Jenis pakaian kaum di malaysia

26,752 views
26,156 views

Published on

2 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
  • Terima kasih banyak-banyak. Sangat membantu saya menjawab tugasan saya.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Thanks for ur sharing. it's really helpful if i can download d slide as my teaching aids. Can I ?
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
26,752
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
87
Actions
Shares
0
Downloads
468
Comments
2
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Jenis pakaian kaum di malaysia

  1. 1. JENIS PAKAIAN KAUM DI MALAYSIAPAKAIAN ETNIK MASYARAKAT SABAHPAKAIAN ETNIK KADAZAN kadazanPakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung,seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakaibaju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pingganghimpogot.PAKAIAN SUKU KAUM RUNGUSPakaian istiadat suku kaum Rungus. Pakaian lelaki terdiri dari baju badu, seluar soval,bengkung hokos dan pakaian kepala sigal dari kain pis. Wanita memakai baju sempitbanat dan kain paras lulut tapi serta hiasan kepala disebut sisingal dan rampai.Perhiasan diri dari jalinan manik-manik berwarna-warni disebut pinakol dan togkol, suku kaum murut suku kaum rungusPAKAIAN SUKU KAUM MURUTPakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu
  2. 2. puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupisinulatan juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapasberhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manikseperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai.suku kaum murutPAKAIAN SUKU KAUM BAJAUPasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran.Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yangdilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang. suku kaum bajauPAKAIAN MASYARAKAT ETNIK SARAWAKPAKAIAN TRADISIONAL LELAKI IBANKAIN SIRAT Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias
  3. 3. DANGDONG Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang- barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikatPAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN IBANBIDANGWanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit danpanjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripadasebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kainseumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidakbanyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarangperayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan denganwarna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yangdihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emasatau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.KALAMBIBaju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dankalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacaratertentu sahaja. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kainsegi empat bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuklubang lengan atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yangseparas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segalamacam motif yang indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indahdan ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhidengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan jugadilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kainyang ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura
  4. 4. manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujungkalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengankarangan manikBEDONGWanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempangini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.Panjang bedung hampir sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu sebagai selendangatau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacararasmi.PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN MELANAU BAJU BALDU Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul baju baldu BAJU BABAN Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul baju baban
  5. 5. PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI MELANAU Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa. PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI BIDAYUHPakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagianluar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruangPAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN BIDAYUH perempuan bidayuhWanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitamberhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasankepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dansyiling perak
  6. 6. BAJU KAUM INDIAJENIS PAKAIAN KAUM LELAKI MASYARAKAT INDIADHOTIDhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yangbewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja keranagenerasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yangpanjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dankemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manikkecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuningsusu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.BAJU KAUM INDIAJENIS BAJU KAUM PEREMPUAN MASYARAKAT INDIASARISari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian danturut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuransemeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belasmeter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut.Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat.Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggangsebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai. Sari
  7. 7. Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap sepertimerah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakaipada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yanglebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan.Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yangmempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan sipemakainnya. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yangmenarik dan sesuai dengan si pemakai. sari sariBAJU KAUM CINAJENIS BAJU KAUM LELAKI MASYARAKAT CINASAM FOO Sam foo Sam food an CheongsamSamfoo membawa maksud baju dan seluar dalam dialek Kantonis. Ia merupakanpakaian harian wanita keturunan Cina selain dari cheong sam. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoodiperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaandengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yanglonggar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar
  8. 8. seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut sepertikain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina diMalaysia.BAJU KAUM CINAJENIS BAJU KAUM PEREMPUAN MASYARAKAT CINA CheongsamCheongsam adalah pakaian wanita dengan ciri-ciri khas Cina dan menikmati populariti yangberkembang di dunia antarabangsa.Nama "cheongsam", yang bermaksud sim-ply "pakaian panjang", memasuki kosa kata BahasaInggeris dari dialek Negeri Guangdong (Kantonis). Di bahagian lain negara termasuk Beijing,bagaimanapun, ini dikenali sebagai "qipao", yang mengandungi sejarah di belakangnya.Ketika kedatangan awal penguasa Manchu ke China yang tepat, mereka mengatur orang-orangtertentu, terutama Manchu, menjadi "spanduk" (qi) dan memanggil mereka "orang banner"(qiren), yang kemudian menjadi longgar atas nama semua Manchu. Para wanita biasanyaManchu mengenakan gaun one-piece yang, juga, kemudian disebut "qipao" atau "banner gaun".Walaupun Revolusi tahun 1911 menumbangkan kuasa Qing (Manchu) Wangsa, gaun wanitaselamat dari perubahan politik dan, dengan pemulihan, telah mereka pakaian tradisional untukwanita Cina.Mudah dan nyaman untuk dikenakan, cheongsam yang berpadanan dengan latar belakangperempuan cina adalah seperti leher tinggi, leher tertutup, dan lengan yang pendek, sedarhanaatau panjang, bergantung pada musim dan selera. Gaun itu kancing di sisi kanan, dengan dadalonggar, pinggang pas, dan celah naik dari sisi, semua yang menggabungkan untuk mematikanbentuk keindahan wanita.Cheongsam ini tidak terlalu rumit untuk membuat. Juga tidak menggunakan bahan yang terlalubanyak, kerana tidak ada aksesoris seperti ikat pinggang, syal, ikat pinggang atau hiasandigunakan bersamanya.Selain itu, Cheongsam adalah diperbuat dari bahan yang berbeza dan panjang yang berbeza-beza,mereka boleh memakainya di acara-acara santai atau formal. Dalam kedua-dua kes, itu menciptakesan sederhana dan tenang, keanggunan pesona dan kerapian.Jadi tidak hairanlah Cheongsambegitu banyak disukai oleh perempuan tidak hanya Cina tetapi negara asing juga.
  9. 9. BAJU KAUM MELAYUJENIS BAJU KAUM PEREMPUAN MASYARAKAT MELAYUBAJU KURUNG Baju kurung Baju kurung PahangBaju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannyaterletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuanmempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurungsecara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh.Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalahistilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang.Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciritersendiri. BAJU KEBAYA Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Satu mengatakan perkataan kebaya itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya. Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak. Baju kebaya Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu. Baju kebaya sesuai untuk pakaian harian dan juga pakaian pengantin. Bagi pakaian harian, baju kebaya sesuai diperbuat daripada kain kapas dan baldu atau sutera (bagi yang berada) dan dipadankan dengan kain sarung. Selendang hanya dikenakan apabila keluar rumah. Bagi pengantin pula, baju kebayanya diperbuat daripada songket dan sepasang dengan kain sarungnya. Selendangnya juga diperbuat daripada songket.
  10. 10. BAJU KAUM MELAYUJENIS BAJU KAUM LELAKI MASYARAKAT MELAYUBAJU MELAYU Baju Melayu cekak musangBaju Melayu merupakan baju tradisional Melayu yang biasa di pakai oleh golongan lelaki diMalaysia dan negara serantau. Ia biasanya terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu baju Melayupotongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potonganCekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada carajahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju Indiahanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belangapula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yangdipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil potonganCina. Di mana lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju.Iaitu secara di sambungterus atau di jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek.Cara memakai baju juga terdapat perbezaan dimana bagi baju Melayu Teluk Belanga biasanyasampin dipakai diluar baju, manakala baju Melayu Cekak Musang baju di dalam sampin.Baju Melayu teluk belanga

×