Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah

20,763 views
20,591 views

Published on

Published in: Education
2 Comments
45 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
20,763
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
2
Likes
45
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah

  1. 1. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah TOPIK 1: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAHHASIL PEMBELAJARANPada akhir pembelajaran topik ini, anda dapat: 1. memberi takrif konsep dan pengertian kepimpinan kurikulum bilik darjah 2. menyatakan ciri-ciri kepimpinan kurikulum bilik darjah yang berkesan 3. menghubungkaitkan antara kepimpinan kurikulum dengan pencapaian pelajar 4. menyatakan isu-isu berkaitan dengan kepimpinan kurikulum bilik darjah.PETA KONSEP Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah Konsep dan Kepimpinan Hubungkaitkan Guru sebagai Isu-isu pengertian kurikulum antara pemimpin kepimpinan kepimpinan bilik darjah kepimpinan kurikulum bilik Kurikulum bilik kurikulum yang kurikulum darjah darjah berkesan dengan bilik darjah pencapainan pelajar
  2. 2. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahPENGENALANGuru adalah pendidik yang dikurniakan dengan pelbagai tanggungjawab. Pendidik disekolah tidak hanya mengajar tetapi juga merupakan pemimpin. Secara sedar atau tidaksifat kepimpinan berkualiti bagi seorang guru di sekolah harus ditelusuri dan diperhalusibagi mewujudkan iklim pendidikan yang mampu memacu kecemerlangan. Pemimpinyang mempunyai sifat kepimpinan berhemah tinggi sentiasa dapat mewujudkanhubungan yang baik dengan kelompok yang dipimpin.Ibarat kepala memimpin badanbegitulah perumpamaan yang diberikan kepada pemimpin bagi mencernakan ketokohandi dalam mengurus dan mengepalai sesebuah organisasi.Itulah jugalah corakkepimpinan yang sepatutnya ditunjukkan seorang pemimpin budiman .Maka di peringkatsekolah sudah tentulah guru besar yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpinkepada semua komuniti samada pendidik, pentadbir serta murid-murid. Bilik darjah pulasebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempatyang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utamakerjaya dan kepimpinan seorang guru. Kepimpinan juga berkait secara langsung dantidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam bilik darjah. Kepimpinan guru dalamkurikulum bilik darjah dianggap sebagai himpunan kemahiran seseorang guru yangselain daripada mengajar ada mempunyai pengaruh yang diperluaskan ke luar bilikdarjahnya, sama ada di dalam atau di luar sekolahnya. Kepimpinan guru inimenggerakkan murid-murid bagi meningkatkan prestasi sekolah, khususnya dalampengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula tuntutan masyarakat memaksa paraguru sebagai pemimpin untuk melakukan pelbagai strategi bagi mencapai objektif yangtelah ditetapkan. Fokus utama yang perlu dititikberatkan ialah dari segi pengurusankurikulum.KONSEP DAN PENGERTIANKonsep dan Pengertian Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahCuban (1984) mendefinisikan kepimpinan sebagai tindakan mempengaruhi pihak laindengan sengaja. Tindakan ini bertujuan untuk mencapai.matlamat yang dihasratkan.Kepimpinan yang baik akan sentiasa membawa perubahan positif ke atas pihak yangdipimpin. Drath dan Palus (dlm, Yukl, 2002) mengatakan kepimpinan adalah prosesmenerima apa yang orang lain lakukan secara bersama dengan itu orang akan fahamdan menjadi komited. Bagi House et al, (dlm, Yukl, 2002) kepimpinan adalah keupayaanseseorang individu untuk mempengaruhi, memotivasikan, dan membolehkan orang lainmenyumbang ke arah keberkesanan dan kejayaan organisasi. Bagi Owens (2001) pula,kepimpinan adalah satu set fungsi; ia berlaku di dalam proses interaksi antara dua orangatau lebih yang terlibat; dan pemimpin berniat dan berusaha untuk mempengaruhitingkah laku orang lain. Berdasarkan semua definisi-definisi tersebut, kepimpinanbolehkan dimaksudkan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yangberkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela terlibat dan berusaha ke arahkeberkesanan dan pencapaian matlamat organisasi. Secara umumnya, pemimpin ialahseorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah danmenyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan itu. Ini bermaknakepimpinan ialah proses mempengaruhi kegiatan kumpulan ke arah pencapaian sesuatuhasil yang telah dirancang. Sesetengah orang menganggap ‘pemimpin’ itu seseorangyang boleh mendorong pengikut untuk bekerja kuat,menghasilkan sesuatu yang agung
  3. 3. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjahdan orang yang membantu lebih daripada orang yang menaikkan semangat ataumengarah. Walau apa pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungansemua sifat iaitu pengarah, pendorong dan pembantu. Sungguh pun demikian, apabila kepimpinan dibincangkan daripada perspektifpendidikan seringkali kepimpinan dikaitkan dengan kepimpinan pengajaran di sekolahdan bilik darjah. Southworth (2002) mendefinisikan pemimpin pengajaran adalah berkaitdengan pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesion guru-guru danjuga perkembangan pelajar. De Bevoise (1984) pula menegaskan bahawa kepimpinanpengajaran ialah segala tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengetua atau pihak-pihak yang diamanahkan untuk menggalakkan pertumbuhan pembelajaran di kalanganmurid-murid. Oleh itu, guru sewajarnya mengambil berat terhadap pengajaran danpembelajaran termasuk pembelajaran profesionnya mahupun pertumbuhan pelajar itusendiri. Berdasarkan definisi tersebut, kepimpinan merujuk kepada keupayaan sertakebijaksanaan seseorang ketua dalam menguruskan kakitangan bawahannya dansumber yang ada. Ia juga bermaksud sesuatu kuasa yang ada pada seseorangpemimpin untuk menggerakkan anggota kumpulannya untuk mencapai matlamattertentu.Untuk mempengaruhi kakitangan, biasanya seseorang pemimpin menggunakanpelbagai cara seperti memberi pujian, semangat, sokongan, ganjaran, menunjukkanmodel yang baik, menjelaskan matlamat yang dikehendaki dan sebagainya. Dalam pentadbiran pendidikan, peranan kepimpinan adalah sangat penting.Sekolah yang berjaya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum adalah bergantungkepada tonggak kepimpinan dan kebolehan seseorang pengetua. Sekolah yangmempunyai pelbagai kelengkapan tetapi pengetuanya pula seorang yang lembap dalammenjalankan tugas menyebabkan sekolah yang berkenaan tidak akan menjadicemerlang. Jadi, kepimpinan yang cekap adalah memainkan peranan penting dalamkepimpinan pendidikan. Untuk menjadi seorang pemimpin di sekolah dan juga seorang pemimpin di bilikdarjah memerlukan ketokohan kepimpinan. Ia memerlukan pengetahuan dalam bidangakademik, latar belakang murid dan masyarakat, masalah tingkah laku pelajar dankakitangan, kurikulum sekolah, pengurusan pejabat, konsep kepimpinan, hubungankomunikasi, masalah politik semasa dan sebagainya. Tanpa pengetahuan yang lengkapdalam bidang-bidang tersebut, seseorang pentadbir pendidikan akan merasa tidak yakinke atas keupayaan kepimpinannya. Sesungguhnya kepemimpinan adalah fungsi kunci di dalam keberkesanansekolah, budaya dan imej sekolah. Fullan (1992) menyatakan bahawa peranan GuruBesar wajar dibentuk semula daripada jaga kepada pemimpin pengajaran. Ciri-ciriyang terdapat di kalangan pemimpin-pemimpin sekolah yang berkesan antaranya,pertama ada sikap berani menghadapi risiko, tidak berpuas hati dengan status quo,tidak pula dihalang oleh sekatan-sekatan organisasi. Selain itu pemimpin seperti inimenjadi teladan kepada guru-gurunya dan berpegang kepada keyakinan bahawasekolah akan mencapai kejayaan. Dengan menggunakapendekatan empowerment yang betul dalam membuat keputusan, pemimpin beginiberjaya mempengaruhi "the capacity to improve from within". Keduanya pemimpinberkesan mempunyai satu komitmen yang amat kuat kepada pengupayaan guru-gurumelalui permuafakatan.
  4. 4. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahKepimpinan Kurikulum Bilik Darjah yang BerkesanPemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentangperubahan yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada dalam keadaanbersedia. Pemimpin sekolah mestilah juga mampu dan berupaya membimbing guru-guru di bawah pengawasannya untuk menjadi lebih berkesan. Sekolah yang berkesandapat dilihat berdasarkan stail kepimpinan yang bukan sekadar mampu bertindaksebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga harusmampu membawa perubahan. Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar ataupengetua merupakan individu yang paling berpengaruh dan bertanggungjawabterhadap sesuatu perubahan. Dalam memainkan peranan tersebut, guru besar ataupengetua seharusnya tidak bertindak sekadar sebagai gate-keeper semata-mata Pembelajaran yang berkesan dan bermakna perlu diterajui oleh pengetua atauguru besar sesebuah sekolah. Smith dan Andrews (1990) mengatakan perananpengetua, antaranya memberi araban, sumber dan sokongan kepada guru dan pelajarbertujuan untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Situasi ini bolehdilihat menerusi peranannya sebagai kepimpinan pengajaran. lni merujuk kepadakepimpinan yang mempunyai hubungan secara langsung dengan proses-proses pe-ngajaran di mana guru, pelajar dan kurikulum saling berinteraksi. Kepimpinan ke arahproses ini boleh dilaksanakan jika seseorang guru bertindak sebagai penyelia dan jugapenilai perkembangan pelajar; dan ia seolah-olah sedang menjalani latihan dalamperkhidmatan. Dalam perkembangan isu peranan kepimpinan dalam pendidikan didapatibanyak kajian telah dilaksanakan terhadap kepimpinan pengetua berbandingkepimpinan kurikulum oleh guru di dalam bilik darjah. Perubahan yang berlaku padasesuatu bahagian dalam system organisasi yang mempengaruhi keseluruhan organisasidan seterusnya akan membawa perubahan baru kepada organisasi tersebut. Apabilasistem berubah ini dikaitkan dengan peranan kepimpinan guru. Pengertian peranankepimpinan guru adalah uniknya mempengaruhi keseluruhan keberkesanan sesebuahsekolah. Perbezaan dalam pencapaian murid-murid dalam sekolah turut dipengaruhioleh perbezaan yang ketara dalam diri guru-guru menyumbang kepada kecemerlangansesebuah sekolah tersebut serta pencapaian muridnya. Salah satu ciri kepimpinan kurikulum bilik darjah yang berkesan dan palingutama ialah seharusnya beriman kepada Tuhan dan mempunyai kepercayaan dankepatuhan kepada agama. Tidak kiralah samada guru tersebut beragama Islam,Kristian, Hindhu ataupun Buddha, kepercayaan ini penting bagi memastikan merekamempunyai pegangan dan dasar kepercayaan yang utuh. Bertitik tolak kepadakepercayaan kepada agama inilah akan mencernakan peribadi terpuji selaras denganagama yang dianuti.Manakala konsep etika dan amalan keagamaan seharusnyamemberikan kekuatan jatidiri kepada guru sebagai pemimpin tersebut di dalammemimpin bilik darjah terutama memacu kecemerlangan pendidikan di sekolah. Selain itu, di antara ciri seorang pemimpin ialah berilmu pengetahuan yang luas.Ilmu tersebut merangkumi ilmu berteraskan ikhtisas pentadbiran pendidikan, psikologi,komunikasi serta pengetahuan semasa. Ilmu ikhtisas pentadbiran pendidikan amatpenting bagi memastikan komuniti pendidikan dibawahnya seperti guru, kakitangansekolah, serta murid dapat diurus dengan sempurna dan selaras dengan keperluansemasa disamping memenuhi aspirasi pendidikan negara. Manakala ilmu-ilmukemanusiaan seperti psikologi dan komunikasi amat diperlukan oleh guru di sekolahbagi memastikan layanan dan kemesraan yang diwujudkan sesama ahli komunitiberjalan dengan baik di samping dapat mengelakkan konflik. Sementara itu,pengetahuan yang luas tentang isu semasa bakal menjadikan minda pemimpin akansentiasa mengikut peredaran zaman dan bersedia untuk menghadapi sebarang
