• Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
1,717
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
0
Comments
0
Likes
3

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. “SUMBANGAN TAMADUN CINA TERHADAP BIDANG KESENIAN (KALIGRAFI DAN MUZIK)” TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) – UTA 1012 PENSYARAH : PUAN AIDIL FARINA BT OMAR KUMPULAN : AL – HAMBRA’ NAMA : WAN ATHIRAH BT WAN MOHD BAHRUDDIN NUR SYAHIRA ‘ATIQAH BT AHMAD FAISAL KOD KUMP. : KSD SEMESTER : 2 SESI : 2011/2012
  • 2. 1 KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan ……………………………………………………………………….2 2.0 KESENIAN TAMADUN CINA 2.1 Seni Kaligrafi Cina ……………………………………………...…………………4 2.1.1 Pengenalan …………………………………………………………………….4 2.1.2 Sejarah Kaligrafi Cina …………………………………………………………4 2..1.3 Jenis Tulisan Kaligrafi Tiongkok …………………………………………..…4 2.2 Muzik Klasik / Muzik Traditional Cina …………………………………………….7 2.2.1 Pengenalan …………………………………………………………………..…7 2.2.2 Sejarah Alat Muzik Masyarakat Cina ………………………………………… 9 2.2.3 Alat – alat Muzik Traditional Cina ……………………………………….…11 2.2.3.1 Alat Tali Berpetik …………………………………………………….....11 2.2.3.2 Alat Tali bergesek …………………………………………………….....12 2.2.3.3 Alat Genderang ……………………………………………………….…13 2.2.3.4 Alat Tiup kayu…………………………………………………………....13 3.0 KESIMPULAN ……………………………………………………………………….…15 3.1 Seni Kaligrafi Cina ………………………………………………………..…..…15 3.2 Muzik Klasik / Muzik Traditional Cina …………………………………………15 4.0 RUJUKAN ………………………………………………………………………………16
  • 3. 1 SUMBANGAN TAMADUN CINA TERHADAP BIDANG KESENIAN (KALIGRAFI DAN MUZIK) PENDAHULUAN 1.1. Pengenalan China atau Tionghua merujuk kepada beberapa negeri, negara dan budaya yang telah wujud selama kira-kira 3,500 tahun di Asia Timur. China yang wujud pada hari ini dikenalpasti wujud sebagai suatu tamadun, negeri atau negara mahupun beberapa tamadun, negeri atau negara yang berkecempung di tempat yang sama. Keluasan kawasan negara ini berkembang daripada satu titik tolak punca di Kawasan Rata Utara China, dan kesannya bergantung kepada Negara ini untuk menakluki kawasan-kawasan timur, timur laut dan Asia Tengah.1 Selama beberapa abad lamanya, Empayar China juga merupakan antara tamadun yang termaju di dunia dan pusat pengaruh Asia timur dengan kesan kuat yang masih dirasai pada hari ini. China merupakan antara pusat terawal tamadun manusia. Tamadun China juga merupakan salah satu daripada tamadun yang menciptakan sistem tulisannya yang tersendiri.2 Pertama Piktograf yang boleh dilihat sebagai gambar.3 Sesetengah huruf yang dicipta adalah berasaskan gambar-gambar objek.4 Tamadun lain yang menciptakan tulisan tersendiri hanyalah Mesopotamia (Golongan Sumer), Tamadun lembah Indus, India, para Maya di Amerika Selatan dan tamadun Mesir purba. Masyarakat Cina berkembang dalam aspek bahasa, budaya dan kesenian sehingga membentuk citranya yang tersendiri dalam memperkukuhkan Tamadun Cina. Sejarah kesusasteraan cina bermula seawal kurun ke-14 SM dan diteruskan perkembangannya sehingga lebih 300 tahun. Bahasa cina dapat dikekalkan identitinya walaupun negara China pernah ditakluki oleh orang asing seperti mongol (dinasti Yuan, 1279 –1368) dan orang Manchu (dinasti Qing, 1644 – 1911). Ini adalah kerana tulisan cina tidak bersifat fonetik sebaliknya berbentuk grafik. Sifat yang berbentuk grafik ini telah meninggalkan kesan terhadap kesusasteraan cina dan penyebarannya. 1 Rujuk Rajah 1.1 2 Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadura Letchumanan, Tamadun Dunia, Siri Sejarah Fajar Bakti, hal.513 3 Wallbank, Taylor dan Bailkley, 1975:103 4 Latourette, 1965:645
