rakamanilmiah dan diawasi oleh beberapa guru.Dalam pelaksanaan GGS, Carta Organisasi Dan Carta Aliran Kerja adalahseperti yang berikut :1. Keahlian Guru Ganti Sistematik (GGS)Pengerusi : Pengetua/ Guru BesarNaib Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong KananPetang, Penolong Kanan KoKurikulum,Penolong Kanan HEMSetiausaha : Ketua Bidang dan Ketua PanitiaAhli Jawatankuasa : Semua guru mata pelajaran
  • M u k a S u r a t | 322Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar2. Carta Aliran Kerja 1Guru mata pelajaran tidak hadir disebabkan sesuatu urusan yangtarikhnya diketahui lebih awal dan persediaan sempat dibuatMULAGURU MATA PELAJARANMENGETAHUI TARIKH PERGERAKANGURU SUBJEK MERANCANG DAN MENYEDIAKAN BAHANPdP YANG CUKUP BAGI SETIAP KELASBAHAN DISERAHKAN KEPADA JAWATANKUASA GGSGURU GANTI MENGAMBIL BAHAN DARIPADAJAWATANKUASA GGS DAN MELAKSANAKAN PdPGURU GANTI MENANDATANGANI BUKU LOG RELIEFGURU GANTI MENYERAHKAN BAHAN KEPADA GURUSUBJEK (JIKA PERLU)TAMAT
  • M u k a S u r a t | 323Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar3. Carta Aliran Kerja 2Guru subjek tidak hadir disebabkan kes-kes kecemasan danperancangan tidak sempat dibuatPEMANTAUANPemantauan bagi pelaksanaan Guru Ganti Sistematik (GGS) perlu dilakukanoleh Pengetua/Guru Besar, GPK (Pentadbiran, HEM, Kokurikulum danPetang), Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia Mata Pelajaran.MULAGURU SUBJEK MEMAKLUMKAN KEPADAJAWATANKUASA GGS JAWATANKUASA GGSGGS MENGENALPASTI GURU GANTIGURU GANTI MENGAMBIL BAHAN DARIPADAJAWATANKUASA GGSGURU GANTI MELAKSANAKAN PdPGURU GANTI MENANDATANGANI BUKU LOGGURU GANTI MENYERAHKAN BAHAN KEPADA GURUSUBJEK (JIKA PERLU)TAMAT
  • M u k a S u r a t | 324Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPemantauan perlu dilakukan bagi semua fasa pelaksanaan iaitu pra, semasa danpasca pelaksanaan. Selain itu, buku log hendaklah dianalisis untuk tujuanpenyelenggaraan guru ganti dan penilaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT).IMPLIKASIPelaksanaan GGS dapat memantapkan dan membudayakan amalan guru ganti.Selain itu, GGS juga dapat merealisasikan aspirasi MMI dan menjadi panduanserta amalan pemimpin di sekolah. Dalam menjayakan usaha Melindungi MasaInstruksional MMI, inisiatif ini perlu dilaksanakan dengan lebih sistematikdengan matlamat PdP berkesan berlaku.PENUTUPInisiatif GGSS perlulah dibudayakan di semua sekolah. Dengan adanya sistemseperti ini, proses pembelajaran murid dapat dilindungi di samping proses PdPyang berlaku secara optimum.RujukanSurat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10 Tahun 1995, Pelaksanaan Jadual Waktu Anjalbagi Sekolah Rendah dan Menengah. Bahagian Pengurusan SekolahHarian, Kementerian Pelajaran Malaysia.Surat Siaran KP(BS/DSR)8787/002/8/Jld.2 (24) Bertarikh 10 Julai 2007,Peringatan Supaya Melaksanakan Pengajaran Dan PembelajaranSepenuhnya Semasa Persekolahan Hari Sabtu. Kementerian PelajaranMalaysia.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2012 : Pelaksanaan PengajaranDan Pembelajaran Sepenuhnya Semasa Hari Ganti Persekolahan PadaHari Sabtu. Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • M u k a S u r a t | 325Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPROGRAM INOVATIF PENGURUSAN SEKOLAH DALAM MMIDALAM KALANGAN MURID (PROGRAM PERMATA BONUS)DAN GURU (PROGRAM TRAINING OF THE TRAINERS)DI SMK RIAM MIRI(2000 – 2005)olehHAJAH SERINA BINTI SAUNISM Sains Miri, SarawakAbstrakKertas kerja ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman tentang gabungan programinovatif pengurusan sekolah yang telah berjaya merekayasa (reengineering) budayasekolah secara holistik di SMK Riam Miri pada tahun 2000 – 2005. Sekolah ini telahmelaksanakan Progam Permata Bonus yang lebih memberikan tumpuan kepadapengiktirafan (Lencana Bintang Permata Bonus) dan penghargaan (markah bonus danpameran foto individu) kepada setiap murid yang menunjukkan peningkatan secaraholistik. Pengiktirafan ini merangkumi banyak aspek seperti akademik, kokurikulum,sahsiah, disiplin, kepimpinan, dan penglibatan murid sama ada di dalam atau di luarsekolah. Dalam usaha menangani cabaran Melindungi Masa Instruksional (MMI) diSMK Riam Miri dua program iaitu, Program Permata Bonus bagi murid dan Program“Training of the Trainers” untuk guru dijalankan serentak untuk memastikanpembelajaran dan pengajaran (PdP) dilaksanakan dengan berkesan. Untuk menjadikanamalan MMI lebih bermanfaat dan efektif, aspek Keupayaan dan Kesediaan Muriduntuk belajar dan diajar dititik berat sebagai titik permulaan utama untuk memastikanPdP boleh dilaksanakan dengan berkesan bagi menjana keberhasilan murid yangmaksimum mengikut keupayaan masing-masing. Oleh itu, pada masa yang sama,keupayaan guru perlu dipertingkatkan (capacity building) untuk menangani muridyang mempunyai berbagai-bagai karenah disiplin dan tahap akademik yang berbeza.Program pembangunan profesionalisme secara berterusan diperhebat. Salah satuprogram yang teraktif ialah program, “Training of the Trainers” (TOT). PelaksanaanTOT telah meningkatkan kemahiran guru dalam aspek penyampaian yang pelbagaidan bersesuaian dengan keupayaan kelas yang diajar serta berjaya menarik minatmurid untuk terlibat dalam PdP dengan lebih mendalam. Hasilnya dapat dilihatdengan peningkatan prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah murid yangmembanggakan.
  • M u k a S u r a t | 326Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANDi SMK Riam Miri, pemupukan budaya penyayang dan langkah intervensiawal ditonjolkan dalam menyelesaikan segala permasalahan murid. Lazimnya,apabila guru lebih memberikan tumpuan kepada pengurusan permasalahansebilangan kecil murid sahaja berbanding dengan jumlah keseluruhan di dalamkelas khasnya, dan di sekolah amnya, situasi ini akan menganggu masainstruksional PdP. Dengan adanya program ini, para guru akan mengubahminda dan modus operandi dalam menangani karenah murid. Apabila guru-guru berjaya mengadaptasi pendekatan yang lebih menjurus kepadapengiktirafan kepada peningkatan yang baik, impak atas keberhasilan muriddari segi akademik, pencapaian kokurikulum, dan disiplin diri ternyata dapatdicapai. Walau bagaimanapun permasalahan disiplin harus diurus denganberhemah melalui pemberian mata demerit, sesi kaunseling berterusan, dandenda sebagai pilihan terakhir. Apabila aspek ini terpelihara dan disertaidengan perkembangan mutu disiplin yang meningkat, maka proses PdP bolehdilaksanakan dalam suasana lebih kondusif dengan keadaan murid lebihbersedia dan berupaya (setelah melalui program intervensi) untuk belajar dandiajar. Faktor pengiktirafan kepimpinan murid yang pintar bertindak sebagaiguru muda boleh dimanfaatkan untuk membantu rakan sebaya dalam mengatasibeberapa cabaran pembelajaran tertentu. Langkah ini juga dapat membantumelengkapi masa instruksional PdP sama ada dalam dan luar kelas.Melalui program TOT budaya mentoring dan coaching antara guruberpengalaman dan baharu dihidupkan untuk menangani permasalahan PdPdan MMI. Apabila Pengetua dan guru-guru senior sebagai pemimpininstruksional memainkan peranan utama sebagai pembimbing dalam bidangPdP melalui program LDP, pemantauan dan pencerapan yang membina, kualitiguru dapat disemaikan dan dipelihara secara berterusan.
  • M u k a S u r a t | 327Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarISI KANDUNGAN1. Latar belakang SMK Riam MiriSekolah ini mempunyai bilangan murid sebanyak 2300 orang yang terdiridaripada pelbagai kaum dan agama, 120 orang guru dan 20 orang stafsokongan. Komposisi murid adalah seperti yang berikut:0.411.13.52.69.634.238.6CINAIBANMELAYUBIDAYUHMELANAUBUMIPUTERA LAINLAIN-LAINKOMPOSISI MURID 2005Pada tanggal 16 Januari 2000, pengkaji telah melapor diri sebagaipengetua kelima. Mulai saat itu pengkaji telah melaksanakanenvironmental scanning selama satu bulan melalui temu duga dengan80% guru dan staf sokongan, murid secara rawak, dan semua AhliJawatankuasa PIBG. Hasil daripada dapatan kajian temu duga dan jugakajian pengumpulan data/maklumat pencapaian akademik danpenglibatan kokurikulum sekolah sebelum 2000 satu analisa SWOT(Strength, Weakness, Threats and Opportunity) dibuat seperti yangberikut:
  • M u k a S u r a t | 328Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajara) Aspek Ancaman/Kelemahani. Sekolah dua sesi di kawasan perumahan yang pesatmembangun di pinggir bandar Miri.ii. Fenomena yang unik berlaku apabila sebahagian besarkeluarga murid berhijrah dari kawasan pedalaman (rural tourban migration) dan tinggal di Taman Tunku untuk mencaripekerjaan di bandar. Hal ini sedikit sebanyak telahmenimbulkan gejala sosial dari segi kejutan budaya dan“family support system” yang terganggu terutama sekaliapabila ibu bapa bekerja untuk menampung kos sara hidup dibandar yang tinggi. Beban menjaga murid sepanjang hariterletak di bahu pihak sekolah.iii. Ancaman seperti, “godaan” Cybercafe boleh melekakan muridbermain permainan komputer dan terlibat dengan gejala sosialyang lain. Daya tarikan kedai-kedai menjual minuman kerasdengan harga yang murah juga menjadi elemen kekhuatiranyang tinggi dalam kalangan guru dan ibu bapa setempat.Kedua-dua faktor ini didapati menyebabkan peratusan gejalaponteng yang agak membimbangkan.iv. Perpustakaan tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Sebahagianruang digunakan sebagai stor untuk menyimpan barang sepertiperabot dan alat-alat lain. Bilangan buku dan bahan bacaanamat sedikit, iaitu hanya 3853 nashkah, tidak cukup untukmenampung jumlah murid yang tinggi. Akibatnya, murid danguru tidak berminat untuk menggunakan perpustakaan.v. Prestasi pencapaian akademik pada tahun 1999 bagi PMRcuma 55.5% (terendah di bahagian Miri) dan SPM 66.8%, iaitutahap tidak memuaskan.
  • M u k a S u r a t | 329Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarvi. Permasalahan pembelajaran seperti membaca dan mengiraagak tinggi dalam kalangan murid Kelas Peralihan danTingkatan 1 yang mempunyai gred E dalam semua matapelajaran peringkat UPSR.vii. Pencapaian dan penglibatan kokurikulum pada tahapsederhana.viii. Tahap disiplin agak membimbangkan dengan jumlah kehadiranhanya 90.3% dan angka keciciran murid agak tinggi. Dua jeniskes disiplin yang berat dikenal pasti melibatkan: segelintir murid kerap datang ke sekolah dalam keadaanyang mabuk dan Pergaduhan murid yang melibatkan pihak orang luar.ix. Akibatnya moral dan semangat para guru agak tertekan sabanhari apabila berhadapan dengan murid yang tidak bermotivasiuntuk belajar dan diajar.x. Ibu bapa agak kecewa apabila semangat juang dan jati dirimurid juga rendah dalam menghadapi saingan semasapertandingan aktiviti kokurikulum dan sukan di peringkatdaerah dan lain-lain.b) Kekuatan/Peluangi. Jawatankuasa PIBG bersedia untuk menghulur bantuan danmemberikan sokongan penuh kepada pentadbiran baharusekolah. Walau bagaimanapun, PIBG perlu digerakkan untuksama-sama memberikan kerjasama dalam menanganipermasalahan disiplin murid dan membantu menambahkandana PIBG yang begitu genting.ii. Bangunan sekolah ala “Design and Build” yang baharu,cantik, dan mempunyai kawasan dan padang yang besar untuk
  • M u k a S u r a t | 330Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajaraktiviti kokurikulum, sukan, dan riadah. Ruang legar di tigatingkat bangunan sekolah dan taman yang luas bolehdimanfaatkan oleh murid sesi pagi untuk kembali ke sekolahpada waktu petang bagi membuat aktiviti yang berfaedahseperti ulang kaji, kelas tambahan, perbincangan kumpulan,dan kerja kursus.iii. Bilik perpustakaan yang cukup luas boleh dimanfaatkan olehsemua warga sekolah dengan memastikan bahan bacaan danperabot untuk tempat murid belajar mencukupi. Keadaanbegitu kondusif dengan kelengkapan seperti alat pendinginhawa dan komputer hasil sumbangan PIBG pada tahun 2001.iv. Kekuatan tenaga murid (yang kerap terlibat dalam pergaduhan)dijadikan satu aset dengan memberi mereka peluangberkecimpung dalam sukan lasak seperti angkat berat yangakhirnya menjadi Sukan Kebitaran Sekolah hingga keperingkat SUKMA (Kebangsaan) dan antarabangsa.v. Tenaga murid dan kreativiti boleh dijadikan aset untukmembangunkan bahagian-bahagian taman yang telahditetapkan untuk mencipta replika mercu tanda 7 Bahagian(Daerah) negeri Sarawak sebagai kerja amal dan sumbanganbakti kelas-kelas kepada sekolah. Kepakaran tiga orang stafsokongan yang mahir dalam mereka bentuk mercu denganmenggunakan teknik simen fero telah menjadi pergerakutama/arkitek program keceriaan ini. Secara keseluruhannya,semua warga bersatu mencipta landskap sekolah yangbertemakan, “Sayang Sarawak Bumi Kenyalang” yangmencerminkan Sarawak mini menjadi satu realiti. TamanBahagian Kuching (seekor kuching), Miri (Grand Old Lady,oil rig yang pertama), Bintulu (sepasang burung bangau putih),Sarikei (buah nanas), Sri Aman (sepasang burung merpati
  • M u k a S u r a t | 331Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarputih simbol kedamaian sewaktu penyerahan komunis), dansatu taman herba telah pun berjaya dihasilkan dalam tempoh 5tahun bermula pada tahun 2001. Setiap taman mini mempunyaipapan info padat tentang Bahagian (daerah) berkenaan. Semuaini menjadi tarikan para pelawat yang ramai berkunjung kesekolah. Keadaan ceria ini juga menggalakkan murid untukmenghabiskan masa mereka secara berfaedah di sekolah.Gambar yang menunjukkan replika mercu tanda Miri dan SriAman.vi. Kekuatan guru yang ada pada 40% guru senior ( pengalamanmengajar melebihi 5 tahun) dan 45% guru muda terlatih yangdapat membimbing 15% guru sandaran tidak terlatih (GSTT).2. Isu dan cabaran yang mengganggu Masa Instruksional dilihat dari segifaktor dua kumpulan sasaran iaitu murid dan guru.
  • M u k a S u r a t | 332Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajara) Kumpulan Sasaran Muridi. Ponteng (sekolah dan perperiksaan) dan keciciran yang tinggi:Isu jumlah bilangan murid ponteng yang tinggi merupakanfaktor utama yang menyumbangkan kerugian kepadapembelajaran murid di SMK Riam Miri. Gangguan masainstruksional sebegini telah mengakibatkan murid ketinggalanbanyak masa bagi proses PdP, maka kesediaan muridmenghadapi pembelajaran seterusnya kian tergugatmengakibatkan prestasi peperiksaan merosot dan minat kepadapersekolahan juga menurun. Akibatnya, jumlah keciciranmurid kian meningkat. Dengan adanya program intervensiyang menghargai jumlah hari kehadiran murid sedikitsebanyak telah menggalakkan murid hadir ke sekolah. Setiapmurid yang hadir pada setiap hari sepanjang bulan diberi 10markah bonus. Manakala bagi kelas yang mencatatkankehadiran seratus peratus akan diberi tambahan 5 markah lagikepada setiap warga kelas tersebut. Maka timbul rangsanganyang menggalakkan setiap warga kelas agar sentiasa menjagadan mengingatkan rakan-rakan akan kepentingan kehadiran kesekolah supaya semuanya memperoleh markah bonustambahan – kesan “peer pressure” yang baik timbul.
  • M u k a S u r a t | 333Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPeratus Kehadiran MuridTahun 1999 – Jun 200590.394.192.295.396.1 96.397868890929496981999 2000 2001 2002 2003 2004 2005(JUN)Gambar rajah yang menunjukkan peningkatan kehadiran murid padatahun 1999-2005Strategi jangka pendek yang efektif untuk menggalakkankehadiran murid yang berisiko tinggi untuk tidak pontengsemasa peperiksaan awam yang telah berjaya dilaksanakanialah: Menyediakan skuad guru berkenderaan yang akanmenjemput murid berkenaan jika mereka didapati tidakhadir semasa roll-call dibuat setengah jam sebelumpeperiksaan bermula. Dengan bantuan dana PIBG pihak sekolah menyediakansarapan pagi yang ringkas tapi berkhasiat, contoh, segelasair milo panas, sebiji telur rebus dan 2 keping roti atausegelas teh susu dan nasi lemak dan lain-lain mengikutmenu yang menepati budget yang telah dipersetujui olehPIBG bagi setiap murid PMR dan SPM (anggaran 300-500orang) setiap tahun. Tindakan kebajikan ini dibuat apabilasekolah mendapati 20% murid dari kawasan jauh (Lambir)
  • M u k a S u r a t | 334Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajardatang ke sekolah seawal 5.45 pagi tanpa sarapan dankeadaan ini telah menjejaskan konsentrasi mereka semasapeperiksaan.ii. Beberapa kelakuan murid yang mengakibatkan gangguanMMI: tidak bermotivasi untuk belajar semasa PdP, tidak membawa buku dan kelengkapan alat tulis yangcukup telah mendorong mereka untuk tidak mencatat notadan tidak membuat latihan, dan berbuat bising dan kerap keluar kelas untuk ke tandas.iii. Segelintir murid menghadapi keadaan “kawalan ibu bapa jarakjauh” yang unik akibat oleh ibu bapa bekerja di BruneiDarulsalam. Oleh itu, sepanjang tempoh, Isnin sehingga ke hariJumaat, anak-anak ditinggalkan tanpa pengawasan ibu bapa(weekend parents). Adakalanya rumah murid berkenaandijadikan tempat murid-murid bermasalah melepak danponteng sekolah. Apabila gejala sosial dan masalah disiplintimbul, ibu bapa jarang dapat dihubungi, maka tanggungjawabseliaan sama ada di dalam dan di luar sekolah dan langkahintervensi akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepadapihak sekolah. Langkah yang diambil oleh pihak sekolah ialahmenarik minat murid untuk kembali ke halaman sekolahselepas/sebelum waktu sekolah meskipun sekolah menghadapikemungkinan gangguan perjalanan sekolah dua sesi.Kedatangan mereka dialu-alukan untuk mengisi masa lapangdengan kerja amal, mengambil bahagian dalam aktivitisukan/riadah atau datang untuk mengurus kerja sekolahmasing-masing. Semua ini diawasi oleh guru penasihat
  • M u k a S u r a t | 335Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarprogram/aktiviti berkenaan. Langkah ini dapat mengelakkanmereka daripada terlibat dengan gejala sosial di luar kawasansekolah. Semua penglibatan dalam sukan dan kerja amal muridakan diberi markah oleh guru yang bertanggungjawab atasprojek tersebut.iv. Pencapaian akademik yang rendah dalam PMR (55.5% pada1999) dan SPM (66.8% pada 1999) dijadikan titik permulaan(TOV - Take-off value) bagi program peningkatan akademikseterusnya. Untuk memberikan galakan atas usaha murid,maka setiap peningkatan dalam setiap mata pelajaran akandiberi ganjaran markah bonus yang sewajarnya.v. Masalah membaca dan mengira boleh menjejaskan kemajuanmurid untuk mengikut pelajaran seterusnya. Sehubungandengan itu, strategi intervensi awal untuk mengatasi isukeupayaan murid untuk belajar dan diajar dilaksanakan dengandua cara: bermula dari waktu pendaftaran murid ke sekolahberdasarkan input data dan maklumat tentang prestasiakademik, kokurikulum, keperluan kebajikan biasiswadan tahap kesihatan bagi setiap murid yang diberikanoleh guru besar atau/dan penolong kanan HEM sekolahrendah asal (feeder schools) semasa mesyuaratpermuafakatan feeder schools bersama pihak pengurusanSMK Riam yang terdiri daripada Pengetua, semuapenolong kanan dan kaunselor pada bulan Septembersetiap tahun. Secara amnya, setiap tahun didapati adalebih kurang 10% kemasukan murid Tingkatan 1 danKelas Peralihan mengalami masalah 3M (menulis,
  • M u k a S u r a t | 336Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmembaca dan mengira) yang perlu dipulihkan melaluibeberapa program seperti PROBIM (Program BimbinganMatematik), Program Pemulihan Menulis dan Membaca,dan self-access learning untuk BI. Pendedahan murid Tahun 6 dari feeder schools ke alamSekolah Menengah semasa lawatan suai kenal dipertengahan tahun sebelum mereka melangkah ke SMKRiam juga banyak membantu dari segi persediaan mentaldan emosi mereka tentang expectation kita. Beberapaaktiviti motivasi dan pengenalan ke alam SekolahMenengah dilaksanakan dengan jayanya. Maklum balasyang diterima berkaitan perkara tersebut amat membantupihak sekolah dalam usaha membantu mereka bagikemasukan ke Tingkatan 1. Semua usaha ini membantumeminimunkan gangguan MMI di peringkat awal tahunpersekolahan.vi. Penglibatan dalam kokurikulum sekolah yang tidak berfokusdan sikap kurang minat murid kepada aktiviti ini telahmenyebabkan pencapaian murid yang agak sederhana.Daripada keputusan analisis SWOT, kekuatan fizikal muridyang kerap bertumbuk dan merosakkan harta benda sekolahdiambil kira untuk disalurkan sebagai tenaga yang berfokusuntuk memajukan sukan seperti angkat berat (Kebitaransekolah), archery dan fencing. Penglibatan dalam sukan jugamesti disokong oleh tahap disiplin yang memuaskan (contoh,dari segi kehadiran ke sekolah). Kewujudan usaha kendirimurid yang positif dalam meningkatkan prestasi akademiksesuai dengan pencapaian TOV murid berkenaan juga diambilkira. Oleh itu, kesinambugan penglibatan sukan yang diminatioleh seseorang murid bergantung kepada usahanya untuk
  • M u k a S u r a t | 337Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmengatasi kelemahan disiplin (sahsiah) dan akademik sepadandengan keupayaannya. Pendekatan “carrot and less stick”sebegini amat berkesan di sekolah ini. Lebih-lebih lagi apabilasetiap peningkatan positif, tanpa mengambil kira magnitudnya,direkodkan dan diberi markah bonus yang sewajarnya.vii. Waktu pertukaran antara sesi pagi dengan sesi petang bolehmenimbulkan masalah gangguan MMI pada waktu ketujuh dankelapan yang terakhir bagi sesi pagi. Hal ini akibat kebisinganmelampau oleh 1000 orang murid sesi petang yang resahmenunggu giliran untuk masuk ke kelas. Keadaan ini telahmenimbulkan peluang untuk menyelesaikan masalah “mencarimasa” untuk program membaca (NILAM) bagi murid sesipetang. Mulai pertengahan tahun 2000, semua murid sesipetang diwajibkan duduk di ruang legar untuk menjalankanprogram NILAM dari jam 11.30 pagi sehingga 12.30 tengahhari sebelum dibenarkan berbaris dengan disiplin tinggi apabilamasuk ke kelas masing-masing selepas loceng tamat sesi pagidibunyikan. Penyelesaian kreatif yang dilakukan oleh panitiabahasa telah berjaya menyelesaikan empat perkara, iaitu gangguan MMI bagi sesi pagi dapat diatasi dengankaedah win-win situation bagi murid kedua-dua sesi, persediaan minda yang positif bagi murid sesi petangsebelum sesi PDP bermula, program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) ini telahberjaya menyediakan ruang dan peluang untuk setiapmurid sesi petang membaca buku 5 jam seminggu.Hasilnya pinjaman buku perpustakaan meningkat. Usahaini dilihat sebagai antara aspek yang membantu SMKRiam dinobat sebagai JOHAN Anugerah Pusat Sumber
  • M u k a S u r a t | 338Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarCemerlang peringkat Kebangsaan 2004. Budayamembaca juga telah menimbulkan kesan positif kepadapencapaian akademik murid. setiap naskhah buku yang dibaca direkodkan dandiberikan markah bonus sebagai pengiktirafan usahapositif.b) Kumpulan sasaran kedua: Gurui. Keupayaan guru untuk menghadapi murid yang mempunyaiberbagai-bagai masalah disiplin dan tahap kecerdasan intelekyang berbeza perlu dipertingkatkan. Oleh itu, guru harusmelengkapkan diri dengan ilmu-ilmu dan kemahiran yangterkini melalui kursus luar dan juga latihan dalaman berasaskansekolah. SMK Riam telah melaksanakan program TOTberasaskan sekolah untuk membantu guru mengembangkankemahiran yang diperlukan.ii. Tahap motivasi guru adalah rendah untuk mengajar murid-murid sebegini dan amat mencabar sekali. Moral guru jugatergugat apabila masyarakat sekeliling dan sekolah lainmemandang rendah akan pencapaian sekolah ini. Beberapaceramah motivasi dan peningkatan imej diri telahdilaksanakan. Namun begitu, faktor pendorong utama ialahkata-kata semangat yang bernas dan penghargaan yangberterusan daripada Pengetua sehingga boleh memberikanimpak kepada guru. Pengukuhan positif daripada pentadbirsekolah mampu meningkatkan kepercayaan akan keupayaandiri guru-guru dan staf untuk membantu murid dengan lebihkomited lagi.
