Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
10,362
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
256
Comments
3
Likes
6

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. PENDAHULUAN Pengucapan Awam ialah satu bidang yang perlu dikuasai bukan sahaja oleh pimpinanmasyarakat, organisasi, agensi-agensi kerajaan dan swasta tetapi juga individu yang sentiasaberhadapan dengan orang ramai yang memerlukan ia berkomunikasi dengan lebih dari seorang.Seseorang itu perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi sesuatu keadaan dan sentiasa bersikapoptimis kerana sikap yang gemuruh boleh memberi kesan yang tidak baik kepada perucap(speaker). Pengucapan awam terdiri daripada empat jenis ucapan iaitu ucapan spontan, ucapanekstemporanas, ucapan manuskrip dan ucapan hafalan. Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan,idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Iamerupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi maksud perbuatanmenghantar matklumat; dan proses untuk bertukar-tukar maksud supaya dapat menghasilkanpemahaman. Komunikasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu secara lisan dan bukan lisan.Komunikasi bukan lisan terdiri daripada bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubunganmata, dan penulisan. Pengucapan awam pula boleh didefinisikan sebagai pelahiran bahasa dengan penuhmakna melalui komunikasi lisan (suara dan perkataan) dan bukan lisan (anggota tubuh perucap).Pengucapan umum menggunakan komunikasi vebal dan bukan verbal (Abdul Mua’ti Ahmad,2000). Kemahiran berkomunikasi bukanlah suatu yang diperolehi secara semulajadi tetapi setiaporang perlu berusaha untuk memajukan diri dalam bidang pengucapan awam. Semua orangboleh menjadi perucap yang baik seandainya dia sentiasa bersedia setiap kali perlu berhadapandengan individu yang lain samada semasa sesi temuduga, memberi ceramah, membuatpembentangan dan sebagainya. Bagi pelajar/mahasiswa Melayu, terdapat beberapa isu yang memberi gambaran bahawamereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik apabila berhadapan dengan individu yang lain.8 / 10 Mahasiswa Melayu yang ditemuduga gagal berkomunikasi dengan baik (Berita Harian,Jumaat 13 Jun 2003). Kerana itu pelbagai usaha dilakukan sebagai contoh Resolusi UtamaSeminar Mahasiswa MPP IPTA Kebangsaan 2003 / 2004 yang berbunyi “ bersetuju
  • 2. memperlengkapkan diri dengan persaingan dalam pekerjaan terutama penguasaan B. Inggeris,berkomunikasi dan bersosial.” (Berita Harian, Jumaat, 13 Jun 2003) Pengucapan awam juga merujuk kepada sikap dan personaliti seorang pemimpin dimanaseorang pemimpin perlu sentiasa yakin dan percaya dengan diri sendiri. Seseorang yangmempunyai kepimpinan dalam diri perlu yakin dengan apa yang difikirkan, yakin dengan apayang ingin diucapkan, dan yakin dengan apa yang akan dilakukan. Barulah apa yang dilahirkandan dizahirkan itu diterima baik oleh pendengar. Tujuan ucapan adalah untuk memberi maklumat kepada pendengar mengenai sesuatuperkara dan isu serta juga boleh dilakukan secara syarahan umum. Selain itu, ia juga bertujuanmemujuk dan mempengaruhi pendengar mengenai sesuatu isu atau untuk memastikan apa yangdisampaikan diterima oleh pendengar. Selain itu, ucapan juga betujuan untuk menghiburkanpendengar ketika menyampaikan sesuatu maklumat dan informasi serta digunakan untukbertukar – tukar pandangan. Ucapan tidak hanya merujuk kepada pemberian maklumat kepadasatu pihak sahaja tetapi boleh juga terjadi dalam bentuk komunikasi dua hala dimana perucapdan pendengar saling bertukar pendapat. Oleh itu, pelbagai cara dan tips yang perlu dilakukan bagi seorang perucap untukmemastikan individu itu dapat menghasilkan sebuah pengucapan awam yang berkesan.Pengucapan awam yang berkesan terjadi apabila pendengar menerima maklumat yang samadiberikan oleh perucap dan mengelakkan terjadinya salah faham dalam maklumat yangdisampaikan dan semasa maklumat itu diterima oleh pendengar.