  • 4. 1 Masyarakat Korea dan Vietnam juga meminjam tulisan Cina sebelum mencipta tulisan sendiri.5 Bahasa Cina memiliki sebanyak 50,000 patah perkataan dan hanya sebanyak 3000 patah perkataan sahaja yang diketahui oleh orang Cina.6 Terdapat pelbagai jenis sastera cina klasik seperti puisi, prosa, drama dan juga fiksyen. Antologi puisi cina yang terawal ialah Shi jing yang mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan rakyat yang wujud dalam tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke 11 SM –771 SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770 SM – 476 SM). Antologi ini dikumpul pada masa konfusius (551 SM – 479 SM) di kawasan Lembah Huanghe. Secara amnya, puisi cina berhubung rapat dengan muzik dan ia bersifat padat dan singkat. Drama cina berkembang agak lewat kerana penaklukan dinasti Yuan (1279 –1368). Walaubagaimanapun, drama cina dari jenis zaju – drama berbentuk puisi yang digubah mengikut kesesuaian muzik sangat bersemarak pada zaman dinasti Yuan. Drama digunakan oleh penulis sebagai saluran untuk meluahkan ketidakpuasan perasaan dan mengkritik kerajaan pemerintah seperti drama Dou’er Yuan (ketidakadilan Yuan). Tamadun cina juga tidak ketinggalan dalam mencipta keseniannya. Muzik klasik, kaligrafi, seni lukis dan seni pembinaan merupakan kesenian yang terawal dalam tamadun cina. Muzik merupakan salah satu aspek kesenian yang paling penting dalam Tamadun China. Asal usul muzik Cina boleh dikesan sejak Zaman Klasik lagi. Kira- kira 3000 tahun yang lalu iaitu semasa orang Eropah cuba mencari ketenangan dalam hidup, di Cina telah bermulanya teori muzik dan peralatan canggih muzik. Buku pertama mengenai teori muzik Cina muncul pada abad 4 S.M iaitu Kuan Tzu atau Book of Master Kuan.7 Semasa kemunculan Dinasti Han, Maharaja Han Wu Ti (140- 87 s.m) telah menubuhkan Imperial Ofice of Music yang bertindak mengumpul dan mengedit lagu-lagu rakyat. Ia juga bertindak sebagai badan yang membuat lagu untuk tentera, mengadaptasi gaya musuh asing dari budaya yang berjiran dengannya dan mengumpul lagu-lagu tempatan.8 5 Ahmad Zaki et. al., 2009:144 6 Ahmad Zaki et. al., 2009:143 7 Fredic M. Kaplan, Jilian M. Sobin dan Stephen Andros (eds), Encyclopedia of China Today, The Macmilan Press Ltd, London and Basingstoke, 1979, hal.264 8 Ibid., hal. 264
  • 5. 1 Konfusius menyatakan bahawa muzik adalah penting, walaupun tidak menyatakan prinsip-prinsipnya seperti asal usulnya dan hubungannya dengan kehidupan manusia. ‘Now music is the expression of joy. This is something which human feelings make unavoidable. For man cannot be without joy. And when there is joy, it must be expressed in sound and given embodiment through movement and repose.9 Kaligrafi merupakan salah satu kesenian yang paling tinggi diberi penghormatan dalam tamadun cina. Kaligrafi merupakan seni traditional Tiongkok. Tulisan ini menggunakan teknik menulis dengan menggunakan kuas. Kaligrafi Tiongkok ini memperhatikan hal-hal seperti cara menggosok bak tinta, menorehkan tinta, cara menulis, komposisi, dan gaya dalam penulisan. Kaligrafi Tiongkok adalah manifestasi bentuk abstrak dari yang sebenarnya dan demi mendapatkan keindahan yang maksimal, diperlukan usaha yang keras, cara menulis yang sebenar, dan juga erti sebuah tulisan juga sangat diperhatikan. Hal lain yang mempengaruhi penulisan ini juga adalah tabiat seorang kaligrafer.10 9 Fun Yu-Lan, A Short of Chinese Philosophy, The Free Press, New York, 1966, hal 341-2 10 Seorang kaligrafer harus mempunyai ciri khas dan demi mendapatkan hasil yang sempurna, hasil penulisannya akan mengalami beberapa perubahan yang besar.
  • 6. 1 KESENIAN TAMADUN CINA 2.1 Seni Kaligrafi Cina 2.1.1 Pengenalan Dalam bidang kesenian, Kaligrafi Tiongkok adalah sebuah seni ekspresi yang mempunyai makna yang indah dan mendalam. Kaligrafi merupakan kebudayaan Tionghua yang mencerminkan jiwa, watak dan keperibadian orang Tionghua. Kaligrafi Tiongkok juga sebuah seni yang dapat diekspresikan secara lepas dan bebas, dapat menggerakkan semangat yang berkobar. Dalam perkembangannya menunjukkan bahawa selama beberapa generasi berturut-turut, seni kaligrafi mempunyai nilai seni yang tinggi dan Kaligrafi Tiongkok ini mempunyai daya tarik yang khas. Menurut pengamatan Barat, kaligrafi ini mewujudkan seni yang dapat mengekspresikan diri.11 Salah satu tokoh yang terkenal dalam bidang kaligrafi ialah Wang Xizhi (321-379).12 2.1.2 Sejarah Kaligrafi Cina Kaligrafi Tiongkok ini sudah mempunyai sejarah 3000 tahun, misalnya Jia Gu Wen yang termasuk dalam kategori tulisan kuno, lalu pada dinasti Shang dan Zhou sudah terdapat bentuk seni dari tulisan Jin Wen, kemudian disusul oleh tulisan zhuan dari dinasti Qin, tulisan li dari dinasti Han, tulisan baru pada prasasti dari dinasti Wei, tulisan Xing dari dinasti Tang, Tulisan Xing dari dinasti Song dan dinsti Ming, dan masih banyak lagi perubahan yang terjadi dalam struktur tulisan mandarin.13 2.1.3 Jenis Tulisan Kaligrafi Tiongkok Kaligrafi Tiongkok dalam jangka waktu yang lama telah mengalami banyak perubahan bentuk. Misalnya, Jia Gu Wen, Da Zhuan, Li Shu, Cao Shu, Xing Shu dan Kai Shu.14 Jia Gu Wen 11 Kaligrafi merupakan seni yang layak untuk diperhitungkan kedudukannya dalam kesenian di dunia. (Jin Wang, 1990, p.7) 12 Mashitah Sulaiman, Adibah Sulaiman, Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, 2011, hal.141 13 (Ci Hai, 2002) 14 (Teo Lay Teen, 2001:321)