  • M u k a S u r a t | 339Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajariii. Kurang pergaulan/perjumpaan profesional (professionalbonding) dengan rakan-rakan guru dari sekolah lain telahmenghasilkan satu lompang komunikasi profesional untukperkembangan diri. Kekurangan ini telah diatasi denganmengadakan beberapa aktiviti seperti yang berikut: Lawatan sambil belajar penandaarasan (Bench marking)ke sekolah-sekolah berdekatan yang berjaya seperti SMKChung Hua, Miri (Sekolah Harapan Negara) dan SMK StJoseph, Miri yang terkenal dengan prestasi akademikyang cemerlang. Lawatan guru-guru 3K dan staf sokongan untuk melihatlandskap Hotel Marriot dan Hotel Holiday Inn, Miri. Lawatan guru-guru dan murid ke Taman Awan danPejabat Perbandaran Miri (Miri Municipal Council) untukmempelajari teknik membuat landskap yang menarik. Lawatan guru-guru dan murid ke Perpustakaan AwamMiri untuk mempelajari pengurusan perpustakaan yangberkesan.CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIANSetelah environmental scanning dilaksanakan, didapati perubahan wargasekolah itu sendiri. Maka dua program berikut diguna pakai untuk mengatasicabaran yang dihadapi oleh sekolah:1. Program Permata Bonus untuk muridProgram Permata Bonus (PPB) dilaksanakan untuk menyokong danmemperkukuh kejayaan program dan aktiviti yang lain dengan
  • M u k a S u r a t | 340Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmemberikan galakan yang berterusan atas penglibatan murid secarapositif.a) Pengenalan PBBTujuan utama PPB adalah untuk menyediakan suatu instrumen yangmesra murid (Student friendly) yang boleh menggalakkanpembangunan kemenjadian (keberhasilan) murid secara holistikyang merangkumi perkembangan/peningkatan dalam aspek sahsiah,disiplin, akademik, dan kokurikulum sejajar dengan FalsafahPendidikan Kebangsaan. Setiap tingkah laku dan perubahan positifakan diberi markah bonus yang menjurus ke arah Lencana BintangPermata Bonus seperti yang berikut:LENCANAJUMLAH MATA MERITTERKUMPULDELIMA 100 – 149NILAM 150 – 249ZAMRUD 250 – 349INTAN 350 – 499BERLIAN“Wings of Excellence"500 KE ATASJadual menujukkan permarkahan Lencana Bintang Permata Bonus:Bagi setiap aspek peningkatan atau sebaliknya, markah bonus ataudemerit ditetapkan oleh Jawatankuasa PPB seperti terdapat dalamkad PPB murid. Berikut ialah contoh pemberian markah bonusuntuk katerogi disiplin dan akademik:
  • M u k a S u r a t | 341Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKategori Gerak Laku Mata Bonus TindakanDisiplin 1. Bersifat jujur 3 – 10 GuruBerkenaan2. Menampakkan perubahanpositif dadlam kelakuanmereka3 – 5 GuruBerkenaan3. Berkelakuan terbaik dalamsesebuah kelas / kumpulan3 – 5 GuruBerkenaan4. Berssopan santun / beradab 2 – 5 GuruBerkenaan5. Kehadiran penuh ke sekolahbagi setiap bulan10 GuruTingkatan6. Kehadiran penuh semua muridsesuatu kelas bagi setiap bulan5 GuruTingkatanAkademik 1. Penglibatan aktif dalam prosesPdP3 – 10 Guru MataPelajaran2. Pencapaian cemerlang dalamujian / peperiksaan3 – 5 GuruTingkatan3. Kedudukan 1, 2, 3 5, 4, 3 GuruTingkatan4. Menunjukkan kemajuan yangketara dalam akademik2 – 5 Guru MataPelajaran5. Mendapat tempat 1-10 diperingkat tingkatan semasapeperiksaan.5 GuruTingkatan6. Mendapat keputusancemerlang dalam peperiksaanawam.10 GuruTingkatan7. Program Nilam-pelajar yangmembaca 18 buah buku ataulebih dalam setahun.10 Guru BM &BIb) Jawatankuasa PPB SMK Riam, Miri, terdiri daripada:Penasihat : PengetuaPengerusi : GPK HEMNaib Pengerusi : Semua GPK yang lainPenyelaras : KaunselorSetiauasaha : Guru DisiplinBendahari : Ketua Kerani
  • M u k a S u r a t | 342Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarGuru Penyelaras Tingkatan : Guru Tingkatan yang dipilihc) Cara pemberian markah bonus dan demerit adalah seperti yangditunjukkan dalam carta alir berikut:Carta alir pemberian markah PPBBAIK LAKU & SALAH LAKUPERUBAHAN POSITIFSIJIL JUARA BULANAN/ TINDAKANMENERIMA LENCANA AMARAN OLEH WALI KELASSURAT AMARAN ( 1, 2 DAN 3)BONUS 100: DELIMA KERJA AMAL/TINDAKAN200: NILAM DISIPLIN300: ZAMRUD KAUNSELING400: INTAN500: BERLIANANUGERAH PELAJAR CEMERLANG &JUARA KELAS SISTEM BONUSMURIDBONUS DEMERITPERUBAHAN POSITIFd) Aplikasii. Setiap kelas mempunyai satu fail yang mengandungi kad PPBberwarna hijau bagi setiap murid untuk tujuan merekod markahbonus dan demerit.ii. Fail-fail ini disimpan di luar bilik GPK HEM supaya semuaguru dapat akses yang mudah untuk mencatat markah padabila-bila masa diperlukan.iii. Pemberian markah dibuat melalui borang bonus/demerit yangberbeza dan diserahkan kepada guru tingkatan berkenaan.iv. Guru Tingkatan akan mengemas kini jumlah markah sekalisebulan mengikut jadual yang telah ditetapkan dalam takwimsekolah seperti contoh berikut:
  • M u k a S u r a t | 343Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMasa bersama GuruTingkatan(Pengurusan Kelas& Bonus)e) Penghargaan Bulanani. Seseorang murid yang mencatat markah tertinggi bagi setiaptingkatan akan dipilih sebagai juara bulanan untuk menerimasijil penghargaan semasa perhimpunan sekolah. Gambar muridberkenaan juga akan dipamerkan di Papan Notis Induk PPBsepanjang bulan itu.ii. Setiap bulan sebuah kelas yang mengutip markah bonustertinggi dinobatkan sebagai Juara Bulanan dan menerimaplaque pusingan PPB yang akan dipamerkan di kelas tersebut.iii. Setiap murid yang mencapai markah tertentu akan menerimapengiktirafan kurniaan Lencana Bintang Permata Bonusmengikut katerogi Delima, Nilam, Zamrud, Intan, dan Berlian(Bintang Tertinggi)
  • M u k a S u r a t | 344Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarf) Penghargaan Tahunani. Guru Tingkatan dan kelas yang mengumpulkan markahPermata Bonus yang tertinggi bagi tahun berkenaan akanmenerima hadiah istimewa pada majlis penyampaian AnugerahPelajar Cemerlang di hujung tahun.ii. Gambar penerima Lencana PPB tertinggi akan dicetak dibelakang buku latihan sekolah dengan kerjasama koperasisekolah. Dengan cara ini penghargaan dan pengiktirafankepada murid yang mencapai jumlah markah bonus yangcemerlang dipamerkan sepanjang tahun berikutnya di kulitbuku latihan sekolah seperti contoh di bawah:g) Impak PPBi. Kesan positif dapat dilihat dengan penurunan kadar pontengdalam kalangan murid. Apabila kadar ponteng telah menurun,
  • M u k a S u r a t | 345Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarkadar keciciran murid juga turut menurun seperti ditunjukkanoleh gambar rajah berikut:Statistik Keciciran MuridTahun 2000-20043182113 1291461405101520252000 2001 2002 2003 2004LelakiPerempuanii. Apabila kadar penerima Lencana Bintang Permata Bonusmeningkat (gambar rajah A), kadar salah laku menjadiberkurangan (gambar rajah B) bagi tempoh masa yang sama.Hal ini membuktikan, apabila keberhasilan murid digalakkanmeningkat secara pengkukuhan positif, kejadian salah laku dankelakuan tidak baik pun menurun.
  • M u k a S u r a t | 346Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarGambar Rajah A: menunjukkan peningkatan penerima Lencana BintangPermata Bonus pada 2000 – Jun 2005414391931182642081 1 51676551171380 0 0307225626127120112 23 3113701002003004005006002000 2001 2002 2003 2004 Jun-05DELIMA NILAM ZAMRUD INTAN BERLIAN3.2%(Jum=42)34.8%(Jum=452)37.7%(Jum=490)45.6%(Jum=593)BilanganPermataBonus69.9%(Jum:813)(Jum:666)Gambar Rajah B: menunjukkan penurunan salah laku pada 2000-Jun 2005Bilangan Salah Laku Muriddari Tahun 2001 – Jun 20050501001502002502001 2002 2003 2004 Jun-05TahunBilangan salah laku248163118 9953
  • M u k a S u r a t | 347Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarh) Penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum adalahsangat aktif dan telah mencapai sehingga ke peringkat antarabangsa,contohnya, acara Angkat Berat. Kolaborasi dengan Majlis SukanNegara cawangan Miri dalam membangunkan sukan seperti angkatberat, archery dan fencing telah mengharumkan nama sekolahkhasnya, negeri, dan negara amnya. Pengiktirafan dan kepercayaanyang diberi oleh sekolah telah dapat mendorong murid untukmengetepikan sifat kenakalan mereka sebaliknya aktif melibatkandiri mereka dalam aktiviti sukan. Perubahan sahsiah dan tahapdisiplin dalam kalangan murid yang aktif dalam sukan amat ketara.i) Pemasalahan disiplin berat seperti mabuk, bergaduh, dan vandalismesudah dapat diatasi mulai tahun 2003.MURID-MURID YANG MENERIMASIJIL DAN BINTANGj) Kejayaan PPB bergantung besar kepada faktor berikut:Pemberian markah (bonus dan demerit) yang sistematik denganwajaran yang telah ditetapkan.
  • M u k a S u r a t | 348Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajari. Setiap penglibatan dan perubahan positif murid mesti disokongoleh pengiktirafan markah dan penghargaan berterusan.ii. Semua warga sekolah (guru dan murid) bertanggungjawab ataspemberian markah yang berterusan dan terkini untuk mendapatLencana Bintang Permata Bonus yang betul.iii. Proses semakan dan penambahbaikan PPB dipantau rapi,contohnya, kemasukan penambahan markah baharu ke dalamPPB boleh dibuat dan hendaklah dikemas kini oleh gurupenyelaras untuk menyokong kejayaan program baharu yangberkenaan. Maklumat tambahan ini haruslah diuar-uarkanseluasnya melalui papan notis induk PPB, buletin, dan ketikaperhimpunan mingguan.iv. Yang terpenting ialah sifat kepekaan, kepedulian, dankeprihatinan guru dalam menghargai setiap perubahan positifmurid. Faktor pengukuhan daripada guru ini akanmenggalakkan perubahan positif murid dan akan menjadiamalan dalam kehidupan mereka sehari-hari.2. Program “Training of the Trainers” (TOT)Keperluan latihan dalaman berasaskan sekolah diperoleh melalui analisiskeperluan yang dimaklumkan oleh guru semasa temu duga environmentalscanning dan juga dapatan daripada kutipan data/maklumat dalam borangLaporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) guru dan staf pada akhir tahun.Sebagai strategi jangka panjang yang efektif, budaya CPD dilaksanakan.Untuk mengelakkan gangguan MMI, guru sesi pagi mengadakan LDPpada waktu petang dan sebaliknya untuk guru sesi petang. PendekatanTOT dikenal pasti sebagai metodologi terbaik atas perkongsian kepakaranantara guru senior yang boleh membimbing dan memimpin guru junior.
  • M u k a S u r a t | 349Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarHasil dapatan daripada proses pemantauan dan pencerapan guru olehPengetua, Penolong Kanan, dan Guru Kanan, kekuatan guru untukdilantik sebagai ketua ataupun coach mengikut katerogi berikut telahdikenal pasti:a) Kepakaran guru mengikuti pedagogi tertentu, contoh, pendekatanpembelajaran secara konstruktivisme, konteksual, berpusatkan murid, aplikasi teori kecerdasan pelbagai, masteri, ICT, dan lain-lainb) Berkemahiran dalam teknik menyoal yang menarik dan dalampelbagai aras daripada soalan mudah ke kompleks untuk membukaminda murid semasa PdP. Kemahiran ini menduduki tempat teratasdalam keperluan latihan guru.c) Kepakaran guru dalam mengawal kelas yang muridnya dianggapnakal dan rendah motivasi untuk belajar.d) Kemahiran guru menggunakan ICT.e) Kemahiran guru dalam menyediakan Alat Bantu Mengajar (ABM).f) Kelebihan guru dalam merangsang murid kelas pintar untuk menjadilebih cemerlang.g) Kelebihan guru dalam menyediakan rancangan harian pengajaran.
  • M u k a S u r a t | 350Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarSebagai jurulatih, tempoh pengalaman mengajar sesuatu matapelajaran serta amalan terbaik juga diambil kira. Guru-guru dipilihmenjadi ahli beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang pakar ataucoach. Setiap kumpulan akan menyediakan PdP yang lengkap dari fasapersediaan rancangan mengajar sehingga ke proses PdP denganmenggunakan pendekatan terbaik untuk topik tertentu bersesuaian denganaras kecerdasan kelas yang disasarkan. Dalam sesi TOT ini setiapkumpulan akan membuat mirco teaching mengikut jadual LDP sepanjangtahun dan guru-guru lain bertindak sebagai pemerhati, penilai danperekod seperti yang telah ditetapkan dalam senarai tugas LDP. Di akhirsesi micro teaching tersebut rakan sejawat akan memberikan maklumbalas tentang:a) Apa yang dipelajari mereka daripada sesi tersebut.b) Komen tentang kekuatan dan kelemahan tentang pendekatan yangdigunakan dan kesan proses penyampaian kumpulan berkenaan.c) Syor penambahbaikan, teknik penyampaian dan pedagogi yangdigunakan oleh kumpulan tersebut.Melalui cara ini tindakan segera boleh diambil untukmempertingkatkan sebarang kelemahan yang wujud dalam PdP masing-masing. Situasi ini juga memberikan satu platform profesional yangmantap untuk guru-guru berkongsi permasalahan pembelajaran murid darikelas tertentu dan mencari jalan penyelesaian melalui pengkongsian amalterbaik. Peranan penting pengetua di sini ialah memberikan ruang danpeluang sepenuhnya kepada guru untuk mencuba pelbagai kaedah /pendekatan (experimenting) demi mencari hasil yang terbaik. Oleh itu,pengetua perlu meluang masa untuk membina hubungan yang akrab
  • M u k a S u r a t | 351Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarsesama guru untuk membina satu pasukan yang padu lagi mantap sebagaisatu landasan profesional yang efesien.Selain berkemahiran dalam penyampaian, guru-guru juga diberikemahiran tentang proses headcount untuk mempertingkatkan keupayaanmurid dalam pembelajaran masing-masing dan akhirnya boleh membantumutu pencapaian akademik murid berkenaan. Pendekatan headcountmenjurus kepada setiap pencapaian murid dititikberatkan (every childmatters).INOVASI SEKOLAHTraining Of The TrainersIMPAK LATIHAN DALAMAN BERASASKAN SEKOLAHSepanjang tempoh lima tahun itu, pencapaian PMR dan SPM murid SMKRiam, Miri, secara konsisten telah meningkat. Kemuncak prestasi akademikialah pencapaian SPM 2005 yang telah menghasilkan 13 mata pelajaran(termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) mencatat kelulusan 100%
  • M u k a S u r a t | 352Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarwalaupun TOV sebanyak 10% murid di peringkat kelas peralihan danTingkatan 1 ialah murid yang buta huruf dan memiliki keputusan UPSR semuamata pelajaran gred E. Namun hasil daripada teknik pengajaran guru yangsesuai lagi menarik telah dapat membuat murid belajar apabila guru mengajardalam keadaan MMI terpelihara.Pencapaian Akademik SMK Riam, Miri(1999 – 2005)Tahun PMR SPM1999 (TOV) 55.5% 66.8%2000 62.5% 72.7%2001 70.4% 65.8%2002 77.3% 78.5%2003 77.3% 81.9%2004 84.2% 83.8%2005 89.2% 100%Setelah program ini dilaksanakan beberapa tahun, satu jati diri yang unikbersulamkan semangat juang battle cry “Fly Riam, Miri” (slogan sekolah),tercipta dalam kalangan murid dan guru. Semangat jati diri ini telah berjayameraih beberapa anugerah berprestij dalam peningkatan akademik dankokurikulum/sukan di peringkat negeri, kebangsaan, dan antarabangsa. SMKRiam, Miri telah dinobatkan sebagai Johan Sekolah Harapan Negara PeringkatKebangsaan 2004 dan Johan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan2002 dan tempat ketiga Anugerah Sekolah Selamat (3K) Peringkat Kebangsaan2003.
  • M u k a S u r a t | 353Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKESIMPULANProgram Permata Bonus boleh berdiri sendiri dalam menangani berbagai-bagaiisu permasalahan murid. Walau bagaimanapun untuk mendapat impak yangoptimum dalam MMI, program ini perlu digabungkan dengan programpeningkatan kemahiran guru melalui program, “Training of the Trainers” yangberterusan dan sentiasa ditambah baik sifatnya (kaizen’s continuousimprovement concept).SYORKedua-dua program yang membangunkan keupayaan dan kesediaan murid danguru untuk belajar, diajar, dan mengajar mesti dilaksanakan selari danmempunyai sifat penambahbaikan yang berterusan.1. Sekolah “Happening and Desirable” diwujudkan dengan perkara-perkaraberikut:a) Meriahkan suasana sekolah dengan aktiviti sukan, riadah, dan seniyang pelbagai untuk memenuhi minat, cita rasa dan bakat muridsetempat.b) Aspek penghargaan dan pengiktirafan ditonjolkan dan mengamalkanbudaya Sekolah Penyayang. Manakala kes salah laku dan disiplindikendalikan dengan berhemah.c) Kewujudan rasa kepunyaan murid diutamakan apabila suara murid(Students’ Voice matters) diambil kira dalam pelaksanaan program,contohnya, wakil murid dalam JK Induk 3K, JK Pembelian dan
  • M u k a S u r a t | 354Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPemilihan Buku Perpustakaan, JK Dokumentasi dan Papan NotisInduk Program Permata Bonus.d) Murid dibenarkan menggunakan kemudahan sekolah selepas waktusekolah untuk tujuan yang baik dan diselia oleh guru bertugas (opendoor policy).2. Suara dan cadangan guru juga perlu diberi perhatian. Mereka seharusnyadiberi autonomi untuk mencuba pendekatan baharu dalam PdP. Sebagaisatu pengiktirafan atas usaha gigih guru dalam mengatasi pemasalahanPdP, maka mereka hendaklah diberi peluang untuk berkongsi hasildaripada amalan terbaik bersama guru lain sehingga ke peringkatantarabangsa.3. Pengetua dan guru diberi kursus/latihan untuk mendapat kemahirankepimpinan instruksional yang tinggi melalui CPD. Sebagai tambahankita juga perlu diberi pendedahan kepada “soft skills” untuk menanganikarenah murid generasi kini.4. Pemimpin diberi peluang untuk berkongsi amalan terbaik di peringkatantarabangsa sambil membuat lawatan benchmarking ke sekolah contoh.5. Hari profesional untuk tujuan latihan dalam perkhidmatan diberi kepadawarga sekolah setiap semester tanpa gangguan kerja routine PdP, contoh,2 hari setahun itu diambil daripada cuti peristewa sekolah untukkepentingan MMI dan juga guru boleh memberikan tumpuan secara totalsemasa menghadiri latihan profesionalisme mereka.
  • M u k a S u r a t | 355Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarRujukanFullan, M. (2011). The Change Leader: Learning to Do What Matters Most.San Franciso: Jossey-BassKementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.10/2001: Semua Guru Adalah Guru DisiplinKohn, Alfie. The Schools Our Children Deserve. Houghton Mifflin Company,diterjemahkan oleh Rosnani Kamaruddin (2004). Institut TerjemahanNegara Malaysia Berhad.Sharma, Robin. Leadership Wisdom, The 8 Rituals Of Visionary Leaders. JaicoPublishing House (2009)Sufa’at Tumin (2012). Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional.Persembahan powerpoint semasa Taklimat MMI Zon Sabah, Sarawak danWP Labuan pada 13-15 September 2012
  • M u k a S u r a t | 356Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 1Sijil Pencapaian SMK Riam MiriSekolahHarapanNegaraPeringkatKebangsaan2004TEMPAT KE-3PERTANDINGANPOLISISEKOLAHSELAMATPERINGKATKEBANGSAAN2004
  • M u k a S u r a t | 357Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarJOHANPertandinganPusat SumberSekolahCemerlangPeringkatKebangsaan2002
  • M u k a S u r a t | 358Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPusat CemerlangAngkat BeratbersamaMajlis Sukan Sarawak 2003Pusat Pembangunan Lawan Pedang (2003)bersamaMajlis Sukan Sarawak
  • M u k a S u r a t | 359Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPusat PembangunanMemanah(bersama Majlis Sukan Sarawak)Tahun 2001KECEMERLANGANKOKURIKULUMPERINGKATNEGERISARAWAKTAHUN 2004
  • M u k a S u r a t | 360Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar3,85317,33645,114142,751233,22089,2860500001000001500002000002500001999 2000 2001 2002 2003 2004TahunBilanganBahanBacaanGraf Menunjukkan Jumlah Bilangan Bahan Bacaan Murid Secara KumulatifSehingga Tahun 2004161112557475056 25531302404 1438546 12 27 5001002003004005006007008001999 2000 2001 2002 2003 2004BilanganBahanBacaanTahunGangsa Perak Emas Nilam(Jum : 0)(Jum : 22 )(Jum : 146 )(Jum : 334 )(Jum : 942 )Graf Menunjukkan Bilangan Murid Yang Memperoleh AnugerahNilam (1999-2004)72-143 144-215 216-287 288 dan ke atas(Jum : 949 )
  • M u k a S u r a t | 361Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar
  • M u k a S u r a t | 362Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKERTAS AMALAN TERBAIKGURU5
  • M u k a S u r a t | 363Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN UNTUKKEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURIDFORMULA SEJARAHolehMOHD JAMIL BIN ROSLISMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad DiniahJalan Besar, Arau, PerlisAbstrakKertas kerja ini bertujuan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran gurudalam melindungi masa instruksional (protecting instruksional time) khususnyaberkaitan dengan kaedah mengingat fakta dalam mata pelajaran Sejarah SPM.Berdasarkan analisis daripada peperiksaan pertengahan tahun dan latihan yang dibuat,murid didapati belum menguasai beberapa kemahiran khususnya berkaitan dengankefahaman sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Hal ini seterusnya menyukarkanmereka mengingati peristiwa tersebut. Isu ini menyebabkan guru sejarah kesuntukanmasa menyelesaikan sukatan pelajaran. Bagi menangani masalah ini dan pada masayang sama dapat melindungi masa instruksional kaedah newnomek (yang berasaskanpencarian kata kunci bagi setiap ayat diubah kepada perkataan lain yang sangatmenarik) telah digunakan. Kaedah ini gelarkan sebagai Formula Sejarah. Modulpembelajaran dan penilaian kendiri dijadikan bahan pengukuhan pembelajaran padaakhir tiap-tiap sesi pembelajaran. Langkah yang diambil telah membantu muridmeningkatkan kemahiran mengingat fakta sejarah serta menarik minat mereka untukterus mempelajari mata pelajaran Sejarah. Seterusnya, penguasaan dan kefahamanmurid tentang kandungan tajuk yang dipelajari turut meningkat.
