Edu 3106

2,912 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,912
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
134
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Edu 3106

  1. 1. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG) NAMA : WAN SUHAILA BINTI ABDULLAH NOMBOR KAD PENGENALAN : 800309-11-5216 KUMPULAN/UNIT : PRA (A) MATA PELAJARAN DAN KOD :BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106) NAMA PENSYARAH : PN. YUSLAINI BINTI YUNUS TARIKH SERAH : 1 SEPTEMBER 2012
  2. 2. ISI KANDUNGAN Muka SuratSoalan A Soaln 1 (a) 1-11 Soalan 1 (b) 12 -17Soalan B Penulisan Reflektif 18 -19Bibliografi 20Kolaborasi 21
  3. 3. ARAHAN TUGASANa) Pilih dua amalan budaya yang diamalkan oleh dua kaum di Malaysia. Melalui pengurusan grafik, banding bezakan amalan budaya tersebut. Amalan Kaum Melayu Kaum Cina Kelahiran Sewaktu Mengandung Sewaktu Mengandung Melenggang perut Mengamalkan pantang larang Dipanggil kirim perut ketika mengandung. Dilakukan kepada Tidak dibenarkan memaku. wanita yang Digalakkan supaya bekerja mengandung anak bagi memudahkan proses sulung. bersalin. Sewaktu Bersalin Dilarang makan makanan Potong tali pusat yang tajam. Diazankan bagi bayi lelaki dan Selepas Kelahiran iqamat bagi bayi perempuan. Adat Berpantang Membelah mulut Perlu berpantang selama Berpantang empat puluh hari. Berlangsung selama 44 Pusat bayi dililit agar perut hari bayi tidak masuk angin. Perlu makan ubat- Memakan makanan yang ubatan tradisi dan panas dan pedas untuk bertungku. mengeluarkan angin bagi Selepas Lahir wanita bersalin. Tanggal pusat Kenduri Memberi nama Mengadakan kenduri Disunatkan memberi apabila bayi mencapai nama yang mempunyai sebulan. maksud yang baik. Mencukur rambut Beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah
  4. 4. rambut sementara. Sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru. Memberi namaCukur rambut Nama yang baik perlu Dilakukan pada hari ke mengambil kira makna, tujuh. unsur Ying dan Yang. Nama perlu mempunyai maksud yang baik , bunyi yang sedap didengar dan mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu.Naik buaiJejak tanahBersunat / berkhatan Bayi perempuan dilakukan ketika bayi masih kecil. Bayi lelaki dilakukan ketika bayi berumur sekitar lapan hingga dua belas tahun.
  5. 5. Amalan Kaum Melayu Kaum CinaPerkahwinan Merisik Merisik Dipanggil meninjau atau Dijalankan untuk menengok. mengetahui latar belakang Merupakan tahap awal gadis yang dihajati. menjodohkan teruna dan dara. Bagi memastikan gadis yang dihajati masih belum berpunya dan dapat menyelidik latar belakang si gadis. Si gadis boleh mempertimbangkan kriteria lelaki. Meminang Meminang Dilakukan oleh kaum Wakil dihantar bagi keluarga terdekat pihak membincangkan perkara- lelaki. perkara berkaitan Saudara mara kedua- perkahwinan. dua belah pihak akan Menetapkan jumlah mas berunding bagi kahwin. menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula.
  6. 6. Perbincangan diadakan berkenaan hantaran dan jumlah rombongan yang datang.Bertunang Bertunang Pihak lelaki diwakili oleh Berdasarkan kalendar Cina. keluarga dan saudara Tukang tilik akan mara terdekat. memberikan masa yang Kenduri diadakan sesuai untuk berkahwin. sempena majlis. Pertunangan Bilangan hantaran adalah jumlah ganjil.Perkahwinan Majlis Perkahwinan Akad Nikah Memakai pakaian yang Majlis diperbuat daripada sutera. Tidak akan mengadakan majlis sekiranya berlaku kematian. Pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan. Upacara meminum teh. Kemuncak upacara ialah pada malam hari di mana diadakan majlis jamuan makan.
