Pencemaran

7,955 views
7,761 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
7,955
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
117
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pencemaran

  1. 1. KANDUNGAN 1.0 Penghargaan ………………………………………….………………….…. MS 2 2.0 Pengenalan ……………………...……………………………….…………. MS 2 3.0 Kesihatan diri ………………………………………………………………. MS 3 4.0 Kesihatan keluarga………………………………………............................. MS 5 5.0 Gaya hidup sihat……………………….………………………………........ MS 6 6.0 Senaman dan rekreasi…………………………………......………………... MS 8 7.0 Ceramah: Pencemaran………………….....……………….……………….. MS12 8.0 Slaid-slaid ……............................................................................................. MS 22 9.0 Bibliografi ……............................................................................................. MS 23 10
  2. 2. Topik: Pencemaran Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada guru besar, tiga penolong kanan, guru-guru dan murid-murid sekalian. Saya berasa amat gembiran dapat dijemput memberi ceramah kepada murid-murid. Topik ceramah saya pada pagi ini adalah mengenai pencemaran di persekitaran kita. Pencemaran terbahagi kepada dua jenis iaitu pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi dan pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia. Pencemaran-pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya. Manakala pencemaran-pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia adalah seperti pencemaran udara, air, kimia, radiasi dan bunyi. Para hadirin, silakan melihat slaid yang pertama. Kita akan berbincang tetang pencemaran udara dahulu. Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecai atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan yang menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Punca pencemaran udara ialah daripada asap aktiviti perindustrian dan pembangunan. Manakala sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain itu, kenderaan motor juga adalah salah satu penyumbang utama kepada pencemaran udara. Punca pencemaran yang lain ialah daripada debu yang berpunca daripada kilang papan dan kawasan pembinaan. Punca pencemaran udara yang seterusnya ialah daripada pembakaran sampah secara terbuka. Tidak terkecuali juga asap yang dikeluarkan apabila seseorang menghisap rokok juga boleh menyebabkan pencemaran udara. Kesan pencemaran udara boleh memberi impak yang sangat buruk terhadap manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ia boleh menyebabkan gangguan terhadap system pernafasan manusia. Udara dan bahan cemar yang terperangkap di dalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda lain. 11
  3. 3. Seterusny, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Apa yang paling membahayakan ialah, pencemaran udara juga boleh menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi dan seterusnya boleh menyebabkan hujan asid yang boleh membahayakan alam sekitar. Langkah untuk mengatasi pencemaran udara ialah dengan penguatkuasaan oleh Kementerian Sains dan Alam Sekitar dengan kerjasama dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk menguatkuasakan undang-undang. JAS perlu sentiasa mengadakan lawatan penguatkuasaan ke kilang-kilang. Jabatan Alam Sekitar juga telah melaksanakan operasi asap hitam terhadap pengguna-pengguna kenderaan di jalanraya. JAS juga dari masa ke semasa mengadakan rondaan darat dan udara untuk menyiasat dan mengesan aktiviti pecemaran udara. Pengawasan kualiti udara secara berterusan selama 24 jam bagi mengesan sebarang perubahan kepada kandungan kimia udara ambient yang boleh membahayakan kesihatan manusia juga dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar terhadap kilang-kilang di Malaysia. Bukan itu sahaja, JAS menganjurkan beberapa siri program kempen kesedaran berkaitan lapisan ozon kepada orang awam dan sektor industri, menjalankan kajian kerjasama dengan pihak berkaitan bagi mengawal pencemaran udara. Selain itu, dengan penggunaa teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian untuk mengurangkan pencemaran udara. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia. Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar. Hadirin yang budiman, kita akan menyentuh tentang pencemaran air. pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai sahaja, tetapi juga di lautdan pantai. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti gas, cecair dan pepejal. 12
