Your SlideShare is downloading. ×
Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)

14,200

Published on

7 Comments
25 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
14,200
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
15
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
7
Likes
25
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. PSIKOLOGI PENDIDIKAN(EDC2103) PEMIKIRAN LATERAL PEMIKIRAN (MENDATAR) REFLEKTIF JENIS- JENIS PEMIKIRAN PEMIKIRAN KRITIS PEMIKIRAN KREATIF DISEDIAKAN OLEH : WAN ASMANIRA BT ABDULLAH 771227-03-6258
  • 2.  Pengasasnya ialah Dr. Edward De Bono.Siapakah beliau?? Dilahirkan pada tahun 1933 di Malta. Mendapat pendidikan di St Edward College, Malta semasa perang dunia kedua. Beliau mengorak langkah ke Christ Church, Oxford dan memperoleh ijazah dalam psikologi, fisiologi, dan perubatan. Menuntut di University of Malta dalam bidang Perubatan sehingga mendapat Ijazah Sarjana. Beliau memiliki Ph.d daripada University of Cambridge. Beliau telah menulis serta menterjemah pelbagai buku dalam 34 bahasa (Arab, Bahasa Urdu, Turki)
  • 3.  Pemikiran Lateral ialah satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau tradisional. Ia adalah pemikiran yang menitikberatkan pelbagai jenis jawapan dan digunakan untuk lari daripada idea-idea yang sudah lama dan sudah biasa diamalkan. Ia menekankan kepada nilai kenyataan dan idea- idea yang baru . Tujuannya untuk melepaskan diri daripada cengkaman persepsi-persepsi lapuk untuk mencari dan mencipta idea-idea baru.
  • 4.  Pemikiran ini diperkenalkan setelah mendapati terdapat banyak halangan pada corak pemikiran konvensional. Bukan bertujuan menyingkirkan corak pemikiran yang sedia ada tetapi ianya merupakan satu corak pemikiran yang cuba mencari jalan terpantas dan sememangnya ia berjaya untuk menyelesaikan masalah bukan sahaja menepati kriteria yang dikehendaki tetapi ia amat berkesan. Pemikiran De Bono telah dirumuskan oleh Ainon Mohd & Abdullah Hassan, iaitu:“ Kita tidak akan dapat menggali lubang-lubang baru di tempat-tempat lain kalau kita asyik menggali lubang yang ada supaya lebih dalam lagi” (Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 1996).”
  • 5. • Mengenalpasti idea-idea dominan utama dalam1 masalah yang dihadapi. • Melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang2 berlainan. • Melonggarkan cara-cara pemikiran yang terkawal.3 • Menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang4 lain.
  • 6. Kaedah Kaedah Objek Fokal Kaedah “Reversal” CabaranPerkaitan Menganalisa Bebas TEKNIK Masalah PEMIKIRAN
  • 7.  Berlaku dalam proses sumbangsaran (aktiviti perbincangan kumpulan). Contohnya dalam P&P, guru boleh membincangkan satu topik perbincangan berkaitan isu semasa. Murid-murid bebas menghasilkan idea atau pandangan. Idea-idea dan pandangan ini direkodkan sebelum mengemukakan pendirian tentang keputusan permasalahan yang dibincangkan kepada guru. Keputusan yang dihasilkan adalah keputusan bersama. Teknik ini menggalak pemikiran kreatif di kalangan murid-murid dan meningkatkan kemahiran kognitif murid.
  • 8. Kaedah “Reversal” Kaedah yang digunakan untuk menilai sesuatu keadaan yang biasa secara terbalik. Murid-murid tidak perlu mencari jawapam yang betul tetapi penyusunan maklumat akan menggalakkan mereka melihat cara-cara yang berbeza untuk menilai sesuatu situasi.Kaedah Objek Fokal Murid-murid memilih sesuatu objek secara rawak dan mengaitkan objek tersebut dengan masalah yang dikaji.