  7. 7. Huraikan amalan budaya dan analisis perubahan amalan budaya tersebutekoran faktor-faktor pembolehubah yang mendorong kepada amalan yangberbeza dari dulu hingga kini dari pegangan tradisional kepada yang lebihmoden. Jelaskan rasional amalan budaya itu perlu dikekalkan. Budaya dan warisan merupakan dua perkataan yang seringkali diperkatakankhususnya apabila membincangkan isu-isu yang berkait dengan sejarah bangsa dannegara. Dari sudut tafsiran, budaya berasal daripada perkataan sanskrit buddayah,yang merupakan kata jamak bagi perkataa buddhi, yang bermaksud budi pekertiatau akal, atau secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akalmanusia. Satu daripada prinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialahwujudnya keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti negara tersebut.Dalam rangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya danagama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murnidan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjaminkesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akanmenjadikan bangsa itu terhormat dan disegani. Ini bertepatan dengan firman AllahSWT dalam surah al-Mukminin: 1-2. Maksudnya:“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu’dalam sembahyangnya”.Dengan demikian kemajuan ekonomi dan teknologi Malaysia akan berjalan selaridengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum.Namun, gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmudalam masyarakat Malaysia semasa, merupakan suatu cabaran besar kepadapelaksanaan pendekatan Islam Hadhari. Dari perspektif tamadun dan agama Islam, kemajuan ekonomi dan ilmusesuatu bangsa harus dijiwai oleh budaya moral dan etika yang luhur. Matlamat initidak akan dapat dicapai selagi kemajuan kebendaan diasingkan daripada nilai-nilaimoral, etika dan kerohanian yang luhur. Sejarah telah membuktikan bahawatamadun dan Empayar Romawi yang begitu hebat telah runtuh dan ditelan zamanakibat daripada kepincangan moral yang parah dalam masyarakat dan negara.Aspek kesenian dalam memperkasakan budaya harus seiring dengan nilai-nilai
  8. 8. murni yang berasaskan keluhuran dan kreativiti yang menyumbang ke arahkebudayaan tinggi (high culture). Konflik antara budaya tradisional dan budaya moden telah lama wujud iaituketika era penjajahan barat ke Tanah Melayu. Hal ini kerana, kedatangan penjajahbarat ke Tanah Melayu turut membawa budaya mereka dalam pelbagai aspekseperti cara berpakaian, pemakanan, pergaulan, nilai, kepercayaan dan sebagainya.Namun, konflik budaya ini kian ketara apabila arus permodenan dan globalisasimelanda seluruh dunia termasuk Malaysia. Konflik budaya ini berlaku apabilamasyarakat hari ini lebih senang memilih untuk mengamalkan cara hidup moden danmeninggalkan amalan-amalan dan budaya hidup tradisional. Kebudayaan tradisionalmerupakan amalan yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-temurun meliputikeseluruhan cara hidup, nilai dan kepercayaan sesebuah masyarakat tinggi dengannilai-nilai murni, agak terikat dengan pelbagai adat tertentu dan pantang larang.Kebudayaan moden pula adalah budaya yang berlawanan dengan unsur-unsurbudaya tradisional. Kebudayaan moden dipengaruhi oleh budaya barat keranagolongan atau generasi muda beranggapan bahawa segala yang terdapat dalamperadaban barat adalah kemajuan. Pertembungan kebudayaan tradisional yangpenuh dengan nilai yang positif dengan kebudayaan moden yang lebih banyakmembawa unsur negatif bertunjangkan barat menimbulkan pergolakan dan konflikbudaya. Proses modenisasi daripada barat yang diterima oleh masyarakat Melayuterutamanya golongan muda mengundang pelbagai masalah sosial seperti budayarock, budaya lepak dan rempit, fesyen pakaian dan fesyen rambut yang menyakitkanmata memandang dan banyak lagi. Keadaan ini menyebabkan golongan yangberpegang dengan nilai tradisi merasakan bahawa budaya moden hari ini membawakepada kemerosotan tradisi budaya Melayu serta menghilangkan identiti budayaMelayu. Penggunaan istilah “ moden” selalu bertentangan dengan tradisional. Modenmerupakan simbol kemajuan, pemikiran rasional dan juga merupakan salah satu ciribagi masyarakat maju. Bagi istilah “ tradisional” pula, ia selalu dikaitkan dengankemunduran, tidak rasional dan juga dikaitkan dengan faktor bukan material.Menurut Durkheim, proses modenisasi menyebabkan runtuhnya nilai-nilai tradisi. Disini, apabila kita kaitkan antara budaya moden dan budaya tradisional, konflik akanwujud kerana kehadiran budaya moden ini telah meruntuhkan nilai-nilai murni yang
