Tugasan satu : Apa Itu Falsafah?Istilah falsafah berasal dari bahasa Yunani “philien” dan “sophia”. “philien” bermaksud“me...
Tugasan kedua :Apakah Karya Agung? Berikan Ciri-Ciri Karya Agung.Karya agung merupakan karya-karya yang berjaya meninggalk...
asalnya di dunia Melayu ini, dan mampu mencetuskan dalam bentuk dan gaya yang luarbiasa, unsur-unsur pemikiran, sistem nil...
Selain itu, Hikayat Hang Tuah banyak menceritakan kebudayaan dan sosialmasyarakat Melayu yang membawa satu pengertian yang...
Tugasan tiga :a. Mengapa kita membaca karya agung, phsychomachia. (Part 1)Karya agung merupakan karya-karya hebat yang mam...
Menurut Bill Bennet, buku boleh menjadi kaunselor yang mampu menasihatimanusia tatkala mempunyai masalah .Kita membaca kar...
b. Apa rasional yang digunakan bagi membaca The Bible. (Part2)The Bible merupakan kitab suci penganut agama Kristian. The ...
mendidik moral masyarakat supaya menjadi manusia yang bermoral tinggi. The Biblemampu membimbing manusia di barat kearah k...
3c : Apa rasional yang digunakan bagi membaca Macbeth. (Part 3)Macbeth merupakan karya yang dikarang oleh William Shakespe...
turut berkomplot untuk membunuh Raja Duncan. Dalam karya ini diceritakan begaimanaberlakunya kemelut politik yang dasyat k...
d. Apa rasional yang digunakan bagi membaca Founding Documents. (Part 4)Founding Documents atau dalam bahasa Melayunya dip...
Selain itu, pembacaan The Founding Documents ini penting kerana dapatmenyedarkan masyarakat betapa pentingnya hidup bersat...
e. Apa rasional yang digunakan bagi membaca Huckleberry Finn. (Part 5)Novel The Adventure Of Huckleberry Finn mengisahkan ...
Menurut Bill Bennet, mempunyai sifat dan rasa ingin tahu pada ketika usia masihmuda merupakan sesuatu yang dianggap bertua...
Tugasan Empat ; Ulasan Kitab Sulalatus SalatinSulalatus Salatin yang juga dikenali sebagai Sejarah Melayu merupakan kitab ...
setelah difitnah berkelakuan sumbang dengan dayang. Hang Tuah rela dihukum biarpunbeliau tidak bersalah.       Baginda Pad...
Falsafah ketiga yang diutarakan ialah falsafah keadilan. Contohnya, SultanMuzaffar Syah wujudkan undang – undang untuk men...
Falsafah keenam yang ditonjolkan dalam pembentangan ialah keberanian.Keberanian raja merujuk kepada keberaniannya menjajah...
Tugasan lima : Ulasan Hikayat Abdullah.Hikayat Abdullah merupakan biografi atau penceritaan pengalaman hidup MunsyiAbdulla...
Penceritaan hikayat ini jelas menunjukkan Munsyi Abdullah seorang yang gigihmenuntut ilmu. Munsyi Abdullah berketurunan pe...
ini seperti kepercayaan tahyul oleh masyarakat Melayu. Ketika pembentangmembentangkan falsafah ini, tidak begitu jelas dit...
Tugasan enam : Perjanjian dan Dokumen Lama MalaysiaPerjanjian dan Dokumen Lama Malaysia mengandungi perjanjian – perjanjia...
Perjanjian Pangkor telah menyebabkan kuasa mutlak raja – raja dan pembesarmelayu tercabar. Pengenalan sistem residen telah...
terbuka konflik agama ketika itu.Perkara Sepuluh Persetiaan Naning menyebut ‘mana-mana hamba lelaki dan perempuan yang dip...
Tugasan Tujuh : Ulasan Novel InterlokNovel Interlok telah dikarang oleh Sasterawan Negara, iaitu Dato Abdullah Hussain.Bel...
terdapat beberapa perkataan yang sensitif dan menyinggung perasaan orang India danagama Hindu.          Dalam pembentangan...
Pada pandangan saya, perkara – perkara ini merupakan isu kecil yang sengajadiperbesarkan. Tiada apa yang salahnya dengan p...
Tugasan Lapan : Ulasan Pantun MelayuPantun DagangPantun ini berkenaan dengan penceritaan seseorang atau kisah hidup seoran...
6 ) Orang Pendang pergi ke Gurun                               Cari sanglang benih petola                             Bila...
Contoh :a) Kelam kabus di pinggir tasik                    b) Orang Pendang pergi ke Gurun       Orang menjala ikan haruan...
d) Nilai RasaSesebuah pantun yang baik mesti mempunyai nilai rasa dari segi makna, irama, moral,alunan kata dan lain – lai...
KelemahanPantun – pantun dagang ini boleh dianggap sempurna dari segi binaannya, namunterdapat sedikit kekurangan. Kekuran...
2) Puaslah hamba mecari bendi     Tuan yang mahu umbut kelapa      Puaslah hamba menabur budi     Purnama berlalu tuan dah...
Maksud PantunPantun budi yang pertama membawa maksud jejaka yang mempunyai perangai yang baikmenjadi idaman para gadis. Pa...
Contoh ;Hutan-tuan,     huma-lama,alur-dihulur,     dalam-bersalam,     kenari-dicari,   padi-budi,penanti-hati, desa- bah...
Kedua – dua pantun merupakan pantun yang mempunyai ciri yang indah danmempunyai nilai rasa yang baik. Pantun di atas ini m...
Tugasan Sembilan: Ulasan Tokoh Sasterawan Negara : Datuk Shahnon AhmadDatuk Shanon Ahmad merupakan Sasterawan Negara yang ...
kerjasama yang diberikan oleh penduduk kampung. Setelah kematian Dogol akibatdibaham harimau, barulah penduduk kampung ber...
Tema kemiskinan yang ditonjolkan dan digarap dengan baik dalam novel mampumembawa pembaca menyelami penderitaan dan kepaya...
Bibliografi :Datin Asima Hj. Abdul Latiff. Himpunan Syahdu Pantun Melayu. Kuala Lumpur       Karang Kraf. Sdn BhdZaini Abd...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Karya agung komplete

16,952

Published on

karya agung - mengulas mengenai hikayat-hikayat melayu lama...dan ulasan serta pendapat terhadap karya-karya ulung dunia

12 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
16,952
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
552
Comments
12
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Karya agung komplete

  1. 1. Tugasan satu : Apa Itu Falsafah?Istilah falsafah berasal dari bahasa Yunani “philien” dan “sophia”. “philien” bermaksud“mencintai” atau “sahabat” dan “Sophia” adalah “kebijaksanaan” atau“pengetahuan”. Menurut Robert Zeuscher, ahli – ahli falsafah merupakan orang yangmencintai kebijaksanaan dan mempunyai minat mendalam terhadap ilmu pengetahuan. Plato mengatakan bahawa falsafah merupakan ilmu yang sedia ada atau wujud,Manakala Aristotle pula mengatakan bahawa falsafah itu adalah kebijaksanaan atauhikmah atau ilmu pengetahuan yang menggunakan akal fikiran untuk mengetahuikebenaran yang hakiki. Rumusan daripada pendapat tokoh-tokoh di atas, dapat disimpulkan bahawafalsafah merupakan ilmu pengetahuan, yakni disiplin untuk menyelidik asas dan sebabdan akibat sesuatu perkara. Falsafah dianggap sebagai pokok kepada segala ilmu, keranadari falsafah, maka lahirnya pelbagai cabang ilmu yang lain seperti ilmu sains,matematik, sains sosial,kemanusiaan dan lain-lain. Menurut Zaini Abdullah(2001), falsafah adalah mengenai pertimbangan asas danandaian mengenai pertimbangan tersebut. Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realitiilmu dan nilai. Falsafah juga merupakan pendekatan rasional terhadap sesuatu masalahdan persoalan, di samping merupakan suatu penyiasatan yang komprehensif dan logikmengenai asas-asas pemikiran semua aktiviti manusia.Tujuan falsafah adalah untuk mencari kebenaran tentang sesuatu permasalahan dengancara berfikir secara radikal,sistematik dan sejagat. Sesuatu perkara itu akan menjadipersoalan falsafah apabila ia tidak dapat diselesaikan melalui kaedah dan pengamatansains. Persoalan falsafah juga biasanya melibatkan perkara-perkara yang abstrak sepertipersoalan konsep dan ideologi. Secara rumusannya, falsafah merupakan suatu pemikiranyang amat mendalam dan menyeluruh terhadap sesuatu perkara dalam usaha mencarikebenaran. 1
  2. 2. Tugasan kedua :Apakah Karya Agung? Berikan Ciri-Ciri Karya Agung.Karya agung merupakan karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu,falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca. Unsurdalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di dalamkarya tersebut. Dunia ketamadunan Melayu telah memperlihatkan, terdapat banyak karya-karyaagung yang telah dihasilkan. Karya – karya agung ini melambangkan keunggulan dayacipta bangsa itu untuk membentuk tradisi dan identitinya yang tersendiri. Karya agungdapat membuatkan kita mengenali dan mengetahui sejarah dan kehebatan tamadun –tamadun dunia, seperti tamadun Greek, Cina, India, Mesir dan bangsa-bangsa yang lain.Melalui penghasilan karya seni, pemikiran, falsafah, sastera yang cetuskan oleh pemikir,seniman dan sasterawan zaman dahulu kala mereka mampu meninggalkan pengaruh yangbesar dan kekal sepanjang zaman. Hasil kepengarangan ini dipelajari, dijadikan panduan,dikekalkan atau dicerna oleh keturunan berikutnya sehinggalah hasilnya menjadi tradisidan warisan bangsa hingga ke zaman ini. Karya agung Melayu ialah karya yang dapat melambangkan keunggulan dayacipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkanidealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa danmasyarakatnya melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni,budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu.Pelbagai persoalan kehidupan dan masyarakat terangkum indah dalam sesuatu karya. Karya Agung Melayu bererti karya agung yang ditulis atau diungkapkan ataudilisankan dalam bentuk pepatah, pantun, lipur lara, dan lain-lain dalam bahasa Melayu,tidak mengambil kira kelompok bangsa/etnik dalam kawasan Dunia Melayu ini, sama adaorang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, atau orang Melayu Brunei, atau orangAceh, orang Bugis, orang Minangkabau, dan lain-lain yang menghasilkan karya itu.Persoalan sempadan geografi dan etnik tidak timbul, tidak kira di manakah daerah 2
