Teks ucapan

14,693 views
14,117 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
14,693
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
11
Actions
Shares
0
Downloads
270
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Teks ucapan

  1. 1. aa MASA PERKARA HURAIAN CATATAN Protokol Majlis Yang Dihormati, Koperal Abdul Razak @ Abdul Talib bin Omar, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah Kebangsaan Terentang bagi tahun 2013. Yang Berusaha, Encik Mohammad bin Haji Jaafar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terentang, Encik Saidi bin Sulaiman, Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Zainal bin Jantan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Masni binti Yusuf, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru Kanan dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Bacaan Doa Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan Ustaz Saidi bin Sulaiman untuk memimpin bacaan doa. Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan. (Bacaan doa) Amin, Ya Rabb al-‘Alamin. TEKS PENGACARA MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER TARIKH : 4 MAC 2013 TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN SK TERENTANG JASIN, MELAKA
  2. 2. Ucapan daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terentang Jasin, Melaka. Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Encik Mohammad bin Haji Jaafar untuk memberi ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (ucapan) Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar atas ucapan yang telah disampaikan itu tadi. Ucapan daripada Koperal Abdul Razak @ Abdul Talib bin Omar, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah Kebangsaan Terentang bagi tahun 2013. Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Dihormati, Koperal Abdul Razak @ Abdul Talib bin Omar, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah Kebangsaan Terentang bagi tahun 2013 untuk menyampaikan bingkisan ucapan. (ucapan) Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Koperal Abdul Razak @ Abdul Talib bin Omar atas ucapan yang telah disampaikan itu tadi.
  3. 3. Penyampaian watikah pelantikan Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah pelantikan. Untuk maksud itu dipersilakan Encik Mohammad bin Haji Jaafar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terentang mengiringi Koperal Abdul Razak @ Abdul Talib bin Omar untuk menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Penyampaian cenderamata Bila memandang ke muka laut, Nampak sampan mudik ke hulu; Bila terkenang mulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu. Sebagai penghargaan, majlis menjemput Encik Mohammad bin Haji Jaafar untuk menyampaikan cenderamata kepada Koperal Abdul Razak @ Abdul Talib bin Omar. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Tutup majlis Hadirin, hadirat sekalian : Ucapan salam pengakhir kata, Segala yang ada dikongsi bersama, Apa yang kurang maaf dipinta, Sudilah berkunjung di lain masa. Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri
  4. 4. saya sendiri. Kita tangguhkan majlis kita pada hari ini dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al Asr. Saya sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullahhi wabaratuh. Dengan ini majlis bersurai.

×