• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Analisis dan penilaian buku  teks Ekonomi Rumah Tangga
 

Analisis dan penilaian buku teks Ekonomi Rumah Tangga

on

  • 17,810 views

 

Statistics

Views

Total Views
17,810
Views on SlideShare
17,790
Embed Views
20

Actions

Likes
33
Downloads
0
Comments
3

2 Embeds 20

http://khiamat.wordpress.com 18
https://si0.twimg.com 2

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

13 of 3 previous next Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • terima kasih atas maklumat mengenai bagaimana nk membuat laporan analisis buku teks
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • NORZI MAT:: terima kasih atas komen anda..kalau dilihat secara teperinci juga untuk bab sajian tingkatan 4 juga ade sedikit masalah dalam contoh yang diberi. untuk masalah anda itu, adalah lebih baik anda hubungi publisher atau pengarang itu sendiri atau bahagian buku teks (relate with kpm website) untuk mengutarakan masalah anda..
    tq
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • Assalamulaikum. Saya ingin berkongsi sedikit masalah iaitu pada pemerhatian saya,terdapat sedikit kesalahan dalam Buku teks Tingkatan 5,ERT dalam Bab 5,Pencernaan dan Penyerapan,dimana persamaan tindak balas enzim tidak sama seperti penerangan dan huraiannya.Saya pernah berbincang dengan guru sains dan dia juga mengatakan terdapat kesilapan. Saya tidak tahu dengan siapa perlu saya utarakan masalah ini. Sekian Terima KAsih.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Analisis dan penilaian buku  teks Ekonomi Rumah Tangga Analisis dan penilaian buku teks Ekonomi Rumah Tangga Document Transcript

    • 1.0 PENGENALANBuku Teks Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan Empat ini ditulis meliputi kehendak SukatanPelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Ekonomi Rumah Tangga KBSM Tingkatan Empatyang telah ditetapkan oleh Kementeriaan Pendidikan Malaysia. Buku teks ini ditulis untuk merealisasikan matlamat Kurikulum Baru SekolahMenengah iaitu untuk melahirkan murid yang mampu berdikari, berketrampilan, berakhlakmulia, bertanggungjawab, peka terhadap perkembangan teknlogi dan ekonomi semasa danberkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberi sumbangan bagimewujudkan kemakmuran dan keharmonian keluarga dan masyarakat. Kandungan buku teks ini terdiri daripada 16 bab yang merangkumi tiga bidangutama iaitu bidang Makanan dan Pemakanan, Pakaian, dan Keluarga dan TempatKediaman. Buku ini juga diolah dengan bahasa yang mudah dan dibantu dengan gambarfoto, rajah dan jadual yang bertujuan untuk memudahkan pemahaman. Setiap bab dimulakan dengan gambar foto yang menarik bagi memberi gambaranam tentang bab tersebut dan skop pembelajaran yang harus dicapai oleh setiap murid. Aktiviti disediakan pada setiap bab bagi merangsang minat murid dalampembelajaran. Murid-murid juga digalakkan melayari internet bagi mendapatkan maklumattambahan. Selain itu, nilai murni turut diterapkan secara langsung dan tidak langsung didalam buku ini. Selaras dengan matlamat buku teks ini, dimuatkan beberapa ciri sebagai carauntuk merangsangkan pembelajaran agar dapat melahirkan muruid yang kritis, kreatif daninovatif agar berupaya membuat keputusan yang bijak ke arah pembangunan masyarakatyang seimbang, berdikari dan berketrampilan.2.0 MATLAMAT MATA PELAJARANSesebuah kursus yang dibina pasti mempunyai matlamat yang telah digariskan dan setiapguru haruslah memastikan bahawa mereka dapat mencapai matlamat yang ditetapkandalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Taba (1962), matlamat utamasesebuah pengajaran dan pembelajaran ialah untuk menyampaikan pengetahuan.pengetahuan terbahagi kepada empat peringkat iaitu data atau fakta, konsep, generalisasidan prinsip. Ini Membolehkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran dalampelbagai aspek kognitif, psikomotor, afektif, rohaniah dan sosial.hal ini juga bolehmenggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif serta membantu murid untuk berdikari. Matlamat ERT adalah untuk membekalkan pengetahuan dan kemahiran bagimeningkatkan kualiti hidup individu, keluarga dan komuniti. Dalam proses pengajaran danpembelajaran ERT, pemupukan nilai murni dan pendekatan KBKK diberi penekanan dalamusaha melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Penegetahuan dan kemahiran ERT dikuasai melalui penerokaan bidang makanan dan 1