  • 7. 1 Tulisan Jia Gu Wen15 mempunyai jumlah lebih dari satu juta tulisan. Kosakata tulisan tunggal ada sekitar 4500 lebih tulisan, terdapat seribu lebih tulisan yang berhasil dikenali, dan masih ribuan tulisan yang diduga telah menghilang kerana tidak dipakai lagi. Sekarang yang digunakan dalam bahasa Tionghoa hanyalah 3000 – 4000 tulisan, sedangkan 3000 tahun yang lalu, tulisan Jia Gu Wen yang berhasil dibaca hanya sekitar seribu tulisan. Tulisan Jia Gu Wen ini sudah terpendam selama 3000 tahun lebih, baru sekarang dapat dikenal oleh masyarakat.16 Da Zhuan Berdasarkan catatan sejarah, ketika tahun 221 M, Qin Shi Huang telah berhasil menyatukan Tiongkok, demi untuk memperkuat posisi politik di pusat, dia menyuruh perdana menteri Li Shu untuk membuat tulisan dan disebarkan ke seluruh Tiongkok untuk dijadikan tulisan nasional. Tulisan inilah yang dikenal dengan tulisan Xiao Zhuan. Tulisan yang sama diciptakan oleh perdana menteri Li Si biasa disebut tulisan Xiao Zhuan, sedangkan tulisan Shi Gu Wen dan Ji Wen dapat disebut sebagai tulisan Da zhuan.17 Li Shu Nama Li Shu pertama kali terdengar pada dinasti Han Timur, banayk orang mengira bahawa tulisan Li muncul pada dinasti Qin, mereka mencari tulisan Li pada gambar- gambar dinasti Qin. Sebelum abad ke-7, mereka menemukan tulisan Li dinasti Qin dalam gulungan titah kaisar. Menurut buku berjudul Han Shu, yang dikarang oleh Yi Wen Zhi, Li Shu digunakan sebagai buku cadangan yang berfungsi untuk membantu buku utama. Hal ini disebabkan oleh pejabat pada masa dinasti Han menggunakan tulisan Li untuk mencatat dan menulis sejarah.18 Menurut orang yang menggunakan tulisan Li untuk menulis, tulisan Li dan tulisan Zhuan hampir sama, kerana reformasi, muncullah tulisan Cao, tulisan Xing, tulisan Kai yang sedarjat. Tulisan Li dalam waktu yang singkat dapat mengalami perubahan yang besar, bahkan sampai sekarang masa depan Li Shu akan memegang peranan. 15 Rujuk Rajah 2.1.3.1 16 Jika dipandang dari sudut pandang seni kaligrafi, Kaligrafi Jia Gu Wen merupakan seni yang baru. (Jin, Wang, 1990, p.3) 17 Rujuk Rajah 2.1.3.2 18 Rujuk Rajah 2.1.3.3
  • 8. 1 Jika semua orang dapat membaca tulisan Kai, mesti dapat membaca tulisan Li. Oleh sebab itu, tulisan Li Shu berkembang sampai sekarang. Tulisan Li mengalami perubahan disebabkan oleh gerakan pergelangan yang dipadukan menjadi satu. Oleh itu, perubahan yang berlaku dalam tulisan Li tidak hanya berubah bentuk tulisan, tetapi juga memberi kebebasan untuk menggerakkan kuas dan tangan. Cao Shu Tulisan Cao berlawanan dengan tulisan baku. Tulisan Cao adalah menulis tanpa aturan sesuka hati seperti cakar ayam.19 Naskhah surat yang ditulis dengan tulisan Cao akan disebut sebagai naskhah rumput. Tulisan Cao mempunyai makna yang sangat luas. Tulisan ini meliputi Cao Zhuan, Cao Li, Zhang Cao, dan lain-lain. Sebenarnya simbol dari tulisan Cao adalah hasil gabungan dari tulisan Zhuan bentuk Li dan tulisan Zhuan bentuk Cao. Tulisan khas dari tulisan Cao adalah bentuk tulisan yang menyambung. “Seni Kaligrafi ini hanya boleh difahami oleh pakar kaligrafi sahaja.”20 Dengan perkembangan tulisan Cao dapat dibahagi kepada tiga jenis berdasarkan waktunya, iaitu Cao Shu, Zhang Cao, Jin Cao. Cao Shu mula-mula dengan tulisan Li mempunyai sama bentuk yang cenderung mendatar, dengan penulisan yang sedikit berbeza, kebanyakan orang menganggap ia adalah tulisan Li tetapi sebenarnya ia telah bercampur dengan bentuk tulisan Cao yang serupa dengan tulisan Zhuan. Tulisan Cao bukanlah bentuk huruf yang baku, tidak sama dengan tulisan Zhuan, tulisan Li, tulisan Kai. Menulis tulisan Cao dapat menciptakan tulisan jenis Cao.21 Xing Shu 19 Rujuk Rajah 2.1.3.4 20 Mashitah Sulaiman, Adibah Sulaiman, Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, 2011, hal.141 21 Inilah yang menjadi kunci letak keindahan tulisan jenis Cao (Jin, Wang, 1990, p.14)
