Your SlideShare is downloading. ×
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Pengenalan kepada Perakaunan - Unit 1

1,880

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,880
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
49
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. P1105/UNIT 1/1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN UNIT 1 OBJEKTIF Objektif Am: Objektif Khusus: Membolehkan pelajar memahami tentang perakaunan, prinsip prinsip, andaian-andaian dan kovensyen perakaunan mengikut mengikut badan-badan perakaunan antarabangsa seperti GAAP, IAS, SSAP, MAS dan IAS, fungsi perakaunan kewangan, cabang-cabang perakaunan, penggunaan dan kepentingan maklumat perakaunan. Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat: ü Mendefinisikan perakaunan dan simpankira ü Menerangkan prinsip -prinsip, andaian-andaian dan konvensyen perakaunan menurut GAAP,IAS,SSAP, MAS dan IAS. ü Menerangkan cabang-cabang perakaunan ü Membincangkan kepentingan maklumat perakaunan kepada pengguna dalaman dan pengguna luaran ü Mentakrifkan kitaran perakaunan dan menyenaraikan fasafasa dalam kitaran perakaunan Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 2. P1105/UNIT 1/2 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN INPUT 1.0 PENGENALAN Apa itu • Simpankira??? • Perakaunan???? 1.1 SIMPANKIRA ialah……….. Satu proses penyediaan rekod-rekod urusniaga. Proses dalam Simpankira melibatkan aktiviti: DATA-DATA KEWANGAN • • • • • • • Mengenalpasti Mengukur Merekod Mengkelas Meringkas Mengumpul melaporkan Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 3. P1105/UNIT 1/3 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.2 PERAKAUNAN ialah…………. Satu proses menyediakan maklumat mengenai kedudukan kewangan dan hasil kendalian sesebuah entiti untuk membantu pihak-pihak yang berkepentingan membuat keputusan. Proses dalam perakaunan melibatkan aktiviti: S I M P A N K I R A § § § § § § § Mengenalpasti Mengukur Merekod Mengkelas Meringkas Mengumpul dan Melaporkan DATA-DATA KEWANGAN § Menganalisis Daripada definisi Simpankira dan Perakaunan di atas, dapat disimpulkan bahawa konsep Simpankira dan Perakaunan sangat berkait rapat dan Simpankira merupakan langkah permulaan dalam proses perakaunan. Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 4. P1105/UNIT 1/4 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN Konsep-konsep asas perakaunan yang perlu diketahui oleh akauntan????? 1.2 KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN ANDAIAN-ANDAIAN PERAKAUNAN PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN KEKANGAN PERAKAUNAN Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 5. P1105/UNIT 1/5 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.3.1 ANDAIAN-ANDAIAN PERAKAUNAN ANDAIAN-ANDAIAN PERAKAUNAN • Andaian Entiti Berasingan Menurut andaian ini, setiap perniagaan hendaklah diakaunkan secara berasingan dan terpisah dari pemiliknya dan dari entiti-entiti yang lain • Andaian Usaha Berterusan Menurut andaian ini, sesebuah perniagaan akan terus beroperasi pada masa-masa akan datang, dan tidak mempunyai rancangan untuk dibubarkan. • Andaian Wang Sebagai Unit Ukuran Menurut andaian ini, semua keputusan kewangan sesebuah entiti akan diukur dalam unit kewangan. Nilai ringgit dan sen diandaikan sentiasa dalam keadaan yang stabil. • Andaian Ketekalan Menurut andaian ini, penggunaan prinsip/kaedah perakaunan tidak akan diubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Andaian ini bertujuan agar prestasi operasi dan kedudukan kewangan perniagaan boleh dibandingkan antara satu tempoh dengan satu tempoh yang lain. • Andaian Tempoh Perakaunan Andaian ini menyatakan aktiviti perniagaan boleh dibahagikan kepada tempoh-tempoh tertentu contohnya seperti sebulan, suku tahun atau setahun. Andaian ini membolehkan pengguna-pengguna penyata kewangan mengetahui prestasi operasi perniagaan dan kedudukan kewangan perniagaan sekurang-kurangnya sekali setahun. Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 6. P1105/UNIT 1/6 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.3.2 PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN • Prinsip Kos Sejarah Merupakan prinsip untuk merekod semua unsur dalam penyata kewangan pada nilai kos. • Prinsip Keobjektifan Prinsip perakaunan ini menegaskan bahawa perekodan sesuatu urusniaga hendaklah berdasarkan bukti yang objektif. Mana-mana urusniaga yang tidak dapat disokong dengan bukti yang objektif, seperti anggaran untuk akaun Peruntukan hutang Ragu, anggaran hendaklah dibuat berdasarkan maklumat yang disahkan dan tidak berat sebelah. • Prinsip pendedahan Mengikut prinsip ini pendedahan maklumat perakaunan hendaklah sentiasa relevan, tepat pada masanya, boleh dipercayai, tidak berat sebelah dan bebas dari kesalahan dan kesilapan. • Prinsip Pemadanan Hasil dan Belanja Prinsip perakaunan ini merujuk kepada semua perbelanjaan yang terlibat untuk mendapatkan hasil yang berkenaan hendaklah dilaporkan dalam tempoh perakaunan yang mana hasil yang berkenaan dilaporkan. Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 7. P1105/UNIT 1/7 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.3.3 KEKANGAN-KEKANGAN PERAKAUNAN KEKANGAN-KEKANGAN PERAKAUNAN • Kekangan Konservatisme Kekangan ini menggalakkan perniagaan untuk mengelakkan daripada terlebih nyatakan aset dan liabiliti dan mengurang nyatakan liabiliti dan perbelanjaan. • Kekangan Kematerialan Kekangan ini merujuk kepada kepentingan sesuatu item atau peristiwa secara relatif. Item-item yang tidak material tidak perlu dilaporkan secara berasingan. • Kekangan Faedah-Kos Kekangan ini merujuk kepada kos penyediaan maklumat hendaklah tidak melebihi daripada nilai maklumat tersebut kepada penggunapengguna penyata kewangan. Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 8. P1105/UNIT 1/8 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN AKTIVITI 1a 1.1 Perakaunan merupakan satu ____________ menyediakan ____________ kewangan tentang sesuatu perniagaan untuk membantu pihak-pihak yang berkepentingan membuat __________________ 1.2 _____________________ merupakan langkah permulaan dalam proses perakaunan 1.3 Susun aktiviti-aktiviti berikut mengikut susunan nombor yang betul dalam proses penyediaan maklumat kewangan Mengenalpasti Melaporkan Mengukur Mengkelaskan Mengumpul Merekod Meringkaskan 1.4 ( ( ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) ) ) Senaraikan lima prinsip-prinsip asas perakaunan: i. _______________________________ ii. _______________________________ iii. _______________________________ iv. _______________________________ v. _______________________________ vi. _______________________________ vii. _______________________________ viii. _______________________________ ix. _______________________________ x. _______________________________ Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 9. P1105/UNIT 1/9 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.5 Berdasarkan kepada lima jawapan di atas, padankan perakaunan dengan maklumat yang diberi. a. prinsip-prinsip asas ________________________________ Prinsip perakaunan yang menntukan panduan memilih kaedah perakaunan yang tidak menyebabkan aset dan pendapatan bersih lebih nyata. Prinsip ini menggalakkan aset dinyatakan pada nilai yang terendah antara kos atau pasaran. Manakala liabiliti dinyatakan pada nilai yang lebih tinggi dengan menbuat peruntukan