  • 3. 2.0 TEKNIK MENGHASILKAN PENGUCAPAN AWAM YANG BERKESAN Lima elemen asas dalam pengucapan awam iaitu “Who is saying ‘what’ to ‘whom’ using‘what’ medium with ‘what’ effects”. Lima elemen ini amat penting dalam asas pengucapanawam bagi memastikan perucap tidak lari dari tujuannya serta dapat menyampaikan maklumatkepada pendengar dengan berkesan. 2.1 Menangani Perasaan Gugup Bagi melahirkan sebuah pengucapan yang efektif, seseorang itu perlu menangani rasagugup dalam dirinya. Rasa gugup merupakan punca seseorang itu tidak dapat membuatpenyampaian dengan baik. Perucap perlu mengawal rasa gementar dengan berucap terus dantidak berhenti kerana rasa gugup. Apabila gugup hadir, perucap tidak perlu meminta maafkepada pendengar kerana itu membuatkan perucap lebih gugup dan kehilangan idea untukberucap dan sekaligus menampakkan kelemahan dalam dirinya.“Perasaan malu datangnya terutama dari kita risaukan tanggapan orang. Contohnya, kita takut“apa pula nanti orang kata kalau saya bersuara”. Di sini anda perlu berfikiran positif dan sentiasafikirkan orang ramai tidak akan bertanggapan negatif tentang anda. Fikirkan orang ramai inginmendengar apa yang anda ingin kongsikan.” (Irfan Khairi, 6 Sept. 2006) 2.2 Mengumpul Idea dan Maklumat Sebelum membuat pengucapan, seseorang itu perlulah mengumpul idea dan maklumatbagi memastikan ucapannya lebih sistematik dan teratur. Persediaan awal dengan mencarimaklumat tambahan mengenai sesuatu perkara yang akan disampaikan dapat membantu perucapuntuk memperuntukkan masa yang diberikan dengan lebih bermanfaat dan tidak termangu –mangu kehabisan idea sekiranya masa yang diperuntukkan adalah lebih lama dari jangkaanperucap. Selain itu, ini juga memberi persediaan yang cukup kepada perucap untuk menghadapisebarang kemungkinan yang timbul secara tiba – tiba dan memerlukan penjelasan atau idea dariperucap. Oleh itu, ini amat penting untuk elak perucap dari menjadi lebih gugup sertakebingungan untuk menyuarakan idea. Maklumat yang tidak begitu diketahui oleh pendengarakan meningkatkan kredebiliti perucap dan pendengar akan berasa kagum dengan ilmupengetahuan yang dimiliki oleh perucap.
  • 4. 2.3 Menyusun Bahan - bahan Bahan – bahan yang telah dikumpul perlu disusun dengan teratur dan sistematik bagimengelakkan kekeliruan semasa penyampaian. Susun atur bahan yang tidak sistematik danberhubungkait tidak dapat memberi impak dan kesan yang mendalam kepada pendengar.Malahan, ini akan menimbulkan rasa bosan dengan cepat kerana maklumat yang disampaikantidak dapat diterima baik. Susunan bahan yang baik adalah dengan mengikut sekuen, mengikutkategori, mempunyai masalah dan penyelesaiannya serta mempunyai kontra dan perbandingan.Sebarang masalah yang tidak diberi penjelasan dan penyelesaian akan membuatkan pendengarmenjadi keliru dengan isi – isi ucapan yang seterusnya kerana mesej yang disampaikan tidakdapat dihubungkaitkan oleh mereka dengan tepat dan teratur. Oleh itu, akan timbul jurang antarasatu isi dengan isi yang seterusnya. Oleh yang demikian, perucap perlu peka dan sentiasamemastikan perhatian pendengar tidak terjejas. 2.4 Menganalisa Audien (pendengar) Untuk memastikan perucap tidak membuat kesilapan, perucap juga perlu menganalisaaudiens. Ini amat penting kerana maklumat yang disampaikan perlu bersesuaian denganpenerimaan audiens. Sebagai contoh, seorang perucap yang perlu memberi ceramah motivasikepada golongan pelajar adalah berbeza dengan memberi ceramah motivasi kepada golongandewasa. Oleh itu, menganalisa audiens terlebih dahulu adalah amat penting bagi memastikanpendengar menerima mesej yang disampaikan dengan baik. Perucap juga perlu menganalisa taraf hidup, pekerjaan, taraf pendidikan dan sosioekonomi audiens tersebut agar teks ucapan yang disediakan menepati kehendak dan keperluanaudiens. Mengenali audien memberi kelebihan kepada perucap kerana perucap tidak akanmelakukan sesuatu tindakan yang diluar jangkaan kerana ia dapat menentukan strategipendekatan dengan kaedah yang sesuai dan dapat menyesuaikan diri dengan status serta tahapaudien. Kerana itu, pengetahuan dan analisis mengenai taraf pendidikan, status sosial, kumpulanumur, etnik, agama, pekerjaan serta apa yang penting bagi mereka untuk mengetahui sejauhmana mengenai maklumat yang akan disampaikan amat penting kepada perucap.