  • 9. 1 Proses penulisan tulisan Xing tidak mungkin dapat diselesaikan oleh seorang raja, seperti Liu De Sheng yang tidak mungkin menciptakan tulisan Li seorang diri. Ciri khas dari tulisan Xing adalah tidak baku tetapi juga tidak seperti tulisan Cao, bentuknya sederhana.22 Munculnya tulisan Xing jika dipandang dari perkembangan bentuk berdasarkan sejarah, tulisan Xing tidak mempunyai cara yang khusus untuk menulis tulisan Xing. Bukan hanya pemerintah yang tidak pernah menetapkannya, tetapi para ahli saterawan juga tidak pernah menelitinya. Tulisan Xing adalah hasil daripada proses perubahan dari tulisan Cao kepada tulisan Kai. Berdasarkan bentuk, struktur dan cara menulis tulisan Xing menyerap unsur-unsur dari tulisan Li, tulisan Kai, tulisan Zhang Cao. Selain itu, kelebihan yang terdapat pada tulisan Xing Shu ini adalah cara menyambung tulisan dan menyederhanakan tulisan. Tulisan ini banyak digunakan untuk surat- menyurat. Tulisan Xing juga agak popular, ciri khasnya tidak hanya dalam segi penulisan yang sederhana sama dengan tulisan Cao, tetapi juga dapat digunakan dalam pelbagai aspek. Tulisan Xing dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.23 Kai Shu Generasi pertama memperkenalkan tulisan Li dan tulisan Cao sebagai bentuk yang mempunyai tingkat keindahan yang tinggi. Lalu, generasi seterusnya menganggap tulisan Zhang Cao dan Jin Cao adalah bentuk yang baku. Akhirnya, muncullah tulisan Kai daripada proses perbezaan itu.24 Proses pembentukan tulisan Kai lebih lambat jika dibandingkan dengan tulisan Li dan tulisan Cao. Sehingga banyak daripada tulisan Cao dan tulisan Li yang digabungkan menjadi tulisan Kai. Tulisan Kai juga disebut sebagai tulisan baku dan rasmi, dan digunakan sejak dinasti Tang sampai dinasti seterusnya. Proses pembentukan tulisan Kai terdiri daripada beberapa faktor. Orang kuno pada waktu itu beranggapan bahawa tulisan Kai akan berkembang pada masa hadapan. Tetapi banyak dari tulisan Kai beransur-ansur hilang melewati selang beberapa waktu. 2.2 Muzik Klasik / Muzik Traditional Cina 2.2.1 Pengenalan 22 Rujuk Rajah 2.1.3.5 23 Hal inilah yang merupakan kunci tulisan Xing sangat digemari dan mudah untuk dipelajari (Jin, Wang, 1990, p.17) 24 Rujuk Rajah 2.1.3.6
  • 10. 1 Dalam bidang kesenian masyarakat Cina terutamanya alat-alat muzik tradisional juga merupakan satu khazanah bagi seni kraf dalam masyarakat Cina. Namun, seni muzik juga tidak kurang pentingnya. Muzik klasik masyarakat Cina bermula di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama yang dipercayai bermula pada tahun 2697 S. M.25 Maharaja Huang Ti telah menghantar orang untuk mencari paip buluh yang boleh mengeluarkan bunyi sama seperti bunyi burung phoenix dengan tujuan mendapatkan muzik berharmoni dengan alam semesta. Sekarang masyarakat Cina kaya dengan pelbagai alat-alat muzik. Muzik harus berharmoni dengan alam sekitar dan ini dibincang dalam buku Li Ji, bab Yue Ji yang menjelaskan bahawa muzik adalah hasil harmoni langit dan bumi. Konfusius berpendapat yang sama, bahawa muzik teragung adalah muzik yang harmoni dengan alam, dan melalui harmoni ini dapat memulihkan keadaan dunia fizikal. Beliau meletakkan muzik pada kedudukan yang tinggi yang dapat membantu membentuk manusia menjadi teratur dan bermoral. Muzik dapat mempamerkan sifat manusia melalui enam jenis emosi iaitu kesedihan, kepuasan, kegembiraan, kemarahan, ketaatan dan kecintaan. Melalui muzik, seseorang tidak mampu untuk terus berpura-pura dan menipu.26 Asal usul muzik Cina boleh dikesan sejak Zaman Klasik lagi. Kira-kira 3000 tahun yang lalu iaitu semasa orang Eropah cuba mencari ketenangan dalam hidup, di Cina telah bermulanya teori muzik dan peralatan canggih muzik. Buku pertama mengenai teori muzik Cina muncul pada abad 4 S.M iaitu Kuan Tzu atau Book of Master Kuan.27 Semasa kemunculan Dinasti Han, Maharaja Han Wu Ti (140- 87 s.m) telah menubuhkan Imperial Ofice of Music yang bertindak mengumpul dan mengedit lagu- lagu rakyat. Ia juga bertindak sebagai badan yang membuat lagu untuk tentera, mengadaptasi gaya musuh asing dari budaya yang berjiran dengannya dan mengumpul lagu-lagu tempatan.28 25 Mashitah Sulaiman, Adibah Sulaiman, Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, 2011, hal.143 26 Lun Yu 27 Fredic M. Kaplan, Jilian M. Sobin dan Stephen Andros (eds), Encyclopedia of China Today, The Macmilan Press Ltd, London and Basingstoke, 1979, hal.264 28 Ibid., hal. 264