terhadap semua liabiliti walaupun dalam jangkaan b. _______________________________________ Prinsip perakaunan yang menegaskan bahawa perekodan, penilaian aset dan liabiliti, dan pengukuran pendapata dibuat berdasarkan bukti yang benar dan cukup, untuk membolehkan data kewangan ditentusahkan, dan tidak mengandungi unsur berat sebelah c. _________________________________ Merupakan prinsip untuk merekod urusniaga bagi aset mengikut nilai sebenar iaitu pada masa urusniaga itu berlaku kerana ianya lebih objektif dan boleh dibuktikan. Aset tidak dicatatkan pada nilai semasa kerana tidak boleh dibuktikan secara objektif d. ____________________________________ Prinsip perakaunan untuk mengenalpasti hasil terperoleh bagi sesuatu tempoh perakaunan dan belanja untuk mendapatkan hasil tersebut bagi tempoh yang sama e. ____________________________________ Adalah diandaikan bahawa penggunaan prinsip/kaedah perakaunan tidak akan diubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Andaian ini bertujuan agar penyata kewangan organisai bagi satu tempoh boleh dibandingkan. Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 10. P1105/UNIT 1/10 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN MAKLUM BALAS 1a 1.1 Perakaunan merupakan proses menyediakan maklumat kewangan tentang sesuatu perniagaan untuk membantu pihak-pihak yang berkepentingan membuat keputusan. 1.2 Simpankira merupakan langkah permulaan dalam proses perakaunan 1.3 Susun aktiviti-aktiviti berikut mengikut susunan nombor yang betul dalam proses penyediaan maklumat kewangan Mengenalpasti Melaporkan Mengukur Mengkelaskan Mengumpul Merekod Meringkaskan 1.4 (1 ) (7 ) ( 2) ( 4 ) ( 6 ) ( 3 ) ( 5 ) Senaraikan lima prinsip-prinsip asas perakaunan: i. Prinsip kos sejarah ii. Prinsip Entiti berasingan iii. Prinsip Konservatisme iv. Prinsip Kematerialan v. Prinsip Keobjektifan v. Prinsip Ketekalan vi. Prinsip Tempoh perakaunan vii. Prinsip pendedahan viii. Prinsip Pemadanan hasil dan belanja ix. Prinsip Catatan bergu Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 11. P1105/UNIT 1/11 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.5 Berdasarkan kepada lima jawapan di atas, padankan perakaunan dengan maklumat yang diberi. a. prinsip-prinsip asas Prinsip Konsertvatisme Prinsip perakaunan yang menentukan panduan memilih kaedah perakaunan yang tidak menyebabkan aset dan pendapatan bersih lebih nyata. Prinsip ini menggalakkan aset dinyatakan pada nilai yang terendah antara kos atau pasaran. Manakala liabiliti dinyatakan pada nilai yang lebih tinggi dengan menbuat peruntukan terhadap semua liabiliti walaupun dalam jangkaan b. Prinsip Keobjektifan Prinsip perakaunan yang menegaskan bahawa perekodan, penilaian aset dan liabiliti, dan pengukuran pendapata dibuat berdasarkan bukti yang benar dan cukup, untuk membolehkan data kewangan ditentusahkan, dan tidak mengandungi unsur berat sebelah c. Prinsip Kos Sejarah Merupakan prinsip untuk merekod urusniaga bagi aset mengikut nilai sebenar iaitu pada masa urusniaga itu berlaku kerana ianya lebih objektif dan boleh dibuktikan. Aset tidak dicatatkan pada nilai semasa kerana tidak boleh dibuktikan secara objektif d. Prinsip Pemadanan hasil dan belanja Prinsip perakaunan untuk mengenalpasti hasil terperoleh bagi sesuatu tempoh perakaunan dan belanja untuk mendapatkan hasil tersebut bagi tempoh yang sama e. Prinsip Ketekalan Adalah diandaikan bahawa penggunaan prinsip/kaedah perakaunan tidak akan diubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Andaian ini bertujuan agar penyata kewangan organisai bagi satu tempoh boleh dibandingkan. Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 12. P1105/UNIT 1/12 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN INPUT Pelajar-pelajar adakah anda terfikir bahawa perakaunan merupakan satu bidang yang sangat luas. Sekarang, mari kita lihat 3 cabang utama perakaunan 1.4 CABANG-CABANG PERAKAUNAN CABANG-CABANG PERAKAUNAN PERAKAUNAN KEWANGAN PERAKAUNAN PENGURUSAN PERAKAUNAN KOS Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 13. P1105/UNIT 1/13 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.4.1 PERAKAUNAN KEWANGAN PERAKAUNAN KEWANGAN • Menekankan aspek penyediaan laporan kewangan untuk membantu pihak-pihak yang berkepentingan membuat keputusan • 3 bentuk laporan laporan perakaunan kewangan yang utama ialah Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira • Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi bertujuan melaporkan hasil kendalian perniagaan untuk tempoh tertentu • Kunci Kira-kira bertujuan menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan pada satu titik masa 1.4.2 PERAKAUNAN KOS PERAKAUNAN KOS • Menekankan kepada aspek penentuan kos terutamanya kos pengeluaran dan kos perkhidmatan • Maklumat kos ini pihak pengurusan Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 akan digunakan oleh Perdagangan POLIMAS
  • 14. P1105/UNIT 1/14 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.4.3 PERAKAUNAN PENGURUSAN PERAKAUNAN PENGURUSAN • Menterjemahkan maklumat yang dihasilkan oleh Perakaunan Kos dan Perakaunan Kewangan untuk membantu pihak pengurusan membuat perancangan , kawalan dan keputusan berkenaan operasi perniagaan Siapakah yang memerlukan maklumat yang dihasilkan oleh Perakaunan Kewangan??? 1.5 PENGGUNA-PENGGUNA MAKLUMAT KEWANGAN PENGGUNA MAKLUMAT KEWANGAN PENGGUNA DALAMAN Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 PENGGUNA LUARAN Perdagangan POLIMAS
  • 15. P1105/UNIT 1/15 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.5.1 PENGGUNA DALAMAN PENGGUNA DALAMAN Pengguna-pengguna Dalaman di antaranya ialah: • Pihak Pengurusan - • Pihak Pengurusan Kewangan - • Maklumat kewangan membantu mereka mengetahui prestasi operasi dan kedudukan kewangan perniagaan Maklumat kewangan membantu mereka mengetahui kemampuan syarikat menjelaskan hutang-hutang perniagaan Pihak Pemasaran - Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Maklumat kewangan membantu mereka menentukan harga barangan yang akan dipasarkan Perdagangan POLIMAS
  • 16. P1105/UNIT 1/16 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.5.2 PENGGUNA LUARAN PENGGUNA LUARAN Pengguna-pengguna Luaran di antaranya ialah: • Pihak Bank - • Pihak Kesatuan Sekerja - • Maklumat kewangan membantu pihak kesatuan memastikan sama ada tuntutan yang dibuat untuk kenaikan gaji, cuti, insurans dan seumpamanya adalah munasabah dengan kemampuan syarikat Pihak Pemiutang - • Maklumat kewangan membantu mereka mengetahui keupayaan syarikat membayar semula pinjaman yang telah dibuat Maklumat kewangan membantu pemiutang mengetahui keupayaan syarikat menjelaskan hutang perniagaan Jabatan Hasil Dalam Negeri - g. Maklumat kewangan membantu Jabatan Hasil Dalam Negeri menentukan cukai yang patut Pihak orang ramai dikenakan dan pengecualian cukai (sekiranya ada) Kedudukan kewangan syarikat membantu berlainan Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 17. P1105/UNIT 1/17 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN Tahukah anda apakah langkah-langkah yang perlu diikuti semasa menyediakan penyata kewangan??? Dalam penyediaan penyata kewangan, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti satu persatu. Langkah-langkah tersebut boleh digambarkan melalui Kitaran Perakaunan. 