  • 9. Kaedah Cabaran Murid-murid mencabar cara-cara atau perkara- perkara yang dilakukan dengan keadaan sedia ada. Tidak bermaksud cara yang sedia ada adalah salah tetapi untuk menggalakkan konsep “pemikiran di luar kotak”.Menganalisa Masalah Proses ini memecahkan masalah kepada bahagian- bahagian yang lebih kecil. Seseorang murid dapat menyusun semula situasi dengan meletakkan bahagian lebih kecil menggunakan cara yang baru dan berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain.
  • 10.  Guru-guru mesti menggalak murid-murid untuk menyelesaikan masalah melalui pelbagai perspektif dengan cara-cara memecahkan sesuatu masalah kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil dan meletakkannya semula untuk melihat penyelesaian yang unik dan berbeza. Kaedah yang boleh digunakan ialah menyediakan senarai rujuk sesuatu masalah, permainan dan latihan, kaedah metafor dan analogi (persamaan dan perbandingan).
  • 11. 1. Sentiasa bersikap positif dan konstruktif.2. Fikir perlahan-lahan dan secara mudah; jangan memudahkan sesuatu perkara.3. Lupakan ego; jangan biarkannya masuk campur bila berfikir.4. Tentukan tujuan berfikir.5. Tukar gear otak”; tentukan bila untuk pemikiran logik dan bila untuk pemikiran kreatif.6. Tentukan hasil yang hendak dicapai.7. Sentiasa fikirkan alternatif yang lain.8. Beri tempat kepada perasaan.9. Tukar ganti pemikirann secara luas dan secara terperinci.10. Bezakan antara yang sepatutnya dengan yang mungkin.11. Ambil kira semua pendapat.12. Semua jenis tindakan melibatkan nilai.
  • 12. Definis Pemikiran Kritis- Ialah suatu penerokaan yang bertujuan untuk mengkaji situasi, fenomena, persoalan, atau masalah untuk menghasilkan rumusan yang merangkumi semua maklumat yang ada.- Merupakan kemahiran intelektual untuk menilai dan mempertimbangkan sesuatu situasi.- Melibatkan kebolehan menganalisis nilai sesuatu.- Penerokaan yang berlaku bagi kalangan pemikiran kritis sangat berkaitan dengan pengalaman yang dialami melalui bahan bacaan, pemerhatian, mendengar dan melihat atau menempuhinya sendiri.- Sumber yang diperolehi ini akan diaplikasi pada pelbagai situasi yang sedang dihadapi.
  • 13.  3 kaedah yang digunakan dalam pemikiran kristis:-i) Bertanya soalan;ii) Cuba menjawab soalan dengan memikirkan tentang jawapan; daniii) Percaya penaakulan seseorang. Pemikiran kritis membenarkan murid-murid mengenal pasti isu-isu yang tidak selari dengan struktur skema (cara melihat dunia mengikut pengalaman yang lepas dan mencari cara-cara untuk mengubahsuai skema untuk memasukkan maklumat baru atau menolak sesuatu maklumat melalui proses penaakulan.
  • 14.  7 cara yang digunakan untuk pemahaman murid tentang pemikiran kritis:-i) Bertanya bukan sahaja apa yang terjadi, tetapi juga „bagaimana‟ dan „mengapa‟.ii) Memeriksa fakta-fakta untuk mengenalpasti sama ada wujud bukti untuk menyokongnya.iii) Berbincang dengan cara bersebab dan bukan melalui emosi.iv) Sedar bahawa kadangkala wujud lebih daripada satu jawapan atau penerangan yang betul.
  • 15. v Bandingkan jawapan-jawapan yang lain kepada soalan-soalan yang lain kepada soalan yang ditanya dan diadili jawapan mana yang terbaik.vi Menilai dan bertanya apa yang disebut oleh orang lain daripada menerimanya sebagai sesuatu yang benar secara tergesa-gesa.vii Bertanya soalan-soalan dan cuba berspekulasi lebih lanjut tentang apa yang telah diketahui untuk mewujudkan idea-idea dan informasi yang baru.