  • 11. 1 Sementara itu dengan adanya hubungan perdagangan dengan Asia Tengah, muzik- muzik asing mula datang ke Cina seperti pipa (Kecapi) dan Hu Ching (sejenis violin), Dengan adanya pengaruh dari kebudayaan asing maka pengubah lagu dapat membaiki lagu mereka dan memajukan muzik Cina. Semasa pemerintah Maharaja Hsuan Tsung (713-55) daripada Dinasti Tang, pihak istana menganjurkan Pear Garden Academy yang dapat menghasilkan ramai ahli muzik, dan ini telah membantu menegakkan asas bagi muzik Cina. Pada zaman imperial terdapat dua jenis muzik iaitu muzik rakyat dan muzik golongan atasan. Muzik rakyat wujud dengan sendirinya apabila golongan petani ingin hiburan secara beramai-ramai. Salah satu suasana yang mewujudkan muzik rakyat ialah semasa menanam padi atau menuai padi. Semasa zaman Dinasti Tang, muzik rakyat dinaugani oleh pemerintah. Manakala muzik golongan atasan dicipta oleh golongan cerdik pandai dan kadangkala diambil dari muzik rakyat. Di peringkat muzik atasan ini terdapatnya muzik istiadat atau ya-yuah. Ia merupakan muzik kepunyaan golongan elit. Ia banyak dipengaruhi oleh konfesius, yang mana muzik menunjukkan dan menajamkan pendidikan moral dan pencapaian semangat dalam masyarakat. Muzik ini lenyap selepas tahun 1911.29 Pada abab ke 20, muzik barat mula mendapat tempat dalam budaya Cina. Namun demikian muzik barat pernah diperkenalkan oleh kumpulan Jesuit pada lewat abad ke- 16 tetapi tidak memberi kesan yang memberangsangkan. Manakala pada abad ke-19 hingga ke-20 dengan adanya hubungan yang lebih rapat dengan Barat, orang cina mula menerima dan menikmati muzik Barat. 2.2.2 Sejarah Alat Muzik Masyarakat Cina Alat muzik masyarakat Cina wujud pada abad 551 s.m., Dinasti Zhou ( 1111-222 S.M ). Beberapa abad dahulu sebelum muzik Eropah wujud, alat instrument yang sofiticated berserta dengan teori muzik telah wujud di negara Cina. Muzik yang dimainkan adalah dalam bentuk ritual untuk orang-orang atasan, ahli falsafah, orang- orang keagamaan. 29 Ibid., hal. 264
  • 12. 1 Aktiviti muzik yang agak terhad kepada masyarakat Cina di Malaysia yang paling penting adalah Opera Cina dan Orkestra Cina atau Hua Yue Tua. Alat muzik biasanya di import dari negeri china, tetapi skor muzik sering diubah oleh pemuzik tempatan. Terdapat juga komposer tempatan yang mencipta lagu klasik yang original, walaupun skor dan gubahan dari negeri Cina juga sering digunakan. Kebanyakan aktiviti muzik Cina berlaku di bawah naungan tempatan berhala, pelbagai persatuan kaum Cina dan sekolah Rendah dan Menengah Jenis Jenis Kebangsaan Cina. Orkestra Cina Moden / Hua Yue Tuan muncul di kalangan masyarakat Cina di Malaysia hanya pada dekad 60-an, akibat beberapa ahli muzik tempatan yang telah melanjutkan pelajaran mereka ke Hong Kong dan juga kemasyuran muzik orkestra Cina moden melalui rekod-rekod yang terdapat di Malaysia. Kini, ia wujud di seluruh Malaysia terutamanya di bandar-bandar besar di mana terdapat ramai bilangan kaum Cina seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Star, Melaka, Johor Bahru dan Kuching. Saiz Hua Yue Tuan adalah berbeza dari 12 hingga 50 orang ahli atau lebih. Umur pemain muzik antara 14 – 35 tahun. Dalam setahun, Hua Yue Tuan ini menyampaikan sekurang-kurangnya satu persembahan. Selain daripada menghiburkan pendengar-pendengar yang datang, persembahan ini selalu digunakan untuk mengutip wang dan derma bagi persatuan masing-masing atau kebajikan masyarakat secara umum. Susunan orkestra lebih besar daripada ensemble wilayah, mengikut format duduk okestra barat, dan menggunakan konduktor dan skor muzik. Seperti dalam orkestra barat, pemain alat bertali yang digesek dalam okestra Cina ditempatkan di sebelah kiri konduktor sedangkan pemain alat bertali bes di sebelah kanan. Alat tiup pula ditempatkan di hadapan konduktor dan alat gendang di belakang pentas. Lagu Cina biasanya digubah mengikut skel pentatonik. Sistem notasi yang biasa digunakan di Malaysia adalah sistem notasi nombor. Di bawah sistem ini digit 1 hingga 7 digunakan untuk mewakili not ‘do re mi fa so la ti’. Oktaf bawah ditandakan dengan satu titik yang ditulis di bawah digit dan oktaf atas ditandakan dengan satu titik di atas pula. Tanda nada selalunya disebutkan di bahagian permulaan