  • M u k a S u r a t | 364Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANSelaras dengan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011:Pelaksanaan Mata Pelajaran Sejarah Sebagai Mata Pelajaran Wajib Lulus SijilPelajaran Malaysia (SPM) Mulai Tahun 2013, Formula Sejarah diciptabertujuan untuk meningkatkan keputusan peperiksaan mata pelajaran Sejarahterutamanya di peringkat SPM dan ia juga dapat melindungi masa instruksionalmata pelajaran ini serta sukatan pelajaran dapat di selesaikan mengikut masayang ditetapkan. Bagi mata pelajaran Sejarah, murid sering merungut bahawamata pelajaran ini membosankan kerana banyak yang perlu dibaca dan banyakfakta yang perlu diingat. Hal ini akan menyukarkan mereka untuk menghafaldan menjadikan matapelajaran Sejarah kurang diminati. Hal ini jugamenyebabkan peratus kelulusan bagi mata pelajaran Sejarah merosot setiaptahun. Justeru, satu teknik dalam mengingat fakta sejarah dicipta berdasarkankaedah ‘newnomek’ iaitu pencarian kata kunci bagi setiap ayat dan diubahkepada perkataan lain yang sangat menarik. Kaedah ini digelarkan sebagaiFormula Sejarah.Pendekatan Formula SejarahTerdapat 4 Pendekatan dalam mengingat fakta sejarah iaitu:i. Menggunakan huruf awal dalam ejaan Raja Berpelembagaan = Ramli Burgerii. Menggunakan sebutan awal dalam perkataan Singapura = Singaiii. Menggunakan sebutan akhir dalam perkataan Raja = Kerjaiv. Menggunakan perkataan lain yang hampir sama sebutannya / samamaksudnya Harold = Herot
  • M u k a S u r a t | 365Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarSAYAContoh 1Bab 4: Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia (Tingkatan 5)1. Ciri-ciri Malayan Unioni. Semua NNS, NMB dan NMTB disatukanii. Singapura diasingkan sebagai tanah jajahan Mahkota Britishiii. Pemerintah tertinggi Malayan Union (MU) ialahGabenor Britishiv. Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-RajaMelayu dan boleh berbincang berkaitan AgamaIslam dan Adat Istiadat Melayuv. Negeri ditadbir oleh Pesuruhjaya Britishvi. Kerakyatan Jus Soli diwujudkan.Formula: Semua Singa Malu Kerja Curi CiliContoh 2Bab 4: Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia (Tingkatan 5)1. Ciri-ciri PTM 1948i. Sebuah Persekutuan dibentuk dengan gabungan11 buah negeriii. Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentukiii. Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai PersekutuanTanah Melayuiv. Pesuruhjaya Tinggi British memelihara kedudukanistimewa orang Melayuv. Konsep Raja Berpelembagaan diwujudkanFormula: 11 bulan Sepuluh Hari Berjaya Melahirkan Ramli BurgerKata KunciSemua = SemuaSingapura = SingaMU = MaluRaja = KerjaNegeri = CuriSoli = CiliKata Kunci11 Buah = 11 BulanSenarai = SePersekutuan = PuluhNegeri = HariPesuruhjaya = BerjayaMelayu = MelahirkanRaja = RamliBerpelembagaan = BurgerHuruf awalSebutan awalSebutanakhir
  • M u k a S u r a t | 366Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarSebelum diperkenalkanTahun 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9GPeratusLulusGPKJumlahMurid2006 1 7 10 8 9 7 10 10 2 97 4.81 692007 3 4 12 9 11 17 7 7 4 95 5.15 742008 4 5 7 10 11 8 11 3 4 94 5 63Analisis Keputusan SPM 2006 Hingga 2008Tumpuan keputusan Sejarah dalam SPM 2006 dilihat lebih dalam gred 3B, 7Ddan 8E serta tidak ramai yang mendapat gred 1A dan 2A.Keputusan Sejarah dalam SPM 2007 pula dilihat lebih dalam gred 3B, 4B, 5Cdan 6C berbanding dengan gred 1A dan 2A yang paling sedikit.Bil.PelajarGredGRAF KEPUTUSAN SEJARAHSPM 2006Bil.PelajarGredGRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM2007
  • M u k a S u r a t | 367Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarManakala keputusan Sejarah dalam SPM 2008 dilihat lebih dalam gred 4B, 5C,6C dan 7D berbanding dengan gred 1A dan 2A.Secara keseluruhannya, keputusan mata pelajaran Sejarah dari segi GPK danperatus kelulusan dalam SPM dari tahun 2006 hingga 2008 tidak memuaskanBil.PelajarGredGRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM2008GPKTahunGRAF GPK SEJARAH SPM 2006 -2008PeratusTahunGRAF PERATUS KELULUSANSEJARAH SPM 2006 - 2008
  • M u k a S u r a t | 368Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarkerana keputusan semakin menurun dari tahun ke tahun. Malahan banyak gredtertumpu kepada gred 5C hingga 8E dan bukannya di gred 1A dan 2A. Hal inimenunjukkan bahawa murid-murid tidak berminat terhadap mata pelajaranSejarah.STRATEGI PELAKSANAANDalam proses PdP, Formula Sejarah digunakan melalui tiga langkah yangmudah:Langkah 1Murid-murid diajar dan diberikan nota terlebih dahulu berkenaan dengansesuatu tajuk.ContohBab 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka1. Cadangan Suruhanjaya Reidi. Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuanii. Pemberian kuasa penuh kepada kerajaan negeri dalam bidang tertentuiii. Hak istimewa orang Melayuiv. Kedudukan Raja-raja Melayuv. Membentuk satu bangsa PTMvi. Kerakyatan Jus Solivii. Agama Islam sebagai agama rasmiviii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan2. Kandungan PTM 1957i. Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuanii. Pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam SenaraiNegeri dan Senarai Persekutuaniii. Hak istimewa orang Melayu dikekalkan
  • M u k a S u r a t | 369Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajariv. Kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaanv. Kerakyatan dibahagikan kepada 3, iaitu permohonan, kuat kuasa undang-undang dan naturalisasivi. Kerakyatan Jus Soli diterimavii. Agama Islam sebagai agama rasmiviii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaanLangkah 2Formula Sejarah diberikan untuk memudahkan murid mengingat peristiwa /fakta dalam tajuk tadi.1. Isu / cadangan Suruhanjaya Reidi. Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuanii. Pemberian kuasa penuh kepada kerajaan negeri dalambidang tertentuiii. Hak istimewa orang Melayuiv. Kedudukan Raja-raja Melayuv. Membentuk satu bangsa PTMvi. Kerakyatan Jus Solivii. Agama Islam sebagai agama rasmiviii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan(Formula: Satu Hari Isteri Ramli Basuh Cili Dalam Mesin)2. Kandungan PTM 1957i. Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuanii. Pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam SenaraiNegeri dan Senarai Persekutuaniii. Hak istimewa orang Melayu dikekalkaniv. Kedudukan Raja-raja Melayu sebagai RajaBerpelembagaanix. Kerakyatan dibahagikan kepada tiga iaitupermohonan, kuat kuasa undang-undang danKata KunciPersekutuan = SatuNegeri = HariIstimewa = IsteriRaja = RamliBangsa = BasuhSoli = CiliIslam = DalamMelayu = MesinKata KunciPersekutuan = SatuNegeri = HariIstimewa = IsteriRaja = RamliKerakyatan = KeringkanTiga = TigaSoli = CiliIslam = DalamMelayu =Mesin
  • M u k a S u r a t | 370Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarnaturalisasiv. Kerakyatan Jus Soli diterimavi. Agama Islam sebagai agama rasmivii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan(Formula: Satu Hari Isteri Ramli Keringkan Tiga Cili Dalam Mesin)Langkah 3Soalan berbentuk SPM sebenar dan skema jawapan:Contoh:Percubaan SPM SBP 20117. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dengan pihak British pada 15 Ogos 1957.(a) Nyatakan isu penting yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid dalammembentuk perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.[6 markah](b) Jelaskan isi-isi penting perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.[8 markah](c) Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti menghargai kemerdekaanyang telah kita capai selama ini ?[6 markah]Selepas DiperkenalkanTahun A+ A A- B+ B C+ C D E GPeratusLulusGPKJumlahMurid2009 0 9 21 27 21 11 12 3 1 0 100 3.81 1052010 3 12 10 19 13 11 5 4 1 0 100 3.36 782011 8 25 21 17 6 3 1 0 0 0 100 2.01 81Analisis Keputusan SPM 2009 Hingga 2011
  • M u k a S u r a t | 371Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPada tahun 2009 didapati tidak ada murid yang gagal dalam keputusan Sejarahperingkat SPM. Tumpuan keputusan Sejarah dalam SPM 2009 dilihat lebihdalam gred A, A-, B+, B dan C+.Pada tahun 2010 juga tidak ada murid yang gagal dalam SPM. Malah terdapat3 orang murid yang mendapat A+ dalam mata pelajaran Sejarah. TumpuanBil.PelajarGredGRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM2009Bil.PelajarGredGRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2010
  • M u k a S u r a t | 372Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarkeputusan Sejarah dalam SPM 2010 dilihat lebih dalam gred A, A-, B+, B danC+.Pada tahun 2011 tidak ada murid yang gagal dalam SPM. Tumpuan keputusanSejarah dilihat lebih dalam gred A+, A, A- dan B+.Bil.PelajarGredGRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM2011GPKTahunGRAF GPK SEJARAH SPM 2009 - 2011
  • M u k a S u r a t | 373Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarSecara keseluruhannya, keputusan mata pelajaran Sejarah dari segi GPK danperatus kelulusan dalam SPM dari tahun 2009 hingga 2011 adalah baik keranakeputusan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Malah banyak tumpuankepada gred A+ hingga B bukannya di gred C+ hingga G. Hal ini menunjukkanbahawa murid-murid berminat terhadap mata pelajaran Sejarah danmemperoleh skor yang baik dalam SPM.Formula Sejarah di Sekolah LainFormula sejarah di SMA Al-Islahiah, Behor Mali, Perlis diperkenalkan padatahun 2011Tahun A+ A A- B+ B C+ C D E GPeratusLulusGPKJumlahMurid2010 0 0 2 4 5 6 8 9 4 13 75 6.29 512011 1 6 4 5 3 1 6 10 5 7 85 5.31 48GPKTahunGRAF GPK SEJARAH SPM DARI TAHUN2006 - 2011
  • M u k a S u r a t | 374Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKeputusan mata pelajaran Sejarah dari segi GPK dan peratus kelulusan dalamSPM tahun 2011 adalah lebih baik berbanding tahun 2010. Tumpuanpencapaian murid banyak kepada gred A, B dan C pada tahun 2011 berbandingpada tahun 2010 yang tertumpu di gred D, E dan G. Hal ini menunjukkanbahawa murid-murid semakin berminat terhadap mata pelajaran Sejarahselepas Formula Sejarah diperkenalkan.2. Formula Sejarah di SM Arab (JAIM) Al-Asyraf, Pekan Pulau Sebang, AlorGajah, Melaka diperkenalkan pada tahun 2011Tahun A+ A A- B+ B C+ C D E GPeratusLulusGPKJumlahMurid2010 0 2 2 3 11 9 3 9 7 0 100 5.24 462011 1 4 6 10 7 5 5 2 1 0 100 3.71 41
  • M u k a S u r a t | 375Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKeputusan mata pelajaran Sejarah dari segi GPK dan peratus kelulusan dalamSPM tahun 2011 adalah lebih baik berbanding tahun 2010. Tumpuanpencapaian murid banyak kepada gred A dan B pada tahun 2011 berbandingpada tahun 2010 yang tertumpu di gred C, D dan E. Hal ini juga turutmenunjukkan bahawa murid-murid semakin berminat terhadap mata pelajaranSejarah selepas Formula Sejarah diperkenalkan.CADANGANAntara cadangan saya ialah:1. Memperkenalkan Formula Sejarah di semua Sekolah Menengah negeriPerlis untuk meningkatkan pencapaian subjek Sejarah dalam SPMnegeri Perlis.2. Pendekatan Formula Sejarah juga dapat digunakan untuk subjek lainseperti Perdagangan, Ekonomi Asas, Geografi, Pendidikan Islam, Fizik,Kimia, Biologi, Pendidikan Syariah Islamiah dan lain-lain lagi.
  • M u k a S u r a t | 376Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar3. Memperkenalkan Formula Sejarah kepada KPM untuk diwar-warkankepada semua sekolah berkaitan dengan pendekatan Formula Sejarah iniyang berkesan kepada PdP dalam meningkatkan prestasi murid.PENUTUPPendekatan Formula Sejarah yang diperkenalkan ternyata berjayameningkatkan prestasi pencapaian murid dalam matapelajaran sejarah SPM danpada masa yang sama dapat melindungi masa instruksional (protectinginstruksional time) dengan berkesan. Hal ini demikian kerana masa yangdiperuntukan bagi PdP Sejarah berjaya dioptimumkan, sukatan dapat selesaikanlebih awal dan guru ada waktu untuk mengulang kaji. Malahan dapat menarikminat dan menambah keyakinan murid untuk menghadapi SPM. Diharappendekatan Formula Sejarah ini dapat diperkenalkan di semua sekolahterutamanya di negeri Perlis seterusnya dapat meningkatkan pencapaian SPMbagi negeri tersebut.RujukanFormula Sejarah, Pertandingan Inovasi Konvensyen Kebangsaan 2011, AnjuranBahagian Pendidikan Guru dan Institut Pendidikan Guru, KementerianPelajaran Malaysia, pada 30 Oktober hingga 2 November 2011 di A’FamosaResort Alor Gajah, Melaka.Yasmi Yahya, Setiausaha Peperiksaan, SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah,Jalan Besar, 02600 Arau, Perlis.Nor Suzila Sarmani, Guru Sejarah, SM Arab (JAIM) Al-Asyraf, Pekan Pulau Sebang,Alor Gajah, MelakaKairul Fahmey Hashim, Guru Sejarah, SMA Al-Islahiah, Behor Mali, Perlis
  • M u k a S u r a t | 377Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKIT PEMBELAJARAN BIJAK MATEMATIK TAMBAHAN( Bidang Pembelajaran: Pilih Atur dan Gabungan )olehSUHAIMI BIN MOHD TABIEESMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau PinangAbstrakKit Pembelajaran Bijak Matematik Tambahan ( KPBMT ) ini merupakan set bahanbantu mengajar yang akan digunakan oleh murid-murid secara individu ataupunberkumpulan dengan bimbingan guru untuk mempelajari konsep Pilih Atur danGabungan (Permutation and Combination) yang dijalankan secara penerokaan kendiri(hands on). Kit Pembelajaran ini mengandungi satu kotak terbuka, satu kotak petiterbuka lima ruang sebaris, lima keping kad bertanda A, B, C, D dan E, ModulAktiviti Murid dan Lampiran Aktiviti Murid. Murid-murid akan menjalani aktivitipenerokaan untuk mencari dan memahami konsep Pilih Atur dan Gabungan dengancara menyusun kad-kad yang disediakan mengikut arahan berpandukan ModulAktiviti Murid yang disediakan. Hasil susunan yang dibuat disenaraikan dalamLampiran Aktiviti. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, murid-murid akan membuatperbandingan antara Pilih Atur dan Gabungan. Akhirnya, murid-murid akan cubamenerbitkan sendiri definisi Pilih Atur dan Gabungan. Aktiviti diteruskan lagi denganmencari bilangan susunan pilih atur yang melibatkan bilangan kad yang lebih banyak.Murid akan diberikan cabaran untuk memikirkan kaedah-kaedah lain yang lebihmudah. Kaedah-kaedah lain akan ditemukan setelah menjalani aktiviti-aktiviti yangseterusnya. Aktiviti akan diteruskan di peringkat yang lebih mencabar iaitu denganmeneroka masalah yang diberikan dalam pelbagai situasi. Murid akan mula cubamengaplikasi konsep yang telah ditemukan untuk menyelesaikan masalah tersebut.Pada peringkat lanjutan, aktiviti dijalankan tanpa perlu lagi menggunakan kitpembelajaran. Diharapkan pada peringkat ini, konsep pilih atur itu telah pun dikuasai.Isi pelajaran di peringkat ini lebih berfokus kepada penyelesaian masalah yangberkaitan. Aktiviti penerokaan yang sama dijalankan untuk konsep gabungan.
  • M u k a S u r a t | 378Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANKaedah pembelajaran secara ‘penerokaan kendiri’ agak sukar diamalkankhususnya untuk subjek Matematik Tambahan. Kekurangan bahan bantumengajar yang khusus untuk topik-topik dalam mata pelajaran inimenyebabkan guru-guru ketandusan idea untuk mengamalkan kaedah tersebut.Atas sebab itulah, maka Kit Pembelajaran Bijak Matematik Tambahan inidireka cipta untuk memenuhi keperluan yang dinyatakan. Penggunaan KitPembelajaran Bijak yang dijalankan secara penerokaan kendiri ini diharapkanakan memberikan impak yang positif ke arah meningkatkan kefahaman muriddalam tempoh yang lebih cepat dan berkesan sejajar dengan matlamat program‘Melindungi Masa Instruksional (MMI)’.PERNYATAN ISU / CADANGANTidak mudah untuk mengajarkan konsep Pilih Atur dan Gabungan.Penerangan guru menggunakan bahan bantu mengajar yang hanya boleh dilihatdan ditonton oleh murid boleh menyebabkan murid membuat tanggapan yangsalah. Masalah utama semasa mengajarkan topik ini ialah murid-murid tidakdapat membezakan sama ada suatu masalah yang diberikan itu suatu masalahpilih atur ataupun masalah gabungan. Murid-murid akan mencari kata kuncibagi menyatakan pendirian mereka. Kesilapan dalam menentukannya akanmenyebabkan kesalahan yang besar.Menyedari situasi ini, maka kit pembelajaran bijak ini direka ciptasupaya pembelajaran murid dapat dibuat secara penerokaan kendiri (hands on).Diharapkan dengan menggunakannya, murid akan dapat berfikir dengan lebihmatang dan bijak dalam membuat tanggapan yang tepat supaya masalah yangdinyatakan tidak berlaku lagi.
  • M u k a S u r a t | 379Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarCADANGAN TINDAKANUntuk mendapatkan kesan yang maksimum, perkara-perkara berikut perludiberikan perhatian:(a) kaedah belajar secara penerokaan kendiri perlu diamalkan,(b) kit Pembelajaran Bijak perlu dijadikan bahan bantu mengajar kearah penerokaan ilmu yang lebih efektif, dan(c) mengamalkan pembelajaran secara berfikir bukan belajar secaramenghafal.KESIMPULANPembelajaran secara penerokaan kendiri ialah satu amalan pembelajaran yangperlu diamalkan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat terkini. Sumberilmu pengetahuan sudah semakin luas dan konsep-konsep yang dipelajari sudahtidak lagi terbatas. Sukatan pelajaran kini, perlu dilihat sebagai panduan danbukan sebagai acuan. Murid-murid perlu digalakkan untuk mendalami sesuatuilmu itu lebih daripada jangkauan mereka.CADANGANDiscadangkan supaya Kit Pembelajaran Bijak ini disebarluaskan kepada semuamurid di seluruh negara. Ciptaan dan rekaan baharu perlu dihasilkan ke arahmemperkaya khazanah bahan bantu mengajar yang lebih efektif dari semasa kesemasa.
  • M u k a S u r a t | 380Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarRujukanKit Pembelajaran Bijak Matematik Tambahan ini ialah rekaan asli oleh :SUHAIMI BIN MOHD TABIEEGuru Cemerlang Matematik TambahanSMK Datuk Haji Abdul Kadir,Kepala Batas, Pulau Pinang
  • M u k a S u r a t | 381Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarBAHAN-BAHAN BANTU MENGAJARDALAM KIT PEMBELAJARAN BIJAK MATEMATIK TAMBAHAN( Pilih Atur dan Gabungan )Kotak peti terbuka 5 ruang sebaris Satu kotak kosong5 keping kad bertanda A, B, C, D, dan E Kalkulator Saintifik 570Modul Aktiviti Murid
  • M u k a S u r a t | 382Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMEMELIHARA MASA INSTRUKSIONALMATA PELAJARAN BIOLOGI -STRATEGI : ‘GURU MUDA’olehROZIAH AYUBSMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, PerakAbstrakPembangunan modal insan merupakan kerangka hala tuju pendidikan negara yangmemberikan keutamaan bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuksemua murid. Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semuaprogram dalam rancangan yang dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Oleh itu, memelihara masa instruksional ialah aspek penting yang perludiambil kira. Bagi mata pelajaran Biologi, konsep Guru Muda di dapati berjayadalam kalangan calon SPM di SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Kaedah iniberfokus kepada penyelesaian masalah murid yang tidak dapat mempamerkanjawapan berkualiti dalam menjawab soalan berbentuk esei kerana tidak ada keyakinandiri untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran yang telah diterima. Tiga kategorimurid diambil kira iaitu kumpulan cemerlang, sederhana, dan lemah. Konsep GuruMuda melibatkan semua murid secara aktif kerana mereka berada dalam kalanganrakan sebaya dan bebas memberikan pendapat dalam isu yang dibincangkan.Kumpulan guru muda ini akan dapat memperkukuh kefahaman mereka danmemperoleh keyakinan diri yang tinggi lantas memantapkan pencapaian kumpulancemerlang mata pelajaran. Kumpulan sederhana dan lemah pula dapat memanfaatkanguru muda untuk menghasilkan pembelajaran berkesan melalui komunikasi yang baikdengan pemantauan berterusan daripada pihak guru. Konsep kecerdasan pelbagai dankemahiran berfikir menjadi tunjang kepada strategi ini.
  • M u k a S u r a t | 383Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALAN“Hakikatnya, masa instruksional mempunyai status saintifik yang sama sepertiKonsep Homeostasis dalam biologi, pengukuhan dalam psikologi atau gravitidalam fizik. Seperti konsep yang lebih digemari ini, masa instruksional jugamembenarkan ruang untuk kefahaman, ramalan, dan kawalan, lantasmenjadikan ia konsep yang berbaloi untuk diambil perhatian secara seriusdalam pendidikan.” (Berliner, 1990)Masa instruksional ialah masa konteks guru dengan murid dalampersekitaran instruksional semasa hari persekolahan, sebagai contoh, semuakelas yang dihadiri dalam satu hari persekolahan. Waktu rehat murid dan masaperalihan mata pelajaran terkecuali daripada masa instruksional.Guru perlulah ada perancangan yang mantap untuk mewujudkan masainstruksional yang berkualiti supaya semua murid mendapat peluang yang samauntuk mempertingkatkan pembelajaran. Terdapat dua elemen yang pentingdalam PdP yang berkesan iaitu guru mesti mempunyai idea yang jelas tentangobjektif pembelajaran dan guru menyediakan pengalaman pembelajaran yangkreatif untuk mencapai objektif berkenaan. Murid yang telah didedahkankepada masa instruksional yang berkualiti akan dapat menyumbang kepadapembentukan modal insan yang dinamik dan progresif bagi menggerakkankemajuan dan pembangunan negara. Pendekatan PdP yang digunakan olehguru haruslah meliputi berbagai-bagai strategi yang menerapkan kemahiranberfikir kritis dan kreatif dalam suatu pembelajaran yang aktif dan konstruktif.Murid perlu mengalami perubahan pemikiran, kebolehan, dan sikap, kesandaripada proses pengajaran (Gagne, 1974).
  • M u k a S u r a t | 384Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPERNYATAAN ISUGuru sering berpuas hati apabila isi kandungan mata pelajaran dapatdisampaikan kepada murid tanpa mengambil kira sama ada ia memberikanimpak kepada penguasaan murid atau tidak. Hakikatnya, murid sering berasabosan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersifat chalk andtalk dan sudah pasti hasil pembelajaran yang diperoleh tidak mencapaimatlamat. Tidak banyak berlaku perubahan pemikiran, kebolehan, dan sikapyang dialami oleh murid. Keputusan peperiksaan tidak menunjukkanpeningkatan. Keputusan peperiksaan ialah fokus utama kerana keberkesananpengajaran guru sentiasa diukur berdasarkan tahap kejayaan yang dicapai olehmurid dalam peperiksaan.CADANGAN TINDAKAN DAN PENYELESAIANPendekatan Kaedah Guru Muda merupakan salah satu cara yang berkesandalam menyampaikan isi kandungan mata pelajaran Biologi terhadap calonmata pelajaran Biologi SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Fokusnya ialahmenjawab soalan esei Kertas 2 dengan peruntukan markah 40% daripadamarkah keseluruhan kertas tersebut dengan berkesan. Soalan yang dipilih ialahsoalan-soalan sebenar peperiksaan SPM yang terdahulu dan soalan-soalan lainyang dikenal pasti oleh guru sebagai soalan popular dan kekerapan dalampeperiksaan SPM. Keupayaan menjawab soalan esei juga akan membantu danmeningkatkan kemampuan murid menjawab Kertas 1 dan Bahagian A bagiKertas 2.Persediaan awal untuk mengklasifikasi murid mengambil kira tigakumpulan iaitu kumpulan cemerlang, sederhana, dan lemah yang bolehditentukan melalui keputusan peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 (TOV-Take
  • M u k a S u r a t | 385Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajaroff value). Murid-murid yang tergolong dalam kumpulan cemerlang akandilatih sebagai Guru Muda. Sekiranya ada murid lain yang menunjukkanpeningkatan pencapaian dalam peperiksaan pertengahan tahun dan percubaan,mereka juga akan dilantik menjadi Guru Muda. Secara tidak langsung akanmewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan mereka. Di samping itu,Guru Muda dapat memantapkan dan perlu menguasai isi kandungan matapelajaran apabila sesi pengajaran dilaksanakan. Murid di dalam kumpulansederhana dan lemah akan menjadi anak didik Guru Muda ini dan didapatimereka lebih bersemangat mengemukakan soalan dan memberikan pendapatdalam kalangan rakan sebaya semasa sesi ini dilaksanakan. Guru bertindaksebagai fasilitator sekiranya terdapat sebarang masalah yang tidak dapatdiselesaikan oleh Guru Muda.Prosedur strategi adalah seperti yang berikut :1. Soalan-soalan yang telah dipilih ditaip semula oleh guru bersertajawapannya sekali dan diperbanyak untuk setiap murid. Guru perlumengambil inisiatif untuk mengumpulkan murid-murid dalam kumpulancemerlang dan berbincang terlebih dahulu tentang soalan dan jawapanuntuk kefahaman.Seterusnya, perbincangan berkaitan strategi penyampaian kepada rakan-rakan kumpulan sederhana dan lemah dilakukan. Mereka haruslah diberimotivasi untuk memperoleh keyakinan yang tinggi sebelum diberi mandatuntuk mengajar rakan-rakan yang lain.2. Selepas membaca soalan dan jawapan serta memperoleh kefahaman, GuruMuda diminta mengenal pasti kata kunci yang mesti dipamerkan olehmurid untuk mendapat markah. Daripada kata kunci ini, mereka dimintauntuk membina peta minda atau carta alir yang ringkas berkaitan jawapan.Langkah ini dapat membina kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis
  • M u k a S u r a t | 386Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarberkaitan isu yang telah ditimbulkan dalam soalan. Guru bolehmemberikan contoh penggunaan peta minda dan carta alir menggunakanICT.3. Semua soalan yang telah disediakan oleh guru perlu diselesaikan.4. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya dalamkumpulan kecil, Guru Muda ini melaksanakan kaedah yang sama sepertiyang telah didedahkan kepada mereka.5. Guru akan sentiasa memantau pelaksanaan aktiviti supaya matlamattercapai. Dalam tempoh masa yang diperuntukkan, guru haruslahmenetapkan jumlah soalan esei yang dapat diselesaikan oleh kumpulanmurid ini.KESIMPULANGuru Muda ialah modal insan yang dapat membantu dalam melindungi masainstruksional dalam PdP sekiranya mereka ini dilatih secara sistematik olehguru. Guru Muda juga dapat menggantikan guru sekiranya berlaku keadaanyang memang tidak dapat dielakkan apabila guru terpaksa meninggalkan kelas.Murid yang memainkan peranan sebagai Guru Muda ini, sudah dilengkapikemahiran komunikasi berkesan, ciri-ciri kepimpinan berwibawa dankebolehan menggunakan teknologi maklumat akan berupaya berfikir secarakreatif dan kritis serta boleh bertindak sebagai pengajar dan pembantu untukrakan-rakan mereka yang masih bercelaru mindanya dalam PdP yangsebenarnya.Di samping itu, diharapkan dalam membangunkan negara Guru Muda iniboleh dibentuk sebagai pemimpin masa depan bagi penyediaan guna tenaga
  • M u k a S u r a t | 387Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajardalam pelbagai bidang dan kepakaran yang tinggi. Sokongan padu daripadapihak pengurusan sekolah merupakan faktor utama bagi menjayakan programGuru Muda ini.CADANGANUntuk melindungi masa instruksional, pihak pengurusan sekolah haruslahmerencanakan pelbagai program dalam membantu keberhasilan murid samaada dalam PdP ataupun menjadi modal insan yang memenuhi hasrat negara.Program Guru Muda boleh dijadikan program yang utama dalam mengatasisalah satu masalah yang dijelmakan dalam masa instruksional. Pengurusansekolah dan guru mestilah menjadi agen utama dalam pengendalian programGuru Muda. Di samping itu, Guru Muda ini perlu diberi latihan secaraberterusan bagi meningkatkan kefasihan dalam penyampaian kepada rakan-rakan sebayanya. Pelaksanaan program ini mestilah dijalankan pada masa yangrelevan dalam melindungi masa instruksional supaya PdP Guru Muda ini tidakterganggu. Dalam masa yang sama, pihak pengurusan sekolah perlumerangsang dan menggerakkan guru dalam menyesuaikan kaedah-kaedahterkini dalam PdP supaya keberhasilan murid dapat ditingkatkan dan gangguanuntuk masa instruksional dapat dikurangkan.RujukanBerliner 1990, “Whats all the fuss about instructional time?”Gagne 1974. “Implikasi PdP Teori Pemprosesan Maklumat“ oleh MuhammadAminul Khalil Bin Zaini
  • M u k a S u r a t | 388Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarBLOG MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI gempurbio.blogspot:ALTERNATIF KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANTANPA GURU.olehMAHADIAH BT MUDASM Sains Seri Puteri, Wilayah Persekutuan Kuala LumpurJabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Kuala LumpurAbstrakPenggunaan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikanialah satu alternatif menarik dalam usaha mempelbagaikan kaedah pengajaran danpembelajaran (PdP). Penggunaan blog, Google Docs, Twitter dan Skype telah mulamengambil tempat dan menjadi popular dalam bidang pendidikan era kini. Dalamkajian ini, inovasi blog pendidikan iaitu gempurbio.blogspot telah membuktikanbahawa kaedah alternatif ini berjaya meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Biologi. Penggunaan blog ini amat praktikal kerana ia percuma, mudahdibina kerana tapaknya sedia ada, bersifat global, mudah digunakan, mudahdiselenggara serta mudah diakses kerana tidak terikat kepada masa dan tempat. Iabukan sahaja boleh diaplikasikan semasa PdP secara formal di dalam bilik darjah,malah juga boleh digunakan sebagai sumber gantian semasa ketiadaan guru sebagaisatu alat PdP pada bila-bila masa dengan syarat terdapat keperluan kemudahan ICT.Hasil soal selidik mendapati bahawa murid seronok dan teruja belajar menggunakanlaman blog kerana di dalam blog ini terdapat banyak gambar foto, bahan-bahananimasi dan video yang interaktif. Hal ini memudahkan murid mevisualisasikankonsep abstrak yang sukar digambarkan dalam mata pelajaran Biologi. Penggunaanblog dalam proses PdP juga didapati berjaya melindungi masa instruksional danmeningkatkan masa pembelajaran berkesan di dalam bilik darjah. Di samping itu,kaedah PdP lebih santai dan lebih selesa, lantas mengukuh kefahaman mereka ataskonsep Biologi.