  4. 4. Punca pencemaran air terjadi apabil sumber air dicemari oleh pathogen, parasit, bacteria dan virus. Ini akan menyebabkan pelbagai penyakit bawaan air seperti taun dan kegatalan kulit. Selain daripada itu, aktiviti perkilangan seperti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai dan tasik juga boleh menyebabkan pencemaran. Pembuangan sampah sarap dan sisa kumbahan harian ke dalam sungai dan parit juga boleh menyebabkan pencemaran air. Bukan itu sahaja, penerokaan hutan yang berleluasa tanpa kawalan juga boleh menyebabkan hakisan tanah dan seterusnyamenyebabkan pencemaran sungai. Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak juga menyebabkan pencemaran air seperti yang berlaku di laut. Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani yang dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai juga boleh menyebabkan pencemaran air. Kesan pencemaran air ini ialah ia akan menyebabkan masalah kesihatan seperti kegatalan kulit dan penyakit taun sekiranya manusia terdedah kepada air yang tercemar. Bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran makanan dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di sungai dan tasik seperti rumpair, burung,ikan dan hidupan lain. Bahan-bahan toksid yang bercampur dengan air sungai atau tasik juga akan mempengaruhi kualiti air minuman. Hal ini memberi kesan negatif terhadap kesihatan, seperti kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman yang akan mengakibatkan keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa. Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke sungai. Hadirin sekalian, penggunaan air laut juga terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin dalam sektor janakuasa elektrik merosakkan kualiti air. Air yang panas selepas digunakan untuk menyejukkan mesin-mesin dalam sektor ini akan disalurkan semula kelaut. Ini menyebabkan seluruh kawasan saliran laut itu akan menjadi panas dan mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar untuk beradaptasi kerana keadaan suhu airnya yang tinggi dan meningkat secara mendadak. Seterusnya, pencemaran air juga menyebabkan keindahan pantai dan laut terjejas. Pantai-pantai yang dipenuh dengan sampah sarap tidak indah untuk dipandang. Langkah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa 13
  5. 5. teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama,majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentudapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertania seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Selain itu, kempen kesedaran perlu dilakukan bagi memberi lebih banyak pengetahuan kepada orang ramai atas kepentingan air dan tidak mencemarkan air. Contohnya, kempen kesedaran dan iklan di televisyen mahupun radio mampu memberi kesedaran kepada masyarakat. Pihak berkuasa jugs tidak harus lepas tangan dan seharusnya mengetatkan penguasaan undangundang bagi menjamin supaya tidak lagi berlaku pencemaran air. Pencemaran kimia merupakan suatu bentuk pencemaran baru yang memberian caman kepada manusia dan persekitaran. Pencemaran kimia ini terjadi akibat daripada penggunaan bahan kimia yang meluas di dalam program pertanian, pembangunan industry dan penggunaan racun perosak. Antara penyebab pencemaran kimia ialah daripada racun makhluk perosak, raksa, arsenik dan florida. Punca pencemaran kimia terjadi disebabkan oleh udara yang tercemar akan menurunka hujan yang mengandung bahan pencemar dan seterusnya mengakibatkan tanah tercemar juga. Air yang mengandung bahan pencemar akan mengubah susunan kimia tanah sehingga mengganggu hidupan yang hidup di dalam atau di permukaan tanah.Pencemaran kimia juga boleh berlaku apabila racun makhluk perosak yang digunakan oleh para petani untuk mengawal serangan makhluk perosak mengandungi bahan kimi. Jika ia tidak digunakan secara betul, maka bahan kimia ini akan mencemarkan sumber air bawahtanah, sungai, tumbuhan dan makanan. Punca pencemaran yang seterusnya ialah daripada raksa. Raksa adalah sejenis logam toksik yang berbentuk seperti cecair atau gas. Ia wujuddi air, tanah, udara dan makanan dalam jumlah yang amat kecil. Manakala arsenik danflorida adalah adalah bahan kimia yang wujud di dalam sumber air bawah tanah. Jika manusia terdedah kepada bahan kimia ini walaupun dalam jumlah yang sedikit, ia mampu memudaratkan kesihatan manusia. 14