1.6 KITARAN PERAKAUNAN Apa itu Kitaran Perakaunan? Kitaran Perakaunan merupakan satu proses: • pengumpulan dan pemprosesan data-data perakaunan. Ia dipanggil sebagai kitaran kerana fasa-fasa dalam kitaran perakaunan mesti diulangi bagi setiap tempoh perakaunan Apakah fasa-fasa yang terdapat dalam Kitaran Perakaunan??? Untuk mengetahui tentang fasa-fasa dalam Kitaran Perakaunan sila rujuk rajah 1.1 Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 18. P1105/UNIT 1/18 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.6.1 FASA-FASA DALAM KITARAN PERAKAUNAN (sila rujuk Rajah 1.1) Pengumpulan Urusniaga (1) Penyediaan Penyata Kewangan (6) Analisa Urusniaga Kewangan (2) Penyediaan Imbangan Duga (5) Penjurnalan (3) Pemindahan Ke Akaun Lejar (4) Rajah 1-1 Berikut adalah penerangan ringkas mengenai kitaran perakaunan di Rajah 1.1 Fasa 1 Pengumpulan Urusniaga Pengumpulan data-data urusniaga mestilah disokong dengan dokumen pern iagaan yang berkaitan contohnya: • jualan kredit mesti dibuktikan dengan invois, belanja tunai runcit mesti dibuktikan dengan baucar tunai runcit Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Fasa 2 Analisa Urusniaga Analisa urusniaga adalah untuk melihat kesan urusniaga ke atas persamaan perakaunan: Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik) ( rujuk unit 6 ) Perdagangan POLIMAS
  • 19. P1105/UNIT 1/19 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN Fasa 3 Penjurnalan Penjurnalan adalah proses merekod urusniaga dalam Jurnal, mengikut turutan tarikh berlakunya urusniaga Fasa 4 Pemindahan Ke Akaun Lejar Pemindahan ke akaun lejar adalah pemindahan data-data yang direkod dalam Jurnal ke akaun-akaun dalam Lejar ( rujuk unit 2, 3, 4,5 ) ( rujuk unit 7 ) Fasa 5 Penyediaan Imbangan Duga Fasa 6 Penyediaan Penyata Kewangan Imbangan Duga disediakan pada setiap akhir tempoh perakaunan. Ia merupakan yang senarai akaun-akaun terdapat dalam lejar beserta baki bagi setiap akaun Fasa ini melibatkan penyediaan tiga penyata kewangan yang utama iaitu Penyata Pendapatan, Kunci Kira-Kira dan Penyata Aliran Tunai. ( rujuk unit 8 ) Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 ( rujuk unit 9 ) Perdagangan POLIMAS
  • 20. P1105/UNIT 1/20 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN AKTIVITI 1b 1.6 Perakaunan telah dipecahkan kepada kepada tiga cabang utama iaitu: (i) __________________________ (ii) __________________________ (iii) __________________________ 1.7 Pihak dalaman yang akan menggunakan semua maklumat perakaunan adalah terdiri daripada: i. __________________________________ ii. __________________________________ iii. __________________________________ 1.8 Pihak luaran yang akan menggunakan semua maklumat perakaunan adalah terdiri daripada: i. __________________________________ ii __________________________________ iii. __________________________________ iv. __________________________________ 1.9 Kitaran Perakaunan ialah ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 21. P1105/UNIT 1/21 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN MAKLUMBALAS 1b 1.6 Perakaunan telah dipecahkan kepada kepada tiga cabang utama iaitu: (i) Perakaunan kewangan (ii) Perakaunan pengurusan (iii) Perakaunan kos 1.7 Pihak dalaman yang akan menggunakan semua maklumat perakaunan adalah terdiri daripada: i. Bahagian pengurusan ii. Pihak pemasaran iii. Pihak pengurusan kewangan 1.8 Pihak luaran yang akan menggunakan semua maklumat perakaunan adalah terdiri daripada: i. Pihak bank ii. Pihak kesatuan sekerja iii. Pemiutang iv. Jabatan Hasil Dalam Negeri 1.9 Kitaran Perakaunan ialah satu proses pengumpulan dan pemprosesan datadata perakaunan. Ia dipanggil sebagai kitaran kerana fasa-fasa dalam kitaran perakaunan mesti diulangi bagi setiap tempoh perakaunan Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 22. P1105/UNIT 1/22 