  • M u k a S u r a t | 389Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANSeiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan semasa, teknologimaklumat dan komunikasi (ICT) memainkan peranan yang amat penting dalambidang pendidikan. Hal ini kerana masyarakat Malaysia pada abad ke-21merupakan masyarakat yang hidup dalam era globalisasi yang berorientasikansains dan teknologi. Masyarakat kini sangat bergantung kepada penggunaansains dan teknologi dalam semua aspek kehidupan. Pembaharuan danpenggunaan unsur-unsur kreatif adalah sangat penting dalam PdP. Penggerakutama kemajuan dan pembaharuan ialah ilmu pengetahuan dan penyebarannyamenerusi ICT. Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan definisi teknologimaklumat dan komunikasi sebagai teknologi yang berkaitan denganpemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melaluipenggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi. Khalili dan Shashoani(1994) dan Moore dan Kearsley (1996) menyatakan bahawa penggunaanteknologi dalam proses PdP mampu meningkatkan hasil pembelajaran.Pengajaran berasaskan teknologi lebih interaktif dan mampu menjadikan muridlebih berfikiran kreatif dan inovatif.Pada hari ini, banyak bahan PdP dapat diperoleh daripada internet samaada untuk diguna pakai dalam PdP ataupun untuk dijadikan rujukan bagimenambah maklumat kita sendiri. Semua bahan ini boleh dimuat turun melaluilaman web yang tertentu. Antara aplikasi ICT tersebut ialah blog. Blog ialahsejenis laman web yang dikendalikan oleh individu dengan entri yang kerapdan sentiasa dikemas kini oleh pemilik blog. Entri blog selalunya berbentukkomentar, penerangan mengenai sesuatu peristiwa, bahan-bahan grafik atauvideo. Kebanyakan entri disusun mengikut urutan masa. Kebanyakan blogbersifat interaktif, membenarkan pelawat meninggalkan komen dan boleh jugaberbalas pesanan melalui ‘widgets’ yang ada pada blog. Sifatnya yang interaktifmembezakannya daripada laman web statik yang lain. Perkongsian maklumat
  • M u k a S u r a t | 390Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarpaling berguna untuk pengguna blog. Pengguna boleh membaca apa sajamaklumat, kemudian boleh berinteraksi dengan pemilik blog yang memberikanmaklumat melalui teks, gambar, dan video serta cara interaktif yang lain.Banyak blog menyediakan komentar atau berita mengenai sesuatu perkara yanglebih berfungsi sebagai catatan peribadi di atas talian. Umumnya, blogmenggabungkan teks, imej, dan pautan kepada blog yang lain. Penggunaanteknologi menerusi blog dapat membantu murid berhubung secara atas talian(on-line) dengan guru atau rakan-rakan. Murid juga boleh menggunakan blogsebagai medium untuk belajar dengan cara mencari maklumat ataupunberkongsi maklumat dengan pengguna blog yang lain.ISI KANDUNGANBlog pendidikan gempurbio ini dibina berdasarkan keperluan bahan bantumengajar (BBM) yang bercirikan ICT. Ia selaras dengan keperluan sekolahyang memberikan keutamaan kepada penggunaan ICT dalam PdP. Ia jugamerupakan bahan sokongan untuk kegunaan guru dalam PdP serta bahanrujukan para murid untuk memperkukuh pengetahuan Biologi mereka. Olehsebab mudah penggunaannya dan bersifat mesra pengguna, blog ini menjadipilihan murid untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran Biologi.Kelebihan blog ini ialah perbincangan boleh dibuat dalam ruang komen atauchat box/shout box di seluruh dunia secara atas talian dan ia juga merupakantempat untuk menyampaikan idea serta berkongsi maklumat.Perkataan ‘gempur’ yang digunakan sebagai nama blog ini bermaksud‘menggerakkan segala daya usaha’ untuk menguasai isi kandungan matapelajaran Biologi sebagai persediaan akhir bagi menghadapi peperiksaan,khususnya peperiksaan SPM. Bahan yang terdapat dalam blog ini bukan hanyatertumpu kepada murid-murid tetapi boleh juga digunakan oleh para guru.
  • M u k a S u r a t | 391Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPengisian laman blog ini antaranya, contoh soalan topikal berserta skemapemarkahan yang dipilih khas oleh pemilik blog, nota mata pelajaran yangringkas dan padat, berserta gambar foto dan gambar rajah. Blog ini dilengkapidengan sokongan imej dan animasi yang menarik dan dipetik daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai daripada internet, dikemukakan supaya dapatmembantu proses PdP menjadi lebih berkesan dan interaktif.Seterusnya, blog ini turut mengandungi panduan untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan Biologi. Pengunjung dalam kalangan murid juga dapatberinteraksi dengan guru melalui kotak sembang yang disediakan. Soalan-soalan yang dikemukakan melalui kotak sembang akan dijawab oleh gurumelalui ‘posting’ blog. Situasi ini secara tidak langsung mewujudkan interaksiantara guru dan juga pengunjung untuk menyelesaikan atau menjawab sebarangsoalan khususnya berkaitan mata pelajaran Biologi. Bloggempurbio.blogspot.com ini telah disebar luas melalui guru-guru, ceramah-ceramah di sekolah dan laman sosial Facebook.Blog ini sentiasa dikemas kini setiap minggu dengan bahan-bahan PdPyang disusun mengikut label semua bab dalam mata pelajaran Biologi. Responmelalui ‘live traffic’ dan statistik menunjukkan ramai pengunjung mengunjungiblog ini dan memuat turun bahan-bahan untuk kegunaan persediaanpeperiksaan masing-masing. Selaras dengan perkembangan ICT yang pesatdalam bidang pendidikan, kewujudan blog ini sedikit sebanyak menambah lagiBBM untuk kegunaan guru manakala bagi murid pula ia merupakan sumberbahan rujukan dan pembelajaran dalam mata pelajaran Biologi.
  • M u k a S u r a t | 392Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPERNYATAAN ISU & CADANGANSesungguhnya sukar untuk mencari satu laman web atau laman blog Biologiyang mudah difahami, menarik, kaya maklumat, dan aktiviti serta mesrapengguna. Laman blog ini dapat membantu murid untuk memahami konsepBiologi malah turut memberikan panduan dan bimbingan bagi persediaanmenghadapi peperiksaan SPM.Didapati bahawa pengaplikasian blog dalam kalangan murid terutamanyadalam bidang pendidikan semakin berkembang pesat. Penggunaan blog dalampendidikan memberikan faedah kepada murid. Kehadiran blog merupakan saturevolusi yang muncul apabila ramai pembangun teknologi berasaskan webmerasakan maklumat terkini perlu dikemas kini secara berkala dan disusunmengikut sisipan terkini. Justeru, inovasi ini dijalankan bagi mengenal pastikeberkesanan penggunaan blog sebagai alternatif dalam proses PdP.1. Pengisian Blog(a) Pengenalan kepada blog dan sinopsis mengenai kepentingan blog iniditulis pada bahagian paling atas untuk memperkenalkan blogkepada pengunjung. Pilihan warna latar blog iaitu hijaumenggambarkan konsep alam semula jadi iaitu sesuai dengan matapelajaran Biologi atau kaji hayat.(b) Isi kandungan mata pelajaran dilabelkan mengikut bab-bab dalamsilibus Biologi sekolah-sekolah di Malaysia iaitu terdiri daripada 15bab.(c) Pengunjung boleh memilih bab untuk mengulang kaji denganmenekan ikon yang menunjukkan tajuk bab dan seterusnya masukke bab yang dikehendaki.
  • M u k a S u r a t | 393Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar(d) Beberapa label tambahan disediakan seperti Bio Books, Bio CD, BioLesson, Bio SPM, Bio Talk yang mempamerkan pelbagai maklumattambahan yang berkaitan.(e) Bahan-bahan yang ada dalam setiap label bab ialah nota ringkas danpadat dengan ilustrasi yang pelbagai seperti gambar rajah, gambarfoto, video animasi, dan video interaktif. Bahan-bahan ini dipetikdaripada pelbagai sumber atas talian bertujuan untuk menjadikanblog lebih menarik dan bermaklumat.(f) Terdapat ikon ‘link’ yang disediakan untuk pengunjung supayadapat terus ke pautan yang dicadangkan . Link ke tapak-tapakberguna dan berkaitan dengan pendidikan seperti, ‘Eduweb TV’,GCBio Malaysia, Koleksi soalan, MGC Malaysia, dan lamansesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).(g) Terdapat pelbagai tambahan gajet seperti: ‘SPM countdown’ untukmemberi peringatan kepada calon SPM tentang hari peperiksaanmereka; ‘Time waits for no man’, iaitu jam dan kalendar untukrujukan masa; ‘Owner introduction’, untuk memperkenalkanpemilik blog; ‘What do you think of Gempurbio blogspot’, untukmeminta pendapat melalui undian; muzik untuk latar belakang blog;‘Bio chapters’, untuk memudahkan pencarian bab; ’Contact me’,untuk berinteraksi dengan pemilik blog; ‘Blog counter’, untukmengetahui bilangan pelawat yang mengunjungi blog ini;‘Followers,’ merekod bilangan pengunjung yang mengikuti blogyang bertambah dari semasa ke semasa; ‘Who’s here’, untukmengetahui dari manakah datangnya pengunjung blog; ‘Reminder’,untuk memberi peringatan kepada pengunjung; ‘chat box’ yangdinamakan ‘Get connected’, untuk memberikan ruang kepadapengunjung berinteraksi dengan pemilik blog. Maklum balas dancadangan juga dapat dicapai melalui ‘chat box’ ini.
  • M u k a S u r a t | 394Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar(h) Di bahagian bawah setiap ‘posting’, pula terdapat label, tarikh bahandisiarkan, dan terdapat ruang untuk mencatat komen.2. Pengendalian BlogBlog ini dikendalikan oleh pemilik blog sepenuhnya. Bahan-bahan dipilihdengan teliti, sama ada daripada sumber buku rujukan, majalah, akhbarataupun dari internet. Sumber laman web pendidikan dari seluruh duniabanyak didapati dengan percuma. Ucapan penghargaan disertakan, jikadipetik daripada sumber yang mempunyai hak cipta. Blog dikemas kinidari semasa ke semasa. Apabila terdapat soalan daripada pengunjung,pemilik akan memberikan jawapan dengan segera dan menyediakan‘posting’ yang khusus bagi menjawab persoalan yang diberikan.3. Pengurangan Kos OperasiTiada perbelanjaan diperlukan untuk membina blog ini kerana pemilikblog menggunakan tapak blog secara percuma yang lazim disediakan olehbeberapa organisasi blog seperti, http://blogspot.com/,http://edublogs.org/, dan http://wordpress.org/ . Penyediaan blog ini tidakmelibatkan kos kerana pemilik blog telah mengekploitasi kemudahaninternet berwayar dan juga tanpa wayar yang disediakan di sekolah. Paraguru dan murid bebas mencapai laman blog ini pada bila-bila masa dan dimana sahaja mereka berada di kawasan sekolah. Di samping itu, merekaboleh membaca terus untuk mendapat bahan tanpa perlu mencetaknya.Mereka juga boleh memuat turun bahan yang dikehendaki daripada blogdan disimpan di dalam ‘pen drive’ bagi kegunaan seterusnya. Hal inidapat mengurangkan kos penggunaan kertas. Petikan bahan daripadainternet pula diperoleh daripada sumber-sumber yang dipilih secarapercuma.
  • M u k a S u r a t | 395Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar4. Penjimatan MasaKewujudan tiga buah makmal komputer di sekolah juga membolehkanmurid-murid mengunjungi blog ini pada masa PdP dan juga di luar waktupersekolahan. Masa PdP juga dapat dijimatkan kerana murid lebih cepatmemahami sesuatu konsep selepas melayari blog ini.5. Ulasan Hasil DapatanSecara keseluruhan, 23 responden yang terdiri daripada murid-muridTingkatan Lima di sekolah pengkaji menunjukkan kecenderungan untukmemilih skala ‘memuaskan’ dan ‘sangat memuaskan’. Tiada respondenyang memilih skala 1-3. (Sila rujuk kepada ulasan hasil daripada soalselidik).(a) Cakupan Isi KandunganHasil soal selidik mendapati sebanyak 96% responden bersetujumemilih skala ‘sangat memuaskan’ iaitu, “Blog ini menambah minatsaya untuk belajar Biologi”. Sebanyak 83% responden memilihskala ‘sangat memuaskan’ bagi item, “Blog ini membantu sayauntuk mengulang kaji tajuk-tajuk dalam Biologi”.Sebanyak 78%responden memilih skala ‘sangat memuaskan’, bagi item-item:“Saya seronok belajar Biologi menggunakan blog”, “Sampelsoalan dan jawapan yang disediakan membantu saya dalampeperiksaan dan bahan-bahan dalam blog adalah sesuai danberguna untuk saya”.Sebanyak 74% responden memilih skala‘sangat memuaskan’, bagi item-item:“Secara keseluruhannya, blogini merangkumi semua bab yang dipelajari secara seimbang dan
  • M u k a S u r a t | 396Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmenyeluruh”. “Banyak bahan pembelajaran yang bergunadiperoleh dari blog ini”, dan “Blog ini padat dengan maklumatBiologi yang saya perlukan.”Kesimpulannya, cakupan isi kandungan blog ini merangkumisemua bab dalam mata pelajaran Biologi. Blog ini membanturesponden untuk mengulang kaji bab-bab dalam Biologi denganadanya nota dan sampel soalan serta jawapan yang telah disediakansebagai persediaan peperiksaan.(b) Reka Bentuk BlogHasil soal selidik mendapati sebanyak 87% responden bersetujumemilih skala ‘sangat memuaskan’, iaitu “Bahan animasi dan videodalam blog ini membantu saya memahami sesuatu proses denganlebih jelas”, dan “Petikan rajah dan gambar foto dalam blog inimembantu saya memahami dengan mudah sesuatu perkara.”Sebanyak 83% responden memilih skala, ‘sangat memuaskan’ bagiitem“ Pautan/link yang disediakan membantu saya mencapai blog-blog lain dengan lebih cepat”. Hal sedemikian ini sedikit sebanyaktelah membantu responden untuk melawat pautan-pautan lain secaraterus dengan cepat dan mudah.Kesimpulannya, secara keseluruhan responden telah berpuas hatidengan reka bentuk blog ini. Ada beberapa penambahbaikan yangdicadangkan seperti menambah video dan bahan-bahan yang bersifatinteraktif.(c) Pendapat RespondenHasil soal selidik mendapati sebanyak 91% responden bersetujumemilih skala, ‘sangat memuaskan’ iaitu, “Saya akan
  • M u k a S u r a t | 397Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmencadangkan kawan-kawan lain untuk menggunakan blog iniuntuk pembelajaran mereka”. Sebanyak 87% responden memilihskala ‘sangat memuaskan’ bagi item-item, “Penggunaan blog inisebagai tambahan yang baik kepada kaedah lain dalampembelajaran” dan “Sila nyatakan skala kepuashatian anda selepasmelawat blog ini“.Kesimpulannya, secara keseluruhan responden berpuas hati denganpenggunaan blog ini sebagai satu kaedah alternatif kepada kaedah-kaedah pembelajaran yang sedia ada. Responden bersetuju untukmencadangkan kawan-kawan lain untuk menggunakan blog inidalam pembelajaran mereka.KESIMPULANOleh sebab blog ini merupakan satu aplikasi ICT, didapati murid-muridmempunyai minat yang tinggi untuk menggunakannya dalam pembelajaranmereka. Penggunaannya yang meluas menyebabkan terdapat peningkatandalam penguasaan isi kandungan dalam bidang Biologi. Bukan itu sahaja,malah ia juga dapat meningkatkan prestasi penulisan dalam kalangan murid.Selain itu, penggunaan blog banyak memberikan faedah lain seperti mampumenjana kemahiran pemikiran secara kritis, melahirkan sikap positif tentangpembelajaran, membangunkan kemahiran sosial, dan menggalakkanperkongsian idea di samping meningkatkan tahap motivasi murid-murid .Para guru pula mendapati lebih mudah untuk menerangkan sesuatukonsep dengan adanya sokongan bahan-bahan interaktif dan animasi yangdiperoleh dari blog ini. Blog kini telah menjadi dimensi baharu untuk para gurudan murid-murid bagi membentuk satu alat penerbitan yang interaktif dansegera. Blog juga boleh menjadi medium yang membolehkan kerja murid
  • M u k a S u r a t | 398Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajardikutip, disunting, ditaksir dan seterusnya diterbitkan untuk penonton ataupembaca maya. Dari ‘chat box’ dan ‘comment box’ yang terdapat pada blog,didapati ramai yang bersetuju bahawa blogspot ini sangat berguna kepadamereka. Antara faedah lain ialah blog ini membantu para guru dalampenyediaan sampel-sampel soalan berserta skema pemarkahan untuk matapelajaran Biologi, memperkembang dan memperkaya isi kandungan matapelajaran Biologi secara meluas, bukan sekadar skop silibus Biologi sekolah-sekolah di Malaysia sahaja, mewujudkan jalinan dan jaringan dalam kalanganguru Biologi seluruh negara khususnya, dan seluruh dunia amnya. Penggunaankemahiran ICT pula didapati dibuat secara maksimum untuk memperolehbahan-bahan pengajaran dan pembelajaran daripada sumber blog ini bersamapautan yang dicadangkan. Pautan-pautan yang berguna yang dicadangkan dapatdigunakan terus oleh pengguna dengan hanya menekan ikon pautan. Situasi inimembolehkan mereka membuat penerokaan seterusnya melepasi dunia tanpasempadan.CADANGANBerdasarkan soal selidik yang dijalankan, didapati bahawa terdapat perubahanyang positif atas mata pelajaran Biologi dengan penggunaan kaedah belajarmenggunakan blog. Kaedah ini didapati menambah minat murid kepada matapelajaran ini. Murid seronok dan teruja belajar kerana terdapat bahan-bahananimasi, video dan gambar foto. Di samping itu juga, mereka dapat berinteraksidengan guru dengan mengemukakan soalan-soalan berkaitan mata pelajaranmelalui blog. Murid juga menggunakan blog sebagai sumber untuk mendapatmaklumat mata pelajaran Biologi yang selaras dengan keperluan peperiksaan.Sesi PdP menggunakan blog agak menarik kerana ia bukan sahaja bolehdijalankan dalam waktu PdP secara formal. Penggunaan blog ini juga dapatmenyelesaikan masalah, “Kelas Tanpa Guru” kerana pembelajaran kendiri
  • M u k a S u r a t | 399Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajardapat dijalankan pada setiap masa, dan di mana sahaja tempat yang mempunyaikemudahan ICT.Bagi pihak guru pula, keberkesanan kaedah ini bergantung kepadakebijaksanaan masing-masing untuk menyesuaikannya dengan murid yangdihadapi setiap hari. Pihak guru dicadangkan untuk memiliki blog matapelajaran masing-masing sebagai usaha mempelbagaikan kaedah pengajarandan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pihak sekolah pula hendaklahmemberikan sokongan penuh dengan menyediakan keperluan asas kemudahanICT supaya PdP alternatif melalui penggunaan blog ini menjadi lebih mudah.Penggunaan blog dilihat mampu menyelesaikan masalah dan kesukaran yangdihadapi oleh murid-murid dan guru dalam komunikasi dua hala yang interaktifberbanding dengan forum maya yang lain.Dengan peningkatan minat murid-murid dalam mata pelajaran Biologimenerusi kaedah penggunaan blog pendidikan ini, diharapkan dapatmeningkatkan tahap kecemerlangan murid dalam peperiksaan bagi matapelajaran ini, sekali gus melonjakkan prestasi peperiksaan SPM di sekolahkhususnya, dan prestasi negara amnya.RujukanKhalili, A., & Shashoani, L. (1994). The effectiveness of computerapplications: a meta-analysis. Journal of Research on Computing inEducation, 27, 48-61.Moore, M. G., & Kearsley, G. (1996). Distance education: A systemsview. Belmont, CA: Wadsworth Publishing Company.http://en.wikipedia.org/wiki/EdublogTop 100 Education Blog : http://oedb.org/library/features/top-100-education-blogs
  • M u k a S u r a t | 400Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarhttp://educational-blogging.wikispaces.com/http://edublogs.org/10-ways-to-use-your-edublog-to-teach/http://www.onlineclasses.org/2010/12/08/100-seriously-cool-classroom-blogs-for-teaching- ideas-inspiration/
  • M u k a S u r a t | 401Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarINTERGRASI IDEA KREATIF, INOVATIF MELINDUNGIMASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAHolehMUHAMAD SHAHLYME BIN ABD WAHIDHARYANI BINTI ISMAILSK Yamtuan Lenggang, Tanjung Ipoh, Negeri SembilanAbstrakKertas kerja ini membincangkan kepentingan melindungi masa instruksional di setiapsekolah yang juga merupakan komponen fungsi pemimpin instruksional dalammenjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Ia perlu diberi perhatian dalammemastikan keberhasilan pembelajaran murid bagi membangunkan modal insan yangkritis, kreatif, dan inovatif. Di samping itu, keberhasilan pembelajaran murid bukanhanya dinilai dari segi “output” iaitu mendapatkan “A” tetapi murid yang bolehmemberikan faedah kepada negara dengan mengutamakan sahsiah murid. Oleh itu,sekolah boleh merangka masa instruksional yang ideal (jadual waktu danperancangan) namun masa berkenaan tidak sepenuhnya menjanjikan pembelajaranberkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan oleh dua faktor gangguan iaitufaktor pengurusan sekolah dan faktor instruksional guru itu sendiri. Impak daripadamasalah ini, pendekatan melalui kreativiti dan inovasi dalam sesebuah organisasisekolah perlu diterapkan sebagai pencetus kepada lonjakan perubahan sistempendidikan di negara kita, seterusnya menjadi pemangkin dalam mencapai statusnegara maju.
  • M u k a S u r a t | 402Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANPembangunan modal insan merupakan kerangka hala tuju pendidikan negarayang memberikan keutamaan untuk memastikan pendidikan berkualitidisediakan bagi semua murid. Keberhasilan pembelajaran murid merupakanfokus utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka olehKementerian Pelajaraan Malaysia. Justeru, pihak kementerian memastikan PdPdapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkanuntuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Oleh itu, kepentinganmelindungi masa instruksional melalui kepimpinan instruksional yangbermatlamat mengurangkan gangguan masa instruksional bagi memastikanpembelajaran berlaku secara bermakna di setiap sekolah memerlukan suatuwadah baharu dalam dunia pendidikan negara supaya segala masalah dan isuyang yang diperkatakan dapat dibendung secara optimum dan bermatlamat.Sedia dimaklumi Pendidikan negara merupakan tonggak perkembanganekonomi negara. Pelbagai dasar dan program telah direncanakan sertadilaksanakan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagimemastikan Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tercapai seterusnyadapat merealisasikan Wawasan 2020. Namun, dalam mengorak langkahmencipta dan mencorak sistem pendidikan yang mampan dan holistik, banyakcabaran dan rintangan perlu dihadapi terutamanya dalam organisasi sebuahsekolah, guru-guru dan murid-murid serta komuniti setempat yang merupakanelemen penting dalam membangunkan modal insan yang berdaya maju.Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyarankan semua pihaksupaya melaksanakan inovasi dalam semua bidang utama termasuklah PdP disekolah bagi tujuan meningkatkan kualiti sistem pendidikan di negara ini.
  • M u k a S u r a t | 403Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPERNYATAAN ISU1. Beban Tugas dan Tanggungjawab GuruIsu keluhan guru yang terbeban dengan pelbagai tugasan dalammemastikan kelancaran dan keberkesanan organisasi sekolah telahdipandang serius oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri MuhyiddinYassin yang menegaskan “Kualiti guru perlu dimantapkan, mutukepimpinan sekolah perlu ditingkatkan, kurikulum dan sistem pentaksiranperlu diperkemas prasarana sekolah perlu ditambah baik serta sumberpenyampaian pendidikan perlu diurus dengan cekap. Pendek kata,keseluruhan sistem pendidikan kita perlu disemak dan dimantapkankualitinya secara bersepadu”.Menurut kajian beban tugas guru, terdapat Pekeliling berkaitan tugas dantanggungjawab guru iaitu bagi kategori guru kelulusan PegawaiPerkhidmatan Penddikan Lepasan Diploma (PPPLD) yangmenyenaraikan ringkasan tugas guru PPPLD berdasarkan PekelilingPerkhidmatan Bil. 11/2007 merangkumi 7 aspek iaitu:(a) PdP (Kurikulum)(b) Kokurikulum ( Sukan/Kelab/Persatuan/Badan Beruniform)(c) Pengurusan Hal Ehwal Murid (Keselamatan / Kebajikan / Kesihatan/ Bina Insan / Sistem Maklumat Murid / Koperasi/Lawatan)(d) Pengurusan pejabat dan pentadbiran serta kewangan(e) Pembangunan Fizikal(f) Pembangunan Staf(g) Hubungan Komuniti
  • M u k a S u r a t | 404Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar2. Faktor Gangguan di sekolahBerdasarkan hasil dapatan kajian yang dijalankan terdapat 2 faktor yangmenyumbang kepada pengurangan masa instruksional terhadap matlamatmeningkatkan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkanmodal insan yang kritis, kreatif, dan inovatif.(a) Faktor Pengurusan Sekolahi. Guru tiada di sekolah, guru ada di sekolah tetapi tidak beradadi dalam kelas, tidak cukup guru, guru menghadiri kursus atautugas luar, guru menduduki peperiksaan, aktiviti kokurikulum/sukantara,ii. Gangguan fizikal seperti pengumuman dari pembesar suara,susun atur kelas atau sekolah, prasarana sekolah, danpersekitaran,iii. Gangguan luar jangkaan seperti guru cuti sakit, cutikecemasan, hal-hal peribadi, kesediaan guru mengajar,melaksana tugas sampingan, daniv. Gangguan “Adhoc” seperti menghadiri mesyuarat, dipanggil kepejabat, menghadiri kursus, taklimat peperiksaan, menjalankantugas jurulatih utama, dan sambutan lawatan pelawat.(b) Faktor Instruksional Gurui. Kualiti pembelajaran murid seperti kesediaan murid belajar,kualiti guru, proses pembelajaran dan pengajaran berkesan,sikap guru, guru bukan opsyen, kompetensi guru dan kesediaanguru mengajar, danii. Kualiti pengajaran guru seperti penggunaan bahan bantumengajar yang sesuai dan berkesan, strategi, kaedah sertapenedekatan.
  • M u k a S u r a t | 405Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar3. Cadangan Intervensi Beban Tugas GuruHasil dapatan awal dari pada isu beban tugas guru yang telahdilaksanakan oleh Jawatan Kerja Masalah Beban Tugas Guru (MMBTG)dalam menangani isu ini merupakan satu langkah penambahbaikan dalammembantu guru-guru dan murid-murid di sekolah agar lebih komited danberdedikasi terutamanya dalam melindungi masa instruksional di dalambilik darjah. Antara pendekatan awal yang diambil kira bagi melindungimasa instruksional adalah seperti yang berikut:(a) ujian amali diadakan sekali sahaja semasa peperiksaan,(b) kecilkan saiz kelas,(c) tambah bilangan guru,(d) wujudkan jawatan pembantu bengkel/makmal,(e) kurangkan masa mengajar guru (termasuk guru disiplin),(f) adil dalam agihan tugas,(g) utamakan kebajikan guru,(h) sediakan kemudahan yang sesuai mengikut spesifikasipenjawat awam lain,(i) kurangkan aktiviti hari Sabtu/dikecualikan hari Sabtu,(j) jadikan Cuti Rehat Khas hak guru,(k) wujudkan jawatan khas untuk kokurikulum,(l) tingkatkan kerjasama komuniti/PIBG/Perkongsian Pintar, dan(m) wujudkan jawatan pembantu guru.Namun begitu, sejauh mana intervensi ini dapat memastikan masainstruksional guru dan murid dapat dioptimumkan secara berkesan bagimengelakkan situasai, yang menyebabkan kelas tidak berlangsung sepertiyang dirancang serta memastikan kualiti masa instruksional yangmenjamin pembelajaran bermakna.