  3. 3. asalnya di dunia Melayu ini, dan mampu mencetuskan dalam bentuk dan gaya yang luarbiasa, unsur-unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandanganhidup bangsa Melayu turun-menurun.Contoh karya agung : HIKAYAT HANG TUAH Hikayat Hang Tuah merupakan salah satu karya agung Melayu yang amatberpengaruh.Hikayat ini merupakan satu-satunya epik Melayu yang melakar cita-cita.kebolehan, dan sikap hidup orang-orang Melayu pada suatu zaman. Hang Tuah yangmenerajui hikayat ini, mewakili keunggulan citra Melayu sebagai bangsa yang berbudayadan bertamadun dengan menonjolkan sifat-sifat kesetiaan, keberanian, kepintaran danbudi bahasa yang halus. Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang unggul sertapahlawan Melayu yang gagah semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka padaabad ke-15. Laksamana Hang Tuah ialah seorang yang berhati waja, berani, gagah, taat danbijaksana. Walaupun berbeza-beza corak penceritaan, kepahlawanan Hang Tuah tetapada dan sering menjadi simbol kekuatan masyarakat Melayu. Dari sudut falsafah pula,Hang Tuah diibaratkan sebagai nadi kekuatan yang menjadi pujaan masyarakatterutamanya Melayu kerana keberanian dan budi pekerti yang ditunjukkan. Sepertimana yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, penonjolan Hang Tuahsebagai seorang yang kuat, gagah serta berani merupakan satu makna falsafah yangsengaja ditonjolkan oleh penulis sebagai salah satu lambang kekuatan kepada masyarakatMelayu itu sendiri. Sebenarnya, dalam Hikayat Hang Tuah, perlambangan Hang Tuah itusendiri merupakan satu falsafah yang telah digerakkan dengan pelbagai keistimewaanyang tersendiri dan memiliki pelbagai kelebihan. Segala tindak tanduk Hang Tuah dalamHikayat Hang Tuah memiliki makna yang tersendiri serta yang tersirat. 3
  4. 4. Selain itu, Hikayat Hang Tuah banyak menceritakan kebudayaan dan sosialmasyarakat Melayu yang membawa satu pengertian yang luas merangkumi segala halberkaitan dengan masyarakat termasuk sistem sosial, struktur sosial, bentuk kepercayaan,perhubungan antara anggota masyarakat dan strategi fikasi sosial, kepercayaan danagama juga merupakan dua aspek sosial yang menjadi pegangan masyarakat. Masyarakatpada masa itu menganuti agama Islam dan mengamalkan dua bentuk kepercayaan [bukanagama] iaitu berunsurkan animisme dan Hindu-Buddha.Jelas, betapa pengarang hikayat ini mempunyai idealisme untuk mengangkat martabatbangsa Melayu setinggi mungkin. Perkara inilah yang dikatakan bahawa karya agung inimelambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayudahulu kala dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi,kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya. 4
  5. 5. Tugasan tiga :a. Mengapa kita membaca karya agung, phsychomachia. (Part 1)Karya agung merupakan karya-karya hebat yang mampu meninggalkan kesan seni, ilmu,falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca. Unsurdalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di dalamkarya tersebut. Dalam karya agung, terkandung pelbagai rencah kehidupan yangberkaitan dengan hidup manusia. Penceritaan dalam karya agung melibatkan unsuremosi, penderitaan, tangisan, kesengsaraan, pengajaran, maklumat dan sebagainya.Pembaca dapat menyelusuri segala aspek ini apabila membaca karya agung. Penulis jugamembawa kita mengalami pengalaman orang lain di dalam sesuatu karya agung. Karya – karya ini juga mampu membina pemikiran dan cabaran dalam dirimanusia, yakni pembaca. Bill Bennett telah menyatakan dalam buku Shakespeare’sPolitics yang dihasilkan oleh Allan Bloom, iaitu seorang profesor di Universiti Chicagodan Herry Jaffer yang merupakan seorang guru, telah mengatakan bahawa pelajar-pelajaruniversiti pada masa kini kurang merujuk buku apabila menghadapi masalah. Sepatutnya,para pelajar perlu berdampingan dengan buku kerana buku mampu menjadi sumberrujukan yang baik dan mampu mempengaruhi pemikiran manusia kerana di dalamnyaterkandung pelbagai ilmu dan nasihat yang mampu membantu pelajar menyelesaikanmasalah dengan baik. Selain itu, tiada model yang khusus berkaitan dengan konsep kebaikan dannasihat. Oleh itu, karya agung dapat menjadikan diri kita lebih baik daripada sebelumnyamelalui unsur-unsur nasihat dan pengajaran yang terkandung di dalamnya.. Kefahamanbiasa mengenai prinsip yang pertama yang menyatakan bahawa manusia tidak bersetujudengan prinsip pertama dan manusia berfikir mengenai setiap perkara itu. Karya- karyayang hebat mampu membawa perubahan dalam diri manusia yang membacanya. 5
  6. 6. Menurut Bill Bennet, buku boleh menjadi kaunselor yang mampu menasihatimanusia tatkala mempunyai masalah .Kita membaca karya agung kerana terdapat sesuatuyang hebat terkandung di dalamnya. Idea – idea yang ditulis dalam karya-karya agungmerupakan idea yang hebat dan manusia boleh menjadikannya sebagai panduan dalamhidup serta dapat melakukan perubahan ke arah kebaikan. Psychomachia ialah suatu keadaan di mana berlaku pergelutan dalam jiwamanusia. Dalam kata lainnya, psychomachia boleh dikatakan sebagai konflik jiwa.Psychomachia melibatkan pergelutan jiwa di antara perkara baik dan buruk danpergelutan jiwa berkaitan dengan perkara yang patut buat dan perkara yang tidak patutdibuat. Kesemua perkara ini dipelajari dan diteladani melalui pengalaman manusia yangterdahulu yang diceritakan dalam sesebuah karya agung.Kesimpulannya, apa yang disampaikan di dalam karya mampu memberi kesan kepadakehidupan dan pemikiran manusia. Kisah-kisah yang dimuatkan dalam karya agungbanyak memberi pengajaran kepada manusia. Segala perkara baik yang terdapat dalamkarya agung dijadikan contoh teladan dan segala perkara buruk dijadikan sempadan danpengajaran kepada manusia.Dalam hal ini, jelas membuktikan bahawa karya-karya agungini mampu membawa perubahan yang baik kepada manusia kerana memberi pengajaran,nasihat, serta menerapkan prinsip dan nilai murni melalui penceritaan terhadap manusiaterdahulu dan perkara ini merupakan rasional mengapa kita membaca karya agung,phsychomachia. 6
  7. 7. b. Apa rasional yang digunakan bagi membaca The Bible. (Part2)The Bible merupakan kitab suci penganut agama Kristian. The Bible memainkan perananyang sangat penting dalam ketamadunan barat. Guru – guru di sekolah di barat perlumembaca The Bible ini dengan harapan melalui pembacaan karya agung seperti ini,mereka dapat mempersiapkan diri menjadi seorang guru yang hebat. Hal ini kerana, TheBible banyak mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nasihat yang boleh dijadikanpanduan oleh guru dalam mendidik anak – anak didiknya.. Guru - guru yang hebat inikemudiannya dapat mendidik dan menerapkan nilai – nilai moral dalam diri parapelajarnya dengan baik. Terdapat banyak perkara yang dibicarakan di dalam kitab bible. Secarakeseluruhannya, di dalamnya terkandung perkara baik yang perlu diikuti dan perkarayang buruk yang perlu dijauhi. The Bible juga menceritakan tentang keburukan &kebaikan, mendidik masyarakat supaya menjadi baik, mengajar pemimpin supayamenjadi pemimpin yang baik dan tahu apa yang perlu dilakukan oleh seseorangpemimpin, membicarakan mengenai kewajipan manusia serta membicarakan aspek-aspekdalam kehidupan harian. The Bible boleh dikatakan sebagai sumber panduan kepadamanusia yang dapat memandu manusia dari segi perlakuan. Melalui pembacaan TheBible, manusia dapat membuat pertimbangan yang baik dalam kehidupan. The Bible menjadi sumber penting dalam sejarah ketamadunan barat kerana didalamnya terkandung kebenaran. Terdapat banyak penerapan nilai- nilai murni yangterkandung dalam The Bible. Nilai – nilai murni ini dapat mengajar dan membentukmanusia dan masyarakat supaya menjadi lebih baik dari sebelumnya. The Bible jugamembicarakan pelbagai aspek kehidupan, tangungjawab, kewajipan dan sebagainya yangboleh dijadikan ikutan kepada manusia. The Bible boleh dikatakan sebagai panduan utama kepada manusia di barat dalammenjalani kehidupan. Perkara di dalamnya merangkumi nilai- nilai murni yang mampu 7
  8. 8. mendidik moral masyarakat supaya menjadi manusia yang bermoral tinggi. The Biblemampu membimbing manusia di barat kearah kebenaran.Kesimpulannya, rasional pembacaan The Bible adalah kerana isi kadungannya yangmenyeru kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Terdapat pelbagai unsur nasihatdan penerapan nilai serta etika moral yang baik terkandung dalam The Bible yang bolehdijadikan ikutan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa karya agung, The Bible ini dibacakerana ia dapat menyumbang inspirasi dalam pelbagai aspek kehidupan kepadamanusia.Bill Bennet mengatakan bahawa pembacaan karya agung, The Bible ini dapatmengubah kehidupan manusia ke arah penghidupan yang lebih baik. 8