  5. 5. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjahkemungkinan yang mendatang. Pemimpin bercirikan perkara di atas pastinya guru yangpakar di bidang pengurusan serta bidang profesionnya. Di antara ciri terpenting lain yang juga harus wujud di dalam diri guru sebagaipemimpin di sekolah ialah mereka harus mempunyai ketinggian peribadi. Ketinggianperibadi yang dimaksudkan dari segi tutur kata bukan sahaja dari santunan bahasapenuh hemah, malah mereka harus bijak untuk berkomunikasi dengan semua peringkatumur .Komen dan kritikan yang diberikan seharusnya bersifat membina bukannyamerendah-rendahkan martabat seseorang pelajar. Ketinggian peribadi juga boleh diukurdengan tingkah laku yang merendah diri tetapi tegas, tidak sombong dan memberikanlayanan kepada semua pelajar tanpa memilih bulu dan penuh hemah. Guru jenis inipasti manis air mukanya, bijak mengatur kata, penuh hemah perlakuannya sertamempunyai jati diri dan integriti yang tinggi. Perkara di atas akan membawa kepada ciri seterusnya iaitu mempunyaipengaruh melalui tauladan. Pengaruh melalui tauladan diterjemahkan melalui contohyang ditunjukkan oleh guru berdasarkan apa yang diungkapkannya. Kepimpinan guruulung harus menunjukkan contoh tauladan kepada pelajar di bawahnya melaluiperlakuannya yang mendahului yang lain dengan niat untuk diteladani oleh semua. Gurusebegini akan dipandang tinggi oleh komuniti pendidikan sebagai pemimpin yangmampu mengotakan janjinya melalui tauladan. Sebagai contohnya guru yang inginpelajarnya tidak ponteng sekolah pasti menonjolkan dirinya sebagai guru yang datangtidak ponteng kerja. Selain itu, guru yang mempunyai ciri pemimpin budiman harus memiliki visi danmisi yang jelas di dalam membangun dan mentadbir sesebuah organisasi bilik darjah.Inikerana dengan kemampuan untuk membentuk visi dan misi yang jelas, barulah mudahseseorang guru itu untuk membawa pelajar dan bilik darjah yang dipimpinnya ke arahmercu yang direncanakannya. Contohnya, bagi guru yang mempunyai visi dan misiyang jelas pasti berusaha membawa pelajar-pelajar dan bilik darjah di bawahtanggungjawabnya untuk cemerlang dari segala aspek dan dicontohi oleh yang lain jugaoleh guru lain. Bagi menjadikan guru yanag mempunyai kepimpinan yang berkesan, merekaharus mempunyai kemahiran membimbing yang efektif. Kemahiran membimbing inipenting bagi tujuan memperkasakan diri individu yang dibimbing bertujuan mencapaisasaran matlamat dan objektif yang ditetapkan dengan jaya. Guru besar yang budimanharus mampu untuk membimbing kakitangannya bagi menjamin kelangsungan budayakerja berkualiti .Guru-guru muda terutamanya yang baru mula bertugas terutamanyadibimbing agar cepat menyesuaikan diri di dalam sistem pendidikan dan dibantuperkembangan dirinya sebaik mungkin. Manakala guru senior pula yang mempunyaikepakaran berteraskan pengalaman dibimbing untuk terus kekal aktif terutamanyadalam menginovasikan proses pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkanbudaya kajian tindakan. Guru sebagai pemimpin juga mesti sedar bahawa tugas mereka bukanlahmudah. Mereka juga dikenali dan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang,pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Seseorang pemimpinhendaklah berupaya membuat keputusan yang terbaik bukan sahaja terbaik untukdirinya sendiri tetapi terbaik kepada semua pihak yang lain termasuk pelajar-pelajardibawahnya. Ia juga hendaklah terbaik kepada orang-orang yang dibawah pimpinannyadan semua yang terlibat dengan keputusannya secara langsung ataupun tidaklangsung. Sebagai contohnya apabila seseorang guru telah mengenal pasti beberapamasalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar haruslah disiasat dan diberi pertimbanganrapi berasaskan fakta dan bukti. Andainya wujudnya keraguan munasabah yangmenepati tatacara tatatertib, maka guru tersebut harus membuat keputusan berbentuk
  6. 6. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjahamaran atau sebagainya. Ini bagi mengelakkan kesalahan tersebut menjadi barahlantas menimbulkan sesuatu yang tidak diingini. Peranan lain dalam menangani perubahan bagi membangun budaya sekolahberkesan yang harus dimainkan oleh para pemimpin sekolah adalah seperti berikut: • Pemimpin sekolah melakukan perubahan dengan melihat pengaruh-pengaruh luaran dan dalaman serta isu-isu berkaitan, dan dalam melaksanakannya bertindak secara responsif bukan bertindak secara menghalang. • Pemimpin bertanyakan soalan-soalan bukan memberikan jawapan-jawapan. • Pemimpin menggalakkan dan memudahkan perbincangan dan pertimbangan mendalam bagi menuju perubahan daripada sekadar merancang atau mengarahkannya sahaja. • Kegagalan dan kesilapan dikongsi bersama. Memegang prinsip "The first rule of leadership, everything is my fault." • Pemimpin mengekalkan berpegang kepada teras kepercayaan yang merupakan asas kepada kewujudan komuniti sesebuah sekolah.Membangunkan suatu budaya sekolah yang sihat berkait rapat dengan amalan-amalankepemimpinan yang berkesan di pihak Guru Besar. Budaya ialah nadi yang menggerakdan mengarahkan serta menggambarkan segala komitmen yang ditunjukkan olehkomuniti sesebuah sekolah itu. Di satu segi, sekolah akan mempersembahkan suatuimej yang menggambarkan budaya sekolah itu kepada seluruh warganya iaitu murid-murid, ibu bapa mereka dan masyarakat umum. Glickman(1990) menegaskan bahawa peranan kepimpinan guru akandapat dijalankan dengan berkesan sekiranya guru tersebut mempunyai tiga kategoriutama iaitu keperluan menguasai pengetahuan yang luas, tugasan dan tanggungjawab,dan keperluan mempraktik kemahiran kepakaran. Seorang guru wajib menguasai pengetahuan yang mendalam dalam bidangmereka untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan denganlancer.Apabila murid mengemukakan soalan, guru dapat memberi respons yang positifdan memenuhi keperluan ingin tahu murid yang mana keyakinan diri murid dapatdipupuk.Apabila memberi tugasan kepada murid, guru harus menekankan kepadamatlamat setiap tugasan dan murid patut memahami prosedur menimba ilmun denganpenemuan diri.Peranan kepimpinan guru dalam bilik darjah memerlukan kemahiranyang merangkumi dua aspek iaitu kemahiran interpersonal dan intrapersonal. Guru yangmengguna dan menguasai kemahiran ini akan berjaya menguasai murid dan suasanapengajaran dan pembekajaran di dalam bilik darjah. Kebolehan dan keprihatinan mengecam dan mengenal sifat pelajarmembolehkan guru memupuk budaya murid itu sendiri untuk belajar. Disamping itu gurujuga perlu menguasai ICT agar penggunaan ICT ini dapat menjadikan sesuatu subjek itumenarik dan seterusnya menarik minat pelajar untuk belajar. Guru juga tidak boleh lupapenggunaan bahan edaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti keratanakhbar, risalah,poster dan sebagainya dalam mewujudkan pengajaran danpembelajaran yang berkesan.Kejayaan kepimpinan kurikulum adalah bergantung kepada nadi utama iaitu kepimpinankurikulum sekolah. Faktor utama yang memulakan pengurusan yang sistematik danberjaya adalah pembentukan Penubuhan Jawatankuasa Kurikulum yang manapengurusan yang cekap dan sistematik memudahkan guru mengurus kurikulum bilikdarjah dengan lebih mudah dan berkesan. Hasil akhirnya, guru mampu menguruskankewangan, masa dan kemudahan berkaitan pengajaran dan pembelajaran denganmudah dan semuanya berjalan dengan lancar seterusnya mencapai objektif yangdikehendaki.
  7. 7. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah Kepimpinan kurikulum bilik darjah juga bergantung kepada bahan pengajarandan pembelajaran yang baik, berkesan dan sesuai untuk mengajar kepelbagaianpelajar-pelajar. Bahan pengajaran yang dikatakan berkesan biasanya merangkumiaspek berikut iaitu cukup untuk semua pelajar, sesuai dan terkini mengikut kepelbagaianciri pelajar dan perkembangan masa kini, berasaskan teknologi dan penuh denganinovasi di samping mesra pengguna. Ini bermaksud bahan tersebut adalah bolehdigunakan banyak kali, beberapa orang dan boleh digunapakai berulang kali sertamemberi output yang maksima kepada guru serta pelajar. Proses pengajaran danpembelajaran yang berkesan bukan sahaja menghasilkan kecemerlangan akademikpelajar malah menjadikan proses belajar yang menyeronokkan seterusnya berjayamenanam minat pelajar terhadap menuntut ilmu. Seterusnya, kepimpinan kurikulum yang berkesan sangat bergantung kepadatenaga pengajar atau guru itu sendiri. Ianya bermula dengan minat guru terhadapbidang perguruan seterusnya kecintaan guru terhadap profesion perguruan itu sendiri.Daripada aspek minat inilah yang akan memacu guru untuk berdedikasi dalammenjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru. Selain itu, guru yangmempunyai kredibiliti kepimpinan kurikulum adalah guru yang menghayati sepenuhnyaFalsafah Pendidikan Kebangsaan serta mempunyai kesedaran yang tinggi untukmencapai objektif yang telah digariskan. Untuk mencapai objektif tersebut, tenagapengajar atau guru perlulah mempunyai latihan yang mencukupi, sentiasa komiteddalam menjalankan tugas serta berfikiran kritis dan kreatif dalam menyelesaikan semuapermasalahan dalam pendidikan. Guru cemerlang dalam kepimpinan sentiasa kreatifdan peka dalam inovasi serta teknologi dalam ketinggalan dan tidak pernah ketinggalandalam isu-isu semasa pendidikan. Amalan pengajaran dan pembelajaran seseorang guru juga akan memberi kesankepada kelancaran pengurusan kurikulum bilik darjah. Proses pengajaran danpembelajaran harus dirancang dengan jelas dan bertepatan dengan hasil pembelajaranyang ingin dicapai. Ini akan membantu guru mengajar dengan jelas dan sistematikseterusnya memudahkan pelajar untuk memahami isi kandungan pengajaran. Guruharus menepati Pengajaran dan Pembelajaran yang berpusatkan murid dimanapencapaian pelajar adalah diutamakan dan berdasarkan keperluan, kebolehan dankehendak pelajar itu sendiri. Penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran haruslahmempunyai penilian yang berterusan bagi mengubah, membaiki atau menambahkeberkesanannya di dalam bilik darjah. Dengan itu, pencapaian akademik yang tinggiakan dihasilkan dan akhirnya melahirkan pelajar-pelajar yang bukan hanya cemerlangakademik malah bijak dalam menguruskan kehidupan harian serta mempunyaipandangan jauh dalam perancangan masa depan. Dengan ini, guru akan berjayamengurus kurikulum bilik darjah dengan berkesan sekaligus mencapai matlamatFalsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkongsian Bestari adalah konsep pengurusan kurikulum sekolah yang bolehdipraktiskan oleh guru dalam bilik darjah. Hubungan kolaboratif dan koperatif sesamatenaga pengajar serta hubungan yang bersepadu antara pengurusan kurikulum sekolahdan kurikulum bilik darjah adalah penting bagi menjayakan matlamat kurikulum yangdigariskan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum di negara kita. Guru-guru harusbekerjasama sesama guru bagi memperbaiki atau meningkatkan mutu pengajaran danpembelajaran dalam bilik darjah. Mereka harus mempunyai objektif yang sama danselaras bagi memudahkan proses pendidikan di negara kita di samping sentiasamenitikberatkan kejayaan seseorang pelajar dalam semua aspek bukan hanya dalamakademik malah dalam semua aspek kehidupan. Budaya pengajaran seseorang guru merupakan satu lagi aspek yang perludiambil kira dalam menguruskan kurikulum bilik darjah. Guru perlu membudayakan ilmu,
  8. 8. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjahsentiasa membuat perbincangan profesionalisme sesama guru, mempertimbangkanpandangan pelajar serta mengamalkan sikap kesepunyaan iaitu kebertanggungjawapanyang sama dalam memikul tanggungjawab dalam bidang pendidikan. Maka, segalasalah faham dan ketidak seragaman dalam pengurusan akan dapat dielakkan. Perkarainilah yang akan membawa kepada kejayaan perlaksanaan kurikulum bilik darjah danjuga sekolah. Oleh yang demikian, pemimpin di peringkat sekolah menurut Matnor Daim(1996), perlulah terus menerus berusaha melakukan perubahan-perubahan yang positifuntuk melayakkan kedudukan pengurusan sekolah berada di tahap kecemerlanganbertaraf dunia. Kepimpinan yang berkualiti ialah kepimpinan yang berupaya menjadipenunjuk jalan ke suatu arah yang betul di samping menjadi model ke arah memastikankejayaan sesuatu usaha yang hendak dilaksanakan Untuk memperoleh kemampuan dalam dalam kepimpinan diperlukan sejumlahsifat-sifat yang baik dan tepat, tetapi untuk sejumlah sifat-sifat tersebut tidaklah cukupuntuk memperoleh sifat pemimpin. Kerana sifat-sifat itu harus diterapkan dalam praktekpada waktu dan keadaan yang tepat pula. Disamping itu diperlukan pula adanyabawahan atau sekumpulan orang yang mencari kepimpinannya. Sifat-sifat kepimpinanitu mencakupi : pengetahuan, kecerdasan, imaginasi, kepercayaan diri, integrasi,kepandaian berbicara, pengendalian dan keseimbangan mental dan emosional,pergaulan sosial dan persahabatan, dorongan, entusiasme dan keberanian. Kepimpinan yang efektif hanya dapat wujud apabila dijalankan sesuai denganfungsinya. Fungsi pemimpin ini berhubungan langsung dengan keadaan sosial dalamkehidupan kelompok atau organisasi masing-masing yang mengisyaratkan bahawasetiap pemimpin berada di dalam dan bukan di luar keadaan itu. Pemimpin harusberusaha agar menjadi sebahagian di dalam situasi sosial kelompok/organisasinya. Pemimpin yang membuat keputusan dengan memperhatikan situasi sosialkelompok/organisasinya, akan dirasakan sebagai keputusan bersama yang menjaditanggung jawab bersama pula dalam melaksanakannya. Dengan demikian akan terbukapeluang bagi guru untuk mewujudkan fungsi-fungsi guru sebagai pemimpin sejalandengan situasi sosial yang dikembangkannya. Lima fungsi kepimpinan tersebut adalah : • Fungsi Instruktif Guru sebagai pengambil keputusan berfungsi memerintahkan pelaksanaannya pada pelajar-pelajar yang dipimpin. Guru sebagai komunikator merupakan pihak yang menentukan apa, bagaimana, bila dan dimana agar keputusan dapat diwujudkan secara efektif. • Fungsi Konsultatif Guru kerapkali memerlukan bahan pertimbangan yang mengharuskannya berkonsultasi dengan pelajar-pelajar yang dipimpinnya. Konsultasi dapat pula dilakukan melalui arus sebaliknya, yakni dari pelajar yang dipimpin kepada guru yang menetapkan keputusan dan memerintahkan pelaksanannya. Hal ini bererti fungsi ini berlangsung dan bersifat komunikasi dua arah, meskipun pelaksanaannya sangat tergantung pada pihak guru. • Fungsi Partisipan Fungsi ini bererti kesediaan guru untuk tidak berlepas tangan pada saat-saat orang yang dipimpin melaksanakan keputusannya. Guru tidak boleh sekadar mampu membuat keputusan dan memerintahkan pelaksanaannya, tetapi juga ikut dalam proses pelaksanaannya, dalam batas-batas tidak menyimpang dan mengganti petugas yang bertanggung jawab melaksanakannya.