  • 5. 2.5 Mesej yang Jelas Sebagaimana yang diketahui, mesej adalah maklumat yang disampaikan oleh perucap.Mesej yang disampaikan akan berjaya sekiranya perucap memilih tajuk yang sesuai, perkataanserta bahasa yang tepat iaitu memenuhi keperluan audien (pendengar), dapat memberikan contohyang sesuai, susunan mesej yang disampaikan adalah jelas dan tepat serta dapat menyampaikanmesej tersebut dengan gaya yang sesuai dimana tidak menyentuh sensiviti audien. 2.6 Melakukan Latihan Pengucapan Seseorang itu tidak dilahirkan semulajadi sebagai seorang perucap yang baik. Semua inimemerlukan latihan yang berterusan bagi memastikan dia bersedia menghadapi kelompokindividu tersebut. oleh itu, latihan pengucapan amat perlu untuk mengelak seseorang itu daripadakecuaian dan kegagalan mengekspresikan idea dan pendapat kepada pendengar dengan baik.Setelah itu, apabila penyediaan telah dibuat, barulah perucap mampu membuat ucapan denganberkesan dan teratur. Latihan perlu dilakukan sekurang – kurangnya tiga kali sebelum pengucapan yangsebenar. Latihan yang pertama dan kedua adalah bertujuan untuk memperkemaskan teks danstail yang ingin digunakan, menambah bahan – bahan yang baru sekiranya dirasakan isi yangingin diutarakan kelak tidak begitu mencukupi dan untuk membiasakan diri dengan alatpersembahan seperti powerpoint. Akhir sekali, latihan yang ketiga adalah latihan yang terakhir(rehearsal) sebelum pengucapan yang sebenar. Latihan yang mencukupi membantu perucapuntuk lebih bersedia. 2.7 Penampilan Diri Penampilan diri memainkan peranan yang penting bagi seseorang perucap untukmenghasilkan pengucapan yang berkesan kerana ini memberi impak kepada personaliti perucapketika berada di kalangan sekumpulan pendengar. Mehribian (1971), menyatakan bahawapenampilan diri merangkumi gaya atau ‘bahasa bukan lisan’ dan merupakan salah satu elemenpenting dalam pengucapan awam. Bentuk penampilan diri temasuklah: 1. Kelakuan tangan
  • 6. 2. Kelakuan badan yang semula jadi 3. Mimik muka atau air muka 4. Temuan mata 5. Penggunaan ruang 6. Suara yang jelas 7. Kelancaran sebutan 8. Pakaian 9. Aksesori atau kosmetik 2.7.1 Pergerakan tangan, jari dan badanPendengar dapat menilai perucap dengan cepat melalui bahasa tubuh yang dipamerkan.Pergerakan tubuh badan terdiri daripada menggaru kepala, melangu, membuat mimik muka,kontek mata, tangan, jari dan bahu, serta gaya berdiri dan berjalan. Sebagai contoh, perucap yanggementar akan mudah menggarukan kepala dan menggeletar apabila memegang teks ucapan. Inimenampakkan sifat kurang keyakinan diri dalam diri perucap. Perucap perlu mengelakkan diridari berpeluk tubuh, memasukkan tangan kedalam poket dan meramas – ramas tangan keranaboleh menampakkan rasa gemuruh serta ketidakyakinan. Oleh itu, permainan bahasa tubuhbadan amat penting untuk dijaga dan dikawal seminima yang mungkin. Pendengar akan menilaikredebiliti seorang perucap melalui ucapannya dan juga pergerakan tubuh badannya. 2.7.2 Mimik Muka Mimik muka memainkan peranan yang penting kerana pendengar akan memandang tepatkepada wajah perucap dan memerhatikan setiap gerak geri perucap. Sekiranya perucap berasagemuruh, wajahnya akan menampakkan kerisauan dan nampak berpeluh meskipun beradadidalam bilik yang berhawa dingin. Oleh itu, perucap perlu bersikap tenang ketika berhadapandengan khalayak ramai. 2.7.3 Temuan Mata