    • pemakaanaan, pekaian, tempat kediaman, kekeluargaan dan hidup berkomuniti.Penguasaan ini dapat menyedarkan murid untuk mengenal pasti dan mengaplikasikanpengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan yang sentiasa berubah. Kurikulum ini jugamampu membentuk murid yang celik teknologi supaya dapat menyumbang secara optimumdan berkesan kepada pembangunan masyarakat.3.0 OBJEKTIF MATAPELAJARAN 1. Memperoleh pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Makanan Dan Pemakanan, Pakaian serta Keluarga dan Tempat Kediaman. 2. Memilih, mengguna dan menyelenggara alat dan bahan dalam bidang Makanan Dan Pemakanan, Pakaian serta Keluarga dan Tempat Kediaman. 3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam situasi tertentu berkaitan dengan Makanan Dan Pemakanan, Pakaian serta Keluarga dan Tempat Kediaman. 4. Merancang, melaksanaa dan menilai aktiviti dalam bidang Makanan Dan Pemakanan, Pakaian serta Keluarga dan Tempat Kediaman. 5. Menggunakan kemahiran matematik dalam mengukur, mengira dan membuat anggaran. 6. Menggunakan teknologi dalam bidang Makanan Dan Pemakanan, Pakaian serta Keluarga dan Tempat Kediaman. 7. Mengamalkan nilai murni semasa menjalankan aktiviti dalam bidang Makanan Dan Pemakanan, Pakaian serta Keluarga dan Tempat Kediaman.4.0 ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKSSUBJEK : Ekonomi Rumah TanggaTINGKATAN :4 2
    • PENULIS : Wong Siew Foong, Fatimah Binti Jailani, Vickneswary A/P SithamparappilaiPENERBIT : Zeti EnterpriseTEMPAT TERBIT : Johor Darul TakzimTAHUN TERBIT : 2002 3
    • ARAHANTandakan (  ) pada skor:1: Lemah 2: Sederhana 3: Baik 4: CemerlangDalam ruangan ulasan, anda perlu menyatakan halaman dan justifikasi. KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN 1 2 3 4 4
    • A. KESESUAIAN ISI 1. Kelengkapan isi kandungan  Cemerlang.Buku teks ini memenuhi dan menepati kehendak SukatanKANDUNGAN DENGAN Pelajaran dan Huraian SukatanTAHAP Pelajaran yang telah dirancangkan. Setiap bidang dalam ERT telah dibincangkan dalam buku teks ini. Contohnya,terdapat 6 bab di bawah bidang Makanan dan Pemakanan, 5 bab di bawah bidang Jahitan dan 5 di bawah bidang Keluarga dan Tempat Kediaman. Selain itu, setiap bab akan dimulakan dengan pengenalan untuk memudahkan pelajar mendapat gambaran awal tentang topik yang akan dipelajari setiap bab. Buku teks ini juga dimuatkan dengan Inti Sari bab sebagai rumusan untuk setiap bab (muka surat 184). Buku teks ini juga dimuatkan dengan soalan penilaian untuk setiap bab untuk menguji pelajar setelah tamat satu bab. (muka surat 34) 2. Keluasan isi kandungan  Baik. Buku teks ini mempunyai kandungan yang luas tetapi padat di mana ia meliputi kesemua topik dalam tiga bidang utama mengikut huraian sukatan pelajaran. Sebagai contohnya, terdapat 5 bab di bawah bidang Keluarga dan Tempat Kediaman dimana isi kandungannya bermula dari Bab 12: Perkembangan Kendiri, Bab 13:Organisasi Keluarga, Bab 14: 5
    • Rumusan dan cadangan penambahbaikan:Secara keseluruhan, isi kandungan buku teks Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4 ini adalah baik dan sesuai dengan tahap kesediaan dankognitif pelajar. Buku teks ini merangkumi pelbagai kemahiran, konsep, amalan dan pengetahuan serta nilai murni yang selaras dengankeperluan dalam sukatan pelajaran KBSM. Selain itu, buku teks ini juga dimuatkan dengan maklumat tambahan seperti Galeri Infomarsi,Sejarah, Semak Cepat, Laman ICT, Rangsangan Minda, Nilai Murni, Kajian Masa Depan, Aktiviti, Inti Sari Bab dan penilaian yang bertujuanuntuk meransangkan pembelajaran dan mencetuskan daya pemikiran yang lebih mendalam tentang perkara yang dibincangkan dalam teksberkenaan. Kebanyakan isi kandungan tersebut mempunyai himpunan hampir aras Taksonomi Bloom.Cadangan penambahbaikan untuk buku teks ini ialah penulis boleh menambah lagi aktiviti untuk pelajar yang lebih mengalakkan pelajar untukbekerjasama dalam kumpulan, melibatkan KBKK, sesi pembelajaran yang melibatkan permainan contohnya seperti permainan ”Snake andLadder” di mana pelajar perlu melontar dadu untuk untuk mengerakkan buah permainan. Jika mereka tiba di satu tempat, mereka akan diujidengan satu soalan. Sekiranya mereka tidak dapat menjawab, mereka akan kekal di kedudukan itu dan sekiranya mereka dapat menjawabsoalan diberi mereka boleh melontar dadu untuk melangkah ke depan. Pemenang dikira dengan siapa yang tiba di petak terakhir dahulu akanmenjadi pemenang. 6
