peranan guru dalam pendidikan moral
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

peranan guru dalam pendidikan moral

on

  • 9,877 views

 

Statistics

Views

Total Views
9,877
Views on SlideShare
9,876
Embed Views
1

Actions

Likes
2
Downloads
488
Comments
3

1 Embed 1

https://www.facebook.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

peranan guru dalam pendidikan moral peranan guru dalam pendidikan moral Document Transcript

  • 2.0 PERANAN GURU Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Jika dikaitkan dengan kebudayaan, maka tugas pertama berkaitan dengan logik dan estetika manakala tugas kedua dan ketiga berkaitan dengan etika. WF Connell (1972) pula membezakan tujuh peranan seorang guru iaitu pendidik (nurturer), model, pengajar dan pembimbing, pelajar (learner), jurucakap dan penghubung terhadap masyarakat setempat, pekerja pentadbiran serta kesetiaan terhadap perlembagaan. Dalam Pendidikan Moral, guru memainkan peranan bukan sahaja sebagai agen moral yang membentuk keperibadian murid-murid, malahan kaedah yang digunakan guru semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan objektif pengajaran yang ditetapkan dapat dicapai. Oleh itu, kita akan melihat dengan lebih jelas lagi perincian peranan dan tugas guru dalam melaksanakan dua kaedah pengajaran Pendidikan Moral iaitu kaedah bercerita dan kaedah pameran. 2.1 Peranan Guru dalam Kaedah Bercerita Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ia juga adalah satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektif pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah- langkah penyampaian yang tersusun. Menurut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah bercerita pula ialah salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita 2
  • merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.Bercerita juga boleh mempromosikan minat dalam mana-manabahagian kurikulum melalui latihan pemahaman, perluasanperbendaharaan kata dan tatabahasa yang disampaikan. Secara umumnya, terdapat beberapa perkara asas yang perludiberi perhatian oleh guru yang ingin menggunakan kaedah berceritadalam Pendidikan Moral. Pertamanya, guru harus bijak memilih ceritayang sesuai dengan umur, minat dan kecerdasan murid-murid. DalamTeori Kecerdasan Pelbagai, guru-guru telah didedahkan tentangkepelbagaian minat dan cara belajar murid-murid di dalam sesebuahkelas. Oleh itu, guru harus memilih cerita yang berkaitan denganperkara yang diminati murid. Guru boleh mempelbagaikan watak didalam cerita yang disampaikan supaya semua murid yang mempunyaipelbagai minat tersebut dapat memberi perhatian yang sewajarnyasemasa guru bercerita. Selain itu, murid-murid juga lebih senangmengingati isi pelajaran yang berkaitan dengan diri dan persekitaranmereka. Perkara kedua ialah guru harus menyesuaikan cerita dengan isipelajaran yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, objektif pengajaranguru pada hari tersebut adalah supaya murid dapat menyatakanperkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan terhadap ahli keluarga.Jadi, guru boleh bercerita tentang kasih sayang seorang ibu yangdibalas oleh anak yang derhaka; contohnya kisah Si Tanggang yangmasyhur. Selain itu, guru juga boleh mengubah jalan cerita untukmenjadikannya lebih menarik. Untuk menjadikan kaedah bercerita lebih menarik, guru bolehmenggunakan objek-objek sebenar, objek 3D, gambar ataupun bahan-bahan media seperti audio dan visual untuk memberikan kesan yanglebih menyeronokkan kepada murid-murid. Ini kerana, murid-muridmudah hilang fokus terhadap penceritaan yang mendatar dan hanyamenggunakan lisan sebagai medium penceritaan. Aspek kawalankelas juga dapat ditingkatkan kerana guru lebih mudah mendapatkan 3