  • M u k a S u r a t | 406Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar4. Kolerasi Kreativiti dan Inovasi dalam Sistem PendidikanMerujuk topik kertas kerja yang dibincangkan, “Integrasi Idea Kreatif,Inovatif untuk melindungi Masa Instruksional” amat bertepatan dengandasar negara pada tahun 2012 yang bertemakan “Inovasi” bagi tujuanmemperkasakan Bidang Keberhasilan Utama Pendidikan di Malaysia.Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia, kualitiguru merupakan aspek penting dalam Kajian Semula Pendidikan Negara.Berteraskan ilmu dan inovasi, maka guru yang berkualiti ialah guru yangberinovasi, iaitu mempunyai kebolehan melengkapkan murid dengankemahiran alaf baharu seperti keupayaan berfikir secara kritis,kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.Selain itu, guru yang berinovasi juga memberikan tumpuan kepadakaedah pembelajaran dan pengajaran yang boleh merangsang daya fikirdan kreativiti murid agar kemampuan mereka standing dengan penilaianmurid-murid di negara maju.Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya, pada Seminar Dasar danPengurusan Pendidikan menyatakan, inovasi bermaksud pembaharuan,modifikasi atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budayatamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fugsi tertentu atau memenuhicita rasa tertentu atau pasaran tertentu.Berdasarkan pengertian yang telah diberikan, inovasi memainkan perananyang amat penting kepada keberhasilan pembelajaran murid kerana iamerupakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam rancanganpembangunan pendidikan sesebuah negara termasuklah di Malaysia. Olehyang demikian, kerangka masa instruksional ideal yang telah diwujudkanoleh sesebuah organisasi yang dikatakan tidak sepenuhnya menjanjikan
  • M u k a S u r a t | 407Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarpembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan faktorgangguan tertentu yang berlaku di sekolah dan di dalam bilik darjah kiniboleh dibendung secara berkesan dengan adanya penerapan unsur inovasidan kreativiti kepimpinan, pengurusan organisasi, budaya, teknologi,pemikiran, strategi pembelajaran, penyelesaian masalah dan komunikasiterbuka.Oleh hal yang sedemikian, guru perlulah sedar bahawa untuk melindungimasa instruksional itu berlangsung secara optimum (memastikan muridbelajar secara optimum dalam masa berkenaan sama ada dengankehadiran guru atau tanpa kehadiran guru dan berkesan) di sekolahataupun di bilik darjah ia haruslah bermula dari peringkat individu.Sebagai contoh, organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif amatmemerlukan seorang guru yang berkemahiran, berpengetahuan, pakar,dedikasi, profesional, dan mempunyai semangat kerja yang tinggi sertaberdaya maju. Mereka ini dianggap sebagai tenaga penggerak dan asetkepada kemajuan organisasi pembelajaran untuk menjamin kualitipendidikan. Keutamaanya, keberhasilan pengajaran mereka mendorongmurid seronok dan minat belajar kerana mereka mudah memahamipelajaran.Menurut Majaro (1992), kreativiti didefinisikan sebagai proses pemikiranyang mendorong mengeneralisasikan idea baharu. Mumford danGustafson (1998), menyebut kreativiti ialah penghasilan produk-produkdan dihargai oleh masyarakat. Irving Taylor (1959), pula membuatanalisis atas seratus definisi kreativiti dan mengkalsifikasikannya kepada5 peringkat iaitu peringkat ekspresif, produktif, inventif, inovatif danimaginatif.
  • M u k a S u r a t | 408Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarSecara am, dapat diringkaskan bahawa kreativiti ialah kombinasi antaraidea baharu dan idea lama. Idea baharu diperlukan dan idea lama dikajidan dinilai semula. Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih,menukar ganti, gabungan antara maklumat idea baharu dan kemahiran.Dalam organisasi sesebuah sekolah, integrasi idea kreatif, dan inovasidilihat sebagai suatu kuasa atau force yang penting bagi mencorakkanperkembangan dalam pengurusan sekolah. Pengurusan organisasi sekolahperlu kreatif bagi menjadikan sekolah sebagai organisasi PdP yangdinamis untuk mengembangkan pengetahuan baharu, budaya saintifik,penyebaran teknologi maklumat, dan pembangunan potensi manusia.Cabaran sekolah dan pendidikan dalam era perubahan k-Ekonomirevolusi pengetahuan dan informasi maklumat memerlukan sekolahmengadaptasikan pelbagai perubahan yang berlaku (Harman, 1998).Wawasan dan misi sekolah perlu bersifat kreatif dan inovatif bagimenjadikan sekolah pembelajaran yang berkesan dan progresif (Wall,1999).Dalam organisasi sekolah terdapat beberapa jenis kreativiti yangmendasari perkembangan pendidikan,(a) Kreativiti kurikulum - ini banyak berlaku dalam isi kandunganpelajaran, tema dan aspek-aspek pembelajaran, reka bentuk,dan gubahan bahan pembelajaran, strategi dan pelaksanaankurikulum.(b) Kreativiti pengajaran - menyentuh kaedah, pendekatan, cara,pengurusan dan organisasi pembelajaran, perancangan, danpelaksanaan pengajaran di bilik darjah dan di sekolah.(c) Kreativiti profesional - mengenai perkembangan guru dari segipersonaliti, cara dan budaya profesional yang dikembangkan,kecekapan dan kepakaran, amalan baharu, pemikiran baharu,
  • M u k a S u r a t | 409Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajaradaptasi terhadap inovasi pendidikan yang berlaku, dandilaksanakan dalam profesion ini.(d) Kreativiti pemikiran - mencorakkan perkembangan minda,pandangan yang progresif, berfikiran terbuka, pembacaan danpengetahuan yang kreatif, pencetusan idea baharu yangmendorong kemajuan diri dan kemajuan pendidikan amnya.(e) Kreativiti persekitaran pembelajaran - iaitu kreativiti yangmencorakkan suasana dan keadaan tempat belajar seperti bilikdarjah dan sekolah. Iklim sekolah dan bilik darjah yangdinamik dan progresif boleh terbentuk jika ada pendekatankreatif berlaku dalam organisasi pembelajaran.(f) Kreativiti pengurusan - cara sekolah dikendalikan danberoperasi, inovasi dalam sistem pengurusan, hubungan,sokongan, kemajuan pembelajaran, penyelesaian masalahdalam hubungan, dan perkhidmatan yang ditawarkan.(g) Kreativiti teknologi - bagaimana teknologi digunakan untukpencetusan inovasi dalam pengajaran, pembelajaran, danpengurusan sekolah disamping inovasi teknologi maklumatyang menyumbngkan kreativiti dan inovasi sekolah.(h) Sekolah perlu membangunkan sistem pendidikannya yangkreatif bagi melahirkan individu dan masyarakat yang kreatif.Pelbagai inovasi yang boleh mendorong perubahan dankemajuan kekreatifan perlu diperkenalkan dalam sistempengurusan pembelajaran sekolah. Unsur-unsur kreatif yangdikembangkan di sekolah boleh menjadikan sekolah lebihberinovasi dan berdaya maju bagi menggilap potensi manusia.Wawasan falsafah pendidikan sekolah perlu bersandarkankepada idea pemikiran progresif yang mementingkan kreativitidan inovasi untuk dikembangkan dalam sistem pembelajaransekolah.
  • M u k a S u r a t | 410Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar5. Perkembangan Pembelajaran Kreatif dan Inovatif dalam OrganisasiSekolah.Terdapat beberapa langkah dan strategi penting bagi mencetuskankreativiti dan inovasi dalam sesebuah organisasi seperti mewujudkanpersekitaran untuk perkembangan kreativiti, menggalakkanperkembangan idea dan pendapat, pengaliran dan kebebasan maklumatuntuk mendorong kreativiti, membina suasana dan iklim organisasitempat kerja yang menggalakkan kreativiti dan membentuk strukturkreatif penyelesaian masalah serta perkembangan pemikiran kepadatindakan. Namun begitu, kreativiti dan inovasi hanya bolehdikembangkan dalam organisasi pembelajaran di sekolah melalui prosesperubahan seperti pengurusan berkesan, komunikasi terbuka, teknologi,penyelesaian masalah, iklim budaya di sekolah, strategi dalam PdP,kepimpinan, dan pemikiran. Perubahan terhadap elemen-elemen inimampu membawa kepada perkembangan organisasi sekolah yang kreatifdan inovatif seterusnya mencapai keberhasilan pembelajaran murid.Terdapat beberapa jenis kreativiti yang boleh diterapkan dalam sesebuahorganisasi sekolah, antaranya(a) Kreativiti Ekspresif - ekspresi yang berlaku secara bebasoriginaliti dan kualiti tidak dipentingkan (contoh, cap jarikanak-kanak).(b) Kreativiti Teknikal- kecekapan bagi menghasilkan sesuatuproduk (contoh, membuat biola).(c) Kreativiti Inventif - reka cipta baharu yang dihasilkan sepertipenemuan telefon bimbit dan penulisan novel.(d) Kreativiti Inovatif - kefahaman dan modifikasi andaian asasdan prinsip-prinsip dengan pendekatan alternatif.
  • M u k a S u r a t | 411Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar(e) Kreativiti imaginatif - kreativiti yang kompleks dan bentukyang jarang berlaku boleh merintis perubahan keseluruhanprinsip atau andaian paling asas dan di peringkat abstrak.Tambahan lagi, kreativiti dan inovasi dalam pengurusan sekolah jugaboleh menjadikan sekolah sebagai satu organisasi pembelajaran yangbebas daripada belenggu birokrasi, dan ia dapat menjadikan sekolah lebihdinamik, terbuka, ceria, cekap dan dapat menangani serta menyelesaikanmasalah dengan lebih mesra dan berhemah. Dengan meluaskan lagiunsur-unsur kreatif dan inovatif dalam pengurusan sekolah, kebebasandan demokrasi akan dapat berkembang dan mencorakkan amalan hidupmasyarakat sekolah. Sistem komunikasi yang terbuka, pengaliranmaklumat yang demokratik, kepimpinan sekolah yang berhemah, danfalsafah pengurusan yang berasaskan hubungan dan pembangunan insanyang harmoni boleh mencorakkan sekolah menjadi sebuah institusisekolah yang kreatif dan inovatif. Pengurusan yang kreatif dan inovatifjuga perlu dirangka berlandaskan perancangan strategik perubahan.Perancangan yang dibuat adalah ke hadapan dan bersifat progresif sertaberpaksikan strategi kreatif dan inovatif untuk meperjuangkan organisasipembelajaran. Pengurusan organisasi pembelajaran melibatkan:(a) Perancangan perubahanPerancangan perubahan yang bersifat mikro dan makro yangberasaskan penyelesaian masalah perlu dilakukan dengan lebihkreatif dan inovatif. Sebagai contoh, rancangan pengajarantahunan dan mingguan perlu dirancang dengan lebih informatifdan kreatif untuk meningkatkan kualiti pembelajaran guru.(b) PengetahuanOrganisasi sekolah yang kreatif dan inovatif amat memerlukanseorang guru yang berkemahiran, berpengetahuan, pakar,dedikasi, profesional dan mempunyai semangat kerja yangtinggi dan berdaya maju. Mereka dianggap sebagai tenaga
  • M u k a S u r a t | 412Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarpenggerak dan aset kepada kemajuan organisasi pembelajaranuntuk menjamin kualiti pendidikan.(c) Strategi PdP yang berkesan ialah apabila strategi tersebut dapatmenyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan dan serasidengan wawasan yang diperjuangkan di samping dapatmencetuskan suasana pembelajaran dan menggalakkan muriduntuk terus belajar serta dapat menambah baik apa yang sediaada pada murid.(d) Kaedah dan pendekatan PdP yang kreatif dan inovatif perlumenjadi amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yangdirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi,pembangunan minda, pemikiran kreatif, dan inovatif murid.Stail dan pendekatan pengajaran juga perlu menarik,menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan.Kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajardan meningkatkan pencapaian positif murid tentang sesuatuyang dipelajari.Kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yangceria dan berkesan. Murid juga bebas daripada sebarang tekanan emosi,perasaan, dan mental. Pembelajaran kreatif dapat membebaskan muriddan guru daripada stress, bimbang, dan takut. Guru juga tidakmengamalkan pembelajaran yang bersifat autokratik dan pasif sebaliknyalebih bersifat partisipatif dan aktif. Pengaruh kreativiti dan inovasi dalamorganisasi dapat mencorakkan sekolah sebagai institusi pembelajaranyang menarik, kreatif, inovatif, produktif, fleksibel, dan efektif. Pengaruhkreativiti dan inovatif menjadikan pembelajaran lebih mesra dan mudahdidekati.
  • M u k a S u r a t | 413Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarStrategi PdP yang bersifat kreatif dan inovatif juga menjadikanpembelajaran sesuai dengan naluri perkembangan manusia. Iklim sekolahyang mengutamakan kreatif dan inovatif dapat mendorong perubahan dankemajuan kognitif, efektif, dan psikomotor murid-murid. Sekolah jugadapat berperanan sebagai organisasi pembelajaran yang efektif bagimengembangkan pelbagai kecerdasan (Multiple Intelligence) denganmenyediakan pelbagai peluang pembelajaran yang dapat menggilap danmengembangkan potensi individu yang berbeza-beza dari segi kebolehan,minat, kecerdasan dan, kecekapan mereka.Sebagai contoh strategi pembelajaran kontekstual ialah kaedahpembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalamanharian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan secara khususnyapembelajaran kontekstual melibatkan aktiviti menghubungkan,mengalami, mengaplikasi, berkoperasi dan pemindahan. Pengalamanpembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan, dan reka ciptamerupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun murid-murid bolehdimotivasikan dengan strategi PdP seperti video, naratif, atau aktivitiberasaskan teks, tetapi situasi tersebut masih merupakan bentukpembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebihberkesan sekiranya murid-murid dapat memanipulasikan alatan dan bahanserta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif. (seperti dalam lampiran).Pencetusan kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum amatpenting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pendidikan negarayang sedang berhadapan dengan pelbagai perubahan baharu. Inovasikurikulum yang meliputi inovasi dan kreativiti dalam isi kandungan,pengetahuan, dan jenis-jenis kemahiran yang perlu dikuasai oleh muridboleh dinilai melalui cara ia dilaksanakan di sekolah. Kurikulum yangberkesan ialah kurikulum yang dapat memenuhi kehendak individu atau
  • M u k a S u r a t | 414Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmurid. Kurikulum tersebut juga dapat menyediakan murid dengan duniapekerjaan dan juga mengembangkan bakat, potensi, pemikiran, budaya,daya cipta, pengetahuan, kemahiran, dan kebolehan murid.Situasi ini memerlukan guru menggunakan pelbagai kaedah, strategi, danpendekatan yang sesuai dan berkesan dengan keperluan murid dankeadaan serta kekangan yang wujud di sekolah. Pelaksanaan kurikulumpada umumnya memerlukan guru mengaplikasi pengetahuan dan strategiyang kreatif dan inovatif. Guru juga mestilah komited dan berdedikasiuntuk menjadikan pengajaran yang disampaikan lebih kreatif dan inovatif.Strategi baharu dan kaedah pembelajaran kreatif perlu dikembangkandalam kalangan murid supaya murid dapat menguasai pembelajarandengan lebih kreatif, inovatif, dan berkesan. Bagi memantau danmengawal kualiti pengajaran di sekolah, pasukan pemantauan kurikulumatau teamwork perlu dibentuk dengan tujuan menggalakkan inovasi dankreativiti dikembangkan dengan berkesan dalam pelaksanaan kurikulumsekolah.KESIMPULANInovasi dan kreativiti merupakan penyumbang ke arah perubahan dalammelindungi masa instruksional guru dan juga murid di sekolah, seterusnyamerangsang pembangunan yang efektif dalam sebuah organisasi dalam bidangpendidikan khususnya. Bagi menghasilkan sebuah organisasi pembelajaranyang kreatif dan inovatif faktor-faktor yang perlu diberi perhatian ialahpengurusan organisasi, kepimpinan, budaya, teknologi, pemikiran, strategipembelajaran, penyelesaian masalah dan juga komunikasi terbuka.
  • M u k a S u r a t | 415Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKreativiti dan inovasi yang dibentuk atau dibina perlulah bersesuaiandengan keperluan dan kehendak guru, murid, dan ibu bapa. Kreativiti daninovasi juga hendaklah bebas daripada sebarang kebimbangan dan ketakutanyang merupakan prasyarat untuk mengembangkan potensi murid yangseharusnya mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang aktif serta berdayamaju. Individu yang bersifat kreatif dan inovatif perlu diberikan ganjaransupaya bakat yang ada tidak dipersiakan.Bagi guru yang kreatif dan inovatif pula, mereka perlulah sentiasamengkaji dan menyelidik apa yang berfungsi dan tidak berfungsi dalamprofesion mereka. Refleksi terhadap diri setiap guru perlu ada bagi menjaminkualiti PdP di dalam bilik darjah seterusnya, membentuk modal insan yangcemerlang serta bersahsiah terpuji selaras dengan Falsafah PendidikanKebangsaan.CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MELINDUNGI MASAINSTRUKSIONAL1. Aplikasi TeknologiTeknologi maklumat ialah pemangkin atau alat inovasi dalam sesebuahorganisasi. Faktor ilmu dan pembelajaran merupakan penyumbang kepadaTeknologi Maklumat memainkan peranan sebagai to manage, innovateand implement change. Oleh yang demikian,teknologi dalam pengurusanorganisasi sekolah boleh mencetuskan perkembangan dinamik kreativitidan inovasi. Teknologi bukan sahaja suatu alat tetapi bolehmempengaruhi sistem pengurusan yang lebih efisien dan kreatif.Pengurusan teknologi maklumat dan penggunaan ICT dapat membinaimej baharu organisasi inovatif. Di samping menjadikan organisasi
  • M u k a S u r a t | 416Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarpendidikan dan pembelajaran sekolah lebih berdaya saing dan lebihproduktif.Penggunaan ICT menjadikan pengurusan lebih canggih dan moden.Revolusi maklumat dan perubahan teknologi memberikan kesan yangpositif kepada inovasi perubahan pengurusan organisasi pembelajaran,khususnya sekolah. Walau bagaimanapun, penggunaan teknologi seringkali menimbulkan masalah dari segi cost effective, pembiayaan,penjagaan, dan kewangan. Masalah kekurangan infrastrukturpembelajaran dan teknologi boleh dilihat sebagai penghalang kepadakreativiti dan inovasi teknologi maklumat yang perlu disebarkan melaluisistem persekolahan. Usaha bagi meningkatkan masyarakat celikteknologi maklumat juga belum begitu tercapai, disebabkan jurangperbezaan kemudahan teknologi yang wujud antara sekolah, terutamanyadisekolah luar bandar berbanding dengan sekolah bandar yang lebihterdedah kepada kemudahan ini.ICT telah banyak digunakan dalam organisasi khasnya dalam duniapendidikan dan organisasi dan individu yang menolak inovasi ini akanketinggalan. Persoalan yang timbul ialah bagaimana ICT dapat menanganidan membantu inovasi sesebuah organisasi.2. KepimpinanKepimpinan sekolah memainkan peranan penting ke arah pencetusaninovasi organisasi pembelajaran di sekolah. Selain mempunyai latihan,pengalaman, pendedahan dan pengetahuan yang luas dalam bidangpendidikan, kepimpinan sekolah perlu mempunyai dorongan dankomitmen bagi membawa perubahan kepada sekolah melalui pengamalankreativiti dan inovasi dalam seluruh aspek pengurusan dan pendidikanorganisasi sekolah.
  • M u k a S u r a t | 417Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPemimpin perlu merangka strategi yang berkesan bagi membawaperubahan dinamik dan menjadikan sekolah sebagai organisasipembelajaran yang kreatif dan inovatif. Organisasi sekolah perlumempunyai dan membentuk kepimpinan kolektif bagi memimpinperubahan berasaskan strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif dalampengurusan pendidikan sekolah.Kepimpinan sekolah perlu menunjukkan minat dan usaha bagimembangunkan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif daninovatif. Ketandusan kreativiti dan inovasi dalam organisasi sekolah bolehdilihat sebagai punca utama kelemahan institusi sekolah dalammenghadapi perubahan dan cabaran inovasi yang berlaku dalam pelbagaikehidupan manusia seperti inovasi teknologi, inovasi pengetahuan, daninovasi belajar. Kejayaan dan perkembangan organisasi pembelajaranbanyak bergantung kepada kepimpinan yang bersifat kreatif dan inovatif.Pemimpin perlu berpandangan jauh, pemikiran terbuka, serta sediamendengar pandangan orang lain. Mereka juga perlu mempunyaikewibawaan yang baik dalam mencorakkan berbagai-bagai pembaharuandalam organisasi terutama di sekolah. Dengan ciri-ciri yang ada, merekaboleh mendorong dalam meningkatkan kualiti produk, kualiti intelektualdan kualiti prestasi pelajar di samping berkeupayaan memotivasikanahlinya serta dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan ahli yang adadalam organisasinya.3. BudayaCiri budaya sekolah kreatif dan inovatif ialah wujudnya persekitaranbelajar yang mendorong semangat murid untuk belajar, membentuk minatyang mendalam, kesedaran dan daya usaha, dedikasi, dan perkembangan
  • M u k a S u r a t | 418Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarpotensi murid. Murid juga tidak menghadapi masalah bagi mendapatkanbimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang dedikasi, terlatih, danprofesional.Sekolah yang kreatif dan inovatif juga menonjolkan keceriaan fizikal,keceriaan budaya serta keceriaan iklim sekolah. Penonjolan inimenjadikan sekolah tempat belajar yang harmoni, ceria dan sesuai untukperkembangan psikologi kreativiti dan inovasi. Perasaan dan pemikiranyang ceria juga boleh wujud dalam suasana dan iklim sekolah yang ceria.Sekolah yang ceria, kreatif dan inovatif boleh mengurangkan pelbagaigejala sosial dan moral yang tidak diingini.RujukanMohamad Kamil Bin Abd Rahman (1997), Inovasi dan Kreativiti DalamPendidikanIbrahim Bin Abd.Rahman (1992), Penggunaan Media Pendidikan dalammempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran disekolah-sekolah, Jurnal Hari Guru Peringkat Negeri SembilanLaman sesawang:i. http://pena-bonda.blogspot.com/2011/07/bagaimana-memupuk-pemikiran-kreatif.htmlii. http://www.mudahbelajar.com/?p=154iii. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JawatankuasaKerjatanganiisubebangurusedanglaksana28perakuan_Muhyiddin/Articleiv. http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20120523/fo_04/Guru-berinovasi-wajar-diberi-keutamaanv. http://www.moe.edu.my/btp/wp-content/uploads/2012/05/Teks-Ucapan-YAB-Timbalan-Perdana-Menteri.pdf
  • M u k a S u r a t | 419Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 1INOVASI LITERASI & NUMERASI DALAM PdP
  • M u k a S u r a t | 420Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGURUSAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL(PROTECTING INSTRUCTIONAL TIME) YANG BERKESAN DISEKOLAHolehKATHERINE TAN TECK NEOSK Convent Infant Jesus 1, MelakaABSTRAKMelindungi masa instruksional (protecting instructional time) di sekolah amat pentinguntuk meningkatkan keberhasilan PdP. Bagi menjayakan program yang dirangka olehKementerian Pelajaran Malaysia (KPM), peranan sebagai Guru Besar Cemerlangyang menerajui Sekolah Kluster Kecemerlangan merangkumi penyeliaan danpenilaian aktiviti sokongan pengajaran, pemantauan pengajaran dan juga amalan-amalan di dalam bilik darjah. Usaha ini tidak akan berjaya sepenuhnya sekiranyamatlamat ini tidak difahami dan disokong oleh semua guru. Tiga fokus utamapendidikan akan terlaksana dan berkesan ialah pembelajaran murid, guru, dankemenjadian murid.Beberapa cadangan diutarakan dalam kertas kerja ini antaranya, PdP dijalankan secaraoptimum, guru boleh jual beli waktu pengajaran dan pembelajaran, menyediakanlatihan untuk murid sekiranya guru berkursus, kelas tambahan intensif, murid perlusentiasa berada di dalam bilik darjah sewaktu pengajaran dan pembelajaran, gurubantu LINUS, peranan ketua darjah dan penolong ketua darjah.Sehubungan dengan itu, peranan sebagai pentadbir perlu memastikan pengajaran danpembelajaran dapat dilaksanakan tanpa halangan atau kekangan bagi mencapaiobjektif melindungi masa intruksional (MMI) yang disasarkan dalam usahameningkatkan keberhasilan pengajaran dan pembelajaran murid.
  • M u k a S u r a t | 421Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANMMI merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional bagimemastikan tempoh masa untuk pembelajaran secara berkesan berlaku tanpahalangan. Selaku Guru Besar Cemerlang yang melalui fasa-fasa berbeza danMMI merupakan satu komponen utama dalam menjayakan pembelajaransecara berkesan di sekolah. Justeru, pelaksanaan berkesan dan optimummemang menjadi satu tugasan yang mencabar.Pemimpin kurikulum di sekolah bertanggungjawab memastikan peningkatanmasa pembelajaran berkesan ini atau ‘academic learning time’ memberikankesan yang mendalam kepada murid-murid.PERNYATAAN ISUProfesion keguruan adalah antara profesion utama dalam pembangunanmanusia, masyarakat dan Negara. Dalam hal ini, tidak disangkal lagi profesionini merupakan satu-satunya profesion yang penting dalam proses penyampaianilmu pengetahuan kepada individu dan juga masyarakat. Bagi merealisasikanMisi Nasional ke arah Negara maju, pelbagai usaha dilaksanakan danperubahan demi perubahan drastik telah memberikan tamparan hebat kepadapara pendidik di seluruh negara. Sikap amanah seorang guru terhadap muridnyatelah terhakis dengan kelalaian guru dalam mengejar arus perubahan. Nilai-nilai kemanusiaan seorang guru iaitu kepimpinan dan amanah bekerja terhadapprofesion mula berubah.Guru-guru meninggalkan bilik darjah atas urusan seperti :(a) menghadiri mesyuarat/taklimat/bengkel,(b) berkursus,
  • M u k a S u r a t | 422Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar(c) menghadiri majlis rasmi,(d) mengiringi murid dalam pertandingan koakademik, sukan danpermainan,dan(e) Cuti sakit/cuti kecemasan/cuti bersalin/cuti belajar.Selain itu, bidang tugas guru sudah semakin luas sehingga tugas utamanya(core duty) iaitu menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya tidak dapatdijalankan dengan baik dan berkesan.CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIANGuru Besar bertanggungjawab memperuntukkan dan melindungi masapengajaran dengan memastikan guru berada di dalam bilik darjah, berfungsi,dan menjalankan peranan sebagai sebagai seorang pendidik dengan berkesan.PdP mestilah terlaksana kerana itu adalah tugas utama ‘core duty’ guru disekolah.Beberapa cadangan tindakan atau penyelesaian dapat dihuraikan sepertiyang berikut :1 PdP dijalankan secara optimumGuru-guru dikehendaki menjalankan PdP dengan menggunakan masapengajaran secara optimum. Kerja-kerja atau latihan bertulis tidakdigalakkan di dalam bilik darjah. Aktiviti tersebut harus dilakukansebagai kerja rumah murid. Dengan itu guru-guru akan menggunakanmasa sepenuhnya untuk proses PdP di dalam bilik darjah. Secara tidaklangsung, guru-guru akan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yangkreatif dan inovatif agar aktiviti PdP dapat dipenuhi sepenuhnya dengan
  • M u k a S u r a t | 423Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarberkesan. Murid tidak akan berasa bosan. Secara tidak langsungnya,waktu instruksional berlaku sepenuhnya.2 Jual beli masa pengajaranGuru-guru yang mengetahui bahawa mereka perlu menghadiri kursus ataumenjalankan tugas-tugas rasmi dan tidak dapat mematuhi jadualpengajaran asalnya akan menjual waktunya dan membeli waktupengajaran guru lain yang mengajarkan kelas yang sama. Guru ini akanmemaklumkan kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran bahawa jualbeli masa pengajaran telah dilakukan sebelum guru tersebut pergiberkursus atau menjalankan tugas-tugas rasmi. Masalah untuk membuatjadual ganti tidak berlaku dan proses PdP dijalankan seperti biasa.3 Guru menghadiri kursus/taklimat secara adhocAda kalanya guru-guru menghadiri kursus atau taklimat secara adhoc dantidak dapat hadir ke sekolah pada hari tertentu. Guru tersebutmemaklumkan kepada pihak pentadbir melalui telefon atau sistempesanan ringkas (SMS) seberapa segera yang mungkin. Dengan itupengurusan jadual waktu ganti guru dapat disusun dengan teratur dancekap.Guru-guru yang tidak berada di sekolah pada hari itu juga dimintamenghantar buku rancangan hariannya berserta latihan yang dirancangperlu dilakukan oleh murid-murid. Oleh itu, guru ganti akan mengajarmurid seperti dirancang dan memberikan latihan yang dibekalkan.Pemantauan dilakukan oleh Guru Besar dan Guru Penolong KananPentadbiran untuk memastikan kelas tersebut tidak terabai.