    • B. KETEPATAN ISI 4. Ketepatan konsep, definisi dan fakta  BaikKANDUNGAN Konsep, definisi dan fakta dinyatakan dengan jelas dan bertepatan mengikut huraian sukatan pelajaran Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4. Sebagai contohnya dalam muka surat 57 hingga 61, prinsip tentang memasak adalah jelas dan setiap prinsip serta kaedah untuk setiap kaedah. Penjelasan dalam buku teks adalah ringkas tapi padat dan merangkumi pelbagai aspek. Walaubagaimanapun, definisi untuk sesetengah perkara tidak dihuraikan seperti definisi itu haba kering dan haba lembap. 5. Ketepatan contoh, kes, gambar, diagram  Kebanyakan contoh ada disertakan ilustrasi gambar dan penerangan bagi dan ilustrasi gambar disediakan dan sesuai serta tepat dengan isi kandungan dan lebih terkini. Sebagai contohnya di muka surat 43, gambar dan contoh yang digunakan untuk menerangkan tentang makanan segar iaitu daging. Setiap klasifikasi, ciri dan contoh makanan ditunjuk dengan gambar. Selain itu, penulis juga menggunakan peta minda dan gambar-gambar (muka surat 223) untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada pelajar. Tetapi, ada juga contoh, kes dan gambar yang digunakan adalah kurang tepat. Di 7
    • Rumusan dan cadangan penambahbaikan:Secara keseluruhannya, buku teks Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4 menepati ciri-ciri buku teks yang baik kerana ia menepati konsep,definisi yang tepat serta fakta – fakta yang dijelaskan adalah tepat dan relevan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa penambahbaikanyang perlu dilakukan iaitu menerangkan setiap konsep perlu diterangkan dengan lebih mendalam supaya pelajar dapat memahami isikandungan tersebut dengan mudah. Selain itu, nama sumber dan penulis di bahagian definisi, konsep dan fakta seharusnya dinyatakanmengikut format American Psychological Association (APA).Untuk contoh, kes, gambar, diagram dan ilustrasi, hampir 60% digunakan di dalam buku teks ini. Secara keseluruhannya, buku ini sesuai dandapat menarik minat pelajar dengan gambar-gambar yang digunakan.Simbol dan istilah yang digunakan dalam buku teks adalah tepat dan konsisten. Simbol yang digunakan tidak megelirukan pelajar dan dapatmembantu pelajar memahami isi kandungan dengan senang.Manakala, dari segi daftar ejaan, penggunaan ejaan adalah tepat kecuali beberapa contoh yang dibincangkan dalam bahagian B (nombor 7).Penulis harus memeriksa ejaan terutama penggunaan bahasa Inggeris dalam penulisannya.Kesimpulannya, isi kandungan buku teks Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4 adalah tepat dan hanya beberapa kesilapan kecil yang perludiperbaiki. 8
    • C. KEMUTAKHIRAN 8. Kesesuaian kandungan dengan perkembangan  BaikKANDUNGAN ilmu dan teknologi Di dalam buku teks ini terdapat banyak kandungan yang seiring dengan ilmu dan teknologi. Contohnya seperti“Info Laman Web” di dalam hampir keseluruhan bab (muka surat 43) yang boleh membantu pelajar mendapat maklumat tentang tajuk yang diajar. Tetapi, kebanyakannya adalah maklumat yang lama dan terdapat beberapa laman web yang dicadangkan tidak dapat lagi dilayari seperti pada muka surat 202. Walaubagaimanpun, dalam buku teks ini, pelajar diajar menggunakan teknologi seperti dalam dalam bab prinsip memasak, pelajar diajar menggunakan alat penjimat masa untuk membantu menyediakan makanan bagi menjimatkan tenaga dan masa(muka surat 64). Buku teks ini menyediakan ruangan Rangsangan Minda untuk menguji kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) pelajar tentang tajuk yang dipelajari (muka surat 145). 9. Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi  Sederhana. peraturan dan kes sebenar. Sesetengah contoh dan gambar yang digunakan dalam buku teks adalah tidak sesuai dengan perkembangan 9
    • Rumusan dan cadangan penambahbaikan:Secara keseluruhannya, kemutakhiran isi kandungan buku teks adalah baik. Jadi, terdapat beberapa bahagian perlu diperbaiki. Antaranya,teknologi terbaru perlu dipertonjolkan dalam buku teks ini. Contohnya, maklumat dan contoh tentang teknologi terbaru dalam bidang masakandan bidang jahitan perlu diselit masuk ke dalam buku teks ini supaya pelajar bukan sahaja imaginatif tetapi juga akan berfikiran kreatif.Selain itu, gambar-gambar yang digunakan di dalam buku ini adalah gambar lama. Walaupun terselit banyak gambar, jika buku ini digunakanpada masa kini dijangka para pelajar akan berasa bosan kerana gambar-gambar yang tertera di dalam buku ini tidak menarik dan tidak terkini.Jadi, gambar dan contoh yang digunakan dalam buku teks ini mesti sesuai dengan keadaan semasa. 10