  • perhatian yang sewajarnya daripada murid-murid dengan adanya alatbantu mengajar (ABM) atau bahan bantu mengajar (BBM). Kad-kadfrasa juga boleh disediakan oleh guru supaya pengintegrasian subjeklain ke dalam subjek Pendidikan Moral dapat dilaksanakan. Sebagaicontoh, nilai yang ingin diajar oleh guru ialah hormat-menghormati.Jadi guru boleh meminta murid untuk mengambil kad frasa danmembina ayat yang lengkap berdasarkan jalan cerita yang telahdisampaikan oleh guru. Oleh yang demikian, murid-murid bukan sahajadapat memupuk nilai murni dalam diri malahan kemahiran bahasamerka juga dapat ditingkatkan melalui kaedah bercerita. Walau bagaimanapun, jika dilihat dengan lebih teliti, terdapattiga fasa yang harus diberi perhatian oleh guru yang mana ketiga-tiganya menuntut komitmen dan peranan yang tinggi daripada gurusupaya kaedah bercerita dapat dilaksanakan secara efektif. Fasapertama adalah fasa sebelum bercerita. Guru harus memastikantempat yang akan beliau gunakan untuk menjalankan kaedah berceritaadalah bersesuaian. Keselesaan menjadi keutamaan. Adalahdisarankan supaya murid-murid dapat duduk mengelilingi guru yangbercerita jika ruang yang digunakan kecil, guru tidak perlu melakukanbanyak pergerakan dan bilangan murid adalah sedikit. Walaubagaimanapun, jika bilangan murid adalah ramai maka guru perlulahmemberi perhatian terhadap aspek lain supaya suara beliau dapatterus didengari oleh semua murid. Pastikan juga tiada apa-apa yangmenghalang murid daripada melihat guru yang bercerita. Guru perlu memastikan semua murid telah bersedia danmemberikan perhatian sebelum guru mula bercerita. Jika guru tidakmahu sebarang soalan atau gangguan ketika bercerita, guru haruslahmemaklumkan semua perkara tersebut terlebih dahulu agar masayang dirancang tidak terbuang begitu sahaja. Murid juga boleh diberipeluang berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formalsebagai permulaan kepada pengalaman bercerita yang lebihmendalam. 4 View slide
  • Fasa kedua ialah semasa bercerita. Guru perlu berceritamenggunakan suara yang kuat dan jelas. Nada suara juga harusdisesuaikan mengikut jalan cerita sama ada suara tinggi-rendah,perlahan-kuat atau kasar-nyaring. Ekspresi muka juga perludipelbagaikan agar perasaan yang ingin disampaikan oleh guru dalamsesebuah cerita dapat dirasai oleh murid-murid. Guru juga perlu membenarkan murid-muridnya untuk mencatatnota sebagai persediaan untuk perbincangan lanjut pada sesipembelajaran seterusnya. Namun, hal ini bukanlah alasan bagi muriduntuk tidak memberi perhatian terhadap penceritaan guru. Guru bolehmenyoal, meminta pandangan atau meminta murid menyambungcerita yang disampaikan oleh guru supaya mereka sentiasa berjaga-jaga dan terus memberi perhatian sepanjang proses pengajaran danpembelajaran berlangsung. Pandangan mata atau ‘eye contact’haruslah sentiasa dititikberatkan oleh guru supaya komunikasi guru-murid akan menjadi lebih berkesan. Fasa terakhir ialah fasa selepas bercerita. Guru boleh memintamurid untuk membuat kesimpulan daripada cerita yang disampaikanguru. Nilai-nilai murni yang dipelajari beserta contohnya dalamkehidupan seharian juga boleh disoal kepada murid-murid untukmenguji sejauh mana kefahaman mereka terhadap penceritaan guru. Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalamkaedah bercerita. Hal ini kerana, terdapat banyak aspek yang harusdititikberatkan untuk memastikan objektif pengajaran dapat dicapai,murid-murid dapat memahami isi pelajaran dalam suasana yang lebihmenyeronokkan dan menguji kemampuan guru dalam melaksanakankaedah ini. 5 View slide