  • M u k a S u r a t | 424Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar4 Guru cuti bersalin/bercuti panjangGuru yang akan cuti bersalin atau bercuti panjang seharusnya merancangdan membuat kelas-kelas bagi menyelesaikan topik-topik mengikutRancangan Pengajaran Tahunan yang ditetapkan.Kelas gantian perlu dijalankan selepas masa persekolahan, cutipersekolahan atau masa-masa lain yang sesuai dan tidak menggangguwaktu PdP rasmi. Hal sedemikian ini, bagi memastikan masainstruksional dilindungi dan jika sekolah tidak mendapat guru ganti ketikaguru cuti tersebut bersalin.5 Kelas gantian khas untuk murid yang lemah/masalahpembelajaran/selalu tidak hadir ke sekolahGuru-guru digalakkan untuk mengadakan kelas gantian khas untukmembantu murid-murid yang lemah atau bermasalah pembelajaran danmurid yang kerap tidak hadir ke sekolah. Kelas gantian tersebut bolehdilakukan selepas waktu persekolahan atau waktu cuti persekolahan.Kelas gantian ini untuk memberikan bantuan dan bimbingan kepadamurid-murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Oleh itu, murid-muridtidak akan ketinggalan dalam menguasai kemahiran yang perlu dipelajarioleh mereka.
  • M u k a S u r a t | 425Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar6 Kelas bantu LINUSPihak sekolah juga boleh mewujudkan kelas bantu LINUS bagi murid-murid LINUS tegar bermula dari Tahun 1. Murid-murid ini dikenal pastioleh guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.Murid-murid LINUS tegar ini akan dibantu secara ‘personal coaching’oleh guru yang tiada waktu mengajar (free-period) semasa waktupembelajaran murid-murid arus perdana. Kemahiran yang diajar jugabersesuaian dengan kemahiran sedia ada mereka.Kelas bantu LINUS dapat merapatkan jurang penguasaan kemahiranmurid-murid ini dengan murid-murid di arus perdana dan secara tidaklangsung waktu instruksional berlaku. Hal ini selari dengan hasrat KPMdi bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) 4 fokus sub-NKRA iaitu literasi dan numerasi iaitu semua murid yang tidakmempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasidan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.7 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah semasa PdPSemasa PdP dijalankan, murid-murid tidak dibenarkan keluar kecualidalam keadaan yang amat memerlukan atau terdesak. Tumpuan murid-murid diperlukan agar apa yang disampaikan oleh guru dapat diterimadengan sepenuhnya tanpa gangguan. Jika murid kerap keluar seperti ketandas atau urusan lain maka akan mengganggu masa pembelajaranmereka. Oleh sebab itu, dijadikan budaya supaya murid-murid berada dibilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Urusanperibadi seperti ke kedai buku atau ke bilik air, cuma dibenarkan padawaktu pagi sebelum kelas bermula dan pada waktu rehat.
  • M u k a S u r a t | 426Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar8 Peranan ketua darjah dan penolong ketua darjahPeranan ketua darjah atau penolong ketua darjah juga amat penting dalampelaksanaan MMI di sekolah. Ketua darjah atau penolongdipertanggungjawab melaporkan kepada pihak pentadbir jika tiada gurumasuk ke kelas (atas urusan yang tidak dapat dielakkan) selepas 5 minitbermulanya mata pelajaran.Tindakan segera daripada ketua darjah dan penolong dapat membantupihak pentadbir untuk tindakan selanjutnya.KESIMPULANPengurusan MMI yang berkesan dapat mencapai matlamat sekolah dan prestasiakademik murid akan meningkat. Usaha ini memerlukan komitmen yang tinggidan sokongan padu daripada semua pihak. Kerja berpasukan yang mantapdapat menjayakan pengurusan MMI.SYORDisyorkan agar pengurusan MMI akan menjadi lebih berkesan sekiranya pihaksekolah menyediakan buku catatan kehadiran guru mata pelajaran yang masukke dalam kelas. Guru yang masuk ke dalam mestilah menandangtangani bukucatatan kehadiran guru bagi matapelajaran tersebut mengikut masa yangditetapkan. Hal sedemikian ini, membuktikan guru mata pelajaran masuk kedalam kelas mengikut masa yang tepat dan waktu instruksional berlakusepenuhnya.
  • M u k a S u r a t | 427Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarRujukanAmalan-amalan Terbaik Pengurusan Pendidikan. Majlis Pengetua CemerlangKebangsaan, 2010.Melindungi Masa Instruksional (Proctecting Instruktional Time) di Sekolahuntuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid. Nota SektorOperasi Pendidikan, KPM 2012.
  • M u k a S u r a t | 428Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarGURU SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT JESUS (2)UNIK DAN CEMERLANGOlehHAMIMAH HAMIDJAMILAH OSMANNORREHAN MOHAMADNUUR HIDAYAH AB HAMIDSK Convent Infant Jesus 2AbstrakSebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Kebangsaan Convent InfantJesus 2 telah menunjukkan prestasi cemerlang yang sentiasa meningkat dari semasake semasa. Kejayaan sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum telahdisokong oleh barisan guru yang unik dan cemerlang. Sekolah ini terdiri daripada 40orang guru dan 480 orang murid perempuan pada tahun 2012. Penulisan inimembincangkan keunikan guru-guru sekolah ini dalam memacu kejayaan yanggemilang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Situasi yang memungkinkanguru-guru Tahap 1 mampu mengajar dengan baik kelas-kelas Tahap 2 menjadikanguru-guru sekolah ini unik. Ketiadaan guru di sekolah atas urusan rasmi atau peribadi,dapat diatasi dengan adanya barisan guru yang versatil. Pengurusan sekolah berkesanmenyediakan pelbagai program dan perancangan akademik yang menjamin kejayaanmurid. Selain kualiti pengajaran dan akademik yang cemerlang, program danperancangan akademik disesuaikan dengan kurikulum mata pelajaran di sekolah.Penggunaan modul khas pembelajaran bagi semua mata pelajaran teras telah dapatmembantu mengatasi masalah ketiadaan guru di sekolah atas urusan rasmi atauperibadi. Begitu juga dengan pelaksanaan jadual ganti terancang sebagai persediaanuntuk menempatkan guru ganti yang mengajarkan mata pelajaran yang sama. Hasildaripada keunikan yang ada di sekolah ini, telah dapat melonjakkan kejayaan dankecemerlangan sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Pengurusansekolah yang berkesan ialah usaha berterusan bagi meningkatkan komitmen guruterhadap tugas pendidikan, kepimpinan, dan pengurusan pendidikan dalam kontekssekolah.
  • M u k a S u r a t | 429Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANSekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus 2, Melaka, Malaysia telahdianugerahkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011.Sekolah ini merupakan sekolah bantuan modal yang terdiri daripada 40 orangguru dan 480 orang murid berdasarkan statistik terkini. Terdapat sebanyak 18buah bilik darjah dengan purata 30 murid setiap kelas. Kejayaan anak didikdidokong oleh guru-guru di sekolah ini yang menjadi tulang belakang kepadapeningkatan prestasi akademik dan koakademik.Menurut Sufean Hussin (2005 : 293), guru berkesan di sekolahdigambarkan mempunyai pengetahuan akademik yang tinggi dan mendalamtentang pedagogi am dan khususnya dalam menterjemahkan kandungan matapelajaran, memiliki kesedaran belajar sebagai proses sepanjang hayat,berkeupayaan menghasilkan sasaran pembelajaran yang diingini dan memilikimotivasi personaliti yang tinggi sebagai seorang guru.Transformasi dalam bidang pendidikan merupakan satu proses yangpantas dan berterusan selari dengan perkembangan semasa. Selain kemajuandan perubahan yang dicapai, profesion perguruan ini juga sentiasa berhadapandengan pelbagai krisis. Justeru, amatlah penting bagi guru-guru untukberadaptasi dengan segala perubahan yang berlaku agar segala kekangan tidakmenjadi satu isu besar dalam mengekalkan kecemerlangan.Keunikan guru-guru di sekolah ini yang mempunyai ilmu pedagogi danmetodologi yang luas menjadikan proses pengajaran dan pembelajaranberkesan. Justeru, penyusunan jadual waktu mengajar tidak menjadi masalahutama kerana guru-guru berkebolehan ditempatkan di kelas-kelas Tahap Satudan Tahap Dua. Selain itu, kredibiliti guru yang unik ini dapat mengisi waktu
  • M u k a S u r a t | 430Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarpengajaran dan pembelajaran bagi kelas yang ketiadaan guru di sekolah atasurusan rasmi atau peribadi.Komitmen ini ditunjukkan dengan daya usaha, inisiatif, dan usaha positifguru untuk melaksanakan wawasan sekolah dan menyokong agendapembaharuan sekolah. Sifat rajin, dedikasi dan dorongan yang tinggi guru atasusaha memajukan murid meningkatkan lagi kejayaan sekolah. Guru yangkomited dengan tugas juga menyebabkan guru mengambil tanggungjawabmemimpin dan menunjukkan semangat berkorban untuk murid dan sekolah.PERNYATAAN ISU / CADANGAN1. Pengagihan mata pelajaran dan kelas (Tahap Satu dan Dua) mengikutkesesuaian bidang khusus.2. Ketiadaan guru kerana menjalankan tugas rasmi di luar sekolah.CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN1. Pengagihan mata pelajaran dan kelas (Tahap Satu dan Dua) mengikutkesesuaian bidang khusus. Penyusunan dan pengagihan mata pelajaranoleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran dalam merancang dan membinajadual waktu guru amat penting bagi memastikan perjalanan proses PdPberkesan dan dapat menjamin peningkatan pencapaian akademik sekolahyang cemerlang. Asasnya guru di sekolah ini berpotensi mengajar dengancemerlang dan efisien.Menurut Bajuri Babu (2010) dalam Strategi Pengajaran GuruCemerlang, pengajaran dan pembelajaran didorong oleh guru yang
  • M u k a S u r a t | 431Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarberdedikasi atas tanggungjawabnya. Guru yang mempunyai komitmenyang tinggi atas tugas dan kesediaannya untuk memberikanperkhidmatan yang cekap, berkualiti, setia, dan jujur terhadap sekolahdapat mencorakkan kejayaan sekolah.Berdasarkan kesedaran tentang tanggungjawab dan iltizamsebagai seorang pendidik, maka guru-guru di sekolah ini sentiasabersedia menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. Justeru, tidakmenjadi masalah kepada guru-guru untuk mengajarkan sebarang matapelajaran dan kelas yang ditetapkan. Keunikan guru-guru di sekolah iniialah berkebolehan dan berpengetahuan dalam mempelbagaikan kaedahpengajaran dan pembelajaran pada kedua-dua tahap secara kreatif daninovatif.Jadual 1 menunjukkan contoh jadual waktu mengajar bagibeberapa orang guru sekolah ini yang diberi tugas mengajar Tahap 1 danTahap 2 bagi tahun 2012. Guru-guru ini telah berjaya melaksanakantugas dan tanggungjawab dengan cemerlang pada kedua-dua tahap.Hasilnya kesemua murid Tahun 1 dan Tahun 6 telah mencapaikeputusan yang sangat cemerlang dalam Pentaksiran BerasaskanSekolah (PBS) dan Ujian UPSR 2012.Kesanggupan pihak pentadbir menggalas tanggungjawabtambahan mengajarkan mata pelajaran teras Tahap 1 dan Tahap 2 telahmenjadikan guru sekolah ini unik.
  • M u k a S u r a t | 432Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarJadual 1 : Jadual Waktu Mengajar Guru2. Guru-guru menjalankan tugas rasmi di luar sekolah.Sebagai sebuah sekolah kluster kecemerlangan, guru-guru di sekolah inisering terlibat dengan tugas rasmi di luar sekolah. Maka tidak hairanlah
  • M u k a S u r a t | 433Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarsekiranya isu ketiadaan guru menjadi salah satu faktor proses PdPterganggu. Walau bagaimanapun, isu ini tidak menjadi masalah utama disekolah ini memandangkan semua guru mempunyai sikap bertoleransiyang tinggi dan setiakawan dalam melaksanakan tanggungjawab sertasentiasa mengamalkan sikap bekerja dalam satu kumpulan. Situasi inidapat dilihat melalui kesanggupan guru-guru di sekolah ini untukmenggantikan rakan guru dalam panitia yang sama secara sukarela.Melalui kerja berpasukan, penstrukturan sumber manusia dapat dilakukanuntuk menjadikan pekerjaan yang dilakukan itu lebih cekap dan terkawal.Kerjasama dan perkongsian kerja serta kepakaran dapat dilakukan. Begitujuga untuk tujuan mengembangkan konsep learning organization dalamsekolah bagi mengembangkan profesionalisme keguruan.Proses PdP dapat dijalankan seperti yang dirancang dengan adanyapenggunaan modul-modul pembelajaran. Panitia-panitia mata pelajaranteras sekolah ini telah menyediakan modul-modul mengikut sukatan matapelajaran tersebut. Sehubungan dengan itu, guru-guru yang terlibat dalamkelas ganti akan menggunakan modul yang dibekalkan. Oleh itu, tiadawujud masalah kelas terabai. Lampiran A menunjukkan contoh mukadepan modul pembelajaran mata pelajaran teras yang digunakan olehmurid-murid di sekolah ini.Guru-guru sekolah ini juga mengambil berat soal kebajikan dan masalahpembelajaran yang dihadapi murid dan sentiasa berusaha untukmembantu muridnya mencapai kejayaan. Dedikasi dan keikhlasan guruuntuk membantu membimbing dan memimpin anak didik menjadi salahsatu faktor kecemerlangan sekolah ini.
  • M u k a S u r a t | 434Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKepimpinan yang berkarisma tinggi dan berterampilan yang wujud dalamkalangan guru di sekolah ini seperti kehebatan intelektual, idealisme yangtinggi, berhemah dan berjiwa besar, bijaksana, kecekapan berkomunikasi,pemikiran strategik serta daya imaginasi yang tinggi dapat diaplikasikandalam kelas ganti. Justeru, masalah ketiadaan guru yang menjalankantugas luar tidak akan menjejaskan proses PdP di dalam bilik darjah. Halini akan mengekalkan kecemerlangan prestasi sekolah.KESIMPULANBerdasarkan kebolehan dan integriti yang ada pada semua guru di sekolah ini,segala isu yang wujud dalam pengurusan kurikulum dan kokurikulum dapatditangani dengan mudah dan efisien. Permuafakatan antara guru di sekolah inijuga membentuk satu keluarga besar yang berjuang menuju satu matlamat yangsama, selari dengan slogan, ‘CIJ 2 Always No. 1’ dan ‘Be The Best and BeatThe Rest’.Pengajaran dan pembelajaran berkesan bukan sahaja memikirkan aspekkecemerlangan akademik, tetapi juga kemahiran, sikap dan keterampilan diriguru. Hal tersebut dapat dilakukan dengan pelbagai kaedah pengajaran yangterancang dan strategik.Dr. Mahathir Mohamad pada 14 Julai 1995 berkata, “Sumber yangpaling utama bagi sesebuah negara selain pengeluaran bahan mentah ialahbakat, kemahiran, daya cipta, dan daya usaha rakyatnya sendiri. Kekuatan gurujauh lebih hebat dan berharga daripada sumber alam yang ada.”
  • M u k a S u r a t | 435Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarGuru berkualiti mampu melahirkan murid-murid yang berdaya saingdalam pasaran pekerjaan dan berupaya menangani cabaran negara dan arusglobalisasi bagi merealisasikan wawasan pendidikan negara.CADANGANSekolah ini sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa bagimemastikan prestasi sekolah sentiasa berada di kemuncak kegemilangan. Disini dinyatakan beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh membantumeningkatkan kelancaran perjalanan pengurusan kurikulum dan kokurikulum.1. Semua guru didedahkan dengan semua bidang pembelajaranmemandangkan semua guru perlu bersedia mengajar semua matapelajaran pada Tahap 1 dan Tahap 2.Dalam ruangan temu bual Utusan Pendidikan bulan Mei 2003, mantanPerdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad menyatakanbahawa akan pentingnya guru sentiasa bersedia menguasai ilmu baharuuntuk menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yangberlaku. Menurut Abd. Rahim (2005), guru yang mempunyai kombinasibeberapa mata pelajaran yang boleh diajar, lebih berwibawa, dan lebihbaik berbanding dengan guru yang cuma menjurus pada satu bidangsahaja.Guru harus mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasamengikuti arus transformasi pendidikan selaras dengan Pelan IndukPembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dari semasa ke semasa,kepakaran guru dalam mengajarkan suatu mata pelajaran perludipertingkatkan melalui pelbagai cara seperti mengikuti kursus
  • M u k a S u r a t | 436Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarpengajaran, menjadi pemeriksa kertas peperiksaan sebelum diiktirafsebagai guru pakar. Selain itu, pengetahuan guru dalam pelbagai matapelajaran dapat dipertingkatkan melalui pembacaan buku, kajian,penyediaan modul pembelajaran, dan penggubalan soalan berasaskansekolah.2. Jawatankuasa Jadual Waktu Mengajar menyediakan jadual gantiterancang untuk kemudahan guru-guru ganti.Setiap panitia menyenaraikan ahli panitia masing-masing dan merancangsatu jadual waktu senggang yang fleksibel bagi memudahkan pengisianguru untuk kelas ganti. Selain itu, pembinaan jadual waktu anjal bagiguru-guru yang mengikuti kursus jangka panjang perlu dirancang lebihawal.Penggunaan jadual anjal, guru tidak hanya tertakluk kepada penetapanmasa 30 minit bagi satu slot pengajaran seperti amalan sekarang,sebaliknya menetapkan berapa masa diperlukan bagi mengajarkan sesuatutopik hingga semua murid memahami konsep berkaitan.Oleh itu semua guru mestilah sentiasa bersedia untuk memperuntukkanlebih masa PdP di luar waktu mengajar yang telah ditetapkan dalamjadual waktu induk.3. Semua panitia mata pelajaran elektif juga perlu menyediakan modul-modul pembelajaran sama seperti mata pelajaran teras supayapengisian masa PdP berjalan dengan lancar.
  • M u k a S u r a t | 437Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarBerdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan oleh T. Komate (2008),tahap penerimaan murid adalah lebih tinggi apabila menggunakan modulpembelajaran kendiri.Justeru, penggunaan modul bukan sahaja tertumpu pada mata pelajaranteras, tetapi melibatkan mata pelajaran elektif juga. Di samping itu,penggunaan modul juga membantu guru melaksanakan aktiviti danmemberikan peluang kepada murid untuk belajar secara berkesan melaluiperbincangan dan bimbingan.RujukanAbd. Rahim A. R. (2005). Professionalisme Keguruan : Prospek dan Cabaran,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Azizul Rahman, A. R. dan Mohamad Saleeh, R. (2010). Strategi PengajaranGuru Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications & DistributionsSdn. Bhd.Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.Sufean Hussin. (2005). Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.T. Komate. (2008). Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan ModulPembelajaran Kendiri Berasaskan Rekabentuk Teori Beban Kognitif.Johor : Universiti Teknologi Malaysia.Zaidatol Akmalia Lope Pihie dan Foo Say Fooi. (2003). Pengurusan danKepimpinan Pendidikan: Satu Langkah Ke Hadapan. Serdang : UniversitiPutra Malaysia.Bajuri Babu. (2010). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Berkualiti :Pendidikan Seni Visual Mampu Melahirkan Insan Kreatif. StrategiPengajaran Guru Cemerlang. Kuala Lumpur : Utusan PublicationDistributor Sdn. Bhd.
  • M u k a S u r a t | 438Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar
  • M u k a S u r a t | 439Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar
  • M u k a S u r a t | 440Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar
  • M u k a S u r a t | 441Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar
  • M u k a S u r a t | 442Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar
  • M u k a S u r a t | 443Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar
  • M u k a S u r a t | 444Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar
  • M u k a S u r a t | 445Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENJAWAB SOALANGEOGRAFI PMRBERDASARKAN PETA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK“TAK KENAL MAKA TAK CINTA”olehPUAN ROHANI BINTI HAMZAHSMK Durian Daun,MelakaAbstrakPengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan amat penting dalam usaha gurumembangunkan modal insan anak didik di dalam bilik darjah. PdP yang berkesansecara tidak langsung dapat membantu pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional(MMI) warga pendidik di bilik darjah. Apabila seseorang guru itu mengamalkan danmenghasilkan suatu kaedah baharu dalam PdP, sudah pasti masa guru dan murid dapatdijimatkan. Justeru, guru akan dapat menyampaikan pengajaran dan pencapaianobjektif dalam masa yang singkat dan murid pula dengan cepat dapat menguasaisesuatu tajuk, bab atau topik. Hal ini sudah tentu akan menjimatkan masa guru danmurid. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengaitkan teknik “Tak Kenal Maka TakCinta” dengan MMI. Dalam peperiksaan Geografi PMR, terdapat lebih kurang 12soalan (22%) Geografi fizikal dan manusia berasaskan peta dan 23 soalan (44%)memerlukan pengetahuan lokasi yang berasaskan peta. Walau bagaimanapun, terdapatramai murid yang gagal menjawab soalan tersebut dengan betul. Kegagalan muridmenjawab soalan yang memerlukan pengetahuan lokasi di atas peta telahmenyebabkan murid tidak berminat akan mata pelajaran Geografi.Berdasarkan keadaan ini, penkaji telah menggunakan teknik “Tak Kenal Maka TakCinta” bertujuan untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Geografi.Teknik ini berjaya meningkatkan keupayaan murid mengingati fakta di atas peta danseterusnya mampu menjawab soalan peta dengan lebih baik. Hal ini secara tidaklangsung dapat meningkatkan peratus lulus dan kualiti keputusan peperiksaanPMR.Teknik tersebut juga digunakan untuk membantu guru Geografi yang bukanopsyen, guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dan guru ganti di negeri Melaka.Oleh itu, penkaji telah mengumpulkan sebanyak 9 buah buku teks yang digunakandari tingkatan 1-3 oleh sekolah-sekolah di Malaysia dan membuat kajian yangterperinci. Maka penkaji telah menghasilkan sebuah peta Malaysia yang mengandungimaklumat bagi setiap negeri hanya di atas sehelai kertas. Penkaji telah membuatpenambahbaikan dengan menandakan lokasi kawasan tertentu. Teknik “Tak KenalMaka Tak Cinta” bermula pada tahun 2009 hinggalah sekarang.
  • M u k a S u r a t | 446Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKajian bermula dari bulan Februari hingga Mei 2009 terhadap 30 orang murid kelas 3Merah. Kajian meliputi minat, masalah pembelajaran, dan kekerapan ulang kajipelajaran Geografi. Murid seiring kali diuji dengan menggunakan peta kosong.Selepas kajian dijalankan, jelas menunjukkan sikap dan minat murid lebih positifterhadap mata pelajaran Geografi. Mereka juga telah menunjukkan peningkatan dalamkemahiran mengenal pasti lokasi di atas peta dan fakta yang berkaitan dengannya.Murid juga menjadi semakin seronok untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitanpeta apabila diberikan sebagai latihan.Secara amnya, penkaji mendapati bahawa proses PdP akan menjadi lebih berkesandan mudah.Teknik ini banyak membantu murid menguasai peta dan fakta yangberkaitan. Oleh itu, secara tidak langsung telah dapat mengubah sikap dan persepsimereka terhadap mata pelajaran Geografi yang dianggap membosankan dan sukarkerana terlalu banyak peta yang perlu diingati.
  • M u k a S u r a t | 447Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANMengapakah penkaji menggunakan teknik, “Tak Kenal Maka Tak Cinta?”Melalui pemerhatian penkaji, didapati murid suka menampal gambar yang disukai di fail dan meja mereka. Mereka dapat melihat setiap masa gambartersebut sewaktu persekolahan. Oleh itu, pengkaji mendapat idea untukmenggantikan gambar tersebut dengan peta yang lengkap mengandungimaklumat. Murid dapat melihat peta tersebut setiap hari persekolahan dansecara tidak langsung dapat meningkatkan daya ingatan mereka tentang lokasidan maklumat di atas peta.PERNYATAAN ISU / CADANGANBerdasarkan pemerhatian dan analisis yang dilakukan oleh penkaji bermulapada tahun 2005, didapati bahawa murid yang tidak minat mata pelajaran iniboleh dibantu. Oleh itu, penkaji telah mengumpulkan sebanyak 9 buah bukuteks yang digunakan dari tingkatan 1-3 oleh sekolah-sekolah di Malaysia.Setelah membuat kajian yang terperinci, maka penkaji telah menghasilkansebuah peta Malaysia yang mengandungi maklumat bagi setiap negeri hanya diatas sehelai kertas. Penkaji telah mengedarkan bahan tersebut ke semua sekolahdi negeri Melaka. Kelemahan bahan tersebut ialah penkaji tidak menandakanlokasinya.Oleh itu, penkaji telah membuat penambahbaikan pada tahun 2006dengan menandakan lokasi. Pada tahun 2007 penkaji terus menghasilkan petaAsia Tenggara dan peta Dunia yang juga mengandungi fakta yang dimuridioleh murid tingkatan 1-3. Jumlah peta yang mengandungi fakta Geografi ialah4 helai. Dengan menggunakan peta tersebut telah memudahkan muridmengulang kaji pelajaran. Kelemahannya ialah murid hanya melihat peta
  • M u k a S u r a t | 448Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajartersebut jika ingin mengulang kaji pelajaran atau diminta oleh guru. Oleh itu,penkaji telah menggunakan teknik “Tak Kenal Maka Tak Cinta” bermula padatahun 2009 hinggalah sekarang. Pada tahun 2012, penkaji telah membuatpenambahbaikan dengan mewarnakan peta tersebut untuk menarik lebihperhatian murid.CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIANKajian ini dijalankan bermula dari Februari hingga Mei 2009, melibatkanseramai 30 orang murid Tingkatan 3M telah dijadikan sampel kajian. Murid-murid ini dipilih berdasarkan prestasi pencapaian Geografi yang rendahsemasa di Tingkatan 2 tahun 2008.Sebelum kajian dijalankan, pemerhatian telah dibuat atas sampel kajianuntuk melihat kelemahan dan kekuatan mereka. Dalam tempoh kajiandijalankan, murid telah ditemu bual dan diajukan dengan soalan. Antara soalanialah :(a) minat mereka terhadap mata pelajaran Geografi,(b) masalah pembelajaran mereka terhadap mata pelajaran Geografi dan(c) kekerapan mereka mengulang kaji mata pelajaran Geografi dalamtempoh seminggu.Pemerhatian diteruskan selepas meja setiap murid ditampal dengan empatkeping peta yang mengandungi fakta Geografi. Saiz peta yang berukuran 64smx 46sm. Peta tersebut sentiasa ada di atas meja dan murid dapat melihat setiapmasa sewaktu berada di dalam kelas. Melalui pemerhatian juga penkaji, muridTingkatan 3M selalu melihat peta di atas meja tersebut sewaktu menunggukehadiran guru.