  9. 9. 3c : Apa rasional yang digunakan bagi membaca Macbeth. (Part 3)Macbeth merupakan karya yang dikarang oleh William Shakespeares. Dalam karya ini,Shakespeares telah mengambarkan kejahatan manusia. Beliau telah menggambarkankisah kejahatan yang dilakukan oleh lelaki dan perempuan jahat. Karya inimengetengahkan tema tragedi dan persoalan cita – cita tinggi seorang manusia. Watakutama, iaitu Macbaeth digambarkan sebagai seorang yang amat bercita – cita tinggi.Bercita – cita tinggi dalam konteks terlalu mengejar kejayaan, kekuasaan dan populariti.Justeru, cita – cita yang tinggi melangit inilah yang menyebabkan Macbeth menjadi jahat.Shekespeares menonjolkan keadaan di mana, seseorang itu boleh menjadi jahat tanpamengira pangkat dan status sosial serta jantina seseorang. Karya tragedi ini menceritakan suatu cita - cita yang berubah menjadi kejahatan,di mana seorang jeneral yang mengkhianati rajanya, sahabatnya, bahkan jiwanya sendiri."Fair is foul, and foul is fair" adalah inti dari Macbeth yang mengisahkan pahlawan danpanglima Macbeth dan isterinya yang bercita-cita tinggi mahu menjadi raja dan ratuScotland.. Mereka beranggapan bahawa satu-satunya jalan untuk menaiki takhta rajaadalah melalui pembunuhan Raja Duncan itu sendiri. Mereka membuat perancangandalam memenuhi cita – cita mereka sendiri tanpa menghiraukan kesan dan akibatnyakemudian hari. Pada awalnya, Macbeth merupakan seorang pejuang yang sanggup mati demirajanya. Namun, disebabkan oleh terlalu mendengar kata ahli sihir serta mendengarhasutan isterinya, Lady Macbeth yang turut bercita- cita tinggi, maka akhirnya insan baikdan setia kepada raja seperti Macbeth menjadi seorang yang tamak dan gila kuasa.Macbeth dihasut dan lebih termakan kata - kata tukang sihir daripada mendengar katahatinya. Macbeth sanggup mengkhinati Raja Scotland dan rakan baiknya sendiri demimencapai matlamatnya. Lady Mcbeth pula tidak berhenti – henti meracuni pemikiran Macbeth danmengajar taktik – taktik kotor kepada suaminya dalam usaha menjadi raja. Lady Macbeth 9
  10. 10. turut berkomplot untuk membunuh Raja Duncan. Dalam karya ini diceritakan begaimanaberlakunya kemelut politik yang dasyat kesan daripada sikap gila kuasa dan tamak.Kemelut politik ini membawa kepada suasana huru-hara dan penderitaan yang dasyatkepada masyarakat dalam negara tersebut. Akhirnya, Raja Duncan mati dibunuh, LadyMacbeth pula membunuh diri, manakala Macbeth pula mati dibunuh oleh putera Duncan. Rasional yang digunakan untuk membaca Macbeth ialah karya inimengetengahkan kesan dan akibat dari sikap tamak, gila kuasa dan sikap yang terlalubercita – cita tinggi. Pengakhiran karya ini yang penuh dengan tragedi mampumenyedarkan pembaca dan masyarakat bahawa sikap – sikap yang buruk seperti inimampu mengundang pelbagai malapetaka. Karya ini juga memberi pengajaran supayamanusia tidak terlalu mengikut nafsu dan perasaan serta jangan mudah terpengaruhdengan provokasi orang lain kerana kelak ia boleh memusnahkan diri kita sendiri sepertiapa yang berlaku kepada Macbeth di pengakhiran cerita. Manusia boleh berubah sekelip mata disebabkan kerana keinginannya yangmeluap-luap tanpa batasan. Oleh itu, karya ini dapat membimbing manusia supayaberfikiran lebih waras dan bijak dalam membuat pertimbangan. Manusia tidak bolehbersikap terburu – buru dan membuta tuli serta menurut kata hati. Jika salah percaturan,padah yang buruk akan menanti. Manusia perlu bijak dari segi tindakan dan jugaperbuatan supaya tidak membawa kerugian dan kemusnahan kepada diri dan kepadaorang lain.Karya ini juga memberi pengajaran kepada pemimpin dan para politikus supaya lebihbersikap bertanggungjawab dan tidak terjebak dalam kancah gila kuasa yang membawakepada perebutan kuasa. Apabila perkara ini berlaku, maka struktur politik akan menjadigoyah, negara akan menjadi pincang dan masyarakat akan mengalami penderitaanberpanjangan. Kesimpulannya, karya ini dapat dijadikan iktibar kepada manusia danmemberi peringatan kepada manusia bahawa sikap buruk kita sendiri mampumengundang pelbagai tragedi. 10
  11. 11. d. Apa rasional yang digunakan bagi membaca Founding Documents. (Part 4)Founding Documents atau dalam bahasa Melayunya dipanggil sebagai “DokumenPengasasan” Amerika Syarikat. Founding Documents turut dikenali dengan nama“American Histori, dan Primer Documents. Dokumen Pengasas adalah dokumen-dokumen yang membantu membentuk Amerika Syarikat. Founding Documents ini terdiridaripada beberapa dokumen antaranya, The Declaration of Independence (1776),Emancipation Proclamation (1863), Constitution of the United States dan beberapa lagidokumen lain. Dokumen – dokumen ini merupakan dokumen penting yang menjadi asas kepadapembinaan negara Amerika Syarikat. Pada mulanya terdapat senarai 100 dokumen yangdikumpul dari tahun 1776-1965 dan dikenali sebagai 100 Milestone Documents.Dokumen – dokumen yang dipilih mencerminkan kepelbagaian Amerika dan sebahagianbesar mengenai komitmen negara untuk membentuk negara yang lebih sempurna.Dokumen- dokumen yang dipilih ini merupakan dokumen yang datangnya dari ribuanundang – undang umum, keputusan Mahkamah Agung, pidato,perjanjian,pelantikan,pindaan perlembagaan dan juga dokumen yang mempengaruhi pembentukanAmerika Syarikat. The Federalist adalah kompilasi dari lapan puluh lima esei yang ditulis secaraindividu oleh Alexander Hamilton, James Madison dan John Jay dalam usaha untukmenjelaskan pelbagai peruntukan dan cita-cita diterangkan dalam Perlembagaan dalamrangka untuk menggalang sokongan rakyat untuk pengesahan dari Perlembagaan. Justeru,rasional pembacaan Founding Document adalah supaya manusia mengetahui apa yangberlaku sebelum ini sehingga boleh membawa kepada pembinaan sesuatu negara bangsa.Manusia akan dapat mengetahui bagaimana usaha-usaha yang telah dilakukan untukberjaya membina negara yang berdaulat dan memperolehi kebebasan dan kemakmuran.Manusia juga dapat menyedari betapa pentingnya peranan warganegara dalam setiapusaha pembentukan perlembagaan dan negara. 11
  12. 12. Selain itu, pembacaan The Founding Documents ini penting kerana dapatmenyedarkan masyarakat betapa pentingnya hidup bersatu. Penyatuan bangsa ini sangatpenting dalam usaha memastikan sesebuah itu makmur dan sejahtera. Dalam prosespembinaan tamadun manusia di Amerika, rakyatnya telah berpegang teguh kepada kitabBible yag mengandungi pelbagai nasihat dan falsafah yang boleh membentuk kehidupanmanusia penghidupan yang lebih baik.Pembacaan The Founding Documents juga dapat membuatkan manusia menghargai ertikemerdekaan. Dokumen yang mengisahkan mengenai perjanjian kemerdekaan dapatmemberi kefahaman dan keinsafan kepada manusia betapa peritnya pejuang terdahuluberjuang dalam usaha mendapatkan kemerdekaan lalu membentuk sebuah negara yangbebas dan makmur.Kesimpulannya, The Founding Documents penting dibaca dan difahami supaya manusiatahu apa yang terjadi pada masa lampau. Hal ini turut membolehkan manusia fahambagaimana proses-proses pembinaan negara itu berlaku dan seterusnya menjadiwarganegara yang menghargai negaranya. 12
  13. 13. e. Apa rasional yang digunakan bagi membaca Huckleberry Finn. (Part 5)Novel The Adventure Of Huckleberry Finn mengisahkan pengembaraan Tom Sawyer danHuckleberry Finn ke negeri yang berasingan dan asing bagi mereka. Banyak perkarayang telah ditempuhi oleh mereka sepanjang pengembaraan tersebut. Novel inimemaparkan kisah perhambaan. Namun, perlu difahami dari segi konteks bahawa novelini tidak mengisahkan perhambaan semata – mata tetapi novel mengajar manusia dalambeberapa aspek kehidupan . Rasional membaca novel ini adalah kerana novel ini banyak memberi pengajarankepada manusia. Penceritaan dalam novel ini meliputi banyak perkara, iaitu tentangkehidupan, tentang manusia dan hubungan sesama manusia. Novel ini juga mengajarmanusia supaya sentiasa mengingati asal – usul dan mengenali diri sendiri. Huckleberry Finn telah mengembara ke Missisipi. Pengembaraan ini berlakukerana sikap ingin tahunya yang tinggi tentang apa yag sedang berlaku di sana. Perkaraini mengajar manusia betapa pentingnya sifat ingin tahu. Sifat ingin tahu inimenyebabkan seseorang manusia itu bersikap ambil tahu dan akan meneroka dan mencarijawapan tentang sesuatu perkara yang tidak diketahuinya. Finn yang pada ketika itumasih muda tetapi mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi, telah mengembara ke negeriyang asing baginya. Pengajarannya, sikap ingin tahu ini merupakan suatu cabaran kepadagenerasi muda pada masa kini untuk mencungkil segala perkara yang sedang berlaku. Menurut Bill Bennet, kehairanan ( sikap ingin tahu ), pencarian dan perpindahanke tempat lain untuk mencari sesuatu jawapan merupakan cara terbaik rakyat Amerikamembina negara Amerika yang makmur. Novel ini mengisahkan sesuatu yang baik danburuk yang mampu mengajar manusia supaya dapat memilih dan membuat pertimbanganyang tepat. Novel ini juga mengisahkan mengenai kebaikan dan kejahatan serta turutmengisahkan mengenai undang – undang pemerintah. Novel ini juga dapat mengajarmanusia supaya mencari siapa diri kita yang sebenar, dan di mana kita berada sekarang. 13