  6. 6. Kesan pencemaran kimia ialah ia mampu membunuh haiwan di bawah tanah ataupun apa-apa sahaja hidupan bawah tanah. Racun serangga yang disembur masuk dan berkumpul ke dalam tanah dan membunuh haiwan-haiwan tersebut. Selain daripada itu,spencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengankelumpuhan dan ada yang menemui maut. Contoh kesan daripada keracunan raksa ialahkejadian yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, dimana burung-burung yang sedangterbang di udara tiba-tiba menjunam dari angkasa. Kucing pula berjalan terhoyong-hayangdengan mulut yang berbuih, kemudian berlari tidak tentu arah lalu mati. Jika manusiat erdedah kepada racun ini, ia boleh merosakkan keupayaan mereka untuk belajar, berfikir dan sebagainya. Raksa juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada janin bayi. Manakala kesan pencemaran arsenik pula ialah ia boleh menyebabkan penyakit hati, ginjal, barah kulit, gangrene dan paru-paru kepada manusia. Manakala pencemaran florida pula boleh menyebabkan kecacatan kekal kepada tulang rangka manusia seperti tulang belakangdan sendi. Langkah untuk mengatasi pencemaran kimia ini adalah dengan menggunakan bahan kimia yang mesra alam. Contohnya ialah baja organik. Ia tidak akan meninggalkan kesan sampingan seperti mana yang dilakukan oleh baja kimia dan baja buatan. Bahan organic yang terdapat dalam baja tersebut akan dapat memulihkan struktur tanah.Penggunaan racun serangga yang mesra alam dan tidak mengandungi klorofluorokarbon juga dapat mengatasi masalah pencemaran kimia. Ia akan dapat membantu mengurangkan tahap pencemaran kimia akibat daripada penggunaan bahan kimia yang mengandungi CFC.Selain itu, penggunaan penyembur rambut yang tidak mengandungi bahan CFC juga bolehmembantu untuk mengatasi maslah pencemaran kimia akibat daripada bahan ini. Apa yang penting ialah kita perlulah menggunakan kebijaksaan kita untuk memilih dan membeli barangan yang tidak meggunakan bahan kimia yang boleh mencemarkan alam sekitar kita. Pencemaran Radiasi. Radiasi merupakan suatu bentuk pencemaran yang boleh mendatangkan kemudaratan dari segi kesihatan kepada mereka yang terdedah kepadanya. Pengertian radiasi adalah radiasi pengion, iaitu suatu radiasi dalam bentuk gelombang elektromagnetik dan partikel bermuatan yang apabila tenaganya menembusi bahan atau jaringan 15
  7. 7. biologi (tubuh manusia) dapat menyebabkan terjadinya proses ionisasi pada bahan atau jaringan tersebut. Punca pencemaran radiasi ialah daripada sisa radioaktif daripada tenaga nuklear.Sebagai contoh kemalangan radiasi yang berlaku di Rusia menyebabkan banyak kemusnahandan kecacatan kepada alam dan manusia. Bukan itu sahaja, gelombang electromagnet daripada ketuhar gelombang mikro dan radio juga boleh menghasilkan radiasi sekiranya manusia terdedah terlalu lama terhadap barang-barang tersebut. Bukan itu sahaja, radiasi yangdihasilkan oleh telefon bimbit juga boleh membahayakan kesihatan. Cara biasa telefon bimbitdigunakan (yang menghendaki pengguna meletakkannya rapat ke telinga) mendedahkan otak seorang itu kepada radiasi gelombang mikro yang boleh merosakkan DNA, menjejaskan fungsi sel dan aktiviti asas otak. Kesan daripada pencemaran radiasi kepada manusia ialah, ia boleh menyebabkan kecelaruan tingkah laku, kecacatan otak, barah, kecacatan anggota badan, masalah psikologidan masalah kesihatan yang lain. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan lelaki danwanita yang lebih tua menjadi mandul dan boleh menyebabkan kematian. Pembuangan sisatoksik dan sisa nuklear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami. Ia juga boleh merosakkan tanah dan kualitinya. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak boleh dimakan kerana ia beracun. Selain daripada itu, menurut World Health Organization (WHO), sekiranya manusia terdedah kepada gelombang elektromagnet pada kadar antara 1MHz hingga 10GHz ia akan menyebabkan masalah kesihatan kepada manusia. Langkah untuk mengatasi pencemaran radiasi ialah dengan mengetat kanundang-undang yang menghadkan penggunaan radiasi oleh kilang-kilang dan perindustrian. Pendidikan tentang bahaya pendedahan radiasi kepada manusia juga perlu didedahkan kepada masyarakat supaya mereka boleh mengambil langkah yang betulsekiranya berlaku kemalangan radiasi. Selain itu, Kementerian Komunikasi danMultimedia negara kita ini juga perlu mengeluarkan maklumat terperinci tentang kadar radiasi yang dipancarkan oleh beberapa jenis telefon bimbit yang ada dipasarkan di Negara ini. Dengan maklumat itu, kita boleh tahu apakah telefon bimbit yang kita miliki sekarangini masih berada di bawah paras bahaya yang dinyatakan oleh FCC itu atau sebaliknya. 16