  • 2.2 Peranan Guru dalam Kaedah Pameran Kaedah pameran ialah kaedah yang menggunakan proses mendengar dan melihat untuk memberi penjelasan tentang bahan yang dipamerkan. Untuk melaksanakan kaedah ini, terdapat beberapa perkara yang harus diambil perhatian oleh guru bagi memastikan kelancaran pengajarannya. Perkara pertama ialah guru harus menentukan objek pengajaran berdasarkan kemahiran dan kecekapan pelajar. Ini bermakna, objektif yang ditentukan guru boleh dicapai sesuai dengan kemampuan murid. Jika murid yang diajar mempunyai tahap kecekapan yang agak rendah, guru bolehlah meletakkan objektif untuk mengukuhkan lagi kecekapan yang sedia ada ataupun mempelbagaikan kemahiran yang mereka miliki. Perkara kedua ialah kepelbagaian jenis pameran perlu dipilih oleh guru untuk dilaksanakan oleh murid-murid. Kepelbagaian jenis pameran bermaksud pelbagai jenis bahan yang dipamerkan yang merangkumi bahan maujud, carta, bahan audio dan video serta permainan yang berkaitan dengannya. Guru berperanan sebagai fasilitator yang akan memantau perkembangan pameran ini. Guru juga berperanan untuk membantu murid dengan bersama- sama menyediakan bahan, peralatan dan bekalan yang mempunyai kaitan dengan pameran. Langkah ini penting untuk menjimatkan sumber yang digunakan serta memastikan setiap bahan dan perlatan digunakan dengan betul dan berkesan. Setiap peralatan yang terlibat dengan pameran haruslah diselenggara terlebih dahulu supaya pameran dapat berlangsung dengan lancar. Selain itu, bantuan daripada guru juga penting untuk memperbetul kekurangan yang terdapat pada bahan pameran ketika proses pembuatannya lagi. Seterusnya, guru perlu membuat perancangan yang lengkap terutamanya sekali mengenai pembahagian tugas dan menerangkan dengan jelas tentang peranan setiap murid dalam pameran. Apabila 6
  • semua murid telah jelas dengan tugas masing-masing, kepincangandalam proses membangunkan bahan pameran dapat dielakkan.Langkah ini juga penting untuk memastikan semua murid terlibat dansalah faham mengenai tugas dapat dielakkan. Guru juga perlu mengenal pasti sejauh manakah penglibatandirinya sendiri dalam kaedah pameran ini supaya murid tidak terlalubergantung kepada guru keran tugas-tugas telah diagihkan. Hal inibererti, setelah tugas dibahagikan kepada murid, guru akan bertindaksebagai fasilitator yang akan memantau dan memberi bimbingan ketikaperlu sahaja. Ini membolehkan murid-murid lebih berdikari danmembuat tugasan dengan lebih cermat. Selain itu, guru juga perlu berbincang dari semasa ke semasadengan para muridnya untuk memastikan kejayaan pameran yangdilaksanakan. Murid juga perlulah sentiasa berjumpa dengan guruuntuk meminta pendapat tentang tugasan yang diberikan. Hal inikerana, guru memang tidak terlibat secara langsung dalam kaedahpameran. Muridlah yang banyak memainkan peranan keranapenglibatan yang aktif dalam sesuatu kaedah pengajaranmembolehkan murid lebih memahami apa-apa jua perkara yangdiajari. Tambahan pula, kanak-kanak akan lebih mudah mengingatiilmu jika ia dapat dihayati menggunakan pancaindera mereka. Ringkasnya, guru memainkan peranan yang penting untukmemberi bimbingan kepada murid apabila kaedah pameran dipilihsebagai salah satu kaedah pengajaran moral. Ia memberi peluangkepada murid untuk merasai sendiri pengalaman pembelajaran denganmelakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran. Oleh itu, murid perlulahmemahami dengan jelas tugas mereka seperti yang telah diberikanoleh guru sebelum melakukan apa jua tindakan. 7