  14. 14. Menurut Bill Bennet, mempunyai sifat dan rasa ingin tahu pada ketika usia masihmuda merupakan sesuatu yang dianggap bertuah. Hal ini kerana, golongan sebegini akancuba mencari jawapan dan memperoleh jawapan kepada persoalan mereka pada usiayang muda. Novel ini juga mampu mengajar manusia menyelamatkan diri dari masalahserta mengajar manusia mengelak kesengsaraan melalui pembelajaran dari pengajaranyang terdapat dalam novel ini. Novel ini dianggap sebagai novel yang ekonomis danmengandungi falsafah penceritaan hidup yang hebat dan novel ini menjadi bahanperbincangan yang hebat dan menarik untuk semua.Kesimpulannya, rasional pembacaan Huckleberry Finn ini adalah kerana buku ini mampumemberi kesan baik kepada manusia. Seseorang manusia itu boleh menjadi manusia yanglebih baik apabila mengadaptasi pengalaman yang dilalui oleh Finn dan Tom Sawyer ini.Novel ini banyak mengajar manusia mengenai kehidupan dan pentingnya seseorang itumenyedari asal – usulnya. Sebagai generasi muda pula, novel ini mengajar golonganmuda supaya mempunyai sikap ingin tahu dan sikap mengambil tahu terhadap sesuatuperkara dalam usaha menjadi warga yang mampu memakmurkan negara. 14
  15. 15. Tugasan Empat ; Ulasan Kitab Sulalatus SalatinSulalatus Salatin yang juga dikenali sebagai Sejarah Melayu merupakan kitab hasilkepengarangan Tun Sri Lanang. Karya ini menceritakan zaman kesultanan Melayumelaka yang dikatakan dibawa dari Goa. Goa yang selama ini dianggap di India,sebenarnya merupakan suatu tempat yang terletak di Sulawesi Indonesia. Karya ini telahdikarang oleh Tun Sri Lanang ketika beliau menjadi Bendahara Paduka Johor antaratahun 1580 hingga 1615. Tun Sri Lanang telah dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor padatahun 1565. Sulalatus Salatin mengandungi 15 bab. Permulaan bab dibincangkan dengan juraiketurunan raja Melaka sehingga pembentukan Melaka ataupun sesudah pembukaanMelaka. Pembahagian perbincangan Sulalatus Salatin terbahagi kepada 2 bahagian ,iaitusebelum pembukaan kota Melaka [ mengandungi 4 bab] dan selepas pembukaan kotaMelaka [ mengandungi 11 bab ] Karya Sejarah Melayu ini mempunyai banyak versi. Namun, pembentang padahari tersebut tidak memberitahu secara jelas versi kitab yang dirujuk mereka untukpembentangan pada hari tersebut. Tiada dijelaskan juga mengenai perbezaan – perbezaanantara versi Kitab Sejarah Melayu yang lain. Berdasarkan pembentangan yang lalu, dapatsaya rumuskan bahawa karya agung ini mengutarakan pelbagai falsafah dan etika didalamnya. Pada hari pembentangan, para pembentang telah mengutarakan tujuh falsafah,iaitu ketaatan kepada pemerintah, keadilan, waad, nilai dan etika, adat, keberanian, dankekuasaan. Dalam karya ini, falsafah ketaatan dirujuk kepada beberapa orang tokoh yangdisebut dalam karya ini, antaranya ialah Demang Lebar Daun, Hang Tuah, BendaharaPaduka Raja, Hang Nadim dan Bendahara Seri Maharaja. Demang Lebar Daun seorangyang taat apabila membenarkan puterinya berkahwin dengan Seri Tribuana. Hang Tuahpula terlalu taat kepada sultan sehinggakan rela menerima hukuman bunuh dari sultan 15
  16. 16. setelah difitnah berkelakuan sumbang dengan dayang. Hang Tuah rela dihukum biarpunbeliau tidak bersalah. Baginda Paduka Raja dikatakan taat kepada sultan apabila akur dan tidakmemprotes apabila anaknya, Tun Besar dibunuh oleh anak sultan apabila bola sepakraganya terkena destar anakanda sultan lalu terjatuh ke tanah. Berpegang kepada prinsip“adat Melayu tidak perbah derhaka” maka Baginda Paduka Raja menerima perkaratersebut meskipun anaknya mati dibunuh. Kesimpulan yang dapat dibuat dari falsafah ketaatan ini, konsep ketaatan yangdiamalkan terlalu keterlaluan dan terlalu mengagung – agungkan sultan biarpun tindakansultan tersebut adalah salah dan melampau. Namun, saya berasa agak keliru keranaBaginda Seri Maharaja dikatakan seorang yang taat kepada sultan. Hal ini kerana,keengganan beliau mempersembahkan puterinya kepada Sultan Mahmud telahmenunjukkan ciri penderhakaan kepada sultan. Bendahara Seri Maharaja berpeluanguntuk membantah hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atas beliau sekeluarga. Beliauketika itu dalam posisi sangat kukuh dari segi politik dan ekonomi sebaliknya beliaumelarang para pengikutnya daripada memberontak. Mungkin peristiwa ini menabalkanbeliau sebagai seorang yang taat kepada sultan. Falsafah kedua yang dibentangkan adalah Waad. Waad merupakan kontrak sosialdi antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba. Jika waad ini dilanggar, maka pelbagaibencana akan menimpa seperti menghidapi penyakit kerdal. Oleh itu, wujudnya perkaratulah dan daulat. Saya melihat waad ini sebagai suatu kontrak atau perjanjian di antaragolongan pemerintah dan rakyat. Terkandung pelbagai perjanjian yang bertimbal balik.Contohnya, rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja dan raja juga tidak bolehmenzalimi rakyat. Rakyat tidak boleh menderhaka dan perlu taat kepada raja. Perjanjianini dapat membuatkan rakyat tunduk patuh kepada raja da sekiranya tidak patuh, merekaakan ditimpa bencana. 16
  17. 17. Falsafah ketiga yang diutarakan ialah falsafah keadilan. Contohnya, SultanMuzaffar Syah wujudkan undang – undang untuk mengelakkan menteri melakukankesilapan. Ganjaran kepada kesilapan adalah hukuman. Dalam kitab ini, tidak banyakyang ditonjolkan mengenai sikap raja yang adil. Ketidakadilan raja juga denganberaninya ditonjolkan oleh Tun Sri Lanang. Beliau patut dipuji kerana tidak hanyamenceritakan kebaikan sahaja, malah turut menceritakan kezaliman raja terhadap rakyatdan pembesar – pembesarnya. Terdapat banyak peristiwa yang mempamerkanketidakadilan raja. Falsafah keempat yang ditonjolkan telah dalam pembentangan adalah falsafahadat. Adat merupakan peraturan yang diamalkan sejak turun – temurun. Adat perludipatuhi. Dalam Kitab ini terdapat banyak adat Melayu yang diamalkan oleh golongandiraja dan golongan rakyat. Ada antaranya masih digunapakai dan ada juga di antaranyadiubahsuai supaya sesuai dengan peredaran masa. Falsafah kelima yang ditunjukkan adalah falsafah kekuasaan. Kitab ini terlalubanyak menceritakan kekuasaan raja. Raja sangat berpengaruh dari segala sudut. Rajaberkuasa menitahkan apa sahaja kepada rakyat da rakyat perlu menunaikannya jika tidakmahu dihukum. Saya melihat, kuasa raja sebagai kuasa mutlak terlalu banyak menindasgolongan rakyat. Kandungan kitab ini mempamerkan sikap raja yang kejam dan sanggupberbuat apa sahaja demi mendapatkan sesuatu. Raja pada zaman dahulu terlalu berkuasasehingga bertindak zalim di luar batas kemanusiaan. Justeru, tidak hairanlah mengaparakyat begitu patuh kepada raja biarpun diperlakukan dengan buruk rupa. 17
  18. 18. Falsafah keenam yang ditonjolkan dalam pembentangan ialah keberanian.Keberanian raja merujuk kepada keberaniannya menjajah da mentakluk negeri lain untukmeluaskan pengaruh jajahannya. Dalam kitab ini, turut diceritakan mengenai sikapkeberanian yang ditonjolkan oleh golongan rakyat biasa seperti badang. Kitab ini banyakmenonjolkan ketokohan keberanian Hang Tuah. Hang Tuah digambarkan sebagaiseseorang yang sangat hebat. Perkara ini seperti sengaja ditonjolkan untuk menunjukkankehebatan orang Melayu pada waktu tersebut. Falsafah ketujuh yang ditonjolkan ketika pembentangan adalah nilai dan etika.Etika dan nilai yang digarap dalam kitab ini diwarisi rakyat. Selain itu, kitab ini jugamenggariskan tugas – tugas raja dan pembesar dan peranan – peranan rakyat. Raja jugasebagai bayangan tuhan atau payung kepada rakyat. Justeru, taat dan setia perluditumpahkan kepada raja sepenuhnya.Kesimpulannya, secara keseluruhan dapat dilihat betapa karya agung ini bersifat sejagatdan menyeluruh. Namun, terdapat unsur – unsur mitos yang seakan – akan tidak masukakal di dalam kitab ini. Kekuasaan yang ditonjolkan oleh raja secara melampau dan jugakezaliman raja menunjukkan betapa tidak adilnya raja pada suatu ketika dahulu. Dalamkitab ini juga ditonjolkan secara melampau ketaatan kepada raja. Justeru, pepatah “ adatMelayu tidak menderhaka’ begitu terserap dalam masyarakat Melayu pada suatu ketikadahulu. 18