  9. 9. terdapat pada budaya tradisional. Sebenarnya, penyataan yang mengatakan budayamoden boleh membawa kemajuan boleh dipertikaikan. Hal ini demikian keranabukan semua budaya moden boleh membawa kesan yang positif kepadamasyarakat. Hal ini dapat dibukti melalui pelbagai media massa dan media cetakyang memaparkan kesan daripada budaya moden ini. Sebagai contoh, pada masadahulu, masyarakat dulu memang terkenal dengan sikap yang lemah lembut danbersopan santun. Walaupun masyarakat pada masa itu tidaklah secanggih padamasa kini, namun pengangan nilai-nilai murni dan nilai-nilai moral ini telahmenjadikannya salah satu budaya yang dihormati dan dihargai oleh masyarakat luar.Inilah dikatakan sebagai budaya tradisional yang lebih mementingkan nilai murni.Sebaliknya, apabila kita sebut sahaja budaya moden sekarang, banyak isu-isunegatif yang timbul. Contohnya, budaya samseng, gengsterisme, dan banyak lagikes-kes jenayah. Hal ini sedemikian kerana budaya tradisional ini telah diracuni olehbudaya moden yang dibawa dari negara barat. Budaya moden bukan sahajameruntuhkan nilai-nilai murni masyarakat, tetapi juga telah meracuni pemikiranmasyarakat dengan mengatakan budaya moden lebih baik daripada budayatradisional. Ini menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi bahawa hanyabudaya moden ini sahaja akan membawa kemajuan dan budaya tradisional harusdiabaikan kerana ia merupakan penghalang kepada kemajuan. Oleh itu, kita sebagaiseorang yang rasional, kita harus pandai untuk membezakan antara baik dan buruk.Sememangnya, konflik antara budaya moden dan budaya tradisional ini memangtidak dapat dinafikan. Namun, konflik ini dapat dikurangkan sekiranya budaya modenyang positif disesuaikan dengan budaya tradisional. Persambungan budaya merujuk kepada pengamalan budaya lama yangmasih diteruskan manakala perubahan budaya merupakan amalan budaya lamatetap diteruskan tetapi diasimilasikan dengan budaya luar yang meresap masuk kedalam budaya lama dan diamalkan. Pentingnya adat masyarakat Melayu jelasterlihat dalam peribahasa yang berbunyi “Biar mati anak, jangan mati adat”.Contohnya adat dan budaya Melayu yang mengalami proses perubahan budayaadalah seperti adat perkahwinan. Tataperlakuan dalam adat resam masyarakatMelayu terutamanya adat dan budaya perkahwinan banyak dipengaruhi oleh adatyang diwarisi dari budaya Hindu yang disesuaikan mengikut unsur-unsur Islam.Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriahdan penuh adat istiadat. Mengikut adat silam, dari segi persediaan untuk
  10. 10. perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi danberinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya adalah majlisbersanding. Di masa silam, bersanding adalah satu aspek perjalanan hidup yangdijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing-masing. Biasanya apabila ibu bapa merasakan anak lelaki sudah sampai masa untukberkahwin, mereka mula merisik untuk memilih gadis yang sesuai. Pada umumnya,ibu bapa meminta saudara mara mengesan dan mencari gadis sesuai dikahwinkandengan anak lelaki mereka.Dalam zaman mengejar kemajuan ini, adakalanya adat resam dikebelakangkan. Initermasuklah dalam soal adat meminang. Adat meminang boleh dibahagikan kepadadua peringkat iaitu merisik dan meminang. Apabila hati seorang teruna telahberkenan pada seorang dara, biasanya dia akan menghantar wakil untuk merisikbagi menentukan sama ada si dara telah berpunya atau belum. Kadangkala semasamerisik, wakil teruna akan menyerahkan sebentuk cincin tanya. Jika pihak darabersetuju, mereka akan menetapkan tarikh untuk masuk meminang dan seterusnyabertunang. Apabila hari yang ditetapkan tiba, wakil teruna akan masuk meminangsecara rasmi. Biasanya pihak teruna akan membawa bersama hadiah beberapadulang hantaran termasuk sebentuk cincin atau sebagainya. Pada ketika ini, kedua-dua wakil akan menetapkan tarikh ijab kabul dan persandingan mengikut kesesuaiankedua belah pihak. Namun kini, hanya adat masuk meminang sahaja yang masihdiamalkan. Pada zaman teknologi maklumat ini, biasanya kedua-dua teruna daratelah berkenalan terlebih dahulu. Jadi adat merisik khabar dirasakan tidak perlu lagi. Walaupun adat perkahwinan masih lagi diamalkan oleh masyarakat melayu,namun, amalan kenduri kahwin telah mengalami beberapa perubahan mengikut aruspemodenan. Jika dahulu, kenduri kahwin diadakan secara gotong-royong bersama-sama dengan penduduk kampung. Masing-masing membawa barangan sepertiberas, gula, sayuran dan sebagainya untuk dimasak dan dijamu kepada tetamu.Dengan itu, tuan rumah tidak perlu bersusah hati untuk memikirkan kos yang terlalubesar untuk ditanggung.Tetapi kini khidmat katering sering digunakan dalam kendurikahwin kerana lebih mudah dan menjimatkan kos. Persandingan pula tidak diadakandi rumah pengantin sebaliknya diadakan di hotel-hotel mewah. Budaya moden iniselalunya berlaku dalam kalangan masyarakat bandar yang lebih mementingkanstatus daripada ikatan sillaturrahim.
