Adat perkahwinan

  • 1,619 views
Uploaded on

sebelum dan pada hari perkhawinan

sebelum dan pada hari perkhawinan

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
1,619
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
58
Comments
0
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Adat Perkahwinan28 February, 201304:09 PMAdat PerkahwinanAdat Perkahwinan Bangsa di MalaysiaMalaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang penuhharmoni. Upacara perkahwinan selalu mendapat perhatian penuh dari semua golongandi Malaysia. Di sebalik keramaian yang penuh warna warni, upacara ini melambangkanperpaduan kaum yang mempunyai latarbelakang budaya dan adat resam yang berbeza.Adat Perkahwinan Tradisional Masyarakat MelayuAdat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapaproses iaitu merisik atau meninjau; upacara peminangan; upacara menghantar tanda;hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari persandingan; jemputmenantu.MerisikPermulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan olehkeluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa. Setelah teruna dan keluarganya berkenandengan gadis yang dipilih , usaha merisik dijalankan untuk mengetahui samada gadis itusudah berpunya atau tidak. Hasil daripada merisik ini akan dibuat rundingan dengankeluarga si teruna. Apabila diketahui sigadis belum berpunya upacara peminangandiaturkan.Acara PeminanganMeminang sigadis hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya.Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda.Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja,persalinan dan tempoh bertunang. Disesetengah-sesetengah tempat berita pertunanganitu diberitahu kepada seisi kampong oleh Ketua Kampong di masjid ketika mengadakansembahyang Jumaat.Menghantar TandaSemasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar olehpihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincinitu dilakukan dalam majlis di rumah sigadis. Cincin ini disebut sebagai ‘cincin tanda’. Iabiasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinanjuga dibincangkan bersama.Hantaran belanjaPada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belahpihak diketuai oleh Ketua Kampong atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanyadiiringi dengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk ataudibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang laintermasuk bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja; pahar telor merah dan nasisemangat; alat solek; buah-buah atau lain-lain.Menjemput
  • 2. Waris bakal pengantin ( ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akanberkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu untuk membritahu tentang hariperkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan memintasanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu.Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.Upacara NikahUpacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imammewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantarandan lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin akandiserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlahmereka menjadi suami isteri.Berinai BesarKedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumahpengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului olehpengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankanupacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki.Majlis persandinganDihari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantinperempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi denganselawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumahpengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantarterlebih dahulu.Jemput menantuMajlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki.Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat padahari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan.Perkahwinan Masyarakt CinaHari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempohyang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranyaterdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mestiditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manismengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hariperkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cinapada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dandisulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Bajupengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakaibaju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkankematian dan kesedihan.Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan padamasa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama.Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantinakan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acarabersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing.Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinyadan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu
  • 3. daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacarameminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakatCina yang mempunyai maksud yang tersendiri.Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalamkeluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepadasaudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minumteh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuanmakan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, ataurestoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepadapasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali danberamah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai buktiperkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinaniaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisisebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkanperkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.Perkahwinan Masyarakat IndiaDi Malaysia majlis perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pendanda. Pedandamemulakan upacara perkahwinan dengan sembahyang memohon restu kepada Tuhansupaya perkahwinan berjalan lancar tanpa apa-apa halangan. Dulang berisi atchataidibawa kepada hadirin. Atchatai ialah beras yang dicampur kunyit serta bunga yangditaburkan diatasnya.Beras ini digunakan untuk merestui pengantin sewaktu upacara mengikat thaliberlangsung. Pedanda akan menyerahkan thaali kepada pengantin lelaki. Sebaik sahajadiarahkan oleh pedanda, pengantin lelaki akan mengikat thaali pada leher pengantinperempuan. Thaali hendaklah menyentuh dada dan benang suci akan disimpul sebanyaktiga kali.Sewaktu upacara ini berlangsung atchatai akan ditaburkan ke atas pengantin sebagaitanda restu. Seterusnya pengantin akan bertukar kalungan bunga yang dipakai sebanyaktiga kali. Selepas itu pengantin lelaki akan memegang tangan pengantin perempuan danmengelilingi api sebanyak tiga kali.Perkahwinan Cina PeranakanOrang-orang Cina peranakan adalah orang Malaysia yang dilahirkan di Negeri-negeriSelat iaitu negeri Melaka, Singapura dan Pulau Pinang. Ahli wanitanya dipanggil nyonyadan ahli lelaki dipanggil Baba. Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu boleh di dapatidi dalam perkahwinan mereka iaitu dari tepak sireh yang melambangkan kesucian wanitayang akan berkahwin itu.Adat lain termasuk ‘mas kahwin’ diserahkan kepada ibu bapa gadis itu kerana kesuciangadis itu. Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah, penggunaan bunga rampaidan pembakaran setanggi. Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria danpancaragam serunai Cina. Upacara berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kayamanakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua belas sahaja.Perkahwinan Orang Asli
  • 4. Perkahwinan orang asli (Puak Mahmeri) mempunyai banyak persamaan denganperkahwinan masyarakat Melayu seperti adat merisik, menghantar tanda dan meminang.Sehari sebelum hari perkahwinan beberapa istiadat akan diadakan seperti istiadatmenepung tawar/menghalau hantu syaitan; istiadat mengasah gigi/ mengandam;membuang sial; menggantung kelambu dan berinai. Semasa majlis perkahwinanberlangsung, beberapa adat istiadat diadakan sempena majlis tersebut iaitu menjulangpengantin; pertarungan pencak silat; mengelilingi busut; membasuh kaki; nasi dalam/sirih perancang dan mandi bunga gomba.Perkahwinan Masyarakat IbanIstiadat perkahwinan orang Iban adalah sungguh meriah. Pengantin perempuan akandipakaikan dengan pakaian yang indah dan berbagai bentuk perhiasan. Dia akan diarakke rumah pengantin lelaki dengan iringan pukulan alat-alat muzik yang kuat. Merekapercaya bahawa bunyian alat muzik yang kuat akan menghalang alamat-alamat yangtidak baik. Pada malam pengantin, mereka akan masuk tidur awal bagi mengelakkan darimendengar alamat-alamat yang tidak baik.Di rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan harus bangun pagi untuk menumbukpadi kerana ibu mertuanya akan memastikan tiada beras untuk dimasak. Selepas tigahari mereka akan tinggal dirumah pengantin perempuan pula selama tiga hari juga.Pengantin lelaki akan ditugaskan untuk mencari kayu api.Perkahwinan Masyarakat MurutPerkahwinan orang Murut adalah seawal umur 15 hingga 18 tahun bagi si teruna dan 13tahun bagi si gadis. Mas kahwin yang biasa dipohon oleh ibu bapa si gadis orang Murutadalah 2 ekor kerbau; 1 tajau sejenis “tilauan; 1 tajau jenis minukul; 1 tajau jenis belaying,1 tajau jenis “manila 1 buah gong dan 1 sumpitan. Istiadat perkahwinan akan dijalankanselama lima hari berturut-turut, tiga hari di rumah pihak perempuan dan dua hari dirumah pihak lelaki. Dalam masa tiga hari tetamu akan bersukaria sambil makan danmeminum air tuak. Pertandingan meminum tuak secara persahabatan juga diadakan.Sumber: Kementerian Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan WarisanPerkahwinan Masyarakat Portugis (Serani)Pada zaman dahulu perkahwinan orang portugis diadakan pada hari Selasa. Di haritersebut pengantin perempuan akan memakai kebaya laboh (cabaia) dan kain sarungsutera berwarna putih (saia) beserta kasut yang bermanik. Rambutnya didandan dengancucuk sanggul dan permata tiruan. Sebelum ke gereja dia mencium tangan ibu danayahnya serta seluruh keluarga. Upacara ini dinamakan “large Noiba?.Pengantin lelaki pula memakai suit hitam, baju dan bow berwarna putih berserta topitinggi yang diikat pita hitam. Pengantin lelaki harus tiba terlebih dahulu di gereja danmenunggu pengantin perempuan. Upacara perkahwinan ini dilangsungkan di gereja.Selepas upacara perkahwinan, kedua-dua mempelai ini akan melawat orang-orang yangtelah menolong menjayakan perkahwinan mereka untuk mengucapkan terima kasih.Adat ini dinamakan “noiba missa I gereja.Inserted from <http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/189-adat-dan-pakaian/1424..>