  • 13. 1 skor sebagai C, D dan seterunya melambangkan not ‘ do atau ‘ l ‘ bersamaan dengan C besar atau c besar dan seterunya. Not rehat (rest) pula ditandakan pula dengan digit “O” . Dari segi rentak pula, sesuatu digit jika ditulis begitu sahaja melambangkan satu krocet. Kuaver ditandakan dengan satu garis horizontal yang ditulis di bawah digit manakala semi kuaver pula dilambangkan oleh dua garis horizontal. Not bertitik pula dilambangkan secara menggunakan sebuah titik selepas digit berkenaan. Contohnya, bandingan transkrip notasi konvensional. 2.2.3 Alat – alat Muzik Tradisional Cina Alat-alat muzik tradisional muzik Cina datang dari empat kumpulan alat muzik yang utama: alat tali berpetik, alat tali bergesek, alat genderang dan alat tiup kayu.30 Muzik Cina tidak menggunakan bras. 2.2.3.1. Alat Tali Berpetik Pipa Sejenis lute. Pada asalnya digunakan sebagai muzik solo tetapi kini merupakan alat tali berpetik yang digunakan dalam bilangan yang paling banyak dalam okestra Cina disebabkan bunyinya yang agak lembut. Kualiti tonnya adalah menyerupai gitar klasik barat- Sepanyol. Sejarah pipa telah merentasi lebih dari 2000 tahun iaitu bermula dari dinasti Han hingga ke dinasti Tang. Rekabentuk pipa mempunyai leher yang pendek dan bahagian bawah dibuat daripada kayu.31 terdapat 19 hingga 26 batang buluh kecil di bahagian leher yang dipanggil ‘xiang’. Xiang boleh diperbuat daripada kayu, jed dan gading gajah. Ianya mempunyai 4 tali yang ditalakan kepada not A, D, E dan A. Pipa dimainkan dengan meletaknya di atas riba secara menengak. Biasanya pemain akan memakai jaring pasu untuk membolehkan pemain muzik bebas memetik dengan pelbagai teknik dalam persembahan. Liu Yue Qin pula merupakan pipa kecil dengan talaan G , D, G dan D. 30 Mashitah Sulaiman, Adibah Sulaiman, Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, 2011, hal.143 31 Rujuk Rajah 2.2.3.1.1
  • 14. 1 Yue Qin Merupakan gitar Cina. Dua alat lain yang serupa tetapi berbeza sedikit dari segi dimensi adalah Da Ruan dan Chong Ruan. Ruan juga dikenali sebagai gitar bulan. Ia terdiri daripada berbagai saiz dan pitch yang berbeza. Yue Qin terdiri dari 4 tali dan fret. Kotak bunyi dibuat daripada kayu. Satu jenis alat muzik yang sama dalam golongan Qin ialah Guqin. Guqin adalah satu alat tradisional Cina yang paling disanjung dan dianggap suci oleh masyarakat Cina. Serpihan alat muzik ini telah dijumpai dalam kubur lama (500 – 200 S.M). Di bahagian atas Guqin diperbuat daripada papan kayu pine, bahagian bawah guqin pula diperbuat daripada kayu keras seperti catalpa.32 Terdapat 13 titik kecil yang dipanggil ‘hui’ berfungsi sebagai tanda kedudukan not muzik. Guqin mempunyai tujuh tali pemetik yang berlainan ketebalan. Ia mampu menghasilkan bunyi alam yang harmoni. Qin yang ada pada zaman sekarang berasal daripada Dinasti Tang (618 – 907 M). Zheng Zheng ialah alat muzik tradisional Cina yang lama. Buluh digunakan untuk membuat alat instrument kecil yang ada pada Zheng ini. Zheng amat popular pada zaman negeri-negeri berperang dan Dinasti Qin (221-206 S.M). Zheng mempunyai permukaan yang lengkuk, panjang dan berbentuk trapezium.33 Sebanyak 13 – 21 tali sutera digunakan untuk menghasilkan bunyi yang harmoni. Pemain muzik memakai 3 – 4 jari pasu untuk memetik tali Zheng untuk mendapatkan kesan bunyi yang baik. Yang Qin Alat muzik ini wujud pada zaman Dinasti Ming (1368-1644 M). Ia boleh didapati dalam berbagai saiz. Dua batang buluh kecil bersaiz seperti chopstick digunakan untuk memukul alat muzik ini.34 Alat ini dapat menghasilkan bunyi yang lembut pada nada yang tinggi dan bunyi yang kuat serta padat pada nada rendah. Alat ini mempunyai 5 nada bunyi dan dikatakan alat muzik baru mengikut berbanding dengan alat-alat muzik tradisional Cina yang lain. Yang Qing merupakan satu- 32 Rujuk Rajah 2.2.3.1.2 33 Rujuk Rajah 2.2.3.1.3 34 Rujuk Rajah 2.2.3.1.4