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN PENILAIAN KENDIRI SOALAN 1.1: Pengguna maklumat kewangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengguna ________________ dan pengguna __________________________ SOALAN 1.2 Terangkan secara ringkas empat prinsip asas perakaunan berikut ditetapkan oleh badan perakaunan antarabangsa. i) Prinsip Konservatisme ii) Prinsip Ketekalan iv) Prinsip Catatan Bergu v) Prinsip Pemadanan Hasil dan Belanja yang telah SOALAN 1.3 Terangkan secara ringkas tiga pengguna dalaman maklumat perakaunan. SOALAN 1.4 Namakan fasa-fasa dalam Kitaran Perakaunan. SOALAN 1.5 Terangkan secara ringkas empat pengguna luaran maklumat perakaunan. Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 23. P1105/UNIT 1/23 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN MAKLUMBALAS ADAKAH ANDA TELAH MENCUBA TERLEBIH DAHULU? JIKA “YA”, SILA SEMAK JAWAPAN ANDA JAWAPAN 1.1 Pengguna maklumat kewangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengguna dalaman dan pengguna luaran JAWAPAN 1.2 Empat prinsip asas perakaunan berikut yang telah ditetapkan oleh badan perakaunan antarabangsa adalah seperti berikut: i. Prinsip Konservatisme Prinsip perakaunan yang menntukan panduan memilih kaedah perakaunan yang tidak menyebabkan aset dan pendapatan bersih lebih nyata. Prinsip ini menggalakkan aset dinyatakan pada nilai yang terendah antara kos atau pasaran. Manakala liabiliti dinyatakan pada nilai yang lebih tinggi dengan menbuat peruntukan terhadap semua liabiliti walaupun dalam jangkaan ii. Prinsip Ketekalan Adalah diandaikan bahawa penggunaan prinsip/kaedah perakaunan tidak akan diubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Andaian ini bertujuan agar penyata kewangan organisai bagi satu tempoh boleh dibandingkan. Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 24. P1105/UNIT 1/24 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN iii. Prinsip Catatan Bergu Setiap urusniaga secara amnya mesti melibatkan catatan debit (pihak yang menerim nilai) dan catatan kredit`(pihak yang memberi nilai). ii. Prinsip Pemadanan Hasil dan Belanja Prinsip perakaunan untuk mengenalpasti hasil terperoleh bagi sesuatu tempoh perakaunan dan belanja untuk mendapatkan hasil tersebut bagi tempoh yang sama JAWAPAN 1.3 Pengguna-pengguna Dalaman di antaranya ialah: • Pihak Pengurusan - • Pihak Pengurusan Kewangan - • Maklumat kewangan membantu mereka mengetahui prestasi operasi dan kedudukan kewangan perniagaan Maklumat kewangan membantu mereka mengetahui kemampuan syarikat menjelaskan hutang-hutang perniagaan Pihak Pemasaran - Maklumat kewangan membantu mereka menentukan harga barangan yang akan dipasarkan JAWAPAN 1.4 1. Pengumpulan urusniaga kewangan 2. Analisa urusniaga 3. Penjurnalan 4. Pemindahan ke akaun-akaun di lejar 5. Penyediaan Imbangan Duga 6. Penyediaan Penyata Kewangan Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS
  • 25. P1105/UNIT 1/25 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN JAWAPAN 1.5 Pengguna-pengguna Luaran di antaranya ialah: • Pihak Bank - • Pihak Kesatuan Sekerja - • Maklumat kewangan membantu pihak kesatuan memastikan sama ada tuntutan yang dibuat untuk kenaikan gaji, cuti, insurans dan seumpamanya adalah munasabah dengan kemampuan syarikat Pihak Pemiutang - • Maklumat kewangan membantu mereka mengetahui keupayaan syarikat membayar semula pinjaman yang telah dibuat Maklumat kewangan membantu pemiutang mengetahui keupayaan syarikat menjelaskan hutang perniagaan Jabatan Hasil Dalam Negeri - Maklumat kewangan membantu Jabatan Hasil Dalam Negeri menentukan cukai yang patut dikenakan dan pengecualian cukai (sekiranya ada) Suzana/Sofiah/Ramlah/Mei2001 Perdagangan POLIMAS

×