  9. 9. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah • Fungsi Delegasi Fungsi ini mengharuskan guru memilih tugas pokok pelajarnya dan menilai yang dapat dan tidak dapat untuk diberikan kepada pelajar-pelajar yang dipercayainya. Fungsi delegasi pada dasarnya bererti kepercayaan. Pemimpin harus bersedia dan dan dapat mempercayai pelajarnya dalam menjalani tugas yang diberikan. • Fungsi Pengendalian Pemimpin mampu mengatur aktiviti pelajarnya secara terarah dan dalam koordinasi yang efektif, sehingga memungkinkan tercapainya tujuan bersama secara maksimum.Hubungkaitkan antara Kepimpinan Kurikulum dengan Pencapaian PelajarBerteraskan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang dinamik serta drastik dalammenjadikan semua rakyat Malaysia ialah golongan yang celik ilmu pengetahuan maka disini peranan seorang guru dalam merealisasikan impian ini adalah penting. FalsafahPendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk membentuk perkembangan potensiindividu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan pelajar yangseimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi.Ditinjau daripada aspek peranankepimpinan guru dalm kurikulum dapat menerapkan ilmu pengetahuan secarabersepadu berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsan.Guru sebagai agenperubahan dan kepimpinan dalam pendidikan yang bermula daripada bilik darjah melaluiproses pendidikan formal dan informal seterusnya diperluaskan di sekolah,masyarakatdan negara. Pentingnya kepimpinan yang berkesan tidak dapat dinafikan dalammempengaruhi secara positif kepada kualiti imej sekolah secara keseluruhan, danbiasanya guru lah orangnya yang diletakkan segala harapan bagi menjadikan sesebuahsekolah itu maju, berjaya, meningkat dan cemerlang dari masa ke semasa. Kepimpinan dilihat sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusiayang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab mereka dimana ketelitian merekasecara sukarela dan berusaha kearah keberkesanan dan pencapaian matlamatorganisasi. Sungguhpun demikian apabila kepimpinan dibincangkan daripada perspektifpendidikan, Seringkali kepimpinan dikaitkan dengan peranan kepimpinan guru di dalambilik darjah dan sekolah. Matlamat umum peranan kepimpinan guru ialah untuk menambah nilaimengekalkan keadaan yang menggalakkan suasana pembelajaran murid. Kemahirankecekapan peranan kepimpinan guru yang diamalkan pentadbir sekolah perlu adaperkongsian bersama atau delegasi kepada guru-guru yang terlibat dalam prosespengajaran dan pembelajaran.Selain itu pentadbir sekolah perlu mengambil beratmemimpin guru kearah kecemerlangan dalam program pengajaran danpembelajaran.Isu pengajaran pengurusan yang merangkumi penilaian guru dan murid,iklim sekolah, kurikulum dan kokurikulum, sumber dan peralatan mengajar(ABM),kakitangan, kaedah membuat keputusan, matlamat pengajaran jangka pendek danpanjang, sokongan komuniti, komunikasi dan interaksi antara pengetua sebagaipentadbir sekolah dan guru perlu diberi kemahiran yang sewajarnya. Kajian menunjukkan dalam proses memimpin program pengajaran, peranankepimpinan guru memerlukan kecekapan teknik pendidikan dan kecemerlanganakademik yang boleh dilaksanakan dalam bentuk strategi yang berkesan. Pengenalanteknologi pendidikan sebagai sumber kaedah pengajaran dan pembelajaran untukharapan komuniti dan ibu bapa dan perubahan kurikulum. Kemahiran adalah satukebolehan untuk mengaitkan perkara yang berlaku sehari-hari dengan interaksi dua
  10. 10. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjahpihak.Kemahiran ini juga merupakan kebolehan guru dalam menyampaikan visi kepadamurid-muridnya dan dapat meyakinkan serta mempengaruhi mereka.Kepimpinan guru-guru wujud dalam keadaan dimana murid-murid memperolehi sesuatu maklumat ataumereka yang tidak jangka dapat capai di dalam setiap bilik darjah atau setiap kaliapabila perkembangan yang positif secara langsung akan mempengaruhi personalitimereka atau menjadi teladan kepada murid-murid. Hook dan Vass (2000) mendefinisikan kepimpinan bilik darjah sebagai satukemahiran dimana guru menggunakan kepimpinan untuk men gurus dirinya sendiri danberkomunikasi dengan yang lain. Selain dari itu, kemahiran ini adalah satu kebolehanuntuk mengaitkan perkara yang berlaku sehari-hari dengan interaksi dua pihak.Kemahiran ini juga merupakan kebolehan guru untuk menyampaikan visi kepada murid-murid dan dapat meyakinkan mereka supaya mengikut. Kepimpinan dalam bilik darjahwujud dalam keadaan berikut: • Apabila murid-murid mencapai sesuatu yang mereka tidak jangka dapat capai di dalam setiap bilik darjah; • Setiap kali apabila terdapat pertumbuhan yang positif walaupun sedikit dalam personaliti mereka ketika kehadiran seseorang guru; • Apabila seorang guru mengangkat tangan semua murid dalam bilik darjah menjadi senyap; dan • Setiap kali murid-murid mengharapkan panduan atau teladan dari seseorang guru. Satu pandangan lain mengenai kepimpinan bilik darjah mengatakan bahawapemimpin ini tidak terhad kepada guru sahaja malah boleh diaplikasikan kepada murid -murid yang diberi kuasa bersama oleh seorang guru. Apa yang diperlukan adalahkesanggupan guru menurunkan kuasa kepada murid. Menurut Wilcox (2005) dalamkepimpinan bilik darjah terdapat kepelbagaian pemimpin yang boleh diwujudkan keranadi dalam bilik darjah itu sahaja ada dua jenis pemimpin iaitu pertama, guru kelas atauguru subjek; dan kedua, pelajar yang diberi kuasa untuk memimpin sama ada guru adadi dalam kelas ataupun tidak. Peranan kepimpinan guru yang berkesan memerlukan guru-guru memilikikemahiran yang merangkumi perkembangan keupayaan untuk menghasilkan hubunganyang berkesan dengan pelajar,memahami tingkah laku pelajar,memahami bilik darjahadalah satu sistem dan berkebolehan mencari penyelesaian dan menganalisismaklumat. Proses pengajaran dan pembelajaran secara normal berlaku di dalam bilikdarjah yang mana murid-muridnya mengikuti pengajaran merupakan responden danguru berperanan sebagai pemudahcara. Pembelajaran yang bermakna dilihat dengankualiti kepimpinan guru sama ada bertindak sebagai pendorong,perujuk,berkebolehanmempengaruhi murid. Pelaksanaannya dapat dijayakan sewaktu pengajaran danpembelajaran di bilik darjah dengan merujuk kepada usaha yang diwujudkan olehguru.Kejayaan seorang guru sebagai pemimpin terserlah dalam keupayaan membuatperubahan di dalam bilik darjah menerusi kolaborasi bersama pelajarnya. Peranankepimpinan guru dikaitkan dengan kebolehan merancang, mengarah,mengawal danmembentuk strategi untuk mencapai matlamat. Oleh itu guru seharusnya bijakmemimpin dalam memastikan pencapaian pelajar sentiasa terbaik. Ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh guru secara pembelajaran berterusandapat meningkatkan keberkesanan pengajarannya di dalam kelas.Impaknya, situasipengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah lebih realistik,sistematik danterkawal.National Association of Elementary School Principals telah merumuskanperkara kepimpinan guru untuk menjana keberkesanan pengajaran dan pembelajaraniaitu; dengan mendorong pelajarnya supaya mengutamakan usaha belajar; menentukan
  11. 11. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjahharapan pada pencapaian yang baik; menyesuaiakan kandungan pengajaran danpembelajaran kea rah piawaian yang standard; menggunakan pelbagai sumber datauntuk menilai pembelajaran dan mengaktifkan sokongan komuniti atau pihakberkepentingan ‘stake holder’ untuk kejayaan sekolah dan pelajarnya. Agenda bilik darjah sangat penting untuk menentukan implementasi pelanperanan kepimpinan guru yang akan membentuk iklim bilik darjah yang sihat untukpembangunan akedemik dan sosial pelajar. Ketika mengaplikasikan teori kepimpinan didalam bilik darjah, guru memerlukan satu rancangan yang jelas yang bolehdisampaikan, yang berkerangka untuk membuat Sesutu keputusan terhadap tingkahlakumurid.Ia merupakan satu kerangka yang boleh diterima dan difahami oleh murid padasituasi tertentu.Keputusan yang dibuat hendaklah berdasarkan perkembangan atas hadyang telah dipersetujui berdasarkan empat hak asasi murid iaitu : 1. Hak murid untuk belajar. 2. Hak guru untuk mengajar. 3. Hak setiap pelajar mendapat keselamatan dari segi fizikal dan psikologi. 4. Hak setiap individu dalam tarap penghormatan dan kemuliaan. Berdasarkan hak asasi tersebut, pengurusan tingkahlaku di dalam bilik darjahadalah hak mutlak guru.Guru harus memastikan pelajarnya berasa kondusif danselamat ketika di dalam kelas dan juga sekolah.Hak dan tanggungjawab ialah duaperkara yang tidak dapat dipisahkan. Tanggungjawab dan peranan kepimpinan guruberfokus pada tingkah laku murid dalam membuat keputusan atau pemikiran secarapositif. Rutin adalah berbeza dengan peraturan kerana rutin mengutamakan aspekpentadbiran dan proses yang diperlukan supaya suasana bilik darjah terurus denganbaik.Rutin merupakan satu set perilaku yang perlu dilaksanakan untuk membantukejayaan murid.Selain itu rutin bilik darjah merujuk kepada aktiviti-aktiviti bilik darjahseperti menanda jadual kedatangan murid,menyemak keadaan fizikal bilik darjah ataumakmal, mengedar alat bantu mengajar dan sebagainya. Iklim yang sesuai untuk pembelajaran dapat dihasilkan apabila guru dapatmemastikan wujud persekitaran yang sesuai untuk membolehkan proses pengajarandan pembelajaran berjalan dengan lancar. Dalam konteks ini, misi kelas dan pelajarharus jelas dan mudah difahami. Guru-guru perlu mempunyai peranan sebagaimembantu mempromosi bilik darjah sebagai tempat untuk pembelajaran akademik.Guru sebagai Pemimpin Kurikulum Bilik DarjahSecara sinonimnya, guru mempunyai persepsi bahawa peranan kepimpinan guruterletak di bahu pengetua atau pentadbir sekolah.Asas kejayaan sebuah sekolah danpencapaian pelajar yang cemerlang bukan disebabkan oleh pemimpin pengajaran iaitupengetua atau guru besar sahaja tetapi adalah didorong kolaborasi dan kordinasi paraguru selaku pemimpin di dalam bilik darjah manakala pengetua adalah selakupenyelaras atau pentadbir. Bagi Hook dan Vass (2000) kepimpinan bilik darjah yang berkesan memerlukanguru yang memiliki kemahiran-kemahiran berikut: 1. Boleh mengembangkan keupayaan untuk memahami dan mempunyai visi; 2. Mempunyai kemahiran menghasilkan hubungan yang berkesan; 3. Memahami tingkah laku dan keinginan murid-muridnya; 4. Memahami bilik darjah adalah satu sistem; dan