  11. 11. Selain itu, budaya berkhatan juga telah mengalami perubahan seiring denganperkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Jika dahulu, khidmat “tok mudim”sering digunakan dalam upacara berkahatan, tetapi kini khidmat doktor perubatanyang menggunakan teknologi laser lebih digemari oleh masyarakat. Ini kerana,penggunaan teknologi canggih ini lebih baik berbanding dengan kaedah tradisionalyang memakan masa yang lama untuk sembuh. Walaupun begitu, kita haruslahmengekalkan kebudayaan yang menjadi warisan turun-temurun nenek moyang kita.Jika kita sendiri tidak mencintai budaya bangsa, budaya ini akan terus lenyap ditelanarus pemodenan. Amalan berpantang juga mengalami proses perubahan. Para ibu dari dahuluhingga sekarang mengamalkan amalan berpantang bagi menjaga kesihatan danbagi mengembalikan kepada bentuk badan yang asal. Para ibu menjaga pemakananmereka, mengamalkan kaedah membengkung perut, serta mengamalkanpemakanan kesihatan bagi memulihkan tenaga selepas bersalin. Amalan berpantangini masih diteruskan hingga ke sekarang namun mengalami beberapa perubahanmengikut peredaran masa. Para ibu masih lagi mengamalkan pemakanan kesihatantetapi tidak lagi memakan atau meminum ramuan ubat yang pahit sebaliknya merekamengamalkan pemakanan jamu serta pil vitamin yang dibekalkan oleh doktor.Mereka juga tetap mengamalkan kaedah bertungku tetapi bertungku secara modenkerana pada masa sekarang amat susah untuk mencari tungku.Mereka juga mengamalkan kaedah membengkung perut tetapi mereka tidak lagimenggunakan bengkung yang diisi dengan pelbagai ramuan herba sebaliknyamenggunakan bengkung yang dilengkapi dengan pita magnetik untukmengempiskan perut mereka. Dahulu, para ibu menggunakan bidan untuk mengurutmereka selepas bersalin tetapi sekarang para ibu lebih senang untuk berkunjung kepusat rawatan kecantikan bagi mendapat perkhidmatan mengurut. Teknologi modenjuga telah berjaya menghasilkan pelbagai alat senaman yang moden seperti kerusiurut dan alat urutan kaki bagi membolehkan para ibu mengembalikan tenaga selepasbersalin serta mengembalikan bentuk badan yang asal. Konflik juga tercetus dalam amalan kehidupan berjiran. Masyarakat yangberpegang kepada kebudayaan tradisional terutamanya masyarakat kampung begitumenitikberatkan kerukunan hidup berjiran. Amalan bertegur sapa dan tolong-menolong menjadi teras kesejahteraan sesebuah kampung. Sebaliknya, kelompok
  12. 12. yang mengamalkan kebudayaan yang moden terutama warga bandar kurangmemperlihatkan kerukunan hidup berjiran. Bertanya khabar pun menggunakantelefon. Untuk duduk bersembang dan bertegur sapa, jarang sekali dapat dilihat dikawasan bandar. Di sinilah dapat dilihat bahawa konflik yang wujud dalam konsepkehidupan berjiran masyarakat tradisi dan moden. Pertembungan konsep kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden yangacapkali menjadi polemik yang mencetuskan pelbagai kontroversi. Jika dikajiinterpretasi kebudayaan tradisional mendukung konotasi adat resam yang diamalkansejak turun temurun dan semakin luput ditelan zaman impak daripada prosesmodenisasi yang semakin hebat rentetan daripada kesan globalisasi. Maka tidakhairanlah sekiranya terdapat konflik antara kebudayaan tradisional dengankebudayaan moden. Salah satu faktor yang mendorong konflik kebudayaantradisonal dan moden ialah kemasukan anasir-anasir luar ke dalam kebudayaanmasyarakat Malaysia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa proses globalisasi telahmemberi implikasi maksimum kepada masyarakat Malaysia khususnya dan seluruhwarga masyarakat di dunia amnya. Proses globalisasi membolehkan kebudayaanluar menerobos masuk ke dalam jiwa masyarakat kita melalui media cetak danmedia elektronik di samping kecanggihan teknologi seperti internet yang ditawarkansecara berleluasa melalui teknolgi 3G. Hal ini dapat dibuktikan melalui tersebarnyabudaya-budaya kuning seperti budaya punk, hip hop, skin head dan sebagainyadalam kalangan remaja. Remaja merupakan generasi yang merasai perubahanketara ini. Maka tidak hairan sekiranya remaja kita pada hari ini seolah-olahkehilangan identiti diri dan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam kebudayaantradisional sedikit demi sedikit telah terhakis. Misalnya, baju kurung dan baju Melayutidak lagi menjadi pakaian yang sering dipakai oleh golongan remaja pada ketika ini.Mereka lebih gemar mengenakan pakaian yang mendedahkan aurat, menjolok matadan sebagainya. Tambah menyedihkan apabila terdapat segelintir golongan yangtidak mengetahui kewujudan budaya tradisional kita. Walaupun budaya tradisionalmerupakan budaya yang telah lama namun budaya ini masih rasional diaplikasikandalam kehidupan seharian kita. Hal ini demikian kerana budaya tradisional lebihmementingkan nilai-nilai murni. Budi pekerti mulia dijadikan sebagai landasan bagimembentuk sahsiah diri masyarakat yang bertamadun. Walau bagaimanapun nilai-nilai murni seumpama ini semakin terhakis akibat daripada bahana globalisasi.Secara keseluruhannya, globalisasi merupakan salah satu faktor yang mendorong