  • 7. Mata memancarkan seribu makna kepada audien kerana itu perucap perlu memastikanmata mempamerkan keyakinan diri. Perucap perlu mengelak daripada memandang ke atas silingatau kebawah kerana mata perucap menjadi tumpuan kepada audien dan audien akan lebih terasadihargai sekiranya perucap tidak mengalih pandangan ke arah lain semasa menyampaikan mesej. Dalam perhimpunan khalayak yang ramai, hubungan mata perlu fokuskan titikpenglihatan bermula pada mata khalayak di hadapan, pada bahagian tengah dan kemudian padakhalayak yang berada di penjuru sebelah kanan, diikuti khalayak penjuru kanan di belakang,khalayak penjuru kiri belakang, khalayak penjuru kiri depan dan khalayak di bahagian tengah.Cara ini membolehkan kuasa pandangan mata mengikat khalayak untuk mendengar dan melihatpengucap dengan penuh minat. 2.7.4 Penggunaan Ruang Penggunaan ruang amat penting sekiranya melibatkan ruang yang luas dan kehadiranaudien yang ramai. Perucap perlu bijak menggunakan ruang dengan sebaik mungkin supayakehadiran audien tidak hanya tertumpu pada suatu kawasan sahaja. Sebagai contoh, perucapyang menyampaikan motivasi kepada audien akan menggunakan keseluruhan ruang yangmelibatkan semua audien. 2.7.5 Suara yang Jelas dan Kelancaran Sebutan Perucap perlu memastikan suara yang digunakan adalah jelas dan teratur. Sebutan yangtersekat – sekat menampakkan kecacatan dan membuatkan audien cepat berasa bosan. Nadasuara juga perlu dipelbagaikan dan menepati untuk tiap –tiap isi yang disampaikan. Perucaptidak perlu menjerit dan bersuara halus sebaliknya hanya perlu melantangkan suara dan pandaibermain dengan intonasi suara supaya audien tidak rasa mengantuk dengan nada suara yangmendatar sahaja. 2.7.6 Pakaian, Aksesori dan Kosmetik Pakaian yang dipakai perlulah bersesuaian dan tidak menjolok mata. Apabila berhadapandengan audien, pakaian formal adalah lebih sesuai kerana menampilkan kredebiliti perucap danakan timbul rasa hormat serta kagum audien kepada perucap. Contohnya, perucap yang memakaikot beserta tali leher lebih nampak berkeyakinan berbanding perucap yang memakai seluar dan
  • 8. kemeja sahaja. Bagi perucap wanita, perlulah dielakkan pemakaian aksesori yang terlalu banyakditubuh dan make-up yang tebal. Pemakaian yang terlalu sarat mengganggu konsentrasi audienkepada isi ucapan. 2.8 Pembuka Bicara yang Menarik Seterusnya, apabila persediaan rapi telah dilakukan, seorang perucap perlu pandaimemainkan peranan untuk menarik minat pendengar mengikuti ucapannya sehingga ke penutup.Oleh itu, pembuka bicara perlu menepati kehendak pendengar. Pembuka bicara merupakanpermulaan yang akan menunjukkan samada persembahan seseorang itu akan menjadi menarikataupun tidak. Sebagai contoh, Datuk Dr Fadzilah Kamsah sentiasa memulakan program bualbicaranya (Selami Jiwa) dengan pembuka bicara yang sangat menarik. Ini menunjukkan bahasabeliau telah bersedia lebih awal untuk berhadapan dengan khayalak ramai serta pandai menarikminat pendengar untuk mendengar apa yang ingin disampaikan olehnya sehingga ke akhirrancangannya. Pembuka bicara yang sangat menarik dapat menarik minat pendengar untuk mendengartopik yang disampaikan meskipun ianya berbentuk fakta. Dalam pembuka bicara perlulah adaelemen – elemen seperti memperkenalkan diri kepada pendengar supaya mereka mengenalipengucap dengan lebih dekat. Serba sedikit maklumat mengenai diri juga perlu dinyatakankepada pendengar. Seterusnya, perucap perlu menyatakan tajuk yang ingin disampaikan supayapendengar dapat mengikuti dan memahami mesej yang disampaikan sehingga penutup.Kemudian, barulah dimasukkan salutasi, isi ucapan, rumusan dan akhir sekali penutup. Rumusanamat diperlukan bagi melengkapkan hujah- hujah yang masih lemah serta meninggalkantanggapan yang positif terhadap perkara – perkara utama agar audien dapat bertindak balasterhadap hujah –hujah utama ucapan tersebut. Bagi penutup bicara, perucap boleh tutupkandengan kesimpulan yang ringkas dan kemudian menamatkan dan menangguhkan ucapan dengansalam dan ucapan terima kasih. 2.9 Menselitkan Unsur Jenaka