  12. 12. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah 5. Berkebolehan mencari penyelesaian dan menganalisis maklumat. Kepimpinan sebagai usaha atau tindakan mempengaruhi pihak lain dengansecara informal atau tidak formal bagi bertujuan untuk mencapai matlamat yangdihasratkan.Kepimpinan yang baik akan sentiasa membawa perubahan positif ke ataspihak yang dipimpin. Kepimpinan adalah proses menerima apa yang orang lain lakukanserta bersama dengan orang itu akan faham dan menjadi komited.Kepimpinan guruadalah berkait dengan pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran professionguru-guru dan juga perkembangan murid.Selain itu peranan kepimpinan guru ialahsegala tindakan yang dilakukan seseorang pengetua atau pihak yang diamanahkanuntuk menggalakkan pertumbuhan pembelajaran di kalangan murid-murid.Oleh itu, gurusewajarnya mengambil berat terhadap pembelajaran iaitu perkembangan murid itusendiri. Terdapat lapan ciri-ciri kepimpinan guru yang dapat meningkatkan pencapaianpelajar iaitu : 1. Guru boleh membentuk dan menyampaikan visi yang jelas di dalam bilik darjah. 2. Guru mempunyai kebolehan memimpin dan fleksibel serta keterbukaan. 3. Guru berkebolehan untuk memimpin dan menjadi contoh serta teladan ‘role model’ kepada murid-muridnya. 4. Guru perlu bijak dan cekap membuat keputusan yang memberikan kebaikkan kepada murid-muridnya dengan tidak menjejaskan kepentingan yang lain. 5. Guru perlu mengikis sikap mementingkan diri sendiri sebaliknya mengutamakan kepentingan dan kebajikan murid-muridnya. 6. Guru perlu membuat pertimbangan yang seimbang dan rasional bertujuan mengelak perasaan ketidakpuasan hati dalam kalangan murid. 7. Guru perlu bersifat jujur dan merendah diri bagi tujuan membina jalinan hubungan yang positif antara guru dan murid. 8. Guru perlu berusaha mengamalkan pembelajaran yang berterusan untuk tujuan mempertingkatkan serta menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran Menurut pandangan tradisional, kerja guru dilihat sebagai pasif di mana guruakan menunggu arahan dan tunjuk ajar dari pihak atasan sebelum dia bertindak. Maka,penggubalan kurikulum dibuat oleh pakar manakala guru cuma akan melaksanakannyasahaja. Selain itu, guru seolah-olahnya tidak mempunyai halatuju sendiri dan mestimengharapkan pengetua membekalkan halatuju tersebut. Dari sudut pandangan kepimpinan guru, bidang keguruan dilihat sebagai kerjaprofesional di mana pihak guru dibantu dalam pelaksanaan tugasnya oleh hasil kajiandan maklumat. Guru pemimpin juga membina perkongsian bestari dengan guru-gurulain dan pakar-pakar dalam bidang tertentu. Contohnya, seorang guru Biologi bolehmendapat bantuan kepakaran daripada personel kesihatan, pegawai teknikal di JabatanAlam Sekitar dan ekologis di Taman Botanika. Danielson (2006) menyatakan bahawa kepimpinan guru adalah terdiri daripadaamalan-amalan seperti yang berikut: • Menggunakan evidens dan data dalam membuat keputusan • Melihat peluang dan mengambil inisiatif • Menggerakkan orang untuk mencapai matlamat bersama • Mengatur maklumat dan mengambil tindakan • Memantau kemajuan dan mengubahsuai pendekatan apabila keadaan berubah • Mengekalkan komitmen orang lain • Menyumbang kepada pembelajaran organisasi
  13. 13. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahKualiti Guru Sebagai Pemimpin: 1. Memahami jiwa pelajar dan tahu menarik perhatian mereka dengan kelakuan yang baik dan mulia, tetapi bukannya merendah diri. 2. Tegas tetapi bukan diktator 3. Lemah lembut tetapi bukannya lembut 4. Boleh mengajar dengan menarik, bukan kelakar. 5. Mempunyai ilmu pengetahuan, tetapi tidak angkuh.Guru dan Ciri-Ciri Kepimpinan:Berdasarkan pandangan al-Farabi, Ibnu Khaldum, al-Ghazali dan Prof. Dr. Hamka,dapat dirumuskan tentang ciri-ciri pemimpin Islam: 1. Taqwa kepada Allah 2. Sihat tubuh badan 3. Berpengetahuan luas 4. Mempunyai keyakinan untuk mencapai tujuan. 5. Memiliki stamina bekerja 6. Rajin berusaha 7. Suka berkerjasama 8. Peramah 9. Menjalin dan mempertahankan kebenaran 10. Penyabar (menghadapi kerenah pelajar) 11. Suka menghubungkan silaturrahim 12. Tidak gentar, atau berani di atas kebenaran 13. Pintar dan fasih berbicara (al-Farabi: Pandai berpidato) 14. Kuat pendirian 15. Melaksanakan apa yang dikatakan 16. Tidak membezakan orang (pelajar) dalam pergaulan 17. Suka memberi dan menerima nasihat 18. Berpakaian kemas dan bersih 19. Rendah hati 20. Ikhlas 21. Cepat memberi keputusan 22. Berfikir secara rasional, bukan dengan emosi 23. Adil 24. Tahan dikritik 25. Bertimbangrasa dan 26. Memiliki sedikit ilmu jiwa secara umum Guru dijangka memimpin para pelajar mereka untuk mencapai kejayaanpembelajaran di luar jangkaan biasa. Para guru mampu memupuk kejayaan sebeginidengan mengenali para pelajar di dalam dan di luar waktu pembelajaran; menyediakanrancangan pendidikan yang memenuhi keperluan setiap pelajar; mengajar dengancukup menarik; bekerjasama dengan para guru lain, para pentadbir dan ahli komunitisetempat untuk memperoleh kemahiran dan sumber untuk kelas; dan mentadbir danmenganalisis keputusan peperiksaan untuk memastikan para pelajar mencapaimatlamat akademik mereka. Menurut Abdullah Sani (et.al), dalam buku “Guru Sebagai Pemimpin”, kepemimpinanguru dapat dirumuskan sebagai sebagai keupayaan guru menggantikan kuasa ataukedudukan. Bagi mencapai situasi ini, ia memerlukan usaha dan tumpuan penuh pihakpengurusan sekolah dalam menyemai keperibadian guru yang dapat melahirkanperasaan hormat daripada orang dipengaruhi iaitu pelajar. Manakala guru pula perlu
  14. 14. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjahmemperkembangkan personaliti diri bagi menarik perhatian orang yang ingindipengaruhi..Bagi mengekalkan kepemimpinan orang lain terhadap guru, seseorang guru perlulahsentiasa meningkatkan kebolehannya dalam bidang yang dipertanggungjawabkan.Dengan itu, pelaksanaan tugasan melalui kepemimpinan guru memerlukan kriteria-kriteria seperti berikut:• Keperibadian yang perlu disemai dan dapat melahirkan perasaan hormat.• Personaliti yang perlu diperkembangkan bagi mewujudkan pertalian yang dapatmenyakinkan pihak sekolah dan staf.• Kedudukan yang perlu dihormati, diteladi dan dipatuhi.• Kebolehan yang mewujudkan kepercayaan dan amanah.Menurut Haris dan Muijs (2005), terdapat dua konsep utama dalam membentuk ciri-cirikepemimpinan guru iaitu peranan dan tanggungjawab serta kerjasama. Dalam konseppertama, mereka menerangkan bahawa guru tidak hanya bertanggungjawab danmemainkan peranannya dalam batasan ruang linkup bilik darjah bagi mempengaruhipelajar mencapai matlamat sekolah tetapi tempat memainkan peranan dalam usahamencapai matlamat yang yang telah disusun oleh pihak sekolah.Tambahan itu, guru yang berkepemimpinan memainkan peranannya sebagai guru yangbukan hanya membimbing pelajarnya memperoleh pencapaian yang terbaik tetapi jugaberupaya memimpin dan membimbing teman sekerjanya ke arah matlamat yang hendakdituju iaitu matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah tanpa arahan ataupaksaan daripada pihak atasan. Berdasarkan kepada perspektif ini, Katzenmeyer danMoller (2005) menghuraikan tiga kemahiran kepemimpinan utama yang perlu dimilikioleh seseorang guru.1) Guru yang berkepemimpinan berkebolehan mempengaruhi pelajar atau rakan laindan bertindak sebagai fasilitator, mentor, pakar kurikulum, pembentuk pendekatanbaharu yang menerajui kumpulan pembelajaran dan sebagainya.2) Mengambil bahagian dalam tugas-tugas operasi sekolah seperti melibatkan dirimenerusi peranannya sebagai ketua bahagian seperti guru kanan, guru sumber danlain-lain, menjadi ahli kepada kumpulan kerja seperti jawatankuasa bertindak sebagaiguru disiplin, guru persatuan dan lain-lain serta bertindak selaras dengan matlamat yangditekankan oleh pihak sekolah. Selain itu, guru yang berkepemimpinan ini juga tidakperlu menunggu arahan daripada pihak atasan bagi menjalankan tanggungjawabsebagai ahli kumpulan kerja. Sebaliknya, beliau mengetahui tugas yang perlu dibuat danbertindak ke arah matlamat yang hendak dicapai dengan sendirinya.3) Melalui keahlian jawatankuasa kantin, jawatankuasa PIBG dan lain-lain, guru yangberkepemimpinan berupaya melakukan perubahan dengan memberi sumbangan ideayang baik, dapat diterima pakai dan melakukan tindakan sesudah diberi kuasa sebagaiahli. Contohnya, memberi idea yang dapat diterima pakai memperbaiki mutuperkhidmatan pelanggan di kantin sekolah seperti menukar sistem perkhidmatankaunter di kantin supaya lebih cepat dan efisien.