  • M u k a S u r a t | 449Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMurid sering kali diuji dengan dipamerkan peta kosong di hadapan kelasdan diminta murid menanda sendiri kawasan tertentu di atas peta sertamenjelaskan lokasi yang ditanda. Murid diberikan kebebasan menandakanlokasi yang diingati. Pada peringkat awal didapati murid agak malu untuk kehadapan kelas dan menanda peta tetapi selepas seminggu, iaitu 3 kali prosesPdP, murid menjadi berani ke hadapan dan berlakon seperti guru untukmenanda dan menjelaskan lokasi yang ditanda di atas peta. Murid juga menjadisemakin teruja untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan petaapabila diberikan sebagai latihan. Teknik “Tak Kenal Maka Tak Cinta” terhasildaripada tindak balas perlakuan murid tersebut.Jadual 1, menunjukkan beberapa aspek yang telah diperhatikan oleh gurudan pengkelasan yang dibuat berdasarkan pendapat peribadi guru.Jadual 1 : Pemerhatian guru atas sampel kajianBilAspek yangdiperhatikanBilangan muridSebelum kajian Selepas kajianBaik Sederhana Lemah Baik Sederhana Lemah1 Minat Geografi 2 5 23 20 10 02 Pengetahuan peta 2 3 25 19 8 33 Sikap terhadapGeografi3 9 18 20 10 0Selepas kajian dijalankan, jelas menunjukkan bahawa sikap dan minatmurid lebih positif terhadap mata pelajaran Geografi. Mereka juga telahmenunjukkan peningkatan dalam kemahiran mengenal pasti lokasi di atas petadan fakta yang berkaitan dengannya.
  • M u k a S u r a t | 450Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMurid didapati terlibat secara aktif dalam proses pengajaran danpembelajaran. Untuk menguji tahap penguasaan murid mengingati fakta yangterdapat dalam peta, penkaji telah menanggalkan peta yang ditampal di atasmeja dan menyimpannya selama seminggu. Penkaji terus menguji murid padaminggu tersebut tanpa peta di atas meja mereka. Kesannya amat positif keranamereka masih dapat mengingati tempat dan fakta yang berkaitan dengan petaberkenaan. Malahan murid semakin seronok belajar kerana berlumba-lumbauntuk menanda peta dan menjawab apabila diberikan peluang. Suasanapembelajaran menjadi lebih seronok dan murid sentiasa tertunggu-tunggukehadiran penkaji ke dalam kelas dan juga meminta penkaji menjadi guru gantijika ada guru yang tidak hadir ke sekolah.Secara amnya, penkaji mendapati bahawa proses PdP akan menjadi lebihberkesan dan mudah. Teknik ini dapat membantu murid menguasai peta danfakta yang berkaitan. Secara tidak langsung telah dapat mengubah sikap danpersepsi mereka terhadap mata pelajaran Geografi yang dikatakanmembosankan dan sukar kerana terlalu banyak peta yang perlu diingat.Untuk melihat keberkesanan teknik tersebut dalam peperiksaan PMRtahun 2009, penkaji telah mengumpulkan kertas soalan yang telah ditanda olehsampel kajian penkaji dan membuat analisis. Hasilnya dapat dilihat dalamJadual 2 yang menunjukkan bilangan soalan peta dan pengetahuan faktaberkaitan peta yang berjaya dijawab oleh sampel kajian penkaji.Jadual 2:Bilangan Murid Menjawab Tepat Soalan Berasas Peta PMR 2009Bilangan Soalan Petabertanda/fakta petaSkala ketepatan bilangan murid menjawab1-10 11-20 21-2626 2 10 18
  • M u k a S u r a t | 451Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarBerdasarkan Jadual 2 jelas menunjukkan bahawa teknik, “Tak KenalMaka Tak Cinta” telah banyak membantu sampel kajian penkaji menjawabsoalan peperiksaan PMR tahun 2010 dengan tepat. Berdasarkan keberkesananteknik tersebut, maka pada tahun 2010, teknik ini telah diguna pakai olehsemua murid Tingkatan 3 sekolah penkaji juga oleh murid di SMKA SultanMohamad, Melaka.Pada tahun 2011, penggunaan peta menggunakan kaedah “Tak KenalMaka Tak Cinta” turut diguna pakai oleh guru dan murid :(a) MRSM Alor Gajah, Melaka(b) SMJK Katholik, Melaka(c) SMK Tinggi, Melaka(d) SMK Tinggi Perempuan, Melaka(e) SMK Dato Hamzah,Kelang, Selangor(f) SMK Mahmud,Raub, Pahang(g) SMKA As-Syaiidah Khatijah, Melaka(h) SMK Dang Anum, Melaka(i) SMK Methodist, Melaka(j) SMK Infant Jesus, Melaka(k) SMK Canoss Convent, Melaka(l) dan sekolah-sekolah lain di negeri Melaka.KESIMPULANBerdasarkan hasil dapatan, terdapat peningkatan dalam kemahiran muridmenjawab soalan Geografi berasaskan peta yang telah disediakan. Penggunaanpeta yang mengandungi fakta/maklumat telah banyak membantu peningkatanprestasi Geografi sekolah-sekolah di negeri Melaka dan peratus pencapaian
  • M u k a S u r a t | 452Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarnegeri Melaka mengatasi pencapaian peringkat kebangsaan. Jadual 3menunjukkan rekod pencapaian PMR tahun 2008-2009 untuk 20 buah sekolahdi negeri Melaka yang mengguna pakai empat helaian peta bermaklumattersebut.Jadual 3 : Analisis PMR 2008-2009 Mata Pelajaran Geografi Sekolah-SekolahNegeri MelakaBil Nama Sekolah 2008 (%) 2009 (%) Beza %1 SBP Integrasi Selandar 100 100 -2 SM Muzaffar Shah 100 100 -3 SMKA Sharifah Rodziah 100 100 -4 SMKA Sultan Mohamad 100 100 -5 SMK Tinggi Perempuan 100 100 -6 SMK Infant Jesus 95.9 96.7 +0.87 SMK St.Francis 91.7 97.3 +5.68 SMK Ayer keroh 94.5 95.5 +1.09 SMK Katholik 83.4 93.9 +10.510 SMK Selandar 89.0 94.1 +5.111 SMK Durian Daun 86.2 92.4 +6.212 SMK Lubuk China 91.0 92.4 +1.413 SMK Nyalas 90.2 90.5 +0.314 SMK Klebang Besar 88.6 91.1 +2.515 SMK Bemban 93.4 94.3 +0.916 SMK Dato Bendahara 90.2 90.7 +0.517 SMK Seri Tanjung 87.0 87.2 +0.218 SMK Rahmat 80.8 90.3 +9.519 SMK Tun Tijah 84.3 92.4 +8.120 SMK Sungai Udang 93.2 94.7 +1.5Berdasarkan jadual di atas, jelas menunjukkan peningkatan prestasi matapelajaran Geografi untuk 20 buah sekolah yang menggunakan petabermaklumat tersebut secara terbimbing. Bahan telah diedarkan untuk semuasekolah di negeri Melaka pada bulan Mac tahun 2008 semasa kursus anjuran
  • M u k a S u r a t | 453Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarJPN Melaka di Hotel Seri Malaysia, Mersing, Johor. Guru-guru juga telahdibimbing tentang cara menggunakan peta tersebut. Bahan juga telah digunapakai oleh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Zon Selatan khasnya MRSMTerendak, MRSM Batu Pahat, MRSM Mersing, MRSM Alor Gajah, MRSMSerting dan MRSM Kuala Kelawang. Bahan juga digunakan oleh anak-anakPetronas, Felcra, dan anak-anak orang asli Zon Selatan. Bahan juga diedarkansemasa Konvensyen Guru Cemerlang Malaysia di Akademi Kenegaraaan BiroTatanegara, Kuala Lumpur. Peta bermaklumat ini juga diguna pakai oleh Dr.Faris Dzaudin, Pensyarah Geografi di Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, diUniversiti Perguruan Sultan Idris untuk pelatih UPSI.Teknik ini juga telah diguna pakai oleh guru mata pelajaran Matematik disekolah penkaji, Guru Cemerlang Perdagangan Negeri Sembilan, Guru BesarSK Mahmud, Raub, Pahang, dan sekolah lain.Menurut kajian temu bual yang dijalankan oleh Tuan Hj. Baharuddin binHusin selaku GPK HEM SBP Integrasi Selandar, Melaka yang juga merupakanguru Geografi di sekolah tersebut, murid beliau memberitahu bahawa merekadapat menjawab 54 soalan Geografi PMR pada tahun 2007 dengan hanyamengingati peta bermaklumat tersebut. Bahan ini juga telah dipamerkansemasa Pameran Karnival Malaysia Inovatif Zon Tengah di MITC, Melakapada 13-14 November 2011. Bahan ini juga telah menerima Anugerah EmasGuru Inovatif di Konvensyen Persidangan Kebangsaan Guru anjuran BPG danIPG, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahan ini mempunyai permintaan yangtinggi dalam kalangan ibu bapa yang mengetahui tentang bahan ini bagimembantu meningkatkan prestasi Geografi anak-anak mereka.Penambahbaikan telah dilakukan atas peta tersebut dengan mewarnakan danmenggunakan simbol untuk menarik perhatian murid sederhana dan lemah.
  • M u k a S u r a t | 454Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarSYORBahan ini mempunyai potensi untuk disebarluaskan kepada pihak lain keranabahan ini amat membantu guru dan murid dalam melaksanakan MMI. Bahanini patut diguna pakai oleh semua sekolah di Malaysia untuk :1. meningkatkan daya ingatan murid tentang lokasi kawasan tertentu.2. meningkatkan daya tarikan terhadap murid kerana peta berwarna.3. menambah keceriaan kelas dan meja murid yang sebelum ini meja telahdiconteng dengan pen marker atau liquid paper. Apabila meja merekaditampal peta, keadaan ini telah membantu mengatasi masalah mejayang tidak ceria.4. menjimatkan kos kerana bahan hanya dibuat sekali sahaja dan tahanuntuk jangka masa yang lama kerana telah digunakan laminate. Bahanboleh digunakan untuk tahun berikutnya. Sebelum peta menggunakanlaminate murid selalu menghilangkan peta yang diberikan oleh guruatau dikoyak. Keadaan ini menyebabkan pembaziran kertas dan kos.5. memudahkan PdP guru kerana semua maklumat yang hendak dipelajariberkaitan peta ada di atas meja murid dan guru tidak perlu memintamurid melihat buku yang mempunyai terlalu banyak peta hinggamenyebabkan murid menggemari Geografi, tetapi dengan peta yangringkas ini, telah menimbulkan tanggapan positif bahawa Geografi amatsenang.6. murid dapat memanfaatkan masa yang terluang sewaktu pertukaran gurudengan melihat sebentar peta bermaklumat yang ditampal di atas meja.Secara tidak langsung dapat meningkatkan pengetahuan murid tentangciri-ciri keunikan Geografi Malaysia selaras dengan hasrat SukatanPelajaran Geografi Sekolah Menengah.7. meningkatkan peratus lulus dan peningkatan kualiti keputusanpeperiksaan PMR sekolah-sekolah negeri Melaka kerana sebelum
  • M u k a S u r a t | 455Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarinovasi ini didapati murid sering kali silap menjawab soalan yangberkaitan dengan peta atau pengetahuan am tentang ciri-cirikeistimewaan sesebuah negara atau negeri.8. Guru juga dapat menghayati MMI dalam PdP di dalam bilik darjah.Dengan menggunakan teknik ini, masa PdP yang digunakan dapatdijimatkan kerana teknik ini akan menyebabkan murid mudah faham.
  • M u k a S u r a t | 456Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran AProses mewarnakan gambar menggunakan laminatePeta 1 Peta 2Peta 3 Peta 4Peta 1,2,3 dan 4 menggunakan laminate
  • M u k a S u r a t | 457Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran BKeadaan meja murid sebelum ditampal peta, “Tak Kenal Maka Tak Cinta” danselepas ditampal peta yang tidak berwarna.Sebelum SelepasKeadaan meja murid yang ditampal dengan peta tidak berwarna dan petaberwarna.Sebelum warna Selepas warna
  • M u k a S u r a t | 458Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran CContoh borang soal selidik tahap kepuasan hati murid dalam Program SuntikanA+ anjuran JPM dan Petronas.
  • M u k a S u r a t | 459Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran DKomen Pelawat dalam Persidangan Guru Cemerlang Peringkat KebangsaanTahun 2011 di Institut Aminuddin Baki, Jitra, KedahKomen Pelawat di Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2011di A Famosa Resort, Melaka
  • M u k a S u r a t | 460Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar
  • M u k a S u r a t | 461Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKEPIMPINAN INSTRUKSIONAL : MELINDUNGI MASAPEMBELAJARAN MIRACLE FINGERS(MATEMATIK SEKOLAH RENDAH TAHAP 2)olehSHAHRIL BIN OTHMANAZMI BIN ABD RAHIMRAHIM BIN HASSANSK Maran, Maran, PahangAbstrakKajian ini dijalankan untuk menghasilkan bahan inovasi yang dapat membantuMelindungi Masa Instruksional (MMI) guru-guru Matematik. Perkaitan kaedahmenjawab soalan dengan cara yang mudah dan cepat bagi topik yang melibatkantimbangan berat, ukuran panjang, isipadu cecair, Peratus serta masa dan waktumengelakkan para guru menghabiskan masa menerangkan konsep dan kaedah yangsama berulang kali. Selain itu, murid akan dapat menjawab soalan Matematikmelibatkan pecahan bagi topik yang dinyatakan dengan lebih cepat berbandingkaedah konvensional. Kaedah inovasi yang diperkenalkan ini menepati konsepMelindungi Masa Instruksional (MMI). Melalui bahan inovasi ini, para guru dapatmenerapkan kaedah pengiraan secara pantas dalam salah satu topik berkaitan selepaspengenalan konsep. Seterusnya, bagi topik yang berikutnya penerangan kaedah tidakdiperlukan lagi. Oleh itu, kaedah ini dapat melindungi MMI guru dan murid.Penghasilan bahan inovasi ini berkait rapat dengan masalah yang berlaku terhadapmurid iaitu tidak dapat menjawab soalan Matematik Kertas 1 UPSR dalam tempohmasa yang ditetapkan. Bagi murid yang telah menguasai kaedah biasa adakalanyacuai ketika melakukan proses pengiraan. Oleh yang demikian, satu kaedah baharuperlu dibina supaya semua murid dapat menjawab soalan berkaitan topik melibatkanpecahan dengan teknik yang lebih pantas dan tepat. Enam puluh orang murid daripadatiga buah sekolah yang berbeza telah dipilih menjadi responden bagi kajian ini. Dalamsesi pengajaran, responden telah diajar teknik inovasi dan diuji dengan soalan-soalanujian. Kajian ini menggunakan pra dan pascaujian bagi memastikan keberkesananbahan inovasi. Hasil kajian didapati bahawa lebih 95% responden berjaya menjawabsoalan dengan lebih pantas berbanding sebelum inovasi diperkenalkan. Berdasarkansoal selidik yang diedarkan kepada responden, kesemua mereka bersetuju bahawateknik inovasi yang diperkenalkan lebih mudah dan menarik serta senang difahami.
  • M u k a S u r a t | 462Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANPenerangan konsep dan kaedah menjawab soalan secara konvensional olehguru-guru Matematik menjadi salah satu faktor berlakunya ketidakcukupanmasa menghabiskan silibus dan berlaku masalah pencapaian yang kurangmemberangsangkan oleh murid-murid dalam Matematik. Berdasarkanpencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik Sekolah Rendah, didapatibahawa masih terdapat banyak kelemahan tentang penukaran unit secara pantasmelibatkan pecahan dan seterusnya menjejaskan masa menjawab soalan.Sehubungan dengan itu, ketidakcukupan masa sering kali diutarakan olehmurid-murid terutamanya ketika menjawab soalan Matematik Kertas 1.Berdasarkan pengalaman kumpulan penyelidik sebagai guru-guru Matematiksekolah rendah, didapati hampir 90% murid di dalam setiap kelas akanmenghadapi masalah ketidakcukupan masa menjawab soalan berkaitanpenukaran unit bagi tajuk Peratus, Masa dan Waktu, Ukuran Panjang,Timbangan Berat, dan Isipadu cecair. Walaupun kebanyakan murid memahamikonsep dan kaedah bagi menjawab soalan penukaran unit melibatkan pecahanbagi tajuk-tajuk berikut, namun kaedah penyelesaian yang lebih mudah dancepat perlu diketahui oleh semua murid supaya masalah yang dihadapi ini dapatdiatasi.Sehubungan dengan itu, satu penyelidikan perlu dilakukan bagimengatasi masalah ini. Menurut Ee Ah Meng (1997), setiap guru perluberusaha meningkatkan mutu pengajarannya melalui penyelidikan tindakanatau kajian tindakan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi. Suatu refleksiperlu dilakukan dan berusaha ke arah penyelesaian masalah tersebut.Melalui kajian tindakan ini, suatu inovasi dan pembaharuan dalampendekatan pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Menurut Noor Azlan(1995), dalam sejarah perkembangan pendidikan Matematik di Malaysia,
  • M u k a S u r a t | 463Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarkurikulum mata pelajaran itu telah mengalami banyak perubahan sejakmerdeka hingga sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pekatentang kualiti PdP di dalam bilik darjah. Banyak usaha telah dijalankan untukmeningkatkan mutu PdP Matematik. Justeru, pihak kerajaan telahmemperkenalkan dan menggalakkan pelbagai pendekatan yang kreatif daninovatif untuk meningkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalahMatematik.Sehubungan dengan itu, perlu ada daya usaha untuk membuat kajianserta penghasilan teknik yang inovatif serta lebih berkesan supaya perubahanini dapat memberikan impak yang positif kepada murid-murid. Selain itu,usaha untuk mengurangkan tanggapan negatif berkaitan mata pelajaranMatematik sebagai mata pelajaran yang dianggap sukar dan membosankanakan dapat diatasi.PENYATAAN ISU/CADANGANBerdasarkan pemerhatian kumpulan penyelidik, didapati antara masalah utamayang menyebabkan pencapaian murid-murid di dalam mata pelajaranMatematik tidak cemerlang ialah tidak cukup masa untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.Purata masa yang diperuntukkan bagi setiap soalan; Kertas 1 (90 saat) danKertas 2 (120 saat), semua murid perlu mengetahui dan menguasai apa sahajakaedah untuk menjawab dengan seberapa segera. Namun begitu, masalah yangtimbul ialah keseluruhan murid akan menjawab soalan dengan cara mengiralangkah demi langkah. Oleh itu, masa yang diambil untuk menjawab soalantersebut agak lama dan menyebabkan ramai murid yang tidak dapatmenyiapkan soalan pada masa yang telah ditetapkan.
  • M u k a S u r a t | 464Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarSehubungan dengan itu, sasaran untuk mendapatkan pencapaiancemerlang dalam Matematik akan sukar dicapai sekiranya tiada suatu tindakansusulan untuk menyelesaikan masalah ini dijalankan. Oleh yang demikian,kaedah yang lebih mudah perlu dihasilkan supaya kaedah tersebut akan dapatmembantu murid menjawab soalan dengan tepat berkaitan dengan penukaranunit dan seterusnya mendapat keputusan yang lebih baik dalam mata pelajaranMatematik.Masalah yang wujud ini telah memberikan idea kepada penyelidik untukmembina satu bahan inovasi yang dipanggil Miracle Fingers yangmenggunakan jari-jari tangan untuk menjawab secara pantas tanpa perlumengira menggunakan kaedah pengiraan biasa.Walaupun kaedah penyelesaian secara kaedah biasa telah diketahui dandikuasai tetapi masih belum dimantapkan dalam bentuk penyelesaian secarapantas menggunakan jari serta pemetaan dalam minda murid. Oleh itu, MiracleFingers adalah satu inovasi bagi membantu murid untuk menjawab soalanpenukaran unit secara pantas dan mencapai keputusan yang lebih baik dalammata pelajaran Matematik.Miracle Fingers merupakan inovasi yang menggunakan peranan jari-jaritangan untuk mendapatkan jawapan penukaran unit yang melibatkan pecahansecara pantas. Secara tidak langsung kaedah ini dapat menyelesaikan masalahbagi 5 topik utama Matematik sekolah rendah iaitu Peratus , Masa dan Waktu ,Ukuran Panjang , Timbangan Berat, dan Isipadu cecair .Dalam PdP yang berkaitan topik berkenaan, bahan inovasi ini bolehdigunakan sebagai bahan untuk penerangan konsep dan seterusnyamenggunakannya untuk menjawab soalan-soalan yang melibatkan:
  • M u k a S u r a t | 465Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar(a) penukaran unit (Conversion)(b) penambahan (Addition)(c) penolakan (Subtraction)(d) pendaraban (Multiplication)(e) pembahagian (Division)(f) penyelesaian masalah (Problem Solving)CADANGAN TINDAKAN /PENYELESAIANKebanyakan murid di sekolah mampu menjawab soalan penukaran unitmelibatkan pecahan menggunakan kaedah biasa tetapi tidak dapat menjawabdalam tempoh masa yang ditetapkan. Bagi murid yang menguasai kaedah biasapula adakalanya cuai ketika proses pengiraan. Oleh yang demikian, satu kaedahbaharu perlu dibina supaya semua murid dapat menjawab soalan berkaitantopik melibatkan pecahan, dengan teknik yang lebih pantas dan tepat.Berdasarkan pemerhatian, didapati murid-murid lebih mudah mengingatisesuatu kaedah melibatkan bahan maujud. Oleh itu, penggunaan jari ialah suatupenemuan baharu dan terkini yang boleh digunakan untuk memudahkan murid-murid menukar unit dengan lebih pantas dan tepat. Jari-jari lebih praktikaldigunakan berbanding bahan maujud yang lain sebagai Bahan Bantu Mengajar(BBM).Sehubungan dengan itu, idea untuk membantu murid dengan caramenghasilkan satu inovasi yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapiini supaya tidak terus berpanjangan. Melalui penemuan ini, didapati minat dankeupayaan murid menjawab soalan semakin bertambah. Ironinya, apabilasoalan yang sukar tetapi dapat dijawab dengan mudah akan menambah minatmurid untuk belajar.
  • M u k a S u r a t | 466Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarOleh yang demikian, mempraktik kaedah yang begitu efektif ini olehguru-guru di dalam kelas amat digalakkan. Penguasaan kaedah ini oleh murid-murid secara tidak langsung akan menarik minat mereka untuk belajar danseterusnya menghilangkan tanggapan negatif pada Matematik.KESIMPULANBahan inovasi ini amat membantu guru ketika sesi PdP. Masa yangdiperuntukkan dalam sesuatu sesi pengajaran tidak memadai sekiranya masainstruksional guru tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Melaluipembinaan bahan inovasi ini, selain dapat membantu para guru meningkatkanpencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik, bahan ini juga dapatmelindungi masa instruksional. Guru tidak memerlukan masa yang panjanguntuk memberikan penerangan dan murid akan lebih memahami kaedahinovasi berbanding kaedah konvensional. Guru hanya perlu menggunakansarung jari yang direka oleh penyelidik untuk menerangkan konsep sertakaedah menjawab soalan dengan lebih pantas berbanding kaedah biasa.Berdasarkan maklum balas melalui temu bual dan soal selidik,kebanyakan guru berminat menggunakan kaedah Miracle Fingers dalampengajaran dan pembelajaran mereka. Para guru kebanyakannya berpuas hatiserta mengakui murid-murid mereka lebih cepat menguasai kemahiranpenukaran unit menggunakan Miracle Fingers serta dapat menjawab soalan-soalan dengan lebih pantas.Kesimpulannya, berdasarkan pembinaan bahan ini, setelah diaplikasi didalam PdP, didapati, bahawa:(a) murid dapat memahami dan menguasai kaedah menjawab soalan
  • M u k a S u r a t | 467Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajardengan lebih pantas dan berkesan.(b) pencapaian murid di dalam mata pelajaran Matematik bagi topik-topik tersebut semakin baik.(c) murid lebih meminati pembelajaran secara santai.(d) murid hanya memerlukan kurang daripada 10 saat untuk menukarunit melibatkan pecahan seterusnya melibatkan operasi asas yanglain.HASIL DAPATAN KAJIANBerdasarkan kajian yang dijalankan oleh penyelidik didapati inovasi yangdibina ini bermanfaat seperti pernyataan berikut:1. Memendekkan masa menjawab soalanKaedah ini dapat mengatasi masalah ketidakcukupan masa ketikamenjawab soalan peperiksaan yang menjadi asas kepada penghasilanbahan inovasi.2. Pencapaian ujian meningkatMurid yang menjadi responden kajian ini telah menunjukkanpeningkatan pencapaian ujian bagi tajuk-tajuk yang berkaitan.3. Pengendalian bahan dalam PdP lebih mudah dan berkesanBentuk bahan inovasi yang ringkas dan ringan memudahkan guru-guruuntuk mengendalikannya dalam sesi PdP berbanding BBM yang lain.Selain itu, penggunaan bahan ini lebih berkesan dan menarik.4. Menjimatkan masa topik pengajaranPenggunaan bahan ini telah menjimatkan masa pengajaran guru kerana
  • M u k a S u r a t | 468Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmelalui satu sesi pengajaran, tersebut yang telah merangkumi 5 topiksekaligus.5. Penjimatan kos penghasilan bahan inovasiBahan inovasi yang dibina ini memerlukan perbelanjaan yang amatminimum. Jumlah keseluruhan bagi bahan ini hanya RM25.00 (RinggitMalaysia: Dua Puluh Lima Sahaja). Jumlah perbelanjaan yangdigunakan adalah untuk membina set PdP yang terdiri daripada RajahTangan dan Set Sarung Jari. Jumlah RM25.00 adalah bagi membinasatu set lengkap bahan inovasi ini. Oleh yang demikian, pembinaanbahan inovasi ini amat murah tetapi begitu efisien dalam PdP.Setelah bahan inovasi ini dibina dan dilihat efektif dalam PdPbagi mata pelajaran Matematik, penyebaran di peringkat sekolahpenyelidik iaitu Sekolah Kebangsaan Maran, Pahang telah dilakukan.Selain itu, penyebaran di sekolah-sekolah lain turut dijalankan melaluiceramah-ceramah yang dihadiri oleh pengkaji yang telah dijemput untukmenyampaikan ceramah Kecemerlangan UPSR di peringkat DaerahMaran dan Negeri Pahang.Disyorkan agar teknik ini disebarluaskan melalui medium-medium yang bersesuaian supaya diterima pakai dan dipraktikkan disemua sekolah seluruh negara kerana terbukti teknik ini telah menerimarespon yang baik serta memberikan impak kepada guru dan murid.Teknik ini akan dapat menambahkan kemahiran murid-muridmenyelesaikan masalah Matematik dengan lebih pantas serta secaratidak langsung akan dapat diaplikasikan dalam kehidupan harianmereka. Bagi pengkaji, our daily life is related to Mathematics.