  19. 19. Tugasan lima : Ulasan Hikayat Abdullah.Hikayat Abdullah merupakan biografi atau penceritaan pengalaman hidup MunsyiAbdullah atau nama sebenarnya Abdullah Bin Abdul Kadir. Hikayat ini mengandungisegala hal yang berlaku pada diri Munsyi Abdullah dan masyarakat selat pada masapemerintahan Inggeris dan peralihan kuasa Inggeris kepada Belanda di Melaka. Hikayatini merupakan dokumentasi sejarah yang berlatar belakangkan peristiwa – peristiwa yangberlaku pada abad ke -19 yang diceritakan mengikut perspektif beliau yang hidup padazaman tersebut.. Turut diceritakan dalam hikayat ini mengenai kisah pembukaanSingapura dan pembangaunannya pada awal abad ke -19. Dalam hikayat ini, MunsyiAbdullah telah mengkritik gaya hidup da kepercayaan masyarakat yang berbilang kaumdi Melaka pada masa itu yang terdiri daripada empat kapitan, iaitu Keling, Cina, Nasrani,dan Melayu. Masyarakat pada zaman tersebut begitu taksub dengan kepercayaan tahyulterutamanya masyarakat Melayu yang begitu mempercayai penanggal dan polong.Perkara ini diceritakan dengan teliti tentang asal – usul makhluk – makhluk ini serta carauntuk membunuhnya. Dalam hikayat ini, beberapa kali Munsyi Abdullah menyatakankebencian beliau terhadap kepercayaaan karut-marut masyarakat Melayu pada ketika itu. Hikayat ini boleh dikatakan sebagai dokumentasi Abdullah. Munsyi Abdullahtelah telah membawa pembaca bertemu dengan tokoh – tokoh sejarah seperti Farquhar,Lord Minto dan Crawford. Hikayat ini telah menceritakan peribadi mereka mengikutpandangan Munsyi Abdullah yang berdampingan dengan mereka. Tokoh – tokoh inidigambarkan sebagai baik dan disanjungi oleh Munsyi Abdullah. Pembentang tidakmengulas lebih lanjut apakah kebaikan – kebaikan tokoh yang dilakukan terhadapMunsyi Abdullah sehinggakan tokoh yang kita anggap mereka jahat tetapi disanjungtinggi oleh Munsyi Abdullah. 19
  20. 20. Penceritaan hikayat ini jelas menunjukkan Munsyi Abdullah seorang yang gigihmenuntut ilmu. Munsyi Abdullah berketurunan peranakan Arab – India yang berjayamenguasai bahasa Melayu , bahasa Tamil, Hindustan, Inggeris dan Cina. Penguasaanbeberapa bahasa ini menunjukkan kegigihan Munsyi Abdullah mempelajari bahasa.Munsyi Abdullah juga mengkritik sikap masyarakat Melayu yang malas mempelajaribahasa Melayu. Perkara ini membuktikan betapa Munsyi Abdullah melakukan pelbagaikritikan sosial dalam hikayatnya. Dalam pembentangan yang dilakukan, pembentang telah mengemukakan limafalsafah yang terkandung dalam Hikayat Abdullah, iaitu falsafah ketuhanan, keadilan,kebenaran dan keindahan. Falsafah ketuhanan yang dibentangkan oleh pembentangmengenai kebencian karut dan tahyul masyarakat Melayu yang membelakangkan kuasaAllah S.w.t. Abdullah berfikiran rasional dan realistikdan tidak mempercayai bomoh,dukun dan pawang. Beliau juga mengkritik kepercayaan orang Melayu yang tidakmempercayai ilmu falak dan tidak mempercayai bahawa bumi ini bulat. Beliau jugamengkritik orang Melayu yang mempercayai peristiwa gerhana bulan disebabkan bulandimakan oleh Rauf (ular). Musnsyi Abdullah menyeru masyarakat supaya memandangsesuatu itu secara rasional dan berpegang kepada kuasa Allah. Perkara ini membuktikan,daalm karya ini Munsyi Abdullah amat menekankan aspek ketuhanan dalam karyanya. Falsafah kedua yang dikemukakan oleh pembentang ialah falsafah keadilan.Falsafah keadilan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan kes Syed Yasin, keskezaliman Sultan, keadilan Farquha yang sedia membantu golongan bawahan yangkesusahan. Pada hari tersebut, pembentang tidak pula mengutarakan pertikaian MunsyiAbdullah mengenai konsep perbezaan taraf dalam amalan dalam sistem masyarakatMelayu. Beliau menyeru dan menuntut kesamarataan dalam gagasannya yang terkandungdalam karya. Falsafah ketiga yang dikemukakan oleh pembentang ialah falsafah kebenaran.Munsyi Abdullah menyatakan perkara kebenaran dalam hikayatnya. Apa yangdiceritakan merupakan perkara yang betul – betul berlaku dan diamalkan sehingga ke hari 20
  21. 21. ini seperti kepercayaan tahyul oleh masyarakat Melayu. Ketika pembentangmembentangkan falsafah ini, tidak begitu jelas diterangkan mengenai falsafah kebenaranyang dimaksudkan oleh kumpulan pembentang. Falsafah keempat yang diutarakan oleh pembentang ialah falsafah keindahan.Keindahan yang dimaksudkan dari segi bahasa, adat dan pemikiran yang diutarakandalam hikayat. Hikayat Abdullah membawa perubahan tema, plot, dan jalan cerita sepertikarya – karya yang ditulis dalam zamannya. Beliau telah menjadikan pengalaman beliausebagai bahan penulisan. Perkara ini menjadikan karya beliau bersifat realiti dan tidakdiselitkan dengan cerita – cerita dogeng seperti karya – karya lain yang ditulis dalamzamannya. Beliau menyelitkan pantun, syair dan kiasan untuk menyampai kan sesuatupemikirannya. Selain itu, terdapat banyak kosa kata baharu dan penggunaan teknik dialogdalam karya ini. Boleh dikatakan bahawa hikayat ini sebagai permulaan karya Melayumoden yang boleh diibaratkan seangkatan ASAS 50 yang lahir seratus tahun selepaskelahiran hikayat ini. Jelas menunjukkan pemikiran Munsyi Abdullah tidak dibatasi olehmasa. Falsafah terakhir yang dibentangkan ialah falsfah etika yang terkandung dalamhikayat ini. Undang – undang Singapura dikatakan sebagai hasil kebijaksanaan Raffles.Pembentang juga mengatakan falsafah etika ini dikaitkan dengan penceritaan kisah TuanBangoor yang begitu mementingkan nilai kebersihan. Adat menggunakan keris jugadikatakan sebagai falsafah etika yang diutarakan dalam karya ini oleh pembentang. Namun, terdapat lagi falsafah lain yang tidak dibincangkan oleh pembentang.Contohnya seperti falsafah pemikiran. Tidak dibincangkan mengenai pemikiran MunsyiAbdullah yang jauh ke depan dan bersifat revolusioner. Beliau juga dianggap sebagaitokoh yang menerajui perkembangan sastera moden di tanah Melayu pada ketika itu.Selain itu, perlu juga ditelusuri betapa Munsyi Abdullah ini begitu teruja dan terpegundengan orang asing yang menjajah Tanah Melayu pada ketika itu.Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia. 21
  22. 22. Tugasan enam : Perjanjian dan Dokumen Lama MalaysiaPerjanjian dan Dokumen Lama Malaysia mengandungi perjanjian – perjanjian dandokumen – dokumen lama yang penting mengenai Malaysia, iaitu dari zaman penjajahanIggeris sehingga ke zaman pembentukan Malaysia dan pemisahan Singapura. Buku inimerupakan yang pertama seumpamanya yang ada di Malaysia. Buku ini penting keranadapat memberi peluang kepada masyarakat menyorot kembali peristiwa – peristiwasejarah yang berlaku pada negara ini suatu ketika dahulu. Segala isi kandungan buku inidiambil dari Arkib Negara. Segala yang terkandung dalam buku ini sangat penting danmampu menjadi iktibar kepada semua. Perjanjian dan dokumen lama ini merupakan bukti bagi pelbagai peristiwa pentingyang berlaku antara pihak pemerintah dengan pihak penjajah yang selama ini terkuncidan tidak diketahui apa sebenarnya berlaku pada zaman tersebut. Buku ini mengandungi26 perjanjian yang berlaku dari tahun 1791- 1965. Antara perjanjian dan dokumen yangetrkandung dalam buku ini ialah Perjanjian Pangkor, Persetiaan Sultan Kedah, PerjanjianInggeris – Belanda 1824, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, PemasyuranKemerdekaan 1957, Pemsyoran Malaysia Persetian Naning dan sebagainya. Pembacaanperjanjian – perjanjian ini dapat memberi maklumat kepada kita mengenai sejarah. Perjanjian – perjanjian ini memberi kesan yang mendalam dari segi politik,ekonomi dan sosial orang Melayu. Antara contoh perjanjian yang memberi kesan yangmendalam kepada orang Melayu ialah Perjanjian Pangkor 1874. Sir Andrew Clarkemenggunakan alasan menyelesaikan masalah perebutan takhta dan pergaduhan duakumpulan kongsi gelap, iaitu Ghee Hin dan Hai San di Perak. Perjanjian ini banyakmemberi kesan kepada negeri Perak dan Tanah Melayu. Secara positifnya Perjanjian inidapat menamatkan huru hara yang berlaku di Perak. Secara negatifnya, perjanjian inimenjadi titik tolak kepada pengukuhan Bristish melalui campur tangan di negeri – negeriMelayu. Perjanjian Pangkor juga menyebabkan Inggeris memonopoli segala hasil diTanah Melayu pada ketika itu. 22