  • 15. 1 satunya alat perkussi berpitch yang digunakan. Ianya seperti Dulcimer atau Simbolam barat dan dimainkan menggunakan pemukul khas. Ia dimainkan secara solo. Dalam okestra Cina dua buah Yang Qin digunakan. Ditempatkan ditengah okestra. 2.2.3.2. Alat Tali bergesek Er Hu Violin Cina pada asalnya merupakan alat muzik solo. Er Hu yang pertama wujud pada 1104 dalam Dinasti Song. Er hu memainkan peranan yang serupa dengan violin dengan okestra barat tetapi kualiti tonnya jauh lebih lembut dan manis (mellow) daripada violin barat. Er Hu berbadan kecil tetapi berleher panjang.35 Ianya mempunyai dua tali sahaja yang dimainkan menggunakan bow. Pan Hu dan Gao Hu adalah serupa dengan Er Hu tetapi ditalakan pada pitch lebih tinggi. Alat yang lain dalam famili alat ini termasuk Zhong Hu, Ge Hu dan Bei Ba Ge Hu yang boleh dibandingkan dengan biola, cello dan double bass barat. Di Malaysia Gao Hu dan Bai Be Gao Hu biasanya digantikan dengan cello dan double bass. Ini disebabkan alat Cina yang asal yang badannya diperbuat daripada kulit ular tidak tahan kelembapan udara dinegara kita. Kulit ular tersebut selalunya mengembang akibat meresap wap air di udara dan menjadikan talaan alat itu tidak tepat. Bagi alat yang lebih kecil masalah ini tidak wujud. 2.2.3.3. Alat Genderang Gendang Cina Terdiri daripada gendang bass yang besar dan set gendang kecil, yang boleh sampai 13 buah dari yang kecil kepada yang besar.36 Gendang bass mempunyai ton rendah yang kuat. Set gendang yang biasanya dipasang pada pemegang gendang, dua per dua, ditalakan mengikut pitch menurun. Tonnya bergema dan kuat. Simbal Cina Alat perkussi jenis idiofon yang digunakan pula termasuk simbal Cina yang berpasangan dan jauh dengan bunyi lebih pendek dan tajam dari pasangan simbal 35 Rujuk Rajah 2.2.3.2 36 Rujuk Rajah 2.2.3.3.1
  • 16. 1 barat. Dau set simbal Cina biasnya digunakan, kecil dan besar. Simbal besar mempunyai bibir simbal yang terlipat ke atas.37 Selain daripada simbal, tam-tam (gong tidak berbonggol) memainkan peranan penting dalam okestra cina. Ia mungkin digunakan secara berasingan atau dalam set 13 buah tam-tam berlainan saiz yang dipasang pada pemegang khas. Blok kayu berbentuk kepala ikan dan blok kayu berbentuk T, digelar tik tok juga biasa digunakan. Tambarin kadangkala digunakan juga. Alat perkussi tidak berpitch ini biasnaya memainkan peranan meninggikan kesedaran rentak lagu yang dimainkan dan tidak biasanya memainkan corak yang terlalu kompleks. 2.2.3.4. Alat Tiup kayu Dizi Dizi atau flut Cina merupakan kumpulan alat tiup kayu yang paling besar. Ianya merupakan flut melintang yang diperbuat daripada tiub buluh yang ditebuk lubang.38 Terdapat dua saiz dalam alat tiup kayu ini iaitu pendek dan sederhana panjang. Bunyinya nyaring dan tinggi. Alat tiup kayu lain yang penting adalah sonar, sejenis alat yang menyerupai obei barat, dengan bunyi yang lebih tajam dan nyaring. Sonar juga berbeza daripada obei barat kerana ia mempunyai “loceng” seperti trompet pada penghujung dari mana bunyinya keluar. Dua saiz sonar juga digunakan iaitu alto dan soprano. Sheng Sheng wujud pada abad 551 s.m Dinasti Zhou (1111- 222 s.m). Orang Cina percaya bahawa Sheng dicipta oleh seorang dewa maharaja wanita mitos yang dipanggil Nyn-Kwa39 pada 3000 tahun dahulu. Beberapa abad dahulu, sebelum muzik Eropah wujud, alat instrument yang sophiscated berserta dengan teori muzik telah wujud di negeri China, muzik-muzik yang dimainkan adalah dalam bentuk ritual untuk orang-orang atasan, ahli falsafah dan ketua keagamaan. Sheng dicipta apabila alat-alat instrument yang sophiscated melanda pada dunia muzik ketika itu. Menurut catatan dalam ‘oracle bones’ pada zaman Yin (abad 11-12 s.m) nama Sheng pada masa itu ialah Ho dicatat juga dalam buku Shih Ching 37 Rujuk Rajah 2.2.3.3.2 38 Rujuk Rajah 2.2.3.4.2 39 Anak perempuan ketiga Tuhan Langgit dalam cerita mitos. Nyn – Kwa terkenal kerana telah menyelamatkan langgit yang bocor dan membina manusia di bumi ini dengan menggunakan picitan tanah.