  • 16. a) Menggunakan strategi berpusatkan murid.- supaya murid dapat membuat penilaian yang bernas dan mencari penyelesaian optimal.b) Mengurus fakta secara sistematik dan tersusun.c) Mengunakan soalan-soalan yang sesuai dengan tahap kognitif murid.- Supaya murid dapat menilai semua fakta untuk tujuan menyelesaikan masalah.d) Memberi soalan-soalan yang lebih sukar kepada murid- murid yang lebih bijak untuk menggalakkan tahap pemikiran kritikal yang lebih tinggi.
  • 17. e) Menggalak perbincangan dan aktiviti menyelesaikan masalah dalam bilik darjah.f) Memastikan murid-murid memahami penaakulan yang digunakan.g) Menggalakkan murid-murid membuat perbandingan isi jawapan yang diberikan oleh rakan sebaya sama ada baik atau lemah.h) Menggalakkan murid-murid untuk melihat perspektif yang berbeza-beza.i) Memastikan murid-murid membuat pertalian yang signifikan serta mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari di dalam dunia sebenar.
  • 18.  Murid-murid perlu mempelajari kemahiran pemikiran kritikal melalui kombinasi metodologi arahan terus, demonstarsi, menghafal dan teknik menyelesaikan masalah. Dalam penyelesaian masalah kristis, seseorang individu perlu menjana idea-idea secara kreatif dan membuat analisa secara kritikal. Jadi, pemikir kritikal perlu menjadi pemikir kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau konflik .
  • 19. PEMIKIRAN KREATIF
  • 20.  Ditakrifkan sebagai operasi berfikir yang dapat mengembangkan idea atau mencipta idea, hasil, metafora, analogi dan definsi, ataupun mereka-cipta sesuatu yang baru. Merupakan satu jenis pemikiran di mana seseorang dapat memikirkan pelbagai idea baru yang belum difikirkan oleh orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Seorang guru perlu cekap dalam menjana pemikiran kreatif di kalangan murid-muridnya. Contohnya, guru perlu memberikan peneguhan positif dalam bentuk ganjaran dan hadiah apabila murid-murid dapat melahirkan idea-idea yang kreatif dan unik.
  • 21. • Berani menjana idea yang pelbagai dan baru tanpa dikongkong oleh idea lama Keberanian • Seorang yang berfikiran terbuka, sanggup menerima risiko dan kritikan oang lain. • Mempunyai ciri imaginasi yang mencapah serta kemahiran sintesis untum Imaginasi mencantum idea-idea yang sedia ada agar menjadi idea atau hasilan yang baru.Perkembangan • Perkembangan idea yang dapat menyediakan pelbagai alternatif yang baru. idea • ciri reka cipta yang berasaskan kemahiran sintesis untuk menghasilkan idea Reka Cipta yang baru.
  • 22. 1. Melatih minda murid-murid dengan mengemukakan soalan-soalan terbuka dan relevan.2. Mengubah sesuatu soalan ke arah yang lebih sukar atau lebih senang semasa bertanyakan soalan kepada murid.3. Semasa memberi latihan kepada murid, mulakan dengan soalan yang mudah dan berakhir dengan soalan yang sukar untuk mencabar minda murid.4. Menyediakan soalan lisan secara spontan mengikut keperluan murid-murid.
  • 23. 5. Memupuk sifat ingin tahu dan pemikiran melalui soalan-soalan unik dan yang tidak dijangka. – memberi peneguhan positif dalam bentuk ganjaran apabila murid- murid dapat meluahkan idea yang kreatif dan unik.6. Memastikan murid-murid tidak bersifat „introvert‟ dan dikongkong. Murid perlu berfikiran di luar kotak.7. Pemikiran tradisional tidak perlu dipupuk. Perlu memperkenalkan strategi pengajaran seperti penyoalan dan penyelesaian masalah supaya murid-murid boleh menjana idea-idea kreatif.