    • D. KESESUAIAN 11. Sesuai dengan  Isi pelajaran yang terkandung di dalam buku teks ini bagus danDENGAN perkembangan dan sesuai dengan perkembangan dan kemampuan pelajar. Di dalamKEHIDUPAN kemampuan pelajar bab 5 Pengurusan Sajian pada muka surat 76 diterangkanPELAJAR langkah-langkah perancangan kerja. Langkah-langkah yang disusun juga tidak rumit dan mudah difahami kerana seperti yang kita ketahui pelajar Tingkatan 4 ini telah mempunyai asas mengenai pengurusan sajian yang telah dipelajari semasa Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.Adalah menjadi satu bonus kepada pelajar kerana mereka telah faham. Namun begitu ada bahagian yang didapati agak rumit untuk mencapai tahap pemikiran pelajar iaitu pada Jadual 2.3 di mukasurat 27. Jadual ini menunjukkan contoh Peruntukkan Diet Harian yang di sarankan untuk kegunaan Malaysia. Jadual ini dilihat terlalu rumit dan padat dengan angka. Jadual ini kurang penerangan dan saya amat pasti bahawa jadual ini tidak digunakan sebaiknya oleh guru ERT. 12. Sesuai dengan keadaan  Baik dan situasi lingkungan sosiobudaya pelajar Pada Bab 2 Diet mukasurat 25 ada penerangan tentang Piramid Makanan. Seperti yang kita edia maklum,Piramid Makanan dirujuk secara meluas oleh setiap negara. Namun begitu,setiap perancangan diet yang merujuk pada Piramid Makanan haruslah bersesuaian dengan budaya,iklim,keperluan bahan dan kemampuan negara masing-masing. Contohnya, di dalam piramid makanan tertera pada Aras 1 ialah makanan yang paling baik dan banyak diperlukan oleh badan kita.Makanan tersebut terdiri daripada bijirin,hasil bijirin,dan ubi-ubian.Jika di negara Barat,mereka mungkin mengambil makanan seperti bijirin sarapan,susu dan roti. Namun,ia berbeza mengikut budaya rakyat Malaysia yang banyak mengambil makanan berbentuk karbohidrat pada awal pagi.Buku teks ini bagus dan menonjolkan budaya di Malaysia.Melalui perancangan diet yang ditulis di dalam buku teks ini, ia menunjukkan perancangan diet sarapan pagi yang mengikuti acuan budaya Malaysia iaitu pengambilan nasi /mee/ meehoon/ kuetiaw/ capati yang dinyatakan pada perancangan diet di dalam buku teks ini. 13. Menggunakan  Kebanyakkan contoh dan gambar-gambar yang ditunjukkan di contoh,gambar dan kes dalam buku teks ini menonjolkan ciri-ciri budaya masyarakat tempatan Malaysia. Contohnya, muka surat 224 Rajah 15.3, gambar yang ditunjukkan menunjukkan budaya dan amalan masyarakat Malaysia dalam bentuk komunikasi. 11Rumusan dan cadangan penambahbaikkan:
    • E. KEPEKAAN 14. Menumbuhkan kepekaan  BaikTERHADAP NILAI terhadap nilai-nilaiTEMPATAN tempatan Banyak nilai-nilai tempatan yang diterapkan di dalam buku teks ini. Ini termasuk nilai-nilai murni yang dinyatakan oleh penulis pada hampir setiap topik pembelajaran.Contohnya mukasurat 230 iaitu keikhlasan semasa berkomunikasi menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Elakkan amalan menuduh dan menceritakan keburukan orang lain. 15. Menumbuhkan kepekaan  Sederhana terhadap nilai-nilai gagasan/wawasan negara Contohnya, Bab 15 Keluarga dan Komuniti (mukasurat 221) penulis menyentuh tentang menjaga hubungan kekeluargaan dan komuniti setempat.Rumusan dan cadangan penambahbaikkan:Melalui penilaian, buku teks ini mengandungi banyak unsur-unsur yang menujukkan kepekaan terhadap nilai-nilai murni. Nilai-nilai murniyang diterapkan amat bertepatan dengan isi pelajaran,malah nilai-nilai tersebut dikaitkan juga dengan amalan seharian mereka sama adaketika mereka berada di sekolah atau pun di luar sekolah. Nilai-nilai murni yang menyentuh gagasan juga ada dinyatakan mnamun tidaksebanyak nilai-nilai tempatan.Penambahbaikkan pada bahagian penerapan nilai gagasan amat diperlukan bagi membentuk individu pelajarsupaya kuat jati diri pada tanah air. 12
    • F. FOKUS KANDUNGAN 16. Mendorong perasaan ingin tahu pelajar  Pada Bab 4 Prinsip Memasak (muka surat 63) penulis menyelitkan aktiviti di dalam kelas supaya menggunakan 2 kaedah memasak yang berlainan. Dalam aktiviti ini murid dikehendaki memasak, memerhati dan berbincang sesama rakan. Pendapat saya,dalam aktiviti ini secara tidak langsung pelajar telah diberi pendorong supaya terus mengkaji tentang kaedah memasak jika ingin mengetahui kaedah memasak tersebut dengan lebih terperinci.Penulis telah membangkitkan sifat ingin tahu seseorang pelajar bagi menyelesaikan masalah tersebut.Penulis juga ada menyatakan soalan-soalan pada bahagian rangsangan minda yang ada hampir pada semua bab.Rangsangan minda juga didapati berfungsi bagi menaikkan sifat ingin tahu pelajar (muka surat 58) 17. Memperkembangkan daya kreativiti  Sederhana Ruangan kajian masa depan yang disertakan penulis pada semua bab dilihat berfungsi bagi memperkembangkan daya kreativiti pelajar.Contohnya pada muka surat 73.Ruangan kajian masa depan menyatakan kemungkinan fusion cooking menjadi suatu amalan untuk masa akan datang.Kenyataan seperti ini sedikit sebanyak akan membuatkan pelajar berfikir dengan kreatif untuk memikirkan samada fusion cooking berkemungkinan menjadi amalan biasa pada masa kan 13