  13. 13. kepada pergeseran antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden. Namunbegitu kita tidak seharusnya menyalahkan poses globalisasi semata-mata sebaliknyakita seharusnya lebih peka terhadap tranformasi yang berlaku di sekeliling kita. Padamasa yang sama, kita juga harus bijak membezakan antara perkara yang positifdengan perkara yang negatif. Kesimpulannya,perubahan dunia yang pesat bukanlah sesuatu yang hanyamembawa keburukan sahaja. Kita memerlukan perubahan dunia untuk terus hidupdan maju ke hadapan. Budaya melayu boleh kekal relevan dengan arus perubahanini. Kita boleh mengambil amalan-amalan budaya asing yang murni lagi seni danmelembutkannya supaya dapat diterapkan ke dalam budaya melayu. Budaya Melayuharuslah menyesuaikan diri untuk mendapat tempat di hati anak-anak Melayuterutama sekali golongan muda. Dengan ini barulah kita dapat mengekalkan budayaMelayu yang amatlah penting bagi diri kita sebagai anak Melayu. Budaya Melayumemang tidak lekang dek hujan, tidak lapuk dek panas. Meskipun dengan peredaranmasa, ia mampu membuat penyesuaian kepada keadaan agar ia tetap kekal relevandalam kehidupan masyarakat Melayuhari ini. Mari kita sama-sama melestarikanbudaya kita agar nilai-nilai murni serta bahasa ibunda kita dapat tetap mengukuhkanjati diri kita sendiri.
  14. 14. b) Sebagai seorang guru yang mempunyai pelajar yang pelbagai kaum dan mengamalkan kepelbagaian budaya, bagaimanakah anda merancang untuk mewujudkan pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Pendahuluan Corak pendidikan zaman kolonialisme di negara kita dapat dilihat pada tigaperkara iaitu pendidikan oleh British yang dihadiri oleh anak-anak gplonganbangsawan Melayu dan hartawan Cina serta India. Kedua, pendidikan rendah disekolah Melayu yang dibantu oleh pihak British yang mempunyai matlamat untukmenjadikan anak-anak Melayu sebagai petani yang lebih baik daripada ibu bapamereka serta kewujudan sekolah vernakular Cina dan India dimana sukatanpelajaran dan kurikulumnya berpandukan kepada negara asal mereka. Selain itu,wujud juga sekolah agama dan mengaji Al-Quran. Secara kasarnya, setiappendidikan daripada kumpulan etnik mempunyai acuan berbeza yang dirancangmengikut agenda penjajah ketika itu. Namun, di zaman pasca kemerdekaan sistem pendidikan negara telahberubah dimana ia telah dicorak semula dan mempunyai elemen-elemen tempatan.Sistem pendidikannya telah diseragamkan dari segi kurikulum dan sukatanmatapelajaran supaya mencapai matlamat bagi membentuk identiti kebangsaanMalaysia. Proses mencorak sistem pendidikan ini telah lama dilakukan semenjaksebelum merdeka lagi melalui dua laporan iaitu Penyata Razak pada tahun 1965 danPenyata Rahman Talib tahun 1960 dimana ia bertujuan untuk penyatuan kanak-kanak berbilang etnik di bawah satu bumbung pendidikan kebangsaan melaluipenggunaan satu bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu. Justeru, dapat disimpulkan bermula waktu itu pendidikan di negara kitaterbentuk dan berterusan hingga kehari ini dengan membawa matlamat perpaduanyang melibatkan budaya etnik yang berbeza. Sehubungan itu, pendidikan awal yangbermula diperingkat bilik darjah dan peranan guru untuk membentuk iklim yangmesra budaya adalah satu elemen yang sangat penting yang bersesuaian dengankonteks kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.
  15. 15. Cara mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan mampumeningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. (1952, dipetik daripada petikan jurnal yang ditulis oleh Choong Lean Keow,2008 : 154) menyatakan bahawa “Para pendidik bertanggungjawab untuk membantuindividu memahami serta menghargai norma dan amalan satu-satu budaya. Inimembawa implikasi bahawa pemupukan kemahiran kreatif dan kritis agak pentinguntuk mengatasi kekurangan yang sedia ada dalam masyarakat kini agar dapatmenuju kearah pembentukan masyarakat yang lebih baik”. Petikan di atas dinyatakan oleh seorang tokoh pendidikan barat; John Deweymenunjukkan bahawa seorang guru bertanggungjawab bagi menggalakkan generasibaru berfikir untuk membentuk masyarakat yang lebih baik pada masa hadapan.Dalam konteks kepelbagaian sosio-budaya yang mempengaruhi sistem pendidikandi negara kita, maka guru merupakan orang yang paling sesuai untuk membentukmurid-murid yang tergolong dalam pelbagai etnik dan latar belakang melaluipendidikan yang seimbang khususnya melalui amalan pengajaran dan pembelajarandi bilik darjah. Antara peranan guru yang boleh diamalkan semasa pengajaran danpembelajaran di dalam bilik darjah dalam konteks kepelbagaian budaya yangpertama ialah, melaksanakan banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersifatkoperatif. Faktor ini disebabkan guru seharusnya bertanggungjawab mengajar murid-muridnya tanpa mengelompokkan mereka mengikut kaum masing-masing dalamsatu kumpulan sahaja. Perkara yang sama juga harus dilakukan tanpa membezakanmurid dengan kelas sosial mereka. Untuk memahami konsep pengajaran danpembelajaran secara koperatif ini maka marilah kita hayati definasi yang diberikanMahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar (2009 : 35) iaitu pendekatanpembelajaran koperatif merupakan kaedah pedagogi yang berlandaskan prinsippengajaran dan pengajran dengan melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar danmempunyai tanggungjawab ke atas tugas masing-masing bagi mencapai tujuanpembelajaran yang sama. Ini bermaksud, guru akan meletakkan beberapa orangmurid bersama dalam sebuah kumpulan dan kemudian memberikan tugasan untukdiselesaikan secara bersama atau dalam erti kata lain iaitu secara kolaborasi.