  15. 15. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahManakala konsep kedua dalam kepemimpinan pula merujuk kepada konsep kerjasama.Konsep ini penting kerana agak mustahil bagi individu yang berketerampilan memimpindan memajukan institusi tanpa kerjasama daripada individu lain yang mempunyaiperkaitan kerja dengannya.Menurut Liberman (2000), kepemimpinan ialah individu yang membantu rakannnyadalam mencuba idea baru dan memberi dorongan kepada mereka. Kepemimpinan gurubukan sahaja melibatkan kerjasama antara rakan sejawat di sekolah tetapi turutmemastikan kejayaan sekolah. Justeru itu, kepemimpinan guru perlu menjalinkankerjasama antara sekolah dengan masyarakat. Dengan itu, perbincangan dalam temakepemimpinan guru akan dibahagikan kepada beberapa subtajuk kecil. Antaranya,kepemimpinan guru dalam bilik darjah, kepemimpinan guru menurut pandangan Islam,kompeten kepemimpinan guru, implikasi kepemimpinan guru dan kepemimpinan gurudalam pengajaran dan budaya sekolah.Isu dalam Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahKebanyakan guru mempunyai persepsi yang tidak tepat tentang kepimpinan bilik darjahkerana bagi mereka peranan kepimpinan terletak di bahu pengetua atau pentadbirsekolah. Persepsi ini perlu dibetulkan bahawa asas kejayaan sebuah sekolah yangberjaya bukannya disebabkan oleh pemimpin pengajaran (pengetua atau guru besar)tetapi disebabkan oleh kordinasi para guru selaku pemimpin pengajaran. Pendapat initelah membezakan peranan antara pengetua sekolah dengan gurunya di mana guruberperanan sebagai pemimpin pengajaran dan pengetua sebagai penyelaras sahaja.Pendapat ini telah disokong berdasarkan hasil kajian ke atas sekolah-sekolah efektif dimana ciri-ciri kepimpinan pengajaran yang dimiliki pengetua sekolah menjadi faktorutama yang dapat memajukan sesebuah sekolah. Amalan kebiasaan guru di dalam bilikdarjah lebih banyak kepada pengurusan darjah sedangkan kepimpinan bilik darjah tidakmenjadi keutamaan. Situasi ini disebabkan program-program yang berkaitan denganlatihan guru lebih banyak memberi penekanan kepada amalan bilik darjah. Kesannya,guru yang mengajar tidak menyedari tentang peranan mereka yang sebenar. Guruberanggapan bahawa peranan mereka hanya mengajar murid-murid mengikut sukatanpelajaran yang disediakan dan secara tekal akan memastikan sukatan pelajaran yangdiperuntukkan perlu dihabiskan mengikut jangka masa yang ditetapkan. Guru adalahagen perubahan yang penting dalam memastikan sekolah mereka menjadi sekolah yangberkesan. Guru sebagai agen perubahan perlu dijadikan agenda penting iaitumempelajari ciri-ciri kepimpinan bilik darjah yang berkesan perlu dijadikan agendapenting iaitu mempelajari ciri-ciri kepimpinan bilik darjah yang berkesan danmengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya kualiti dankeberkesanan sekolah dapat ditingkatkan. Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi mudadengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alamdewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamatpendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telahmenyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkanmutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salahsatu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada
  16. 16. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjahsemua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalanatau cara hidup. Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalampelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yangdikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP)Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripadaguru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luarbandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman danpulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini jugaturut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan gurumengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajardi sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar matapelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhikeperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjekberkenaan maka kewibawaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar muladipertikaikan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi menghadapikesulitan untuk membekalkan pengambilan guru yang selayaknya untuk mendidik parapelajar. Permasalahan wujud apabila terdapat segelintir individu yang memasuki bidangperguruan kerana tiada pekerjaan lain dan bukan kerana minat untuk mendidik semata-mata. Masalah ini akan memberikan impak yang besar kepada pelajar dan jugasekolah.Ini kerana guru yang sekadar makan gaji ini tidak akan mengajar secarabersungguh-sungguh atau pun untuk niat mendidik tetapi mengajar untuk tujuan wangsemata-mata. Di sekolah tidak semua guru besar atau guru penolong kanan mengamalkankepimpinan pengajaran yang berkesan. Kebanyakan mereka berfungsi sebagaipentadbir. Kurangnya peranan serta fungsi kepimpinan pengajaran daripada guru besardan guru penolong kanan merupakan masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakansekolah dalam jangka masa yang panjang (Ramaiah, 1992). Kepimpinan pengajaranguru besar dan guru penolong kanan adalah sangat penting kerana kepimpinanbercorak ini dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran berkesan di kalanganpara guru dan pelajar yang dapat menghasilkan prestasi akademik yang cemerlang.Inibermaksud sekiranya guru besar dan guru penolong kanan juga memainkan perananyang berkesan sebagai pemimpin pengajaran ianya dapat mempengaruhi para gurumengamalkan pengajaran berkesan di bilik darjah. Hanya dengan pengajaran yangberkesan di bilik darjah pembelajaran di kalangan para pelajar akan berlaku secaraberkesan. Oleh itu pertalian antara kepimpinan pengajaran guru besar dan gurupenolong kanan dan amalan pengajaran guru yang berkesan di bilik darjah adalahsangat kuat dan akibatnya akan mempengaruhi pencapaian akademik para pelajarRUMUSANMenjadi seorang pemimpin di peringkat sekolah tidak semudah yang disangka. Sifat-sifat terpuji diri peribadi berserta beberapa ciri kepemimpinan perlulah ada dan dikuasaipada tahap yang cemerlang dan tinggi supaya matlamat, misi dan visi sekolah,masyarakat dan negara dapat dicapai. Merealisasikan sebuah sekolah yang berkesandan berwatak, dengan iklim yang positif dan budaya yang tersohor tidak mungkindicapai dengan berangan-angan sahaja. Semua warga sekolah mestilah memahami
  17. 17. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjahkonsep berhubung keberkesanan dan kecemerlangan in secara menyeluruh di sampingmenumpahkan segala komitmen dengan semangat kesejawatanan yang tinggi dalammenggarap dan mewujudkan sekolah berkesan dan berwatak. Adalah menjadi tugasutama seorang pemimpin trasnformasional pendidikan berupaya dan berkebolehanmenjadi role-model yang dapat memberi inspirasi dan motivasi kendiri kepada anakdidik dan guru-gurunya di sekolah dan kepada ibu bapa dan penjaga murid-murid.Sebagai pemimpin transformasional pendidikan, kita sangat wajar mengenalpasti hatidan budi pelajar kita dalam melaksanakan tugas mengajar dan mendidik. Kerjamemimpin dan membimbing adalah suatu kerja yang tidak ada penghujungnya perludijadikan keutamaan dalam senarai tugas kepemimpinan pendidikan disekolah. Mengenali ciri dan memahami konsep serta mewujudkan komitmen dalammembangun diri (dan organisasi) agar dapat menjadi guru sebenar, ke sekolah tidakjemu, mengajar tidak lesu; patut menjadi agenda utama dalam merealisasikan sekolahberkesan dan sekolah berwatak. Memang tidak dapat dinafikan lagi suasana sekolahbanyak memberi impak ke atas kepimpinan bilik darjah. Kepimpinan bilik darjah yangdiamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan pencapaian matlamat sebuah bilikdarjah malah memberi kesan ke atas semua individu yang ada dalam bilik darjahtersebut. Guru seharusnya bertindak termasuk merefleksi diri, cuba melaksanakanpembelajaran secara penyelesaian masalah dalam menuju ke arah kepimpinan bilikdarjah yang berkesan..BIBLIOGRAFIAbdul Said Ambotang & Muhamad Hisyam Mohd Hashim. Hubungan Iklim Kerja dan Stres dalam Pengurusan Bilik Darjah dalam Kalangan Guru Prasekolah. Journal of Techno-Social Universiti Malaysia Sabah &Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 69-81.Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2008. Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum. Tanjong Malim. Quantum Books.Amir Hasan Dawi. 2009. Sekolah dan Masyarakat. Quantum Books.Khadijah Binti Daud & Mohamed Noor Bin Basiron. Persepsi Guru-Guru Terhadap Kepimpinan Pengajaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran Semasa Guru Besar Mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Di Sebuah Sekolah Kebangsaan Di Daerah Johor Bahru. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.Loh Kok Cheang. Kepimpinan Guru (Teacher Leadership) di Sebuah Sekolah Menengah Kerajaan di Papar: Kes SMK Majakir. SMK Majakir, Papar, Sabah.
  18. 18. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahM.Al-Muz-Zammil Bin Yasin & Noor Khaironisa’ Binti Sarjuni. Persepsi Guru Terhadap Gaya Kepimpinan Pengetua Di Dua Buah Sekolah Menengah Di Daerah Kluang,Johor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.Mohd. Salleh Lebar. 1996. Kurikulum Pendidikan Malaysia: Perkembangan dan Haluan. Kuala Lumpur. Berita Publishing Sdn. Bhd.Muhamad Bustaman bin Haji Abdul Manaf. 1997. Pengurusan Strategik:Satu Pengenalan kepada Peranan dan Amalan Konsepnya dalam Pengurusan Sekolah. Jurnal Pengurusan Pendidikan 7(1):14Norasmah Othman dan Kamaruzaman Moidunny. Kepimpinan Pendidikan dan Pengurusan Pendidikan: Cabaran Kepada Pengetua dan Guru Besar. 179-189.Rahmad Sukor Ab Samad dan Shahrir Jamaluddin. 2005. Peranan Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah. Masalah Pendidikan 2005 Universiti Malaya,117-129.Sharifah Maimunah bte Syed Zin. 2001.Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum di Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.GLOSARIKepimpinan- Kepimpinan mengikut Kamus Dewan adalah terbitan daripada “pimpin”membawa erti “bimbing”, “pandu” atau “tunjuk”. Memimpin diberi erti sebagai memegangtangan dan membawa berjalan menuju sesuatu tempat. Kepimpinan membawa ertikeupayaan memimpin.Kepimpinan dari segi Pendidikan- Kepimpinan sekolah adalah proses menyatukan buahfikiran dan pendapat untuk mewujudkan menjadi kesatuan gerak yang terarah padapencapaian matlamat persekitaran, kakitangan sekolah, yang didalamnya terkandungmakna menggerakkan, memotivasi orang lain dan kelompok agar bersedia melakukantugas-tugas sebagai rakan kerja di sekolahPengurusan Sekolah- suatu proses yang terdiri dari usaha mencipta, memelihara, merangsang, danmempersatukan semua daya yang ada pada suatu organisasi pendidikan agar tercapaitujuan yang telah ditentukan lebih dulu- ntegrasi seni dan ilmu secara kreatif idea-idea, material, dan orang dalam satukesatuan organik atau unit yang bekerja secara harmoni untuk mencapai tujuan yangdiharapkan.
  19. 19. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahKurikulum merupakan skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusipendidikan seperti sekolah dan universiti. Lazimnya ia ditentukan oleh KementerianPendidikan negara masing-masing tetapi guru juga memainkan peranan dalammenentukan kurikulum mata pelajaran yang diajarinyaPemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang laindi dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalamkepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yangmempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin danpengikut bagi mencapai kecemerlangan
  20. 20. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah2.3 Kepimpinan guru dalam mempengaruhi iklim Bilik DarjahHook dan Vass (2000) telah merujuk budaya bilik darjah yang efektif dengan caramengenal pasti beberapa faktor yang mempengaruhi iklim bilik darjah. Bagi mewujudkanbudaya bilik yang efektif guru-guru perlulah menunjukkan kepimpinan denganmengambil beberapa langkah yang bijak. Langkah ini adalah bertujuan membentuk iklimbilik darjah yang mampu menarik dan membangkitkan minat pelajar dalam prosespengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Hook dan Vass (2000),sekirannya guru-guru dapat menunjukkan kepimpinan yang dapat menarik minar pelajar,proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi menarik dan kondusif. Antaralangkah-langkah tersebut ialah:2.3.1 Mencari keseimbangan antara dorongan dan teguranKetika proses pengajaran dan pembelajaran, iklim bilik darjah yang mesra dan harmoniperlu dicipta oleh guru. Ini kerana kebanyakan pelajar adalah suka dipuji dan diberiperhatian. Pelajar akan merasakan dirinya menjadi penting dalam bilik darjah apabilaselalu dipuji. Kesilapannya mungkin boleh dimaafkan dan diberi tunjuk ajar dengansewajarnya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, sebaik-baik guru bolehberhenti di pertengahan kandungan kurikulum dan menyelingkan beberapa aktivitimenarik. Dengan ini, minat pelajar dapat ditarik untuk meneruskan pembelajaran.Pelajar yang berjaya membuat sesuatu dengan betul juga hendaklah diberikanpenghargaan supaya kepuasan diri dalam melaksanakan sesuatu aktiviti dapatditingkatkan. Dalam hal ini, imej guru juga dapat ditingkatkan malahan pelajar-pelajarakan sentiasa menantikan kehadiran guru tersebut.2.3.2 Membangunkan Rapport bersama pelajarDalam hal ini perhubungan antara guru dan pelajar di dalam bilik darjah perludiwujudkan bagi memastikan pembelajaran yang berkesan dapat diwujudkan. Situasiseperti ini juga akan mendorong para guru mengamalkan tingkah laku yang lebih efektifdan berkualiti. Perhubungan yang wujud juga akan membawa kepada percubaan guruuntuk memahami memahami dunia pelajar dengan tujuan untuk mempengaruhi danmemimpin mereka. Kejayaan memasuki dunia pelajar dapat menghasilkanpersefahaman dengan pelajar khususnya pada taraf emosi yang mesra. Keadaan iniakan menyebabkan dua pihak yang saling terlibat akan saling memahami dalam halberkongsi pengalaman dan saling berkerjasama lantas membawa kepada iklim bilikdarjah yang cukup kondusif.