    • Rumusan dan cadangan penambahbaikkan:Secara keseluruhannya,buku teks ini diolah dengan baik. Dilihat dari sudut kandungan dan latihan yang disediakan dapat meningkatkankreativiti dan daya kritikal pelajar. Selain daripada itu,fokus kandungan buku teks ini juga memberi pengetahuan asas kepada pelajartentang dunia kehidupan sebenar. Buku ini telah membantu pelajar dengan memberi penjelasan yang mendalam serta mengaitkan isikandungan yang sesuai dengan kehidupan seharian pelajar. Ini membolehkan pelajar menyedari manfaat setiap pelajaran yang dipelajari disekolah. 14
    • G.TEKNIK PENYAJIAN 20.Bab dan sub bab di paparkan secara  BaikKANDUNGAN konsistensi dan sistematik Penulis banyak mengaplikasikan konsistensi dalam buku teks ini contonhya seperti di muka surat 114 hingga 118 dalam bab peralatan jahitan, terdapat peta minda yang menunjukkan pelbagai jenis alatan jahitan, seterusnya, terdapat jadual yang menunjukkan pemilihan, penggunaan dan penjagaan setiap alatan jahitan dalam jadual yang teratur serta gambar yang sesuai dalam setiap sub bab. 21. Ketertiban konsep, definisi dan fakta  Baik Contohnya seperti di muka surat 3 dalam penerangan definisi nutrien, semua nutrien yang terlibat telah dihuraikan mengikut susunan, dan seterusnya diterangkan satu per satu dalam subtopik berikutnya mengikut turutan. 22. Bersifat konstekstual  Baik Contohnya seperti muka surat 39 pengajaran tentang pemilihan dan penyimpanan sayur- sayuran yang amat sesuai dengan keadaaan semasa dan pelajar dapat belajar tekniknya untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian. 23. Keseimbangan di antara bab dan sub  Baik bab Terdapat 16 bab dalam buku ERT ini yang terbahagi seimbang kepada 3 bidang utama iaitu makanan dan pemakanan (6 bab), pakaian (5 bab), keluarga dan tempat 15
    • Rumusan dan cadangan penambahbaikan:Secara keseluruhan, teknik penyajian kandungan dalam buku ERT ini adalah memuaskan dan sesuai digunakan dalam pengajaran danpembelajaran di sekolah. 16
    • H. PEMAPARAN 26. Berpusatkan kepada pelajar  Sebahagian kandungan buku ini berpusatkan KANDUNGAN kepada pelajar. Selain nota,aktiviti PEMBELAJARAN berkumpulan turut disediakan di dalam buku ini yang melibatkan penyertaan pelajar. Contohnya seperti muka surat 57. Prinsip memasak yang ditunjukkan dengan pelbagai kaedah berguna kepada pelajar supaya dapat mengaplikasikan kemahiran tentang kaedah memasak dalam kehidupan yang sebenar. . 27. Pembelajaran kendiri  Menggalakkan pelajar untuk melayari internet untuk mencari maklumat yang lebih lanjut berdasarkan kepada pengajaran buku teks dan menuliskan maklumat tersebut dalam buku latihan. (Contohnya muka surat 211) 28. Bervariasi  Penyampaian buku teks ini kurang bervariasi. Contohnya, berdasarkan kandungan dalam 16 bab ini, isi pengajarannnya hanya tertumpu kepada 3 aspek iaitu makanan, pakaian dan keluarga & tempat kediaman. 29. Adil & demokrasi (tidak bias lokasi,  Dari segi gender, buku ERT ini memang gender, etnik dll) nampak dengan ketara dikhaskan untuk pelajar perempuan dari segi masakan, jahitan dan pengurusan diri & tempat kediaman. Dari segi etnik pula, kandungannya meliputi ketiga-tiga etnik di malaysia seperti dalam muka surat 74, sajian yang ditunjukkan dalam jadual mempunyai contoh makanan orang melayu, cina dan india tidak kira sajian utama ataupun sajian sampingan. 17
    • Rumusan dan cadangan penambahbaikan:Secara kesimpulannya, pemaparan kandungan pembelajaran ERT ini adalah menyeluruh dan bersesuaian untuk pelajar yang memerlukankemahiran dalam pembelajarannya. Namun, masih boleh dipertingkatkan dengan penambahan subtopik-subtopik yang berkaitan denganrekaan baju, fesyen baju ataupun kemahiran lain yang boleh menambahbaikan kandungan yang dipelajari.I. KELENGKAPAN 33. Ada kata penghantar  Muka surat (vii)DOKUMENTASI Kata penghantar adalah dari Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Iaitu Datk Abdul Rafie bin Mahat. Adalah lebih baik jika disertakan juga kata penghantar dari Menteri Pelajaran Malaysia. 34. Definisi istilah dinyatakan  Buku teks ini kurang menyenaraikan istilah tetapi lebih banyak menumpukan penggunaan istilah di bahgian jahitan 35. Ada carta/ Advance organizer pada  Tiada advance organizer. Hanya terdapat awal bab mukasurat yang menerangkan tentang aktiviti dan cara maklumat dalam buku ini diterangkan. 36. Sumber maklumat terkini: teks, data,  Ada tetapi tidak banyak. gambar, jadual, diagram, lampiran, nama, tarikh termasuk sumber atas talian Contonhya, terdapat juga kaedah masakan 18
