T5 b2k3 tugasan
- 1. SULIT Nama : ..................................................................................................
No.Kad Pengenalan
Angka Giliran
SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
PARCEL G PRESINT 1 62520 PUTRAJAYA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 1249/3
SEJARAH
Kertas 3
Okt./ Nov
1 bulan Sebulan
TUGASAN UNTUK CALON SEBULAN SEBELUM PEPERIKSAAN
Arahan kepada calon
1. Baca dan fahami pernyataan berikut:
TEMA10 : Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang
Dunia Kedua
TAJUK 10.2 : Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
Tugasan Umum:
Bangsa yang besar adalah bangsa yang tahu menghargai jasa pahlawannya, baik
mereka yang berjuang dengan senjata untuk mempertahankan negara dengan
mengorbankan jiwa raga atau mereka yang berjuang dengan kepintaran siasah dan
akal fikiran untuk mencapai kemerdekaan dan mengembalikan maruah bangsanya.
Tun Dr Mahathir Mohamad- 1998
2. Persediaan calon sebelum peperiksaan:
a) Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan
pernyataan yang diberi sebagai persediaan menjawab tugasan / soalan yang akan diberi
pada hari peperiksaan.
b) Sumber boleh diperoleh daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, majalah, akhbar,
internet dan bahan-bahan lain.
c) Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, bahan bacaan
ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam dewan / bilik peperiksaan.
d) Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab tugasan / soalan.
KERTAS TUGASAN TAMAT
1249/3© 2013 Hak Cipta MasariahMispari -Sekolah Sultan Alam Shah SULIT