  16. 16. Tugasan yang diberikan memerlukan setiap ahli bekerjasama supaya ianya dapatdiselesaikan. Menurut konteks kepelbagaian budaya, contoh ini boleh dilihat apabila gurumeletakkan beberapa orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum sepertiMelayu, Cina, India dalam satu kumpulan dan meminta mereka melakukanperbincangan yang bertajuk “Satu Malaysia”. Peranan guru yang kedua adalah amalan penggunaan bahasa yang sesuai.Bahasa merupakan stu sistem komunikasi yang mempunyai makna dalammenyampaikan mesej daripada penghantar kepada penerima samada ianya dalambentuk lisan mahupun bukan lisan. Penggunaan bahasa amat penting dalamkomunikasi dua hala antara guru dan murid. Justeru laras bahasa yang digunakanperlu bersesuaian dengan tahap umur murid yang mana ia boleh difahami olehmurid-murid berbilang kaum yang turut mempunyai dialek daripada bahasa ibundamereka. Contoh yang mudah adalah amalan penggunaan bahasa Melayu sebagaibahasa pengantar rasmi dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolahsemasa proses pengajaran dan pembelajaran ataupun ketika perbualan biasadiantara guru dan murid. Ketiga, adalah amalan penerapan nilai-nilai murni dan disiplin semasa prosespengajaran dan pembelajaran. Proses penerapan ini dilakukan oleh guru denganmenyelitkan nilai-nilai murni secara implisit dan eksplisit menrusi aktiviti pengajarandan pembelajaran yang telah dirancangkan, mewujudkan peraturan di dalam bilikdarjah yang terkandung nilai-nilai murni dan berbentuk mesra budaya sertamemberikan contoh melalui tauladan dengan mempamerkan kelakuan guru sendiri. Sebagai contoh, guru sentiasa menekankan nilai-nilai murni seperti tolong-menolong, bertolak ansur dan kerjasama semasa meminta murid melakukan aktivitisecara berkumpulan dan juga aktiviti perbincangan. Guru juga boleh menciptaperaturan-peraturan yang menggalakkan interaksi murid pelbagai kaum di dalam bilikdarjah seperti, “Dilarang bercakap menggunakan bahasa dialek. Sila gunakanbahasa Melayu”. Contoh yang terakhir ialah guru mempamerkan tingkah laku positifkepada murid-murid seperti datang awal ke bilik darjah, bercakap dengan sopansantun, menggunakan laras bahasa yang sesuai dan lemah-lembut serta
  17. 17. menunjukkan sikap adil kepada murid-murid tanpa mengambil kira perbezaan kaum,jurang kelas sosiall mahupun perbezaan jantina mereka. Peranan guru yang seterusnya iaitu yang keempat ialah mewujudkanhubungan antara kelompok etnik. Linton menyatakan kebudayaan adalah segalayang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahlimasyarakat . Mesra bermaksud suatu hubungan erat yang terjalin antara individu didalam sesuatu masyarakat. Mesra budaya ini merupakan suatu budaya yangdipersetujui oleh semua ahli dalam suatu komuniti dan mereka mengiktiraf budaya itusebagai suatu amalan yang murni. Generasi muda wajar membaca dan memahamiserta menghayati „roh‟ perlembagaan negara dan kontrak sosial yang diamalkan dinegara ini. Golongan muda disarankan memahami Perlembagaan Persekutuan yangcmenjamin hak setiap rakyat Malysia sekaligus meneruskan kejayaan pembinaannegara dan menjaga perhubungan etnik. Orientasi sosial di dalam bilik darjah menentukan apa yang patut diamalkandan apakah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan di dalam bilik darjah. Initermasuklah orientasi sikap dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasipenggunaan masa dan orientasi penyesuai dan pergaulan. Guru perlu memilih tajukpembelajarn yang berkaitan dengan kepelbagaian budaya masyarakat. Contohnya,setiap murid perlu diberi peluang untuk berorientasi dan berbincang tentangperayaan masing-masing tanpa mengira latar belakang mereka. Guru juga tidakboleh merendahkan dan memburukkan walau apapun etnik mereka. Aktiviti danprogram yang dirancang tidak harus menyentuh isu-isu sensitif yang mampumengguriskan perasaan mana-mana pihak. Guru hendaklah menerapkankepentingan perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasama ddalam mengekalkankeamanan dan kesejahteraan tanpa mengira etnik atau warna.Kesimpulan Sebagai seorang guru yang mempunyai pelajar yang pelbagai kaum, haruslahmengetahui latar belakang pelajar serta budaya dan gaya pembelajaran mereka. Inisedikit sebanyak dapat membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran danpembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajarnya dan menarik kesungguhanserta usaha mereka mencipta pengalaman-pengalaman pembelajaran yangpelbagai. Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya
  18. 18. pembelajaran pelajar akan memberikan faedah kepada semua pelajar tanpa mengirakepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan katalain,meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentuakan menghasilkan impak yang baik untuk semua. Guru yang menggunakankemahiran-kemahiran yang berkesan dan cara pengajaran yang kreatif akan menarikminat dan memberikan peluang kepada semua pelajarnya untuk mecapai kejayaandalam pembelajaran. Guru perlu tahu bahawa untuk memberikan pengajaran yangberkesan, mereka harus menunjukkan nilai-nilai budaya yang baik dan memahamigaya pembelajaran setiap daripada mereka. Tugasnya seorang guru bukan sahajamendidik dan melaksanakan tanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuankepada pelajarnya, tetapi ia mempunyai satu tugas yang besar dalam memahamidunia pendidikan yang sebenar terutama pengurusannya di dalam sesebuah bilikdarjah yang mana pada suasana kini pelajar yang wujud adalah datang dari pelbagailatar budaya antaranya adalah usia, jantina, bangsa, agama, etnik, personaliti,bahasa, status ekonomi kelurga, kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi,fizikal,tingkah laku dan sosial. Secara umumnya untuk menjadi guru yang cemerlangcabaran-cabaran seperti ini tidak dapat tidak perlu hadapinya dalam membantu sertamelahirkan pelajar-pelajar yang berjaya. Selain itu juga guru bukan hanya ditugaskandengan perkara-perkara ini bahkan juga untuk menjadikan sesuatu prosespengajaran dan pembelajaran menjadi efektif adalah dengan memahami gayapembelajaran setiap pelajar-pelajarnya. Ada juga pelajar yang pasif dan ada jugapalajar yang aktif tetapi penilaian ini sahaja tidak cukup dalam menggambarkanproses pembelajaran yang efektif kerana pelajar mempunyai pelbagai ragamkehidupan dan tingkah laku. Gurulah orang yang memainkan peranan yang sangatpenting dalam menarik serta menjadikan harapan dan impian mereka tercapai. Darisegi pelajar yang pelbagai budaya, guru perlu memikirkan cara yang tersendiri dalammemberikan kesamarataan pembelajaran yang selari untuk semua pelajarnya tanpamengira budaya. Di negara Malaysia sendiri mempunyai budaya masyarakat yangberbilang kaum dan etnik. Oleh yang demikian guru harus memahami pelajar-pelajarnya. Melayu, Cina mahupun India mempunyai tahap kefahaman dan carapembelajaran yang berbeza-beza antara satu sama lain.Jelaslah di sini bahawa, kepelbagaian pelajar, gaya pembelajaran, dan budayamerupakan tiga aspek penting yang menjadi cabaran utama dalam menghasilkanpengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru perlu kreatif serta peka dengan
  19. 19. ketiga-tiga aspek perubahan ini kerana ia akan berubah dari zaman ke zamanmengikut peredaran masa. Guru yang berjaya merealisasikan perkara-perkara inimerupakan guru yang berkesan dan cemerlang. Kepekaan guru terhadapkepelbagaian ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua cabaranyang mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar dalam menyatukankepelbagaian pelajar yang pelbagai budaya di Malaysia.B) Penulisan Reflektif Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapatsaya menyiapkan tugasan ini walaupun terpaksa mengambil masa yang agak lamadisebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Sebaik sahaja mendapat tugasan daripada Pn. Yuslaini selaku pensyarahmatapelajaran Budaya Dan Pembelajaran (EDU 3106), saya berkali-kali membacaarahan tugasan dan cuba memahaminya. Pada awalnya saya beranggapan tugasanini amat sukar kerana banyak perkara yang dikehendakinya dan memerlukan banyakkajian melalui pelbagai sumber. Walaupun berat hati saya untuk memulakan tugasanini, namun saya perlu gagahinya jua. Banyak faktor yang mempengaruhi situasi ini.Antaranya ialah ketika itu umat islam menjalani ibadah puasa dan sibuk membuatpersiapan hari raya. Ditambah pula keadaan