    • yang terkini tidak dinyatakan dalam buku teks. Selain itu, kebanyakan sumber atas talian kebanyakan dalam bahasa Inggeris. Jika mengambilkira faktor pelajar kurang cekap dalam Bahasa Inggeris, ia akan memberi kesan kepada kemampuan pencarian maklumat. Adalah baik sekiranya diperbanyakkan lagi senarai laman sesawang berbahasa Melayu.37. Ada rumusan pada setiap topik/bab  Buku ini turut menggunakan peta konsep untuk menerangkan membuat rumusan dan ianya tidak terhad kepada rumusan berbentuk point sahaja. (Muka surat 33)38. Tugasan, latihan dan contoh-contoh  Semua latihan yang disediakan meliputisoalan diberi pada setiap bab kaedah penyoalan yang berbeza. Ia meliputi item objektif, padanan,, susunan, mengisi tempat kosong, betul salah, soalan sturuktur dan soalan esei. (Muka surat 68)39. Ada bibliografi/ rujukan terkini / Terbitan rujukan untuk buku ini bermula dari tahun 1988 hingga 2000. Mengambilkira buku ini diterbitkan pada tahun 2002, maka sumber rujukannya boleh dikatakan baru. (Muka surat 246)40. Indeks  Ada tetapi tidak banyak menyenaraikan indeks didalamnya. Seperti U,V,W,X,Y dan Z hanya memiliki 1 atau 2 indeks sahaja sedangkan memang banyak indeks di dalam buku teks ini. (Muka surat 248)41. Ada lampiran (bagi perkara yang  Tiada.berkaitan) 19
    • Rumusan dan cadangan penambahbaikanRumusannya struktur dokumentasi buku ini adalah lengkap.Ia dimulakan dengan kata pengantar sebagai pengenalan buku.Seterusnyasusunan nota yang diselang selikan dengan latihan dan bahagian penutup iaitu glosari,rujukan dan indeks.Akronim banyak digunakan dalam matapelajaran ERT yang kebanyakannya ditemui dalam bab jahitan dan bab makanan dan pemakanan.Sekiranya dikhaskan bahagian tersendiri dalam buku teks ini untuk senarai akronim, ia pastinya dapat membuat inovasi pembaharuankepada buku teks ini.Penyediaan CD boleh digunakan sebagai ruangan latihan selain dari menyediakan tayangan gambar amali masakan atau jahitan yangberwarna-warni untuk menarik perhatian dan minat pelajar. Selain itu, di dalam CD ini juga boleh dilengkapkan dengan contoh-contoh atauidea kreatif produk hasilan akhir seperti hiasan makanan, rekaan pakaian, hiasan atau susun atur ruang kediaman. Ia dapat memberikanpelajar idea awal untuk digunakan sebagai contoh dalam menyediakan tugasan kelas amali pelajar.CD ini boleh disertakan sebagai lampiran dalam buku teks. Dengan cara ini, dapat menjadikan matapelajaran Ekonomi Rumah Tangga lebihmenarik dan dapat menghasilkan pelajar yang lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu produk. Selain itu, ia dapat membantu gurumenambahkan bahan rujukan atau bahan tayangan kepada pelajar bagi menambahkan pemahaman mengenai isi pelajaran. Pelajar jugadapat merujuk CD ini sebelum memulakan kelas amali agar mereka dapat memikirkan idea awal bagi digunakan dalam menghasilkanproduk yang akan dipelajari dalam kelas yang akan datang. 20
    • 5.0 KEKUATAN BUKU TEKSBuku teks ini mempunyai kandungan yang luas tetapi padat di mana ia meliputikesemua topik dalam tiga bidang utama mengikut huraian sukatan pelajaran. Sebagaicontohnya, terdapat 5 bab di bawah bidang Keluarga dan Tempat Kediaman dimana isikandungannya bermula dari Bab 12: Perkembangan Kendiri, Bab 13:OrganisasiKeluarga, Bab 14: Pengurusan Sumber, Bab 15: Keluarga dan Komuniti dan Bab 16:Tempat Kediaman dan Teknologi. Secara keseluruhan, isi kandungan buku teks Ekonomi Rumah TanggaTingkatan 4 ini adalah baik dan sesuai dengan tahap kesediaan dan kognitif pelajar.Buku teks ini merangkumi pelbagai kemahiran, konsep, amalan dan pengetahuan sertanilai murni yang selaras dengan keperluan dalam sukatan pelajaran KBSM. Selain itu,buku teks ini juga dimuatkan dengan maklumat tambahan seperti Galeri Infomarsi,Sejarah, Semak Cepat, Laman ICT, Rangsangan Minda, Nilai Murni, Kajian MasaDepan, Aktiviti, Inti Sari Bab dan penilaian yang bertujuan untuk meransangkanpembelajaran dan mencetuskan daya pemikiran yang lebih mendalam tentang perkarayang dibincangkan dalam teks berkenaan. Kebanyakan isi kandungan tersebutmempunyai himpunan hampir aras Taksonomi Bloom. Buku teks Ekonomi RumahTangga Tingkatan 4 menepati ciri-ciri buku teks yang baik kerana ia menepati konsep,definisi yang tepat serta fakta – fakta yang dijelaskan adalah tepat dan relevan. Kemutakhiran isi kandungan buku ini hampir seiring dengan perkembangan ilmudan teknologi semasa. Buku ini telah pun melalui proses penyemakan semula untukmenjamin kesahihan maklumat dan memastikan kandungan di dalamnya dapatmembimbing pelajar menghadapi perkembangan semasa terutamanya berkaitanperkara-perkara asas dalam ekonomi rumah tangga. Penulis menitikberatkan isi pelajaran dengan kesesuaian kehidupan pelajar. Jikadilihat pada aspek kemampuan pelajar,kebanyakkan bahagian di dalam buku teksmencapai tahap kemampuan kognitif dan psikomotor pelajar. Begitu juga dengan kaitandi antara isi pelajaran dengan situasi sosiobudaya pelajar yang juga menggunakancontoh-contoh yang terdapat di Malaysia. Melalui penilaian, buku teks ini mengandungi