  8. 8. Pencemaran Bunyi. Pencemaran bunyi adalah keadaan dimana sesuatu bunyi itu tidak disukai kerana memberi ketidak selesaan terhadap pendengaran. Secara saintifik, ia didefinisikan sebagai signal yang tidak memberi apa-apa informasi dan kekuatannya berubah secaramendadak dari masa ke semasa. Pencemaran bunyi berlaku apabila kebisingan melebihi 80dB mengganggu keselesaan Punca pencemaran bunyi ini ialah daripada bunyi kenderaan bermotor. Sering kita mendengar bunyi kenderaan yang kuat dan bising di jalan raya. Hal ini belaku kerana keghairahan manusia untuk mengubah bunyi kenderaan mereka daripada senyapkepada bunyi yang lebih bising kerana mengikut trend. Bukan itu sahaja, bunyi bisingdaripada industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi. Bunyi- bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera, kenderaan dan sebagainya. Kuari juga merupakan salah satu daripada ejen pencemaran bunyi. Bunyi pemecahan batu, enjin gerudi dan pemunggaha batu ke lori boleh menyakitkan pendengaran. Pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan d an bunyi kipas ekzos dikilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yangtinggi. Kesan pencemaran bunyi terhadap dunia padamasa kini termasuklah mengganggu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau. Pencemaran bunyi menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu. Haiwan juga akan merasa takut dan terpaksa berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan memberi masalah kepada manusia juga. Pencemaran bunyi juga boleh menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranyatelinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosaka tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Antara kesan lain kepada manusia ialah ia akan meningkatkan tekanan darah, meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan pergerakan gastrik dan pembesaran pupil. Seterusnya kesan psikomatik seperti sakit kepala, pening,loya, muntah, pergerakan mata tak dapat dikawal, gangguan percakapan, dan juga memberikesan kepada tingkahlaku. Jika seseorang terdedah secara berterusan di 17
  9. 9. persekitaran bunyiyang melebihi 80 dB, manusia akan mengalami sakit kepala, gangguan emosi dan yang paling teruk boleh menyebabkan seseorang itu menjadi pekak. Langkah untuk mengatas pencemaran bunyi ialah dengan penguatkuasaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menangani masalah kebisingan ekzoskenderaan yang smakin banyak berlaku. Penguatkuasaan yang ketat perlu dilakukan untuk memberitahu kepada orang ramai bahaya perbuatan mereka merupakan suatu kesalahan.Bukan itu sahaja, peraturan baru juga harus digubal untuk memastikan syarikat pembuat kenderaan bermotor menghasilkan kenderaan yang kurang bunyi supaya tidak berlaku pencemaran bunyi yang boleh memudaratkan kesihatan. Kaedah baru juga perlu dikaji dandiselidiki untuk menghasilkan kaedah yang lebih sesuai dan efisyen untuk digunakan oleh syarikat yang menjalankan perniagaan pemecahan batu di kuari-kuari. Secara tidak langsung, kaedah baru itu akan membantu mengurangkan tahap pencemaran bunyi. Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar dan berusaha untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran. Kita sebagai manusia juga harus berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup masa hadapan. Pembangunan tidak dapat dielak dan memang diperlukan bagi setiap negarauntuk terus maju dan membangun seiring dengan peredaran masa. Tapi harus diingat, tidak semua pembangunan memberi faedah yang baik kepada kita malah ada sesetengahnya yangmemberi kesan buruk melebihi kebaikan yang sepatutnya.Pengkajian dan penilaian yang terperinci perlu dibuat seiring dengan sesebuah pembangunan dengan mengambil kira tahap pencemaran yang boleh berlaku terhadap alam sekitar. Penglibatan Jabatan Alam Sekitar dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanyaakan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukan pemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas padamasa sekarang. Manusia tidak lagi boleh menunggu sehingga tibanya masa keadaan alamsekitar menjadi benar-benar kritikal, dan barulah mengambil tindakan, kerana segala-galanya mungkin akan terlambat dan tidak boleh diselamatkan lagi. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang. Sekian, terima kasih. 18
  10. 10. 8.0 Slaid-slaid Pencemaran Udara Pencemaran faktor semulajadi Pencemaran Bunyi faktor manusia Pencemaran Air Pencemaran Pencemaran Radiasi Kimia Pencemaran Udara Pencemaran Air Punca Punca Kesan Kesan Langkah untuk mengatasi Langkah untuk mengatasi Pencemaran Radiasi Punca Kesan Langkah untuk mengatasi 19
  11. 11. Gambar Pencemaran Pencemaran Bunyi Punca Kesan Langkah untuk mengatasi Punca Pencemaran Udara Kesan Pencemaran Udara  aktiviti perindustrian dan pembangunan gangguan terhadap system  gas rumah hijau pernafasan manusia mengotorkan permukaan bahan penyusutan lapisan ozon bumi hujan asid  kenderaan motor  debu dari kilang papan dan kawasan pembinaan  pembakaran sampah secara terbuka  seseorang menghisap rokok Langkah-langkag Mengatasi Pencemaran Udara  penguatkuasaan oleh Kementerian Sains dan Alam Sekitar  rondaan darat dan udara  Pengawasan kualiti udara  program kempen kesedaran  penapis udara 20

×