  • 17. 1 Book of Orders40 mengakui bahawa ia digunakan oleh orang biasa. Confucius (551-479 s.m) dipercayai pernah bermain alat instrument ini. Sheng terdiri daripada satu ruang angin yang diperbuat daripada logam dengan pemipitnya yang pendek dan 17 paip atau tiub buluh yang dimasukkan ke dalam ruang angin ini sebagai satu bulatan.41 Setiap tiub buluh ditambahkan dengan tiub tembaga untuk mengeluarkan gema. Setiap tiup dipasangkan dengan satu pelidah bebas atau rid bebas. Diatas setiap pelidah bebas terdapat sebuah lubang jari yang harus ditutup supaya berbunyi. Bunyi dikeluarkan apabila pemain42 menutup lubang jari dan meniup atau menyedut angin melalui pemipit. Bunyi alat ini serupa organ. Oleh kerana not yang sama boleh dibunyikan bila paip ditiup atau disedut, alat ini boleh bermain melodi atau kod yang dipanjangkan. KESIMPULAN 3.1 Seni Kaligrafi Cina 40 Shih Ching (Book of Order) merupakan antologi puisi yang mengandungio 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian rakyat yang disusun sezaman dengan konfusius. Puisi ini sering digunakan dalam pertemuan rasmi dimana raja dan diplomat menyanyikan puisi sebagai pembayang bagi keadaan sebenar atau menyatakan maksud sebenar. 41 Rujuk Rajah 2.2.3.4.2 42 Tan Sooi Beng, 1997 Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, rakayat dan simkritik. Ms 379
  • 18. 1 Kaligrafi ditulis dengan menggunakan dakwat, berus, kertas dan kadang-kadang sutera. Perkembangan kaligrafi telah menghasil pelbagai bentuk tulisan cina. Kaligrafi dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan seni lukis dan puisi. Su Dongpo (1037 – 1101) pada zaman dinasti Song merupakan seorang pelukis dan juga seorang pakar kaligrafi. Seni lukisan cina pada dasarnya terbahagi kepada dua kategori iaitu xieyi (freehand) dan juga gongbi (menggunakan garis halus). 3.2 Muzik Klasik / Muzik Traditional Cina Sistem melodi muzik klasik cina adalah kompleks di mana alat-alat yang digunakan dikategorikan mengikut bahan akustik dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Muzik bagi tamadun cina adalah sesuatu yang berharmoni dengan alam semesta dan di letakkan pada satu kedudukan penting pada fahaman konfusius. Pada abab ke-8, kemasukkan muzik dari tamadun lain telah memeriahkan lagi suasana muzik di cina terutamanya dengan kemasukkan tamadun India dan Asia Tengah. Melalui penyelidikan dibeberapa buah pusat sumber, didapati alat muzik tradisional ini juga mempunyai kesamaan dengan alat muzik tradisional Diraja Jepun yang bernama ‘Sho’43 . Di Laos, alat muzik yang bernama ‘khene’ juga dikatakan mempunyai rupa bentuk dan fungsi yang sama dengan alat muzik tradisional Cina – Sheng. Di Eropah, alat muzik tradisional barat terdapat alat muzik – Tain Kim. Dimainkan dengan meniup atau menyedut. Alat muzik klasik yang serupa dengan Sheng di Negeri China dan Sho di Negeri Jepun.44 LAMPIRAN 43 Henry Doktorski (2000). Asian Free- Reed, Inc. Part Two : The Japanese Sho 44 Frank L. Harrison and Joan Rimmer, (1964). Antique Musical Isstruments and Their Players. New York. hal.138 Rajah 1.1 : Peta Negara ChinaRajah 1.1 : Peta Negara ChinaRajah 2.1.3.1: Contoh Huruf Jia Gu Wen Rajah 2.1.3.2: Contoh Huruf Da Zhuan
  • 19. 1 Rajah 2.1.3.3: Contoh Huruf Li Shu Rajah 2.1.3.4: Contoh Huruf Cao Shu Rajah 2.1.3.6: Contoh Huruf Kai Shu Rajah 2.1.3.5: Contoh Huruf Xing Shu Rajah 2.2.3.1.1: Pipa Rajah 2.2.3.1.2: Yue Qin Rajah 2.2.3.1.3: Zheng
  • 20. 1 RUJUKAN Ann Wan Seng. 1996. Kepercayaan Orang Cina. Selangor: Fajar Bakti. Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Suffian Mansor, Zulkanain Abd. Rahman. 2000. Titas 2:Siri Sejarah Fajar Bakti. Selangor: Fajar Bakti. Cheu Hock-Tong. 2000. Confucianism in Chinese Culture. Selangor: Pelanduk Publications. Rajah 2.2.3.1.4: Yang Qin Rajah 2.2.3.2: Er Hu Rajah 2.2.3.3.1: Gendang Cina Rajah 2.2.3.3.2: Simbal Cina Rajah 2.2.3.4.2: Sheng Rajah 2.2.3.4.1: Dizi
  • 21. 1 Frank Ll. Harrison and Joan Rimmer. 1964. Antique Musical Isstruments and Their Players. New York. Lok Chong Hoe. 1998. Tamadun Cina: Falsafah, Pandangan Hidup dan Aspek-aspek Kesenian. Creative Energy Corporation Sdn. Bhd. Obaidellah Haji Mohamad. 1994. Lun Yu Pembicaraan Confucius. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Patricia Matusky, Tan Sooi Beng. 1997. Muzik Malaysia: tradisi Klasik, rakyat dan sinkretik. Pulau Pinang: The Asian centre. Suffian Mansor. 2003. Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tan Sooi Beng. 1999. Penghantar Muzik Malaysia Buku: Patricia Matusky The Asia – Centre. hal. 184-185 Tan Sooi Beng. Alat Orkestra Cina Moden Malaysia: Satu Pengenalan. Masakini.