banyak unsur-unsur yangmenujukkan kepekaan terhadap nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni yang diterapkan amatbertepatan dengan isi pelajaran,malah nilai-nilai tersebut dikaitkan juga dengan amalanseharian mereka sama ada ketika mereka berada di sekolah atau pun di luar sekolah.Nilai-nilai murni yang menyentuh gagasan juga ada dinyatakan mnamun tidak sebanyaknilai-nilai tempatan. Secara keseluruhannya,buku teks ini diolah dengan baik. Dilihat dari sudutkandungan dan latihan yang disediakan dapat meningkatkan kreativiti dan daya kritikalpelajar. Selain daripada itu,fokus kandungan buku teks ini juga memberi pengetahuanasas kepada pelajar tentang dunia kehidupan sebenar. Buku ini telah membantu pelajardengan memberi penjelasan yang mendalam serta mengaitkan isi kandungan yangsesuai dengan kehidupan seharian pelajar. Ini membolehkan pelajar menyedari manfaatsetiap pelajaran yang dipelajari di sekolah. Isi pelajaran yang terkandung di dalam buku teks ini bagus dan sesuai denganperkembangan dan kemampuan pelajar. Di dalam bab 5 Pengurusan Sajian pada mukasurat 76 diterangkan langkah-langkah perancangan kerja. Langkah-langkah yangdisusun juga tidak rumit dan mudah difahami kerana seperti yang kita ketahui pelajarTingkatan 4 ini telah mempunyai asas mengenai pengurusan sajian yang telah dipelajarisemasa Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.Adalah menjadi satu bonus kepada pelajarkerana mereka telah faham. 21
    • Penulis telah membangkitkan sifat ingin tahu seseorang pelajar bagimenyelesaikan masalah tersebut.Penulis juga ada menyatakan soalan-soalan padabahagian rangsangan minda yang ada hampir pada semua bab.Rangsangan minda jugadidapati berfungsi bagi menaikkan sifat ingin tahu pelajar6.0 KEKURANGAN BUKU TEKSNama sumber dan penulis di bahagian definisi, konsep dan fakta tidak dinyatakanmengikut format American Psychological Association (APA). Terdapat beberapa kesilapan dalam penukaran Bahasa Inggeris kepada BahasaMalaysia. Contohnya, di muka surat 125, perkataan ”Flannel” dan ”Drill” adalah BahasaInggeris dan penulis tidak mencondongkan perkataan tersebut. Jadi, ejaan yang betuldalam Bahasa Melayu ”Flanel” dan ”Dril”. Di dalam buku teks ini terdapat banyak kandungan yang seiring dengan ilmu danteknologi. Contohnya seperti “Info Laman Web” di dalam hampir keseluruhan bab yangboleh membantu pelajar mendapat maklumat tentang tajuk yang diajar. Tetapi,kebanyakannya adalah maklumat yang lama dan terdapat beberapa laman web yangdicadangkan tidak dapat lagi dilayari seperti pada muka surat 202. Sesetengah contoh dan gambar yang digunakan dalam buku teks adalah tidaksesuai dengan perkembangan masa kini. Contohnya, pada muka surat 130, contohfesyen yang dilakar oleh penulis tidak lagi sesuai digunakan sebagai contoh keranarekaan tersebut tidak lagi dipakai oleh pengguna hari ini. Buku teks ini juga tidak diselitdengan kes-kes sebenar yang terkini dan juga kes kajian. Walaupun terselit banyak gambar, jika buku ini digunakan pada masa kinidijangka para pelajar akan berasa bosan kerana gambar-gambar yang tertera di dalambuku ini tidak menarik dan tidak terkini. Melihat kepada isi kandungan dan contoh yang digunakan , ia lebih mudah bagipelajar bandar berbanding pelajar luar bandar. Ini kerana latar belakang pelajar danpengalaman hidup pelajar yang berbeza. Walaupun penyediaan buku teks ini mengikutzon negeri serta menggunakan contoh kes tempatan, tetapi hakikatnya pelajar luarbandar akan tetap menghadapi masalah.7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BUKU TEKSCadangan penambahbaikan untuk buku teks ini ialah penulis boleh menambah lagiaktiviti untuk pelajar yang lebih mengalakkan pelajar untuk bekerjasama dalamkumpulan, melibatkan KBKK, sesi pembelajaran yang melibatkan permainan contohnyaseperti permainan ”Snake and Ladder” di mana pelajar perlu melontar dadu untuk untukmengerakkan buah permainan. Jika mereka tiba di satu tempat, mereka akan diujidengan satu soalan. Sekiranya mereka tidak dapat menjawab, mereka akan kekal dikedudukan itu dan sekiranya mereka dapat menjawab soalan diberi mereka bolehmelontar dadu untuk melangkah ke depan. Pemenang dikira dengan siapa yang tiba dipetak terakhir dahulu akan menjadi pemenang. Akronim banyak digunakan dalam matapelajaran ERT yang kebanyakannyaditemui dalam bab jahitan dan bab makanan dan pemakanan. Sekiranya dikhaskanbahagian tersendiri dalam buku teks ini untuk senarai akronim, ia pastinya dapatmembuat inovasi pembaharuan kepada buku teks ini. Penyediaan CD boleh digunakan sebagai ruangan latihan selain darimenyediakan tayangan gambar amali masakan atau jahitan yang berwarna-warni untuk 22