saya yang ketika itu sedang berbadandua disamping banyak komitmen lain. Terima kasih kepada suami saya yang banyakmembantu menghantar saya ke sana ke mari. Namun, saya bertekad walau apapun halangannya, tugasan ini perludisiapkan. Saya mula mencari dan mengumpul maklumat dari pelbagai sumber.Antaranya melalui buku-buku dan melalui internet. Saya juga mengunjungi beberapaperpustakaan yang terdapat di negeri ini. Alhamdulillah banyak juga maklumat yangberkaitan diperolehi. Selain itu saya banyak bertanya kepada kawan-kawansekuliah, rakan sekerja dan orang perseorangan mengenai tajuk tugasan ini. Sayasempat menemuramah kawan saya yang berbangsa Cina mengenai amalan budayakaum Cina. Kebanyakannya memberi kerjasama yang baik. Banyak input yang sayaperolehi daripada mereka. Jika saya mempunyai kawan berbangsa india, sudahtentu saya akan menemuuramahnya dan berkongsi mengenai amalan budayamasyarkat India. Tapi, memandangkan negeri terengganu sendiripun kurangpenduduk yang berbangsa India. Nampaknya saya perlu mencari kawan yang
  20. 20. berbangsa india melalui laman sosial facebook contohnya. Lagipun negara kitakanSatu Malaysia. Setelah selesai peringkat mengumpul maklumat, saya mula mengkaji ataumentelaah sumber yang diperolehi yang berkaitan dengan tajuk tugasan ini. Secaratidak langsung, banyak ilmu yang saya perolehi yang boleh diaplikasikan dalamkehidupan seharian contohnya mengenai amalan-amalan dan pantang larang yangdiamalkan oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kebanyakannya masihboleh diguna pakai pada zaman sekarang, cuma masyarakat kita memandang kolotpada peninggalan warisan budaya nenek moyang kita yang terdahulu. Melalui tugasan ini juga saya dapat mempertingkatkan kefahaman sayamengenai pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Sebelum ini,saya hanya memikirkan sahaja bagaimana untuk menangani bilik darjah yangpelajarnya berbilang kaum dan bersyukur kerana dihantar mengajar di sekolah yangmuridnya hanya terdiri daripada orang Melayu. Dan selepas menjalankan tugasanini, timbul dihati kecil saya keseronokkan sekiranya dapat mengajar murid yangberbeza latar belakang sosio-budayanya kerana saya sudah tahu bagaimana untukmewujudkan perseitaran bilik darjah yang mesra budaya. Sesungguhnya tugasan ini memberi banyak impak yang positif kepada sayasebagai seorang rakyat Malaysia. Saya bangga menjadi rakyat malaysia yang bolehhidup bersatu padu dalam satu rumpun. Sememangnya kita Satu Malaysia. SemogaMalaysia terus aman dan harmoni. Terima Kasih Malaysia.
  21. 21. BIBLIOGRAFISyed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Budaya danPembelajaran. Puchong,Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.Boon, P. Y, Noriati A. Rashid, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid.(2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.Prof. Dr. Koentijaraningrat. (2007). Masyarakat Melayu Dan Budaya DalamPerubahan. Yogyakarta : Adicita Karya Nusa._________. (2009). Kepentingan Membina Persekitaran Bilik Darjah Yang MesraBudaya Dalam Konteks Sekolah Di Malaysia (Rasional Rancangan Integrasi MuridUntuk Perpaduan) Dilayari DaripadaHttp://Nyongatthesky.Blogspot.Com/2009/06/Kepentingan -membina -persekitaran-bilik Html pada 17 Ogos 2012.Nur Diyana Bt Makhzani, Nur Hidayah Bt Afandi, Nurul Hafifah Bt. Abdul Razak.(__________). Bilik Darjah Mesra Budaya. Dilayari daripada://Www.Scribd.Com/Doc/46531299/Bilik-Darjah-Mesra-Budaya pada 17 Ogos 2012.Gotong Royong Kenduri Dulu dan Sekarang - Dilayari daripadahttp://www.tranungkite.net/lama/b05/warta680.htm pada 30 Ogos 2012
  22. 22. KOLABORASI Tarikh Perkara Catatan T/Tangan28/7/2012 Menerima soalan Tugasan perlu dihantar tugasan dan taklimat pada 1/9/2012 daripada Pn. Yuslaini15/8/2012 Memahami kehendak Membuat jadual kerja soalan tugasan20/8/2012 Mencari maklumat Cetakan maklumat internet dari internet/Pusat Nota ringkas sumber Pinjaman buku22/8/2012 Menemuramah Heng Amalan budaya Fan dan isteri masyarakat Cina27/8/2012 Menyediakan draf Menyusun maklumat Menganalisis maklumat Menghubungkait maklumat Membuat huraian Menaip8/9/2012 Menghantar tugasan Diterima dan direkodkan kepada Pn. yuslaini

×