PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA

13,673 views

Published on

3 Comments
8 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
13,673
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
10
Actions
Shares
0
Downloads
1,135
Comments
3
Likes
8
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA

  1. 1. 2.0 PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKANASPIRASI NEGARAPeranan Guru Pendidikan Moral dalam Rukun NegaraDalam usaha untuk mencapai kesepaduan antara kaum dan semangat bersatu padutanpa berbelah bahagi, pendidikan dilihat sebagai satu wadah yang amat berkuasauntuk merealisasikannya. Oleh itu, peranan yang dimainkan guru memberikan impakyang besar buat semua individu. Dari jawatan kecil hinggalah jawatan yang hebat,semuanya adalah hasil didikan seorang guru. Seiring dengan perkembangan duniatanpa sempadan juga, peranan yang digalas guru juga semakin besar.Dalam merealisasikan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara,guru Pendidikan Moral sememangnya memainkan peranan yang amat pentingkerana mereka adalah guru yang mengajar secara langsung tentang amalan murnidan nilai patriotik di sekolah, tidak seperti guru-guru lain yang hanya menggabungjalin nilai-nilai ini ke dalam mata pelajaran teras.Prinsip pertama dalam Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan.Faktor kepercayaan kepada agama merupakan perkara utama yang harusditekankan oleh guru Pendidikan Moral kepada murid-murid. Ibu bapamengharapkan agar pihak sekolah dan juga guru dapat meningkatkan kepercayaananak-anak mereka kepada Tuhan dan agama. Perkara ini menjadi lebih kritikaldalam era globalisasi. Hal ini kerana, kehidupan yang begitu mementingkanmaterialistik, teknologi dan hiburan dapat menjejaskan keinginan manusia kepadaTuhan. Dalam kekosongan inilah guru boleh membina kekuatan dalaman iaitukerohanian melalui pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dansuci akan melahirkan akal yang sihat, jasmani yang cergas dan sahsiah yang terpujidalam kalangan murid. Pembinaan kekuatan dalaman ini akan lebih mudahdilaksanakan jika guru melaksanakan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamatmembangunkan modal insan.Prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.Prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciripenting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysiaperlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan
  2. 2. Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taatsetia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpamengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadapprinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatupadu kerana Raja adalah “payung negara” yang menaungi seluruh rakyat di negaraini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidakwajar dipolitikkan sama sekali.Guru sebagai penyampai ilmu (Mu’allim), perlu mendedahkan kepentinganmengenali dan hormati institusi raja dengan memberi pendedahan tentang SejarahKesultanan Melayu, sistem Raja Berpelembagaan dan Majlis Raja-Raja. Guruperlu menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni tersebut denganmenyampaikan isi kandungan pendidikan dengan lebih berkesan tanpamengabaikan nilai-nilai murni dalam menyampaikan apa juga disiplin ilmu.Contohnya, menimbulkan perasaan kasih sayang terhadap pemimpin, raja dannegara dan kesan-kesan negatif andainya perasaan tersebut diabaikan sepertiberlakunya rusuhan dan negara tidak akan aman sekiranya perasaan sayang padanegara tidak wujud. Murid-murid juga perlu memikirkan kesan terhadap dunia inisekiranya mereka tidak menyayangi dan taat kepada negara, raja dan pemimpin.Demi memberi kesan yang lebih baik, guru boleh membuat lawatan sambilbelajar ke Muzium Negara dan Perpustakaan Negara bagi mencari maklumat. Disamping itu murid dapat merehatkan fikiran dengan menyaksikan barang-barangbersejarah agar dapat menimbulkan perasaan bangga dengan sistem pemerintahanyang terdapat di Malaysia. Guru juga perlu membimbing murid membuat peta mindatentang peranan dan fungsi raja dalam sistem pemerintahan negara supaya merekasedar besarnya peranan pemerintahan raja pada kerajaan Melayu lama. Dengandemikian, murid-murid akan mengenali dan menghormati institusi raja yang terdapatdi Malaysia.Prinsip ketiga adalah Keluhuran Perlembagaan. Perlembagaan menjadi asaspenting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentinganbersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyatmempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru,
  3. 3. perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilansosial untuk semua kaum di negara ini.Sebagai guru Pendidikan Moral, guru perlu menegaskan tentang kepentingankesepaduan antara kaum yang sentiasa menjadi perkara asas dalam membinakerukunan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Antara perkara yangboleh dipraktikkan oleh guru ialah menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaandalam pertuturan seharian. Penggunaan bahasa yang sama antara kaum lain dapatmemupuk semangat perpaduan kaum yang jitu selain dapat meningkatkan lagisemangat cinta akan tanah air. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang palingwajar digunakan oleh pelajar semasa berkomunikasi dengan bangsa lain di Malaysiatambahan pula kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysiatelah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.Prinsip keempat ialah Kedaulatan Undang-undang. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undangnegara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan. Dalammendidik murid untuk sentiasa menjadi warganegara yang sentiasa mengamalkanperaturan dalam kehidupan seharian, guru Pendidikan Moral boleh memulakannyadengan perkaran yang kecil dan mudah sahaja contohnya sentiasa menggalakkanmurid-murid untuk mengikuti peraturan sekolah seperti hadir ke sekolah tepat padamasanya dan tidak membuang sampah merata-rata. Walaupun hal ini kedengarantidak penting, namun apabila kita menerapkan murid dengan asas yang kukuh,maka tidak mustahil jika ia berkembang ke arah yang lebih baik pada masahadapan.Guru juga haruslah sentiasa meningkatkan amalan pedagogi dalampengajaran, sesuai dengan ragam murid yang pelbagai. Kepelbagaian dalam caramengajar membolehkan murid terus fokus dan tidak bosan serta objektifpembelajaran yang dirancang juga dapat dicapai. Ini secara tidak langsung dapatmengelakkan masalah ponteng sekolah akibat pengajaran guru yang tidakmemberangsangkan, secara tidak langsung murid-murid sendiri dapat mengamalkanperaturan sekolah dengan lebih berintegriti.Prinsip kelima ialah Kesopanan dan Kesusilaan. Guru sentiasa menjadiperhatian umum dari hujung rambut ke hujung kaki. Apa sahaja yang dipakai,
  4. 4. diperkatakan, dilakukan atau ke mana sahaja guru pergi, mereka tetap menjadiperhatian masyarakat. Guru mu’addib adalah guru yang mengajarkan adab dan budipekerti. Dalam hal ini, guru berusaha memastikan adab dan budi pekertinya adalahditahap yang cemerlang. Ini adalah kerana guru merupakan model kepada murid-murid dan masyarakat sekelilingnya. Guru tidak seharusnya umpama ketammengajar anaknya berjalan betul. Guru Mu’addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut.Melalui aktiviti main peranan, guru bolehlah memainkan peranannya sebagaiMu’addib iaitu sebagai pendidik adab dan budi pekerti dalam aktiviti ini. Gurumewujudkan situasi perayaan Deepavali. Guru mengarahkan beberapa muridmemainkan peranan sebagai tuan rumah dan tetamu yang datang ke rumah untukberaya bersama-sama. Dalam aktiviti ini akan memainkan ramai pelajar bagimewujudkan suasana sebenar sesuatu perayaan. Penerapan adab budi pekertimelayan tetamu dan hormat menghormati amat ditekankan dalam aktiviti mainperanan. Cara meminta maaf ketika hari perayaan agama juga akan ditekankanagar murid memahami pentingnya saling memaafkan antara satu sama lain.

×