    • menarik perhatian dan minat pelajar. Selain itu, di dalam CD ini juga boleh dilengkapkandengan contoh-contoh atau idea kreatif produk hasilan akhir seperti hiasan makanan,rekaan pakaian, hiasan atau susun atur ruang kediaman. Ia dapat memberikan pelajaridea awal untuk digunakan sebagai contoh dalam menyediakan tugasan kelas amalipelajar. CD ini boleh disertakan sebagai lampiran dalam buku teks. Dengan cara ini,dapat menjadikan matapelajaran Ekonomi Rumah Tangga lebih menarik dan dapatmenghasilkan pelajar yang lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu produk. Selain itu,ia dapat membantu guru menambahkan bahan rujukan atau bahan tayangan kepadapelajar bagi menambahkan pemahaman mengenai isi pelajaran. Pelajar juga dapatmerujuk CD ini sebelum memulakan kelas amali agar mereka dapat memikirkan ideaawal bagi digunakan dalam menghasilkan produk yang akan dipelajari dalam kelas yangakan datang. Selain itu, gambar-gambar yang digunakan di dalam buku ini adalah gambarlama. Walaupun terselit banyak gambar, jika buku ini digunakan pada masa kinidijangka para pelajar akan berasa bosan kerana gambar-gambar yang tertera di dalambuku ini tidak menarik dan tidak terkini. Jadi, gambar dan contoh yang digunakan dalambuku teks ini mesti sesuai dengan keadaan semasa. Melihat kepada isi kandungan dan contoh yang digunakan , ia lebih mudah bagipelajar bandar berbanding pelajar luar bandar. Ini kerana latar belakang pelajar danpengalaman hidup pelajar yang berbeza.Walaupun penyediaan buku teks ini mengikutzon negeri serta menggunakan contoh kes tempatan, tetapi hakikatnya pelajar luarbandar akan tetap menghadapi masalah.Oleh yang demikian penyediaan buku teks iniperlu dikaji semula iaitu bukan berdasarkan zon negeri tetapi berdasarkan kesesuaianpelajar di kawasan bandar dan luar bandar. Cadangan penambaikkan untuk buku teks ini adalah dengan menambahpelbagai aktiviti yang menarik seperti aktiviti bersandarkan kepada Program BasedLearning, inkuiri, kolabratif dan permainan yang boleh melahirkan pelajar berfikiran kritisdan kreatif. Terdapat beberapa nilai murni yang bersifat tersirat. Oleh itu guru perlumenerangkan tentang nilai-nilai murni serta penulis boleh meletakkan ruangan kecilmenyatakan tentang nilai-nilai murni yang ingin diterapkan kepada pelajar.8.0 PENUTUPBuku teks kini tidak hanya memaparkan bahan baku yang perlu dimentelaah dandihafal. Sebaliknya buku teks kini mengajak pembacanya berinteraksi secara ‘aktif’,seperti mempersoalkan isu atau pendapat yang dikemukakan agar pembaca mengambilbahagian dalam perbincangan. Namun demikian, penggunaan buku teks lebihbermakna sekiranya guru menjalankan strategi pengajaran dan pembelajaran yangberkesan. Buku teks juga memberi pengalaman pembelajaran yang seragam kepadapelajar. Pengalaman ini memberi pengetahuan yang boleh menyediakan pelajar ketahap persekolahan yang lebih tinggi dari aspek perkembangan fizikal dan mentalpelajar. Dengan kata lain, buku teks adalah berperanan dalam membangun danmembina keyakinan diri, kental menghadapi cabaran, menerap nilai serta dapat 23
    • memastikan perkembangan diri pelajar adalah menyeluruh, seimbang dan sepadu. Ilmupengetahuan asas menjadi wadah bagi pengumpulan dan pemahaman ilmu yang lebihkomplek di kemudian hari Secara kesimpulannya analisis dan penilaian buku teks ini telah membantupelajar dan guru dalam mengesan kelemahan dan kelebihan buku teks Ekonomi RumahTangga Tingkatan 4 ini. Penilaian buku teks perlu bagi mengekalkan kualiti buku teksdan memastikan ia berfungsi sebagai sumber pembelajaran utama murid. Buku teksyang berkualiti dapat membantu murid menguasai konsep dan kemahiran sertamengembangkan lagi pengetahuan murid dalam bidang ilmu yang dipelajari melaluisesuatu mata pelajaran di sekolah. 24
    • BIBLIOGRAFIAdnan Kamis. 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Percetakan Watan Sdn. Bhd.BAHAGIAN BUKU TEKS KPM. http://www.moe.gov.my/bbt/Bhasah Abu Bakar. 2009. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Edisi Kedua. Tanjong Malim: Quantun Books.Portal Rasmi Bilik Operasi SPBT Sekolah. http://melaka.moe.edu.my/skganun/spbt/index.php? option=com_content&view=article&id=74&Itemid=111 25
    • Rosrita Mohd Loddin.2006. Penilaian Pelajar Terhadap Buku Teks Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3 Dari Aspek Isi Kandungan dan Bahan Grafik (Ilustrasi). Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor. 2008. Psikologi Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.Wong Siew Foong, Fatimah Jailani dan Vickneswary a/p Sithamparappilai. 2002. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4. Selangor: Zeti Enterprise. 26
    • LAMPIRAN 27