  21. 21. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah2.3.3 Mengaitkan pelajar dengan harapanHarapan yang tinggi adalah penting bagi pelajar menuju ke arah pencapaian tugasandan pembelajaran yang berkesan. Ramai orang percaya harapan merupakan salah satucara untuk meningkatkan motivasi. Oleh itu, para guru hendaklah memberikan perasaanoptimism yang didesak. Keadaan ini adalah penting untuk memastikan kelangsungankejayaan pelajar dan mencetuskan iklim bilik darjah yang sihat.2.3.4 Mengekalkan hubungan kerja yang sempurnaMenurut Hook dan Vass (2000), mengekalkan hubungan yang sempurna merupakanproses memperbaiki dan memproses semula. Dalam hal ini personaliti yang berbezaperlu diambli kira dan ianya boleh dilakukan dengan dua cara iaitu guru mestimenunjukkan bahawa beliau tidak menyimpan perasaan dendam tetapi menunjukkanteladan yang berkualiti. Mengikis perasaan dendam terhadap pelajar yang melakukankesalahan mestilah sinonim dengan sikap guru yang menerima kesilapan yangdilakukan sebagai satu kelainan yang terdapat pada setiap pelajar. Guru seharusnyamenunjukkan teladan terutamanya menggunakan kuasa yang diperuntukkan dan jelasdalam pengurusan penyelesaian konflik dalam kalangan pelajar.2.3.5 Mengambil kira faktor keselamatan dan keyakinanAspek keselamatan sangat penting dan perlu diberikan perhatian utama dalam prosespengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di mana-mana kawasan. Kepimpinanguru dalam bilik darjah perlu menekankan aspek ini. Ini kerana persekitaran yang sihat,bersih dan selamat akan menjamin proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahajadalam bilik darjah tetapi melibatkan kesemua tempat berlakunya proses pengajaran danpembelajaran.2.3.6 Membantu pelajar merasakan dirinya adalah sebahagian daripada bilikdarjahPakar psikologi telah menyatakan hasrat inti sari manusia adalah menjadi sebahagiandaripada alam sosial dan perasaan intelektual. Oleh itu sebagai pemimpin dalam bilikdarjah, guru hendaklah menggerakkan keinginan pelajar untuk melibatkan diri dalamsuasana bilik darjah mengikut hasrat hati semula jadi. Dalam hal ini pelajar padakebiasaannya mengharapkan peranan mereka dipuji dan diperhatikan oleh guru. Olehitu interaksi dua hala antara guru dan pelajar adalah amat diperlukan dalam sesuatuproses pengajaran dan pembelajaran.2.3.7 Fokus kepada perkara baikDalam hal ini guru hendaklah sentiasa merefleks kepada pergerakan dan percakapandiri. Guru juga harus peka adakah pelajar mengikuti arahan di dalam kelas danmemastikan diri melakukan aksi yang betul. Pada masa yang sama, guru harusmengesan perkara baik yang telah dilakukan oleh pelajar sehingga mencetuskansuasana emosi positif bilik darjah. Sebagai contoh, guru hendaklah memuji pelajar
  22. 22. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjahselepas membantu membersihkan dan menyusun radas setelah menamatkan sesuatueksperimen.2.3.8 Stail guruCara penyampaian dan stail kepimpinan guru di dalam bilik darjah merupakan aspekutama bagi menghasilkan iklim pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Perkaraini termasuklah suara guru yang perlu sesuai, lantang dan jelas dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Di samping itu sikap positif dan berekspektasi tinggi yangdipaparkan oleh seorang guru akan membawa pelajar ke arah kecemerlangan dalamaspek emosi, psikomotor dan afektif. Cara kepimpinan guru demokratik yangmenekankan kepada kerjasama, berinisiatif serta bertoleransi juga mampu membimbingpelajar kepada nilai-nilai positif. Penggunaan pujian dalam bilik darjah turutmenghasilkan peneguhan positif kerana pelajar yang sering dipuji akan berasa seronokdan bermotivasi tinggi dalam sesuatu pelajaran.2.4 Menjadi pemimpin pengajaran yang berkesan di dalam Bilik DarjahGlickman (1990), menyatakan bahawa kepimpinan pengajaran hanya akan dapatdijalankan sekiranya pemimpin atau guru tersebut memiliki tiga ciri utama iaitupengetahuan yang mendalam, tugasan dan keperluan kemahiran. Sebagai contoh,seorang guru yang mengajar mata pelajaran Sains hendaklah menguasai keperluanyang mendalam dalam bidang ini untuk memastikan proses pengajaran danpembelajaran di dalam bilik darjah berjalan dengan lancar. Apabila pelajarmengemukakan soalan guru dapat memberi respon yang positif dan memenuhikeperluan ingin tahu pelajar lantas memupuk keyakinan dalam diri pelajar. Dalam aspektugasan pula, guru seharusnya menekankan matlamat tugasan, manakala para pelajarpula patut mengetahui prosedur menuntut ilmu dengan penemuan diri.Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik gurusebagai pemimpin dalam bilik darjah sewajarnya memiliki kemahiran interpersonal dankemahiran teknikal. Kemahiran interpersonal merupakan keupayaan meneka mood,tujuan motivasi dan perasaan orang lain. Dalam hal ini, guru yang berada dalam bilikdarjah harus peka kepada air muka, suara dan pergerakan badan pelajar. Kebolehandan keprihatinan guru mengecam dan mengenal sifat pelajar di dalam kelas akanmemudahkan guru mengecam dan mengenal sifat pelajar di dalam kelas lantasmemudahkan guru untuk memupuk suka dalam kalangan pelajarnya.Kemahiran teknikal pula merujuk kepada keupayaan guru dalam pengurusan alat bantumengajar seperti computer, projector LCD, carta dan sebagainya. Ini kerana prosesdengan penggunaan alat bantu mengajar suasana bosan dan tidak bermaya dapatdielakkan dalam ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sedangberlangsung. Kemahiran guru dalam menggunakan alat bantu ini juga akanmemudahkan lagi dan mampu menimbulkan minat pelajar untuk belajar.2.5 Membentuk agenda Bilik Darjah
  23. 23. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahAgenda dalam bilik darjah adalah sangat penting dalam menentukan implementasikepimpinan bilik darjah. Pembentukan agenda bilik darjah yang sesuai adalah pentinguntuk membentuk iklim bilik darjah yang sihat untuk pembangunan akademik dan sosialpelajar. Menurut Hook dan Vass (2000), terdapat empat kunci utama utama dalamagenda bilik darjah iaitu hak, tanggungjawab, peraturan dan rutin.2.5.1 Hak guru dan pelajarKetika mengaplikasi teori kepimpinan di dalam bilik darjah, guru memerlukan responyang jelas, yang boleh disampaikan, yang berkerangka untuk membuat satu keputusanke atas tingkah laku pelajar. Kerangka tersebut merupakan kerangka yang bolehditerima dan difahami oleh pelajar dalam situasi tertentu. Keputusan yang telah dibuathendaklah berdasarkan pertimbangan atas had yang telah disokong atau dilanggar darisegi empat hak asasi pelajar, iaitu:• Hak pelajar untuk belajar;• Hak guru untuk mengajar;• Hak setiap individu untuk aspek keselamatan ( fizikal dan psikologi); dan• Hak setiap individu untuk taraf penghormatan dan kemuliaan.Berdasarkan kepada hak asasi tersebut, pengurusan tingkah laku dalam kelas adalahterpulang kepada hak guru. Dengan ini guru dapat mengatasi kekeliruan yang timbuldalam bilik darjah. Dalam pada itu, guru juga dapat mengatasi tanggungjawabprofesionalisme kerana berkuasa ke atas perlindungan hak individu dalam aspekkeselamatan. Dengan ini pelajar akan berasa lebih selamat sebelum menjalani prosespengajaran yang berkesan.2.5.2 TanggungjawabTanggungjawab guru dalam bilik darjah lebih memokuskan kepada tingkah laku pelajaruntuk membuat keputusan atau pemilihan positif. Sebagai seorang guru, usahamendorong pelajar untuk memilih tingkah laku yang bertanggungjawab kea rahkepimpinan bilik darjah yang berkesan adalah rumit. Oleh itu, guru harus sentiasamendorong pelajar supaya bertanggungjawab ke atas kelakuan dan usaha diri demimencapai kejayaan yang diingini.2.5.3 PeraturanSemasa di sekolah guru-guru hendaklah sentiasa menekankan kepentingan peraturansekolah. Semasa proses pengajaran dan pengajaran guru perlu menekankan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar. Antara peraturan tersebut;• Mengikuti arahan guru• Menjaga dan memerhatikan tangan, kaki, dan harta benda diri; dan• Jangan mengantuk, memanggil nama orang lain, bergerak sesuka hati dansebagainya.Peraturan pertama adalah bertujuan untuk memastikan guru dapat mengajar dan pelajardapat belajar dalam suasana yang sesuai. Peraturan kedua pula bertujuan untukmenjamin keselamatan fizikal dan psikologika dan yang ketiga adalah untuk menjagahak dari segi kehormatan dan kemuliaan. Ketiga-tiga peraturan ini sewajarnya dijadikan
  24. 24. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjahpanduan oleh para guru. Selain itu, guru juga harus memastikan para pelajar dapatmemahami kehendak peraturan ini. Kata-kata ini boleh dipaparkan di mana-mana sudutbilik darjah yang senang dibaca. Akhir sekali guru harus memastikan pelajar mematuhiperaturan ini demi kepentingan mereka.2.5.4 RutinRutin merupakan satu perkara yang berbeza dengan peraturan kerana mengutamakanaspek pentadbiran dan prosedur yang diperlukan supaya suasana bilik darjah tidakmenjadi kacau bilau. Rutin merupakan satu set perilaku yang perlu dibuat untukmembantu kejayaan pelajar. Rutin bilik darjah merujuk kepada aktiviti-aktiviti bilik darjahseperti menanda jadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah, mengedaralat bantu mengajar mengutip dan memulangkan buku latihan dan sebagainya.Sekiranya rutin ini dapat diuruskan dengan sistematik, masa dan tenaga dapatdijimatkan dan disiplin pelajar dapat dipertingkatkan. Rutin yang teratur ini akanmenjamin kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.3.0 KEPIMPINAN DAN PERANAN GURU DALAM PERSPEKTIF ISLAM3.1 Kepemimpinan dalam IslamMenurut perspektif Islam, kepimpinan adalah amanah yang wajib ditunaikan. Pemimpinpula ialah orang yang memandu dan mengajak orang lain ke arah kebahagiaan,mendapat keredhaan Allah, membuat segala suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya (Ibrahim Mamat, 1997:110). Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali Imran ayat 110:“Kamu (wahai Muhammad) adalah sebaik-baik umat dilahirkan bagi manusia, (kerana)kamu menyuruh berbuat baik dan melarang daripada perkara yang salah (buruk dankeji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”.Intipati ayat di atas memberikan gambaran yang jelas tentang kedudukan pendidiksebagai pemimpin. Dalam pada itu, mereka bertanggungjawab dalam menyampaikanilmu dan membina perkembangan manusia sebagai amanah Allah untuk membawamanusia ke jalan kebenaran. Hal ini dapat kita jelaskan sebagaimana yang berlakukepada Rasulullah s.a.w. ketika menerima wahyu pertama, Baginda telah diajar dandibimbing oleh malaikat Jibril a.s selaku guru kepada Baginda.Sehubungan itu, kepemimpinan dalam Islam sifatnya adalah bersepadu, iaitukepemimpinan yang menitikberatkan keseimbangan di antara roh dan jasad,pembangunan antara spiritual dan material bagi menjamin kesejahteraan hidup di duniadan akhirat (Andek Masnah, 1999). Pendidik yang mempunyai kefahaman yang jelasterhadap pelaksanaan keperluan insan secara sepadu ini akan membuahkan hasil kearah matlamat yang ingin dicapai. Di samping itu, kewibawaan pemimpin adalah perluuntuk membawa ke arah kecemerlangan ummah. Dua prinsip kepimpinan yang telahdigariskan oleh Ibn Taimiyyah (1999) iaitu prinsip kepimpinan al-Quwwah (berwibawa)dan al-Amanah (takut kepada Allah s.w.t.).