  23. 23. Perjanjian Pangkor telah menyebabkan kuasa mutlak raja – raja dan pembesarmelayu tercabar. Pengenalan sistem residen telah mengurangkan peranan raja danpembesar. Mereka telah kehilangan kuasa sebagai pentadbir negeri. Sistem residen initelah mengubah politik Melayu yang bersifat tradisional kepada sistem politik yangmoden. Kehadiran Birch sebagai residen pula telah menghapuskan sistem penghambaandalam masyarakat Melayu. Perjanjian lain yang terdapat dalam buku ii ialah Persetiaan dengan Sultan Kedah,1791. Terdapat sembilan perkara yang terkandung dalam perjanjian ini. Persetiaan inidisempurnakan oleh Tunku Shariff Mohamad, Tunku Alang Ibrahim, dan DatukPenggawa Talibon, wakil-wakil bagi pihak Baginda Yang Dipertuan. Pemerintah Kedahpada masa itu telah menyerahkan Pulau Pinang kepada Inggeris. Persetiaan ini dapatmencelikkan mata masyarakat betapa mudahnya raja – raja dahulu menjual negeri sendiridemi kepentingan diri. Tambah menyedihkan, perjanjian ini dibuat untuk tempoh masaselama – lamanya jika dikira mengikut ikrar yang telah dibuat “selagi matahari dan bulanbercahaya”. Ternyata, raja – raja terdahulu terlalu pendek akalnya dan tidak pernahmemikirkan nasib generasi selepasnya. Selain itu, perjanjian yang tidak kurang pentingnya dalam sejarah ialah PerjanjianInggeris – Belanda 1824. antara kesan perjanjian ini ialah, berlakunya pembahagiankepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu pengaruh British dan PengaruhBelanda, berlakunya perpecahan Empayar Johor-Riau dan Empayar Johor berakhirapabila Singapura dan Tanah Besar Johor jatuh ke tangan British dan Kepulauan Riau dibawah pengaruh Belanda da berlaku persaingan kuasa di antara Belanda dengan Britishsemakin sengit. Kesan perjanjian pada masa kini ialah, Johor gagal mendapatkan hak keatas Pulau Batu Puteh. Perkara ini jelas membuktikan, peristiwa – peristiwa yang berlakupada zaman lampau mampu memberi kesan sehingga kini. Dalam Persetiaan Naning 1801 yang turut ditandatangani oleh Dol Said denganpegawai Inggeris di Melaka, penghulu dan pembesar Naning bersetuju menjual bijihtimah hanya kepada kompeni Inggeris.Selain itu,perjanjian ini juga mendedahkan secara 23
  24. 24. terbuka konflik agama ketika itu.Perkara Sepuluh Persetiaan Naning menyebut ‘mana-mana hamba lelaki dan perempuan yang dipujuk lari dari Naning ke Melaka, bagimemeluk agama Kristian, maka tuan punya hamba itu akan menerima ganti rugisebanyak separuh daripada harga hamba itu, mengikut penilaian jawatankuasa yang akandilantik kerajaan’.Persetujuan itu kemudian diikuti. Perkara Sebelas perjanjian tersebut yang juga memperkatakan isu yang sama.“Tetapi (jika) mana-mana orang menjual mana-mana hamba beragama Kristian atauorang biasa dari Melaka kepada orang Islam atau orang Pagan, sama ada dengan kerelaanmereka sendiri atau digoda ataupun dilarikan secara paksa daripada tuan mereka, lebih-lebih lagi mereka yang menggoda hamba Kristian atau orang biasa supaya berkhatan ataumenggunakan kekerasan bagi mempengaruhi mereka menjadi orang Islam, nyawamereka akan melayang dan harta benda mereka dirampas.”Perjanjian ini mempamerkanbetapa buruk dan degilnya sikap penjajah. Mereka juga sedaya upaya menyebarkan danmempertahan; agama Kristian yang dibawa oleh mereka.Secara kesimpulannya, pembentangan ini memberi pengetahuan baharu kepada saya.Perjanjian – perjanjian ini sudah cukup membuka mata siapa sebenarnya raja – rajaMelayu suatu ketika dahulu. Betapa buruknya sikap raja – raja Melayu sanggupmenggadai dan menjual tanah air sendiri demi kepentingan diri tanpa memikirkan masadepan generasi selepasnya. Kesan – kesan perjanjian ini juga berlaku sehingga sekarang.Perkara ini dapat memberi iktibar kepada pemimpin supaya berfikir dengan logik danwaras sebelum membuat sesuatu keputusan dan tindakan kerana dengan hanya satukesilapan, ia mampu memberi kesan dalam jangka masa yang panjang. 24
  25. 25. Tugasan Tujuh : Ulasan Novel InterlokNovel Interlok telah dikarang oleh Sasterawan Negara, iaitu Dato Abdullah Hussain.Beliau dilahirkan pada 25 Mac 1929 di Sungai Limau Dalam, Yan Kedah. Beliaumemasuki sekolah pada tahun 1926 dan lulus darjah empat.Beliau meneruskanpendidikannya di Sekolah St. Micheal, Alor Setar, Kedah Darul Aman dari tahun1932hingga 1933. Pada tahun 1935, beliau telah meneruskan pengajian di Anglo ChineseSchool, Alor Setar, Kedah Darul Aman hingga lulus darjah VII. Semasa kependudukanJepun pada tahun 1943, beliau dihantar ke Singapura untuk menjalani kursus pentadbirandi Syonan Koa Kunrenzo(Sekolah Latihan Pegawai-pegawaiTinggi) selama tiga bulan. Beliau pernah menjadi wartawan surat khabar Merdeka, Berita Indonesia danmajalah minggu Merdeka. Selain itu, beliau pernah bertugas sebagai pengarang majalahBintang dan Filem. Beliau juga pernah menjadi pengurus penerbitan di majalahGelanggang Filem. Dalam filem Hang Tuah,beliau pernah bertugas sebagai penasihatteknik. Pada tahun 1961-1964, beliau telah berkhidmat sebagai pembantu pengarangkanan di Oxford University Press dan pernah berkhidmat di Franklin Books Programmedan memegang jawatan editor di majalah Angkatan Baru pada tahun 1965-1968.Seterusnya beliau menjadi karyawan tamu DBP sehingga tahun 1996 dan diangkatmenjadi Sasterawan Negara pada tahu tersebut. Dalam bidang penulisan, terlalu banyak sumbangan beliau. Karya pertama yangdihasilkan ialah sebuah karya lucu yang disiarkan pada tahun 1939. sebanyak 25 buahnovel telah dihasilkannya. Beliau turut menulis tiga buah cerpen, sembilan bukuterjemahan sastera, enam buah buku biografi dan sebuah autobiografi. Novel Imam telahdiangkat sebagai Pemenang Hadiah Sastera Malaysia 1994/1995. Novel kontroversi,Interlok telah diterbitkan oleh DBP pada tahun 1971. Kontroversi atau isu yang timbul adalah apabila novel ini dijadikan teksKOMSAS tingkatan lima di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajayadan Negeri Sembilan mulai tahun 2011. Perkara ini menjadi isu perkauman apabila 25
  26. 26. terdapat beberapa perkataan yang sensitif dan menyinggung perasaan orang India danagama Hindu. Dalam pembentangan tempoh hari, sebanyak empat isu telah dibentangkanberkaitan dengan novel ini. Isu – isunya ialah, isu perkauman, isu bahasa, isu jati diri danisu perpaduan. Novel ini mempunyai 423 halaman termasuk glosari dan biodata penulis.Bab satu dan bab dua masing-masing mempunyai 101 dan 108 halaman dan bab tiga pulamempunyai 76 halaman. Bab empat pula sebanyak 124 halaman. Bagi glosari dan biodatamasing-masing mempunyai 13 dan satu halaman. Bab satu memerihalkan tentangkeluarga Seman. Bab dua pula menceritakan keluarga Ching Huat. Bab tiga menceritakanperihal keluarga Maniam dan bab yang terakhir merupakan bab mengenai Interlokataupun bab yang mengisahkan bagaimana kaum – kaum tersebut diintegerasikan dalamkarya ini.Contoh perkara yang menjadi isu :pada halaman 211 dan 220 :“ satu perkara yang membuatkan mereka senang bergaulkerana mereka tergolong dalamsatu kasta Paria”. ( Interlok Edisi Pelajar : hal. 211)Perenggan di halaman 220 yang mungkin menjadi pertikaian melibatkan agama Hindu,iaitu :“Apatah pula lembu ialah binatang suci bagi orang Hindu;dan kalau binatang itu mati,seperti ibunya sendiri yang mati.”. Selain daripada penggunaan perkataan- perkataan yang sensitif ini, terdapatperkataan lain juga yang menjadi isu seperti penggunaan perkataan “tuhan” yang mahuditukarkan kepada “dewa.” Penggunaan perkataan “cawat “kepada “dothi” danmembetulkan ejaan ‘thali’ dalam novel. 26
  27. 27. Pada pandangan saya, perkara – perkara ini merupakan isu kecil yang sengajadiperbesarkan. Tiada apa yang salahnya dengan penggunaan perkataan tersebut. Penulistelah membuatkan pencirian kaum melalui pengamatan beliau pada ketika itu. Beliauhanya menulis berdasarkan realiti. Setiap watak jelas menggambarkan perwatakan kaummasing – masing dan menggambarkan latar belakang masyarakat yang mendiami negaraini selepas kemerdekaan. Semua kaum bersatu padu dan saling bekerjasama dalam semuabidang. Betapa novel Interlok ini merupakan suatu novel yang hebat dan membantuagenda nasional dalam pembentukan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilangkaum di Malaysia. Novel ini juga secara indah mempamerkan realiti sikap masyarakatpada ketika itu. Contohnya, Seman mula membuktikan kegigihannya bekerja danmenyedari haknya sebagai orang Melayu.Ching Huat pula mula mengakui di tanah inilahtempat dia mendapatkan rezeki bersama kaum yang lain. Malah, anak Ching Huat iaituYew Seng juga dicorakkan sebagai watak yang memupuk sikap berbaik-baik denganorang Melayu seperti Lazim. Maniam dan Rama Krishnan pula digambarkan sebagaiwatak yang senang membantu orang lain tanpa mengira kaum.Oleh itu, terbuktilah bahawa novel Interlok ini bukanlah sebuah novel yang bertujuanuntuk menghina sesiapa, malahan novel ini banyak menerapkan nilai- nilai kemanusiaandalam watak-wataknya yang berbilang kaum. Dalam novel ini, Maniam memainkanperanan yang penting dalam menjelaskan tema novel ini. Justeru, isu perkauman tidaksepatutnya dicetuskan.Kesimpulannya, lumrah manusia lebih gemar melihat keburukan daripada kebaikan.Hanya kerana beberapa perkara kecil, novel ini dibantah dan dibakar oleh mereka yangtidak mengenal apa itu sastera yang mampu dijadikan sebagai wadah perpaduan. Novelini cukup cantik acuannya dan mampu memupuk dan mengeratkan perpaduan kaum yangsedia terbina dalam kalangan masyarakat Malaysia 27
  28. 28. Tugasan Lapan : Ulasan Pantun MelayuPantun DagangPantun ini berkenaan dengan penceritaan seseorang atau kisah hidup seorang pedagangyang merantau ke tempat lain. Pantun jenis ini kebiasaannya menceritakan adatberdagang, nasihat ketika berdagang serta memberi ingatan kepada pedagang.Contoh Pantun : 1) Kelam kabus di pinggir tasik Orang menjala ikan haruan Suara halus bagai berbisik Pulang segera dari rantauan 2 ) Gulai patin dibawa pulang Hidang bersama sambal kelapa Tuan bermukim tempat tualang Lembah yang lama sudah dilupa 3) Jauh berlejang orang memburu Bukit Berapit belukar redang Anak dagang hendaklah tahu Adat tertib di rantau orang 4) Genting Sempah tempat bernama Ketika senja sejuk di bukit Kalaulah sudah bermukim lama Tentu dah lupa hala nak bali 5 ) Rasuk di lantai di bumbung alang Barulah boleh dibina rangka Kalaulah sampai jadi tualang Jangan terlebih tutur dan kata 28