  • 24.  Guru perlu menjalankan lebih banyak aktiviti dan strategi P&P seperti inkuiri penemuan dan kaedah penyelesaian masalah seperti aktiviti sumbangsaran, perbahasan dan debat supaya murid-murid mendapat peluang untuk menjana idea-idea kreatif dan melibatkan diri dalam perbincangan intelektual. Guru perlu memperbanyakkan soalan terbuka dalam bilik darjah dan menerima pelbagai jawapan murid asalkan ianya logik dan munasabah. Guru harus membina murid-murid untuk berfikiran secara “open mind” dan tidak melihat permasalahan daripada satu aspek sahaja.
  • 25. C:UsersToshibaDesktopkisah penuh inspirasi tentang semut.flvVideo ini menunjukkan bagaimana semut menyelesaikan masalah untuk menyeberangi sungai. Kesimpulan yang boleh diambil dari video ini ialah sebagai guru atau murid, hendaklah berfikir secara kreatif agar sesuatu tindakan yang akan diambil adalah bersesuaian dengan permasalahan yang dihadapi.
  • 26. PEMIKIRAN REFLEKTIF
  • 27.  Birchall (1992) berpendapat, pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbangkan kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh digunakan untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya. Wilson J & Wing Jan L (1993), menyatakan pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain iaitu pemikiran kritis dan kreatif yang digunakan sebagai pendekatan penyelesaian masalah.
  • 28. Pemikiran Reflektif Perkaitan Renungan KembaliPemikiran dengan Refleksi (PemikiranKritis dan pengalaman- Metakognitif) Kreatif pengalaman sedia ada Penyelesaian
  • 29. 1. Memperkenalkan masalah secara terbuka.2. Melatih pelajar mengunakan teknik penyelesaian masalah dengan cekap.3. Membimbing pelajar menggunakan pemikiran kritis, teknik menganalisis dan mentafsir maklumat-maklumat dari data.4. Membimbing pelajar menggunakan pemikiran kreatif untuk membentuk pelbagai hipotesis serta menghasilkan pelbagai kemungkinan penyelesaian yang wajar.
  • 30. 5. Membimbing pelajar menggunakan pemikiran metakognisi dan teknik refleksi untuk menilai kemungkinan-kemungkinan penyelesaian.6. Guru perlu menggunakan teknik penyoalan untuk meningkatkan daya pemikiran reflektif pelajar.
  • 31. 1. Log Pembelajaran a) Log Individu – rekod maklum balas atau refleksi pembelajaran pelajar. b) Log “Double Entry” – rekod fakta pelajaran dengan soalan pelajar dan refleksinya. c) Log Pembelajaran Dialog – catatan refleksi di antara 2 orang atau lebih berkaiatan maklum balas pembelajaran melalui pertukaran idea refleksi log pembelajaran masing-masing. Contoh catatan refleksi di antara guru dan pelajar.2. Pemetaan Konsep - melibatkan penggunaan peta minda dan pengurusan grafik.
  • 32. 3. Penggunaan Teknik Penyoalan - menggunakan soalan jenis gerak balas lanjutan untuk menggalak pelajar berfikir secara reflektif.4. Pembelajaran Rundingan - melibatkan aktiviti pembelajaran yang memerlukan penggunaan refleksi kendiri dan pemikiran refleksi dalam proses perancangan, perbincangan, penilaian dan membuat keputusan.5. Jurnal Reflektif - catatan tentang sesuatu peristiwa, masalah yang dihadapi, peringkat pencapaian sesuatu bidang dan sebagainya. - tujuannya supaya guru dan pelajar membuat refleksi, menilai serta menggunakannya sebagai rujukan untuk mengambil tindakan susulan yang wajar dan berkesan. Contoh, portfolio reflektif.
  • 33.  C:UsersToshibaDesktopbongkah.m3uVideo ini menunjukkan tentang pemikiran murid untuk mengingati dan memahami bentuk reka bentuk asas dalam rekabentuk bagi mata pelajaran kemahiran hidup. Murid- murid mengunakan konsep nyanyian boria untuk menerangkan ciri-ciri dan jenis reka bentuk dua dan tiga dimensi.
  • 34. SEKIAN TERIMA KASIH JUMPA LAGI

×