  25. 25. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahPeristiwa dan paparan sejarah telah banyak menampilkan keunggulan beberapa tokohkepeimpinan Islam seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab,Saidina Usman Ibn Affan, Umar Ibn Abdul Aziz dan lain-lain. Tokoh-tokoh Islam inisentiasa mengamalkan sifat taqwa, amanah, jujur dan ikhlas dalam kepimpinan mereka.Oleh itu, sifat-sifat inilah yang menjadi qudwah dan contoh teladan terbaik kepadamasyarakat (Kamaruddin Zakaria, 2000). Sejarah juga telah membuktikan bahawa parasahabat generasi awal yang taat kepada Allah s.w.t ini telah berjaya membangunkan dirimenjadi individu yang cemerlang sehingga mereka telah diiktiraf oleh Allah s.w.t sebagaisebaik-baik umat (Nor Hayati Alwi, 2002).Kenyataan ini membuktikan bahawa kepimpinan Islam amat mementingkan persoalanakhlak, sifat-sifat mulia, kemampuan dan kewibawaan dalam memimpin ummah.Menurut Aminuddin Mohd. Yusuf (1990) pula, pemimpin yang menjadi model kepadayang dipimpin seharusnya mempunyai kemampuan dan kemahiran dalam aspektertentu untuk melayakkan dirinya sebagai pemimpin yang terbaik dan berwibawa.Lantaran itu, ilmu pengetahuan adalah aset penting untuk mamastikan wujudnya kualitikepimpinan. Seterusnya, pendidik yang kaya dengan ilmu akan dapat memberikeyakinan kepada pelajar sehingga martabat pendidik dianggap sebagai ulamak.Pendapat di atas ini telah diperkukuhkan lagi oleh Zawawi Ahmad (1991) yangmenjelaskan bahawa pendidik berperanan sebagai pemimpin, pembimbing danpengajar masyarakat. Mereka diharapkan dapat memimpin generasi muda ke arahkehidupan yang selamat dan sejahtera. Menurut beliau, pendidik juga seharusnyamelaksanakan konsep kepimpinan melalui teladan.Hadari Nawawi (1993) turut menyatakan bahawa kepimpinan pendidik yang lebihmantap dan efektif adalah melalui beberapa ciri berikut antaranya:• Sikap dan perilaku pendidik yang baik.• Akhlak yang terpuji dan baik.• Kemampuan menggerak terhadap pimpinannya.• Kemampuan dalam memotivasikan pimpinannya.Tegasnya, Islam sangat memandang berat terhadap tugas dan tanggungjawab pendidiksebagai pembimbing dan pemimpin untuk penyampaian ilmu. Tugas pendidik bukansahaja mengajar, menimba ilmu atau memberi ilmu, malah mendidik dan memimpingenerasi ke arah kehidupan yang sejahtera.Pada dasarnya, kepimpinan pendidikan Islam telah lama wujud dalam kepimpinan Islamdan telah dipraktikkan oleh Rasullullah s.a.w. dalam mendidik dan memimpin umatIslam, khususnya para sahabat. Dengan itu, konsep kepimpinan pendidikan Islam telahdijadikan model dan platform kepada teori kepimpinan pendidikan yang dihasilkan olehpakar-pakar sepanjang zaman. Tambahan itu, sejarah telah membuktikan bahawaRasulullah s.a.w. sebagai pembawa risalah, sekaligus sebagai pendidik dan pemimpinyang unggul. Kepimpinan Islam dapat dirujuk melalui kepimpinan Rasulullah s.a.w.sebagai ikutan yang terbaik kerana pada diri Baginda terdapat segala contoh danteladan yang baik dalam semua aspek kehidupan (Ibrahim Mamat 1997:110). Hal ini
  26. 26. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjahsesuai dengan sabda Baginda dalam hadisnya yang bermaksud, “Sesungguhnyadiutuskan aku untuk menyempurnakan akhlak yang mulia” (Riwayat al-Bukhari).Di samping itu, keagungan kepimpinan Rasulullah s.a.w. jelas terbukti melaluikegemilangan usaha Baginda sebagai pendidik dan pemimpin yang berjaya membawaumatnya dari kegelapan kepada kesejahteraan ummah. Meskipun usaha Baginda inimemakan masa selama 23 tahun, namun matlamat untuk membina, mendidik danmelahirkan generasi Islam yang unggul dapat berkembang sehingga ke hari ini.Matlamat pendidik Muslim bertepatan dengan ciri kepimpinan Rasulullah s.a.w. dalamproses mendidik dan memimpin ummah ke arah ummah yang berilmu dan sejahtera.Para ilmuan terdahulu telah menjelaskan bahawa kejayaan kepimpinan Rasulullahs.a.w. adalah dengan melaksanakan pelbagai kaedah dan amalan seperti bersifatpenyabar, prihatin, bersikap adil, tulus dan memimpin secara praktikal iaitu melaluicontoh teladan (Ibrahim Mamat 1997: Ab. Halim 2002). Oleh yang demikian, ciri-ciriinilah seharusnya dicontohi oleh setiap pendidik hari ini dalam melaksanakan prosesmendidik untuk melahirkan insan yang mulia.Berdasarkan kepada kajian kepimpinan pendidikan, golongan pendidik disarankan agarmelaksanakan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan berkualiti seperti yang diamalkan olehNabi Muhammad. Namun, realiti ini masih belum berlaku dalam kalangan pendidikzaman sekarang. Dalam hal ini, konsep mendidik, membimbing dan memimpin telahsemakin luntur disebabkan terlalu memberi fokus kepada pemindahan penyampaianilmu dan maklumat, penekanan prestasi akademik dan berorientasikan peperiksaansemata-mata (Zainal Abidin Kadir 1994, Wan Mohd Zahid Nordin 1993, Zahrah Bahran1997). Keadaan ini membuktikan bahawa sebahagian pendidik atau guru pada hari inimasih belum mampu untuk mewujudkan kepemimpinan yang berwibawa dan berkualiti.Sehubungan itu, kewibawaan pendidik atau guru Muslim adalah sangat penting dalammelaksanakan usaha mendidik dan memimpin pelajar secara lebih berkesan. Misalnya,pendidik haruslah menerapkan sifat-sifat keunggulan dan keluhuran Rasulullah s.a.w.dalam diri mereka agar dapar menjadi role model kepada para pelajar dan dapatmembentuk sifat terpuji dalam diri setiap pelajar. Dalam pada itu, didapati masih ramaipendidik pada hari ini tidak mampu menjadikan dirinya sebagai role model terbaikkepada pelajar, malah tidak dapat menerapkan nilai-nilai mulia ke dalam diri pelajardalam proses pengajaran dan pembelajaran (Ab. Halim Tamuri 2000). Kesannya,Pendidikan Islam gagal untuk dihayati dan diamalkan dalam kehidupan mereka.Kegagalan pendidik dalam memperkasa nilai-nilai murni dan sifat mahmudah ke dalamdiri pelajar menjadi faktor krisis akhlak dan disiplin pelajar yang semakin meruncing.Oleh itu, para pendidik seharusnya menyedari perkara ini dalam membina kekuatan dirisebagai pendidik dan pemimpin yang terbaik. Tegasnya, pendidik Muslim hendaklahmelaksanakan kepimpinan pendidikan berteaskan kepada kepimpinan Rasulullah s.a.w.demi kesejahteraan dan kegemilangan ummah.Kenyataan di atas membuktikan bahawa pendidik perlu memiliki ciri dan sifat-sifatkeluhuran dan keterampilan diri untuk dijadikan contoh yang baik kepada pelajar danmasyarakat. Hal ini kerana, kegagalan menampilkan ciri-ciri tersebut akanmembantutkan keunggulan ummah dan secara tidak langsung akan merendahkanmartabat golongan pendidik agama sebagai golongan ulamak yang berwibawa. Oleh itu,
  27. 27. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjahperanan dan kepimpinan pendidik bukan sekadar melaksanakan tugas pengajarandalam kelas atau dewan kuliah, malah memberi makna yang lebih luas ke arahperubahan yang lebih baik terhadap individu menurut pandangan Islam. Selain itu, bagimempamerkan keunggulan kepimpinan pendidik Muslim, tingkah laku dan ciri-cirikemuliaan haruslah diamalkan.4.2 Dimensi Kompeten Kepimpinan GuruDalam membincangkan mengenai kepimpinan guru, seseorang guru juga hendaklahmemiliki keupayaan untuk melihat sesuatu perkara tersebut melalui sudut dan dimensiyang berbeza daripada orang lain. Terdapat empat dimensi yang berbeza bagi guruyang memiliki keupayaan melihat melalui dimensi yang lain mengikut pengelasan yangdigariskan oleh Haris dan Muijs ( 2005 ).1. Untuk meningkat prestasi sesebuah sekolah itu, seseorang guru seharusnya memilikikebolehan untuk menterjemah prinsip-prinsip dan menggunakan penterjemahan ituuntuk dipraktikkan sewaktu berada didalam bilik darjah.Contohnya, guru yang memiliki kepimpinan yang baik boleh mengambil tindakan dengansentiasa menjaga dan memastikan kelas yang didudukinya sentiasa berada dalamkeadaan yang bersih dan teratur untuk meningkatkan keceriaan persekitaran sekolah.2. Dalam pentadbiran sekolah, terdapat perubahan-perubahan drastik yang akandilakukan oleh pihak pentadbir. Oleh itu guru harus mempunyai keupayaan dalammemberi penumpuan ketika turut serta dalam perubahan yang dilakukan. Sikap positifdalam diri setiap guru amat diperlukan untuk sama-sama menjayakan sebarangpembaharuan yang dilakukan oleh pihak sekolah.3. Adalah satu kewajipan bagi sekoarang guru untuk memiliki kemahiran dalammenyampaikan maklumat kepada pelajar sama ada secara langsung mahupun sebagaiorang tengah sahaja. Kepimpinan seseorang guru tersebut akan terbukti apabila mampumenyampaikan maklumat-maklumat yang penting dengan tidak mengambil kiramaklumat tersebut adalah yang lama ataupun yang baru dan lebih sensitif lagi. Akanlebih terbukti lagi jika guru mampu dan sentiasa mendapatkan maklumat tambahansama ada melalui bantuan dalam mendapatkan maklumat yang tepat dan sebagainya.4. Dalam profesion keguruan, hubungan antara rakan sekerja amatlah penting danharus dijaga. Dengan ini, guru mestilah berkeupayaan untuk sentiasa menjaga danseterusnya mengekalkan hubungan yang baik sesama mereka. Ini adalah penting untukmendapatkan kerjasama yang baik antara guru dan seterusnya berusaha bersama-sama meningkatkan prestasi sekolah agar lebih cemerlang.4.3 Kompeten Kepimpinan Guru dan Pencapaian Matlamat SekolahMatlamat sesebuah sekolah untuk muncul sebagai sebuah sekolah yang cemerlangbukan hanya boleh dicapai dengan adanya pelajar cemerlang sahaja. Pencapaianmatlamat sekolah ini turut dipengaruhi oleh kepimpinan yang ada pada guru-guru yangada di sekolah melalui beberapa intipati yang penting. Tokoh seperti Hargreaves( 1991 ), Little ( 1990 ) dan Rosenholz ( 1989 ) telah mengatakan bahawa jika wujudnyafaktor kolaboratif antara guru, kepimpinan yang ada dalam diri setiap guru akan menjadilebih berkesan. Penyataan ini turut diakui dan disokong oleh Teddlie dan Reynold ( 2000) dengan mengeluarkan pendapat bahawa matlamat sekolah dan kepentingankepimpinan setiap guru harus dikongsi kerana ia adalah amat penting agar dapat
  28. 28. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjahmeningkatkan keberkesanan untuk mencapai matlamat sekolah yang telah digariskan.Ini juga bermaksud dalam membuat sebarang keputusan yang berkaitan dengansekolah haruslah meminta pendapat setiap guru kerana keputusan yang dibuat adalahberkait rapat dengan usaha untuk meningkatkan pencapaian sekolah. Guru-guru sepertiguru panitia, guru matapelajaran dan guru kanan turut berkongsi tanggungjawab dalammenilai dan membuat keputusan untuk kepentingan dan peningkatan pencapaiansekolah.Menurut Hackney dan Henderson ( 2005 ) peningkatan pembelajaran yang bersifatdemokratik sewaktu didalam kelas seperti menggalakkan pelajar berfungsi secarakritikal dan menjadikan pelajar lebih berdikari dan bekerjasama antara satu sama lainadalah didorong oleh kepimpinan guru yang baik dan efektif sewaktu melakukan prosespembelajaran didalam kelas. Pencapaian sekolah ke tahap yang lebih tinggi lagi akanmampu dicapai jika hubungan erat sesame guru wujud di sekolah. Ini adalah kerana,dengan adanya hubungan erat sesama guru ini, peningkatan dalam penyedian prosespengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Hubungan antara guru dan murid disekolah juga secara tidak langsung akan membantu meningkatkan pencapaian sekolahkerana ini akan membuatkan keyakinan pelajar semakin bertambah dan tahappencapaian akan turut meningkat ( Sebring dan Bryk ). Namun walaubagaimanapun,terdapat banyak kekangan dan halangan yang perlu dihadapi untuk melahirkan guruyang berkepimpinan ( Katzenmeyer dan Moller, 2001 ). Masalah-masalah sepertiinteraksi yang kurang dan sikap guru yang mengasingkan diri daripada rakan sekerjamerupakan masalah yang cukup besar dan utama dalam melahirkan guru yangberkepimpinan. Ini sekaligus akan merencatkan dan menjarakkan pencapaian sekolah.Faktor lain seperti sifat degil yang tidak menerima kepimpinan orang lain sewaktu dalamperbincangan, pemerhatian dan kerja berpasukan juga adalah penyebab yang besar.Terdapat beberapa nilai kepimpinan yang menyumbang kepada peningkatanpencapaian matlamat sekolah seperti:4.3.1 Penjana budaya sekolahDi sekolah guru dan pelajar mempunyai peranan ataupun fungsinya sendiri iaitu sebagaisebagai sebuah komuniti sekolah. Dalam pebentukan budaya sekolah, guru menggalasbeban utama dengan menjadi entiti ataupun komuditi manakala pelajar sebagai produkpendidikan yang merupakan hasil daripada pembentukan budaya yang dibentuk olehguru. Adalah satu tanggungjawab sebagai seorang guru untuk memimpin pelajar kearah budaya sekolah yang positif. Budaya sekolah yang positif amat diperlukan keranabudaya inilah yang menjadi intipati dan ikutan bagi semua pelajar. Dengan adanyabudaya positif ini juga keyakinan dan kepercayaan pelajar terhadap guru tersebut akanmeningkat dan sekaligus akan mewujudkan suasana pembelajaran dan diri pelajar yanglebih positif. Apa yang diinginkan melalui pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaaniaitu membentuk warga negara yang berketrampilan dan produktif akan tercapai sejajardengan matlamat yang disasarkan oleh sekolah.4.3.2 Menukar kepimpinan