  29. 29. 6 ) Orang Pendang pergi ke Gurun Cari sanglang benih petola Bila petang matahari dah turun Camar terbang pulang ke kualaMaksud PantunEnam buah pantun di atas merupakan sebahagian daripada contoh pantun dagang yangterdapat dalam buku pantun yang dikaji. Pantun yang pertama membawa maksud adasuara halus atau suara hati yang menyeru pedagang supaya lekas pulang dari berdagangdi rantauan. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan si pedagang sudah terlalu lamaberjauhan dengan desa dan orang yang tersayang. Pantun kedua pula bermaksudpedagang diingatkan supaya tidak pernah melupai tempat asalnya jika sudah merantausekian lama. Pantun ketiga pula pedagang dinasihatkan supaya menjaga dan mengikutiadat tertib ketika berada di tempat orang. Perkara ini bagi menjamin keselamatan dankeharmonian pedagan ketika berada di perantauan. Pantun keempat bermaksud kegusaran pencipta pantun berikuti tempoh yang lamadiambil oleh pedagang mampu membuatkannya lupa akan kampung halaman.pantun iniboleh juga dianggap sebagai sindiran kepada pedagang supaya sentiasa mengingatitempat asalnya. Pantun kelima membawa saranan atau nasihat kepada pedagang supayamenjaga adab sopan dan tutur kata ketika berada di tempat orang. Pantun keenam pulamembawa maksud, apabila sesuatu itu sudah sampai masanya, maka para pedagang akanpulang ke tempat asalnya.Ciri – ciri yang terdapat dalam pantun :a) Pembayang dengan maksudKeenam – enam pantun ini mempunyai pembayang dan maksud. Ciri pantun yang baikialah pembayangnya menggunakan unsur – unsur alam dan pantun – pantun ini menepaticiri pantun yang baik. 29
  30. 30. Contoh :a) Kelam kabus di pinggir tasik b) Orang Pendang pergi ke Gurun Orang menjala ikan haruan Cari sanglang benih petolab) EufoniEufoni merupakan kombinasi bunyi yang indah dan sedap didengar. Oleh itu, kata – katayang dipilih mestilah kata – kata yang lembut, bersajak, berirama dan mengalun.Contoh :Tasik-berbisik, haruan-rantauan, pulang-tualang, gurun-turun, petola-kuala,alang-tualang, bernama-lama.c) KolokasiKolokasi membawa maksud pertautan makna atau perkara. Kolokasi dilihat padabahagian pembayang pantun. Ciri pantun yang baik ialah mempunyai kolokasi. Kelam kabus di pinggir tasik Orang menjala ikan haruan Jauh berlejang orang memburu Bukit Berapit belukar redang Orang Pendang pergi ke Gurun Cari sanglang benih petola Gulai patin dibawa pulang Hidang bersama sambal kelapa 30
  31. 31. d) Nilai RasaSesebuah pantun yang baik mesti mempunyai nilai rasa dari segi makna, irama, moral,alunan kata dan lain – lain perkara. Selain mempunyai nilai rasa yang baik dari segibahasa, pantun juga mesti mempunyai nilai rasa dari segi mendidik dan memberi nasihat. Jauh berlejang orang memburu Bukit Berapit belukar redang Anak dagang hendaklah tahu Adat tertib di rantau orangPantun merupakan pantun yang mempunyai ciri yang indah dan mempunyai nilai rasayang baik. Pantun di atas ini merupakan pantun yang baik kerana setiap baris mempunyaiempat perkataan. Keduanya, alunan kata – katanya mempunyai irama dan bunyi naikturun yang indah susunannya. Selain itu, hujung setiap baris berentak da bersajak denganindah, iaitu memburu digandingkan dengan tahu dan redang digadingkan dengan orang.Bilangan suku katanya pula di antara 8-10 suku kata. Pantun ini juga mempunyai nilairasa yang baik apabila mempunyai unsur nasihat.Kenapa Dianggap Karya AgungPantun ini dianggap sebagai karya agung kerana mampu memberi kesan kepadapenggunanya. Misalnya, dalam pantun dagang ini, telah diselitkan unsur-unsur nasihatdan pesanan kepada para pedagang supaya bijak membawa diri di tempat orang dansebagainya. Selain itu, pantun juga mengutarakan pemikiran masyarakat terhadap sesuatuperkara. Dalam pantun berdagang, pemikiran manusia terhadap peristiwa atau perkarayang berkaitan dengan aktiviti berdagang itu diungkapkan melalui pantun. Oleh itu,pantun berdagang ini diangkat sebagai karya agung kerana dapat menjadikan diri kitalebih baik daripada sebelumnya melalui unsur-unsur nasihat dan pengajaran yangterkandung di dalamnya. 31
  32. 32. KelemahanPantun – pantun dagang ini boleh dianggap sempurna dari segi binaannya, namunterdapat sedikit kekurangan. Kekurangan yang dapat dikesan ialah, dari segi penggunaanbukan unsur alam di dalam pembayang pantun. Pantun yang cantik susunan danbinaannya merupakan pantun yang menggunakan unsur – unsur alam dalampembayangnya dan saling berkolokasi antara satu sama lain. Selain itu, ciri pantun yangterbaik adalah rimanya sama bukan pada bahagian hujungnya sahaja, malah rima ditengahnya juga perlu sama. Rasuk di lantai di bumbung alang Barulah boleh dibina rangka Kalaulah sampai jadi tualang Jangan terlebih tutur dan kataPantun BudiBudi mempunyai beberapa erti, iaitu akal, kebijaksanaan, sifat baik, perbuatan baik,kebajikan, bicara dan daya upaya. Budi juga digabungkan dengan perkataa lain yangmembawa makna tertentu seperti budi pekerti yang bermakna perangai, akhlak, tingkahlaku, kelakuan, dan watak; budi bahasa yang beerti tingkah laku. Dalam pantun – pantun Melayu, terdapat untaian pantun yang mengandungi katabudi bagi menggambarkan perkara – perkara seperti yang dimaksudkan dalam maknakata budi itu sendiri. Oleh itu, pemilihan kata sangat ditekankan bagi menggambarkanpenegrtian yang tepat yang didukung oleh kata – kata yang dipilih. Contoh pantun: 1) Pondok buruk di dusun Daik Tempat singgahan mengait kandis Rupanya elok perangainya baik Jadi idaman setiap gadis. . 32
  33. 33. 2) Puaslah hamba mecari bendi Tuan yang mahu umbut kelapa Puaslah hamba menabur budi Purnama berlalu tuan dah lupa3) Sungguh semak di pinggir hutan Petani kampung menebas huma Sungguh banyak budimu tuan Tidak tertanggung selama – lama. 4) Tepi permatang mengalir alurDi hujung sana sungai yang dalam Selamat datang tangan dihulur Kita bersama salam bersalam 5) Terbang dua burung kenari Anak kedidi di rumpun padi Seringgit dua boleh dicari Hutang budi dibalas budi. 6) Jauhnya jarak Pekan Penanti Petang larut ke hujung desa Indahnya akhlak kerana hati. Indahnya hidup berbudi bahasa 33
  34. 34. Maksud PantunPantun budi yang pertama membawa maksud jejaka yang mempunyai perangai yang baikmenjadi idaman para gadis. Pantun kedua pula bermaksud seseorang yang terkilan keranabudinya tidak dikenang oleh orang lain. Pantun ketiga pula bererti budi yang sudahditaburkan tidak terbalas. Pantun yang keempat pula bermaksud “salam” dapatmenggambarkan sikap berbudi bahasa. Pantun kelima bermaksud budi tidak bolehdibalas dengan wang. Budi hanya boleh dibalas dengan budi. Pantun yang terakhirbermaksud hidup seseorang itu lebih indah dengan adanya sikap budi bahasa.Ciri – Ciri Yang Terdapat Dalam Pantuna) Pembayang dengan maksudKeenam – enam pantun ini mempunyai pembayang dan maksud. Ciri pantun yang baikialah pembayangnya menggunakan unsur – unsur alam dan pantun – pantun ini menepaticiri pantun yang baik.Contoh : Puaslah hamba mecari bendi Tuan yang mahu umbut kelapa Tepi permatang mengalir alur Di hujung sana sungai yang dalam Terbang dua burung kenari Anak kedidi di rumpun padi Sungguh semak di pinggir hutan Petani kampung menebas humab) EufoniEufoni merupakan kombinasi bunyi yang indah dan sedap didengar. Oleh itu, kata – katayang dipilih mestilah kata – kata yang lembut, bersajak, berirama dan mengalun. 34
  35. 35. Contoh ;Hutan-tuan, huma-lama,alur-dihulur, dalam-bersalam, kenari-dicari, padi-budi,penanti-hati, desa- bahasa.c) KolokasiKolokasi membawa maksud pertautan makna atau perkara. Kolokasi dilihat padabahagian pembayang pantun. Ciri pantun yang baik ialah mempunyai kolokasi.Contoh : Tepi permatang mengalir alur Di hujung sana sungai yang dalam Puaslah hamba mecari bendi Tuan yang mahu umbut kelapad) Nilai RasaSesebuah pantun yang baik mesti mempunyai nilai rasa dari segi makna, irama, moral,alunan kata dan lain – lain perkara. Selain mempunyai nilai rasa yang baik dari segibahasa, pantun juga mesti mempunyai nilai rasa dari segi mendidik dan memberi nasihat. Contoh : Terbang dua burung kenari Anak kedidi di rumpun padi Seringgit dua boleh dicari Hutang budi dibalas budi. Jauhnya jarak Pekan Penanti Petang larut ke hujung desa Indahnya akhlak kerana hati . Indahnya hidup berbudi bahasa 35