  • 9. Pengucapan yang berkesan akan menjadi lebih menarik sekiranya perucap pandaimenyelitkan unsur jenaka sebagai pemanis dalam mesej yang disampaikan. Jenaka yang dibuatperlulah berkaitan dengan tajuk supaya tidak lari dari tujuan dan objektif mesej. Perucap perlumengelakkan diri dari membuat jenaka yang menyentuh kehidupan peribadi seseorang,sensitiviti agama, kaum dan budaya tertentu. Jenaka yang dibuat perlu menampakkankematangan dalam diri perucap dan sesuai dengan penerimaan audien. 2.10 Penerimaan Maklumbalas dari Audien Pengucapan awam yang berkesan dapat dinilai sekiranya mendapat respon dan maklumbalas dari audien. Perucap yang bijak pandai bertindakbalas pada maklumbalas dari pendengarserta memberi penerangan yang jelas dan tepat. Sekiranya ingin mendapat respon dari audien,perucap boleh meminta maklumbalas dari audien ataupun mengulang penerangan supayamendapat maklumbalas supaya terjadi komunikasi dua hala antara perucap dan pendengar. 2.11 Penggunaan Alat Bantu Tampak (ABT) dalam Persembahan Alat bantu tampak (ABT) adalah apa sahaja alat yang boleh dilihat oleh audien untukmembantu perucap menyampaikan mesej kepada audien. ABT membantu perucap untukmenyampaikan mesej dengan lebih jelas. Namun, perlu diingatkan oleh perucap bahawa bahanatau alat yang digunakan itu perlulah bersesuaian dengan tajuk dan juga audien. Jenis – jenisABT terdiri daripada gambar- gambar (foto/lukisan), papan hitam/papan putih, filem, audio(perakam pita dan rekod), maklumat edaran bertulis, pita video, graf, carta/gambar rajah, modeldan sebagainya. Perucap perlu memastikan ABT yang digunakan benar- benar membantuperucap sebagai bahan tambahan dan membantu menyokong hujah- hujah utama dalam ucapan.Penggunaan ABT boleh menjimatkan masa, menjelaskan perkara – perkara yang kompleks danmembantu mengekalkan minat audien. 2.12 Bahasa Bahasa adalah alat perutusan atau penyampaian mesej sama ada yang berbentuk konsep,idea, teori atau digunakan untuk memberi dan mendapatkan maklumat dan sebagainya bagimempengaruhi fikiran serta tindakan audien sasaran. Bahasa yang digunakan oleh perucapperlulah jelas, dinyatakan dengan mudah, terang dan tidak mengelirukan. Bahasa yang jelas
  • 10. dapat memperjelaskan maklumat dengan lebih tepat. Setiap hujah perlulah dihuraikanmaksudnya bagi mengelak kekeliruandan ketidakfahaman khususnya konsep – konsep yangditerapkan dalam teks ucapan.PENUTUP Pengucapan awam merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari oleh semua orangdan menjadi laluan untuk mencapai kejayaan. Perucap yang cemerlang merupakan perucap yangsentiasa berusaha untuk menyampaikan ucapannya dengan baik dan berkesan tanpa mengiraaudien dan suasana. Ini memberi gambaran bahawa perucap yang bijak dapat menggunakansegala keperluan dengan baik dan menghasilkan pengucapan awan yang terbaik. Oleh yangdemikian, persediaan yang rapi amat diperlukan bagi memastikan penyampaian menepatiobjektif dan memberi kepuasan kepada audien. Selain itu, ia bukan saja membantu meningkatkan jati diri serta sifat kepimpinan seorangperucap malahan dapat meningkatkan keyakinan diri perucap untuk berhadapan dengan khalayakramai. Justeru itu, pengucapan awam yang berkesan dapat diperolehi sekiranya mesej yangdisampaikan diterima baik oleh audien, dan audien menerima mesej yang tepat dan betul(berlaku perkongsian maklumat).
  • 11. REFERENCES 1. Suprawoto (2009) Pembelajaran berbicara. Retrieved from http://www.slideshare.net/NASuprawoto/pembelajaran-berbicara 2. Irfan Khairi (2011) Kurangkan perasaan malu. Retrieved from http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/kurangkan-perasaan-malu/ 3. Makalah mencontek isi. Retrieved from http://www.scribd.com/doc/23699777/makalah- mencontek-isi 4. Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2000). Kemahiran Interpersonal Untuk Guru Bestari. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. 5. Abdul Mu’ati@Zamri Ahmad, 2000. Panduan Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Arshad Md. Ghaus, 2003. Teknik Pengucapan Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.