  29. 29. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahUntuk melahirkan guru yang berkepimpinan dalam sekolah bukan la satu tugas yangmudah. Seseorang guru itu haruslah memainkan berfungsi sebagai pakar kurikulum,pembimbing, fasilitator, mentor, pencipta kaedah baru, dan penggalak pembelajaranberkumpulan. Selain daripada peranan diatas, guru juga semestinya perlumemperkasa,merangsang dan meningkatkan kesedaran diri untuk membolehkanpencapaian sekolah dapat ditingkatkan. Selain itu, pencapaian peribadi diri jugaharuslah sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa agar sentiasa menjadi lebih baikdaripada sebelumnya. Pendek kata kepimpinan transformasi adalah satu proses untukmempengaruhi warga sekolah melalui usaha berterusan oleh guru-guru.4.3.3 Kepimpinan pengajaranKepimpinan pengajaran ini bermaksud keupayaan seseorang guru untuk menterjemahwawasan dalam sistem pembelajaran formal sewaktu disekolah. Dalam konteks ini,kemahiran penterjemahan dalam diri guru amat diperlukan. Dengan adanya kepimpinanpengajaran ini, guru dapat menggunakan segala sumber yang ada dengan kadar yangoptimum. Untuk merealisasikan kepimpinan pengajaran ini, guru harus mempunyaistrategi yang sesuai seperti mebentuk rancangan pendidikan yang menarik,pemerolehan serta pengalaman pengajaran dan pembelajaran untuk memastikanrancangan pendidikan dapat dilakukan dengan lebih dan terancang mengikut acuanwawasan yang telah dibina. Usaha, komitmen, kemahiran serta ketrampilan seseorangindividu atau guru amat diperlukan dalam kepimpinan pengajaran agar prestasi setiappelajar akan terus meningkat ke arah kecemerlangan melalui proses pengajaran danpembelajaran di sekolah.4.3.4 Kepimpinan membuat keputusanSetiap keputusan yang dibuat untuk sekolah amatlah penting. Ini kerana besarimplikasinya terhadap sekolah jika sesuatu keputusan yang telah dibuat mendatangkankeburukan kepada sekolah. Oleh itu guru harus bijak dalam menilai setiap aspek yangada sebelum melakukan ataupun membuat sebarang keputusan seperti memilihkeahlian pasukan, ahli jawatankuasa bertindak dan persatuan ibu bapa dan guru. Disamping itu, kemahiran interpersonal yang baik dalam diri guru juga penting keranadengan adanya sikap ini, guru mampu menjalin hubungan ikatan silaturrahim yang eratsesama rakan sekerja.4.3.5 Kepimpinan guru dalam mengurus bilik darjahUntuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan positif kepimpinan guruuntuk mengawal dan mengurus bilik darjah adalah penting kerana kegagalan mengurusbilik darjah akan merencatkan sistem pembelajaran dengan suasana kelas yang tidakterkawal sepeti bising, kotor dan sebagainya. Kepimpinan dalam megurus bilik darjah inijuga termasuk seperti mengurus atau membentuk organisasi bilik darjah, motivasi dandisiplin. Terdapat banyak kelebihan jika pengurusan bilik darjah dapat dilaksanakandengan baik seperti dapat menjimatkan masa dan tenaga guru dan juga pelajar itusendiri. Di samping itu juga akan wujud lebih banyak peluang untuk guru menjalankan
  30. 30. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjahaktiviti-aktiviti yang lebih menarik dan berunsurkan pengajaran dan seterusnyamenjadikan sistem pembelajaran yang lebih bermakna.4.3.6 Kepimpinan guru dan pengupayaan dalam bilik darjahSewaktu berada dalam bilik darjah, kuasa autonomi guru adalah diperlukan untukmengawal dan mengawal keadaan kelas. Kuasa autonomi dimaksudkan adalahmerangkumi aspek penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengambiltindakan untuk kebaikan dan pencapaian murid. Pendek kata, pengupayaan sewaktuberada dalam bilik darjah adalah penggunaan kuasa yang telah diberikan kepada setiapguru bagi menjalankan tugas yang diarahkan dan dipertanggungjawabkan disampingmengawal pelajar.4.3.7 Pembentukan kumpulan kerja dalam bilik darjahDi sekolah, kerja secara berkumpulan adalah amat penting untuk membina kerjasama,sikap bersatupadu dan komitmen yang tinggi diantara guru dan pelajar. Kerjasama yangutuh akan mampu merealisasikan matlamat dan visi yang telah digariskan oleh sekolah.Selain itu. Pembentukan kerja secara berkumpulan juga dapat memperkembangkan danlebih mendalami matlamat sekolah, mencari penyelasaian yang lebih efektif, kreatif,motivasi dan seterusnya dapat mempertajamkan kemahiran yang sedia ada dalamkalangan guru dan pelajar.4.3.8 Memperkasa kecerdasan emosi pelajarSejajar dengan matlamat yang telah disasarkan dalam Falsafah PendidikanKebangsaan iaitu dengan menjadikan aspek kecerdasan emosi sebagai landasan untukmelahirkan dan membentuk insan yang seimbang daripada segi intelek, rohani, emosidan jasmani. Telah banyak tindakan yang dilakukan untuk memperkasa kecerdasanemosi pelajar agar setaraf dengan kecerdasan intelek termasuklah mengaplikasikanaspek kecerdasan emosi ini dalam aspek kurikulum sekolah. Keseimbangan kecerdasanemosi dan intelek ini adalah amat penting dan haruslah seimbang dalam diri pelajaruntuk mencapai kecemerlangan kerana kecerdasan intelek sahaja tidak mampumempersiapkan pelajar untuk menghadapi situasi kehidupan yang sebenar.4.3.9 Mengamalkan komunikasi yang efektifAspek komunikasi dalam pembelajaran adalah penting untuk mewujudkan situasi kelasyang efektif. Komunikasi yang baik juga dapat menggelakkan pelajar belajar dalamsituasi yang kaku dan bisu. Dalam komunikasi sewaktu didalam kelas boleh berlakusecara sehala, dua hala dan pelbagai hala yang melibatkan penyampai mesej ( orangyang bertutur ataupun menulis ) dan menerima mesej ( pendengar dan pembaca ).Komunikasi yang baik akan mendatangkan pelbagai kebaikan dan begitu jugasebaliknya. Kegagalan komunikasi ini akan menimbulkan konflik kerana berlakuperselisihan ataupun pencanggahan antara dua pihak. Oleh itu, guru harus mengetahuidan mengamalkan ciri-ciri komunikasi sewaktu dalam bilik darjah untuk mencapaikecemerlangan murid dan seterusnya merealisasikan visi dan matlamat sekolah.5.0 KEPIMPINAN GURU DAN BUDAYA SEKOLAH
  31. 31. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahGuru merupakan pemimpin yang berperanan sebagai ejen perubahan. Perubahan yangdimaksudkan adalah melibatkan perubahan ke atas sekolah dan bilik darjah. Guru jugaadalah individu yang menggariskan hala tuju dan membentuk para pelajar ke arahmerealisasikan hala tuju itu dengan nilai-nilai kepimpinan yang positif.5.1 Peranan Guru :1. Pengajar2. Pembimbing3. Fasilitator4. Inventor5. Pengurus6. Penghubung5.1.1 PengajarBerusaha untuk memahamkan pelajar berkaitan konsep dengan mudah, sistematik,seronok dan bermakna. Peranan sebagai pengajar juga merupakan satu agen untukmempertingkatkan prestasi pelajaran pelajar. Di samping itu, ia turut sama berperanansebagai individu yang menjadi jambatan rujukan pengetahuan dan maklumat parapelajar.5.1.2 PembimbingMembimbing pelajar ke arah bersikap rasional, realistik dan kondusif bagi menghadapidan menyelesaikan masalah ekoran cabaran hidup.5.1.3 FasilitatorPemudah cara dan mentor dalam membantu perjalanan harian dalam dan luar kelas.Guru juga berperanan sebagai mentor ataupun tempat rujukan pelajar semasamemerlukan pandangan dan tunjuk ajar.5.1.4 InventorMemperkenalkan inovasi daripada aspek inovasi teknik dan sebagai agen yangmembawa perubahan kepada suasana dan persekitaran pembelajaran pelajar. Hal inisejajar dengan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memfokuskan kepadapembinaan pelajar ke arah insan yang seimbang, kreatif dan kritis.5.1.5 PengurusMampu mengurus dengan cekap, sempurna dan otomatis dalam memupuk disiplinkendiri pelajar. Apabila disiplin pelajar cemerlang, maka akademik pelajar turutcemerlang. Selain itu, guru berperanan sebagai pengurus bilik darjah yang sistematikdan teratur bagi memastikan segala urusan yang berkaitan dengan pembelajaran yangkondusif dapat disediakan oleh guru.5.1.6 PenghubungMenghubungkan pelajar dengan pelajar serta guru dan pelajar ke konsep universal.Dalam erti kata lain, guru berperanan sebagai pencetus komunikasi (communicationmoderator) antara pelajar dan guru.
  32. 32. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah5.2 Aspek ikutanAspek ikutan yang dapat dijadikan panduan oleh guru bagi menjana budaya supayasekolah lebih berkesan: Jon Saphier & Matthew King (1985).1. Kesamaan dan kerjasama2. Mencuba idea baru dan inovatif3. Harapan yang tinggi4. Kepercayaan dan keyakinan5. Sokongan6. Mendapatkan pengetahuan7. Penghargaan8. Penyayang dan humor9. Melibatkan penyelesaian masalah10. Tradisi.3 Kepemimpinan Dalam Pengajaran GuruKepemimpinan dalam pengajaran merujuk kepada kebolehan guru memberi tumpuankepimpinan, galakan dan sokongan dengan tujuan mengatasi masalah, memperbaikidan mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kepemimpinanpengajaran juga dikatakan berperanan mereka bentuk dan menterjemahkan wawasanke dalam kurikulum formal. Ia dilakukan dengan cara mengoptimumkan segala sumberyang ada melalui strategi rancangan pendidikan, pemerolehan serta pengalamanpengajaran-pengajaran bagi memastikan rancangan pendidikan dilaksanakan denganberkesan berdasarkan wawasan yang dibawa. Justeru dapat difahami kepimpinanpengajaran adalah proses yang melibatkan individu yang berperanan mencurahkansegala usaha, komitmen, kemahiran serta keterampilan bagi meningkatkan prestasi danmemperbaiki kelemahan para pelajar ke arah kecemerlangan dalam proses pengajarandan pembelajaran.5.4 Keterampilan Kepimpinan PengajaranKeterampilan bermaksud kecekapan dan kemampuan yang tinggi dalam melaksanakantugasan ataupun menyelesaikan masalah (Kamus Dewan). Keterampilan kepimpinanpengajaran pula adalah segala usaha, tindakan dan amalan yang berupa komitmenyang dilakukan guru bagi menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran.Terdapat empat keterampilan yang perlu dimiliki oleh kepemimpinan pengajaran guru,iaitu:1. Keterampilan teknikal2. Keterampilan kemanusiaan3. Keterampilan bekerja di dalam sistem organisasi4. Keterampilan kejurubinaan5.4.1 Keterampilan Teknikal* Kemahiran dan pengetahuan dalam perkembangan kurikulum* Kemahiran dalam disiplin ilmu* Pengetahuan bidang genetik dan spesifik* Pengetahuan dalam asas-asas kurikulum (falsafah, sosiologi, Psikologi dan Sejarah)* Pengetahuan Dalam Kaedah Kajian
  33. 33. Topik 10: Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah5.4.2 Keterampilan Kemanusiaan* Memahami proses dinamika kumpulan* Cekap mengendalikan keperluan individu pasukan dan komuniti* Menyedari keperluan pelajar, guru dan komuniti* Menyedari teori humanistik dan keperluan5.4.3 Keterampilan Bekerja Di Dalam Sistem Organisasi* Mengetahui bagaimana sistem organisasi beroperasi* Menghayati fungsi organisasi* Mengetahui cara menyesuaikan diri dalam organisasi* Mempunyai visi bagaimana prestasi organisasi boleh dioptimumkan5.4.4 Keterampilan Kejurubinaan* Membina satu kerangka peranan dan bubungan dengan manusia di dalam organisasiuntuk menggerakkan sesuatu tugas5.5 Sumber-sumber Pengaruh Pemimpin1. Kuasa sah2. Kuasa ganjaran3. Kuasa paksaan4. Kuasa pakar5. Kuasa rujukan5.5.1 Kuasa SahKuasa ini merujuk kepada pengikut menetapkan bahawa pemimpin mempunyai hakyang sah untuk mempengaruhinya dan dia sendiri mempunyai obligasi untuk menerimapengaruh itu atas sebab-sebab status atau jawatanya yang dilantik secara sah olehpihak berkuasa yang lebih tinggi.5.5.2 Kuasa GanjaranKuasa ini berakar kepada keupayaan seseorang pemimpin memberi ganjaran kepadapengikutnya. Pengikut akan patuh kepada pemimpin sekiranya pengikut mengamatibahawa pemimpin berupaya memberi ganjaran. Misalnya guru memberihadiah kepadapelajar yang cemerlang (mendapat tempat pertama, kedua, dan ketiga di dalam kelas),Guru ini akan diamati sebagai mempunyai lebih kuasa ganjarannya.5.5.3 Kuasa PaksaanKuasa ini membabitkan kebolehan seseorang pemimpin mengenakan paksaan. Kuasaini datang dari jangkaan pengikut bahawa dia akan dihukum oleh pemimpin jika diagagal untuk akur kepada pemimpin hingga menyebabkan orang bawahan cubamengelakkan dirinya daripada dikenakan tindakan yang berupa hukuman. Misalnya,

×