  36. 36. Kedua – dua pantun merupakan pantun yang mempunyai ciri yang indah danmempunyai nilai rasa yang baik. Pantun di atas ini merupakan pantun yang baik keranasetiap baris mempunyai empat perkataan. Keduanya, alunan kata – katanya mempunyaiirama dan bunyi naik turun yang indah susunannya. Selain itu, hujung setiap barisberentak dan bersajak dengan indah, iaitu kenari digandingkan dengan dicari dan padidigadingkan dengan budi, penanti-hati, dan desa – bahasa. Bilangan suku katanya puladi antara 8-10 suku kata. Pantun ini juga mempunyai nilai rasa yang baik apabilamempunyai unsur nasihat..Kenapa Diangkat Sebagai Karya AgungFalsafah budi diungkap dalam pantun secara halus memebri nasihat, teguran dan panduankepada masyarakat. Budi ialah orientasi nilai yang mengukuhkan setiap bangsa.Tanpaorientasi nilai, atau bebas-nilai, keseluruhan batas-batas kehidupan akan runtuh.Melaluihidup berbudi, manusia dapat mengenal pasti keyakinan diri berasaskan pengukuran rasakalbu dan hati. Sekiranya manusia tidak berbudi, maka runtuhlah jatidiri bangsa itu.Budi bahasa yang baik yang baik mencerminkan betapa tingginya martabat dan darjatseseorang.Masyarakat akan memandang tinggi terhadap seseorang yang berbudi.Oleh itu,masyarakat akan turut sama berbudi. Pengaruh falsafah dalam pantun menyebabkanpantun dapat menanam nilai-nilai yang baik dalam diri seseorang pembaca. Secarafalsafahnya, pantun juga kaya dengan variasi yang penuh berisi, beragam gayapengucapan, mantap dari makna dan nilai serta meluas daya gunanya. Justeru, inilahsebabnya mengapa ia diangkat sebagai karya agung. 36
  37. 37. Tugasan Sembilan: Ulasan Tokoh Sasterawan Negara : Datuk Shahnon AhmadDatuk Shanon Ahmad merupakan Sasterawan Negara yang kedua. Beliau dilahirkan pada13 Januari 1933 di Kampung Derdap, Sik Kedah. Beliau merupakan kanak – kanakpendiam dan pemalu serta tidak suka bercampur gaul dengan orang lain. Beliau banyakmeghabiskan zaman kecilnya di sawah ,mencari ikan di sungai dan memburu burung.Kepayahan hidup dan dibesarkan dalam suasana kampung yang mecabar telahmematangkan pemikiran beliau. Sifatnya yang sensetif mendorong beliau untuk menuliskisah – kisah hidup manusia dan segala perkara yang berlaku di sekelilingnya. Jika ditinjau, kebanyakan novel – novel hasil tulisan beliau berkisarkan denganisu sosial, iaitu kemiskinan dalam masyarakat luar bandar, kisah – kisah politik dansebagainya. Falsafah penulisan beliau paling banyak adalah berkaitan dengan isukemiskinan. Perkara ini terbukti apabila terdapat banyak novel beliau yang menyentuhisu – isu kemiskinan seperti Rentong, Seluang Menodak Baung, Ranjau SepanjangJalan , Patriach, Srengenge , Kemelut , Tunggil –tunggul Gerigis, Detik-Detik Diri DiDaerah Daif. Persoalan kemiskinan sering diutarakan dalam novel-novel Shahnon kerana beliausudah sebati kemiskinan. Beliau sendiri hidup dalam keluarga yang miskin, sanaksaudaranya serta masyarakat di sekelilingnya juga miskin. Dalam novel Rentongmisalnya, Shahnon menceritakan perihal masyarakat tani yang begitu dahagakanpembangunan di kampong Banggol Derdap, iaitu kampungnya sendiri. Watak – watakdalam novel tersebut seperti Dogol, Semaun, Pak Senik Jeha dan Lahumamengetengahkan konflik jiwa dalam diri mereka yang mewakili masyarakat kampongtersebut. Novel ini mampu memberi kesedaran kepada para pemimpin supaya membukamata akan kesusahan masyarakat desa yang terabai dalam arus pemodenan. Dalam novel Rentong juga menbgisahkan kehidupan masyarakat desa yang hanyabergantung hidup dengan hasil tani sahaja. Turut diceritakan mengenai seekor harimauganas yang sering menyerang hasil ternakan orang – orang kampung. Pelbagai caradilakukan untuk membunuh harimau tersebut tetapi tidak berjaya kerana kurangnya 37
  38. 38. kerjasama yang diberikan oleh penduduk kampung. Setelah kematian Dogol akibatdibaham harimau, barulah penduduk kampung berkejasama dengan padu untuk memburuharimau tersebut. Jelas tergambar beliau menerapkan nilai kerjasama masyarakatkampung selain mengutarakan isu kemiskinan di dalam novel beliau. Kemiskinan orang kampung yang hidup melarat dan serba kekurangan dari segitempat tinggal disentuh oleh Shahnon Ahmad dalam novel Rentung. Misalnyadigambarkan seperti petikan ini ; “Malam itu kurang menyenangkan penduduk-penduduk Kampung Banggul Derdap : Terutama kepada mereka yang beratap bocor. Langit hitam pekat. Tak ada bintangwalau sebutir sekali pun. Sekali-sekala guntur mengamuk bagaikan setan minta korban.” Selain itu, dalam novel Ranjau Sepajang Jalan pula menceritakan tentangkehidupan kampung yang berlatarbelakangkan kampung beliau. Novel ini menceritakankisah keluarga Jeha dan Lahuma. Padi yang ditanam mereka musnah sebendang keranadiserang oleh ketam. Lahuma pula dutusuk duri menyebabkan kakinya emnjadi busuk.Isterinya Jeha telah berkorban untuk merawat penyakit Lahuma yang kritikal pada ketikaitu. Ketam yang menyerang padi membawa maksud si pemiutang yang datangmengambil padi mereka yang masih muda sebagai bayaran hutang Kesan daripada penerimaan masyarakat yang sangat ghairah terhadap novelRanjau Sepanjang Jalan ini, maka novel ini telah diterjemah kepada bahasa Inggeris olehAdibah Amin dengan judul No Harvest A Thorn. Novel hasil karya Shahnon Ahmad inimemang berkualiti apabila novel yang terjemahkan ini telah diangkat sebagai salahsebuah antara 10 novel terbaik di Sydney, Australia pada 1980-an. Malahan juga novelRanjau sepanjang Jalan ini juga pernah diterjemahkan kepada bahasa lain selain daripadabahasa Inggeris seperti Sweedish, Spanish, French, Rusia dan lain-lain. Selain itu,dalamnovel Ranjau Sepanjang Jalan , Shahnon telah memperlihatkan betapa terbatasnyakeupayaan manusia kampung menghadapi binatang-binatang kecil yang buas, onak, duri,dan ranjau yang membunuh. 38
  39. 39. Tema kemiskinan yang ditonjolkan dan digarap dengan baik dalam novel mampumembawa pembaca menyelami penderitaan dan kepayahan golonga yang miskin. Dalamnovel ini, Shahnon mengutarakan mengenai kekolotan pemikiran masyarakat kampungtelah menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pembangunan. Shahnon jugamenyelitkan sikap penduduk kampung yang mudah menyerah semasa ditimpakesusahan. Perkara ini bertujuan untuk menyedarkan mereka dari berfikiran kolot. Selain daripada isu – isu sosial diutarakan, beliau turut mengupas tema politikdalam beberapa buah novel beliau. Novel Patriach mengisahkan seorang wakilrakyat.iaitu Yang Jasadiah berusaha untuk membasmi kemiskinan yang membelenggupenduduk kampung yang dibawah pimpinannya. Jasadiah yang merupakan seorang wakilrakyat telah bersumpah dan berjanji berhabis-habisan untuk memperjuangkan danmengubah taraf hidup rakyat yang masih serba kekurangan. Jasadiah dan isterinyaHamidah bersetuju untuk berkorban demi untuk mencapai kehandak rakyat. Merekasanggup memilih untuk hidup susah, apa yang penting bagi mereka adalah nasib rakyatterbela dan terjaga. Novel ini ditulis adalah untuk memberi didikan dan pengajaran kepada pemimpin– pemimpin supaya jujur dan tidak mementingkan diri serta mendahulukan rakyat. Selainitu, pemikiran agama turut diutarakan dalam novel beliau, seperti dalam novel Mahabbah.Kesimpulannya, karya Shahnon Ahmad sangat berkualiti kerana beliau bijakmempersembahkan pemikiran beliau terhadap sesuatu isu dengan kreatif dan mampumembawa pembaca menyelami sendiri kehidupan yang digambarkan dalam novel. Novel– novel yang ditulis kebanyakannya berkisarkan tentang kemiskinan dan beliau mahumasyarakat dan golongan pemimpin membuka mata terhadap segelintir golongan miskindi luar bandar. Hasil garapan penceritaan beliau membuktikan bahawa Shahnon Ahmadmerupakan seorang yang sangat peka dan berjiwa rakyat. Beliau turut melakukan kritikansosial dalam novelnya serta mengkritik pemimpin – pemimpin yang tidak telusmenjalankan tanggungjawab mereka. Setiap hasil penulisan beliau sebenarnyamemperjuangkan sesuatu perkara yang berperang dalam dirinya. Beliau meluahkannyamelalui penulisan. 39
  40. 40. Bibliografi :Datin Asima Hj. Abdul Latiff. Himpunan Syahdu Pantun Melayu. Kuala Lumpur Karang Kraf. Sdn BhdZaini Abdullah (2001). Pengantar Etika Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Pustaka Salam. Sdn. Bhd.Laman Sesawang :http://lostuniverse.iowoi.com/t74-apa-itu-falsafah.http://www.yayasankaryawan.com/index.php?option=com_content&task=view&id=6&Itemid=1http://chaimestm.blogspot.com/2010/02/karya-agung.htmlhttp://www.scribd.com/doc/5357494/hikayat-hang-tuahhttp://www.yayasankaryawan.com/index.phphttp://www.youtube.com/watch?v=P9MQI7TS-DAhttp://www.youtube.com/watch?v=Gm72cvq-f_E&feature=relatedhttp://www.youtube.com/watch?v=nzowmnS9IHs&feature=relatedhttp://www.youtube.com/watch?v=epZtC7tvP28&feature=relatedhttp://www.youtube.com/watch?v=89vONtx3h5Y&feature=relatedhttp://tajaulama90.blogspot.com/2010/07/esei-sumbangan-shahnon-ahmad-dalam.htmlhttp://infopedia.nl.sg/articles/SIP_503_2004-12-27.htmlhttp://khirkassim.blogspot.com/2010/12/novel-tingkatan-5-2011-interlok.htmlhttp://www.google.com.my/search?rlz=1C1RNNN_enMY346MY373&sourceid=chrome&ie=UTF-8&q=perjanjian+pangkorhttp://www.scribd.com/doc/24010628/Kesan-Kesan-Perjanjian-Pangkor-1874-Terhadap-Negeri-Negeri-Melayu 40

×