  • M u k a S u r a t | 469Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar6. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Bahan inovasi yang direka cipta amat mudah diaplikasi dalam PdP olehsemua guru. Kit pengajaran yang mengandungi manual pengajaran danalat bantu mengajar yang dikenali sarung jari memudahkan sesiapasahaja yang ingin mengguna pakai dalam pengajaran. Sarung jari yangmenggunakan bahan boleh laras (zap on) memudahkan guru yangmenggunakannya mengikut saiz jari guru tersebut dan dengan kata laintidak akan membataskan penggunaan bahan tersebut.Bahan yang mesra pengguna ini akan mengelakkan berlakunyapembaziran masa oleh guru dalam pengajaran topik berkaitan. Secaratidak langsung dapat melindungi masa instruksional guru. Selain itu,bagi guru yang menggantikan kelas juga dapat mengajar murid denganberkesan kerana bahan ini mudah digunakan. Kelaziman yang berlaku disekolah, guru yang menggantikan kelas guru Matematik lain tidak dapatmelangsungkan pengajaran kerana tiada perancangan serta tiadakemahiran. Bahan inovasi ini akan dapat melindungi masa instruksionalbagi guru yang menggantikan kelas guru Matematik lain.CADANGANBerdasarkan kepada kejayaan kajian dan kelebihan penggunaan bahan inovasiMiracle Fingers dalam PdP mata pelajaran Matematik sekolah rendah Tahap2,dicadangkan supaya semua guru Matematik mengaplikasikan kaedah inisecara lebih meluas di semua sekolah. Kaedah ini lebih efektif dan membantuMMI guru. Guru baharu atau yang menggantikan kelas guru lain akan dapatmenjalankan pengajaran dengan berkesan kerana bahan pengajaran ini mudahdifahami melalui manual pengguna. Bahan inovasi yang mesra pengguna danmenarik akan dapat meningkatkan minat murid-murid kepada mata pelajaran
  • M u k a S u r a t | 470Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMatematik serta pencapaian mereka dalam peperiksaan terutamanya UjianPencapaian Sekolah Rendah (UPSR).RujukanNoor Azlan Ahmad Zanzali. (1995). History of Mathematics Education inMalaysia: Coping With The Demands Of Curriculum Change. PaperPresented At The International Seminar On Education And Change,University Of South Africa, Pretoria, September 1995.EE, Ah Meng. (1997). Pedagogi II : pelaksanaan pengajaran, : Shah Alam :Fajar Bakti,Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan. (2001). Satu kajianmengenai penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran danPembelajaran Matematik di Sekolah Rendah
  • M u k a S u r a t | 471Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 1TOPIK BERKAITAN( kg - g ), ( km - m ), ( l - ml )
  • M u k a S u r a t | 472Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 2Kaedah biasaKaedah InovasiKAEDAH PENGGUNAANMIRACLE FINGERSPenyebut (denominator) bagisoalan ini ialah angka 5.Oleh itu, 5 jari perludigunakan. Setiap jarimembawa nilai 200.Seterusnya, lihat pada pengangka(numerator). Pengangka menunjukkanangka 3.Dengan itu, hanya gunakan 3 jarisahaja dan jumlahkan nilai bagi setiapjari.200 + 200 + 200 = 600Jawapan : 600 g
  • M u k a S u r a t | 473Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 3TOPIK BERKAITAN( m - cm ), ( abad - tahun ), ( peratus )
  • M u k a S u r a t | 474Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 4SOAL SELIDIK (MURID)Arahan : Sila tandakan () atau isikan pada bahagian-bahagian yangterkandung dalam borang soal selidik.Nama : ___________________________________________________Sekolah : ___________________________________________________i) JantinaLelaki Perempuanii) TahunTahun 4 Tahun 5 Tahun 6iii) Pernahkah anda didedahkan dengan Miracle Fingers sebelumini? Pernah Tidak Pernahiv) Setelah diajar, adakah ia mudah difahami ?Mudah Sukarvi) Adakah ia membantu anda menjawab soalan-soalan berkaitantime, money, length, mass, volume of liquid & percentage?MembantuKurang membantuTidak membantuvii) Nyatakan faedah-faedah yang anda peroleh setelah menggunakanMiracle Fingers dalam mata pelajaran Matematik.______________________________________________________________________________________________________Tandatangan murid,………………………………………………….( )
  • M u k a S u r a t | 475Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 5SOAL SELIDIK (GURU)Arahan : Sila tandakan () atau isikan pada bahagian-bahagian yangterkandung dalam borang soal selidik.Nama Guru : ________________________________________________Sekolah : ______________________________________i) JantinaLelaki Perempuanii) Umur20 – 30 tahun 41 – 50 tahun31 – 40 tahuniii) Pengalaman Mengajarkan Mata Pelajaran Matematikkurang daripada 5 tahunlebih daripada 5 tahuniv) Pernahkah anda didedahkan dengan ‘Miracle Fingers’sebelum ini? Pernah Tidak Pernahv) Adakah ia mudah difahami ?Mudah Sukar
  • M u k a S u r a t | 476Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarv) Adakah ia lebih efisien berbanding dengan kaedah lain ?Ya Tidakvi) Adakah ia membantu anda dalam PdP melibatkan soalan-soalan berkaitan time, money, length, mass & volume ofliquid & percentage ?MembantuKurang membantuTidak membantuvii) Adakah anda akan terus menggunakan kaedah MiracleFingers dalam PdP?Ya Tidakvii) Nyatakan faedah-faedah lain yang anda peroleh setelahmengaplikasikan Miracle Fingers dalam mata pelajaranMatematik.____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Tandatangan guru,…………………………………………….( )TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA YANG ANDA BERIKAN.
  • M u k a S u r a t | 477Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarLampiran 6Nama : ______________________________________Tahun : ______________________________________Sekolah : _____________________________________Sila jawab semua soalana) Percentage (Peratus) Jawapan1. Nyatakan53kepada peratus. _________________2. Tukarkan 2105kepada peratus. __________________b) Time (Masa & Waktu)1. abad = ___________ tahun2. Tukarkan abad kepada tahun. __________________c) Length (Ukuran Panjang)1. km = ______________ m __________________2. 4 m = _____________ cm __________________d) Mass (Timbangan Berat)1. 6 kg = ______ kg _________ g __________________2. Tukarkan 4 kg kepada gram. __________________e) Volume of Liquid (Isipadu Cecair)1. 3 l = ____________ ml ___________________2. Tukarkan 5 l kepada l dan ml ___________________Soalan Pra dan Pasca
  • M u k a S u r a t | 478Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarTEAM TEACHING SEBAGAI LANGKAH MELINDUNGI MASAINSTRUKSIONALolehNORAINI BINTI IBRAHIMSK Tengku MahmudNURUL SYAFINAZ BINTI ISHAKSM Imtiaz, Yayasan Terengganu, BesutAbstrakMMI merupakan tanggungjawab penting pengurusan sekolah dan para guru dalammemastikan setiap murid mendapat hak instruksional mereka. Namun begitu,perubahan besar dalam senario pendidikan hari ini memperlihatkan beban tugas guruyang semakin meruncing hingga hampir mengorbankan tugas asal seorang guru iaitumengajar di dalam kelas. Justeru,, team teaching di lihat sebagai pendekatan bijakuntuk mengatasi masalah MMI. Gabungan dua atau lebih guru dalam satu pada masayang sama akan dapat mengekang pembaziran masa instruksional akibat ketiadaanguru mata pelajaran di dalam kelas. Selain itu, pengajaran akan menjadi lebihberkesan dan bermakna dengan kehadiran dua orang guru dalam satu masapengajaran. Kajian kes yang dibentangkan berdasarkan pengalaman penulis kedua diSM Imtiaz Besut hasil daripada pengimplemantasian selama tiga tahun strategi TeamTeaching bagi calon PMR dan tahun pertama untuk calon SPM. Walaupun kekanganketiadaan guru di SM Imtiaz begitu mendesak, namun strategi Team Teaching telahmemperlihatkan hasil yang signifikan dengan pengekalan prestasi cemerlang calonPMR selama tiga tahun berturut-turut.
  • M u k a S u r a t | 479Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGENALANPenulisan ini disediakan bertujuan untuk membincangkan strategi pengajaranTeam Teaching yang boleh dilaksanakan di sekolah bagi Melindungi MasaInstruksional (MMI). Masa instruksional didefinisikan sebagai jumlah masayang sebenarnya digunakan oleh guru untuk aktiviti pembelajaran tanpagangguan. Masa pengajaran tidak termasuk masa yang digunakan oleh guruuntuk menguruskan bilik darjah yang dianggap sebagai masa luang (off-task).Manakala MMI pula membawa maksud mengurangkan gangguan bagimengelakkan kelas tidak dilaksanakan seperti yang dirancang serta memastikankualiti masa intruksional yang menjamin pembelajaran bermakna dan berkesandalam kalangan murid dapat dilaksanakan oleh guru. Situasi ini bolehdilakukan dengan memastikan kawalan displin dan polisi sekolah berkaitandengan penggunaan masa dilaksanakan. Hal sedemikian ini perlu diberiperhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran muridbagi membangunkan modal insan kreatif, kritis dan inovatif.Masa yang digunakan oleh seorang murid dalam sehari persekolahanboleh dikategorikan seperti jadual di bawah:Jadual 1: Kategori Masa MuridKategori Masa PenjelasanMasa persekolahan Jumlah masa murid hadir ke sekolah.Masa bilik darjah Jumlah masa murid berada dalam kelas tidak termasuk wakturehat, pertukaran kelas, waktu makan tengah hari dan lain-lain.Ia merupakan subkategori masa persekolahan.Masa instruksional Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional tidaktermasuk gangguan dan pengurusan rekod.Masa pembelajaranakademikJumlah masa instruksional berdasarkan murid memberikanperhatian dan menerima pengajaran pada tahap penguasaantertentu serta berlakunya pembelajaran bermakna dan berkesan.
  • M u k a S u r a t | 480Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPihak pengurusan sekolah akan merangka masa instruksional yang idealmerangkumi jadual waktu, perancangan pengajaran harian, mingguan, dantahunan. Namun begitu, masa yang telah diperuntukkan tidak semestinyamenjanjikan pembelajaran berkualiti dan berkesan. Hal ini disebabkan faktor-faktor gangguan yang berlaku di sekolah dan di dalam bilik darjah. Sebagaicontohnya, ketiadaan guru di sekolah kerana mengikuti kursus atau bercuti,guru ada di sekolah tetapi bukan atas urusan PdP dan guru ada di sekolah tetapiPdP tidak berlaku.Jadual 2 berikut mengkategorikan faktor gangguan masa instruksional.Jadual 2: Kategori Faktor GangguanKategori faktorgangguanKelompok Contoh gangguanFaktorpengurusansekolahGuru tiada Guru tiada di sekolah, guru ada disekolah tetapi tidak berada di dalamkelas, guru tidak mencukupi, gurumenghadiri kursus atau tugasan luar, gurumenduduki peperiksaan, dan aktivitikokurikulum.Gangguan fizikal Gangguan dari pembesar suara, susunatur kelas atau sekolah, prasaranasekolah, dan persekitaran.Gangguan luarjangkaGuru cuti sakit, cuti kecemasan, hal-halperibadi, kesediaan murid belajar,kesediaan guru mengajar dan melaksanatugas sampingan.Gangguan adhoc Menghadiri mesyuarat, dipanggil kepejabat, menghadiri kursus, taklimatpeperiksaan, menjalankan tugas jurulatihutama, dan sambutan lawatan pelawat.Faktorinstruksional guruKualiti pembelajaranmuridKualiti pengajaranguruKesediaan murid belajar, kualiti guru,proses pengajaran dan pembelajaran,sikap guru, guru bukan opsyen,kompetensi guru, dan kesediaan gurumengajar.Proses MMI memerlukan kerjasama erat antara pengurusan sekolahdengan guru dan antara guru dengan guru. Tuan Haji Sufa’at bin Tumin,
  • M u k a S u r a t | 481Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarTimbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia mencadangkan beberapa strategijangka panjang dan jangka pendek semasa menyampaikan ucaptama bertajuk,Melindungi Masa Intruksional di Sekolah Untuk Meningkatkan KeberhasilanPembelajaran Murid. Beliau telah mencadangkan beberapa program khas bagimelindungi masa intruksional, antaranya:(a) Pengajaran rakan sebaya,(b) Program Guru Muda,(c) Modul guru ganti,(d) Kelas Gantian,(e) Jual beli jadual waktu pengajaran dan,(f) Pemantauan dan penilaian pengajaran guru secara berterusan.Satu analisis-meta yang melibatkan 10,000 hasil statistik oleh Wang,Haertal dan Walberg (1993;1997) telah menunjukkan pengaruh langsungmempunyai impak yang lebih besar atas pembelajaran murid jika dibandingkandengan pengaruh tidak langsung. Pengaruh langsung di sini ialah sikap dankarakter guru-guru yang mampu membawa perbezaan yang signifikan. Hal iniboleh dilakukan dengan membina budaya sekolah yang menggalakkan amalanPdP yang penting dan berkualiti. Oleh itu, kertas kerja ini mencadangkanamalan team teaching dijadikan budaya di sekolah bagi melindungi masainstruksional dan seterusnya memainkan peranan dalam peningkatan prestasimurid di dalam bilik darjah.
  • M u k a S u r a t | 482Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarTEAM TEACHING1. Konsep Pengajaran Team TeachingDalam literasi, team teaching selalunya dijalankan di dalam kelas inklusifuntuk mengajar murid kurang upaya (Tannock, 2009). Menurut Goetz2000, dua kategori team teaching telah dikenal pasti iaitu:Kategori A : Dua atau lebih guru mengajar murid yang samapada masa yang sama dan di dalam kelas yangsama.Kategori B : Dua orang guru saling bekerjasama tetapi tidaksemestinya mengajar kumpulan murid yang samaatau pada masa yang sama.2. Model Pengajaran Team TeachingPenulisan ini lebih berfokus kepada team teaching mengikut kategori A.Dalam kategori A terdapat beberapa model yang berbeza iaitu:(a) Traditional Team Teaching – guru dengan secara aktif berkongsikandungan pengajaran dan kemahiran dengan semua murid. Sebagaicontoh, seorang guru mempersembahkan kandungan pelajaran yangbaharu kepada murid manakala seorang guru lagi membina petaminda ataupun menulis nota penting di papan putih sewaktu muridmendengar penjelasan guru yang pertama.(b) Complementary / Supportive Team Teaching – Model ini berbezadengan model Traditional Team Teaching kerana gurubertanggungjawab akan mengajarkan kandungan pelajaran manakalaseorang guru lagi menyediakan aktiviti yang berkaitan dengan topiktersebut.
  • M u k a S u r a t | 483Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar(c) Collaborative Team Teaching – Model ini hampir sama denganTraditional Team Teaching kerana kedua-dua guru terlibat dalammereka bentuk pengajaran. Perbezaannya pada proses pengajaranapabila kedua-dua orang guru mengendalikan pengajaran bersama-sama dengan bertukar-tukar idea dan teori di hadapan murid.Aktiviti seperti teknik pembelajaran berkumpulan, kerja dalamkumpulan kecil, perbincangan berpusatkan murid, antara beberapaaktiviti yang biasa digunakan dalam model ini.(d) Parallel Instruction – kelas dibahagikan kepada dua atau lebihkumpulan mengikut bilangan guru yang terlibat. Setiap gurumemberikan arahan secara individu tentang kandungan, bahan, dankemahiran yang sama untuk setiap kumpulan.(e) Differentiated Split Class – Model ini melibatkan pembahagiankelas kepada kumpulan kecil mengikut keperluan murid. Setiap gurumengajar mengikut keperluan murid.(f) Monitoring Teacher Model – Seorang guru memberikan arahanuntuk keseluruhan kelas manakala seorang lagi guru bergerak disekitar bilik darjah memantau kefahaman dan sikap murid,mengekalkan displin dan pengurusan kelas.(g) Guru boleh menggunakan satu atau menggabungkan lebih daripadasatu model di atas dalam satu kelas yang sama. Berikut ialahbeberapa keadaan yang tidak sepatutnya dipraktiskan sewaktu teamteahing:i. Guru masuk ke kelas tanpa persediaan awal.ii. Guru hanya berdiri sewaktu seorang lagi guru mengajar.iii. Guru bergerak di dalam kelas untuk membantu aktivitikumpulan berdasarkan penjelasan sendiri tanpa merujukpengajaran dengan rakan guru yang lain.iv. Guru hanya membantu mengagihkan lembaran kerja.
  • M u k a S u r a t | 484Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarv. Guru keluar dan masuk ke kelas sesuka hati dan membiarkanrakan guru menangani kelas sendirian.PERNYATAAN ISUSesuatu tindakan yang praktis untuk MMI perlulah dipastikan pengamalannyabagi membolehkan guru terus mendampingi murid secara bermakna agarinstruksional boleh berlangsung dengan efektif dan matlamat pencapaian muridyang dihasratkan tercapai.Dr Shirley (2011) dan Goetz (2000) mendefinisikan Team Teachingsebagai sekumpulan yang terdiri daripada dua orang guru atau lebih yangbekerjasama dalam merangka pelan, melaksanakan dan membuat penilaianaktiviti pembelajaran bagi sekumpulan murid yang sama. Manakala, Quinn andKanter (1984) dipetik oleh Goetz (2000) mendefinisikan Team Teachingsebagai kerja berkumpulan antara dua guru terlatih, bersama-sama membuatsatu pengajaran kepada sekelompok audien.Untuk itu, penulisan ini disediakan bagi membincangkan bagaimanaMMI melalui strategi Team Teaching di SM Imtiaz Besut berdasarkan definisiyang telah dinyatakan di atas.Terdapat beberapa isu yang boleh dibincangkan berkaitan TeamTeaching:(a) Adakah Team Teaching dilaksanakan secara sukarela ataudiwajibkan oleh pengurusan sekolah ?Team Teaching dilaporkan boleh dilaksanakan dengan jayanyaapabila guru-guru sendiri yang menginisiatifkan strategi ini.
  • M u k a S u r a t | 485Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarTerdapat sebahagian guru yang tidak yakin dengan pelaksanaanTeam Teaching seterusnya tidak berpuas hati sekiranya pihakpengurusan mewajibkan pelaksanaan strategi ini untuk diguna pakaidi sekolah mereka.(b) Adakah guru diberi kebebasan memilih pasangan mengajar ?Memetik dapatan (Dr.Shirley, 2011) daripada sumber (Costin,2002;Rea and Connel, 2005; Murawski,2010) Guru yang memilihpasangan mengajar sendiri iaitu seseorang yang dikenali merekaatau senang untuk bekerja, lazimnya tidak akan menimbulkanbanyak masalah. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak pengurusanyang membentuk pasangan dan menggariskan peraturan tanpasebarang pandangan, atau pun tanpa sebarang makluman akanketika menimbulkan masalah untuk mengendalikan masainstruksional bersama.(c) Adakah guru-guru tersebut memahami dengan mendalam tugas dantanggungjawab mereka dalam masa instruksional?Kebanyakan guru yang terlibat dalam Team Teaching tidakmemahami peranan khusus mereka semasa sesi tersebut dijalankan.Akhirnya mereka berasa tidak berminat untuk meneruskan strategipengajaran ini.(d) Adakah guru mempunyai masa yang cukup untuk sesi perancangandan persediaan ?Masa merupakan faktor yang penting kepada setiap guru untukmerancang masa instruksional yang berkesan (Anonymous, 1997).Oleh itu, para guru terikat dengan arahan tugas rasmi di luar sepertikursus, seminar dan mesyuarat yang perlu dihadiri dan juga tugasmengiring murid mengikuti pertandingan dan juga program.Menurut Dr Shirley, (2011) satu dapatan kajian oleh Walther-Thomas and Christine S (1997) juga membincangkan permasalahanmasa, perancangan, dan persediaan kedua-dua guru yang akan
  • M u k a S u r a t | 486Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmenjalankan team teaching. Masa yang diperlukan untuk merancangpersediaan pengajaran bersama-sama amat sukar dilaksanakanterutamanya pada waktu persekolahan. Malahan akan menjadimasalah yang serius di kebanyakan sekolah kerana masaperancangan dan persediaan guru tidak boleh diselaraskan denganmudah berdasarkan faktor-faktor di atas.(e) Adakah persoalan interpersonal pasangan mengajar dititikberatkan?Isu interpersonal individu amat serius apabila dikaitkan denganTeam Teaching. Hal ini kerana setiap individu mempunyai idea, carapenyampaian dan kemahiran tersendiri dalam mempelbagaikankaedah dan teknik pengajaran. Menurut kajian Schamber (1999)pasangan mengajar kadangkala akan menemui jalan yang rumit dansukar memandangkan setiap mereka mempunyai professionalpreferences tersendiri berbanding pasangannya yang lain. Guruseharusnya mempunyai nilai menghormati yang tinggi antara satusama lain dalam menggerakkan sesuatu aktiviti terutamanyapelaksanaan masa instruksional ke arah satu matlamat yang sama.Selain itu, Goezt, (2000) turut menyatakan bahawa pasangan TeamTeaching mestilah saling mempercayai antara satu sama lain untukmenjadikan mereka jelas tentang tanggungjawab dan perananmereka.TEAM TEACHING DI SM IMTIAZ BESUT - PENGENALANSenario pendidikan di Malaysia menuntut pengurusan sekolah merangka satuprogram yang berkesan bagi MMI murid. Sehubungan dengan itu, setiap wargasekolah diharap dapat memainkan peranan masing-masing dalam memastikan
  • M u k a S u r a t | 487Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmatlamat tersebut dapat dicapai. Tempiasnya turut dirasai oleh pihakpengurusan SM Imtiaz, Besut tatkala buat pertama kalinya sekolah inidinobatkan sebagai Sekolah Terbaik PMR 2009 kategori Sekolah AgamaPeringkat Kebangsaan dan diikuti Anugerah Tertinggi Kementerian PelajaranMalaysia iaitu, Sekolah Berprestasi Tinggi untuk Kohort 2.Bersandar kepada moto ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia, pihakpengurusan, guru-guru, kakitangan dan seluruh warga SM Imtiaz cubamenggarap kecemerlangan dari pelbagai sudut dengan amanah dankepercayaan yang telah dianugerahkan. Merujuk Direktori 1 SekolahBerprestasi Tinggi, 60% markah pengiktirafan SBT ini berdasarkan pencapaianakademik terutamanya peperiksaan awam. Namun, bilangan keluar masuk guruke sekolah juga meningkat apabila pelbagai kursus bagi sekolah-sekolah SBTdi bawah penganjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh danSekolah Kecemerlangan, (BPSBPSK). Selain itu, pihak pengurusan juga turutdidedahkan dengan sesi percambahan ilmu dan pengukuhan pengurusansekolah di bawah anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB). Terdapat antaramereka ini turut mengajarkan kelas peperiksaan PMR dan SPM.Senario yang merisaukan ini agak menjejaskan prestasi murid untukseketika apatah lagi untuk sekolah mengekalkan prestasi PMR bagimelestarikan status SBT. Harapan para ibu bapa yang mahukan anak-anakmereka menggenggam kejayaan cemerlang dalam peperiksaan turut menambahtekanan kepada guru-guru. Melihatkan situasi ini dan juga moto yangdisasarkan, guru-guru di SM Imtiaz mula melaksanakan beberapa strategidalam masa instruksional bagi membolehkan sesi itu berjalan dengan lancardan murid mendapat bimbingan guru secara langsung. Team Teaching dilihatsebagai penyelesaian terbaik dalam menangani masalah ini.
  • M u k a S u r a t | 488Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar1. PelaksanaanPada tahun 2011, guru-guru SM Imtiaz memberikan cadangan awalkepada pihak pengurusan untuk mencuba strategi Team Teaching ini bagikelas-kelas yang akan menduduki peperiksaan awam, Tingkatan 3.Dengan mengadakan beberapa sesi percambahan idea, pada semesterkedua tahun 2011 strategi Team Teaching mula diperkenalkan untuk masainstruksional kelas Tingkatan 3. Berikut langkah-langkah awal yang telahdiambil oleh pemimpin sekolah dalam melaksanakan team teaching:(a) Jawatankuasa jadual waktu mengambil tanggungjawab ini sebagaimemulakan langkah pertama dengan mengatur jadual guru-gurusupaya jadual tersebut lebih bersifat fair and square dan tidakterlalu membebankan serta bertindan. Guru-guru juga perluberkorban untuk menerima penambahan masa instruksional antara 3– 5 masa setiap orang. Jadual waktu di bawah menunjukkandeskripsi bagaimana team teaching diaturkan dalam jadual. Pihaksekolah boleh menggunakan Team Teaching Kategori A atauKategori B.i. Kategori A : Dua orang guru dalam satu masa instruksional.Dalam satu masa instruksional dapat dilihat dua nama gurudicatatkan dalam jadual waktu.
  • M u k a S u r a t | 489Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarJadual 3: Contoh Jadual Waktu 1Jadual 4: Contoh Jadual Waktu 2ii. Kategori B: Kelompok dipecahkan kepada yang lebih kecil danditempatkan secara berasingan serta melaksanakaninstruksional yang berbeza.Jadual 5: Contoh Jadual Waktu 3
  • M u k a S u r a t | 490Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarJadual 6: Contoh Jadual Waktu 4(b) Pemilihan mata pelajaran untuk dijalankan secara team teachingdibuat mengikut kesesuaian sekolah. Sebagai langkah rintis, strategiini diguna pakai untuk beberapa matapelajaran memandangkan SMImtiaz, menghadapi kekangan guru.Jadual 7: Rangka Jadual Masa Instruksional bagi Tingkatan 3 dan 5.JadualJadual7Bil. Tingkatan Mata pelajaran Guru1. 5 Ibn Amir/ 5 Ibn Kathir B.Inggeris 1. Guru J2. Guru K2. 5 Ibn Amir / 5 Ibn Kathir B.Melayu 1. Guru L2. Guru M3. 5 Ibn Amir / 5 Ibn Kathir B. Arab 1. Guru N2. Guru O4. 3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir /3 Genggam GemilangMatematik 1. Guru P2. Guru Q3. Guru R5. 3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir /3 Genggam GemilangSains 1. Guru S2. Guru T6. 3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir /3 Genggam GemilangK.Hidup 1. Guru U2. Guru V3. Guru W7. 3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir /3 Genggam GemilangGeografi 1. Guru X2. Guru Y3. Guru Z
  • M u k a S u r a t | 491Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar2. Pendedahan model-model team teaching kepada guru-guru. Bagimemudahkan team teaching dilaksanakan, setiap guru perlu didedahkankepada model-model pengajaran secara team teaching. Di SM Imtiaz,pelbagai model yang digunakan oleh guru-guru di setiap kelas dalammemastikan objektif masa instruksional tercapai. Contohnya:(a) Kesemua kelas yang melaksanakan Team Teaching dikendalikanoleh dua orang guru yang masing-masing memainkan peranan salingmelengkapi antara satu sama lain dan juga memberikan sokongankepada pasangan mereka.(b) Kelas lazimnya dimulakan dengan seorang guru memulakan setinduksi serta memulakan konsep yang kemudiannya bersambungdengan aktiviti, arahan dan kesinambungan daripada konsep awalsecara bergilir-gilir antara dua orang guru.(c) Seterusnya, guru membahagikan murid kepada kelompok bagiaktiviti pengukuhan dan pengayaan secara pengendalian bersamamelalui kaedah Enrichment Cluster mengikut minat murid ataukaedah Differentiating iaitu mengikut pencapaian dan prestasimurid. Proses ini dilaksanakan melalui beberapa model pengajaranyang diperkenalkan seperti traditional team teaching,complimentary or supportive, collaborative, parallel instruction,dan differentiated split class.(d) Model-model ini boleh dipilih oleh guru mengikut kesesuaian isikandungan, masa insruktional dan kumpulan murid. Dalamkebanyakan waktu, murid akan berada di dalam kelompok yanglebih kecil daripada biasa. Ini membuka peluang yang luas untuk
  • M u k a S u r a t | 492Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmurid bertanyakan guru kerana segelintir murid mempunyai lowself-esteem untuk mengemukakan soalan dalam kelas yang rata-ratabilangan muridnya antara 28-30 orang.(e) Hubungan rapat dan jarak yang dekat menyebabka